Konperensi Dunia
Jemaat-jemaat Allah Al Maséhi

Mesej Sabat

Sabath 27/11/27/120

Kepada sahabat sekalian,

 Seperti yang kamu sedari, kita telah bermula untuk meneliti nubuatan palsu yang berasal dari Jemaat-jemaat Allah atau dari cabang-cabangnya, atau dari organisasi seperti agama Mormons, yang mana doktrin mereka berasal dari koleksi semangat persaudaraan dan ajaran-ajaran lain yang pelik, yang mana seolah-olah berdasarkan pelat emas yang hambar. Kita meneliti nubuatan palsu dalam dasar kalendar atau progresif dari tahun ke tahun, menunjukkan perkembangan dan penyesuaian yang telah dibuat, yang mana dalam beberapa kes, ianya semata-mata tidak senonoh.

 Kita sekarang akan menumpukan kepada Jehovah Witness (JWs) untuk meneliti nubutan palsu mereka yang berulang-ulang. Terlalu sedikit organisasi yang mempunyai nubuatan palsu dan masih menuntut kesetiaan dari pendengar yang mudah tertipu dari kumpulan jemaah. Mereka hampir disamai oleh golongan Adventist dan kemunculan Radio dan kemudiannya Worldwide Church of God (Jemaat Allah Sedunia). Nubuatan palsu bermula dengan aktif dengan pernyataan kedatangan Kristus di dalam bentuk pengantin. Alkitab menyatakan dengan jelas bahawa setiap mata akan melihat dia tetapi beberapa golongan orang akan mempercayai apa sahaja.

1879:

JWs mendakwa bahawa pada tahun ini:

"Kristus datang di dalam bentuk Pengantin... pada permulaan penuaian Injil" (Watchtower, Okt 1879, ms. 4).

1880:

Pada 1880 mereka berkata:

"Kami tidak perlu di sini untuk mengulangi bukti bahawa "sangkakala yang ketujuh" telah bermula pada AD., 1840, dan  akan berterusan sehingga penghujung masa kesengsaraan, dan penghujung "Masa golongan Jahiliah," AD., 1914, dan bahawa ia adalah kesengsaraan pada "Hari Besar" ini yang mana disebut secara lambang suara Malaikat Besar apabila dia mula membebaskan Israel yang baru. "Pada masa itu apabila Michael berdiri, sang putera (Malaikat Besar) yang mana berdiri bagi umat dari bangsamu dan maka ada masa kesengsaraan yang belum pernah terjadi sejak wujudnya bangsa-bangsa." Dan xii, 1. Kami juga tidak perlu di sini, untuk mempersembahkan bukti konklusif Alkitab bahawa Tuhan kita datang kepada pempelainya pada 1874, dan mempunyai amanat yang tidak boleh dilihat sebagai penuai bagi buah pertama pada Zaman Injil ini (Zion's Watchtower November, 1880 ms. 1).

Kesilapan dalam mengenal pasti penghujung masa golongan jahiliah dalah berdasarkan kepada salah faham terhadap penyesuaian masa peperangan Carchemish pada 605 BCE dan aplikasinya di dalam determinasi masa. JWs telah mendakwa bahawa peperangan itu adalah pada 607 BCE dalam publikasi seterusnya untuk membenarkan kesilapan serta nubuatan palsu ini. Mereka tidak faham bahawa ini dikendalikan oleh nubuatan Alkitab yeng difirmankan oleh Allah melalui nabi Yehezkiel. Itulah yang diistilahkan sebagai Nubuatan Lengan Firaun yang Patah dan mengendalikan tarikh dari 605BCE sehingga 1916, dan bukan 1914 seperti yang mereka sebutkan. Nubuatan ini berterusan selama lapan puluh tahun di dalam dua bahagian iaitu empat puluh tahun. Kesilapan ini juga muncul di dalam nubuatan palsu oleh Herbert Armstrong mengenai kebangkitanMEsir dan Krisis Suez dari 1953-1956 (lihat karya Nubuatan Lengan Firaun yang Patah (No. 36)

1886:

Pada 1886 JWs telah terpikat dengan kesilapan ini dan tidak melemahkan semangat. Di antara tahun 1886 dan 1914 ia membentuk dasar pengrekrutannya dan telah berterusan sebagai alat untuk sekian lama yang mendatang selepas kegagalan tersebut.

"Pemandangan pada masa permulaan Tahun Baru mempunyai beberapa perkara yang sangat memberangsangkan. Bukti dalaman adalah bahawa menyususn bala untuk peperangan pada hari besar Allah Maha Tinggi, adalah di dalam pelaksanaan sementara perkelahian kecil sedang bermula... masa telah tiba untuk Mesiah untuk menguasai bumi dan untuk menggulingkan para penindas dan golongan koruptor di bumi, (Wah 19:15 dan 11:17, 18) persediaan untuk perkembangan damai yang berkekalan di atas satu-satunya landasan yang kuat yakni kebaikan dan kebenaran." (Zion's Watchtower, Januari, 1886: Watchtower reprint l, ms. 817)

1887:

"Kesudahan dunia ini; iaitu kesudahan kepada injil dan permulaan zaman milenial semakin mendekat daripada yang dijangkakan oleh kebanyakan orang; sesungguhnya kita sudah memasuki zaman pengalihan, yang mana adalah amsa kesengsaraan, seperti yang belum pernah dilihat sejak wujudnya bangsa-bangsa Dan 12:3." (N.H Barbour dan C.T> Russel, Three Worlds dan the Harvest of the World, ms. 17).

1888:

"Dalam bab ini kita mempersembahkan bukti Alkitab yang membuktikan bahawa kesudahan akhir zaman golongan jahiliah, yakni kesudahan akhir penguasaan mereka, akan tiba pada A.D. 1914; dan bahawa tarikh ini adalah jarak had yang paling lama pemerintahan manusia yang tidak sempurna. Dan amatilah, bahawa sekiranya ini ditunjukkan sebagai satu kebenaran yang ditunjukkan oleh oleh Alkitab, ia akan terbukti; Yang pertama, bahawa pada tarikh ini Kerajaan Allah, yang mana Tuhan telah mengajar kita untuk berdoa, dengan berkata, Datanglah KerajaanMu, akan mencapai kendalian yang sepenuhnya dan menyeluruh, dan bahawa ianya akan ditetapkan, atau didirikan dengan kuat, di bumi, ke atas institusi yang telah jatuh." ((Studies in the Scriptures, Bab 2), "The Time is At Hand," 1888, ms. 76, 77).

1889:

"Maka janganlah terkejut, apabila bab yang seterusnya kami memberikan bukti bahawa penetapan Kerajaan Allah sudahpun bermula, bahawa ianya ditunjukkan di dalam nubuatan sebagai memulakan kuasa pda A.D. 1878, dan bahawa "peperangan hari besar Allah yang Maha Tinggi (Wah 16:14) yang mana berakhir pada A.D. 1914 dengan penggulingan yang mutlak terhadap pemerintahan dunia pada masa sekarang, sudahpun bermula. Pengumpulan bala tentera boleh dilihat dengan jelas dari sudut firman Allah." ." (Studies in the Scriptures, Bab. 2, "The Time Is At Hand," 1889 Ed., ms. 101. Teks Edisi 1915 mengubah "A.D. 1914" kepada 'A.D. 1915').

Penganut JWs tidak mengendahkan karya jelas Uskup Ussher dan pembangunan semula kronology Alkitab yang diletakkan di dalam edisi pertama dalam Alkitab KJV, yang mana menempatkan penciptaan Adam pada 4004 BCE dan malahan menempatkan tarikh yang berakhir pada 1873. Dasarnya sekiranya dakwaan yang salah ini tidak dikembangkan. Mereka berkata:

"Disini  kami menyediahkan bukti bahawa dari penciptan Adam sehingga (tetapi tidak termasuk) A.D. 1873 adalah enam ribu tahun. Dan walaupun Alkitab tidak mengandungi pernyataan langsung bahawa tahun yang ketujuh ribu itu adalah zaman pemerintahan Kristus, restitusi Hari Sabath kepada dunia, namun tradisi yang patut dimuliahkan tidak wujud tanpa dasar yang sepatutnya." (C. T. Russell, Studies in the Scriptures, Bab. 2, ms. 39. 1889).

Penghitungan terhadap kalendar Allah tidaklah begitu sukar. Semua petunjuk masih di dalam Alkitab. Seluruh sisitem adalah berlandaskan lima puluh tahun yobel. Rentetan ini dibangunkan semula dari beberapa rujukan.. CCG telah melakukan restorasi ini dan perinciannya terkandung di dalam karya Membaca Hukum bersama dengan Ezra dan Nehemiah (No. 250). Penyesuaian masa enam ribu tahun dalam pemerintahan Iblis ke atas bumi harus bermula dari  bumi yang sudah dikutuk dan ianya tidak berlaku lebih awal dari tahun pertama dari yobel pertama selepas penghakiman Adam, yang tidak mungkin berlaku sehingga dia mencapai umur tiga puluh tahun (yakni di dalam tahun 3974/5 bagi tahun yobel dan tahun 3975/6 bagi permulaan pemerintahan Iblis).  Oleh itu enam ribu tahun tidak berakhir sebelum yobel yang ke-120 pada tahun 2027. Fakta Alkitab yang ringkas ini telah menyebabkan kesilapan yang dilakukan oleh Russell dan nabi-nabi palsu yang lain jelas tidak masuk akal. Masalah yang sebenarnya ialah bahawa mereka terkeluar dari Hukum Allah dan tidak memahaminya. Oleh sebab mereka adalah golongan antinomian (percaya bahawa Kristian tidak perlu mengikuti hukum moral) dan telah menyingkirkan perintah hukum Allah, dan khususnya pada perintah hukum yang keempat yang berkenaan dengan Sabat, mereka secara tidak betul menganggap Allah tidak memelihara Hukum dan kalendarNya sendiri. Justru itu, kesilapan mereka berakar dari pendekatan yang berdasarkan pemikiran tidak mualaf. Dalam tahap yang lebih besar atau kurang, ini juga berlaku kepada yang lain dari sistem Armstrong sehingga pada hari ini. Berdasarkan kronologi Alkitab, Milenium tidak mungkin bermula pada tarik yang lebih awal sehingga 2028. Kristus mungkin akan datang lebih awal dari tarikh ini, tetapi ypbel masih kekal pada 2027 dan semua persediaan harus dilakukan menjelang tarikh ini. Rentetan ini ditangani di dalam karya Garis Besar Unjuran Masa Zaman (No. 272).

"Maka sekiranya, jangka masa tahun yang ketujuh ribu dalam sejarah bumi adalah zaman khususnya sebagai pemerintahan Kristus, kami akan menunjukkan bahawa ianya telah bermula pada 1873, terbukti kita sudahpun berada di dalamnya." (Studies in the Scriptures, Bab 2, ms. 40. 1889)

Justru itu, ianya telah menjadi doktrin JW bahawa Milenium telahpun berlaku pada 1873. namun mereke kemudiannya mendakwa bahawa Kristus tidak akan datang sehingga 1914. ini adalah satu pertentangan yang jelas dari kronologi dan nubuatan Alkitab dari buku Wahyu. Namun, seolah-olah tidak ada di antara pengikutnya yang mudah tertipu ini benar-benar kukuh. Mereka seolah-olah selalu menelan unta dan menghalangi agas. Russell meneruskan tanpa malu.

"Pada 26 tahun yang mendatang, semua kerajaan pada masa sekarang akan digulingkan dan dimusnahkan." (Studies in the Scriptures, Bab 2, ms. 98-99, 1889).

"Dalam bab ini kami memberikan bukti Alkitab yang mana menandakan enam ribu tahun tersebut sejak penciptaan Adam selesai dengan A.D. 1872; dan dengan itu, sejak A.D. 1872 dimasukkan secara kronologi ke atas tahun yang ketujuh ribu itu atau Milenium." (Studies in the Scriptures, Bab 2, ms. 33, 1889).

"Ingat bahawa empat puluh tahun penuaian Yahudi telah berakhir pada Oktober A.D. 69, dan telah diikuti oleh penggulingan yang menyeluruh ke atas bangsa itul; dan bahawa demikian juga empat puluh tahun penuaian zamn injil akan berakhir pada Oktober 1914, dan demikian juga penggulingan terhadap Umat Kristian yang disebut "Christendom," dijangkakan akan mengikutinya." (Studies in the Scriptures, Bab 2, ms. 245).

1891:

Ingat Smith dari kepercayaan Mormons telah membuat nubuatan yang berkahir sebelum atau menjelang 1891. Kita akan mundur dari nubuatan ini. Pada Feb 14, 1835, Joseph Smith, peneroka Jemaat LDS atau Mormons, telah menghadiri perjumpaan ketua-ketua jemaat. Dia dilaporkan telah menyatakan bahawa perjumpaan itu telah diadakan kerana Allah telah memerintahkannya. Dia mengumumkan bahawa Yesus akan kembali di dalam jangka masa 56 tahun - yakni Feb 15, 1891 (History of the Church, 2:182)

1894:

"Tujuh belas tahun dahulu orang berkata, mengenai masa yang ditunjukkan di dalam permulaan Milenium, mereka seolah-olah wajar di dalam banyak aspek, tetapi sudah pasti tidak ada perubahan radikal seperti ini berlaku di antara masa sekarang dan masa terdekat dengan tahun 1914: sekiranya kamu mempunyai bukti bahawa masa ini akan tiba kira-kira satu atau dua kurun, ia seolah-olah lebih berkemungkinan. Apakah perubahan yang berlaku sejak ia berlaku, dan apakah kecepatan yang dicapai setiap hari? Yang lama akan berlalu dan yang baru akan datang.' Sekarang, melihat kepada masalah pekerjaan dan anarki yang diancam, para pembaca kami menulis untuk mengetahui sama ada tarikh 1914 ini mengandungi kesilapan. Mereka berkata bahawa mereka tidak melihat bagaimana keadaan pada masa sekarang boleh bertahan dengan lama di bawah ketegangan ini. Kami lihat tidak ada sebabnya menukar angka ini dan kami tidak boleh menukarnya. Kami percaya ia adalah tarikh Allah dan bukannya tarikh kami. Tetapi ingat bahawa akhir 1914 bukanlah tarikh permulaan, tetapi akhir kepada masa kesengsaraan." (Zion's Watchtower, "Can It Be Delayed until 1914?" C. T. Russell Julai 15, 1894, Juga di dalam Watchtower Reprints, l894 ms. 1677).

Sesiapa sahaja penuntut dari WWI akan memahami bahawa 1914 adalah permulaan kepada masa kesengsaraan. Ianya memuncak pada 1916 yang mana pembunuhan sebenar akan berlaku di sebelah Barat, dan orang Rusia tidak berperang sepenuhnya sehingga 1917. Selepas Revolusi Oktober di sana, peperangan di sebelah timur berakhir untuk Rusia. Orang-orang ini tidak tahu peristiwa-peristiwa sebelum ini.  Dengan jelas tidak ada nabi di dalam Jehoavah Witness yang mempunyai kuasa atau wewenang sama sekali, dan tidak pernah ada seperti yang kita lihat. Allah, dan pimpinan Roh Suci tidak bersama dengan Russel, atau bersama dengan orang-orang ini sama sekali.

"Beberapa tahun lagi perkara-perkara yang ada sekarang akan diberi amaran, dan kemudian dunia yang mulia akan berdiri bersemuka dengan keadaan sebenar pembentukan Kerajaan Allah. Dan haluan Jemaat akan disempurnahkan di dalam jangka masa yang terselit." (Watchtower ms. 56, 1894).

"Kami tidak melihat apa-apa sebab untuk menukar angka ini - dan kami tidak boleh menukarnya. Kami percaya ia adalah tarikh Allah dan bukannya tarikh kami. Tetapi ingat bahawa akhir 1914 bukanlah tarikh permulaan, tetapi akhir kepada masa kesengsaraan." (Watchtowerl Julai 15, 1894, ms. 266; ms 1677 cetakan semula).

1897:

Nubuatan dibuat ke atas karya mengenai pengukuran panjang laluan dalaman yang ditemui di dalam Piramid. Pengukuran ini tidak mempunyai rujukan di dalam atau kepada Alkitab. Russell telah menggunakan keanehan ini dan berkata:

"...pengukuran ini adalah 3416 inci, melambangkan 3416 tahun... pengiraan ini menunjukkan A.D. 1874 sebagai titik permulaan masa kesengsaraan..." (Russell, Studies in the Scriptures: "Thy Kingdom Come", Siri III, ms. 342, edisi 1897).

Edisi 1916 telah diubah sebagai: "Kami dapati ianya adalah 3457 inci, yang melambangkan 3457 tahun... justru itu, piramid ini memberi saksi bahawa masa menjelang 1914 adalah permulaan kepada masa kesengsaraan..." Maka mereka di tengah-tengah WWI dan nubuatan adalah sangat menyeleweng seolah-olah ianya satu jenaka. Masih ada lagi dua tahun masa penganiayaan yang dilalui dan kemudian WWII akan meneruskannya. Apa yang dirujuk sebagai WWIII adalah konflik utama yang akan datang dan ini tidak pernah dibayangkan oleh angka-angka mereka. Kita telah memulakan siri itu sekarang dan peperangan sebenarnya belum lagi bermula. Apabila Kristus datang, ia menyelamatkan mereka yang benar-benar menunggu akan kedatangannya. Sekiranya dia tidak campur tangan, tidak ada orang yanga akan hidup. Pernyataan Alkitab ini amat jelas, dalam pemikiran seseorang. Russell dan para ketua selepasnya tidak memahami nubuatan ini sama sekali. Kecenderungan untuk menulis semula fakta-fakta dan malahan menulis aspek sains untuk membenarkan nubuatan palsu mereka telah menjadi kelaziman di kalangan para pemimpin dan pengikut.

"Pemusnahan yang menyeluruh terhadap 'kuasa' dari 'dunia jahil pada masa sekarang - politikal, kewangan, kerohanian - adalah hampir kepada Penghujung Masa golongan Jahiliah; Oktober A.D. 1914." (C.T. Russell, Studies in the Scriptures, IV, ms. 622, 1897).
"Tuhan kita, Raja yang ditetapkan, sudah ada, sejak Oktober 1874, A.D... dan penetapan resminya yang pertama sebagai raja bertarik dari April 1878, AD." ." (Russell ibid Studies in the Scriptures, Bab.4, ms.621, 1897).

Pernyataan seperti ini adalah biasa bagi penuntut Katolik Roma di mana uskup Roma memikul mantel Vicar Kristus. Justru, Russell telah menempatkan Kristus di bumi dan hanya diketahui oleh dia dan pengikutnya. Seperti ini, dia adalah jurucakap bagi Kristus. Justru ini, penganut JWs berbeza sedikit dari Katolik Roma yang mereka serang.

"Tempat penyulingan, tempat pembuatan bir, salun, rumah pelacuran, tempat permainan pool, segala tempat maksiat dan jenis perniagaan yang meruntuhkan akhlak akan dihentikan; dan hambah-hambahnya akan diberikan sesuatu untuk dilakukan yang mana memberi manfaat kepada mereka sendiri dan orang lain. "Demikian juga, bangunan  bejana perang, pengeluaran senjata perang dan pertahanan akan berhenti, dan bala tentera akan dimansuhkan. Kerajaan baru tidak memerlukan ini semua, tetapi akan mempunyai kuasa yang kuat untuk melaksanakan keadilan di dalam penghukuman terhadap pembuat kejahatan... "Bank dan perniagaan broker, serta khusus-khusus niaga yang lain, yang mana adalah sangat diperlukan pada masa sekarang, tidak lagi dilakukan pada masa itu; kerana di bawah situasi yang baru umat manusia dikehendaki melayan orang lain seperti ahli keluarganya, modal dan wang yang dipinjam dan yang diperlukan tidak lagi diperlukan. Tuan punya tanah dan agensi-agensi penyewaan juga akan mendapat pekerjaan yang baru, kerana Raja yang baru tidak akan mengenali corak perniagaan dan perbuatan seumpama ini." ...yakni dalam keadaan kesempatan ini, sekiranya semua orang bekerja bersama secara sistematik dan bijak, ia hanya memerlukan tidak lebih dari tiga jam bekerja untuk setiap individu." (Studies ibid, Bab. IV, ms. 633-635, 1897).

1902:

"Dengan memandang kepada bukti Alkitab yang jelas tentang Masa golongan Jahiliah ini, kami menganggap ia adalah kebenaran kuat bahawa akhir kepada kerajaan di dalam dunia ini, dan penetapan sepenuhnya kerajaan Allah, akan tercapai menjelang akhir A.D. 1914." ("The Time Is At Hand", edisi 1902, ms. 99)

1903:

Organisasi Watchtower mula menceburi bidang astrologi dan ramalan terhadap penggabungan dalam astrologi. Mereka menulis:

"Apabila Uranus dan Jupiter bertemu di dalam tanda manusia Aquarius 1914, era yang sudah lama dijanjikan akan bermula di dalam usaha untuk membebaskan umat manusia untuk mendapatkan keselamatannya sendiri, dan akan memastikan pencapaian mutlak impian-impian dan sesuai bagi semua penyair dan cendekiawan di dalam sejarah." (Watchtower, Mei, 1903, ms. 130-131; ms. 3184).

Tidak ada nabi di dalam Alkitab yang mempelajari perihal astrologi.

1904:

"Menurut kepada ekspetasi kami tekanan dari masa kesukaran tertumpu kepada kami, kira-kira di antara 1910 dan 1912, yang memuncak kepada 'Masa golongan Jahiliah,' Oktober, 1914." ("Penciptaan yang Baru", Studies in the Scriptures, Bab. 6, ms. 579. 1904).

1908:

"Dengan memandang keapda bukti Alkitab yang jelas tentang Masa golongan Jahiliah ini, kami menganggap ia adalah kebenaran kuat bahawa akhir kepada kerajaan di dalam dunia ini, dan penetapan sepenuhnya kerajaan Allah, akan tercapai menjelang akhir A.D. 1914." ("The Time Is At Hand", edisi 1889; 1908; ms. 99).

"Benar, ia dijangkakan akan berlaku perkara yangbesar, seperti kami, bahawa di dalam dua puluh enam tahun yang mendatang ini semua pemerintahan yang sedia ada akan digulingkan dan dibubarkan" (The Time Is At Hand; 1889; 1908 ed.; p. 99)

1914:

"Walaupun masa perubahan kami tidak akan tiba di dalam jangka masa sepuluh tahun, apa lagi yang harus kami pinta? Adakah kami tidak diberkati dan bukan orang yang gembira? Adakah Allah kita tidak setia? Sekiranya ada orang yang mengetahui lebih dari ini, biarkan dia mengambilnya. Sekiranya ada di antara kamu yang mengetahui apa sahaja yang lebih baik dari ini, kami berharap kamu akan beritahu kami." (Watchtower, Dis 1914, ms. 376).
"Dengan mempelajari Firman Allah, kami telah mengukur 2520 tahun, tujuh masa perlambangan, dari tahun 606 B.C. dan mendapati bahawa ia sampai kepada Oktober 1914, yang mana hampir dengan penghitungan kami. Kami tidak katakan secara positif bahawa ini adalah tahunnya." (Watchtower, November 1, 1914, ms. 325)

Perhatikan mereka menggunakan masa 606 BCE dan bukannya tahun 605 BCE bagi peperangan Carchemish apabila Nebukanezar menggabungkan pemerintahan bersama dengan bapanya dalam kemenangan itu. Mereka tidak sedar bahawa tidak ada tahun 0, dan maka mereka menukarnya dengan 607 BCE untuk tiba kepada 1914 bagi 2520 tahun atau tujuh masa. Mereka melihat tujuh masa pada Nebukanezar sebagai berkaitan dengan masa golongan jahiliah, tetapi telah tertumpu pada 1914 oleh kerana kesilapan mereka di dalam sejarah.

"Sementara ianya tidak mustahil bahawa Armegedon mungkin akan bermula pada musim semi depan, namun spekulasi ini hanya cuba memberitahu bila. Bagaimana pun, kami melihat bahawa terdapat penjajaran di antara masa penutupan zaman orang Yahudi dan zaman Injil ini. Penjajaran ini seolah-olah menunjukkan kepada tahun didepan kita khususnya pada permulaan bulan (Watchtower Reprints, VI, Sept 1, 1914, ms. 5527)
"Tidak ada landasan bagi penuntut Alkitab untuk bertanya bahawa penyempurnaan zaman Injil sekarang sudah dekat, dan bahawa ia akan berakhir seperti yang dikatakan oleh Alkitan di dalam masa kesukaran seperti yang belum pernah dialami sejak wujudnya bangsa-bangsa. Kami melihat para peserta di dalam krisis besar ini bergabung bersama... krisis yag besar, pertentangan yang besar, secara lambang diwakili seabgai api, yang akan membinasakan segala cekerawala langit dan bumi sosial, sudah dekat." (Watchtower Reprints, VI, Mei 1, 1914, ms. 5450)

 1915:

"Peperangan besar di Eropah sekarang adalah permulaan Armagedon di dalam Alkitab Wah 19:16-20). Ia akan berlarutan di dalam penggulingan yang menyeluruh terhadap semua sistem-sistem yang salah yang mana telah menindas umat Allah dan menipu dunia. Kami percaya bahawa peperangan pada masa sekarang tidaka akan bertahan sehingga terjadi revolusi" (C.T. Russell, Pastor Russell's Sermons, p. 676,  Sekitar Perang Dunia Pertama).

Justru itu, kami melihat bahawa selepas Perang Dunia yang Pertama meletus pada 1914 dan pembinasaan telah bermula dan bukannya berakhir seperti yang diramalkan oleh Russell lebih awal daripada yang kita lihta di atas, Russell menukar pandangannya dan menggunakan 1914 sebagai permulaan peperangan Armagedon. Peristiwa itu bukan perang Armagedon, seperti yang kita semua ketahui. Peristiwa berunsur nubuatan masih di depan kita, dan selepas dua perang dunia dan perang-perang yang lain terjadi, kita hampir tidak menikmati kedamaian selama seratur tahun.

Pernyataan 1989 telah dicetak semula sebagai berkata"

" Di sini kami mempersembahkan bukti bahawa dari penciptaan Adam sehingga A.D. 1873 adalah enam ribu tahun, dan walaupun Alkitab kita mempunyai apa-apa pernyataan langsung bahawa tahun yang ketujuh ribu akan menjadi zaman pemerintahan Kristus, restitusi Hari Sabath kepada dunia, namun tradisi yang patut dimuliahkan tidak wujud tanpa dasar yang sepatutnya." (The Time Is At Hand; edisi 1889; 1915; ms. 39).

maka sekiranya tahun yang ketujuh ribu sejarah dunia itu adalah zaman khususnya diperhatikan sebagai masa pemerintahan Kristus, kami akan menunjukkan bahawa ia adalah bermula pada A.D. 1873, terbukti bahawa kita sudah di dalamnya. ("The Time Is At Hand" edisi 1889,1915 ed.; ms. 40).

Pertama sekali, pada tarikh [1914] Kerajaan Allah, yang mana kita diajar oleh Tuhan untuk berdoa dengan berkata, "Datanglah kerajaanMu," akan mula berkuasa, dan bahawa ianya akan "dibangunkan" atau didirikan dengan kuat di bumi, ke atas institusi-institusi sekarang yang sudah jatuh. (The Time Is At Hand, edisi 1889; 1915, ms. 77).

Justri itu, selepas peristiwa tersebut, mereka sekarang menuntut bahawa kerajaan Allah telah didirikan dan Perang Dunia Pertama adalah sebahagian daripada rentetan pemerintahan Kristus. Bagaiamana pun mereka mula memindahkannya ke penghujung 1916, supaya mereka tidak kelihatan salah.

"Dengan melihat kepada bukti Alkitab yang jelas mengenai Masa golongan Jahiliah, kami menganggap ia adalah satu kebenaran bahawa akhir kepada kerajaan dunia, dan penetapan kepada kerajaa Allah akan dimulakan hampir kepada hujung tahun A.D. 1915. ("The Time Is at Hand", edisi 1915, ms. 99).

Ia tidak berkesan, sebab perang itu hanya satu permulaan sahaja. Malah US tidak memasukinya sehingga 1917, dan berbuat sedikit sahaja, jadi mereka melihat tidak ada pengorbanan yang sebenar di US, dan perkara-perkara yang seakan mempesonakan ini tidak terjadi dengan lemparan yang mereka terima.

"Maka janganlah terkejut, apabila bab yang seterusnya kami memberikan bukti bahawa penetapan Kerajaan Allah sudahpun bermula, bahawa ianya ditunjukkan di dalam nubuatan sebagai memulakan kuasa pda A.D. 1878, dan bahawa "peperangan hari besar Allah yang Maha Tinggi (Wah 16:14) yang mana berakhir pada A.D. 1915 dengan penggulingan yang mutlak terhadap pemerintahan dunia pada masa sekarang, sudahpun bermula. ("The Time Is At Hand," edisi 1889; 1915., ms. 101).

Sekarang ini adalah kesilapan nubuatan bukankah demikian? 1915, seperti yang kita semua ketahui tidak memperlihatkan apa-apa penggulingan, selain daripada bumi ini berada di dalam keadaan musnah.

"Dalam tarikh yang seumpama ini - tiga setengah tahun selepas kematian Kristus - menandakan akhir kepada semua kesempatan istimewa kepada orang Yahudi dan permulaan kepada kesempatan untuk golongan jahiliah, jadi kami mengenal pasti tahun A.D. 1881 sebagai menandakan penutupan kepada 'panggilan suci,' atau jemputan untuk berkat aneh pada zaman ini - untuk menjadi waris bersama dengan Kristus dan pengambil bahagian di dalam sifat keilahian." ("The Time Is At Hand" edisi 1889, 1915, ms. 235).

Maka ianya di dalam penuaian ini juga sehingga A.D. 1878 masa nubuatan dan fakta kewujudan Tuhan, seperti yang dikemukan di sini, walaupun tidak begitu jelas, adalah mesaj dari kami. Sejak ini karya ini diperluaskan, dan pandangan terhadap kebenaran yang lain bertambah terang dan jelas, tetapi fakta dan kitab yang sama, mengajar masa yang sama dan wujud, berdiri tanpa digugat dan tidak menimbulkan percekokan ("The time Is At Hand" edisi 1889, 1915, ms. 236).

Masa golongan Jahiliah membuktikan bahawa kerajaan yang sedia ada harus semunya dijajarkan kira-kira pada penutupan A.D. 1915; dan penjajaran di atas menunjukkan bahawa zaman ini berhubungan langsung dengan tahun A.D. 70, yang mana menyaksikan kejatuhan sepenuhnya pemerintahan orang Yahudi. ("Tihe Time Is At Hand" edisi 1915, ms. 242)

1915 kita sudahpun tinggal di dalam milenium yang ketujuh - sejak Oktober 1872. ("The Time Is At Hand" edisi 1915, ms. 363).

Perang Armegedon, yang mana kemuncak peperangan ini, akan menjadi satu tempat peperangan yang besar di antaa benar dan salah, dan akan menandakan penggulingan mutlak dan berkekalan terhadap yang salah, dan pendirian kerajaan Mesiah yang berkekalan bagi keberkatan dunia ini... Perasaan simpati kami cukup besar untuk merangkumi semua yang terlibat di dalam perselisihan yang mematikan ini, kerana harapan kami cukup besar dan cukup dalam untuk memasukkan semua berkat yang besar yang di bawah masuk ke dunia ini oleh Sang Mesiah kita dan kerajaan mileniumnya. (Watchtower Reprint, VI, April 1, 1915, ms. 5659).

Dalam pemahaman kami panggilan umum kepada pewarisan bersama dengan sang Penebus kita sebagai anggota dalam Penciptaan Allah, telah berhenti pada 1881. (The New Creation, edisi 1899, 1915, ms. 95).

Sekarang tahun 1915 telah berakhir, dan mungkin kita membayangkan bahawa anggota Watchtower yang waras dan rasional dan permintaan maaf Bible Tract Society ke atas nubuatan mereka yang salah dan pengemukaan tulisan kitab yang merbahaya dan melucukan. Mereka tidak melakukan demikian. Mereka semata-mata berdalih seolah-olah semuanya tidak pernah terjadi. Mereka meneruskanhal-hal mereka seperti biasa dan memulakan senario yang salah sekali lagi.

Mereka semata-mata mengulangi nubuatan lama yang sama yang mereka cetak pada 1873 dan menerbitkannya lagi pada 1916.

1916:

"Kronologi Alkitab yang dikemukakan di sini menunjukkan bahawa enam 1000 tahun yang besar bermula dengan Adam telah berakhir, dan bahawa hari besar yang ke-7, 1000 tahun Kristus memerintah, akan bermula pada 1873." (The Time Is At Hand," Pengenalan, ms. 2, 1916).

Kami tidak melihat alasan untuk meragui, oleh itu, Masa golongan Jahiliah telah berakhir pada tahun 1914; dan bahawa beberapa tahun lagi akan menyaksikan pemusnahan mereka yang sepenuhnya dan pembangunan sepenuhnya kerajaan Allah di dalam tangan Mesiah." (Watchtower Reprint, VI, Sept 1, 1916, ms. 5950)

Malah mereka mengikat 1914 sebagai akhir kepada Masa golongan Jahiliah, dan maka hanya beberapa tahun sehingga kemusnahan mereka yang sepenunya di tangan Mesiah. Kemudian ia mengikutinya sehingga kejatuhan Jerman dalam Perang Dunia kedua, dan justru itu, ia hanya semata-mata adalah faktor masa sehingga sistem milenium fizikal akan mengambil tempat. Mereka tidak memahami Kebangkitan orang yang mati, atau keadaan spiritual dan fizikal makluk di dalam sistem tersebut. Iblis tidak berdusta kepada mereka. Sesungguhnya, semua orang yang mengikuti doktrin mereka dan selamat dari kesukaran akan dapat masuk ke dalam milenium sebagai makluk fizikal. Mereka fikir Abraham juga akan memasukinya sebagai makluk fizikal, demikian juga Daud dan yang lain-lain. Para pemimpin mereka melibatkan orang-orang ini dalam Kebangkitan yang pertama, dan mereka tidak faham apa yang iblis telah lakukan kepada mereka melalui nabi-nabi palsu mereka.

1917:

'Tidak akan ada yang terlepas...Abraham harus masuk dengan kemilikan yang sebenarnya dalam janji kewarisannya dalam tahun 1925' (Watchtower Okt 15, 1917, ms. 6157).

Musim Semi 1918 akan membawa umat Kristian kepada kekejangan kesedihan yang lebih besar daripada kejatuhan yang dialami pada 1914... Usaha paya yang akan datang adalah ke atas Sion- "Umat Kristian"..."Babilon"; dan ia adalah satu penderitaan luka yang besar- "Masa Kesukaran yang belum pernah dialami sejak wujudnya bangsa-bangsa." (The Finished Mystery ms. 62 [dinyatakan sebagai "Posthumous Work of Pastor Russell" dalam ms. 2]).

'Tidak ada keraguan Iblis percaya kepada Kerajaan Milenium akan didirikan pada 1915...Sesungguhnya, terdapat bukti bahawa pembentukan Kerajaan tersebut di Filistin mungkin pada 1925, sepuluh tahun daripada pengiraan yang pernah kami buat.' (Studies In The Scriptures, Bab 7, The Finished Mystery, ms. 128).

Sekarang para pemimpin berdepan dengan mengutip karya-karya ini dan membenarkan apa yang dikatakan oleh Russell dan tersilap lagi. Mereka juga katakan demikian tetapi kita akan melupakan fakta sejarah yang memalukan itu. Pada ketika itu ia adalah 1925. Itu adalah di tengah-tengah "Kurun Kedua puluh-an" dan perkara seperti ini masih jauh dalam fikiran orang ramai pada ketika itu.

Mereka meneruskannya dalam Perang Dunia Pertama untuk cuba mendapatkan kepercayaan dalam apa yang merupakan masa serius bagi orang Barat.

"Beberapa perkembangan yang menarik dalam pertalian dengan pembentukan Kerajaan mungkin berlaku pada 1920, enam tahun selepas Masa Kesukaran bermula. Ianya tidak aneh sekiranya ini terjadi, apabila kami mengingati kembali bahawa selepas empat puluh tahun berada di padang belantara, umat Israel telah memiliki tanah Kanaan selepas enam tahun lagi mendatang. Oleh kerana perkara ini masih lagi di hadapan kami hanya boleh menunggu untuk melihatnya. Kami merasakan bahawa 'gempa bumi' akan terjadi awal tahun 1918, dan bahawa 'api' akan datang pada musim gugur tahun 1920. [The Finished Mystery, 1917, ms. 178, Ulasan kepada Wahyu 11:13. [The edisi 1926 berbunyi: "dan bahawa 'api' akan mengikutinya selepas itu."])

Mereka terus menetapkan nubuatan-nubuatan palsu ini dan masa jadual yang salah tanpa melihat kepada Kalendar Allah dan firman sebenar dalam Alkitab. Mereka semata-mata menukar karya bertulis ini selepas masa berlalu dan mereka gagal.

"Dan gunung-ganang tidak akan dijumpai. Malah republik juga akan lenyap pada musim gugur 1920. Dan gunung-ganang tidak akan dijumpai. Setiap Kerajaan di atas bumi akan berlalu, ditelan di dalam anarki." (The Finished Mystery, edisi 1917, ms. 258).

Nubuatan yang menyeleweng ini seakan-akan memperlihatkan kemungkinan bagi pemerhati yang dungu pada perang 1914-18, tetapi rentetan masa Alkitab menunjukkan masa yang mereka rujuk belum lagi tiba. Sesungguhnya, yang lain juga, seperti Herbert Armstrong, menggunakan teknik yang sama dalam membawa kepada peletusan Perang Dunia Kedua.

Pada 1917 mereka mula bernubuat tentang ribut badai yang mendatang yang mana akan terjadi pada 1918. Ini mempunyai elemen kebenaran bahawa gencatan senjata telah ditanda tangani pada 11 November 1918 dan pembunuhan besar-besaran telah berhenti. Bagaimana pun, Jerman telah berhadapan dengan persediaan yang serius. Kemudian mereka mula bernubuat tentang penyingkiran seluruh Jemaat Kristian dari 1918.

"Misi pendeta Russell, sebahagian besarnya, adalah untuk menasihati Umat Kristian tentang akhir yang mendatang, dalam masa kesukaran sedunia. Ia adalah hukuman yang kudus ke atas bangsa-bangsa... Tidak ada peluang untuk melepaskandiri ari pemusnahan, melalui bangsa-bangsa... Kesukaran ini terjadi kerana keterbitan Hari Kristus, yakni Milenium. Ia adlah Hari Balas Dendam, yang mana telah bermula dalam Perang Dunia pada 1914 dan yang mana akan meletus seperti badai pagi yang dahsyat pada 1918." (The Finished Mistery, 1917, ms. 404).
"Sehingga 1878 jemaat nominal berada dalam pengertian Bait Allah atau Kaabah Allah; tetapi Dia sejak itu, sehingga pada 1918, telah menyingkirkannya dengan menggunakan tulah wabak atau doktrin yang menyeleweng dan perbuatan-perbuatan yang dibenarkan secara kudus. Jemaat adala kekuatan kepada umat Kristian,  yang mana menjadi pusat kehidupan, dan institusi-institusinya di bina di sekelilingnya. Ia adalah kehendak umat manusia, yang semua orang Kristian kasihi. Walau bagaimanapun, Allah akan mengadakan kekotoran yang mana bidang kependetaan telah buat dari Jemaat Kristian, dan menyebabkan organisasi jemaat menjadi Dia sebagai satu kematian, benda yang haram, tidak akan disentuh, atau diratapi. Dan  Umat Jemaat' akan lenyap melalui pedang peperangan, revolusi dan anarki, dan dengan Pedang Roh Kudus memperlihatkan bahawa mereka kehilangan harapan kehidupan dalam pengetahuan roh - bahawa 'pintu tertutup." (Studies in the Scriptures, bab 7, 1917, ms. 484.)

Dan juga, pada tahun 1918, apabila Allah memusnahkan jemaat-jemaat besar-besaran dan berjuta anggota-anggota jemaat, maka sesungguhnya sesiapa sahaja yang terlepas harus meneliti karya Pendeta Russell untuk mempelajari maksud kejatuhan Kekristianan. (The Finished Mistery, edisi 1917, ms. 485).

Jenaka yang terkandung dalam nubuatan pada ketika ini adalah bidang dan kesilapan mereka yang mendebarkan. Namun, apabila ramalan ini gagal, JWs masih lagi berupaya mendapatkan pengikut seoalh-olah nubuatan yang salah adalah kunci kepada mendapatkan anggota pengikut mereka. Tidak ada perkara yang benar yang boleh didapati dari mereka pada tahap ini, (atau sejak dari dulu) dan catatan menunjukkan bahawa mereka adalah nabi palsu yang sepatutnya dilepari batu sehingga mati di pintu depan Yerusalem pada zaman dahulu, namun mereka terus mengrekrut orang yang mudah tertipu dari banyak negara.

Seperti orang murtad dari Kekristianan, berjajaran dengan radikal dan golongan revolusioner, akan bergembira dalam warisan desolasi yang akan dimiliki oleh umat Kristian selepas 1918, demikian juga Allah akan lakukan kepada pergerakan revolusion yang berjaya; ia sepenuhnya dihancurkan, "malah semuanya." Tidak ada yang tersisa darinya akan selamat dari kehancuran sedunia dari semua yang memeluk anarki, pada musim gugur 1920. (Wah 11:7-13) (The Finished Mistery, 1917, ms. 542).

Karya edisi 1926 berbunyi: "pada akhir masa kesukaran," Pengubahan ini diperlukan selepas mereka gagal dalam ramalan mereka tentang anarki sedunia pada musim gugur utara pada 1920. maka, perayaan Paskah pada 1920 datang dan berlalu, dan kemudian pentakosta, dan senario mereka berbelit seperti ikan yang mati demikian nabi mereka kelihatan. Jadi, apa yang mereka lakukan? Mereka telah menukar tarikh dalam publikasi untuk menyembunyikannya sedikit supaya wang akan terus masuk, dan mereka tidak perlu menjelaskannya. Meminta maaf? Apakah maksud ini? Tetapi tahun 1917 adalah tahun yang baik bagi nabi palsu kerana perang bertambah hebat. Maka mereka terus mencetak.

Visi nabi Yehezkiel menggambarkan Kerajaan teokratik Allah yang didirikann di bumi, sivil dan keagamaan, spiritual dan keduniawian... Kaabah...adalah bentuk dan lambang kepada "perkara lebih baik yang mendatang," selepas perang, revolusi dan anarki dari zaman sejak 1914 sehingga 1925 telah berlalu. (The Finished Mystery, 1917, ms. 569).

Sekali lagi, kita melihat perubahan selepas nubuatan yang gagal dan edisi 1926 berbunyi: "masa kesukaran telah berlalu."

1918:

Pada 1918 mereka secara yakin memulakan jangka masa tahun 1925 tahap penjelasan yang begitu jelas tentang bagaimana mereka sampai ke tahap ini. Mungkin mereka fikir bahawa Allah telah muncul dan memberitahu mereka bahawa dia telah menukar fikirannya sekali lagi.

"Oleh kerana itu, kami dengan yakin menjangkakan bahawa tahun 1925 akan menandakan kedatangan Abraham, Isyak, Yakub dab nabi-nabi dahulu yang setia, khususnya mereka yang dinamakan oleh Rasul dalam Ibrani 11, untuk mempersiapkan kesempurnaan manusia." (Millions Now Living Will Never Die, ms. 89).

Perhatikan mereka seolah-olah memeluk doktrin kesempurnaan manusia ini dan menganggap bahawa tidak ada keadaan spiritual pada Kebangkitan yang Pertama. Pernyataan Alkitab adalah jelas apabila ia berkata: "ianya ditetapkan sehingga semua manusia mati." Buku kecil ini adalah satu jenaka kerana secara benarnya semua yang membaca buku ini sudah mati sekarang. Yang lebihnya adalah 87 atau lebih.

Selepada Perang duni pertama, akhir kepada ramalan terhadap dunia bermula dengan bersungguh-sungguh. Penggabungan planet adalah subjek perkiraan saintifik-pseudo. Sains pseudo ini berterusan sehingga hari ini. Malah keagamaan juga terbabit dalam hal tahun 2000 atau bug Y2k dan membuat segala macam ramalan yang aneh dan bodoh, dan ianya berterusan.

1919:

Ahli meteorologis, Albert Porta telah meramalkan bahawa penggabungan dari 6 planet akan menyebabkan kuasa magnetik yang mengakibatkan matahari akan meletup dan meliputi bumi pada Disember 17.

Sementara itu, golongan "Witnesses" bersusah payah dengan nubuatan palsu selepas nubuatan palsu yang cukup berani ini yang mana manusia biasa boleh sahaja dipengaruhinya. Bagaimanapun, para pemberani ini meneruskan tanpa merasa malu. 1920 memperlihatkan permulaan kepada satu kitaran fiksyen yang baru.

1920:

'...kami beranggapan 1925 menyaksikan kedatangan orang Israel yang setia dari keadaan yang mati yang akan dibangkitkan' (Millions Now Living Will Never Die, 1920, ms. 88).

Mereka mula bermain-main dengan kalendar yobel, tetapi oleh kerana mereka tidakpun memelihara Sabat, mereka tidak akan memahami apa-apa mengenainya dan, tidak mengejutkan, sebab mereka tidak memahami apapun mengenainya.

"Satu pengiraan yang mudah terhadap tahun yobel membawa kami kepada fakta yang penting ini: Tujuh puluh yobel dari lima puluh tahun setiapnya akan berjumlah 3500 tahun. Jangka masa yang bermula 1575 sebelum A.D. 1 akan berakhir pada musim gugur 1925, yang mana pada masa ini pola akan berakhir dan pola yang besar akan bermula. Maka apa yang harus kami jangkakan berlaku kemudian? Di dalam pola seharusnya ada restorasi yang menyeluruh; permulaan restorasi kepada semua perkara. Perkara utama yang dipulihkan adalah menghidupkan umat manusia; dan oleh kerana tulisan Kitab lain membetulkan fakta itu bahawa terdapat kebangkitan bagi Abraham, Isyak, Yakub dan orang-orang dahulu yang setia serta Israel, dan bahawa ini akan mendapat kemurahan yang pertama, kami menjangkakan 1925 menyaksikan kedatangan orang-orang yang setia ini serta Israel dari keadaan mati yang dibangkitkan dan dipulihkan sepenuhnya kepada manusia yang sempurna dan membuat representatif perundangan yang nyata terhadap susunan pola yang baru di bumi. (Millions now living will never die, 1920 ms. 89-90).

Mereka seolah-olah tidak memahami bahawa tahun 1 AD adalah fiksyen dari biarawan, Dennis the Short, dan ianya tidak memberi apa-apa erti. Kristus sudah tentu tidak lahir pada 1 AD dan bahawa itu sudah diketahui pada masa pemberani ini menulis perkara ini. Mereka seolah-olah tidak pernah membaca apa-apa tentang kronologi Kekristianan dan Kalendar di dalam Alkitab. Oleh kerana mereka tidak memelihara Hukum, mereka fikir kalendar serta rentetannya tidak penting dan oleh itu, mereka mencipta senario ini. Mereka tidak layak menjadi nabi Allah dengan hanya melihat kepada fakta ini.

Mereka juga berkata:

'Oleh kerana itu, kami dengan yakinnya menjangkakan bahawa 1925 akan menandakan kedatangan Abraham, Isyak, Yakub dan nabi-nabi setia apda zaman dahulu' (Millions Now Living Will Die, 1920, ms. 89-90).

Dasar pemikirannya adalah:

"Berdasarkan kepada perdebatan sebelum ini, maka seterusnya susunan perkara yang lama, yakni dunia yang lama akan berakhir dan oleh kerana itu akan berlalu, dan bahawa susunan pola yang baru akan datang, dan bahawa 1925 akan menandakan kebangkitan kepada golongan yang setia pada zaman dahulu dan permulaan kepada pembinaan semula, ianya patut disimpulkan bahawa berjuta manusia sekarang di dunia akan terus kekal di dunia pada 1925. Kemudian, berdasarkan perjanjian yang ditetapkan dalam firman kudus, kita harus mencapai kesimpulan yang positif dan tidak boleh dipersoalkan bahawa berjuta orang yang hidup sekarang tidak akan mati." (Millions Now Living Will Never Die 1920 ms. 97).

Mereka menganggap bahawa, dalam teologi mereka, selepas kedatangan Kristus, semua umat manuusia akan terus hidup di dalam milenium. Alkitab tidak mengatakan perkara itu. Ia sudah pasti tidak berkata ia akan berlaku pada 1925, dan orang yang mengatakan perkara ini semuanya sudah mati.

1921:

Pada 1921 mereka bermain lagi dengan jangka masa akhir Revolusi Perancis, seperti golongan Adventist telah lakukan dalam nubuatan popular mereka yang salah. Kebanyakan daripada kesilapan ini berasal dari kesilapan mengenai Kebangkitan Justinian di Empayar Roma pada ketika itu. Aspek ini diteliti di dalam karya Milenium dan Keghairahan (No. 95). Mereka memutuskan 1799 mempunyai beberapa maksud nubuatan. Jangka masa ini adalah dari 1799 sehingga 1874. Tidak ada dasar yang boleh dijelaskan ke atas kedua-dua tarikh ini. Mereka juga memulakan beberapa lagi perkara, bersama dengan setitik kebenaran, seperti yang kita lihat, dengan dasar masa nubuatan 360 hari atau tahun. Kemudian mereka juga meneruskan dengan membuat satu jenaka mengenai dengan hal ini.

"Akhir zaman" merangkul jangka masa dari 1799 A.D., seperti yang ditandakan di atas, kepada masa pembuangan mutlak empayar Iblis dan pmebentukan kerajaan Mesiah. Masa kedatangan kedua Tuhan bertarikh dari 1874, seperti yang tercatit di atas. Jangka masa yang seterusnya tentu sahaja di dalam sebutan yang pertama, dan bahagian jangka masa yang seterusnya dikenali sebagai "zaman akhir." (The Harp of God 1921, ms. 236).
"Satu masa dalam perlambangan Alkitab bererti satu tahun yakni mengandungi dua belas bulan, yang mana ada tiga puluh hari setiap satu bulan, atau 360 hari. Setiap hari dianggap satu tahun... maka di sini disebut, tiga dan setengah masa dari 360 hari nubuatan, atau berjumlah 1260 hari nubuatan, bersamaan dengan 1260 tahun. Kemudian nabi itu diperlihatkan bahawa 1260 tahun akan menandakan permulaan zaman akhir pemerintahan binatang. Satu ribu dua ratus dan enam puluh tahun dari A.D. 536 membawa kita kepada 1799 - satu lagi bukti bahawa 1799 menandakan permulaan zaman akhir. Ini juga menunjukkan bahawa ia adalah dari tarikh 539 A.D. bahawa hari-hari nubuatan yang lain dalam Daniel harus dihitung."... "Perkara yang paling penting di dalam semua fakta nubuatan dan yang mana ditunggu-tunggu oleh para rasul adalah kedatangan Tuhan yang kedua. Ia digambarkan oleh nabi sebagai satu masa kemuliaan. Kemudian Daniel berkata: 'Diberkatilah orang yang menunggu, dan mencapai seribu tiga ratus tiga puluh lima hari.' (Daniel 12:12). Orang-orang yang menanti di sini, tanpa persoalan adalah mereka yang diperintahkan oleh Tuhan untuk menantikan kedatangannya. Oleh kerana itu tarikh ini, apabila difahami, akan memperbetulkan masa ketika Tuhan muncul pada kali keduanya. Mengaplikasikan konsep yang sama, yang mana satu hari adalah satu tahun, 1335 hari selepas 539 A.D. membawa kita kepada A.D. 1874, yang mana masa itu, menurut kronologi Alkitab, merupakan kedatangan Tuhan yang kedua. Sekiranya pengiraan ini betul, dari masa itu dan seterusnya, kita boleh mendapat beberapa bukti yang menandakan kedatangan Tuhan." (Harp of God, 1921, ms. 229-230.)

Maka di sini kita melihat dasar kepada kesilapan mengenai tahun 1874. Mereka mengambil kesilapan Adventist mengenai dengan 1260 hari dari kebangkitan Justinian, dan menempatkan akhirnya dalam Revolusi Perancis. Kemudian mereka menambahkan jangka masa dalam Daniel dari 1335 hari sebagai tahun, dan tiba pada tarikh 1874. Secara dasarnya, mereka telah menambah apel dan buah oren dan mengeluarkan telur yang lain. Apa yang menakjubkan ialah bahawa mereka tidak membetulkan kesilapan ini sehingga hari ini. Ianya seperti mereka terperangkap di dalam masa yang berbelit-belit dan tidak tahu untuk mencari jalan keluar. Mereka telah menambah empat puluh tahun kepada 1878, yang mana adalah tiga setengah tahun dari Oktober 1874, dan tiba kepada 1918. Tetapi ini adlah selepas peristiwa tersebut dan mereka seolah-olahmembina fahaman rasionalisme di dalam kesilapan mereka.

"Penuaian biasa telah digunakan oleh Tuhan untuk memberi ilustrasi kepada penuaian orang Kristian. Dalam penuaian biasa orang Yahudi ianya satu kelaziman untuk mengumpul secara sedikit-sedikit selepas penuaian yang biasanya dilakukan selesai. Oleh kerana itu, kita harus menjangkakan masa penuaian dari 1878 sehingga 1918, dan oleh itu mengetahui masa kerja pengumpulan kecil-kecilan dilakukan, yang mana kami akan nyatakan. Persoalannya sekarang, adakah kita mendapati masa penuaian di zaman injil selepas 1874 yang mana merupakan sebagai penggenapan kepada nubuatan Tuhan?" (Studies in the Scriptures, Jilid 7 1921, ms. 236).

Seluruh urutan seolah-olah berpusat pada permulaan publikasi CT Russell seperti yang kita lihat dari teks yang berikutnya. Sekarang, ianya benar bahawa Allah bekerja melalui umat manusia dan menggunakan tubuh Kristus untuk melakukannya. Bagaimana pun, kamu harus patuh kepada Hukum Allah jika tidak, kamu tidak akan mendapat terang (Yes 8:20). Russell telah semata-mata meminjam struktur Jemaat Allah, dan kesilapan pada Adventist, dan kemudian melepaskan perkara yang tidak sesuai seperti Perintah Hukum yang Keempat, dan kemudian, seperti yang di lihat di dalam nubuatan ini, dia membuang Hukum Perintah yang Keenam dan Kesembilan juga, dan kemudian hari perhentian tiba selepas itu.

"Tahun yang sama, 1881, adalah ditandakan secara nubuatan sebagai masa akhir pengambilan kemurahan dari jemaat-jemaat, yang mana kemurahan yang mula diambil pada 1878 - tahun di mana golongan kependetaan di buang sebagai representatif Firman yang kudus, dan apabila pendeta Russell memulakan karyanya melalui publikasi 50,000 salinan dari Objek dan Sifat Kedatangan Tuhan. Pada 1878 pelayanan kepada Allah, mengajar kebenaran Alkitab, telah diambil dari golonan kependetaan, tidak setia kepada pelayanan mereka yang lama, dan diberikan kepada Pendeta Russell. Sementara itu, sehingga 1881, pelayan yang baru telah menetapkan perkara itu dengan betul, mendapat kebenaran dari Alkitab dalam bentuk lojik dan kudus bagi presentasi, sehingga perkara terakhir yang besar dari pola bait suci Ibrani, tersedia. Kemudian, pada 1881, dia menjadi pemerhati Allah bagi semua Umat Kristian, dan memulakan kerja Bersaksi yang besar-besaran." (Studies in the Scriptures, Jilid 7, ms. 386-387, 1921).
"Kitab menyingkap penjajaran yang lengkap mengenai zaman Yahudi dan zaman injil. Penjajaran ini wujud dengan rujukan kepada masa dan juga peristiwa. Zaman Yahudi telah berakhir dengan penuaian, yang mana bermula dengan penaikan Tuhan kita pada tahun A.D. 33. Melalui istilah 'Menuai' di sini bermaksud pengumpulan orang-orang Yahudi yang sisa kepada Kristus. Pernyataa jelas Kristus adlah bahawa zaman injil akan berakhir dengan penuaian yang mana masa itu dia hadir, memimpin dalam pekerjaan penuaian. Di bumi tiga setengah tahun dari masa konsekrasinya dan pembaptisan, Yesus menyediakan orang Yahudi untuk penuaian pada zaman itu. Kami menjangkakan mendapat satu penjajaran dari rujukan ini kepada penuaian zaman injil, dan kami telah mendapatnya. Mengira tiga setengah tahun dari 1874, pada waktu dia hadir, membawa kita kepada 1878. semasa Tuhan hadir dari 1874 sehingga 1878, dia membuat persediaan bagi penuaian untuk zaman injil. Penuaian orang Yahudi merangkumi satu jangka masa empat puluh tahun, yang berakhir pada A.D. 73. Maka kami menjangkakan bahawa penuaian umum ke atas zaman injil akan berakhir pada 1918." (Harp of God, 1921, ms. 235-236, 1921).

Dalam teks ini kita melihat satu pemahaman yang samar-samar tentang tuntutan Tanda Yunus, tetapi sekali lagi tidak ada pemahaman tentang sejarah. Mereka fikir bahawa empat puluh tahun selepas kematian Kristus adalah betul bagi pertobatan Yudea, dan oleh itu A.D. 73 adalah tahun yang baik, sekiranya kita anggap Kristus mati pada A.D. 33. Yang sebenarnya Kristus mati pada 30 CE, dan dan Yudea telah diberikan empat puluh tahun untuk bertobat tetapi tidak bertobat. Pada 1 Nisan 70 CE, Yerusalem telah dikepung oleh tentera Roma di bawah Titus. Yerusalem diratakan pada hujung 70 CE. Justru itu, tidak ada yang tertinggal pada tahun 73 CE. Nabi-nabi palsu ini tidakpun mampu memahami nubuatan ini secara peninjauan, apa lagi bernubuat mengenainya. Rentetan ini diperincikan di dalam karya Tanda Yunus dan Sejarah Pembangunan Semula Kaabah (No. 13).

Kemudian mereka mula menjadi dogmatis mengenai 1925, dari 1922 dan seterusnya. Sama juga dengan yang lain, mereka bersifat dogmatis, mereka tersilap.

1922:

"Jangka masa ini harus berakhir pada 1925. Pola akan berakhir, pola yang bertentangan akan bermula; dan oleh itu 1925 telah dibetulkan di dalam Kitab. Setiap orang yang berfikir boleh melihat bahawa satu klimak yang besar sudah dekat. Kitab dengan jelas menunjukkan bahawa klimak ini adalah kejatuha kepada empayar Iblis dan pembangunan mutlak kerajaan Mesiah. Klimak ini akan menjelang pada 1925, dan bahawa menandakan permulaan kegenapan kepada janji berkat kehidupan yang sudah lama untuk manusia, berjuta orang yang hidup sekarang di dunia akan kekal hidup dan mereka yang taat kepada peraturan susunan pola baru ini, akan hidup untuk selamanya. Oleh kerana itu, ianya boleh disimpulkan dengan pasti pada masa sekarang bahawa berjuta yang hidup sekarang tidak akan mati." (Golden Age, Jan 4, 1922, ms. 217).

Ini sekali lagi berdasarkan kitaran masa yang salah dan tarikh-tarikh permulaan yang salah. Nubuatan Alkitab adalah seperti membaca peta. Kamu harus tahu di mana kamu ketika kamu memulakan, untuk mendapat matlamat akhir.

"Oleh kerana itu, fakta yang tidak boleh dipersoalkan ini, menunjukkan bahawa "zaman akhir" bermula pada 1799; bahawa kehadiran Tuhan yang kedua kali bermula pada 1874." (The Watchtower, Mac 1, 1922).

Seperti halnya dengan semua perkara lojik, sekiranya kamu bermula dengan dasar fikiran yang salah, kesimpulan kamu juga akan salah dan pastinya mereka adalah salah.

"Kami tidak mempunyai keraguan dalam apa sahaja mengenai kronologi tentang tarikh 1874, 1914, 1918, dan 1925. Ianya dalam jajaran perkiraan ini tarikh-tarikh 1874, 1914 dan 1918 telah ditempatkan; dan Tuhan telah membuat meterai pada tahun 1914 dan 1918 dan diluar kebarangkalian untuk dihapuskn. Apa lagi bukti selanjutnya yang kita perlu? Menggunakan kaedah penyukatan yang sama... ia adalah perkara mudah untuk menempatkan 1925, mungkin pada musim gugur, bagi permulaan pola tahun yobel. Tidak ada persoalan lagi tentang 1925 daripada 1914." (Watchtower, ms. 159. Mei 15, 1922).

Justru itu, mereka menjelaskan lojik mereka, dan penuntut Alkitab kelas permulaan boleh membocorinya. Tetapi keyakinan mereka tidak boleh digugat.

"Ia adalah atas dasar seperti itu dan banyak korespondensi - yang menurut kepada hukum-hukum baik yang dikenali oleh sains - yang kami kukuhkan, secara rohani, saintifik, dan sejarah, kronologi kebenaran masa sekarang adalah betul tanpa diragui. Kekukuhannya telahpun disahkan oleh tarikh-tarikh dan peristiwa-peristiwa pada 1874, 1914, dan 1918. Kronologi kebenaran masa sekarang adalah dalam dasar yang selamat yang mana anak Allah yang ditahbiskan berusaha untuk menantikan perkara yang akan mendatang." (Watchtower, Jun 15, 1922).

Teks ini menyentuh dalam tuntutannya terhadap ketidaktahuan. Mereka mempunyai "Kronologi Kebenaran Masa Sekarang," yang mana seolah-olah bererti: "Apa yang kami katakan pada masa ini adalah kebenaran, dan kami akan menukarnya selepas isnya terbukti salah." Bahawa keadaan yang aneh ini yang sebenarnya memohon kepada orang ramai, adalah menghairankan untuk mengatakan. Para pembaca harus memadakan pandangan apabila mereka menyentuh perihal doktrin. Tetapi walaupun demikian, pada 1922, mereka berkata ianya adalah dari Allah:

"Kronologi ini bukan dari manusia tetapi dari Allah. Menjadi keasalan yang kudus dan dikuatkan secara ilahi, kebenaran masa sekarang di dalam kelasnya sendiri, betul sama sekali..." (Watchtower, Julai 15, 1922, ms. 217.

Mereka juga berkata pada 1922

"1914 mengakhiri zaman golongan jahiliah... Tarikh 1925 lebih jelas ditandakan oleh tulisan Kitab... menjelangnya krisis yang besar akan dicapai dan mungkin akan berlalu." (Watchtower Sept. 1, 1922, ms. 262) 

Mereka menyakinkan semula semua orang pada 1923 bahawa 1925 itu sebenarnya terkandung di dalam Alkitab:

"1925 itu sesungguhnya digenapi oleh Alkitab... orang Kristian mempunyai landasan yang lebih besar untuk iman mereka daripada yang dimiliki oleh Nuh (setakat yang diungkap oleh Alkitab) untuk melandaskan imannya terhadap banjir yang mendatang" (Watchtower April 1, 1923, ms. 106).

1923:

Dan sekali lagi pada 1923:

"Fikrin kami ialah, 1925 sesungguhnya digenapi oleh Alkitab. Seperti Nuh, orang Kristian sekarang mempunyai landasan yang lebih untuk iman mereka daripada yang dimiliki oleh Nuh untuk melandaskan imannya terhadap banjir yang mendatang." (Watchtower, ms. 106, Mac 1, 1923).

Maka terdapat satu bahtera yang terdampar bersama dengan binatang-binatang yang keliru pada tahap ini.

1924:

Dan sekali lagi pada 1923 mereka menyakinkan semula umat:

"Tidak ada keraguan ramai lelaki dan perempuan yang membaca buku ini akan hidup untuk melihat Abraham, Isyak, Yakub. Yusuf, Daniel, dan orang-orang pada zaman dahulu datang di dalam kemuliaan pada kebangkitan yang lebih baik, fikiran dan tubuh yang sempurna. Kristus tidak mengambil masa yang lama untuk melantik mereka untuk tugasan kehormatan mereka dan kekuasaan seperti wakil-wakilnya di dunia. Dunia ini dan semua keadaan yang senang-lenang pada masa sekarang akan menjadi kehairanan bagi mereka pada mulanya, tetapi kemudian mereka akan menyesuaikan diri dengan kaedah-kaedah yang baru ini. Mereka mungkin akan mengalami keadaan yang menggelikan hati pada mulanya, kerana mereka tidak pernah melihat telepon, radio, kereta lampu elektrik, kapal terbang, enjin stim, dan banyak lagi perkara yang kita biasa. (The Way To Paradise, 1924, ms. 226).

Dan bagi golongan yang ragu di antara mereka, bahawa Kristus ada dibelakang dan sudah ada di sana sejak 1874, mereka berkata pada tahun yang sama, 1924:

"Sudah tentu tidak ada tempat sekecil manapun keraguan di dalam fikiran dari anak Allah yang benar-benar beribadah bahawa Tuhan Yesus adalah hadir dan hadir sejak 1874." (Watchtower, Jan 1, 1924, ms. 5).

Setiap orang yang dungu akan mengetahui bahawa 1925 adalah lebih jelas di tandakan di dalam Alkitab daripada 1914, tetapi mereka memberitahu dunia.

"Tahun 1925 adalah tarikh yang jelas ditandakan di dalam Alkitab, malah lebih jelas daripada 1914. (Watchtower 1924, ms. 211).

Untuk menangani golongan skeptik yang tidak mualaf yang mungkin menanti, mereka berkata pada 1924:

"Kami tidak boleh dipersalahkan kerana mempersembahkan dari Alkitab bukti-bukti seperti yang dimampukan yang mana membawah kita untuk mempercayai bahawa beberapa peristiwa akan berlaku pada masa-masa yang diberikan. Ada ketikanya Tuhan membiarkan umatnya untuk melihat kepada perkara yang benar pada masa yang salah, dan selalunya mereka telah melihat perkara yang salah pada masa yang betul. Tetapi semua musuh kepada Kebenaran masa sekarang di dunia berharap dengan sepenuhnya bahawa penuntut Alkitab tidak akan begitu berjaya pada 1925 dalam melihat kepada perkara yang benar pada masa yang betul seperti halnya pada 1914. Bagaimana pun, sekiranya mereka melihat perkara yang benar, ia akan dijelaskan oleh orang lain, dan bukan kami." (The Golden Age, Feb 13, 1924, ms. 314).

1925:

1925 telah tiba dan tidak ada keraguan lagi bahawa Iblis akan menggunakan tahun ini untuk menipu umat percaya yang sebenar kepada pemikiran bahawa usaha karya ini ada penghujungnya.

"Ia akan dijangkakan bahawa Iblis akan cuba menyerapkan ke dalam fikiran umat yang beribadah, satu dasar fikiran yang mana mengatakan 1925 akan menyaksikan penghujung kepada usaha karya ini." (Watchtower, Sept 1925, ms. 262).

Bagaimana kita menangani fakta bahawa 1925 tidak menunjukkan sebarang tanda perjanjian dan terdapat satu kekecewaan? Ini semua adalah kesilapan mereka maka kita diberitahu:

"Kesukarannya ialah bahawa teman itu telah menggembung imaginasi mereka melewati akal; dan bahawa apabila imaginasi mereka remuk, mereka cenderung untuk membuang semuanya." (Watchtower 1925, ms. 56).

Jangan hilang kepercayaan 1925 ada di sini:

"Tahun 1925 ada di sini. Dengan harapan yang besar yang dinantikan oleh orang Kristian sehingga tahun ini. Ramai yang menjangkakan dengan yakin bahawa semua anggota tubuh Kristus akan diubah kepada kemuliaan sorga semasa tahun ini. Perkar ini mungkin akan terlaksana. Mungkin juga tidak. Dalam jangka masanya sendiri, Allah akan melaksanakan matlamatnya mengenai umatnya. Orang Kristian tidak harus terlalu prihatin kepada apa yang mungkin akan berlangsung pada tahun ini." (Watchtower, Jan 1, 1925, ms. 3).
"Allah mungkin tidak melakukan apa yang kita katakan dia akan lakukan, jadi jangan terkejut sekiranya kita tersalah sekali lagi", seolah-olah mereka berkata demikian. Seperti yang kita tahu, tidak ada yang berlaku maka pada 1926, kita melihat mereka menerbitkan risalah lagi.
"Beberapa orang merasakan bahawa usaha karya ini akan berakhir pada 1925, tetapi Tuhan tidak menyatakan demikian. "Kesukarannya ialah bahawa teman itu telah menggembung imaginasi mereka melewati akal; dan bahawa apabila imaginasi mereka remuk, mereka cenderung untuk membuang semuanya." (Watchtower 1926, ms. 232).

Ingat, kami mengatakan ini pada 1925 maka, kami mendapat sesuatu yang benar, bukankah begitu? Mukjizatnya ialah bahawa orang-orang mereka menerima semuanya.

Tetapi mereka tidak bersalah. Bukti Alkitab terdapat di sana, atau seolah-olah ada di sana.

1927:

Pada 1927 mereka berkata:

"Bukti Alkitab adalah bahawa masa kewujudannya dan hari persediaan Allah adalah masa dari 1874 A.D. dan seterusnya. Oleh itu, kedatangan Tuhan yang kedua adalah bermula pada 1874; dan tarikh serta tahun 1914 dan 1918 khususnya ditandakan dengan rujukan kepada kedatangannya (Creation 1927, ms. 289, edisi awal, ms. 319 edisi seterusnya).

Pada 1927, umat Watchtower seolah-olah memperkatakan perkataan mengenai efek "Tidak ada orang yang dipersalahkan sebab nubuatan tidak boleh difahami sehingga ia berlalu, apabila ia terjadi, kita akan memahami bahawa ianya telah berlaku". Dalam perkataan lainnya, apabila kita ditakluki oleh peperangan Armagedon, dan Kristus memberitahu kita apa yang telah berlaku, maka kami akan mengetahui dan oleh itu, jangan salahkan kami sebagai nabi-nabi yang palsu. Mereka berkata:

"Nubuatan tidak boleh difahami sehingga ianya digenapi atau dalam masa penggenapannya. Dari 1874 sehingga 1914, nubuatan tentang kedatangan Tuhan telah digenapi dan boleh difahami, dan telah difahami, oleh mereka yang setia kepada Tuhan dan mereka yang memerhatikan perkembangan peristiwa itu, tetapi tidak kepada orang lain. (Creation; 1927; ms. 290).

Dalam perkataan lain, beberapa daripada mereka memahaminya, tetapi masih membuat nubuatan yang palsu. Luar biasa bukankah begitu?

Pada tahun itu mereka meneruskan dengan pembenaran kepada tarikh 1799 dengan merujuk kepada Napoleon:

"Napoleon telah memulakan kempen orang Mesir pada 1798, menamatkannya, dan kemudian kembali ke Perancis pada Oktober 1, 1799. kempen ini ringkas, namun menjelaskan secara grafik di dalam nubuatan, ayat 40-44; dan ianya dilengkapkan dalam tanda 1799, menurut kepada perkataan nabi itu sendiri, permulaan kepada "zaman akhir." (Creation, 1927, ms. 293).

Ia seolah-olah ada bayangan Ellen G. White dan nubuatan palsu golongan Adventist.

Beberapa mukasurat seterusnya mereka berkata:

"Satu ribu dua ratus dan enam puluh tahun dari 539 A.D. membawah kita kepada 1799, yang mana satu lagi bukti bahawa 1799 itu benar-benar menandakan permulaan kepada "zaman akhir".  Ini juga menunjukkan bahawa ianya dari tarikh 539 A.D. hari-hari nubuatan yang lain dalam Daniel dihitung." (Creation; 1927, ms. 294).

Sekali lagi empat mukasurat seterusnya berbunyi:

"Dengan menggunakan kaedah yang sama, yakni satu hari sama dengan satu tahun, 1335 hari selepada 539 A.D. membawa kita kepada 1874 A.D. yang mana masa itu, menurut kronologi Alkitab, adalah kedatangan Tuhan yang kedua akan tiba." (Creation, 1927, ms. 298).

Mukjizatnya ialah bahawa nabi-nabi palsu ini tidak dibelangkin dan berbuluh.

1928:

Pada 1928 dan 1929, mereka terus mengembangkan senario palsu yang sama yang mana menggagalkan mereka  dengan teruknya pada ketika setengah kurun yang lalu.

"Kehadiran Tuhan yang kedua kali bertarikh dari 1874, seperti yang tercatat di atas." (The Harp of God, ms. 236, edisi 1928).

1929:

"Kedua-dua pemberi dan penerima telah diyakinkan dengan sepenuhnya dari kesaksian Alkitab yang mana adalah firman Allah Yehovah dan dari bukti-bukti yang tidak berkaitan bahawa Kerajaan Allah sekarang berada dalam haluan kepada pendirian dan bahawa ianya akan mengakibatkan manfaat kepada umat manusia di dunia; bahawa kuasa yang memerintah dan wewenang akan kelihatan kepada manusia tetapi kerajaan Allah akan mempunyai perwakilan yang tidak boleh dilihat di dunia yang bertanggung jawab dalam hal-ehwal bangsa-bangsa dibawah pimpinan pemerintah yanh tidak kelihatan, yakni Kristus. Bahawa di kalangan perwakilan yang setia dan penguasa dunia yang boleh dilihat adalah Daud, yang pernah menjadi Raja di Israel; dan Gideon, dan Barak, dan Samson, dan Yeptai, dan Yusuf, yang pernah memerintah Mesir, dan nabi Samuel dan orang-orang taat lainnya yang disahkan di dalam Alkitab dalam Ibrani bab 11." (Karya Rutherford, Original legal deed to Beth Sarim, 1929).

Kemudian mereka satu pernyataan yang benar tetapi tidak pada tanggapan mereka.

"Sekiranya nubuatan-nubuatan ini belum lagi digenapi, dan sekiranya semua kebarangkalain untuk kegenapan sudah berlalu, maka nabi-nabi ini terbukti salah.' (Prophecy, 1929, ms. 22). Kemudian mereka membuat satu lagi pernyataan yang salah.
"Bukti Alkitab adalah bahawa kehadiran Tuhan Yesus Kristus yang kedua kali bermula pada `874 A.D. (Prophecy 1929, ms. 65).

Tidak ada bukti yang disediakan atau bukti yang mungkin bagi kesilapan ini.

Ramai orang seperti ini yang menanti kedatangan Tuhan dan membawa mereka ke sorga, dan secara khususnya membetulkan tahun 1914 atas bila perkara ini harus terjadi. Tahun 1914 adalah tarikh yang ditandakan; tetapi ini semata-mata merenung kepada sesuatu yang akan berlaku di pertengahan kurun yang kedua. Dengan jelas, mereka tidak pernah membaca Justin Martyr.

Tetapi adakah mereka benar-benar menjangkakan Daus dan yang lain akan muncul di dalam kebangkitan yang kian menjelang? Tidak, mereka tidak menjangkakan demikian seperti yang kita lihat di bawah.

1930:

"Tetapi bagaimana untuk kamu mengenal pasti Raja Daud atau perwakilan dari Allah yang lain? Rutherford bertanya. 'Saya fikir semua yang sudah dikeluarkan sebelum saya menulis catatan itu, 'hakim itu menjawab dengan kelipan matanya yang berwarna kelabu. 'Saya sedar kebarangkalian dari beberapa tua yang aneh yang kelihatan bijak dan suatu pagi dan menyatakan bahawa dia adalah Daud. Orang yang saya tetapkan untuk menguji identiti orang-orang ini adalah pegawai dari lembaga saya dan mentahbiskan kehidupan mereka kepada Tuhan, mereka akan diberi kuasa untuk mengetahui penipu dari putera-putera yang sebenar."' ( The San Diego Sun, Ahad, Mac 15, 1930).

Maka pegawai perlembagaan tersebut akan menetapkan siapakah artikel yang tulen. Ini mengakibatkan sesuatu yang kurang disenangi, yang mana adalah tujuannya. Pada 1930, Times menulis:

"Hakim Joseph Frederick Rutherford 60, tinggal di dalam mahligai Sepanyol yang berbilik sepuluh, No 4440 Braeburn Rd, San Diego, California., minggu lalu dia berpindah ke No 4440 Braeburn Road, dan berdekatan dengan dua garaj kereta dan sepasang otomobil kepada Raja Daud, Gideon, Barak, Samson, Yeptai, Samuel dan orang-orang kuat lama Filistine yang lain. Dia positif bahawa mereka akan muncul semula ke bumi, dia berkata: "Saya dengan sengaja membuat kawasan itu ditanami dengan pohon palem dan pohon zaitun supaya putera-putera alam semesta ini akan merasa seperti di rumah sendiri. (Majalah Time, Mac 31, 1930).

Nubuatan-nubuatan yang palsu telah menyebabkan banyak cemuhan dari pengikutnya.

"Watchtower, dan publikasi bersamanya dalam perlembagaan, untuk empat puluh tahun telah menekankan fakta bahawa 1914 akan menyaksikan pembangunan kerajaan Allah dan kelengkapan kepada kemuliaan jemaat. Dalam jangka masa empat puluh tahun ini, umat Allah di bumi membawa amanat bersaksi, yang man tugas ini telah dibayangkan oleh Elijah dan Yohanes Pembaptis. Semua umat Tuhan menantikan tahun 1914 dengan jangkaan yang menggembirakan. Apabila masa itu tiba dan berlalu, terdapat banyak kekecewaan, penyesalan dan tangisan, dan umat Tuhan dicela dengan teruk. Mereka ditertawakan oleh golongan kependetaan dan sekutu mereka secara khususnya, dan melontarkan caci-maki, kerana mereka telah berkata banyak mengenai 1914, dan apa yang akan berlalu, dan nubuatan-nubuatan mereka tidak digenapi (Light, Book 1, 1930, ms. 194).

Namun Rutherford meneruskannya seolah-olah semua ini adalah satu realiti. Dia berkata pada tahun 1930:

"Klimak yang besar sudah dekat. Raja-raja di bumi menyediakan diri mereka terhadap Batunya yang ditetapkan." (J.F. Rutherford, Light, II, 1930 ms. 327).

1931:

Setelah mengacau bilaukan nubuatan Alkitab, Rutherford dan Masyarkatnya meneruskan dalam tahun 1931, menegaskan bahawa orang yang setia benar-benar telah melihat pakaian-pakaian baru raja.

"Umat Allah yang setia di atas bumi menekankan kepentingan tarikh 1914 dan 1918 dan 1925. Mereka mempunyai memperkatakan tentang tarikh-tarikh ini dan apa yang akan berlalu, tetapi semua yang mereka ramalkan tidak berlalu" (J. F. Rutherford, Vindication, jilid. 1, 1931, ms. 146).

Bagaimana pun, Armagedon masih akan berlaku tidak lama lagi, walaupun mereka tersalah mengenainya sebanyak tiga kali sebelum ini.

"Kerajaan Allah telah mula beriperasi. Harinya untuk membalas dendam sudah tiba dan Armagedon sudah dekat dan sudah pasti menimpa ke atas Umat Kristian dan bahawa dalam satu tarikh yang awal. Penghakiman Allah adalah ke atas umat Kristian dan akan dilaksanakan tidak lama lagi." (Rutherford, Vindication ibid, ms. 147).
"Terdapat beberapa kekecewaan pada golongan umat Jehovad yang setia di bumi mengenai tahun 1914, 1918 dan 1925, yang mana kekecewaan ini berlarutan pada suatu jangka masa. Kemudiannya orang yang setia mengetahui bahawa tarikh-tarikh ini telah benar-benar digenapi di dalam Alkitab; dan mereka juga mempelajari untuk tidak membetulkan tarikh masa hadapan dan meramalkan apa yang akan berlalu pada tarikh-tarikh tertentu, tetapi bergantung kepada (dan mereka bergantung kepada firman Tuhan ) firman Allah begitu juga dengan peristiwa-peristiwa yang akan berlalu. (J. F. Rutherford, Vindication, ibid, ms. 338-339)

Maka mereka menghentikan nubuatan yang palsu dan bergantung kepada Alkitab. Namun, mereka masih menuntut bahawa perkara-perkara ini akan berlalu, dan mereka masih mengetuk pintu-pintu rumah untuk menyakinkan hati orang yang mudah tertipu ini mengenai realiti yang tidak senonoh ini.

Ada seorang pendakwa pada 1931, tetapi hakim mengetahui bahawa dia bukanlah Daud. Mungkin dia tidak membaca bahagian di mana Thomas harus meletakkan jarinya di dalam lobang untuk mengetahui bahawa ia adalah Kristus. Bagaimana pun, mereka agak selamat, kerana Daud harus dibangkitkan bersama dengan yang lain. Laporan insiden tersebut adalah seperti berikut.

"Seorang gelandangan kurus yang tidak bercukur telah menjadi satu-satunya penuntut $75,000 mahligai Daud, raja Israel di California Selatan, semenjak ianya dipindahkan kepada sifat Alkitabiah setahun yang lalu. Ini diungkap hari ini oleh hakim James Rutherford, pemilik sementara mahligai mewah ala-Sepanyol di 440 Braeburn Road, di daerah puncak Kensington. Dalam satu daripada perpindahan yang terlama dicatatkan, Rutherford, Presiden kepada Persatuan Penuntut Alkitab antarabangsa dan juga Watch Tower Bible dan juga Tract Society, telah menempatkan dengan yakin kawasan tanah yang baik sekali ini bagi raja-raja kuno dan nabi-nabi Israel. Pembunuh Goliat dan rakan-rakannya boleh menggunakan rumah moden yang berbilik 10 buah ini dengan kawasan tamannya dan perkarangannya selepas pengesahan mereka disahkan oleh Rutherford dan pegawai dalam jabatannya, yang secara ilahi diberi wewenang untuk mengenal pasti mereka. Suatu pagi sementara saya pergi dari rumah tersebut ke garaj, satu makluk yang ganjil mendekati saya, membuka topinya yang kotor dan berseru "Apa khabar hakim, saya adalah Daud" "Pergi dan beritahulah kepada angin', Saya memberitahu dia dan dia pergi tanpa memperdebatkan hal itu. Saya boleh melihat sepintas lalu bahawa dia bukanlah Daud. Dia tidak kelihatan seperti Daud.' Ditanya begaimana dia menjangkakan rupa Daud dan saudara-saudara yang lainnya, Rutherford tanpa ragu membuka Alkitabnya yang besar dan menunjukkan ayat yang mengatakan bahawa Putera Alam Semesta ini akan bangkit dari antara orang mati 'sebagai manusia sempurna'. "Saya persembahkan ianya bererti demikian', Hakim agung yang tinggi itu mengumumkan, bahawa Daud, Gideon, Barakm Samson, Yeptai, Yusuf dan Samuel akan dihantar ke sini untuk memutarkan dunia ini dari rangkulan Iblis, berpakaian moden seperti kita, dan boleh dengan usaha yang sedikit sahaja berbicara dengan bahasa kita.' Rutherford menggambarkan kedatangan delegasi alkitabiah ini mungkin dengan jubah, topi yang tinggi, tongkat dan sepatu. Di Beth Sarim (Rumah Para Putera) nama yang diberikan oleh Rutherford terhadap mahligainya, Daud akan mendapat alat-alat yang termoden yang dicipta oleh sains. Apabila tetamu-tetamu berjalan ke atas tangga yang perpusing ke tingkat dua, mereka akan dapati pejabat yang besar dengan kerusi yang berkulit merah dan meja yang berkilat dengan terang lampu yang berselang. Malah telepon Perancis pun akan menunggu sentuhan para putera. Membuka pintu yang lebar, anak watan Filistin ini akan melihat bilik mandi yang besar, gemerlapan dengan kilatan jubin yang hitam dengan tempat mandi dan tempat menyimpan ubatan yang mencukupi. Betapa besarnya pesona yang dialami oleh Samson, yang mana telah merosakkan istana dengan tangan kosong mungkin mendapati di dalam penyimpanan pencukur emas dan berhenti! Rutherford telah membina bilik tidur di tingkat kedua, yang mana dia menempatkan sementara, untuk menampung beberapa daripada pemilik yang dijangkakan. Dengan jendela yang luas dengan pemandangan kepada cuvamacan ungu di sebelah timur dan Misi pertama California di sebelah utara, bilik tidur ini hampir diperlengkapi. Pemerintah alam semesta mempunyai citarasa yang ringkas, hakim itu percaya, walaupun meja yang ringkas diliputi dengan majalah fiksyen. Ruthered telah mengimport beberapa Koniach, Wasser dari Cologne, Jerman untuk menyegarkan muka-muka putera selepas bercukur. Satu topi-tengkorak tergantung di satu daripada tiang katil. Kedatangan Daud dan rakan-rakannya akan menjadi berita yang terbesar pada zaman itu, Rutherford meramalkan. Saya tidak mencari publisiti,' Rutherford berkata dengan kelipan matanya yang coklat, 'tetapi saya rasa bahawa dunia harus tahu mengenai kedatangan mereka. Ia pasti menjadi satu cerita yang menarik.' Perkataan "Rumah Raja Daud" telah tiba di setiap penjuru dunia, hakim itu menyatakan. 'Dimana sahaja saya pergi orang akan bertanya kepada saya mengenai tempat ini,' Rutherford berkata. 'Di Chicago, seorang pengusaha jutaan telah menawarkan untuk membina satu lagi rumag Daus, tetapi saya menolak tawaran tersebut. Secara literal beribu sudah datang ke sini untuk melihat tempat tersebut,' Rutherford meneruskan. 'Ramai yang datang ke pintu dan setiausaha saya telah memperlihatkan tempat itu.' Perkarangannya dengan kolam perak dan pohon pelam dan zaitun mekar dengan bunga-bunganya. Di bahagian jurang, jalan-jalan telah dibuat untuk membolehkan Daud dan rakan-rakannya berjalan dengan meditasi. Kebanyakan daripada pohonan dan buah-buahan dari Filistin akan menyambut para pemerintah ini apabila mereka tiba. Di pintu sebelah garaj yang memuatkan dua kereta itu, terdapat satu mobil tertutup 16 silinder yang akan diserahkan kepada para pemerintah bersama dengan harta peribadi di tempat itu. 'Segalanya adalah milik mereka, rumah, tanah, semua perabot dan malah pakaian-pakaian sekiranya mereka memerlukannya.' Hakim Rutherford berkata. 'Apa yang saya lakukan? Oh, jangan bimbang tentang saya. Saya boleh mengurusnya.' Hakim itu tersenyum. Dia mempunyai satu lagi rumah 'Watch Tower' (Menara Jaga) di pulau Slaten dan secara praktikal seluruh kawasan tingkat Bethel. Tujuh manusia yang terkenal ini tidak akan lama di tempat mereka di San Diego kerana mereka akan memimpin bala tentera Tuhan untuk menaklukkan kaki tangan Iblis dalam peperangan Armagedon, Rutherford percaya. 'Tetapi mereka akan menang. Tuhan akan menghukum Iblis dan akan menunjukkan bahawa para pengkhotbah dan ahli politik telah selama ini memberikan manusia pimpinan yang salah,' Rutherford berkata dengan yakin. Rutherford akan belayar pada Mei 9 ke Eropah di mana dia akan berbicara di hadapan konvensi di Berlin Paris dan London. (Surat khabar Sun San Deigo, Jan. 9, 1931)

Dan maka itu kita menunggu kedatangan Daud dan Musa dan semua nabi-nabi yang benar. Adakah ini menghentikan nabi-nabi yang palsu? Seterusnya kita akan meneliti dari kebangkitan Herbert Armstrong di tahap Jemaat Allah (Hari Ketujuh), dan mengikuti dia dan pelayanannya, dan Watchtower serta Bible Tract Society dalam usaha mereka untuk mencari kebenaran Alkitab yang sukar difahami.

Fasa yang seterusnya meliputi jangka masa dari 1932 sehingga kepada kegagalan besar nubuatan palsu Armstrong pada 1975.


Wade Cox
Koordinator Umum