Jemaat-jemaat Allah Al Maséhi

[CB32]

 

 

 

 

Pelajaran mengenai Doa Bahagian B Kertas Kerja [CB32]

(Edisi 1.0 20021230-20021230)

 

Pelajaran ini dibentuk dengan menggunakan karya Ajarlah Kami Berdoa (No. 111) dan ia haruslah digunakan bersama-sama dengan Pelajaran mengenai Doa Bahagian A Panduan Guru (No. CB31).

 

 

 

Christian Churches of God

 

PO Box 369, WODEN ACT 2606, AUSTRALIA

E-mail: secretary@ccg.org

 

(Hakcipta ã 2002 Leslie and Russell Hilburn, Ed. Wade Cox)

(Tr. 2003)

 

Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan.  Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan.  Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.

 

Karya ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org


 

Pelajaran mengenai Doa Bahagian B

Kertas Kerja [CB32]




Keperluan berdoa lazimnya sukar untuk kita fahami. Kita tahu bahawa Allah adalah maha mengetahui, jadi kenapakah kita perlu berbicara kepadaNya mengenai hal-hal yang telahpun diketahuiNya? Dan kenapakah kita perlu meminta daripadaNya, sedangkan kitab suci memberitahu kita bahawa Dia sudahpun tahu tentang keperluan-keperluan kita?

 

Yang menakjubkan adalah hakikat bahawa hanya melalui proses doa sebenar barulah jawapannya menjadi jelas. Apabila kita mula konsisten di dalam doa-doa kita setiap hari, dan bukti doa-doa terjawab menjadi jelas, barulah kita mula memahami bahawa doa adalah sesuatu yang kita perlukan untuk berhubung dengan serta memberi pujian kepada Bapa kita yang penuh kasih, Allah.

 

Hari ini kita akan menjawab enam pertanyaan mudah mengenai doa:

 

1.      Kenapa kita berdoa?

 

2.      Kepada siapa kita berdoa?

 

3.      Bagaimana kita bersedia untuk berdoa?

 

4.      Di manakah kita berdoa?

 

5.      Bilakah kita berdoa?

 

6.      Apakah yang kita doakan?

 

Soalan 1: Kenapa kita berdoa?

 

Bacalah Mazmur 94:11 “TUHAN mengetahui rancangan-rancangan manusia; sesungguhnya semuanya sia-sia belaka.”

 

Di dalam ayat ini, Alkitab memberitahu kita bahawa Tuhan mengetahui rancangan-rancangan manusia. Jadi, jika Dia mengetahui rancangan kita, kenapa kita perlu berdoa?

 

A.____________________________________

 

Ayat Alkitab: ______________________________________

 

Di dalam petikan ayat ini, Alkitab mengajar kita bahawa tujuan Tuhan mencipta kita adalah untuk kemuliaanNya. Satu cara di mana kita dapat memuliakan Tuhan adalah melalui doa. Kita perlu berdoa untuk memuliakan Tuhan serta membentuk suatu hubungan denganNya melalui Yesus Kristus.

 

B.____________________________________

 

Ayat Alkitab: ______________________________________

 

Perhatikan khususnya perkataan kedua. Kristus mengatakan “(apabila) dalam doa”, dia tidak berkata “jika kamu berdoa”.

 

            Ayat Alkitab: ______________________________________

 

Yesus juga mengajar kita bahawa apabila kita berdoa kita haruslah meminta di dalam namanya.

 

Soalan 2: Kepada siapa kita berdoa?

 

            Ayat Alkitab: ______________________________________

 

Yesus Kristus memberitahu kita bahawa kita sepatutnya HANYA menyembah Allah Bapa. Dia memetik dari Perjanjian Lama, Ulangan 6:13: “Engkau harus takut akan TUHAN, Allahmu; kepada Dia haruslah engkau beribadah dan demi nama-Nya haruslah engkau bersumpah.”

 

            Ayat Alkitab: ______________________________________

 

            Ayat Alkitab: ______________________________________

 

Soalan 3: Bagaimana kita bersedia untuk berdoa?

 

A. ______________________________________

 

Ayat Alkitab: ______________________________________

 

Ayat Alkitab: ______________________________________

 

Di sini, di dalam dua ayat ini, Alkitab memberikan arahan jelas bahawa kita harus meminta di dalam iman.

 

            Ayat Alkitab: ______________________________________

 

Oleh itu dengan melihat semua ayat-ayat kitab ini, kita dapati bahawa untuk doa-doa kita menjadi efektif, kita haruslah memiliki iman dan percaya pada tiga perkara berikut:

 

·        Ada seorang Tuhan di syurga.

 

·        Tuhan mendengar doa-doa kita.

 

·        Tuhan menjawab doa-doa kita.

 

Kita juga harus ingat, bahawa kadangkala jawapan Tuhan kepada doa-doa kita bukanlah apa yang kita inginkan, atau masaNya berlainan daripada masa kita. Kadangkala Tuhan membuat kita menunggu agar kita belajar sabar serta memenangi dosa atau mempelajari pelajaran-pelajaran tertentu. Atau mungkin Dia mempunyai rancangan lain untuk kita. Kita harus ingat bahawa Tuhan akan bertindak pada masa terbaik untuk tujuan yang telah ditentukanNya, dan menurut Roma 8:28: “Kita tahu sekarang, bahwa Allah turut bekerja dalam segala sesuatu untuk mendatangkan kebaikan bagi mereka yang mengasihi Dia, yaitu bagi mereka yang terpanggil sesuai dengan rencana Allah.” Doa bukanlah untuk memaksa Tuhan mengabulkan hal-hal yang kita minta, tetapi sebaliknya datang kepada Tuhan di dalam iman sepenuhnya bahawa apa yang kita perlukan akan diberikan kepada kita.

 

B. ______________________________________

 

            Ayat Alkitab: ______________________________________

 

Alkitab juga mengajar kita bahawa dosa boleh menghalang doa-doa kita. Jika kita sedar bahawa kita semua berdosa, maka kita dapat memahami bahawa petikan ini menunjukkan bahawa kita perlu berbicara dengan Tuhan mengenai dosa-dosa kita, memohon maaf, serta meminta Tuhan menolong kita bertaubat. Kita tidak mahu dosa-dosa kita terus menjauhkan kita dari Tuhan.

 

            Ayat Alkitab: ______________________________________

 

Ini menunjukkan betapa pentingnya hukum Tuhan, dan betapa perlunya kita untuk berusaha mengikutinya selalu.

 

            Ayat Alkitab: ______________________________________

 

Jika kita mahu Tuhan mengampuni dosa-dosa kita (dan kita baru belajar yang kita memang memerlukanNya berbuat begitu), kita harus mengampuni orang lain yang telah bersalah terhadap kita.

 

C. ______________________________________

 

            Ayat Alkitab: ______________________________________

 

D. ______________________________________

 

Kita perlu merendahkan diri kita sebelum kita berdoa.

 

            Ayat Alkitab: ______________________________________

 

Soalan 4: Di manakah kita berdoa?

 

            Ayat Alkitab: ______________________________________

 

Ini menunjukkan bahawa kita patut berdoa secara diam-diam.

 

Bagaimana dengan berdoa bersama dengan keluarga kamu ataupun di dalam jemaat? Adakah Alkitab memberikan kita satu contoh?

 

            Ayat Alkitab: ______________________________________

 

Di sini, sekumpulan orang sedang berdoa bersama-sama, namun seperti contoh yang diberikan oleh Kristus, mereka berdoa dengan diam-diam di dalam rumah.

 

Soalan 5: Bilakah kita berdoa?

 

A. ______________________________________

 

            Ayat Alkitab: ______________________________________

 

Ada terjemahan yang mengatakan berdoalah tanpa henti. Ini tidaklah bermakna bahawa kita harus berdoa pada setiap masa, sebaliknya kita haruslah mempunyai sikap yang betul, bersedia untuk doa pada setiap masa.

 

B. ______________________________________

 

            Ayat Alkitab: ______________________________________

 

Teladan Daniel merupakan contoh yang baik untuk kita. Jika kita berdoa apabila kita bangun pada waktu pagi, pada masa tertentu sewaktu hari itu, dan pada waktu malam sebelum kita tidur, maka kita berpeluang menyertakan Tuhan di dalam semua bahagian hari kita. Pada waktu pagi, dengan berdoa kita menunjukkan kepada Tuhan bahawa kita menyedari betapa perlunya kita akan dia setiap hari dan kita boleh memintaNya memimpin kita sepanjang hari tersebut. Dengan berdoa sewaktu pertengahan hari, kita mengingati bahawa Tuhan adalah lebih penting daripada kebiasaan kita hari demi hari. Dengan meluangkan masa untuk Tuhan, kita mengingatkan diri kita bahawa Tuhan adalah keutamaan nombor satu kita. Akhir sekali, dengan meluangkan masa untuk berdoa sebelum kita tidur, kita dapat mengucapkan syukur kepada Tuhan untuk setiap hari.

 

Soalan 6: Apakah yang kita doakan?

 

Sungguhpun tidak ada jawapan benar atau salah bagi pertanyaan ini, Alkitab ada memberikan kita beberapa garis panduan untuk hal-hal yang patut dimasukkan ke dalam doa-doa kita, serta perkara-perkara yang harus kita fikirkan ketika berdoa.

 

A. ______________________________________

 

            Ayat Alkitab: ______________________________________

 

Untuk mereka yang pernah menghadiri jemaat-jemaat lain, doa ini mungkin biasa didengar. Mungkin mereka telah menghafalnya, dan biasa mengulanginya di dalam kumpulan-kumpulan besar. Namun begitu, kita haruslah melihat pada apa yang Yesus Kristus katakan. Dia berkata “Berdoalah DEMIKIAN (seperti ini)”. Dia tidak mengatakan untuk mengucap kata-kata doa ini berulang-kali dengan sia-sia. Ini merupakan satu contoh dan struktur doa ini harus menjadi corak doa kita.

 

Doa ini memasukkan beberapa dari elemen-elemen berikut:

 

 

·        Mulakan dengan menyembah Tuhan, memuliakan Dia dan menumpu kepada kebaikanNya.

 

·        Doa-doa kita haruslah berharmoni dengan kehendak Tuhan. Kita harus memasukkan Tuhan di dalam rancangan-rancangan kita dari awal lagi dan tidak mula berdoa untuk sesuatu sebagai jalan terakhir. Ini menolong mengingatkan kita bahawa kita mahu mengikut kehendak Tuhan, dan bukannya kehendak kita sendiri.

 

·        Berdoalah untuk keperluan-keperluan kita, fizikal dan rohani. Mari lihat apa yang diajar Lukas kepada kita. Mintalah seseorang membaca Lukas 11:13: “Jadi jika kamu yang jahat tahu memberi pemberian yang baik kepada anak-anakmu, apalagi Bapamu yang di sorga! Ia akan memberikan Roh Kudus kepada mereka yang meminta kepada-Nya.” Kita mestilah meminta Tuhan agar Roh KudusNya bekerja dengan kita. Kita tahu bahawa hanya melalui pertaubatan, pembaptisan, dan peletakan tangan barulah kita benar-benar menerima Roh Kudus Tuhan. Namun begitu, ia mula bekerja dengan kita lama sebelum pembaptisan, mendorong kita ke arah Tuhan dan jalan hidupNya.

 

·        Berdoalah untuk pengampunan ke atas segala kesalahan kita. Dengan meminta pengampunan dari Tuhan kita mengakui dosa kita terhadap Tuhan. Namun pengampunan ini ada harganya. Kita harus mengampuni orang lain, agar kita dapat diampuni. Mintalah seorang anak membaca Matius 6:14-15: “Karena jikalau kamu mengampuni kesalahan orang, Bapamu yang di sorga akan mengampuni kamu juga. Tetapi jikalau kamu tidak mengampuni orang, Bapamu juga tidak akan mengampuni kesalahanmu.”

 

·        Berdoalah untuk perlindungan Tuhan. Ingatlah bahawa Tuhan adalah pelindung terunggul kita.

 

B. ______________________________________

 

            Ayat Alkitab: ______________________________________

 

Di sini Paulus memberi kita arahan untuk berdoa untuk semua orang kudus, yang diertikan di dalam Wahyu 14:12 sebagai “mereka yang menuruti perintah Allah dan iman kepada Yesus.”

 

            Ayat Alkitab: ______________________________________

 

            Ayat Alkitab: ______________________________________

 

C. ______________________________________

 

            Ayat Alkitab: ______________________________________

 

Apabila kita tidak pasti apakah yang harus kita doakan, kita diberikan pertolongan melalui Roh Kudus. Roh Tuhan akan memimpin kita untuk berdoa untuk hal-hal menurut kehendak Tuhan.

 

Jika kita mengingati selalu jawapan kepada enam pertanyaan kita itu, iaitu Kenapa, Siapa, Bagaimana, Di mana, Bila, dan Apa, maka kita dapat mulakan perjalanan kita ke arah suatu kehidupan berjaya yang penuh dengan doa. Sentiasalah ingat bahawa objek serta tujuan utama doa adalah untuk memuliakan Tuhan dan mengadakan hubungan dengan Dia. Doa lebih dari sekadar mengulangi kata-kata. Ia adalah pembentukan hubungan penting antara Tuhan dan diri kita melalui Yesus Kristus.