Jemaat-jemaat Allah Al Masehi

[011]

 

 

 

 

Langkah-langkah untuk Melawan Dosa [011]

(Edition 2.0 19940402-19970301)

 

 

Menganalisa perhubungan di antara dosa dan keluaran pada masa Perayaan Roti Tidak Beragi. Pelajaran-pelajaran ini dikembangkan.

 

 

 

 

Christian Churches of God

 

PO Box 369, WODEN ACT 2606, AUSTRALIA

E-mail: secretary@ccg.org

 

(Hakcipta ã 1994, 1997 Wade Cox)

(Tr. 2004)

 

Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan.  Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan.  Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.

 

Karya ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org

 

 

 

 

 

Langkah-langkah untuk Melawan Dosa [011]



Setiap musim perayaan Paskah, kita mengingati masa keluaran orang Israel dari Mesir. Allah membawa Israel keluar dengan penuh kekuasaan. Mereka telah berjaya dibebaskan oleh kuasa Allah. Mesir menjadi musnah. Tetapi tidak lama selepas Israel meninggalkan Mesir, Sesuatu yang ditetapkan oleh Allah, tetapi tidak disangka-sangka oleh Israel, telah berlaku.

 

Keluaran 14:1-4 1 Berfirmanlah TUHAN kepada Musa, demikian: 2 "Katakanlah kepada orang Israel, supaya mereka balik kembali dan berkemah di depan Pi-Hahirot, antara Migdol dan laut; tepat di depan Baal-Zefon berkemahlah kamu, di tepi laut. 3 Maka Firaun akan berkata tentang orang Israel: Mereka telah sesat di negeri ini, padang gurun telah mengurung mereka. 4 Aku akan mengeraskan hati Firaun, sehingga ia mengejar mereka. Dan terhadap Firaun dan seluruh pasukannya Aku akan menyatakan kemuliaan-Ku, sehingga orang Mesir mengetahui, bahwa Akulah TUHAN." Lalu mereka berbuat demikian.

 

Allah mengetahui Firaun dan bala tenteranya akan mengejar umat Israel.

 

Keluaran 14:5-13 5 Ketika diberitahukan kepada raja Mesir, bahwa bangsa itu telah lari, maka berubahlah hati Firaun dan pegawai-pegawainya terhadap bangsa itu, dan berkatalah mereka: "Apakah yang telah kita perbuat ini, bahwa kita membiarkan orang Israel pergi dari perbudakan kita?" 6 Kemudian ia memasang keretanya dan membawa rakyatnya serta. 7 Ia membawa enam ratus kereta yang terpilih, ya, segala kereta Mesir, masing-masing lengkap dengan perwiranya. 8 Demikianlah TUHAN mengeraskan hati Firaun, raja Mesir itu, sehingga ia mengejar orang Israel. Tetapi orang Israel berjalan terus dipimpin oleh tangan yang dinaikkan. 9 Adapun orang Mesir, segala kuda dan kereta Firaun, orang-orang berkuda dan pasukannya, mengejar mereka dan mencapai mereka pada waktu mereka berkemah di tepi laut, dekat Pi-Hahirot di depan Baal-Zefon. 10 Ketika Firaun telah dekat, orang Israel menoleh, maka tampaklah orang Mesir bergerak menyusul mereka. Lalu sangat ketakutanlah orang Israel dan mereka berseru-seru kepada TUHAN,  11 dan mereka berkata kepada Musa: "Apakah karena tidak ada kuburan di Mesir, maka engkau membawa kami untuk mati di padang gurun ini? Apakah yang kauperbuat ini terhadap kami dengan membawa kami keluar dari Mesir? 12 Bukankah ini telah kami katakan kepadamu di Mesir: Janganlah mengganggu kami dan biarlah kami bekerja pada orang Mesir. Sebab lebih baik bagi kami untuk bekerja pada orang Mesir dari pada mati di padang gurun ini." 13 Tetapi berkatalah Musa kepada bangsa itu: "Janganlah takut, berdirilah tetap dan lihatlah keselamatan dari TUHAN, yang akan diberikan-Nya hari ini kepadamu; sebab orang Mesir yang kamu lihat hari ini, tidak akan kamu lihat lagi untuk selama-lamanya.

 

Umat Israel merasa takut apabila mereka mengetahui bala tentera Firaun mengejar mereka. Bagaimana pun, di dalam ayat 15-31 menjelaskan bagaimana Allah mengalahkan tentera Mesir di dalam lautan.

 

Tetapi perkara ini tidak berhenti di sini sahaja. Paulus meringkaskan 40 tahun berikutnya tentang keadaan Israel dalam 1 Korintus 10.

 

1Korintus 10:1-10 1 Aku mau, supaya kamu mengetahui, saudara-saudara, bahwa nenek moyang kita semua berada di bawah perlindungan awan dan bahwa mereka semua telah melintasi laut. 2 Untuk menjadi pengikut Musa mereka semua telah dibaptis dalam awan dan dalam laut.  3 Mereka semua makan makanan rohani yang sama 4 dan mereka semua minum minuman rohani yang sama, sebab mereka minum dari batu karang rohani yang mengikuti mereka, dan batu karang itu ialah Kristus. 5 Tetapi sungguhpun demikian Allah tidak berkenan kepada bagian yang terbesar dari mereka, karena mereka ditewaskan di padang gurun. 6 Semuanya ini telah terjadi sebagai contoh bagi kita untuk memperingatkan kita, supaya jangan kita menginginkan hal-hal yang jahat seperti yang telah mereka perbuat, 7 dan supaya jangan kita menjadi penyembah-penyembah berhala, sama seperti beberapa orang dari mereka, seperti ada tertulis: "Maka duduklah bangsa itu untuk makan dan minum; kemudian bangunlah mereka dan bersukaria." 8 Janganlah kita melakukan percabulan, seperti yang dilakukan oleh beberapa orang dari mereka, sehingga pada satu hari telah tewas dua puluh tiga ribu orang. 9 Dan janganlah kita mencobai Tuhan, seperti yang dilakukan oleh beberapa orang dari mereka, sehingga mereka mati dipagut ular. 10 Dan janganlah bersungut-sungut, seperti yang dilakukan oleh beberapa orang dari mereka, sehingga mereka dibinasakan oleh malaikat maut.

 

Jadi, kita melihat sesuatu yang menarik. Keluaran Israel dari Mesir, seperti yang kita faham, adalah sama dengan keluaran kita dari dosa dan dari sistem tuhan dalam dunia, yakni Iblis. Firaun adalah sama dengan Iblis. Sebenarnya dia adalah suruhan Iblis. Tetapi selepas umat Israel meninggalkan Mesir, Firaun mengejar mereka. Sekarang Allah telah memusnahkan bala tentera Firaun di dalam Laut Merah. Allah mengeluarkan umat Israel dari tanah Mesir. Tetapi dia tidak mengeluarkan Mesir dari Israel. Mereka tetap berdosa, jatuh, dan menjadi tidak menurut, kerana Mesir masih berada di dalam fikiran mereka dan kerana penguasa Mesir yang tidak boleh dilihat, yakni Iblis, mendorong serta memaksa mereka untuk berbuat dosa. Keadaan ini berlanjutan walaupun mereka sudah keluar dari Mesir dan telah “dibaptiskan” oleh Musa di laut.

 

Paulus menggunakan contoh umat Israel ini sebagai satu pelajaran bagi orang Kristian. Mari kita mengupas konteksnya.

 

1Korintus 9:24-27 24 Tidak tahukah kamu, bahwa dalam gelanggang pertandingan semua peserta turut berlari, tetapi bahwa hanya satu orang saja yang mendapat hadiah? Karena itu larilah begitu rupa, sehingga kamu memperolehnya! 25 Tiap-tiap orang yang turut mengambil bagian dalam pertandingan, menguasai dirinya dalam segala hal. Mereka berbuat demikian untuk memperoleh suatu mahkota yang fana, tetapi kita untuk memperoleh suatu mahkota yang abadi. 26 Sebab itu aku tidak berlari tanpa tujuan dan aku bukan petinju yang sembarangan saja memukul. 27 Tetapi aku melatih tubuhku dan menguasainya seluruhnya, supaya sesudah memberitakan Injil kepada orang lain, jangan aku sendiri ditolak.

 

Ayat 27 dengan langsung membawa kepada ayat 1 dalam bab 10. Paulus menggunakan contoh umat Israel sebagai satu amaran supaya tidak menjadikan bangsa kita menjadi musnah.

 

1Korintus 10:11-12 11 Semuanya ini telah menimpa mereka sebagai contoh dan dituliskan untuk menjadi peringatan bagi kita yang hidup pada waktu, di mana zaman akhir telah tiba. 12 Sebab itu siapa yang menyangka, bahwa ia teguh berdiri, hati-hatilah supaya ia jangan jatuh!

 

Sekiranya kamu ingat bahawa kamu berdiri, berhati-hatilah supaya kamu jangan terjatuh!

 

Bagaimana kita jatuh daripada rahmat Allah atau diampuni dari dosa kita pada masa lalu dalam pengorbanan Kristus?  Dengan jatuh kedalam masalah yang sama dengan masalah umat Israel ketika dasar fikiran mereka tertumpu di Mesir, telah menguasai serta mengendalikan cara mereka berfikir.

 

Apa yang harus kita hadapi ialah bahawa, walaupun Allah membawa kita keluar dari “Mesir”, dia tidak membuka “Mesir” atau “dosa” dari keperibadian kita. Seperti Firaun mengejar umat Israel, begitu juga “dosa” akan “mengejar” kita.  Seperti “dasar fikiran Mesir” masih berada dalam hati dan fikiran umat Israel di padang belantara, dan membawa kepada penggulingan mereka yang berusia di atas 20, demikian juga “fikiran” atau “kuasa” dosa masih berada di dalam sifat kita dan boleh membawa kepada penggulingan kita sekiranya kita tidak tekun. Dan juga, Allah telah menawan Firaun, tetapi Dia membiarkan penguasa Firaun iaitu Iblis, terus berkuasa dan menguasai dasar “fikiran Mesir” ini yang mana masih di dalam Israel.

 

Kita perlu faham bahawa dosa bukan sahaja pelanggaran terhadap hukum Allah. Tetapi dosa merupakan satu kuasa dinamik yang sebenarnya, satu kuasa yang berada dalam sifat keperibadian manusia. Paulus menerangkan perkara ini sebagai satu hukum.

 

Roma 7:21-23 21 Demikianlah aku dapati hukum ini: jika aku menghendaki berbuat apa yang baik, yang jahat itu ada padaku. 22 Sebab di dalam batinku aku suka akan hukum Allah, 23 tetapi di dalam anggota-anggota tubuhku aku melihat hukum lain yang berjuang melawan hukum akal budiku dan membuat aku menjadi tawanan hukum dosa yang ada di dalam anggota-anggota tubuhku.

 

Rasul Yohanes telah diberi inspirasi untuk menulis:

 

1Yohanes 1:8 8 Jika kita berkata, bahwa kita tidak berdosa, maka kita menipu diri kita sendiri dan kebenaran tidak ada di dalam kita.

 

Paulus, tentu sahaja menulis selepas menjadi orang Kristian untuk beberapa tahun dan Yohanes hampir menjangkau akhir usia disekitar 90 CE. Walaupun selepad masa yang lama, setiap manusia mengetahui bahawa dia mempunyai peperangan dengan dosa yang berterusan. Masalahnya ialah bahawa pembaptisan dan pertobatan dan malah penerimaan roh Allah tidak menyingkirkan prinsip-prinsip berdosa, seperti yang dipanggil oleh Paulus sebagai dari sifat keperibadian kita. Ianya tetap kekal sebagai kuasa dinamik atau kuasa terdapat di dalam diri kita.

 

Dosa adalah seperti penyakit kanser. Terdapat jenis penyakit kanser yang memakan tubuh manusia secara literal. Ianya akan memakan tisu-tisu lembut dan juga tisu yang tepu, dan malah memakan tulang kita sekiranya tidak diperiksa. Ianya proses yang sama dengan dosa. Apa yang bermula dengan satu masalah yang kecil boleh menjadi satu masalah yang besar dan sekiranya kita tidak berhati-hati, satu masalah maut akan terjadi dalam erti kata kita tidak akan mengalami kebangkitan yang pertama.

 

Paulus menerangkan proses ini dengan menggunakan analogi ragi.

 

Galatia 5:9 9 Sedikit ragi sudah mengkhamirkan seluruh adonan.

 

Galatia 5:9 walapun terdapat infeksi yang sedikit di dalam masyarakat, iaya akan menyebar sehingga seluruh masyarakat mendapat kesannya. (Barclay).

 

Ragi adalah organisma yang hidup. Ianya boleh mewakili roh Allah yang positif atau roh Iblis yang negatif. Oleh kerana ragi adalah organisma yang hidup, ianya boleh bertumbuh dan menyebar ke seluruh adunan, yang mana sebenarnya mengubah dan bertukar kepada bentuknya sendiri, yakni mengikut bentuk adunannya.

 

Apabila kita datang kepada Allah dan dibaptiskan, kehidupan kita dianggap sebagai tidak beragi oleh Allah (1 Kor 5:7) dan Dia memberikan kepada kita ragi baru daripada RohNya. Ragi inilah kita yang harus kita tumbuhkan dan tambahkan di dalam diri kita. Tetapi kulat dosa masih bersemayan di dalam sifat kita dan, sekiranya kita tidak berhati-hati, ia juga boleh bertumbuh, bertambah dan menyebar di seluruh hidup kita.

 

Tentu sahaja ianya bukan masalah kita sepenuhnya bahawa kita harus berlawan dengan dosa. Iblis sentiasa ada dengan aktif untuk menghasut serta mencipta dosa. Dialah yang memberikan kuasa kepada dosa. Iblislah yang menyebarkan fikiran, sikap, nafsu dan godaan yang timbul di dalam diri kita, kemahuan untuk melanggar hukum Allah dan maka itu kita berdosa (Ef 2:2). Maksudnya ialah bahawa kita berada di dalam kanca peperangan melawan dosa atas dua muka. Kita harus berperang melawan nafsu dari kemahuan daging kita sendiri.

 

1Petrus 2:11 11 Saudara-saudaraku yang kekasih, aku menasihati kamu, supaya sebagai pendatang dan perantau, kamu menjauhkan diri dari keinginan-keinginan daging yang berjuang melawan jiwa.

 

Kita juga harus melawan pencipta dosa, Setan Iblis.

 

1Petrus 5:8-9 8 Sadarlah dan berjaga-jagalah! Lawanmu, si Iblis, berjalan keliling sama seperti singa yang mengaum-aum dan mencari orang yang dapat ditelannya. 9 Lawanlah dia dengan iman yang teguh, sebab kamu tahu, bahwa semua saudaramu di seluruh dunia menanggung penderitaan yang sama.

 

Jadi, terdapat dua sifat di dalam diri kita, sifat ilahi Allah yang diberikan oleh roh Allah yang melakukan kebenaran dan menuruti hukum Allah, dan sifat berdosa yang berasal dari Iblis yang mana mendapat kekuatan dan kuasanya daripada Iblis secara berterusan. Dua sifat ini wujud sebelah-menyebelah di dalam diri kita tetapi kedua-duanya sama sekali bertentangan (Roma 7:7-25; Gal 5:17).

 

Galatia 5:17 17 Sebab keinginan daging berlawanan dengan keinginan Roh dan keinginan Roh berlawanan dengan keinginan daging--karena keduanya bertentangan--sehingga kamu setiap kali tidak melakukan apa yang kamu kehendaki.

 

Hidup bagi setiap kita berkisar di sekeliling peperangan ini, peperangan di dalam fikiran kita, di antara dua sifat ini. Bagaimana pun, ada kunci untuk memenangi peperangan ini iaitu kita harus memberi makan kepada sifat spiritual dan membuat sifat berdosa ini kelaparan. Kita sudah menlibat bukti dari kunci ini dalam 1 Petrus 2:11, tetapi dalam Galatia 5:16, Paulus memberi kepada kita petunjuk perang yang sama.

 

Galatia 5:16 16 Maksudku ialah: hiduplah oleh Roh, maka kamu tidak akan menuruti keinginan daging.

 

Sekarang kita akan bincangkan beberapa cara untuk kita “memberi makan sifat spiritual” dan kemudian meninjau beberapa cara untuk “melaparkan sifat berdosa” ini.

 

Memberi Makan Sifat Spiritual

 

1. Belajar Alkitab

 

Apabila Yesus berdepan dengan sumber kepada sifat berdosa, yakni Setan atau Iblis, dalam pencubaan di padang belantara, dia mengetahui di mana kekuatannya.

 

Matius 4:4 4 Tetapi Yesus menjawab: "Ada tertulis: Manusia hidup bukan dari roti saja, tetapi dari setiap firman yang keluar dari mulut Allah."

 

Ianya menjadi matlamat kita dalam pembelajaran Alkitab untuk memenuhi serta menyerap fikiran kita dengan dasar-dasar fikiran Allah, supaya apabila kita dicabar oleh dosa dalam fikiran atau perbuatan, kita mempunyai jawapan dari Alkitab untuk melawan cubaan. Oleh itu, Alkitab disifatkan sebagai pedang roh atau sifat spiritual Allah berkembang di dalam diri kita. Ianya adalah senjata pertama kita dalam peperangan (Ef 6:17).

 

2. Selalu Berdoa

 

Paulus memberitahu kita dlam Roma 12:12 untuk:

 

Roma 12:12 12 Bersukacitalah dalam pengharapan, sabarlah dalam kesesakan, dan bertekunlah dalam doa!

 

Orang Kristian diulang-ulang untuk diingatkan untuk datang kepada Allah dalam doa tentang apa sahaja perkara (Ef 6:18; Fil 4:6; Rom 12:12; Kol 4:2; 1 Pet 4:7 dll). Roh Allah datang dari Bapa (Yoh 14:16, 26; 15:26).  Ianya hanya dengan mengambil masa bersama dengan Allah Bapa di dalam doa yang membolehkan kita menerima lebih banyak rohNya dan ini boleh memberi makan kepada sifat spiritual di dalam diri kita.

 

3. Meditasi

 

Daud diberi inspirasi untuk mencatat:

 

Mazmur 119:97-99 97 Betapa kucintai Taurat-Mu! Aku merenungkannya sepanjang hari. 98 Perintah-Mu membuat aku lebih bijaksana dari pada musuh-musuhku, sebab selama-lamanya itu ada padaku. 99 Aku lebih berakal budi dari pada semua pengajarku, sebab peringatan-peringatan-Mu kurenungkan.

 

Kita berada di dalam peperangan. Melalui meditasi yang mana merupakan asimilasi aktif dan pencernaan kepada isi Alkitab, kita boleh menjadi lebih bijak daripada sifat dosa di dalam diri kita dan penghasutnya, yakni Iblis.  Kita akan memahami strategi perangnya. Kita akan mengetahui bahagaiman mengalahkan dia dalam beberapa perkara. Kita akan mendapat pengetahuan bagaimana menangani dia apabila dia menyerang.

 

Bukan ini sahaja, lebih banyak fikiran kita berfikir, merenungkan, bersandar kepada firman-firman Allah, lebih kurang peluang bagi Iblis untuk memasuki diri kita dan ruangan bagi kehendak untuk berbuat dosa lebih berkurangan didalam fikiran kita.

 

4. Meminum kotbah-kotbah dan pembelajaran Alkitab

 

Tentu sahaja, tidak ada yang baru dalam perkara yang sedang kita teliti ini. Ianya adalah asas, tetapi ia juga adalah fondasi. Strategi perang yang lebih baik belum lagi ditemukan. Kehadiran yang tetap pada kebaktian Sabat, seboleh-bolehnya, dan mendengar serta menyerapkan perkhabaran yang diberikan adalah vital bagi memenangi peperangan ini. Para penatua ditentukan bagi tanggungjawab untuk memberi makan kawanan domba di dalam jagaan mereka.

 

Kisah 20:28 28 Karena itu jagalah dirimu dan jagalah seluruh kawanan, karena kamulah yang ditetapkan Roh Kudus menjadi penilik untuk menggembalakan jemaat Allah yang diperoleh-Nya dengan darah Anak-Nya sendiri.

 

1Petrus 5:2 2 Gembalakanlah kawanan domba Allah yang ada padamu, jangan dengan paksa, tetapi dengan sukarela sesuai dengan kehendak Allah, dan jangan karena mau mencari keuntungan, tetapi dengan pengabdian diri.

 

Para penatua adalah hamba-hamba kamu dan pembantu bagi kesenangan kamu (2 Kor 1:24).

 

5. Persahabatan dengan Umat Allah.

 

Persahabatan dengan orang lain yang seiman adalah perlu sekiranya kita mahu menang dalam peperangan menentang dosa yang kita hadapi. Paulus menulis:

 

Ibrani 3:13 13 Tetapi nasihatilah seorang akan yang lain setiap hari, selama masih dapat dikatakan "hari ini", supaya jangan ada di antara kamu yang menjadi tegar hatinya karena tipu daya dosa.

 

Ibrani 10:25 25 Janganlah kita menjauhkan diri dari pertemuan-pertemuan ibadah kita, seperti dibiasakan oleh beberapa orang, tetapi marilah kita saling menasihati, dan semakin giat melakukannya menjelang hari Tuhan yang mendekat.

 

Sementara kita memahami perkhabaran ini dalam konteksnya, ianya seolah-olah bahawa Paulus atau penulis Ibrani menyinggung beberapa orang yang lalai dalam kehadiran kebaktian Sabat. Sabat adalah hari yang ditetapkan untuk perkumpulan.

 

Imamat 23:3 3 Enam hari lamanya boleh dilakukan pekerjaan, tetapi pada hari yang ketujuh haruslah ada sabat, hari perhentian penuh, yakni hari pertemuan kudus; janganlah kamu melakukan sesuatu pekerjaan; itulah sabat bagi TUHAN di segala tempat kediamanmu.

 

Faktanya adalah kita saling memerlukan antara satu dengan yang lain. Allah tidak memanggil orang Kristian dalam isolasi. Kita dipanggil untuk menjadi anggota tubuh Kristus, setaip anggota mengerjakan peranannya sendiri dan bekerja dengan anggota-anggota yang lain untuk membina seluruh tubuh di dalam kasih. Rencana Iblis adalah untuk mengasingkan kita dan kemudian memukul kita pada ketika kita lemah.

 

6. Bertumbuh di dalam roh Allah

 

Bertentangan dengan pendapat dari beberapa orang yang berfikir bahawa sama ada kamu memiliki roh Allah atau tidak, dan bahawa ianya tidak membawa erti apa-apa walaupun betapa banyak roh Allah yang kamu miliki, Alkitab dengan jelas menunjukkan kepada kita bahawa roh Allah adalah sesuatu dimana kita akan bertumbuh. Dasarnya adalah bahawa, sebagai perluasan kuasa dan asas kepada keperibadian sifat Allah ke dalam fikiran dan kehidupan kita, ia akan memberi kita kemenangan dalam melawan dosa dan Iblis.

 

Roh Allah adalah dasar kepada kuasa, kasih dan disiplin diri (2 Tim 1:7). Ianya harus diaduk di dalam diri kita (ayat 6). Dalam setiap doa kita harus meminta dari Allah supaya memberikan kita rohNya supaya kita dipenuhi dengannya.

 

Efesus 5:18 18 Dan janganlah kamu mabuk oleh anggur, karena anggur menimbulkan hawa nafsu, tetapi hendaklah kamu penuh dengan Roh,

 

Bagaimana pun, ianya tidak mencukupi hanya untuk memberi makan sifat spiritual yang diberikan oleh Allah kepada kita. Kita juga harus bekerja untuk melaparkan sifat berdosa di dalam diri kita, justru itu, menyingkirkan kuasa Iblis yang menguasai diri kita.

 

Melaparkan Sifat Berdosa

 

1. Kawal nafsu alamiah kamu

 

Allah mahu kita menikmati kehidupan. Itulah sebabnya mengapa Dia memberikan kita deria-deria fizikal dan keupayaan untuk merancang, memahami, serta mengalami pencapaian serta lain-lain. Bagaimana pun,  sekiranya kita tidak mengendalikan nafsu kita, tetapi sebaliknya membiarkan kemahuan fizikal kita atau emosi kita berleluasa tanpa dikekang, maka kita berada di dalam keadaan yang bahaya di mana kita membirkan sifat berdosa kita ketika pertahanan kita jatuh. Kita mahu menikmati kehidupan tetapi hiduplah dengan penuh kesederhanaan dan cara yang seimbang.

 

2Petrus 1:6 6 dan kepada pengetahuan penguasaan diri, kepada penguasaan diri ketekunan, dan kepada ketekunan kesalehan,

 

2. Lari dari pencubaan

 

Cara kedua untuk melaparkan sifat berdosa adalah dengan lari dari pencubaan apabila ia muncul. Paulus memberikan petunjuk yang khusus berkenaan dengan zina dalam 1 Korintus 6:18 tetapi, prinsip ini ditujukan kepada setiap bidang dalam kehidupan kita. Dalam Kolose 3:5, Paulus dengan jelas mengatakan kita seharusnya mati dari apa yang timbul dari sifat kita yang berdosa.

 

Kolose 3:5 5 Karena itu matikanlah dalam dirimu segala sesuatu yang duniawi, yaitu percabulan, kenajisan, hawa nafsu, nafsu jahat dan juga keserakahan, yang sama dengan penyembahan berhala,

 

Yesus telah memberikan satu amaran keras yang sama di dalam pernyataannya untuk membuka biji mata kita atau memotong tangan kita, secara khiasan, sekiranya ia membawa kita kepada dosa (Mat 5:29-30).

 

Kita perlu bertanya kepada diri kita sendiri, adakah kita masih pertimbangkan beberapa situasi yang kita tahu salah? Sekiranya ya, kita sedang memberi makan sifat berdosa di dalam diri kita dan berada di dalam tangan musuh. Tetapi sebaliknya kita seharusnya menjaga diri kita dan membawa diri kita jauh dari situasi ini.

 

3. Membawa semua dasar fikiran ke dalam kendalian

 

Paulus menyaran kita untuk:

 

2Korintus 10:5 …menawan segala pikiran dan menaklukkannya kepada Kristus,

 

Ini memerlukan satu disiplin yang tinggi di pihak kita. Tetapi kita perlu menjaga pintu fikiran kita dan hanya memasukkan perkara yang baik di hadapan Allah (Fil 4:8). Iblis akan menunggu setiap peluang untuk menyelinap masuk dalam keadaan rasionalisasi dan pengalihan untuk membuka fikiran kita dari tugas untuk melaparkan sifat berdosa kita.

 

4. Kawal sikap kamu

 

Walaupun semua kita cenderung untuk marah, terdapat beberapa bentuk personaliti yang khusus, yang mana sukar untuk mengawal kemarahan. Orang yang seperti ini mudah menjadi marah dan selalunya sukar untuk redah daripada kemarahannya sekali ianya terjadi. Memahami dinamik kemarahan dan bagaimana untuk menanganinya dalam cara rohani adalah subjek yang besar (lihat karya tulis Marah (No. 61). Bagaimana pun, untuk masa ini kita harus perhatikan bahawa Alkitab memberitahu kita:

 

Yakobus 1:19-20 19 Hai saudara-saudara yang kukasihi, ingatlah hal ini: setiap orang hendaklah cepat untuk mendengar, tetapi lambat untuk berkata-kata, dan juga lambat untuk marah; 20 sebab amarah manusia tidak mengerjakan kebenaran di hadapan Allah.

 

Kolose 3:8 8 Tetapi sekarang, buanglah semuanya ini, yaitu marah, geram, kejahatan, fitnah dan kata-kata kotor yang keluar dari mulutmu.

 

Efesus 4:31 31 Segala kepahitan, kegeraman, kemarahan, pertikaian dan fitnah hendaklah dibuang dari antara kamu, demikian pula segala kejahatan.

 

Galatia 5:20 20 penyembahan berhala, sihir, perseteruan, perselisihan, iri hati, amarah, kepentingan diri sendiri, percideraan, roh pemecah,

 

Alkitab sudah jelas bahawa kemarahan, dalam keadaan yang selalu terjadi, merupakan kerja dari sifat yang berdosa. (Terdapat jenis kemarahan yang disebut kemarahan atas dasar benar seperti Kristus marah apabila dia membuang pengurup wang keluar dari Kaabah, tetapi kebanyakan orang yang marah tidak bersifat demikian.) Kemarahan terjadi kerana kita disisikan atau disakiti dll., bukan kerana nama Allah telah dihujat. Labih lagi, ianya jelas bahawa sekiranya kemarahan tidak dikekang, ini akan membuka pintu bagi Iblis masuk ke dalam fikiran kita.

 

Efesus 4:26-27 26 Apabila kamu menjadi marah, janganlah kamu berbuat dosa: janganlah matahari terbenam, sebelum padam amarahmu 27 dan janganlah beri kesempatan kepada Iblis.

 

Disamping kemarahan membuatkan kesakitan dalam perhubungan kita dengan orang lain, kemarahan juga meninggalkan pintu kita terbuka luas bagi Iblis untuk menyerang kita. Kita harus mengekalkan sifat tidak pemarah dan pengawalan yang kukuh bersama dengan sikap penyayang dan memaafkan.

 

5. Jangan mengasihi dunia

 

Dunia ini adalah tempat permaina bagi Iblis. Ianya adalah tempat yang ditetapkan untuk menjauhkan diri kita dari Allah, dunia yang menipu dan penuh dengan muslihat. Tetapi Alkitab memberitahu kita supaya jangan mengasihi dunia.

 

1Yohanes 2:15-16 15 Janganlah kamu mengasihi dunia dan apa yang ada di dalamnya. Jikalau orang mengasihi dunia, maka kasih akan Bapa tidak ada di dalam orang itu. 16 Sebab semua yang ada di dalam dunia, yaitu keinginan daging dan keinginan mata serta keangkuhan hidup, bukanlah berasal dari Bapa, melainkan dari dunia.

 

Tetapi, kita harus diubah.

 

Roma 12:1-2 1 Karena itu, saudara-saudara, demi kemurahan Allah aku menasihatkan kamu, supaya kamu mempersembahkan tubuhmu sebagai persembahan yang hidup, yang kudus dan yang berkenan kepada Allah: itu adalah ibadahmu yang sejati.  2 Janganlah kamu menjadi serupa dengan dunia ini, tetapi berubahlah oleh pembaharuan budimu, sehingga kamu dapat membedakan manakah kehendak Allah: apa yang baik, yang berkenan kepada Allah dan yang sempurna.

 

Sekiranya kita mengasihi dunia, kita tidak melaparkan sifat berdosa kita dan kita akan kalah dalam peperangan di antara dua sifat yang berperang di dalam diri kita.

 

Kesimpulan

 

Peperangan ini sudah jelas. Dosa lebih mengancam dan meresap daripada tindakan biasa dalam pelanggaran terhadap hukum-hukum Allah. Dosa adalah kuasa yang aktif atau kuasa yang bekerja di dalam fikiran dan tubuh kita, menerima kuasa dan wewenangnya dari pencipta dosa dan bapa kepada penipu, yakni Setan Iblis.

 

Melawan untuk mengalahkan adalah proses memelihara sifat Allah di dalam diri kita dan melaparkan sifat yang berdosa dalam diri kita. Ianya memerlukan disiplin diri dan upaya yang kukuh.

 

Bagaimana pun, kita harus jangan kecewa. Yesus berada di depan kita. Dia telah mengalahkan dunia dan dia akan memberi kita semua bantuan, kuasa dan kekuatan yang kita perlukan untuk mengalahkan dunia ini. Pengorbanannya adalah pasti dan akan menutupi semua dosa yang pernah kita lakukan kita berada di dalam tangan Bapa dan di tangannya tidak pernah melepaskan kita atau membiarkan diri kita sesat. Sekiranya kita berpaling kepada Allah, dan melihat kepada teladan yang diberikan Yesus kepada kita, sekiranya kita meminta roh Allah, serta menyokong dan menguatkan antara satu dengan yang lain, kita akan menang dalam peperangan ini.

 

Kemenangan adalah pasti!

  q