Konperensi Dunia
Jemaat-jemaat Allah Al Maséhi

Mesej Sabat

Bulan Baru 1/9/27/120

Kepada sahabat sekalian,

Bulan Baru ini bergandingan dengan Sabat dan justru itu, kita mempunyai penghujung minggu yang lama di kebanyakan negara. Pada masa ini saya mahu berbicara mengenai masalah yang dihadapi oleh semua bangsa, tetapi secara khususnya kepada negara-negara barat yang mana fahaman vegetarianisme telah berakar bersama dengan struktur pamakanan mereka yang tidak baik. Umat kita sedang disesatkan oleh doktrin-doktrin iblis, dan mereka seolah-olah tidak mampu untuk membebaskan mentaliti mereka dari idea-idea jahat yang telah ditanam di dalam pemikiran umat kita, dan secara khususnya di kalangan Jemaat-jemaat Allah, dari kesilapan panganut Adventist, Ellen G. White dan doktrin-doktrin palsu yang dianjur oleh pengikut-pengikutnya.

Gagasan teologi doktrin tersebut yang didukung oleh pengikut iblis telah dihuraikan di dalam karya tulis Doktrin-Doktrin Iblis Pada Waktu Akhir Zaman (No. 48) dan Vegetarianisme dan Alkitab (No. 183). Semua orang di dalam Jemaat harus belajar karya ini supaya mereka boleh berjaga-jaga dengan apa yang telah dilakukan oleh iblis, dan bagaimana berjayanya mereka mengubah pemakanan dan cara pemikiran orang-orang di dunia ini. Mereka telah mengubah proses pemikiran dan mempengaruhi keupayaan umat manusia untuk memelihara tubuh badan dan fikiran yang sihat. Umat kita memusnahkan keupayaan mereka untuk berfikiran rasional dengan progresif.

Terdapat beberapa fakta jelas yang perlu diterangkan dalam istilah yang pasti, supaya kita faham apa yang perlu dilakukan untuk membetulkan masalah ini dan memulihkan kesihatan umat kita serta bangsa-bangsa. Dongengan yang dipertalikan dengan pemakanan harus dimusnahkan.

Mitos 1: Allah inginkan supaya spesis manusia menjadi vegetarian.

Mitos 1A: Mitos perbandingan terhadap Mitos 1 adalah bahawa spesis tersebut berkembang dan pola vegetarian adalah matlamat serta peranan bagi golongan manusia yang lebih progresif.

Kedua-dua pandangan ini adalah bertentangan dengan fakta yang telah diketahui dan sains.

Allah tidak demikian, dan tidak menginginkan umat spesis manusia untuk menjadi vegetarian (Lihat Vegetarianisme dan Alkitab (No. 183). Umat manusia tidak pernah menjadi vegetarian atas dasar etnik. Ianya tidak luhur menjadi vegetarian. Ianya tidak bijak untuk menjadi vegetarian. Fahaman vegetarianisme adalah sebenarnya satu imputasi terhadap alam semulajadi dan rencana Allah. Memakan daging merah bukannya tidak sihat. Dan bukannya memakan daging putih itu lebih menguntungkan, malah keadaan sebenarnya adalah disebaliknya.

Fahaman vegetarianisme, dan malah fahaman veganisme yang lebih menyimpang adalah bahaya yang langsung kepada kesihatan dan kehidupan bayi dan orang-orang yang berumur. Negara bahagian mempunyai satu obligasi moral untuk mengambil langkah pembelajaran perihal pembaikan kesihatan bagi keluarga-keluarga yang mendukung bentuk fikiran yang menyimpang ini.

Mitos 2: Daging putih adalah lebih baik untuk anda.

Kebanyakan masalah yang berhubungan dengan pemakanan moden datang dari sumber-sumber lain selain daripada daging merah.

Satu daripada cara pemakanan yang salah boleh didapati di kalangan orang vegetarian yang berfikir bahawa mereka memberi keadaan yang sihat kepada alam sekeliling dengan tidak memakan daging merah dan sekiranya terpaksa, mereka akan memakan daging putih dan makanan dai laut. Apabila berhadapan dengan makanan laut, mereka memilih kerang-kerangan dan haiwan laut yang berkulit keras termasuk tiram.

Muslim juga adalah antara golongan yang tersesat kerana mereka gagal untuk menurut Quran dan telah mula memakan kerang-kerangan dan berfikir bahawa, oleh kerana mereka tidak memakan daging babi dan anjing, mereka boleh memakan apa sahaja yang merangkak di dalam laut atau darat. Hukum makanan dijelaskan dengan terang di dalam Alkitab dan Quran menekankan ayat-ayat dalam Alkitab. Penjelasan fuller terdapat di dalam karya tulis Hukum-Hukum Makanan (No. 15). Teks ini sedang dipelajari oleh bangsa-bangsa Islam pada masa sekarang secara terperinci.

Kita akan menyenaraikan isu-isu jelas dan kekeliruan berhubungan dengan sistem makanan dan bagaimana kita boleh mengatur pemakanan kita dengan lebih baik. Ianya penting untuk kita menyedari di mana masalah itu terletak dalam mengatur sistem pemakanan yang teratur dan bagaimana kita harus menanam pengetahuan tersebut dalam kehidupan kita sehari-hari – yakni cara kita mengatur pemakanan kita dan bagaimana cara kita memasak, bukan sahaja untuk diri kita, tetapi juga untuk orang lain.

Daging Merah

Daging meraha adalah perlu untuk memelihara tubuh badan yang sihat dan secara khususnya kepada otak. Tisu berlemak dalam daging merah menolong mengembangkn otak pada kanak-kanak dan siri-siri Vitamin B (khususnya B12), membantu sinapsis berkembang dan membantu sistem saraf bertumbuh dan kemudian memelihara sistemnya sendiri dalam tubuh badan orang dewasa. Produk tenusu adalah berkhasiat dan diperlukan dalam proses ini juga.

Sekiranya kamu tidak memakan daging merah, kamu juga tidak mendapat darah Haima dan justru itu saluran darah dipengaruhi. Zat besi dalam sayuran tidak mencukupi seperti di dalam daging, yang mana dalam bentuk zat besi Haima. Bentuk ini diperlukan oleh tubuh badan untuk memproseskan elemn lain di dalam pemakanan.

Penyakit-penyakit dibawah adalah akibat langsung dari kegagalan untuk mengekalkan daging merah dan produk tenusu dalam pemakanan.

* Anemia termasuk anemia yang mematikan.

* Gangguan sistem persarafan di mana unsur mielin diserang dan saluran saraf terhalang dari keupayaannya untuk memelihara tisu-tisu tubuh dan organ-organ.

Dalam setiap keadaan yang kita perhatikan di mana penyakit sistem persarafan berlaku, terlebih lagi MS, vegetarianisme atau abstensi dari pemakanan daging merah yang seimbang telah dilihat dengan jelas.

Soya bukan pengganti produk susu dan, sebenarnya produk ini lebih merbahaya dan ianya mampu membunuh bayi-bayi.

Soya adalah aluminium pebangkai dan mendapat bahan-bahan logam lain yang membahayakan otak. penyakit Alzheimer dan pembantutan otak dilihat timbul berhubungan dengan pengambilan yang berlebihan kimia-kimia ini ke dalam sistem tubuh badan. Soya mempunyai lipatan protin yang sangat kurang. Ianya bukanlah untuk makanan. Kira-kira 2,000 tahun dahulu, fermentasi kacang soya telah dikembangkan untuk membuat sos masakan. Sos soya boleh mengakibatkan sejenis kanser sekiranya disimpan lebih daripada tarikh luputnya. Orang Cina mengenal pasti soya sebagai satu daripada lima benih yang suci, tetapi tidak sama dengan empat yang lain, yang mana dikenal pasti dalam ideogram mereka di dalam pengertian benih-benih tersebut, soya dikenal pasti melalui akarnya dan merupakan tumbuhan polong yang digunakan untuk membaja tanah dan bukannya bertujuan untuk dimakan sama sekali. Ianya tidak membawah manfaat kepada spesis manusia dan suatu hari nanti, ianya diharamkan sebagai makanan, dan undang-undang akan menghukum para ibu bapa yang memberi makan kepada anak-anak mereka secara ekslusif. Terdapat ibu bapa di dalam penjara pada masa sekarang kerana membunuh anak-anak mereka dengan memberi makan anak-anak mereka secara melulu dengan makanan soya yang mengakibatkan kematian, walaupun amaran diberi oleh pihak berkuasa berkenaan perkara ini.

Kanak-kanak harus didedahkan kepada makanan daging secara perlahan-lahan dari bayi supaya tubuh badan mereka boleh mengembangkan enzim-enzim yang diperlukan bagi penyerapan daging yang baik. Kebanyakan keluarga yang normal memahami proses ini.

Apa yang akan berlaku apabila seseorang melepaskan pemakanan daging merah adalah tubuhnya secara perlahan-lahan berhenti mengeluarkan enzim-enzim yang diperlukan bagi penyerapan daging, dan tubuh mula bertindak balas kepada daging supaya selepas beberapa lama orang ini mula merasa muak ketika memakan daging merah. Ini tidak bererti bahawa ada yang tidak kena dengan daging, ataupun membuktikan kebenaran vegetarian dengan melihat tindak balas tubuh tersebut. Ianya semata-mata bererti bahawa tindak balas tubuh sedang mundur dan perlu secara perlahan-lahan dikembangkan ke tahap di mana ia sekali lagi mengeluarkan enzim-enzim yang diperlukan bagi pencernaan serta pemprosesan daging.

Masalah ini difahami dengan baik. Terdapat produk yang boleh didapati di pasar yang boleh membantu tubuh mengatasi keadaan ini. Ianya bukannya satu justifikasi untuk mengatakan, “Daging membuat saya sakit.” Kamu telah mengalaminya dalam diri kamu. Ianya boleh dibetulkan dan kita mempunyai obligasi untuk melakukannya. Setiap kita mempunyai obligasi untuk mengekalkan tubuh badan yang sihat bagi pekerjaan Tuhan.

Makanan Laut

Makanan laut yang dibenarkan untuk dimakan hanyalah hidupan yang mempunyai sirip dan sisik ikan yang tidak mempunai sisik adalah pebangkai dan mempunyai kandungan merkuri yang tinggi kandungan logam yang tinggi. Tahap merkuri juga terdapat pada ikan-ikan bersih dalam beberapa spesis, tetapi merkuri ini bersama-sama dengan elemen lain seperti selenium, yang mengehadkan keupayaan merkuri tersebut kepada tubuh manusia.

Kerang mempunyai kandungan logam yang tinggi, dan ianya menyebar di seluruh tubuh badan dan bukannya tersimpan sahaja kerana ianya berada di dalam spesis yang bersih. Tiram adalah sistem yang menyaring kandunga-kandungan dalam laut, dan menjangkiti manusia dengan virus-virus yang disimpan di dalam dagingnya. Penciptaan adalah seimbang dan terpadat tempat dalam rangkaian makanan di mana setiapnya adalah makanan bagi yang lain. Allah memberi kita spesis yang khusus yang boleh kita makan dan menjelaskan fakta itu kepada kita dari mula.

Air

Satu daripada perkara yang sangat penting kita perlukan adalah air yang bersih. Penggunaan kita terhadap air telah dihadkan oleh masyarakat politik serta kedunguan saintifik sepanjang masa. Saya pernah melihat persidangan membuat perundangan untuk menyingkirkan semua tangki air yang mengumpulkan air hujan daripada rumah-rumah awam, supaya orang dalam pekan itu dipaksa untuk menggunakan air yang disediakan oleh kota itu. Di Australia, perkara ini memberi tamparan kepada saya sebagai bentuk kendalian yang menyeleweng dan berpandangan sempit, malah dungu.

Baru-baru ini, kajian telah dibuat terhadap air di dalam botol di Australia dan air di dalam botol itu di dapati berada di atas tahap yang dianjurkan bagi logam seperti aluminium dan lain-lain. Air paip di Australia dilaporkan lebih selamat daripada air yang dibotolkan dalam penggunaan biasa.

Satu masalah dengan air suling serta air yang dibersihkan adalah kandungan iodinnya adalah terhad, terlebih lagi di Australia, dan ini bererti pertambahan penyakit beguk atau kekurangan vitamin. Garam yang mengandungi iodin boleh melawan masalah tersebut.

Garam

Ini membawa kita kepada masalah yang seterusnya, iaitu garam. Seringkali kita lakukan apa yang dikatakan oleh orang lain tetapi tidak pernah mendengar nasihat dari keluarga kita sendiri. Seorang wanita, yang rapat dengan saya, pernah diberitahu oleh seorang dukun untuk jangan lagi mengambil garam. Dia menurut dan, apabila diberitahu bahawa dia akan mengalami masalah serius dan bahawa garam diperlukan untuk mengembalikan keadaan tubuh badan dan sistem kesihatan serta rambut, dia tidak memperdulikan nasihat itu. Apabila rambutnya mula gugur dia pergi kepada doktor dan doktor tersebut memberitahu dia apa yang diberitahu oleh keluarganya dahulu, tetapi kali dia perlu memberi dia tablet garam dalam jangka sama pendek untuk mengubati masalah ini.

Allah berfirman kita adalah garam dunia. Ini tidak bererti bahawa kita dibuat dengan menggunakan ramuan yang tidak diperlukan dalam perencanaan. Ianya bererti kita disebarkan dan mempengaruhi perkembangan hidupan di atas planet ini. Kita diperlukan dalam proses ini.

Pertumbuhan Tulang

Pertumbuhan dan pemeliharaan tulang boleh dilakukan melalui pengambilan kalsium dalam produk tenusu dan sayuran. Daging. Susu dan keju adalah ramuan kunci dalam aspek ini. Beberapa tahun dahulu para dukun peramal memberitahu orang untuk tidak mengambil produk susu, dan kebanyakan orang sekarang yang mengalami masalah osteoporosis adalah akibat daripada kebodohan ini. Produk-produk ini bersama dengan latihan jasmani adalah perlu untuk mengekalkan tubuh badan yang sihat.

Gula

Gula boleh kita dapati sebenarnya dalam semua makanan. Sebenarnya ia telah diletakkan dalam makanan yang diproses sekarang. Manusia menjadi tidak sihat jadinya, dan penyakit kencing manis semakin meningkat. Salah satu faktor yang tidak diambil kira dalam peningkatan ini ialah timbulnya steroid dalam sistem perubatan dan dalam rangkaian makanan. Preskripsi steroid cortison adalah sebenarnya faktor utama yang menyebabkan penyakit kencing manis. Atur pengambilan gula dengan bijak. Bertentangan dengan kepercayaan ramai, beberapa makanan coklat boleh memberi manfaat kepada orang yang normal.

Sekiranya kamu mengidap kencing manis melalui masalah sistem pamakanan moden atau praktik perubatan, ingatlah fakta-fakta ini:
* Pengidap kencing manis mempunyai kemungkinan tujuh kali menjadi buta daripada orang yang normal.

* Mereka mempunyai kemungkinan empat kali menderita serangan jantung.

* Mereka mempunyai kemungkinan yang besar mengalami amputasi daripada orang yang normal.

* Sebabnya adalah tahap kandungan gula di dalam darah yang memusnahkan kapilari-kapilari dan tidak mampu untuk mengekalkan bekalan darah kepada tisu-tisu. Banyak lagi jenis penyakit yang timbul dari masalah ini.

Wain dan Alkohol

Satu daripada cara yang terbaik untuk mengelak penyakit jantung adalah memakan daging merah yang baik dan mengambil satu gelas wain pada masa makan petang. Orang perancis memakan jumlah lemak yang sama seperti orang Scandinavia dan orang Amerika tetapi menderita kurang daripada setengah dari serangan jantung yang dialami oleh orang lain, oleh kerana mereka meminum wain merah. Alkohol dalam pengambilan yang sederhana adalah baik untuk anda.

Sekiranya kamu mempunyai masalah dengan alkohol, belajarlah untuk mengendalikannya. Seorang pemabuk tidak akan mendapat Kerajaan Allah kerana masalah pengendalian dirinya.

Minyak

Masak dengan minyak zaitun dam minyak kelapa. Minyak ini adalah semulajadi dan tidak memberi kesan kepada mata. Jangan gunakan minyak sayuran dalam memasak dan makanan kerana ini menyebabkan pembantutan otot dan boleh membuat kita buta. Ianya adalah bahan korporat manipulasi US selepas Perang Dunia II untuk mendapat keuntungan dan harus disingkirkan dalam proses makanan. Guna mentega dan bukan margerine. Jangan gunaka mentega bersama dengan minyak zaitun sebagai pelembut kerana ini sudah diubah dan merbahaya. Ianya dilaporkan bahawa minyak kelapa sebenarnya mengurangkan bahaya yang disebabkan oleh lemak. Jangan panaskan minyak kekacang.

Penyamar Doktor dan Jemaat-jemaat Allah

Satu daripada masalah yang kita lihat berkembang sepanjang tahun adalah pengelakan doktor perubatan yang layak oleh Jemaat-jemaat Allah. Ini disebabkan oleh pemahaman yang salah terhadap pegangan Alkitab ke atas para doktor kerana pemujaan berhala yang berhubungan dengan kultus Aescalapius pada masa awal Jemaat.

Praktik perubatan adalah bidang yang dilalaikan dan disalahgunakan. Ianya adalah benar, tetapi itu tidak bererti bahawa kita harus menguatkan para penyamar doktor dan penyembah iblis yang berdasarkan ramalan. Carilah nasihat perubatan yang baik dan, sekiranya kamu sangsi, carilah nasihat dan pandangan kedua. Jangan mengikuti penyamar doktor, dan jangan membuat keputusan berdasarkan nasihat yang tidak profesional dan tidak saintifik. Ini tidak bererti kita akan ambil semua perkara yang diberi kepada kita.

Berkurun dahulu, ianya hukuman mati untuk pergi melahirkan bayi di hospital kerana masalah kebersihan. Sekarang ianya adalah tuah yang positif bagi kebanyakan orang, di mana seorang ibu dan anak yang mungkin telah mati.

Ingat ini: sekiranya kamu tidak memakan daging kamu tidak luhur, ada yang tidak kena dengan kamu dan pemikiran kamu. Peluangnya adalah bahawa kamu akan mengalami beberapa masalah kesihatan seperti yang disebut di atas.

Sekiranya kamu mempunyai berat yang kurang, kamu tidak dalam keadaan yang baik dan kamu sakit atau kamu mengalami kurang selera. Peragawan selalunya kurus tetapi mereka juga sering mengalami kurang selera atau gangguan pemakanan. Kebanyakannya tidak mempunyai bayi dan beberapa daripada mereka tidak pernah ada anak kerana sistem pemakanan mereka dan cara kehidupan mereka. Orang yang kurus selalunya sihat sekiranya disebabkan mereka bekerja keras. Bagaimana pun, kecantikan adalah terletak pada wanita yang mempunyai bentuk simetri yang seimbang, yang mana tidak kurus.

Wanita sihat yang mempunyai pemakanan yang baik mempunyai kecantikan pada dirinya sendiri dan bersedia untuk dirinya mendirikan rumah tangga. Seorang lelaki perlu pemakanan yang baik untuk menjaga keluarganya kerana dia perlu memikul beban ini di hadapan Allah, sekiranya tidak, kita akan berada di dalam sistem sosial yang bercampur aduk di tempat di mana kita berada sekarang.

Janganlah patah hati sekiranya kamu dapati diri kita berada di dalam keadaan yang sukar. Kita semua harus menguatkan satu sama lain dan menolong satu sama lain. Masa akan tiba apabila ramai orang yang musnah masuk ke Jemaat, mencari pembebasan dari kekotoran dari sistem yang menyeleweng. Kita akan berhadapan dengan ramai lagi orang yang menderita dari penyakit yang banyak. Dan satu daripada masalah mentaliti yang kurang melalui cara pemakanan ini menyebabkan kurang penyimpangan sikap, iaitu orang ini tidak akan sedar bahawa mereka kian tidak berfungsi dengan sempurna. Orang yang membiarkan anak mereka mati dari pembantutan disebabkan oleh pemakanan soya, di mana mereka sendiri menderita kerana efek dari kedunguan mereka dalam fahaman veganisme dan tidak dapat memproses fakta ini dalam fikiran mereka tentang bahaya yang akan dialami oleh anak mereka. Mereka fikir mereka adalah luhur memberi makan anak mereka sedemikian rupa, dan dilaporkan masih melakukan perkara yang sama kepada anak yang seterusnya yang mana masih di dalam rahim ketika mereka dimasukkan di dalam penjara.

Iblis mencar kelemahan kita melalui ajaran sesat sedemikian. Guru-guru palsu di dalam Jemaat-jemaat Allah telah berusaha untuk mempromosikan doktrin palsu. Tidak kurang juga dengan nabi palsu, Ellen G. White, dan pengikutnya. Ajarannya sebenarnya mengubah rencana keselamatan untuk menempatkan fahaman vegetarisnisme walaupun ianya jelas adalah sistem yang palsu mengikut struktur Alkitab (Lihat karya tulis Penghakiman Pra-Advent (No. 176) dan Milenium dan Keghairahan (No. 95)).

Kuatkan stu sama lain dan pastikan satu sama lain dijaga dengan baik dan dipelihara. Besarkan anak kamu menjadi kukuh dan kuat dan memberi makan dengan pemakanan yang seimbang supaya mereka boleh melayani Allah dengan lebih baik.

Kasihilah satu sama lain. Satu daripada cara yang terbaik untuk menunjukkan bahawa kamu mengasihi seseorang adalah dengan cara memberi makan kepada dia dengan baik dan betul.

Wade Cox
Koordinator Umum