![]() |
Konperensi Dunia
|
![]() |
Mesej SabatMesej Sabat 2/9/27/120 Teman-teman sekalian, Bulan Baru ini kita telah melihat konsep memelihara fikiran dan tubuh supaya aktif dan sihat. Siapa diri kita kebanyakannya adalah apa yang kita lakukan dan apa yang kita masukkan ke dalam tubuh kita dan fikiran kita. Lazimnya cara fikiran kita berfungsi adalah di luar kawalan langsung kita kerana kita membenarkan konsep-konsep yang tidak betul atau tidak benar memasuki fikiran. Perintah Kesembilan adalah perlu kepada operasi masyarakat yang sihat. Apa yang menentukan proses-proses pemikiran seorang individu juga membentuk masyarakat yang dibentuk oleh individu-individu tersebut. Seperti mana keinginan serta Perintah Kesepuluh mengawalatur hubungan-hubungan secara teori dalam interaksi sosial dan kesaksamaan, begitu juga Perintah Kesembilan mengawalatur keadilan sosial. Kedua-dua perintah ini mengawalatur masyarakat umum bersama dengan Perintah-perintah Keenam, Ketujuh, dan Kelapan. Aspek-aspek ini dibincangkan dalam Siri Perintah Tuhan (L1) yang patut kita semua ketahui dan bersedia untuk belajar secara terperinci untuk tahun depan. Kebanyakan orang akan memikirkan bahawa mereka hanya manusia dan tidak akan memberi saksi dusta dan/atau ikut serta dalam perbuatan-perbuatan yang tidak adil. Bagaimanapun, orang-orang yang sama ini mempunyai pandangan-pandangan yang telah dibentuk orang lain dalam manipulasi maklumat yang mereka benarkan ke dalam fikiran-fikiran mereka serta penerimaan mereka terhadap pandangan-pandangan atau data sebagai kenyataan walaupun mereka tidak mengetahuinya secara langsung atau dapat mengesahkannya. Kita semua melakukannya dan sedikit sebanyak kita adalah hasil-hasil masyarakat kita. Kita semua membaca mukasurat pertama di mana fitnah seorang individu berlaku namun sedikit orang saja yang sanggup membaca penarikan kembali yang biasanya dibuat lewat kemudian dalam isu kemudiannya jika adapun diterbitkan. Saya telah merujuk kepada satu kes tragik beberapa bulan yang lalu mengenai keluarga Chamberlains yang anaknya telah dilarikan seekor dingo di Uluru, Australia. Kini mereka mempunyai bukti kukuh bahawa wanita-wanita tersebut telah disabitkan kesalahan dengan tidak adil, dan dianiaya oleh sebuah masyarakat naturalis yang berniat baik namun tidak tahu apa-apa tentang hal-hal yang mereka katakan dan tuliskan. Malah sekarangpun apabila ianya diakui oleh sesiapapun yang hanya mempunyai pengetahuan sepintas lalu tentang fakta-fakta kes ini bahawa ibu tersebut tidak bersalah terhadap kematian anaknya, masih terdapat orang yang tidak menerima kenyataan ini kerana mereka tidak mahu menerima kenyataannya. Minggu ini seekor dingo cuba melakukan benda yang sama kepada seorang lagi anak dan kakak anak ini telah menghalang anak ini dilarikan dan dimakan. Begitu sekalipun, ibunya dilaporkan tidak mahu dingo ini dibunuh. Jadi anak siapakah yang harus mati untuk mendapat tindakan positif? Untung sekali masih ada orang yang waras dalam dunia ini dan perkara ini akan dibereskan tidak lama lagi. Sikap-sikap yang ditunjukkan dalam contoh-contoh ini telah ditentukan oleh korpus (badan) tidak berpengetahuan yang membentuk struktur pendidikan masyarakat itu. Kita adalah hasil sistem-sistem pendidikan kita dan dukacita sekali ianya mengecewakan sejak tahun-tahun kebelakangan ini. Kita telah meremeh-temehkan pendidikan dan mengeluarkan pertanggungjawaban dari sistem-sistem penilaian kita, dan kita sedang membayar harganya. Kita mempunyai kemahiran-kemahiran membaca yang mengecewakan dalam populasi sekolah kita namun bukan hanya di kalangan murid-murid. Malah ada antara guru-guru kita yang mempamerkan ketidakmampuan pembelajaran dan kecacatan dalam kemahiran-kemahiran ini. Rakyat kita tidak mempunyai pendidikan asas untuk membezakan fakta dari fiksyen dalam media dan ini sedang digalakkan oleh pihak pentadbiran untuk tujuan pengawalan. Ini tidak menjadikan rakyat bebas dan adil. Bagaimanakah kita dapat mendidik sebuah masyarakat jika para pendidiknya sendiri tidak dididik atau tidak mempunyai kemahiran-kemahiran asas seperti membaca dan komunikasi? Kerana dalam komunikasi yang betul dan jujur barulah kita dapat mengekalkan kepaduan kita sebagai sebuah masyarakat. Apabila sebuah masyarakat mengajar orang ramai berbohong ia akhirnya hancur. Tiada lagi tempat di mana ia lebih ketara dari dalam Jemaat-jemaat Allah. Proses ini dipanggil ketidaksesuaian kognitif. Ia menyebabkan ketidakseimbangan fikiran-fikiran paling waras. Terdapat dua cara bagaimana kita dapat dipengaruhi secara sosial dengan maklumat yang salah hingga membawa kepada ketidakadilan. Tahap pertama adalah dengan umpatan ringkas. Ianya satu kenyataan bahawa orang ramai suka mengumpat. Motivasi sosial dalam populasi lazim menyebabkan orang-orang ingin mengawal dengan penggunaan maklumat. Maka orang menjadi pihak yang mempunyai maklumat tentang orang lain dan memberitahu orang berkenaan pemahaman mereka akan apa yang orang lain katakan dan lakukan. Masalahnya adalah ia biasanya hanya khabar angin dan sering kali dusta-dusta sengaja diambil dan diulangi sebagai kenyataan. Kami telah melihat orang yang dibaptiskan ke dalam jemaat-jemaat Allah sengaja cuba merosakkan orang lain dengan umpatan yang jahat. Saya telah melihat pegawai-pegawai dalam Jemaat-jemaat Allah menggunakan umpatan sebagai senjata dalam permainan mengumpul orang seperti bidak dalam rutin jemaat-jemaat bermuzik yang datang dari kehancuran yang berlaku pada hujung abad ke 20. Kami telah melihat orang yang cuba menghancurkan pegawai-pegawai lain serta reputasi mereka demi kebaikan keluarga mereka sendiri. Jemaat tidak akan bersabar dengan serangan perwatakan di balik tabir ini yang merupakan satu ciri kumpulan-kumpulan agama lebih awal. Apabila tuduhan-tuduhan dibuat terhadap seseorang maka ia haruslah disiasat dengan betul. Udara segar dan sinar matahari adalah antiseptik terbaik. Seseorang itu berhak mengetahui tuduhan-tuduhan yang dikenakan kepada mereka. Tuduhan-tuduhan ini haruslah bertulis. Mereka berhak mengetahui, mendengar, serta menguji bukti pada mana tuduhan-tuduhan ini didasarkan. Mereka berhak mendapat keadilan alamiah dalam pelaksanaan sebarang perbicaraan. Mereka berhak didengari dan mereka harus mendapat pengadilan yang tidak berat sebelah. Keadilan haruslah tepat pada masanya dan jelas. Elemen kritikal dalam semua ini adalah bahawa ia harus semuanya berdasar pada kebenaran dan tiada ruang untuk ketidakjujuran. Seorang saksi palsu tidak akan terlepas dari hukuman (Amsal 19:5,9). Bab dalam Amsal ini mengulangi janji tersebut dalam jarak empat ayat untuk penekanan. Jemaat haruslah menjadi pusat keadilan dan perbicaraan adil, dan bukannya tempat penganiayaan serta umpatan. Cara kedua adalah dengan maklumat salah yang disengajakan pada laporan-laporan rasmi. Iblis adalah penuduh saudara dan merupakan seorang pakar dalam membuat tuduhan-tuduhan terhadap kita. Kita lazim membantunya dalam hal ini melalui kebodohan dan dosa kita sendiri. Dia mempunyai ramai pembantu yang rela dalam masyarakat. Terdapat penganut-penganut Iblis yang semakin ramai dalam masyarakat kini dan ramai yang tidakpun sedar bahawa mereka adalah sebahagian dari hal-hal dalam Iblis. Salah satu cara biasa yang berkembang dalam masyarakat kita sekarang ini dengan teknologi maklumat adalah di mana orang-orang yang lebih tua menghasilkan laporan-laporan palsu tentang orang-orang yang mereka tidak sukai atau yang mengancam kedudukan mereka, dan ini dimasukkan ke dalam rekod. Kami telah melihat laporan-laporan rasmi yang dibuat tentang orang yang tidak mempunyai sebarang kebenaran di dalamnya dan hanya dihasilkan untuk menghilangkan kepercayaan atas orang-orang yang dilaporkan itu. Pengumpulan maklumat hari ini semakin berdasarkan khabar angin. Sering kali pegawai-pegawai yang korup mengumpulkan laporan-laporan untuk menghilangkan kepercayaan terhadap orang yang dianggap mereka sebagai ancaman kepada keterusan kedudukan atau aktiviti mereka. Kini hal ini semakin diterima dan tuduhan-tuduhan boleh dibuat terhadap orang-orang dan dimasukkan ke dalam fail-fail tanpa berdasarkan sebarang kebenaran tetapi hanya mencapai kenyataannya dari kewujudannya dalam fail. Pegawai-pegawai lebih muda kemudiannya mengulangi dusta-dusta ini kerana mereka melihatnya ada dalam fail atau ingin mendapatkan sokongan dari pegawai atasan mereka. Kerahsiaan peribadi adalah satu dongeng dan dengan kehancuran kerahsiaan peribadi, kemampuan untuk keadilan sosial dikurangkan. Kumpulan penjenayah menggunakan korupsi polis untuk tujuan-tujuan ini dan proses perisikan membantunya. Perkara yang menakjubkan adalah bahawa orang ramai menganggap hakisan hak keadilan mereka ini sebagai lebih diterima apabila ia terjadi kepada orang lain. Ini berpunca dari "pembiasaan" masyarakat. Ini sepatutnya tidak terjadi dalam jemaat namun dukacita sekali ia memang terjadi. Golongan yang paling mendapat kesannya biasanya adalah mereka yang rapat dengan pihak yang bersalah. Mereka lazimnya tidak ingin mempercayai kenyataan yang mengecewakan ini atau meragui saudara-saudara mereka. Ianya kenyataan yang mendukacitakan bahawa orang-orang telah membiarkan diri mereka disingkir dari jemaat dengan umpatan dan pernyataan palsu orang lain oleh kerana kesetiaan mereka yang tersesat. Bagaimanapun, mereka yang telah membenarkan pernyataan-pernyataan palsu tersebut kekal, juga berada dalam kedudukan berat dari segi keimanan. Jangan menjadi halangan kepada kedudukan seseorang dengan berdiam diri atau bersaksi dusta. Tuhan akan mempertanggungjawabkannya kepada kamu sehinggalah kamu bertaubat dan membetulkan masalah itu. Jemaat tidak akan berdiam selamanya. Pergilah kepada saudaramu dan pulihkanlah dia kepada keimanan itu. Setiap kita mempunyai tanggungjawab untuk memastikan bahawa umat kita dididik dalam kebenaran kerana hanya kebenaran saja yang akan membebaskan kita. Keadilan bermula dengan keluarga dan Jemaat Allah. Jika kita mencipta ketidakadilan dalam Jemaat-jemaat Allah, bagaimana kita dapat mengharapkan masyarakat mengambil berat diri kita? Kami masih menunggu untuk satu masalah di kalangan saudara iman dalam salah sebuah jemaat untuk berdamai semula dalam kebenaran dan kejujuran, dan banyak dari masalahnya disebabkan oleh ketidakjujuran orang-orang yang sudah lama meninggal. Jangan biarkan orang dengan idea-idea ganjil memisahkan saudara dalam jemaat hanya kerana kamu tidak ingin percaya bahawa mereka mungkin benar-benar akan melakukan apa saja perkaranya kerana dalam hatimu kamu ingin mempercayai mereka. Ini membawa saya kepada satu poin lain. Jika kamu meninggalkan jemaat walaupun kamu tidak bersalah, kamu tidak dilepaskan dari kewajipan untuk mengenalpasti tubuh Kristus serta memelihara Paskah. Jika kamu ketinggalan Perjamuan Suci, kamu tidak lagi sehaluan. Kamu boleh mengambil perjamuan kedua tetapi jika tidak maka lebih baik kamu bertaubat dan memulihkan dirimu kepada jemaat. Kegagalan untuk memelihara Perjamuan Suci serta Pendamaian bererti kamu dipisahkan dari umatmu iaitu Jemaat Allah. Kita semua harus ingat tentang hal ini. Jika kamu sakit hati kerana sesuatu yang kamu dengar dari seorang anggota lain dan membawa dirimu keluar dari jemaat maka masalahnya terletak pada dirimu dan bukannya dia. Carilah apa yang benar dan pulihkan dirimu kepada jemaat. Jangan jadi sebahagian dari CCG dan memisahkan-misahkan saudara-saudaramu. Jemaat ini tidak berdasarkan umpatan dan serangan perwatakan atau ketidakadilan dan penyalahgunaan keadilan. Jangan datang kepada seorang eksekutif dengan sebuah rungutan dan menjangka kami akan dipengaruhi olehnya tanpa perbicaraan yang berdasarkan peraturan-peraturan keadilan alamiah. Umpatan tidak akan dibenarkan pada Jemaat-jemaat Allah. Membangkitkan laporan palsu adalah suatu pemutarbelitan keadilan dan tidak akan dibiarkan. Kita semua harus cuba berdamai dengan saudara-saudara kita dan saling membangun antara satu sama lain dalam matlamat keimanan dengan keadilan dan kebenaran. Tiada satupun ayat dalam Alkitab yang membenarkan seorang anggota terbaptis tubuh Kristus untuk berdiam di rumah atau menahan persepuluhan serta usahanya dari pekerjaan tersebut. Malah Kristus cukup jelas tentang apa yang akan terjadi kepada orang berkenaan. Bekerjasamalah sebagai tubuh kepaduan dalam iman. Kasihilah sesama sendiri dan berdamai. Bekerjalah untuk membina Jemaat Allah dalam negara dan kawasan di mana kamu tinggal. Jangan hilang semangat atau sakit hati. Pandanglah pada hal-hal lebih besar yang menanti kamu dan bekerjalah dalam harmoni dan kasih.
|