Konperensi Dunia
Jemaat-jemaat Allah Al Maséhi

Mesej Sabat

Sabat 17/10/28/120


Kepada Sahabat Sekalian,

Dalam masa lapan hari lagi kita akan melalui perayaan yang dipanggil “Krismas.” Kita terus merasa takjub terhadap komentar yang seragam oleh orang-orang yang berpelajaran mengenai perayaan ini. Ramai orang yang tidak menyedari bahawa perayaan ini tidak berkaitan dengan Yesus Kristus. Dia tidak dilahirkan pada masa perayaan ini. Para gembala pada masa itu tidak berada di padang gembalaan dan pada masa ibunya Mariam mengandung, yang dikira bagi visi Elisabet dan Zakariah, dari jangka masa pekerjaan Divisi Kelapan Abijah, membuat ia mustahil bahawa Kristus telah lahir pada masa itu.

Kita seringakala kagum melihat orang-orang dalam Jemaat di England menganjurkan perayaan ini seolah-olah ia adalah satu artikel iman. Sejarah perayaan ini terkandung did alam karya tulis Asal-Usul Krismas dan Paskah Hari Minggu (No. 235).

Krismas tidak memasuki ke dalam Kekristianan sehingga abad yang kelima di Siria, dari pemujaan-pemujaan Misteri di sana, dan tidak sehingga abad yang keenam secara umumnya. Ia adalah seluruhnya dari keasalan kafir yang berakar dari kekahiran matahari yang tak terkalahkan dan perayaan dewi ibu di Mesir.

Perayaan ini ditentang oleh orang yang berpengetahuan tentang Alkitab secara umumnya dan tidak pernah dipelihara kemanapun mereka berada.

Krismas hanya datang ke Britain dari 597 selepas Katolik Roma memasuki bersama dengan Augustine dari Canterbury melalui isteri raja orang Angle. Orang Angle telah “dibabtiskan” (yakni dipercik dengan air) pada masa upacara pertengahan musim sejuk kafir. Jemaat Kristian golongan Celtik di sana dipaksa, dari sinod di biara Hilda bertempat di Whitby pada 664, untuk mengadopsi perayaan Paskah Hari Minggu dan Penyembahan Hari Minggu; dan hukum-hukum makanan serta iman Quartodeciman golongan Sabatarian telah dipaksa secara tersembunyi.

Pada masa Reformasi di England, satu daripada tindakan Reformasi yang pertama yang mana kedua-duanya melalui Ketakhtaan dan bidang kekuasaan kependetaan adalah untuk melarang perayaan yang dipanggil “Krismas.” Ianya hanya pada waktu kematian Henry VIII dan kebangkitan Katolik Roma Mary Tudor, Krismas telah dipulihkan kembali. Edward mungkin akan melarangnya semula tetapi kematiannya yang awal mencegah tindakan ini dan Elizabath I pula tidak melakukan demikian. Ianya diserahkan kepada kerajaan Commonwealth (kerajaan negeri) di bawah Cromwell untuk sekali lagi melarang perayaan ini dan sekali lagi untuk sebab-sebab keagamaan. Apabila Stuart telah dilantik bagi takhta England, perayaan ini dipulihkan kembali untuk menenteramkan minority Katolik Roma di England. Sejak itu, ianya wujud, menjadi lebih komersial setiap tahun, dan lebih banyak tradisi yang bukan berasas kepada Alkitab telah ditambahkan keatasnya tahun demi tahun.

Apakah yang Allah katakan tentang perayaan ini? Allah berfirman melalui nabi Yeremia:

Bab 10

1 Dengarlah firman yang disampaikan TUHAN kepadamu, hai kaum Israel! 2 Beginilah firman TUHAN: "Janganlah biasakan dirimu dengan tingkah langkah bangsa-bangsa, janganlah gentar terhadap tanda-tanda di langit, sekalipun bangsa-bangsa gentar terhadapnya. 3 Sebab yang disegani bangsa-bangsa adalah kesia-siaan. Bukankah berhala itu pohon kayu yang ditebang orang dari hutan, yang dikerjakan dengan pahat oleh tangan tukang kayu? 4 Orang memperindahnya dengan emas dan perak; orang memperkuatnya dengan paku dan palu, supaya jangan goyang. 5 Berhala itu sama seperti orang-orangan di kebun mentimun, tidak dapat berbicara; orang harus mengangkatnya, sebab tidak dapat melangkah. Janganlah takut kepadanya, sebab berhala itu tidak dapat berbuat jahat, dan berbuat baikpun tidak dapat." 6 Tidak ada yang sama seperti Engkau, ya TUHAN! Engkau besar dan nama-Mu besar oleh keperkasaan. 7 Siapakah yang tidak takut kepada-Mu, ya Raja bangsa-bangsa? Sungguh, kepada-Mulah seharusnya sikap yang demikian; sebab di antara semua orang bijaksana dari bangsa-bangsa dan di antara raja-raja mereka tidak ada yang sama seperti Engkau! 8 Berhala itu semuanya bodoh dan dungu; petunjuk dewa itu sia-sia, karena ia hanya kayu belaka. 9 Perak kepingan dibawa dari Tarsis, dan emas dari Ufas; berhala itu buatan tukang dan buatan tangan pandai emas. Pakaiannya dari kain ungu tua dan kain ungu muda, semuanya buatan orang-orang ahli. 10 Tetapi TUHAN adalah Allah yang benar, Dialah Allah yang hidup dan Raja yang kekal. Bumi goncang karena murka-Nya, dan bangsa-bangsa tidak tahan akan geram-Nya. 11 Beginilah harus kamu katakan kepada mereka: "Para allah yang tidak menjadikan langit dan bumi akan lenyap dari bumi dan dari kolong langit ini." 12 Tuhanlah yang menjadikan bumi dengan kekuatan-Nya, yang menegakkan dunia dengan kebijaksanaan-Nya, dan yang membentangkan langit dengan akal budi-Nya. 13 Apabila Ia memperdengarkan suara-Nya, menderulah bunyi air di langit, Ia menaikkan kabut awan dari ujung bumi, Ia membuat kilat serta dengan hujan, dan mengeluarkan angin dari perbendaharaan-Nya. 14 Setiap manusia ternyata bodoh, tidak berpengetahuan, dan setiap pandai emas menjadi malu karena patung buatannya. Sebab patung tuangannya itu adalah tipu, tidak ada nyawa di dalamnya, 15 semuanya adalah kesia-siaan, pekerjaan yang menjadi buah ejekan, dan yang akan binasa pada waktu dihukum. 16 Tidaklah begitu Dia yang menjadi bagian Yakub, sebab Dialah yang membentuk segala-galanya, dan Israel adalah suku milik-Nya; nama-Nya ialah TUHAN semesta alam!

Firman dari Allah yang Hidup ini sangat jelas dan ditujukan kepada perayaan ini bahawa hanya orang yang sengaja bodoh yang tidak didorong olehnya. Adat istiadat orang yang salah ini telah dipelihara di Yudah apabila mereka ditawan, dan Allah telah memberitahu mereka bahawa dia akan membuat mereka ditawan. Mereka tidak mendengar pada masa itu dan tidak mendengar pada masa ini juga. Hanya di England pada waktu Reformasi mereka telah berjaya melarang perayaan ini, dan ianya dianggap sebagai kebenaran.

Dengarlah firman Allah. Tuhan-tuhan ini akan binasa dari muka bumi, pada masa hukuman, mereka akan binasa dan tidak lagi diingat di dalam fikiran. Kita akan melakukannya dengan cara mudah atau melakukannya dengan cara yang sukar. Pilihan ada pada diri kita. Bagaimana pun, kita akan melakukannya dan menyingkirkan berhala-berhala ini dari kalangan kita, atau kita akan diserahkan di tangan bangsa yang mempunyai bahasa asing yang kita tidak fahami dan mereka akan diberikan hati batu untuk menangani kita. Kita akan disingkirkan dengan hyssop di bawah tawanan.

Perayaan kafir ini telah berakar di kalangan kita. Walaupun apabila berhadapan dengan keasalan perayaan-perayaan kafir dan bukti-bukti dalam sejarah dan Alkitab, kebanyakan orang cuba untuk mencari dasar rasionilnya bahawa ianya dianggap baik bagi keluarga atau ianya baik bagi anak-anak. Ianya tidak baik bagi keluarga, dan ianya tidak baik bagi anak-anak untuk membuat dusta dan kesia-siaan, dan Allah yang Hidup telah melarangnya. Apa yang paling menarik ialah bahawa orang atheis (orang yang tidak percaya adanya Allah) berpegang teguh pada upacara ini daripada mereka yang sebenarnya orang Kristian yang percaya dengan Alkitab di dalam percubaan yang sia-sia untuk menyalahkan iman ini.

Kita telah diberitahu baru-baru ini bahawa ianya adalah satu upacara “rohani”. Sesungguhnya ia memang satu upacara rohani dan itulah sebabnya kita tidak akan memelihara ini. Ia adalah satu penyembahan aktif tuhan-tuhan palsu dan dilarang kepada semua orang Kristian yang sejati, kepada orang Yahudi dan kepada Muslim.

Banyak denominasi Kristian melarang perayaan ini, malah ada beberapa di antaranya dari golongan Trinitarian dan sesungguhnya tidak memahami apa-apa lagi. Satu daripada denominasi yang terbesar di US telah menulis kepada kami dan meminta kebenaran daripada kami untuk mencetak karya tulis Asal-Usul Krismas dan Paskah Hari Minggu (No. 235) dan mendistribusikan karya ini sejauh mungkin. Kami bersetuju asalkan karya ini tidak diubah dari asalnya. Kumpulan Methodis di US juga dilaporkan telah melarang perayaan ini hasil pembelajaran karya tulis ini.

Satu daripada karakter pseudo-kebenaran (kebenaran yang tidak asli atau salah) adalah mengadopsi perayaan-perayaan yang salah yang telah mengadopsikan pseudo-Kristian menganggapnya sebagai tuntutan iman dan menyerang apa sahaja yang dibutuhkan di dalam teks-teks Alkitab sebagai orang Yahudi. Malah orang-orang ini disokong oleh Rabbinical orang Yahudi yang sebenarnya benci dengan Kekristianan di dalam Alkitab. Kumpulan Yahudi ini mempromosikan hukum-hukum Nuh yang diselewengkan dalam percubaan untuk menyangkal Kekristianan yang sejati kebenaran kepada Sabat dan perayaan-perayaan serta Bulan-bulan Baru Allah.

Dalam masa beberapa minggu yang mendatang ini, berusahalah untuk mendapatkan mesej tentang Krismas sejauh dan seluas mungkin.

Terjemahkan mesej-mesej tersebut kepada sebanyak bahasa yang mungkin. Kami meminta jemaat Africa Timur mendapatkan karya ini di dalam bahasa KiSwahili didistribusikan kepada semua umat di sana yang tidak mendapat versi bahasa Inggeris atas sebab keterbatasan bahasa.

Kami telah menghantar beberapa pelayanan dari Kenya ke Wilayah Tasik Victoria di Tanzania untuk membantu dalam menggabungkan jemaat-jemaat di sana di sebelah utara Tanzania. Untung sekali sebab ramai umat di sana memelihara Sabat sejak lahir dan tidak memelihara perayaan ini, tetapi ada sebilangannya masih baru kepada Sabat dan datang dari latar belakang yang tidak memahami dengan sepenuhnya sifat perayaan ini yang tidak berasaskan Alkitab.

Sila pastikan bahawa sesiapa sahaja yang mahu mempelajari aspek ini mampu melakukannya dengan menyediakan karya tulis ini kepada mereka.

 


Wade Cox
Koordinator Umum