Konperensi Dunia
Jemaat-jemaat Allah Al Maséhi

Mesej Sabat

Sabat 15/11/28/120

01-14-06 Mesej Sabat

Kepada Sahabat Sekalian,

Pada Sabat ini kita telah memulakan komentar tentang Quran. Ianya akan dikeluarkan sebagai satu siri karya tulis yang berdasarkan pernomboron Surah-surah sebagai siri Q.

Teks-teks QI ini adalah Pengenalan kepada Komentar tentang Quran. QC akan menjadi bahagian isi dan akan dikeluarkan terakhir.

Beberapa di antara kamu akan mendapati pengungkapan di dalamnya mengejutkan. Sebagai contoh, kamu akan terkejut untuk mendapati bahawa nama nabi Arab yang disebut sebagai Muhammad bukanlah namanya sama sekali tetapi ianya tidak boleh dipastikan. Nama yang paling dekat yang boleh kami dapati ialah Abu Qasim atau “Bapa” Qasim, yang mana nama yang diberikan kepada dia sebagai seorang Kristian Monophysite (Pengikut Kekristianan atau Masrani) sebelum dia dibaptiskan ke dalam Jemaat-jemaat Allah sebagai pengikut Unitarian yang memelihara Sabat. Tidak ada sebarang keraguan, dari teks Quran ini sendiri bahawa pengasas kepercayaan ini dahulunya adalah pengikut Unitarian yang memelihara Sabat. Aspek-aspek ini akan muncul sementara komentar ini mengungkap surah (bab) demi surah dan ayat demi ayat.

Muhammad adalah nama yang diberikan kepada jemaat sebagai tubuh umat pilihan dan perwakilan Kristus. Penganut agama ini dikenali sebagai Mahmoodan dan bukannya Muslim. Mahmood adalah keadaan diri yang mana kita semua akan capai pada waktu pengubahan diri yang sepenuhnya sebagai satu mursal ke dalam tubuh umat pilihan apabila akhirnya dikuatkan di dalam Roh Kudus, sama seperti Yesus Kristus.

Quran atau Koran adalah satu komentar dalam kitab yang ditulis oleh ketua-ketua dalam Jemaat-jemaat Allah pada era kurun yang ketujuh pada waktu itu di Arab. Ianya kan diungkap dan dijelaskan dalam pertaliannya dengan tulisan kitab. Pertalian teks ini agak besar. Ianya termasuk di dalam sejarah Jemaat, sama seperti surat-surat para rasul di dalam sejarah Jemaat pada kurun yang pertama.

Kamu akan biasa dengan istilah bahasa Arab yang digunakan dan oleh kerana ini kamu akan mendapat lebih pengetahuan di dalam dialog kamu dengan mereka yang menerima Quran sebagai satu karya yang yang diinspirasikan dan juga dengan mereka yang tidak menerimanya.

Kami berharap bahawa siri ini boleh memberi penguraian kepada pengikut Islam demikian juga kepada mereka yang mendukung Kekristianan.

Tidak ada alasan mengapa dua sistem kepercayaan besar ini berselisih. Kedua-duanya telah diselewengkan dan dipisahkan dari Iman sewaktu diserahkan kepada umat kudus dalam Jemaat dahulu. Marilah kita berharap bahawa karya ini memainkan peranan yang penting dalam perdamaian ini.

Marilah kita berdoa supaya kita boleh membawa semangat damai kepada dialog ini.

Selamat Belajar.


Wade Cox
Koordinator Umum