Jemaat-jemaat Allah Al-Masehi

 

 

Mesej Sabat 6/6/27/120

 

 

Teman-teman sekalian,

 

Kita kini bersedia untuk Perayaan Pondok Daun. Bulan Baru seterusnya adalah Hari Sangkakala-sangkakala. Hari ini adalah Bulan Baru dan juga Hari Suci. Dalam sistem Tiatira pada masa Reformasi kita menyaksikan bahawa jemaat-jemaat di Eropah Timur telah memperlakukan Hari Sangkakala-sangkakala sebagai kedua-dua sekali dan menyanyikan lagu-lagu pujian Bulan Baru yang biasa pada hari itu. Tiada lagu-lagu pujian yang khusus bagi Hari Sangkakala-sangkakala selain dari lagu-lagu Bulan Baru (lihat Para Pemelihara Sabat di Transylvania, CCG Publishing 1998).

 

Saya berharap agar dapat melihat ramai daripada kamu pada lawatan-lawatan saya ke AS, Eropah dan Afrika. Hari Raya ini di Perancis Selatan pastinya akan sangat menarik. Kami juga harap dapat berjumpa dengan seramai orang yang mungkin di situ. Saya harap agar dapat berjumpa dengan sahabat-sahabat kita di Asia beberapa ketika selepas Perayaan itu.

 

Ingat bahawa Jemaat Tuhan adalah sekumpulan kecil orang-orang yang penuh dedikasi. Kita harus menghargai sesama sendiri dan cuba membantu sesama sendiri untuk teguh dan bekerja bersama-sama untuk meninggikan iman itu serta keluarga-keluarga Jemaat. Ingat bahawa tiada seorangpun dalam Jemaat yang harus menyatakan, “Saya adalah pohon yang kering”. Kita semua ditempatkan di dalam keluarga-keluarga dan kita semua berada di situ untuk membantu saudara kita menjadi anggota-anggota keluarga yang satu. Walaupun kita mungkin menjadi sedikit sinis, mendengarkan pernyataan ini selama ini dalam berbagai jemaat-jemaat Allah sementara kita menyaksikan kepercayaan serta doktrin-doktrin Jemaat dihancurkan. Setiap kita harus berkongsi dalam kemenangan dan malapetaka keluarga lanjutan kita.

 

Dengan membantu sesama sendiri dalam kasih kita menunjukkan bahawa kita mengasihi Allah. Kita juga adalah suatu bala tentera yang bekerjasama dalam kasih dan dedikasi. Dengan kemampuan bekerjasama kita menunjukkan bahawa kita adalah umat yang dipilih Tuhan. Dengan menganggap orang lain lebih baik dari diri kita sendiri kita menunjukkan bahawa kita adalah sebahagian dari keluarga Tuhan. Ibubapa manakah yang menganggap diri mereka lebih baik dari anak yang mereka pelihara, dan ia sebagai makhluk lebih rendah? Kelemahannya hanya dilihat sebagai ciri pertumbuhannya. Zaman mudanya dilihat sebagai bahagian yang perlu dalam kehidupannya. Ia mengambang sementara ibubapanya menyusut dan seluruh keluarga bergantung padanya sendiri dalam semua fasa kehidupan. Begitulah juga dengan Jemaat Allah serta bangsa. Kita semua menyediakan mualaf-mualaf baru kepada iman dalam kasih dan persahabatan dan membantu mereka yang betul-betul memerlukan bantuan. Dan begitu juga kita berusaha menjadi kuat dan tidak menjadi bebanan kepada pekerjaan serta persaudaraan iman ini.

 

Marilah kita semua melihat keperluan yang ada dan membantu di mana perlu. Berilah di mana kamu mampu. Kita sentiasa dapat memberi dan kita akan sentiasa mempunyai sesuatu untuk diberikan antara satu sama lain dan pekerjaan itu. Pemberian-pemberian kita hanya terbatas oleh imaginasi dan iman kita. Doa memerlukan masa dan iman. Begitu juga banyak pemberian memerlukan masa sebagai ramuan utamanya. Selalunya, pemberian yang mengambil masa adalah yang paling berharga sekali kerana ia datang dari hati dan imaginasi, dan di situlah di mana kasih ditanam dan dikembangkan dan dipelihara.

 

Sementara kamu membantu sesama sendiri kamu tunjukkan kamu mengasihi antara satu sama lain. Sementara kita dibantu dalam iman, kita bertumbuh. Bagaimanapun, pertumbuhan sebenar kita berlaku apabila kita mula membantu orang lain. Bantuan haruslah dibuat dalam batas Hukum Tuhan atau jika tidak bantuan ini menjadi bantuan duniawi.

 

Satu dari ujian iman yang sebenarnya adalah kesetiaan dan penghormatan dalam badan Jemaat. Kita semua taat kepada tubuh yang satu itu yang terdiri dari satu iman dan satu baptisan. Apabila kita memasuki keimanan ini dan kita sama-sama bersepakat, kita sepatutnya tidak menjangka untuk menemui ketidaksetiaan serta orang-orang yang bekerja bertentangan dengan doktrin-doktrin iman ini. Biarlah “ya” menjadi “ya” dan “tidak” menjadi “tidak.” Jadilah orang yang boleh diharap dan boleh dipercayai, dan kamu akan diberikan kepercayaan dan tanggungjawab. Biarlah saudara-saudara seiman memandang kamu dengan keyakinan dan kepercayaan. Kasihilah sesama sendiri dan akan menjadi jelas bahawa Tuhan dan Kristus mengasihi kita.

 

Kemampuan kita untuk terus kekal sebagai satu tubuh datang dari dedikasi kita kepada iman ini serta kebolehpercayaan kita. Dengan cara yang sama sebarang keluarga akan terus kekal dengan proses yang sama. Para bapa mengorbankan diri mereka untuk keluarga dan bangsa. Para ibu berkorban untuk keluarga keseluruhannya. Anak-anak belajar melalui teladan. Orang-orang muda berkorban untuk anak-anak muda dan golongan tua.

 

Golongan kaya membantu golongan miskin dan mereka yang kuat menolong mereka yang lemah. Jemaat adalah satu hubungan yang dicerminkan oleh kekuatan semua keluarga. Seperti mana iman dan kekuatan peribadi kita, begitulah juga keluarga kita, Jemaat kita, dan, jika beginilah keadaannya secara umum, begitulah juga bangsa kita.

 

Program-program terkini

 

Adanya satu program sekarang ini untuk menerbitkan tiga buku yang telah kami tangguhkan selama beberapa tahun sudah disebabkan hal-hal yang lebih penting dalam pekerjaan ini. Tiga karya yang akan kami terbitkan adalah:

 

Mistikisme Jilid 1;

 

Tuhan Dinyatakan; dan

 

Hukum Tuhan.

 

Kami berharap dapat menyiapkan Mistikisme untuk Perayaan ini atau setidak-tidaknya tidak lama selepas itu. Kami berharap dapat menyiapkan dua lagi karya itu menjelang Tahun Sabat. Hukum Tuhan harus dibuat untuk Pembacaan Hukum sewaktu Pondok Daun 2005, namun kami harap kedua-duanya siap menjelang Paskah seterusnya.

 

Seperti yang kamu tahu Mistikisme Jilid 1 adalah mengenai perkembangan Kultus-kultus Misteri Babilon serta kesan mereka ke atas Kekristianan dan agama sedunia secara umumnya. Karya Hislop The Two Babylons telah dikecam dan kebanyakannya disangsikan oleh ahli-ahli akademik yang menumpu kepada tujuan itu. Kini tiada lagi karya yang berkesan dalam mengasingkan doktrin-doktrin serta sebaran Misteri-misteri Babilon. Mistikisme akan mencapai tujuan itu dan jilid 2 akan membincangkan korupsi sistem Kristian dengan lebih terperinci. Naskhahnya perlu ada dalam seberapa banyak universiti yang boleh dan lain-lain perpustakaan di mana mungkin.

 

Sistem-sistem akademik dunia telah mengecam sebanyak-banyaknya doktrin-doktrin sifat Tuhan sebagai sistem-sistem yang dibuat manusia. Karya-karya berkenaan doktrin-doktrin ini telah ditumpukan kepada penjelasan mengenai penjelasan manusia tentang Tuhan dari sudut pandangan yang berkembang dan lazimnya dari sudut evolusi. Tuhan Dinyatakan membincangkannya dari sudut pandangan lain. Karya ini merincikan pernyataan (wahyu) Tuhan kepada manusia secara progresif dan kemudian menjelaskan bagaimana pernyataan itu telah dikorupsikan oleh sistem Triune.

 

Karya ketiga, Hukum Tuhan, adalah seluruh struktur Hukum Taurat dan karya-karya penyokong serta dokumentasi berkaitan Dua Perintah Besar, Hukum Sepuluh, serta hukum-hukum lanjutan daripada mereka. Maka, kita boleh memahami komen Kristus apabila dia berkata pada dua perintah ini bergantungnya semua Hukum Taurat dan Kitab Para Nabi, ketika dia bercakap tentang Dua Perintah Besar itu.

 

Karya itu kebanyakannya akan mengikut turutan yang kami telah gariskan dalam siri, Hukum Tuhan (L1). Ianya penting untuk memasukkan seluruh struktur ini ke dalam perpustakaan-perpustakaan universiti serta perpustakaan lain dan harap-harap untuk Tahun Sabat, iaitu tahun ke 28 dalam Jubli ke 120.

 

Dalam Tahun Sabat kita akan mengkaji kemungkinan untuk mengeluarkan majalah dua bulan sekali. Kami akan perlu mencari nama-nama untuk karya ini dan cadangan-cadangan dipelawa untuk nama itu. Kami juga mahu agar mereka yang berminat dalam kewartawanan serta penerbitan berkomputer untuk menghantar cadangan-cadangan serta tawaran-tawaran bantuan. Setiap orang akan diperlukan bekerja sebagai seorang ahli pasukan kepada staf penerbitan di bawah arahan. Kami akan menyediakan beberapa isu sebelum pelancaran ini agar kita mempunyai satu turutan salinan dalam cetakan.

 

Struktur majalah ini juga adalah terbuka kepada cadangan-cadangan dan kami mempelawa hantaran-hantaran cadangan berkenaan struktur ini. Kami juga akan merancang untuk mencetak Seksyen Asia, Amerika Sepanyol, dan Seksyen Eropah. Seksyen atau edisi Afrika akan datang kemudiannya sementara kami memandu Jemaat-jemaat Afrika ke tahap di mana mereka dapat memberi sumbangan.

 

Versi-versi emel akan datang dahulu dan kemudiannya edisi-edisi cetakan bila saja dana membenarkannya. Kami memerlukan fotografi yang baik dan salinan yang baik.

 

Terdapat banyak lagi projek yang masih dalam perancangan dan ada projek-projek yang tidak mendapat perhatian yang sepatutnya atau yang telah dijanjikan kepada mereka. Tolong doakan wang serta sumber-sumber yang diperlukan untuk menyiapkan tugas-tugas di depan kami.

 

Dalam setiap sistem terdapat keperluan untuk kerjasama pasukan. Kita semua harus boleh bekerjasama sebagai satu pasukan. Orang bersendirian dapat menjayakan sedikit saja, dan biasanya dalam ketiadaan kritikan dari golongan setara mereka lazimnya mengeluarkan idea-idea bodoh dan menyebabkan mereka keliharan bodoh sekali.

 

Ianya satu ujian kepimpinan bahawa kita harus mula-mula sekali berkhidmat dalam satu pasukan. Ketidakmampuan untuk berkhidmat biasanya adalah satu petunjuk bahawa kita juga tidak sesuai untuk memimpin. Jika kamu tidak boleh bekerja dalam pasukan, umumnya kamulah masalahnya.

 

Ujian-ujian Tahun Keenam

 

Dalam segala sesuatu kita harus melihat keperluannya dan menyediakan penyelesaiannya. Jangan beritahu kami apakah masalah-masalahnya, beritahulah kamu apa yang kamu cadangkan untuk menyelesaikannya. Kamu akan diberikan autonomi yang besar dalam Jemaat namun baik kamu ucapkan doktrin alkitabiah yang bernas dan menurut Pernyataan Kepercayaan Jemaat yang diterima dan tidak memperkenalkan idea-idea yang bodoh, kerana jika tidak Tuhan akan mencabut kamu dan kamu tidak akan faham apa yang telah berlaku kepadamu. Dalam kebanyakan kes, pentadbiran Jemaat tidak perlu bertindak dalam kejadian-kejadian sebegini. Saudara-saudara iman dapat membezakan doktrin benar dari yang salah dengan cepat, dan mereka yang salah dipinggirkan oleh perbuatan-perbuatan mereka sendiri.

 

Bagaimanapun, lazimnya mereka yang mudah tertipu akan ditipu oleh mereka yang tidak berprinsip. Jika kamu telah mendapati dirimu tidak sehaluan dengan Jemaat maka kamu harus bertanya: “Bagaimana ini terjadi? Siapakah yang telah saya benarkan datang antara saya dan tubuh jemaat ini? Kristus tidak berbahagi. Seharusnya ada Jemaat yang melakukan segala apa yang pernah dilakukan Kristus dan para rasul dua abad yang lalu menurut set doktrin-doktrin yang sama. Jika ia bukan CCG sebagai satu badan, maka jemaat itu seharusnya wujud di tempat lain dan kita wajib mencarinya dan menyokongnya. Tiada seorangpun yang boleh duduk saja di rumah tanpa melakukan apa-apa. Kristus telah mengatakan begitu. Kegagalan untuk memberi persepuluhan kepada Jemaat benar, dan bekerja untuknya, adalah pencurian dari Tuhan. Dia mengatakan begitu melalui para nabi (lihat juga karya Pemberian Persepuluhan (No. 160)).

 

Kalau kamu adalah mangsa Tahun Kelima dan Keenam kitar ini, dalam tempoh-tempoh rahmat dan percubaan-percubaan, sudah tiba waktunya untuk memeriksa diri sendiri. Tanyalah dirimu: “Adakah saya diberitahu kebenaran itu? Pernahkan saya betul-betul berusaha mencari apa yang benar?” Jika kamu bertanggungjawab atas satu masalah kamu patut bertanya diri kamu: “Adakah saya telah memberitakan kebenaran kepada semua yang berkaitan. Adakah saya melaksanakan tugas-tugas saya sepenuhnya dan dengan betul? Adakah saya mengikut kaedah-kaedah yang betul? Pernahkan saya cuba memperkenalkan pandangan kurang pertimbangan yang tidak diterima oleh persaudaraan iman dan saya telah pergi dengan marah, atau lebih teruk lagi, adakah saya telah menyebabkan orang lain tersesat melalui penipuan?” Dalam hampir setiap kes, jawapannya adalah “Tidak!” Ia tidak diuruskan dengan betul. Kadangkala jawapannya adalah: “Ya, saya memang telah menyebabkan orang lain tersesat!” Lebih baik kalau batu digantungkan di sekeliling lehermu. Dalam beberapa kes, suatu masalah itu mungkin telah lama wujud malah sejak Tahun Keenam kitar sebelumnya dan orang-orang berkenaan masih lagi duduk di rumah sambil merungut. Adakah itu apa yang mungkin dilakukan Kristus? Saya rasakan tidak. Tinggalkan pemberianmu di mezbah dan kembalilah dan peliharalah Paskah serta Perayaan-perayaan Tuhan. Pulihkan dirimu kepada iman itu dan tubuh itu agar kamu dipulihkan kepada Kristus dan kepada Tuhan. Pegawai-pegawaimu tidak mungkin dapat memuaskan hati semua orang setiap masa. Ampunilah mereka yang berkuasa atasmu dan pulihkanlah. Mungkin mereka bukanlah masalah sepenuhnya. Kamu mungkin tidak tahu kisah sepenuhnya. Kami telah mengalami orang yang datang kepada kami setelah duduk di rumah selama tempoh kitar lengkap sembilan belas tahun dan mereka terpaksa dipulihkan kepada iman ini. Mereka telah sedar betapa bodohnya mereka dan telah bertaubat. Dalam beberapa kes, jemaat mereka tidak lagi wujud, sama ada dalam negeri yang sama atau di mana-mana. Ada antara penentang mereka yang bukan lagi umat Kristian dan ada yang sudah meninggal.

 

Kami telah menyaksikan orang-orang yang dilatih dalam kolej-kolej Jemaat-jemaat Allah dan dibaptiskan dalam keimanan namun jatuh ke samping apabila mereka diuji dalam iman. Ada antara mereka ini yang kini percaya dalam penjelmaan semula dan amalan Falun Gong dan Falun Dafa yang menggunakan sistem-sistem rohaniah agama Buddha dan Taoisme dan memakai sistem-sistem Qigong. Jangan kamu tersilap, ini adalah keberhalaan dan mereka ini adalah penyembah berhala. Walaupun agama Buddha dari segi falsafah menafikan kewujudan tuhan, dan matlamatnya adalah keadaan ketidakwujudan, ia bersifat keberhalaan dalam proses-prosesnya yang juga berdasar pada animisme. Seluruh strukturnya adalah Monisme dan berdasar pada Doktrin Jiwa Kekal yang merupakan doktrin kafir dan menghujat Tuhan (lihat karya Jiwa (No. 92)). Ia cuba membebaskan makhluk-makhluk yang dipercayainya adalah ilusi.

 

Kebanyakan masalah yang disaksikan Jemaat dalam kitar ini merupakan hasil kepimpinan yang lemah. Ingat, ia belum tamat lagi sehinggalah hari terakhir Bulan Kedua belas, Adar, dan kita pernah kehilangan umat pada masa dahulu hingga hari itu sekalipun. Dalam kitar Sabat ini banyak masalah adalah akibat idea-idea yang kurang dipertimbangkan yang bertentangan dengan doktrin benar dan tidak pernah dipegang dalam sejarah oleh Jemaat-jemaat Allah. Ada antaranya hanyalah ketamakan tidak ikhlas semata-mata. Ada antaranya yang berkaitan dengan sifat benar diri dan keangkuhan. Kita dalam CCG telah menyaksikan standard-standard etika paling dahsyat dari orang-orang yang mendakwa mereka memimpin orang lain kepada iman. Salahwakil ini tidak terbatas kepada India dan Afrika di kalangan oportunis agama. Ketidakjujuran, ketidaksetiaan, sifat kedekut dan kemalasan wujud dalam negara-negara paling kaya dan dalam tempat-tempat terkaya negara-negara itu.

 

Dengan kriteria yang sama, jika sesuatu kedengaran tidak betul, maka ia kemungkinannya tidak betul dan perlu diteliti atau diperiksa. Bukan semua orang dalam Jemaat-jemaat Allah telah bertaubat. Ada yang berdosa dan ada yang berbuat silap. Paulus memberitahu kita bahawa perpecahan atau “bidaah” (pilihan) dibenarkan untuk menunjukkan siapa yang diperkenankan Tuhan. Ada orang yang jelas tidak ikhlas dan tidak boleh dipercayai, meskipun di dalam Jemaat-jemaat Allah. Kita telah menyaksikan mereka yang nampaknya menganggap bahawa etika-etika asas masyarakat tidak dipakai dalam jemaat. Kita patut lebih beretika daripada masyarakat dari mana kita datang. Standard-standard kita adalah alkitabiah dan tidak berubah sementara masyarakat merosot. Para pendusta tiada tempat dalam Kerajaan Tuhan.

 

Ini tidak bermakna bahawa kamu mula bermain “Carilah Orang Laodikia” seperti yang kita lihat dalam beberapa jemaat. Herbert Armstrong pernah berkata kepada seorang pendeta WCG, “Kamu patut sedar bahawa setengah dari anggota Jemaat ini belum bertaubat.” Berdasarkan premis itu, nampaknya ramai yang telah menghabiskan sebahagian besar kehidupan mereka untuk bermain “Carilah Orang Laodikia.”

 

Seperti adanya, Herbert bersikap konservatif tentang bilangan orang belum bertaubat dalam organisasi tersebut. Bagaimanapun, sebilangan besar anggota telah ditolak keluar oleh sikap yang sama. Dari lebih tiga ratus ribu pengikut yang dibaptiskan, hanya terdapat seratus lima ribu di dalamnya semasa keluasan terbesar jemaat itu dan dua pertiga lagi telah diselerakkan oleh kepimpinan yang lemah. Tujuh puluh ribu yang lain dikatakan “telah menaiki batang kayu yang kosong” pada masa perpecahan-perpecahan itu. Pastikan bahawa kita menguruskan hal-ehwal dalam kasih dan keprihatinan dan bukannya dengan sikap menuduh. Istilahnya adalah “jadilah cerdik seperti ular dan tulus seperti merpati.” Tuhan mencabut lalang-lalang dari tanah ladang Jemaat dengan sangat perlahan tetapi dengan sangat cermat, dan kita dilindungi dari kejahilan kita sendiri asalkan kita mengajar dan memelihara kebenaran, dan Kristus tidak lagi menyingkirkan kaki dian itu dari organisasi itu.

 

Satu aspek kemampuan untuk bekerja dan melayani bersama berpusat pada kemampuan untuk berbicara dalam kasih dan keprihatinan. Ingatlah tentang keperluan dan perasaan orang lain. Ada orang yang hanya bersifat berterus-terang dan tidak bertimbangrasa dalam cara mereka berbicara dan berkelakuan dengan orang lain. Kami telah menyaksikan orang yang sampai menangis kerana kelalaian orang lain. Saya sendiripun pernah melakukan ini kepada seorang yang lain, secara tidak sengaja, dan telah menyedihkan saya. Sukar untuk bekerja sebagai sebahagian dari satu pasukan jika kita meminggirkan mereka yang ada dalam pasukan ini dengan kata-kata yang bodoh dan tidak bertimbangrasa. Dengan beberapa orang dalam Jemaat-jemaat Allah, “tiada perbuatan baik yang tidak dihukum.” Pastikan kamu menolong dan membangunkan orang lain dalam kasih. Jangan menjangkakan ganjaran dan kamu tidak akan kecewa. Ganjaran kamu ada di syurga. Bekerjalah sebagai satu pasukan dan taatlah kepada mereka yang memimpin atas kamu dan jagalah mereka yang diamanahkan kepada kamu. Hormatilah semua orang dan layanlah mereka dengan baik hati. Jadilah rajin dan jujur dan boleh dipercayai. Kesopanan dan hormat dibalas dengan kesopanan dan hormat sebagai satu peraturan. Kesalahan menghasilkan penolakan.

 

Lazimnya apa yang dikenali sebagai Peraturan Emas adalah satu mitos dalam urusan-urusan manusia. Namun  ianya sukar untuk bersikap kasar terhadap seorang yang sangat bersopan dan beradab kecualilah kamu seorang yang sangat bodoh.

 

Kasihilah sesama sendiri dan tunjukkanlah yang kamu mengasihi Tuhan. Jangan kuburkan talenta kamu dan bekerjalah untuk keimanan itu dengan tekun dan jujur.

 

 

Wade Cox

Koordinator Umum