Jemaat-jemaat Allah Al-Masehi
Sabat 5/7/27/120
Teman-teman Sekalian,
Kamu mungkin ingat dari Mesej Sabat 7
Ogos bahawa kami telah menyebut bahawa Mr Harold Derksen (CCG Kanada) telah
dipecat dengan tidak adil dari pekerjaannya kerana memelihara Bulan Baru.
Sebuah Tribunal Hak Manusia yang menyusulinya telah membuat keputusan yang
berpihak padanya. Akibat kejadian ini, pihak media di
Selepas perwakilan perundangan, kami
telah dijemput untuk menyerahkan
**************************
Editor
National Post
Kanada
Tuan,
Dalam rencana kamu pada hari Selasa, 20
Julai 2004, bertajuk “Bad moon on the rise” (Bulan jahat yang kian
mengambang), kamu telah mengecam Encik Harold Derksen warga British Columbia,
serta Jemaat-jemaat Allah Al Masehi secara antarabangsa, melalui apa yang
dilihat sebagai kejahilan mendalam dalam undang-undang Kanada dan sejarah agama
Kristian.
Encik Derksen telah dipecat dengan tidak
adil dari pekerjaannya bertentangan dengan Undang-undang Kanada. Tribunal
Hak-hak Asasi Manusia Kanada tidak mempunyai pilihan lain selain menyokong
Encik Derksen. Pernyataan kamu bahawa majikannya sering kehilangan
perkhidmatannya adalah satu buatan semata-mata. Undang-undang perindustrian di
Kesan artikel kamu yang keterlaluan telah
menggalakkan para majikan dan bakal majikan untuk menindas anggota-anggota CCG,
lain-lain jemaat-jemaat Allah, orang-orang Yahudi serta sesiapa lagi yang
memelihara waktu-waktu percutian yang lain. Kamu juga membayangkan bahawa
kepercayaan-kepercayaan ini adalah “aneh, tidak jelas dan dipegang dengan tidak
ikhlas”. Kamu telah meremehkan pendirian mendalam jemaat-jemaat yang telah
dianiayai oleh orang-orang dengan cara berfikir seperti kamu selama berabad-abad.
Jemaat Allah telah berpecah dengan apa
yang kemudiannya menjadi Jemaat/Gereja Rom pada tahun 192 TM kerana pengenalan
perayaan Easter untuk menggantikan Paskah Kristian di Rom dari tahun 154 TM
(lihat karya Pertikaian-pertikaian
Quartodeciman (No. 277) di www.ccg.org).
Easter adalah nama Anglo-Saxon bagi dewi Istar atau Asytoret, pasangan
Baal. Dalam abad Kedua tiada satupun benda yang bergelar Trinitarian. Hanya ada
seorang Allah Maha Esa yang telah mengutus Yesus Kristus untuk menebus manusia.
Kristus diakui oleh semua Kristian sebagai Tuhan Mazmur 45:6-7, yang telah
diurapi oleh Tuhannya melebihi teman-teman sekutunya. Dia merupakan Malaikat
Besar Hadirat yang telah memberikan Hukum Taurat kepada Musa di Sinai (rujuk
Justin Martyr). Jemaat asal di bawah Kristus dan para rasul betul-betul
melakukan apa yang kami lakukan sekarang ini. Hari Minggu dipelihara sebagai
satu hari di samping Sabat di Rom. Semua Kristian memelihara hari Sabat pada
hari yang kini dikenali sebagai hari Sabtu. Krismas adalah perayaan pagan yang
dihindari oleh semua orang Kristian. Ia telah diperkenalkan kepada Kekristianan
“Ortodoks”, bersama kultus dewi ibu sebagai Pemujaan Maria, di Timur pada
setengah kedua abad keenam, lama selepas perpisahan kita.
Apa yang kamu anggap sebagai Kekristianan
tidakpun menjadi mazhab utama sehingga tahun 381 TM di Sidang
Pada tahun 664, di Whitby, orang British
telah dipaksa untuk menerima sistem Rom oleh ketamakan politik orang Angles,
yang telah bertukar kepada Roman Katolikisme melalui isteri Ethelbert, dan
Augustine dari
Umat kita di Eropah telah diharamkan dari
Sidang-sidang Lateran, dan diarahkan agar dihantar dalam rantai untuk dibakar
dari Sidang Genoa (1179-1190). Rabbi Kohn telah mencatat sejarah jemaat di
Reformasi telah dipaksa pada orang Eropah
kerana orang ramai semakin sedar betapa korup dan busuknya sistem yang mendakwa
dirinya Kristian itu. Kumpulan Lutheran sebenarnya ditubuhkan dari sebuah dasar
Jemaat-jemaat Allah. Apabila mereka menjadi berkuasa mereka telah menganiaya
kita lebih teruk dari Roman Katolik sebelum mereka. Rumah-rumah kami dimasuki,
kaum perempuan kami dibunuh dan anak-anak kami diambil kerana kami memelihara
peraturan-peraturan makanan, dan mereka menemui lemak angsa dan bukan lemak
babi, untuk masakan (Kohn memperinci semuanya).
Dari tahun 1175, Paus Inggeris iaitu
Nicholas Breakespeare, Adrian IV, telah menyerahkan Ireland kepada England di
bawah Henry II, untuk menghapuskan golongan Quartodeciman di Cashel dan
mengasaskan Roman Katolikisme. Di Scotland, Ratu Margaret telah dijadikan
seorang “santo” kerana penganiayaan ganasnya terhadap pemelihara-pemelihara
Sabat. Pada tahun 1192, mereka membakar kami pada pancang di
Harinya akan datang apabila
pandangan-pandangan seperti itu akan lenyap, namun dari apa yang kami lihat,
akan berlaku lebih banyak lagi kesakitan dan penderitaan di bawah tangan pihak
yang digelar ortodoks sebelum ianya berakhir. Jika kamu, media dan pihak
berkuasa, tidak mengubah sikap kamu, akan adanya konflik berterusan dengan
Islam dan kepercayaan-kepercayaan lain. Kami tidak pernah berubah, walaupun
dengan adanya penganiayaan ini, dan kami memelihara iman yang mula-mula
disampaikan kepada orang-orang kudus seperti mana kami diperintahkan. Demikianlah
umat pilihan: mereka yang memelihara Perintah-perintah Tuhan dan Kesaksian atau
Iman Yesus Kristus (Wahyu
Apa yang kamu lakukan adalah melawan
Perintah-perintah Tuhan serta Kerajaan Kanada, dan melawan undang-undang negara
lain. Kami mahukan tidak kurang dari satu pengumuman maaf awam dari kamu, dalam
ruangan sekurang-kurangnya sama besar seperti mana kamu mengecam kami, di bawah
sepanduk editorial kamu sendiri dengan nama-nama para penulisnya dipamerkan.
Wade Cox
Koordinator Umum
Jemaat-jemaat Allah Al Masehi