![]() |
Konperensi Dunia
|
![]() |
Mesej SabatBulan Baru 01/12/27/120 Teman-teman sekalian, Ini adalah hari Bulan Baru bagi Bulan Kedua belas. Minggu ini, selain dari isu-isu siri Nubuatan Palsu, kami juga ingin bercakap tentang subjek yang menyakitkan iaitu penghapusan bangsa. Memang sesuai masanya untuk dunia Barat sedar tentang hakikat bahawa perbuatan-perbuatan penghapusan bangsa terbaru yang terbesar telah dijalankan oleh, atau dilakukan di bawah, bidang kuasa sistem Eropah atau barat. Ia telah mengetuai perbuatan-perbuatan penghapusan bangsa paling dahsyat seperti sistem Nazi di Eropah atau di bawah pihak Komunis di Soviet Union. China dan Jepun juga bersalah. Dalam Abad Kedua puluh gaya pemikiran orang Eropah telah mendorong rakyat mereka kepada penghapusan bangsa yang paling dahsyat sekali. Ini sekadar susulan dari ketidaksabaran serta penganiayaan dan pembasmian keagamaan sepanjang abad-abad sebelumnya. Bulan lalu telah diadakan peringatan Auschwitz. Kami semua mendengar kisah-kisah mereka yang terselamat. Sungguh mengerikan! Dalam minggu yang sama pada pagi 27 Januari, waktu AS, kami berpeluang mendengar Presiden G. W. Bush dari AS bercakap tentang subjek kepadanan beberapa agama dengan kebebasan. Dalam satu temuramah kami mendapat tahu tentang pandangan Presiden Bush mengenai isu ini.. Adakah ia satu lagi kejadian Vietnam? Adakah ia satu lagi pertumpahan darah yang tidak dirancang? Atau adakah ia satu langkah terancang dalam perang untuk membawa sistem dunia kepada satu aturan tunggal di mana akhirnya tidak ada kebebasan?
Dan persoalan Alberto Gonzales dan Condi Rice dalam Senat telah dipergunakan oleh pihak Demokrat untuk mengkritik seluruh program Iraq, khususnya apa yang cuba kamu lakukan selepas perang. Saya tertanya-tanya jika kamu mempunyai sebarang respon kepada kritikan-kritikan tersebut. Dan apakah kesan, pada pendapat kamu, pernyataan-pernyataan ini pada semangat tentera kita dan keyakinan rakyat Iraq bahawa apa yang cuba kamu lakukan di situ akan berjaya? BUSH: Saya berpendapat rakyat Iraq sedang tertanya-tanya sama ada negara ini mempunyai kesungguhan yang perlu untuk berdiri bersama mereka sementara sebuah demokrasi berkembang. Pihak musuh mengingini Amerika Syarikat keluar dan berundur secara mendadak sebelum pihak Iraq bersedia untuk mempertahankan diri mereka sendiri. Objektif mereka adalah untuk menghentikan kemaraan demokrasi. Kebebasan menakutkan mereka. Zarqawi telah menyebut sesuatu yang menarik sebelum ini: bahawa, seperti yang kamu tahu, dia bercakap tentang demokrasi dan betapa dahsyatnya demokrasi itu. Kami percaya bahawa rakyat patut dibenarkan bersuara. Dan kami percaya bahawa rakyat patut membuat keputusan tentang nasib kerajaan mereka. Dan kerana itu pendapat bahawa kami tidak mencapai sebarang kemajuan, tidak saya setujui. Maksud saya, kami sedang mengadakan pilihanraya dan pada pendapat saya orang ramai perlu meletakkan detik ini dalam sejarah dalam konteks yang betul. Konteks itu, semestinya, bermula dengan sama ada atau tidak dunia akan lebih senang jika Saddam Hussein berkuasa dan sama ada atau tidak Amerika akan lebih selamat. Lagipun, saya telah sentiasa merasa bahawa teater Iraq ini adalah sebahagian dari perang atas keganasan. Dan saya digalakkan dan dirangsangkan oleh hakikat bahawa rakyat Iraq sedang menunjukkan keberanian yang menakjubkan. Mereka sedang kehilangan ramai orang. Jelas sekali, pembunuhan orang-orang awam yang tidak bersalah ini memberi kesan terhadap keluarga-keluarga orang Iraq. Namun mereka mahu mengundi. Mereka ingin mengikut serta dalam demokrasi. Mereka ingin supaya mereka dapat meluahkan diri mereka dan bagi saya itu adalah menggalakkan. Adanya pendapat di beberapa tempat dunia itu bahawa, kamu tahu, orang-orang tertentu tidak boleh mentadbir diri mereka sendiri; kamu tahu, agama-agama tertentu tidak mempunyai kemampuan untuk mentadbir diri mereka. Dan itu menyebabkan rakyat mengalami kezaliman. Dan saya tidak mahu menerima pandangan sebegitu. Saya berfikiran optimis tentang kemaraan kebebasan dan sepatutnya rakyat Amerika juga begitu. Lagipun, lihatlah apa yang telah terjadi dalam tempoh waktu yang singkat: Afghanistan, pilihanraya-pilihanraya Palestin, yang saya fikirkan adalah pilihanraya yang penuh dengan harapan, di samping Ukraine dan kini Iraq. Kita sedang menyaksikan peristiwa sejarah yang mengkagumkan. Dan persoalan dasarnya adalah: Bolehkah kita memajukan sejarah tersebut? Dan itulah apa yang dikatakan dalam ucapan perasmian saya. Ia mengatakan, ya kita boleh. Saya telah menanam bendera kemerdekaan dengan kukuh untuk semua melihat bahawa Amerika Syarikat mendengar kerisauan-kerisauan mereka dan percaya dalam cita-cita mereka. Dan saya teruja dengan cabaran ini dan berasa bangga kerana dapat memimpin negara kita dalam usaha mencapai cita-cita mulia ini, iaitu membebaskan orang demi kedamaian. Apakah masalahnya? Seorang pemerhati yang sinis mungkin memperhatikan bahawa penggunaan demokrasi dalam sebuah negara yang terdiri dari tiga kumpulan orang yang berasingan yang tidak tahu tentang pengekalan hak-hak orang lain adalah sebuah resepi untuk bencana. Sekurang-kurangnya, liku pembelajarannya kanan menunjukkan ianya menyakitkan dan tidak menentu. Kumpulan Sunni takut pada demokrasi kerana ia akan meletakkan kuasa di Iraq di dalam tangan kumpulan Muslim Sh’ia yang lebih ramai dan dengan itu lebih berkuasa. Orang Kurd akan menjadi kuasa kedua yang mungkin hanya akan menyebelahi pihak Sh’ia untuk memaksa pengagihan semula kekayaan dan kawalan dari kumpulan Sunni yang berkuasa sebelumnya. Pusat kuasa Sh’ia akan kemudiannya digunakan untuk melemahkan pemerintahan ulama Muslim di Iran dan itulah apa yang paling ditakuti kebanyakan pemimpin Muslim. Terdapat satu sistem baru yang sedang bermula di Iraq. Rakyat baru saja mengundi dalam bilangan besar yang tidak dijangkakan dan menunjukkan mereka ingin menyusun sebuah sistem demokratik. Marilah kita berdoa agar mereka dapat melakukan begitu dengan damai. Sunni mempunyai kuasa pengaruh di mana mereka mungkin dapat mengenakan veto pada Perlembagaan kerana mereka mempunyai tiga wilayah yang dikuasai mereka. Marilah kita berdoa agar kewarasan terus kekal dalam tempoh waktu di hadapan mereka semua. Bahawa adanya agenda untuk mempengaruhi struktur politik di Iraq seperti mana ia tersusun sekarang ini nampaknya terbukti. Ia nampaknya menjadi sasaran AS dan Israel; ini nampaknya jelas sekarang ini. Perubahan kuasa ini mungkin menjadi perintis kepada satu lagi kemaraan terancang dalam Aturan Dunia Baru dunia Barat. Ini kemungkinan bukan sesuatu yang baik sama sekali. Khususnya apabila kita mendapat khabar-khabar dari AS sekarang ini berkenaan penilaian dan klasifikasi seluruh negara, bermula dengan kanak-kanak sekolah. Kita telahpun menyaksikan kebolehpercayaan dunia psikiatri yang nampaknya pakar dalam kelemahannya sendiri. Satu perkara yang diajar abad Kedua puluh kepada kita adalah bahawa ahli-ahli Birokrat tidak boleh diamanahkan dengan kuasa. Ini adalah benar dari orang Nazi, hingga orang Komunis, hingga ke UN (PBB). Di manakah ia berakhir? Adakah kita kini harus mengandaikan bahawa versi agama dan “Kekristianan” Presiden Bush ataupun AS adalah versi yang cocok dengan versi “kebebasan” diri sendiri? Kita andaikan bahawa Islam tidak cocok dengan kebebasan, dan siapa lagi yang tidak cocok? Apabila sesuatu negara itu memegang kunci kepada Armagedon, siapakah yang membuat pilihan, dan siapakah yang selamat? Boris Yeltsin, Presiden Rusia merupakan seorang pemabuk, dan dia, walaupun dimasukkan hospital, melepaskan kotak hitam nuklear hanya ketika dia benar-benar di bawah pisau bedah dan dalam keadaan tidak sedar diri. Ketika Ronald Reagan menjadi Presiden AS, rasa panik di Kremlin dikatakan berleluasa. Namun siapakah yang mengeluarkan maklumat dan siapakah yang menentukan apa yang akan terjadi, dan berapa banyakkah kita dimanipulasi dengan dusta dan program-program kuasa-kuasa globalisasi yang ada? Banyak yang tidak difahami sepenuhnya dan banyak dari maklumat yang kita ada dikawal dan dibocorkan apabila sesuatu penghujung sosial tertentu diinginkan. Media dalam sesetengah negara begitu menyedihkan. Secara mutlaknya tiada pemberitaan tentang keputusan tahanan apabila ia diputuskan di AS atau di Australia yang mengkritik pentadbiran Bush. Ia merupakan kes penting dan liputan medianya begitu menyedihkan. Ianya suatu berkat bahawa sesetengah orang yang waras di AS kini mula menyedari bahawa telah berlakunya rampasan kuasa eksekutif, dan pemimpin mereka telah mengabaikan Perlembagaan serta undang-undang yang telah diperjuangkan mereka dengan susah payah untuk dikekalkan. Dalam sebuah keputusan Mahkamah AS terkini sebilangan perkara-perkara penting undang-undang telah ditekankan. Apa yang telah kami katakan tentang ketidaksahihan aktiviti-aktiviti AS dan pihak Perikatan telah diperkukuhkan. Dilaporkan bahawa ianya diputuskan bahawa: Pangkalan AS di Cuba di Teluk Guantanamo adalah bangunan AS dan tertakhluk kepada Perlembagaan AS. Penahanan banduan tanpa proses undang-undang yang betul adalah bertentangan dengan undang-undang. AS tertakhluk kepada Konvensyen Geneva ke 3. Taliban berhak mendapat perlindungan di bawah Konvensyen Geneva. Telah berlaku penahanan tidak sah dan penyeksaan tahanan. Penggunaan seksaan adalah dilarang di bawah Konvensyen Geneva ke 3. Penggunaan bukti yang didapati dengan seksaan tidak boleh digunakan sebagai bukti. Semua ini adalah pernyataan-pernyataan semula terpenting bagi hak-hak asasi rakyat kita serta peraturan-peraturan perang. Seluruh keputusan 75 halaman dari Hakim Daearah AS Joyce Hens Green ini boleh dilihat di http://www.dcd.uscourts.gov/02-299b.pdf Nampaknya Eksekutif (Presiden) akan merayu terhadap keputusan ini. Marilah kita berharap bahawa rayuan ini akan menunjukkan dengan jelas sekali hak-hak undang-undang dan perlembagaan rakyat AS, dan sebarang banduan dan tahanan orang asing yang mereka putuskan untuk dipenjarakan atau ditahan dalam AS mengikut arahan eksekutif. Berapa banyak sekalipun provokasi tidak membenarkan pelanggaran undang-undang yang telah begitu sukar kita perjuangkan untuk dicapai. Begitu juga Eksekutif Australia dan British mempunyai kewajipan moral dan dari segi undang-undang untuk memastikan hak-hak rakyat mereka dari segi perlembagaan dan undang-undang awam, tidak kira di mana mereka berada, dan khususnya jika mereka ditahan dengan tidak sah. Ianya sepatutnya tidak terserah kepada seorang hakim AS, dua dan setengah tahun selepas jenayah perangnya, untuk menerangkan kepada seorang Eksekutif hak-hak asasi dan dasar rakyat mereka, apa lagi kewajipan-kewajipan yang diwajibkan pada pegawai-pegawai Parlimen British dan Australia serta Eksekutif. Kita melakukan apa yang betul dan, jika musuh adalah sepuluh ribu kali sepuluh ribu, kita menentang mereka kerana apa yang mereka lakukan adalah salah dari segi moral dan melawan Hukum-hukum Tuhan. Kita mengikut hukum-hukum benar dan melakukan keadilan kerana ini adalah benar. Dalam bahasa Ibrani, iaitu bahasa dalam mana hukum-hukum diberikan kepada Musa, perkataan untuk keadilan adalah sama dengan perkataan untuk kebenaran dan ini adalah Zedek atau Zadok. Meninggalkan hukum-hukum yang benar ertinya meninggalkan keadilan, dan apa yang menyusuli adalah ketidakadilan dan akhirnya pembunuhan dan penindasan. Umat sebegitu adalah umat yang tidak benar. Kenapakah umat kita senyap? Perikatan tersebut berperang demi “keadilan” di Iraq. Namun, kenapa lebih 2 juta orang telah dihapuskan di Sudan dalam dua puluh tahun terakhir ini dan kita tidak mendengar apa-apapun? Tidak syak lagi bahawa pembunuhan bangsa sedang dilakukan di situ. UN tidak pernah membuat dakwaan. Orang China dan Rusia tidak mahu memaksa perbicaraan. AS tidak akan mengiktiraf Mahkamah Keadilan Jenayah Antarabangsa yang ingin membicarakan penjenayah-penjenayah ini di Sudan. Jadi Pembunuhan Bangsa ini tetap berterusan. Di Rwanda UN sebenarnya memaksa tentera UN di situ untuk TIDAK campur tangan dan antara 900,000 dan 1.7 juta orang telah dibunuh dengan cara yang mengerikan sekali. Tiada campur tangan di Zimbabwe dan dalam sebilangan besar negara-negara Afrika yang lain. Pegawai-pegawai UN dari atas hingga bawah perlu dibicarakan kerana perbuatan-perbuatan mereka dalam program Makanan untuk Minyak di Iraq. Tiada peruntukan program-program kesihatan yang mencukupi untuk menghalang AIDS dan malaria, dan sebilangan besar penyakit-penyakit yang lain. Jenayah-jenayah nampaknya dibenarkan. Layanan tahanan-tahanan AS itu adalah jenayah dan akhirnya seorang hakim mahkamah AS telah mengatakan begitu. Kerajaan British kini membenarkan penahanan individu-individu tanpa perbicaraan atas alasan bahawa seseorang tidak boleh membezakan antara seorang warga British dan seorang pengganas asing di UK. Adakah Penguasa-penguasa Undang-undang semuanya telah menjadi gila? Malang sekali, tidak. Mungkin lebih baik jika mereka betul-betul gila kerana dengan itu mereka mungkin mempunyai alasan. Terdapatnya agenda yang sengaja untuk menghapuskan undang-undang negara-negara yang menghalang kawalan totalitarian. Orang-orang yang telah kita letakkan dalam kedudukan-kedudukan kuasa, sedang berusaha untuk menghapuskan kebebasan-kebebasan kita. Dasar Undang-undang Awam adalah satu-satunya perlindungan yang ada untuk orang British terhadap parlimen mereka sendiri, kerana mereka tidak mempunyai sebarang perlembagaan bertulis dan boleh meluluskan sebarang undang-undang. Sistem yang telah dicipta untuk melindungi diri kita telah dilemahkan oleh orang-orang yang telah kita pilih untuk melindunginya. Kuasa-kuasa pertahanan yang kita cipta dan bayar telah digulingkan untuk menghancurkan kebebasan-kebebasan kebangsaan kita. Mereka mengintip kita dari negara masing-masing dan bertukar maklumat atas alasan bahawa ianya baik untuk keselamatan, dan mereka tidak mengambil peduli tentang perlembagaan-perlembagaan kita. Malah mereka mengaku bahawa itulah kebenarannya dan menganggap mereka dibenarkan oleh keadaan ketakutan yang dicipta mereka sendiri. Pegawai-pegawai senior tentera telah mengaku dan membenarkan kelakuan sebegini kepada para pegawai CCG. Banyak hal yang berlaku sukar difahami oleh orang biasa. Ramai yang lebih sanggup mempercayai bahawa ianya tidak benar. Ramai yang lebih sanggup menembak utusannya dan menghalang orang-orang yang memang memahami dari berbicara mengenainya. Ini adalah fakta-faktanya: Sistem pangkat kuasa AS mendengar di Australia, Komanwel British, dan setiap orang yang menganggap telefon atau menghantar emel. Kemudahan-kemudahan di Australia mengawas AS, dan pihak British mengawas AS, dan mereka semua menyebarnya ke sekeliling. Perlembagaan-perlembagaan AS dan Australia tidak bermakna apa-apa. Pihak British tidak mempunyai perlembagaan bertulis jadi ini tidak menjadi hal. Mereka bebas melakukannya kerana rakyat kita dimanipulasikan oleh ketakutan dan kebodohan berpandangan dekat ahli-ahli politik merka. Pihak tentera kita menganggapnya ianya sesuatu yang bijak untuk mengelak perlembagaan mereka sendiri. Jadi mengapakah kami di CCG berasa risau? Pembunuhan bangsa-bangsa yang berterusan di dunia ini harus dihentikan, dan ia hanya dapat dihentikan oleh tindakan rakyat yang bertanggungjawab dalam negara-negara demokratik yang dapat mengerjakan pemilihan keputusan serta kawalan atas sistem-sistem politik mereka. Para pemimpin negara-negara tidak boleh dibenarkan melakukan penghapusan bangsa atau mencetuskan kebencian perkauman dan keagamaan. Kenyataan bahawa sebuah agama tidak menyukai sistem Barat tidak membenarkan penghapusannya oleh sesiapapun. Ia juga tidak dibenarkan dalam menghapuskan sesiapapun. Hakikat sebenarnya adalah bahawa UN mempunyai kewajipan untuk mengadili sistem Arab Sudan kerana penghapusan bangsa, dan jika Setiausaha Agung tidak mampu menangani masalah itu atau menghalang prosesnya, dia juga patut diadili. Jika kita tidak bertaubat dan mengambil tindakan untuk menghentikan penghapusan bangsa-bangsa maka kita semua akan menghadapi kelenyapan semua bangsa kita, dan para pemimpin yang menggalakkannya akan dihapuskan seperti golongan bangsawan dalam Revolusi Perancis. Salah satu isu terbesar yang kita hadapi dalam Abad ke 21, sama kita suka atau tidak, adalah penghapusan bangsa. Ini merupakan kecaman terakhir dan mutlak terhadap masyarakat kita dan ketidakmampuan manusia untuk bertahan dengan, apa lagi mengasihi, sesama sendiri. Ia bermula dengan pembunuhan sengaja anak-anak kita dan berlanjutan kepada pembunuhan mereka yang tidak setuju dengan atau yang menyusahkan kita. Hanya apabila kita semua menyedari masalahnya barulah para pemimpin kita akan dipaksa melakukan sesuatu mengenainya. Kasihilah sesama sendiri dan melalui perbuatan dan hakikat tersebut kita akan menunjukkan bahawa kita mengasihi Tuhan dan bahawa kasih Tuhan berdiam di dalam kita. Bertaubatlah dan hentikan pembunuhan dan ketidakadilan tersebut. Ianya penting bahawa, dalam bulan ini yang membawa kepada Paskah, kita berhenti dan bertaubat dan bersedia untuk Paskah agar kita dapat berdoa untuk umat kita. Dengan cara ini, kita boleh meminta Tuhan untuk membalas doa-doa kita untuk campur tangan dan keselamatan dunia ini. Baca karya-karya Paskah dan bersedia untuk tahun ini. Pelajari Hukum-hukum Tuhan dan amalkan semuanya dalam kehidupan kita. Berdoalah untuk saya, orang berdosa yang paling sengsara sekali, dan untuk sesama sendiri agar kita dapat membetulkan kehidupan kita serta masalah-masalah yang kita hadapi dan bantu mencipta. Ingat bahawa terdapat dua puluh satu hari dalam tempoh Paskah dari Tahun Baru Bulan Pertama, Abib, hingga Hari Kudus Terakhir Perayaan pada hari Paskah dan Roti Tidak Beragi. Pengudusan datang dari tingkahlaku yang betul dan persediaan yang betul. Bukan hanya ada perayaan lapan hari, walaupun sesetengah orang tidakpun mahu memelihara itu dengan betul. Seluruhnya adalah dua puluh satu hari dan lebih baik kita memahami kenyataan tersebut. Ia bermula dengan Bulan Baru, yang dipelihara suci bagi Tuhan. Hari Ketujuh merupakan hari puasa bagi mereka yang berdosa dengan tidak sengaja dan tidak sedar. Hari keempat belas Persediaan bermula dengan Perjamuan Tuhan, dan Pencucian Kaki dan pengambilan Roti dan Anggur (Wain). Ia secara berkesannya memulakan perayaan itu dan pada hari ini Kristus mati untuk kita dan untuk keselamatan kita. Jika kita tidak meminum darahnya dan memakan tubuhnya kita tiada bahagian dalam dia (baca karya-karya: Perjamuan Suci (No. 103); Signifikans Pencucian Kaki (No. 99); Signifikans Roti dan Anggur (No. 100)). Bersedialah untuk Tahun Baru dan dari hari itu kuduskanlah Bait Tuhan, yang mana kamu adalah sebahagiannya!
|