![]() |
Konperensi Dunia
|
![]() |
Mesej SabatBulan Baru 1/11/27/120 Teman-teman sekalian, Ramai antara kamu yang ingat bahawa pada tahun 1997 karya Pemanasan Global dan Nubuatan Alkitab (No. 218) dan Tiga Puluh Tahun Terakhir: Pergelutan Penghabisan (No. 219) telah dikeluarkan. Karya-karya ini telah dibicarakan pada Perayaan Pondok Daun tahun itu. Perang-perang di Timur Tengah serta masalah-masalah Pemanasan Global yang mengiringi telah dibicarakan dan rangka waktu serta nubuatan-nubuatannya memang dipandang radikal pada waktu itu. Malah, kebanyakan orang dan khususnya para saintis memandang kita sebagai “hilang pertimbangan.” Abad Kedua puluh menyaksikan tiadanya nabi sejati sehinggalah dekad terakhir apabila CCG dibangkitkan untuk melakukan satu siri tugas oleh Tuhan Semesta Alam dalam zaman akhir. Nubuatan-nubuatan orang Adventist tidak membantu dan terdapat angin dan kepalsuan. Saksi-saksi Yehovah betul-betul salah hinggakan mereka mengisytiharkan Kristus datang pada tahun 1914 dan bahawa dia telah memerintah dunia dari satu tempat di New York sejak waktu itu. Jika ini adalah contoh kepimpinannya, lebih baik dia tidak bersusah-payah. Nubuatan-nubuatan palsu Herbert Armstrong dan rekod buruk orang-orang kanannya, seperti Roderick Meredith, merupakan rekod umum. Orang-orang ini telah mengucapkan nubuatan palsu demi nubuatan palsu dan kini, ketika Tuhan sedang membereskan dunia ini dalam zaman akhir, mereka mencuri kata-kata yang keluar dari mulut Jemaat yang dibangkitkan untuk mengucapkan hal-hal ini. Kami akan menghasilkan satu senarai nubuatan-nubuatan gagal orang-orang ini berikutnya agar kita semua dapat melihat dan mendengar dan memahami apa yang Tuhan telah katakan tentang mereka. Hakikat bahawa Tuhan membangkitkan seorang nabi tidak menjadikan orang itu bebas dari dosa dan benar dalam pandangan matanya sendiri. Ujian nubuatan dan para nabi adalah ini:
Tiada seorangpun nabi sejati yang dapat mengurangkan hukum Tuhan dan tidak mengajar mengikut Hukum dan Kesaksian. Ianya mengikut semuanya. Jika mereka tidak memelihara Kalendar mengikut sistem Bait, dan tidak memelihara Bulan Baru dan hari Sabat dan menurut Pembacaan Hukum Taurat, maka tiada terang dalam mereka. Jika apa yang dikatakan seorang nabi tidak berlalu, maka dia tidak patut ditakuti. Tuhan tidak mengutusnya. Rekod pelayanan Jemaat Tuhan Sedunia (Worldwide Church of God) serta cabang-cabangnya merupakan satu senarai kesilapan dan kepalsuan yang mengejutkan. Ianya jelas bahawa Tuhan tidak pernah dan tidak mungkin telah mengutus mereka atau menyatakan kehendakNya melalui mereka pada bila-bila waktu sepanjang sejarah misi mereka. Tugas mereka bukan dan tidak mungkin adalah nubuatan. Jika apa yang dikatakan seorang nabi MEMANG berlalu maka terdapat satu lagi ujian untuk mereka. Apa yang mereka katakan haruslah diukur dengan hukum-hukum Tuhan serta Kesaksian. Jika para nabi juga berbicara bertentangan dengan hakikat itu serta kehendak Tuhan seperti mana yang dinyatakanNya melalui nabi-nabi sejatinya, mereka kemudiannya menghadapi hukuman mati. Yeremia mendapat perintah ini dari Tuhan ketika dia mengadu kepadaNya tentang nabi-nabi palsu ini.
Tuhan telah mengatakan kepada Yeremia bahawa dia perlu berdoa bagi umat Yehuda dan bahawa Dia telah membuang mereka ke dalam tawanan.
Maka begitulah, Tuhan memberitahu Yeremia apa yang patut dilakukan dan nabi-nabi tersebut menyangkal Rencana Tuhan melalui nubuatan palsu mereka. Ini kini sedang berlaku dalam Jemaat-jemaat Tuhan dan Tuhan akan membereskannya. Apabila empat puluh tahun terakhir zaman penghakiman dimulakan, nabi-nabi palsu Jemaat-jemaat Tuhan ini adalah seperti anjing-anjing yang bodoh. Rangkaian nubuatan-nubuatan palsu mereka menjadi saksi terhadap mereka. Ketidaktaatan mereka memisahkan mereka dari Tuhan dan mereka tidak mempunyai perintah atau pemahaman sebagai asas untuk mereka bertindak. Kini apabila turutan tersebut menjadi semakin nyata, mereka menyalak dari samping tanpa sebarang perintah Tuhan. Oleh kerana mereka tidak mentaati Tuhan yang Hidup dalam Hukum dan Kesaksian, mereka tidak mempunyai sebarang perintah Tuhan. Kitab Suci tidak boleh ditafsir sendiri dan kerana itu umat pilihan boleh diberikan pemahaman tentang misteri-misteri Tuhan. Namun di mana tiada perintah dari Tuhan, jangan menganggap dapat berbicara seolah-olah ianya begitu. Katakan kamu tiada perintah Tuhan dalam hal itu agar Tuhan tidak mengambil nyawamu. Begitu juga dengan para pengkritik menghina yang menerbitkan laman-laman dalam Internet yang melemparkan debu pada mereka yang berusaha melakukan kehendak Tuhan, mereka tidak akan terlepas. Orang Benyamin tersebut tidak terlepas walaupun Salomo dan bukan Daud yang menghukumnya. Bagaimanapun kepalanya yang berambut putih tidak memasuki kubur tanpa dihukum. Ketahuilah sama ada apa yang dikatakan adalah dari Tuhan dan hormatilah mereka yang membawanya. Nubuatan adalah hal penting para nabi, dan pelayan-pelayanNya membuka rahsia-rahsia Tuhan. Kini kita berhadapan dengan penjelasan-penjelasan pemimpin-pemimpin agama dunia, yang cuba mengertikan gempa-gempa bumi dan tsunami baru-baru ini. Kira-kira 200,000 orang maut atau hilang. Kita tidak akan tahu angka sebenarnya. UN kini mengaku bahawa angkanya mungkin dengan mudah melebihi 200,000. Pemimpin-pemimpin agama sedang cuba menjawab persoalan malapetaka ini dari segi pengertian mereka sendiri. Ada sami-sami Buddha yang telah dipetik mengatakan ia sebenarnya disebabkan “kuasa-kuasa alam” seolah-olah ia adalah sistem agama yang “diilhami”. Bagaimanapun, kerajaan Republik Myanmar telah menindas sepenuhnya semua liputan berita kerana ia adalah negara beragama Buddha. Penganut-penganut Buddha di situ adalah bentuk lama dari Buddhisme Theravadin yang dipengaruhi upacara-upacara Tantric seperti yang kita temui di Thailand (Lihat Mistikisme bab 5, 6, 7, 8, 9 untuk butir-butir sistem-sistem agama yang terbabit). Orang-orang ini percaya bahawa “dewa-dewa” atau pengaruh-pengaruh ketuhanan seperti yang diterangkan dalam peristilahan Buddha, marah dan menyatakan ketidaksenangan mereka dengan pemimpin-pemimpin negara itu dengan cara begitu. Pandangan-pandangan yang sama dipegang di Indonesia dan sedikit sebanyak di Malaysia, di mana Wahyu Kedaton atau kuasa-kuasa rohani parti-parti pemerintah difahamkan sebagai dipengaruhi oleh pertunjukan peristiwa-peristiwa kosmik dan perubahan-perubahan dalam kepimpinan diisytiharkan oleh kejadian-kejadian seperti itu. Itulah sebabnya ia bukan kebetulan bahawa dua karya laman-laman web CCG yang paling diakses sepanjang minggu terakhir Disember dan minggu pertama Januari adalah versi-versi bahasa Indonesia bagi karya-karya Pemanasan Global (No. 218) dan juga Mistikisme bab 9 berkenaan agama di Asia Tenggara (Mistikisme B7-9). Bahagian akhir Pemanasan Global dan Nubuatan Alkitab (No. 218) adalah mengenai Tsunami. Kami mengatakan dalam karya itu bahawa aktiviti gempa bumi akan meningkat dari masa itu. Kami menjangka aktiviti-aktiviti ini akan meningkat selepas Pembacaan Hukum pada tahun 1998 dan sekali lagi dari 2005. Setiap tempoh tujuh tahun akan menjadi lebih serius lagi dari yang sebelumnya sehinggalah Mesias mengakhiri semuanya dan sistem milenium ditempatkan. Dalam ertikata itu, penganut-penganut Animist adalah betul dan bencana-bencana ini memang menunjukkan ketidaksenangan dengan pemimpin-pemimpin dunia dan cara-cara mereka. Orang Hindu dan Buddha menghadapi dilema serius dalam hal ini. Hukum mereka tentang Dharma atau konsep Karma berpendapat bahawa hal-hal ini adalah ukuran demerit-demerit masa lalu yang diwarisi orang-orang ini dalam kehidupan masa lalu. Mereka dikatakan menderita dan mati kerana perkara-perkara yang mereka lakukan pada masa lalu. Namun Buddhisme terpaksa menyangkal bahawa sistem itu bekerja dalam bentuk baki kredit/debit seperti satu akaun kira-kira yang besar. Perkara ini mendiamkan mereka, kerana mereka terbukti salah olehnya. Mereka yang dipanggil Kristian, sebaliknya, mengambil penghiburan secara relatif dari senarai besar kematian orang Muslim dan Hindu dan cuba mendakwa bahawa Tuhan lebih tidak menyenangi orang Muslim dan Hindu dan Buddha dalam penganiayaan mereka terhadap orang Kristian, daripada orang Kristian. Malang sekali, ada berita buruk untuk mereka. Tuhan akan membereskan mereka serta sistem palsu mereka dengan cara yang berat sekali dan mereka akan terbukti bersalah oleh Kristus. Kedua-dua Islam dan Kekristianan adalah murtad dan Tuhan akan menghukum kedua-dua mereka. Saksi-saksi Yehovah dikatakan cuba mendakwa bahawa nubuatan-nubuatan serta ramalan-ramalan palsu mereka tentang aktiviti gempa bumi yang meningkat dalam abad ke 20 akhirnya dibuktikan. Fakta bahawa Abad Kedua puluh menyaksikan aktiviti gempa bumi yang berkurang selepas 1914 dan sehingga 1999 berbanding sebelumnya, atau yang akan disaksikan pada masa depan. Tidak putus asa, mereka nampaknya mengubahsuai angka-angka tersebut untuk menyokong ramalan-ramalan palsu mereka. Mereka juga akan diaibkan apabila masanya tiba. Fakta-fakta mudahnya adalah bahawa aktiviti gempa bumi sebenar biasanya terjadi di Lingkaran Pasifik. “Pasifik” adalah istilah yang salah. Pasifik tidaklah damai. Seawal empat ratus tahun yang lalu, suatu tsunami raksasa telah menghentam pantai-pantai barat Pasifik dan melenyapkan sebahagian dari Australia disebabkan Gelinciran San Andreas. Asia tidak terlepas namun kesan utamanya adalah di sini. Kemungkinan telah berlaku dua atau lebih tsunami dalam abad yang sama kerana gelinciran Portland juga bergerak kira-kira 330 tahun lalu. Sebuah meteor juga telah mengenakan tsunami terhadap pantai Australia Tenggara dan pantai Barat New Zealand dalam abad yang sama. Seratus ribu tahun yang lalu gelinciran tanah Hawaii telah melenyapkan pantai Timur Australia. Australia mempunyai batu-batu yang dihanyutkan dan dijadikan bulat oleh aktiviti-aktiviti pendedahannya dalam laut, dalam beberapa keadaan, berada tujuh puluh lebih meter di atas tebing tinggi di atas paras laut. Batu-batu ini telah dihanyut ke dalam retakan-retakan dalam dan birai oleh aktiviti tsunami. Untuk mengimbas semula masalahnya, tsunami bergerak sedikit di bawah kelajuan bunyi dalam bentuk dinding-dinding air setinggi tiga hingga tiga ratus meter atau lebih. Ia boleh bergerak melintas semua lautan dunia ini. Satu-satunya benda yang boleh menghentikannya adalah apabila ia melanggar daratan dan semua benda hidup di atas daratan itu, dalam laluan tsunami tersebut, biasanya musnah atau tumbang. Atlantik juga tidak selamat, di mana aktiviti gempa bumi boleh dan memang terjadi dari gunung-gunung berapi yang ada di situ. Adanya kekhuatiran bahawa gunung berapi Cumbre Vieja akan mengakibatkan gelinciran tanah yang akan melenyapkan Pantai Timur Amerika. Jadi apa seterusnya? Jawapannya adalah bahawa Tuhan telah mengatakan, kawasan pantai akan meratap. Ianya penting bahawa pembangunan utama semua negara tidak tertumpu pada kawasan pinggir pantai. Banyak dari ini adalah rancangan Bani Syurga Derhaka, di mana bersama bencana-bencana utama ini akan datang kemusnahan yang lebih menyeluruh. Tuhan membenarkannya kerana ia akan bermakna kurang pencemaran dalam sistem milenium yang akan datang. Bagaimanapun, fakta itu tidak membantu kamu untuk selamat. Untuk selamat kamu harus berpaling pada Tuhan dan mengurangkan pendedahan kamu kepada bahaya-bahaya ini. Juga terdapat bahaya dalam lingkaran gempa bumi di bahagian pedalaman banyak negara. Australia mempunyai lingkaran sebegitu contohnya dari Wilayah Ibu Negara Australia hingga utara Newcastle dan hampir sampai ke Roma di Queensland dalam insidens yang semakin mengurang. Ia memang melibatkan hal iman juga tetapi kita janganlah sengaja mencuba Tuhan. Perhatikan beberapa fakta yang menyedarkan. Gelinciran San Andreas bergerak kira-kira setiap empat abad, dan sudah kelambatan sekarang. Gelinciran Portland bergerak setiap tiga abad, dan sudah kelambatan sekarang. Adanya gelinciran tanah yang sedang membentuk di Hawaii dan ia boleh bergerak bila-bila masa. Terdapat aktiviti yang meningkat di Amerika Selatan dan Atlantik. Alkitab mengatakan tentang gempa-gempa bumi yang besar. Kami telah melihat beberapa dari “nabi-nabi” Jemaat-jemaat Tuhan merujuk kepada nubuatan-nubuatan ini agar mereka dapat mengikut gerakan ini selepas kejadiannya. Mereka tidak mampu berkata apa-apa sebelum kejadian-kejadian dalam tahun-tahun baru-baru ini terjadi. Baru-baru ini salah seorang dari mereka telah menggunakan teks dalam Matius 24:7. Bagaimanapun, nubuatan ini tidak berlaku dalam Zaman Akhir. Kristus mengatakan bahawa selepas kematiannya hingga kedatangannya, akan ada perang, kelaparan dan huru hara. Istilah Yunani bagi gempa bumi adalah “seismos” yang bermakna goncangan atau huru hara dan merujuk kepada langit dan bumi. Maka ianya wajar untuk mengandaikan bahawa Kristus memaksudkan taufan, gempa bumi, dan lain-lain. Menariknya, Kristus merujuk kepada peristiwa-peristiwa ini sebagai kesakitan bersalin. Jadi selama dua ribu tahun perempuan ini bersalin, dan berkemuncak dalam kelahiran milenium. Peristiwa ini didahului oleh Hari Tuhan. Kristus secara efektifnya mengatakan bahawa hanya kerana adanya gempa bumi dan tsunami yang membunuh 200,000 orang, ia bukanlah tanda kedatangannya yang serta-merta. Terdapat taufan yang telah membunuh 138,000 orang Bangladesh pada tahun 1991. Terjadi gempa bumi yang telah membunuh 800,000 orang China pada tahun 1500an. Kedua-dua kejadian bukanlah tanda kedatangan Kristus yang segera. Mereka hanyalah kesakitan bersalin. Kami bukannya mengatakan bahawa kedatangannya tidak segera. Terdapat banyak nubuatan berkaitan dan juga banyak yang perlu dilaksanakan dalam turutan tersebut, dan mengasingkan kejadian-kejadian itu dari turutannya hanya mengelirukan isu-isu terbabit dan mencipta kesilapan. Kita harus melihat dan menunggu. Kita telah diberikan penjelasan jelas tentang Sistem Jubli dan Kalendar Tuhan. Tuhan bertindak sesuai dengan Hukum-hukumNya sendiri. Turutan waktuNya dan KalendarNya tidak pernah berubah. Dalam salah satu contoh mereka yang suka mengikut ini, Tuan Roderick Meredith, keluar menyatakan bahawa ianya lima hingga lima belas tahun sebelum Mesias datang, nampaknya pada 2019. Ini nampaknya meniru komen-komen CCG namun mengambilnya jauh dari konteks. Ini mungkin kerana dia tidak memahami masalah-masalah utama kalendar Alkitab. Jadi adakah dia mempunyai ilham istimewa atau adakah dia hanya mencuri kata-kata dari mulut CCG bertentangan dengan perintah-perintah Tuhan? Dengan tiba-tiba saja rangka-rangka waktu kami kelihatan penting untuk dia dan LCG. Bagaimanapun, pada tahun 1956 dia telah membuat nubuatan-nubuatan serupa mengenai tempoh lima belas tahun juga. Dia silap pada masa itu seperti mana yang dibuktikan sejarah. Roderick Meredith mengatakan pada tahun 2001:
Ini memang terlalu berani. Rod Meredith kononnya adalah “Saksi Tuhan” di sini. Jadi mungkin Tuhan hanya berolok-olok saja apabila Rod mengatakan ini:
Mungkin kita boleh memaafkan kata-katanya yang tidak menentu berdasarkan kesaksiannya sendiri:
Kami akan membincangkan keadaan ekstensif nubuatan-nubuatan palsu kependetaan Armstrong sepanjang lima puluh tahun di masa depan yang terdekat. Kenapakah CCG bersusah-payah melakukan itu? Jawapannya adalah bahawa umat Tuhan perlu tahu apa yang Tuhan kehendaki dari umatNya dan bahawa pekhabaran Misteri-misteri Tuhan tidak boleh dibiarkan dicemari oleh sistem-sistem yang menyalahgunakannya. Bulan-bulan Baru digunakan oleh Tuhan untuk berbicara melalui hamba-hambaNya para nabi, dan nubuatan sejati akhir zaman memerlukan ketaatan kepada Hukum-hukum Tuhan dan itu termasuklah pemeliharaan Bulan-bulan Baru. Jemaat Tuhan tidak mempunyai nabi-nabi sejati dalam Abad Kedua puluh kerana mereka tidak memelihara Kalendar dengan betul, dan khususnya Bulan-bulan Baru. Juga Muhammad dicatatkan sebagai mengatakan: “Tiada nabi yang tidak pernah menjadi gembala. Saya menggembala kambing domba sebagai seorang kanak-kanak." Tuhan tidak melakukan apa-apa tanpa memberi amaran kepada
umat melalui hamba-hambaNya para nabi. Kita semua harus mengambil berat
firman Tuhan serta apa yang telah diberikanNya kepada kita untuk dilakukan.
Kasih Tuhan dinyatakan oleh kasih kita terhadap manusia dalam Perintah-perintah
Tuhan. Kasihilah sesama sendiri seperti mana Tuhan dan Kristus mengasihi
kita.
|