Jemaat-jemaat Allah Al-Masehi

 

 

Bulan Baru 1/6/27/120

 

Ini adalah bulan keenam Kalendar Suci. Kebanyakan kita sedang bersedia untuk Hari Raya Pondok Daun. Bulan inilah yang menyaksikan peringkat-peringkat terakhir kalendar di bawah Musa di Sinai. Ianya sesuai untuk kita meninjau semula apa sebenarnya yang dilakukan Musa di atas gunung itu sampai waktu ini.. Sila baca karya Pendakian-pendakian Musa (No. 70). Proses yang Musa telah lalui telah mengambil seluruh tempoh dari Tahun Baru pada hari Pertama Abib sehinggalah Hari Sangkakala-sangkakala dalam Bulan Ketujuh. Ianya satu proses pengudusan dan pentahiran dan persediaan yang berterusan. Dari waktu itu seluruh bangsa Israel telah dibawa masuk dalam satu hubungan dengan Tuhan. KerajaanNya telah diasaskan di dunia dalam satu sistem kebangsaan.

 

Sistem kerajaan ini telah ditubuhkan dalam batas hukum-hukum Tuhan dan telahpun direncanakan untuk kita terus berada dalam sistem itu dengan penuh penurutan sejak dari mula.

 

Jadi apakah kaitannya dengan kita pada hari dan zaman ini? Apakah kaitannya bangsa-bangsa dunia ini dengan sistem itu?

 

Jawapannya adalah bahawa tidak lama lagi kita akan mengalami peristiwa-peristiwa paling penting dalam sejarah manusia. Akan berlaku satu turutan tindakan dan penubuhan sistem-sistem yang akan membawa kita ke pinggir kepupusan.

 

Idea-idea asas kebebasan yang kini kita anggap sesuatu yang remeh akan dihancurkan dan kita akan hampir kehilangan semua yang kita ada dalam apa yang telah menjadi idea-idea ketamadunan kita.

 

Ada satu ucapan luarbiasa yang diberikan seorang lelaki, yang telah hampir menyebabkan dirinya terbunuh kerana satu siri komen bodoh mengenai Quran serta nabi yang dipanggil “Muhammad.” Lelaki ini adalah Salman Rushdie.

 

Bukunya Midnight’s Children, yang diterbitkan pada tahun 1981, telah memenanginya Anugerah Booker dan memasyhurkan namanya di peringkat antarabangsa. Namun novel keempatnya, The Satanic Verses, adalah novelnya yang telah paling memasyhurkan penulis novel bangsa India-British ini. Dalam buku itu, Rushdie telah menggambarkan Quran tidak seperti lazimnya dan salah seorang dari watak utama novel itu mencontohi Nabi Muslim yang dipanggil Muhammad.

 

The Satanic Verses telah dilarang di India dan Afrika Selatan. Di Iran, mendiang Ayatollah Khomeini telah mengeluarkan satu fatwa yang menyeru umat Muslim untuk membunuh Salman Rushdie, serta para penerbit buku itu. Ganjaran satu juta dollar telah ditawarkan untuk kematian Rushdie. Dia terpaksa menyembunyikan diri dan hidup bersembunyi selama beberapa tahun. Fatwa itu akhirnya dibatalkan beberapa tahun kemudiannya pada tahun 1998.

 

Dalam satu kemunculan luarbiasa di Amerika Syarikat, Salman Rusdie telah berucap dalam satu majlis minggu lalu yang dianjurkan oleh Pusat PEN Amerika, satu persatuan para penulis yang bertujuan mengembangkan kesusasteraan, menggalakkan budaya membaca, serta mempertahankan kebebasan bersuara. Transkrip pertemuan itu telah disediakan oleh Amy Goodman dari TV Democracy Now! Dalam laporannya tentang konferens PEN itu dia mengatakan bahawa “ramai penulis bangun dan membaca karya-karya para penulis, dan akhirnya, Salman Rushdie telah mengakhiri malam itu dengan membaca dari karya-karya dua penulis.

 

SALMAN RUSHDIE: Saya ingin bermula dengan mengatakan bahawa saya rasa tiada seorangpun dari kita yang hadir di majlis ini yang menipu diri kita tentang pengganasan (terorisme). Ia memang wujud. Dalam bandar ini dari antara semua bandar, kita memang tahu perkara ini. Kita tahu apakah [&] bilakah ia wujud, apa tujuannya ia wujud, apa yang telah dilakukannya, apa yang cuba ia lakukan. Kita tahu ia wujud dan harus ditentang. Rasanya tiada seorangpun dari kita yang mempersoalkan hal ini. Bagaimana kita melawannya dalam pandangan saya akan menjadi ujian ketamadunan terbesar zaman kita. Adakah kita akan menjadi seperti lawan kita atau tidak? Adakah kita akan menjadi penindas seperti mana musuh kita adalah penindas? Adakah kita tidak bertoleransi seperti mana musuh kita tidak bertoleransi? Atau adakah kita tidak begitu? Adakah kita akan berlawan dengan senjata-senjata yang lain, senjata keterbukaan dan penerimaan dan berusaha untuk menambahkan dialog antara bangsa-bangsa dan bukannya mengurangkannya? Ini adalah ujian besar. Adakah kita akan menjadi, seperti yang kamu katakan, baju-baju perisai yang kita pakai kerana ketakutan kita, atau tidak? Nampaknya bagi kita, bagi PEN, bagi ramai kita pada bulan lalu bahawa kita sedang gagal melalui ujian ini. Dan bahawa terdapatnya sebab-sebab serius untuk mengatakan bahawa terdapat satu krisis dalam negara ini yang terkenal dengan kebebasan awam, kebebasan bersuara dan hak-hak kemanusiaan, iaitu perkara yang sama yang telah dibantah PEN selama lebih 80 tahun apabila ia terjadi di negara-negara lain. Ianya benar-benar hal-hal yang sama – bukan betul-betul sama, kerana tiada satupun, tiada kuasa yang pernah betul-betul sama, tetapi jenis sama yang kita telah cuba tonjolkan, sama ada ia di Cuba atau Burma atau Iran atau China – jenis masalah seperti itu sudah mula timbul di sini. Masalah-masalah yang sukar dinyatakan tanpa mendapat susah. Apa yang mungkin didapati media informasi, untuk diperkatakan. Gaya-gaya percakapan yang dibenarkan untuk mengatakan perkara-perkara ini apabila seseorang mendapat akses kepada media massa. Cara dengan mana kerajaan semakin mencerobohi bahagian-bahagian hidup kita, yang tidak sepatutnya dimasuki kerajaan. Apa buku-buku yang kita baca. Apa kedai-kedai yang kita masuki. Apa buku-buku yang kita pinjam dari universiti. Apa yang kita fikirkan? Dalam kata lain – ini sangat hampir kepada polis pemikiran, dan ini adalah sesuatu yang tidak boleh diterima dalam masyarakat bebas.

 

PEN telah mengenalpasti tiga perkara khusus dalam Akta Patriot serta banyak undang-undang dan arahan eksekutif yang berkaitan, yang telah digubal sejak 11 September, 2001. Perkara-perkara ini berkaitan dengan kebebasan peribadi, akses maklumat, serta komplians kepada undang-undang antarabangsa dan standard hak-hak kemanusiaan. Kita telah memulakan kempen itu, dan majlis ini di sini untuk menyokongnya, di mana kita berkempen demi kebebasan-kebebasan asas dalam usaha untuk memulihkan perlindungan-perlindungan asasi dalam kawasan-kawasan ini. Orang seperti saya telah datang ke Amerika kerana kagum dengan perlindungan-perlindungan yang diberikan oleh pindaan (undang-undang) pertama. Dan sangat menyedihkan untuk menyaksikan perlindungan-perlindungan ini dikikis. Jadi, ianya bukan – ia sebenarnya bukanlah soal benar atau salah. Bagi saya, tidak kira kamu rakyat Amerika jenis apa, kamu, kamu patut tahu bahawa pindaan pertama itu adalah yang paling unggul sekali. Dan mengikis perkara ini ertinya merosakkan pengertian seseorang tentang apa maknanya menjadi seorang rakyat Amerika serta warga atau penduduk negara ini.

 

Dan sebagai permulaan, saya akan membaca satu perenggan dari teks unggul itu, karya John Stuart Mills iaitu Text on Liberty (Teks Mengenai Kebebasan) yang ditulis – hampir 200 tahun yang lalu namun masih seperti baru lagi. Dan memang adil – amaran yang diberikannya kepada kita adalah bahawa jika kita tidak berjuang demi hak-hak kita, maka kita akan kehilangan mereka. “Pernyataan bahawa kebenaran akan selalu mengatasi penganiayaan adalah salah satu pernyataan palsu yang senang didengar yang disebut berulang-kali sehingga menjadi kelaziman namun disangkal oleh pengalaman sebenar. Sejarah banyak mengandungi contoh-contoh di mana kebenaran ditindas oleh penganiayaan. Kalaupun tidak ditindas selamanya, ia mungkin mundur berabad-abad lamanya. Bercakap tentang pandangan agama saja, reformasi telah berlaku sekurang-kurangnya 20 kali sebelum Luther. “ Satu lagi senarai hal-hal begitu yang sangat panjang. “Ianya suatu sentimentaliti malas, bahawa kebenaran yang hampir seperti kebenaran mempunyai sebarang kuasa di dalamnya yang tidak dipengaruhi kepalsuan yang akan bertahan menghadapi penjara dan kayu sula. Manusia tidak cukup bersungguh-sungguh dalam kebenaran seperti mana mereka dalam kepalsuan lazimnya, dan penggunaan penalti undang-undang atau sosial sekalipun biasanya akan berjaya menghentikan penyebaran kedua-duanya. Kelebihan sebenar kebenaran adalah ini – apabila satu pandangan itu adalah betul, ia mungkin dipadamkan sekali, dua kali atau banyak kali, namun dengan peredaran masa, lazimnya akan ada saja orang yang menemuinya semula sehinggalah salah satu kemunculan ini berlaku pada satu masa apabila keadaan sekitarannya mengizinkan ia terlepas dari penganiayaan dan berkembang pesat sehingga mampu menahan sebarang usaha untuk menghapuskannya.

 

Saya akan akhiri hanya dengan membaca dua petikan pendek yang dihantar penulis-penulis yang tidak dapat hadir hari ini. Penulisnya, Francisco Goldman telah menghantar karya ini, yang telah ditulis wira kemerdekaan Cuba dan penyajak, Jose Marti, yang sebenarnya telah lama menjadi penduduk New York. Dia tinggal di New York dari tahun 1880 hingga 1895, memerhati keadaan politik semasa dengan penuh prihatin dan menulis satu petikan tentang pilihanraya presiden tahun 1884, yang menemukan James G. Blaine dengan Glover Cleveland dan yang lazimnya dipanggil kempen paling kotor dalam sejarah Amerika. Sewaktu tempoh ini pihak Republican mendapati bahawa Cleveland mempunyai seorang anak luar nikah dan dia mengaku dia bapanya dan tetap memenangi pilihanraya itu. Dengan peratusan undian 48.5% lawan 48.2%, termasuk Florida. [ketawa] Inilah apa yang dikatakan Marti tentang pilihanraya itu. “Ianya kasar dan meloyakan, suatu kempen presiden di Amerika Syarikat. Lumpurnya tinggi sampai kerusi. Janggut-janggut putih pihak-pihak suratkhabar melupakan segala ketertiban umur tua, mereka menghumban lumpur demi lumpur pada kepala kita semua. Mereka sengaja berdusta dan bercakap berlebihan. Mereka menikam sesama sendiri dari depan dan belakang. Sebarang fitnah dianggap sah. Sebarang pukulan dianggap baik asalkan ia menggoncangkan lawan. Sesiapa yang mencipta fitnah yang berkesan, berjalan dengan bangga. Seseorang pemerhati yang ikhlas tidak tahu bagaimana untuk menganalisa pertempuran ini dalam mana semua menganggapnya sah untuk berkempen secara kotor. Namun dia yang memerhati negara ini tanpa perasaan dendam, betapa jijik sekalipun dia dengan keunggulannya yang tunduk kepada keinginan nafsu di sini serta keterlupaan kalau bukan penjauhan kualiti-kualiti umum, ia juga harus mengaku bahawa bilamana kelihatannya satu bahaya itu sudah dekat atau satu institusi telah dicemari hingga tidak terselamat lagi atau sesuatu kejahatan telah membaham separuh dari bangsa, orang-orang serta sistem-sistem yang dapat menghalang kehancuran ini akan muncul bersama dengan undang-undang yang boleh dipercayai dan tanpa pengurus-pengurus besar dan di mana kejahatan itu masih boleh disembuhkan. Mereka muncul, melakukan apa yang perlu dan hilang dari pandangan awam. Juga nampaknya bahawa satu syarat hukum ini adalah bahawa kejahatan itu haruslah melampaui batas, seolah-olah rakyat yang makmur itu tidak memilih untuk mengubah arah haluan atau bimbang tentang tabiat-tabiat mereka sehinggalah kenyataannya begitu teruk sekali hingga mustahil diabaikan. Hukum inilah yang diperkukuhkan oleh pemilihan Grover Cleveland. Kejahatan begitu teruk sekali. Pihak Republican yang bertapak dalam kuasa dengan suka-suka menyalahgunakannya. Mereka telah menggulingkan keikhlasan undian itu serta pihak akhbar. Mereka menghina semangat perlembagaan melalui perundangan berat sebelah, serta meniru taktik-taktik pemerintah zalim dan menggunakan perang-perang luar negara untuk menangkis perhatian dari tindakan-tindakan mereka. Ini adalah sejarah. “Siapa lagi yang dapat bersaing melawan mereka, mengalahkan mereka: Jika pilihanraya dimenangi dengan kuasa wang, jika pihak Republican bebas menggunakan wang negara? Namun satu ombak muncul, yang tidak dilihat sesiapapun terbentuk di tepian dan tiada seorangpun tahu bagaimana ia datang, memecah di atas kepala semua ahli politik negara ini yang penuh cita-cita dan masyhur, meskipun adanya kemarahan ahli-ahli Parti Demokratiknya sendiri, meskipun adanya amalan serta kesombongan yang telah bertahan selama ini, dan sampai ke White House, seorang lelaki yang hampir tidak dikenali; seorang lelaki yang tegas namun rendah diri yang sesuai untuk tugas pembaharuan kerajaan yang memerlukan keberanian dan kesabaran. Ombak ini telah membawa Cleveland. Dari dekat, kamu dapat perhatikan bahawa perubahan tersebut tidak diperlukan atau boleh ditahan, namun sesuai dengan keadaan dan adalah seperti satu bukti. Satu letusan yang membuktikan ia boleh dilakukan. Bahawa letusan itu adalah sekumpulan orang, sekumpulan orang yang lemah, tidak lebih dari itu, telah memberikan kemenangan kepada Cleveland. Seribu undian kurang dari kalangan 10 juta pengundi dan pastinya presiden yang terpilih adalah seorang yang kotor dan berniat jahat, seorang pembicara yang licik…Pastinya orang itu adalah Blaine. [ketawa] [tepukan]

 

Akhirnya, dari presiden PEN sebelumnya, Norman Mailer. Dia telah menghantar sumbangan paling pendek sekali. Dari John Dos Passos di AS. Ya, kita adalah dua negara. Bagaimanapun, saya juga ingin membaca dari – [ketawa] jadi, apa yang Norman katakan dalam temuramah itu, yang ada dalam isu terkini majalah New York, dia telah berbicara dengan anak lelakinya, dan berikut adalah bagaimana ia berakhir. Norman menulis, atau mengatakan, “Kebijaksanaan sedia mencapai kita dari tempat-tempat yang sangat tidak dijangkakan. Di sini saya memetik dari seorang lelaki yang telah menjadi bijak, terlalu lewat dalam hidup ini. ‘Lazimnya, orang biasa tidak mengingini peperangan. Bagaimanapun, para pemimpin negaralah yang menentukan polisi, dan begitu mudah saja untuk mereka menarik rakyat bersama tidak kira ia satu demokrasi atau pemerintahan diktator fasis atau parlimen atau pemerintahan diktator komunis. Suara atau tiada suara, rakyat sentiasa dapat didorong untuk mengikut perintah para pemimpin. Ini senang saja. Kamu hanya perlu beritahu mereka bahawa mereka sedang diserang, serta mengecam mereka yang bersifat pasifis kerana tidak patriotik dan mendedahkan negara kepada bahaya. Sama saja caranya dalam setiap negara.’ Itu adalah Herman Goering yang berucap di Perbicaraan-perbicaraan Nuremburg selepas Perang Dunia II. Ianya satu hal untuk mendapat amaran awal. Adakah kita akan sentiasa bersedia berperang?” Terima kasih.

 

 

Ucapan ini mempunyai satu siri elemen penting di dalamnya. Rushdie nampaknya telah sembuh dari pandangan-pandangannya sendiri yang kurang pertimbangan yang telah mengundang fatwa ke atas dirinya sendiri. Kita semua tumbuh dalam kebijaksanaan dengan peredaran masa dan khususnya dengan mengimbas kembali.

 

Masalah yang disebutkannya di sini berkenaan kontroversi Republican/Demokratik itu, yang menyaksikan Blaine disingkirkan dan Cleveland dipilih, berlaku pada tahun 1884. Ia menyaksikan satu masalah di AS yang begitu serius sekali dan yang mungkin telah mengubah haluan serta ciri eksperimen demokratik ini iaitu Amerika Syarikat. Serangan-serangan sinis ke atas undang-undang negara serta penyalahgunaan kuasa-kuasa pemerintahan telah berlaku sepanjang tempoh 1880 hingga 1884.

 

Para pemerhati keadaan politik di AS, seperti Rushdie dan pihak intelektual sayap kiri yang kita lihat tidak puas hati dengan keadaan di AS kini, sebenarnya menghadapi keadaan berbeza dari apa yang dihadapi Cleveland dan Blaine pada tahun 1884.

 

Pada tahun 1878, Akta Posse Comitatus telahpun beroperasi selama lebih enam tahun. Akta ini telah diperkenalkan dan diperjuangkan oleh para penggubal undang-undang Selatan Kongres yang telah ditekan pentadbiran tentera sejak Perang Saudara pada pertengahan dekad sebelumnya. Akta inilah yang telah menghentikan lebih banyak perampasan kuasa sebenar serta penggunaan kekerasan untuk menghapuskan sebarang tentangan teratur terhadap sistem yang telah diasaskan di bawah pihak Republican.

 

Adalah sesuai untuk meninjau semula peruntukan-peruntukan Akta Posse Comitatus Jun 18 1878.

 

Petikan berikut telah diambil laman US Northern Command sendiri pada:

 

http://www.northcom.mil/index.cfm?fuseaction=news.factsheets&factsheet=5

 

 

“Akta Posse Comitatus

 

“Akta Posse Comitatus” (PCA), Tajuk 18 Kod AS (USC), Seksyen 1385, menyatakan:

 

“Barangsiapa, melainkan dalam kes-kes dan di bawah keadaan-keadaan yang jelas dibenarkan oleh Perlembagaan atau Akta Kongres, yang sengaja menggunakan sebarang bahagian Tentera Darat atau Tentera Udara sebagai posse comitatus atau yang sepadan untuk melaksanakan undang-undang akan didenda di bawah tajuk ini atau dipenjarakan tidak lebih dari dua tahun, atau kedua-duanya sekali.”

 

Perintah 5525.5 Jabatan Pertahanan (DoD) meluaskan PCA kepada Tentera Laut AS serta Tentera Marin AS. PCA tidak membabitkan Peronda Pantai AS.

 

PCA secara umumnya melarang kakitangan tentera AS dari menyekat kenderaan, kapal laut dan kapal terbang; mengadakan pengawasan, pencarian, pengejaran serta perampasan; atau melakukan penahanan bagi pihak pihak penguasa undang-undang awam. Melarang pembabitan langsung tentera dalam penguatkuasaan undang-undang adalah berpadanan dengan undang-undang dan polisi AS yang telah lama diasaskan yang menghadkan peranan tentera dalam hal-ehwal dalam negeri.

 

Bagaimanapun, Kongres telah menggubal beberapa pengecualian kepada PCA yang membenarkan tentera, dalam keadaan-keadaan tertentu, untuk membantu jabatan-jabtan penguatkuasaan undang-undang awam dalam menguatkuasakan undang-undang Amerika Syarikat. Contoh paling lazim adalah bantuan membanteras kegiatan dadah (Tajuk 10 USC Seksyen 371-382). Contoh-contoh lain termasuk:

 

  • Akta Pemberontakan (Tajuk 10 USC Seksyen 331-334). Akta ini membenarkan Presiden menggunakan kakitangan tentera atas permintaan Majlis Perundangan Negeri atau Gabenor untuk menumpaskan pemberontakan. Ia juga membenarkan Presiden menggunakan pasukan tentera persekutuan untuk menguatkuasakan undang-undang persekutuan apabila pemberontakan terhadap kewibawaan Amerika Syarikat menjadikannya tidak lagi praktikal untuk menguatkuasakan undang-undang AS.
  • Bantuan dalam kes jenayah-jenayah yang melibatkan bahan-bahan nuklear (Tajuk 18 USC Seksyen 831).  Undang-undang ini membenarkan kakitangan DoD untuk membantu Jabatan Keadilan dalam menguatkuasa larangan-larangan berkenaan bahan-bahan nuklear, apabila Peguam Agung dan Setiausaha Pertahanan sama-sama setuju bahawa satu “keadaan darurat” wujud yang memberi ancaman serius kepada kepentingan AS dan berada di luar kemampuan jabatan-jabatan penguatkuasa undang-undang awam.
  • Keadaan-keadaan darurat yang melibatkan senjata-senjata kimia atau biologi pemusnahan besar-besaran (Tajuk 10 USC Seksyen 382). Apabila Peguam Agung dan Setiausaha Pertahanan sama-sama setuju bahawa satu “keadaan darurat” wujud yang memberi ancaman serius kepada kepentingan AS dan berada di luar kemampuan jabatan-jabatan penguatkuasa undang-undang awam, kakitangan DoD boleh membantu Jabatan Keadilan dalam menguatkuasakan larangan-larangan berkenaan senjata-senjata biologi atau kimia pemusnahan besar-besaran.

 

Sokongan ketenteraan kepada penguatkuasaan undang-undang awam dilaksanakan mengikut Perlembagaan dan undang-undang AS serta di bawah arahan Presiden dan Setiausaha Pertahanan.”

 

 

Dengan itu, secara luarannya kita ada satu keadaan di mana jika keadaan tidak sampai ke tahap Darurat, tiada lagi perkara lain yang mungkin berlaku di AS dan pilihanraya itu akan menjadi satu pertandingan adil dan berpatutan antara dua struktur dengan dua calon yang nampaknya mewakili pertubuhan yang sama.

 

Jadi bagaimanakah ia mungkin tidak terjadi seperti itu? Apakah yang mungkin berlaku untuk mengubah suasana? Pastinya rakyat AS yang sedang menyaksikan pilihanraya ini merasakan petanda buruk. Banyak usaha dari sayap kiri untuk menentang Presiden George W. Bush. Ramai yang mengganggap kebebasan bersuara sendiri terancam. Kuasa-kuasa yang kini dicipta untuk sistem-sistem perisikan mencerobohi kehidupan normal rakyat AS jauh melampaui yang lainnya dalam seluruh sejarahnya. Ramai warganegara kini memandang keadaan ini dengan sinis dan ada ramai penyokong teori konspirasi sekarang ini yang mengenakan dakwaan-dakwaan konspirasi terhadap pemerintah untuk perbuatan-perbuatan keganasan yang berlaku sekitar September 11 2001 dan sejak tarikh itu.

 

Ramai orang yang tidak memiliki konsep-konsep kebebasan yang telah kita perjuangkan begitu lama dan begitu sukar untuk dicapai dalam sistem-sistem Undang-undang Awam British. Malah, Eropah adalah berdasarkan kod Napoleon dan sistem-sistem keadilannya tidak akan dianggap adil atau wajar dalam sistem-sistem Komanwel British dan AS sama sekali.

 

Jadi apakah yang dirisaukan orang-orang dalam AS? Apakah yang berlaku di situ dan apakah yang dilihat orang-orang tertentu berlaku kepada masyarakat mereka dan mengapakah begitu penting sekali untuk CCG mengulas agar kita tidak terlibat dalam politik sedangkan ia lazimnya tidak memberi komen kecuali melibatkan perang serta kelakuan semasa perang dan jenayah-jenayah perang?

 

Hakikatnya adalah bahawa ini bukan tahun 1884 dan AS dan dunia kini sangat berbeza dari keadaan politik sempadan yang kurang teratur dalam AS selepas Perang Saudara.

 

AS adalah satu kuasa besar dan kini adalah kuasa besar utama dunia yang tanpa saingan melainkan naga yang sedang bangkit itu iaitu Republik Rakyat China.

 

Ia berhadapan dengan kenyataan bahawa ia baru saja memulakan satu peperangan yang penuh keraguan, dan tentera serta pentadbirannya telah melakukan satu siri jenayah-jenayah perang di mana kepimpinannya boleh dihadapkan kepada pengadilan dan mungkin sekali akan menghadapi pengadilan di bawah pentadbiran baru. Perbicaraan jenayah-jenayah perang mungkin tidak terbatas kepada jeneral-jeneral Tentera AS sahaja. Pastinya sistem-sistem Australia dan British menyedari tentang kejadian jenayah-jenayah ini dan pegawai-pegawai perisikan ketiga-tiga sistem mungkin juga akan dibicarakan.

 

Hakikatnya adalah bahawa pihak pemerintah mengingini empat tahun lagi untuk menyelesaikan tujuan-tujuannya yang tersembunyi di Timur Tengah. Keadaan dalaman negara juga adalah sangat buruk. Infrastrukturnya sedang merosot dan pihak pembangkang kini bangkit seperti mana yang tidak terlihat selama berdekad-dekad lamanya, malah sejak 1884 apabila pihak Democrat berjaya meletakkan Grover Cleveland di dalam White House dan mengubah bentuk rupa politik AS.

 

Adanya tanggapan di AS sebenar-benarnya bahawa sistem pengundian akan “diperalatkan” untuk mengekalkan pemerintahan dengan menggunakan sistem pengundian mekanikal yang cenderung salah mendaftarkan maksud para pengundi yang mungkin tidak terpelajar atau berpengetahuan seperti yang sepatutnya.

 

Kenapa kita semua harus risau?

 

Mari kita perhatikan keadaan ini. Jika ini hanya satu pilihanraya dalaman antara dua calon pilihanraya yang mewakili dua parti di atas yang berkelakuan dalam keadaan hangat, namun mungkin boleh dimaafkan, maka dunia akan hanya melihat apa yang Kelly akan lakukan jika dia dipilih. Pastinya akan ada perubahan haluan dalam perbelanjaan dalaman di AS. Dia mungkin membuatkan AS terus tinggal di Iraq untuk masa depan yang dijangkakan. Oportunisme yang berlaku sekarang ini atas harga komoditi minyak dan hasil-hasil petroleum juga menandakan satu lagi masalah. Bagaimanapun, kepentingan strategik AS tidak pernah betul-betul didedahkan atau dibincangkan dan kita tidak tahu sama ada mereka akan keluarpun dari situ tidak kira siapa yang menang.

 

Sama ada AS atau dunia menyukainya atau tidak, terdapat satu lagi pihak sekarang ini yang mempunyai sistem politik yang sangat kuat serta asas kependudukan yang sangat besar. Negara ini adalah China. Bagaimanapun, ada satu lagi pihak yang bangkit yang juga mengingini status kuasa besar, dan itu adalah India.

 

Dua negara ini mewujudkan permintaan sangat besar atas penghasilan minyak sedunia, dan mereka mempunyai kuasa untuk memesongkan sumber-sumber dari distribusi lazimnya dan mengakibatkan peningkatan perbelanjaan hidup rakyat Barat.

 

Seluruh dunia akan bersaing untuk mendapatkan sumber-sumber yang semakin sedikit, dan golongan oportunis akan memburukkan lagi keadaan itu.

 

Perkara tidak tentu yang seterusnya adalah kesan Pemanasan Global pada keadaan politik dunia. Adanya peningkatan dalam paras-paras lautan dan ini akan menyebabkan pembanjiran di kawasan-kawasan tanah rendah Bangladesh, India dan China. Negara-negara inilah yang mengandungi pusat-pusat penduduk yang sangat besr dan dua daripadanya adalah kuasa-kuasa dunia yang sedang bangun.

 

Seperkara yang kita pasti adalah bahawa akan berlakunya peninggalan kawasan secara besar-besaran di China, dan akan ada perpindahan penduduk besar-besaran di Benua Kecil di samping China. Tidak syak lagi bahawa China akan dipaksa berpindah lebih jauh ke sebelah barat dan menjelang tahun 2025 China akan menduduki Siberia dan berkongsi sumber-sumbernya dengan Jepun, dan sistem itu kini sedang dilaksanakan, dengan persetujuan Rusia. Menjelang 2025, China akan terpaksa menjangkau kawasan yang dulunya adalah Kawasan Tengah Soviet dan hampir ke kawasan Urals secara aman atau melalui kekerasan.

 

Senario yang lebih merunsingkan yang dihadapi dunia adalah ini. Bagaimana kalau apa yang didakwa pihak pembangkang di AS itu sebenarnya betul? Bagaimana kalau pihak kerajaan memang telah membantu dan bersubahat, atau sememangnya menyebabkan, keganasan 9/11 2001? Jika mereka mampu melakukan senario itu, mungkin sekali mereka tidak pernah memperdulikan atau hanya memudahkan perang-perang menentang dadah itu.

 

Apa yang ramai orang tidak sedar adalah bahawa ekonomi AS adalah seperti rumah kad terup yang beroperasi atas keyakinan rakyat kelas pertengahannya. Keyakinan ini telahpun diperah sehabis-habisnya, dan kini regang sepenuhnya. Dana-dana pencennya sendiri adalah begitu terikat padanya, hinggakan mereka tidak mampu membuat keputusan-keputusan politik jangka panjang demi kebajikan negara, misalnya menutup syarikat-syarikat tembakau yang besar.

 

Meskipun adanya semua kemungkinan ini, adanya satu keadaan yang lebih menakutkan lagi yang mudah terjadi dan ini adalah bahaya yang dapat dilihat sebahagiannya oleh beberapa pemerhati AS dan golongan intelektual.

 

Saya tertarik melihat terminologi ini juga muncul dari sukan Athens. Saya memerhatikan di Sydney empat tahun yang lalu, bahawa para pegawai merujuk kepada sukan Athens sebagai sukan terakhir. Minggu ini saya juga melihat bahawa para pegawai Greek dan penduduk Athens sendiri, merujuk kepada hakikat bahawa mereka berbangga bahawa sukan pertama Olimpik moden telah diadakan di situ di Athens, dan kini sukan terakhir juga diadakan di situ. Tidak syak lagi dalam perbincangan masa itu, dan kini bahawa ini adalah sukan Olimpik terakhir. Namun, secara teorinya kita memandang ke arah sukan Olimpik Beijing pada tahun 2008. Mereka jelas tidak percaya sukan ini akan diadakan pada masa itu.

 

Kenapakah orang-orang ini mempunyai pandangan ini? Mengapakah iblis setan ingin menghentikan sukan Olimpik dari berlangsung sedangkan ia adalah dari sistem kafir purba? Jawapannya adalah bahawa beberapa tahun seterusnya akan menyaksikan banyak perang dan kemusnahan hinggakan ini akan hanya menjadi kenangan.

 

Ok, jadi apakah senario berbahaya yang mungkin terjadi? Mari kita andaikan bahawa cabaran-cabaran perundangan masakini kepada sistem pengundian pilihanraya ini disokong, dan sistem-sistem mekanikal yang baru itu ditangguhkan. Sistem yang sedia ada itu kembali kepada helah ketakutan terhadap pengganas, (mungkin seperti apa yang telah didakwa, ada juga yang melancarkan serangan pengganas dengan menggunakan agen-agen biologi, misalnya antraks). Mereka memohon kuasa-kuasa darurat di mana Peguam Agung dan Setiausaha Negara mengesahkan darurat itu, dan menolak peruntukan-peruntukan Akta Posse Comitatus. Pilihanraya itu “ditangguhkan”. Ini bukan mustahil, kerana pilihan-pilihan ini dikatakan sedang dikempenkan secara sah oleh sistem pemerintahan sekarang ini.

 

Campur tangan tentera akan menggalakkan kekacauan awam. Sesungguhnya, kekacauan ini akan perlu digalakkan untuk membenarkan deklarasi yang berterusan itu.

 

Perpindahan besar-besaran dalam bekalan wang akan berlaku di luar AS, kepada Euro. Lebih banyak campur tangan akan berlaku untuk mengawal ekonomi. Pasaran saham akan merosot atau runtuh sepenuhnya. Mereka yang menentang akan dikurung.

 

Ini akan membentuk jendela peluang bagi musuh-musuh AS. Satu penyusunan semula struktur kuasa sistem-sistem Asia serta bekalan minyak Timur Tengah akan berlaku kerana desakan keperluan. Minyak Soviet Tengah akan dipesongkan dari haluan cadangannya melalui Iran, ke pasaran terbuka dan ke dalam China dan India. Bekalan akan berpindah tempat.

 

Keadaan ini akan terus merosot, dan dipercepatkan oleh masalah-masalah berhubung Pemanasan Global serta krisis pelariannya.

 

Australia, setelah gagal membangunkan sumber-sumbernya dengan betul serta membahagi-bahagikan sumber-sumber penduduknya, menyimpan air dan memajukan infrastruktur dengan cekap, akan berhadapan dengan krisis pelarian yang begitu teruk yang tidak pernah terbayang olehnya. Ia tidak akan dapat mengendalikannya, dan akhirnya akan dicerobohi. Seluruh bahagian Utara akan dicerobohi dan diduduki hingga ke garis sempadan Brisbane, dan ini akan menjadi kenyataan. Australia akan menjadi kawasan pertempuran blok-blok kuasa.

 

Sistem Eropah akan memaksa masalah-masalah agama menjadi semakin buruk dan kita menyaksikan perang-perang terhadap Islam. Ketika AS berada dalam keadaan dalaman yang teruk, mereka tidak akan dapat memberikan sebarang bantuan berguna kepada sesiapapun. Mereka akan menghadapi ancaman luar negara. Pada masa itu, pertempuran nuklear mungkin terjadi. Mereka mungkin muncul sebagai pemerintah diktator fasis sedunia, namun tidak lama tempohnya. Eropah akan bergerak untuk menduduki Timur Tengah.

 

Dari tahun 2005 hingga 2012, dunia akan merosot tanpa henti ke arah kerosakan alam sekitar. Sepanjang tahun-tahun kemudian hingga jubli seterusnya, ianya satu pusaran menurun. Bila sampai masanya apabila dunia bersedia untuk bersemuka dengan Mesias, mereka akan sudah lupa apakah yang ditunggu-tunggu mereka. Sistem terakhir yang harus dibereskan adalah sistem raja timur yang disebutkan oleh Alkitab, kerana mereka akan dibawa turun ke Timur Tengah untuk pembinasaan bala tentera mereka (lihat karya 30 Tahun Terakhir: Pergelutan Penghabisan (No. 219)). Tentera kuasa besar Asia itu akan bersemuka dengan Mesias di Megiddo dan dihancurkan.

 

Jadi, ia bukan hanya satu lagi pilihanraya biasa. Apa yang dilakukan sepanjang beberapa bulan selanjutnya akan mempengaruhi cara dunia beroperasi dalam dekad-dekad seterusnya. Percayalah dalam Tuhan dan berdirilah dengan penuh kagum.

 

 

Wade Cox

Koordinator Umum