Jemaat-jemaat Allah Al Masehi

[G1]

 

 

 

 

Tuhan Dinyatakan Bab 1 – Monoteisme Purba [G1]

(Edisi 2.0 19940212-20000710)

 

Karya ini dikeluarkan dalam bab-bab. Ia membincangkan sifat atau kudrat Tuhan. Ia menunjukkan sejarah pembentukan doktrin-doktrin di dalam Kekristianan dan menunjukkan bagaimana sistem ini telah menjadi agak tidak sama dan terpisah dari Kekristianan asli.

 

 

 

Christian Churches of God

 

PO Box 369, WODEN ACT 2606, AUSTRALIA

E-mail: secretary@ccg.org

 

(Hakcipta ã 1994, 1996, 2000 Wade Cox)

(Tr. 2004)

 

Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan.  Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan.  Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.

 

Karya ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org


 

 

Tuhan Dinyatakan Bab 1 – Monoteisme Purba [G1]

 


 

Konsep Monoteisme dalam Israel Purba

 


Peter Hayman menunjukkan, dalam ucapan Presiden kepada Persatuan Kajian Yahudi British, Edinburgh, 21 Ogos 1990, yang diterbitkan sebagai Monotheism - A Misused Word in Jewish Studies?, Journal of Jewish Studies 42 (1991) bahawa:

 

Dalam dunia akademik dua puluh atau tiga puluh tahun dahulu ianya satu kebiasaan untuk berpandangan bahawa kisah Judaisme adalah kisah evolusi beransur-ansur, namun tidak tersekat, dari sekitaran pagan dan mitologi Kanaan/Israel kepada terang murni monoteisme yang tidak ternoda.

 

Tidak ragu lagi bahawa pernyataan Hayman ini adalah betul dan bahawa pandangan itu adalah salah. Jenis hujah yang dikemukakan, contohnya, oleh Alt diakui oleh Frank Moore Cross (Yahweh And The God Of The Patriarchs, Harvard Theological Review, Vol. 55 No. 24, 1962, halaman 225-259) sebagai  tidak memuaskan keseluruhannya dalam pemeriksaan apa yang dikenali sebagai 'el religion. Pengasingan Tuhan Kaum Bapa sebagai satu siri ilah-ilah suku tempatan yang berbeza antara satu sama lain adalah tekaan. Hakikatnya, tesis yang dikembangkan adalah bahawa Tuhan Abraham, Ishak dan Yakub dijumlahkan menjadi satu ilah dari ilah-ilah keluarga yang berasingan. Lanjutan itu, ianya kemudian ditegaskan bahawa jumlahan ini dan Tuhan Musa adalah nyata berbeza dan, bagaimana sekalipun, terkandung dalam dua peringkat dalam perkembangan sejarah. Tekaan sebegitu nampaknya berdasar pada kenyataan mudah bahawa wahyu kepada Musa adalah turutan kepada Kaum Bapa. Konsep ini menolak sebarang realiti kepada wahyu atau hakikat kewujudan Tuhan. Ia menekankan turutan namun mengabaikan kesinambungan Kejadian 11:31 hingga 12:5; 16:16; 17:1-27; 24:1-10; 28:1-9. Petikan-petikan ini menunjukkan bahawa kahwin campur Kaum Bapa adalah untuk memastikan bahawa tidak ada kehilangan pemahaman tentang Allah Maha Esa. Hayman memperhatikan bahawa titik di mana kemajuan di atas dicapai adalah diperdebatkan namun ramai cendekiawan yang bersetuju bahawa ia benar-benar terjadi.

 

Sarjana-sarjana seperti T.C. Vriezen (Religion of Ancient Israel, (1963) terjemahan Inggeris, London, 1967, halaman 37) berpendapat bahawa terdapat penekanan ekstrim dan terlalu banyak pada sifat transendental Tuhan yang menyebabkan orang Yahudi semakin memandang Tuhan sebagai tidak boleh didekati mereka. Konsep ini juga ternyata dalam karya W. Bousset (Religion des judentums im späthellenistischen Zeitalter, 3rd edn, ed. H. Gressman, Tübingen: J.C.B. Mohr [Paul Siebeck], 1926 (cit. Die Religion)). Karyanya ini kini diakui serba kekurangan khususnya dalam soal watak-watak wakil ilahi Yahudi. Dia menganggap pemikiran selepas buangan sebagai menghakis pemikiran lebih awal dan lebih murni dari tiga bidang: (a) angelologi (hal kemalaikatan) (b) kecenderungan dualistik dan (c) spekulasi tentang hypostases. Aspek-aspek ini telah dikaji oleh Larry Hurtado (One God One Lord Early Christian Devotion and Ancient Jewish Monotheism, SCM Press, UK, 1988, halaman 23 bandingkan dengan Bousset Die religion, Der Monotheismus und die den Monotheismus beschränkenden Unterströmmungen, halaman 302-357). Hurtado memperhatikan bahawa Bousset sebenarnya tiada apa-apa yang baru namun karyanya telah disebarluaskan kerana ia pandai membicarakan pandangan-pandangan ramai sarjana zamannya dan zaman-zaman kemudiannya (ibid.). Bousset menyimpulkan bahawa Judaisme selepas buangan disifatkan oleh minat yang bertumbuh dalam makhluk-makhluk perantaraan (Mittelwesen) (Bousset, halaman 319-331).

 

Minat ini selanjutnya disifatkannya sebagai hasil dari kesedaran yang kian meningkat tentang transendens Tuhan, yang melibatkan idea bahawa Tuhan telah menjauhkan dirinya dari dunia dan lebih sukar dihampiri, setelah menyerahkan pemerintahanNya atas dunia kepada para malaikat serta perantara-perantara yang lain [Bousset, halaman 319,329-331] (Hurtado, halaman 23).

 

Kesimpulan yang dibuat oleh Bousset adalah bahawa

 

walaupun watak-watak ini adalah utusan-utusan Tuhan dan pelaksana kehendakNya, namun begitu mereka menjadi ancaman kepada monoteisme Yahudi, dan minat dalam mereka telah dikaitkan dengan pelembutan ciri monoteisme kesalehan Yahudi zaman berkenaan (Hurtado, ibid., bandingkan Bousset, halaman 329, menyebut juga Moore Christian Writers in Judaism, halaman 227-253).

 

Pemikiran ini merupakan kesilapan asas kebanyakan aktiviti takwil [Kitab Suci] sepanjang beberapa abad sebelumnya. Syarat-syarat falsafah bagi logik monoteisme (yang diperiksa dalam karya Cox Penciptaan: Daripada Teologi Antropomorfik kepada Antropologi Teomorfik (B5), UNE, 1990) menunjukkan bahawa subordinasi aktiviti di bawah kehendak pusat Tuhan adalah perlu kepada Monoteisme. Trinitarianisme dan Doktrin Jiwa secara logiknya membahayakan Monoteisme. Selanjutnya lagi, kedudukan alkitab akan ditunjukkan sebagai konsisten dan merupakan pandangan tersebut yang dianggap oleh Bousset sebagai kompromi selepas buangan. Apa yang dianggap pandangan selepas buangan yang lebih lemah ini digunakan sebagai penjelasan kepada bagaimana Kristus yang dimuliakan telah dianggap sebagai makhluk syurgawi pra-wujud awal-awal lagi dalam gerakan Kristian (Hurtado, ibid.). Oleh itu, penghormatan Kristus merupakan satu perkembangan yang secara sendirian mewakili Monoteisme tidak sempurna atau Binitarianisme hambar. Bagaimanapun, tidak dapat dibuktikan bahawa Kekristianan awal telah menyembah Yesus. Penghormatan Kristus sama sekali bukan satu perbuatan menyembah. Kekristianan awal bersifat subordinationis. Alkitab pada mana-mana peringkatpun tidak menunjukkan bahawa Kristus dianggap sebagai Allah Maha Esa. Begitu juga, dia tidak dianggap setara atau sama abadi dengan Allah. Ini, seperti yang akan kita lihat, adalah suatu manifestasi kemudian. Bahawa Kristus dilihat sebagai makhluk syurgawi pra-wujud adalah pandangan alkitab kedua-dua Kitab Perjanjian. Ianya berterusan dan koheren. Ini adalah pandangan Yahudi yang diterima terhadap Mesias, yang akan kita lihat di sini. Hayman dalam karyanya di atas selanjutnya mengatakan (halaman 1):

 

Dalam kira-kira dua puluh tahun terakhir terdapat perubahan radikal dalam suasana pengajian Perjanjian Lama apabila para sarjana menyedari bahawa dakwaan-dakwaan tentang keaslian agama purba Israel adalah mustahil untuk dibuktikan dan agak mudah untuk dihancurkan.

 

Sebagai gambaran, dia membandingkan karya Vriezen dengan petikan berikut dari karya Niels Peter Lemche Ancient Israel (Sheffield, 1988, halaman 256).

 

Apa yang kita pasti hanyalah bahawa gambaran orang Israel tentang Yahweh sewaktu tempoh monarki tersebut tidak mengandungi ciri-ciri yang membezakan ibadahnya dari jenis-jenis agama lain di Asia barat.

 

Hayman mengatakan bahawa:

 

Meskipun adanya suasana berubah dalam pengajian Perjanjian Lama di mana buku Lemche hanyalah salah satu gejalanya, bagaimanapun, masih ada konsensus bahawa Judaisme selepas buangan mewakili perkembangan baru yang menakjubkan dalam sejarah agama, dan bahawa pandangan monoteistik Yahudi terhadap Tuhan itulah yang membuatkan agama ini menonjol dari semua yang lain (op. cit., halaman 2)

 

Hayman seterusnya membuat pernyataan paling signifikan sekali:

 

bahawa ianya tidak sesuai untuk menggunakan istilah monoteisme untuk menggambarkan idea Yahudi tentang Tuhan, bahawa tiada kemajuan melebihi formula-formula mudah Buku Ulangan dapat dikenalpasti dalam Judaisme sebelum ahli-ahli falsafah Zaman Pertengahan, dan bahawa Judaisme tidak pernah terlepas dari warisan perebutan kuasa antara Yahweh, Ba’al dan El dari mana ia muncul (ibid.).

 

Pandangan-pandangan ini adalah penting. Usul-usul tersebut dapat disenaraikan seperti berikut:

 

 

 

 

Terdapat sebab-sebab kukuh kenapa usul-usul ini harus dikemukakan. Sebab utama bagi perubahan-perubahan dalam penjelasan-penjelasan Judaisme dapat ditemui dalam perumusan usul-usul mistikisme dan falsafah Judaik. Hayman berpendapat bahawa Judaisme tidak dapat bertahan terhadap sebuah definisi model Monoteisme dan bahawa Maimonedes serta ahli-ahli falsafah Yahudi lain mengetahui hal ini dan dengan itu membuat usaha besar-besaran untuk mengalegorikan tradisi tersebut (Hayman, halaman 2).

 

Sebab kenapa usul-usul ini diterima dan tidak dicabar oleh kesarjanaan akademik Kristian adalah bahawa Trinitarianisme Kristian, dengan menggunakan rukun-rukun asas falsafah Yunani, telah membentuk konsep-konsep serupa antara Sidang-sidang Nicaea dan Chalcedon. Peralihan bukan alkitabiah ini menjadikannya sukar untuk Kekristianan aliran umum untuk memeriksa dengan mencukupi perubahan-perubahan tersebut dalam apa sekalipun cara objektif intelektual. Hayman memeriksa corak-corak kepercayaan Yahudi tentang Tuhan dari zaman Buangan hingga Zaman Pertengahan untuk menilai sama ada atau tidak ia betul-betul monistik. Hasil pemerhatian-pemerhatiannya telah membawanya kepada kesimpulan bahawa:

 

kebanyakan bentuk Judaisme ditandakan oleh corak dualistik di mana dua entiti ilahi dianggap wujud: seorang adalah Allah pencipta tertinggi, seorang lagi adalah wazir atau perdana menterinya, atau suatu agensi roh yang lain, yang ‘menguruskan segalanya’ sebenarnya, atau sekurang-kurangnya menyediakan titik hubungan antara Tuhan dan manusia (ibid.).

 

Dia selanjutnya mengatakan bahawa dalam Judaisme rabbinik sekalipun, jelas terdapat seorang tokoh ilahi yang paling berkuasa. Dia meragui sama ada gambaran Tuhan yang dipersembahkan kepada kita adalah betul-betul bersifat kesatuan.

 

Hurtado (halaman 49) berpendapat bahawa sifat-sifat timbalan pemangku raja atau wazir utama ini adalah menarik kerana pandangan tersebut memantulkan satu aspek latarbelakang konsep pemahaman tentang peranan Yesus yang dimuliakan dalam Kekristianan terawal. Dia mengatakan tentang hubungan antara kebaktian Kristian dan ciri-ciri atau agensi ilahi:

 

Tentunya ada perbezaan: (1) Ciri-ciri ilahi ini tidak dianggap sebagai entiti-entiti yang nyata di samping Tuhan, seperti yang sudah saya perdebatkan; dan (2) pada satu titik awal Yesus yang dimuliakan memang telah menjadi objek kebaktian agama dalam kehidupan dan persekitaran pemujaan kumpulan-kumpulan Kristian. Peranan Yesus yang dimuliakan ini dalam kehidupan kebaktian Kekristianan terawal menandakan perubahan binitarian Kristian dalam kesalehan Yahudi purba dan telah memberikan kebaktian Kristian bentuk binitariannya yang khusus.

 

Hurtado silap di sini. Kebaktian Kristian awal bukanlah Binitarian. Ia adalah Unitarian selama berabad-abad. Dakwaan binitarian ini adalah satu ciri fundamentalisme Amerika dan ditemui di kalangan sebilangan jemaat-jemaat Pemelihara Sabat dalam AS. Binitarianisme secara logiknya terbit dari salahfaham tentang struktur alkitabiah, yang dipeluk demi rasa hormat kepada Trinitiarianisme fundamentalis, berdasarkan terjemahan alkitabiah dan takwilnya. Ianya silap, dari segi logik, alkitabiah dan falsafah seperti yang akan kita lihat. Tidak diragui lagi bahawa struktur yang terkandung dalam Alkitab adalah Unitarian. Harnack (History of Dogma, lihat khususnya Vol. IV) dan Brunner adalah jelas tentang hal ini (Emil Brunner The Christian Doctrine of God, Dogmatics, Vol. 1, terjemahan Olive Wyon, The Westminster Press, 1949, Cambridge, Bab 16 The Triune God, halaman 205-206 khususnya 206; lihat juga Calvin Institutes of the Christian Religion, Bk. I, 13,4, terjemahan Beveridge, James Clark & Co, London, 1953 untuk melihat ciri luar alkitabiah doktrin Kristian kemudian).

 

Apa yang menutup ciri kesatuan struktur itu adalah terjemahan-terjemahan mengelirukan yang dikemukakan kedua-dua Judaisme rabbinik dan Kekristianan aliran umum. Ini berlaku kerana dua sebab yang boleh dipersoalkan. Dengan Judaisme, ia nampaknya berpunca dari keinginan untuk mengalahkan hujah-hujah bahawa Malaikat Besar itu sebenarnya muncul kemudian sebagai Mesias dan, dengan itu, mengakui kemungkinan bahawa lelaki Yehoshuah (Yosua atau Yesus) ini adalah Mesias. Dengan Kekristianan trinitarian, ia berpunca dari keinginan untuk membuktikan bahawa Kristus bukanlah Malaikat Besar itu dan, dengan itu, elohim Israel subordinat tetapi sebenarnya satu hypostases, sebagai sebahagian elemen Allah yang Mahatinggi.

 

Kebanyakan hujah berpunca dari dua faktor ini dan, lebih terkini lagi, dari suatu sumber ketiga yang berpunca dari teori sosial keperimanusiaan (humanist). Elemen ketiga ini menimbulkan hujah-hujah tidak logik dua puluh hingga tiga puluh tahun dahulu yang cuba memperkenalkan konflik sosial dan kultus-kultus yang berkembang sebagai asal kepada pelbagai nama untuk Tuhan serta struktur pemerintahan subordinat yang disebutkan Hayman. Jenis proses-proses intelektual terbabit telah diperiksa oleh sarjana-sarjana seperti Derek Freeman dalam MARGARET MEAD AND SAMOA The Making and Unmaking of an Anthropological Myth, ANU Press, Canberra, 1983.

 

Penciptaan sebagai Permulaan Masalah tersebut

 

Kesimpulan-kesimpulan Hayman timbul sebahagiannya dari karyanya tentang teks Sefer Yesira. Karya ini, yang dikarang antara abad-abad ketiga dan kelapan CE (SM), yang menjelaskan penciptaan, tidak mempunyai kesan-kesan doktrin penciptaan ex-nihilo (Doctrine of the Creation: Some Text Critical Problems; Proceedings of the Congress of the European Association for Jewish Studies, Troyes, 1990). Manuskrip terawal Sefer Yesira §20 mempunyai

 

Dia mencipta bahan dari kacau-bilau dan membuatnya dengan api dan ia wujud, dan dia menebang tiang-tiang besar dari udara yang tidak terasa (Hayman, halaman 2).

 

Hayman menunjuk kepada kesepadanan antara Sefer Yesira dan Bereshit Rabba:

 

R. Huna mengatakan, dalam nama Bar Qappara: ‘Jika ia tidak ditulis dengan jelas dalam Kitab Suci, ianya mustahil untuk mengatakan: Tuhan mencipta langit dan bumi. Dari apa? Dari bumi adalah kacau-bilau, etc.’ (ibid.)

 

Hayman memperhatikan bahawa pandangan yang dikemukakan oleh Sefer Yesira dan Rab Huna:

 

tidak memberikan sebarang kemajuan pada Kejadian bab pertama (halaman 3). Tuhan mencipta keteraturan dari kacau-bilau yang sedia ada; dia tidak mencipta dari tiada apa-apa. Hampir semua kajian terbaru tentang doktrin penciptaan ex nihilo telah sampai kepada kesimpulan bahawa doktrin ini tidak asli kepada Judaisme, tidak dibuktikan di mana-manapun dalam Alkitab Ibrani, dan mungkin bangkit dalam Kekristianan pada abad kedua CE ketika dalam pertempuran sengitnya dengan Gnostikisme (Hayman memperhatikan (5) Weiss, Winston, Schmuttermayr, dan May dan memperhatikan juga konsesi Jonathan Goldstein terhadap kelemahan pandangannya).

 

Hayman menganggap David Winston adalah betul

 

untuk berdebat bahawa doktrin penciptaan ex nihilo telah memasuki Judaisme dari Kekristianan dan Islam pada permulaan Zaman Pertengahan dan bahawa walau apa sekalipun ia tidak pernah betul-betul berjaya dalam mengukuhkan diri sebagai doktrin Yahudi yang diterima mengenai penciptaan. Pandangan-pandangan Aristotelian tentang kekekalan dunia diterima sepenuhnya dalam Judaisme, seperti juga pandangan-pandangan neo-platonis tentang keluarannya dari Yang Satu, kerana penciptaan ex nihilo tidak dapat dibuktikan dari Kitab Suci. Maimonedes (Guide, II.26) mengaku bahawa teks-teks rabbinik mengajarkan penciptaan daripada bahan purbakala dan kebanyakan pengulas, bermula dengan Samuel Ibn Tibbon, penterjemah pertama karyanya ke dalam bahasa Ibrani, percaya bahawa Maimonedes sendirinya berfikiran bahawa dunia adalah abadi (halaman 3 memetik Colette Sirat, A History of Jewish Philosophy in the Middle Ages, Cambridge, 1985, halaman 188 ff, 218 ff).

 

Oleh itu, asal-usul penciptaan jelas harus terbit dari tohu dan bohu Kejadian 1:2. Konsep-konsep ini kemudian dianggap sama ada sama abadi dengan Tuhan dan dengan itu mengkompromi status unikNya, atau mereka keluar daripada Dia. Hayman berpendapat bahawa para Kabbalist tidak takut untuk membuat kesimpulan kedua tersebut dengan memperhatikan teks Kabbalist Bahir.

 

Terdapat di dalam Tuhan suatu prinsip yang dipanggil ‘Kejahatan’, dan ia terletak di utara Tuhan … kerana tohu terletak di utara, dan tohu dengan tepat bermaksud kejahatan yang mengelirukan manusia sehingga mereka berdosa, dan ia adalah sumber segala keinginan jahat manusia (banding dengan C.G. Scholem On the Kabbalah and its Symbolism, London, 1965, halaman 92).

 

Maka terdapatnya suatu konflik yang dirasai antara konsep kisah penciptaan Kejadian seperti itu dan Monoteisme Judaisme yang diandaikan. Tidak perlu adanya sebarang konflik walaupun tohu dan bohu purbakala difahamkan sebagai penciptaan utama. Kita dapat menyaksikan aktiviti elohim subordinat sebagai penciptaan dalam lingkungan kehendak El Elyon atau Allah Maha Esa. Oleh sebab itu, Monoteisme tidak dikompromikan. Dengan cara ini, Kristus mencipta sebagai seorang ciptaan Bapa namun penciptaan utama itu adalah dari Tuhan.

 

Persoalan tentang kejahatan yang datang dari utara nampaknya bukan alkitabiah. Dari sebelah utara muncul sinar keemasan; Allah (Eloah) diliputi oleh keagungan yang dahsyat. (Ayub 37:22). Oleh itu, Bahir menyatakan bahawa kejahatan dan Tuhan wujud bersama atau Tuhan adalah sumber kejahatan. Tentunya pandangan sebegitu diterbitkan dari teks dalam Yesaya 45:7 di mana Tuhan yang menjadikan nasib mujur dan menciptakan nasib malang (kejahatan). Bagaimanapun, pengertiannya adalah bahawa Tuhan mencipta permusuhan dari kegagalan untuk memelihara hukum itu. Perkataan bagi kejahatan (sebagai ra’) menunjukkan kejatuhan dari suatu keseluruhan yang bersatupadu dan akan dibincangkan dalam karya mengenai Masalah Kejahatan. Hayman cuba menjawab soalan: Adakah doktrin Monoteisme mungkin tanpa doktrin penciptaan ex nihilo? Persoalan sebegitu

 

menyebabkan para sarjana yang memiliki bukti untuk mencadangkan bahawa penciptaan ex nihilo adalah sekurang-kurangnya diandaikan dalam Alkitab Ibrani, walaupun ia tidak jelas. Dan jika doktrin ini begitu lemah asasnya dalam Judaisme, walau selewat Zaman Pertengahanpun, maka kita hanya boleh menyimpulkan bahawa Judaisme tidak pernah bebas dari latarbelakang mitologi Kanaan yang kini dianggap semua sarjana sebagai berada di sebalik ajaran alkitabiah mengenai penciptaan. Tohu dan bohu yang berpotensi jahat telah sentiasa ada di situ, menghadkan kuasa Tuhan dan menghalang tujuan-tujuannya. Berapa kalipun dia mengalahkannya, ia akan sentiasa datang semula kerana akhir kata ia sama tua dengan dia, mungkin seperti yang difikirkan orang-orang mistik, malah sebahagian dari dirinya (halaman 4).

 

Dari ini, Hayman menganggap John Gibson adalah betul dalam berpendapat bahawa penelitian Yahudi terhadap masalah holocaust adalah pernyataan semula masalah penulis Ayub dalam ucapan kedua dari badai itu. Maka ternyata bahawa pemahaman betul Masalah Kejahatan adalah berdasar pada pemahaman betul doktrin penciptaan serta struktur Ketuhanan. Kutuk tanpa alasan tidak akan kena. (Amsal 26:2).

 

Untuk itu, karya utama membincangkan penciptaan (Cox, Penciptaan: Daripada Teologi Antropomorfik kepada Antropologi Teomorfik). Dalam karya tersebut, ditunjukkan bahawa pemahaman Augustinian dan, dengan itu, pemahaman Kristian aliran umum tentang penciptaan adalah tidak betul. Malah, usul-usul yang diterima oleh Kekristianan aliran umum telah menyekat pemahaman tentang Ketuhanan dan, dengan itu, Masalah Kejahatan.

 

Monoteisme Judaik

 

Ketidakmampuan Kekristianan untuk menerangkan struktur bumi dan tamadun pra-Adam dari segi paradigma-paradigma mereka telah membuka jalan untuk ahli-ahli teori sosial untuk cuba menerangkan, juga dengan tidak mencukupi, wahyu alkitabiah dari segi teori sosial interaksi kaum di Timur Tengah. Usul-usul sedemikian menafikan keperluan logikal Monoteisme dan Masalah Kejahatan, iaitu, bahawa di bawah Monoteisme ianya perlu secara logiknya untuk Allah yang tertinggi menyatakan kehendakNya kepada ciptaan pada setiap peringkat untuk mengasaskan Monoteisme sebagai sistem berfungsi dalam lingkungan kehendak satu Tuhan. Semua entiti bawahan adalah satu dalam kehendak itu dan memperolehi kewujudan serta kesatuan mereka dari pernyataan diri yang rela dan kuasa Allah Maha Esa.

 

Judaisme rabbinikal dan Kekristianan aliran umum nampaknya tidak memahami isu falsafah asas ini. Sebagai contoh, Hayman tidak setuju bahawa pengalaman kesatuan mistikal dengan Tuhan tidak terdapat dalam Judaisme kerana ini tidak cocok dengan pengertian-pengertian Yahudi terhadap Monoteisme. Hayman, dalam karyanya pada 1988 di Oxford (Was God a Magician? Sefer Yesira and Jewish Magic, Journal of Jewish Studies 40 (1989), halaman 225-237), menyatakan bahawa:

 

Apa yang diberikan SY, dan kemudiannya Kabbala, kepada orang Yahudi adalah peluang ‘untuk berfikir seperti Tuhan berfikir’, dan dengan itu secara nyata mengalami secara gambaran apa ertinya menjadi seperti Tuhan (ibid., halaman 234).

 

Fungsi Kabbalah adalah untuk mencapai kesatuan mistikal dengan Yang Satu, unio mystica (lihat juga Aryeh Kaplan Meditation and Kabbalah (bab-bab kemudian) dan Jacobs ed. The Jewish Mystics, Kyle Cathie, 1990). Kesatuan itu adalah asasi kepada Mistikisme. Konsep tersebut berpunca dari Shamanisme.

 

Konsep inilah yang telah mempengaruhi orang Kapadokia untuk berusaha mencapai kesatuan dengan, dan menjadi, Tuhan (lihat Basil 9.23 trans. NPNF, V, 16 abiding in God, being made like to God and highest of all, being made God (berdiam dalam Tuhan, dijadikan seperti Tuhan dan paling tinggi sekali, dijadikan Tuhan); lihat juga R.C. Gregg Consolation Philosophy; Greek and Christian Paideia in Basil and the Two Gregories, Philadelphia Patristic Foundation, 1975, halaman 228 dan nota samping 3, di mana Gregg mengenalpasti asal pemikiran Kapadokia itu dengan Plotinus). Moshe Idel (Kabbalah: New Perspectives, New Haven, 1988, khususnya halaman 59-73) berpendapat bahawa Mistikisme, walaupun dalam bentuk ekstrimnya, boleh ditemui dalam Judaisme. Banyak dari teks-teks yang digunakan oleh Idel dipercayai mengandaikan bahawa manusia boleh menjadi seperti tuhan dan membuang kuasa-kuasa Tuhan. Hayman berpendapat (halaman 5) bahawa

 

tema identifikasi diri dengan Tuhan, sebaik saja kita mula meninjaunya, membawa kita ke setiap bahagian dalam Judaisme, dari gaya prosa alkitabiah (R. Alter, The Art of Biblical Narrative (1981), p. 157) hingga kepada dakwaan-dakwaan ahli sihir Yahudi (Hayman Was God a Magician?, halaman 235), namun lebih dari segalanya adalah dakwaan-dakwaan kesusasteraan Hekhalot bahawa seorang manusia, Enoch (Henokh), telah naik ke syurga dan bertukar kepada Metatron, ‘Yahweh kecil’ (Hayman, ibid.). Tema pendewaan orang bijaksana, orang mistik, mengikat tren-tren mistikal bersama dengan Apocalyptic Yahudi era selepas buangan, kerana versi kepercayaan dalam Kehidupan Selepas Mati yang paling meluas dalam zaman selepas Maccabee mengandaikan bahawa orang beriman akan menyertai perkumpulan syurgawi dan menjadi seperti ‘malaikat-malaikat’, ‘anak-anak Tuhan’, bintang-bintang (lihat Daniel 12:3; Wis. Sol. 5:5, 1 Enoch 104:2).

 

Namun Hurtado memperhatikan amalan ini khususnya berhubung watak Son of man (Anak manusia) dalam 1 Enoch (Henokh), yang dipanggil Parables atau Similitudes (Perumpamaan) (Bab 37-71). Anak manusia adalah benar, biasa dengan rahsia-rahsia ilahi dan berjaya (46:3), menang atas orang perkasa bumi, membuat penghakiman terhadap mereka yang jahat (46:4-8; 62:9; 63:11; 69:27-29). Dia mempunyai kedudukan yang telah ditakdirkan sebelumnya dalam rencana Tuhan (48:2-3,6; 62:7) sebagai juruselamat umat pilihan ((48:4-7; 62:14). Dialah Yang Dipilih, Yang Dilantik (atau Diurapi), atau Mesias, kerana ketiga-tiga itu mempunyai fungsi-fungsi yang sama (lihat contohnya 49:2-4; 51:3-5; 52:4-9; 55:4; 61:4-9; 62:2-16). Watak ini adalah berciri Mesias dan merujuk secara tidak langsung kepada Perjanjian Lama (contohnya 48:4 kepada Yesaya 42:6; 49:6 di mana Anak manusia adalah Hamba Tuhan Yesaya). Hurtado memperhatikan orang ini bertindak sebagai hakim bagi pihak Tuhan (dalam nama Tuhan Segala Roh, contohnya 1 Henokh 55:4), dan dalam kedudukannya ini duduk di atas sebuah takhta yang berhubung rapat dengan Tuhan: Pada hari itu Dia yang Dipilih akan duduk di atas takhta Kemuliaan (45:3; lihat juga 51:3; 55:4; 61:8; 62:2,3,5-6; 70:27).

 

Maknanya bukanlah bahawa watak ini menyaingi Tuhan atau menjadi tuhan kedua tetapi sebaliknya dia dilihat sebagai melaksanakan tugas-tugas eskatologi (kematian dan hidup lepas mati) yang dikaitkan dengan Tuhan dan kerana itu adalah wakil utama Tuhan, dikaitkan dengan pekerjaan Tuhan dengan rapat sekali (Hurtado, halaman 53).

 

Ini disamakan dengan raja Perjanjian Lama yang seperti Daud dalam Mazmur 45:6 (lihat juga Sir. 47:11). Intisari dan asal sebenar konsep ini adalah dari Zakharia 3:1-9 yang menunjukkan Malaikat YHVH diberi penghakiman dan Iblis berdiri di hadapannya sebagai penuduh. Lagipun, Zakharia 12:8 menunjukkan bahawa Malaikat YHVH atau Yehovah adalah seorang elohim dan bahawa keluarga raja itu akan menjadi seperti elohim. Maka, konsep ini adalah berasaskan alkitab dan sebahagian dari turutan Mesianik. Perkaitan Anak manusia 1 Henokh 46:1-3 dengan gambaran Daniel 7:9-14 mengukuhkan lagi hujah itu. Kesimpulan bahawa Kristus adalah Malaikat YHVH ditentang di mana ia dianggap jelas. Hurtado memperhatikan 3 Henokh (sekitar abad kelima CE) sebagai menyampaikan idea bahawa Enoch (Henokh) telah naik ke syurga dan menjadi wakil utama Tuhan. 3 Henokh mengenalpasti Henokh sebagai Metatron dan mengatakan bahawa dia adalah seorang makhluk gergasi yang tidak kekurangan kemegahannya (3 Henokh 9) dan yang memiliki sebuah takhta seperti takhta kemuliaan (10:1) dengan jubah (12:1-2) dan mahkota agung (12:3-4). Hurtado tepat memperhatikan bahawa tarikh lewat 3 Henokh patut membuatkan kita berhati-hati dalam mengambil idea-idea ini sebagai petunjuk kepada tradisi-tradisi pra-Kristian. Bagaimanapun, konsep-konsepnya masih wujud dalam kesusasteraan abad pertama. Ianya lebih mungkin lagi bahawa hujah yang berasaskan Henokh itu adalah suatu serang balas kepada tradisi Kristian yang berdasarkan rujukan-rujukan misteri kepada Henokh dalam Kejadian 5:24.

 

Rashi, bagaimanapun, menjelaskan teks ini dengan agak normal. Rashi berpendapat teks ini bermakna:

 

Dia dicuba untuk menjadi jahat, maka Tuhan memendekkan hayatnya agar dia tidak ada – ungkapan ini digunakan sebalik ungkapan biasa ‘dan dia meninggal’ (Rashi: Soncino).

 

Sebab ia diangkat Tuhan ditafsirkan sebagai sebelum waktunya (Rashi). Ibn Ezra tidak setuju dengan pandangan itu dan menafsirkan teks itu sebagai menunjukkan bahawa kematiannya adalah tanda kehormatan. Ini sejajar dengan pandangan Ibrani 11:5 yang menyatakan bahawa dia telah dibuka/diangkat (metetethe) agar tidak mengalami kematian, sebagai hasil iman. Tradisi-tradisi Henokh yang lebih awal tidak tegas mengatakan bahawa dia telah bertukar kepada makhluk seperti malaikat. Oleh sebab itu, tradisi-tradisi Judaik serta cerita alkitab ini menentang sebarang penggunaan cerita yang kemudian ini untuk menyimpulkan adanya kedatangan Mesianik dari sesiapapun manusia pra-wujud. Dalam 1 Henokh 71:11, apabila Henokh melihat Tuhan di syurga, dia mengatakan seluruh tubuhku melebur dan rohku bertukar (memetik Hurtado, halaman 55). 2 Henokh 22:5-10 mengatakan bahawa Tuhan memberitahu Henokh untuk berdiri di hadapanNya untuk selamanya (ayat 5-6, ibid.). Teks ini menunjukkan bahawa Henokh dianggap telah dijadikan seperti seorang dari makhluk-makhluk Tuhan yang mulia. Teks-teks ini mengembangkan konsep-konsep yang terdapat dalam umat pilihan dari teks-teks alkitab.

 

Konsep dalam 2 Henokh 24:1-3 menunjukkan penyerahan rahsia-rahsia Tuhan kepada manusia. Rahsia-rahsia yang tidak diketahui para malaikat diberikan kepadanya. Ini sejajar dengan konsep-konsep umat pilihan menurut Paulus (dalam Roma 16:25; 1 Korintus 2:7; Efesus 3:9,10 (nb); Kolose 1:26). Tuhan menyembunyikan rahsia itu sejak dari mula dan menyatakannya kepada kuasa-kuasa syurgawi melalui umat pilihan.

 

Teks pada 3 Henokh 12:5 menyatakan bahawa Tuhan memerintah Metatron/Henokh untuk dipanggil YHVH lebih rendah yang dianggap Hurtado sebagai rujukan jelas kepada Keluaran 23:20-21 (namaku ada di dalam dia). Amalan Tuhan menyerahkan kuasa melalui penggunaan nama ini ditemui sepanjang Alkitab (lihat Bab 2, Malaikat YHVH). Idea ini ditentang kerana paradigma-paradigma trinitarian dan binitarian. Tentangan ini nampaknya jelas dalam karya Barker THE GREAT ANGEL A Study of Israel's Second God, SPCK, London, 1992, lihat di bawah). Identifikasi Henokh dengan Metatron atau Anak manusia ini diperolehi dari pemahaman Mesianik yang jelas dari teks-teks alkitab itu. Teks-teks Pseudepigrafik nampaknya merupakan kemajuan-kemajuan dari jangkaan-jangkaan Mesianik zaman itu.

 

Kerana sebab inilah Mesias juga dikenalpasti sebagai Melkisedek (lihat juga DSS). Idea ini berterusan, ada kalanya ada, ada kalanya tidak, sepanjang dua ribu tahun. Idea ini wujud di kalangan golongan Melchisedekites atau Melchisedechians (lihat C.E., Vol. X, halaman 157), sebuah cabang mazhab Pemelihara Sabat Paulicia, yang dipanggil Athingani (Intangibles, C.E., ibid.) (lihat ERE, Vol. 9, halaman 695 dan seterusnya). Ensiklopedia Katolik mungkin telah salahfaham tentang kedudukan Melkisedek dalam situasi ini kerana terdapat penduaan pengantaraan di sini dalam mazhab ini. Melkisedek difahamkan sebagai pengantara syurgawi dan Kristus sebagai pengantara duniawi. Idea ini juga ditemui di kalangan cabang-cabang Paulicia di Eropah (contohnya Bogomils: lihat ERE, Vol. 1, halaman 784 seterusnya), di mana Mesias dikenalpasti sebagai Mikhael. Idea bahawa Kristus adalah Melkisedek, timbul pada abad ke 20 dalam tulisan-tulisan H.W. Armstrong. Midrash berpendapat Melkisedek adalah Shem (Rashi: lihat Soncino, Kejadian 14:18). Melkisedek juga dikenalpasti sebagai Roh Kudus dalam sebuah karya tanpa nama yang disangkal oleh Jerome (Episod 73). (Teks-teks Pseudepigrafik dikaji lebih lanjut di bahagian lain).

 

Hayman mengatakan bahawa Skrol-skrol Laut Mati (DSS) nampaknya berpendapat bahawa tujuan untuk menjadi seorang dari ‘Anak-anak Tuhan’ dan sebagainya, boleh dicapai dalam kehidupan ini (lihat 1QH 3:19-23; 1QSb 4:22-6; 1QS 11:7-9; rujuk Jubilees 31:14). Pengungkapan masa kini Lukas 20:36 dipercayai juga menunjukkan kemungkinan sebegitu. Catatan zaman itu (dunia yang lain itu) bagaimanapun memindahkan kedudukan ini ke masa depan dan Hayman mungkin nampaknya terkeliru dengan pewaktuannya. Hayman mengatakan tema menjadi seperti kami menunjukkan dirinya sebagai sub-teks tersembunyi Judaisme dari Adam hingga Nachman dari Bratslav (halaman 5).

 

Hayman menganggap usul-usul ini sebagai tidak padan dengan apa yang dianggap Monoteisme transendental zaman selepas buangan. Dia mengatakan bahawa tempat-tempat angelologi (kemalaikatan) dan sihir Yahudi adalah

 

di mana bukti yang semakin nyata menjadikan sangat jelas keterusan kepercayaan dan amalan agama Yahudi dari sumber-sumber Kanaan purbanya.

 

Seperti yang Hayman katakan, siapakah para malaikat dan kepala malaikat, Kerubim dan Serafim, Iblis, Azazel dan Mastema? Pertanyaan ini baik sekali dijawab dengan mengambil Alkitab sebagai keseluruhan kohesif literal. Dari penyusunan literal kita dapat menentukan secara logik, identiti-identiti serta hubungan-hubungan Bani Syurgawi.

 

Hayman berpendapat bahawa:

 

Alkitab Ibrani cukup jelas tentang kenyataan bahawa watak-watak ini termasuk dalam kelas makhluk-makhluk syurgawi. .*%-! *1" / .*-! *1", anggota-anggota 'bani syurgawi' (.*/:% !"7). Yahweh termasuk dalam kelas makhluk-makhluk ini, namun dibezakan dari mereka oleh kerajaannya atas bani syurgawi. Bagaimanapun, dia bukannya berlainan dari mereka dari segi jenis. Ini membayangi asal-usul Yahweh yang mungkin sebagai seorang anggota bani syurgawi, iaitu Tuhan kebangsaan bangsa Israel, yang menjadi raja segala tuhan apabila dia dikenalpasti dengan El Elyon, kepala kumpulan tuhan Kanaan. Identifikasi Yahweh dengan El (.*%-!% !&% %&%*) adalah tema dasar Alkitab Ibrani. Namun Yahweh dalam zaman-zaman Perjanjian Lama mempunyai ramai saingan yang nyata dinamakan hingga menjadikannya cukup jelas bahawa tuhan-tuhan lain ini dipercayai wujud [contohnya Hakim-hakim 11:24 (Kamos); Yeremia 46:15 (Apis); Yeremia 49:1,3 (Milkom)].

 

Hayman memperhatikan bahawa Yahweh mempunyai, dalam kepercayaan umum, seorang pasangan perempuan. Bagaimanapun, di sini kita hanya mementingkan apa yang boleh dibuktikan dengan rujukan silang dengan teks alkitabiah.

 

Konsep pasangan perempuan tentunya timbul dari rujukan kepada hikmat dalam bentuk feminin dalam Amsal 8 (lihat juga dalam bab-bab kemudiannya). Barker (GREAT ANGEL, halaman 51 seterusnya), menyamakan konsep ini dengan konsep ibadah Ratu Syurga (Langit) yang dikutuk oleh Yeremia khususnya bab 44:17-30. Umat Israel di Mesir telah dihapuskan melainkan sebilangan kecil sisa disebabkan ibadah ilah ini. Ratu Syurga disimpulkan oleh Barker sebagai

 

watak yang diingati para penulis Enochic (tentang Henokh) dan para gnostik sebagai Hikmat dan golongan Kabbalist sebagai Shekinah, watak yang ditinggalkan pada masa pembaharuan Yosia telah dikenali para penyembahnya sebagai Ratu Syurga.

 

Yeremia 44:17-18 menunjukkan bahawa kultus ini telah bertapak di Yerusalem untuk beberapa lama. Apa yang kita tahu tentang kultus ini, mengenalpasti watak ini dengan Astarte, Ishtar atau Easter dan kuih-muih (penganan persembahan) yang disebutkan dalam Yeremia 44:19 adalah kuih-muih Easter tradisional, yang dibuat hingga hari ini. Idenfikasi Shekinah dan Hikmat dengan watak ini oleh Barker gagal untuk mengambil kira bukti yang ada walaupun dalam teksnya sendiri (contohnya Baruch 3:12; 3:36-37; 4:1). Hikmat lebih tepat lagi dikenali sebagai Roh Tuhan yang Tuhan berikan kepada Israel dalam hukum taurat. Konsep ini adalah berdasarkan gerak maju kebaikan penghabisan dari Tuhan sebagai aktiviti teratur. Hukum itu sepatutnya bermaksud sebagai konsep rohani (Ulangan 10:16; 30:6; Yeremia 4:4).

 

[Dia] memberikannya (she) kepada Yakub hamba[Nya] dan kepada Israel yang dikasihi[Nya]. Kemudiannya dia (she) muncul di atas bumi dan hidup di antara manusia (Baruch 3:36-37)

 

Para Deuteronomist (penganjur Ulangan) tidak menawarkan hukum itu sebagai ganti untuk hikmat dalam Ulangan 4:6. Hukum itu adalah hikmat namun, lebih penting lagi, Roh Kudus keluar dari sifat Tuhan dan ia sendirinya adalah hukum. Umat Trinitarian langsung tidak dapat memahami proses ini kerana ia di luar paradigma mereka. Kita akan mengkaji proses ini di bawah dan dalam volum seterusnya.

 

Konsep Monoteisme bangsa Israel dikemukakan oleh Hayman sebagai identifikasi Yahweh dengan El yang berlaku secara perlahan dan progresif seolah-olah yang seorang mengambil identiti yang seorang lagi dan bahawa El Elyon tidak difahami dan disembah Israel. Premis ini palsu sepenuhnya. Ia berpunca dari kegagalan untuk memahami salingkait Bani Syurgawi serta peranan-peranan yang diperuntukkan kepada mereka di bawah struktur monoteis itu. Lagi pula, ia mengandaikan bahawa tidak ada realiti sebenar kepada setiap makhluk yang dinamakan itu.

 

Yang penting, ia menyalahfaham sebab kepada keadaan-keadaan asal tohu dan bohu seperti yang ditunjukkan dalam Kejadian 1:2. Andaian keadaan kacau-bilau purbakala sendirinya merupakan satu salahfaham tentang maksud Kejadian. Kejadian boleh juga difahami sebagai kisah penciptaan semula dan bukannya cerita penciptaan ab origine.

 

Jika didekati dari sudut pandangan bahawa kacau-bilau itu merupakan hasil penderhakaan, maka kita dapat mula memahami apa yang diceritakan di dalam Alkitab. Lebih penting lagi, kita dapat mula menjelaskan penemuan-penemuan sains yang digali arkeologi dan geologi dengan tetap. Jangkamasa serta skop Kejadian dan kewibawaan Alkitab sekali lagi diangkat keluar dari lubang kecil mitologi kepada mana ia telah diasingkan. Andaian bahawa Alkitab adalah hasil perkembangan, hanya itu saja – satu andaian. Struktur ini difahami bukan saja dalam Israel purba. Ia adalah tema konsisten Timur Dekat purba. Allah Maha Esa dikenali sebagai El Elyon. Dia merupakan Allah Mahatinggi atau Bapa Segala Tuhan. Konsep Bapa Segalanya sebagai pencipta Tuhan-tuhan Lebih Tua adalah konsisten dari Asia Minor ke Afrika dan Eropah (lihat bawah). Mereka dikenali sebagai Elohim dalam bahasa Ibrani atau Elahin dalam bahasa Kasdim dan terdapat berbagai rujukan kepada mereka dalam Alkitab. Graves (The Greek Myths: 1, Pelican, 1986, dalam 28:3, halaman 114) mengataka bahawa:

 

Ibadah baru terhadap matahari sebagai Bapa segalanya nampaknya telah dibawa ke kawasan Aegean Utara oleh para imam monoteis Akhenaton yang dalam pelarian, pada abad keempat belas B.C. (SM), dan dicantumkan dengan kultus-kultus tempatan; lantas adanya dakwaan lawatan Orpheus ke Mesir.

 

Oleh itu, konsep Bapa Segalanya adalah satu kebiasaan di Mesir dan juga di Mesopotamia. Teks-teks Coffin menunjukkan bahawa konsep ini masih ada di Mesir. Tuhan sulung bahan zaman purba, jiwa ilahi mempunyai seorang Bapa (lihat Budge The Book of the Dead, Arkana, London, 1989, halaman 273-274). Tuhan besar memerintah tuhan-tuhan dalam Padang-padang Kedamaian yang dipanggil Elysian Fields (Padang-padang Elysian), lantas adanya hubungkait dengan kumpulan-kumpulan misteri (Budge, CX, halaman 319-323).

 

Hurtado mengatakan dalam rangkuman teks-teks Yahudi purba tersebut bahawa:

 

Berbagai teks yang memantulkan tradisi Yahudi purba menggambarkan seorang kepala malaikat dalam peranan ketua hamba Tuhan dan menggambarkan watak ini dengan baik sekali. Yang mungkin paling menyerlah sekali adalah malaikat Yahoel, yang dalamnya terletak nama Tuhan, dan Melkisedek syurgawi yang dikenalpasti sebagai Elohim Mazmur 82. Ini menunjukkan bahawa Judaisme memeluk idea bahawa Tuhan mempunyai seorang malaikat khusus yang lebih dimuliakan dari semua yang lain, yang kuasa dan kedudukannya membuatnya lebih rendah hanya kepada Tuhan dan yang memiliki sebahagian kemuliaan ilahi itu (halaman 81).

 

Hurtado cuba memuliakan Malaikat Besar ini melebihi semua malaikat lain sehingga ia bukan lagi hanya seorang malaikat. Dia bekerja dengan cara tertentu yang meletakkannya lebih tinggi dari semua malaikat lain. Malaikat ini bertindak sebagai wazir Tuhan dan dengan kuasa penuh mengerjakan kuasa namaNya.  Konsep ini secara dasarnya adalah betul. Bagaimanapun, fungsi penuh Bani Syurgawi perlu dikaji bersama individu ini. Lagi pula, akan ditunjukkan bahawa Binitarianisme tidak boleh didasarkan pada hubungan ini dan merupakan pelanggaran logik Monoteisme yang mustahli dari segi falsafah.

 

Tugas kita adalah untuk membina semula rangka dalam mana struktur kumpulan elohim ini dikatakan bekerja. Dari sini kita boleh memahami Monoteisme alkitabiah dengan lebih baik dan, mungkin, memandang Kekristianan dengan lebih tepat lagi. Kita akan teruskan dengan memeriksa teks-teks Perjanjian Lama serta peranan Malaikat YHVH dan Anak-anak Tuhan. Dalam bab-bab seterusnya kita akan mengkaji struktur Perjanjian Baru serta kedudukan Kristus dalam teks-teks tersebut disalingkaitkan kepada Perjanjian Lama. Kita akan kemudiannya memeriksa kedudukan-kedudukan Pseudepigrafi dan Kristian yang terkemudian. Buku berikutnya kemudiannya akan membereskan perkembangan doktrin Trinitas Kekristianan moden.

 

q