![]() |
Konperensi Dunia
|
![]() |
Mesej SabatSabat 18/12/27/120 Teman-teman sekalian, Saya sudah kembali dari melawat sahabat-sahabat kita di Malaysia. Mereka semuanya sihat sejahtera. Mereka menjaga saya dengan baik sewaktu lawatan-lawatan saya. Saya tertunggu-tunggu waktunya apabila saya akan bertemu mereka dan ramai antara kamu sekali lagi di Perayaan Pondok Daun di Ontario untuk “Pembacaan Hukum”, kerana tahun hadapan adalah Tahun Sabat sistem Kalendar Jubli. Aktiviti-aktiviti di Asia Tenggara sedang berkembang baik dan khususnya projek-projek bahasa Cina. Salah satu perkara yang saya dapati sangat menarik dalam berurusan dengan anggota-anggota Jemaat-jemaat Tuhan adalah julat luas idea dan sikap yang ada. Banyak idea datang dari perpecahan organisasi WCG dan proses itu telah memberi kesan, dan masih memberi kesan hingga ke hari ini, anggota-anggota WCG. Saya tertarik bila mengetahui bahawa tiada lagi pertemuan hari Sabat di situ di Malaysia dari organisasi tersebut. Sebilangan kecil orang yang ingin berbakti pada hari Sabat kini mendekati kami. Ini membawa kita kepada hal bagaimana caranya kita diatur, bagaimana kita berurusan dengan orang yang mendekati kita untuk kebaktian, dan bagaimana pentadbiran kita disusun. Orang ramai datang kepada kita dari semua lapisan masyarakat dan semua organisasi agama. CCG telah dibentuk sekeliling konsep kebebasan bersuara dan keadilan di kalangan anggota-anggotanya. Ia dibentuk dengan sebuah Perlembagaan yang bertujuan untuk melindungi hak-hak, kepentingan dan keutuhan para anggota. Tidak banyak yang diminta dari mereka yang ingin menyertai kita. Kami hanya meminta orang-orang ini agar setuju dengan kepercayaan-kepercayaan dasar Keimanan Kristian seperti yang diperincikan dalam karya Pernyataan Kepercayaan-kepercayaan Iman Kristian (A1). Mereka juga harus setuju untuk mematuhi peraturan-peraturan kami seperti yang ditentukan di bawah Perlembagaan (A2) dan undang-undang kecil. Kamu mungkin terfikir bahawa ini adalah permintaan yang berpatutan di kalangan orang dewasa. Ianya diperlukan dalam banyak organisasi serta banyak jemaat di seluruh dunia. Namun kanun disiplin diri yang dipersetujui itulah yang menjadi titik tumpuan persengketaan dan kritikan dari semua yang mendakwa telah menjadi mualaf, atau dalam proses panggilan dan pemualafan mereka. Malah, kebanyakan masalah nampaknya datang dari mereka yang pernah mempunyai hubungan dengan Jemaat-jemaat Tuhan. Mereka yang datang kepada kita dari organisasi-organisasi lain, lazimnya Trinitarian, melihat syarat-syarat asas ini sebagai perkara biasa, rasional dan perlu bagi regulasi tersusun. Bagaimanapun, sesetengah orang tidak memandangnya begitu. Orang-orang ini datang antara kita sambil mendakwa ingin menjadi sebahagian dari kita, tetapi sebenarnya ingin menyerang kita. Kadangkala serangan-serangan ini diatur dengan baik. Kadangkala ianya cukup pelik. Semakin ramai orang dalam dunia ini yang menjadi tidak stabil dalam pemikiran mereka. Penyakit mental semakin berleluasa dan meningkat sekarang ini sementara golongan muda kita menggunakan dadah dan Kanabis (ganja). Saya masih ingat sewaktu saya perlu menghadiri suatu taklimat pegawai-pegawai keselamatan di Ibu Pejabat utama saya untuk membiasakan diri dengan dadah-dadah ini. Tiada seorangpun, atau sedikit saja dari kami, yang pernah melihat dadah-dadah ini semua. Hampir penghujung taklimat tersebut, pegawai taklimat itu telah menggulung sebatang rokok marijuana, menyalakannya dan memberikannya kepada kami agar kami dapat mencium dan merasanya, dan dapat mengenalpasti baunya yang khusus di masa depan. Saya ingat bagaimana takjubnya saya dengan pameran pil-pil yang begitu banyak pada papan identifikasi itu. Kami dapatinya menakjubkan bahawa orang ramai sanggup mengambil pil-pil dengan bentuk-bentuk dan warna-warna yang ganjil ini. Kami tidak terfikir bahawa sistem-sistem perisikan di AS sebenarnya memasukkan benda-benda ini ke dalam minuman-minuman orang muda dalam bar untuk menguji kesan-kesannya seperti yang diterbitkan kemudiannya. Kini senarai dadah-dadah itu adalah lebih besar lagi. Kesan-kesannya lebih teruk dan kerosakannya berterusan. Dadah-dadah ini datang dari pendedahan kita kepada pengaruh AS di Vietnam, dan melalui penyusupan dan penyeludupan. Kini kegiatan-kegiatannya sudah teratur dengan baik. Mereka mengeringkan kekayaan kita dan golongan muda kita, dan ketua-ketuanya hidup dari pendapatan-pendapatan kita seperti parasit dan tiada yang peduli bahawa ia adalah khianat dan lazimnya pembunuhan. Pada zaman itu, kengerian penuh kerosakan genetik yang dilakukan oleh dadah-dadah ini belum disedari. Kini ia adalah perniagaan jenayah yang kukuh pada tahap-tahap tertinggi masyarakat kita dan golongan muda kita yang mendapat padahnya. Tiada seorangpun yang benar-benar ingin mengawal diri mereka mengikut undang-undang rasional dan nilai-nilai sosial. Kita semakin menyerupai masyarakat-masyarakat Sodom dan Gomora, dan ia akan terus merosot melainkan kita bertaubat. Pemberian maklumat salah adalah endemik di kalangan semua syarikat perniagaan dan politik. WHO (Pertubuhan Kesihatan Sedunia) kini sedang bertindak untuk mengawal segala bentuk ubat-ubatan dan suplemen-suplemen kesihatan supaya mereka dapat mengawal hak kita untuk hidup sekalipun, dan dengan itu dapat mempergunakan kita semua (lihat Buletin Kesihatan di www.ccg.org). Ahli-ahli politik kini sering berbohong kepada umum secara tetap dan tidak menganggap ini adalah salah. Orang yang menurut Hukum-hukum Tuhan menjadikan diri mereka mangsa bagi golongan yang murtad. Mereka yang berbahasa (roh) serta mereka yang mengejar kenikmatan berkelakuan seolah-olah bentuk agama mereka mempunyai keserupaan dengan Kekristianan, namun ianya bukan (lihat karya-karya Persoalan Bahasa Roh (No. 109) dan Doktrin-doktrin Asal Keimanan Kristian (No. 88)). Satu-satunya perlindungan yang kita miliki sebagai anggota-anggota tubuh Kristus adalah dalam sekitaran Jemaat kita. Untuk itu kami menuntut agar orang-orang yang ingin menyertai kami untuk berkelakuan rasional dan beretika. Oleh sebab itu kami telah merumuskan satu set peraturan dengan referendum Jemaat, dan setiap pindaan juga dengan referendum. Sepatutnya ini tidak menjadi punca perbalahan serius dan bukan satu masalah. Lazimnya masyarakat kita dikawalatur berdasarkan hukum-hukum kontrak dan persetujuan. Tanpa persetujuan dan kelakuan beretika sesebuah masyarakat tidak akan dapat berfungsi dan terus hidup. Bagaimanapun, lazimnya orang yang beragama menganggapnya tidak salah untuk melanggar persetujuan bertulis yang paling ringkas sekali seolah-olah hukum dan etika tidak mengikat mereka sama sekali. Jadi kenapa pula ada orang yang ingin menyertai kami namun menolak untuk bersetuju mengikuti peraturan-peraturan dan kepercayaan-kepercayaan kami? Mereka kemudiannya cuba menyerang kami kerana kami meminta mereka dengan sopan untuk melakukannya. Tentunya ada kumpulan yang cocok dengan kepercayaan mereka yang khusus dan, sedih sekali, lazimnya pelik. Satu jawapannya adalah bahawa kami telah mendapati bahawa orang yang menyertai kami lazimnya mempunyai masalah-masalah serius yang umumnya tidak tertunjuk dalam sekitaran autokratik Jemaat-jemaat Tuhan yang lain. Di situ mereka lazimnya tidak dibenarkan bersuara dan bilamana dibenarkan, ia seharusnya tidak menyimpang, dan jika tidak, mereka akan dibereskan. Biasanya mereka tidakpun dapat berbincang topik-topik tertentu. Sifat Tuhan dan Kalendar adalah dua perkara penting. Kedua-dua perkara ini mendefinisikan Siapa, dan Bila, dalam kebaktian kita. Apa yang telah kami bangunkan adalah sebuah sistem yang sangat penting yang hanya akan melepasi ujian masa jika orang menuntut agar ia dilindungi. Pegawai-pegawai kami bekerja dalam batas Perlembagaan dan kepada pegawai-pegawai bertanggungjawab yang lain, dan saudara-saudara seiman patut menyokong mereka dalam tugas-tugas mereka. Tiada seorangpun dari kita yang tahu bila masanya kita dipanggil untuk menjalankan tugas dan kita memerlukan kerjasama yang rela dari orang lain. Jika kamu tidak mengikut kamu tidak boleh memimpin. Kami telah mengalami gangguan-gangguan dalam sesetengah jemaat kerana sikap bangga dengan kemuliaan diri. Sehingga hari ini orang-orang yang menjadi sebahagian dari masalah itu tidak dapat melihat bahawa mereka adalah masalahnya dan bukan penyelesaiannya. Ia selalunya kesalahan orang lain dan biasanya ini adalah pemimpin yang bukan saja mereka gagal menyokong, tetapi juga lazimnya difitnah dan diserang. Apabila kegiatan mereka terdedah atau tidak berjaya, mereka kemudiannya meninggalkan jemaat. Lazimnya mereka tidak tahu kenapa hal-hal ini terjadi atau kenapa mereka melakukannya. Tuhan tidak diperolokkan dalam proses. Kristus bekerja dan melindungi Jemaat. Mereka yang keluar dari antara kita bukanlah sebahagian dari kita, jika tidak mereka tentunya tidak akan keluar dari kita. Tuhan memberi semua umat pilihan kepada Kristus. Tuhanlah yang mentakdirkan mereka untuk dipanggil. Tuhan mengatur segala hal berhubung keimanan ini dan umat pilihan sebagaimana ia sesuai dengan rencanaNya. Seorang peguam bercakap dengan saya sebelum ini. Dia memberi wawancara tentang hal mahkamah yang telah kami doakan. Kata-katanya seperti ini: “Saya tidak tahu kenapa itu terjadi. Orang yang dibincangkan sepatutnya tidakpun berada di sini namun macamana sekalipun dia telah dijadualkan di sini. Kalau tidak, acara-acaranya mungkin berlainan”. Saya mengatakan, “Kita semua percaya bahawa Tuhan menentukan segala hal-ehwal kita dan bertindak demi kepentingan kita secara keseluruhannya kerana ia mempengaruhi rencanaNya”. Mereka bersetuju, kerana tiada lagi penjelasan yang nyata untuk kejadian-kejadian itu. Segala sesuatu bekerja demi kebaikan mereka yang mengasihi Tuhan dan yang terpanggil sesuai dengan rencanaNya. Kebanyakan orang lupa bahawa “terpanggil sesuai dengan rencanaNya” adalah faktor penentunya. Setiap kita harus mempunyai sikap bahawa kita melayani dahulu, dan Tuhan akan menambahkan kepada kita agar kita dapat mempertahankan iman itu dan untuk menyokong mereka yang bertanggungjawab atas kita. Jika terdapat masalah dalam sebuah Jemaat, lazimnya ia adalah kesalahan seluruh Jemaat. Sesetengah orang pergi dan apabila mereka pergi mereka membawa masalah-masalah mereka bersama. Ada orang yang diselerakkan dan tidak mempunyai peluang yang sepatutnya untuk berbakti dengan orang lain. Lazimnya mereka tidak faham kenapa mereka yang mampu menyertai kebaktian tidak mengambil peluang itu sepenuhnya. Kita patut bersyukur dalam segala sesuatu. Bersyukurlah untuk orang yang kamu ada dalam kebaktian. Ucapkan syukur kerana Tuhan melihatnya sesuai untuk meletakkan kamu dalam satu kedudukan untuk bekerja untuk iman dalam zaman akhir. Salah satu perkara yang paling menyedihkan yang kita lihat terdapat di negara-negara membangun seperti Afrika dan India. Kumpulan-kumpulan di situ adalah lazimnya seperti anak perempuan lintah kuda. Mereka sentiasa saja meraung “berikan, berikan” dan tidak melakukan apa-apa sebagai balasan. Malah ada yang menjadi marah apabila mereka tidak diberikan bekalan dana berterusan. Setiap kita harus bertanya apa yang dapat kita lakukan untuk Jemaat. Ramai yang bekerja tanpa wang. Ada yang mendapat bantuan dalam perbelanjaan. Jika kamu berada dalam kedudukan untuk melakukan sesuatu maka lakukanlah dengan sepenuh kekuatanmu. Jangan minta apa-apa dan apa yang kamu perlukan akan diberikan kepadamu. Beri makan antara satu sama lain. Dalam tahun kudus yang akan datang ini ramai antara kamu yang akan memerlukan bantuan untuk pergi ke perayaan itu. Ramai yang perlu berjalan jauh bersama sebilangan anak-anak. Kita perlu mempertimbangkan orang-orang seperti itu serta keperluan-keperluan mereka. Jika kamu dapat menolong sedikit hantarkan dana kepada Setiausaha-setiausaha dan mereka akan menyimpannya untuk tujuan-tujuan itu. Ingatlah juga di mana kita berada dan apa yang kita percaya. Kita mempunyai organisasi yang kita ada kerana kita semua mempercayai hal-hal yang sama seperti yang dinyatakan dalam Pernyataan Kepercayaan (A1). Jika kamu tidak percaya apa yang kami percaya maka tiada gunanya kamu bersama dengan kami. Itu cukup jelas. Setiap kita harus mampu mempertahankan iman yang ada di dalam kita. Kita harus bersedia untuk menjawab untuk iman ini. Dari ertikata ini, forum CCG adalah satu contoh yang baik dan ujian yang baik untuk umat kita mengasah kebolehan mereka untuk bersaksi untuk iman ini. Semua pertanyaan haruslah ditanyakan dengan hormat. Tiada soalan yang terlalu sukar. Tiada subjek yang dihadkan melainkan apa yang melanggar kesopanan dan citarasa baik. Setiap kita harus sedar akan potensi untuk melakukan kebaikan dan kejahatan. Jangan menyinggung perasaan dalam apa yang kita lakukan. Apabila kita dipanggil ke dalam Jemaat Tuhan, kita dipanggil ke dalam tubuh Kristus. Pendeta bukanlah faktor penentunya. Sesetengah pendeta yang membaptiskan kami tidak lagi melayani dalam keimanan ini. Malah ada yang mengajar bertentangan dengan apa yang mereka pernah percaya. Keselamatan kamu tidak bergantung pada kebenaran pendeta yang membaptiskan kamu. Kepala setiap perempuan adalah lelaki, dan kepala setiap lelaki adalah Kristus, dan kepala Kristus adalah Tuhan. Itulah susunan kuasa kamu. Bagaimanapun, kamu patut mematuhi mereka yang berkuasa atas kamu. Melalui pelayanan yang sepatutnya kamu memberikan kesaksian yang baik tentang Kristus dan Tuhannya dan Tuhan kamu yang memerintah kita semua. Setiap tahun kamu harus melihat tubuh. Tempat di mana kamu menjamu Paskah adalah tempat di mana kamu lihat terletaknya tubuh Kristus. Jika tempat di mana kamu akan menjamu Paskah itu bukanlah tempat yang betul dalam keimanan, maka kamu mempunyai kewajipan untuk pergi dan mencari tubuh sebenar dan memelihara Paskah bersama mereka. Doktrin benar menentukan tubuh yang benar. Kamu mempunyai kewajipan untuk bersama dengan tubuh itu. Jika kamu memisahkan diri kamu dan kamu tidak mempunyai izin dari tubuh maka kamulah yang bersalah. Pergi dan tinggalkan karunia-karuniamu di mezbah dan berdamailah dengan saudaramu. Maka kamu akan diterima di hadapan Tuhan. Tahun di depan ini adalah tahun perhentian, dan tahun Sabat untuk kewajipan dan pembelajaran. Tahun ini kita semua harus belajar Hukum-hukum Tuhan dan menyediakan diri kita untuk tujuh tahun yang akan datang. Tahun ini kita akan menetapkan matlamat-matlamat kita dan menyemak tujuan-tujuan serta objektif-objektif kita sebelumnya serta pencapaian-pencapaian kita. Kita akan mengkaji semula pemimpin-pemimpin kita serta laporan-laporang mereka dan menyediakan diri kita untuk melakukan yang terbaik yang kita mampu dalam tahun-tahun yang akan datang. Dalam kitar Sabat berikutnya kita semua akan melihat perubahan-perubahan besar dan pengukuhan Susunan Dunia Baru. Cara hidup kita akan berubah dan satu sistem baru akan bermula. Etika kita serta kemampuan kita untuk mengasihi sesama sendiri, dan bekerja untuk dan dengan sesama sendiri akan menjadi faktor kritikal dalam keberterusan hidup kita. Kristus akan menyediakan dan menggembalakan kita melalui banyak percubaan di depan. Kemampuan kita untuk mengasihi sesama sendiri dan untuk memastikan kemurnian serta kesetiaan doktrin dan tindakan-tindakan kita akan menentukan keberterusan hidup kita. Berdoalah untuk mereka yang mempunyai tanggungjawab di kalangan kita dan tanyalah apa yang dapat kamu lakukan untuk membantu mereka. Jika sebuah jemaat tempatan telah “mati,” seperti yang kita dengar kadangkala dari sesetengah orang, ianya satu keadaan semua orang yang ada di dalamnya. Perhatikanlah dirimu dan lihatlah bagaimana kamu dapat menolong untuk menjadikannya sebuah bait kasih persaudaraan dalam Roh Kudus Tuhan. Jika kamu telah menyebabkan orang lain tersandung, bertaubatlah dan mintalah pengampunan mereka dan pulihkan mereka kepada kebenaran dan iman yang mula-mula disampaikan kepada orang-orang kudus. Bersedialah untuk mengambil Paskah dalam tubuh Kristus setelah menguduskan bait Tuhan dengan betul, iaitu kamu sendiri.
|