Jemaat-jemaat Allah Al Masehi

No. B7_10

 

 

 

Mistisisme Bab 10

Ringkasan Kepada Jilid 1

Asal-usul Agama-agama Dunia

 

(Edisi 1.0 19900930-20050319)

Bab ini adalah ringkasan kepada siri Mistisisme Bab 1 mengenai Mistisisme dan asal-usulnya di Babilon serta penyebarannya bersama dengan dan melalui sistem-sistem kebangsaan, meninggalkan satu struktur inti keagamaan iaitu Kultus Misteri yang bertentangan dengan kehendak Allah.

 

 

 

Christian Churches of God

 

PO Box 369, WODEN ACT 2606, AUSTRALIA

E-mail: secretary@ccg.org

 

(Hakcipta ã 1990, 2005 Wade Cox)

(Tr. 2004)

 

Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan.  Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan.  Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.

 

Karya ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org

 

 

 

 

 

Mistisisme Bab 10 Ringkasan Kepada Jilid 1 [B7_10]



Dalam Bab 1 kita membentuk sifat fahaman Mistisisme dan membuat perbezaan di antara Mistisisme teistik dan monistik serta meneliti pengalaman yang berunsur mistik. Ini adalah pengalaman yang menunjukkan perwujudan makhluk dewa dan merupakan tujuan mutlak para pengamal di dalam pengalaman tersebut.

 

Kita melihat kepada pengaruh orang Greek ke atas asal-usul Mistisisme Kristian. Yang utama di dalam perkara ini ialah penelitian Philo, satu tulisan kuno Yahudi dari Alexandia, dan Plotinus. Terdapat juga banyak unsur fahaman asceticisme yang terkandung dalam sistem-sistem Greek dan tidak kurang daripadanya ialah Pythagoras. Aspek-aspek ini juga telah diteliti dengan terperinci di dalam Cox, Vegetarianisme dan Alkitab (No. 183). Kita akan mengikuti aspek-aspek ini dengan lebih lanjut lagi dalam Bab 2.

 

Mistisisme di lihat telah menyebar di seluruh dunia dan sejajar dengan Shamanisme Animistik di dalam sistem-sistem nomad dan bersama dengan Tritunggal Allah dan sistemnya di dalam tempat semayan. Kita telah meneliti konsep penaikan berunsur mistik di sepanjang tahap tujuh dan sembilan dan serta tahap-tahap yang lain  dan apa yang mereka wakili.

 

Kita juga melihat bahawa terdapat perkembangan di dalam proses ini ketika abad pertengahan, yang mana ia juga memberik efek yang besar ke atas Kekristianan.

 

Fahaman Shamanism Indo-Aryan Timur telah menjadi bentuk yang utama. Ia telah memberi efek kepada konsep-konsep Agama Indo-Aryan dan fahaman penaikan Mistikal Timur untuk bersatu dengan tuhan tersebut.

 

Kita melihat sistem ini memasuki bahagian Pasifik dan kepada suku kaum asli di Australia. Kita akan meneliti dengan lebih lanjut lagi mengenai asal-usul kaum ini serta agama mereka, apabila kita meneliti asal-usul bangsa dalam Bab 2.

 

Kemudian kita akan menjejaki perjalanan sistem ini dan tema-tema umum sistem ini di seluruh benua.

 

Dalam Bab 2 kita melihat dasar sistem tuhan-tuhan orang Mesir dan bgaimana mereka menimbulkan konflik dengan sistem Semitik dari Shem, melalui anak-anak Israel dan akibat daripada waktu Keluaran di bawah Musa.

 

Kita juga melihat, di dalam ayat, perlambangan kehidupan Musa dan jangka masa yang terlibat bagi sistem dunia. Kita telah melihat tulah ke atas Mesir dan bagaimana mereka melambangkan penghakiman terhadap Panteon orang Mesir.

 

Bumbungan Api dan Awan, sebagai kehadiran Malaikat Yahovah, sebagai Muka Allah, adalah untuk membentuk sistem perundangan di Israel. Ia juga bertujuan untuk membentuk Fundamental yang berbeza dari sistem berunsur mistik dunia, yang telah terbentuk dari Babilon dan yang mana telah memasuki Mesir dan sistem-sistem dunia.

 

Dalam Bab 3 kita meneliti mengenai Anak Lembu Emas yang mewakili sistem Tritunggal Allah, dalam dan dari Mesir dan juga ekspresinya sebagai sistem Astarte atau Istar, atau Paskah Hari Minggu dan juga Moloch dan nama-nama yang lain yang mana dewa ini dikenali. Maka ini mewujudkan adegan, yang bertentangan dengan penjelasan kita dlam penjelasan Alkitab mengenai Kekristianan-Yudeo dan Sifat Allah dan proses yang dikatakan oleh Alkitab untuk menangani umat manusia. Ini agak berbeza dan secara khusus janggal dengan sistem Misteri-misteri orang Babilon, yang dikutuk oleh Alkitab dengan jelas, dan berbeza dari pemanggilan Abraham beberapa kurun sebelumnya.

 

Dalam Bab 4 kita berupaya untuk mengenal pasti sistem asal Kekristianan-Yudeo. Kita telah mengenal pasti bagaimana Allah itu Satu dan bagaimana Eloah menjadikan diriNya sebagai Elohim. Kita melihat kepada bentuk jamak elohim dan bagaimana mereka menjadi kaunsil seperti Anak-anak Allah dan bukan Struktur tritunggal, seperti yang ditegaskan dalam kekristianan dari penyembahan kultus Misteri.

 

Kita meneliti Roh manusia dan Perintah Malaikat dan skema asal atau kosmologi bagi rencana keselamatan dan pemulihan manusia kepada Allah.

 

Kita melihat kepada penciptaan dan kedudukan doktrin Logos dalam rencana tersebut.

 

Kemudian kita melihat efek penyembahan kultus Misteri dan skema ke atas doktrin kekristianan, sejak dari kurun kedua sehingga keenam dan peperangan-peperangan dalam Kekristianan yang berikutnya. Perkara ini akan dijelaskan dengan terperinci lagi dalam Bab 2.

 

Kita melihta kepada konsep-konsep Allah di dalam kurun yang keempat, kelima dan keenam dan bagaimana mereka yang mengubah doktrin membentuk Islam di dalam kurun yang ketujuh.

 

Dalam Bab 5 kita meringkaskan sejarah keagamaan dan kepercayaan orang Arab kepada kelahiran Islam. Kita akan meneliti penyusunan kuasa secara tradisi ke atas suku-suku kaum dan bangsa.

 

Orang Arab di dalam Islam telah dibayangi dengan perluasan Islam dan gabungan sinkretik kumpulan-kumpulan dalam banhsa, yang mana mereka sendiri telah mendapat efek dari sistem-sistem misteri dan kita melihat bagaimana Islam dipengaruhi dengan Mistisisme dengan serius.

 

Kita melihat perluasannya ke Cina dan gabungan sinkretik yang selanjutnya dalam sistem ini.

 

Kebangkitan golongan Abbasya dan Zaman Emas dan Perak bagi Islam, juga memperlihatkan kemunculan fahaman sinkretisme berunsur Mistik di dalam Islam.

 

Dari proses ini kita melihat kebangkitan fahaman Sufisme dan dalil-dalil perintah Sufi.

 

Proses ini berganjak ke sebelah timur, di India dan meneruskan proses ini sehingga hari ini.

 

Islam akhirnya dipengaruhi oleh Mistisisme dan kita akan menangai aspek ini dengan lebih lanjut di dalam Bab 2.

 

Dari Bab 6 kita berbalik kepada masa-masa awal penempatan kaum India dan diikuti dengan sistem-sistem orang India melalui Agama suku Aryan yang Awal dan pembentukan  Panteon Hindu melalui penyembahan leluhur selepas pencerobohan. Kita melihat kepada perkembangan sistem-sistem orang India di dalam milenium yang pertama sehingga kebangkitan Hiduisme, Yainisme dan mutlaknya Buddhisme. Semua sistem-sistem ini telah dipengaruhi oleh sistem-sistem Misteri.

 

Proses teologi liberasi ini, yang mana ia juga membangkitakan Falsafah di antara orang Greek mengakibatkan fahaman Buddhisme di India.

 

Dalam Bab 7 Kita meneliti fahaman Buddhisme. Teologi Liberasi seperti yang dinyatakan di dalam Buddhisme adalah untuk membentuk hukum-hukum diet, yang mana dalam bentuk semulajadi, diikuti dengan dasar model Alkitabiah.

 

Kita melihat kepada Hukum Dharma dan perubahan dalam Buddhisme memulakan kebangkitan fahaman monastisisme.

 

Dasar Buddhisme yang berunsur falsafah dan teologi akan diteliti dari penyangkalan kewujudan kebebasan kepada bakhti, sebagai sistem iman dan doktrin yang sempurna.

 

Dari tahap ini kita akan meneliti sistem Arhant dan proses pkenaikan mistikal yang lazim kepada semua misteri-misteri.

 

Sistem ini juga adalah produk daripada fahaman revolusi penganut Buddha di Asia.

 

Perkembangan kepada pemikiran berunsur mistik yang berasal dari ini akan diteliti di dalam sistem Rombus dan Matriks dan sistem-sistem abad pertengahan yang berikutnya.

 

Pada tahap ini kita akan melihat penyerapan sistem Dewi Ibu kepada Buddhisme dan bahagian timur sebagai Tara dan Avalokitesvara. Ini berlaku dengan cara yang sama dengan penyerapan dewi ibu “Maria” dalam Kekristianan di mana dewi ini didakwa sebagai Mariam, ibu kepada Yesus Kristus, yang menggunakan nama ibu saudara Kristus, Maria. Aspek ini diliputi dengan terperinci di dalam tulisan Perawan Mariam dan Keluarga Yesus Kristus (No. 232).

 

Dalam proses mengenal pasti dewi ini, kita juga akan meneliti proses Mistisisme Tantrik di Asia Tenggara.

 

Sebelum kita meneliti aspek-aspek ini, kita akan mundur kepada asal-usul sistem orang Cina dalam Bab 8.

 

Dalam bab ini kita akan melihat perpindahan dari barat. Kita akan meneliti asal-usul orang Cina dengan terperinci dalam Bab 2. Di sini kita akan mengikat diri kita kepada dasar sejarah empayar dan sistem-sistem yang awal. Ini akan meliputi konsep Penciptaan, dari Huru-Hara purbakala dan Allah yang Pertama. Kemudian kita akan melihat kepada konsep-konsep awal Tao dan langka-langkah perubahan dari Dualisme kepada Singularis Tao.

 

Proses Tao Pseudo-Monoteisme juga akan diteliti dan bentuk Dewi Ibu yang tidak dapat dihindari yang mana mula menyerap ke dalam sistem orang Cina (dan kemudian ke dalam sistem orang Jepun).

 

Aspek ini juga memperlihatkan sistem Imam Besar Tao berkembang. Sistem ini mempunyai persamaan dengan model-model barat. Taosme berkembang dari falsafah kepada agama dan telah dipengaruhi oleh sistem-sistem misteri.

 

Kemudian di sana bangkit Tao – Konflik kekeliruan yang juga telah mempengaruhi pemikiran orang Cina.

 

Kita meneliti Dongengan sinkretik dalam proses itu dan juga Naga-naga serta dongengan masa Indo-Aryan.

 

Dari proses ini kita akan melihat kepada catatan arkeologi orang Cina, dalam menjejaki Zaman Batu dan kemudian kita meneliti kepentingan dinasti-dinasti orang Cina terhadap catatatn ini.

 

Dalam proses ini kita akan cuba untuk mengasingkan neksus dan kepentingan pengamal ilmu ghaib Cina yang awal kepada cerita sistem-sistem Misteri di Timur.

 

Kemudian kita akan kembali ke Asia Tenggara untuk Bab 9.

 

Kita akan meneliti sistem-sistem keagamaan yang asal bersama dengan beberapa penyelewengan setempat dan melihat perhubungan mereka dengan Shamanisme Animistik, yang mana sebelumnya berasal dari Babilon.

 

Kita akan meneliti proses Buddhisme dan Indianisasi di Asia Tenggara dan kemudian melihat kepada sejarah wilayah itu dari kurun yang ke-12.

 

Kemudian kita akan meneliti perkembangan Islam di Asia Tenggara dan melihat kepada perkembangan sinkretik dalam semua sistem di bawah pengaruh Mistisisme.

 

Pengaruh orang-orang Cina dan asal-usul dan cara kedatangan Islam di Sumatra dan perluasannya di bawah orang Mongol juga penting dalam proses ini.

 

Pertemuan Mistisisme Orang Asia di bahagian Timur dan Barat telah terjadi di Aceh.

 

Teologi ini telah berterusan dan mengembangkan melalui kurun yang ke sembilan belas Teologi Islam di Asia Tenggara dan di lihat pada hari ini dalam agama moden di Jawa dan bahagian-bahagian Asia Tenggara yang lain.

 

Ke mana sekarang?

Dalam Bab 1 kita melihat penyebaran satu sistem ke seluruh dunia. Kita melihat unsur-unsurnya yang lazim dan kita melihat konfliknya dengan model Alkitab, yang berbeza dari seluruh proses tersebut, tidak kira bagaimana ia menyerap dalam semua sistem yang lain. Kita melihat percubaan untuk mengubah sistem Kristian-Yudeo untuk menyesuaikannya ke dalam sistem Misteri Penyembahan Matahari dan tritunggal tuhan.

 

Dalam Bab 2 kita akan terus meneliti dengan lebih lanjut lagi mengenai Asal-usul bangsa-bangsa.

 

Kita akan melihat kepada catatan fosil orang Cina dan membuat beberapa kesimpulan yang menarik mengenai asal-usul orang-orang Asia. Kita akan melihat kepada catatan orang Australia dan meneliti beberapa kesaksian pakar mengenai pertarikhan an aspek-aspek lain.

 

Kita akan melihat beberapa aspek yang memeranjatkan mengenai catatan keasal-usulan pribumi, yang manunjukkan kepada pribumi moden bahawa mereka tidak setua seperti yang mereka fikirkan.

 

Kita akan melihat kepada penempatan di bahagian Pasifik dan kita akan kembali ke Mesir dan meneliti asal-usul golongan Pereset dan juga melihat kepada beberapa dongengan kuno seperti pembenaman Atlantis dan Raja-raja Laut Kuno.

 

Kita akan melihat kepada kaum Aryan yang awal dan suku kaum Scythian termasuk Celt dan Pict. Kita akan menjejaki perpindahan suku Celt termasuk kaum Milesian ke dalam Ireland dan dari Cina ke dalam Scotland. Kita akan mengenal pasti suku Briton kuno dan bangsa Welsh, Roma dan Eropah. Kita akan mencari asal-usul tradisi mereka dalam sistem orang Babilon.

 

Kita akan menjejaki asal-usul Scandinavian dan suku Hun.

 

Kita juga akan melihat 10 Suku Israel yang Hilang yang ditawan dan kemudian berpindah ke Eropah unruk menduduki dan mereka sendiri dicemari dengan cara pemujaan Misteri. Pergerakan ini akan diikuti oleh pergerakan fahaman Yudaisme. Kita akan melihat korupsinya dan penyerapannya ke dalam suku-suku kaum Gomeritic yang lain.

 

Kita akan mengikuti perpindahan Timur Tengah ke dalam Eropah dan melihat efek pemujaan Misteri ke atas sistem-sistem mereka.

 

Banyak sistem yang seolah-olah tidak begitu penting, seperti Perang Greca-Trojan dan akibatnya akan diletakkan perspektif sejarah. Kita akan mengikuti perluasan Israel di bawah Daud dan Solomon, ke arah padang rumput dan merentasi Atlantik dan kemudian melihat efek daripada konflik di antara dua sistem tersebut.

 

Kita akan melihat pemujaan Misteri berkembang dan menyerap ke dalam Kekristianan dan mengambil alih dengan tujuan untuk penguasaan dunia pada zaman akhir nanti.

 

Kita akan melihat kepada asal-usul sistem keagamaan orang Roma dan efeknya ke atas Kekristianan, melalui Cara Pemujaan Misteri dan Matahari.

 

Kita akan memahami mengapa bumi ini dimusnahkan pada zaman akhir nanti, melalui pelaksanaan sistem yang bertentangan dengan Hukum-hukum Allah (lihat juga dalam Cox, et al Hukum Allah No. L1)).

 

Kita akan melihat kesudahan akhir Misteri yang dinubuatkan: Babilon yang Unggul, Ibu Perempuan Sundal dan Abominasi Bumi.

 

q