![]() |
Konperensi Dunia
|
![]() |
Mesej SabatSabat 14/10/27/120 Teman-teman sekalian, Sabat ini bertepatan dengan pesta Pagan 25 Disember, yang dipanggil Krismas, dan dikatakan adalah hari lahir Mesias, Yesus Kristus. Tuhan telah khususnya melarang perayaan ini melalui nabi Yeremia beratus tahun sebelum Kristus. Amalan keluar dan menebang pohon-pohon fir (cemara) dan menghiasinya dengan emas dan perak adalah amalan purba malah pada zaman Yeremia sekalipun (Yeremia 10:1-5). Ia bukanlah amalan yang boleh diterima bagi seorang pengikut Kristus. Tiada seorangpun yang dapat merayakan Krismas dan menjadi seorang Kristian. Ia melawan perintah Tuhan yang jelas melalui hamba-hambaNya para nabi. Asal-usul perayaan ini diperincikan dalam karya Asal-usul Krismas dan Easter (No. 235). Kita terus berasa takjub dengan dusta-dusta yang kita dengar diberitahu oleh ibubapa kepada anak-anak mereka sepanjang tempoh ini. Anak-anak diajar secara literal bahawa ianya OK untuk berbohong oleh para ibubapa mereka secara berterusan. Tambahan lagi, mereka gelisah apabila ditanya tentang penyingkiran atau pendedahan dusta-dusta ini. Ibubapa memberitahu anak-anak mereka bahawa seorang lelaki gemuk yang kerdil yang berpakaian merah mempunyai kuasa maha mengetahui untuk mengetahui dosa, dan memberi ganjaran untuk kelakuan dengan pembahagian hadiah-hadiah dengan kemampuan untuk hadir di mana-mana, dan datang dari satu tempat di Kutub Utara, dengan menggunakan rusa salji (reindeer) terbang dan kereta luncur. Mustahil sekali untuk mempercayai kebodohan sebegitu. Versi lebih moden ini untuk hedonisme (pencarian kesenangan semata-mata) dan pengorbanan manusia Saturnalia masih menjijikkan dan menghina Tuhan. Ianya tidak betul untuk berbohong kepada anak-anak dan mengajar mereka untuk berbohong kepada orang lain. Ianya tidak betul untuk menganggap bahawa keluarga berhimpun bersama pada waktu ini dan ini membenarkan ketidaktaatan kepada Tuhan. Sesiapapun yang mendakwa dirinya seorang Kristian dan merayakan perayaan ini adalah seorang pendusta dan tiada terang di dalam mereka (Yesaya 8:20). Jika kamu mahu menghimpun keluarga bersama, lakukannya pada hari Paskah dan pada Pentakosta, dan pada Pondok Daun seperti yang Tuhan perintahkan. Jangan rayakan perayaan-perayaan pagan kepada dewa-dewa kafir dan iblis setan dan menganggap kamu menyembah Tuhan. Kristus tidak dilahirkan, dan tidak mungkin telah dilahirkan, pada atau hampir kepada 25 Disember. Perayaan pagan purba ini membabitkan korban manusia, sesudah satu tempoh kelakuan jahat dan tidak bermoral. Umat Kristian awal sanggup menghadapi mati syahid daripada mengotorkan diri mereka dengan perayaan ini. Kini guru-guru palsu menggalakkannya lagi daripada mendedahkan apa ia sebenarnya. Rakyat berbahasa Inggeris dahulunya adalah kuat dan melarang Krismas sebagai satu perayaan di UK. Ia diperkenalkan semula oleh pengaruh Gereja Eropah atas kependetaan dan orang awam Inggeris. Betapa lemahnya kita sebagai satu bangsa dan betapa tidak taatnya kita. Kita saksikan umat-umat Kristian palsu yang mendakwa bahawa Hukum Taurat telah dibatalkan, dan bahawa mereka boleh melakukan apa saja kerana hakikat tersebut. Mereka menyalahgunakan Kitab Suci untuk membenarkan bohong ini. Kita telah melihat “Kristian-kristian” palsu ini mendakwa bahawa mereka bebas dari Hukum. Orang yang sama akan memberitahu kamu bahawa mereka semua akan mati dan pergi ke syurga, dan mereka yang masih hidup pada kedatangan Mesias akan “ghaib” dan pergi ke syurga bersamanya untuk memerintah sementara bumi dimusnahkan. Presiden-presiden AS serta para penasihat mereka telah memeluk dan mempercayai kebodohan bukan alkitabiah ini, dan ia telah mempengaruh pemikiran serta pembuatan polisi mereka. Betapa bahayanya seorang lelaki, seperti di bawah pentadbiran Reagan, yang mengatakan bahawa Mesias akan datang setelah pohon terakhir dibinasakan. Tiada keinginan untuk membantu dan melindungi alam sekitar dengan adanya kebodohan gila ini. Pemikiran ini akan menjerumuskan kita ke dalam bencana planet dalam nama Yesus Kristus. Alkitab diabaikan dan diputarbelitkan oleh orang-orang ini jauh dari kata-kata sebenarnya. Maksud literal Kitab Suci diputarbelit dan dikorupkan oleh orang-orang ini. Seluruh struktur Kitab Suci dari Kejadian hingga Maleakhi diabaikan, demi membenarkan ejekan ini yang pelik dan penuh penipuan yang menghina Tuhan dan Hukum-hukumNya serta rencanaNya. Justin Martyr, dalam pertengahan abad kedua era masakini, mengenalpasti mereka yang mendakwa diri mereka Kristian dan yang mengatakan bahawa apabila mereka mati mereka pergi ke syurga, sebagai Kristian palsu. Dia mengatakan bahawa mereka bukan umat Kristian, dan ini merupakan kedudukan Jemaat di Rom dalam Abad Kedua. Tiada seorangpun yang dibenarkan memegang pandangan ini dalam Israel dalam zaman Bait Suci serta dalam Jemaat Tuhan bangsa lain. Ia masuk bersama umat-umat Kristian palsu yang memasuki Jemaat untuk tujuan mengkorupsikannya. Jika ada sesiapa yang menghantar kamu kad atau ucapan Krismas, hantarkan mereka karya mengenai Asal-usul Krismas dan Easter (No. 235) dan jelaskan kenapa kamu tidak memeliharanya, dan kenapa ianya satu kesalahan terhadap Tuhan untuk melakukan begitu. Orang ramai meremeh-temehkan pencerobohan ejekan pagan ini ke dalam kehidupan kita, serta kehidupan orang lain, tanpa berfikir lanjut tentang apa yang mereka lakukan. Fikirkan bagaimana kamu dapat memberi pengaruh yang baik kepada orang lain sepanjang tempoh ini. Mungkin kamu dapat membuat orang meninjau apa yang mereka lakukan. Mungkin kita dapat mendorong orang mengkaji apakah asal-usul perayaan yang menghina Tuhan ini. Apabila Kristus tiba di sini dia akan memerintah planet ini selama seribu tahun dengan penduduk hidup dan umat pilihan untuk membantunya (rujuk Wahyu bab 20). Tiada orangkah yang membaca Alkitab? Adakah mereka semua sedang menggunakan dadah-dadah yang mengubah pemikiran? Apakah masalahnya? Tiada seorangpun yang dapat memahami Alkitab melainkan Tuhan membuka fikiran mereka dan memberi mereka pemahaman. Hakikat ini menjadi semakin nyata lagi sementara kita mara ke masa depan dan lebih dekat kepada perang-perang zaman akhir serta kebinasaan planet kita. Ianya salah kita bahawa planet ini sedang meraung, dan ianya salah kita bahawa ia akan hampir binasa. Alkitab memberitahu kita apa yang akan kita lakukan, dan semuanya dapat dielakkan. Ambil beberapa waktu minggu ini untuk menerangkan kepada sekurang-kurangnya satu orang tentang kepalsuan sistem ini serta sifat anti-alkitabnya. Jelaskan bagaimana Tuhan melarangnya melalui nabi-nabi. Pelajarilah bagaimana untuk mendedahkan sistem palsu ini. Terangkan Kalendar sebenar Tuhan (rujuk Kalendar Tuhan (No. 156)). Bersedialah untuk memberi penjelasan tentang pengharapan yang ada di dalam kamu. Jika kamu dipaksa berhenti dari kerja minggu ini disebabkan penutupan-penutupan, maka gunalah waktu itu dengan bijak dan bertemu bersama dalam iman. Jika kamu bersama teman-teman bukan seiman, maka bebaskanlah dirimu dari hari itu dan belajar. Tumpukan fikiranmu pada iman itu. Kasihilah Tuhan dan peliharalah firmanNya.
|