Jemaat-jemaat Allah Al Masehi
[B9A]
Evolusi dan Teori Keluar Dari Afrika
(Edition 1.0 20110116-20110116)
Evolusi menuntut bahawa manusia moden berkembang di Afrika dan tersebar ke seluruh dunia dari sana 78,000 tahun lalu. Alkitab mengatakan ini terjadi dengan berlainan. Kedua-dua tuntutan tidak mungkin betul.
E-mail: secretary@ccg.org
(Hakcipta © 2011 Wade Cox)
(tr. 2011)
Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan. Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan. Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.
Karya
ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org
Evolusi dan Teori Keluar Dari Afrika
Naskah
ini akan memeriksa permainan yang dimainkan oleh para Ahli Genetik Evolusi
berkenaan andaian “Keluar dari Afrika” dan semua tuntutan yang memperpanjangkan
asal manusia kepada Cro-Magnon dan kembali 78,000 tahun sebelumnya (YBP) di
Afrika. Untuk berbuat demikian orang-orang ini telah menggabungkan garis-garis silsilah
Ham dengan dua lagi garis silsilah Sem dan Yafet dan
menegaskan bahawa kedua-dua Sem dan Yafet turun daripada garis-garis keturunan
Ham itu. Ini mempunyai kesan menggabungkan anak-anak Nuh dan mempergunakan Ham
untuk memperpanjangkan garis keturunan dan dengan menggunakan satu silsilah
Haplogrup yang sama sekali palsu mereka kemudiannya
kembali kepada Afrika dan memanjangkan tarikh-tarikh itu sampai 78,000 YBP yang
sama sekali palsu. Perhatian ditarik kepada permainan ini dan
kita boleh melihat contoh-contohnya dalam situs-situs seperti www.eupedia.com.
Mari kita
reka semula hujah itu di sini agar kita kemudiannya dapat menunjukkan dengan
lebih tepat, dengan memeriksa urutan DYS yang betul, bagaimana hujah ini palsu
dan rangka waktunya jauh lebih pendek daripada yang dituntut, walaupun
menggunakan jadual urutan mutasi palsu mereka.
Hujah ini dicadangkan seperti berikut. Leluhur
YDNA Asal dinyatakan sebagai:
Y yang dikatakan berada di Afrika 78,000 YBP
Mutasi
pertama A tidak tersenarai dalam senarai-senarai
Eropah. Ini adalah kerana Hg. A tidak mempunyai apapun
pertalian kepada yang lain dan bersama-sama dengan Hg. B adalah eksklusif untuk
Afrika dan orang Amerika bangsa Afrika.
Lihat Lampiran A
Kemustahilan urutan ini
Dengan
melihat silsilah YDNA di bawah kita dapat lihat perinciannya kepada garis-garis
silsilah yang mengapkir sepenuhnya apa saja silsilah
andaian sebegitu.
Mula-mula kita harus mulai dengan akar leluhur Nuh dan struktur asas
cabang-cabang utama Haplogrup Ham. Hg. A adalah yang pertama bermutasi
daripada garis leluhur utama. Hg. A
bermutasi pada M91 dan P 97? Ia tidak
mengekalkan sebarang pertalian asas yang ditemui dalam yang lain. Garis utama
keturunan leluhur adalah daripada Nuh kepada Yafet, Ham dan Sem
dalam garis-garis SRY0831, 1 M41 2, M139, M168, P9.
Garis-garis
keturunan Ham yang lain bermutasi kepada garis M60,
M181, dan P85? Dalam Hg. B. Keturunan Hg. utama A dan
B lebih kurang terbatas kepada Afrika dan kepada orang Amerika bangsa Afrika.
Garis-garis
keturunan Ham lain yang berasal daripada garis-garis keturunan Nuh Tengah pada
M168 dan P9 menjadi Hg. C pada RPS4Y M216 untuk keturunan-keturunan Kush dan
menjadi Hg. DE pada M145, M213 iaitu pembagi YAP dan meliputi Hg. D untuk orang
Tibet dan E untuk semua keturunan Kanaan dan Afrika Utara.
Jadi
jelas bahawa keturunan-keturunan Afrika utama A dan B tiada kaitan langsung
dengan keturunan bukan Afrika yang lain melainkan fakta bahawa Hg. E memasuki
dan tersebar melalui Afrika Utara dan Timur Tengah dan dari situ ke Eropah.
Semua
keturunan dalam garis-garis Sem dan Yafet tersebar ke
serata dunia dalam garis keturunan Hg. F dalam mutasi-mutasi P14 M89 dan M213
(daripada Carta Silsilah FTDNA 2005). Bila diperiksa
nampaknya M213 lazim bagi DE dan juga bagi F dsb. tetapi tidak bagi Hg.
C. Justeru beralasan bahawa M213 bermutasi kepada M216 dalam kumpulan C dan
RPS4Y juga dimasukkan dan dalam Hg. DE, M145 dimasukkan sebelum M213 dan dalam
Hg. F dan garis-garis keturunan kemudiannya P14 dan M89 dimasukkan sebelum
M213. Jadi boleh dinyatakan bahawa M213 merupakan bahagian terakhir garis
keturunan Nuh asal melalui Sem, Ham dan Yafet. Pastinya itu ialah garis keturunan pohon YDNA yang diukur sains
tidak kira berapa lama atau singkat tempohnya mereka katakan ini mengambilnya
untuk bermutasi.
Justeru
mustahil sama sekali untuk Hg. C, D, E dan F serta semua kumpulan seterusnya G,
H, IJ dan K untuk terbit daripada sama ada A atau B dan tidak mungkin juga D,
E, F dan kumpulan-kumpulan seterusnya berasal daripada C seperti dituntut dalam
hujah-hujah “Keluar Dari Afrika” ini.
Rekod
alkitabiah dan kumpulan-kumpulan yang bermutasi menunjukkan bahawa
mutasi-mutasi utama terjadi dalam lima mutasi spontan
jauh daripada garis-garis keturunan Nuh utama. Semua ini kemudiannya menjadi
mutasi-mutasi seterusnya yang membentuk kumpulan-kumpulan nasional/suku lain. Mencadangkan sebaliknya nampaknya merupakan penipuan sengaja.
Jelas daripada carta-carta mereka sendiri bahawa garis-garis keturunan
dan rangka-rangka waktu itu palsu dan semua peristiwa pada carta mereka sebelum
42,000 YBP juga palsu.
Perincian
dicadangkan bagi mutasi lain juga merupakan andaian
sepenuhnya dan juga palsu. Justeru peristiwa-peristiwa itu
tidak boleh dijadikan asas malah tarikh 42,000 YBP sekalipun.
Perincian
garis-garis keturunan dalam pelbagai mutasi itu pada hakikatnya semuanya
mungkin dari tahun-tahun mulai 2200 BCE sampai sekarang jika carta yang
dipanjangkan secara palsu itu diabaikan, dan model alkitabiah ditempatkan dalam
perspektif, dan kesan-kesan radiasi latar yang diamati zaman moden ini, dan
kesan-kesan mtDNA pada genom manusia dibincangkan sebaik-baiknya dan
dijelaskan. Evolusi ialah mitos agama dan harus dijelaskan dengan
tepat dan ditolak. Bagaimanapun, untuk mengekalkan
mitos agama itu sains harus dipalsukan dan elemen-elemen kunci diabaikan atau
disalah gambar.
Salah gambar sebegini berlaku sepanjang waktu. Suatu kasus baru-baru ini ialah penemuan berkaitan humanoid di Rusia dan
Israel dan merujuk balik kepada penemuan apa yang
dipanggil Hobbit dari Flores pada 2003.
Penemuan tulang jari di Rusia dalam gua di Siberia ditarikhkan kepada
30,000 YBP tetapi seperti biasa dasar pentarikhan itu tidak dibincangkan secara
umum. Ia mempunyai DNA yang
terpelihara luar biasa sekali, demikianlah dilaporkan.
Para
saintis yang merujuk kepada penemuan-penemuan terbaru di Rusia itu merujuk
balik kepada “Hobbit dari Flores” yang berumur lebih 12,000 tahun malah
sesetengah mencadangkan 30,000 + YBP bagi satu spesis manusia pramoden, dan
kuno. Semua itu meskipun hakikatnya para saintis telahpun menyelidiki penemuan
di Flores itu dan membuktikan daripada YDNA-nya bahawa ia
manusia moden yang merosot tubuhnya disebabkan diet di Flores dan menyusut
dalam saiz dan kapasitas. Malahan ia satu contoh
bagaimana untuk tidak menjalani hidup dan bagaimana untuk kehilangan kapasitas
anda sebagai masyarakat manusia.
Bagaimanapun
ini telah digunakan oleh para saintis yang sama ada
tahu dan sengaja menyalahgunakan data itu, atau terlalu malas untuk memasang TV
sekalipun, dan yang pastinya tidak pernah meneliti semua penyelidikan terbaru
mengenai hal itu. Imam-imam besar Evolusi itu membuatkan
rahib-rahib Roman Katolik kelihatan progresif.
Penemuan-penemuan
itu, dilaporkan pada Disember 2010 dalam jurnal Nature, mengesahkan bahawa spesimen itu datang daripada seorang
gadis muda yang bukan “manusia moden” mahupun Neanderthal. Sebaliknya
dia dikatakan sebahagian daripada satu cabang silsilah manusia terpisah yang
kini pupus yang para saintis namakan orang Denisovia,
sempena Gua Denisova di Siberia selatan di mana fosil itu dijumpai.
Selain itu, ada dilaporkan bahawa satu gigi geraham yang diperolehi
daripada gua itu dipercayai milik seorang individu Denisovia. Ini dilaporkan kelihatan berbeza daripada gigi manusia moden dan
Neanderthal, dan dikatakan lebih menyerupai gigi leluhur manusia lebih tua
seperti Homo Erectus.
Berdasarkan dugaan mereka mengenai struktur DNA itu para saintis itu
kemudiannya menyatakan bahawa penemuan-penemuan itu mengubah cerita evolusi
manusia. Lalu mereka terus
menyatakan bahawa penemuan-penemuan itu mencadangkan bahawa Neanderthal
mempunyai kumpulan saudara Asia yang mengikut laluan evolusinya sendiri sebelum
pupus. Fakta bahawa Neanderthal mempunyai sistem DNA yang berbeza
sepenuhnya dan asing sama sekali berbanding manusia diabaikan dan penemuan ini
kemudiannya diaplikasi kepada hipotesis bahawa pramanusia ini mempunyai
hubungan tertentu dengan penciptaan Neanderthal pra-Adam dsb.,
sedangkan kita tahu itu tidak benar.
Ramai saintis percaya leluhur Neanderthal meninggalkan Afrika antara
300,000 dan 400,000 tahun lalu untuk menetap di Eropah dan Eurasia. Para saintis itu kemudian mengatakan tuntutan palsu yang, sementara itu,
leluhur langsung manusia moden, Homo Sapiens, kekal
dan berevolusi di Afrika.
Mereka
dikatakan keluar dari Afrika 70,000 hingga 80,000 tahun lalu dan untuk satu
tempoh hidup bersama dengan Neanderthal yang bakal pupus tidak lama kemudian.
Kini para saintis percaya orang Denisovia menyimpang daripada Neanderthal
pada waktu keluaran asal antara 300,000 dan 400,000 YBP dan menyebar ke timur.
Para
saintis kemudian, bertentangan sama sekali dengan
semua bukti DNA, menyatakan bahawa: “Seperti Neanderthal, mereka kelihatannya
telah berkembang biak silang dengan manusia moden.” Kita
lebih berkemungkinan membiak dengan chimpanzi daripada seorang Neanderthal.
Sekurang-kurangnya chimpanzi mempunyai sistem lapan untai;
Neanderthal tidak.
Buktinya
dikatakan datang tanpa diduga bilamana urutan gen Denisovia muncul dalam DNA penduduk
Kepulauan Melanesia Pasifik. Bagaimana itu terjadi, kita
mungkin bertanya? Struktur YDNA Melanesia adalah
berdasarkan urutan Hg. K yang kita tahu merupakan keturunan langsung F dan
wujud dalam urutan di atas. Bahagian bermisteri apakah daripada urutan K
ini diperolehi di Timur daripada Homo Erectus? Mungkin salah seorang daripada manusia Adam Hg. K membiak silang
dengan seorang relik pramanusia; walaupun tiada bukti apapun untuk andaian ini.
Penyelidikan mencadangkan bahan genetik yang diperolehi daripada orang
Denisovia membentuk kira-kira 4 peratus hingga 6 peratus daripada kod genetik
sekurang-kurangnya sesetengah orang Melanesia. Sungguh begitu? Apakah DYS terbabit dan
apakah asas tuntutan itu? Adakah orang Melanesia itu
Oranghutan? Apakah mtDNA terbabit? Kita tahu
hakikatnya bahawa semua mtDNA manusia berasal daripada mtDNA Hg. L. Apa mungkin dasar yang mereka ada untuk tuntutan sebegitu? Sebab
kenapa mereka tidak memberitahukan dasar tuntutan-tuntutan itu adalah kerana
semuanya palsu apabila dibuka kepada antiseptik efektif udara segar dan sinar matahari.
Minggu
ini satu penemuan lapan gigi di Israel juga dikatakan leluhur moden manusia. Mereka mengatakan ini berusia 400,000 tahun. Hakikatnya
ialah Israel merupakan tapak penemuan-penemuan Neanderthal dan semuanya diuji
dan tidak mempunyai apapun hubungan dengan manusia moden.
Daripada penemuan-penemuan di Israel itu mereka dapat menunjukkan bahawa
mereka memasak dan memakan tumbuhan dan sayur-sayuran. Para penyelidik di AS, dilaporkan, telah menemui
biji-bijian bahan tumbuhan yang dimasak dalam gigi mereka. Kajian ini
ialah kajian pertama yang mengesahkan bahawa diet Neanderthal tidak terbatas
kepada daging dan lebih canggih daripada apa yang
difikirkan sebelumnya. Penyelidikan ini telah diterbitkan
dalam Catatan Akademi Sains Nasional (Proceedings
of the National Academy of Sciences).
Seperti kebanyakan tuntutan itu bukti setakat ini merupakan bukti tidak
langsung. Mereka nyata kanibal dan
analisis kimia tulang-tulangnya menyarankan mereka memakan sedikit atau tiada
sayur-sayuran. Pergantungan pada daging yang
ditanggapi ini telah diajukan oleh sesetengah orang sebagai salah satu sebab
humanoid ini menjadi pupus kerana haiwan besar seperti gajah mamot berkurang.
Bagaimanapun,
satu analisis baru, oleh para saintis, akan sisa mayat
Neanderthal dari serata dunia telah menemukan bukti langsung yang menyangkal
kajian-kajian kimia itu. Para penyelidik menemui butiran
fosil bahan sayuran dalam gigi mereka dan sebahagiannya telah dimasak.
Walaupun butiran serbuk sari telah ditemui sebelumnya di situs-situs
Neanderthal dan sebahagiannya dalam perapian, baru sekarang diterima yang
adanya bukti jelas bahawa makanan tumbuhan benar-benar dimakan oleh orang-orang
ini.
“Kami telah menemui butir serbuk sari di situs-situs Neanderthal
sebelumnya tetapi kita tidak pernah tahu sama ada mereka memakan tumbuhan itu
atau tidur atasnya atau apa saja.”
“Tetapi di sini kita ada satu kasus yang mana sedikit tumbuhan itu berada
dalam mulut jadi kita tahu bahawa orang Neanderthal memakan makanan itu”
(Profesor Alison Brooks Universiti George Washington kepada BBC).
Sebab kenapa ujian-ujian itu salah mengasingkan kenapa kebanyakan
penemuan itu tidak tepat. Semuanya
didasarkan pada anggapan-anggapan yang terhasil daripada pendapat-pendapat
prasangka para penganalisis sendiri.
Menurut Profesor Brooks, ujian-ujian itu mengukur tahap protein, yang
para penyelidik anggap datang daripada daging.
“Kami
cenderung menganggap bahawa sekiranya anda mempunyai nilai sangat tinggi untuk
protein dalam diet maka ini seharusnya datang daripada daging. Tetapi... ada kemungkinan sebahagian protein dalam diet mereka
datang daripada tumbuhan,” katanya.
Kajian ini dianggap yang terkini mencadangkan bahawa, “jauh daripada
orang biadap kasar, Neanderthal lebih seperti kita daripada apa yang kita
fikirkan sebelumnya.”
Dorongan
ini untuk menemukan hubungan yang hilang dan untuk menghubungkan manusia
pra-Adam dengan manusia Adam, meskipun adanya bukti mutlak daripada DNA untuk
menunjukkan tanpa ragu-ragu lagi bahawa kita tiada kaitan dengan mereka atau
mereka dengan kita, terus-menerus diabaikan dan disembunyikan untuk memelihara
mitos-mitos agama Evolusi.
Seseorang
saintis moden dengan segala bagasi teori evolusi sama-sama lumpuh seperti
pendahulunya dalam sistem agama Trinitarian sebelumnya. Jangan
silap Evolusi ialah sebuah agama berdasarkan mitos dan tekaan.
Kita
sudah bincangkan garis keturunan bangsa-bangsa di atas dan menunjukkan bagaimana
mustahilnya yang manusia moden keluar dari Afrika 78,000 Tahun Sebelum waktu
Sekarang (Years Before
Present, YBP). Lampiran B di bawah menunjukkan Silsilah
YDNA sampai Haplogrup F.
Kita
sekarang akan menyusun kembali Pohon YDNA itu untuk menunjukkan dengan lebih
mudah atau lebih jelas keturunan-keturunan YDNA Nuh dan anak-anaknya Sem, Ham
dan Yafet dan bagaimana mutasi-mutasi terjadi daripada garis keturunan itu, dan
bagaimana ini bermutasi lebih lanjut di kalangan anak-anak Sem dan Yafet.
Nuh murni dalam generasinya (Kej. 6:9). RSV
menterjemahkannya: “tidak bercela dalam generasinya” namun ini dianggap bahawa
struktur genetiknya adalah apa yang dimaksudkan teks
itu.
Garis
YDNA dari Adam pada dasarnya merupakan struktur pra M412, M139 yang membentuk intisari
struktur YDNA manusia moden. Nuh mewariskan kepada tiap anak
lelakinya kapasitas akar M168 dan P9. Ham mewariskan
kepada tiap anak lelakinya kapasitas teras atau prasyarat genetik yang
membolehkan mutasi yang menghasilkan Hg. A, B, C dan
DE. Sifat mutasi-mutasi itu begitu nyata hingga adanya
sesetengah kesimpulan yang selalu mengikuti mutasi-mutasi itu, dan juga
daripada distribusi untuk mutasi-mutasi mtDNA yang menyusuli. Kita boleh menarik beberapa kesimpulan menakjubkan daripada logik
mutasi dan distribusi itu.
Deduksi logik pertama yang kita perlu buat ialah berapa ramaikah orang di
Bahtera itu. Alkitab mengatakan ada
lapan orang. Jawapan ini kepada pertanyaan itu membangkitkan bersamanya
beberapa persoalan serius berkenaan apa yang dirujukkan
dalam teks. Bila menyebutkan lapan orang, adakah kita
maksudkan empat lelaki dan empat perempuan, iaitu anggapan biasa para pelajar
Alkitab selama ini? Fakta bahawa mereka dianggap
bermonogami juga diterima begitu saja. Terdapat
sebilangan bantahan saintifik dan alkitabiah terhadap pendapat ini.
Alkitab juga menyatakan bahawa, dengan tuaian anggur (wain) pertama, yang
pastinya dalam tiga tahun selepas banjir itu, Nuh menjadi mabuk. Dia kemudiannya diperlakukan dengan keji. Bersama-sama dengan fakta bahawa Kanaan hidup dan cukup tua untuk
dianggap bertanggungjawab bagi perbuatannya terhadap kakeknya (datuk) Nuh, dia
dikenakan sumpahan dan penalti berat. Berhadapan dengan penalti yang
begitu berat, semestinya dari segi keadilan dan hukum Kanaan seharusnya berada
pada usia dewasa signifikan untuk diadili begitu. Dia anak termuda daripada anak-anak lelaki Ham. Jadi mereka semua seharusnya telah berada di Bahtera itu bersama.
Berserta dengan pertimbangan lain akan mutasi-mutasi
Haplogrup mungkin sekali adanya lapan orang lelaki, Nuh dengan tiga anak
lelakinya dan empat anak lelaki Ham. Ini kemudian
membangkitkan banyak persoalan mengenai ibu-ibunya. Adakah mereka semua
daripada perempuan sama atau adakah mereka anak-anak
perempuan berlainan? Kita akan perhatikan daripada
mutasi-mutasi gen dan kisah Alkitab bahawa mereka mungkin sekali mempunyai
ibu-ibu berlainan, walaupun mereka memiliki struktur mtDNA yang sedikit mirip
namun tetap berbeza.
Kita sekarang tahu dengan pasti bahawa mtDNA peremuan asal ialah Haplogrup
L. Kita juga tahu dengan pasti bahawa Hg. L asal kini terbatas kepada Afrika;
dan sebab itu asalnya hipotesis “Keluar dari Afrika” itu. Nampaknya tidak syak lagi bahawa keturunan Hawa berkulit gelap atau
sekurang-kurangnya dia mempunyai melanin dan kapasitas fisiologi untuk
berkembang menjadi perempuan Afrika moden sekarang ini. Dia
Haplogrup L seperti kumpulan mtDNA asal. Sains DNA berpendapat bahawa kadar mutasi terlalu perlahan dan pada hakikatnya jauh lebih
perlahan daripada yang sebenarnya. Selanjutnya, sains telah
menganggap bahawa mtDNA tidak mempengaruhi genom manusia dan tiada mengambil
bahagian dalam mutasi genetik. Kedua-dua premis ini kini terbukti palsu sama sekali. Dasar perubahan-perubahan itu
dibincangkan dalam naskah Asal Genetik Bangsa-bangsa
(No. 265).
Sesungguhnya naskah itulah yang mengenal pasti keperluan logik untuk Hg. I dan J dahulunya Haplogrup IJ Ibrani asal yang
kemudiannya berpecah menjadi dua kumpulan. Mula-mula
ditolak sebagai hipotesis para saintis baru-baru menemui hubungannya pada
penghubung S2 dan S22 struktur itu; meskipun, mereka kemudiannya menyatakan Hg.
I adalah proto-Semit dan mengundur pentarikhannya 30,000
tahun.
Jumlah
radiasi latar mempengaruhi kadar mutasi DNA manusia. mtDNA manusia telah dibukti bermutasi pada kadar setinggi
satu mutasi per generasi di tempat-tempat radiasi latar tinggi, seperti yang
kita lihat dalam eksperimen-eksperimen Kerala yang dirujukkan dalam naskah di
atas. Selain itu, mtDNA telah ditunjukkan menyebabkan mutasi
di seluruh genom manusia. Justeru radiasi latar memutasikan mtDNA pada kadar tinggi, seperti halnya kepada YDNA. Mutasi-mutasi
kepada mtDNA menambahkan kadar mutasi YDNA secara
bebas daripada radiasi latar, lalu melipatgandakan lagi kadar mutasi.
Jadi kita
lihat bahawa, apabila bergabung, dua kesan pada mutasi itu harus secara
logiknya menambahkan kadar dengan urutan mutasi yang
mencepat disebabkan pendedahan silang kepada mutasi lanjut dalam mtDNA. Justeru
kadar mutasi mungkin berkali-kali lebih daripada apa
yang diambil oleh sains untuk membenarkan model-model evolusi mereka. Seluruh struktur hujah itu bersandar pada premis-premis yang
diketahui palsu dan harus ditolak secara logiknya sehingga diselaraskan dengan
cukup.
Kita juga boleh buktikan daripada keputusan DNA yang diketahui bahawa DNA
asal dikaitkan dengan dan tersebar bersama dengan kumpulan-kumpulan asas mtDNA
yang diketahui. Contohnya,
penemuan orang Asli Australia awal adalah dalam lapan gelombang tiga Haplogrup
YDNA dan tiga Haplogrup mtDNA. Ini ialah YDNA Hg. C4
(bermutasi kepada C4a dan C4b), Hg. K dan Rx R1 asas. Haplogrup
mtDNA perempuan lebih kurang cocok dengan kumpulan-kumpulan lelaki. Untuk kajian ini kita boleh lihat bahawa kumpulan-kumpulan C4 Ham
cocok dengan Hg. N Asas perempuan iaitu mutasi pertama daripada L3.
Jadi kita boleh simpulkan bahawa L, sebagai yang asal, menyaksikan divisi
yang ada di bahtera itu sebagai mutasi-mutasi L dan mungkin L1 atau L2
(walaupun L2 mungkin mutasi L berikutnya) dan L3 (yang bermutasi kepada N dan
kemudian M). Divisi-divisi awal L3
kepada N Asas seharusnya telah terjadi sebelum C4 bergerak masuk Australia.
Hubungan-hubungan ini tentunya gerakan terawal Hg. C Kush
keluar dari Timur Tengah ke Asia dan seterusnya ke Australia. Jadi kita
boleh simpulkan bahawa mutasi Hg. N asas tentunya telah terjadi daripada L3
awal-awal lagi, sama ada sebelum saja atau selepas
saja banjir itu. Ada kemungkinan bahawa Hg. N asas datang
daripada sekurang-kurangnya salah seorang isteri anak Nuh dan nampaknya berada
di bahtera itu. Oleh sebab ini merupakan dasar mutasi-mutasi itu mungkin
ia ada dalam sekurang-kurangnya dua, dan mungkin
empat, daripada isteri-isteri itu. Deduksi satu lagi adalah, oleh sebab N Asas
bukan faktor utama di Afrika, anak-anak Ham, yang merupakan YDNA Haplogrup A
dan B, tidak kahwin mencampuri mutasi itu tetapi sebaliknya mengekalkan
isteri-isteri daripada mutasi-mutasi L1 dan L2 dasar.
Untuk L2
terbentuk, L tentunya telah berada di bahtera itu atau L2 terbentuk sebelumnya
dan ketiga-tiga mutasi L1, L2 dan L3 ada di sana. Sebab tiada lagi mutasi daripada L, L asal tentunya telah mengalami
mutasi sebelum itu dan L asal mungkin sudah tidak wujud. Justeru tentunya ada mtDNA Hg. L1 (dan mungkin L2), L3, dan mungkin
N Asas di bahtera itu. Oleh sebab mtDNA Hg. M
bermutasi daripada Haplogrup lain, sebagaimana Hg. R bermutasi daripada Hg. N,
kedua-duanya tidak perlu ada di bahtera itu.
Jelas
adanya situasi kemacetan (sempitan) dengan L dan tiada lagi mutasi yang dilihat
daripadanya atau daripada struktur L1 dan L2, dan semua mutasi kemudiannya
datang daripada mtDNA Hg. N dan M, dan seterusnya daripada N sebagai supergrup Hg.
R dan kumpulan-kumpulan yang menyusul. Ini menimbulkan
tuntutan bahawa mutasi N dan M dsb. berlaku di
luar Afrika. Penjelasan alkitabiah adalah situasi itu berlaku
di Timur Tengah dan bahawa bani Ham diberikan Afrika sebagai pusaka mereka dan
berpindah ke situ selepas banjir dan pada penyebaran. Fakta
bahawa YDNA Hg. C, D dan sesetengah E ditemui jauh di luar Afrika dan tersebar
di seluruh dunia tidak secara logiknya menyokong teori “Keluar dari Afrika”.
Malahan ini menyokong kebalikan daripada teori itu. Plat Afrika sebenarnya termasuk bahagian barat gelinciran/retakan Jordan
sampai Libanon di pantai. Jadi kita boleh simpulkan bahawa
sebahagiannya berada “dalam Afrika.” Bagaimanapun,
negeri Kush atau Khus berada di utara Efrat. Faktanya adalah
secara alkitabiah tanah Eden terbentang hingga Mesir dan Nil dan sampai pantai
Mediterranean. Inilah calon paling mungkin secara
logik untuk penyebaran itu dan tepat itulah tempatnya di mana Alkitab
meletakkannya.
Kemungkinannya isteri-isteri YDNA Hg. A dan B itu adalah L1 dan L2 kerana kumpulan-kumpulan itu pergi ke
Afrika bersama-sama dan tinggal di situ. Isteri-isteri
yang lainnya adalah mtDNA L3 dan N asas. L3 tidak
ditemui di mana-mana lagi selain Afrika kecuali dalam migrasi-migrasi kemudian
yang diketahui. Justeru N nampaknya merupakan sumber
mtDNA utama di luar Afrika. M mungkin sekali ada di situ juga tetapi
nampaknya N tersebar atas yang lain dan bermutasi. Kemungkinan mtDNA Hg. N lebih produktif antara mtDNA anak-anak Nuh.
Dua lagi anak lelaki Ham mungkin sekali telah kahwin Hg. N seperti juga Sem dan Yafet. Ini dapat menjelaskan
distribusi dan mutasi-mutasi susulan dengan lebih mudah lagi.
Kehadiran N asas dengan C4 menunjukkan bahawa anak-anak perempuan mtDNA
Hg. N telah kahwin ke dalam bani Kush sangat awal atau ada di situ pada
mulanya. Perhatikan juga bahawa
tiada pengekalan M168 P9 dalam YDNA Hg. A dan B. Ini sama
ada disebabkan mereka berpindah ke Afrika sebelum campur tangan di babel dan
tidak memilikinya pada asalnya, atau, kalau tidak, mereka kehilangannya dalam
aktiviti virus/radiasi di sana. Hg. A
bermutasi daripada urutan awal itu atau nampaknya begitu.
Apa yang kita dapat perhatikan ialah tiada yang
kita tahu dalam Sains DNA yang tidak mendukung struktur Alkitab bahkan membantu
menjelaskan pertanyaan-pertanyaan Alkitab dengan lebih efisien. Hal-hal yang berkonflik dengan Alkitab, bila diperiksa, menunjukkan
bahawa segala dugaan jangkan panjang itu adalah palsu dan semua cubaan untuk
memanjangkan rangka-rangka waktu itu adalah berdasarkan pseudosains palsu.
Lihat carta Lampiran C untuk cabang-cabang keluarga sistem
YDNA yang diperuntukkan kepada anak-anak Nuh.
q
Lampiran A
Model Evolusi “Keluar dari Afrika”
|
Kemudian keturunan dikatakan bermutasi kepada
BT |
74,000 YBP |
|
Kemudian urutan dikatakan pergi kepada
CT |
70,000 YBP |
|
Mutasi ini dikatakan serentak dengan Migrasi
Pertama keluar dari Afrika |
|
|
Kemudian keturunan dikatakan terbahagi kepada dua
cabang: |
|
|
DE |
sekitar 65,000 YBP |
|
Cabang satu lagi CF (Kedua-duanya daripada urutan
Hg. C) terjadi |
sekitar 58,000 YBP |
|
DE dikatakan membahagi di luar Afrika kpd Hg. D
dan E membentuk Hg. E |
sekitar 54,000 YBP |
|
CF terus untuk bermutasi menjadi Hg. F
|
sekitar 48,000 YBP |
|
Hg. F kemudian membahagi kepada: |
|
|
Hg. IJK |
sekitar 45,000 YBP |
|
Dan Hg. G |
sekitar 32,000 YBP |
|
(Hg. G bermutasi untuk membentuk G2a 12,000 YBP, lihat
bawah) |
|
|
Hg. IJK dikatakan membahagi untuk membentuk: |
|
|
Hg. K dan |
sekitar 36000 YBP |
|
Hg. IJ |
sekitar 32,000 YBP |
|
Hg. IJ dikatakan bermutasi membentuk J, dan |
sekitar 29,000 YBP |
|
Hg. I pada |
sekitar 24,000 YBP |
|
Hg. I dikatakan terbentuk di daerah Jerman, yang
mustahil. |
|
|
Hg. K dikatakan bermutasi kepada NOP |
sekitar 36000 YBP |
|
Hg. K juga dikatakan bermutasi untuk membentuk
Hg. R di luar Afrika |
sekitar 30,000 YBP |
|
Hg. NOP dikatakan bermutasi untuk membentuk Hg.
NO dan P |
sekitar 29,000 YBP |
|
Hg. NO dikatakan bermutasi untuk membentuk
N |
sekitar 22,000 YBP |
|
P kemudian dikatakan bermutasi untuk membentuk
Hg. Q |
sekitar 24,000 YBP |
|
dan Q1a |
sekitar 20,000 YBP |
|
Hg. I dikatakan membentuk Pra I1 selepas 22,000
BP kemudian Hg. I2 |
sekitar 17,000 YBP |
|
G2a dikatakan terbentuk 12,000 YBP dan G2a3
dikatakan terbentuk |
8,000 YBP |
Lampiran B
Silsilah YDNA Lazim

Lampiran C
Silsilah YDNA diaplikasikan kepada
Struktur Alkitab
