Jemaat-jemaat Allah Al Masehi

[009]

 

 

 

 

Kebebasan dan Tanggungjawab [009]

(Edition 2.0 19940327-19991022)

 

Karya ini meninjau tanggungjawab umat Kristian secara individu dalam terang Paskah serta Perayaan Roti Tidak Beragi. Pengorbanan Yesus Kristus sewaktu penyalibannya itu bagi menggantikan orang-orang berdosa seperti Barabas akan diteliti.

 

 

 

Christian Churches of God

 

PO Box 369, WODEN ACT 2606, AUSTRALIA

E-mail: secretary@ccg.org

 

(Hakcipta ã 1994, 1999 Wade Cox)

(Tr. 2004)

 

Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan.  Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan.  Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.

 

Karya ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org

 

 

 

 

 

 

 

 

Kebebasan dan Tanggungjawab [009]



Hari pertama dalam perayaan Roti Tidak Beragi merayakan keluaran orang Israel dari Mesir, dan keluaran ini adalah merupakan pemergian kita dari Mesir atau dosa ( sistem yang dikendalikan oleh Elohim yang jatuh, yakni Warga jahat di dalam dunia ini).

 

Satu daripada perkara yang menyifatkan Mesir, atau Mesir spiritual seperti yang kita faham, adalah bahawa sistem ini bermatlamat terus kepada mengelakkan dan melawan kepada penyembahan terhadap satu-satunya Allah yang Benar. Sebagai contoh, Mesir diperintah dibawah kalendar solar, kalendar yang berbeza dengan lunar-solar kalendar yang disediakan oleh Allah bagi menyembah Dia. Sementara orang Israel kekal di Mesir, ianya mustahil bagi mereka untuk menyembah dengan betul satu-satunya Allah yang Benar disebabkan oleh perkara ini. Dasar kalendar Mesir telah mengelakkan mereka dari menyembah Allah.

 

Hukum Allah, termasuk kalendar, sedang dipulihkan. Bagaimana pun, walaupun kita terlibat di dalam pemulihan hukum tersebut, terdapat tekanan yang cuba untuk menjatuhkan pemulihan yang sudah terlaksana. Terdapat serangan terhadap konsep Hukum Allah yang tidak boleh berubah, dan ianya (Hukum) adalah merupakan satu ikatan kewajiban pada orang Kristian pada masa sekarang.

 

Ianya didakwa oleh beberapa orang bahawa Hari-hari Suci adalah tradisi Alkitabiah, yakni tradisi Allah. Maka apakah bezanya di antara memelihara perayaan Krismas sebagai satu tradisi dan Hari-hari Suci Allah, sekiranya ia juga adalah semata-mata satu tradisi? Sekiranya Hari-hari Suci ini adalah semata-mata satu tradisi, ianya menjadi lebih muda untuk menyalurkan kepada mereka perkara yang tidak diperlukan atau tuntutan yang tidak terikat ke atas orang Kristian.

 

Tidak ada keraguan bahawa orang yang anti-Nomianisme yang tidak disukai adalah lazim di dalam Jemaat pada masa sekarang. Anti-Nomianisme datang dari dua perkataan: anti bererti menentang atau menolak, dan normas bererti hukum. Anti-Nomianisme bererti “tidak ada perundangan” atau “anti-hukum”. Sesungguhnya, sekali kamu meninggalkan penyembahan terhadap Satu-satunya Allah yang Benar bagi menyembah tuhan lain dari khayalan manusia, satu proses tidak berhukum dan kemerosotan akan bermula seperti yang ditunjukkan dalam Roma 1:18-32.

 

Apakah kaitan dalam perkara ini dengan musim Paskah? Pada masa akhir kehidupan Kristus, dua kejadian dan dua orang telah disebut. Dan terdapat pelajaran yang penting dari kejadian-kejadian ini dan apa yang telah berlaku dengan orang-orang ini. Matius 27 memetik cerita mengenai orang yang pertama dari individu-individu ini. Barabas adalah seorang penjenayah yang terkenal pada kurun pertama di Palestin.

 

Matius 27:11-16 11 Lalu Yesus dihadapkan kepada wali negeri. Dan wali negeri bertanya kepada-Nya: "Engkaukah raja orang Yahudi?" Jawab Yesus: "Engkau sendiri mengatakannya."  12 Tetapi atas tuduhan yang diajukan imam-imam kepala dan tua-tua terhadap Dia, Ia tidak memberi jawab apapun. 13 Maka kata Pilatus kepada-Nya: "Tidakkah Engkau dengar betapa banyaknya tuduhan saksi-saksi ini terhadap Engkau?" 14 Tetapi Ia tidak menjawab suatu katapun, sehingga wali negeri itu sangat heran. 15 Telah menjadi kebiasaan bagi wali negeri untuk membebaskan satu orang hukuman pada tiap-tiap hari raya itu atas pilihan orang banyak. 16 Dan pada waktu itu ada dalam penjara seorang yang terkenal kejahatannya yang bernama Yesus Barabas.

 

Markus 15:6-7 menambah beberapa perincian.

 

Markus 15:6-7 6 Telah menjadi kebiasaan untuk membebaskan satu orang hukuman pada tiap-tiap hari raya itu menurut permintaan orang banyak. 7 Dan pada waktu itu adalah seorang yang bernama Barabas sedang dipenjarakan bersama beberapa orang pemberontak lainnya. Mereka telah melakukan pembunuhan dalam pemberontakan.

 

Lukas 23:13-25 melengkapkan kisah ini.

 

Lukas 23:13-25 13 Lalu Pilatus mengumpulkan imam-imam kepala dan pemimpin-pemimpin serta rakyat, 14 dan berkata kepada mereka: "Kamu telah membawa orang ini kepadaku sebagai seorang yang menyesatkan rakyat. Kamu lihat sendiri bahwa aku telah memeriksa-Nya, dan dari kesalahan-kesalahan yang kamu tuduhkan kepada-Nya tidak ada yang kudapati pada-Nya.  15 Dan Herodes juga tidak, sebab ia mengirimkan Dia kembali kepada kami. Sesungguhnya tidak ada suatu apapun yang dilakukan-Nya yang setimpal dengan hukuman mati. 16 Jadi aku akan menghajar Dia, lalu melepaskan-Nya." 17 (Sebab ia wajib melepaskan seorang bagi mereka pada hari raya itu.) 18 Tetapi mereka berteriak bersama-sama: "Enyahkanlah Dia, lepaskanlah Barabas bagi kami!" 19 Barabas ini dimasukkan ke dalam penjara berhubung dengan suatu pemberontakan yang telah terjadi di dalam kota dan karena pembunuhan. 20 Sekali lagi Pilatus berbicara dengan suara keras kepada mereka, karena ia ingin melepaskan Yesus. 21 Tetapi mereka berteriak membalasnya, katanya: "Salibkanlah Dia! Salibkanlah Dia!" 22 Kata Pilatus untuk ketiga kalinya kepada mereka: "Kejahatan apa yang sebenarnya telah dilakukan orang ini? Tidak ada suatu kesalahanpun yang kudapati pada-Nya, yang setimpal dengan hukuman mati. Jadi aku akan menghajar Dia, lalu melepaskan-Nya." 23 Tetapi dengan berteriak mereka mendesak dan menuntut, supaya Ia disalibkan, dan akhirnya mereka menang dengan teriak mereka. 24 Lalu Pilatus memutuskan, supaya tuntutan mereka dikabulkan. 25 Dan ia melepaskan orang yang dimasukkan ke dalam penjara karena pemberontakan dan pembunuhan itu sesuai dengan tuntutan mereka, tetapi Yesus diserahkannya kepada mereka untuk diperlakukan semau-maunya.

 

Di sini, kita melihat satu gambaran yang mengagumkan. Seorang manusia, yang bernama Barabas, seorang penjenayah yang terkenal. Dia disabit kesalahan kerana membunuh dan menderhaka, dan boleh membawa kepada hukuman mati dibawah hukum Yahudi dan Roma. Tetapi, dia dibebaskan oleh kerana seorang yang tidak bersalah iaitu, Yesus sang Mesiah. Yesus tidak pernah melanggar perintah hukum Roma, dan dia tidak pernah melanggar hukum orang Yahudi (iaitu Hukum Allah). Tidak ada dasar perundangan terhadap pertuduhan yang diberikan kepadanya.

 

Lebih lagi, keseluruhan proses penghakiman tidak digunakan. Yesus telah dikhianati oleh satu daripada anak muridnya. Dia dihakimi di dalam Sidang Sanhedrin kerana tuduhan menghujat, dan kemudian pertuduhannya ditukar kepada menderhaka terhadap pemerintah Roma ketika dia diserahkan kepada Pilatus. Selepas diperiksa oleh Pilatus, dia didapati tidak bersalah terhadap pertuduhan-pertuduhan tersebut.

 

Tetapi, Pilatus menyerahkan penghakiman Kristus ini kepada orang yang berkerumun. Dan dengan dahsyatnya, orang ramai ini memintah darah Yesus ditanggungkan ke atas mereka:

 

Matius 27:25 25 Dan seluruh rakyat itu menjawab: "Biarlah darah-Nya ditanggungkan atas kami dan atas anak-anak kami!"

 

Dengan melakukan perkara ini, mereka sebenarnya menggenapkan nubuatan. Ingat kembali, bahawa sewaktu anak domba Paskah disembeli, darahnya dipercik di tiang pintu dan anjung-anjung. Meminta darah Kristus ditanggungkan ke atas mereka, bererti Israel, atau orang Yahudi, akan menggenapi apa yang digambarkan dengan memercik darah pada di tiang-tiang pintu rumah yakni yang ditutupi dengan darah anak domba Paskah.

 

Tetapi lihatlah kepada Barabas. Dia sepatutnya mati tetapi telah dibebaskan. Bayangkan perasaan gembira yang dialaminya. Cuba anda bayangkan sekiranya kamu yang mengalaminya dan bayangkan semua perkara yang mungkin terlintas dalam benakmu. Kebebasan untuk hidup bersama keluarga, sahabat-handai dan sanak saudara. Satu kelegaan dalam hidup. Pernah berfikir “siapakah orang ini yang akan mati di tempat saya?”.

 

Bagaimana pun, apa yang berlaku kepada Barabas bukan hanya satu kejadian semata-mata. Kisah tentang Barabas ini mempunyai maksud yang penting kerana dia adalah mewakili jenis semua manusia. Semua kita telah berdosa. Semua kita akan mengakibatkan hukuman maut ke atas diri kita (Roma 6:23).

 

1Yohanes 3:15 15 Setiap orang yang membenci saudaranya, adalah seorang pembunuh manusia. Dan kamu tahu, bahwa tidak ada seorang pembunuh yang tetap memiliki hidup yang kekal di dalam dirinya.

 

Istilah benci di sini adalah rasa kebencian, tetapi ianya juga digunakan di mana-mana dengan maksud kurang mengasihi secara perbandingan. Sikap memihak adalah kuasa yang membunuh. Ianya adalah dosa (Yak 2:9). Sekiranya ada di antara kita yang pernah membenci seseorang atau bersikap memihak, maka kita berada di dalam lingkungan kuasa yang boleh membunuh seperti yang dibicarakan di dalam Yohanes. Tentu sahaja Barabas, adalah seorang pembunuh dalam erti kata literal. Barabas juga bersalah kerana menderhaka dan terlibat dalam pemberontakan. Mungkin kita tidak pernah terlibat dalam pemberontakan serta penderhakaan secara langsung terhadap kerajaan manusia, tetapi kita semua pernah memberontak terhadap Allah (Roma 3:10-17; 8:7) dan justru itu, meletakkan diri kita di luar kehendak Allah dan oleh kerana itu, terlibat secara tidak langsung penderhakaan terhadap Allah.

 

Maka, barabas mewakili jenis setiap umat manusia dan setiap kita secara individu. Sekarang Barabas telah dibebaskan sebagai ganti Kristus. Salib di mana Kristus dipalang diperuntukkan bagi Barabas. Kesakitan dan pukulan yang dirasai oleh Kristus sebenarnya diperuntukkan bagi Barabas. Maka, contoh dalam kisah Barabas menunjukkan kepada kita harga yang tinggi telah dibayar bagi kebebasan kita.

 

Yang terakhir, apabila kita menyebut nama Barabas, kita mendapati sesuatu perkara yang menarik. Namanya secara literal bermaksud anak bapa. Bar bererti anak. Sebagai contoh, Simon Bar-Yunus bererti Simon anak kepada Yunus. Abbas atau abba bererti bapa. Demikian juga kita adalah anak-anak (sebutan umum) kepada Bapa di Sorga (Roma 8:15). Justru itu, kita lihat bahawa contoh dalam kisah Barabas mengajar kita, di antara perkara-perkara yang lain, tentang harga yang tinggi telah dibayar untuk kita menjadi anak-anak kepada Bapa di mana anak-anaknya akan bebas dari kematian, melalui harga darah yang diberikan oleh saudara kita Yesus, Sang Mesiah.

 

Sejurus selepas Barabas dibebaskan, Kristus telah dibawah keluar dan didera. Kitamendapati kisah ini dalam Lukas 23:26.

 

Lukas 23:26 26 Ketika mereka membawa Yesus, mereka menahan seorang yang bernama Simon dari Kirene, yang baru datang dari luar kota, lalu diletakkan salib itu di atas bahunya, supaya dipikulnya sambil mengikuti Yesus.

 

Bayangkan situasi ini. Deraan yang ditanggung oleh Kristus menyebabkan kematian yang serta merta. Kristus menjadi lemah dan tubuhnya menjadi lebam-lebam dan kekuatannya berkurangan. Dia sesungguhnya dianiaya hidup-hidup. Para tentera Roma meletakkan palang salib itu dibawah bahu Kristus.

 

Yohanes 19-17 17 Sambil memikul salib-Nya Ia pergi ke luar ke tempat yang bernama Tempat Tengkorak, dalam bahasa Ibrani: Golgota.

 

Yesus keluar dengan membawa salibnya sendiri. Bagaimana pun, Yesus sememangnya tergelincir atau tersandung atau mungkin pengsan kerana beban salib itu. Perinciannya tidak diberikan kepada kita. Dan ianya jelas bagi para tentera bahawa Yesus tidak mampu memikul salibnya sehingga ke bukit Golgota, yakni tempat bagi tengkorak-tengkorak. Satu daripada tentera itu mencadangkan untuk mengambil seseorang dari antara orang ramai, dan memanggil orang yang lalu di sana, iaitu Simon dari Cyrene. Bayangkan apa yang difikirkan oleh Simon pada ketika ini. “Mengapa mereka mengganggu saya? Saya tidak melakukan apa-apa kesalahan. Saya tidak mahu terlibat apa-apa dalam hal ini. Apa terjadi sekiranya mereka silap dan menyalibkan saya dan bukannya dia? Saya ingin tahu apakah yang dia telah lakukan sehingga dia dihukum mati?”

 

Bawa salib ini sekarang!” tentera itu mungkin berteriak kepada dia. Mungkin juga dia ditolak di sepanjang jalan sama ada dibelakang atau didepan Yesus yang sudah cedera. Selepas membawa salib itu ke atas, dia mungkin terus meletakkan salib itu dan kembali ke kalangan orang ramai secepat mungkin.

 

Sekali lagi, apa yang terjadi dengan Simon memberi satu pelajaran kepada kita. Apa yang dilakukan oleh Simon adalah mewakili perbuatan di mana semua kita harus lakukan. Kita harus menjadi seperti Yesus Kristus dan mengongsikan bebanannya.

 

Matius 10:24-25 24 Seorang murid tidak lebih dari pada gurunya, atau seorang hamba dari pada tuannya. 25 Cukuplah bagi seorang murid jika ia menjadi sama seperti gurunya dan bagi seorang hamba jika ia menjadi sama seperti tuannya. Jika tuan rumah disebut Beelzebul, apalagi seisi rumahnya.

 

Hamba tidak lebih besar daripada gurunya. Pengorbanan Yesus telah membayar upah dosa kita, tetapi ianya tidak membuka tanggungjawab kita untuk menuruti Allah. Masih banyak perkara yang diharapkan Allah kita lakukan. Dan, mereka yang telah diberikan lebih, akan diminta lebih. Jadi, terdapat kejajaran di antara pelayanan Simon kepada Kristus pada hari Paskah itu dan apa yang dikehendaki oleh Allah dari kita sekarang.

 

Ketika Yesus berjalan di jalan yang berdebu di Yudea, ramai orang yang mengikutinya. Beberapa di antara mereka mempunyai soalan-soalan. Ada yang mahukan kesembuhan atau pertolongan. Ada orang yang mahu melihat mukjizat atau ingin melihat kuasa ilahi. Ada di antara mereka yang mahu diberi makan. Tetapi terlalu sedikit yang mahu mengikuti apa yang diajar oleh Yesus. Pada satu ketika, Yesus berhenti dan memberikan satu tanggungjawab yang berat ke atas bahu-bahu mereka yang datang untuk mendengar ajarannya. Yesus meletakkan tanggungjawab yang sama kepada kita hari ini dan dia telah memberikan kita kriteria sebagai murid-murid dalam Lukas 14.

 

Lukas 14:26-27 26 "Jikalau seorang datang kepada-Ku dan ia tidak membenci bapanya, ibunya, isterinya, anak-anaknya, saudara-saudaranya laki-laki atau perempuan, bahkan nyawanya sendiri, ia tidak dapat menjadi murid-Ku. 27 Barangsiapa tidak memikul salibnya dan mengikut Aku, ia tidak dapat menjadi murid-Ku.

 

Istilah benci di sini adalah kurang mengasihi secara perbandingan. Contoh Simon adalah bahawa dia mengongsikan pembawaan salib Kristus. Salib itu mejadi satu lambang penganiayaan orang Kristian. Ia adalah lambang kehinaan (Ibr 12:1-3; 1 Kor 1:8-25).  Konsep keseluruhan salib adalah kerelaan untuk memberikan nyawa kepada orang lain. Yesus telah rela melakukan perkar ini (Yoh 15:9-17). Yesus telah dianiaya kerana perkhabarannya dan demikian juga dengan kita sekiranya kita setia kepada perkhabarn itu (Yoh 15:18-21). Yesus rela memberikan nyawanya, dengan hidup sebagai manusia biasa di kalangan kita, dan dalam penganiayaan yang dilaluinya dan kematian di dalam keadaan yang hina dan tidak berperikemanusiaan.

 

Yesus berkata dia menganggap kita sebagai sahabat-sahabatnya. Sekiranya dia menganggap kita sebagai sahabat, demikian juga kita harus rela untuk memberikan nyawa kita dalam keadaan yang sama, baik dengan cara literal atau khiasan kepada dia dan menjadi saudara-saudaranya, yakni saudara seiman kita dalam Jemaat. Berkongsikan beban antara satu dengan yang lain adalah menanggung beban Guru kita (Gal 6:2; Fil 2:1-4). Kita harus juga bersedia untuk memberikan nyawa kita dalam erti kata literal sekiranya itu yang dikehendaki Allah (Luk 14:28-33).

 

Pelajaran dalam kisah Barabas dan Simon dari Cyrene adalah sangat besar. Kita dibebaskan oleh Kristus supaya kita boleh menjadi anak-anak Bapa. Sekarang, sesudah kita dibebaskan, kita mempunyai tanggungjawab di bahu, satu cara kehidupan yang harus dilaksanakan, dan perkhabaran yang harus diberitakan. Marilah kita laksanakan tugasan-tugasan Allah Bapa kita.

 q