Jemaat-jemaat Allah Al-Masehi
Bulan Baru 1/6/27/120
Ini adalah bulan keenam Kalendar Suci.
Kebanyakan kita sedang bersedia untuk Hari Raya Pondok Daun. Bulan inilah yang
menyaksikan peringkat-peringkat terakhir kalendar di bawah Musa di Sinai. Ianya
sesuai untuk kita meninjau semula apa sebenarnya yang dilakukan Musa di atas
gunung itu sampai waktu ini.. Sila baca karya Pendakian-pendakian Musa
(No. 70). Proses yang Musa telah lalui telah mengambil seluruh tempoh
dari Tahun Baru pada hari Pertama Abib sehinggalah Hari Sangkakala-sangkakala
dalam Bulan Ketujuh. Ianya satu proses pengudusan dan pentahiran dan persediaan
yang berterusan. Dari waktu itu seluruh bangsa
Sistem kerajaan ini telah ditubuhkan dalam batas hukum-hukum Tuhan dan telahpun direncanakan untuk kita terus berada dalam sistem itu dengan penuh penurutan sejak dari mula.
Jadi apakah kaitannya dengan kita pada hari dan zaman ini? Apakah kaitannya bangsa-bangsa dunia ini dengan sistem itu?
Jawapannya adalah bahawa tidak lama lagi kita akan mengalami peristiwa-peristiwa paling penting dalam sejarah manusia. Akan berlaku satu turutan tindakan dan penubuhan sistem-sistem yang akan membawa kita ke pinggir kepupusan.
Idea-idea asas kebebasan yang kini kita anggap sesuatu yang remeh akan dihancurkan dan kita akan hampir kehilangan semua yang kita ada dalam apa yang telah menjadi idea-idea ketamadunan kita.
Bukunya Midnight’s Children, yang diterbitkan pada tahun 1981, telah memenanginya Anugerah Booker dan memasyhurkan namanya di peringkat antarabangsa. Namun novel keempatnya, The Satanic Verses, adalah novelnya yang telah paling memasyhurkan penulis novel bangsa India-British ini. Dalam buku itu, Rushdie telah menggambarkan Quran tidak seperti lazimnya dan salah seorang dari watak utama novel itu mencontohi Nabi Muslim yang dipanggil Muhammad.
The Satanic Verses telah dilarang di
Dalam satu kemunculan luarbiasa di Amerika Syarikat, Salman Rusdie telah berucap dalam satu majlis minggu lalu yang dianjurkan oleh Pusat PEN Amerika, satu persatuan para penulis yang bertujuan mengembangkan kesusasteraan, menggalakkan budaya membaca, serta mempertahankan kebebasan bersuara. Transkrip pertemuan itu telah disediakan oleh Amy Goodman dari TV Democracy Now! Dalam laporannya tentang konferens PEN itu dia mengatakan bahawa “ramai penulis bangun dan membaca karya-karya para penulis, dan akhirnya, Salman Rushdie telah mengakhiri malam itu dengan membaca dari karya-karya dua penulis.
![]()
SALMAN
RUSHDIE: Saya ingin bermula dengan mengatakan
bahawa saya rasa tiada seorangpun dari kita yang hadir di majlis ini yang
menipu diri kita tentang pengganasan (terorisme). Ia memang wujud. Dalam bandar
ini dari antara semua bandar, kita memang tahu perkara ini. Kita tahu apakah
[&] bilakah ia wujud, apa tujuannya ia wujud, apa yang telah dilakukannya,
apa yang
PEN telah mengenalpasti tiga perkara khusus
dalam Akta Patriot serta banyak undang-undang dan arahan eksekutif yang berkaitan,
yang telah digubal sejak
Dan sebagai permulaan, saya akan membaca
satu perenggan dari teks unggul itu, karya John Stuart Mills iaitu Text on
Saya akan akhiri hanya dengan membaca
dua petikan pendek yang dihantar penulis-penulis yang tidak dapat hadir hari
ini. Penulisnya, Francisco Goldman telah menghantar karya ini, yang telah
ditulis wira kemerdekaan
Akhirnya, dari presiden PEN sebelumnya, Norman Mailer. Dia telah menghantar sumbangan paling pendek sekali. Dari John Dos Passos di AS. Ya, kita adalah dua negara. Bagaimanapun, saya juga ingin membaca dari – [ketawa] jadi, apa yang Norman katakan dalam temuramah itu, yang ada dalam isu terkini majalah New York, dia telah berbicara dengan anak lelakinya, dan berikut adalah bagaimana ia berakhir. Norman menulis, atau mengatakan, “Kebijaksanaan sedia mencapai kita dari tempat-tempat yang sangat tidak dijangkakan. Di sini saya memetik dari seorang lelaki yang telah menjadi bijak, terlalu lewat dalam hidup ini. ‘Lazimnya, orang biasa tidak mengingini peperangan. Bagaimanapun, para pemimpin negaralah yang menentukan polisi, dan begitu mudah saja untuk mereka menarik rakyat bersama tidak kira ia satu demokrasi atau pemerintahan diktator fasis atau parlimen atau pemerintahan diktator komunis. Suara atau tiada suara, rakyat sentiasa dapat didorong untuk mengikut perintah para pemimpin. Ini senang saja. Kamu hanya perlu beritahu mereka bahawa mereka sedang diserang, serta mengecam mereka yang bersifat pasifis kerana tidak patriotik dan mendedahkan negara kepada bahaya. Sama saja caranya dalam setiap negara.’ Itu adalah Herman Goering yang berucap di Perbicaraan-perbicaraan Nuremburg selepas Perang Dunia II. Ianya satu hal untuk mendapat amaran awal. Adakah kita akan sentiasa bersedia berperang?” Terima kasih.
Ucapan ini mempunyai satu siri elemen penting di dalamnya. Rushdie nampaknya telah sembuh dari pandangan-pandangannya sendiri yang kurang pertimbangan yang telah mengundang fatwa ke atas dirinya sendiri. Kita semua tumbuh dalam kebijaksanaan dengan peredaran masa dan khususnya dengan mengimbas kembali.
Masalah yang disebutkannya di sini
berkenaan kontroversi Republican/Demokratik itu, yang menyaksikan
Pada tahun 1878, Akta Posse Comitatus telahpun beroperasi selama lebih enam tahun. Akta ini telah diperkenalkan dan diperjuangkan oleh para penggubal undang-undang Selatan Kongres yang telah ditekan pentadbiran tentera sejak Perang Saudara pada pertengahan dekad sebelumnya. Akta inilah yang telah menghentikan lebih banyak perampasan kuasa sebenar serta penggunaan kekerasan untuk menghapuskan sebarang tentangan teratur terhadap sistem yang telah diasaskan di bawah pihak Republican.
Adalah sesuai untuk meninjau semula
peruntukan-peruntukan Akta Posse Comitatus
Petikan berikut telah diambil laman US Northern Command sendiri pada:
http://www.northcom.mil/index.cfm?fuseaction=news.factsheets&factsheet=5
“Akta
Posse Comitatus
“Akta Posse
Comitatus” (PCA), Tajuk 18 Kod AS (USC), Seksyen 1385, menyatakan:
“Barangsiapa,
melainkan dalam kes-kes dan di bawah keadaan-keadaan yang jelas dibenarkan oleh
Perlembagaan atau Akta Kongres, yang sengaja menggunakan sebarang bahagian
Tentera Darat atau Tentera Udara sebagai posse comitatus atau yang sepadan
untuk melaksanakan undang-undang akan didenda di bawah tajuk ini atau
dipenjarakan tidak lebih dari dua tahun, atau kedua-duanya sekali.”
Perintah
5525.5 Jabatan Pertahanan (DoD) meluaskan PCA kepada Tentera Laut AS serta
Tentera
PCA secara
umumnya melarang kakitangan tentera AS dari menyekat kenderaan, kapal laut dan
kapal terbang; mengadakan pengawasan, pencarian, pengejaran serta perampasan;
atau melakukan penahanan bagi pihak pihak penguasa undang-undang awam. Melarang
pembabitan langsung tentera dalam penguatkuasaan undang-undang adalah
berpadanan dengan undang-undang dan polisi AS yang telah lama diasaskan yang
menghadkan peranan tentera dalam hal-ehwal dalam negeri.
Bagaimanapun,
Kongres telah menggubal beberapa pengecualian kepada PCA yang membenarkan
tentera, dalam keadaan-keadaan tertentu, untuk membantu jabatan-jabtan
penguatkuasaan undang-undang awam dalam menguatkuasakan undang-undang Amerika
Syarikat. Contoh paling lazim adalah bantuan membanteras kegiatan dadah (Tajuk
10 USC Seksyen 371-382). Contoh-contoh lain termasuk:
Sokongan
ketenteraan kepada penguatkuasaan undang-undang awam dilaksanakan mengikut
Perlembagaan dan undang-undang AS serta di bawah arahan Presiden dan Setiausaha
Pertahanan.”
Dengan itu, secara luarannya kita ada satu keadaan di mana jika keadaan tidak sampai ke tahap Darurat, tiada lagi perkara lain yang mungkin berlaku di AS dan pilihanraya itu akan menjadi satu pertandingan adil dan berpatutan antara dua struktur dengan dua calon yang nampaknya mewakili pertubuhan yang sama.
Jadi bagaimanakah ia mungkin tidak
terjadi seperti itu? Apakah yang mungkin berlaku untuk mengubah suasana?
Pastinya rakyat AS yang sedang menyaksikan pilihanraya ini merasakan petanda
buruk. Banyak usaha dari sayap kiri untuk menentang Presiden George W. Bush. Ramai
yang mengganggap kebebasan bersuara sendiri terancam. Kuasa-kuasa yang kini
dicipta untuk sistem-sistem perisikan mencerobohi kehidupan normal rakyat AS
jauh melampaui yang lainnya dalam seluruh sejarahnya. Ramai warganegara kini
memandang keadaan ini dengan sinis dan ada ramai penyokong teori konspirasi
sekarang ini yang mengenakan dakwaan-dakwaan konspirasi terhadap pemerintah
untuk perbuatan-perbuatan keganasan yang berlaku sekitar
Ramai orang yang tidak memiliki konsep-konsep kebebasan yang telah kita perjuangkan begitu lama dan begitu sukar untuk dicapai dalam sistem-sistem Undang-undang Awam British. Malah, Eropah adalah berdasarkan kod Napoleon dan sistem-sistem keadilannya tidak akan dianggap adil atau wajar dalam sistem-sistem Komanwel British dan AS sama sekali.
Jadi apakah yang dirisaukan orang-orang dalam AS? Apakah yang berlaku di situ dan apakah yang dilihat orang-orang tertentu berlaku kepada masyarakat mereka dan mengapakah begitu penting sekali untuk CCG mengulas agar kita tidak terlibat dalam politik sedangkan ia lazimnya tidak memberi komen kecuali melibatkan perang serta kelakuan semasa perang dan jenayah-jenayah perang?
Hakikatnya adalah bahawa ini bukan tahun 1884 dan AS dan dunia kini sangat berbeza dari keadaan politik sempadan yang kurang teratur dalam AS selepas Perang Saudara.
AS adalah satu kuasa besar dan kini
adalah kuasa besar utama dunia yang tanpa saingan melainkan naga yang sedang
bangkit itu iaitu Republik Rakyat
Ia berhadapan dengan kenyataan bahawa
ia baru saja memulakan satu peperangan yang penuh keraguan, dan tentera serta
pentadbirannya telah melakukan satu siri jenayah-jenayah perang di mana
kepimpinannya boleh dihadapkan kepada pengadilan dan mungkin sekali akan
menghadapi pengadilan di bawah pentadbiran baru. Perbicaraan jenayah-jenayah
perang mungkin tidak terbatas kepada jeneral-jeneral
Hakikatnya adalah bahawa pihak pemerintah mengingini empat tahun lagi untuk menyelesaikan tujuan-tujuannya yang tersembunyi di Timur Tengah. Keadaan dalaman negara juga adalah sangat buruk. Infrastrukturnya sedang merosot dan pihak pembangkang kini bangkit seperti mana yang tidak terlihat selama berdekad-dekad lamanya, malah sejak 1884 apabila pihak Democrat berjaya meletakkan Grover Cleveland di dalam White House dan mengubah bentuk rupa politik AS.
Adanya tanggapan di AS sebenar-benarnya bahawa sistem pengundian akan “diperalatkan” untuk mengekalkan pemerintahan dengan menggunakan sistem pengundian mekanikal yang cenderung salah mendaftarkan maksud para pengundi yang mungkin tidak terpelajar atau berpengetahuan seperti yang sepatutnya.
Kenapa kita semua harus risau?
Mari kita perhatikan keadaan ini. Jika
ini hanya satu pilihanraya dalaman antara dua calon pilihanraya yang mewakili
dua parti di atas yang berkelakuan dalam keadaan hangat, namun mungkin boleh
dimaafkan, maka dunia akan hanya melihat apa yang Kelly akan lakukan jika dia
dipilih. Pastinya akan ada perubahan haluan dalam perbelanjaan dalaman di AS.
Dia mungkin membuatkan AS terus tinggal di
Sama ada AS atau dunia menyukainya atau
tidak, terdapat satu lagi pihak sekarang ini yang mempunyai sistem politik yang
sangat kuat serta asas kependudukan yang sangat besar. Negara ini adalah
Dua negara ini mewujudkan permintaan sangat besar atas penghasilan minyak sedunia, dan mereka mempunyai kuasa untuk memesongkan sumber-sumber dari distribusi lazimnya dan mengakibatkan peningkatan perbelanjaan hidup rakyat Barat.
Seluruh dunia akan bersaing untuk mendapatkan sumber-sumber yang semakin sedikit, dan golongan oportunis akan memburukkan lagi keadaan itu.
Perkara tidak tentu yang seterusnya
adalah kesan Pemanasan Global pada keadaan politik dunia. Adanya peningkatan
dalam paras-paras lautan dan ini akan menyebabkan pembanjiran di
kawasan-kawasan tanah rendah
Seperkara yang kita pasti adalah bahawa
akan berlakunya peninggalan kawasan secara besar-besaran di China, dan akan ada
perpindahan penduduk besar-besaran di Benua Kecil di samping
Senario yang lebih merunsingkan yang dihadapi dunia adalah ini. Bagaimana kalau apa yang didakwa pihak pembangkang di AS itu sebenarnya betul? Bagaimana kalau pihak kerajaan memang telah membantu dan bersubahat, atau sememangnya menyebabkan, keganasan 9/11 2001? Jika mereka mampu melakukan senario itu, mungkin sekali mereka tidak pernah memperdulikan atau hanya memudahkan perang-perang menentang dadah itu.
Apa yang ramai orang tidak sedar adalah bahawa ekonomi AS adalah seperti rumah kad terup yang beroperasi atas keyakinan rakyat kelas pertengahannya. Keyakinan ini telahpun diperah sehabis-habisnya, dan kini regang sepenuhnya. Dana-dana pencennya sendiri adalah begitu terikat padanya, hinggakan mereka tidak mampu membuat keputusan-keputusan politik jangka panjang demi kebajikan negara, misalnya menutup syarikat-syarikat tembakau yang besar.
Meskipun adanya semua kemungkinan ini, adanya satu keadaan yang lebih menakutkan lagi yang mudah terjadi dan ini adalah bahaya yang dapat dilihat sebahagiannya oleh beberapa pemerhati AS dan golongan intelektual.
Saya tertarik melihat terminologi ini
juga muncul dari sukan
Kenapakah orang-orang ini mempunyai pandangan ini? Mengapakah iblis setan ingin menghentikan sukan Olimpik dari berlangsung sedangkan ia adalah dari sistem kafir purba? Jawapannya adalah bahawa beberapa tahun seterusnya akan menyaksikan banyak perang dan kemusnahan hinggakan ini akan hanya menjadi kenangan.
Ok, jadi apakah senario berbahaya yang mungkin terjadi? Mari kita andaikan bahawa cabaran-cabaran perundangan masakini kepada sistem pengundian pilihanraya ini disokong, dan sistem-sistem mekanikal yang baru itu ditangguhkan. Sistem yang sedia ada itu kembali kepada helah ketakutan terhadap pengganas, (mungkin seperti apa yang telah didakwa, ada juga yang melancarkan serangan pengganas dengan menggunakan agen-agen biologi, misalnya antraks). Mereka memohon kuasa-kuasa darurat di mana Peguam Agung dan Setiausaha Negara mengesahkan darurat itu, dan menolak peruntukan-peruntukan Akta Posse Comitatus. Pilihanraya itu “ditangguhkan”. Ini bukan mustahil, kerana pilihan-pilihan ini dikatakan sedang dikempenkan secara sah oleh sistem pemerintahan sekarang ini.
Campur tangan tentera akan menggalakkan kekacauan awam. Sesungguhnya, kekacauan ini akan perlu digalakkan untuk membenarkan deklarasi yang berterusan itu.
Perpindahan besar-besaran dalam bekalan wang akan berlaku di luar AS, kepada Euro. Lebih banyak campur tangan akan berlaku untuk mengawal ekonomi. Pasaran saham akan merosot atau runtuh sepenuhnya. Mereka yang menentang akan dikurung.
Ini akan membentuk jendela peluang bagi
musuh-musuh AS. Satu penyusunan semula struktur kuasa sistem-sistem
Keadaan ini akan terus merosot, dan dipercepatkan oleh masalah-masalah berhubung Pemanasan Global serta krisis pelariannya.
Sistem Eropah akan memaksa
masalah-masalah agama menjadi semakin buruk dan kita menyaksikan perang-perang
terhadap Islam.
Dari tahun 2005 hingga 2012, dunia akan
merosot tanpa henti ke arah kerosakan alam sekitar. Sepanjang tahun-tahun
kemudian hingga jubli seterusnya, ianya satu pusaran menurun. Bila sampai
masanya apabila dunia bersedia untuk bersemuka dengan Mesias, mereka akan sudah
lupa apakah yang ditunggu-tunggu mereka. Sistem terakhir yang harus dibereskan
adalah sistem raja timur yang disebutkan oleh Alkitab, kerana mereka
akan dibawa turun ke Timur Tengah untuk pembinasaan bala tentera mereka (lihat
karya 30 Tahun
Terakhir: Pergelutan Penghabisan (No. 219)). Tentera kuasa besar
Jadi, ia bukan hanya satu lagi
pilihanraya biasa. Apa yang dilakukan sepanjang beberapa bulan selanjutnya akan
mempengaruhi cara dunia beroperasi dalam dekad-dekad seterusnya. Percayalah
dalam Tuhan dan berdirilah dengan penuh kagum.
Wade Cox
Koordinator Umum