Konperensi Dunia
Jemaat-jemaat Allah Al Maséhi

Mesej Sabat

Sabath 20/11/27/120 B

Kepada sahabat sekalian,

Ianya membawa perhatian kita baru-baru ini bahawa kita telah dituduh memaksa orang untuk meminum alkohol.

Ianya penting untuk kita memahami pegangan Jemaat dalam perihal alkohol dan menyediakan jawapan kepada pihak penuduh terhadap saudara-saudara yang mana boleh menumbangkan tuduhan palsu terhadap kita.

Ianya benar bahawa kita meminta semua orang yang dibaptiskan di dalam Jemaat harus mengambil bagian dalam tubuh dan darah Yesus Kristus pada waktu Perjamuan Malam. Upacara ini berlaku secara tahunan pada hari Abib yang ke-14, yang mana merupakan hari persediaan pada permulaan perayaan Paskah dan Roti Tidak Beragi.

Justru itu, setiap kita harus mengambil kira-kira setengah-ons wain merah setiap tahun. Tidak ada kekecualian bagi orang yang pencandu minuman alkohol. Sekiranya seseorang pencandu tidak boleh mengawal dirinya di mana dia tidak boleh mengambil bahagian di dalam Perjamuan Malam, mereka tidak bersedia untuk pembaptisan, ataupun tidak layak di dalam Jemaat dan Kerajaan Allah. Kita semua mengambil satu botol dan dari satu roti yang tidak beragi. Itulah sebabnya mengapa roti persendirian tidak dibuat atau dibenarkan untuk diambil. Hanya terdapat satu tubuh. Bagaimana pun, kita membenarkan gelas persendirian untuk tujuan kebersihan, walaupun wain merupakan bentuk antiseptik.

Ini adalah pegangan dan doktrin Jemaat. Kristus berfirman: “Kecuali kamu memakan tubuhku dan meminum darahku, kamu tidak mempunyai apa-apa bahagian di dalam aku.” Doktrin ini bukan sesuatu yang boleh ditolak ansur.

Ianya benar bahawa kami telah memperbaiki keadaan pencandu di dalam Jemaat yang menyambut cabaran ini dengan perasaan ragu-ragu. Bagi seorang pencandu, walaupun kuantiti alkohol yang sedikit boleh membuat perasaan ketagih yang menggalakkan mereka meminum lebih banyak lagi. Ini selalunya disebabkan masalah genetik yang diperolehi melalui DNA mitochondrial dari ibu. Dalam perkataan lain, kamu mewarisi tabiat pencandu dari DNA ibu kamu. Dalam setiap kes, Roh Suci memastikan bahawa setiap orang yang melaksanakan perayaan Paskah dengan taat tidak akan dipengaruhi. Kami tidak pernah mengalami ada yang kembali mencandu dari hasil pengamatan perayaan Paskah yang penuh taat.

Inilah satu-satunya masa di mana seseorang itu diperlukan meminum alkohol di dalam CCG. Ia adalah tuntutan dari Allah melalui Kristus. Pengambilan jus anggur pada waktu perayaan Paskah tidak boleh diterima, dan ajaran golongan orang seperti Adventists adalah salah. Kesilapan ini serta doktrin Alkitab yang benar diperincikan di dalam karya Wain di dalam Alkitab (No. 88).

Kita telah perhatikan bahawa aspek ini diserang oleh iblis, yang mana cuba menyerapkan praktik pengambilan jus anggur di dalam upacara Perjamuan Malam. Dengan cara demikian mereka cuba untuk meniadakan perintah dasar dalam upacara Perjamuan Malam dan mengeluarkan pengikut dari tubuh Kristus. Sesiapa sahaja yang cuba untuk memperkenalkan doktrin ini ke dalam Jemaat akan disingkirkan.

Pegangan kita dalam hal alkohol secara umumnya adalah ini. Alkitab bukan sahaja memerintahkan Perjamuan Malam, ia membenarkan pengambilan wain dan minuman keras pada upacara perayaan tersebut dan pada Sabat Tuhan. Kita diperintahkan untuk memakan lemak dan meminum minuman manis pada upacara perayaan Tuhan. Ini bererti kita boleh memakan lemak binatang dan meminum wain manis dari tuaian yang diberikan oleh Allah.

Sekarang beberapa di antara kita mengalami penyakit diabetis (kencing manis) dan ada di antara kita yang tidak boleh mengambil alkohol. Bagaimana pun, kita menikmati perayaan ini dan selalu menantikannya sepanjang waktu. Kepada kita yang dicegah untuk mengambil alkohol yang lebih atau dicegah tidak sama sekali tidak membenarkan diri sendiri mengenainya atau mengecewakan mereka yang menikmati gelas wain ini.

Kita menikmati pengambilan gelas wain ini bersama dengan saudara seiman dan walaupun saya, dan beberapa daripada jabatan pelayanan, hanya mendapat satu atau dua, kami tidak menyesali mereka yang boleh mendapat lebih dari melakukan upacara ini. Dalam upacara perayaan ini, kita mungkin menikmatinya lebih sedikit tetapi ini adalah hak dan peluang kita di bawah hukum-hukum Allah. Pihak perubatan sekarang mengetahui dan telah membuktikan bahawa sedikit wain merah adalah baik untuk hati dan boleh memanjangkan hidup.

Tidak ada orang di dalam Jemaat-jemaat Allah yang menggalakkan seorang penagih alkohol mula untuk minum dan perangai kamu tidak mengakibatkan saudara kamu jatuh.

Acara sosial tidak harus mengakibatkan orang mengkritik kita. Bagaimana pun, dari sekarang, setiap kamu akan tahu bahawa wujud di dalam beberapa masyarkat kita satu roh yang membenarkan diri sendiri seperti Jemaat ini dituduh seolah-olah ia minum atau membenarkan meminum minuman keras. Pandangan yang tidak berlandaskan tulisan kitab dan tidak seimbang ini selalunya di lihat di dalam jemaat-jemaat di USA. Kadang-kadang ia muncul dari golongan masyarakat orang di Skandinavia yang mana tidak menanam wain anggur tetapi meragi bir dan minuman keras.

Untuk mengusulkan kepada orang Perancis, orang Itali, orang Yunani, atau orang Israel sebagai contoh, wain ini adalah jahat dan dilarang oleh Alkitab akan mendapat cemuhan. Dan sepantasnya mereka menganggap orang ini tidak berpelajaran dan tidak berpengetahuan. Mereka juga mungkin menganggap mereka sebagai tidak seimbang. Malah orang Australia mempunyai perkataan khusus bagi golongan orang seperti ini dan perkataan ini adalah “Wowser”. Sesiapa sahaja yang cuba untuk memberitahu orang lain bahawa bir khususnya, tetapi tidak pada jenis minuman beralkohol yang lain adalah dosa atau jahat akan dianggap “Wowser”. Dalam masyarkat orang Australia, seorang wowser bukan sesuatu perkara yang baik. Walaupun, pandangan yang tidak seimbang dari cara pemujaan orang Amerika sedang memasuki masyarakat Australia, dan pandangan yang menyeleweng ini datang bersama mereka.

Sementara kita terus menunggu kedatangan Mesiah pada zaman akhir, dunia ini menjadi tidak seimbang dan akusatif. Jangan memberi sebab untuk menuduh kita tetapi jangan beri perhatian kepada mereka juga. Jangan sabitkan diri anda dengan para penuduh terhadap saudara seiman ini dan pimpinlah satu dengan yang lain. Kasihi satu dengan yag lain seperti Allah dan Kristus mengasihi kita.


Wade Cox
Koordinator Umum