![]() |
Konperensi Dunia
|
![]() |
Mesej SabatSabat 11/12/27/120 Kepada sahabat sekalian, Sabat mesej ini membawa siri nubuatan yang palsu dan nabi-nabi palsu sehingga pada masa sekarang. Bahagian siri sebelum ini adalah mengenai nubuatan-nubuatan yang palsu dan Jemaat Tuhan Sedunia di bawah Herbert Armstrong, dan mereka yang dari kepercayaan Jehovah Witness sehingga penantian besar 1975. Pada masa itu Kristus tidak datang seperti yang diramalkan, Jemaat Allah Sedunia (WCG) bukan sahaja tidak pergi ke Petra sebagai tempat yang selamat, seperti yang dinyatakan oleh Armstrong dan pelayanannya, tetapi malah ianya seolah-olah tidak berganjak kemanapun. Doktrin yang salah yang mengelilingi nubuatan ini akan dijelaskan di dalam karya Tempat Yang Selamat (No. 194). Seperti yang kita lihat, tidak ada satupun nubuatan yang dikatakan oleh mereka atau JWs yang telah terjadi. Pengunduran dan pembenaran diri-sendiri telah bermula, tanpa mengakui apa-apa kesilapan sama sekali. Pada pertengahan tahun 1970-an Herbert Armstrong memghadapi masalah dengan pendeta yang ramai atas sebab kesilapan dan politik dalaman. Dalam usaha untuk mengendalikan mereka dia berkata di dalam laporan berkala di pertengahan 1970-an, "Pendeta-pendeta yang melawan saya dan meninggalkan organisasi ini akan dikurangkan kepada bekerja dengan tangan mereka". Ianya diamati oleh penulis yang lain dan orang yang telah meninggalkan sistem WCG, bahawa ulasan ini adalah pernyataan yang terbuka kepada bagaimana dia melihat "martabat pekerjaan". Sesungguhnya, kebanyakan pelayanannya tidak pernah dikerjakan oleh tangan mereka dan ramai yang tidak bekerja langsung, kecuali kamu mengira bahawa pembelajaran Alkitab pertengahan minggu dan khotbah waktu hari Sabat sebagai satu pekerjaan. Dengan tidak mengira fakta dalam perkara ini, terdapat dua daripada pendeta ini yang telah meninggalkan dia dan menjadi kaya. Art Makarow dan Robert Kuhn menjadi jutawan. Yang lain, Ernest Martin, menjadi mewah, berjaya dan juga dihormati di dalam masyarakat akademi Alkitab. Sesungguhnya, seperti yang didengar oleh Ernest sementara dia berada di dalam WCG, banyak daripada kesilapan Armstrong ini boleh dibetulkan dan mungkin ramai lagi orang yang masih hidup atas doktrin yang menyembuhkan. 1976 1975 dipercayai telah
1977 Herbert Armstrong tidak berputus asa membuat pernyataan yang salah, walaupun dia silap dalam setiap peristiwa dalam nubuatan yang dia telah buat. Untuk alasan yang tidak boleh dijelaskan, dan mungkin dia sendiri tidak tahu sebabnya, dia menggunakan tahun 1927 sebagai satu fakta rujukan. Ianya pada tahun yobel yang lalu dari tahun di mana dia berbicara, dan yang mana ia sendiri adalah tahun yobel. Dia sepatutnya boleh memberi sedikit pengertian kepada fakta ini tetapi tidak melakukannya. Malah dia berkata, "Semasa generasi di dalam 60 sehingga 90 tahun atau kurang daripada 1927 - Kristus akan datang lagi..." (Co-worker letter, Jan 20, 1977, ms. 4) HWA Ini adalah satu-satunya nubuatan yang disebut oleh Armstrong yang mempunyai peluang untuk digenapi, tetapi pada sembilan puluh tahun yang berikutnya, dan bukannya enam puluh tahun yang mana jangka masa yang lebih awal. Sekiranya dia memahami masa dan sistem yobel, dia sepatutnya telah melakukan lebih daripada masa-masa ini, yang mana sebenarnya perkiraan kepada zaman akhir. Sekiranya jangka masa enam ribu tahun (dilambangkan oleh enam hari bekerja dalam minggu) mempunyai keabsahan, dan tarikh 4004 BCE dalam kronologi Alkitab adalah betul, maka akhir kepada pemerintahan Iblis akan berakhir pada 2027 BCE. Tahun ini adalah 6,000 tahun dari 3974/3 BCE, yang menandakan kutukan terhadap bumi dan permulaan kepada jangka masa dalam tahun pertama pada kitaran 3973 BCE. Masa yang dipendekkan adlah masa dari pengutusan Mesiah ke bumi untuk menyelamatkan mereka yang benar-benar menunggu dia. Pemahaman yang mudah ini tidakpun dihafami oleh Armstrong, Hoeh, Meredith ataupun pelayanan WCG yang lainnya, ataupun Jemaat Allah (Hari Ketujuh), oleh cabang-cabang RCG/WCG, golongan Adventist, ataupun Jehovah Witness. Ia adalah asas dan kritikal dari semua rujukan mengenai nubuatan dan ianya tidak pernah digunakan atau dihitung dengan betul. Kalendar Allah adalah fundamental kepada pemahaman nubuatan Alkitab. Untuk memahami kalendar, kamu harus memeliharanya dengan baik dan kamu harus memelihara Bulan-bulan Baru astronomi (atau penggabungan) pada dasarnya. Juga pada 1977, JWs (Jehovah Witness) menantikan tahun Sabat 1926 pada kitaran yobel sebelumnya, mereka seolah-olah tidak pun memahami maksudnya, walaupun ia semata-mata mengikuti kekecewaan pada 1925 dan ini seolah-olah menjadi sebabnya. Mungkin ini juga sebabnya Armstrong mengambil 1927, dan mungkin dari teori mereka yang salah. Herbert adalah seorang peniru dan mungkin dia telah mencuri kesilapan dari JWs begitu juga dengan bahan-bahan Rupert, Allen, dan yang lain-lain. JWs berkata: Sesungguhnya tahun 1926 layak ditandakan sebagai klimak penutupan 1,335 hari yang menggembirakan. Mereka yang menjadi "umat" Daniel yang terus menunggu dan tiba kepada akhir 1,335 hari, akan mengadakan satu kegembiraan yang tidak diredahkan, tetapi walaupun menghadapi penganiayaan dan Perang Dunia II (1939-1945) dan masalah-masalah dunia yang lain, telah tetap kekal dan bertambah. (Our Incoming World Government-God's Kingdom, ms. 146-147, 1977). 1978 Menjelang masa ini televangelisme (penyebaran injil) telah bermula dengan besar-besaran dan terdapat nabi-nabi palsu di merata tempat. Pada 1978, Chuck Smith, Pendeta dari Calvary Chapel di Cost Mesa, CA, telah meramalkan keghairahan pada 1981. Pada 1978 surat co-worker, HWA telah meramalkan bahawa paus yang seterusnya akan menyatukan Eropah dengan pantas sekali. Perkara Paus ini pada 1978 adalah satu elemen nubuatan yang utama, tetapi dia seolah-olah tidak memahami percabangannya. John Paul I telah dibunuh di Vatican selepas satu bulan dalam jabatannya dan sebelum dia melaksanakan reformasi yang dia rencanakan. John Paul II, yang tidak menyatukan Eropah, menggantikan dia. Bagaimana pun, pihak EEC telah berkembang dibawah kepausan ini. John Paul II sangat sakit dan dijangkakan akan mati tidak lama lagi (lihat karya Paus yang Terakhire: Peneliti Nostradamus dan Malakai (No. 288)). 1979 Pada 1979 pihak Jehovah Witness telah menerbitkan beberapa ulasan mengenai inspirasi Watchtower dan Bible Tract society. Mereka memanggil mereka hamba yang setia dan bijaksana dan mereka adalah dari golongan yang disebut hamba. Mereka mendakwa bahawa tulisan yang membentuk perkataan Allah orang Kristian adalah diinspirasikan dan sempurna, tetapi tulisan yang seterusnya bukan diinspirasikan dan tidak sempurna. Ini adalah pengakuan pertama bahawa nubuatn palsu Russell dan Rutherford yang tidak putus-putus ini bukan diinspirasikan. Dari pengakuan ini kita boleh membentuk dua divisi dan pengamatan yang bijak. 1. Alkitab adalah Diinspirasikan 2. Karya tulisan dari JWs bukan diinspirasikan dan tidak pernah diinspirasikan sejak dari mulanya.
Mereka juga berkata:
Pada 1979 satu artikel dari Gene Hogberg dalam "PT" mengatakan bahawa "Perjanjian Terusan Panama" bererti US akan kehilangan kendalian terhadap terusan itu untuk selamanya. Pada 1989, US telah mencerohi Panama dan mengusir diktator anti-orang Amerika. Bagaimana pun, kehilangan kendalian US untuk selama-lamanya terhadap terusan tersebut masih menjadi faktor yang membimbangkan di dalam politik antarabangsa. 1980 Pada 1980 Leland Jensen, ketua kepada golongan Baha'l World Faith Baha'i World Faith, telah meramalkan bahwa satu malapetaka nuklear akan terjadi pada 1980. Ini akan diikuti oleh abad-abad yang sukar, diakhiri dengan pembangunan Kerajaan Allah di bumi. Peperangan nuklear seolah-olah terbukti dalam teks-teks Alkitab. Bagaimana pun, selain Jepun, ianya tidak berlaku pada kurun yang ke-20 walaupun banyak nubuatan mengenainya. Jws masih mengungkung perkiraan mereka dan membuat pernyataan mengenai dengan nubuatan mereka pada 1975. Mereka sekarang mendakwa bahawa beberapa orang telah berkata ianya lebih kepada kebarangkalian daripada kemungkinan. Para pembaca boleh melihat sendiri apa yang sebenarnya mereka katakan. Mereka seolah-olah terus menulis perkara-perkara yang bersesuaian dengan pernyataan mereka. Ulasan mereka tentang gempa bumi juga telah diteliti di mana-mana untuk menunjukkan ia adalah bertentangan dengan apa yang didakwa untuk kurun yang ke-20 selepas 1914, tetapi itu adalah perkara lain bagi hari yang lain.
Bagaimana pun, mereka juga tidak berputus asa dengan pernyataan-pernyataan palsu. Mereka juga berkata: Sekiranya sistem dunia yang jahat bertahan sehingga pertukaran kurun (tahun 2000), yang mana berkebarangkalian dengan memandang kepada gaya dunia dan kegenapan kepada nubuatan Alkitab, akan masih ada yang selamat dari generasi Perang Dunia pertama. Bagaimana pun, fakta bahawa jumlah mereka berkurang adalah satu lagi tanda bahawa "kesimpulan kepada sistem dunia" bergerak laju menuju kepada penghujungnya. (Watchtower, Okt 15, 1980, ms. 31). Faktanya ialah bahawa orang yang hidup pada 1914 hampir semuanya mati dan kurun itu telah berakhir, dan kita masih lagi belum melalui peristiwa yang harus berlaku sebelum kedatangan Mesiah. Paling muda adalah 90 umur pada permulaan 2005. 1981 Pada 1981 Rev. Sun Myung Moon, pelopor kepada Jemaat Unification, telah meramalkan bahawa kerajaan sorga akan didirikan pada tahun ini. Ianya tidak berlaku dan justru itu dia telah tergolong di dalam nabi-nabi yang palsu. 1982 Pada tahun 1982 Jws mula berkata bahawa ramalan mereka sebenarnya betul dan perkara itu bermula pada 1914, seperti yang mereka ramalkan. Seseorang hanya perlu untuk melihat kepada apa yang mereka katakan di atas untuk menyedari kesilapan dakwaan ini. Malah dakwaan mereka tentang apa yang dikatakan atau didakwa oleh ketua-ketua dunia juga salah. Kuasa dunia telah mengalir ke dalam Perang Dunia I dengan beberapa ketidakhindaran mengenainya dan satu pengertian petualang dan empayar. Mereka berkata:
Pada 1982 Pat Robertson telag bergabung dengan golongan nabi-nabi palsu. Dia telah meramalkan beberapa tahun sebelumnya bahawa dunia ini akan berakhir pada musim gugur 1982. Pada 1982 Armstrong telah membuat satu lagi nubuatan palsu yang menunjukkan kebodohan orang British itu. Dalam surat co-worker, dia memberitahu orang yang setia untuk menjangkakan Argentina menenggelamkan angkatan laut British dalam Perang Falklands. Pemusnah Bristish sebenarnya mendapati satu kelemahan di bahagian sisten geladak. Besi telah digantikan oleh penabat aluminium mudah terbakar bagi keringanan dan kelajuan. Beberapa mati tetapi ia adalah kemenangan mutlak bagi Bristish dalam masa kurang dari 2 bulan. Angkatan Laut Argentina telah menjadi cacat atau terperangkap di pelabuhan dan angkatan udara Argentina telah dimusnahkan. Diktator Argentina dan penyokongnya serta sistem mereka telah jatuh. Dalam surat co-worker yang lain pada 1982, dia berkata: "Saya berharap boleh mengatur penggunaan Petra sebagai satu tempat perlindungan atau tempat selamat semasa Kesukaran Besar apabila saya berjumpa dengan Raja Hussein. Tolong doakan hal ini." Sesiapa sahaja yang pernah pergi ke tampat itu akan berdoa untuk keterbalikkannya. Mala pada tahun 1992, masih ada orang yang berpendapat bahwa "Tempat yang Selamat" itu wujud, dan tempatnya adalah Petra. Terdapat artikel yang diterbitkan mengenai hal ini. Satu daripada ketua CCG telah mendengar satu khotbah mengenai Petra oleh penginjil WCG pada 1988. Ia telah dicampurkan dengan Alkitab untuk menunjukkan bahawa perkataan Selah dalam bahawa Ibrani bererti "rock" (batu) dan perkataan ini diaplikasikan kepada Petra. Apa sahaja rujukan mengenai Selah, ia bererti Petra. Selah digunaka dalam pertalian kepada Kadesh Barnea, yang mana telah disalahtempatkan beberapa kilometer di bahagian lain Laut Mati. Selah telah diambil dari Mazmur dan digunakan sebagai rujukan kepada Petra, tidak merngira apa sahaj konteksnya dan sesungguhnya berada di luar konteks dan maksudnya. Khotbah itu sangat menarik dari segi kedunguannya. 1984 Nubuatan Herbert Armstrong tidak pernah betul dan tidak ada orang yang mengendahkannya, kecuali orang-orang dalam WCG yang tidak memberikan pandangan. Ianya diamati oleh beberapa orang bahawa, pada ketika lawatannya yang terakhir ke Yerusalem pada 1984, Herbert Armstrong mula sedar bahawa dia dianggap sebagai menyimpang atau lebih teruk dari itu. Ketua-ketua orang Israel tidak mengendahka dia dengan serius. Pada masa ini, dia sudah tidak bermaya. Dikatakan bahawa dia meracau, sebelum seorang diplomat hadirin berkata bahawa kejatuhan dan kemusnahan akan melanda dia. Dia mati pada Januari 1986. Tarikh Januari 16 kemudiannya menjadi satu tarikh pada tahun berikutnya bagi nabi-nabi palsu dari cabang-cabangnya, seperti Jemaat Allah Philadelphia, terus membuat nubuatan-nubuatan yang palsu. Sumpahannya terhadap Israel tidak memberi apa-apa efek. Perang dengan Lebanon telah berakhir hampir serta merta selepas itu. Satu abad yang mengikutinya memperlihatkan damai yang lebih baik dan keastabilan ekonomi dan kemakmuran Israel dan Yerusalem, dengan inflasi yang boleh dikawal. Pemberontakan Filistin pada 1987 tidak boleh mengapkir kendalian Israel. Mungkin kekalahan Yerusalem oleh Jordan dan kerajaan Israel yang menyayatkan Armstrong. Ini telah menghentikan dia dari memberi penyiaran. Seseorang boleh berkata bahawa Allah menahan dia untuk menyebarkan nubuatan palsu dari Yerusalem. Sekurang-kurangnya kita harus anggap Allah tidak merasa tertarik dengan perkar ini kerana Dia tidk masuk campur dan Herbert Armstrong tidak pernah melihat fungsi itu. Justru itu, dia tidak boleh sama sekali dianggap sebagai saksi, atau nabi, dari semua yang di atas. Pada 1984 JWs masih lagi membuat perkiraan tentang bagaimana orang yang terselamat pada zaman1914 boleh bertahan sehingga akhirnya. Walaupun selepas semua kesilapan dan nubuatan yang salah, mereka masih mahu menetapkan tarikh di mana Kristus dengan jelas tidak ada rencana yang dipegang.
Pada 1984 mereka telah menulis semula pemahaman biasa bagi istilah "generasi". Ianya selalu difahami bermaksud satu jangka masa empat puluh tahun dan jangka masa ini selalunya diaplikasikan kepada jangka masa pertobatan juga. Kemudian mereka menekankannya sebagai bererti mereka yang hlahir pada masa itu dan masih hidup pada masa sekarang. Malah kemudian, mereka kehabisan masa dan tubuh yang hidup. Mereka berkata:
1986 Pada 1986 JWs masih lagi cuba untuk membenarkan 1914 sebagai tarikh yang penting, yang mana sebenarnya tidak. Mereka berkata:
Pada mukasurat yang sama mereka berkata:
Sekarang penjelasan ini bertentangan langsung dengan nubuatan Alkitab mengenai perkara ini kerana mereka tidak faham tentang Kebangkitan orang yang sudah mati. Allah berfirman, melalui nabi Yesaya, umat yang suci akan dibawah untuk melindungi mereka dari perkara-perkara ini (Yes 57:1-2). 1988 Pada 3rd Oktober 1988, "Keghairahan" telah diramalkan oleh Edger E. Whisenant akan berlaku pada hari ini. Kemudian dia menjelaskan bahawa pengiraan ini tidak betul. 1989 Pada 1989 JWs masih lagi dalam usaha keras dalam kesilapan
Pada tahun ini mereka mula mengrasionalisasikan bagaimana pihak awal JWs (Penuntut Alkitab) menjadi sebahagian daripada kultus berdasarkan mengagungan Russell dan hakim. Jsutru itu, kepimpinan menjauhkan diri dari nubuatan palsu dan nabi-nabi palsu, walaupun mereka sendiri telah dan masih lagi mendorong dasar ini. Mereka berkata:
Perhatikan mereka masih lagi mengekalkan doktrin "Jemaat Allah" mereka sebagai Unitarian, dan menolak doktrin jiwa, hari-hari lahir, Krismas dll. Tetapi dasar kepada penolakan mereka terhadap praktik ini berakar dari Hukum-hukum Allah, yang mana waktu itu mereka mendakwa sudah ditiadakan demi untuk menolak hari Sabat dan Kalendar. Teologi mereka tidak boleh dipertahankan. Ianya berlandaskan kesilapan dari nabi-nabi yang terbukti palsu yang mereka anggap sekarang sebagai sebahagian daripada kultus peribadi. Maka mengapa mereka tidak bertobat dan memulihkan Hukum Allah? Ianya terlalu sukar dan mereka tidak memahaminya. Pada 1989 mereka juga telah menjelaskan fakta bahawa mereka telah bertumbuh dan banyak pencapaian sekarang. Mereka merasa gembira dengan keadaan sekarang, terima kasih.
Mala mereka telah mengundurkan beberapa ramalan mereka yang lebih awal dan penyesuaian waktu. Mereka mendakwa Katolik Roma melakukan sesuatu yang mereka sendiri telah lakukan. Pada 1989 mereka berkata:
Mereka terus membenarkan fakta bahawa mereka dibiarkan hidup dalam daging selepas 1918, dan bahawa mungkin menghalang mereka dari mendapat pemahaman yang baik mengenai Kebangkitan orang Mati. Penyimpanan umat yang sisa dari penciptaan baru spiritual sehingga akhir kepada perang dunia pertama pada 1918 dan mereka dikekalkan hidup di dalam daging pada tahun 1919 selepas perang menjadi satu keajaiban yang menakjubkan. (The Watchtower ept. 1, 1989, ms. 13). Mereka menjauhkan diri mereka dari nubuatan-nubuatan palsu tetapi merujuk semula apa yang disebut kelas hamba yang didakwa oleh para ketua mereka untuk mengikutinya ke jalan Rasul. Sekiranya mereka mengikuti para rasul mereka seharusnya melakukan seperti yang mereka telah lakukan dan memelihara Sabat, Bulan-bulan Baru dan Perayaan-perayaan Allah. Mereka kata bahawa mereka mempunyai
Pada hari ini dalam perkiraan nubuatan, Pentakostal tidak mahu ketinggalan dalam kesejukan, jadi mereka bergagung dengan mereka pada tahun 1989 di dalam bentuk Benny Hinn. Pada 31 Disember 1989 BennyHimm, bercakap di Pusat Kristian Orlanda, dilaporkan berkata perkataan mengenai, "Roh memberitahu saya... Fidel Castro akan mati... pada tahun 90-an. Beberapa orang cuba membunuh dia dan mereka tidak berjaya. Tetapi akan datang peluang dalam keadaan kesihatan fizikalnya, dan dia tidak akan terus berkuasa, dan Cuba akan dikunjungi Allah." - (Benny Hinn, Orlando Christian Center, 31 Dis, 1989). Dia juga dilaporkan berkata pada pertemuan yang sama:
1990 Pada 1990, Elizabeth Claire, nabi wanita dari Jemaat Universal dan Triumphant, telah menubuatkan bahawa perang nuklear akan berlaku. Satu lagi nubuatan yang salah. Pada tahun ini JWs masih lagi cuba untuk menenangkan saudara seiman mereka yang keliru dan bingung.
1992 Walaupun nubuatan mereka yang salah, pihak JWs masih tidak belajar dan memberi kita satu lagi dos pada 1992.
Kita juga menyaksikan anggota-anggota baru ditambah kepada barisan nabi-nabi pada tahun 1992. Jemaat Misi Batu Hidup untuk Hari-hari yang Akan Datang, menubuatkan bahawa Yesus akan kembali pada Oktober 28 1992. 1993 Pada tahun 1993, Watchtower dan Persatuan Risalah Alkitab mula menulis semula sejarah nubuatan dan ramalannya. Persatuan ini menghasilkan sebuah karya yang dikatakan memuatkan sejarah peristiwa-peristiwa dan tarikh-tarikh penting untuk persatuan serta pergerakan keagamaan ini. Ia bertajuk Jehovah's Witnesses, Proclaimers of God's Kingdom (Saksi-saksi Jehovah, Pengisytihar Kerajaan Tuhan), dan telah diterbitkan pada 1993. Seperti yang diperhati ramai, pada hujung buku ini terdapat satu bahagian kronologikal yang dipanggil "Tarikh-tarikh Penting". Kebanyakan pemerhati terkejut bahawa ramalan-ramalan untuk 1925 dan 1975, yang seperti kita lihat dari karya ini nampaknya tidak kunjung habis dalam spekulasi mereka, tidakpun disenaraikan. Sesetengah pemerhati telah mengatakan bahawa ia adalah revisi sejarah untuk mualaf-mualaf baru mudah ditipu. Namun mereka memang ada menyebut tahun 1914 dan 1925 dalam penulisan mereka tentang tahun itu. Ini nampaknya merupakan penggunaan sejenis percanggahan kognitif.
1995 Pada tahun 1995 kumpulan JW (Jehovah's Witnesses) telah memperkenalkan satu lagi versi istilah "angkatan ini" yang digunakan dalam Matius 24 oleh Kristus, berbeza dari apa yang digunakan mereka sebelumnya yang mengaplikasikannya kepada generasi 1914. Mereka mengatakan istilah itu: "nampaknya merujuk kepada orang-orang bumi (sekarang) yang melihat tanda kehadiran Kristus namun gagal untuk memperbaiki jalan-jalan mereka. " (Watchtower November 1, 1995 halaman 12). Bagaimanapun mereka juga mengatakan pada Jun 1995: Pelajar-pelajar Alkitab, yang dikenali sejak 1931 sebagai Saksi-saksi Jehovah, juga menjangkakan bahawa tahun 1925 akan menyaksikan penggenapan nubuatan-nubuatan Alkitab yang menakjubkan. .Lebih terkini lagi, ramai Saksi-saksi ini meneka bahawa peristiwa-peristiwa yang dikaitkan dengan permulaan Pemerintahan Milenium Kristus mungkin bermula pada 1975. Jangkaan mereka ini adalah berdasarkan pemahaman bahawa milenium ketujuh sejarah manusia akan bermula pada masa itu. (Awake, Jun 22, 1995 halaman 9) Perubahan yang digambarkan dalam teks artikel Watchtower bertarikh 1 Nov 1995 digambarkan dalam penerbitan Awake pada 1995, "Mengapa Awake Diterbitkan." Sebelum 8 November 1995 mereka mengatakan:
Setelah 8 November 1995 rujukan kepada "angkatan 1914" itu telah dipadamkan. Edisi ini berkata:
Maka, seperti Orwell's Ministry of Truth pada 1984, dalam mana Winston bekerja tanpa henti untuk menulis semula rekod-rekod masa lalu untuk memadankannya dengan politik semasa, kita perhatikan bagaimana nubuatan-nubuatan itu diolah semula dan ditulis semula atau dipadamkan untuk menyembunyikan kenyataan bahawa para pemimpin boleh berbuat silap dan, lebih-lebih lagi, mengaku mereka berbicara bagi Tuhan sedangkan mereka tidak pernah diberikan perintah seperti itu. Lebih penting lagi, mereka tidak habis-habis berbuat kesilapan. Perkara paling penting untuk diperhatikan adalah bahawa jika ada sesiapaun yang mengaku berbicara bagi Tuhan dan tidak berbicara sesuai dengan Hukum dan Kesaksian itu, maka tiada terang di dalam dia (Yesaya 8:20). Herbert Armstrong bukan saja bukan seorang nabi Tuhan, tetapi dia juga tidak pernah membuat nubuatan yang betul atau yang digenapi. Maka, dia gagal dalam ujian pertama. Dia hanyalah seorang pendeta biasa Jemaat Tuhan (SD) yang telah menjadi seorang yang bebas kumpulan, dan bekerja dalam sebuah kumpulan pelayanan bebas Jemaat-jemaat Tuhan. Dia diakui oleh pihak JW sebagai pendeta Tuhan yang sejati. Begitulah kita menolak Charles Taze Russell dan Judge Rutherford, dan setiap orang lain yang telah mengeluarkan nubuatan palsu dalam rekod ini. Mereka bukanlah nabi. Mereka hanyalah pegawai-pegawai biasa sistem Adventist yang telah mengambil doktrin-doktrin ini dan menggunakan demi kepentingan mereka sendiri, seperti mana Herbert Armstrong. Charles Taze Russell, telah lahir Februari 16, 1852, di Pittsburgh, Pennsylvania. Dia pada mulanya telah dibesarkan sebagai seorang Presbyterian namun menjadi seorang Congregationalist. Pada umur 16 tahun pada 1868, dia mendapati dirinya kehilangan iman. Dia mula meragui bukan saja pegangan-pegangan dan doktrin-doktrin jemaat, tetapi juga Tuhan dan Alkitab sendiri. Pada titik waktu yang kritikal ini, suatu pertemuan yang kebetulan telah memulihkan imannya dan meletakkannya di bawah pengaruh pengkhutbah Adventist Kedua, Jonas Wendell. Dia mula dipengaruhi berbagai pelayan dan pendeta Adventist. Paling terkenal sekali antara mereka ini adalah pendeta Jemaat Kristian Advent, George Stetson, dan penerbit Bible Examiner, George Storrs. Dia mula berjumpa di kawasan tempatan secara tetap dengan sekumpulan kecil sahabat-sahabatnya untuk membincang Alkitab, dan kumpulan belajar yang tidak rasmi ini mula menganggap dia sebagai pemimpin mereka atau pastor. Russell mula dikaitkan dengan sebuah sistem Adventist kepada apa dia didedahkan pada Januari 1876 ketika berumur 23 tahun. Russell telah menerima satu salinan The Herald of the Morning, sebuah majalah Adventist yang diterbitkan oleh Nelson H. Barbour, dari Rochester, New York. Si pembaca mungkin ingat dari penerbitan-penerbitan kami yang lain, bahawa kumpulan Adventist telah mencapai "Kekecewaan Besar" pada 1844 apabila kedatangan Mesias yang dilaung-laungkan tidak terjadi. Kedatangan atau Advent ini meliputi tempoh yang bermula pada 1842 mengisytiharkan Advent dari Mac 1843 dan diubahsuaikan kepada Mac 1844, dan berakhir pada Pendamaian pada Oktober 1844. Nubuatan-nubuatan ini gagal untuk menghasilkan seorang Mesias. Umat Adventist memanggil ini "Kekecewaan Besar". Ellen G. White telah bertumbuh dari aspek ini dan jenis nubuatan palsunya yang khusus ditujukan pada membuktikan vegetarianisme. Milenium di syurga ditujukan untuk menyembunyikan nubuatan-nubuatan yang membuktikan adanya sistem duniawi dengan pemakanan daging sewaktu sistem milenium itu. Kami telah menarik perhatian kepada kesilapan-kesilapan serta nubuatan-nubuatan palsu ini dalam karya-karya Penghakiman Pra-Advent (No. 176) dan Milenium dan Keghaiban (No. 95). Jemaat Tuhan (Hari Ketujuh) telah dibentuk dari sekumpulan Jemaat-jemaat Tuhan yang tidak terlibat dalam nubuatan palsu yang sama ini dan telah berpecah dari kumpulan Adventist susulan kesilapan-kesilapan keluarga White dan nubuatan palsu Ellen White. Lain-lain di bawah gelaran luas "Adventism" termasuklah Jemaat Kristian Advent, Kesatuan Kehidupan dan Advent, Adventist Hari Ketujuh (Seventh-Day Adventist), dan berbagai kumpulan Adventist Kedua. Kumpulan Barbour telah bangkit dari antara orang Adventist yang telah dipengaruhi oleh "Kekecewaan Besar" itu. Mereka berjaya menutup kegagalan ini dengan menonjolkan kepulangan yang tidak kelihatan, dan menjelang tahun 1870an mereka telahpun ada organisasi kumpulan bebas yang membolehkan mereka menerbitkan dakwaan-dakwaan ini. Kumpulan Barbour pada masa itu mendakwa bahawa Kristus kembali tanpa kelihatan pada 1874. Barbour telah menimbulkan satu dasar untuk penafsiran semula Kedatangan Kedua sebagai peristiwa yang tidak kelihatan dengan cara ini. Dalam terjemahan Perjanjian Baru Benjamin Wilson, Emphatic Diaglott, perkataan yang ditulis sebagai kedatangan dalam Matius 24:27, 37, 39 Versi King James, diterjemahkan sebagai kehadiran. Cara penulisan ini menjadi dasar untuk kumpulan Barbour menganjurkan kehadiran Kristus yang tidak kelihatan dan berdasar pada perhitungan-perhitungan waktu mereka untuk peristiwa tersebut. Pada Januari 1876, konsep ini dilihat oleh Russell dalam Herald dan ia mendapat perhatiannya. Dia melihat potensi kelompok serpihan Adventist ini. Dengan cara ini, kegagalan Kristus untuk muncul pada 1844, seperti yang dijangkakan oleh para pemimpin Adventist, telah diatasi. Ianya satu kesilapan untuk mendakwa bahawa kumpulan ini hanya mengatakan bahawa Kristus memang telah kembali tetapi tidak kelihatan pada 1844. Mereka mungkin telah melakukannya lebih awal, namun tiada rekod dakwaan ini yang diterbitkan. Bagaimanapun, tarikh penerbitannya diatur sekitar 1874, kira-kira tiga puluh tahun kemudiannya dan mungkin selepas terbitan Diaglott Wilson. Russell agak kaya jadi dia membiayai perjalanan Barbour ke Philadelphia dan bertemu dengannya untuk berbincang kepercayaan-kepercayaan bersama serta kewangan mereka. Dari rundingan-rundingan ini, Russell menjadi penyokong kewangan majalah ini. Dia dijadikan Pembantu Editor. Dia dilaporkan telah menyumbangkan artikel-artikel untuk penerbitan di samping hadiah-hadiah dalam bentuk wang. Dengan cara yang sama, pertemuan kumpulan belajar yang kecil dengan Russell telah bergabung dengan kumpulan Barbour, dan sistem tersebut dibangunkan untuk memanfaatkan pendekatan yang baru ini. Sebagai hasil, keengganan awam untuk menerima pandangan revisionis ini telah diatasi dengan cukup untuk mendapat sokongan. Pada mulanya, Russell dan Barbour mengembangkan kepercayaan tersebut dan mengajar bahawa kedatangan Kristus yang tidak kelihatan pada 1874 akan diikuti dengan tangkapan tubuh umat percaya ke syurga, yang disebut sebagai "Rapture," (Keghaiban) pada 1878.
Maka mereka dijangkiti dengan ajaran palsu, yang mungkin telah menjadi perintis kepada ajaran-ajaran palsu yang diterima oleh keluarga White berhubung Milenium yang ada di syurga. Golongan Saksi-saksi tidak percaya dalam Keghaiban, dalam doktrin-doktrin zaman moden, namun percaya bahawa hanya 144,000 orang saja yang akan pergi ke syurga. Pada awal Adventisme Abad Kesembilan belas, kumpulan Adventist merupakan campuran Unitarian dan Trinitarian di samping terbahagi kepada pemelihara Sabat dan pemelihara hari Minggu. Aspek ini juga dibincangkan dalam karya Peranan Hukum Keempat di dalam Jemaat-jemaat Tuhan Pemelihara Sabat dalam Sejarah (No. 170). Situasi ini lebih kurang sama dengan keadaan pada permulaan Reformasi apabila golongan Sabbatarian (kadangkala dipanggil Waldensian sempena Peter Waldo iaitu seorang dari penatua zaman pertengahan mereka) gagal untuk menangani orang-orang yang tidak bertaubat dari kesilapan Trinitarian. Orang-orang yang menyertai gerakan Advent bukan saja datang dari Jemaat-jemaat Tuhan, tetapi mereka juga dari Protestantisme. Selepas kegagalan Keghaiban 1878, Barbour, editor kepada Herald, mengubah ini dan doktrin-doktrin lain. Russell dan beberapa anggota lain telah menolak beberapa dari idea-idea baru itu. Russell berhenti dari majalah Adventist ini dan memulakan Zion's Watch Tower dan Herald of Christ's Presence. Ia menerbitkan isu pertamanya pada Julai 1879. Dia juga berkahwin dengan Maria Frances Ackley pada tahun yang sama. Dengan menggunakan senarai alamat Herald, Russell memulakan perang langganan. Charles Russell terus menganggap Miller dan Barbour sebagai alat-alat yang dipilih oleh Tuhan untuk memimpin umatNya pada masa lalu. Russell tidak berpecah dengan Adventisme, tetapi dengan doktrin-doktrin N. H. Barbour dan Herald. Zion's Watchtower membuat kemajuan dengan merayu kepada denominasi-denominasi Protestan dan Russell sering berbicara dalam jemaat-jemaat ini, di samping kepada para pengikutnya sendiri dalam kira-kira 30 kumpulan belajar dari Ohio hingga New England. Pada mulanya Russell mengikuti proses bukan konfrontasi yang tidak mencela Trinitarianisme sebagai bidaah, malah golongan Trinitarian telah wujud bersama dalam gabungannya dengan Barbour dan seorang lagi pembantu editor kepada Herald, John H. Paton, yang dikatakan adalah Trinitarian atau sekurang-kurangnya pesimpati Trinitarian. Pada 1882, Paton berpecah dengan Russell atas isu ini dan majalah itu telah menjadi Unitarian dan anti-Trinitarian secara terbuka. Pengikut-pengikut Russell mula memandangnya sebagai "hamba yang setia dan bijaksana" dari Matius 24:45 dan "Utusan Laodikia," iaitu wakil Tuhan yang ketujuh dan terakhir kepada jemaat Kristian. Dia sempat melihat kegagalan nubuatan-nubuatan palsunya dalam hayatnya. Dia meninggal pada 31 Oktober, 1916, lebih dari dua tahun selepas sistem dunia masa itu sepatutnya telah berakhir, mengikut perhitungan-perhitungannya, pada awal Oktober, 1914. Masa ini adalah Halloween dan pesta itu bertindak titik tumpuan untuk sesetengah orang memperingati kematiannya. Malah tugu peringatan piramid berhampiran kuburnya membawa simbol salib dan mahkota bukan alkitabiah yang disukainya. Tulisan pada kuburnya mengenalpastinya sebagai Utusan Laodikia. Maka, para pengikutnya sendiri melihat diri mereka sebagai orang Laodikia. Identifikasi ini juga telah dipakaikan pada orang Adventist, dari mana dia datang Mereka muncul dari era Sardis Jemaat-jemaat Tuhan. Era itu berakhir seperti yang dinubuatkan dengan pembentukan "Jemaat Tuhan yang Hidup". Kedua-dua era ini mengandungi dasar dan struktur nabi-nabi palsu, serta nubuatan palsu Abad-abad Kesembilan belas dan Kedua puluh, dan berterusan hingga ke hari ini. Russell telah mengarahkan agar penggantinya kepada jawatan presiden akan berkongsi kuasa dengan sebuah komiti editorial dan dengan lembaga pengarah Syarikat Watch Tower, yang dilantik Russell "untuk seumur hayat". Bagaimanapun, naib presidennya (iaitu Joseph Franklin ("Judge" atau Hakim) Rutherford) seorang pakar undang-undang yang terlatih, tidak lama kemudian mula merampas semua kuasa pertubuhan ke dalam tangannya sendiri. Joe (Judge) Rutherford lahir dalam keadaan hampir miskin di Missouri pada Nov. 8, 1869. Rutherford telah mempelajari undang-undang di bawah sebuah sistem pelatih dan lulus peperiksaan guamannya pada 1892, dan kemudiannya ada masanya berkhidmat sebagai hakim pengganti, dari mana nama panggilannya diperolehi. Dia merupakan ketua penasihat undang-undang kepada Russell. Malah dia mungkin telah mengatur peristiwa-peristiwa berkenaan apabila dia menggunakan titik lemah dalam perlantikan mereka untuk memecat kebanyakan pengarah Watch Tower tanpa mengadakan undian keanggotaan. Malah dia dikatakan telah menyuruh seorang bawahannya untuk memanggil polis ke dalam pejabat-pejabat ibu pejabat Persatuan itu di Brooklyn untuk menyuraikan mesyuarat lembaga mereka dan menghalau mereka dari tempat itu. (A. H Macmillan, Faith on the March, halaman 78-80). Rutherford telah menguasai struktur korporat mazhab itu. Dia kemudiannya menguasai organisasi ini yang selebihnya melalui penggantian beransur-ansur penatua-penatua yang dilantik secara tempatan dengan orang-orang yang dilantiknya sendiri. Dengan cara ini, jemaat-jemaat semi-autonomi dan tersusun secara demokratik itu telah dijerut menjadi struktur ketat di bawah kawalannya sendiri. Penumpuan kuasa yang tidak patut ini menyaksikan pembentukan kumpulan-kumpulan serpihan Russellite seperti Chicago Bible Students, Dawn Bible Students, dan Laymen's Home Missionary Movement. Mereka masih wujud. Bagaimanapun, Rutherford tetap menguasai kebanyakan Bible Students (Pelajar-pelajar Alkitab) dan dia menamakan mereka semula Jehovah's Witnesses pada 1931, untuk membezakan mereka dari kumpulan-kumpulan lain ini. Russell telah menumpu pada pembangunan watak secara individu. Rutherford menjurus kepada jenis personaliti yang berlainan dengan perubahan arah tujuan kepada satu bentuk pekerjaan kesaksian awam bertenaga, dan mula menyebar literatur Persatuan ini dari rumah ke rumah. Menjelang 1927 Rutherford mensyaratkan kesaksian pintu ke pintu dan penyebaran bahan-bahan terbitan dari semua anggota. Rutherford menumpukan serangannya terhadap empat kawasan: kerajaan, Larangan, apa yang disebutkan perniagaan besar, dan Gereja Roman Katolik. Pada masa ini Rutherford telah mendirikan sebuah rangkaian radio yang besar. Dia mempergunakan sentimen populist dan anti-Katolik untuk menarik beribu-ribu mualaf tambahan. Kebanyakan permusuhan atau penganiayaan yang didakwa ditujukan pada Saksi-saksi sepanjang tempoh ini sehingga Perang Dunia II adalah disebabkan oleh serangan-serangan berhisteria dan akusatif yang dibuat oleh Saksi-saksi itu sendiri pada orang lain dari pembesar suara dan fonograf mudah-alih, dalam tangan dan dalam kereta-kereta yang diletakkan di seberang jalan dari Gereja-gereja dan di luar rumah-rumah. Dengan cara ini, mereka mengundang kekerasan kumpulan perusuh. Kelakuan mereka ini tidak akan dihadapi dengan sabar hari ini. Rutherford merupakan seorang nabi palsu seperti yang kita lihat di atas. Bagaimanapun, dia memang mengaku hakikat tersebut. Dia mengatakan seperti yang dicetak dalam Watchtower 1984,
Rutherford dilaporkan telah menyokong pergerakan Nazi di Eropah walaupun pihak Nazi kemudiannya membunuh ramai orang selaku Bibel Forshers atau Penyelidik Alkitab. Ianya dilaporkan bahawa Rutherford berkata:
Kebanyakan ini adalah seperti penanaman awal kumpulan Nazi oleh semua kumpulan. Kebanyakan berada di bawah ilusi bahawa ianya bukan giliran mereka kemudiannya. Naib Presiden Nathan Homer Knorr telah mewarisi jawatan presiden pada kematian Rutherford pada 1942. Knorr telah menyerahkan hal-hal kedoktrinan kebanyakannya di dalam tangan Frederick W. Franz, yang menyertai mazhab ini di bawah Russell dan telah berkhidmat di ibu pejabat Brooklyn sejak 1920. Knorr tidak memiliki daya tarikan peribadi dan karisma Russell dan Rutherford. Sebaliknya, dia menumpu pada pemajuan organisasi tersebut. Knorr menumpukan ketaatan para pengikut pada organisasi 'Induk' dan bukannya pada dirinya. Di bawah Knorr, untuk pertama kalinya, Persatuan Watchtower mula mengeluarkan literatur yang ditulis tanpa disebutkan pengarangnya. Organisasi ini sendiri dilambangkan dengan cara ini. Para pembaca dipandu untuk
Ini adalah sistem sama yang diterima oleh WCG untuk cuba menumpukan kesetiaan pada Jemaat setelah kematian Armstrong, kerana dia telah menjadi pujaan di situ dan berhala dengan caranya tersendiri. Knorr dikatakan telah mengalihkan tumpuan mazhab itu dari kepimpinan dinamik kepada keanggotaan dinamik. Dia telah memulakan program-program latihan untuk mengubah anggota-anggota menjadi pencari rekrut yang efektif. Saksi Jehovah biasa mula mendapat pengajaran tentang bagaimana untuk bercakap dengan meyakinkan. Lelaki, perempuan, dan anak-anak diajar untuk memberikan khutbah-khutbah kecil di pintu-pintu tentang berbagai subjek. Sebagai ahli teologinya, Fred Franz bekerja di sebalik tabir untuk memulihkan kepercayaan dalam perhitungan-perhitungan kronologikal mazhab ini. Seperti yang kita lihat, peninggalan kegagalan-kegagalan nubuatan dari 1925 merupakan satu malapetaka namun kepimpinan tidak dapat mengaku kesilapan sehingga berdekad-dekad kemudiannya. Mereka masih membuat kesilapan-kesilapan selepas 1975 dan tidak mengaku kesalahan Rutherford dalam kata-katanya sendiri sehingga berlalunya kira-kira empat puluh dua tahun. Kronologi yang disemak semula menetapkan kedatangan Kristus yang tidak kelihatan pada 1914 dan bukannya 1874. Sewaktu tahun 1960an, seperti yang telah kita lihat dalam karya ini, terbitan-terbitan Persatuan ini mula menunjuk kepada tahun 1975 sebagai waktu yang mungkin bagi Armagedon dan hari kiamat dunia. Propaganda umum di kalangan Saksi-saksi Jehovah hari ini adalah bahawa Persatuan itu tidak pernah meramal "hari kiamat" untuk 1975, tetapi sesetengah anggota yang terlalu bersemangat telah salahbaca hal ini dalam pesan tersebut. Bagaimanapun, ramalan rasminya jelas dicatatkan seperti yang telah kita lihat. Artikel-artikel lain adalah, sebagai contoh, "Kenapakah Kamu Tertunggu-tunggu 1975?" dalam The Watchtower Ogos 15, 1968, halaman 494-501. Perbincangan panjangnya berakhir:
Program-program latihan yang diadakan oleh Knorr untuk menarik masuk orang baru, bersama dengan ramalan-ramalan apokaliptik Franz untuk 1975, bergabung untuk menghasilkan pertumbuhan pantas dalam keanggotaan. Herbert Armstrong telah menggunakan teknik-teknik yang sama sepanjang tempoh ini dari 1932 berhubung penyiaran radio. Ini adalah bersesuaian dengan inisiatif-inisiatif Rutherford. Mereka kurang berhasil berbanding kumpulan JW di bawah Knorr, kerana dia membangunkan individu-individu sebagai mesin merekrut dari pintu ke pintu sambil menggunakan sistem yang telah didirikan oleh Rutherford. Armstrong tidak mempercayai atau membangunkan umatnya hingga ke tahap yang sama dan mereka ditahan kerana larangan-larangan Sabat sendiri. Ianya jelas lebih mudah untuk mengabaikan hari Sabat dan hari-hari Raya dari memeliharanya, dan penonjolan diri dari pergi pintu ke pintu mempunyai tarikan yang lebih besar kepada sesetengah orang yang bangga diri. Kadar pertumbuhan tahunan dilaporkan memuncak pada 13.5 peratus pada 1974. Kehadiran di Dewan-dewan Kerajaan (Kingdom Halls) meningkat dari sekitar 100,000 pada 1941 hingga sedikit di bawah 5 juga pada 1975. Terdapat pertumbuhan lebih perlahan, namun agak tetap dalam kebanyakan tahun. Terdapat hampir 11.5 juta pada 1992 untuk kebaktian "Peringatan" tahunan Saksi-saksi ini yang memperingati kematian Kristus dengan roti tidak beragi dan wain merah. Kadar pertumbuhan ini serupa kepada kumpulan Seventh Day Adventist yang mempunyai bilangan keanggotaan yang hampir sama walaupun dengan kadar-kadar pertumbuhan tahunan yang berlainan. Ketika tahun 1970an, pemerintahan satu orang dari ibu pejabat Watchtower telah dicabar. Dalam cubaan untuk meniru Kekristianan kerasulan asli dalam 1971, satu Badan Pemerintah yang diluaskan telah diadakan dengan jumlah sebelas ahli, termasuk tujuh pengarah asal yang dipandang sebagai pengimbang kepada pemerintahan presiden tunggal yang sebenarnya wujud dan didaftarkan di bawah undang-undang Pennsylvania. Ini dianggap sebagai bukti bahawa mereka adalah Jemaat Benar yang Tunggal. Sebenarnya, Nathan Knorr terus memerintah Saksi-saksi Jehovah seperti mana Russell dan Rutherford sebelumnya. Pada 1975, ahli-ahli Badan Pemerintah mula mendesak untuk mengerjakan kuasa-kuasa yang diberikan kepada mereka secara teori namun ditolak dalam amalannya. Franz telah kehilangan kebolehpercayaannya melalui kegagalan-kegagalan 1975nya dalam nubuatan seperti mana Armstrong sebelumnya dalam WCG. Walaupun dia membantah, badan yang diasaskan dengan bantuannya mula memerintah dan, selepas Knorr meninggal dunia pada 1977, Franz tidak lagi menikmati kuasa yang sama seperti para pendahulunya. Malah dilaporkan bahawa di ibu pejabat Brooklyn sekalipun, kumpulan-kumpulan belajar Alkitab peribadi telah mula mempersoalkan kronologi yang berdasarkan 1914 itu yang mengeluarkan had waktu 1975 itu. Teologi itu juga memandang rupa. Orang lama telah diajar bahawa "panggilan syurgawi" umat percaya telah berakhir pada 1935. Mualaf-mualaf baru selepas tarikh itu terserah kepada firdaus duniawi sebagai ganjaran kekal mereka. Pandangan ini juga dipersoalkan, dan memang tepat kerana ia sama sekali bukan alkitabiah. 1975 menyaksikan pengurangan besar dalam bilangan dan kehilangan anggota yang ditutup oleh "statistik" dari Ibu Pejabat. Kehilangan ini dilaporkan dalam sebuah artikel penyelidikan dalam Los Angeles Times bertarikh Januari 30, 1982 (halaman 4-5). Pada musim bunga 1980 mereka memulakan tindakan keras terhadap penentang, membubarkan kumpulan-kumpulan belajar Alkitab bebas di ibu pejabat, dan membentuk "komiti-komiti pengadilan" untuk membicarakan mereka yang dilihat sebagai ketua-ketua komplot kerana "ketidaksetiaan" dan "kemurtadan." Pembersihan ini berkemuncak dalam peletakan jawatan secara paksa dan sesudah itu pembuangan keanggotaan anak saudara presiden dan ahli Badan Pemerintah, Raymond V. Franz. Majalah Time menumpukan artikel halaman penuh kepada peristiwa ini (Februari 22, 1982, halaman 66). Di bawah mentaliti kepungan berhisteria, mereka yang telah pergi secara diam-diam dan dengan rela kerana sebab-sebab peribadi sekalipun telah dicela sebagai tidak setia. Mereka diarahkan dihindari. Frederick W. Franz merupakan ahli teologi utama mazhab dari permulaan penjawatan presiden Knorr pada 1942 hingga kematiannya sendiri pada Disember 22, 1992. Dia telah berkhidmat selama lima puluh tahun dan terus hidup melepasi nubuatan-nubuatannya yang gagal selama lebih dari lima belas tahun. Herbert Armstrong melakukan perkara yang sama, cuma dia hidup lebih lama. Armstrong mempertahankan pemerintahannya dengan ketakutan atas kritikan. Dengan cara yang sama, Franz mengenakan Pasitan kecil pada keanggotaan JW. Sedangkan WCG hanya berpura-pura bahawa mereka tidak pernah mengatakan apa yang mereka telah katakan, kedua-dua mereka dan Franz sekadar menindas tentangan. Franz melakukan itu untuk mengekalkan rangka kedoktrinan dan kronologikalnya untuk sisa hayatnya. WCG tidak mempunyai sebarang idea langsung tentang apa yang patut dilakukan untuk pengalihan teologi kerana Armstrong telahpun uzur menjelang pertengahan 1980an dan meninggal pada Januari 1986. Penggantinya Joseph W. Tkach tidak cukup bijak untuk menyusun semula dan tiada idea tentang apa yang patut dilakukan secara teologi. Dia hanya melakukan apa yang disuruh oleh penasihat-penasihat rapatnya. Mereka datang dari luar dan menghancurkan organisasi itu. Dalam kedua-dua contoh, orangnya menerima ganjaran mereka. Milton G. Henschel telah dipilih sebagai presiden Watchtower kelima pada Disember 30, 1992. Dia dipandang sebagai mungkin pertahanan terakhir bagi golongan orang lama yang konservatif terhadap perubahan radikal dalam kepimpinan dan doktrin-doktrin mazhab itu. Pada umur 72 tahun, Henschel menjadi ahli Badan Pemerintah yang kedua termuda. Umur purata dan umur median pada waktu pelantikan Henschel adalah kira-kira 82 tahun. Ahli-ahli dalam lingkungan umur lapan puluhan diketahui tidur sepanjang mesyuarat dan mengundi setelah dibangunkan. (Lihat cerita seorang saksi dalam karya Raymond Franz Crisis of Conscience, halaman 40.) Maka Badan ini dianggap sedang kehilangan kemampuannya untuk memberikan kepimpinan yang bertujuan dan tegas. Oleh kerana doktrin-doktrin itu telahpun salah sejak dari mula dan para pemimpin tidak memahami struktur Alkitab, mereka bergantung pada nubuatan palsu. Pengganti-pengganti Russell dan kemudian Rutherford terpaksa menulis semula teologi mereka. Doktrin-doktrin palsu mereka tentang penyembuhan tidak kurang bahayanya dan lebih merbahaya dari doktrin-doktrin WCG dan pengikut-pengikut yang kini dalam cabang-cabang yang mematuhinya. Dalam pada itu, lebih ramai lagi terus mati dan salahfaham tentang maksud dan Rencana Tuhan melalui kesilapan. [Beberapa dari komen-komen di atas tentang aktiviti-aktiviti dan kesilapan-kesilapan JW yang terbaru disadur dari buku-buku David A. Reed, Worse Than Waco: Jehovah's Witnesses Hide a Tragedy hakcipta © 1993, (P.O. Box 819, Assonet, MA 02702); BLOOD ON THE ALTAR, Amherst, NY: Prometheus Publishers, 1996; dan Index of Watchtower Errors, Baker Book House, 1990]. Kelakuan dan skandal yang dilaporkan dan dikaitkan kepada Persatuan itu tidak dilaporkan di sini kerana subjeknya adalah nubuatan palsu dan kesan organisasi-organisasi pada nubuatan Alkitab. Malah telahpun didakwa oleh sesetengah Saksi-saksi bahawa Loma Armstrong sendirinya merupakan seorang Saksi, dan bahawa Herbert Armstrong telah diilhami dan sebahagian dari 144,000. Dakwaan ini dikatakan telah disangkal, sekurang-kurangnya baru-baru ini. Maka ianya tidak begitu sukar untuk melihat jaringan nubuatan yang kusut yang telah berkembang dari pendedahan pencari-pencari peluang ini kepada Rahsia-rahsia Tuhan dalam Jemaat-jemaat Tuhan. Tolerasi Trinitarianisme dan Binitarianisme/Diteisme dalam Jemaat-jemaat Tuhan telah mendorong sesetengah umat Protestan untuk mendakwa bahawa Unitarianisme mereka sama ada tidak wujud atau terbit dari pandangan-pandangan mereka sendiri, yang terbukti salah. Adventisme sendiri adalah Unitarian sepenuhnya sepanjang Abad Kesembilan belas dan sebahagian besar Abad Kedua puluh. Sikap mencari peluang orang-orang ini telah merosakkan Jemaat Tuhan serta doktrin-doktrinnya berhubung Sifat Tuhan. Orang-orang dalam organisasi-organisasi tersebut yang mengangkat mereka sebagai nabi-nabi Tuhan yang diilhami harus disingkirkan. Lebih penting lagi, ujian kedua diaplikasikan juga kepada setiap orang yang mengaku bercakap untuk mereka dan itu adalah ujian paling asas dan penting sekali. "Adakah mereka berbicara mengikut Hukum dan Kesaksian?" Dan jawapannya pasti "TIDAK!" Mereka tidak memelihara Kalendar Alkitab dan Bait Suci Tuhan. Ramai yang disebutkan dalam sini tidakpun mentaati Hukum-hukum Tuhan sama sekali. Mereka mengetuk pada pintu dan apabila terkepung, mengaku bahawa bahawa Hukum-hukum Tuhan telah dibatalkan. Mereka tidakpun mematuhi Hukum Sepuluh yang asas, apa lagi Bulan-bulan Baru, dan hari-hari Sabat, dan Hari-hari Suci. Kebanyakan nubuatan palsu adalah selitan "semut putih" yang disengajakan ke dalam sistem tersebut. Sesetengah orang yang ingin merosakkan atau mempergunakannya akan memasuki cabang-cabangnya untuk menggunakan dan merosakkan doktrin-doktrin. Sehingga hari ini CCG mengalami orang-orang masuk yang mengaku mahu menjadi sebahagian dari Jemaat, dan kemudiannya menghabiskan masa mereka untuk cuba mengumpul maklumat tentang dan menyerang umat kita, dan doktrin-doktrin kita, dan sejarah. Apabila mereka menemui tidak banyak benda untuk diserang, mereka akan mereka-rekanya. Kadangkala untuk menutup aktiviti-aktiviti korup atau kelemahan-kelemahan mereka sendiri. Sesetengah individu-individu yang lebih tidak siuman membuat bermacam-macam tuduhan yang apabila diperiksa merupakan kilasan khayalan pelik mereka sendiri. Setiap tuduhan diperiksa berasingan, seperti yang diwajibkan oleh Perlembagaan kita, tidak kira siapa yang terlibat. Pemabuk yang telah pulih, atau Wowser, mendakwa alkoholisme sedangkan pengertian mereka untuk seorang pemabuk adalah sesiapa yang meminumnya. Terbaik sekalipun mereka nampaknya memikirkan bahawa seorang pemabuk adalah seseorang yang meminum lebih banyak dari mereka. Sesetengah orang melihat teori-teori konspirasi. Ada yang melihat Free Masonry di mana-mana. Kadangkala ianya pengikut Masonic yang cuba menghancurkan kita kerana banyak sebab hanya untuk mendapat keuntungan. Malah ada orang yang mendakwa diri mereka bekas Mason, sedangkan mereka bukan, untuk apa sebab sekalipun. Kadangkala mereka yang tidak siuman menuduh adanya masalah mental pada orang lain. Kadangkala orang yang menyerang kita adalah bekas Jemaat-jemaat Tuhan, atau Katolik, atau Baptist, atau Adventist, atau Pembebas Haiwan, atau sesiapapun. Ciri yang biasanya sama-sama dimiliki mereka adalah mereka nampaknya ingin menyerang seseorang, dan pada waktu itu ia adalah Jemaat-jemaat Tuhan yang kami wakili. Lazimnya ada orang yang ingin meletakkan pengertian mereka sendiri pada doktrin dan itu biasanya adalah cara bagaimana nubuatan-nubuatan palsu menceroboh masuk ke dalam Rahsia-rahsia Tuhan. Ramai orang merupakan ahli-ahli perniagaan seperti Charles Taze Russell dan F. B. Rutherford, dan Herbert Armstrong, yang melihat peluang-peluang untuk memerah orang awam yang mudah tertipu yang tidak cukup berdedikasi untuk mengikut ajaran-ajaran Alkitab sepenuhnya dan dengan betul. Agar adil, ianya penting untuk memperhatikan bahawa setiap kita bermula di dunia yang telah mengkorupsikan Alkitab, dan apabila Alkitab dipelajari ianya ditemui jauh berbeza dari apa yang diajar oleh apa yang dipanggil sebagai agama-agama Kristian. Itulah kisah kebanyakan anggota Jemaat-jemaat Tuhan. Kita sampai kepada kebenaran kerana keinginan untuk mengetahui kebenaran dan di situlah guru-guru palsu ini paling patut dipersalahkan. Mereka menganggu kemampuan umat pilihan untuk mencapai kebenaran dari kepentingan diri mereka sendiri. Satu-satunya benda yang kita pasti adalah bahawa setiap orang yang dipanggil ke dalam tubuh Kristus adalah seorang yang berdosa dan memerlukan baptisan dan Roh Kudus. Semua kita telah berdosa. Ada antara kita yang telah melakukan jenayah dan ada antara itu yang telah dibicarakan dan dijatuhkan hukuman. Ianya suatu hal doktrin agar kita tidak menjadikan manusia dan organisasi sebagai berhala. Kejayaan Tubuh Kristus bergantung pada kesetiaan setiap orang dalamnya kepada kebenaran dan Rahsia-rahsia Tuhan.
|