Konperensi Dunia
Jemaat-jemaat Allah Al Maséhi

Mesej Sabat

Sabath 20/11/27/120

Kepada sahabat sekalian,

Sabat ini kita akan menangani persoalan tentang nubuatan yang salah di dalam Jemaat-jemaat Allah di sepanjang dua abad yang terakhir ini. Nubuatan yang salah bukan satu perkara yang asing di dalam Jemaat-jemaat Allah. Di sepanjang abad yang terakhir ini, ia manjadi satu epidemik. Setiap jemaat yang utama telah didirikan dan mengembangkan nubuatan palsu ini sehinggalah seseorang itu tidak boleh memberi kepercayaan kepada kedungguan dan ketidakprihatinan anggota-anggota yang mengikuti nabi-nabi ini.

Kita akan menangani kesilapan yang di lakukan oleh orang-orang ini secara sistematik dan progresif, dan menangani dasar kepada kesilapan ini serta dasar kepada kesilapan dalam terjemahan Alkitab seperti yang diungkap oleh Allah melalui hambah-hambaNya, yakni para nabi.

Perkhabaran ini akan menjadi satu siri dan kemudiannya akan digabungkan ke dalam bentuk karya yang akan diterbitkan serta diterjemahkan, supaya semua orang boleh memahami ajaran yang salah yang telah digunakan ini, dan yang mana masih digunakan, untuk mengekploitasikannya di sepanjang masa.


Latar belakang kepada pembagian Jemaat-jemaat

Zaman tiatira berakhir dengan Reformasi dan penganiayaan pergerakan Sabatarian di Eropah oleh golongan Protestan yang baru sahaja muncul. Identifikasi golongan ini dan penganiayaannya terkandung di dalam karya-karya Distribusi Umum Jemaat-jemaat yang Memelihara Sabat (No. 122) dan juga Peranan Hukum yang Keempat di dalam Sejarah Jemaat-jemaat yang Memelihra Sabat (No. 170).

Reformasi ini bukan bertujuan untuk memusnahkan Jemaat-jemaat Trinitarian dan penyembah hari Minggu di Eropah. Ianya dibentuk untuk memelihara doktrin yang salah tentang kultus Matahari yang berada di dalam bahaya dari dimusnahkan oleh sistem Katolik Roma yang tidak bermoral dan bersifat menentang. Keadaan yang terjadi pada waktu itu seolah-olah berulang pada masa ini, seperti yang kita semua lihat kepada litigasi yang tidak berkesudahan terhadap Jemaat-jemaat bagi sifat mereka yang menyeleweng. Jemaat Protestan tidak membetulkan apa-apa yang penting dalam reformasi tersebut. Mereka semata-mata memberi lebih peluang kepada sistem kuno dan kafir yang mana merupakan perkara janggal di dalam Alkitab Kekristianan. Pihak pencetak telah melihat kemunculan Alkitab yang boleh didapati dengan mudah yang mana mengungkap sistem yang salah ini. Literasi Alkitab tidak boleh dibendung. Perkara ini sudah diuji dan telah gagal. Ianya hanya boleh diperlahankan. Sememangnya ia telah disalahtujukan kepada peninggalannya. Kecuali sistem yang salah ini muncul dengan pembaikan, ianya sudah menemui ajal. Maka ia adalah apa yang dipanggil Reformasi Protestan. Golongan Protestan dipanggil dengan sebutan itu dari perkataan “Proteste” bererti untuk kebenaran. Katolik Roma mengubahnya ertinya kepada Protesting (memprotes) kepada doktrin Katolik Roma. Golongan Protestan tidak kembali melebihi kurun yang keempat di dalam pencarian mereka untuk kebenaran. Sebagai akibatnya, mereka mempunyai kesilapan dari Augustine dari Hippo dan struktur awal golongan Trinitarian. Dan sesungguhnya mereka penganiaya Jemaat-jemaat Allah dengan lebih teruk lagi seadanya daripada golongan Katolik Roma sebelum mereka.

Ramai golongan Protestan telah bangkit kerana aspirasi manusia. Berdasarkan pada struktur masyarakat rahsia seperti upacara Freemasonry orang Scotland, jemaat-jemaat seperti Church of Christ of Latter Days Saints telah dibentuk. Mereka dipanggil sebagai Mormons kerana pemujaan mereka terhadap orang mati. Mormo adalah tuhan kuno bagi orang mati di kalangan orang kafir. Ketua-ketua mereka juga terbabit di dalam nubuatan yang salah dan telah seoalh-olah telah dibunuh oleh golongan Mason oleh kerana penggunaan serta pendedahan upacara orang Mason dan sistem bagi manfaat sebagai satu sistem keagamaan yang bersaing. Orang-orang ini juga kekal Unitarian tetapi pemahaman mereka telah musnah. Hanya pada masa ini ianya dibetulkan oleh kerana keterbabitan gagasan CCG yang besar dalam doktrin-doktrin Sifat Keperibadian Allah.

Agen-agen trinitarian melakukan banyak kesilapam yang menemui jalan ke dalam Jemaat-jemaat Allah di sana. Banyak daripadanya dimasukkan oleh orang-orang tamak dan menyeleweng yang melakukan tindakan yang tidak berinspirasi, yang mana cuba menggunakan Jemaat-jemaat Allah untuk jalan terakhir mereka.

Pada kurun yang ke-19 yang mana zaman Sardis, terdapat satu pergerakan besar yang mengharapkan kedatangan Mesiah. Ianya telah disalahtujukan demi untuk mencemari perkhabaran Alkitab yang jelas tentang kedatangan Mesiah dan mengakibatkan kekecewaan dan memaksa keadaan yang mana memperlihatkan orang tidak mempedulikan nubuatan Alkitab sebagai penyelewengan. Pergerakan Jemaat Allah telah dipengaruhi oleh mereka yang dikenali sebagai Adventist dari konsep Advent (kedatangan) Mesiah. Beberapa nubuatan yang salah berasal dari sistem Protestan juga seperti teori Keghairahan yang datang dari England pada kurun yang ke-18 (lihat karya Milenium dan Keghairahan (No. 95)).

Iblis telah mengadakan fasa ini supaya satu situasi boleh dicapai seperti yang tercatat dalam Perjanjian Baru di mana ianya boleh dikatakan: “Tuhan telah menunda kedatangannya.”

Orang-orang ini telah didedahkan kepada Jemaat-jemaat Allah yang mana terdiri daripada pegawai-pegawai yang merupakan pelayan kepada Misteri-misteri Allah. Fakta dari perkara ini ialah bahawa sistem Sardis telah mati dahulu, dan mati sekarang, dan tidak pernah mempunyai pemahaman yang menyeluruh tentang nubutan Alkitab. Situasi ini terjadi kerana mereka tidak pernah mengikuti kebenaran yang penuh dan doktrin di dalam Alkitab seperti yang diajar di bawah hukum-hukum Allah. Mereka tidak pernah mengadaptasikan kalendar Alkitab dengan sepenuhnya seperti yang dipegang di bawah sistem Kaabah kuno. Akibatnya ialah bahawa Adventist tidak memahami sistem Yobel dan kalendar sepenuhnya. Mereka hanya memiliki Sabat. Malah langkah yang kecil ini telah membahagikan pergerakan ini ke dalam golongan orang hari Ahad dan juga penyerapan Sabat. Bagaimana pun mereka adalah golongan Unitarian dan tidak berkompromi dalam hal sifat keperibadian Allah. Dalam golongan itu, yang mana telah mengadaptasikan doktrin William Miller dan Keluarga Whites, telah diserapkan kepada satu doktrin iblis yang lebih serius yakni fahaman Vegetarianisme. Maka nabi palsu, Ellen G White, dianggap lebih penting dan nubuatannya yang salah telah diperkenalkan secara berulang. Ajaran ini telah menjadi lebih menjurus kepada penyangkalan kepada sifat sebenar sistem milenium di bumi di bawah umat kudus Jemaat yang dibangkitkan. Penyelewengan ini adalah mutlak, kerana nubuatan Alkitab menunjukkan bahawa sistem milenial bukan vegetarian. Manusia akan memakan daging atas dasar yang sistematik dan diakui.

Kesalahan-kesalahan ini telah ditangani di dalam karya Penghakiman Pra-Kedatangan (No. 176) dan juga karya Millenium dan Keghairahan (No. 95).

Ellen G Whites menjadi nabi palsu yang paling merbahaya di kalangan nabi-nabi palsu dalam sistem yang memelihara Sabat. Hanya beberapa di kalangan yang lain menyainginya dalam kesilapan dan kemusnahan kepada Jemaat Allah dan sistem nubuatan bagi Penatalayanan Misteri-misteri Allah. Satu daripadanya adalah seorang lelaki bernama Charles Taza Russell. Dia telah didedahkan kepada Jemaat-jemaat Allah pada kurun yang ke-19, dan telah melihat potensi di dalam sistem kedoktrinan yang dijelaskan kepadanya. Dia melihat bahawa Sabat adalah satu gangguan kepada pengrekrutan dan perluasan kepada operasi pembuatan wang yang mana sebenarnya berpotensi bagi perniagaan agama khususnya di USA. Dia dan beberapa orang lagi telah mendirikan Watchtower (Menara Pengawasan) dan risalah Alkitab masyarakat. Korporasi ini memiliki organisasi yang disebut sebagai Jehovah Witnesses. Mereka telah mencemari nubuatan Alkitab dan mengadaptasikannya ke dalam sistem penyembahan hari Minggu walaupun mereka mengikuti doktrin sifat keperibadian Allah yang berasal dari Jemaat-jemaat Allah pada kurun yang ke-19. Mereka adalah golongan Unitarian sehingga hari ini tetapi pemahaman mereka tentang nubuatan amat cacat sehingga kelihatan melucukan.

Perkembagan yang seterusnya di dalam Jemaat-jemaat Allah telah dapat ditetapkan kerana Jemaat Allah tidak musnah dengan sepenuhnya oleh nabi-nabi palsu ini dan pergerakan mereka. Jemaat Allah bergerak dengan kukuh kepada adaptasi yang baik di dalam kalendar penuh Kaabah di bawah struktur Unitarian. Krisis yang seterusnya yang telah dialami telah datang di bawah Herbert W Armstrong yang telah mengadaptasikan sistem Hillel Yahudi dan mencemari jemaat-jemaat dari Jemaat Allah Hari Ketujuh yang mana sebenarnya memelihara kalendar yang benar. Golongan Sabatarian di Eropah Timur yang telah selamat dari kematian golongan Waldensia dan Reformasi kekal agak utuh sehingga Bencana Nazi. Jumlah mereka telah dikurangkan pada waktu itu. Allah tidak lagi memberi apa-apa beban ke atas mereka (lihat Cox, Kohn, Sabatarian di Transylvania, Terbitan CCG 1998).

Apa yang kita akan lakukan sekarang adalah meneliti tahun demi tahun nubuatan-nubuatan salah yang dibuat oleh nabi-nabi palsu kebelangan ini dan orang yang telah menerima dari kesilapan mereka.

Kita akan mulakan dengan tahun 1932 dan yang disebut penglihatan Joseph Smith dan berikutan ramalannya yang salah. Kamu akan melihat bahawa orang-orang ini dan organisasi mereka tidak pernah memohon maaf atas nubuatan yang salah ini.

  • 1832 Joseph Smith, pelopor kepada pergerakan Mormons, mendengar suara dan menterjemahkannya sebagai menyatakan bahawa sekiranya dia hidup sehingga usia 85 tahun, Yesus akan datang. Ini adalah pada tahun 1890. Malang sekali, pada tahun 1890, Smith sudahpun mati hampir setengah abad.
  • 1833 Januari 5, Smith meramalkan “dengan kekuasaan Yesus Kristus bahawa tidak banyak tahun akan berlalu sebelum... wabak [penyakit epidemik], hujan batu, kelaparan dan gempa bumi akan melanda orang yang jahil dari generasi ini dari muka bumi [US] untuk membuka dan menyediakan jalan kepada suku kaum Israel yang hilang dari negara utara” (Karya Teaching of the Prohet Joseph Smith, ms. 17-18).
  • 1835 “Joseph Smith” “Presiden Smith kemudiannya menyatakan bahawa mesyuarat telah diadakan, kerana Allah telah memerintahkannya; dan dia diberitahu melalui penglihatan dan melalui Roh Suci... ia adalah kehendak Allah bahawa mereka harus ditahbiskan kepada pelayanan ini dan pergi memangkas kebun anggur untuk kali yang terakhir, bagi kedatangan Tuhan, yang mana sudah dekat – walaupun lima puluh enam tahun seharusnya menggusarkan suasan ini” (History of the Church, Vol 2, mukasurat 182)(Mormons).
  • 1838 April 17, Joseph Smith: “Sesungguhnya, Tuhan berfirman: ia adalah kearifan di dalam hambahKu David W. Patten, bahawa dia menguruskan semua urusan perniagaannya secepat yang dia mampu, dan membuat satu penempatan bagi barang dagangannya, supaya dia boleh mengadakan satu misi untuk saya pada musim semi yang akan datang, bersama dengan yang lain, malah dua belas termasuk dirinya, memberikan kesaksian bagi namaKu dan memberikan khabar gembira kepada dunia. (Doctrine & Covenant 114:1) Mormons (perhatikan bahawa David W. Patten telah mati pada bulan Oktober 1938 dan justru itu tidak pernah melakukan misi pada musim semi berikutnya).

Catatan penulis: Pernyataan ini “Sesungguhnya atau Justru itu Tuhan berfirman” meletakkan Smith sebagai nabi palsu disengajakan di bahawa hukum Alkitab dan identifikasi. Dia meneruskan dengan nada ini, seperti yang kita lihat.

Sekarang kita mendapati nubuatan salah William Miller didedahkan bersama dengan nubuatan Joseph Smith.

  • 1843 (21 Mac): William Miller, pelopor kepada pergerakan Millerite, telah meramal bahawa Yesus akan datang pada tarikh ini.
  • 1843 (18 Mei), Joseph Smith menyatakan, “Saya bernubuat di dalam nama Tuhan Allah Israel, kecuali United States menebus perlakuan salahnya terhadap umat Kudus di negeri Missouri dan menghukum jenaya yang dilakukan oleh pegawai-pegawainya bahawa dalam beberapa tahun kerajaan ini akan diguling sepenuhnya dan dibuang, dan ianya tidak akan terjadi seperti tinggalan pecahan potsherd [pecahan dari barangan tembikar tanah]...”(ibid., ms. 302; penekanan ditambah)(Mormons).
  • 1850: Ellen G. White membuat ramalan pada 27 Jun 1850 bahawa hanya beberapa bulan yang tertinggal sebelum pengakhirannya. Dia menulis: “ Malaikat yang bersamaku berkata, Masanya hampit tiba, bersedialah, bersedialah, bersedialah.’ ...sekarang masanya hampir tiba...dan perkara yang kita pelajari bertahun lamanya, mereka harus mempelajarinya di dalam beberapa bulan.”
  • 1856 atau lewat. Dalam ramalan terakhir Ellen Whites, dia berkata bahawa dia ditunjukkan di dalam penglihatan takdir umat percaya yang menghadiri persidangan SDA 1856. Dia menulis “Saya ditunjukkan tamu-tamu yang hadir di persidangan itu. Malaikat berkata: ‘Beberapa makanan untuk cecacing, beberapa tertakluk kepada tujuh kutuk yang terakhir, beberpa akan hidup dan kekal hidup di muka bumi yang akan dibawah kepada kedatangan Yesus.” Justru itu, dia menubuatkan bahawa beberapa orang yang hadir akan mati kerana penyakit biasa; beberapa akan mati dari kutuk pada zaman akhir, yang lainnya masih kekal hidup apabila Yesus datang. “Menjelang awal 1990-an semua orang yang hadir di persidangan itu telah mati, membuat Jemaat itu berada di dalam dilema untuk cuba mencari penjelasan bagaimana untuk menerangkan nubuatan menonjol yang gagal ini.”

Nubuatan salah ini adalah ditujukan pada penggabungkan penyimpangan dan doktrin anti-Alkitab sementara menggunakan orang yang secara ikhlas mahu mengikuti Allah dalam apa yang mereka rasa sebagai penggolongan yang lojis dari mereka yang ditetapkan untuk melakukan pembaptisan dari pengikut Yesus Kristus. Ia seolah-olah bahawa dalam dasar ini mereka boleh menekankan doktrin yang aneh dan menyeleweng ke atas orang yang beriman.

Minggu depan kita akan terus menekankan tentang nubuatan yang salah dan fahaman antinomianisme Charles Taza Russell dan Jehovah Witnesses.

Minggu yangs seterusnya kita akan meneliti kegagalan sistem Jemaat-jemaat Allah dan nabi palsu Herbert W. Armstrong dan rakan sejawatnya yang mana seolah-olah barkubang dengan kecenderungan dalam nubuatan yang salah. Mereka sendiri masih meneruskan tradisi dalam nubuatan yang salah meskipun ianya adalah mantel selubung Elijah yang dikehendaki dan dibela. Kita akan terus meneliti justifikasi yang merasa malu dari Yehovah Witness dan penjajaran tarikh kedua-dua sistem ini. Ini dan yang lain akan diteliti sehingga pada zaman sekarang.

Apa yang paling aneh adalah bahawa para pengikut nabi-nabi palsu ini seolah-olah tidak peduli sama sekali bahawa mereka terus di dalam kesilapan dan penghujatan.

Kita akan melakukan kesilapan tetapi ia perlu pengakuan yang rendah hati dan kejujuran. Malah pelayanan kepada Misteri-misteri Allah pun boleh salah faham dengan rentetan nubuatan sekiranya mereka tidak mendapat perintah dari Allah. Sekiranya seseorang mahu menjadi dogmatis, seseorang itu mempunyai obligasi untuk dibetulkan.

Pada akhir siri ini kita akan memperincikan apa yang akan terjadi dengan Jemaat dan peranannya di dalam nubuatan dan Misteri-misteri Allah. Maka satu siri karya akan diterbitkan kepada Jemaat.

 

Wade Cox
Koordinator Umum