Jemaat Jemaat Allah Al Maséhi
[024]
Malaikat YHVH [024]
(Edisi 2.1 19940514-20010906)
Karya ini memperkembangkan identiti Malaikat YHVH ataupun Jehovah (Tuhan) yang disebutkan di dalam Perjanjian Lama. Hasilnya adalah beberapa implikasi yang merunsingkan bagi ajaran-ajaran agama Kristian moden, termasuklah ajaran-ajaran daripada Herbert W Armstrong dan Saksi-saksi Jehovah.
Christian Churches of God
PO Box 369, WODEN ACT 2606, AUSTRALIA
E-mail: secretary@ccg.org
(Hakcipta ã 1994, 1998, 2001 Christian Churches of God, Wade Cox)
(Tr. 2002)
Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan. Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan. Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.
Karya ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org
Malaikat YHVH [024]
Malaikat YHVH
Apendiks 1 – Adakah Kristus Anak Allah sebelum kelahirannya sebagai manusia?
Apendiks 2 – Kristus dan Melkisedek
Apendiks 3 – Pemuliaan Mesias dan Gelaran-gelarannya
Apendiks 4 – Ulasan-ulasan mengenai Malaikat YHVH
Apendiks 5 – Pandangan-pandangan Jemaat Awal mengenai Para Malaikat dan Kristus
Apendiks 6 – Penyembahan di dalam Perjanjian Baru
Apendiks 7 – Maklumbalas Belsham
Pengenalan
Karya ini adalah berdasarkan pada karya Penciptaan: Dari Teologi Antropomorfik kepada Antropologi Teomorfik (B5) dan artikel-artikel Umat-umat Pilihan Sebagai Elohim [001] serta juga Allah Yang Kita Sembah [002]. Karya ini membantu di dalam menerangkan Pernyataan Kepercayaan-kepercayaan Iman Kristian [A1] yang mana ianya juga berdasarkan padanya. Tujuan karya ini adalah untuk menerangkan tempat atau pangkat Malaikat Besar Perjanjian Lama yang telah muncul kepada Para Bapa dan telah memberikan Hukum itu kepada Musa.
Di dalam gereja-gereja Allah, suatu kepalsuan telah memasuki jemaatnya pada dekad-dekad terakhir abad ke dua puluh, yang telah membawa kesan-kesan serius ke atas teologi Jemaat-jemaat Allah dan yang telah digunakan untuk melemahkan pendirian doktrinal mereka mengenai sejarah di dalam elemen-elemen utama gereja-gereja. Kepalsuan ini, yang sememangnya sangat serius sekali, telah timbul di dalam cabang jemaat yang kemudiannya dikenali sebagai Worldwide Church of God (WCG) (Jemaat Allah Sedunia).
Terdapatnya suatu siri ajaran-ajaran mengenai sifat Allah dan Kristus yang telah membuat pelbagai dakwaan mengenai kedua-duanya. Di antara ajaran-ajaran itu adalah poin-poin berikut:
Jadi, ada beberapa konsep yang diajarkan. Antaranya adalah ajaran bahawa dua Makhluk Allah telah sentiasa wujud; bahawa mereka ini dikenali sebagai "Allah" dan "Firman" yang kemudiannya dikenali sebagai "Bapa" dan "Anak" selepas Kristus telah muncul di dunia (lihat perbincangan di dalam Apendiks 1 untuk bukti bahawa sifat Kebapaan Allah dan Keanakan Kristus telah diketahui sebelum kedatangan Kristus dalam daging); bahawa Kristus adalah Tuhan bagi Israel kuno, dan dikenali sebagai YHVH; bahawa tiada seorangpun yang benar-benar tahu bahawa Makhluk Tuhan yang satu lagi, iaitu Allah Bapa (sepertimana kononnya dia dipanggil "kemudiannya"), telahpun wujud, sehinggalah Kristus muncul di dunia dan menyatakan kewujudannya; bahawa Kristus adalah Melkisedek, dan kerana itu telah hidup di dunia pada zaman Abraham, tetapi adalah tanpa ayah, ibu, keturunan, dan seterusnya (lihat diskusi di dalam Apendiks 2 dan juga karya Melkisedek [128] untuk bukti bahawa Kristus bukanlah Melkisedek).
Sememangnya Alkitab mengajar bahawa hanya ada satu Allah sahaja. Mengatakan bahawa Yesus Kristus atau Logos itu adalah suatu Makhluk Allah dan bahawa Allah Bapa adalah Makhluk Allah yang kedua, bererti bahawa terdapat 1+1=2 Makhluk-makhluk Allah atau 2 Allah – bukannya Satu Allah. Untuk menerangkan kerumitan ini, telah diperkatakan bahawa Elohim adalah suatu kata nama uni-plural dan bahawa Allah serta Firman itu adalah satu Elohim atau bahawa mereka adalah "satu Allah" dalam ertikata bahawa perkataan Allah dalam konteks ini bermaksud Keluarga-Allah. Lebih jauh lagi, istilah Allah telah dikatakan mempunyai beberapa maksud: ianya mungkin merujuk kepada mana-mana satu daripada dua ahli "Keluarga-Allah" itu sebagai suatu individu tersendiri, atau ianya mungkin merujuk kepada seluruh ahli "Keluarga Allah" ini sebagai suatu struktur gabungan, atau mungkin merujuk kepada Allah Bapa apabila memperkatakan tentang "Allah dan Firman itu".
Ajaran-ajaran ini lebih kurang diterima oleh kebanyakan orang yang memasuki WCG. Sememangnya mereka rela berbuat demikian setelah ditunjukkan pelbagai ayat-ayat Alkitab yang menyokongnya. Ajaran-ajaran ini dikatakan sentiasa sedia diajar oleh para pendetanya. Namun begitu, doktrin-doktrin mengenai sifat Allah, sebagai peraturan, dihindari. Terdapat juga sebilangan ajaran-ajaran yang bertentangan, yang tidak dapat diterangkan menurut dakwaan-dakwaan sebelumnya. Kursus Koresponden Alkitab yang panjang daripada WCG sehinggalah pada isu terakhir di bawah Joseph W Tkach Snr., selepas kematian Herbert Armstrong, juga menyatakan bahawa istilah bagi Allah adalah Eloah yang berbentuk Singular, dan gelaran plural elohim diterbitkan daripada bentuk singular itu. Ini adalah Pernyataan yang benar. Juga, jemaat tidak pernah berdoa kepada sesiapapun kecualilah Allah Bapa di dalam nama Anak Yesus Kristus, dan dengan itu tiada konflik penyembahan yang telah diperkenalkan. Doktrin sifat Allah tidak lazim diajar.
1.1 Kerumitan-kerumitan ajaran-ajaran ini
Namun begitu, penerangan-penerangan ini juga menimbulkan banyak persoalan. Sebagai permulaannya, penerangan mengenai bagaimana 2 Makhluk Tuhan = 1 Allah secara logiknya bergantung pada perlanjutan status gelaran Allah. Jelas sekali daripada sebilangan petikan di dalam Perjanjian Baru bahawa apabila "Allah yang satu" di dalam Alkitab diperkatakan, ianya merujuk kepada Allah Bapa.
Demikianlah kata Yesus. Lalu Ia menengadah ke langit dan berkata: "Bapa, telah tiba saatnya; permuliakanlah Anak-Mu, supaya Anak-Mu mempermuliakan Engkau. Sama seperti Engkau telah memberikan kepada-Nya kuasa atas segala yang hidup, demikian pula Ia akan memberikan hidup yang kekal kepada semua yang telah Engkau berikan kepada-Nya. Inilah hidup yang kekal itu, yaitu bahwa mereka mengenal Engkau, satu-satunya Allah yang benar, dan mengenal Yesus Kristus yang telah Engkau utus." (Yohanes 17:1-3).
namun bagi kita hanya ada satu Allah saja, yaitu Bapa, yang dari pada-Nya berasal segala sesuatu dan yang untuk Dia kita hidup, dan satu Tuhan saja, yaitu Yesus Kristus, yang oleh-Nya segala sesuatu telah dijadikan dan yang karena Dia kita hidup. (1Korintus 8:6).
[Adanya] satu Allah dan Bapa dari semua, Allah yang di atas semua dan oleh semua dan di dalam semua. (Efesus 4:6).
Karena Allah itu esa dan esa pula Dia yang menjadi pengantara antara Allah dan manusia, yaitu manusia Kristus Yesus, (1Timotius 2:5).
Penerangan tentang bagaimana Kristus telah datang untuk menyatakan Bapa dan bahawa kewujudan Bapa adalah lebih kurang tidak diketahui sehinggalah Kristus telah dijelmakan di dalam bentuk daging, adalah juga palsu semata-mata. Penerangan ini bertentangan dengan pelbagai petikan di dalam Perjanjian Baru di mana ianya jelas dianggapkan bahawa Allah Bapa adalah Allah daripada Perjanjian Lama, Allah Israel, dan bahawa Dialah yang telah mengutus hambaNya, Yesus, kepada kita. Sebagai contoh:
Hai orang-orang Israel, dengarlah perkataan ini: Yang aku maksudkan, ialah Yesus dari Nazaret, seorang yang telah ditentukan Allah dan yang dinyatakan kepadamu dengan kekuatan-kekuatan dan mujizat-mujizat dan tanda-tanda yang dilakukan oleh Allah dengan perantaraan Dia di tengah-tengah kamu, seperti yang kamu tahu. Dia yang diserahkan Allah menurut maksud dan rencana-Nya, telah kamu salibkan dan kamu bunuh oleh tangan bangsa-bangsa durhaka. Tetapi Allah membangkitkan Dia dengan melepaskan Dia dari sengsara maut, karena tidak mungkin Ia tetap berada dalam kuasa maut itu. (Kisah 2:22-24).
Allah Abraham, Ishak dan Yakub, Allah nenek moyang kita telah memuliakan Hamba-Nya, yaitu Yesus yang kamu serahkan dan tolak di depan Pilatus, walaupun Pilatus berpendapat, bahwa Ia harus dilepaskan. (Kisah 3:13).
Sekarang cuba fikirkan. Jika Allah Bapa tidak dikenali oleh bangsa Israel sebelum kedatangan Kristus sebagai manusia, maka pernyataan-pernyataan ini tidak akan masuk akal kerana semuanya merujuk kepada Allah Israel sebagai dia yang telah mengesahkan pelayanan Kristus. Sebaliknya mungkin kita jangkakan bahawa Petrus akan berkata-kata seperti, "Yesus adalah Tuhan Bapa-bapa kita yang telah datang sebagai manusia dan dia telah menyatakan kepada kita bahawa ada wujudnya seorang Tuhan yang lebih tinggi di syurga iaitu Allah Maha Tinggi yang ada di atas semua."
Pada hakikatnya, jika engkau fikirkan hal ini, seluruh Perjanjian Baru dibina pada dasar pemahaman bahawa Allah Bapa merupakan Allah Israel dan Yesus telah datang sebagai Mesias dan HambaNya sepertimana yang telah dinubuatkan. Jika benarlah bahawa Allah Bapa tidak dikenali sebelum kedatangan Kristus, maka pernyataan itu sudah tentu menjadi suatu pernyataan yang mengejutkan buat orang-orang Yahudi dan Kristian awal. Kita akan jangkakan bahawa poin ini akan diterangkan berulang-kali di dalam Perjanjian Baru. Namun begitu, ini bukanlah apa yang terjadi. Sebaliknya, kewujudan Allah Bapa sememangnya telahpun diketahui.
Identiti dan peranan Yesus Kristus-lah yang menyebabkan begitu banyak perbalahan di kalangan orang-orang Yahudi, dan yang perlu diterangkan. Yesus adalah Anak Allah – iaitu Anak kepada Allah daripada Perjanjian Lama (Lukas 1:30-35). Dia merupakan Pilihan Allah (Lukas 9:35; 23:35) – Hamba Allah (Matius 12:18). Allah yang pada masa lalu berbicara melalui nabi-nabiNya, pada hari-hari terakhir ini berbicara melalui AnakNya (Ibrani 1:1-2). Tanpa sebarang keraguan, sememangnya Allah Bapa telahpun diketahui di dalam Perjanjian Lama.
Yang pasti Yesus telah berkata bahawa:
Bapa yang mengutus Aku, Dialah yang bersaksi tentang Aku. Kamu tidak pernah mendengar suara-Nya, rupa-Nyapun tidak pernah kamu lihat, (Yohanes 5:37)
tetapi ini tidaklah sama dengan mengatakan bahawa tiada seorangpun yang pernah mengetahui tentang kewujudan Bapa di dalam Perjanjian Lama. Ianya sekadar bermaksud bahawa tiada seorangpun, pada bila-bila masapun, yang pernah mendengar suaraNya atau melihat rupaNya. Bagaimana ini boleh menjadi kesnya akan diterangkan di bawah.
Satu lagi masalah yang cukup jelas di dalam Perjanjian Lama adalah bahawa gelaran YHVH tidak digunakan hanya untuk Kristus di dalam Perjanjian Lama. Ya, sememangnya terdapat petikan-petikan dalam mana YHVH digunakan untuk merujuk kepada dia yang akan menjadi Kristus sepertimana yang kita akan lihat. Tetapi terdapat banyak, banyak lagi petikan lain di mana YHVH digunakan sebegitu caranya sehinggakan ia hanya mungkin merujuk kepada Allah Bapa. Sebagai contohnya:
Seorang nabi dari tengah-tengahmu, dari antara saudara-saudaramu, sama seperti aku, akan dibangkitkan bagimu oleh TUHAN [YHVH], Allahmu [Elohim]; dialah yang harus kamu dengarkan. (Ulangan 18:15).
[Nota: Terdapat beberapa istilah di dalam bahasa Ibrani yang diterjemahkan kepada Allah/Tuhan di dalam Alkitab-alkitab Inggeris kita. Yang paling signifikan adalah:
Lihat perbincangan di dalam Bahagian 12 untuk butir-butir lanjut.]
Di sini Musa mengisytiharkan bahawa YHVH akan mengangkat seorang nabi untuk Israel turuti. Nabi tersebut adalah Kristus sepertimana yang dijelaskan oleh Kisah 7:37. Kristus tidak membangkitkan dirinya sendiri – petikan-petikan yang kita baca daripada Kisah 2 dan 3 dengan jelas menunjukkan bahawa Allah yang telah membangkitkan Kristus. Jadi jelas sekali bahawa YHVH digunakan untuk merujuk kepada Allah Bapa, dan ini adalah sesuatu yang diisytiharkan Musa kepada seluruh Israel.
Raja-raja dunia bersiap-siap dan para pembesar bermufakat bersama-sama melawan TUHAN dan yang diurapi-Nya: (Mazmur 2:2)
Aku mau menceritakan tentang ketetapan TUHAN; Ia berkata kepadaku: "Anak-Ku engkau! Engkau telah Kuperanakkan pada hari ini. (Mazmur 2:7)
Di sini kita membaca tentang YHVH dan Yang DiurapiNya. Di dalam ayat 7, kita membaca tentang YHVH dan AnakNya yang diperanakkan. Jelas sekali bahawa YHVH di dalam Mazmur ini merujuk kepada Allah Bapa. Penerangan yang serupa harus diberikan bagi Mazmur 110:1 di mana kita membacanya:
Mazmur Daud. Demikianlah firman TUHAN kepada tuanku: "Duduklah di sebelah kanan-Ku, sampai Kubuat musuh-musuhmu menjadi tumpuan kakimu."
Di dalam nubuatan-nubuatan "Hamba" yang banyak mengenai Kristus di dalam Yesaya (bermula dengan pasal 42 dan seterusnya), YHVH mengutus HambaNya. Sebagai contoh:
Tuhan ALLAH [Adonai YHVH] telah membuka telingaku, dan aku tidak memberontak, tidak berpaling ke belakang. Aku memberi punggungku kepada orang-orang yang memukul aku, dan pipiku kepada orang-orang yang mencabut janggutku. Aku tidak menyembunyikan mukaku ketika aku dinodai dan diludahi. (Yesaya 50:5-6).
Siapakah yang percaya kepada berita yang kami dengar, dan kepada siapakah tangan kekuasaan TUHAN [YHVH] dinyatakan? Sebagai taruk ia tumbuh di hadapan TUHAN dan sebagai tunas dari tanah kering. Ia tidak tampan dan semaraknyapun tidak ada sehingga kita memandang dia, dan rupapun tidak, sehingga kita menginginkannya. Ia dihina dan dihindari orang, seorang yang penuh kesengsaraan dan yang biasa menderita kesakitan; ia sangat dihina, sehingga orang menutup mukanya terhadap dia dan bagi kitapun dia tidak masuk hitungan. Tetapi sesungguhnya, penyakit kitalah yang ditanggungnya, dan kesengsaraan kita yang dipikulnya, padahal kita mengira dia kena tulah, dipukul dan ditindas Allah [Elohim]. Tetapi dia tertikam oleh karena pemberontakan kita, dia diremukkan oleh karena kejahatan kita; ganjaran yang mendatangkan keselamatan bagi kita ditimpakan kepadanya, dan oleh bilur-bilurnya kita menjadi sembuh. Kita sekalian sesat seperti domba, masing-masing kita mengambil jalannya sendiri, tetapi TUHAN [YHVH] telah menimpakan kepadanya kejahatan kita sekalian. (Yesaya 53:1-6).
Roh Tuhan ALLAH [Adonai YHVH] ada padaku, oleh karena TUHAN [YHVH] telah mengurapi aku; Ia telah mengutus aku untuk menyampaikan kabar baik kepada orang-orang sengsara, dan merawat orang-orang yang remuk hati, untuk memberitakan pembebasan kepada orang-orang tawanan, dan kepada orang-orang yang terkurung kelepasan dari penjara, (Yesaya 61:1).
Jelas sekali, di dalam petikan-petikan sebelum ini, YHVH seharusnya merujuk kepada Allah Bapa. Satu petikan akhir yang harus diperhatikan adalah Zakharia 13:7 di mana kita membacanya:
"Hai pedang, bangkitlah terhadap gembala-Ku, terhadap orang yang paling karib kepada-Ku!", demikianlah firman TUHAN semesta alam [YHVH Sabaoth]. "Bunuhlah gembala, sehingga domba-domba tercerai-berai! Aku akan mengenakan tangan-Ku terhadap yang lemah."
Ini adalah nubuatan "Bunuh gembala, dan domba-domba akan tercerai-berai" yang dirujukkan oleh Kristus dan yang mana diaplikasikannya kepada dirinya sendiri selaku Gembala yang Baik (Matius 26:31). Namun nubuatan ini diperkatakan oleh YHVH Alam Semesta mengenai gembalaNya, iaitu manusia yang merupakan "teman" YHVH. Sekali lagi YHVH semestinya merujuk kepada Allah Bapa dan bukannya Kristus.
WCG telah mengajar tentang semua ini dan lain-lain kepalsuan. Mereka yang mempersoalkan kesilapan-kesilapan gereja diperbuat sebegitu cara sehinggakan sebarang ketidaksinambungan yang ditemui di dalam penerangan adalah kesilapan individu itu sendiri dan persoalan-persoalan ditindas jika timbul. Sikap ini telah membawa kepada suatu krisis teologi yang sangat serius di dalam bukan saja WCG tetapi gereja-gereja lain kerana kepalsuan-kepalsuan itu telah digunakan untuk memasukkan struktru Trinitarian dalam bentuk samaran Binitarian, dan kemudiannya menyerang teologi jemaat. Pemasukan kepalsuan ini dan teologi Trinitarian yang mengikutinya dirancangkan untuk berlaku di dalam WCG dan kemudiannya Gereja/Jemaat Allah (Hari Ketujuh) di dalam cawangan-cawangannya sepertimana ianya telah digunakan di dalam Gereja Baptist Hari Ketujuh daripada USA dan juga di dalam Gereja-gereja Adventist Hari Ketujuh bersama-sama mereka. Secara kesimpulannya, ketidaksinambungan teologi ini dan kegagalan untuk memahami sifat Allah telah menjadi sumber kepada kejatuhan jemaat-jemaat Allah pada penghujung abad Kedua puluh.
Jemaat-jemaat Allah pada abad pertama dan kedua adalah bersifat Unitarian sepertimana rekod-rekod kita tunjukkan dengan jelas sekali. Mereka mengajar bahawa Kristus adalah makhluk Besar yang telah memberikan hukum itu kepada Musa di Sinai dan telah bersama-sama dengan Israel di dalam Gurun belantara. Ini diisytiharkan oleh Justin Martyr di dalam karyanya First Apology sekitar 154 TM ((LXIII, ANF, I, 184) yang mengatakan bahawa dia merupakan Malaikat Allah dan Anak Allah serta adalah Tuhan. Ianya kemudiannya diisytiharkan sekali lagi di dalam pembelaan Unitarian besar oleh Irenaeus pada sekitar 195 (Against Heresies), di mana dia menyatakan bahawa pada asalnya Allah tidak mempunyai makhluk yang wujud bersama denganNya. Kristus dan kesemua makhluk-makhluk yang lain telah wujud kemudiannya (lihat karya Teologi Awal Tentang Ketuhanan [127]). Namun begitu, para ahli teologi jemaat dari setiap pelusuk tidak pernah meragui seminitpun bahawa Kristus telahpun wujud sebelumnya sebagai makhluk Perjanjian Lama yang merupakan kedua-dua Malaikat dan Elohim, dan mereka mengisytiharkan bahawa ianya adalah takdir bagi umat-umat pilihan menjadi elohim, sepertimana Kristus adalah elohim selaku seorang anak Allah yang berkuasa daripada kebangkitannya daripada mati (Roma 1:4) (rujuk karya Umat-umat Pilihan Sebagai Elohim [001]).
1.2 Prinsip-prinsip Asas bagi Pemahaman
Demi memahami apa yang Alkitab ajarkan kepada kita mengenai Allah dan bagaimana serta melalui siapa dia memilih untuk berinteraksi dengan kita, kita harus menetapkan beberapa perkara-perkara asas di dalam fikiran kita.
Pertama sekali, terdapat hanya satu Allah sebenar sahaja. Hanya ada satu orang saja, kerana sifat dalaman diriNya sendiri, yang berhak dipanggil Allah sebenar yang tunggal. Yesus mengenalpasti orang ini sebagai Bapanya dan mengatakan bahawa hidup kekal adalah bergantung pada pemahaman akan hakikat ini serta kebolehan untuk membezakan antara Makhluk ini dan Yesus Kristus yang diutusNya (Yohanes 17:3). Dia adalah satu-satunya yang memiliki sifat keabadian yang intrinsik/sedia ada (1Timotius 6:16). Dia seorang yang secara sediakalanya adalah suci (Wahyu 15:4).
[Nota: Di dalam istilah Allah, Bapa (atau Allah Bapa), perkataan Bapa secara tatabahasanya adalah beraposisi dengan Allah. Suatu aposisi adalah peletakan suatu perkataan atau ekspresi di samping satu perkataan lain supaya yang kedua itu menerangkan dan mempunyai pembentukan tatabahasa yang sama seperti yang pertama. Ianya seperti mengatakan Mary, saudaraku, telah datang melawat. Istilah Bapa adalah satu cara lagi untuk mengatakan Allah. Iaitu, Allah adalah Bapa, dan Bapa itu adalah Allah. Ianya bukanlah seolah-olah istilah Allah Bapa itu adalah satu gelaran gambaran bagi suatu "hypostasis Allah". Sebaliknya, Bapa adalah Allah yang satu, dan Allah yang satu itu adalah Bapa.]
Poin asas kedua adalah memahami bahawa tiada seorangpun, pada bila-bila masapun, yang pernah melihat mahupun mendengar suara Allah sebenar yang satu:
Dialah satu-satunya yang tidak takluk kepada maut, bersemayam dalam terang yang tak terhampiri. Seorangpun tak pernah melihat Dia dan memang manusia tidak dapat melihat Dia. Bagi-Nyalah hormat dan kuasa yang kekal! Amin. (1 Timotius 6:16).
Tidak seorangpun yang pernah melihat Allah; tetapi Anak Tunggal Allah, yang ada di pangkuan Bapa, Dialah yang menyatakan-Nya. (Yohanes 1:18).
Tidak ada seorangpun yang pernah melihat Allah. Jika kita saling mengasihi, Allah tetap di dalam kita, dan kasih-Nya sempurna di dalam kita. (1 Yohanes 4:12).
Bapa yang mengutus Aku, Dialah yang bersaksi tentang Aku. Kamu tidak pernah mendengar suara-Nya, rupa-Nyapun tidak pernah kamu lihat, (Yohanes 5:37).
Hal itu tidak berarti, bahwa ada orang yang telah melihat Bapa. Hanya Dia yang datang dari Allah, Dialah yang telah melihat Bapa. (Yohanes 6:46).
Lihat karya Pra-Kewujudan Yesus Kristus [243] untuk melihat penelitian terhadap hal ini juga.
Sebalik berurusan dengan manusia dengan berdepan, Allah berinteraksi dengan manusia melalui satu atau lebih pengantara atau utusan. Dan ini membawa kita kepada poin asas ketiga yang perlu kita tetapkan dalam fikiran. Allah menyatakan diriNya kepada orang-orang yang berlatar belakang serta berbudaya Semitik, bukannya mereka dengan latar belakang serta budaya Yunani. Di Barat, kita cenderung untuk berfikir dalam ertikata idea-idea serta konsep-konsep Yunani. Bangsa-bangsa Semitik mempunyai gaya pandangan yang jauh berlainan. Kecualilah kita belajar untuk menghargai cara fikiran mereka, kita akan sangat keliru apabila kita membaca Alkitab. Konsep-konsep Trinitarianisme dan Binitarianisme telah timbul, sebahagiannya, kerana kegagalan cara fikiran berunsur Yunani dan Barat ini untuk memahami cara fikiran Ibrani dan, dengan itu, bahasa yang digunakan di dalam Alkitab.
1.3 Definisi istilah Malaikat
Poin terakhir ini adalah benar khususnya apabila kita melihat pada konsep-konsep nama-nama dan gelaran-gelaran yang diberikan kepada utusan-utusan di dalam budaya Ibrani. Istilah Ibrani bagi utusan di dalam Perjanjian Lama adalah kata nama mal'ak. Istilah ini kelihatan sebanyak 213 kali di dalam Perjanjian Lama. Ianya diterbitkan daripada suatu makna asas yang tidak pernah digunakan iaitu menghantar sebagai wakil. Perkataan mal'ak inilah yang diterjemahkan kepada malaikat atau angel di dalam Alkitab-alkitab Inggeris kita. Disebabkan latar belakang kita, setiap kali kita membaca perkataan angel di dalam Alkitab, suatu set idea-idea tetap sudahpun timbul di dalam fikiran kita. Perkataan angel ini bagaikan suatu "perkataan yang penuh sarat dengan makna", sedangkan apa yang dimaksudkannya hanyalah utusan.
Di dalam bahasa Yunani Perjanjian Baru, suatu aturcara yang serupa wujud. Perkataan bagi utusan di dalam bahasa Yunani adalah aggelos {ang’-el-os} dari mana, hakikatnya, kita mendapat perkataan Inggeris kita angel. Tetapi sekali lagi, maknanya hanyalah utusan. (Aggelos diterbitkan daripada angello yang bermaksud menghantar suatu pesanan. Ianya digunakan bagi kedua-dua manusia dan malaikat. Di dalam Wahyu 21:17, selepas Milenium itu, istilah-istilah manusia dan malaikat menjadi serupa/bersinonim).
Di dalam Perjanjian Lama, mal'ak bererti mereka yang dihantar melalui perjalanan jauh oleh seseorang individu – sebagai contohnya Kejadian 32:3 di mana Yakub telah menghantar utusan-utusan kepada Esau. (Perhatikan bahawa di dalam Kejadian 32:1-2, mal’ak bagi Allah (Elohim) telah bertemu dengan Yakub. Jadi , di dalam ayat-ayat 1-2 mal'ak digunakan untuk merujuk kepada utusan-utusan ghaib/supernatural yang diutus oleh Allah, dan di dalam ayat 3 pula digunakan untuk merujuk kepada utusan-utusan manusia yang dihantar oleh Yakub).
Satu atau lebih mal'ak mungkin juga diutus oleh suatu masyarakat (Bilangan 21:21) untuk menyampaikan pesanan. Sebagai wakil bagi seorang raja, mal’ak tersebut kemungkinan sekali akan melaksanakan tanggungjawab seorang diplomat (rujuk 1Raja-raja 20:1-2). Mal’ak atau utusan tersebut akan mengambil tempat yang penting di dalam budaya Semitik. Hormat kepada utusan bererti hormat kepada pengutusnya, dan yang sebaliknya juga adalah benar (rujuk Yohanes 5:23).
Allah telah mengutus pelbagai jenis utusan-utusan. Pertama sekali, terdapatnya utusan-utusan manusia yang bernubuat (2Tawarikh 36:15-16). Kedua, terdapatnya utusan-utusan ghaib Allah yang diutus dengan pesanan khas atau tugas khas (Kejadian 19:1; Mazmur 91:11). Di dalam kes utusan-utusan kedua ini, istilah mal’ak lazimnya diterjemahkan sebagai angel atau malaikat untuk kemudahan pembaca bahasa Inggeris agar dia dapat faham bahawa apa yang dimaksudkan di dalam bahasa Ibrani asalnya adalah suatu utusan ghaib surgawi. Namun begitu, poin yang ingin kita buat di sini adalah bahawa angel hanya bermaksud utusan, dan kita haruslah cuba serta menghindari daripada "memuatkan" perkataan malaikat itu dengan idea-idea tidak diperlukan yang telah dibentuk terlebih dahulu.
Sekarang ini, daripada semua mal’ak yang diutus oleh Allah, sejauh ini yang paling signifikan dan relevan untuk karya ini adalah seorang yang telah diberikan gelaran Mal'ak YHVH, atau "Malaikat TUHAN" sepertimana tercatat di dalam Alkitab-alkitab Inggeris kita, dan Mal'ak Elohim, iaitu, "Malaikat Allah." [Ini lazimnya lebih tepat lagi diterjemahkan sebagai "Malaikat Para Tuhan" tetapi isu ini tidak diteliti di dalam karya ini.] Gelaran atau rangkap-rangkap ini sentiasa digunakan dalam ertikata singular. Mereka merujuk kepada satu Malaikat [atau Utusan] yang istimewa yang membawakan Hadirat Allah. Oleh kerana dia membawa kekuasaan Allah dan mewakili Allah, dia biasanya dipanggil sebagai YHVH. Ini adalah satu lagi konsep yang diterima oleh cara fikiran Semitik tetapi secara amnya adalah asing bagi cara fikiran kita. Seorang pemikir Ibrani dapat memanggil seorang utusan yang mewakili Allah dengan nama Allah dan pada masa yang sama mengenali utusan tersebut sebagai hanya seorang utusan, dan bukannya Allah yang sebenarnya.
Sebagai contohnya, Israel memanggil para hakim manusia mereka sebagai elohim kerana mereka mewakili Elohim itu atau Tuhan itu (iaitu Allah Bapa), tetapi itu tidak bermakna bahawa hakim-hakim tersebut adalah benar-benar Tuhan:
Jika pencuri itu tidak terdapat, maka tuan rumah harus pergi menghadap para hakim/Allah [elohim] untuk bersumpah, bahwa ia tidak mengulurkan tangannya mengambil harta kepunyaan temannya. (Keluaran 22:8)
"Janganlah engkau mengutuki Allah [elohim] dan janganlah engkau menyumpahi seorang pemuka di tengah-tengah bangsamu. (Keluaran 22:28)
Allah[-allah] yang disebutkan di sini adalah para hakim Israel. Apabila seseorang itu muncul di hadapan seorang hakim di dalam mahkamah perbicaraan Ibrani, mereka secara literalnya memanggil hakim tersebut sebagai Allah kerana hakim itu mewakili Allah dan melaksanakan kekuasaanNya. (Bukan tidak biasa di dalam mahkamah-mahkamah kita sendiri untuk memanggil hakim sebagai "Your Worship" atau Yang Disembah. Kemungkinan sekali amalan ini berhubungkait dengan bentuk Semitik awal yang serupa). Maka begitulah, Mal'ak YHVH membawakan nama YHVH dan sememangnya digelar sebagai YHVH kerana dia membawakan kekuasaan YHVH [Terdapat juga isu yang berkaitan di mana YHVH bermaksud Dia yang menakibatkan dalam ertikata orang ketiga dan digunakan oleh mereka yang subordinat atau menjadi bawahan kepada YHVH Alam Semesta kerana Dia-lah yang secara literalnya telah mengakibatkan mereka wujud. Lihat nota-nota kaki pada Oxford Annotated Bible RSV, mukasurat 70]. Lebih-lebih lagi, Mal'ak YHVH juga telah dipanggil sebagai Elohim kerana dia mewakili Allah sebenar yang tunggal yang merupakan Elohim surgawi.
Nota: Ada yang mungkin menentang delegasi nama-nama Allah ini berdasarkan pada Yesaya 44:5 dan lain-lainnya. Namun begitu, petikan-petikan ini adalah berkenaan bagaimana Allah sebenar yang satu adalah unik dan tiada yang sama denganNya. Konsep mengenai makhluk-makhluk yang lebih rendah yang membawakan kekuasaan dan, dengan itu, nama Allah adalah jelas sekali disokong di dalam Perjanjian Baru di dalam Wahyu 3:12.
Sepertimana yang akan jelas nanti, Alkitab menunjukkan bahawa Malaikat atau Mal'ak YHVH itu adalah Kristus yang menampakkan dirinya.
Sepertimana yang akan kita lihat, aspek ini juga dicerminkan di dalam teks di dalam Mazmur 45:6-7 dan Ibrani 1:8-9 yang diperiksa di bawah.
Malaikat-malaikat sebagai Elohim
Istilah malaikat juga digunakan untuk menterjemahkan perkataan bagi Elohim sebagai Allah di mana ianya digunakan di dalam bahasa Ibrani Perjanjian Lama. Di dalam Mazmur 8 sebagai contohnya apabila Septuagint diterjemahkan daripada bahasa Ibrani kepada Yunani, perkataan elohim, yang jelas merujuk kepada anak-anak Allah dan Mesias telah dituliskan sebagai ‘aggelos atau utusan-utusan di dalam teks Yunani oleh LXX, dan penggunaan itu telah dipindah masuk ke dalam teks Perjanjian Baru di dalam Buku Ibrani.
Teks tersebut patut berbunyi Kerana engkau telah (untuk waktu yang singkat) membuat dia sedikit lebih rendah dari pada Elohim (Allah-allah) dan telah memahkotakannya dengan kemuliaan dan hormat.
Itulah maknanya di dalam bahasa Ibrani dan itulah maksud buku Ibrani di dalam pasal 1 dan 2 yang menumpu kepada konsep tersebut. Ianya dituliskan dalam bahasa Inggeris sebagai Angels atau Malaikat-malaikat semata-mata kerana teologi Trinitarian. Orang-orang Ibrani memahami bahawa elohim adalah anak-anak Allah. Utusan-utusan Allah merupakan Anak-anak Allah dan dituliskan sebagai Utusan-utusan di dalam terjemahan-terjemahan bahasa Yunani bagi tujuan-tujuan teologi monoteisme.
Masalah ini diteliti di dalam karya Mazmur 8 [014]).
Pra-kewujudan Kristus memang telah diketahui umum dan diisytiharkan di dalam teologi jemaat awal berulang kali. Ianya diterangkan di dalam karya Pra-Kewujudan Yesus Kristus [243].
Mari kita periksa sekarang makhluk di dalam Perjanjian Lama ini yang merupakan Malaikat Allah.
2. Hagar dan Malaikat itu
2.1 Engkau-Adalah-Tuhan-Yang-Melihat
Malaikat YHVH pertama sekali disebut di dalam cerita tentang Hagar, seorang hamba perempuan, yang melarikan dirinya daripada tuannya Sarai, di dalam Kejadian 16. Sementara Hagar berjalan mundar-mandir di padang gurun, Malaikat itu telah bertemu dengannya. Secara signifikannya, Malaikat itu telah berjanji bahawa dia akan memberkati dan memperbanyakkan keturunan dia. Jadi, Malaikat itu telah diberikan kuasa dan kekuasaan Tuhan untuk menganugerahkan berkat-berkat kepada manusia. Pada penghujung pertemuan ini, Malaikat tersebut telah dipanggil sebagai "YHVH yang telah berbicara dengannya" – [Alkitab Interlinear menterjemahkan ini sebagai "Dan dia telah memanggilkan nama Jehovah, Dia yang berbicara dengannya, Engkau, Tuhan yang penuh visi!" Rangkap Dia yang berbicara dengannya membayangkan bahawa terdapatnya pelbagai makhluk yang membawa gelaran YHVH. Makhluk YHVH tertentu inilah yang telah berbicara dengannya, yang telah melihatnya merayau-rayau di padang gurun dan telah pergi membantunya] – dan dia memanggilnya, "Engkau-Adalah-Tuhan-yang-Melihat" (ayat 13). Namun begitu, Malaikat itu juga merujuk kepada YHVH sebagai pihak ketiga. Dengan itu, di dalam contoh ini kita mula lihat bagaimana Malaikat YHVH ini membawakan gelaran YHVH tetapi juga berbicara bagi pihak YHVH yang diwakilinya ini.
Lalu Malaikat TUHAN menjumpainya dekat suatu mata air di padang gurun, yakni dekat mata air di jalan ke Syur. Katanya: "Hagar, hamba Sarai, dari manakah datangmu dan ke manakah pergimu?" Jawabnya: "Aku lari meninggalkan Sarai, nyonyaku." Lalu kata Malaikat TUHAN itu kepadanya: "Kembalilah kepada nyonyamu, biarkanlah engkau ditindas di bawah kekuasaannya." Lagi kata Malaikat TUHAN itu kepadanya: "Aku akan membuat sangat banyak keturunanmu, sehingga tidak dapat dihitung karena banyaknya." Selanjutnya kata Malaikat TUHAN itu kepadanya: "Engkau mengandung dan akan melahirkan seorang anak laki-laki dan akan menamainya Ismael, sebab TUHAN telah mendengar tentang penindasan atasmu itu. Seorang laki-laki yang lakunya seperti keledai liar, demikianlah nanti anak itu; tangannya akan melawan tiap-tiap orang dan tangan tiap-tiap orang akan melawan dia, dan di tempat kediamannya ia akan menentang semua saudaranya." Kemudian Hagar menamakan TUHAN [YHVH] yang telah berfirman kepadanya itu dengan sebutan: "Engkaulah Allah yang melihat [El-Roi]." Sebab katanya: "Benarkah aku telah melihat Dia [secara literalnya, benarkah aku telah melihat Dia yang melihat aku] dan masih hidup selepas melihatnya?" (Kejadian 16:7-13, RSV).
Secara signifikannya, Kristus telah mengenalpasti dirinya sebagai Dia yang menguji hati dan melihat maksud-maksud batin/fikiran di dalam Perjanjian baru. Di dalam Wahyu 2:18, 23 kita membaca:
Dan tuliskanlah kepada malaikat jemaat di Tiatira: Inilah firman Anak Allah, yang mata-Nya bagaikan nyala api dan kaki-Nya bagaikan tembaga:
Dan anak-anaknya akan Kumatikan dan semua jemaat akan mengetahui, bahwa Akulah yang menguji batin dan hati orang, dan bahwa Aku akan membalaskan kepada kamu setiap orang menurut perbuatannya.
2.2 Malaikat Allah
Apabila Hagar melarikan dirinya buat kedua kalinya, Malaikat itu telah berbicara semula dengannya, dan mengulangi janjinya untuk menjadikan anaknya suatu bangsa yang besar. Di sini kita baca untuk pertama kalinya gelaran kedua Malaikat tersebut iaitu Malaikat Allah. Adalah penting bahawa istilah-istilah Allah [Elohim] dan Malaikat Allah [Elohim] digunakan secara saling berganti sepertimana juga YHVH dan Malaikat YHVH digunakan secara silih berganti. Allah [Elohim] mendengar dan Malaikat itu berbicara. Malaikat itu mengatakan bahawa dia akan memberkati Ismael, tetapi dia juga mengatakan bahawa dia berbicara bagi pihak Allah [Elohim]. Ini menunjukkan adanya suatu hierarki di dalam Elohim. Malaikat itu membawakan gelaran Elohim dan berbicara bagi pihak Elohim yang diwakilinya.
Allah [Elohim] mendengar suara anak itu, lalu Malaikat Allah [Elohim] berseru dari langit kepada Hagar, kata-Nya kepadanya: "Apakah yang engkau susahkan, Hagar? Janganlah takut, sebab Allah [Elohim] telah mendengar suara anak itu dari tempat ia terbaring. Bangunlah, angkatlah anak itu, dan bimbinglah dia, sebab Aku akan membuat dia menjadi bangsa yang besar." Lalu Allah membuka mata Hagar, sehingga ia melihat sebuah sumur; ia pergi mengisi kirbatnya dengan air, kemudian diberinya anak itu minum. Allah menyertai anak itu, sehingga ia bertambah besar; ia menetap di padang gurun dan menjadi seorang pemanah. (Kejadian 21:17-20).
3. Abraham dan Malaikat itu
3.1 YHVH sebagai suatu gelaran yang didistribusi
Di dalam contoh Hagar dan Malaikat itu kita lihat bahawa Malaikat YHVH dipanggil sebagai YHVH kerana dia membawa bersama kekuasaan YHVH dan berbicara bagi pihakNya. Konsep YHVH sebagai suatu gelaran yang didistribusi (iaitu suatu gelaran yang digunakan bagi banyak makhluk, dan bukan hanya YHVH Alam Semesta yang merupakan Allah sebenar yang tunggal) muncul pada banyak tempat. (Untuk suatu diskusi mengenai gelaran-gelaran di dalam Perjanjian Baru, lihat Apendiks 3). Sebagai contohnya, YHVH telah muncul secara langsung kepada Abraham.
Ketika itu TUHAN [YHVH] menampakkan diri kepada Abram dan berfirman: "Aku akan memberikan negeri ini kepada keturunanmu." Maka didirikannya di situ mezbah bagi TUHAN yang telah menampakkan diri kepadanya. (Kejadian 12:7).
Ketika Abram berumur sembilan puluh sembilan tahun, maka TUHAN [YHVH] menampakkan diri kepada Abram dan berfirman kepadanya: "Akulah Allah Yang Mahakuasa [El Shadday], hiduplah di hadapan-Ku dengan tidak bercela. Aku akan mengadakan perjanjian antara Aku dan engkau, dan Aku akan membuat engkau sangat banyak." Lalu sujudlah Abram, dan Allah [Elohim] berfirman kepadanya: (Kejadian 17:1-3).
YHVH yang disebutkan di sini tidak mungkin adalah Allah sebenar yang tunggal kerana tiada seorangpun yang pernah melihat Allah atau mendengar suaraNya (lihat pada petikan-petikan Perjanjian Baru yang dirujukkan sebelum ini). Namun dia berbicara sebagai Allah yang Maha Kuasa. Istilah Ibrani bagi Maha Kuasa adalah Shadday yang bermakna Paling atau Maha Berkuasa. Hanya ada satu Makhluk saja yang Maha Berkuasa dan ianya adalah Allah, Bapa, yang lebih besar daripada semua, termasuklah juga Kristus:
Kamu telah mendengar, bahwa Aku telah berkata kepadamu: Aku pergi, tetapi Aku datang kembali kepadamu. Sekiranya kamu mengasihi Aku, kamu tentu akan bersukacita karena Aku pergi kepada Bapa-Ku, sebab Bapa lebih besar dari pada Aku. (Yohanes 14:28)
Tetapi aku mau, supaya kamu mengetahui hal ini, yaitu Kepala dari tiap-tiap laki-laki ialah Kristus, kepala dari perempuan ialah laki-laki dan Kepala [dari] Kristus ialah Allah. (1Korintus 11:3)
Di dalam Perjanjian Baru, istilah Maha Kuasa itu dikhaskan secara eksklusifnya buat Allah Bapa. Tuhan Allah yang Maha Kuasa adalah Bapa kita, dan Yesus Kristus adalah saudara kita:
Dan Aku akan menjadi Bapamu, dan kamu akan menjadi anak-anak-Ku laki-laki dan anak-anak-Ku perempuan demikianlah firman Tuhan, Yang Mahakuasa." (2 Korintus 6:18).
Sebab Ia yang menguduskan [Kristus] dan mereka yang dikuduskan, mereka semua berasal dari Satu; itulah sebabnya Ia tidak malu menyebut mereka saudara, kata-Nya: "Aku akan memberitakan nama-Mu [Nama Bapa] kepada saudara-saudara-Ku, dan memuji-muji Engkau di tengah-tengah jemaat," (Ibrani 2:11-12)
Di dalam Wahyu, Tuhan Allah Maha Kuasa, Allah Bapa, dibezakan daripada Kristusnya; Dia merupakan tumpuan suatu nyanyian pujian dari Domba; Kristus memeras anggur di dalam kilangan anggur kemurkaanNya (iaitu bermaksud melaksanakan penghakiman bagi pihak Bapanya); dan kedua-dua yang Maha Kuasa dan Domba itu akan menjadi Bait Suci di dalam Syurga dan Bumi yang Baru:
Dan mereka menyanyikan nyanyian Musa, hamba Allah, dan nyanyian Anak Domba, bunyinya: "Besar dan ajaib segala pekerjaan-Mu, ya Tuhan, Allah, Yang Mahakuasa! Adil dan benar segala jalan-Mu, ya Raja segala bangsa! (Wahyu 15:3)
Dan dari mulut-Nya keluarlah sebilah pedang tajam yang akan memukul segala bangsa. Dan Ia akan menggembalakan mereka dengan gada besi dan Ia akan memeras anggur dalam kilangan anggur, yaitu kegeraman murka Allah, Yang Mahakuasa. (Wahyu 19:15) [rujuk Yohanes 5:27 - Dan Ia telah memberikan kuasa kepada-Nya untuk menghakimi, karena Ia adalah Anak Manusia.]
Dan aku tidak melihat Bait Suci di dalamnya; sebab Allah, Tuhan Yang Mahakuasa, adalah Bait Sucinya, demikian juga Anak Domba itu. (Wahyu 21:22).
Oleh kerana tiada seorangpun yang pernah melihat Allah sebenar yang tunggal (rujuk ayat-ayat yang dicatatkan di dalam Bahagian 1.2) [hal ini jelas diakui oleh para pengulas. Lihat petikan daripada International Standard Bible Encyclopedia di dalam Apendiks 4], dan kerana Allah Bapa adalah Allah yang Maha Kuasa, dan hakikatnya adalah Kitab Suci tidak boleh dibatalkan (Yohanes 10:35), kita terpaksa membuat kesimpulan bahawa YHVH yang telah berbicara dengan Abraham dan Para Bapa adalah seorang lagi YHVH yang lain daripada Allah Maha Kuasa (Bapa), iaitu seseorang yang berbicara bagi pihak Allah yang Maha Kuasa, atau El Shadday. Dalam kata lain, Abraham berurusan dengan seorang Elohim yang berbicara secara langsung bagi pihak Allah, dan oleh kerana dia membawakan kekuasaan Allah maka dia juga membawakan nama YHVH sebagai gelarannya. Kristus menerangkan bahawa dia berbicara bagi pihak Allah:
Maka kata Yesus: "Apabila kamu telah meninggikan Anak Manusia, barulah kamu tahu, bahwa Akulah Dia, dan bahwa Aku tidak berbuat apa-apa dari diri-Ku sendiri, tetapi Aku berbicara tentang hal-hal, sebagaimana diajarkan Bapa kepada-Ku. (Yohanes 8:28).
Sebab Aku berkata-kata bukan dari diri-Ku sendiri, tetapi Bapa, yang mengutus Aku, Dialah yang memerintahkan Aku untuk mengatakan apa yang harus Aku katakan dan Aku sampaikan. Dan Aku tahu, bahwa perintah-Nya itu adalah hidup yang kekal. Jadi apa yang Aku katakan, Aku menyampaikannya sebagaimana yang difirmankan oleh Bapa kepada-Ku." (Yohanes 12:49-50).
Konsep mengenai YHVH sebagai suatu gelaran yang diagih-agihkan, menjadi lebih jelas lagi di dalam Kejadian 18 di mana tiga makhluk telah muncul kepada Abraham, dan kesemuannya digelar sebagai YHVH:
Ketika ia [Abraham] mengangkat mukanya, ia melihat tiga orang berdiri di depannya. Sesudah dilihatnya mereka, ia berlari dari pintu kemahnya menyongsong mereka, lalu sujudlah ia sampai ke tanah, serta berkata: "Tuanku, jika aku telah mendapat kasih tuanku, janganlah kiranya lampaui hambamu ini. (Kejadian 18:2-3).
Di dalam teks Ibrani yang asal, perkataan yang dicatatkan di sini sebagai "tuan" adalah sebenarnya YHVH. Abraham telah memanggil kesemua tiga "orang" ini sebagai YHVH. Namun begitu, sewaktu teks Ibrani itu sedang diperbetulkan oleh golongan Sopherim yang merupakan penyemak-penyemak rasmi di bawah Ezra dan Nehemia, mereka telah mengubah perkataan ini dan 133 kejadian lain penggunaan YHVH kepada Adonai atau Tuan. (Perubahan-perubahan yang mereka lakukan ini direkodkan pada ruang-ruang sampingan teks tersebut). Kononnya, tujuan mereka membuat perubahan-perubahan ini adalah untuk menghormati Nama Ilahi YHVH, tetapi adalah lebih mungkin lagi bahawa sebab sebenarnya adalah, golongan Sopherim ini risau tentang penggunaan nama YHVH pada makhluk-makhluk lain selain daripada YHVH yang Maha Tinggi. Perubahan-perubahan serupa terjadi di dalam ayat-ayat 27, 30, 32. (Suatu senarai penuh perubahan-perubahan ini ditemui di dalam Apendiks 32 bagi Companion Bible).
Di dalam ayat-ayat 16-22, salah seorang daripada tiga orang itu, yang kini digelar YHVH, telah memilih untuk tinggal bersama Abraham sementara yang dua orang lagi itu telah bertolak ke Sodom. Namun YHVH ini merujuk kepada YHVH sebagai pihak ketiga yang memberkati Abraham, lantas menunjukkan dengan lebih lanjut lagi bahawa terdapatnya sejumlah bilangan YHVH:
Lalu berangkatlah orang-orang itu dari situ dan memandang ke arah Sodom; dan Abraham berjalan bersama-sama dengan mereka untuk mengantarkan mereka. Berpikirlah TUHAN: "Apakah Aku akan menyembunyikan kepada Abraham apa yang hendak Kulakukan ini? Bukankah sesungguhnya Abraham akan menjadi bangsa yang besar serta berkuasa, dan oleh dia segala bangsa di atas bumi akan mendapat berkat? Sebab Aku telah memilih dia, supaya diperintahkannya kepada anak-anaknya dan kepada keturunannya supaya tetap hidup menurut jalan yang ditunjukkan TUHAN, dengan melakukan kebenaran dan keadilan, dan supaya TUHAN memenuhi kepada Abraham apa yang dijanjikan-Nya kepadanya." Sesudah itu berfirmanlah TUHAN: "Sesungguhnya banyak keluh kesah orang tentang Sodom dan Gomora dan sesungguhnya sangat berat dosanya. Baiklah Aku turun untuk melihat, apakah benar-benar mereka telah berkelakuan seperti keluh kesah orang yang telah sampai kepada-Ku atau tidak; Aku hendak mengetahuinya." Lalu berpalinglah orang-orang itu dari situ dan berjalan ke Sodom, tetapi Abraham masih tetap berdiri di hadapan TUHAN. (Kejadian 18:16-22)
YHVH yang ini, yang mewakili YHVH di syurga, telah turun ke bawah untuk melihat kalau-kalau keluh kesat orang mengenai Sodom itu adalah benar. Di dalam bab 19, kedua-dua "orang" itu, yang kini digelar sebagai malaikat (mal'ak), telah pergi ke Sodom. Di dalam ayat 18, Lot menggelar mereka sebagai YHVH:
Kata Lot kepada mereka: "Janganlah kiranya demikian, tuanku [salah satu lagi daripada 134 perubahan yang telah dilakukan oleh golongan Sopherim, yang asalnya adalah YHVH]. (Kejadian 19:18).
Malaikat-malaikat tersebut telah memberitahu Lot bahawa YHVH telah mengutus mereka untuk membinasakan Sodom:
sebab kami akan memusnahkan tempat ini, karena banyak keluh kesah orang tentang kota ini di hadapan TUHAN [YHVH]; sebab itulah TUHAN [YHVH]; mengutus kami untuk memusnahkannya." (Kejadian 19:13).
Di dalam ayat 24, malaikat-malaikat itu, yang digelar YHVH, telah menghujankan api yang turun dari YHVH di syurga:
Kemudian TUHAN [YHVH] menurunkan hujan belerang dan api atas Sodom dan Gomora, berasal dari TUHAN [YHVH], dari langit; (Kejadian 19:24).
Dengan itu, kita lihat bagaimana gelaran YHVH itu telah diberikan tanpa sebarang perbezaan kepada tidak kurang daripada empat Makhluk di dalam kisah-kisah ini: tiga "orang" (kemungkinan sekali Kristus dan dua malaikat yang menemani) serta Allah di syurga. Jelas sekali, YHVH adalah suatu gelaran yang diagih-agihkan, yang diberikan kepada mereka yang mewakili Allah Bapa kepada manusia. Yahovah di Syurga boleh diambil sebagai Yahovah Alam Semesta.
3.2 Malaikat itu menghalang penyembelihan Ishak
Sebutan seterusnya mengenai Malaikat itu adalah di dalam peristiwa di mana Abraham telah diperintahkan untuk menyembelih Ishak. Dalam kes ini Malaikat tersebut telah campur tangan untuk menghalang kematian Ishak:
Tetapi berserulah Malaikat TUHAN dari langit kepadanya: "Abraham, Abraham." Sahutnya: "Ya, Tuhan." Lalu Ia berfirman: "Jangan bunuh anak itu dan jangan kauapa-apakan dia, sebab telah Kuketahui sekarang, bahwa engkau takut akan Allah [Elohim], dan engkau tidak segan-segan untuk menyerahkan anakmu yang tunggal kepada-Ku." Lalu Abraham menoleh dan melihat seekor domba jantan di belakangnya, yang tanduknya tersangkut dalam belukar. Abraham mengambil domba itu, lalu mengorbankannya sebagai korban bakaran pengganti anaknya. Dan Abraham menamai tempat itu: "TUHAN menyediakan"; sebab itu sampai sekarang dikatakan orang: "Di atas gunung TUHAN, akan disediakan." Untuk kedua kalinya berserulah Malaikat TUHAN dari langit kepada Abraham, kata-Nya: "Aku bersumpah demi diri-Ku sendiri--demikianlah firman TUHAN--:Karena engkau telah berbuat demikian, dan engkau tidak segan-segan untuk menyerahkan anakmu yang tunggal kepada-Ku, maka Aku akan memberkati engkau berlimpah-limpah dan membuat keturunanmu sangat banyak seperti bintang di langit dan seperti pasir di tepi laut, dan keturunanmu itu akan menduduki kota-kota musuhnya. Oleh keturunanmulah semua bangsa di bumi akan mendapat berkat, karena engkau mendengarkan firman-Ku." (Kejadian 22:11-18).
Malaikat itu di sini telah berbicara bagi pihak dirinya sendiri ("sebab telah Kuketahui sekarang…") dan bagi pihak YHVH, Allah syurga ("Aku bersumpah demi diri-Ku sendiri--demikianlah firman TUHAN [YHVH]…").
Agak menarik juga apabila kita memerhatikan bahawa sewaktu memuji Abraham, Malaikat itu mengatakan, "sebab telah Kuketahui sekarang, bahwa engkau takut akan Allah [Elohim], dan engkau tidak segan-segan untuk menyerahkan anakmu yang tunggal kepada-Ku." Daripada sini kita tahu bahawa Malaikat itu merupakan Elohim yang telah memerintah Abraham untuk menyembelih anaknya di dalam ayat-ayat 1-2, dan bahawa Malaikat ini tidak tahu apa yang akan Abraham lakukan sehinggalah dia melihatnya melalui tindakan-tindakan Abraham. Dengan itu, Malaikat ini tidak mempunyai pengetahuan mutlak, ataupun sifat maha mengetahui. Begitulah keadaan sebenarnya dengan Kristus. Terdapat beberapa perkara yang Kristus tidak ketahui dan yang perlu dinyatakan kepadanya oleh Allah dan Bapanya yang mempunyai pengetahuan mutlak itu:
[Nota – Ini adalah satu lagi bukti bahawa Kristus bukanlah Allah sebenar yang tunggal. Allah sebenar yang satu itu, iaitu Allah Bapa, yang memberitahukan dari mulanya hal yang kemudian (Yesaya 46:9-10). Tujuan dan misteriNya-lah yang sedang dibongkarkan di atas bumi ini (Efesus 1:9-10; 3:9). Kristus mendapat pengetahuan mengenai hal-hal ini dengan pernyataan/wahyu daripada Bapa (Wahyu 1:1).]
Tetapi tentang hari atau saat itu tidak seorangpun yang tahu, malaikat-malaikat di sorga tidak, dan Anakpun tidak, hanya Bapa saja." (Markus 13:32).
Inilah wahyu Yesus Kristus, yang dikaruniakan Allah kepada-Nya, supaya ditunjukkan-Nya kepada hamba-hamba-Nya apa yang harus segera terjadi. Dan oleh malaikat-Nya yang diutus-Nya, Ia telah menyatakannya kepada hamba-Nya Yohanes. (Wahyu 1:1).
Hal mengenai pengorbanan Ishak ini diteliti dengan lebih terperinci lagi bersama-sama juga dengan implikasinya bagi Judaisme, serta Islam dan Quran, di dalam karya-karya Malaikat Itu dan Pengorbanan Abraham [071); dan Kejadian 22, Judaisme, Islam dan Pengorbanan Ishak [244].
3.3 Malaikat itu dan Isteri Ishak
Pada masa kemudiannya, apabila Abraham menghantar hambanya untuk mengambil seorang isteri bagi Ishak, dia menjanjikan kepada hambanya bahawa Malaikat YHVH akan bersama-sama dengan hambanya itu untuk memberkati perjalanannya. Daripada komen-komennya, Abraham faham akan perbezaan di antara YHVH Allah syurga, dengan Malaikat ataupun Mal'ak yang merupakan Utusan bagi YHVH ini, dan melaluinya YHVH berurusan dengan dia. Hamba itu telah mengakui bahawa pimpinan Malaikat itu adalah sama dengan pimpinan YHVH. Dengan itulah, Malaikat itu benar-benar mewakili Allah:
TUHAN, Allah yang empunya langit, yang telah memanggil aku dari rumah ayahku serta dari negeri sanak saudaraku, dan yang telah berfirman kepadaku, serta yang bersumpah kepadaku, demikian: kepada keturunanmulah akan Kuberikan negeri ini--Dialah juga akan mengutus Malaikat-Nya berjalan di depanmu, sehingga engkau dapat mengambil seorang isteri dari sana untuk anakku.
Tetapi katanya kepadaku: TUHAN, yang di hadapan-Nya aku hidup, akan mengutus Malaikat-Nya menyertai engkau, dan akan membuat perjalananmu berhasil, sehingga engkau akan mengambil bagi anakku seorang isteri dari kaumku dan dari rumah ayahku.
Kemudian berlututlah aku dan sujud menyembah TUHAN, serta memuji TUHAN, Allah tuanku Abraham, yang telah menuntun aku di jalan yang benar untuk mengambil anak perempuan saudara tuanku ini bagi anaknya. (Kejadian 24:7, 40, 48).
Di dalam Perjanjian Baru, Kristus menggenapi suatu peranan yang serupa di mana dia menuntun, melindungi, memberkati dan mewakili Allah kepada kita:
Yesus mendekati mereka dan berkata: "Kepada-Ku telah diberikan segala kuasa di sorga dan di bumi. Karena itu pergilah, jadikanlah semua bangsa murid-Ku dan baptislah mereka dalam nama Bapa dan Anak dan Roh Kudus, dan ajarlah mereka melakukan segala sesuatu yang telah Kuperintahkan kepadamu. Dan ketahuilah, Aku menyertai kamu senantiasa sampai kepada akhir zaman." (Matius 28:18-20).
4. Yakub dan Malaikat itu
Di dalam bahagian ini, tiga kualiti mendalam bagi Malaikat YHVH diperlihatkan:
Sebagai Utusan Allah (Yang Maha Tinggi), hadirat Malaikat itu adalah sama dengan hadirat Allah. Melihat Malaikat itu adalah serupa dengan melihat Allah (Yang Maha Tinggi).
Malaikat itu adalah agen penebusan Allah.
Malaikat itu disamakan dengan Allah [Elohim] yang telah menuntun, berbicara dengan, memberkati, serta memberi makan kepada Yakub, Ishak, dan Abraham.
4.1 Allah bagi Rumah Allah
Sewaktu dia melarikan daripada Esau dan pergi kepada bapa saudaranya Laban di Haran, Yakub telah mengalami suatu mimpi yang berkuasa sekali berdekatan dengan kota Lus. Di dalam mimpinya, dia melihat YHVH yang berdiri di atas suatu tangga yang hujungnya sampai ke langit dan telah memberkatinya. YHVH berjanji untuk bersama-sama dengan Yakub, untuk memeliharanya, tidak meninggalkannya, dan membawa dia kembali ke tanah pertiwinya. Yakub telah bernazar/mengangkat sumpah kepada YHVH, menerima YHVH sebagai Allahnya:
Ia sampai di suatu tempat, dan bermalam di situ, karena matahari telah terbenam. Ia mengambil sebuah batu yang terletak di tempat itu dan dipakainya sebagai alas kepala, lalu membaringkan dirinya di tempat itu. Maka bermimpilah ia, di bumi ada didirikan sebuah tangga yang ujungnya sampai di langit, dan tampaklah malaikat-malaikat Allah turun naik di tangga itu. Berdirilah TUHAN di sampingnya dan berfirman: "Akulah TUHAN, Allah Abraham, nenekmu, dan Allah Ishak; tanah tempat engkau berbaring ini akan Kuberikan kepadamu dan kepada keturunanmu. Keturunanmu akan menjadi seperti debu tanah banyaknya, dan engkau akan mengembang ke sebelah timur, barat, utara dan selatan, dan olehmu serta keturunanmu semua kaum di muka bumi akan mendapat berkat. Sesungguhnya Aku menyertai engkau dan Aku akan melindungi engkau, ke manapun engkau pergi, dan Aku akan membawa engkau kembali ke negeri ini, sebab Aku tidak akan meninggalkan engkau, melainkan tetap melakukan apa yang Kujanjikan kepadamu." Ketika Yakub bangun dari tidurnya, berkatalah ia: "Sesungguhnya TUHAN ada di tempat ini, dan aku tidak mengetahuinya." Ia takut dan berkata: "Alangkah dahsyatnya tempat ini. Ini tidak lain dari rumah Allah, ini pintu gerbang sorga." Keesokan harinya pagi-pagi Yakub mengambil batu yang dipakainya sebagai alas kepala dan mendirikan itu menjadi tugu dan menuang minyak ke atasnya. Ia menamai tempat itu Betel; dahulu nama kota itu Lus. Lalu bernazarlah Yakub: "Jika Allah akan menyertai dan akan melindungi aku di jalan yang kutempuh ini, memberikan kepadaku roti untuk dimakan dan pakaian untuk dipakai, sehingga aku selamat kembali ke rumah ayahku, maka TUHAN akan menjadi Allahku. (Kejadian 28:11-21).
Setelah melihat suatu Makhluk yang menamakan dirinya YHVH di dalam mimpi, bertahun-tahun kemudiannya Yakub telah mengalami satu lagi mimpi di mana Malaikat Allah berbicara kepadanya dan mengatakan, "Akulah Allah yang di Betel itu," dan "engkau bernazar kepada-Ku." Oleh itu, sekali lagi Malaikat itu dikaitkan kepada gelaran YHVH. Penting kita perhatikan bahawa teks tersebut merujuk kepada Malaikat itu sebagai Mal'ak HaElohim. Sambungan kata ha bermakna itu. Dalam kata lain, Malaikat itu dikenalpasti sebagai Malaikat Allah itu. Oleh itu, sungguhpun digelar sebagai Elohim, Malaikat tersebut adalah Mal’ak atau Utusan bagi seorang Elohim yang lebih tinggi, iaitu Elohim itu, atau, Allah itu. Juga signifikan bahawa Malaikat itu menggelarkan dirinya sebagai El Bethel atau Allah bagi Rumah Allah:
Dan Malaikat Allah [Mal'ak HaElohim] berfirman kepadaku dalam mimpi itu: Yakub! Jawabku: Ya Tuhan! Lalu Ia berfirman: Angkatlah mukamu dan lihatlah, bahwa segala jantan yang menjantani kambing domba itu bercoreng-coreng, berbintik-bintik dan berbelang-belang, sebab telah Kulihat semua yang dilakukan oleh Laban itu kepadamu. Akulah Allah yang di Betel [El Bethel] itu, di mana engkau mengurapi tugu, dan di mana engkau bernazar kepada-Ku; maka sekarang, bersiaplah engkau, pergilah dari negeri ini dan pulanglah ke negeri sanak saudaramu." (Kejadian 31:11-13).
Di dalam Perjanjian Baru, Kristus dirujukkan sebagai Allah yang diurapi oleh Allahnya (iaitu Bapa). Dia juga adalah Anak dan Imam Besar bagi rumah Bapanya:
Engkau mencintai keadilan dan membenci kefasikan; sebab itu Allah, Allah-Mu telah mengurapi Engkau dengan minyak sebagai tanda kesukaan, melebihi teman-teman sekutu-Mu." (Ibrani 1:9).
tetapi Kristus setia sebagai Anak yang mengepalai rumah-Nya; dan rumah-Nya ialah kita, jika kita sampai kepada akhirnya teguh berpegang pada kepercayaan dan pengharapan yang kita megahkan. (Ibrani 3:6).
dan kita mempunyai seorang Imam Besar sebagai kepala Rumah Allah. (Ibrani 10:21).
Di dalam petikan yang berikutnya, Allah [El] di Betel itu tela muncul semula untuk memberkati serta memberi arahan kepada Yakub. Daripada petikan-petikan sebelumnya dan komen-komen Yakub kemudiannya di dalam Kejadian 48:15-16, jelas terbukti bahawa Allah di Betel itu hanya mungkin adalah Malaikat YHVH. Persamaan-persamaan di antara aktiviti-aktivitinya di sini dan di dalam kemunculan-kemunculannya yang lebih awal kepada Hagar dan Abraham begitu ketara sekali:
Allah [Elohim] berfirman kepada Yakub: "Bersiaplah, pergilah ke Betel, tinggallah di situ, dan buatlah di situ mezbah bagi Allah [El], yang telah menampakkan diri kepadamu, ketika engkau lari dari Esau, kakakmu." Lalu berkatalah Yakub kepada seisi rumahnya…"Marilah kita bersiap dan pergi ke Betel; aku akan membuat mezbah di situ bagi Allah [El], yang telah menjawab aku pada masa kesesakanku dan yang telah menyertai aku di jalan yang kutempuh." …Lalu sampailah Yakub ke Lus yang di tanah Kanaan--yaitu Betel--,ia dan semua orang yang bersama-sama dengan dia. Didirikannyalah mezbah di situ, dan dinamainyalah tempat itu El-Betel [bahasa Ibrani yang bermaksud Allah kepada Rumah Allah], karena Allah telah menyatakan diri [bahasa Ibrani, Elohim (Allah-allah) dinyatakan – ini berbentuk plural dan difahami oleh pengulas-pengulas RABBINIKAL sebagai merujuk kepada para malaikat – iaitu, rujukan itu adalah pada Malaikat Elohim yang berbicara bagi pihak YHVH, dan malaikat-malaikat lain yang terlihat turun dan naik di atas tangga itu; ini semuanya adalah elohim] kepadanya di situ, ketika ia lari terhadap kakaknya. …Setelah Yakub datang dari Padan-Aram, maka Allah [Elohim] menampakkan diri pula kepadanya dan memberkati dia. …Lagi firman Allah [Elohim] kepadanya: "Akulah Allah Yang Mahakuasa [El Shaddai]. Beranakcuculah dan bertambah banyak; satu bangsa, bahkan sekumpulan bangsa-bangsa, akan terjadi dari padamu dan raja-raja akan berasal dari padamu. Dan negeri ini yang telah Kuberikan kepada Abraham dan kepada Ishak, akan Kuberikan kepadamu dan juga kepada keturunanmu." Lalu naiklah Allah [Elohim] meninggalkan Yakub dari tempat Ia berfirman kepadanya. (Kejadian 35:1-13).
Sekali lagi, sepertimana dengan Abraham dan Ishak (Kejadian 28:3), Malaikat itu telah berbicara sebagai/bagi pihak El Shadday, lantas menunjukkan bahawa Mal’ak atau Utusan bagi El Shadday-lah yang sedang berbicara.
4.2 Muka Allah
Dalam perjalanan baliknya untuk menemui Esau, "seseorang" telah bertemu dengan Yakub dan telah bergumul dengannya hingga pagi. Yakub menyamakan pengalamannya ini sama dengan melihat Allah [Elohim] "muka dengan muka," dan menamakan tempat itu, "Muka Allah." Jelas sekali, "orang" ini membawakan hadirat Allah di dalam dirinya.
Lalu tinggallah Yakub seorang diri. Dan seorang laki-laki bergulat dengan dia sampai fajar menyingsing. Ketika orang itu melihat, bahwa ia tidak dapat mengalahkannya, ia memukul sendi pangkal paha Yakub, sehingga sendi pangkal paha itu terpelecok, ketika ia bergulat dengan orang itu. Lalu kata orang itu: "Biarkanlah aku pergi, karena fajar telah menyingsing." Sahut Yakub: "Aku tidak akan membiarkan engkau pergi, jika engkau tidak memberkati aku." Bertanyalah orang itu kepadanya: "Siapakah namamu?" Sahutnya: "Yakub." Lalu kata orang itu: "Namamu tidak akan disebutkan lagi Yakub, tetapi Israel, sebab engkau telah bergumul melawan Allah [Elohim] dan manusia, dan engkau menang." Bertanyalah Yakub: "Katakanlah juga namamu." Tetapi sahutnya: "Mengapa engkau menanyakan namaku?" Lalu diberkatinyalah Yakub di situ. Yakub menamai tempat itu Pniel [bahasa Ibrani, bererti Muka Allah], sebab katanya: "Aku telah melihat Allah [Elohim] berhadapan muka, tetapi nyawaku tertolong!" (Kejadian 32:24-30).
Beberapa abad kemudiannya, nabi Hosea diinspirasikan untuk memperingati kejadian tersebut. Yakub dikatakan telah bergumul dengan Allah [Elohim]. Di dalam ayat seterusnya, Allah atau Elohim ini disamakan dengan Malaikat itu.
Di dalam kandungan ia menipu saudaranya, dan dalam kegagahannya ia bergumul dengan Allah. Ia bergumul dengan Malaikat dan menang; ia menangis dan memohon belas kasihan kepada-Nya. Di Betel ia bertemu dengan Dia, dan di sanalah Dia berfirman kepadanya: --yakni TUHAN, Allah semesta alam, TUHAN nama-Nya-- (Hosea 12:3-5).
Di dalam Hosea 12:5 istilah Tuhan Allah Semesta Alam bukanlah dengan YHVH Sabaoth yang biasa digunakan. Sebaliknya, bahasa Ibraninya berbunyi YHVH, Elohim HaSabaoth atau YHVH, Allah Semesta Alam. Jadi, Malaikat itu dirujukkan sebagai YHVH, Allah Semesta Alam [itu]. Ini berpadanan dengan bagaimana Kristus digelar sebagai Panglima Balatentera TUHAN did alam Yosua 5:15. (Lihat juga Matius 24:30-31; 1Tesalonika 4:16; Yudas 14; Wahyu 19:13-14.)
Sebelum meninggalkan bahagian ini kita juga harus perhatikan bahawa Kristus mewakili "muka/wajah Allah" kepada kita:
Kata Yesus kepadanya: "Telah sekian lama Aku bersama-sama kamu, Filipus, namun engkau tidak mengenal Aku? Barangsiapa telah melihat Aku, ia telah melihat Bapa; bagaimana engkau berkata: Tunjukkanlah Bapa itu kepada kami. (Yohanes 14:9).
Sebab Allah yang telah berfirman: "Dari dalam gelap akan terbit terang!", Ia juga yang membuat terang-Nya bercahaya di dalam hati kita, supaya kita beroleh terang dari pengetahuan tentang kemuliaan Allah yang nampak pada wajah Kristus. (2Korintus 4:6).
Ia adalah gambar Allah yang tidak kelihatan, yang sulung, lebih utama dari segala yang diciptakan; (Kolose 1:15).
4.3 Malaikat Penebusan/Pelepasan
Rujukan terakhir kepada Malaikat itu di dalam Kejadian adalah pada peristiwa di mana Yakub telah memberkati anak-anak Yusuf, iaitu Efraim dan Manasye. Di sini Yakub dengan jelas menyeru kepada Allah [Elohim] bapa-bapanya dan Allah [Elohim] yang telah menjadi gembalanya sepanjang hidupnya sehingga hari itu, "Malaikat yang telah melepaskan saya." Pertaliannya dengan Kristus begitu jelas sekali (rujuk Galatia 3:13; 4:5). Dalam penggunaannya kemudiannya, "Malaikat yang Melepaskan," telah digelar sebagai, "Malaikat Penebusan." Suatu perkara lagi yang menarik perhatian kita adalah istilah menggembalakan atau menjadi gembala. Jelas sekali, Malaikat Penebus ini adalah juga Gembala Israel. Ini jelas menghubungkannya dengan Kristus selaku Gembala yang Baik (Yohanes 10:14).
Sesudah itu diberkatinyalah Yusuf, katanya: "Nenekku dan ayahku, Abraham dan Ishak, telah hidup di hadapan Allah [Elohim]; Allah itu, sebagai Allah yang telah menjadi gembalaku selama hidupku sampai sekarang, dan sebagai Malaikat yang telah melepaskan aku dari segala bahaya, Dialah kiranya yang memberkati orang-orang muda ini, sehingga namaku serta nama nenek dan bapaku, Abraham dan Ishak, termasyhur oleh karena mereka dan sehingga mereka bertambah-tambah menjadi jumlah yang besar di bumi." (Kejadian 48:15-16).
Awal-awal lagi Abraham telah memberitahu hambanya bahawa dia hidup di hadapan YHVH, dan di dalam petikan yang sama telah membezakan YHVH daripada Malaikatnya (Kejadian 24:40). Di dalam Kejadian 48:15-16, Yakub telah mengatakan bahawa neneknya Abraham telah hidup di hadapan Elohim yang merupakan Malaikat atau Mal'ak itu. Ini bukanlah suatu kontradiksi. Mal’ak YHVH merupakan Elohim bagi Abraham, Ishak dan Yakub (dalam kata lain, Elohim yang telah diurapi oleh Elohimnya, iaitu Allah Maha Tinggi, untuk menjadi Tuhan dan Pelindung dan Penebus mereka), namun dia bukanlah tumpuan penyembahan mereka. Sebaliknya Allah Maha Kuasa atau El Shadday, yang disembah mereka. Mereka mendekatinya melalui Mal’aknya yang telah dilantiknya untuk menaungi mereka. Ini berpadanan dengan konsep-konsep Perjanjian Baru mengenai umat-umat Kristian yang mengikuti kedua-dua Allah dan Kristus, serta mendekati Allah melalui Kristus:
Sebab itu jadilah penurut-penurut Allah, seperti anak-anak yang kekasih (Efesus 5:1).
Barangsiapa melayani Aku, ia harus mengikut Aku dan di mana Aku berada, di situpun pelayan-Ku akan berada. Barangsiapa melayani Aku, ia akan dihormati Bapa. (Yohanes 12:26).
dan apa juga yang kamu minta dalam nama-Ku, Aku akan melakukannya, supaya Bapa dipermuliakan di dalam Anak. (Yohanes 14:1
5. Musa dan Malaikat itu
5.1 Ucapan Stefanus
Jemaat Allah sejak daripada abad pertama telah menerima hakikat bahawa Dia yang telah berbicara daripada semak duri itu, Dia yang telah memyampaikan Hukum Sepuluh itu daripada Gunung Sinai, Dia yang telah memimpin Israel melalui padang gurun, Dia yang telah berbicara dengan Musa muka dengan muka, adalah Kristus sebelum kelahirannya sebagai manusia. Sebagai contohnya, Paulus mencatatkan:
Aku mau, supaya kamu mengetahui, saudara-saudara, bahwa nenek moyang kita semua berada di bawah perlindungan awan dan bahwa mereka semua telah melintasi laut. Untuk menjadi pengikut Musa mereka semua telah dibaptis dalam awan dan dalam laut. Mereka semua makan makanan rohani yang sama dan mereka semua minum minuman rohani yang sama, sebab mereka minum dari batu karang rohani yang mengikuti mereka, dan batu karang itu ialah Kristus. (1 Korintus 10:1-4).
Namun begitu, Alkitab jelas sekali menunjukkan bahawa Malaikat YHVH-lah yang telah melaksanakan semua ini dan lebih lagi. Jemaat awal faham bahawa Kristus adalah Mal’ak atau Malaikat Allah: (Lihat perbincangan di dalam Apendiks 5 untuk butir-butir lebih terperinci).
Sungguhpun demikian keadaan tubuhku itu, yang merupakan pencobaan bagi kamu, namun kamu tidak menganggapnya sebagai sesuatu yang hina dan yang menjijikkan, tetapi kamu telah menyambut aku, sama seperti menyambut seorang malaikat Allah, malahan sama seperti menyambut Kristus Yesus sendiri. (Galatia 4:14).
Bukti jelas bahawa terdapatnya pemahaman peranan Kristus sebagai Malaikat YHVH di dalam Jemaat awal, ditemui di dalam ucapan Stefanus di dalam Kisah 7. Paling penting sekali adalah ayat-ayat 30-38. Di dalam ayat 30, Musa melihat Malaikat itu dan mendengar suara Tuhan. DI dalam ayat 35, Musa telah diutus sebagai penyelamat dengan berbekalkan pertolongan atau bantuan daripada Malaikat itu. Di dalam ayat 38, ianya dinyatakan dengan jelas bahawa Malaikat Allah itulah yang telah memberikan Hukum itu kepada Israel melalui Musa. Komen-komen Stefanus telah mendasarkan pemeriksaan lebih lanjut akan rekod Perjanjian Lama mengenai perurusan Musa dengan Malaikat YHVH:
Dan sesudah empat puluh tahun tampaklah kepadanya seorang malaikat di padang gurun gunung Sinai di dalam nyala api yang keluar dari semak duri. Musa heran tentang penglihatan itu, dan ketika ia pergi ke situ untuk melihatnya dari dekat, datanglah suara Tuhan kepadanya: Akulah Allah nenek moyangmu, Allah Abraham, Ishak dan Yakub. Maka gemetarlah Musa, dan ia tidak berani lagi melihatnya. Lalu firman Allah kepadanya: Tanggalkanlah kasutmu dari kakimu, sebab tempat, di mana engkau berdiri itu, adalah tanah yang kudus. Aku telah memperhatikan dengan sungguh kesengsaraan umat-Ku di tanah Mesir dan Aku telah mendengar keluh kesah mereka, dan Aku telah turun untuk melepaskan mereka; karena itu marilah, engkau akan Kuutus ke tanah Mesir. Musa ini, yang telah mereka tolak, dengan mengatakan: Siapakah yang mengangkat engkau menjadi pemimpin dan hakim? --Musa ini juga telah diutus oleh Allah sebagai pemimpin dan penyelamat oleh malaikat, yang telah menampakkan diri kepadanya di semak duri itu. Dialah yang membawa mereka keluar dengan mengadakan mujizat-mujizat dan tanda-tanda di tanah Mesir, di Laut Merah dan di padang gurun, empat puluh tahun lamanya. Musa ini pulalah yang berkata kepada orang Israel: Seorang nabi seperti aku ini akan dibangkitkan Allah bagimu dari antara saudara-saudaramu. Musa inilah yang menjadi pengantara dalam sidang jemaah di padang gurun di antara malaikat yang berfirman kepadanya di gunung Sinai dan nenek moyang kita; dan dialah yang menerima firman-firman yang hidup untuk menyampaikannya kepada kamu. (Kisah 7:30-38).
Yang berikut adalah ayat 38 daripada beberapa versi terjemahan moden bahasa Inggeris dan satu parafrasa.
Musa inilah yang di dalam perkumpulan di padang gurun telah menjadi pengantara bagi malaikat yang berfirman kepadanya di gunung Sinai dan nenek moyang kita; dan dialah yang menerima firman-firman yang hidup untuk menyampaikannya kepada kamu. (The Amplified Bible)
Inilah orangnya yang di dalam perkumpulan di padang gurun telah mengantara di antara malaikat yang berfirman kepadanya di gunung Sinai dan nenek moyang kita; dan dialah yang menerima Firman-Firman hidup untuk menyampaikannya kepada kamu. (Moffatt)
Di dalam jemaah di padang gurun itu inilah dia orang yang telah menjadi pengantara di antara malaikat yang biasa berfirman kepadanya di gunung Sinai dan nenek moyang kita. Dialah yang menerima firman-firman, yakni firman-firman hidup, untuk menyampaikannya kepada kamu. (Phillip’s).
Kerana di dalam padang gurun, Musa telah menjadi pengantara – pengantara di antara umat Israel dengan malaikat yang telah memberikan kepada mereka Hukum Allah – Firman Hidup – di atas Gunung Sinai. (The Living Bible)
5.2 Malaikat di dalam Semak Duri
Musa pertama sekali terjumpa dengan Malaikat itu apabila ia muncul di dalam semak duri yang terbakar. Apabila Musa berpusing ke samping untuk melihat, kita diberitahu bahawa YHVH melihat dan berbicara. Lebih-lebih lagi, pembicara itu memperkenalkan dirinya sebgai Allah [Elohi - bentuk singular bagi Elohim] Abraham, Ishak, dan Yakub. Allah kepada Abraham, Ishak dan Yakub, merupakan Malaikat Penebusan yang kita lihat di dalam Kejadian 48:15-16. Akhir sekali, Malaikat itu telah mengutus Musa kembali ke Mesir dan berjanji untuk membantunya di dalam usahanya.
Dengan mengingati juga bahawa Stefanus telah mengatakan bahawa Allah telah mengutus Musa untuk menyelamatkan Israel dengan pertolongan Malaikat yang telah muncul padanya, maka jelas sekali dalam penceritaan ini bahawa istilah-istilah Malaikat YHVH, YHVH, dan Elohim, digunakan secara silih berganti untuk memaksudkan entiti atau makhluk yang sama.
Adapun Musa, ia biasa menggembalakan kambing domba Yitro, mertuanya, imam di Midian. Sekali, ketika ia menggiring kambing domba itu ke seberang padang gurun, sampailah ia ke gunung Allah, yakni gunung Horeb. Lalu Malaikat TUHAN menampakkan diri kepadanya di dalam nyala api yang keluar dari semak duri. …Musa berkata: "Baiklah aku menyimpang ke sana untuk memeriksa penglihatan yang hebat itu. …Ketika dilihat TUHAN [YHVH], bahwa Musa menyimpang untuk memeriksanya, berserulah Allah dari tengah-tengah semak duri itu kepadanya: "Musa, Musa!" dan ia menjawab: "Ya, Allah." Lalu Ia berfirman: "Janganlah datang dekat-dekat: tanggalkanlah kasutmu dari kakimu, sebab tempat, di mana engkau berdiri itu, adalah tanah yang kudus." Lagi Ia berfirman: "Akulah Allah ayahmu, Allah [Elohi] Abraham, Allah Ishak dan Allah Yakub." Lalu Musa menutupi mukanya, sebab ia takut memandang Allah [Elohim].
"Jadi sekarang, pergilah, Aku mengutus engkau kepada Firaun …Aku akan menyertai engkau…" (Keluaran 3:1-6, 10-12).
Menarik juga untuk memerhatikan bahawa Malaikat yang berkata-kata bagi pihak Elohimnya, iaitu Allah Bapa, dan membawakan gelaran Elohim sebagai salah seorang daripada penguasa yang dilantik, juga mempunyai kuasa itu untuk melantik orang lain - dalam kes ini adalah Musa – untuk menjadi Elohim serta menggunakan gelaran itu sebagai tanda kekuasaan yang diperlantikkan. Dengan itu, Musa merupakan seorang Mal’ak bagi Malaikat itu dan suatu Elohim kepada saudaranya Harun. Harun sendiri pula menjadi suatu Mal’ak bagi Elohimnya iaitu Musa.
Ia [Harun] harus berbicara bagimu kepada bangsa itu, dengan demikian ia akan menjadi penyambung lidahmu dan engkau akan menjadi seperti Allah baginya. (Keluaran 4:16).
5.3 Malaikat di dalam Awan
Di dalam petikan-petikan berikutnya, kita diberitahu bahawa YHVH hadir di dalam awan itu sementara dia memimpin Israel. Kita juga diberitahu bahawa seorang Malaikat-lah yang telah memimpin Israel dan bahawa pergerakan awan itu dikaitkan dengan pergerakan-pergerakan Malaikat tersebut. Sekali lagi, Malaikat YHVH dikenalpasti sebagai YHVH.
TUHAN berjalan di depan mereka, pada siang hari dalam tiang awan untuk menuntun mereka di jalan, dan pada waktu malam dalam tiang api untuk menerangi mereka, sehingga mereka dapat berjalan siang dan malam. (Keluaran 13:21).
Kemudian bergeraklah Malaikat Allah, yang tadinya berjalan di depan tentara Israel, lalu berjalan di belakang mereka; dan tiang awan itu bergerak dari depan mereka, lalu berdiri di belakang mereka.
Dan pada waktu jaga pagi, TUHAN yang di dalam tiang api dan awan itu memandang kepada tentara orang Mesir, lalu dikacaukan-Nya tentara orang Mesir itu (Keluaran 14:19, 24).
Paulus menulis bahawa Kristus-lah yang telah memimpin Israel melalui Laut itu (1Korintus 10:1-4 yang telah dirujuk sebelum ini). Jadi, Malaikat YHVH dikenalpasti tanpa sebarang keraguan lagi sebagai Kristus.
5.4 Malaikat itu sebagai Pemberi Hukum
Di dalam Bahagian 5.1, Kisah 7:38 dirujukkan, untuk menunjukkan bahawa Musa merupakan pengantara di antara Malaikat itu dan Israel, dan menerima Hukum itu daripada Malaikat tersebut. Suatu perbandingan ringkas Kisah 7:38 dengan petikan-petikan yang berikutnya, menunjukkan sekali lagi bahawa Malaikat itu disamakan dengan YHVH. Konsep tentang bagaimana Hukum Allah telah diurapi dan disampaikan oleh Malaikat-malaikat Allah – dalam kata lain, disahkan sebagai Hukum oleh Majlis Allah-allah dan disampaikan oleh Mal’ak-mal’aknya – tidak dibincangkan di dalam karya ini, tetapi dirujukkan sepintas lalu daripada beberapa petikan Perjanjian Baru:
Kamu telah menerima hukum Taurat yang disampaikan oleh malaikat-malaikat, akan tetapi kamu tidak menurutinya." (Kisah 7:53).
Kalau demikian, apakah maksudnya hukum Taurat? Ia ditambahkan oleh karena pelanggaran-pelanggaran--sampai datang keturunan yang dimaksud oleh janji itu--dan ia disampaikan dengan perantaraan malaikat-malaikat ke dalam tangan seorang pengantara. (Galatia 3:19).
Dan naiklah Musa dengan Harun, Nadab dan Abihu dan tujuh puluh orang dari para tua-tua Israel. Lalu mereka melihat Allah [Elohim] Israel; kaki-Nya berjejak pada sesuatu yang buatannya seperti lantai dari batu nilam dan yang terangnya seperti langit yang cerah. Tetapi kepada pemuka-pemuka orang Israel itu tidaklah diulurkan-Nya tangan-Nya; mereka memandang Allah [Elohim], lalu makan dan minum. TUHAN [YHVH] berfirman kepada Musa: "Naiklah menghadap Aku, ke atas gunung, dan tinggallah di sana, maka Aku akan memberikan kepadamu loh batu, yakni hukum dan perintah, yang telah Kutuliskan untuk diajarkan kepada mereka." Lalu bangunlah Musa dengan Yosua, abdinya, maka naiklah Musa ke atas gunung Allah itu. …Maka Musa mendaki gunung dan awan itu menutupinya. Kemuliaan TUHAN [YHVH] diam di atas gunung Sinai, dan awan itu menutupinya enam hari lamanya; pada hari ketujuh dipanggil-Nyalah Musa dari tengah-tengah awan itu. …Masuklah Musa ke tengah-tengah awan itu dengan mendaki gunung itu. ... (Keluaran 24:9-18).
[Dan TUHAN berkata kepada Musa] ‘Tetapi engkau, berdirilah di sini bersama-sama dengan Aku, maka Aku hendak mengatakan kepadamu segenap perintah, yakni ketetapan dan peraturan, yang harus kauajarkan kepada mereka, supaya mereka melakukannya di negeri yang Kuberikan kepada mereka untuk dimiliki.’ (Ulangan 5:31).
Di dalam petikan ini kita juga perhatikan bahawa Para Tua-tua Israel telah melihat Elohim Israel yang dikenalpasti awal-awal lagi sebagai Malaikat Penebusan.
5.5 Malaikat itu sebagai Hadirat Allah
Sebelum ini kita telah lihat bagaimana Yakub telah memanggil Malaikat dengan siapa dia telah bergumul, sebagai Muka Allah. Dengan berkata demikian, dia bermaksud bahawa Allah "hadir" atau "jelas kelihatan" di dalam tubuh Malaikat itu. Selang masa berlalu, konsep ini telah dibentukkan dengan lebih sempurna lagi dan Malaikat itupun telah dikenali sebagai Malaikat Hadirat itu[-nya] (iaitu Utusan Hadirat Allah). Malaikat itu (iaitu Kristus, sepertimana kita tahu daripada sebelumnya) secara berkesannya, berfungsi sebagai Emmanuel atau Allah Menyertai Kita, jauh lebih awal daripada kelahirannya sebagai manusia.
Di dalam petikan-petikan ini, YHVH dan Malaikat HadiratNya dibezakan antara satu sama lain. Ini boleh difahami jika kita sedar bahawa kewujudan Allah Bapa sebagai El Shadday atau YHVH Semesta Alam, telahpun diketahui oleh Israel. Mereka menyembah YHVH Semesta Alam tetapi faham bahawa Dia berurusan dengan mereka dan hadir di kalangan mereka di dalam bentuk UtusanNya atau MalaikatNya, yang juga dipanggil mereka sebagai YHVH kerana dia mewakili YHVH Semesta Alam serta berkongsikan sifat ilahiNya.
Bukankah Ia berfirman: "Sungguh, merekalah umat-Ku, anak-anak yang tidak akan berlaku curang," maka Ia menjadi Juruselamat mereka dalam segala kesesakan mereka. Bukan seorang duta atau utusan, melainkan Ia [Malaikat Hadiratnya] sendirilah yang menyelamatkan mereka; Dialah yang menebus mereka dalam kasih-Nya dan belas kasihan-Nya. Ia mengangkat dan menggendong mereka selama zaman dahulu kala. (Yesaya 63:8-9, NKJV).
Karena Ia mengasihi nenek moyangmu dan memilih keturunan mereka, maka Ia sendiri telah membawa engkau keluar dari Mesir [dengan Hadiratnya], dengan kekuatan-Nya yang besar, (Ulangan 4:37 NKJV).
bahwa kami berteriak kepada TUHAN [YHVH], dan Ia mendengarkan suara kami, mengutus seorang Malaikat dan menuntun kami keluar dari Mesir. ... (Bilangan 20:16 NKJV).
Sebelum ini kita lihat contoh di mana Mal’ak tersebut telah muncul dan berbicara kepada Abraham dan Yakub seolah-olah dia adalah El Shadday atau Allah Maha Kuasa, selaku pihak pertama. Di dalam Keluaran, pada ketika Malaikat itu berurusan dengan Musa dan Israel, suatu contoh lagi telah terbentuk yang menampakkan "kelutsinaran" ini di mana Malaikat YHVH berbicara bagi pihak YHVH Semesta Alam. Di dalam insiden ini, "kelutsinaran" itu begitu "jelas" sekali sehingga identitinya hilang dan ilusi terbentuk seolah-olah YHVH Semesta Alam-lah yang sedang berkata-kata.
Di dalam Keluaran 33, kita baca bahawa YHVH akan mengutus MalaikatNya kepada Israel, tetapi Dia (YHVH) sendirinya tidak akan berada di kalangan mereka. YHVH Semesta Alam (yang terus berada di syurga) tidak sendirinya memimpin Israel keluar daripada Mesir, mahupun menemani Israel masuk ke dalam Tanah Perjanjian. Semua ini telah dilaksanakan oleh Malaikat YHVH. Namun di dalam contoh ini, Malaikat tersebut begitu jelas sekali menyampaikan firman YHVH Semesta Alam, sehingga nampaknya seolah-olah YHVH Semesta Alam sendiri yang berbicara dengan Musa.
Situasi ini nampaknya telah mengelirukan Musa (ingat bahawa perkataan Ibrani bagi Malaikat adalah Mal’ak yang hanya sekadar bermakna utusan), dan dia tidak faham bahawa Malaikat YHVH yang berbicara dengan dia inilah yang akan menemani Israel. Mungkin Musa berfikir bahawa seorang lagi Mal’ak yang lain akan ditugaskan untuk pergi dengan Israel. Walau bagaimanapun, selepas rayuan, YHVH Semesta Alam (yang masih berkata-kata melalui Malaikat itu) meyakinkan Musa bahawa Dia akan hadir sepenuhnya bersama-sama dengan Israel. Ini hanya mungkin jika Malaikat yang pergi bersama-sama dengan Israel adalah Malaikat Hadirat Allah.
Aku akan mengutus seorang malaikat berjalan di depanmu dan akan menghalau orang Kanaan, orang Amori, orang Het, orang Feris, orang Hewi dan orang Yebus--yakni ke suatu negeri yang berlimpah-limpah susu dan madu. Sebab Aku tidak akan berjalan di tengah-tengahmu, karena engkau ini bangsa yang tegar tengkuk, supaya Aku jangan membinasakan engkau di jalan."
Lalu berkatalah Musa kepada TUHAN: "Memang Engkau berfirman kepadaku: Suruhlah bangsa ini berangkat, tetapi Engkau tidak memberitahukan kepadaku, siapa yang akan Kauutus bersama-sama dengan aku. Namun demikian Engkau berfirman: Aku mengenal namamu dan juga engkau mendapat kasih karunia di hadapan-Ku. Maka sekarang, jika aku kiranya mendapat kasih karunia di hadapan-Mu, beritahukanlah kiranya jalan-Mu kepadaku, sehingga aku mengenal Engkau, supaya aku tetap mendapat kasih karunia di hadapan-Mu. Ingatlah, bahwa bangsa ini umat-Mu." Lalu Ia berfirman: "Aku sendiri [HadiratKu – bahasa Ibrani panim yang bermaksud muka atau orang] hendak membimbing engkau dan memberikan ketenteraman kepadamu." Berkatalah Musa kepada-Nya: "Jika Engkau sendiri tidak membimbing kami, janganlah suruh kami berangkat dari sini. Dari manakah gerangan akan diketahui, bahwa aku telah mendapat kasih karunia di hadapan-Mu, yakni aku dengan umat-Mu ini? Bukankah karena Engkau berjalan bersama-sama dengan kami, sehingga kami, aku dengan umat-Mu ini, dibedakan dari segala bangsa yang ada di muka bumi ini?" Berfirmanlah TUHAN kepada Musa: "Juga hal yang telah kaukatakan ini akan Kulakukan, karena engkau telah mendapat kasih karunia di hadapan-Ku dan Aku mengenal engkau." (Keluaran 33:2-3, 12-17)
Petikan-petikan berikutnya mengulangi janji bahawa Malaikat YHVH akan pergi di depan Israel. Perhatikan bahawa dia mempunyai kuasa untuk mengampuni dosa (tetapi tidak jika sengaja membangkitkan kemarahannya), dan bahawa nama Allah ada di dalam dia. Ini bermakna bahawa intipati, kekuasaan dan sifat Allah ada di dalam Malaikat itu. Ada pelbagai persamaan dengan Kristus di dalam konsep ini.
"Sesungguhnya Aku mengutus seorang malaikat berjalan di depanmu, untuk melindungi engkau di jalan dan untuk membawa engkau ke tempat yang telah Kusediakan. Jagalah dirimu di hadapannya dan dengarkanlah perkataannya, janganlah engkau mendurhaka kepadanya, sebab pelanggaranmu tidak akan diampuninya, sebab nama-Ku ada di dalam dia. Tetapi jika engkau sungguh-sungguh mendengarkan perkataannya, dan melakukan segala yang Kufirmankan, maka Aku akan memusuhi musuhmu, dan melawan lawanmu. Sebab malaikat-Ku akan berjalan di depanmu dan membawa engkau kepada orang Amori, orang Het, orang Feris, orang Kanaan, orang Hewi dan orang Yebus, dan Aku akan melenyapkan mereka. (Keluaran 23:20-23).
Tetapi pergilah sekarang, tuntunlah bangsa itu ke tempat yang telah Kusebutkan kepadamu; akan berjalan malaikat-Ku di depanmu, …" (Keluaran 32:34).
6. Malaikat Perjanjian
Malaikat YHVH bukan saja merupakan Malaikat Penebusan dan Malaikat Hadirat, tetapi juga difahami merupakan dia yang telah membuat Perjanjian itu dengan Israel di Sinai.
Di dalam Maleakhi 3:1, telah dinubuatkan bahawa Malaikat (atau Utusan) Perjanjian itu yang dicari-cari oleh Israel, akan datang kepada Baitnya. Kita tahu bahawa Utusan itu adalah Kristus (lihat Matius 11:10, Markus 1:2, Lukas 1:76; 7:27). Namun siapakah yang Maleakhi dan para pendengarnya fahami sebagai Malaikat Perjanjian itu? Mereka tahu bahawa dia adalah Malaikat yang telah berucap kepada Israel di dalam Hakim-hakim 2:1-4 dan mengatakan bahawa dia telah membuat Perjanjian dengan Israel. [Walaupun tidak diperkatakan di sini, kedua-dua Perjanjian Lama dan Baru dibuat antara YHVH Semesta Alam atau Allah Bapa, dan Israel (fizikal mahupun rohani). Kristus sebagai Mal’ak Allah adalah Pengantara Perjanjian-perjanjian ini dan kerana itulah, ianya adalah bagi pihak Allah Bapa atau YHVH Semesta Alam apabila dia berbicara kepada Israel di Bokhim.] Sekali lagi Kristus ditunjukkan sebagai Malaikat YHVH.
Lalu Malaikat TUHAN pergi dari Gilgal ke Bokhim dan berfirman: "Telah Kutuntun kamu keluar dari Mesir dan Kubawa ke negeri yang Kujanjikan dengan bersumpah kepada nenek moyangmu, dan Aku telah berfirman: Aku tidak akan membatalkan perjanjian-Ku dengan kamu untuk selama-lamanya, tetapi janganlah kamu mengikat perjanjian dengan penduduk negeri ini; mezbah mereka haruslah kamu robohkan. Tetapi kamu tidak mendengarkan firman-Ku. Mengapa kamu perbuat demikian? Lagi Aku telah berfirman: Aku tidak akan menghalau orang-orang itu dari depanmu, tetapi mereka akan menjadi musuhmu dan segala allah mereka akan menjadi jerat bagimu." Setelah Malaikat TUHAN mengucapkan firman itu kepada seluruh Israel, menangislah bangsa itu dengan keras. (Hakim-hakim 2:1-4).
Lihat, Aku menyuruh utusan-Ku, supaya ia mempersiapkan jalan di hadapan-Ku! Dengan mendadak Tuhan yang kamu cari itu akan masuk ke bait-Nya! Malaikat Perjanjian yang kamu kehendaki itu, sesungguhnya, Ia datang, firman TUHAN semesta alam. (Maleakhi 3:1)
7. Bileam dan Malaikat itu
Kita lihat bagaimana Malaikat YHVH itu berurusan dengan Bileam di dalam Bilangan 22-23. Sekali lagi, tindakan-tindakan dan arahan-arahan Malaikat itu ("hanyalah perkataan yang akan Kukatakan kepadamu harus kaukatakan") disamakan sebagai daripada YHVH. Di sini, Elohim yang disebutkan jelas sekali adalah Malaikat YHVH, sementara ia membawakan nama serta kekuasaan YHVH.
(Lihat karya Doktrin Bileam dan Nubuatan Bileam [204]).
Tetapi bangkitlah murka Allah [Elohim] ketika ia [Bileam] pergi, dan berdirilah Malaikat TUHAN di jalan sebagai lawannya. Bileam mengendarai keledainya yang betina dan dua orang bujangnya ada bersama-sama dengan dia. Ketika keledai itu melihat Malaikat TUHAN berdiri di jalan, dengan pedang terhunus di tangan-Nya, …Melihat Malaikat TUHAN meniaraplah keledai itu dengan Bileam masih di atasnya. Maka bangkitlah amarah Bileam, lalu dipukulnyalah keledai itu dengan tongkat. Ketika itu TUHAN membuka mulut keledai itu, sehingga ia berkata kepada Bileam: "Apakah yang kulakukan kepadamu, sampai engkau memukul aku tiga kali?" …Kemudian TUHAN menyingkapkan mata Bileam; dilihatnyalah Malaikat TUHAN dengan pedang terhunus di tangan-Nya berdiri di jalan, lalu berlututlah ia dan sujud. …Lihat, Aku keluar sebagai lawanmu, sebab jalan ini pada pemandangan-Ku menuju kepada kebinasaan. Ketika keledai ini melihat Aku, telah tiga kali ia menyimpang dari hadapan-Ku; jika ia tidak menyimpang dari hadapan-Ku, tentulah engkau yang Kubunuh pada waktu itu juga dan dia Kubiarkan hidup." Lalu berkatalah Bileam kepada Malaikat TUHAN: "Aku telah berdosa, karena aku tidak mengetahui, bahwa Engkau ini berdiri di jalan menentang aku. Maka sekarang, jika hal itu jahat di mata-Mu, aku mau pulang." Tetapi Malaikat TUHAN berfirman kepada Bileam: "Pergilah bersama-sama dengan orang-orang itu, tetapi hanyalah perkataan yang akan Kukatakan kepadamu harus kaukatakan." Sesudah itu pergilah Bileam bersama-sama dengan pemuka-pemuka Balak itu.
Tetapi berkatalah Bileam kepada Balak: "Ini aku sudah datang kepadamu sekarang; tetapi akan mungkinkah aku dapat mengatakan apa-apa? Perkataan yang akan ditaruh Allah ke dalam mulutku, itulah yang akan kukatakan." …Sesudah itu berkatalah Bileam kepada Balak: "Berdirilah di samping korban bakaranmu, tetapi aku ini hendak pergi; mungkin TUHAN akan datang menemui aku, dan perkataan apapun yang dinyatakan-Nya kepadaku, akan kuberitahukan kepadamu." …Maka Allah menemui Bileam, …Kemudian TUHAN menaruh perkataan ke dalam mulut Bileam dan berfirman: "Kembalilah kepada Balak dan katakanlah demikian." …Lalu TUHAN menemui Bileam dan menaruh perkataan ke dalam mulutnya, dan berfirman: "Kembalilah kepada Balak dan katakanlah demikian." (Bilangan 22:22 hingga 23:16).
Masalah-masalah yang timbul berkenaan Malaikat dan Bileam, serta doktrin-doktrin Bileam, diteliti di dalam karya-karya Golongan Nicolaitan [202] dan Doktrin Bileam dan Nubuatan Bileam [204].
8. Yosua dan Malaikat itu
Malaikat itu juga telah muncul kepada Yosua dalam samarannya sebagai Komander Balatentera YHVH, dan dirujukkan sebagai YHVH.
Ketika Yosua dekat Yerikho, ia melayangkan pandangnya, dilihatnya seorang laki-laki berdiri di depannya dengan pedang terhunus di tangannya. Yosua mendekatinya dan bertanya kepadanya: "Kawankah engkau atau lawan?" Jawabnya: "Bukan, tetapi akulah Panglima Balatentara TUHAN. Sekarang aku datang." Lalu sujudlah Yosua dengan mukanya ke tanah, menyembah dan berkata kepadanya: "Apakah yang akan dikatakan tuanku kepada hambanya ini?" Dan Panglima Balatentara TUHAN itu berkata kepada Yosua: "Tanggalkanlah kasutmu dari kakimu, sebab tempat engkau berdiri itu kudus." Dan Yosua berbuat demikian. Dalam pada itu Yerikho telah menutup pintu gerbangnya; telah tertutup kota itu karena orang Israel; tidak ada orang keluar atau masuk. Berfirmanlah TUHAN kepada Yosua: "Ketahuilah, Aku serahkan ke tanganmu Yerikho ini beserta rajanya dan pahlawan-pahlawannya yang gagah perkasa. (Yosua 5:13 hingga 6:2).
Perhatikan bahawa tanah yang dipijak oleh Panglima ini adalah suci (rujuk Keluaran 3) dan sepertimana gelaran YHVH diaplikasikan kepada Malaikat YHVH, begitulah juga YHVH digunakan bagi Panglima Balatentera YHVH. Oleh itu, Makhluk ini membawakan kekuasaan serta hadirat YHVH di dalam dirinya, sama seperti Malaikat YHVH. Dengan merujuk kepada Hosea 12:5 yang telah disebutkan sebelum ini di mana Malaikat itu dipanggil YHVH, Elohim Semesta Alam dan juga petikan-petikan Perjanjian Baru di mana Kristus dipamerkan sebagai Kapten atau Panglima balatentera surgawi (contohnya Wahyu 19:11-13), adalah sukar untuk lari daripada kesimpulan itu bahawa Makhluk yang telah muncul kepada Yosua adalah Malaikat YHVH, iaitu, Kristus.
9. Malaikat itu dan Para Hakim
Malaikat YHVH telah muncul beberapa kali di dalam Hakim-hakim. Sebelum ini kita telah lihat kemunculannya kepada Israel di mana dia telah mengisytiharkan dirinya sebagai Mal’ak yang telah membuat Perjanjian itu di Sinai dengan Israel. Sekarang, kita akan teliti pula penglibatannya dengan hakim-hakim Israel.
9.1 Gideon dan Malaikat itu
Kisah pertama adalah kemunculannya pada Gideon. Di sini, istilah-istilah Malaikat YHVH dan YHVH saling berganti dengan bebas ketika menggambarkan perorangan yang sama. Agak menarik untuk memperhatikan bahawa Gideon pada permulaannya, memanggil Malaikat YHVH sebagai adoni, yang merupakan panggilan yang bermaksud tuan atau ketua dan digunakan bagi orang. Apabila Gideon mulai jelas tentang identiti sebenar Malaikat itu, dia memanggilnya (dalam teks Ibrani yang standard) sebagai Adonai. Ini adalah gelaran ilahi formal yang digunakan apabila memperkatakan tentang YHVH, kerana "YHVH" dianggap terlalu suci untuk disebutkan sewenang-wenangnya. Namun begitu, sepertimana dengan petikan-petikan di dalam Kejadian yang dilihat sebelum ini, perkataan asal bagi ayat 15 adalah YHVH, dan telah diubah kepada Adonai oleh golongan Sopherim sepertimana yang mereka lakukan kepada 133 teks yang lain, kemungkinan sekali untuk menyembunyikan hakikat itu bahawa gelaran YHVH telah digunakan bagi seorang Malaikat.
Kemudian datanglah Malaikat TUHAN dan duduk di bawah pohon tarbantin di Ofra, kepunyaan Yoas, orang Abiezer itu, sedang Gideon, anaknya, mengirik gandum dalam tempat pemerasan anggur agar tersembunyi bagi orang Midian. Malaikat TUHAN menampakkan diri kepadanya dan berfirman kepadanya, demikian: "TUHAN [YHVH] menyertai engkau, ya pahlawan yang gagah berani." Jawab Gideon kepada-Nya: "Ah, tuanku [adoni, gelaran bahasa Ibrani bagi orang], jika TUHAN menyertai kami, mengapa semuanya ini menimpa kami? Di manakah segala perbuatan-perbuatan-yang ajaib yang diceritakan oleh nenek moyang kami kepada kami, ketika mereka berkata: Bukankah TUHAN telah menuntun kita keluar dari Mesir? Tetapi sekarang TUHAN membuang kami dan menyerahkan kami ke dalam cengkeraman orang Midian."
Lalu berpalinglah TUHAN kepadanya [jelas sekali, Malaikat itulah yang berpaling] dan berfirman: "Pergilah dengan kekuatanmu ini dan selamatkanlah orang Israel dari cengkeraman orang Midian. Bukankah Aku mengutus engkau!" Tetapi jawabnya kepada-Nya: "Ah Tuhanku [Adonai, bahasa Ibrani, yang asalnya adalah YHVH tetapi merupakan salah satu daripada 134 tempat di mana YHVH diubah kepada Adonai oleh golongan Sopherim] , dengan apakah akan kuselamatkan orang Israel? …Berfirmanlah TUHAN kepadanya: "Tetapi Akulah yang menyertai engkau, sebab itu engkau akan memukul kalah orang Midian itu sampai habis." Maka jawabnya kepada-Nya: "Jika sekiranya aku mendapat kasih karunia di mata-Mu, maka berikanlah kepadaku tanda, bahwa Engkau sendirilah yang berfirman kepadaku. Janganlah kiranya pergi dari sini, sampai aku datang kepada-Mu membawa persembahanku dan meletakkannya di hadapan-Mu." Firman-Nya: "Aku akan tinggal, sampai engkau kembali."
Masuklah Gideon ke dalam, lalu mengolah seekor anak kambing dan roti yang tidak beragi …dibawanya itu kepada-Nya ke bawah pohon tarbantin, lalu disuguhkannya. Berfirmanlah Malaikat Allah kepadanya: "Ambillah daging dan roti yang tidak beragi itu, letakkanlah ke atas batu ini, dan curahkan kuahnya." Maka diperbuatnya demikian. Dan Malaikat TUHAN mengulurkan tongkat yang ada di tangan-Nya; dengan ujungnya disinggung-Nya daging dan roti itu; maka timbullah api dari batu itu dan memakan habis daging dan roti itu. Kemudian hilanglah Malaikat TUHAN dari pandangannya.
Maka tahulah Gideon, bahwa itulah Malaikat TUHAN, lalu katanya: "Celakalah aku, Tuhanku ALLAH [bahasa Ibrani, Adonai YHVH]! sebab memang telah kulihat Malaikat TUHAN dengan berhadapan muka." Tetapi berfirmanlah TUHAN kepadanya: "Selamatlah engkau! Jangan takut, engkau tidak akan mati." Lalu Gideon mendirikan mezbah di sana bagi TUHAN dan menamainya: Shalom-Tuhan [secara literalnya, Dia yang Membawakan Damai]. Mezbah itu masih ada sampai sekarang di Ofra, kota orang Abiezer. (Hakim-hakim 6:11-24, NKJV).
Gelaran Tuhan-Shalom yang bermaksud Dia yang Membawakan Damai, adalah signifikan kerana ianya hampir sama dengan gelaran yang diberikan kepada Mesias, iaitu Raja Damai (Yesaya 9:6).
9.2 Ibubapa Simson/Samson dan Malaikat itu
Beberapa lama kemudiannya, Malaikat YHVH telah muncul sekali lagi, kali ini kepada ibubapa Simson. Di dalam kisah ini, ada beberapa poin yang relevan. Bapa Simson iaitu Manoah, pada mulanya, ragu-ragu tentang identiti Malaikat itu. Dia telah bertanya apakah nama Malaikat itu. Malaikat itu telah menjawab bahawa namanya adalah ajaib, suatu gelaran di dalam bahasa Ibrani yang berkait rapat dengan salah satu daripada gelaran-gelaran Kristus yang dicatatkan di dalam Yesaya 9:6.
Apabila Manoah sedar akan identiti Malaikat itu, dia menyamakannya dengan Allah atau Elohim ("kita telah melihat Allah!"). Manoah berasa cemas apabila dia sedar bahawa dia telah melihat Elohim Israel, iaitu Malaikat HaElohim (atau Malaikat TUHAN) secara berdepan muka, kerana sebelum itu Elohim ini telah mengatakan pada Musa bahawa "tidak ada orang yang memandang Aku dapat hidup" (Keluaran 33:20). Keupayaan atau tidak untuk melihat muka Elohim ini seharusnya bergantung pada tahap kuasa atau kemuliaan yang dipilihnya untuk dipamerkan. Abraham, Yakub, Musa, Yosua, dan Gideon semuanya telah melihat Malaikat ini muka dengan muka, dan tidak mati (sungguhpun kedua-dua Yakub dan Gideon cemas setelah memandang dia). Oleh kerana Manoah dan isterinya tidak mengalami apa-apa kemudaratan, Malaikat itu sudah pasti telah muncul dalam keadaan bukan-termulia, dan dengan itu membolehkan mereka memandangnya.
Pada waktu itu ada seorang dari Zora, dari keturunan orang Dan, namanya Manoah; isterinya mandul, tidak beranak. Dan Malaikat TUHAN menampakkan diri kepada perempuan itu dan berfirman kepadanya, demikian: "Memang engkau mandul, tidak beranak, tetapi engkau akan mengandung dan melahirkan seorang anak laki-laki. …Kemudian perempuan itu datang kepada suaminya dan berkata: "Telah datang kepadaku seorang abdi Allah [HaElohim], yang rupanya sebagai rupa malaikat Allah [HaElohim], amat menakutkan. Tidak kutanyakan dari mana datangnya, dan tidak juga diberitahukannya namanya kepadaku. …
Lalu Manoah memohon kepada TUHAN, katanya: "Ya Tuhan [bahasa Ibrani Adonai, sekali lagi yang asalnya adalah YHVH, tetapi adalah salah satu daripada 134 tempat di mana YHVH telah ditukarkan kepada Adonai oleh golongan Sopherim], berilah kiranya abdi Allah, yang Kauutus itu, datang pula kepada kami dan mengajar kami, apa yang harus kami perbuat kepada anak yang akan lahir itu." Maka Allah [HaElohim] mendengarkan permohonan Manoah, sehingga Malaikat Allah [HaElohim] datang pula kepada perempuan itu, ketika ia duduk di padang dan ketika Manoah, suaminya itu, tidak ada bersama-sama dengan dia. Kemudian perempuan itu segera berlari memberitahukan kepada suaminya, …Lalu bangunlah Manoah dan mengikuti isterinya. Setelah sampai kepada orang itu, berkatalah ia kepadanya: "Engkaukah orang yang telah berbicara kepada perempuan ini?" Jawabnya: "Benar!" …
Kata Manoah kepada Malaikat TUHAN itu: "Perkenankanlah kami menahan Engkau di sini, supaya kami mengolah anak kambing bagi-Mu." Tetapi jawab Malaikat TUHAN itu kepada Manoah: "Sekalipun engkau menahan Aku di sini, hidanganmu itu tidak akan Kumakan. Tetapi jika engkau hendak mengolahnya menjadi korban bakaran, persembahkanlah itu kepada TUHAN." Sebab Manoah tidak mengetahui, bahwa Dia itu Malaikat TUHAN. Kemudian berkatalah Manoah kepada Malaikat TUHAN itu: "Siapakah nama-Mu, sebab apabila terjadi yang Kaukatakan itu, maka kami hendak memuliakan Engkau." Tetapi jawab malaikat TUHAN itu kepadanya: "Mengapa engkau juga menanyakan nama-Ku? Bukankah nama itu ajaib [perkataan Ibrani peli, yang berhubungkait dengan pele, yang bermakna ajaib, dan digunakan bagi Kristus di dalam Yesaya 9:6]?"
Sesudah itu Manoah mengambil seekor anak kambing dan korban sajian, lalu mempersembahkannya kepada TUHAN di atas batu. Lalu diperbuat-Nya keajaiban, sementara Manoah dan isterinya memandanginya. Sedang nyala api itu naik ke langit dari mezbah, maka naiklah Malaikat TUHAN dalam nyala api mezbah itu. Ketika Manoah dan isterinya melihat hal ini, sujudlah mereka dengan mukanya sampai ke tanah.
Sejak itu Malaikat TUHAN tidak lagi menampakkan diri kepada Manoah dan isterinya. Maka tahulah Manoah, bahwa Dia itu Malaikat TUHAN. Berkatalah Manoah kepada isterinya: "Kita pasti mati, sebab kita telah melihat Allah [perkataan Ibrani Elohim; Manoah tahu bahawa dia telah melihat seorang Elohim (bukannya Eloah yang tidak pernah dilihat sesiapapun)]." Tetapi jawab isterinya kepadanya: "Seandainya TUHAN hendak membunuh kita, maka tidaklah Ia menerima korban bakaran dan korban sajian dari tangan kita dan tidaklah Ia memperlihatkan semuanya itu kepada kita dan tidaklah Ia memperdengarkan hal-hal yang demikian kepada kita pada waktu sekarang ini." (Hakim-hakim 13:2-23).
10. Malaikat itu di dalam zaman Para Raja
10.1 Daud dan Malaikat itu
Di dalam Samuel, kisah Saul dan Daud serta bagaimana Daud telah melarikan diri kepada bangsa Filistin untuk menyelamatkan dirinya daripada Saul, ada dicatatkan. Respon Para Raja Kota Filistin telah menghentikan Daud daripada menentang Israel. 1Samuel 29 mencatatkan bagaimana orang-orang Filistin telah mengumpulkan kesemua bala tentera mereka di Afek dan Daud telah datang bersama-sama dengan Akhis yang dilayaninya dengan taat. Orang-orang Filistin marah dengan kehadirannya dan telah menuntut agar dia mengundurkan diri. Akhis telah mempertahankan kesetiaan Daud tetapi telah diperintahkan untuk menghantar balik Daud dan orang-orangnya, yang diturutinya. Di dalam perbincangan itu, Akhis telah memuji kebaikan Daud dan menyamakan dia dengan seorang utusan [malaikat] Elohim. Jadi, pemahaman mengenai Mal’ak Elohim memang diketahui di kalangan bangsa-bangsa yang lain:
Lalu Akhis menjawab Daud: "Aku tahu bahawa engkau baik dalam pandanganku seperti seorang malaikat Allah. Hanya, para panglima orang Filistin telah berkata: Ia tidak boleh pergi berperang bersama-sama dengan kita. (1Samuel 29:9, RSV).
Di dalam 2 Samuel 14, terdapat cerita tentang janda dari Tekoa di mana anak-anaknya telah bergaduh sesama sendiri. Seorang telah membunuh yang satu lagi dan kerana itu nyawanya sepatutnya dijadikan ganti sebagai hukuman. Dengan ini, pusaka keluarganya akan hilang begitu saja. Perempuan itu telah merayu kepada raja dan raja itu disamakan dengan suatu Utusan atau Malaikat Elohim di dalam ayat 17:
"Juga hambamu ini berpikir: perkataan tuanku raja tentulah akan menenangkan hati, sebab seperti malaikat Allah, demikianlah tuanku raja, yang dapat membeda-bedakan apa yang baik dan jahat. Dan TUHAN, Allahmu, kiranya menyertai tuanku." (2Samuel 14:17).
Malaikat YHVH juga digambarkan di dalam 2Samuel 24:16 dan seterusnya. Dia telah muncul dekat dengan tempat pengirikan Arauna, orang Yebus. Daud melihat bahawa Malaikat itu sedang membinasakan bangsa itu dan kerana itu dia telah bertaubat daripada dosanya (iaitu menghituntg rakyatnya) dan memohon kepada YHVH untuk menghentikan pemusnahan itu. Daud telah diperintahkan oleh Gad untuk membangunkan suatu mezbah bagi YHVH.
Ketika malaikat mengacungkan tangannya ke Yerusalem untuk memusnahkannya, maka menyesallah TUHAN karena malapetaka itu, lalu Ia berfirman kepada malaikat yang mendatangkan kemusnahan kepada bangsa itu: "Cukup! Turunkanlah sekarang tanganmu itu." Pada waktu itu malaikat TUHAN itu ada dekat tempat pengirikan Arauna, orang Yebus. Dan berkatalah Daud kepada TUHAN, ketika dilihatnya malaikat yang tengah memusnahkan bangsa itu, demikian: "Sesungguhnya, aku telah berdosa, dan aku telah membuat kesalahan, tetapi domba-domba ini, apakah yang dilakukan mereka? Biarlah kiranya tangan-Mu menimpa aku dan kaum keluargaku." Pada hari itu datanglah Gad kepada Daud dan berkata kepadanya: "Pergilah, dirikanlah mezbah bagi TUHAN di tempat pengirikan Arauna, orang Yebus itu." Lalu pergilah Daud, sesuai dengan perkataan Gad, seperti yang diperintahkan TUHAN. (2 Samuel 24:16-19).
Di dalam ayat 19, arahan-arahan daripada Gad kepada Daud dikatakan adalah arahan-arahan YHVH sendiri. Namun begitu, di dalam penceritaan kisah yang sama di dalam 1Tawarikh 21:12-30, dicatatkan bahawa Malaikat itulah yang memberitahu Gad apa yang harus dikatakannya:
Ketika Daud mengangkat mukanya, maka dilihatnyalah malaikat TUHAN berdiri di antara bumi dan langit, dengan di tangannya pedang terhunus yang diacungkan ke atas Yerusalem. Lalu dengan berpakaian kain kabung sujudlah Daud dan para tua-tua. Dan berkatalah Daud kepada Allah: "Bukankah aku ini yang menyuruh menghitung rakyat dan aku sendirilah yang telah berdosa dan yang melakukan kejahatan, tetapi domba-domba ini, apakah yang dilakukan mereka? Ya TUHAN, Allahku, biarlah kiranya tangan-Mu menimpa aku dan kaum keluargaku, tetapi janganlah tulah menimpa umat-Mu." Kemudian malaikat TUHAN menyuruh Gad mengatakan kepada Daud, bahwa Daud harus pergi untuk mendirikan mezbah bagi TUHAN di tempat pengirikan Ornan, orang Yebus itu. (1Tawarikh 21:16-18).
Oleh itu, YHVH di dalam kisah di dalam Samuel itu diperluaskan untuk menyatakan bahawa kita berhadapan dengan dua YHVH di sini, iaitu Malaikat YHVH yang digelar sebagai YHVH, dan YHVH pada siapa persembahan korban itu dibuat. YHVH kedua ini, iaitu pada siapa persembahan korban itu ditujukan, seharusnya adalah YHVH Semesta Alam, atau Allah Maha Kuasa. Tumpuan penyembahan adalah YHVH selaku YHVH Tertinggi atau YHVH Semesta Alam dan bukannya YHVH yang dipanggil sebagai Malaikat YHVH.
Kita tahu hakikatnya bahawa tumpuan penyembahan di dalam Bait Suci adalah Eloah, iaitu Ilahi tertinggi, Allah sebenar yang tunggal, yang telah meletakkan namanya di Yerusalem. Hukum yang dituruti adalah Hukum Eloah (rujuk Ezra 4:24-7:26). Eloah adalah Yahovah Semesta Alam.
Kita juga perhatikan bahawa di dalam ayat 16 Malaikat itu digambarkan sebagai berdiri di antara bumi dan langit. Dalam kata lain, dia dipamerkan sebagai pengantara di antara manusia dan Allah. Ini sepadan dengan peranan Kristus di dalam Perjanjian Baru:
Karena Allah itu esa dan esa pula Dia yang menjadi pengantara antara Allah dan manusia, yaitu manusia Kristus Yesus, (1Timotius 2:5).
10.2 Elia dan Malaikat itu
Selepas Elia membunuh nabi-nabi Baal (1 Raja-raja 19), berita itu telah disampaikan kepada Izebel oleh Ahab, dan Izebel telah bersumpah untuk membunuh Elia, lantas Elia telah bangkit dan melarikan diri demi keselamatannya. Malaikat YHVH telah menemuinya dan memberikan dia kekuatan untuk meneruskan perjalanannya.
Sesudah itu ia berbaring dan tidur di bawah pohon arar itu. Tetapi tiba-tiba seorang malaikat menyentuh dia serta berkata kepadanya: "Bangunlah, makanlah!" Ketika ia melihat sekitarnya, maka pada sebelah kepalanya ada roti bakar, dan sebuah kendi berisi air. Lalu ia makan dan minum, kemudian berbaring pula. Tetapi malaikat TUHAN datang untuk kedua kalinya dan menyentuh dia serta berkata: "Bangunlah, makanlah! Sebab kalau tidak, perjalananmu nanti terlalu jauh bagimu." Maka bangunlah ia, lalu makan dan minum, dan oleh kekuatan makanan itu ia berjalan empat puluh hari empat puluh malam lamanya sampai ke gunung Allah [HaElohim], yakni gunung Horeb. Di sana masuklah ia ke dalam sebuah gua dan bermalam di situ. Maka firman TUHAN [YHVH] datang kepadanya, demikian: "Apakah kerjamu di sini, hai Elia?" Jawabnya: "Aku bekerja segiat-giatnya bagi TUHAN, Allah semesta alam, karena orang Israel meninggalkan perjanjian-Mu, meruntuhkan mezbah-mezbah-Mu dan membunuh nabi-nabi-Mu dengan pedang; hanya aku seorang dirilah yang masih hidup dan mereka ingin mencabut nyawaku." Lalu firman-Nya: "Keluarlah dan berdiri di atas gunung itu di hadapan TUHAN [YHVH]!" Maka TUHAN lalu! Angin besar dan kuat, yang membelah gunung-gunung dan memecahkan bukit-bukit batu, mendahului TUHAN. Tetapi tidak ada TUHAN dalam angin itu. … Dan sesudah api itu datanglah bunyi angin sepoi-sepoi basa. (1 Raja-raja 19:5-12).
Malaikat YHVH telah muncul dan membantu Elia, dan Elia menyamakan Malaikat itu dengan YHVH. Dia telah berbicara dengan seorang YHVH di dalam gua itu, yang dipanggil di sini sebagai Firman YHVH, tentang bagaimana dia telah giat bekerja untuk YHVH Semesta Alam, dan dengan itu membezakan antara kedua YHVH ini. YHVH di dalam gua itu memberitahunya untuk pergi ke luar dan berdiri di depan YHVH, yang berbicara dengannya dengan suara seperti bunyi angin sepoi-sepoi serta memberikannya arahan. Oleh itu, petikan ini nampaknya mempertunjukkan dua YHVH. Oleh kerana tiada seorangpun yang pernah mendengar suara YHVH Semesta Alam atau Allah Maha Kuasa, maka apa yang diperlihatkan di sini adalah Malaikat Perjanjian dan seorang lagi malaikat yang lebih rendah. Tafsiran Yahudi mengenai "suara Tuhan" itu adalah bahawa ianya seorang Kerub yang sedang berbicara. Dengan tafsiran ini berkenaan suara Tuhan, maka ertinya terdapat suatu hierarki YHVH yang mempunyai tiga tahap semuanya.
Kerub-kerub penutup yang diurapi digelar sebagai yahovah dan elohim yang mewakili Allah.
Penerangan alternatifnya adalah bahawa Malaikat YHVH yang sama berbicara di luar serta di dalam gua tersebut. Namun begitu, ini akan menjadikan seluruh peristiwa ini tidak bermakna. Tujuan pengalaman ini nampaknya adalah untuk mendemonstrasikan struktur, rencana serta kekuasaan Ketuhanan (Godhead).
Malaikat YHVH sekali lagi berbicara dengan Elia di dalam kisah dalam 2 Raja-raja 1:3-4 berkenaan utusan-utusan raja Samaria yang telah dihantar kepada Baal-Zebub, allah di Ekron, untuk bertanya sama ada dia akan sembuh daripada penyakitnya. Malaikat itu telah memberitahu Elia bahawa raja itu tidak akan terus hidup kerana dia telah meminta petunjuk daripada allah Ekron itu. Malaikat itu telah berbicara dengan bersertakan kekuasaan YHVH (iaitu "Sebab itu beginilah firman TUHAN"):
Tetapi berfirmanlah Malaikat TUHAN kepada Elia, orang Tisbe itu: "Bangunlah, berangkatlah menemui utusan-utusan raja Samaria dan katakan kepada mereka: Apakah tidak ada Allah di Israel, sehingga kamu ini pergi untuk meminta petunjuk kepada Baal-Zebub, allah di Ekron? Sebab itu beginilah firman TUHAN: Engkau tidak akan bangun lagi dari tempat tidur, di mana engkau berbaring, sebab engkau pasti akan mati." Lalu pergilah Elia. (2Raja-raja 1:3-4).