Konperensi Dunia
Jemaat-jemaat Allah Al Maséhi

Mesej Sabat

Sabat 21/10/27/120

Teman-teman sekalian,

Sabat ini kita alami Tahun Baru pagan yang jatuh pada hari yang sama. Ini adalah hari segala permulaan bagi dewa Janus dari siapa mereka menamakan bulan mereka. Ini tidak pernah menjadi Tahun Baru di kalangan orang berbahasa Inggeris sehinggalah Abad Kelapan belas. Namun begitu, membantahnya sekarang ini akan dianggap sebagai mempunyai pandangan pelik dan terpencil tentang zaman purba.

Tuhan cukup jelas mengatakan bahawa permulaan tahun adalah seharusnya pada hari pertama bulan Abib. Namun begitu, orang Yahudi sekalipun tidak mentaati Tuhan dalam isu ini, dan cuba menjadikan perayaan Rosh Hashanah Babilon sebagai Tahun Baru. Kenapakah umat yang mengaku sebagai pengikut-pengikut teks Alkitab begitu tidak taat sekali, dan sengaja melawan dalam aplikasi mereka bagi Kitab Suci? Dari orang Yahudi hingga golongan Pentakostal kita saksikan sifat melawan dan salah aplikasi Kitab Suci yang sama ini.

Pemikiran suka menentang ini, yang memanggil baik sebagai jahat dan jahat sebagai baik dapat dilihat di mana-mana. Tiada lagi yang lebih nyata daripada waktu Krismas-Tahun Baru milik kaum pagan ini. Ingat dari karya Asal-usul Krismas dan Easter (No. 235), kita perhatikan bahawa apa yang dikenali sebagai Tahun Baru 1 Januari ini adalah sebenarnya berkaitan dengan sistem purba Solstis dan Saturnalia. Waktu ini adalah sebahagian dari sistem pagan orang purba dan bertentangan dengan Hukum Tuhan.

Kami menerima komen minggu lalu yang menunjukkan sifat pelik pemikiran yang ada di AS dan Eropah berkenaan isu-isu ini. Komen-komennya adalah seperti berikut:

Kepada organisasi CCG,
Saya telah membaca dengan penuh minat dan nikmat lamanmu http://www.ccg.org/english/s/p235.html (Asal-usul Krismas dan Easter (No. 235)). Terima kasih untuknya dan tahniah atas penjelasan rasional dan pemikiran bebas itu. Saya hairan dengan pandangan fikiran terbuka kamu ini, walaupun kamu memanggil dirimu “Kristian”. Di Eropah atau AS kamu mungkin dikutuk atau dipanggil Pagan kerana artikel ini. Di Australia nampaknya pemikiran bebas juga mungkin untuk orang Kristian …

Ini memang ganjil bukan? Kami mengeluarkan artikel tentang kebenaran asal-usul Krismas dan Easter, dan kami diucapkan tahniah untuk pemikiran bebas. Bagaimana pula pengutukan suatu pesta pagan, sebagai anti-alkitabiah, menjadi alasan untuk tuduhan paganisme? Tentunya cara ia dipertunjukkan lazimnya menjadi cara bagaimana orang dikutuk. Orang ini pastinya telah menemui kebenaran tentang pesta ini untuk pertama kalinya, dan dicabar oleh perubahan paradigma ini dalam pendidikan Roman Katoliknya yang “standard”. Teknik propaganda standard adalah dengan menuduh orang lain dengan apa yang sebenarnya kamu lakukan apabila mereka menunjuk kepada apa yang kamu lakukan. Ceritakan dusta yang cukup besar pada mulanya dan semua orang akan mula mempercayai kamu selepas seketika. Begitulah caranya orang Nazi bekerja dan kini ianya amalan standard.

Realitinya adalah bahawa dunia ini menjadi semakin terjerat dalam musim komersial ini, dan sebenarnya ramai yang semakin kurang menghadiri acara-acara kebaktian setiap tahun. Berlakunya pemisahan perlahan-lahan pandangan-pandangan Kristian dari pesta ini di AS sekarang ini. Pemuja berhala, atau Pemuja Maria (Mariolater) adalah pengecualiannya. Mereka telah sentiasa menyembah ibu dewi, dan perayaan ini terlibat dalam pemujaannya seperti yang kita perhatikan dari karya Asal-usul Krismas dan Easter (No. 235). Tidak lama lagi penduduk akan meninggalkan sebarang kepura-puraan Kekristianan dalam kesukariaan pagan mereka dalam waktu ini.

Semangat sebenar Xmas dilihat dalam tempat-tempat membeli-belah dan kawasan-kawasan awam dunia Barat. Hari sebelum Malam Krismas di AS, seorang yang tidak berumah kelihatan mencari bantuan untuk mendapat makanan. Dia terlepas peluang mendapatkan katil di tempat perlindungan dan ianya sudah terlalu lewat. Dia perlu makan agar dapat melalui malam yang suhunya sejuk membeku dalam musim salji AS Utara. Dia meminta bantuan dari setiap orang dalam restoran toko membeli-belah dengan penuh sopan dan berbudi bahasa. Semua orang yang didekatinya menolaknya. Akhirnya dia mendekati mereka yang paling tidak kaya dalam restoran itu. Mereka adalah seorang anggota CCG dan anak perempuannya yang memberinya wang untuk makan. Satu-satunya pihak di tempat itu yang tidak percaya pada Krismas dan musimnya, adalah satu-satunya pihak yang memberinya bantuan. “Semoga hangat dan kenyang anakku” dan yang lain pergi membawa diri masing-masing. Sia-sia saja semangat musim ini, kerana ia jelas tidak terikat dalam pemikiran orang-orang kaya. Malah, mereka yang dipanggil Kristian hari ini adalah lebih dahsyat dan menyimpang dari mereka yang tidak beragama dalam zaman pelik dan menyusahkan ini. Pemikiran mereka jahat dan merupakan apa yang kita sebutkan sebagai “pemikiran dua rupa” dalam disonans kognitif.

Tahun berikutnya yang bermula pada 1 Abib, yang jatuh pada 10 Mac 2005 dalam kalendar pagan adalah tahun Sabat. Kita semua harus mendapatkan semula dan mempelajari Hukum-hukum serta sistem Tuhan. Selepas tahun tersebut, dalam tahun pertama kitar Sabat berikutnya, Tuhan akan mula melaksanakan turutan tindakan-tindakan seterusnya dalam campurtanganNya dalam zaman akhir sistem-sistem dunia ini di bawah Iblis. Dalam kitar itu dari tahun ke 29 hingga 35 untuk Jubli ke 120, kita akan menyaksikan banyak perubahan serta malapetaka yang mengerikan.

Di negeri Georgia AS, suatu siri batu-batu telah didirikan beberapa tahun lalu yang menunjukkan matlamat-matlamat Aturan Dunia Baru (New World Order), serta kuasa-kuasa ghaib yang berhubung dengannya. Dua dari sepuluh peraturan atau hukum sistem ini adalah: pengekalan penduduk dunia yang stabil di bawah 500,000,000, dan reproduksi dikawal dan dihadkan kepada mereka yang sihat.

Matlamat-matlamat Aturan Dunia Baru ini akan terlaksana bukan kerana perancangan mereka, tetapi kerana kegilaan mereka. Bagaimana tragedi-tragedi ini akan terbentang sepanjang kitar berikutnya dan yang seterusnya selepas kedatangan Mesias, akan dibentangkan langkah demi langkah sepanjang tahun Pembacaan Hukum dalam tahun ke 28, yang dipanggil tahun 2005 oleh dunia ini.

Tuhan akan menangani jemaat-jemaatNya dan para pemimpinnya dalam tempoh menjelang dan sewaktu malapetaka-malapetaka ini. Kita sedang disediakan untuk kedatangan itu, dan dunia sedang diberi amaran. Tuhan telah mengisytiharkan yang kemudian dari mula. Kitab Suci tidak boleh dibatalkan.

Dalam Mesej Sabat berikutnya kami akan membincangkan beberapa dari ajaran-ajaran serta pandangan-pandangan pelik yang keluar dari Jemaat-jemaat Allah. Ramai yang merosot bersama umur dan keuzuran kerajinan para pemimpin mereka, dan kembali kepada dunia tidak waras dan seumpama kultus dalam dua dekad terakhir Herbert Armstrong. Kita akan membincangkan isu tersebut serta beberapa kajian kes dalam cara pengendalian perkara yang ganjil dalam sistem itu, agar kita semua dapat belajar dari kesilapan-kesilapan yang dibuat pada masa itu.

Dalam pada itu, biarlah pemimpin-pemimpin dunia memukul pisau pemangkas mereka menjadi lembing dan pembajak mereka menjadi pedang. Pedang tidak akan pergi dari mereka sehinggalah Mesias datang. Biarlah mereka membuat janji-janji “Tahun Baru” mereka dan resolusi-resolusi “Tahun Baru” mereka. Bukan mereka yang menentukan sepenuhnya laluan peristiwa yang akan mereka hadapi. Tuhan akan membereskan mereka semua, langkah demi langkah, sementara kita maju ke Jubli seterusnya. Kengerian yang dirancang mereka akan dijatuhkan ke atas kepala mereka sendiri, seperti mana Firaun menghakimi Mesir dari mulutnya sendiri dan kehilangan anak sulungnya. Biar mereka bina Aturan Dunia Baru itu dan ekonomi global. Biar mereka isytihar yang kemudian dari yang mula dan lihat jika ia akan digenapi. Biarlah mereka cuba mengurangkan penduduk dunia. Mereka akan berjaya dalam aspek itu, dan realiti ngeri rancangan iblis setan serta pengikut mereka, akan disedari terlalu lewat oleh dunia.

Kita harus menyediakan diri kita untuk waktu pencubaan yang akan datang itu. Belajarlah untuk mengasihi sesama sendiri dan bekerjasama untuk iman itu. Melalui ini semua orang akan mengenalimu. Tunjukkan mereka bahawa kamu mengasihi Tuhan, dalam cara kamu mengasihi sesama sendiri dan taat kepada firmanNya.

Wade Cox
Koordinator Umum