Jemaat-jemaat Allah Al Masehi
[C2]
Katalog dengan
Sinopsis-sinopsis [C2]
E-mail: secretary@ccg.org
(Hakcipta ã 2002, 2008, 2009 Wade
Cox)
(Tr. 2005)
Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan. Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan. Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.
Karya
ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org
Katalog dengan
Sinopsis-sinopsis
Pernyataan Pegangan Kepercayaan (No. A1)
Pernyataan ini adalah ringkasan kepada pegangan Alkitabiah seperti yang dipegang oleh para rasul semasa kurun yang portama. Ianya mempersembahkan dengan jelas pegangan Alkitabiah dalam bentuk fakta benar. Ianya mengandungi tujuh bab yang merangkumi Ketuhanan, Rencana Keselamatan, Doktrin mengenai Tanggung jawab umat Manusia. Doktrin mengenai Mesiah, Masalah Kejahatan, Jemaat dan Kerajaan Allah. Terdapat pengenalan yang mana menangani persoalan perbezaan di antara Kekristianan moden dan kuno. Terdapat juga satu apendeks yang mana menangani perkembangan golongan doktrin Trinitarian.
Ini adalah satu constitusi sah yang berdaftar di Australia.
Program Pembelajaran Alkitab (No. B1)
Penciptaan: Dari Teologi
Anthropomorfik kepada Anthropologi Teomorfik (No. B5)
Karya ini bertujuan untuk meneliti dasar
kelojikan kepada penciptaan, penyebaban Kewujudan dan Keperibadian Allah serta
kedudukan umat manusia dan anak-anak Allah dalam penciptaan tersebut, sesuai
dengan penyataan tulisan Kitab.
Doktrin Socrates Mengenai Jiwa (No. B6)
Karya Profesor Burnet adalah satu langkah
penting kepada pemahaman dalam pengenalan doktrin Jiwa kepada falsafah orang
Greek-Roma dan kemudiannya kepada Kekristianan Trinitarian.
Mistisisme Jilid 1 Babilon dan
Keasalan Agama-agama Dunia (No. B7_A)
Kandungan dalam Bab 1
Mistisisme Bab 1 Penyebaran Misteri-misteri orang Babilon (No. B7_1)
Bab ini memberi peninjauan terhadap pengenalan kepada perhubungan Mistisisme dengan Misteri serta Pemujaan-pemujaan Matahari dan dengan Misteri-misteri di Babilon yang mana ia telah mempengaruhi agama dunia.
Mistisisme Bab 2 Tuhan-tuhan Mesir dan Pengeluaran (No. B7_2)
Kisah mengenai
masa Keluaran adalah penting dengan melihat kepada sistem-sistem kuno di Mesir
dari pandangan tersendiri serta mempertalikannya di dalam penemuan-penemuan
moden.
Mistisisme Bab 3 Anak Lembu Emas (No. B7_3)
Anak Lembu Emas adalah sistem keagamaan
lengkap yang boleh di dapati di seluruh bahagian dunia yang sudah dikenali. Ia
melibatkan pengorbanan manusia dan sistem-sistem yang berhubungan dengannya
juga tidak mensahihkan pengorbanan terhadap golongan kanak-kanak dan dewasa. Ia
juga dipertalikan dengan sistem Tritunggal, bulan sabit sebagai jari Ashirat
dan penyembahan kepada tuhan Bulan iaitu Sin.
Mistisisme Bab 4 Kekristianan-Yudeo (No. B7_4)
Bab ini adalah
mengenai sistem Kristian-Yudeo yang asal dan efek Pemujaan Matahari dan Misteri
ke atas Kekristianan-Yudeo.
Mistisisme Bab 5 Islam (No. B7_5)
Islam adalah satu perluasan
Kekristianan-Yudeo yang lojik dan ianya bangkit disebabkan oleh pengaruh
pemujaan Misteri dalam Kekristianan.
Mistisisme Bab 6 Keasalan sistem Keagamaan orang India (No. B7_6)
Bab ini akan meninjau sistem orang India
dari permulaannya di lembah Indus dengan perpindahan ke arah timur, dari sistem
Asiro-Babilon sehingga penaklukan golongan Aryan yang berlaku seterusnya dan
perkembangan keagamaan.
Mistisisme Bab 7 Buddhisme (No. B7_7)
Bab ini mengambil sistem Buddhisme dari
kebangkitannya di India sehingga penyebaran sistem Theravadin serta
perkembangan sistem Mahayana dan Hinayana yang berlaku seterusnya.
Mistisisme Bab 8 Asia Timur – Cina dan Jepun (No. B7_8)
Keasalan sistem keagamaan di Cina dan Jepun tidak begitu jelas
sama seperti sejarah pergerakan mereka. Sejarah negara mereka juga sudah lama
seperti yang didakwa. Sistem keagamaan mereka menunjukkan asal-usulnya dari
sistem kuno Indo-Aryan dan mudah dikenal pasti.
Mistisisme Bab 9 Sistem-sistem orang Asia Tenggara (No. B7_9)
Teks ini meneliti
agama-agama asal orang Asia Tenggara dan pengaruh orang India, Muslim serta
kemudiannya sistem-sistem Kristian yang berlaku berikutnya.
Kandungan dalam Mistisisme Bab 1 (No. B7_A)
Kandungan dalam
Bab 1
Mistisisme Bab 10 Ringkasan Jilid 1 Babilon dan Keasalan Agama-agama Dunia (No. B7_10)
Bab ini adalah
ringkasan kepada siri Mistisisme Bab 1 mengenai Mistisisme dan asal-usulnya di
Babilon serta penyebarannya bersama dengan dan melalui sistem-sistem
kebangsaan, meninggalkan satu struktur inti keagamaan iaitu Kultus Misteri yang
bertentangan dengan kehendak Allah.
Katalog dengan Sinopsis-sinopsis (No. C2)
Bulan Baru dan Ke\alendar Hari Suci (No. C3)
Upacara
Pengkebumian (No. D1)
Kematian adalah akhir kepada kehidupan fizikal kita. Daging dan darah tidak boleh mewarisi Kerajaan Allah (1 Kor 15:50). Tubuh yang boleh musnah harus diganti dengan kekekalan seperti yang dikehendaki oleh Allah daripada kita. Pertukaran ini memerlukan kematian dari bentuk tubuh fizikal kita. Perwujudan fizikal kita yang sementara akan diganti dengan bentuk kehidupan yang lebih tinggi. Dan sementara manusi akan mati akhirnya, tetapi selepas ini adalah penghakiman (Ibr 9:27).
Perkahwinan adalah institusi yang kudus
yang ditahbiskan oleh Allah untuk mewakili perhubungan umat manusia kepada
Yesus Kristus dan penyatuan bangsa-bangsa di bawah Tuhan Bapa. Ianya bukan satu
upacara sakramen di dalam Jemaat.
Kita telah dibaptiskan dengan kewibawaan
Allah Bapa. Kita kemudiannya diletakkan sebagai tunangan ke dalam tubuh Anak.
Ini adalah melalui aktiviti dan Kuasa Roh Suci Allah. Ianya berdasarkan
pertobatan dan pengubahan daripada reaksi kita kepada panggilan.
Allah Mengungkap Bab 1 Monoteisme Kuno (No. G1)
Karya ini dikeluarkan dalam bab-bab. Ia
membincangkan sifat atau kudrat Tuhan. Ia menunjukkan sejarah pembentukan
doktrin-doktrin di dalam Kekristianan dan menunjukkan bagaimana sistem ini
telah menjadi agak tidak sama dan terpisah dari Kekristianan asli.
Bacaan Hukum yang Diperintahkan pada
tahun Sabat pada Hari Raya Pondok Daun, yang menerangkan struktur Hukum Alkitab
dan Kitab Para Nabi, terkandung dalam siri karya-karya yang komprehensif ini
yang berpusat pada Dua Perintah Besar. Dari segi pengetahuan Kitab Suci, semua
ini merupakan pembacaan wajib untuk sesiapa yang mengaku dirinya pelajar Alkitab.
Resepi bagi HariRoti Tidak Beragi (No.
R2)
Kebanyakan daripada resepi ini telah disalin semula dari koleksi resepi-resepi yang sebelumnya telah dikumpul oleh anggota-anggota Jemaat Allah Sedunia di Canberra, Australia.
Umat Pilihan sebagai Elohim
(No. 1)
Karya ini berbincang mengenai kepelbagaian
elohim di dalam Keilahian (Godhead) dan takdir umat-umat pilihan yang
akan menjadi elohim. Keupayaan untuk menjadi elohim ataupun theoi ini,
merupakan pandangan Jemaat awal. Karya ini berhubungkait dengan karya-karya Sifat
Ketuhanan Kristus dan juga Allah Yang Kita Sembah serta siri Roh
Kudus.
Allah yang kita Sembah (No. 2)
Begitu ramai yang keliru tentang siapa dia Allah yang dinyatakan di dalam Alkitab. Satu sebabnya adalah penterjemahan berbagai istilah bahasa Ibrani bagi Allah kepada hanya satu perkataan bahasa Inggeris iaitu ‘God’, dan ini menyebabkan kehilangan maklumat serta ketepatan maksud sebenar istilah yang digunakan, yang akhirnya membawa kepada berbagai doktrin yang membingungkan seperti Trinitarianisme, Binatarianisme, politeisme, dan penyembahan malaikat. Artikel ini bertujuan untuk mengenalpasti siapa dia Allah yang sebenarnya yang diperkenalkan di dalam Perjanjian Lama dan Baru Alkitab, yang sepatutnya menjadi tumpuan penyembahan umat manusia.
Soalan-soalan yang Seringkali Ditanya Siri 1: Sifat Keperibadian Allah (No. 3)
Soalan-soalan
yang sering ditanya dalam tulisan siri 1 menghubungkan kepada petikan Alkitab
dan pandangan mengenai sifat Allah yang belum dijelaskan dan tidak boleh
dijelaskan di didalam aliran utama kekristianan moden. Mereka juga
menggambarkan pandangan-pandangan salah dalam beberapa Nama Kudus, Mesianik
Yahudi dan teologi Yesus Benar orang Cina.
Dalam zaman maklumat hari ini, kita hanya
boleh kagum dengan beberapa kumpulan dan jemaat-jemaat di dunia yang
menggunakan nama Kristus. Walaupun apabila diasingkan daripada mereka yang
menggabungkan perkataan-perkataan ‘Jemaat Allah’ dalam nama mereka, ianya masih
berjumlah besar. Adakah mereka ini mempunyai kredibiliti? Adakah mereka ini
semuanya dibentuk oleh Kristus? Adakah Kristus terbahagi? Bagaimana kita
memilih pelayanan yang betul yang membawa kita kepada Kristus? Adakah kita
harus melihat kepada jajaran pemimpin berurutan yang ditetapkan sejak dari
Kristus yang merentasi zaman? Bagaimana kita menguji mereka, dan mencari Jemaat
yang benar?
Pembuatan tatu
atau mencacah adalah satu antikuiti besar dan mempunyai maksud spiritual yang
khusus. Alkitab dengan alasan yang baik melarang pembuatannya.
Teks ini adalah mengenai dua mukjizat yang
telah dilakukan oleh Kristus dan mempunyai perlambangan bagi Jemaat.
Perlambangan Nombor-nombor (No. 7)
Karya ini menulis tentang signifikans nombor dari segi rohani dalam Alkitab.
Soalan-Soalan yang Sering
Ditanya dalam Katolisisme (No. 8)
Soalan-soalan yang kerap ditanya tentang
upacara serta tradisi dalam Katolikisme.
Kebebasan dan Tanggung Jawab (No. 9)
Karya ini meninjau tanggungjawab umat
Kristian secara individu dalam terang Paskah serta Perayaan Roti Tidak Beragi.
Pengorbanan Yesus Kristus sewaktu penyalibannya itu bagi menggantikan
orang-orang berdosa seperti Barabas akan diteliti.
Belajar untuk memberi adalah dasar kepada Kasih Allah.
Langkah-langkah untuk mengalahkan Dosa (No. 11)
Menganalisa perhubungan di antara dosa dan
keluaran pada masa Perayaan Roti Tidak Beragi. Pelajaran-pelajaran ini
dikembangkan.
Satu Roti, Satu Tubuh (No. 12)
Menyelilidiki konsep Kristus sebagai Roti
Hidup dan Roti Allah bermula dari Yohanes 6:24-63.
Tanda Yunus dan Sejarah Pembangunan Semula Kaabah (No. 13)
Satu daripada konsep yang sangat
disalahfahamkan ialah konsep Tanda Yunus. Ini adalah tanda yang tunggal yang
diberikan dalam pelayanan Mesiah. Tanda ini
berkaitan dengan pembangunan kembali kaabah dan juga tujuh puluh minggu
dalam tahun. Tanda diperluaskan dan mempunyai kaitan penting bagi zaman
kita sekarang. Nubuatan masih lagi
beroperasi dan akan berakhir tidak lama lagi.
Kefahaman yang betul tentang masa pembangunan kembali kaabah adalah
sangat mustahak. Kertas kerja ini
menghubungkan injil dan misi Yesus dengan buku Yunus, Daniel, Ezra, Nehemiah,
Hagai dan yang lain-lain.
Mazmur 8 adalah teks yang penting di dalam
struktur nubuatan dan digunakan di dalam pertalian kepada Mesiah serta kritikal
dalam memahami Sifat Keperibadian Allah, Warga Semesta Alam dan perhubungan
mereka kepada Mesiah dan umat manusia secara umumnya.
Hukum-hukum Makanan diperiksa dari segi
pandangan saintifik dan disahkan sebagai betul dan sama penting atau lebih
penting lagi hari ini berbanding ketika dikeluarkan. Ianya mustahak bagi planet
ini beroperasi dengan betul dan menjaga kesejahteraan alam sekitar.
Biarkan Orang Mati menguburkan Orang Yang Sudah Mati (No. 16)
Karya tulis ini
menjelaskan maksud di sebalik ulasan pendek ini yang dibuat oleh Mesiah sewaktu
pelayanannya (Lukas 9:59-62). Aplikasi yang sesuai bagi prinsip-prinsip di
sebalik teks ini adalah penting bagi kehidupan Kristian yang harmoni.
Perkembangan Pola Pengikut Plato yang Baru (No. 17)
Karya ini menjejaki
perkembangan sistem trinitarian neo-Platonis dari falsafah Yunani hingga
sintesis post-Kristian. Ia menunjukkan asal-usul sistem Kapadokia dengan
menggunakan kedua-dua falsafah purba dan teologi Katolik moden dalam perakuan
asal-usul doktrin ini.
Dia Memanggil mereka dengan Nama: Pembelajaran mengenai Mazmur 23 (No. 18)
Ini adalah satu kajian Mazmur 23.
Umur Kristus semasa Pembaptisan dan Jangka masa PelayananNya (No. 19)
Tahun kelahiran Kristus telah menyebabkan
banyak kerisauan selang masa berlalu. Ia nampaknya telah sengaja disembunyikan.
Ini mungkin supaya kita tidak dapat betul-betul mengetahui dengan pasti
tahunnya yang tepat untuk mengelak perayaan ritual pagan yang dikaitkan dengan
kelahirannya. Bagaimanapun, terdapat beberapa fakta penting yang dikaitkan
dengan kelahirannya serta masa pembaptisannya.
Tentera Gideon dan Zaman Akhir
(No. 22)
Tulisan ini
akan meneliti cerita tentang Gideon sebagai nubuatan. Makna cerita ini akan
dibentangkan bersama dengan beberapa implikasi yang menarik bagi Kekristianan
hari ini.
Adakah kita berada di jalan yang Benar? (No. 23)
Tuhan telah memberikan kita arah tuju
kepada kerajaanNya dan terpulang kepada kita untuk terus berada di jalan yang
benar sekiranya kita mahu memasuki kerajaan itu. Yesus berfirman: "Akulah
jalan dan kebenaran dan hidup. Tidak ada seorangpun yang datang kepada Bapa,
kalau tidak melalui Aku." ( Yoh 14:6)
Karya ini memperkembangkan identiti
Malaikat YHVH ataupun Jehovah (Tuhan) yang disebutkan di dalam
Perjanjian Lama. Hasilnya adalah beberapa implikasi yang merunsingkan bagi
ajaran-ajaran agama Kristian moden, termasuklah ajaran-ajaran daripada Herbert
W. Armstrong dan Saksi-saksi Jehovah.
Subjek tanda binatang merupakan subjek
yang terus menarik minat serta jangkaan mereka yang menganut agama Kristian.
Walau bagaimanapun, konsep ini adalah satu satu dari nubuatan Alkitab yang
paling disalahfaham sekali. Pembacaan teliti Alkitab serta kerelaan untuk
membiarkan Alkitab menafsirkan dirinya sendiri akan memimpin seseorang itu
kepada pemahaman yang jelas berbeza dari ajaran-ajaran umum. Pemahaman lengkap
tentang siapakah binatang itu dan apakah penanda-penanda tandanya akan menolong
seseorang itu memahami dengan lebih mendalam lagi banyak nubuatan Alkitab yang
lain serta rencana Tuhan yang meliputi segalanya.
Satu Takhta Dua Penuntut Bela (No. 26)
Formasi sistem Eropah terkini mempunyai
beberapa nubuatan Jemaat purba mengenainya. Binatang akan mempunyai beberapa
hasil pelik untuk ramai orang sepanjang tiga dekad seterusnya. Salah satunya
adalah berkaitan monarki United Kingdom dan negara-negara lain Eropah.
Buku Rut mengisahkan aspek-aspek tertentu
hukum-hukum warisan. Ia juga adalah cerita tentang satu aspek keturunan Kristus
dan merupakan satu analogi hubungan antara Kristus dan Jemaat. Ia bukan sekadar
cerita biasa seorang perempuan yang mencari kasih sayang dan perlindungan
seorang suami.
Pada zaman
akhir Allah berfirman melalui nabi Yehezkiel bahawa Dia akan mengadakan api di
kawasan Selatan dan akan membakar menuju ke utara dan membinasakan segalanya.
Tidak ada yang tidak akan disentuh dan sistem yang dibentangkan dalam
rentetannya akan berkekalan. Inilah sistem yang akan diambil alih oleh Mesiah.
Inilah penjelasan mengenai Api Dari Sorga yang dijanjikan oleh Allah melalui
hambah-hambahNya, yakni para nabi.
Karya ini telah ditulis oleh seorang
penggembala yang melatih domba dan kambing untuk filem keluarga ‘Babe’ yang
disanjung tinggi dan telah memenangi banyak anugerah. Dia memeriksa pelajaran-pelajaran
berhubung penternakan kambing domba dengan pekhabaran alkitabiah dari
penciptaan. Peranan-peranan domba dan gembala juga dikaji. Kelakuan domba serta
jangkaan-jangkaan seorang gembala dibangunkan. Perbezaan antara sistem-sistem
Mesir dan alkitabiah serta implikasi-implikasi rohaninya ditunjukkan.
Unjuran Masa Jemaat-jemaat Allah (No. 30)
Pandangan dari
sudut sejarah dan mutakhir mengenai penganiayaan para pemelihara Sabat telah
bermula pada 27CE.
Tulisan ini
adalah penghuraian Perintah hukum yang keempat serta kewajipan yang dikenakan
kepada orang-orang Kristian.
Bersumpah Melalui Allah (No. 32)
Patutkah seorang Kristian bersumpah demi
Alkitab atau demi apa-apa benda lain: Apakah yang dikatakan Alkitab tentang
bersumpah dan pengambilan sumpah?
Karya ini membincangkan tentang konsep
keselamatan dengan pengangkatan sebagai Anak Tuhan. Doktrin Lahir Semula dikaji
dan konsep-konsep seperti yang dipegang dari Jemaat asal dimajukan. Latar
belakang Perjanjian Lama dikaji dan proses permulaan oleh Bapa ditunjukkan.
Proses ini memerlukan penundukan penuh kepada Bapa yang memerlukan satu
tindakan penebusan.
Mengapa Abraham dipanggil “Sahabat Allah"? (No. 35)
Karya tulis ini menelaah, secara ringkas,
hubungan yang mengagumkan yang dimiliki Abraham dengan Allah.
Nubuatan
mengenai kejatuhan Mesir akan diteliti dari Yehezkiel Bab 29 sehingga 32, di dalam
lima bahagian. Nubuatan yang difahami ini mempunyai implikasi yang sangat besar
bagi zaman akhir dan peperangan-peperangan pada waktu kesudahan. Siri lima
bahagian ini mengandungi peninjauan bersama dengan perkembangan berurutan yang
menjelaskan secara terperinci mengenai jangka masa yang dipamerkan di dalam
ikhtisar ini. Bangsa-bangsa yang disebut akan diteliti. Mesir seolah-olah mengalami rentetan
nubuatan yang terperinci di dalam aktiviti yang menunjukkan bahawa Allah akan
menangani negara itu sebagai sebahagian daripada urutan di dalam penaklukan
bangsa-bangsa yang berlaku tidak lama kemudian. Pemahaman mengenai nubuatan ini
adalah penting kepada dasar struktur umum kedatangan Mesiah serta peperangan
Warga semesta dan masa kesudahan golongan jahiliah.
Bagaimana untuk bertanyakan Soalan (No. 37)
Kita telah diperintahkan untuk menyediakan
satu jawapan kepada mereka yang inginkan supaya kita jelaskan sebab iman
kepercayaan kita dan dasar pengharapan kita (1 Petrus 3:15), oleh kerana itu,
kita belajar untuk menunjukkan diri kita layak (2 Timotius 2:15).
Salib: Keasalannya dan Kepentingannya (No. 39)
Karya ini
membincangkan asal-usul salib itu di dalam sejarah dan meneliti kepentingannya
di dalam penyembahan manusia pra-Kristian. Penggunaan simbol salib oleh Jemaat
diperiksa bersama dengan perkembangannya di dalam perlambangan keagamaan.
Pertalian salib itu kepada perintah kedua juga diteliti.
Karya ini meneliti tempat ucapan bahagia
diucapkan dan maksud-maksudnya. Tempat dan ketelitian tentang ajaran
kesihatan/kekayaan atau ajaran kemakmuran juga akan diteliti. setiap ucapan
bahagia ini akan diteliti mengikut susunannya. Tempat Jemaat di dalam aplikasi
penguasaan ini juga akan dibincangkan.
Dilema golongan Belia (No. 41)
Penulis ini mempertalikan pengalamannya
dengan masalah golongan muda dan rehabilitasi mereka. Maksud perkataan
alkitabiah bagi golongan muda akan diteliti. Keperluan layanan bagi kedua-dua
golongan muda dan tua adalah satu mesej yang harus dipelajari setiap bangsa.
Diberkatilah Mereka yang Dijemput (No. 42)
Kejadian pasal 24 adalah cerita mengenai
Abraham mencari isteri untuk anaknya Ishak melalui hambanya. Cerita ini
kaya dengan simbolisme. Kita melihat bahawa tujuan utamanya telah
dimainkan dalam cerita Ishak mencari isteri. Ia mempunyai perhubungan
langsung kepada Allah mencari pengantin perempuan untuk AnakNya, Yesus Kristus.
Pergelutan di
antara kuasa spiritual di mana melibatkan Jemaat akan dibahas. Kaedah Setan
atau penipuan lazim yang meruntuhkan iman akan diteliti dari sudut pandangan
Alkitab.
Amaran Pada Zaman Akhir (No. 44)
Allah tidak membinasakan umat manusia
dengan tidak memberi amaran terlebih dahulu.
Amaran ini dilaksanakan oleh hamba-hamba serta nabi-nabiNya. Amaran pada
zaman akhir ini dilaksanakan melalui satu proses yang mana ianya dibentangkan
dalam nubuatan. Proses ini telah diteliti.
Sangkakala Shofar dan Perak (No. 47)
1Korintus 14:8 menyatakan “Jika sangkakala
tidak mengeluarkan bunyi yang terang, sipakah yang menyiapkan diri untuk
berperang”. Konsep ini menarik dengan pengertian yang mendalam. Sangkakala
mempunyai sejarah yang panjang dan penting di dalam Jemaat. Kepentingan ini
akan diteliti di dalam karya ini. Ia adalah tanggung jawab kita untuk memberi
perkhabaran yang jelas kepada orang lain, supaya mereka tahu apa yang harus
dilakukan.
Doktrin Iblis Pada Zaman Akhir (No. 48)
Doktrin-doktrin asas para iblis yang
disenaraikan oleh Alkitab yang ditubuhkan untuk meruntuhkan keimanan pada zaman
akhir dikaji. Karya ini khususnya menangani dua doktrin iblis berkenaan
perkahwinan dan daging.
Memelihara Tujuh Hari dalam Perayaan sering
kali tidak difahami dan walaupun ia difahami, ia selalunya tidak diendahkan.
Jemaat harus bersedia bagi Perayaan Paskah dan Roti Tidak Beragi dengan tekun
kerana ia harus bersedia bagi semua tiga perayaan ini dengan tekun. Setiap
individu bertanggung jawab untuk hadir serta membaktikan dirinya bagi Allah.
Kepentingan Perkahwinan di Kana Galilia (No. 50)
Dalam sinopsis buku Yohanes, kita mempunyai
satu-satunya catatan dalam tanda air yang telah dijadikan wain pada waktu
perkahwinan di Kana Galilia. Kita akan perhatikan bahawa bukan satu tetapi dua
perjanjian yang dijelaskan di dalam pernyataan ini. Yang kedua adalah
perjanjian Abraham dan keturunannya yang masuk untuk mengikuti serta menuruti
Satu Allah Yang Benar.
Pertobatan dan Pembaptisan (No. 52)
Tulisan ini menguraikan doktrin-doktrin
mengenai ketakdiran dan panggilan
Tuhan. Pertobatan dan pengubahan telah
dilihat sebagai prasyarat kepada pembaptisan serta menurutinya didalam
kehidupan seorang Kristian.
Kalendar Ibrani dan Islam didamaikan (No. 53)
Kalendar Islam telah salah fungsinya selama berabad-abad dan hakikatnya terjadi tidak lama selepas kematian nabi itu. Sungguhpun para pentadbir telah cuba berulang-kali untuk memperbaikitnya, golongan ulama, berikutan suatu tafsiran pelik ke atas Surah tersebut oleh Hadis, telah menolak semua usaha untuk pembaharuan atau pemulihannya. Apakah masalahnya dan apakah jawapan sebenarnya? Kenapakah Judaisme dan Islam begitu salah sekali dan begitu berlainan? Jawapannya terletak di dalam pemahaman mengenai pemutarbelitan kalendar Alkitab sebenar oleh kedua-dua agama. Penyelesaiannya mudah sahaja.
Nama Tuhan di dalam Islam (No. 54)
Sejak peristiwa 11 September 2001, terdapat
banyak sekali pemberian maklumat yang salah dan pengumpatan keanak-anakan yang
telah berlaku sebagai hasil daripada pendekatan terhadap sejarah dan perbahasan
di dalam Amerika Syarikat khasnya di kalangan sistem-sistem keagamaannya.
Asal-usul nama Tuhan adalah salah satu daripadanya.
Memelihara Perayaan-perayaan (No. 56)
Karya ini adalah mengenai latar belakang pemeliharaan perayaan dalam Imamat 23 yang terbit dari pemahaman dari perintah hukum yang keempat.
Soalan yang Kerap ditanya Pembelajaran Perjanjian Lama (No. 57)
Soalan-soalan yang Kerap Ditanya (FAQ) mengenai teks-teks Perjanjian Lama
disenaraikan di dalam sini. Semua jawapannya bersandar pada premis bahawa Tuhan
wujud dan bahawa Alkitab adalah firman Tuhan yang diilhami seperti yang
dinyatakan kepada hamba-hambaNya para Nabi.
Soalan yang Kerap ditanya Pembelajaran PerjanjianBaru (No. 58)
Soalan-soalan Lazim tentang teks-teks
Perjanjian Baru disenaraikan di dalam.
Soalan yang Kerap ditanya Pembelajaran Alkitab Umum (No. 59)
Soalan-soalan Lazim tentang hal-hal
berkaitan Alkitab disenaraikan di sini.
Soalan yang Kerap ditanya tentang Agama-agama komparatif (No. 60)
FAQ (Frequently Asked Questions), atau
Soalan-soalan Yang Biasa Ditanyakan mengenai Perbandingan Agama disenaraikan di
dalam penulisan ini.
Karya ini adalah mengenai jenis kemarahan yang dirujuk di dalam Alkitab dan cara untuk kita bertindak terhadap kemarahan ini serta menggunakan kemarahan ini di dalam kehidupan Kristian kita.
Peranan bagi Wanita Kristian (No. 62)
Karya ini melihat kepada peranan wanita dalam Rencana Allah dan mengenai mitos bahawa wanita diasingkan sebagai umat percaya kelas yang kedua.. terdpat Satu Allah, satu iman, satu tubuh, satu Jemaat tetapi ramai (lelaki dan wanita) anggotanya.
Ulasan Terhadap Ester (No. 63)
Ini adalah analisis yang terperinci mengenai buku Ester. Aplikasi yang
terkandung di dalam buku Ester mempunyai makna yang besar bagi Kekristianan moden.
Karya tulis ini menggunakan penguraian Rabinikal dan mendedahkannya kepada
penjelasan Alkitab Kristian yang mana melahirkan beberapa hasil yang penting.
Pentakosta Yang Beragi (No. 65)
Roti Beragi pada Pentakosta telah disalahfaham seluruhnya oleh Jemaat Allah pada separuh akhir kurun yang kedua puluh. Pemahaman tentang tujuan untuk membuka ragi demi untuk menjadi Anak-anak Allah dalam kuasa dari kebangkitan orang mati seperti Kristus telah hilang untuk beberapa lama.
Organisasi Perayaan (No. 66)
Karya ini dibentuk untuk membantu Penyelia-penyelia Perayaan di dalam perancanaan mereka untuk Perayaan. Ianya diharapkan bahawa banyak tugasan akan diagikan kepada yang lain. Ianya juga diharapkan bahawa ramai orang akan datang ke perayaan pada kali pertama tidak mengetahui apa yang diharapkan dari mereka atau apa yang terlibat dalam perencanaan dan pelaksanaan perayaan tersebut. Beberapa kelonggaran mungkin diperlukan dalam perhubungan terhadap keperluan golongan yang berbeza serta bangsa apabila mengadakan tempat perayaan tersebut.
Dari Daud dan Exilarch sehingga
Keturunan Windsor (No. 67)
Dalam karya ini kita akan meneliti perkara tentang silsilah Daud dan tempat mereka di dalam keluarga Diraja British. Karya ini mengenai silsilah dari Zorobabel dalam Alkitab atau Zerubabel melalui Exilarch, sehingga keturunan Hanover dan Saxe-Coburg-Gotha, dan dari sana ia masuk ke dalam keturunan Windsor dan monarki British dari George III. Ianya dilihat bahawa kedaulatan Elizabeth II, Permaisuri England dan Komonwel, adalah silsilah langsung dari keturunan Daud, anak Jesse, Raja Israel, mengikut silsilah diraja.
Penubuhan Jemaat-jemaat Allah Al Masehi (No. 68)
Disebabkan minat yang kian meningkat dalam jemaat, hal bagaimana dan
kenapa tentang penubuhan CCG (Jemaat-jemaat Allah Al Masehi) dijelaskan agar
pendekatan yang lebih termaklum boleh digunakan oleh mereka yang meneliti kita.
Dalam karya ini kita akan bercakap tentang
pandangan sesat yang didesak ke dalam Jemaat-jemaat Tuhan daripada
Protestantisme lewat. Ia berasaskan pemalsuan dalam Kisah 15 dalam Receptus dan
melanggar Hukum Tuhan.
Musa mengeluarkan umat Israel dari Mesir
dan membawa mereka kepada Allah untuk menerima perintah hukum melalui tangan
makluk yang berfirman kepada mereka dari gunung Sinai. Musa telah naik ke
Gunung Allah sebanyak enam kali untuk berbicara dengan elohim yang kemudiannya
telah menjadi Yesus Kristus. Perjalanan ini penuh dengan makna bagi kalendar dan
merupakan perjalanan rohani bagi semua umat yang taat setia.
Malaikat dan Korban Abraham (No. 71)
Pengorbanan
Ishak oleh Abraham akan diteliti dari sudut pandangan yang cuba untuk
menjelaskan peranan malaikat YHVH (Yahovah) dalam aktiviti ini dan menjelaskan
bagaimana aktiviti ini tidak berkompromi dengan sifat maha tahu Allah. Peranan
malaikat dalam perlindungan Abraham juga di lihat dalam pendirian Ishak.
Pengubahan dan Kebenaran (No. 72)
Konsep
pengubahan sebagai satu proses berbalik dari kesalahan telah di lihat sebagai
ajaran fundamental Kristus.
Simson dan Para Hakim (No. 73)
Aktiviti serta kejahatan Israel dibawah
Hakim-Hakim menyebabkan kemunculan Simson, Hakim orang Israel dari suku kaum
Dan. Cerita ini diteliti dari fakta pandangan spiritual yang menunjukkan
urutan-urutannya, sementara mereka mengerahkan perkembangan Roh Suci di dalam
individu dibawah pimpinan Yesus Kristus, dan juga di dalam Gereja sebagai satu
golongan. Cerita ini mengandungi
beberapa pelajaran yang menarik dan mengejutkan pada hari ini di dalam
pemahaman kita mengenai aktiviti Mesiah dan juga Gereja.
Karya ini mengkaji mentaliti kultus dalam
orang yang telah dikaitkan dengan jemaat-jemaat yang tidak mementingkan
penerimaan, serta kesetiaan kepada, kebenaran. Definisi sesuatu kultus dikaji,
dan juga aplikasi moden istilah tersebut. Impak utama tindakan mendahulukan apa
saja sebelum kasih Bapa dilihat sebagai menandakan sesuatu kumpulan itu sebagai
suatu kultus.
Keberkatan dan Kutukan (No. 75)
Karya ini mengkaji Ulangan 28 serta
aplikasinya kepada bangsa.
Binitarianisme dan Trinitarianisme (No. 76)
Karya
ini membincangkan dasar logik Binitarianisme dan Trinitarianisme. Asal-usul
bukan alkitab doktrin-doktrinnya serta penubuhan mereka ditunjukkan. Karya ini
mempamerkan suatu siri ketidaksejajaran logik yang dibentuk dari eksposisi
Trinitarian yang diungkap dalam bentuk pertanyaan-pertanyaan yang terbit dari
kontradiksi Trinitarian terhadap doktrin Perjanjian Baru dari petikan penting
Alkitab.
Pengudusan Bangsa-bangsa (No. 77)
Zaman akhir mempunyai urutan pengurangan
Bangsa-bangsa kepada suatu keadaan dalam mana mereka dapat dibawa membentuk
hubungan dengan Tuhan dan dunia bersedia untuk pemerintahan milenium Yesus
Kristus. Beberapa tahun terakhir itu dibayangkan dalam masa Pengudusan Bait
Suci serta pelaksanaan Hari-hari Raya Bulan Pertama dan Ketujuh.
Bagaimana Menentukan Hari Konjunksi Seterusnya Dengan Mudah (No.78)
Masyarakat Islam moden dan masyarakat
Yahudi dahulunya telah cuba menentukan waktu tatkala bulan sabit pertama dapat
dilihat. Dengan senarai-senarai purba saksi-saksi yang dipersetujui, didapati
sukar untuk meramalkan hari berkenaan dan membuatkan penerbitan Kalendar Lunar
sesuatu yang mustahil. Malah dengan peralatan moden dan perhitungan cepat yang
tersedia, mengetahui secara tetap waktu apabila bulan sabit pertama dapat
dilihat terbukti mustahil. Konjungsi tidak dapat dilihat. Bagaimanapun, dengan
memperolehi bilangan sentimeter yang memisahkan Matahari dan Bulan pada waktu
matahari terbit serta mengkalikan nombor ini kali dua, sesiapapun boleh
menentukan waktu dan hari konjungsi seterusnya dengan mudah.
Dasar kepada Kepimpinan Alkitabiah (No. 79)
Tanggungjawab kepimpinan alkitabiah
diperiksa. Penatua ditunjukkan mempunyai beberapa tanggungjawab penting yang
tidak boleh dielakkan. Tanggungjawab setiap anggota Jemaat juga sangat
bermakna.
Penghakiman Terhadap Iblis (No. 80)
Karya ini mengisahkan perihal jangkamasa
pada penghujung pemerintahan millennium Kristus apabila para iblis dihakimi
menurut tahap persembahan umat-umat pilihan di dalam Milenium yang terakhir.
Proses penghakiman ini mempunyai beberapa keputusan yang menghairankan
berkenaan penghakiman itu serta penghukuman para iblis dari segi pandangan
keperluan-keperluan logik bagi sifat dan ciri-ciri Allah.
Konsubstansi bersama Bapa onsubstantial with the Father (No. 81)
Karya ini mengkaji pemahaman teologikal
moden berkenaan Trinitas serta ciri Unitarian pada Teisme rasional dan alkitab.
Matlamat-matlamat di sebalik doktrin trinitarian Kesatuan Bersama diperiksa.
Tindakan kudrat ilahi dikaji dan interaksi Tuhan dengan bani syurgawi serta
manusia ditunjukkan sebagai bergantung pada kewujudan bersama. Penciptaan Roh
Kudus itu dibincangkan berserta konflik-konflik falsafah yang timbul dari
doktrin-doktrin trinitarian. Shema di dalam Ulangan 6:4 dibincangkan dan juga
cara bagaimana Allah adalah satu.
Perhubungan di antara Keselamatan melalui Rahmat dan Hukum (No. 82)
Ini adalah siri pertama didalam isu Rahmat
dan Hukum. Tulisan ini dimulakan dengan posisi Alkitab mengenai Allah sebagai
sumber keselamatan. Peranan hukum dalam hubungan keselamatan melalui rahmat
akan dibincangkan. Kewajiban-kewajiban dibawah hukum akan dibincangkan dan ia
juga menjelaskan mengapa orang Kristian memelihara hukum.
Quran Tentang Alkitab, Hukum Taurat dan Perjanjian Tuhan (No. 83)
Quran mempunyai pekhabaran sangat khusus tentang Alkitab atau Kitab Suci serta Hukum Taurat dan Perjanjian Tuhan. Quran mengesahkan pekhabaran Alkitab serta Hukum dan Kesaksian serta Perjanjian Tuhan. Tiada seorangpun yang mungkin memanggil dirinya Muslim tanpa mentaati Kitab Suci dan Hukum Tuhan dalam baptisan dan badan Jemaat Allah.
Ungkapan “tidak tahukah kamu” digunakan 15
kali dalam Perjanjian Baru. Karya ini mengkaji apa yang para penulisnya
menganggap penting yang patut difahami oleh jemaat mula-mula.
Dasar kepada Kehidupan Kristian (No. 85)
Karya ini menunjukkan pandangan alkitabiah
bahawa hukum sepuluh adalah dasar kehidupan Kristian. Ini kemudiannya
dibincangkan. Ia membawa kepada karya-karya lain dalam siri Rahmat-Hukum.
Tulisan ini menunjukkan perhubungan
diantara Iman dan Perbuatan. Ia
menunjukkan tuntutan untuk bertobat dari perbuatan-perbuatan yang mati atau
sia-sia. Demonstrasi iman yang dipegang oleh para rasul adalah dari perbuatan.
Mazmur Daripada Ibadat Bait (No. 87)
Sistem Bait Suci menggunakan Mazmur-mazmur
khusus dalam acara korban hariannya. Di sini kami kemukakan dan mengkaji
Mazmur-mazmur itu.
Doktrin Asal Iman Kristian (No. 88)
Trinitas tidak
wujud sehinggalah ia ditakrifkan pada Majlis Constantinople pada tahun 381.
Pada Nicea pada tahun 325, Trinitas tidak dirumuskan. Hanya struktur Binitarian
sahaja yang telah didirikan di sini. Kesemua Jemaat Katolik adalah Unitarian
sehinggalah kemasukan struktur Modal di Rom daripada pemujaan Attis pada
permulaan abad ketiga.
Bidaah di dalam Jemaat Kerasulan (No. 89)
Karya tulis ini adalah mengenai dasar
bidaah orang Kolose dan Galatia. Ia secara dasarnya adalah dari siri
Rahmat-Hukum dan ia berkenaan dengan pegangan hukum menurut Paulus. Teks ini
akan mengembangkan pegangan di dalam Jemaat Yohanes. Doktrin Gnostic
(pengetahuan mistik) juga akan dibincangkan. Pegangan kurun yang pertama
tentang dua kedatangan Mesiah juga akan dibincangkan dari bukti tulisan Dead
Sea Scrolls (Gulungan Laut Mati). Pegangan Paulus dilihat disalah anggap oleh
golongan ortodoks moden. Karya tulis ini membawa kepada karya tulis yang
seterusnya Perbezaan di dalam Hukum dan juga Pekerjaan Teks Hukum –
atau MMT.
Pengutukan Pohon Ara oleh Yesus Kristus mempunyai
signifikans besar bagi upacara Jemaat Tuhan. Ia terbabit dalam urutan Penyucian
dan Pengudusan Bait Tuhan.
Karya ini merangkumi aktiviti-aktiviti yang
membawa kepada kemusnahan kota Sodom dan Gomorah. Pergerakan Abraham akan
diteliti dengan kritis, begitu juga dengan pemulihan Sodom dan Gomorah.
Pelajaran bagi dunia masa sekarang terbukti dari kisah ini. Aktiviti-aktiviti
Lot dan keluarganya juga penting.
Pegangan Alkitab mengenai Jiwa adalah jelas
dan merupakan doktrin yang mudah, yang mana telah diubah oleh fahaman
sinkretisma didalam Jemaat awal. Secara umumnya, pegangan sistem keagamaan sudah
menjadi satu, dimana mereka menegaskan bahawa jiwa adalah sesuatu yang
berkekalan. Ini bukan pegangan Alkitab
yang benar.
Persediaan Makan Perayaan Paskah pada Malam Menjaga (No. 93)
Jamuan Paskah tahunan, bila ada persiapan
dan dirayakan dengan betul, akan menyediakan sekitaran yang teramat baik untuk
mengajar anak-anak dan orang yang belum bertaubat. Ini merupakan peluang yang
baik untuk semua memajukan pengertian mereka serta kebolehan mereka untuk
menjelaskan sebab-sebab untuk iman mereka.
Karya tulis ini adalah berkenaan dengan
kejatuhan umat manusia dari taman Eden. Implikasi terhadap Jemaat akan diteliti
dan dasar kepada pergelutan kita dengan Iblis akan digaris besarkan. Tempat
kediaman Iblis dalam Wahyu 2:12-13 ini bertentangan dengan tempat kediaman umat
pilihan. Pembahagian di dalam ciptaan yang disebabkan kejatuhan warga semesta
akan ditunjukkan sebagai masalah utama yang menghadapi pemulihan dan
Jemaat. Perwakilan asal Allah di bumi tidak melalui Jemaat Fasik tetapi
melalui Kitab.
Milenium dan Keghairahan (No. 95)
Karya ini mengkaji pandangan milenialis
mula-mula jemaat yang bertentangan dengan teori-teori moden keghaiban (rapture). Doktrin-doktrin awal telah
dibentuk dari penulis-penulis awal. Asal-usul doktrin keghaiban dibincangkan.
Penghasilan doktrin-doktrin moden dan juga aktiviti-aktiviti paderi Jesuit
iaitu Ribera dan Bellarmine dibincangkan. Aktiviti-aktiviti Samuel Maitland
dalam pembuatan doktrin palsu ini juga dibincangkan.
Perbezaan di dalam Hukum (No. 96)
Karya ini
mengkaji perbezaan di antara hukum moral dan hukum korban. Perbezaannya
membentuk sebahagian daripada dasar aktiviti-aktiviti di dalam Kejadian. Karya
ini membincangkan aspek-aspek lebih luas berkenaan hukum-hukum Tuhan.
Perbezaan-perbezaan khusus yang dibuat oleh para Pembaharu (Reformers) disenaraikan sebagai
artikel-artikel keimanan daripada Konvensyen Helvetic Kedua melalui Tiga puluh
sembilan Artikel milik Jemaat England tahun 1571 dan lain-lain artikel
Reformasi yang penting sehinggalah pada Artikel-artikel Agama Methodist tahun
1784. Pernyataan-pernyataan itu masing-masingnya adalah penting.
Karya ini membincangkan kepentingan serta
matlamat Hari-hari Suci. Hari-hari Raya adalah sebagai sebahagian dari rencana
keselamatan diterangkan. Hari-hari Raya ini juga dibuktikan adalah perintah.
Hujah teologikal awal untuk pembatalan Hari-hari Raya ini yang telah dipelihara
oleh Jemaat mula-mula ditunjukkan sebagai tidak betul dari segi teologi. Kaitan
Hari-hari Raya ini kepada Jemaat dan juga kepada Bait Suci dan korban
persembahan juga dibincangkan. Hari-hari Raya ini dibuktikan sebagai penting
kepada iman dan membentuk sebahagian dari meterai Tuhan.
Karya ini membincangkan perihal penentuan
waktu dan kepentingan Paskah serta pembezaannya dari pesta Easter yang berciri
pagan. Fasa-fasa berlainan perayaan Paskah diperiksa. Semua ini dibahagikan kepada
Perjamuan Suci, malam Paskah sebenar, di mana Kristus merupakan anak domba
korban, atau Malam Untuk Berjaga-jaga serta Perayaan Roti Tidak Beragi.
Maksud Pembasuhan Kaki (No. 99)
Bersama-sama dengan karya Maksud
Roti dan Anggur [100] ia berhubung dengan keistimewaan elemen-elemen
Perjamuan Tuhan membentuk sebahagian daripada sakramen kedua Jemaat. Penyucian
kaki menandakan pengesampingan hidup Mesias.
Maksud Roti dan Wain (No. 100)
Karya ini membincangkan korban tubuh dan
darah serta simbolisme elemen-elemen keimanan.
Malam Yang Paling Diamati (No. 101)
Sudah
tertulis: Hari ini akan menjadi hari peringatan bagimu. Kamu harus merayakannya
sebagai hari raya bagi TUHAN turun-temurun. Kamu harus merayakannya sebagai
ketetapan untuk selamanya.
Perkataan terakhir yang diucapkan oleh
Kristus pada waktu kematianya mempunyai maksud nubuatan dan menghubungkan
kepada seluruh struktur Hukum Korban dan penghukuman dosa serta perdamaian
dengan Allah seperti yang diberitahu di dalam Mazmur dan kesaksian-kesaksian yang
lain.
Perjamuan Malam Tuhan (No. 103)
Karya ini menerangkan maksud kompleks di
sebalik sakramen Perjamuan Suci. Hari persediaan serta hari Paskah diterangkan.
Siri urutan pencucian kaki serta roti dan anggur diterangkan seperti mana ia
dilangsungkan. Perkaitannya kepada Keluaran serta hari Paskah juga diterangkan.
Darah Perjanjian Baru serta kemasukan ke dalam Tempat Maha Kudus oleh imam
besar iaitu Mesias adalah perintis kepada bagaimana kita semua menjadi
anak-anak Tuhan. Maksud simbolisme Paskah berbanding teks-teks lain (contohnya
Mazmur 34:20; Yesaya 52:13-15) diperiksa. Teks-teks Yohanes 14 serta Yohanes 17
diterangkan.
Perbuatan Teks Hukum – atau MMT (No. 104)
Karya ini menerangkan apa yang dimaksudkan
Paulus sebagai Pekerjaan Hukum di dalam surat-suratnya. Subjek yang sangat
disalahfaham ini diterangkan sambil merujuk kepada bukti arkeologi terkini
dengan menggunakan Skrol-skrol Laut Mati. Teks-teks yang diterjemahkan oleh
Quimron dan Strugnell diperiksa. Ia menunjukkan bahawa Pekerjaan Hukum itu
adalah satu jilid tulisan-tulisan yang wujud pada abad pertama, iaitu Miqsat Ma’ase Ha-Torah atau MMT, yang hanya telah ditemui baru-baru
ini. Ini menjadikan Paulus lebih dapat difahami oleh umat-umat Kristian moden.
Musa dan tuhan-tuhan Mesir (No. 105)
Karya tulis
ini menjelaskan cara bagaimana Musa menghadapi Firaun. Penugasan dan tulah yang
terjadi di Mesir dijelaskan dalam hubungannya dengan dewa-dewa Mesir yang
dijatuhkan oleh Allah. Tulah-tulah yang terjadi dapat dilihat dalam konteks
teologinya yang asli. Kehidupan Musa dijelaskan sebagai sebuah bagian umum dari
sebuah rencana penyelamatan yang menunjukkan perkiraan alami mengenai kerangka
waktu. Kitab Keluaran dibandingkan dengan struktur Kitab Kematian dan
diperolehlah sebuah pengertian yang lebih baik mengenai istilah-istilah yang
ada. Karya tulis ini penting untuk memperoleh pengertian yang benar mengenai
kitab Keluaran.
Ragi yang Lama dan Baru (No. 106a)
Perlambangan ragi di dalam Perjanjian Baru
digunakan bagi rujukan kepada ragi yang lama dan baru. Kita akan menyingkirkan
satu jenis ragi dan menggantikannya dengan yang lain. Perlambangan ini
mempunyai maksud rohani yang besar bagi orang Kristian. Perayaan Roti Tidak
Beragi difahami dalam keterangan ini sebagai menggantikan ragi kebencian dan
kejahatan yang lama dengan ragi keikhlasan dan kebenaran. Terdapat juga ragi di
dalam persembahan pada Pentakosta dan ini juga melambangkan Jemaat dalam
perhubungan kepada ragi Roh Kudus yang besar.
Persembahan Unjukan Berkas (No. 106b)
Signifikans Persembahan Unjukan Berkas
dalam konteks kedatangan Mesias serta kepulangannya pada hari Minggu selepas
kebangkitan pada petang sebelumnya dijelaskan. Turutan persembahan korban serta
konsep hasil-hasil sulung diterangkan. Maksud korban-korban Perjanjian Lama
yang menunjukkan apa yang dicapai Kristus melalui kenaikannya dan kepulangannya
pada petang itu dijelaskan.
Tujuh Paskah Besar di dalam Alkitab (No. 107)
Karya ini menjelaskan urutan tujuh Paskah
besar Alkitab dan makna semuanya dalam perkembangan ke arah kedatangan Mesias
dalam Penjelmaan itu. Pelopor-pelopor kepada Paskah dijelaskan dan kemudian
maksud di sebalik Paskah-paskah dalam Keluaran, kejatuhan Yerikho, dengan
Gideon, Hizkia, Yosia, Ezra dan, akhirnya, Mesias dibincangkan. Rangka
Paskah-paskah ini diterangkan sejajar dengan riwayat seorang manusia, sistem
Jubli (Yobel) dan perumpamaan-perumpamaan dalam Kejadian 2:9, Zakharia 4:3-6
dan Lukas 3:7-14 dijelaskan. Tahun-tahun pokok dari Lukas 13:6-9 memberi maksud
atau signifikans yang lebih menyeluruh dari karya ini.
Maksud Penglihatan Yehezkiel (No. 108)
Penglihatan Yehezkiel telah dijelaskan sebagai
kapal angkasa dengan roda dan sayap dan lain-lain benda yang aneh. Alkitab
jelas mengenalpasti mereka sebagai Kerub (Kerubim). Apakah erti penglihatan
ini? Apakah pelajaran-pelajaran yang boleh didapati dari penglihatan ini? Di
sini kita melihat signifikansnya.
Soalan Tentang Bahasa Lidah (No. 109)
Karya ini mengkaji pengertian penuh soal
bahasa roh (bahasa lidah) dan pendirian jemaat dalam sejarah tentang hal ini
sepanjang abad. Teks-teks alkitabiah dikaji untuk konteks dan erti mereka.
Kedudukan para rasul berkenaan hal ini ditunjukkan.
Teori Peperangan yang Adil (No. 110)
Karya ini merupakan suatu analisis Teori
Perang Benar dari segi sejarah dan falsafah yang menunjukkan perkembangan
proses ini dengan Augustine dari Hippo dan melalui sistem ortodoks atau katolik
dari abad kelima. Makna fatwa paus Unam Sanctam dijelaskan dan
implikasi-implikasi di sebaliknya untuk perang dan Teori Perang Benar, dan juga
untuk konsep jemaat sebagai satu badan teratur yang eksklusif, di mana
keanggotaannya adalah perlu untuk keselamatan. Sejarah doktrin ini hingga ke
zaman moden adalah penting sekali kepada orang-orang Kristian yang berpegang
pada sebarang pendirian tentang perkhidmatan tentera atau peperangan.
Karya ini mengkaji struktur doa yang betul
mengikut arahan Yesus Kristus. Maksud istilah-istilahnya dan signifikans doa
dalam kebaktian dijelaskan. Halangan-halangan kepada doa diperiksa dan garis
panduan dalam doa dicadangkan.
Konsep pengampunan adalah paling penting
kepada hubungan yang kita bentuk dengan Tuhan dari doa. Karya ini mengkaji
mengampuni orang lain demi untuk mendapat pengampunan dari Tuhan. Aliran belas
kasihan dari pertaubatan juga diperiksa. Pengampunan dalam Alkitab diperiksa.
Pengampunan musuh juga ditunjukkan. Perumpamaan-perumpamaan berkaitan
pengampunan juga dikaji.
Tujuan kertas ini adalah untuk menganalisis
Amsal 30 dengan cara yang merangsang pembaca untuk merenungi kehidupannya. Ia
ditulis dengan sebegitu cara agar membuat si pembaca bertanya soalan-soalan
berkaitan.
Teks yang paling disalah faham dan disalah
aplikasikan ini akan diteliti dari segi tujuan spiritualnya. Sering kali kaum
perempuan telah tertakluk kepada teks ini oleh teologi yang tidak jelas. Maksud
yang sebenar di belakang teks ini memberikan kuasa sebenar kepada kaum
perempuan dan tanggung jawab yang lebih besar kepada Jemaat.
Karya ini meneruskan dari karya-karya
mengenai Keluaran yang membabitkan kedua-dua Musa dan ilah-ilah Mesir (lihat
karya Musa dan Dewa-dewa Mesir (No. 105)) dan juga Musa dan Keluaran
(lihat karya Hari Paskah (No. 98)). Ia mengisahkan siapa sebenarnya yang
telah memberikan hukum taurat itu di Sinai dan bagaimana. Turutan perjalanan ke
Sinai dijelaskan dari segi makna perhentian-perhentian yang dibuat, dan suatu
pemahaman yang lebih baik muncul. Kuasa bani syurgawi seperti yang diberikan
dari Tuhan seperti yang diberikan dari Tuhan juga diperiksa berbanding
pemberian hukum itu serta peristiwa-peristiwa di Sinai.
Nama-nama Allah akan diberikan dan
dijelaskan. Konteks di mana ia digunakan adalah penting kepada pemahaman
bagaimana Allah bertindak dan melalui siapa Dia berfirman.
Roh Kudus
diterangkan dengan terperinci. Perselisihan-perselisihan asal mengenai operasi
Roh, dan aplikasinya di dalam Kitab-kitab Perjanjian diteliti. Roh ditunjukkan
sebagai suatu kuasa Allah dan bukannya suatu makhluk atau orang. Cara bagaimana
Roh berkerja, dilihat sebagai faktor yang membolehkan umat-umat pilihan untuk
menjadi elohim atau theoi sebagaimana yang dipercayai oleh
Jemaat awal dan sepertimana yang dinyatakan oleh Zakharia 12:8. Karya penulisan
ini adalah penting kepada pemahaman akan Ketuhanan.
Kepentingan salasila Mesiah akan dijelaskan
dari Adam. Teks-teks di dalam Matius 1 dan Lukas 3 akan dijelaskana dan
kontradiksi yang jelas di antara teks-teks ini dan Tawarikh juga akan
dijelaskan. Maksud yang betul dan benar menunjukkan bahawa Mesiah sesungguhnya
telah diutus untuk menyelamatkan umat yang berdosa.
Tuaian Allah, Korban-korban Bulan Baru, dan 144,000 (No. 120)
Karya ini mempamerkan saling perkaitan
rumit antara rencana keselamatan dan kepentingan sistem persembahan korban.
Kajiannya menunjukkan bahawa terdapat pertalian di antara bilangan-bilangan
terbabit secara tahunan dan Jubli (dengan menggunakan kedua-dua tahun nubuatan
dan juga tanda Yunus), serta komposisi kumpulan tujuh puluh orang itu dan umat
144,000. Pemeliharaan Jemaat Perjanjian Baru di dalam Bulan Baru, hari-hari
Sabat dan Hari-hari Kudus dilihat dari segi struktur yang lebih komprehensif.
Penggunaan teks ini oleh golongan
Binitarian akan diteliti dan dilihat salah. Eksposisi tentang bidaah Dua Kuasa
akan didemonstrasikan sebagai menyeleweng. Karya tulis ini akan meneliti
nubuatan di dalam teks ini dalam pertalian dengan Mesiah dan perhubungannya
dengan Allah.
Distribusi Umum Jemaat-jemaat yang Memelihara Sabat (No. 122)
Karya penting ini menjejaki Jemaat-jemaat
Pemelihara Sabat dari abad pertama ke dalam Timur Tengah, Eropah dan seluruh
Asia. Meliputi tempoh kira-kira dua milenium, ianya satu rekod menyeluruh bukan
saja tentang Jemaat-jemaat itu tetapi juga sejauh mana sistem kebaktian hari
Minggu sanggup pergi untuk menghapuskannya dengan penganiayaan.
Meninggalkan Babilon (No. 123)
Pemergian Ezra dari Babilon pada Hari
Pertama dalam Bulan Pertama dan ketibaannya di Yerusalem pada Hari Pertama
dalam Bulan Kelima selalu disalahguna sebagai contoh bahawa Ezra tidak
memelihara Bulan-bulan Baru. Apabila kita meneliti mesej spiritual yang kuat
dibelakang tarikh-tarikh ini, ia menambahkan kuasa yang besar kepada pemahaman
kepada Bulan-bulan Baru dan Rencana Keselamatan Allah seperti yang diungkap
dalam buku Kitab.
Ulasan tentang Tulisan Doktrin UCG Haruskah Kristian Memelihara Bulan-bulan Baru (No. 124)
Karya ini dikeluarkan oleh Persidangan Doktrinal Jemaat Allah Bersatu, satu Pertubuhan Antarabangsa (UCG) aia) yang lebih betul disebut satu kedunguan. Ia menunjukkan satu kekurangan pemahaman yang jelas tentang Sejarah Kuno, Paleo-Antropologi dan Arkeologi dalam keadaan yang sebenarnya. Lebih teruk lagi ia adalah satu kebodohan yang disengajakan untuk membenarkan pegangan yang tidak betul. Ianya satu terbitan lengkap bersama dengan ulasan bagi kepentingan umum.
Kepentingan yang diberikan alkitab ke atas
pemulihan Bulan-bulan Baru dan dasar hari-hari raya di bawah hukum itu
diperiksa di dalam karya ini. Amalan-amalan awal para rabbi diteliti, berserta
teks-teks dari mana mereka mengerjakannya. Sokongan Perjanjian Baru terhadap
perayaan-perayaan Bulan Baru adalah suatu hakikat yang nyata.
Karya tulis ini adalah mengenai dengan
kisah Daud dan Goliat dan mengembangkan maksud spiritual dan nubuatan dari
aktiviti-aktiviti di sekitar konflik ini. Tema yang terdapat di dalam kisah ini
adalah berkaitan dengan kemenangan Mesiah ke atas sistem-sistem dunia. Latar
belakang penempatan orang Filistin di Tanah Kudus akan diberikan. Pembentukan
Israel di Kanaan akan dikembangkan dan perincian kisah mengenai penyingkiran
tabut perjanjian juga akan diberikan yang membawa kepada peperangan serta
pembentukan monarki. Pembentukan salasila Daud adalah kesudahan akhir dari
aktiviti-aktiviti ini.
Teologi Awal Ketuhanan (No. 127)
Karya ini mengkaji tulisan-tulisan awal dan
mengasingkan pandangan-pandangan mereka tentang Ketuhanan. Ia membuktikan tanpa
dipertikaikan lagi bahawa para penulis awal bukanlah Trinitarian mahupun
Binitarian, dan tidak percaya bahawa Kristus wujud sejak dahulu yang tidak
terhingga. Karya ini berguna dalam menjejaki pemutarbelitan teologi yang
perlahan-lahan menjadi struktur trinitarian.
Identifikasi entiti yang dikenali sebagai
Melkisedek selalunya menjadi satu masalah kepada ramai pelajar Alkitab. Karya
tulis ini melihat kepada tradisi Rabinikal dan juga menunjukkan identiti yang
berkemungkinan dan sebab-sebab di belakang aktiviti-aktiviti identiti ini.
Maksud keimamatan Melkisedek boleh difahami dengan lebih baik lagi dari karya
tulis ini.
Dorongan dan Kekecewaan (No. 130)
Dorongan adalah kaedah untuk memberikan
keteguhan dan keyakinan dalam diri orang lain. Ia membantu untuk memberikan
motivasi kepada seseorang untuk bekerja di dalam satu situasi yang sukar dan
menanamkan harapan pada masa hadapan yang lebih cerah. Setiap orang memerlukan
dorongan pada masa-masa yang tertentu. Kita harus kerap memberikan pujian dan
penghargaan kepada satu dengan yang lain. Dorongan boleh membantu seseorang itu
bekerja dengan lebih gigih lagi dan mencapai lebih besar lagi. Ia membantu
meringankan beban seseorang atau malah mungkin mengubah haluan kehiduopannya.
Alkitab memperingatkan bahawa kita harus menghibur dan mendorong satu dengan
yang lain, sama seperti yang dilakukan oleh Allah kepada mereka yang
mempercayainya dan menuruti Dia.
Misteri-Misteri Allah (No. 131)
Penyingkapan tentang Allah akan diteliti di
dalam istilah misteri-misteri dan pelayanannya di dalam diri umat pilihan.
Perumpamaan tentang talenta dan perawan yang bijaksana dan bodoh juga akan
diteliti. Tahap-tahap penyingkapan dalam misteri-misteri Allah akan diteliti
dan diletakkan di dalam rentetan.
Bulan-Bulan Baru Israel (No. 132)
Karya meneruskan pengajian dari karya
pertama dan menangani maksud rohani Bulan-bulan Baru. Pemeliharaan Bulan-bulan
Baru oleh Jemaat sepanjang abad-abad juga diperiksa.
Konsep kehidupan kekal akan diteliti di
sini bersama dengan dakwaan tentang kekekalan Mesiah bersama dengan Allah yang
akan diteliti dari teks-teks Alkitab. Konsep tentang Masa dan Keabadian akan
diteliti dan tanggapan struktur golongan trinitarian akan diteliti. Masalah
berunsur falsafah yang timbul akan dibandingkan dengan teks-teks Alkitab.
Yoshua, Mesiah, Anak Allah (No. 134)
Karya ini membincangkan perihal Eloah
sebagai tumpuan ibadah. Anak yang merupakan elohim Israel dan Yosua Mesias
ditunjukkan dalam konteks alkitabiah yang betul. Penggunaan Yosua dalam Alkitab
juga dibincangkan.
Karya ini adalah mengenai identiti para
saksi dan mengajukan satu-satunya sumber pengenalan secara Alkitab. Dua alternatif
yang giat akan dibincangkan begitu juga dengan pilihan yang melibatkan
perjalanan masa. Namun penyelesaian yang mungkin dilupakan ini adalah satu
kemungkinan yang penting dan menarik.
Tulisan ini berkisar mengenai dua aspek
didalam Hari Raya Sangkakala. Yang pertama adalah kedatangan Mesiah. Fasa ini
berlaku melalui perkembangan didalam Jemaat sehingga kedatangan dan
pemerintahan milenial Kristus serta pengumpulan orang-orang Israel. Aspek yang
kedua adalah Perjamuan Kahwin Anak Domba. Disini, catatan injil akan diteliti
dengan terperinci dan rentetan kejadian yang berlaku disekitar perkahwinan
Kristus dengan Jemaat akan dibincangkan. Faktor utama pada sifat jubah perkahwinan
umat-umat pilihan adalah kepentingan kepada semua orang-orang Kristian.
Karya ini adalah penghuraian panjang
tentang pengukuran Bait Tuhan serta nubuatan-nubuatan berhubung Israel dan
segala bangsa sepanjang fasa akhir tiga puluh tahun hingga permulaan Milenium.
Penyingkiran tiga kelas kepimpinan, iaitu Para Imam, Nabi dan Raja akan dikaji.
Penghakiman domba dari segi bagaimana mereka melayani sesama sendiri adalah
penting sekali kepada fasa akhir pengukuran ini. Perumpamaan domba dan kambing
mungkin difahami dengan lebih baik dari teks ini. Karya ini bersaling hubung
dengan pemahaman tentang Saksi-saksi dan Amaran Zaman Akhir
bersama dengan perang-perang zaman akhir.
Pemahaman mengenai Hari Pendamaian juga
adalah kritis kepada pemahaman mengenai peranan Mesiah dari segi prosesnya.
Tujuan pendamaian didalam korban-korban bait suci akan dibincangkan bersama
dengan fungsi pendamaian didalam sistem tahun Yobel.
Persembahan ini yang memulakan Perayaan
Pondok Daun dikawal atur dengan undang-undang dan mempunyai suatu siri tuntutan
yang harus diketahui umat Kristian. Tiga urutan persembahan itu dikawal atur.
Karya ini meliputi Perayaan Pengumpulan, banci serta cukai Pendamaian,
bulan-bulan penuh, Pentakosta, Sangkakala-sangkakala, penghakiman Iblis,
tugas-tugas bagi mereka yang dibangkitkan, latihan di dalam tentera Tuhan.
Karya ini membincangkan tujuh meterai Wahyu
dan menjelaskan makna mereka. Perkembangan meterai-meterai ini selama dua ribu
tahun terakhir dikaji dan urutannya hingga kedatangan Mesias diberikan. Proses
ini memuncak dalam meterai ketujuh yang sebenarnya adalah tujuh sangkakala.
Tujuh sangkakala Wahyu membawa kepada
Mesias. Perang-perang zaman akhir adalah sebahagian dari urutan ini. Urutannya yang sebenar diperincikan dengan
carta alir meterai-meterai dan sangkakala-sangkakala itu.
Karya ini
membincangkan implikasi-implikasi nubuatan dari kejatuhan Yerikho dan
menjelaskan bagaimana urutan tujuh meterai dan sangkakala dengan cawan-cawan
kemurkaan Tuhan telah diberi bayangan awal dalam kisah Yerikho. Signifikans
cerita Rahab ditunjukkan memberi bayangan awal tentang konversi orang bukan
Yahudi dan menunjuk kepada Mesias sebagai penguasa bangsa-bangsa.
Kebangkitan Orang yang Mati (No. 143)
Makalah ini
bersangkutan dengan kebangkitan orang mati yang pertama dan yang ke dua. Tujuan
dari setiap kebangkitan didiskusikan sebagai hasil akhir dari suatu proses.
Identifikasi Nefilim dan penyangkalan kebangkitan oleh mereka diteliti dan
dijelaskan. Makalah ini bersangkutan dengan penjelasan tentang jaman manusia
pra-Adam dan penting bagi semua yang mencari titik-temu antara Alkitab dan
penemuan-penemuan ilmiah abad ini.
Kerajaan Allah yang Kekal (No. 144)
Karya ini membincangkan hasil akhir serta
tujuan rencana keselamatan. Kota Tuhan dijelaskan (lihat juga karya Kota Tuhan (No. 180) dan signifikans rohaninya dikenalpasti. Perpindahan Tuhan ke sistem
planetari ini memerlukan penyusunan semula struktur administrasi alam semesta.
Ini diperiksa.
Kidung atas Segala Kidung (No. 145)
Karya ini adalah komentar terperinci
tentang Kidung Agung dengan menggunakan komentar-komentar rabbinikal sendiri
untuk mengasingkan maksud Mesianik yang jelas dari Kidung ini. Kisah yang
menghairankan ini adalah satu kemestian untuk semua yang ingin melihat
kemungkinan pemualafan Yehuda dan memahami dengan lebih baik sifat Jemaat serta
hubungannya dengan Mesias.
Lanjutan kepada
tajuk Roh Kudus, kita teruskan untuk memperkembangkan lagi konsep-konsep
kedudukan Roh Kudus dan hubungkaitnya dengan Ketuhanan. Melalui pemahaman
terhadap konsep ini, maka kita boleh memahami dengan lebih tepat, melalui
penceritaan alkitab, tujuannya dan selanjutnya hasil akhirnya dalam umat pilihan.
Sifat Ketuhanan Kristus (No. 147)
Karangan
yang amat penting ini memeriksa pandangan alkitabiah tentang ketuhanan Kristus.
Karya ini memeriksa dan membincangkan berbagai pandangan dari Unitarianisme
Radikal ke Teologi Proses Trinitarian. Pra-kewujudan Kristus dibuktikan dari
Kitab Suci. Karangan Tentang Keabadian (No. 165) melengkapi karya ini.
Berkat Toronto, Histeria dan Kerasukan Iblis (No. 149)
Terdapat suatu fenomena rahsia yang melanda
masyarakat berbahasa Inggeris yang mempunyai asal-usulnya di kota Toronto,
Kanada. Ia mendapat namanya dari fakta ini bersama dengan tuntutan bahawa ianya
sejenis berkat sebagai manifestasi rohani. Jadi, ia dipanggil Berkat Toronto.
Ianya diandaikan bahawa fenomena ini adalah satu manifestasi Roh Kudus dan bahawa
mereka yang dipengaruhi oleh fenomena ini entah bagaimana telah menerima Roh
Kudus.
Sakramen di dalam Jemaat (No. 150)
Kebanyakan jemaat mendakwa mempunyai kuasa
atas pelbagai aspek hidup manusia, dan bahawa anggota-anggota harus mendapat
penyertaan jemaat dalam aktiviti-aktiviti tersebut untuk menjadikannya sah.
Karya in meneliti dakwaan-dakwaan sakramen-sakramen perkahwinan, upacara
terakhir (upacara agama ekstrim), Eucharist (Jamuan Suci), pembaptisan,
Perjamuan Suci Tuhan, dan menyimpulkan bahawa hanya dua saja daripadanya yang
dibenarkan oleh Perjanjian Baru.
Kertas ini membincangkan tentang jemaat. Ia
menjelaskan bagaimana Tuhan bertindak terhadap manusia dan bagaimana Dia
membentuk dan menggunakan jemaat di antara bangsa-bangsa dunia ini.
Satu kesilapan
yang lazim diucapkan adalah bahawa Tuhan telah membuat perjanjian-perjanjian
yang berbeza sepenuhnya pada zaman-zaman Perjanjian Lama dan Baru, seolah-olah
Tuhan telah berbuat kesilapan dengan Israel kuno dan gagal dengan mereka, dan
kini cuba untuk memperbetulkan kesilapan-kesilapan itu dengan suatu Perjanjian
Baru. Hakikatnya adalah Tuhan boleh dipercayai dan tidak berbuat silap. Dia
bersikap adil dan konsisten, dan perjanjian-perjanjian itu menggambarkan
kualiti-kualiti ini. PerjanjianNya dengan manusia sepanjang sejarah dunia tidak
pernah berpecah mahupun berubah. Karya ini meneliti tujuan Perjanjian itu dan
penglibatannya dengan tiga kumpulan yang penting kepada Tuhan: Abraham, Israel
di Sinai, dan orang-orang Kristian Perjanjian Baru.
Hukum Pertama:Dosa Iblis (No. 153)
Alkitab didasarkan pada kisah penciptaan dan pemberontakan
dari penguasa udara dalam saat penciptaan itu. Figur utama dalam pemberontakan
itu adalah salah satu anak Allah yang disebut dalam Alkitab dengan banyak nama
– yang paling banyak dikenal adalah Iblis (1Tawarikh 21:1; Ayub 1:6; Yunus
13:27; Kisah Para Rasul 5:3; 26:18; Roma 16:20). Iblis dengan dikenal dengan
nama-nama lain yang menggambarkan sifatnya dan menunjukkan dosanya.
Golongan Nefilim mula-mula disebut di dalam
Alkitab di dalam Kejadian 6:4 sebagai anak-anak hasil hubungan "anak-anak
Tuhan" dan "anak-anak perempuan manusia". Ini adalah suatu tema
yang lazim ditemui di seluruh dunia purbakala dan bukan hanya terhad kepada
Alkitab. Karya ini memeriksa rekod-rekod kuno, golongan titan, raksasa di dalam
Ramayana, Skrol-skrol Laut Mati, Genesis Aprocryphon, Gibbowrim dan Rephaim.
Dengan menggunakan berbagai karya-karya rujukan, khususnya Companion Bible,
kesimpulan-kesimpulan dapat dibuat berkenaan Nefilim.
Satu daripada topik Kekristianan yang
paling kontroversi adalah Roh Kudus. Semua orang setuju bahawa ianya wujud
tetapi terdapat banyak idea tentang apakah ia sebenarnya. Beberapa orang
menggunakan Kitab Yunani yang mereka dakwa ianya merujuk kepada Roh Kudus
sebagai berjantina “lelaki” dan menyimpulkan bahawa Roh Kudus sememangnya
adalah satu makluk. Dalam karya tulis, tulisan-tulisan Kitab akan diteliti dan
dianalisa dan kesimpulan tentang jantina Roh Kudus akan diambil.
Kalendar yang
ditetapkan oleh TUHAN telah dimulakan sejak penciptaan lagi. Ianya tidak
bergantung pada mana-mana orang ataupun sebarang system observasi untuk
menentukannya. Ianya telah wujud sepanjang waktu zaman bait Israel dan bukannya
kalendar yang sama yang dipelihara oleh orang-orang Yahudi hari ini. Umat-umat
Kristian diwajibkan oleh perintah hukum dan kesaksian Alkitab untuk memelihara
kalendar ini dan bukan yang lain.
Tatacara Bagi Perjamuan Sucii (No.157)
Menyediakan informasi bagi individu yang tidak dapat hadir bersama dengan kumpulan.
Soalan-Soalan Yang Sering Ditanya: Bulan-Bulan Baru (No.158)
Satu daripada aspek yang paling rumit mengenai
Hukum Allah ialah Bulan-bulan Baru.
Adakah mereka perlu dipelihara?
Jika ya, bagaimana? Adakah ia dipelihara seperti Sabat? Jika ya, bagaimana dengan kerja saya? Sistem dunia beroperasi dengan cara dimana
ia membuat sukar sekali bagi bulan-bulan baru dipelihara seperti Sabat dan
calendar dunia menyembunyikan mereka.
Terdapat banyak soalan yang ditanya dalam isu ini.
Penentuan Masa Penyaliban dan Kebangkitan (No.159)
Kekristianan konvensional mengajarkan
penyaliban hari Jumaat dan kebangkitan hari Minggu bagi Yesus dari Nazaret.
Rekod-rekod sejarah menunjukkan bahawa doktrin ini tidak diajar oleh para rasul
ataupun jemaat Perjanjian Baru yang mula-mula. Karya ini mengkaji Kitab Suci,
sejarah, data kalendar lunar, serta bukti penyelidikan terkini dan memberikan
mereka menunjukkan kebenaran pewaktuan itu. Bukti dikemukakan bahawa pelayanan
Kristus adalah selama dua dan setengah tahun, bukannya tiga dan setengah tahun
seperti yang kadangkala dibayangkan oleh beberapa terjemahan Daniel 9. Analisa
terperinci peristiwa-peristiwa sewaktu tempoh enam hari sebelum Paskah
diberikan. Karya ini memuatkan karya baru yang menunjukkan bahawa tahun
penyaliban itu adalah 30 TM dan bukannya 31 TM atau 33 TM seperti yang
dipercayai ramai orang.
Tujuan Penciptaan dan Korban Kristus (No. 160)
Karya ini membincangkan tentang salah-faham
yang berlaku terhadap asal-usul Kristus. Ada yang percaya bahawa, jika Kristus
bukan Tuhan dan bukan suatu makhluk kekal abadi yang asalnya bukan dari
penciptaan, maka korbannya tidak cukup untuk mendamaikan manusia dengan Allah.
Asal-usul kepercayaan ini berpunca daripada kekurangan yang ada pada falsafah
Yunani dan salah-faham terhadap asal-usul sistem Alkitab serta tujuan
penciptaan.
Pemberian Persepuluhan (No.161)
Pemberian
persepuluhan adalah suatu kebiasaan di dalam banyak agama. Ada antara para
pemimpin yang mengenakan permintaan-permintaan tinggi ke atas pengikut-pengikut
mereka, sehinggakan mengkhotbahkan perlunya tiga persepuluhan yang berlainan
pada masa-masa tertentu. Karya ini menyelidiki persepuluhan yang dicatatkan di
dalam Alkitab dan membuat kesimpulan-kesimpulan yang relevan kepada orang-orang
Yahudi dan Kristian hari ini. Orang-orang yang pernah membayar tiga
persepuluhan yang berbeza pasti akan mendapat kejutan yang agak menyenangkan.
Untuk berabad-abad kepercayaan beberapa
jemaat kristian telah mengenalpasti dosa Onan dengan perancapan dan mengetahui
bahawa perbuatan ini adalah sebab mengapa Tuhan menyembelih Onan. Ini telah menjadi sebahagian daripada
dongeng duniawi dan memasuki bahasa dalam istilah yang spesifik. Karya ini menunjukkan kesilapan dalam
kepercayaan ini dan membongkar dosa berkaitan yang dilakukan oleh kebanyakan
daripada jemaat-jemaat sendiri.
Yesus Kristus dan Qur’an (No.163)
Kekristenan, Yudaisme dan Islam mempunyai
sumber yang sama dalam Abraham. Para ahli teologi yang besar (mis. Calvin,
Harnack, Brunner) sepakat bahwa teisme rasional, Yudaisme, Alkitab, dan Islam
adalah Unitarian. Secara teoritis, semua agama tersebut seharusnya dapat
sepakat mengenai Allah yang mereka sembah, dan bekerjasama kearah mencapai
kekeluargaan dunia yang bersatu. Mengapa tidak demikian? Karya ini menelaah
persamaan dan perbedaan dalam hal sejarah dan dasar kepercayaan. Karya ini
menganalisa Tuhan di dalam Alkitab dan Qur’an, nama-nama Tuhan, perkembangan
historis, konsep dan rincian mengenai Mesias, kepercayaan mengenai Kerajaan
Seribu Tahun dan kebangkitan orang mati. Banyak warga Kristen yang akan
terkejut dengan ajaran Muhammad di dalam Qur’an mengenai Yesus Kristus yang ada
dalam Alkitab.
Adakah Alkitab Kristian firman yang
diilhami Tuhan yang maha kuasa dan mengasihi seperti yang didakwa beberapa
orang, atau adakah ia cuma satu koleksi tulisan-tulisan orang bijaksana seperti
yang didakwa orang lain? Karya ini adalah respon kepada pertanyaan dari sebuah
persatuan Jemaat Roman Katolik yang mengajar bahawa Alkitab bukanlah
satu-satunya panduan iman.
Ramai orang Kristian telah membesar dengan
konsep Ketuhanan Kristrian trinitarian yang telah diperkenalkan beberapa kurun
selepas Kristus dan para rasul, dan telah menerimanya tanpa persoalan dan tanpa
mengesahkannya di dalam Alkitab. Secara paradoksnya Alkitab tidak mengajar
tentang Triniti. Malah para rasul tidak pernah mendengar perkataan triniti, dan
tentu sahaja tidak pernah mengajar Ketuhanan yang mempunyai tiga unsur. Konsep
yang berkaitan dengan dua Ketuhanan yang kekal telah diperkenalkan dan
disebarkan oleh Herbert Armstrong pada kurun yang kedua puluh. Karya tulis ini
mengajukan dasar doktrin binitarian Armstrong (atau lebih tepatnya, diteis) dan
mendapati kekurangannya. Karya ini menganjurkan ajaran unitarian dalam Alkitab,
yakni hanya terdapat satu Allah yang benar.
Pendapat Yang Salah Terhadap Kebangkitan Ketiga (No.166)
Kebangkitan
dari kematian adalah harapan masa depan bagi orang-orang Kristian yang tidak
percaya kepada ajaran jiwa kekal yang diadopsikan oleh Jemaat Roma dari
filsafat kafir berabad-abad selepas zaman Yesus and rasul-rasul. Walau bagaimanapun, terdapat perselisihan
tentang bilangan dan sifat kebangkitan-kebangkitan ini, dengan siapa yang
mengambil bahagian dan bagaimana serta apa hasil akhirnya Karya ini memperkenalkan ajaran mengenai dua
kebangkitan untuk manusia. Yang pertama ialah bagi mereka yang dipanggil and
dipilih sebelum kejadian ini, diikuti serta merta oleh firdaus Milenium, dan
kebangkitan kedua pada penghujung seribu tahun. Pemerhatian yang teliti akan dibuat kepada ajaran Herbert
Armstrong mengenai kebangkitan yang ketiga.
Arianisme dan Semi-Arianisme (No.167)
Terdapat kecenderungan di kalangan golongan
Trinitarian, sebahagian besar melalui kedunguan mereka berdasarkan propaganda
ortodoks, untuk mengeirukan fahaman Unitarianisme dan Arianisme sebagai satu
pandangan teologi yang sama. Tujuan karya tulis ini adalah untuk melukiskan
semudah yang mungkin perbezaan di antara pegangan Unitarian dan Arian dan juga
menggambarkan apa yang di lihat sebagai pegangan semi-Arian.
Pilatus Berkata kepada Kristus, ‘Apakah Kebenaran?’ Dalam karya
tulis ini kita akan memberi perhatian dengan meneliti apakah kebenaran di dalam perhubungan kepada
Roh Kudus. Apakah Jemaat akan dapat apabila ia menerima Roh Kudus?
Bilangan 20:1-13 adalah berkenaan dengan
aktiviti-aktiviti Musa dan Harun di padang belantara, komentar yang dibuat oleh
Yesus Kristus sebagai Malaikat Penjaga serta interaksi mereka bersama.
Peran Perintah Allah Ke Empat (No.170)
Adalah layak untuk diasumsikan oleh
gereja-gereja yang memelihara tradisi hari Sabat pada dua abad terakhir bahwa
tema utama dan ciri pengenal dari Kekristenan adalah hari Sabat dan bahwa
gereja-gereja di sepanjang sejarah mengalami aniaya karena ketaatan mereka pada
tradisi Sabat. Pendapat ini pada sisi terbaiknya hanyalah separuh benar dan
pada sisi terburuknya berarti menyembunyikan aspek-aspek mendasar yang sejati
dari iman yang menyebabkan Gereja Tuhan mengalami aniaya dan aspek-aspek
lainnya yang membentuk ciri-ciri dari umat pilihan. Karya tulis ini menunjukkan
bahwa pada kenyataannya terdapat serangkaian tanda-tanda yang menjadi ciri dari
umat pilihan dan yang digunakan untuk mengucilkan mereka dan untuk memisahkan
mereka dari masyarakat di sepanjang masa penganiayaan yang umum disebut masa
"Inquisitions" (semacam dewan yang dibentuk oleh gereja Roma pada
abad 15 dan 16).
Jemaat mempunyai satu komisi (Matlamat)
yang diberikan oleh Yesus Kristus, di dalam Matius 28:18-20. satu fenomena
terbaru yang telah bangkit di dalam Jemaat-jemaat Allah yang memelihara-Sabat
adalah bahawa sejumlah ramai orang, bukan di bawah penganiayaan tetapi
merasa kecewa dengan peristiwa-peristiwa yang terjadi di dalam jemaat-jemaat
yang sudah tersusun meninggalkan komisi Kristus ini dan pergi ke dalam
rumah-rumah jemaat dan tidak mengambil bahagian di dalam tugas meluaskan injil
ini kepada seluruh bangsa. Ini adalah satu kelalaian dalam tugas seperti yang
telah ditentukan oleh Kristus dan merupakan dosa yang sama yang telah dikutuk
oleh Kristus sebagai menguburkan talenta kita.
Kebanyakan orang mengetahui istilah lahir kembali dalam pengertian seorang
Kristian. Namun ramai yang tidak memahami erti dan proses yang terlibat dalam
istilah ini. Kristus telah menyampaikan
pengajaran mengenai persoalaan ini seperti yang dicatat oleh Yohanes dalam buku
Yohanes 3:1-21. Tulisan ini meneliti
penjelasan Alkitab dan juga menyingkap pelbagai penggunaan istilah tersebut
oleh kebanyakan kumpulan Kristian yang lain.
Perhitungan Omer Ke Pentakosta (No.173)
Dalam abad kedua puluh Jemaat-jemaat Tuhan
telah tersilap dalam penentuan waktu mereka bagi Pentakosta dari implementasi
salah Kalendar Hillel dan melalui orang-orang yang ingin meniru Judaisme dalam
Jemaat-jemaat Tuhan. Teks ini menjelaskan kesilapan-kesilapan itu dan proses
yang diikuti pada asalnya. Ia menggantikan karangan Pentakosta:
Membandingkan Imamat 23:11-22 di dalam Septuagint (No. 173).
Panduan
Tuhan bagi kerajaan juga merupakan konsep alkitab yang paling disalahgunakan.
Ianya ditetapkan manusia dalam lingkungan konsep-konsep yang kononnya berasal
dari Kitab Suci tetapi umumnya berdasarkan prinsip-prinsip sistem-sistem bangsa
lain dalam dunia ini. Kebanyakan dari Kekristianan hari ini tidak faham bahawa
terdapat pelbagai anak-anak Tuhan dan bahawa Iblis merupakan seorang anak Tuhan
di kalangan mereka di dalam Sidang tersebut. Pertikaian mengenai struktur
kerajaan adalah masalah asalnya di dalam Bani syurgawi itu dan merupakan sebab
kepada pemberontakan yang membabitkan Iblis dan sepertiga dari angkatan
syurgawi itu. Struktur kerajaan Tuhan dikaji di dalam karya ini.
Tishri Berhubungan Dengan Ekuinoks (No.175)
Sesetengah pendeta pembangkang dalam
Jemaat-jemaat Tuhan telah cuba untuk membenarkan penangguhan-penangguhan di
bawah Kalendar Hillel dengan menggunakan salah tafsir Kitab Suci. Salah satu
penjelasan palsu sebegini bersandar pada premis bahawa penentuan Molad atau
satu haribulan Tishri di bawah sistem Hillel ada hubungan dengan atau
bergantung pada kedudukan ekuinoks bulan September. Dalam pembelaan sistem
penangguhan dan ketidaktentuan yang berlaku contohnya pada 1997, beberapa
penjelasan luar biasa telah dikemukakan. Seorang individu telah mengambil
Keluaran 34:22 sebagai teks bukti bahawa perayaan bulan tujuh harus berlangsung
pada atau sesudah ekuinoks September. Karangan ini menganalisa dakwaan
tersebut.
Penghakiman Pra-Advent (No.176)
Dr Samuele Bacchiocchi dari Andrews
University baru saja membuat penyelidikan dalam Hari-hari Raya dan mendapat
kesimpulan bahawa hari-hari ini harus dipelihara. Ini sememangnya telah
sentiasa menjadi masalah bagi jemaat Seventh Day Adventist (jemaat Masehi
Advent Ketujuh) kerana simbolisme Pendamaian dan penghakiman umat pilihan telah
bersandar pada satu premis Ellen G White yang cacat. Sam Bacchiocchi telah
berhadapan dengan masalah bagaimana untuk mengerti Hari-hari Raya ini dalam
pandangan kosmologi SDA. Ini sangat sukar kerana sebab-sebab yang dituliskan
dalam karya ini. Judaisme mempunyai masalah serupa kerana ia tidak memahami
kedatangan-kedatangan Mesianik itu serta pembentukan jemaat. Dengan itu,
pengertian mereka tentang urutan penghakiman juga cacat. Ianya jelas bahawa Sam
Bacchiocchi kini berhadapan dengan masalah berkenaan penghakiman pra-advent (pra-kedatangan).
Karya ini menganalisa doktrin itu.
Di sini adalah sebuah Mazmur indah yang
bertajuk “Nyanyian Kasih”. Ia merupakan gambaran bernubuatan tentang Yesus
Kristus sebagai pengantin lelaki diraja dan jemaatnya sebagai pengantin
perempuan diraja. Mazmur ini juga menggambarkan hubungan Yesus Kristus dan
Allah Bapa. Bapa bukan saja telah mentahbiskan Yesus Kristus kepada kedudukan
istimewa, iaitu untuk menjadi pengantin lelaki diraja kepada umatNya, tetapi
juga sebagai elohim dari kekuasaanNya.
Mazmur ini pendek tetapi sangat penting.
Teks ini adalah salah satu daripada 134 teks yang telah diubah oleh Sopherim di
mana Yahoweh atau Jehovah telah diubah kepada Adonai. Ia bermula dengan
identifikasi bahawa ia adalah Mazmur Daud. Oleh itu, ayat ini bukan merujuk
kepada Daud tetapi kepada Tuan (Tuhan) Daud. Dengan itu, yang dimaksudkan
adalah Mesias. Dia disebutkan sebagai Jehovah (Yehovah) dalam Mazmur 110:5 dan
ini telah ditukar kepada Adonai seperti yang akan kita lihat.
Nyanyian Musa Dalam Keluaran 15 (No.179)
Komentar ini adalah tentang yang pertama
dari dua nyanyian Musa dalam Pentateuch (Lima Kitab Pertama). Ia mengisahkan
penyelamatan Israel.
Buku Wahyu memberitahu tentang masa Kota
Allah akan didirikan. Tulisan ini
membincangkan mengenai Yerusalem baru, simbol-simbolnya serta kepentingannya.
Kitab Wahyu meramalkan manusia menentang
Kristus pada kedatangannya sebagai Raja Segala Raja. Kenapa mereka akan berbuat
begitu? Abad ini telah menyaksikan perkembangan cerita-cerita sains fiksyen
yang semakin meningkat berpusat pada serangan Bumi oleh makhluk-makhluk asing
di mana penduduk bumi berperang dengan berani dan akhirnya menang terhadap
rintangan yang besar sekali. Karya ini membincangkan filem/buku Starwars
sebagai faktor-faktor dalam membiasakan orang ramai untuk mengambil pendirian
begini terhadap Juruselamat mereka. Perbincangan atas tema-tema filem zaman
akhir dimasukkan.
Bilakah Bahasa Lidah Berhenti? (No. 182)
Pada hari pertama Pentakosta dalam Jemaat
Perjanjian Baru, para rasul bercakap dalam ‘bahasa lidah’. Karya tulis ini
ditulis oleh penyunting dari The Bible
Advocate membincangkan apa yang dimaksudkan dengan ‘bahasa lidah’ dan
selama bila gejala ini berlaku. Nasihat bagaimana untuk menguji ‘bercakap dalam
bahasa lidah’ yang asli dimasukkan.
Vegetarianisme dan Alkitab(No. 183)
Banyak agama dunia ini yang menyarankan vegetarianisme sebagai satu cara
pertumbuhan keagamaan. Ada yang menganggapnya sebagai suatu upacara pentahiran.
Orang lain pula melihatnya, atas dasar-dasar etika, sebagai zalim terhadap binatang-binatang.
Karya ini menjejaki perkembangan vegetarianisme keagamaan dari zaman-zaman
purba hinggalah Kekristianan hari ini. Berpantang dari wain (anggur) juga
dibincangkan. Ini berkait dengan karya Wain
di dalam Alkitab [188].
Beberapa kumpulan mengikut kalendar
rabbinikal serta tarikh-tarikhnya untuk Hari-hari Suci Tahunan Alkitab kerana
Herbert Armstrong telah memutuskan bahawa orang Yahudi adalah satu-satunya pihak
yang berkuasa menentukan tarikh-tarikh ini. Keputusan ini adalah akibat
ketidakmampuannya untuk menemui sebarang dasar bagi kalendar di dalam Alkitab
dan juga dari pernyataan Paulus di dalam Roma mengenai orang-orang Yahudi
sebagai penjaga “firman Tuhan”, yang dianggapnya turut meliputi kalendar. Karya
ini mengkaji “firman Tuhan” ini.
Socinianisme, Arianisme dan Unitarianisme (No. 185)
Istilah Socinianisme
telah digunakan tanpa diskriminasi bagi sejumlah besar doktrin
anti-trinitarian. Ketuhanan adalah isu utama Socinianisme. Dari kedua-dua
pandangan Katolik dan Unitarian, mereka berpendapat betul bahawa Tuhan secara
mutlaknya adalah ringkas. Mereka menyimpulkan bahawa perbezaan peribadi-peribadi
adalah membinasa bagi keringkasan tersebut. Dari logiknya, mereka menyangkal
Trinitas sebagai sesuatu yang teguh dari segi logik. Perbezaan antara
Trinitarianisme dan Unitarianisme adalah bahawa penghormatan terhadap Kristus
adalah berdasarkan hubungannya kepada Bapa dan adalah jenis penghormatan tahap
kedua – manakala, pihak Trinitarian berpendapat ia adalah kultus latria, di mana dia adalah Tuhan
sebenar, seperti mana Bapa adalah Tuhan.
Kekristianan dan Pengasuhan Anak (No. 186)
Walaupun pada masa sekarang terdapat banyak
teori-teori dan pendapat tentang pengasuhan anak, karya tulis ini akan meliputi
dasar pegangan alkitabiah tentang perhubungan keluarga dan pengasuhan anak.
Bagaimana Allah Menjadi Suatu Keluarga (No.187)
Di dalam kekosongan yang wujud sebelum
permulaan ruang dan waktu, terdapatlah yang Satu. Dia tidak diwujudkan – Dia
wujud dengan sendirinya dan, dengan itu, adalah abadi (Yohanes 5:26; 1Timotius
6:16). Dia wujud maka Dia adalah suatu makhluk (atau apa yang wujud).
Orang-orang Ibrani kuno memanggilnya sebagai Eloah dan orang-orang Kasdim
memanggilnya Elahh. Sabda ini telah turun kepada orang-orang Arab sebagai
Allah. Dia adalah singular dan bersendiri (lihat Ulangan 32:15, 17; Ayub (45
rujukan); Ezra 4:24 hingga 7:26; Daniel 3:35; Amsal 30:4-5). Dia Adalah (He
Was). Karya ini meneliti makhluk perlanjutan yang Allah sedang ciptakan.
Wain di dalam Alkitab (No. 188)
Sebagai
akibat kebuluran di negeri Mesir, saudara-saudara Yusuf telah datang ke
hadapannya untuk pertama kalinya dalam masa tiga belas tahun untuk meminta
makanan. Walaupun dia mengenali saudara-saudaranya itu, Yusuf tidak
memperkenalkan dirinya kepada mereka pada mulanya. Namun begitu, Yusuf akhirnya
bersatu semula dengan saudara-saudaranya serta bapanya.
Kita Tidak Diselamatkan Oleh Perbuatan Baik (No. 189)
Kata-kata rumusan, Kamu tidak
diselamatkan oleh pemeliharaan Sabat, walaupun benar, telah digunakan
begitu kerap sekali hingga menjadi sesuatu yang menjengkelkan, dan
penggunaannya yang terkini lebih menyesatkan daripada membantu. Salah satu penggunaan
ayat ini adalah untuk menekankan bahawa kita perlu memusatkan pada penyelamatan
jiwa dan bukan pada perbezaan-perbezaan kedoktrinan. Namun kesahihan poin ini dan pemusatan tersebut
bergantung pada para pendengar yang kita hadapi. Iman kita adalah dalam
pengharapan suatu sistem yang dilambangkan oleh Sabat sebagai tanda ketaatan
umat Tuhan. Tuan kita taat hingga mati, sebagai seorang dari kita, malah dia
telah mati pada salib.
Bersiap Untuk Paskah (No. 190)
Paskah merupakan
waktu paling penting dalam kalendar Jemaat. Persiapan untuk mengambil bahagian
dalam Paskah adalah satu masalah penting kepada setiap Kristian. Ramai yang
tidak bersedia untuk mengambil Paskah dengan betul pada tahun-tahun lalu dan
telah kerugian dalam kehidupan rohani mereka kerana kesilapan itu, atau
ketidaktentuan itu.
Yerobeam dan Kalendar Hillel (No. 191)
Karya ini mengisahkan raja Yerobeam iaitu
raja pertama kepada sepuluh suku Israel dan perampasan jabatan raja dari anak
Salomo kerana keberhalaan bapanya Salomo. Ia mengisahkan dosa-dosa Yerobeam
berhubung perayaan dan berhala. Ia mengisahkan Quarto-deciman dan kemudiannya
penentuan-penentuan Easter jemaat purba serta penentuan bulan Nisan di bawah
peraturan-peraturan purba. Ini diperiksa berbanding amalan-amalan awal Yehuda
yang membawa kepada pembentukan apa yang dikenali sebagai kalendar Hillel.
Hari Tuhan dan Zaman Akhir (No. 192)
Istilah-istilah Hari Tuhan dan Zaman Akhir
atau Kemudian Hari lazim dikelirukan dan disalahnyatakan dalam literatur
Kristian umum. Di sini kita mengkaji istilah-istilah ini dari segi penerapan
alkitabiah mereka dan melihat dari berbagai teks bahawa Hari Tuhan (Day of
the Lord) bukanlah senario Hari Tuhan (Lord’s Day) dari Kekristianan
pemelihara hari Minggu tetapi satu rangka waktu yang amat kuat dan penuh
bencana yang bermula dengan kedatangan Mesias dan merentangi sepanjang tempoh
waktu campur tangan ilahi dalam hal-ehwal umat manusia. Kita juga akan melihat
bahawa istilah Zaman Akhir atau Hari-hari Kemudian meliputi seluruh Zaman
Mesianik dan khususnya diliputi dalam nubuatan menuju ke arah tujuan dan
kesudahan yang pasti.
Pengenalan Kepada Ketuhanan (No. 193)
Ketuhanan (Godhead) telah sengaja
dikaburkan oleh Kekristianan tradisional. Bagaimanapun, dengan kajian Alkitab
yang teliti, kita boleh mendapat gambaran yang jelas. Karya ini menunjukkan
dengan seberapa jelas dan mudah yang boleh tentang apa yang Alkitab katakan
tentang Ketuhanan.
Selama bertahun-tahun jemaat-jemaat Tuhan
dalam pelbagai bentuknya dan lain-lain telah mengajar satu doktrin bahawa
jemaat akan dibawa ke satu tempat keselamatan ketika penganiayaan dan kesusahan
dunia sepanjang tempoh zaman akhir.
Berbagai kumpulan menemuinya di berbagai tempat. Pada satu ketika ia dikatakan
adalah Kanada. Pada satu ketika lain ia sepatutnya adalah Petra. Beberapa
kumpulan menemuinya pada tempat-tempat lain. Konsep ini mempunyai tarikan yang
amat kuat kepada orang-orang yang memandang dunia ini secara fizikal dan bukan
secara rohaniah. Tujuan karya ini adalah untuk menyelidik dasar alkitabiah
untuk doktrin sebegini dan memastikan tempat keselamatan yang sebenar untuk
umat Kristian yang taat.
Kalendar dan Bulan: Penangguhan atau Perayaan? (No. 195)
Karya Tulis
ini dibentuk, bersama dengan bantuan pengambilan kutipan-kutipan dari
sumber-sumber yang berwenang, dan Alkitab, untuk membolehkan pembaca melihat
dari Yudaik dan rujukan-rujukan lain mengenai ketidakpastian dan asal mulanya
sistem penangguhan mereka. Penangguhan itu sendiri tidak sepenuhnya berada
dalam kedudukan yang tetap sehingga abad yang kesebelas dari kemasukan para
pendukung kepada sistem penangguhan itu sendiri.
Tabut Perjanjian adalah ciri utama Tempat
Mahakudus dalam Khemah Suci dan Bait Tuhan. Ianya kaya dalam simbolisme rohani
dan mewakili kepusatan kodrat dan Pemerintahan Tuhan. Ia merupakan gambaran
fizikal bagi suatu entiti rohani. Ia terpaksa memberi jalan kepada struktur
yang lebih besar dan dikeluarkan dan disembunyikan, kononnya, oleh nabi
Yeremia. Di sini kita mengkaji pembinaannya, simbolisme dan nubuatan-nubuatan
berkenaan tempat letaknya dan pemulihannya.
Asal Pemakaian Anting-anting dan Barang Perhiasan Pada Zaman Dahulukala (No. 197)
Karya ini menjejaki asal anting-anting dan
pakaian lain dalam Israel purba dan tamadun berkaitan. Banyak tradisi yang
dikaitkan dengan penggunaan bahan kecantikan (kosmetik) dan perhiasan umumnya
yang menolak penggunaan sah dalam Kekristianan atau menemui dasar bukan
alkitabiah di dalamnya. Sesetengah perkataan yang digunakan berhubung
anting-anting dalam Alkitab melibatkan salahterjemah dalam bahasa Inggeris dan
menyampaikan makna yang salah.
Tuhan Juruselamat Kita (No. 198)
Identiti Juruselamat sering membingungkan
di kalangan umat Kristian. Alkitab nampaknya mengenal pasti kedua-dua Tuhan dan
Kristus sebagai Juruselamat. Adakah ini bermakna mereka sama, seperti yang
diajarkan umat Trinitarian? Apakah penerangan sebenarnya?
Domba yang Hilang dan Anak yang Hilang (No. 199)
Perumpamaan dalam Lukas 15 mempunyai maksud
yang mendalam yang tidak begitu dihargai. Ramai orang yang mengaplikasikan
perumpamaan tentang anak yang hilang ini dengan orang berdosa yang tidak patuh
tetapi kebanyakannya tidak memahami unsur yang kuat serta perlambangan dari
perumpamaan ini. Ramai juga yang tidak memahami bahawa ia adalah bertalian dan
merupakan perumpamaan utama, yang mana ia sendiri adalah kunci, yang boleh
ditemui hanya dalam Lukas.
Kasih dan Struktur Hukum (No. 200)
Makalah ini membahas secara khusus
penjelasan dikeluarkannya hukum dari sudut karakter Allah. Makalah ini membahas
mengenai struktur hukum dalam dua perintah utama dan sepuluh hukum yang
disimpulkan menjadi dua perintah. Kasih kepada Allah dan kasih kepada sesama
menjadi dasar dari semua hukum-hukum turunan yang lain yang dihasilkan dari
kedua perintah utama dan kesepuluh perintah Allah pertama, dan dengan demikian,
pada kedua perintah utama bergantunglah semua hukum Taurat dan kitab para nabi.
Dunia hari ini menghakimi menurut bilangan
orang dan batalion dan Tuhan dikecualikan dalam perlawanan. Teks ini
menunjukkan pemikiran dasar di sebalik penggunaan pasukan tentera dalam
pertempuran. Pesanan di sini adalah untuk jemaat hari ini.
Doktrin pengikut-pengikut Nikolaus dicela
dalam Wahyu 2:6 dalam pesanan kepada Jemaat Efesus yang tidak mempunyai ajaran
tersebut dan membencinya. Jemaat Pergamus telah dikecam kerana ada antara
anggota jemaat ini yang berpegang kepada ajaran Bileam dan doktrin pengikut
Nikolaus (Nicolaitan, Nicolaitanes) yang dibenci Kristus (Wahyu
2:14-15). Siapakah mereka dan apakah ajaran mereka? Adakah Kekristianan moden
memahami kesan-kesan rumit daripada pengecaman Kristus ini?
Permulaan Bulan dan Hari (No. 203)
Pemahaman
mengenai masa permulaan Bulan dan Hari adalah penting untuk pemeliharaan Sabat
mingguan dengan betul, serta Bulan-bulan baru dan Hari Suci tahunan Allah. Dua
puluh empat jam dalam sehari bermula pada penghujung petang senjakala nautika
(EENT) ketika gelap. Tulisan ini ditulis untuk melengkapi tulisan Kalendar Allah [156] dan seharusnya
dibaca sejajar dengan tulisan tersebut.
Doktrin dan Nubuatan Bileam (No. 204)
Doktrin Bileam lazim dikaitkan dengan
doktrin-doktrin pengikut Nikolaus dan kedua-duanya dikecam oleh Kristus.
Perkaitan ini dibuat daripada teks Wahyu Yunani yang boleh ditafsir untuk
membuat pertalian itu. Justeru doktrin-doktrin itu dianggap beriringan.
Doktrin-doktrin ini memang wujud bersama hingga ke takat tertentu namun
keduanya sebenarnya doktrin berlainan yang akan kita lihat nanti. Di sini kita
mengkaji bagaimana bagaimana doktrin-doktrin ini diperolehi dan bagaimana
doktrin ini wujud bersama dengan doktrin-doktrin kumpulan Nikolaus.
Teks Kolose 2:16-17 ialah teks penting
dalam menentukan sikap terhadap hari Sabat, Bulan Baru dan Hari Raya. Teks ini
lazim disalahgunakan dalam cubaan untuk membuktikan bahawa Jemaat telah
mengubah atau menghapuskan Hari-hari Raya Tuhan. Karya ini mengkaji latar
belakang teks ini dan meninjau beberapa aspek penting Jemaat serta
masalah-masalahnya pada waktu itu. Penulis ialah seorang pendeta United
Church of God (Jemaat Tuhan Bersatu) di AS. Karya ini disalin semula di
sini, dengan izinnya, sebab nilainya kepada persoalan ini. Ejaan AS dikekalkan.
Karya ini mempunyai suatu siri nota akhir yang mengenal pasti aspek-aspek karya
ini yang memerlukan pengembangan atau mengaitkannya dengan karya-karya lain
yang memberi penjelasan lebih lengkap tentang masalah atau persoalan yang
disebutkan.
Komentar Terhadap Pernyataan Doktrinal UCG pada Kalendar (No. 206)
Komentar ini dibuat kerana permintaan yang
banyak untuk analisis terhadap karya tulis yang dihantar ke jemaat ini. Karya
tulis ini mempunyai kekurangan yang serius yang akan menjadi jelas dari
komentar ini.
Ini adalah kisah tentang seorang lelaki
yang telah diberikan harta dan tidak melihat akibat dari cara dia menangani
harta yang dipercayakan kepadanya di luar peraturan yang diberikan bagi
penjagaan harta tersebut oleh pemiliknya.
Fundamentalisme Kristian Moden: Pertentangan didalam Istilah-istilah (No. 208)
Kebanyakan Kristian-kristian moden
menganggap bahawa agama yang mereka ikuti berasal daripada rasul-rasul dan
telah diajar oleh Yesus Kristus. Tetapi dunia ini berada didalam keadaan
huru-hara dan Kekristianan telah menyebabkannya dan sedang menyebabkan
kebanyakan kesusahan dan penghancuran. Pemimpin-pemimpin Kristian
kelihatan sebagai sebahagian daripada masalah tersebut. Apakah kedudukan
dan penyelesaian sebenar kepada masalah ini?
Sering terdapat konflik dalam apa yang
dilihat sebagai satu pendekatan yang waras dan lojik menurut tulisan Kitab dan
yang diikuti oleh manusia, dengan apa yang digambarkan Alkitab sebagai semangat
tetapi tidak menurut kepada pengetahuan. Pendekatan seperti ini digambarkan
sebagai tidak seimbang. Malah ada beberapa orang yang cuba menggambarkannya
sebagai tidak menurut fikiran yang sihat. Karya tulis ini cuba untuk memberikan
beberapa panduan dalam subjek keseimbangan.
Kepentingan Istilah Anak Allah (No. 211)
Karya ini memberikan penerangan mengenai istilah
atau gelaran Anak Allah sepertimana ianya digunakan di dalam Alkitab dan juga
sepertimana ianya difahami oleh orang-orang Yahudi serta jemaat awal.
Keturunan Sem: Bahagian I (No. 212A)
Hak kelahiran telah diwariskan kepada Sem,
anak bongsu Nuh, sebagai imam Tuhan dalam mazhab Melkisedek. Keturunan Sem
mengangkat keimamatan hingga Abraham dan terus ke dalam baris keturunan
Abraham. Sem memperanakkan sebilangan anak-anak dan daripada mereka muncul
beberapa bangsa penting dunia. Keturunan Sem bercampur gaul dengan keturunan
Hem dan Yafet dan janji-janji Tuhan kepada dunia akan dipenuhi dalam
percampuran bangsa-bangsa itu.
Keturunan Abraham Bahagian II: Lot, Moab, Amon dan Esau [212B]
Segala berkat
yang dianugerahkan pada Abraham juga dihulurkan kepada keturunan Lot dan
keturunan Ishak. Mereka akan disatukan di bawah Mesias untuk sistem milenium.
Keturunan Abraham Bahagian III: Ismael (No. 212C)
Abram dan Lot ialah satu suku, namun
setakat ini Abram tidak mempunyai anaknya sendiri. Mereka memutuskan untuk
tidak lagi menunggu Sarai melahirkan anak jadi Hagar, hamba perempuannya, diserahkan
kepada Abraham dan dia memperolehi Ismael melalui Hagar.
Bulan dan Tahun Baru (No. 213)
Tuhan menyuruh kita untuk menghitung Tahun
Baru dari Abib (atau Nisan) yang menjadi permulaan bagi bulan-bulanan. Judaisme
mengadakan Tahun Baru pada bulan Tishri. Tidak mungkin untuk kedua-dua Judaisme
dan Alkitab betul. Apakah Tahun Baru itu? Adakah ia satu perayaan berupacara
Tuhan? Pandangan Alkitab tentang hari penting ini telah sengaja ditutup oleh Judaisme
rabbinikal terkemudian untuk membenarkan tradisi-tradisi mereka melebihi
Alkitab dan perintah-perintah Tuhan. Tuhan telah memilih untuk menyatakan
diriNya dalam simbolisme Bulan Baru ini yang memulakan Tahun Baru serta
menunjukkan kepada kita dari simbolisme itu hubunganNya dengan Jemaat melalui
Mesias.
Azazel dan Pendamaian (No. 214)
Maksud
penting kambing-kambing pada Pendamaian sering dikelirukan dan gelaran Azazel
lazim disalahbina atau disalahgunakan. Terdapat suatu tafsiran tentang
simbolisme itu yang sudah lama wujud yang berpunca dari Israel kuno dan ditemui
tersirat di dalam teks-teks pelbagai zaman. Simbolisme tersebut dibincangkan di
sini di dalam taipologi Mesianik dan akhir zamannya.
Mesiah dan Lembu Betina Merah (No. 216)
Fahaman
Judaisma modern telah mula membicarakan mengenai Lembu Betina Merah dan telah menyemai baka keatas seekor binatang
secara tidak asli dengan menggunakan embrio yang menghasilkan lembu betina
merah. Tindakan ini kemudiannya dianggap sebagai satu mukjizat, yang mana,
ianya sendiri dipercayai sebagai pengerahan pembinaan semula Kaabah. Apakah
makna Lembu Betina Merah dan bagaimana ia berhubungan dengan Mesiah serta
pengorbanannya? Jawapannya mengejutkan.
Golgotha: Tempat Tengkorak (No. 217)
Lokasi tempat penyaliban adalah kisah yang
penting dalam erti kata tersendiri.
Dimana dan apakah kepentingan kejadian yang telah terjadi disana? Apakah makna tempat-tempat tersebut?
Pemanasan Global dan Nubuatan Alkatib (No. 218)
Orang ramai berbicara mengenai Pemanasan
Dunia atau Global Warming seolah-olah ia suatu peristiwa yang masih jauh
di hadapan lagi. Ramai yang berpendapat bahawa hanya selepas 100 tahun berlalu
barulah paras laut akan naik sebanyak 60 sentimeter (2 kaki). Alkitab banyak
menyebut mengenai keadaan cuaca pada hari-hari terakhir. Apakah katanya
mengenai Pemanasan Dunia? Adakah ia masih jauh lagi dan apakah yang perlu kita
buat untuk menghadapinya? Apakah yang boleh kita lakukan mengenainya?
30 Tahun Terakhir - Pergelutan Penghabisan (No. 219)
Pemahaman tentang peristiwa-peristiwa yang
akan berlangsung mendahului kedatangan Mesias merupakan sesuatu yang paling
disalahgunakan dan berkontroversi sekali di dalam sejarah. Masalahnya terletak
pada kegagalan di dalam meneliti setiap aspek nubuatan. Kebanyakan idea yang
telah dibentuk hanya telah berasaskan teologi yang tidak lengkap dan tidak
mengambil kira kata-kata sebenar banyak teks yang relevan. Di dalam karya ini
kita akan membentangkan teks-teks serta urutan aktiviti-aktiviti tersebut
sepertimana yang Alkitab katakan akan terjadi. Dengan cara ini, kita akan lihat
bahawa terdapat suatu jangkamasa yang boleh dikenalpasti dengan beberapa syarat
yang harus dipenuhi. Peristiwa-peristiwa yang telah dinubuatkan akan berlaku
sehingga pada tahap tahun 2001 telah dikemaskinikan dan diterangkan di sini
dengan nota-nota editor sambil terus mengekalkan karya asal.
Etimologi Nama Allah (No. 220)
Ramai orang kelihatan menimbulkan isu
pengenai sebutan atau penggunaan nama Allah
dan juga nama Yesus. Asal nama Allah dan nama-nama yang digunakan kepada makluk-makluk dalam
Perjanjian Lama dan kepada Mesiah dalam Perjanjian Baru telah diteliti bagi
asas dan maksud nama-nama tersebut dalam bahasa, kedua-dua bahasa Yahudi dan
Yunani dan juga Inggeris.
Satu daripada dosa yang biasa dilakukan
dalam jemaat pada kurun yang kedua puluh adalah dosa memandang buluh. Ramai
orang yag tidak memahami dan ramai yang tidak mengetahui bahawa ini adalah satu
dosa. Apa yang dikatakan dalam Alkitab mengenainya dan bagaimana kita
mengetahui sama ada kita ini memandang buluh.
Kebanyakan
orang mengetahui simbol anak lembu emas yang dibuat oleh Harun untuk
orang-orang Israel sewaktu Musa berada di puncak gunung. Bagaimanapun,
kebanyakan mereka tidak memahami maksud anak lembu itu atau hubungannya dengan
Israel dan kepentingan anak lembu itu terhadap struktur keagamaan di Timur
Tengah. Anak lembu itu bukan hanya sebuah patung berhala yang biasa. Ianya satu
simbol kepada sistem penyembahan yang telah merembet masuk ke dalam Israel
serta memusnahkan sistem keagamaan di Yudea.
Lucifer: Pemegang Terang dan Bintang Fajar (No. 223)
Istilah Lucifer dikaitkan dengan Setan sebagai nama. Istilah ini telah diubah-ubah
dan memberikan pengertian yang negatif. Demikina juga, istilah Bintang Fajar telah dikaitkan dengan
Kristus dalam bentuk yang diubah-ubah. Apabila Alkitab merujuk Setan sebagai
Bintang Pagi atau Bintang Fajar dan merujuk Kristus sebagai Pemegang terang,
yang mana memberi pengertian Lucifer,
orang mengaplikasikan nama-nama yang diubah-ubah ini dan membuat kesimpulan
yang salah. Malah ada beberapa orang yang terkeliru dengan Kristus dan Setan.
Yesaya 9:6 lazim digunakan untuk menyokong
teologi Trinitarian atau Binitarian/Diteis. Karya ini mengkaji penggunaan dan
pengertiannya dalam pelbagai terjemahan purba dan moden.
Pengenalan Kepada Kekristianan (No. 225)
Kristus seorang Yahudi. Dia memelihara
Hukum Tuhan dan mentaati Tuhan dalam setiap hal. Dia tanpa dosa dan dosa ialah
pelanggaran Hukum. Dia memelihara Sabat-sabat Alkitab menurut Kalendar yang
digunakan pada zaman Kristus dalam Bait di Yerusalem dan di kalangan orang
Samaria.
Pilihan Tuhan
(iaitu MesiasNya atau Kristus) mempunyai suatu kewujudan rohani pra-penjelmaan,
suatu kedatangan pertama sebagai Anak Domba Tuhan untuk menangani dosa, dan
suatu kedatangan kedua yang akan tiba untuk menyelamatkan mereka yang menunggu
ketibaannya sebagai imam dan raja. Peranan-peranan yang berlainan itu semuanya
sebahagian daripada rencana Tuhan Sebenar yang Tunggal. Selama ini terdapat
usaha berterusan oleh Judaisme, Islam dan agama Kristian umum untuk menyamarkan
pelbagai urutan kedudukannya di dalam rencana Yang Mahatinggi.
Hari Raya Tuhan dan Hubungannya dengan Penciptaan (No. 227)
Penyampaian ini memperhatikan semua Hari
Raya Tuhan yang Ditetapkan dan Hari Sabat dan Hari Bulan Baru, serta
hubungannya, jika ada, dengan ‘minggu penciptaan’ dalam kitab Kejadian. Karya
ini juga mengkaji antara hubungan perayaan-perayaan itu dan waktu-waktu
persiapannya.
Lazarus dan Orang Kaya (No. 228)
Perumpamaan Lazarus dan Orang Kaya telah
dipergunakan Kekristianan tradisional untuk beberapa tujuan yang tidak betul.
Ia telah digunakan untuk menyokong doktrin-doktrin Jiwa [Abadi] dan juga untuk
menyokong doktrin-doktrin Syurga dan Neraka sebagai tempat kediaman orang mati.
Apakah erti perumpamaan ini? Kepada siapakah ia ditujukan?
Permulaan Ciptaan Allah sebagai Alfa dan Omega (No. 229)
Perdebatan dalam Kekristianan moden
mengenai Kristus mempunyai keasalannya dari falsafah Yunani dan praktik
keagamaan kuno yang bertentangan di dalam Alkitab. Beberapa daripada teks-teks
alkitabiah dalam bahasa Inggeris telah disalahterjemahkan untuk menyembunyikan
tujuan dan struktur aplikasi tema itu kerana mereka bertentangan dengan teologi
golongan Trinitarian. Aplikasi tema Permulaan, Alfa dan Omega, yang pertama dan
terakhir, permulaan dan akhir, diterangkan dengan mengambil kira beberapa teks.
Penggunaan Istilah Hypostasis (No. 230)
Hipostasis (hypostasis) ialah suatu
istilah yang menjadi asas kepada Trinitarianisme. Tuhan dipercayai dalam bentuk
tiga hypostases dalam satu ousia. Istilah-istilah ini ialah
istilah-istilah falsafah Yunani. Semuanya digunakan dalam Perjanjian Baru dan
Septuagint (LXX). Apakah ertinya?
Risalat Mill Yard Lama (No. 231)
Kami mengucapkan terima kasih kepada Thomas
McElwain kerana menyediakan risalat yang dilampirkan untuk kami, iaitu suatu
dokumen Inggeris awal milik Jemaat Sabat. Ia membuktikan tanpa dipertikaikan
lagi bahawa doktrin-doktrin asal Jemaat Baptist Hari Ketujuh Mill Yard tentang
Ketuhanan adalah Unitarian sebagaimana yang diakui ahli-ahli teologi Mill Yard
sendiri dan bersesuaian dengan doktrin-doktrin Jemaat-jemaat Allah Al Maseh.
Perawan Maryam dan Keluarga Yesus Kristus (No. 232)
Bertentangan dengan kepercayaan populer,
ibu dari Yesus Kristus tidaklah bernama Maria. Ia tidak tetap menjadi perawan
dan melahirkan bagi suaminya banyak anak yang kemudian memainkan peranan
penting di dalam pengembangan gereja mula-mula. Yesus Kristus sendiri mempunyai
saudara sekandung lainnya, yang bersama saudara laki-laki dan keponakannya,
juga memainkan peranan penting dalam gereja mula-mula. Apa yang terjadi pada
mereka merupakan pengutukan yang mengejutkan bagi agama Kristen.
Karya ini mengkaji dalil yang dikemukakan
beberapa jemaat bahawa Herbert W Armstrong ialah Elia dan bahawa anak
lelakinya, Garner Ted Armstrong, atau kemudian penggantinya, Joseph W Tkach,
ialah taip Elisa.
Lembah Tulang-tulang Kering (No. 234)
Allah berbicara melalui nabi Yehezkiel
dalam bab 37 mengenai dengan Lembah Tulang-tulang yang Kering. Ini difahami
sebagai kebangkitan orang-orang yang sudah mati. Bagaimana pun, kebangkitan
yang mana satu dan bilakah ia akan berlaku, dan apakah maksudnya dalam
pertalian dengan Pemulihan Israel?
Asal-Usul Krismas dan Easter (No. 235)
Umat-umat
Kristian telah dibiasakan menerima bahawa Krismas dan Easter adalah sebahagian
daripada tradisi Kristian. Hakikatnya: Kedua-duanya bukan Kristian tetapi
sebaliknya berpunca daripada kultus-kultus misteri, Saturnalia, sistem
penyembahan dewi Ibu dan pemujaan dewa Matahari. Kedua-duanya bertentangan
secara langsung dengan hukum-hukum Tuhan dan sistemNya.
Artikel Tentang Krismas dan Easter (No. 236)
Karangan tentang asal usul Krismas dan
Easter ini telah diminta dituliskan selepas perbincangan dengan editor sebuah
suratkhabar Australia. Karya penyelidikan bertajuk Asal Usul Krismas dan
Easter telah ditulis sebagai karya dasar untuk artikel ini yang tidak
mengandungi isi kesarjanaan yang diperlukan dan terperinci, yang agak
membosankan untuk sesetengah pembaca.
Kristus dan Ketuhanan (No. 237)
Karya A E Knoch ini selesai beberapa waktu
dahulu dan merupakan sumbangan bererti kepada kajian teologi Ketuhanan (Godhead).
Ia membincangkan beberapa perincian alkitabiah yang mempertunjukkan sifat
Unitarian Tuhan. Hubungan Yesus Kristus kepada Tuhan dan struktur konsep
keilahian Mesias diletakkan dalam perspektif yang betul. Semua perspektif
teologi Knoch dikaji dalam karya Modern Unitarianism (Unitarianisme
Moden) yang akan diterbitkan.
Memanggil Umat Ke Yerusalem (No. 238)
Kewajipan-kewajipan
hak kelahiran pada masa-masa akhir Zebulun dan Isakhar mengandungi suatu
tugasan yang sangat penting bagi mereka. Pengenalan dua suku kaum ini juga
penting dalam pemahaman nubuatan ini.
Mengapa Perayaan Paskah Sangat Lewat pada 1997? (No. 239)
Artikel ini telah diterbitkan dalam Jewish Bible Quarterly, Jilid 25, No. 1,
1997 dan telah dicetak semula dengan kebenaran. Persatuan Alkitab Yahudi
mengekalkan alamat jaringan mereka di http://www.jewishbible.org.
Abracadabra: Maksud Nama-nama (No. 240)
Nama-nama selalunya digunakan sebagai
perkataan-perkataan kuasa. Dalam teologi, penggunaan umumnya adalah untuk
tujuan invokasi (pembacaan doa). Ianya digunakan untuk membolehkan orang yang
membacakan mantera mengawal dewa yang dipanggil dan memaksa yang dipanggil itu
untuk mengabulkan permintaan mereka. Penggunaan ini secara umumnya perhubungan
dengan ilmu gaib, nombor-nombor dan simbol-simbol Kabbalah, pelbagai bentuk
mistisisme, termasuk ahli sihir primitif dan fahaman shamanisma. Penggunaannya
pada masa sekarang masa masih berkait rapat dengan Agama Misteri awal dan
Masyarakat Rahsia.
Pengudusan Bait Suci Tuhan (No. 241)
Israel
diperintahkan untuk menguduskan Bait Suci sebelum Paskah. Terdapat suatu proses
pengudusan yang dilangsungkan menjelang Paskah. Dalam beberapa kes tertentu,
Paskah telah ditunda kerana pengudusan ini tidak dibuat dengan betul.
Kepentingan proses ini mempunyai implikasi-implikasi yang berat untuk agama
Kristian.
Ramai orang Kristian yang tidak
menghargai sepenuhnya kejadian yang berlaku sepanjang masa Hari Paskah, dan
penyesuaian waktu serta makna sebenar bagi kematian Mesiah sebagai Anak Domba
Allah.
Pra-Kewujudan Yesus Kristus (No. 243)
Unitarianisme
radikal menyangkal pra-kewujudan Yesus Kristus dalam bentuk bukan fizikal, dan
mendakwa bahawa kewujudannya bermula daripada kelahirannya melalui Mariam.
Binitarianisme cuba untuk menempatkan dua orang ke dalam Ketuhanan. Diteisme
pula menegaskan adanya dua allah sejak dari keabadian. Ada orang yang bertukar
daripada Binitarianisme kepada Diteisme tanpa memahami kedua-dua doktrin
mahupun asal-usulnya. Apakah pandangan Alkitab?
Kejadian 122, Judaisme, Islam dan Pengorbanan Ishak (No. 244)
Dalam artikel ini kita akan meneliti hujah
tentang pengorbanan Ishak sepertimana ianya disampaikan oleh Rabbi (Guru agama)
E. Ben-Yehuda dan juga memeriksanya dalam konteks Alkitab dan Qur’an.
Pemulihan dibawah raja Yosia mempunyai
beberapa maksud yang penting kepada pemahaman kita sebagai orang Kristian pada
hari ini.
Doktrin Mengenai Dosa Asal Bagian I (No. 246)
Makalah ini memberi perhatian pada
pertanyaan tentang taman eden, jatuhnya Adam dan Hawa dan doktrin mengenai dosa
asal.
Lagu Pujian dalam Kebaktian Kristian (No. 247)
Karya ini adalah komentar terhadap Kata
Pengantar kepada karya Joseph Stennett, Hymns
for the Lord’s Supper. Ia meneliti sejarah penggunaan lagu pujian dalam
Jemaat-jemaat orang berbahasa Inggeris yang memelihara Sabat dan dasar
alkitabiah tentang menyanyi lagu pujian bukan sahaja dalam Perjamuan Kudus
tetapi juga dalam aplikasi umumnya. Ia menunjukkan penyusupan yang tersembunyi
dari sistem awal kebaktian orang yang memelihara Sabat dan teologi dari doktrin
yang salah.
Doktrin Dosa Asal Bahagian 2 Generasi-generasi Adam (No. 248)
Keturunan Adam
melalui Set dan Kain mempunyai kepentingannya terhadap rencana keselamatan,
yang tidak difahami dan diterangkan secara amnya. Dua struktur ini mempunyai
maksud yang jelas serta suatu cerita yang menerangkan rencana Allah dan
mengisytiharkannya sejak dari permulaan.
Cabaran Roma: Mengapa Protestan memelihara hari Minggu? (No. 249)
Ini adalah dokumen lama Adventist berkenaan
dengan satu siri artikel yang diterbitkan oleh Katolik Roma di Amerika Syarikat
pada 1893, yang menggambarkan pandangan mereka tentang kebaktian Sabat lwn
Kebaktian hari Minggu. Ini membuktikan bahawa tidak ada Protestan yang boleh
berbakti pada hari Minggu sebagai Sabat yang menurut hukum.
Pembacaan Hukum dengan Ezra dan Nehemia (No. 250)
Pemulihan di bawah Ezra dan Nehemia adalah
besar signifikannya. Cara ianya dilakukan dan waktu dalam mana ia dilakukan
merupakan pelaksanaan hukum alkitabiah dan sistem Jubli. Sistem ini adalah sama
pentingnya kepada kita hari ini.
Pentahiran dan Penyunatan (No. 251)
Hukum-hukum berkenaan Pentahiran perempuan
dan Penyunatan lelaki mempunyai kepentingannya kepada iman dan merupakan
sebahagian daripada Hukum Tuhan. Karya ini bertujuan untuk meneliti hubungan
kedua hal ini kepada agama Judaisme, Kristian dan Islam, dengan beberapa fakta
serta kesimpulan yang menarik.
Perintah Utama Yang Pertama (No. 252)
Hukum Tuhan terdiri dari dua Perintah
Tuhan. Kedua Perintah Utama ini membentuk dasar dari keseluruhan Hukum Tuhan
dan kesaksian para nabi termasuk Yesus Kristus yang tertulis di dalam apa yang
kita kenal sebagai Alkitab. Perintah Utama yang Pertama adalah Kasihilah Tuhan,
Allahmu, dengan segenap hatimu dan dengan segenap jiwamu dan dengan segenap
akal-budimu dan Perintah Utama yang Ke Dua adalah Kasihilah sesamamu manusia
seperti dirimu sendiri.
Hukum dan Perintah Tuhan Yang Pertama (No. 253)
Elemen pertama dari Perintah Utama yang
pertama adalah apa yang kita kenal sebagai Perintah Pertama dari Sepuluh
Perintah Allah. Hukum ini dikembangkan ke dalam tubuh peraturan secara
keseluruhan yang akhirnya membentuk Hukum Tuhan.
Hukum dan Perintah Tuhan yang Ke Dua (No. 254)
Ada tertulis: Jangan membuat bagimu patung
yang menyerupai apapun yang ada di langit di atas, atau yang ada di bumi di
bawah, atau yang ada di dalam air di bawah bumi. Makalah ini membahas mengenai
Perintah Tuhan yang Ke Dua di dalam Perjanjian Lama dan Perjanjian Baru,
ketentuan di dalamnya, tatanan sosialnya dan kejahatan serta hukuman yang
berlaku bagi semua orang.
Law and the Third Commandment (No. 255)
Ada tertulis: Jangan menyebut nama TUHAN,
Allahmu, dengan sembarangan, sebab TUHAN akan memandang bersalah orang yang
menyebut nama-Nya dengan sembarangan. Perintah yang Ke Tiga mencakup
keseluruhan konsep kuasa dan otoritas Allah di dalam sistem Tatanan HukumNya. Perintah
ini tidak hanya menyangkut penyebutan namaNya dalam perkataan yang sia-sia
tetapi juga berkaitan dengan keseluruhan tatanan hukum sipil dan keagamaan dan
penanggalan yang ditetapkan sesuai fungsinya dalam tatanan tersebut. Melakukan
sesuatu untuk Allah di bawah sistem yang berbeda juga merupakan pelanggaran
terhadap perintah ini.
Hukum dan Perintah Allah yang Ke Empat (No. 256)
Perintah Allah yang Ke Empat mencakup Sabat
atau perhentian. Ini mencakup juga hari Ke Tujuh mingguan, Bulan-bulan Baru,
Hari-hari Kudus, Sabat Tanah Tujuh Tahunan dan sistem Yobel. Kesemuanya
berkaitan dengan penanggalan astronomis berdasarkan bulan (lunar) dan harus
tetap dipatuhi demi kepentian semua umat manusia (Markus 2:27). Kesemuanya
tegak bersama-sama atau jatuh bersama-sama (Kolose 2:16-17).
Perintah Utama Yang Ke Dua (No. 257)
Yang ke dua hampir serupa: Kasihilah
sesamamu seperti engkau mengasihi dirimu sendiri. Kesepuluh perintah Allah
dibagi menjadi dua Perintah Utama. Struktur ini dapat dengan mudah dikenali,
yaitu empat perintah yang pertama berkaitan dengan kasih Allah dan enam yang ke
dua berkaitan dengan kasih terhadap sesama manusia.
Hukum dan Perintah Tuhan Kelima (No. 258)
Telah tercatat: Hormatilah ayahmu dan
ibumu, supaya lanjut umurmu di tanah yang diberikan TUHAN, Allahmu, kepadamu.
Perintah atau hukum kelima ini merupakan perintah pertama yang memuatkan janji
dan membentuk asas bagi masyarakat. Ia merupakan yang pertama daripada urutan
perintah-perintah yang membentuk Hukum Besar (Utama) Kedua itu, iaitu:
Mengasihi sesama manusia seperti diri sendiri.
Hukum dan Perintah Tuhan Keenam (No. 259)
Telah tercatat: Jangan membunuh. Karya ini
menerangkan keseluruhan struktur Hukum Allah, seperti yang diaplikasikan kepada
Perintahnya sepertimana telah diterangkan oleh para nabi dan Kitab-kitab
Perjanjian dalam menuruti pembacaan Hukum pada setiap tahun Sabat.
Hukum dan Perintah Tuhan Ketujuh (No. 260)
Telah dituliskan: Jangan berzina. Karya ini
menerangkan keseluruhan struktur Hukum Allah, seperti yang diaplikasikan kepada
Perintahnya sepertimana telah diterangkan oleh para nabi dan Kitab-kitab
Perjanjian, menurut kebiasaan pembacaan Hukum pada setiap tahun Sabat.
Hukum dan Perintah Tuhan Kelapan (No. 261)
Telahpun tertulis: Jangan mencuri. Karya
ini menerangkan keseluruhan struktur Hukum Allah, seperti yang diaplikasikan
kepada Perintahnya sepertimana telah diterangkan oleh para nabi dan Kitab-kitab
Perjanjian dalam menuruti pembacaan Hukum pada setiap tahun Sabat.
Hukum dan Perintah Tuhan Kesembilan (No. 262)
Telahpun tertulis: Jangan mengucapkan saksi
dusta tentang sesamamu. Karya ini menerangkan keseluruhan struktur Hukum Allah,
seperti yang diaplikasikan kepada Perintahnya sepertimana telah diterangkan
oleh para nabi dan Kitab-kitab Perjanjian dalam menuruti pembacaan Hukum pada
setiap tahun Sabat.
Hukum dan Perintah Tuhan yang Ke Sepuluh (No. 263)
Ada tertulis: Jangan mengingini rumah
sesamamu; jangan mengingini isterinya, atau hambanya laki-laki, atau hambanya
perempuan, atau lembunya atau keledainya, atau apapun yang dipunyai sesamamu.
Makalah ini menjelaskan keseluruhan struktur Hukum Tuhan, yang diaplikasikan
pada PerintahNya sebagaimana dijelaskan oleh para nabi dan Kesaksian, dalam
memenuhi pembacaan Hukum pada tahun-tahun Sabat.
Pertalian Belanda Kaum Bapa Pilgrim (No. 264)
Sejarah umum memandang ketibaan Kaum Bapa
Pilgrim pada tahun 1620 di Plymouth Rock Massachusets sebagai asas Amerika
Syarikat. Mereka dianggap sebagai orang-orang dari England, yang telah belayar
ke tanah perjanjian demi masa depan yang baru. Bagaimanapun, sedikit saja yang
benar-benar mengetahui bahawa Kaum Bapa Pilgrim terikat kepada Holland secara
kekal, yang tidak boleh diabaikan. Sejarah sebenar mereka memberi keterangan
yang menakjubkan pada iman bapa-bapa pengasas ini. Ia juga memberi pemahaman
tentang penganiayaan yang wujud di England Protestan di bawah Ratu Elizabeth I.
Asal-usul Genetik Bangsa (No. 265)
Alkitab memberi asal usul bangsa-bangsa yang
nyata dan pasti dan ini dikatakan tidak cocok dengan apa yang dinyatakan Sains
Moden. Apabila kita mengkaji rekod sains berbanding bukti sejarah serta gerakan
suku-suku yang diketahui, kita temui bahawa Alkitab dan sains memang boleh
cocok. Masalahnya terdapat dalam model matematik yang terlalu diperpanjangkan
yang dibina para penyokong evolusi berdasarkan andaian-andaian palsu.
Asal Jemaat Kristian di Britain (No. 266)
Orang selalu bertanya bilakah Jemaat tiba
di Britain dan apakah kepercayaannya. Kebenarannya agak memeranjatkan dan
misteri-misteri yang ada di sekitarnya juga adalah aspek penting dalam
sejarahnya.
Makan Bersama dalam Ibadat (No. 267)
Hukum-hukum Allah memerintahkan kepada kita
untuk makan bersama dalam ibadat. Bagaimana cara kita melakukannya, dari segi
pemakaian dan sikap, menggambarkan diri kita sebagai jemaat dan sebagai duta
Kerajaan Allah di atas bumi.
Peperangan-peperangan Unitarian/Trinitarian (No. 268)
Apabila Constantine mula berkuasa, dia cuba
untuk mempersatukan empayar di bawah satu sistem dan dia cuba lakukan perkara
ini melalui Kekristianan. Apa yang dia tidak sedari ialah bahawa golongan puak
Roma bukanlah golongan yang dominan dan bahawa doktrin jemaat menjadi bercelaru
daripada jemaat yang asli. Kekeliruan ini membawa beberapa rangkaian peperangan
di antara dua golongan puak, yang mana kedua-duanya memiliki doktrin yang
salah. Akibat akhir dari doktrin salah ini dan dominasi politik melalui agama
adalah perang yang berterusan serta penganiayaan selama satu ribu tujuh ratus
tahun. Konflik dan kekhilafan ini akhirnya akan membawa kemusnahan kepada planet
ini sama sekali.
Dalam karya ini kita akan menangani soal
nubuatan palsu dalam Jemaat-jemaat Tuhan sepanjang dua abad kebelakangan ini.
Sepanjang tempoh terakhir ini ia telah menjadi suatu wabak. Setiap jemaat utama
telah diasaskan pada dan menghasilkan nubuatan palsu. Nabi-nabi palsu ini
mengeksploitasikan sifat mudah percaya para anggota yang tertarik oleh
keinginan untuk mengenali kebenaran. Dengan cara ini mereka mempengaruhi haluan
Jemaat-jemaat Tuhan serta kehidupan berjuta-juta orang.
Pekabaran empat malaikat Wahyu 14 adalah
penting menjelang kedatangan Mesias. Semua pekabaran ini mempunyai signifikans
besar terhadap pekabaran, bimbingan serta arah tujuan jemaat pada zaman akhir.
Membentuk Sebuah Jemaat (No. 271)
Ramai orang ingin menjadi sebahagian
daripada sebuah jemaat dan tidak mempunyai jemaat berasaskan alkitab di dalam
kawasan mereka. Ada yang merupakan sebahagian daripada jemaat yang sudah roboh
dari segi kedoktrinan atau sebahagian daripada kumpulan dari sebuah sistem yang
telah roboh dari segi kedoktrinan. Mereka tidak tahu apa yang harus dilakukan
untuk membaharui diri jauh daripada kepimpinan sesat yang menyebabkan
keruntuhan itu atau yang sudah tiada sangkut-paut lagi atau lebih buruk lagi,
bersifat histeris dalam gambaran berkarisma kependetaan akan ajaran alkitabiah.
Jadwal Jaman secara Garis Besar (No. 272)
Masa dimana
kita hidup mempunyai skala waktu yang pasti, sebuah rencana dan tujuan yang
spesifik. Jadwal ini memberikan ikhtisar mengenai apa yang telah terjadi di
dalam periode nubuatan Alkitab terus berlanjut hingga akhir dari jaman ini. Tak
lama lagi illah dunia ini akan disingkirkan dan sistem Kerajaan Seribu Tahun di
bawah Yesus Kristus akan dimulai. Karya ini membantu kita untuk memahami apa
yang tengah terjadi di dalam proses tersebut.
Alkitab memerintahkan sebagai peringatan
Hukum Tuhan agar kita memakai pita (benang) biru yang diletakkan pada pinggir atau
jumbai (punca) pakaian kita.
Sabat Di Dalam Qur'an (No. 274)
Artikel ini mengkaji apa yang dikatakan
Qur'an, atau istilah lainnya Koran, mengenai Sabat.
Persembahan Perayaan Paskah (No. 275)
Tiga kali setahun kita harus membawa persembahan ihklas kita apabila kita pergi ke hadapan Allah. Karya mesej tentang persembahan bagi perayaan Paskah.
Suatu amalan telah memasuki Jemaat Tuhan di
AS dari Mexico. Amalan ini sebenarnya berkaitan dengan sistem pagan purba dan
tidak mempunyai tempat di dalam Jemaat Tuhan.
Pertikaian-pertikaian Quartodeciman (No. 277)
Pertikaian-pertikaian Quartodeciman telah
dilihat sebagai penentu utama kepada arah haluan keimanan Kristian. Hal-hal ini
merupakan siri kedua inovasi yang terjadi di dalam jemaat Kristian dan mungkin
yang paling asas. Setelah ibadah hari Minggu diperkenalkan dari Rom pada
pertengahan abad kedua, sistem Roma kemudiannya mula memperkenalkan sistem
pagan Easter sebagai ganti Paskah. Mereka akhirnya berjaya di Britain pada
tahun 664 di Whitby dengan menggunakan paksaan dalam membuatkan Jemaat British
atau Celtic menerima Easter.
Konsep korban dan persembahan tidak
difahami dengan betul dalam jemaat-jemaat. Bertahun-tahun lamanya Jemaat Tuhan
tidak memelihara Pentakosta dengan betul dan belum benar-benar faham tentang
apa yang diperlukan dalam perayaan dan acara korban. Manusia harus hidup
menurut setiap firman yang keluar dari mulut Tuhan dan ini tidak berlaku dengan
tepat dalam banyak tempat dalam Jemaat-jemaat Tuhan. Karya ini mengkaji konsep
apa sebenarnya korban dan apa dia Perayaan.
Yesus Kristus, Raja, Imam dan Nabi (No. 280)
Artikel ini
berkisar pada Yohanes 17:3. Ianya telah ditulis oleh Mesianik orang Yahudi, dan
menunjukkan berhubungan di antara Allah Bapa dan Yesus Kristus sebagai Mesiah.
Lebih lanjut lagi, ia menunjukkan bahawa tiga fungsi Mesianik Raja, Iman dan
Nabi tidak boleh dipisahkan.
Sejarah Rahel dipenuhi drama dan merupakan
salah satu bukti bahawa setiap perintah Hukum Sepuluh telah berkuatkuasa
sepenuhnya sebelum Sinai. Di sini kita bincangkan beberapa aspek dan persamaan
dalam kisah ini, yang biasanya terlepas pandang. Kisah ini mempunyai
signifikans utama untuk jemaat dan konsep campur tangan dan kasih Tuhan dalam
kehidupan kita.
Pemerintahan Raja-raja Bahagian I: Saul (No. 282a)
Zaman Pemerintahan Raja-raja dari Saul,
hingga Daud dan hingga Salomo mempunyai simbolisme nubuatan khusus yang juga
berkaitan dengan rencana keselamatan. Terdapat pesanan penting dalam urutan,
pemerintahan dan perbuatan tiga raja Israel itu.
Pemerintahan Raja-raja Bahagian II: Daud (No. 282B)
Bahagian ini menceritakan fasa kedua
jabatan raja selama tempoh empat puluh tahun kedua: Kerajaan Daud.
Pemerintahan Raja-Raja Bahagian III: Salomon dan Kunci Daud (No. 282C)
Fasa terakhir Rencana Allah seperti yang digambarkan dalam pemerintahan
raja-raja Israel adalah dari Raja Salomo. Urutan ini menuju kepada Kristus dan
pembentukan Jemaat sebagai Kaabah Spiritual Allah.
Tiang-tiang Filadelfia (No. 283)
Janji kepada jemaat paling kecil dan paling
setia antara Jemaat-jemaat Tuhan, iaitu Jemaat Filadelfia, adalah bahawa mereka
akan dijadikan Tiang-tiang (Sokoguru) dalam Bait Tuhan. Ini janji yang jauh
lebih berkuasa daripada apa yang kelihatan pada mulanya.
Teks ini membincangkan tanggungjawab kita
di bawah hukum terhadap pemergian ke perayaan-perayaan.
Jum'at: Persiapan untuk Sabat (No. 285)
Hari ke enam dalam tiap minggu yang
sekarang dinamakan Jum’at di dalam Islam telah menjadi hari kudus yang berdiri
sendiri dan mengabaikan hari Sabat. Yudaisme hanya memahami sebagian
daripadanya dan Kekristenan Trinitarian sama sekali mengabaikannya. Persiapan
untuk Sabat dan Hari Sabat dikuduskan dalam hukum alkitabiah maupun kitab Al
Qur’an. Apakah artinya? Apakah yang disebut Api dalam Sabat? Bagaimana
hubungannya hal ini dengan Hari Kebaktian atau Jum'at?
Signifikans Tahun 2000 (No. 286)
Paus telah mengisytiharkan tahun 2000
sebagai tahun jubli. Pakar-pakar mengatakan ia sebenarnya tahun 2001. Bilakah
Millenium sebenar dan apakah signifikans sebenarnya? Siapa yang mengatakan
ianya tahun 2000 selain dari seorang paderi yang mendapat tarikh mula yang
salah.
Apakah erti sebenar Hari Lahir? Ia
berdasarkan Kalendar Solar dan tiada kaitan dengan kalendar Tuhan sistem
Alkitab. Para pemerhati bintang amat mementingkannya berhubungan
bintang-bintang dan mendasarkan apa yang dipanggil horoskop di sekitarnya serta
kedudukan di mana buruj (perbintangan) muncul pada waktu kelahiran. Dari
manakah asalnya perayaan Hari Lahir dan apakah falsafah di sebalik amalannya?
Paus Terakhir: Mengkaji Nostradamus dan Malachy (No. 288)
Nostradamus telah membuat beberapa nubuatan
menakjubkan yang telah benar-benar terjadi. Dia juga ada membuat beberapa yang
disalahfaham dan ditolak dengan tidak betul. Tujuan di sini adalah untuk
menkaji dan mungkin menjelaskan dua nubuatan yang dibuatnya yang mempunyai
signifikans keagamaan dan satu yang telah digenapi dan satu lagi yang akan
berlalu tidak lama lagi. Malachy adalah seorang Ketua Biskop Katolik abad kedua
belas yang telah menulis satu senarai aneh setiap Paus sehingga akhir. Kita
akan mengkaji kedua-dua mereka di sini. Menurut Malachy, hanya tinggal dua
orang paus lagi.
Sebuah Senarai Paus dan AntiPaus dalam
sejarah dihimpun dan disertakan nama-nama nubuatan yang diberikan oleh Malachy
iaitu biskop Armagh pada tahun 1139.
Perkahwinan ialah institusi terpenting
dalam bangsa. Ia dasar bangsa dan membayangkan secara jasmaniah hubungan kita
dengan Tuhan dan Kristus secara rohaniah. Ia begitu asas sekali hingga
keselamatan seluruh manusia didasarkan pada pengertian dan pelaksanaan tepat
hubungan-hubungan ini di kalangan umat pilihan sebagai pengantin-pengantin Kristus
dalam bangsa Israel.
Empat Puluh Tahun Bagi Pertobatan (No. 290)
Pada jangka masa sehingga 1972 dan kemudian
1975 Jemaat-jemaat Allah khususnya Jemaat Allah Sedunia dan Yehovah Witness
telah mengumumkan bahawa Messiah akan datang semasa peperangan pada akhir
1972-1975. Tidak ada yang terjadi pada tahun 1975 dan Mesiah tidak datang.
Mereka tersilap. Apakah pentingnya jangka masa ini?
Pengudusan Orang-orang yang Berdosa Tidak Sengaja dan Tidak Sedar (No. 291)
Pada 7 Abib kita berpuasa bagi mereka yang
berdosa dengan tidak sengaja dan tidak sedar. Proses ini adalah untuk mereka
yang belum lagi memahami kemuliaan serta rahsia-rahsia Kerajaan Tuhan. Ini
adalah sebahagian daripada proses pengudusan sistem Bait yang diperintahkan
Tuhan.
FAQ tentang Yehezkiel Bab 36-48 dan Pengudusan Bait Suci (No. 292)
Teks dalam Yehezkiel 36-48 ialah satu
nubuatan untuk hari-hari masa hadapan dan meliputi sistem milenium di bawah
Yesus Kristus. Seluruh dunia akan melakukan apa yang Yehezkiel katakan akan
dibuat dalam sistem Milenium pada kedatangan Kristus. Perintah-perintah di situ
ialah ulangan Hukum Tuhan dan, melainkan pelaksanaan upacara-upacara korban,
wajib bagi jemaat hari ini dalam penerapannya akan Hukum Tuhan dalam sistem
Kristian.
Poligami di dalam Alkitab dan Quran (No. 293)
Teks dalam Yehezkiel 36-48 ialah satu
nubuatan untuk hari-hari masa hadapan dan meliputi sistem milenium di bawah
Yesus Kristus. Seluruh dunia akan melakukan apa yang Yehezkiel katakan akan
dibuat dalam sistem Milenium pada kedatangan Kristus. Perintah-perintah di situ
ialah ulangan Hukum Tuhan dan, melainkan pelaksanaan upacara-upacara korban,
wajib bagi jemaat hari ini dalam penerapannya akan Hukum Tuhan dalam sistem
Kristian.
Peperangan Hamon-Gog (No. 294)
Pada zaman akhir Allah berfirman melalui
nabi Yehezkiel bahawa Dia akan membawa beberapa bangsa ke Timur Tengah dan
memusnahkan mereka di lembah Hamon-Gog. Beberapa bangsa yang turun dari Gomer
dan Mesekh dan Tubal dan Togarmah akan dinamakan. Siapakah orang-orang ini?
Dimanakah mereka pada masa sekarang dan bagaimana serta bilakah mereka akan
dibawah ke Israel untuk dimusnahkan?
Lea dan Rahel memberikan gambaran Kristus
dalam perhubungannya dengan Israel fizikal dan spiritual sebagai satu bangsa
dan Jemaat Allah.
Alkitab menyatakan bahawa kita telah
dipilih oleh Allah dan ditakdirkan untuk dipanggil. Apakah yang dimaksudkan sebenarnya? Bilakah ia berlaku?
Komentar terhadap Zakariah (No. 297)
Buku Zakariah mempunyai kepentingan maksud
yang besar kepada Pemulihan Israel dibawah Mesiah pada zaman akhir.
Peperangan dengan Roma dan Kejatuhan Kaabah (No. 298)
Nabi Daniel telah diberikan satu
penglihatan tentang Tujuh Puluh Minggu dalam Tahun. Peristiwa pada minggu akhir
dalam tahun-tahun adalah satu kemusnahan bagi Yudah dan keturunan Edom.
Nubuatan hanya boleh difahami dalam pertalian kepada Kaabah. Orang Kristian
secara umum telah menterjemah dengan salah Daniel 9:25-27 bagi pihak mereka
sendiri. Peperangan dengan Roma dan sikap Yudah pada masa ini mengakibatkan
perpecahan Yudah sehingga zaman akhir.
Jubli Emas (Yobel) dan Milenium (No. 300)
Jubli Emas atau tahun Jubli yang Kelima
Puluh sejak restorasi Kaabah melalui perintah Darius pada 423 dan dibawah Ezra
dan Nehemiah iaitu Jubli 374/3 akan menjelang pada 1 Abib dalam tahun Pertama
dari Jubli yang ke-121 atau 2028. Jubli ini berakhir pada 2077 CE. Jubli ini
adalah permulaan kepada Milenium yang ketujuh sejak penutupan Taman Eden dan
akhir kepada pemerintahan formal Iblis. Menjelang tarikh ini pada 2027
pemerintahan Iblis akan dipendekkan dan dia akan dipenjarakan, bersama dengan
warga yang jatuh, di Tartarus selama seribu tahun. Jangka masa ini memulakan
fasa akhir Kunci Daud dan restorasi Kaabah serta sistem pentadbiran di
Yerusalem.
Quran atau Koran adalah satu karya yang
penting iaitu merupakan Perjanjian Kudus bagi kira-kira satu bilion manusia.
Sebilangn kecil orang yang memahami mesej dan maksudnya yang asal. Ia
sebenarnya digunakan sebagai komentar kepada Alkitab oleh golongan Unitarian
yang memelihara Sabat di Arab pada kurun yang ketuuh pada zaman itu. Karya ini
menjelaskan teologi serta mesejnya. Pengenalan ini menjelaskan dasar yang lojis
di belakang iman serta bahasa yang digunakan di dalam Quran.