Konperensi Dunia
Jemaat-jemaat Allah Al Maséhi

Mesej Sabat

Sabat 13/11/27/120

Teman-teman sekalian,

Pada minggu lalu kita melihat bahan-bahan berita yang berikut. Ia bukanlah sesuatu yang menghairankan, dan nampaknya merupakan luka yang sengaja dilakukan terhadap diri sendiri. Kamu mungkin ingat bahawa sebelum kita menceroboh Iraq, kita mengatakan bahawa kita akan menceroboh, dan kita mengatakan kita akan membayar harga yang mahal untuknya nanti, bukannya dalam pencerobohan itu sendiri, tetapi bahawa kita akan kehilangan jauh lebih ramai orang selepas pencerobohan tersebut di dalam perang pemberontakan yang berlarutan yang akan menyusuli.

CIA kini telah menyimpulkan bahawa Iraq adalah pengkalan bagi pengganas. Ia bukanlah masalah serius sehingga selepas pencerobohan tersebut. Kadangkala seseorang mungkin terfikir bahawa kita patut mempunyai sebuah jawatan khas disediakan dalam sistem perisikan yang dipanggil “Pengarah Sebab dan Akibat”. CIA menjadikan masalah ini kepada apa ia terjadi.

Iraq pengkalan terbesar bagi pengganas: CIA
11:32 AEDT Sabtu Jan 15 2005
Iraq selepas perang yang dalam keadaan huru-hara telah menjadi tapak latihan terbesar dunia untuk generasi berikut pengganas-pengganas “yang diprofesionalkan,” kata satu laporan CIA.
Penuh dengan senjata dan tidak stabil dari segi politik, Iraq telah menggantikan Afghanistan sebagai negeri pilihan bagi al-Qaeda serta pengganas-pengganas berkaitan untuk berlatih, dokumen ini menyatakan.
Iraq menyediakan untuk para pengganas, “kawasan latihan, tempat pengambilan rekrut, peluang untuk mempertingkatkan kemahiran-kemahiran teknikal”, kata laporan oleh Majlis Perisikan Nasional, iaitu kumpulan pakar pengarah CIA.
“Malah terdapat kemungkinan, di bawah senario terbaik, selang masa, bahawa sesetengah dari golongan jihad yang tidak terbunuh di situ akan pulang, ke mana saja tempat asal mereka, dan dengan itu akan menyebar ke negara-negara lain,” tulis David Low, pegawai perisikan nasional bagi ancaman transnational.
Laporan ini, bertajuk Merencanakan Masa Depan Global, adalah berdasar pada analisa selama setahun, termasuk wawancara-wawancara dengan 1,000 pakar AS dan luar negeri.
Presiden George Bush telah memanggil Iraq sebagai “baris depan utama” dalam perang atas keganasan.
Namun para pengkritik membantah bahawa pengganas-pengganas tiba di Iraq selepas pencerobohan yang diketuai AS itu.
Tidak terdapat bukti bahawa diktator Saddam Hussein yang telah diusir pernah dikaitkan kepada Osama bin Laden.
Menurut laporan itu, dilihat oleh akhbar Washington Post, beratus-ratus pengganas asing telah membanjir masuk ke dalam Iraq melintasi sempadan-sempadannya yang tidak dikawal tidak lama selepas pencerobohan itu.
Di situ, mereka menemui bertan-tan senjata yang tidak dijaga yang kini mereka gunakan terhadap pasukan tentera AS.
Sesetengah dari pengganas asing ini telah membentuk persekutuan-persekutuan longgar dengan mereka yang setia dengan Saddam serta pemberontak-pemberontak yang lain.
“Keanggotaan al-Qaeda yang dibezakan oleh latihan yang dijalani di Afghanistan akan beransur-ansur hilang, yang digantikan sebahagiannya oleh penyebaran orang-orang berpengalaman yang terselamat dari konflik di Iraq,” kata laporan tersebut.
Ia memberi amaran bahawa konflik Iraq telah menyertai senarai konflik-konflik lain – termasuk kebuntuan Israel-Palestin itu, serta gerakan-gerakan kemerdekaan di Chechnya dan Kashmir – yang telah menambahkan sokongan bagi Islam radikal di seluruh dunia.
Laporan ini juga meramalkan bahawa al-Qaeda akan tidak lagi menjadi ancaman keganasan global yang utama menjelang tahun 2020.
Sebaliknya, kumpulan-kumpulan ekstremis Islam akan bergabung dengan gerakan-gerakan pemisah tempatan – dan gabungan-gabungan sedemikian sudahpun mula berlaku.

Dengan orang-orang ini yang mengarah serta mengatur respon Barat terhadap lawan, atau tentangan kepada globalisasi, kita boleh yakin bahawa Al Qaeda pastinya akan tidak lagi menjadi ancaman utama pada 2020. Menjelang 2020, jika dunia barat wujud seperti mana ia sekarang ini, rakyat umum akan meraung meminta pembongkaran serta pembasmian penuh sistem Perisikan, dan sebuah kempen ketidaktaatan sivil akan disaksikan, yang tidak pernah disaksikan dunia sebelumnya. Untuk itulah sebenarnya mereka bersedia sekarang ini. Kita nampaknya menganggap bahawa cara untuk menyelesaikan masalah-masalah ini adalah dengan memastikan kita mencerobohi kehidupan rakyat umum dengan lebih banyak lagi.

Kita telah mencipta jaringan sel-sel keganasan yang berlainan di serata dunia, yang kini akan bertambah teruk sehinggalah masyarakat yang lemah dan takut meminta perkenalan sistem kawalan, dan penghapusan kebebasan manusia sepenuhnya. Itu adalah kuasa binatang yang muktamad, dan orang umum nampaknya terlalu bodoh untuk memahami apa yang sedang terjadi kepada mereka.

Jenayah terancang merupakan binatang yang melucukan. Ia hidup dalam kejiranan-kejiranan di mana jenayah tidak ditolerasi. Namun ia memberikan aspek-aspek tersebut pada kawasan-kawasan di mana orang lain tinggal. Jenayah mencari mangsa dari kelemahan dan kebodohan mereka yang ingin menjadi tonggak akhlak dunia ini. Akhirnya, mereka akan hanya puas hati apabila tiada sebarang kebebasan sekalipun, dan pada masa itu ia akan menjadi kesalahan orang lain.

Terdapat dua karya yang jauh mendahului zaman mereka, namun sebenarnya adalah keterangan-keterangan yang memperkecilkan realiti masalah itu. Karya-karya ini adalah karya Huxley Brave New World dan karya Orwell 1984. Satu lagi karya, The Kraken Wakes juga menyentuh kengerian-kengerian masalah itu. Karya-karya ini adalah bahan bacaan yang disyorkan. Realitinya jauh lebih serius dan jauh kesannya daripada apa yang dibayangkan oleh karya-karya ini, walaupun masalah-masalah yang digambarkan sudah cukup buruk.

Ini adalah pembuka kepada siri tentang nubuatan, dan kita akan perhatikan dari siri ini, suatu perkembangan kedunguan keiblisan salah tafsir agama tersebut, dan peranan yang dimainkannya dalam meruntuhkan kepentingan pekhabaran Alkitab tentang zaman akhir.

Wade Cox
Koordinator Umum