Jemaat Jemaat Allah Al Maséhi
Sabat 13/6/27/120
Teman-teman sekalian,
Minggu ini saya rasa sesuai untuk kita
meninjau isu-isu kesihatan kita kerana hal pemeliharaan kesihatan kita dan
sebagai tempat simpanan yang betul bagi bait Tuhan ia adalah isu yang penting.
Kebanyakan masalah masyarakat kita adalah tanggungjawab langsung ketidakjujuran sistem perindustrian dunia ini. Liabiliti terhad struktur korporat dalam urusan-urusannya adalah penyumbang langsung kepada masalah ini. Hukum Sepuluh nampaknya hampir tiada tempat dalam sistem perindustrian. Artikel-artikel berikut diterbitkan di sini demi kepentingan orang awam. Syarikat-syarikat besar antarabangsa kini sedang merosakkan bumi ini dengan signifikan.
**********************************************************************************************************************************
Bahan-bahan
pencemar menyebabkan peningkatan besar dalam penyakit-penyakit otak
Juliette Jowit, editor alam sekitar
Ahad Ogos 15, 2004
Bilangan orang yang menderita penyakit-penyakit otak, termasuk penyakit Alzheimer, Parkinson dan motor neurone, telah meningkat dengan banyaknya di Barat dalam tempoh kurang dari 20 tahun, para saintis telah menemui.
Peningkatan yang mengkhuatirkan ini, yang memasukkan angka-angka yang menunjukkan kadar dementia telah bertambah tiga kali ganda dalam manusia, telah dikaitkan kepada peningkatan-peningkatan dalam tahap-tahap racun haiwan perosak, bahan buangan perindustrian, bahan buangan domestik, ekzos-ekzos kereta dan bahan-bahan pencemar yang lain, satu laporan mengatakan dalam jurnal Public Health.
Pada lewat 1970an, terdapat sekitar
3,000 kematian setahun dari penyakit-penyakit ini di
‘Ini benar-benar telah menakutkan saya, ‘ kata Profesor Colin Pritchard dari Universiti Bournemouth, salah seorang penulis laporan itu. ‘Ini adalah penyakit-penyakit yang teruk: orang ramai mendapat lebih banyak penyakit-penyakit ini dan bermula lebih awal. Kita harus melihat pada alam sekitar dan bertanya diri kita sendiri apakah yang kita lakukan.’
Laporan ini, yang ditulis Pritchard
bersama rakan-rakan sekerjanya di Universiti Southampton, meliputi kejadian
penyakit-penyakit otak di UK, AS, Jepun, Australia, Kanada, Perancis, Jerman,
Itali, Belanda dan Sepanyol dalam tahun 1979-1997.
Untuk penyakit-penyakit lain, seperti Parkinson dan penyakit motor neurone, kumpulan ini telah menemui adanya peningkatan kira-kira 50 peratus dalam kes-kes untuk kedua lelaki dan perempuan dalam setiap negara kecuali Jepun. Peningkatan dalam kematian neurologikal membayangi peningkatan dalam kadar-kadar kejadian barah di Barat.
Berkenaan sebab-sebab peningkatan yang merunsingkan ini, Pritchard menyatakan sebab-sebab genetik boleh dikecualikan kerana sebarang perubahan kepada DNA akan mengambil masa beratus-ratus tahun untuk berkesan. “Ia semestinya alam sekitar,’ katanya.
Puncanya mungkin sekali adalah bahan-bahan kimia, dari pencemaran kereta hingga racun haiwan perosak pada tanam-tanaman serta bahan-bahan kimia perindustrian yang digunakan dalam hampir setiap aspek kehidupan moden, dari makanan yang diproses hingga pembungkusan, dari barang-barang elektrik hingga penutup sofa, kata Pritchard.
Makanan juga menjadi perhatian utama kerana ia memberikan penjelasan paling nyata bagi pengecualian Jepun dari kebanyakan gejala ini. Hanya apabila orang Jepun berpindah ke negara-negara lain barulah kadar-kadar penyakit mereka meningkat.
‘Tiada penyebab tunggal … dan kebanyakan masanya kita tiada kajian-kajian tentang semua interaksi berbagai kombinasi pada alam sekitar. Saya hanya boleh katakan bahawa terdapat perubahan-perubahan besar ini [dalam kematian]: ia mencadangkan pencemaran berpelbagai.’
Kertas kajian Pritchard telah dikeluarkan di tengah-tengah ketakutan yang kian tumbuh akan peningkatan bahan kimia dalam alam sekitar. Beberapa kajian telah menunjuk kepada masalah-masalah berat. TBT telah dilarang dari bahan cat marin setelah ia dipersalahkan atas pertukaran jantina moluska-moluska betina, yang mengakibatkan penurunan dramatik dalam bilangannya. Satu laporan AS telah menghubungkan masalah-masalah neurologikal kepada racun haiwan perosak. Dan pengujian oleh WWF (dikenali sebelumnya sebagai World Wildlife Fund) telah menemui bahan-bahan bukan semulajadi seperti penghambat api di dalam setiap orang yang mengambil bahagian.
WWF telah menamakan pencemaran kimia sebagai satu daripada dua ancaman besar ke atas alam sekitar dunia, di samping pemanasan global, dan khususnya risau tentang bahan-bahan kimia perindustrian yang ‘berterusan dan akumulatif’ dan bahan-bahan pengubah endokrin-hormon yang dikaitkan dengan perubahan-perubahan dalam jantina dan kelakuan di kalangan haiwan dan anak-anak sekalipun.
‘Kita mula melihat perubahan-perubahan dalam kadar-kadar kesuburan, sistem pertahanan badan, perubahan-perubahan neurologikal [dan] impak pada kelakuan,’ kata Matthew Wilkinson, ketua program toksiks badan amal itu.
Racun-racun haiwan perosak dan bahan-bahan kimia farmaseutikal kini harus melalui pengujian ketat sebelum boleh digunakan. Namun terdapat kira-kira 80,000 bahan kimia perindustrian dan ‘kebanyakannya’ tidak memerlukan pengawalaturan atau pengujian keselamatan, kata Wilkinson.
Bagaimanapun, industri kimia dengan keras menolak apa yang lazim didakwanya adalah kekhuatiran yang tidak terbukti. Hanya kerana bahan kimia didapati hadir tidak bermakna ianya pada tahap-tahap merbahaya.
Namun para pengkritik tidak diyakinkan. ‘Memang benar bahawa hanya kerana kami menemui bahan kimia itu, ianya tidak bermakna ia merbahaya,’ kata Wilkinson. ‘Namun benar juga bahawa untuk kebanyakan bahan kimia kita hanya ada sedikit data keselamatan hinggakan pihak berkuasa pengawalatur tidak tahu apakah dia tahap selamatnya.’
Royal Society of Chemistry juga mengatakan kuantiti-kuantiti racun haiwan perosak sedang menurun. ‘Kemajuan-kemajuan dalam kimia analitikal bermakna bahawa tahap-tahap racun haiwan perosak yang semakin rendah dapat dikesan,’ kata Brian Emsley, jurucakap persatuan ini. ‘[Namun] hanya kerana kamu dapat mengesan sesuatu, ia tidak semestinya bererti ia adalah berbahaya.’
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sebahagian dari masalahnya terletak dalam hakikat bahawa kita terlalu lemah dalam pengujian dan memerlukan ujian serta penyelidikan berterusan ke dalam masalah-masalah bahan-bahan kimia perindustrian. Sistem yang kita ada tidak akan bertindak untuk melindungi individu-individu dalam sistem itu melainkan ia dipaksa melakukan begitu. Sistem politik begitu korup sekali dan tidak berhasrat untuk bertindak demi kebaikan orang awam dengan adanya sistem lobi serta laluan wang dan rasuah.
Malah, kini cukup banyak dilaporkan bahawa seluruh perlengkapan perisikan di dalam AS sengaja mendedahkan anak-anak dan golongan muda kita kepada dadah-dadah untuk menguji dan kemudiannya memasarkan dadah-dadah ini. Ini kononnya agar pendapatan mereka bebas dari penelitian awam dan bukan hanya untuk pendapatan korup.
Pendedahan kepada bahan-bahan makanan berbahaya di barat telah berlaku sejajar dengan amalan korup. Satu contoh adalah lobi minyak dan soya yang mendapatkan bantuan sistem vegetarian untuk memesongkan perhatian dari bahaya-bahaya nuklear serta program-program lain yang telah dialami mereka.
Salah satu korbannya adalah sistem minyak masak lama yang telah kita majukan dari minyak kelapa. Dalam artikel ini kita akan lihat bagaimana makanan yang cukup baik telah sengaja disertakan maklumat salah oleh agensi-agensi awam yang mengikut perintah lobi-lobi pertanian tanpa memperdulikan kesihatan negara yang menopang mereka. Artikel berikut menjelaskan bagaimana proses ini berlaku dan akibat-akibat yang kita lihat sekarang.
**********************************************************************************************************************************
Minyak Kelapa
Minyak Paling Sihat di Dunia
Oleh Brian Shilhavy
“Minyak
kelapa adalah minyak paling sihat di dunia, “ kata Dr. Bruce Fife, seorang
doktor naturopati dan pengarang buku The Healing Miracles of Coconut Oil
(Keajaiban Penyembuhan Minyak Kelapa). Penyelidikan moden nampaknya menyokong
pernyataan berani ini. Pada satu ketika pernah disalahtuduh meningkatkan
tahap-tahap kolesterol, minyak kelapa kini digunakan oleh para doktor dalam rawatan
berbagai penyakit. Kajian-kajian klinikal telah menunjukkan bahawa minyak
kelapa memiliki ciri-ciri anti-mikrob dan anti-virus, dan kini juga digunakan
dalam rawatan pesakit-pesakit AIDS. Kajian-kajian yang dijalankan di Filipina
tahun lalu menunjukkan bahawa minyak kelapa memang mengurangkan bebanan virus
dalam pesakit-pesakit AIDS.
Asid Laurik: Komponen Penting kepada Kesihatan
Asid laurik
adalah asid lemak rantai sederhana yang kaya dalam minyak kelapa dan dianggap
bertanggungjawab untuk kebanyakan manfaat-manfaat kesihatannya. Minyak kelapa
adalah kira-kira 50 peratus asid laurik. Satu-satunya sumber semulajadi lain
yang kaya dengannya ditemui dalam susu manusia.
Dr. Jon J.
Kabara. PhD. dan juga
Dr. Mary
Enig, seorang pakar pemakanan/ahli biokimia dan salah seorang dari pakar
terbaik dunia tentang lemak dan minyak, mengatakan, “Kira-kira 50 peratus dari
asid-asid lemak dalam lemak kelapa adalah asid laurik. Asid laurik adalah asid
lemak rantai sederhana, yang mempunyai fungsi bermanfaat tambahan iaitu
dibentuk menjadi monolaurin dalam tubuh manusia atau haiwan. Monolaurin adalah
monogliserid berciri antivirus, antibakteria, dan antiprotozoa yang digunakan
oleh manusia atau haiwan untuk memusnahkan virus-virus berselaput lipid seperti
HIV, herpes, cytomegalovirus, influenza, berbagai bakteria patogenik termasuk
listeria monocytogenes dan heliobacter pylori, dan protozoa seperti giardia
lamblia. Beberapa kajian juga telah menunjukkan sedikit kesan antimikrob asid
laurik bebas.”
Politik Minyak-minyak Tropika
Jadi
mengapakah minyak kelapa mendapat nama yang begitu buruk sekali sebelum ini?
Sedangkan, kebanyakan hasil penyelidikan yang menyokong minyak kelapa sebagai
lemak yang sihat telahpun wujud untuk beberapa lama. Jawapannya adalah politik
dan ekonomik. Minyak kelapa banyak digunakan pada satu ketika di AS, digunakan
untuk membakar, pastri, menggoreng, dan bertih jagung di panggung wayang. Namun
bermula tahun 1980an, beberapa kumpulan kuat di AS termasuk Persatuan Kacang
Soya Amerika (ASA), Syarikat Hasil Jagung (CPC International), dan Pusat untuk
Sains demi Kepentingan Awam (CSPI) telah mula mengecam semua minyak tepu.
Maklumat sains bermasalah telah digunakan untuk meyakinkan orang awam bahawa
SEMUA lemak tepu adalah tidak sihat, sedangkan sebenarnya lemak-lemak tepu yang
kaya dalam asid-asid lemak rantai sederhana seperti asid laurik adalah sangat
sihat.
Pertubuhan-pertubuhan
ini telah dibantu oleh Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan Amerika Syarikat
(FDA), yang mempunyai ramai kakitangan yang direkrut dari dan kembali ke
industri minyak sayuran. Hasilnya adalah kebanyakan orang telah bertukar kepada
minyak-minyak sayuran, dan sumber utama asid laurik dari minyak-minyak tropika
dalam diet Amerika telah hilang. Negara-negara dari mana minyak-minyak tropika
ini datang, khususnya Filipina dan
Kajian-kajian Kependudukan
Walaupun
beberapa kajian klinikal telah dijalankan baru-baru ini, contohnya kajian atas
para pesakit AIDS di Filipina (1999 -
2000), kebanyakan kajian-kajian itu telah dibuat atas populasi tropika
di mana hasil-hasil kelapa adalah sebahagian utama diet mereka. Salah satu
kajian ini telah dijalankan di pulau-pulau Pukapuka dan Tokelau di Pasifik
Selatan berhampiran
Jadi
bagaimanakah keadaaan kesihatan yang ditemui di kalangan populasi kedua-dua
pulau ini? Bruce Fife melaporkan dalam bukunya: “Kesihatan keseluruhan
kedua-dua kumpulan adalah sangat baik berbanding standard-standard Barat. Tiada
tanda-tanda penyakit buah pinggang atau hipotiroidisme yang mungkin
mempengaruhi tahap-tahap lemak. Tidak ada hiperkolesterolemia (kandungan
kolesterol darah yang tinggi). Semua penduduknya berbadan kurus tegap dan sihat
meskipun dengan adanya diet yang mempunyai kandungan lemak tepu yang sangat
tinggi. Malah, populasi di situ secara keseluruhannya mempunyai nisbah
berat-kepada-ketinggian badan yang ideal berbanding angka-angka Indeks Jisim
Tubuh (BMI) yang digunakan pakar-pakar pemakanan. Masalah-masalah penghadaman
adalah jarang. Sembelit adalah jarang. Mereka membuang najis pada purata dua
kali atau lebih sehari. Aterosklerosis, penyakit jantung, kolitis, kanser
kolon, ulser hemorhoid, divertikulosis, dan apendisitis adalah
penyakit-penyakit yang secara umumnya tidak ditemui di kalangan mereka.”
Lemak yang menyebabkan kehilangan berat badan?
Satu lagi
fakta menakjubkan tentang minyak kelapa adalah walaupun ia sejenis lemak, ia
sebenarnya menggalakkan kehilangan berat badan! Sebabnya sekali lagi adalah asid-asid
lemak rantai sederhana yang sihat itu. Asid-asid lemak ini tidak tersebar dalam
aliran darah seperti lemak-lemak lain, tetapi dihantar terus ke hati di mana ia
ditukar serta-merta kepada tenaga, sama seperti karbohidrat. Jadi tubuh
menggunakan lemak dalam minyak kelapa untuk menghasilkan tenaga, dan bukannya
disimpan sebagai lemak badan. Asid-asid lemak rantai sederhana yang ditemui
dalam minyak kelapa juga mempercepatkan metabolisme badan lantas membakar lebih
banyak kalori dan menggalakkan pengurangan berat badan. Kesan-kesan pengurangan
berat badan minyak kelapa telah jelas ditunjukkan oleh ramai penyelidik. (Satu
senarai rujukan-rujukan boleh didapati dalam buku Bruce Fife The Healing
Miracles of Coconut Oil.)
Dos Terapeutik
Jadi berapa
banyakkah minyak kelapa yang patut dimakan seseorang? Dos terapeutik yang baik
adalah 3 hingga 4 sudu besar sehari. Ini memberikan asid laurik yang cukup
untuk membina sistem pertahanan badan. Juga, carilah minyak kelapa yang tidak
diproses. Jauhilah dari semua minyak yang dihidrogenasi, sama ada ia minyak
kelapa atau minyak sayuran. Minyak yang dihidrogenasi adalah minyak dengan
asid-asid trans-lemak, yang telah diubah dari komposisi kimia asalnya dan telah
ditunjukkan mampu meningkatkan tahap-tahap kolesterol serum yang boleh membawa
kepada penyakit jantung.
Juga carilah minyak-minyak kelapa yang tidak diproses seperti Minyak Kelapa Virgin. Kebanyakan minyak kelapa adalah RBD (refined, bleached, and deodorized – ditulenkan, diluntur, dan diwangikan). Walaupun minyak-minyak RBD ini masih mengekalkan struktur-struktur kimia asid lemak rantai sederhana yang bermanfaat, mereka juga mengandungi bahan-bahan kimia yang digunakan dalam pemprosesan.
Mengenai
Pengarang
Brian
Shilhavy adalah seorang Penasihat Pemakanan yang Diiktiraf (CNC).
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Akibat dari keadaan masyarakat kita sekarang ini adalah bahawa kejujuran dalam penyelidikan dan pemajuan mendapat sokongan dari dasar yang memutarbelitkan kebenaran dan penyelidikan untuk mengatakan apa saja yang boleh melanjutkan kepentingan-kepentingannya sendiri.
Jika kita ingin meneruskan kehidupan
kita, kita mesti
Kita harus
Kita haruslah bijak dalam apa saja yang kita lakukan. Kemalasan banyak menyumbang kepada masalah-masalah kesihatan kita.
Belilah makanan kita sendiri yang belum diproses dan masaklah makanan kita sendiri dan jauhilah semua bahan-bahan yang telah diproses dan semua minyak bukan semulajadi. Gunakanlah bijirin asli dan paling penting sekali makanlah daging merah dari binatang yang diternak bebas di ladang untuk membolehkan otak membina semula dan memulihkan myelin melalui vitamin B12 dan myelin. Jangan gunakan daging-daging yang telah diproses dan jangan gunakan hasil-hasil soya. Terutama sekali janganlah kamu memberi makan rumusan-rumusan soya kepada bayi-bayimu.
Mungkin ini sejajar secara langsung dengan kesihatan dan mungkin kenampakannya tidak berdasarkan doktrin namun kita harus memastikan tentang apa yang kita makan dan kita perlu sihat untuk melakukan pekerjaan Tuhan. Pelajarilah karya Hukum-hukum Pemakanan (No. 15) dan pastikan tentang daging-daging yang kita makan. Berjaga-jagalah dan bersikap sinis terhadap propaganda dari syarikat-syarikat makanan yang besar. Jauhilah makanan-makanan segera.
Cara terbaik untuk kita tunjukkan
bahawa kita mengasihi sesama sendiri adalah dengan memberi mereka makanan sihat
dan bersikap jujur dengan mereka.
Wade Cox
Koordinator Umum