Konperensi Dunia
Jemaat-jemaat Allah Al Maséhi

Mesej Sabat

Mesej Sabat  7/10/27/120

Kepada sahabat sekalian,

Ianya sesuai untuk kita meneliti beberapa dasar fikiran yang asas di mana Yesus Kristus dan Jemaat Allah beroperasi dan telah beroperasi sepanjang dua milenia yang lalu.

Dasar kebenaran adalah asas kepada operasi Jemaat Allah dan identifikasinya sepanjang abad.

Aksioma 1. Ada satu Allah yang Benar, satu-satunya Allah, yang mana Dia adalah abadi, berkekalan dan tidak boleh dilihat (1 Tim 1:17;6:16).

Aksioma 2. Allah adalah abadi atau tidak boleh berubah begitu juga dengan kaunsilNya (Ibr 6:17-18).

Aksioma 3. Satu Allha yang Benar tidak ada seorangpun yang pernah melihat dan akan melihatNya. Tidak ada orang yang pernah mendengar suaraNya atau melihat bentukNya untuk selamanya (Yoh 1:18, 1 Yoh 5:20, 1 Tim 6:16).

Aksioma 4. Yesus Kristus, makluk yang berada di pangkuan Bapa, berfirman atau menyatakan Dia (Yoh 1:18)

Aksioma 5. Yesus Kristus adalah sama kelmarin, hari ini dan esok (Ibr 13:8)

Aksioma 6. Yesus Kristus datang untuk melaksanakan semua kehendak Bapa dan menyempurnakan amanatNya (Yoh 4:34).

Aksioma 7. Allah adalah Allah dan Bapa Yesus Kristus dan juga kepada umat pilihan (Yoh 20:17, Rom. 15:6; 2Kor.1: 3; 11:31; Ef. 1:3,17; Col. 1:3; Ibr. 1:1 ff. 1Pet. 1:3; 2Yoh. 3; Wah. 1:1,6; 15:3).

Aksioma 8. Kehidupan kekal telah diberikan kepada Jemaat dan ini adalah bersyarat ke atas mereka untuk mengenali Bapa dan Yesus Kristus yang diutus oleh Dia (Yoh 17:3) dan meneruskan dengan sabar pekerjaan yang baik (Rom 2:7).

Aksioma 9. Tulisan Kitab tidak boleh dilanggar (Yoh 10:34-35).

Aksioma 10. Roh Suci adalah kuasa Allah, dimana Allah menggunakannya untuk menguatkan umat yang dipilihNya, dipanggil, dibenarkan dan dimuliahkan melalui Yesus Kristus (petikan Yoh 20:22; Kisah 2:1-47; Rom 8:28-35).

Aksioma 11. Tidak ada setitik atau setintapun yang akan luput dari Hukum Allah sehingga langit dan bumi akan berlalu (Mat 5:18).

Ini mengikuti bahawa:

Dasar 1 (Aksioma 5). Sekiranya Kristus adalah sama kelmarin, hari ini dan esok dan melakukan kehendak Allah (Aksioma 6); dan

Dasar 2 (Aksioma 2). Allah adakah abadi; maka

Kesimpulan 1: Kedua-dua ini akan meneruskan amanat yang Allah telah tentukan dan tetapkan kepada mereka.

Dasar 3. Sekiranya Kristus diutus untuk membentuk Jemaat dalam sifat abadi, yang mana telah dihulurkan kepada jemaat seperti mana telah dihulurkan kepada Kristus (Aksioma 8); dan

Dasar 4. Kristus adalah sama sepanjang masa, meneruskan kehendak Bapa; maka

Kesimpulan 2: Jemaat, dibawah pimpinan Kristus, meneruskan dengan ajaran ini dan Hukum-hukum Bapa ditambahkan mengikut kehendak Bapa.

Dasar 5. Kristus berfirman bahawa gerbang kematian tidak akan menang ke atas Jemaat; dan

Dasar 6. Tulisan Kitab tidak boleh dilanggar (Aksioma 9); maka

Kesimpulan 3: Jemaat sememangnya telah kekal terus dalam masa 2000 tahun sejak dari masa Kristus membentuknya dibawah para rasul.

Dasar 7.  Sekiranya Allah bekerja melalui Kristus dengan menggunakan Roh Suci (Aksioma 10); dan

Dasar 8. Tidak akan berubah dan Kristus meneruskan kehendak itu; maka

Kesimpulan 4:  Jemaat tidak akan berubah malah bertambah serta berkurang di dalam pengetahuan sepertimana Roh Suci digunakan dan memimpinnya.

Dasar 9. Sekiranya Allah dan Kristus tidak berubah; dan

Dasar 10. Jemaat tidak akan berubah dimana berlandaskan Hukum Allah, yang mana juga tidak berubah (Aksioma11) yang dilaksanakan melalui Roh Suci,

Kesimpulan 5: Maka Jemaat adalah badan yang boleh dikenal pasti oleh umat percaya yang harus menurut ajaran asal Jemaat dalam tahap yang berlainan dan yang ada di atas planet sehingga hari ini.

Dari Kesimpulan 5 kita bersemuka dengan tugas untuk mengenal pasti iman sejurus ianya diberikan kepada umat kudus (petikan Yudas) dengan mengenal pasti ajaran Alkitab dan doktrin jemaat yang awal, dan merencanakan hala tujuh kepercayaan ini melalui sejarah.

Dasar pemikiran ini adalah tidak boleh disangkal kerana Aksioma ini adalah kebenaran Alkitab, dan  dasar pemikiran ini adalah benara secara alkitabiah, dan lojiknya adalah sah, maka itu kesimpulannya adalah benar.

Kita boleh boleh menarik kesimpulan bahawa Allah dan Kristus bukan orang yang sama, dan bahawa Allah adalah Allah dan Bapa kepada Yesus Kristus. Kita tahu bahawa Kristus telah diberikan sifat kekekalan oleh Allah yang mana Dia sendiri adalah abadi (Aksioma 1). Kita tahu bahawa kerana rencana Allah lah kita semua akan diberikan kekekalan (Aksioma 8) dan bahwa kekekalan ini adalah bergantung kepada penurutan dari umat anggota terhadap kehendak Allah, dan Hukum dan Kesaksian atau iman Yesus Kristus (petikan Wah 12:17; 14:12; Aksioma 8 dan 11).

Maka menjelang hari-hari, Jemaat telah meneruskan serta beroperasi dari setiap segi yang pelbagai dalam masa dua milenia dan bukan hasil dari ajaran baru oleh organisasi yang timbul dari masa ke semasa. Jemaat awal adalah Unitarian seluruhnya. Sistem diteis adalah doktrin kafir dari Attis yang telah memasuki Jemaat pada kurun yang kedua.  Doktrin ini mengakibatkan fahaman Binitarianisme dari kaunsilNicea dan fahaman Trinitarianisme dari kaunsil Constantinople pada 381. ianya telah menyerap ke dalamJemaat-jemaat Allah secara pasang surut sepanjang abad. Terakhir kali ia memasuki Jemaat Allah adalah ketika dibawah pelayanan orang Armstrong dan kemudiannya menerusi infiltrasi ke dalam gereja-gereja Allah yang lain.  Sehingga pada peringkat ini,  gereja-gereja Allah yang lain telah rosak dengan bidaah ini sehingga hari ini mesti dibersihkan.  Cara penyelewengan ini diserap kedalam jemaat-jemaat Allah adalah melalui penyembahan kultus, idea-idea palsu yang mana jemaat Allah tidak prehatin dari zaman Paulus sehingga kurun yang kedua puluh.  Ianya didakwa bahawa kebenaran baru ini diberikan oleh Ellen G. White atau Amstrong, atau beberapa nabi palsu yang mendakwa sebagai pemimpin jemaat-jemaat Allah.  Tidak ada perkara yang berlanjutan daripada kebenaran ini.  Khotbah terakhir oleh Herbert Amstrong adalah untuk menguatkan bidaah dari fahaman Diteisme yang dia telah perkenalkan kepada sebagai kesilapan yang terakhir sebagai pelayanannya.

Yang sebenarnya, daripada fakta di atas, jemaat harus hidup dan harus beroperasi didalam doktriin dan hukum Allah yang sama atau kalau tidak Allah dan Kristus adalah penipu.  Pembaptisan adalah diberikan oleh jemaat melalui pertobatan yang iklas dan melalui pemberian Roh Suci.  Setiap kita mempunyai obligasi untuk mencari jemaat dan dibaptiskan oleh pegawai-pegawainya kedalam tubuh Kristus, dan bekerja untuk tubuh tersebut sehingga kita mati atau kedatangan Messiah atau pun apa sahaja yang tiba dahulu.

Sebenarnya, ia boleh dikenal pasti oleh doktrin sejarah mengenainya dan ianya bukan sesuatu yang bersifat berhala. Ia mengikuti hukum Allah. Jemaat Allah di Eropah telah dicatat dan kepercayaan mereka juga dicatatkan. Kita mempunyai catatan Jemaat Allah sejak kurun yang lima belas dan selepas itu dan tidak ada perbezaan di antara mereka dan doktrin CCG sama sekali (petikan Kohn, Sabatarian di Transylvania, CCG 1998).

Jemaat-jemaat Allah akan ditopang dan diberi perpuluhan dan diusahakan. Organisasi yang melakukan kerja dan taat terhadap Hukum Allah dalam tahap serta pengertian yang terdekat adalah organisasi tersebut. Ianya tugas kita untuk mengenal pasti tubuh Kristus setiap Paskah dan mengambil Perjamuan Malam bersama tubuh tersebut. Bersama siapa sahaja kita mengambil perayaan Paskah setiap tahun, ianya adalah tubuh yang kita kenal pasti sebagai tubuh Kristus.  Sekiranya kamu mengambilnya di rumah dengan sendirian sedangkan kamu boleh bersama-sama dengan jemaat Allah, kamu seperti berkata bahawa kamu sendiri adalah tubuh itu dan kamu membuat Allah dan Kristus tidak mempunyai efek serta menolak iman kamu.

Kita melihat orang datang kepada kita dan pergi lagi dengan satu idea yang gila. Sebab yang biasa adalah mereka tidak bekerja untuk iman dan bekerja sebagai sebahagian daripada tubuh. Kebanyakannya diberikan penipuan yang besar supaya mereka tidak mencemat tugasan itu. Seperti John berkata, "Sekiranya mereka adalah dari kita, mereka sepatutnya tidak keluar dari kita." Setiap kita seharusnya berhati-hati dengan keprihatinan kita sebagai peranan dan tanggung jawab kita. Tulisan kitab bukan dari terjemahan yang tersendiri. Allah tidak memanggil kita sebagai para nabiNya yang istimewa untuk bekerja sendiri. Malah Eldad pun tidak keseorangan di luar khemah. Dia bekerja dengan Medad. Dua saksi ini adalah seperti satu dosin. Kita mendapat perkhabaran dari mereka selalu dan seolah-olah mereka mempunyai jumlah beratus-ratus. Komonwel Us dan British bukan lagi merupakan tanah susu dan gula. Mereka sudah menjadi tanah buah-buahan dan kacang-kacangan.

Sekiranya kamu tidak mengikutinya, kamu tidak cocok untuk memimpin. Sekiranya idea kamu bernas, mereka akan dimiliki oleh orang yang setia kerana Roh Suci akan membuatnya jelas bahawa perkara ini adalah betul. Sekiranya mereka tidak setuju, masalah ini akan ada bersama kamu secara umumnya. Ini tidak bererti yang majoriti adalah selalu betul. Selalunya majoriti adalah terdiri daripada golongan orang yang berkata "ya" dan golongan oprtunis dikendalikan oleh kerajaan yang mempunyai sistem yang salah. Jemaat-jemata Allah dipenuhi dengan golongan ini pada separuh akhir kurun yang kedua puluh.

Jemaat telah menentukan cara untuk menangani idea-idea yang berunsur doktrin. Ia mempunyai cara untuk menangani perselisihan, dan bagi menangani perkara-perkara operasi dan pentadbiran, dan pangkuan kepada perkara-perkara; dan ianya melalui aturan, dan disiplin, dan kesetiaan bahawa pekerjaan Allah ini dilaksanakan.

Setiap kita telah dipilih sebelum kita dibentuk di dalam rahim dan pekerjaan kita telah ditahbiskan. Iblis mengenali kita dan mereka tahu kekuasaan yang kita miliki atau apa yang kita tidak miliki. Mereka bekerja dengan tidak putus-putus untuk menjatuhkan kita dan mereka cuba untuk meniadakan pekerjaan Allah. Kamu bekerja seorang diri dan kamu akan gagal.

Terdapat satu Allah iaitu Bapa untuk semua yang mana berada di atas segalanya dan berada di dalam semua kita melalui Roh Kudus. Terdapat satu Tuhan Yesus Kristus yang telah dilantik oleh Allah dengan minyak kesenangan di atas sekongkongnya (Maz 45:6-7; Ibr 1:8-9) dan sekongkongnya adalah warga semesta alam yang mana semuanya dicipta oleh Bapa. Terdapat satu pembaptisan untuk menyingkiran dosa.

Janganlah jadi keliru dengan doktrin yang salah. Allah membenarkan Jemaat Allah dimusnahkan pada hujung kurun yang kedua puluh supaya doktrin-doktrin yang salah boleh disingkirkan dan iman ini boleh disebarluaskan dengan betul. Ini adalah tugas kita. Sementara setiap orang membangun, ianya diuji dan apa yang dia bangun akan dimusnahkan atau bertahan menurut kehendak Allah dab kesempurnaan tugas.

Kuasa Allah dilihat di dalam kemurnian kebenaran dan dalam perkara-perkara kecil. Allah bersuara kecil, dan tenang di padang belantara.

Kesetiaan adalah perkara yang berharga. Abraham adalah setia kepada Allah walaupun dia sendirian. Dia setia dan Kristus setia kepada Dia yang menciptanya (Ibr 3:2 poieo diterjemahkan sebagai dilantik di dalam KJV oleh golongan Trinitaian).

Kristus adalah produk kuasa Allah sama seperti kita semua. Dia menyerahkan bentuk asalnya dan meletakkan bentuk manusia pada dirinya dan menjadi penurut. Dia taat dab setia sehingga mati, malah mati di palang salib. Begitu juga dengan kita, harus taat dan setia.

Dalam semua Jemaat yang terdapat dalam buku Wahyu, jemaat yang paling setia dan yang disayangi oleh Kristus adalah yang terkecil. Jemaat ini adalah jemaat Filadelpia.

Kita semua harus berusaha untuk menjadi seperti jemaat ini, yang mana namanya bererti Jemaat "Kasih Saudara."

Kenali lah Jemaat yang benar dan iman yang benar sejurus ia dikeluarkan. Berusahalah bagi iman dalam kesetiaan dan keikhlasan.

Seperti yang selalu kita ucapkan, 'Sekiranya ada pihak yang melakukan lebih daripada tugasan ini dan lebih kebenaran daripada CCG, beritahulah kami dan kami akan menjual segala milik kami dan menyokong mereka.' Sekiranya tiada, kami mempunyai obligasi untuk bekerja untuk iman ini sejurus ia dikeluarkan dan menyokong antara satu dengan yang lain dalam pekerjaan Allah.

Kasihilah Allah dengan segenap hati kita dan dengan segenap akal fikiran kita dan dengan segenap kekuatan kita, dan kasihilah jiran tetangga kita seperti mengasihi diri kita sendiri. Pada kedua-dua perintah hukum ini, tergantung semua Hukum dan para Nabi. Daging kita adalah untuk melakukan kehendak Allah dan menyempurnakan pekerjaanNya (petikan Yoh 4:34).


Wade Cox
Koordinator Umum