Jemaat-jemaat Allah Al Masehi

[018]

 

 

 

 

Dia Memanggil Mereka Dengan Nama: Suatu Kajian

Mazmur 23

(Edisi 1.1 19940423-19981130)

 

Ini adalah satu kajian Mazmur 23.

 

 

 

Christian Churches of God

 

PO Box 369, WODEN ACT 2606, AUSTRALIA

E-mail: secretary@ccg.org

 

(Hakcipta ã Christian Churches of God 1994, ed. 1998 Wade Cox)

(Tr. 2005)

 

Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan.  Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan.  Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.

 

Karya ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org


 

Dia Memanggil Mereka Dengan Nama: Suatu Kajian Mazmur 23



Pengenalan

Alkitab tidak ditulis dari perspektif tamadun berkota moden. Banyak dari terminologi serta ajarannya dituliskan dalam bahasa pedalaman dan berkaitan dengan subjek-subjek luar rumah serta fenomena semulajadi. Golongan orang kepada siapa ia ditujukan asalnya adalah orang-orang dari latar belakang agraria (tanah dan pertanian), biasa dengan alam semulajadi serta daerah pedalaman di sekitar mereka.

 

Namun, untuk kebanyakan kita hari ini, ini bukanlah keadaannya. Kita hidup dalam kota-kota kita yang sibuk yang jauh dari kehidupan sederhana penduduk Palestin 2,000-3,000 tahun yang lalu. Malah mereka yang mempunyai sedikit latar belakang pertanian atau desa memahami dunia semulajadi sekeliling mereka dari perspektif amalan-amalan agrikultur moden, dan bukannya dunia yang tidak rumit berabad yang lalu.

 

Maka begitulah apabila kita membaca dan mengkaji Alkitab, banyak dari signifikans tentang apa yang kita baca hilang, atau sekurang-kurangnya bisu, bagi kita. Kita dapat membaca kata-katanya dan gagal untuk betul-betul memahami kedalaman pelajaran-pelajaran terbabit, atau menyalahgunakan sepenuhnya maksud pernyataan-pernyataan alkitabiah.

 

Seringkali inilah keadaannya dengan Mazmur 23. Mazmur ini, Tuhan adalah GembalaKu, adalah kegemaran ramai orang, namun terdapat kedalaman padanya yang tidak dihargai ramai orang apabila membacanya, kerana mereka berbuat demikian tanpa pengetahuan tentang penggembalaan dalam dunia purba. Jadi tujuan khutbah ini adalah untuk menjelaskan sebahagian dari latar belakang serta signifikans mendalam Mazmur yang indah ini untuk kita hari ini. Ianya mungkin untuk membaca Mazmur ini dari beberapa perspektif berbeza. Yang paling jelas sekali adalah hubungan kita dengan Kristus. Satu pendekatan lagi adalah dengan mempertimbangkan maknanya bagi mereka yang bertugas dalam peranan seorang gembala, khususnya kependetaan. Karya ini akan menghadkannya kepada perspektif pertama, hubungan kita dengan Kristus.

 

Suatu Mazmur Daud

Mazmur ini telah ditulis oleh Daud. Daud, semestinya, menghabiskan tahun-tahun pertumbuhannya sebagai seorang gembala. Apabila Samuel diutus untuk mengurapi seorang pengganti kepada Saul, dia telah pergi ke rumah Isai dan diilhami untuk mengurap Daud, yang pada masa itu menggembala kambing domba bapanya (Mazmur 16:11-12). Kemudiannya, di hadapan Saul, Daud menarik perhatian kepada latihannya sebagai seorang gembala untuk menyokong kesnya untuk dapat pergi dan melawan Goliat (Mazmur 17:32-37,40). Kadangkala Daud disebutkan sebagai “raja gembala” Israel. Dalam Milenium, di bawah Mesias Gembala Agung, Daud akan dilantik sekali sebagai gembala atas bangsa Israel.

 

Maka begitulah Daud paling layak sekali untuk menulis Mazmur ini. Dia memahami dari pengalamannya sendiri apa ertinya menjadi seorang gembala, mengembara seperti yang dilakukannya melintasi bukit serta dataran Palestin, dengan kambing domba bapanya dalam jagaannya. Maka, ianya membantu apabila kita membaca Mazmur ini untuk meletakkan diri kita secara mental di dalam kedudukan Daud, dan dari satu segi melihat kata-kata ini melalui pandangan matanya – mata seseorang yang telah hidup, bekerja, dan tidur di antara kambing dombanya; seorang yang telah banyak berkorban untuk memelihara dan menjaga mereka; seorang yang telah memimpin mereka dan telah bersama dengan mereka dalam segala keadaan, baik dan buruk.

“TUHAN adalah gembalaku”

Apabila Daud membuka Mazmurnya dengan kata-kata ini, ianya suatu seruan keyakinan dan kegembiraan. Di sini adalah gembala yang meletakkan dirinya dalam kedudukan salah satu dombanya. Bagaimanapun, gembalanya bukan sebarang manusia, tetapi sebaliknya Tuhan, atau YHVH.

 

Seperti yang kita tahu, YHVH adalah gelaran yang dibahagikan. YHVH Tertinggi, atau YHVH Semesta Alam adalah dia yang kita panggil Allah Bapa. Namun Tuhan atau Elohim Israel, yang datang dengan wibawa YHVH Semesta Alam adalah Malaikat atau Utusan YHVH Semesta Alam, dan ia adalah Yesus Kristus. Sebagai Utusan atau Malek YHVH Semesta Alam, Kristus juga digelar YHVH dalam interaksi-interaksinya dengan Israel dan lain-lain yang dipanggil Tuhan pada waktu itu (lihat karya Malaikat YHVH (No. 24)).                   

 

Konsep Semitik adalah bahawa utusan (atau malek) untuk seseorang yang berwibawa juga dipanggil dengan nama orang yang berwibawa itu. Untuk seorang utusan dipanggil dengan nama atasannya bermakna bahawa mereka membawa wibawa atasan tersebut.

 

Apabila kita meletakkan bersama petikan-petikan berbeza tersebut, ianya menjadi nyata bahawa Tuhan, Bapa, adalah pemilik kawanan hidup-hidup manusia yang secara simboliknya disebutkan sebagai domba. Tuhan memberikan kawanan dombanya kepada gembalaNya iaitu anakNya, Yesus Kristus. Kita melihat ini dari beberapa petikan.

 

Yohanes 10:29 Bapa-Ku, yang memberikan mereka kepada-Ku, lebih besar dari pada siapapun, dan seorangpun tidak dapat merebut mereka dari tangan Bapa.

 

Yohanes 17:9-10 Aku berdoa untuk mereka. Bukan untuk dunia Aku berdoa, tetapi untuk mereka, yang telah Engkau berikan kepada-Ku, sebab mereka adalah milik-Mu dan segala milik-Ku adalah milik-Mu dan milik-Mu adalah milik-Ku, dan Aku telah dipermuliakan di dalam mereka.

 

Zakharia 13:7 "Hai pedang, bangkitlah terhadap gembala-Ku, terhadap orang yang paling karib kepada-Ku!", demikianlah firman TUHAN semesta alam. "Bunuhlah gembala, sehingga domba-domba tercerai-berai! Aku akan mengenakan tangan-Ku terhadap yang lemah.

 

Tuhan memanggil kambing ke dalam kawananNya dan kemudian menyerahkan mereka kepada Kristus. Kristus disebutkan sebagai gembala kita dalam berbagai tempat. Nampaknya rujukan pertama kepada peranan menggembalanya diberikan dalam Kejadian 48:15-16.

 

Kejadian 48:15-16 Sesudah itu diberkatinyalah Yusuf, katanya: "Nenekku dan ayahku, Abraham dan Ishak, telah hidup di hadapan Allah; Allah itu, sebagai Allah yang telah menjadi gembalaku selama hidupku sampai sekarang, dan sebagai Malaikat yang telah melepaskan aku dari segala bahaya, Dialah kiranya yang memberkati orang-orang muda ini, …

 

Kristus disebutkan di sini sebagai Elohim di hadapan siapa Abraham dan Ishak berjalan, Malaikat Kelepasan, dan gembala Yakub. Sebutan Kristus terakhir sebagai gembala kita ditemui dalam Wahyu 7:17.

 

Wahyu 7:17 Sebab Anak Domba yang di tengah-tengah takhta itu, akan menggembalakan mereka dan akan menuntun mereka ke mata air kehidupan. Dan Allah akan menghapus segala air mata dari mata mereka."

 

Memandangkan Kristus adalah gembala kita, kita mungkin bertanya Bagaimanakah dia sebagai seorang gembala? Apakah perwatakannya? Apakah ertinya berada di bawah penjagaan dan kawalannya, untuk menjadi tumpuan perhatiannya? Kita perlu mempertimbangkan bagaimana agungnya gembala kita, Mesias, sebenarnya.

 

Kita diberitahu bahawa dia adalah permulaan penciptaan Tuhan (Wahyu 3:14), yang sulung dari penciptaan (Kolose 1:15) dan bahawa Tuhan mencipta segala sesuatu melalui dia (ayat 16). Ini bermakna bahawa dari galaksi-galaksi yang sangat jauh dengan beratus juta bintang hingga bakteria yang terkecil, semuanya berfungsi dengan sempurna dan menurut hukum-hukum keteraturan dan kesatuan yang pasti, bahawa Kristus telah mewujudkan semua ini melalui kuasa dan wibawa yang diberikan kepadanya oleh Tuhan dan Bapanya. Dia adalah pemula kepada hidup (Kisah 3:15).

 

Berbanding alam semesta yang luas, kita hanyalah umpama butir-butir debu, dan hidup kita yang singkat adalah seperti asap (Yesaya 40:15; Yakobus 4:14), namun Mesias Tuhan memilih untuk menganggap kita sebagai objek kesayangan dan penjagaannya yang lembut. Dia meminta kita untuk menganggap diri kita sebagai kambing dombanya, dan dia sebagai gembala kita.

 

Oleh kerana dia adalah pencipta kita maka kita harus mengakui kemilikannya yang sah terhadap kita, hanya kerana dialah yang telah mewujudkan kita mengikut perintah Bapanya. Tiada lagi yang lebih layak atau lebih berupaya memahami kita daripada Kristus. Kita adalah milik dia kerana Tuhan memilih kita dan memberikan kita kepadanya. Dan juga kerana dia dan BapaNya bersama sengaja memilih untuk mencipta kita sebagai objek-objek kesayangan mereka.

 

Ianya ironik bahawa begitu ramai orang menyangkal kemilikan Kristus terhadap hidup mereka, walaupun dia adalah pencipta kita. Namun kita juga dimilikinya dari satu segi yang lain. Dengan perintah Bapanya dia telah datang dan menyerahkan nyawanya untuk kita – membeli kita semula, atau menebus kita, dari Iblis dan dosa (1 Korintus 6:20; Wahyu 14:4). Oleh kerana dia melakukan ini, dia berhak sepenuhnya untuk mengatakan:

 

Yohanes 10:11 Akulah gembala yang baik. Gembala yang baik memberikan nyawanya bagi domba-dombanya.

 

Domba sememangnya tidak sama sekali “menjaga diri mereka”, seperti yang mungkin difikirkan. Mereka memerlukan, lebih dari sebarang binatang ternakan yang lain, perhatian berterusan serta penjagaan yang sangat teliti (Phillip Keller A Shepherd Looks at Psalm 23, Harper Paperbacks, 1990, halaman 7). Domba dan manusia adalah serupa dalam banyak hal. Kita berkongsi sifat yang kurang diingini iaitu pemikiran massa atau naluri berkumpulan. Kita mempunyai ketakutan dan sifat malu. Kita mempunyai kedegilan dan kebodohan. Namun meskipun adanya ciri-ciri yang tidak diingini ini, Kristus menerima kita, membeli kita, menjadikan kita miliknya sendiri dan suka menjaga kita. Hakikat ini bahawa dia suka menjaga kita memberi kita sebab kuat yang ketiga kenapa kita patut mengakui, seperti Daud, bahawa kita adalah miliknya. Dia adalah Gembala yang Baik – dia terus berusaha untuk kita, selalu mengantara bagi pihak kita, sentiasa bekerja untuk memastikan bahawa kita akan mendapat kebaikan dari penjagaannya.

 

Mazmur 23 sebenarnya adalah Mazmur mengenai gembala yang rajin, dan itulah Kristus sebenarnya. Kristus tidak akan teragak-agak dalam perhatiannya terhadap kebajikan serta kesenangan kita.. Adanya sesuatu yang sangat istimewa dalam menjadi milik gembala ini. Dia tidak akan mengabaikan kita atau membiarkan kita merayau dengan sendiri.

 

Dahulunya, seorang gembala akan meletakkan tanda khusus pada salah satu telinga dombanya, dan dari situ kita dapati istilah earmarked (ditanda telinga atau ciri). Begitulah juga dengan Kristus sebagai gembala kita – kita mempunyai tanda Tuhan pada kita, dalam hari Sabat dan Paskah – namun kita juga ditanda dalam cara kita menjalankan kehidupan kita secara harian.

 

Lukas 9:23 Kata-Nya kepada mereka semua: "Setiap orang yang mau mengikut Aku, ia harus menyangkal dirinya, memikul salibnya setiap hari dan mengikut Aku.

 

Tanda yang mengenalpasti kita sebagai domba Kristus adalah kita menyangkal diri kita dan mengikut dia. Ianya menarik bahawa terdapat ramai orang yang mengatakan bahawa Kristus adalah gembala mereka namun sebenarnya menyangkal dia kerana mereka tidak melakukan kehendak Bapanya di syurga (Matius 7:21). Mereka tidak menyangkal diri mereka untuk mengikut Kristus.

 

Jadi kita perlu bertanya diri kita:

 

 

Jika ya, maka dengan kesyukuran serta sanjungan ikhlas kita dapat berseru dengan bangga, sama seperti Daud, Tuhan adalah gembalaku!

 

“Takkan kekurangan aku”

Ini adalah pernyataan yang berani, positif, dan penuh bangga. Bagaimanapun, kita perlu bertanya apakah yang dimaksudkan Daud itu. Adakah dia bermaksud bahawa kerana Kristus adalah gembalanya dia tidak akan kekurangan benda-benda atau berkat-berkat material? Daud telah mengalami banyak kesukaran dalam hidupnya pada berbagai waktu. Sebagai contoh, dia telah dianiaya dan diburu oleh Saul, takut kehilangan nyawanya selama beberapa tahun. Sebaik saja dia dijadikan raja, dia menghadapi masalah-masalah dalam keluarganya sendiri dan terpaksa melarikan diri pada satu ketika. Tidak diragui lagi terdapat, pada masa-masa tertentu, benda-benda yang diingini Daud, benda-benda yang tidak dapat dicapainya, seperti kedamaian dan istirehat dan kestabilan.

 

Hari ini sekalipun, ramai umat Kristian membuat kesilapan mengelirukan kekayaan material dengan berkat-berkat Tuhan. Ianya sesuatu yang biasa untuk bercakap tentang injil kesihatan, kekayaan dan kemakmuran. Jika Tuhan benar-benar memberkati kita, maka kita akan mengalami kesihatan yang baik, berkat-berkat material serta kemakmuran. Yang pasti, bila semua keadaan adalah sama, penurutan Hukum-hukum Tuhan serta prinsip-prinsip Alkitab secara umumnya akan menyumbang kepada kehidupan bahagia dengan jumlah penyakit yang sedikit serta keadaan material yang stabil secara relatifnya. Bagaimanapun, Tuhan tidak menjamin benda-benda ini pada setiap masa dan dalam semua keadaan.

 

Kita dijadikan sengsara (Kisah 14:22) dan tentangan pada masa-masa tertentu. Ramai umat Kristian telah dianiaya dengan kejam sepanjang zaman kerana kesetiaan mereka kepada Tuhan. Ramai yang telah keluar dan melalui kesukaran yang besar. Keadaan politik serta nasib ekonomi boleh berubah menjadi lebih baik atau lebih buruk sepanjang tahun dan dekad, namun benda-benda ini tidak menunjukkan Tuhan silih berganti memberkati dan kemudian menarik berkatNya bagi umat Kristian yang setia. Benda-benda ini hanyalah “par untuk laluan” melalui kehidupan dalam dunia ini yang diperintah oleh Iblis.

 

Sebaliknya, apa yang Daud maksudkan adalah pengelolaan serta pengurusan Kristus. Kristus adalah gembala yang pakar atas hidup kita. Pernyataan “Takkan kekurangan aku” bermakna Saya puas hati sepenuhnya dengan pengurusannya terhadap hidup saya. Paulus memahami prinsip ini.

 

Filipi 4:11-13 Kukatakan ini bukanlah karena kekurangan, sebab aku telah belajar mencukupkan diri dalam segala keadaan. Aku tahu apa itu kekurangan dan aku tahu apa itu kelimpahan. Dalam segala hal dan dalam segala perkara tidak ada sesuatu yang merupakan rahasia bagiku; baik dalam hal kenyang, maupun dalam hal kelaparan, baik dalam hal kelimpahan maupun dalam hal kekurangan. Segala perkara dapat kutanggung di dalam Dia yang memberi kekuatan kepadaku.

 

Bagi Gembala Baik, tiada kesusahan yang terlalu besar untuk dilalui dalam penjagaannya terhadap kita, dombanya. Dia mengasihi kita demi diri kita sendiri, serta untuk kenikmatan peribadinya dalam kita. Dia bertugas 24 jam sehari demi memastikan kita dilengkapi dalam setiap hal. Bagi dia tiada ganjaran yang lebih besar, tiada kepuasan yang lebih dalam, daripada melihat kita berasa puas, mendapat makan yang cukup, selamat, dan bertumbuh di bawah jagaannya. Sentiasanya, objektifnya adalah untuk melihat kita dalam kebangkitan pertama, menduduki jabatan atau tanggungjawab yang Allah Bapa sediakan untuk kita.

 

Yohanes 14:1-3 "Janganlah gelisah hatimu; percayalah kepada Allah, percayalah juga kepada-Ku. Di rumah Bapa-Ku banyak tempat tinggal. Jika tidak demikian, tentu Aku mengatakannya kepadamu. Sebab Aku pergi ke situ untuk menyediakan tempat bagimu. Dan apabila Aku telah pergi ke situ dan telah menyediakan tempat bagimu, Aku akan datang kembali dan membawa kamu ke tempat-Ku, supaya di tempat di mana Aku berada, kamupun berada.

 

Dia sentiasa adalah gembala yang tidak mementingkan diri, selalu waspada kepada keperluan dan kebajikan kambing dombanya. Namun, ironiknya, meskipun adanya jaminan positif penjagaan Kristus yang tidak pernah gagal ini, terdapat sesetengah umat Kristian yang masih tidak puas hati dengan kawalannya. Phillip Keller, dalam bukunya A Shepherd Looks At Psalm 23, menggambarkan seekor domba sebegitu yang pernah dimilikinya dalam kawanan domba miliknya (ibid., halaman 20-22).

 

Bolehkah kita, seperti Daud mengatakan, Tuhan adalah gembalaku, takkan kekurangan aku, dan menerima pengurusan penuh kasihnya atas hidup kita mengikut apa yang dilihat sesuai oleh dia dan Bapa?

“Ia membaringkan aku di padang yang berumput hijau”

Seperkara penting tentang domba adalah bahawa untuk mereka berbaring di padang mereka memerlukan beberapa keperluan dipenuhi dahulu:

 

 

Signifikans keperluan-keperluan ini adalah bahawa semua ini hanya dapat dipenuhi oleh gembala. Hanya pemilik atau gembala domba-domba ini yang dapat menyediakan sekitaran di mana domba bebas dari ketakutan, kelaparan, gangguan dan dapat bertenang, berpuas hati dan, dengan itu, berbaring.

 

Domba adalah binatang yang sangat penakut. Bila melihat atau mendengar seekor anjing atau binatang lain mereka semua akan berlari ke arah tertentu, kerana pada dasarnya satu-satunya cara pertahanan yang mereka ada adalah berlari. Bagaimanapun, penglihatan tuan mereka di antara mereka, dan ini khususnya bagi gembala-gembala dan kawanan domba mereka di Timur Tengah, memberikan keyakinan dan kepuasan. Untuk kita sebagai umat Kristian, kita mempunyai kepuasan yang sama dengan datang kepada Allah Bapa kita dan meletakkan segala urusan dan bebanan kita di hadapanNya dan kemudian mengizinkanNya membiarkan gembala kita, Kristus, memimpin kehidupan kita.

 

1Petrus 5:6-7 Karena itu rendahkanlah dirimu di bawah tangan Tuhan yang kuat, supaya kamu ditinggikan-Nya pada waktunya. Serahkanlah segala kekuatiranmu kepada-Nya, sebab Ia yang memelihara kamu.

 

Filipi 4:7 Damai sejahtera Allah, yang melampaui segala akal, akan memelihara hati dan pikiranmu dalam Kristus Yesus.

 

Ianya ketakutan terhadap hal yang tidak diketahui yang cenderung menghasilkan rasa panik terbesar dalam diri kita. Kita merasakan “musuh-musuh” sedang mengelilingi kamu dan mengancam ketenangan kita. Walaupun sesetengah orang mempunyai mentaliti untuk bangkit dan berlawan, bagi ramai antara kita gerak hati kita yang pertama adalah untuk bangun dan berlari dari “musuh-musuh” ini. Kita menggunakan ekspresi Saya hanya mahu melarikan diri dari semua itu. Baik, pada masa-masa seperti inilah kita perlu membawa segala kerisauan kita kepada Tuhan dan belajar untuk merasai kehadiran gembala kita. Seperti yang pernah dikatakan seseorang Agak susah untuk lutut-lutut kamu bergetar jika kamu turun berlutut atas mereka. Kita perlu ingat siapa yang Tuhan telah tetapkan atas kehidupan kita, serta jenis kuasa dan wibawa yang dapat digunakan oleh gembala ini.

 

Matius 28:18 Yesus mendekati mereka dan berkata: "Kepada-Ku telah diberikan segala kuasa di sorga dan di bumi.

 

Malah dia mempunyai kuasa untuk membangkitkan kita dari maut.

 

Yohanes 5:26-29 Sebab sama seperti Bapa mempunyai hidup dalam diri-Nya sendiri, demikian juga diberikan-Nya Anak mempunyai hidup dalam diri-Nya sendiri. Dan Ia telah memberikan kuasa kepada-Nya untuk menghakimi, karena Ia adalah Anak Manusia. Janganlah kamu heran akan hal itu, sebab saatnya akan tiba, bahwa semua orang yang di dalam kuburan akan mendengar suara-Nya, dan mereka yang telah berbuat baik akan keluar dan bangkit untuk hidup yang kekal, tetapi mereka yang telah berbuat jahat akan bangkit untuk dihukum.

 

Seperti yang disebutkan sebelumnya, domba tidak akan berbaring jika terdapat ketegangan dalam kawanan domba disebabkan persaingan dan pertandingan di kalangan domba. Setiap masyarakat binatang mempunyai “susunan mematuk” atau susunan kekuasaan. Di antara domba ini disebutkan sebagai “susunan menanduk”. Umumnya, seekor domba betina yang angkuh akan mendapat kuasa sebarang kumpulan domba betina dan anak domba. Dia akan menyatakan kekuasaannya dengan menolak domba lain dari setompok rumput yang mungkin sedang dimakan mereka. Proses ini akan berterusan dengan domba lain dalam kumpulan itu hingga anak-anak domba terkecil dan termuda sehingga semua mendapat tempat mereka dalam hierarki tersebut. Menarik sekali, Yehezkiel menggambarkan proses ini di kalangan kawanan domba Tuhan.

 

Yehezkiel 34:20-22 Oleh sebab itu, beginilah firman Tuhan ALLAH terhadap mereka. Dengan sesungguhnya Aku sendiri akan menjadi hakim di antara domba yang gemuk dengan domba yang kurus; oleh karena semua yang lemah kamu desak dengan lambungmu dan bahumu serta kamu tanduk dengan tandukmu, sehingga kamu menghalau mereka ke luar kandang, maka Aku akan menolong domba-domba-Ku, supaya mereka jangan lagi menjadi mangsa dan Aku akan menjadi hakim di antara domba dengan domba.

 

Proses ini adalah biasa dalam masyarakat di mana orang menolak dan menyorong untuk sampai ke atas. Adanya perebutan untuk status dan kuasa dan pengiktirafan dan kawalan – iaitu usaha untuk mendahului. Sedih sekali, ini boleh berlaku dalam Jemaat sekalipun dan ianya satu perkara yang semua umat Kristian harus berwaspada dalam hidup mereka sendiri. Kekristianan bukanlah soal martabat atau pangkat ataupun pengiktirafan. Ianya soal pelayanan.

 

Filipi 2:3-4 dengan tidak mencari kepentingan sendiri atau puji-pujian yang sia-sia. Sebaliknya hendaklah dengan rendah hati yang seorang menganggap yang lain lebih utama dari pada dirinya sendiri; dan janganlah tiap-tiap orang hanya memperhatikan kepentingannya sendiri, tetapi kepentingan orang lain juga.

 

Dalam Mazmur ini, gembala yang membaringkan domba dalam kedamaian. Ini bermakna bagi kita bahawa lebih banyak kita menyedari akan kehadiran gembala kita, Kristus, dalam kehidupan kita, dan lebih banyak kita membiarkan dia memerintah dalam kehidupan kita, maka lebih besar lagi damai sejahtera kita, secara dalaman dan antara kita dan teman-teman Kristian kita. Kita harus membiarkan kedamaian Kristus memerintah dalam kehidupan kita.

 

Kolose 3:15 Hendaklah damai sejahtera Kristus memerintah dalam hatimu, karena untuk itulah kamu telah dipanggil menjadi satu tubuh. Dan bersyukurlah.

 

Satu lagi faktor dalam menggalakkan kepuasan antara domba yang mengizinkan mereka berbaring adalah kawalan parasit oleh gembala. Domba boleh didesak hingga terganggu perhatiannya oleh berbagai jenis lalat, khususnya lalat hidung, dan kutu. Mereka tidak akan berbaring tetapi sebaliknya akan berdiri, menghentak kaki mereka, kadangkala berlari-lari, dan menggoyangkan kepala mereka demi mendapat kelegaan. Gembala moden tekun memerhatikan kawanan-kawanan dombanya untuk tanda-tanda haiwan pengacau begitu dan memandikan dombanya dan/atau menyapu penangkis serangga pada domba. Dia juga akan memastikan mereka dapat menemui tempat naungan dalam semak dan lingkaran pohon untuk mendapat perlindungan dan kelepasan dari pengganggu-pengganggu ini.

 

Dengan manusia pula, bukankah menarik betapa seringnya kita akan berkata dengan penuh geram Ini betul-betul mengganggu saya? Dalam hidup kita pastinya akan ada gangguan-gangguan kecil dan kekecewaan yang berulang. Sebagai contoh:

 

Mungkin sesetengah perkara ini adalah kekacauan dan kekecewaan yang memang besar, namun apa sekalipun semua itu adalah sebahagian dari gangguan berterusan yang kita alami dalam hidup. Adakah penawar untuk semua ini? Bolehkah kita datang ke satu tempat kesenangan walaupun adanya benda-benda ini? Jawapannya untuk seorang yang memiliki Kristus sebagai gembalanya adalah ucapan “Ya!” yang tegas. Allah Bapa adalah sumber Roh Kudus, namun Dia mengutusnya kepada kita, atau memberikannya kepada kita, melalui Kristus.

 

Yohanes 15:26 Jikalau Penghibur yang akan Kuutus dari Bapa datang, yaitu Roh Kebenaran yang keluar dari Bapa, Ia akan bersaksi tentang Aku.

 

Yohanes 16:7 Namun benar yang Kukatakan ini kepadamu: Adalah lebih berguna bagi kamu, jika Aku pergi. Sebab jikalau Aku tidak pergi, Penghibur itu tidak akan datang kepadamu, tetapi jikalau Aku pergi, Aku akan mengutus Dia kepadamu.

 

Secara kiasan, kita boleh samakan Roh dengan minyak, sesuatu yang digunakan untuk menenangkan dan menghiburkan, dan yang membawakan penyembuhan dari luka geselan dan kekasaran. Ianya seperti Tuhan memberikan sebotol “minyak” ini kepada gembalanya untuk memberikan penghiburan dalam kehidupan kita. Roh Tuhan melakukan ini dengan memberikan kepada akal fikiran kita pemahaman tentang kebenaran Tuhan – yang melibatkan pengetahuan bahawa Tuhan dan Kristus memang memahami apa yang sedang kita alami. Kristus memang memahami kelemahan dan kekurangan kita serta kekecewaan yang kita alami. Kristus sebagai gembala kita juga pernah hidup di kalangan kita sebagai domba – dan dia tahu dengan mendalam bagaimana keadaannya menjadi manusia (Ibrani 2:14-18).

 

Kita boleh mendapat kepuasan hati daripada gangguan-gangguan hidup apabila kita benar-benar sedar bahawa gembala kita ada di situ, dan dia memang memahami, dan bahawa dia akan mencurahkan kesenangannya ke dalam akal fikiran kita jika kita meminta Tuhan agar dia melakukannya (Yohanes 14:27). Jika kita mahu mempercayai dan bertenang dan membiarkan Kristus mengurus hidup kita, dia akan membereskan gangguan-gangguan itu sama ada dengan menyingkirkannya atau memberikan kita kemampuan untuk hidup dengannya, dan dengan itu menjadikan hal-hal ini bukan gangguan.

 

Perkara terakhir yang dilakukan seorang gembala baik adalah memastikan kawanan dombanya bebas dari kelaparan, dan inilah apa yang digambarkan dalam pernyataan Ia membaringkan aku di padang yang berumput hijau. Di Palestin, berhampiran Betlehem, di mana Daud pernah hidup dan menulis Mazmur ini, kebanyakan kawasan tanahnya kering dan berwarna coklat. Padang berumput hijau tidak “muncul” begitu saja. Ia sebenarnya hasil usaha tekun si gembala dalam amalan-amalan pengurusan tanah yang betul.

 

Gembala bertanggungjawab untuk membersihkan tanah berbatu yang kasar, mencabut akar-akar serta tunggul pokok yang dalam, membajak ladang, menanam benih-benih serta legum (kekacang) khas, serta pengairan dan pengurusan ladang-ladang ini yang akan memastikan tanaman hijau untuk kambing dombanya makan. Menjadi seorang gembala melibatkan lebih banyak dari hanya “memimpin domba” keluar pada waktu pagi dan pulang semula pada waktu petang.

 

Padang-padang yang disediakan khas ini juga amat penting bagi kawanan domba pada waktu adanya anak domba. Apabila domba-domba betina menyusukan anak-anak mereka, mereka memerlukan banyak makanan hijau berair untuk memastikan susu yang cukup, dan sementara anak-anak domba membesar, padang-padang berumput hijau inilah yang memastikan mereka dapat membesar dengan cepat.

 

Jadi kita perhatikan persamaan-persamaan yang sama dengan Kristus sebagai gembala kita. Dia bekerja dengan tekun untuk menyediakan padang-padang kehidupan kita agar kita dapat menemui banyak tanaman untuk dimakan. Dia bekerja untuk mengeluarkan batu-batu ketidakpercayaan yang keras. Dia menyediakan cara dengan mana akar-akar kebencian yang dalam dapat dicabut dan dibuang. Dia bekerja untuk memecahkan tanah liat keras hati dan hidup kita yang angkuh dan menanam benih-benih tanaman baik firman Tuhan. Dia kemudiannya menyiram tanaman ini dengan hujan dan embun Roh Tuhan. Dia memelihara dan menjaga untuk setiap hidup kita untuk memastikan mereka berlimpahan dan produktif dalam pelayanan Tuhan. Dalam segala sesuatu, Kristus mengingini agar kepentingan-kepentingan kita yang terbaik dipenuhi.

 

Hal yang menyedihkan adalah umat Kristian menolak pengurusan Kristus terhadap hidup mereka ini dan merayau untuk cuba mendapat makan dari tanah kosong dunia di sekitar mereka. Tiada kepuasan kekal dalam benda-benda yang ditawarkan oleh masyarakat ini – medianya, hiburannya, konsumerismenya. Padang yang baik, hijau dan subur iaitu aplikasi Firman Tuhan kepada kehidupan kita sudah tersedia di situ untuk diambil. Kristus, gembala kita telah menyediakannya untuk kita, dengan setiap satu kita secara individu, dalam ingatannya. Apa yang kita perlu buat hanyalah pergi kepadanya dan memakan. Sambil masa berlalu, kita patut membaca lebih banyak dari Firman Tuhan, bukan kurang. Sementara beberapa tahun berikutnya berlalu, kita akan melihat tekanan-tekanan pada umat Kristian untuk melepaskan iman mereka meningkat berkali-kali ganda. Pusaran konsumerisme dan menikmati kesenangan serta benda-benda yang ditawarkan dunia akan bertambah dari segi kepantasannya, bukan berkurang. Kita akan perlu berjaga-jaga agar tidak terperangkap di dalamnya dan mengabaikan apa yang memimpin kepada kedamaian dalaman dan, akhirnya, hidup kekal.

“Ia membimbing aku ke air yang tenang”

Gambaran yang disampaikan di sini pada mulanya kelihatan seperti sungai yang beraliran perlahan, dan domba serta anak-anak domba diam-diam berehat di tepinya.

 

Bagaimanapun, ini tersasar dari apa yang dimaksudkan. Palestin, seperti yang kita perhatikan sebelum ini adalah kering dan berdebu. Sementara seorang gembala memimpin kawanan dombanya dari padang ke padang, serta pergi dan balik rumah mereka, sepanjang hari itu dia hanya terfikirkan satu benda: dia harus memimpin kawanannya ke tempat minum. Peminuman air yang baik menandakan waktu yang paling diingini dalam hari itu. Tempat di mana ianya ditemui di tengah-tengah bukit-bukit dan dataran-dataran kasar yang tidak berair merupakan tanda kemuncak keprihatinan gembala yang tidak pernah gagal. Setelah kepanasan dan debu perjalanan domba, tempat untuk minum adalah begitu menyegarkan bagi domba.

 

Dalam Alkitab, berbagai sungai dan anak sungai Tanah Suci sering disebutkan dengan nama. Bagaimanapun, sungai-sungai ini umumnya berjauhan antara satu sama lain dan melalui kawasan yang tidak rata. Banyak dari anak-anak sungai ini dipanggil wadies oleh penduduk tempatan kerana mereka sebenarnya hanyalah jurang-jurang yang mengering apabila musim hujan berakhir.

 

Ayub 6:15 Saudara-saudaraku tidak dapat dipercaya seperti sungai, seperti dasar dari pada sungai yang mengalir lenyap,

 

Di kawasan di mana Daud menjadi gembala, sungai-sungai yang hidup jarang ditemui. Yudea bersempadan pada negeri selatan yang dipanggil Negeb, yang bermakna yang kering. Malah di bahagian-bahagian lain di mana adanya sungai-sungai kekal, seringkali gembala hanya menemuinya dalam lurah-lurah antara bukit-bukit yang pecah dengan tebing-tebing yang terlalu merbahaya untuk domba menuruninya, atau mengalir terlalu deras. Domba adalah penakut dan takutkan arus air, dan kerana alasan yang baik, kerana arus yang kuat boleh membawa mereka ke hilir kerana bulu mereka.

 

Apa yang dilakukan oleh gembala adalah mencari sumur dan pancutan air di sini dan di situ di seluruh kawasan tersebut, dan kadangkala takungan air. Dia akan membuat bunyi tertentu dan semua domba akan berbaring dan berdiam. Kemudian, dia akan memenuhkan palung-palung minuman. Gelembung pancutan air, atau arus, jika ia dari sungai, tiada lagi di situ untuk mengganggu domba dan mereka akan dapat minum tanpa diganggu. Itulah maknanya signifikans istilah Ibrani bagi air yang tenang. Jika tiada palung minuman, dia akan membendung sudut atau belokan kecil di sepanjang sungai agar ia dipenuhi dengan air untuk membentuk kolam yang tenang, dan di situ domba akan meminum dari air yang telah ditenangkan oleh tangan gembala itu sendiri.

 

Begitu jugalah dengan umat Kristian. Kristus, gembala kita, menyediakan air hal-hal Roh yang baik, bersih, jelas, dan sejuk untuk kita untuk menghilangkan dahaga kita.

 

Yohanes 7:37-39 Dan pada hari terakhir, yaitu pada puncak perayaan itu, Yesus berdiri dan berseru: "Barangsiapa haus, baiklah ia datang kepada-Ku dan minum! Barangsiapa percaya kepada-Ku, seperti yang dikatakan oleh Kitab Suci: Dari dalam hatinya akan mengalir aliran-aliran air hidup." Yang dimaksudkan-Nya ialah Roh yang akan diterima oleh mereka yang percaya kepada-Nya; sebab Roh itu belum datang, karena Yesus belum dimuliakan.

 

Bagaimanapun, ianya bergantung kepada kita untuk meminum dari air-air ini, dan tidak cuba menghilangkan dahaga kita dalam air-air roh dunia ini yang berlumpur, berpenyakit, dan tidak sihat. Air-air dunia ini tidak akan benar-benar dapat memuaskan dahaga kita serta keinginan kita untuk kebahagiaan.

 

“Ia menyegarkan jiwaku”

Mungkin seseorang tertanya kenapa, dengan Kristus sebagai gembala kita, ianya perlu untuk gembala menyegarkan (memulihkan) hidup atau jiwa kita. Baik, konsepnya di sini adalah berkenaan seekor domba yang telah merayau dan tersesat atau meletakkan dirinya dalam kesusahan dan yang perlu diselamatkan oleh gembala. Di Timur Tengah (tetapi mungkin kurang di Australia) terdapat bahaya bagi domba pada semua sisi. Nampaknya domba tidak pernah belajar untuk mengelak bahaya ini. Gembala harus sentiasa berjaga. Kadangkala, terdapat padang-padang peribadi, dan ada kalanya taman dan ladang anggur, dalam daerah domba. Jika seekor domba tersesat ke dalam tempat-tempat ini dan ditangkap di situ, maka ia dirampas oleh pemilik tanah itu.

 

Jadi ungkapan Dia menyegarkan (memulihkan) jiwaku mempunyai satu makna di mana Kristus membawa kita kembali dan menyelamatkan kita dari tempat-tempat yang membawa maut dan terlarang. Seperti yang disebutkan sebuah lagu pujian, dia “memulihkan saya apabila menyimpang”.

 

Bagaimanapun, kadangkala, seekor domba mungkin jatuh atau tertekan. Ini adalah istilah gembala Inggeris yang lama bagi seekor domba yang telah terbalik atas belakangnya dan tidak berdiri semula dengan sendirinya. Ia biasanya hanya berbaring di situ atas belakangnya, dengan kakinya tergapai-gapai liar di udara sementara ia meronta-ronta untuk membetulkan dirinya dan berdiri. Lazimnya ini terjadi kepada domba yang gemuk atau dipenuhi bulu. Ia mungkin menemui sebuah lubang atau lekukan untuk berbaring dan melonggarkan badannya. Bagaimanapun, disebabkan berat atau bulunya, pusat graviti tiba-tiba berubah dan domba ini bergolek sedikit atas belakangnya sehingga kakinya tidak lagi menyentuh tanah. Dengan ini, ia mungkin panik dan mula mengais-ngais dengan cemas pada udara, dan ini sering menjadikannya lebih buruk lagi. Ia bergolek lebih jauh lagi dan ianya menjadi mustahil untuknya berdiri semula.

 

Sedang domba ini terbaring di situ meronta-ronta, gas-gas mula terkumpul dalam rumennya dan ini berkembang dan akhirnya menyekat peredaran (darah) ke bahagian-bahagian badan yang lain, khususnya kaki. Dalam cuaca panas bermatahari, domba sebegini mungkin mati dalam beberapa jam. Dalam cuaca sejuk berhujan, ia mungkin bertahan selama beberapa hari. Dengan itu, seekor domba yang tertekan menjadi mangsa yang mudah bagi berbagai pemangsa.

 

Apa yang menarik adalah proses ini juga boleh menggambarkan umat Kristian. Dalam sebuah Mazmur yang lain, Daud menulis:

 

Mazmur 42:11 Mengapa engkau tertekan, hai jiwaku, dan mengapa engkau gelisah di dalam diriku? Berharaplah kepada Allah! Sebab aku bersyukur lagi kepada-Nya, penolongku dan Allahku!

 

Bagaimanakah kita mungkin tertekan? Baik, seperti seekor domba, kita mungkin mencari tempat yang lembut dan mudah untuk berbaring – tempat kesenangan di mana tiada kesusahan, tiada keperluan untuk bertahan atau disiplin diri – satu tempat di mana kita boleh berfikir, “Saya telah mencapainya.” Kemudian kita tidak lagi melihat pentingnya untuk berubah dan bertumbuh dan mengatasi lebih lanjut. Paulus mengingatkan kita tentang ini dan berwaspada terhadap mentaliti ini dalam hidupnya sendiri.

 

1Korintus 10:11 Semuanya ini telah menimpa mereka sebagai contoh dan dituliskan untuk menjadi peringatan bagi kita yang hidup pada waktu, di mana zaman akhir telah tiba.

 

Filipi 3:11-12 supaya aku akhirnya beroleh kebangkitan dari antara orang mati. Bukan seolah-olah aku telah memperoleh hal ini atau telah sempurna, melainkan aku mengejarnya, kalau-kalau aku dapat juga menangkapnya, karena akupun telah ditangkap oleh Kristus Yesus.

 

Dia menyegarkan jiwaku menunjuk kepada satu aspek sifat Kristus yang sangat penting, Gembala Baik kita. Dia pergi mencari kita jika kita telah menyimpang atau meletakkan diri kita dalam kesusahan atau menjadi tertekan. Ramai orang mempunyai idea bahawa apabila seorang anak Tuhan murtad atau merayau, apabila dia dalam keadaan tidak berdaya, dan kecewa serta dalam dilema rohani, Tuhan menjadi jijik dan bosan dengan dia. Ianya bukanlah begitu.

 

Gembala-gembala Palestin dengan berhati-hati memeriksa kawanan domba mereka setiap hari. Jika seekor hilang, si gembala akan menyedarinya dan pergi untuk mencari mereka. Kelakuan ini menggambarkan reaksi-reaksi Kristus sebagai gembala kita.

 

Lukas 15:2-7 Maka bersungut-sungutlah orang-orang Farisi dan ahli-ahli Taurat, katanya: "Ia menerima orang-orang berdosa dan makan bersama-sama dengan mereka." Lalu Ia mengatakan perumpamaan ini kepada mereka: "Siapakah di antara kamu yang mempunyai seratus ekor domba, dan jikalau ia kehilangan seekor di antaranya, tidak meninggalkan yang sembilan puluh sembilan ekor di padang gurun dan pergi mencari yang sesat itu sampai ia menemukannya? Dan kalau ia telah menemukannya, ia meletakkannya di atas bahunya dengan gembira, dan setibanya di rumah ia memanggil sahabat-sahabat dan tetangga-tetanggan serta berkata kepada mereka: Bersukacitalah bersama-sama dengan aku, sebab dombaku yang hilang itu telah kutemukan.

 

Ianya menarik bahawa Kristus merujuk kepada proses di mana gembala menemui domba yang hilang dan membawanya pulang sebagai satu proses pertaubatan. Seringkali ianya begitu. Apabila kita menyimpang ia memerlukan bukan saja untuk Kristus mencari kita, tetapi juga untuk membawa kita kepada pertaubatan dan dengan itu membawa kita pulang. Jika seorang gembala menemui bahawa seekor domba telah tertekan kerana bulunya yang panjang (yang menggambarkan sikap kecukupan diri), setelah membawanya pulang, bulu tersebut akan dipotong dengan cepat dan kemas. Sekali lagi ini menggambarkan proses pertaubatan yang lazimnya diperlukan untuk membawa kita balik ke dalam kandang.

 

Bagaimanapun, khabar baiknya adalah bahawa Kristus begitu mengambil berat tentang setiap satu kita secara individu, hingga dia sanggup mencari kita dan memulihkan kita kepadanya dan Tuhan. Untuk itu kita boleh bersukacita.

“Ia menuntun aku di jalan yang benar oleh karena nama-Nya”

Dalam budaya Timur Tengah domba tidak didesak atau dihimpun seperti lembu sapi. Mereka dituntun oleh gembala. Gembala akan berjalan di hadapan dan domba akan mengikutinya. Apabila berjalan melalui daerah domba, seorang gembala harus sangat berhati-hati. Ada jalan yang menuju ke tebing curam. Ada juga yang menuju ke tempat-tempat di mana domba tidak boleh menemui jalan balik. Seorang gembala harus berjalan di hadapan, menuntun dombanya di “jalan yang benar”.

 

Tambahan lagi, domba harus dituntun dari satu tempat ke tempat lain untuk memakan rumput. Domba adalah makhluk yang bertabiat. Jika dibiarkan sendiri, mereka akan mengikut jalan yang sama sehingga jalannya rosak, memakan di bukit-bukit yang sama sehingga menjadi kosong, dan mencemari tempat mereka sendiri sehingga ianya tercemar dengan binatang perosak dan parasit. Malah, sesetengah kawasan domba terbaik sekali di dunia telah dirosakkan hingga tidak boleh dipulihkan oleh pemakanan berlebihan, pengurusan buruk serta pemilik-pemilik domba yang tidak acuh atau jahil. Seorang gembala yang bijak bertanggungjawab untuk memastikan dombanya tidak memakan di padang dengan berlebihan tetapi dibawa terus, dari tempat ke tempat.

 

Dalam semua ini terdapatnya pelajaran untuk kita sebagai umat Kristian. Pertama, manusia mempunyai kecenderungan untuk ingin mengikuti jalan mereka sendiri, dan dengan itu merosakkan jalan mereka sendiri, yang akhirnya membawa kepada tanah yang kosong.

 

Amsal 14:12 Ada jalan yang disangka orang lurus, tetapi ujungnya menuju maut.

 

Yesaya 53:6 Kita sekalian sesat seperti domba, masing-masing kita mengambil jalannya sendiri, tetapi TUHAN telah menimpakan kepadanya kejahatan kita sekalian.

 

Bagaimanapun, Kristus adalah Gembala Baik kita yang ingin menuntun (bukan mendesak) kita dari semua ini. Dia (di bawah perintah dan arahan Bapanya) mengetahui padang yang baik dan berpelbagai untuk kita makan. Kristus tidak akan mendesak kita, sebaliknya dia akan “berbicara” secara kiasan melalui pekerjaan Roh Kudus yang membuka dan membimbing akal fikiran kita untuk memahami Alkitab dan apa kehendak Tuhan untuk kita – dan kita sebagai dombanya patut mengikuti “bunyi” suaranya.

 

Yohanes 10:4 Jika semua dombanya telah dibawanya ke luar, ia berjalan di depan mereka dan domba-domba itu mengikuti dia, karena mereka mengenal suaranya.

 

Namun seperti yang dinyatakan Kristus di tempat lain dengan menggunakan analogi berlainan, mengikutinya melibatkan penyangkalan diri setiap hari (Markus 8:34). Masalahnya adalah sifat manusia kita tidak mahu dituntun, kita tidak mahu mengikut. Kita ingin bebas membuat pilihan kita sendiri. Walaupun kita menafikan bahawa kita tidak mahu dipimpin, bagaimanapun ia adalah dorongan asas dalam sifat manusia, malah sifat kita. Malang sekali, dorongan inilah yang membawa kita kepada masalah kita yang paling buruk.

 

Untuk benar-benar mengikuti Kristus GEMBALA kita ke padang-padang yang baru, beberapa sikap harus dipupuk dan dijadikan panduan hidup:

 

(Dibilang dalam karya Phillip Keller A Shepherd Looks at Psalm 23, Harper Paperbacks, 1990, halaman 68-71).

“Sekalipun aku berjalan dalam lembah kekelaman”

Ada jalan yang benar yang masih melalui tempat-tempat yang mempunyai bahaya-bahaya yang membawa maut. Cara bagaimana lembah ini dinamakan – iaitu, lembah kekelaman – adalah satu kebiasaan di Palestin. Dua lagi lembah di situ dikenali sebagai lembah perompak, dan lembah burung gagak. Dalam Mazmur 84:6 lembah Baka (KJV), atau lembah tangisan (RSV) juga disebut.

 

Jadi apakah lembah kekelaman? Lembah-lembah terbentuk dari jurang dan ngarai yang terukir pada sisi-sisi banjaran gunung. Lazimnya, sementara para gembala memimpin kawanan domba mereka ke tempat-tempat yang lebih tinggi untuk makan di padang yang lebih baik sewaktu bulan-bulan musim panas, mereka akan membawa mereka melalui sepanjang lembah-lembah banjaran gunung, perlahan-lahan naik lebih tinggi. Cerun atau lereng dalam lembah-lembah ini lebih menyenangkan dan lebih dapat diikuti oleh domba daripada sebarang pendakian secara langsung ke puncak gunung. Umumnya juga, lembah-lembah ini merupakan tempat paling banyak air dengan sungai, mata air atau sumur di sana situ. Lembah-lembah ini juga lazim menyediakan makanan terbaik untuk kawanan domba. Sebagai tambahan kepada semua benda ini, lembah-lembah ini lazimnya dalam bayangan gunung, lantas menyediakan perlindungan dari kepanasan matahari.

 

Bagaimanapun, lembah-lembah ini juga menjadi tempat tinggal kepada banyak pemangsa semulajadi – sebagai contohnya, beruang, serigala, dan kugar (harimau gunung). Kemungkinan sekali dalam sekitaran seperti inilah, lembah dalam bayangan, Daud telah melawan singa dan beruang jauh dari kawanannya (1 Samuel 17:34, maka ingatan-ingatan ini pastinya ada dalam fikirannya ketika dia mengarang Mazmur 23. Kemungkinan juga adanya ribut petir, banjir kilat, hujan ais atau salji, runtuhan batu dan tanah – semuanya masalah yang perlu diberikan perhatian sangat khusus oleh gembala yang tekun demi melindungi kawanan dombanya.

 

Untuk kita, lembah kekelaman ini menggambarkan waktu-waktu sukar dan susah dalam kehidupan kita – lembah-lembah yang perlu kita lalui untuk pergi ke tempat lebih tinggi dalam pengalaman Kristian. Hakikat bahawa Daud menulis aku berjalan dalam menandakan bahawa suatu lembah kekelaman tidak semestinya bererti kematian. Ianya sesuatu yang kita lalui dengan berjalan. Ianya tidak lain dari pengalaman Kristian yang dijanjikan kepada kita dalam Kisah.

 

Kisah 14:22 Di tempat itu mereka menguatkan hati murid-murid itu dan menasihati mereka supaya mereka bertekun di dalam iman, dan mengatakan, bahwa untuk masuk ke dalam Kerajaan Allah kita harus mengalami banyak sengsara.

 

Pada masa-masa seperti ini khususnya kita perlu tinggal dekat kepada gembala kita, dengan puasa dan doa tambahan serta belajar Alkitab (semuanya dibayangkan oleh makanan yang baik dan aliran air yang segar dalam lembah-lembah gunung itu) agar kita akan selamat dari pemangsa dan bahaya-bahaya yang lain. Walaupun Iblis cuba menyerang kita pada bila-bila masa, dia sedar bahawa kita paling lemah pada waktu-waktu apabila kita berada dalam lembah-lembah kehidupan. Pada waktu itulah dia akan melepaskan serangan demi serangan demi untuk membaham dan menghancurkan kita. Sesungguhnya Gembala Baik kita tidak akan membenarkan dia berjaya, namun itu tidak akan menghalang Iblis dari mencuba, dan ini juga tidak bermakna kita boleh berpuas hati. Apa sekalipun, waktu-waktu seperti inilah kita perlu mendengar suara gembala kita dengan lebih jelas lagi daripada sebelumnya dan dengan itu dapat mengikut pimpinannya.

“Aku tidak takut bahaya, sebab Engkau besertaku”

Apabila domba diancam bahaya dan kesukaran, atau berada dalam sekitaran yang susah, ianya kehadiran gembala yang membawakan mereka kepuasan. Dalam buku The Song of our Syrian Guest (William Knight, The Pilgrim Press, 1911, halaman 29), seorang gembala dari kawasan umum Palestin dipetik menceritakan suatu pengalaman menarik yang pernah disaksikannya lebih dari sekali.

 

Kadangkala, walaupun adanya penjagaan gembala dan anjing-anjingnya, seekor serigala akan sampai ke tengah-tengah kawanan domba.  Domba meliar ketakutan. Mereka berlari dan berlompat dan menjadikannya mustahil untuk sampai kepada musuh di tengah mereka itu, yang pada waktu itu juga mungkin sedang mengancing taringnya dalam leher seekor anggota kawanan itu. Namun gembala ada bersama mereka. Dia tahu apa yang patut dibuat walaupun pada masa ini. Dia melompat ke atas batu atau bukit kecil agar dia dapat dilihat dan didengari. Kemudian dia mengangkat suaranya dalam panggilan panjang, seperti raungan seekor serigala: ‘Ooh! Ooh!’

 

Mendengar saja ini, domba mengingati gembala; mereka mendengar suaranya; dan, peliknya, haiwan-haiwan penakut itu, yang tidak berdaya kerana ketakutan sebelumnya, serta-merta menyerbu dengan segala kekuatan mereka menjadi satu kumpulan yang padat. Tekanannya tidak dapat ditahan; serigala tersebut dikalahkan; seringkali ia direnyukkan hingga mati, sementara gembala berdiri di situ di atas batu sambil meraung ‘Ooh! Ooh!”

 

Ini adalah ilustrasi menarik bagaimana kita dapat mengalahkan musuh itu. Iblis melancarkan serangan demi serangan pada kita, cuba menghilangkan kepercayaan kita dalam segala yang kita lakukan dan semua yang kita pegang. Kita mesti datang bersama dengan lebih bersatu lagi dari sebelumnya. Kita perlu membelakangkan apa-apa perasaan angkuh, perasaan pembenaran diri, serta promosi kehendak manusia. Hanya jika kita datang bersama barulah kita dapat menahan serangan-serangan ini dan yang akan datang. Kita harus pastikan dia tidak menemui sebarang kelemahan dalam perisai kita. Kita perlu melihat ke arah gembala kita dan memakaikan sikap-sikap yang dikatakannya dan dihidupnya dalam kewujudan manusianya atas bumi.

“Gada-Mu dan tongkat-Mu, itulah yang menghibur aku”

Seorang gembala Timur Tengah khasnya membawa dua peralatan dengannya. Satu adalah gada. Ini biasanya sebatang kayu keras panjang dengan tombol pada satu hujungnya. Kadangkala tombol ini dipasangkan dengan paku. Ia digunakan sebagai sejenis belantan untuk melawan pemangsa-pemangsa domba. Gada dianggap sebagai lanjutan tangan kanan gembala dan dalam simbolisme alkitabiah digambarkan sebagai kekuatan gembala, kuasanya, serta wibawanya dalam sebarang keadaan. Gada inilah yang menjadi pergantungan gembala untuk menjaga kedua-dua dirinya dan kawanannya dari bahaya.

 

Maka begitulah, domba berasa terhibur apabila mengetahui gada pertahanan terdapat dalam tangan gembala mereka. Untuk umat Kristian, “gada” Kristus adalah Firman Tuhan. Ketika dia berlawan dengan Iblis di padang gurun, Kristus menggunakan wibawa Firman Tuhan sebagai pertahanannya. Bagi kita, Alkitab adalah “gada” yang nyata, berwibawa serta berkuasa di bawah apa kita menjalankan hidup kita, dan jika kita melihat prinsip-prinsip di dalamnya, kita akan terlepas dari banyak bahaya dunia ini.

 

Seorang gembala juga akan menggunakan gadanya dengan satu cara lain yang dikenali sebagai penggadaan domba. Dalam keadaan ini gada digunakan untuk menghitung dan memeriksa domba dalam jagaan gembala. Yehezkiel 20:37 merujuk kepada amalan ini.

 

Yehezkiel 20:37 Aku akan membiarkan kamu lewat dari bawah tongkat (gada) gembala-Ku dan memasukkan kamu ke kandang dengan menghitung kamu.

 

Melalui “dari bawah tongkat (gada)” bukan saja bermakna datang di bawah wibawa gembala, tetapi juga di bawah pemeriksaan dan penjagaannya yang rapi. Khasnya, domba akan dibawa dari satu kandang ke kandang lain, dan ketika setiap domba melalui gembala dia akan menghentikannya dengan gadanya. Kemudian dia akan menggunakan gadanya untuk membelah bulu di berbagai tempat dan akhirnya meraba tangannya di seluruh badan domba itu untuk memeriksa untuk luka, penyakit kulit dan kecacatan. Setiap domba yang berlalu dihitung dan mengatakan bahawa seekor domba telah berlalu (atau lewat) di bawah tongkat (gada) bermakna bahwa ia telah melalui pemeriksaan teliti gembala dan telah diperiksa dengan penuh rapi.

 

Ini mengajar kita bahawa kita dikenali Kristus secara individu dan bahawa dia sangat prihatin tentang kesihatan dan kesejahteraan rohani kita. Sekali lagi “gada” dan “tangan” Kristus boleh difahamkan sebagai Alkitab kerana ia adalah ukuran dengan apa kita diperiksa untuk melihat sama ada kita mempunyai sebarang “penyakit”, “luka”, atau “kecacatan”. Seseorang tidak boleh “menutup dengan bulu” (mengaburi) mata Kristus kerana dia melihat segalanya, sikap, maksud dan motif dalaman kita.

 

Mazmur 139:23-24 Selidikilah aku, ya Allah, dan kenallah hatiku, ujilah aku dan kenallah pikiran-pikiranku; lihatlah, apakah jalanku serong, dan tuntunlah aku di jalan yang kekal!

 

Wahyu 2:23 …dan semua jemaat akan mengetahui, bahwa Akulah yang menguji batin dan hati orang, dan bahwa Aku akan membalaskan kepada kamu setiap orang menurut perbuatannya.

 

Peralatan gembala yang satu lagi adalah tongkatnya (staf). Ini lazimnya adalah kayu lurus dengan satu lekuk pada satu hujung seperti yang biasa digambarkan dalam lukisan. Sedangkan gada mewakili perlindungan dan wibawa gembala, tongkat mewakili bimbingannya serta belas kasihannya yang lembut bagi domba. Gembala akan menggunakan tongkatnya dengan berbagai cara.

 

 

Semua ini menggambarkan operasi Penghibur, Roh Kudus Tuhan. Melalui Roh, Kristus menarik kita dekat kepadanya dan bersama dengan kita.

 

Yohanes 16:7 Namun benar yang Kukatakan ini kepadamu: Adalah lebih berguna bagi kamu, jika Aku pergi. Sebab jikalau Aku tidak pergi, Penghibur itu tidak akan datang kepadamu, tetapi jikalau Aku pergi, Aku akan mengutus Dia kepadamu.

 

Roh Tuhan, dihulurkan dari Tuhan melalui Kristus kepada kita, adalah cara dengan mana Tuhan dan Kristus ada bersama kita dan di dalam kita. Ia adalah cara dengan mana kita memasuki satu hubungan intim dengan Kristus dan Tuhan. Ia akan memberikan pemahaman kepada akal fikiran kita agar kita dapat tahu apakah kehendak Kristus dan dengan itu dibimbing olehnya.

 

Yesaya 40:11 Seperti seorang gembala Ia menggembalakan kawanan ternak-Nya dan menghimpunkannya dengan tangan-Nya; anak-anak domba dipangku-Nya, induk-induk domba dituntun-Nya dengan hati-hati.

“Engkau menyediakan hidangan bagiku, di hadapan lawanku”

(“Thou preparest a table before me.”)

 

Pada titik inilah dalam Mazmur ini, ramai yang merasakan adegan gembala dan kawanan dombanya tiba-tiba berubah menjadi perhimpunan pesta atau jamuan. Ini tidak betul. Malah, konsep seorang gembala dan kawanan dombanya diteruskan. Istilah table (meja) adalah dari istilah Ibrani shulchan {shool-khawn'} dan bermakna membentangkan. Ia digunakan dengan berbagai cara dalam Perjanjian Lama.

 

Mazmur 78:19 Mereka berkata terhadap Allah: "Sanggupkah Allah menyajikan hidangan di padang gurun?

 

Mazmur 69:22 Biarlah jamuan yang di depan mereka menjadi jerat, dan selamatan mereka menjadi perangkap.

 

Walaupun shulchan boleh merujuk kepada meja sebenar, ia juga boleh merujuk kepada sehelai kain atau lapik atau kain yang dibentang atas tanah yang atasnya makanan boleh disajikan. Dalam rujukan Mazmur 69:22 itu ideanya adalah tentang bagaimana musuh-musuh Daud kedapatan dalam keadaan tidak berjaga-jaga dan tidak sedar sementara mereka makan di “meja” yang dibentang atas tanah di kawasan terbuka. Dia berharap mereka akan terbelit antara benda-benda yang disajikan di hadapan mereka. Jenis “meja” yang sama ini adalah apa yang difikirkan dalam hidup gembala.

 

Setiap hari seorang gembala mesti mencari tempat-tempat pemakanan yang baik dan selamat untuk dombanya, khasnya apabila berjalan melalui padang gurun. Dalam ertikata ini dia “menyediakan hidangan di hadapan mereka”, dan sebenarnya ia adalah satu “meja” dalam pandangan matanya kerana ia adalah cerun tanah berumput yang terbentang. Sewaktu domba memakan rumput, gembala harus mengerjakan kemahiran dan keberaniannya kerana waktu makan ini lazimnya berlangsung di “hadapan” musuh-musuh domba. Ini mungkin adalah tumbuhan beracun dalam rumput, atau ular, yang bersembunyi dalam lubang dan akan menggigit hidung domba. Sememangnya, terdapat pemangsa-pemangsa lain seperti serigala jakal, serigala, dubuk dan mungkin juga harimau kumbang.

 

Sekali lagi, gambaran ini diperhatikan dalam pengalaman Kristian. Sebagai umat Kristian kita harus berwaspada terhadap “memakan” apa-apa di hadapan kita dalam doktrin atau sikap atau pengalaman. Sedih sekali ramai yang sedang memakan lalang beracun doktrin palsu – mereka tidak membiarkan Gembala Baik membimbing mereka ke meja sajian yang dia telah sediakan untuk mereka. Gembala sedang memanggil, namun ramai yang tidak mendengar. Begitu juga, terdapat ramai yang berkelakuan seperti serigala di antara kawanan domba. Mereka tidak berminat dalam kesejahteraan domba, mereka hanya ingin “mencukur mereka” (menipu) dan hidup dari zat mereka. Satu-satunya jawapan kepada ini adalah dengan tinggal dekat kepada Gembala kita, dengan doa dan pelajaran, dan puasa bila perlu dan dengan itu memakan hidangan di “meja”nya dan mengizinkan dia mempertahankan kita dari pemangsa-pemangsa di sekeliling.

 

“Engkau mengurapi kepalaku dengan minyak; pialaku penuh melimpah”

 

“Kebajikan dan kemurahan belaka akan mengikuti aku, seumur hidupku”

Kini kita sampai kepada beberapa adegan terakhir dalam sehari untuk domba dan gembala. Mereka telah keluar memakan rumput bersama gembala dan dia telah menuntun mereka pulang ke kandang. Khasnya di Timur Tengah kandang-kandang ini adalah kandang – mungkin dibina dari dinding-dinding batu – dengan laluan masuk atau pintu yang sempit. Seekor demi seekor gembala ini akan membiarkan mereka masuk ke dalam kandang dengan menggunakan tubuhnya sebagai pintu kandang itu. Ini adalah makna komen-komen Kristus tentang menjadi pintu kandang domba.

 

Yohanes 10:7-9 Maka kata Yesus sekali lagi: "Aku berkata kepadamu, sesungguhnya Akulah pintu ke domba-domba itu. Semua orang yang datang sebelum Aku, adalah pencuri dan perampok, dan domba-domba itu tidak mendengarkan mereka. Akulah pintu; barangsiapa masuk melalui Aku, ia akan selamat dan ia akan masuk dan keluar dan menemukan padang rumput.

 

Sementara domba berjalan ke arah kandang, gembala akan menghalang mereka dengan tubuhnya dan menggunakan gadanya untuk mengangkat bulu mereka dan memeriksa mereka dengan tangannya – iaitu penggadaan domba seperti yang dibincangkan sebelumnya. Jika dia menemui sebarang luka atau sakit dia akan melumur minyak zaitun pada lebam atau kecederaan itu dan, jika ia luka terbuka, juga penutup yang diperbuat dari tar pohon cedar. Kadangkala seekor domba akan datang ke hadapan dan ia tidak terluka tetapi hanya letih dan penat. Untuk domba-domba ini dia akan memegang muka dan kepalanya dan mengurapinya dengan minyai zaitun dan kemudian mengambil piala (cawan) dua tangkai yang besar yang berlimpahan dengan air ke mulutnya untuk domba yang letih ini minum.

 

Sebagai hasil dari penjagaan dan pengurusan baik gembala, padang dan ladang di mana domba memakan rumput menjadi, selang waktu, tanah yang sangat subur dan menguntungkan. Berbagai lalang akan dibersihkan, dan tanah akan menjadi subur, bebas lalang, dan dapat menyokong padang-padang yang subur.

 

Gambaran kedua-dua idea ini, diurapi dengan minyak, dan kebajikan dan kemurahan belaka akan mengikuti domba menunjukkan kita kepada belas kasihan dan penjagaan penuh kasih Kristus untuk kita, dan apa yang sepatutnya adalah hasil penjagaan ini dalam hidup kita.

 

Kristus akan mengurap kita bila kita lemah semangat dan murung dan mengambil air-air Roh Tuhan yang menyegarkan untuk kita minum. Tetapi sebagai balasan, hal-hal yang baik patut menyusuli dalam kehidupan kita. Adakah kita, sebagai domba Tuhan, meninggalkan berkat dan belas kasihan di belakang kita? Di sini adalah beberapa hal untuk dipertimbangkan sebagai mereka yang telah dijadikan domba Kristus.

 

 

Satu-satunya ukuran praktik sebenar akan penghargaan kita terhadap kebaikan dan belas kasihan Tuhan kepada setiap satu kita adalah sejauh mana kita bersedia untuk menunjukkan kebaikan dan belas kasihan kepada orang lain.

“Dan aku akan diam dalam rumah TUHAN sepanjang masa”

Akhir sekali, kita sampai kepada penutup Mazmur ini. Domba sudah selamat berada dalam kandang dan tidur dengan puas. Ungkapan ini menunjuk kepada domba yang puas hati dalam “kediaman” atau keluarga gembala. Domba ini tidak mau merayau atau menjadi milik gembala yang lain. Mereka senang tinggal bersama gembala mereka serta teman domba sekawanan.

 

Dengan itu, ini patut mendorong kita bertanya: Adakah kita “senang” bersama Kristus dan Tuhan? Adakah kita gembira dan puas hati bahawa kita adalah sebahagian dari kawanan Tuhan dan bahawa Kristus adalah gembala kita? Adakah kita gembira dalam Jemaat? Ianya menyedihkan, tetapi sesetengah umat Kristian nampaknya tidak pernah berpuas hati dalam kawanan umat Tuhan. Mereka sentiasa mengkritik, menghakimi, merungut dan mengingini semuanya dilakukan mengikut cara mereka. Sedih juga kerana terdapat mereka yang menyendiri, yang tidak mahu bersama dengan domba lain dalam jagaan Kristus.

 

Tuhan telah memanggil kita untuk menjadi satu kawanan dengan seorang gembala. Dia tidak memanggil kita untuk menjadi domba yang tersebar sana-sini, tiap satunya mengikut jalan kita sendiri. Kita memerlukan sesama sendiri. Kita perlu menyokong sesama sendiri dan bersatu mengikuti gembala kita, Kristus, dan berdoa bahawa dia akan memberikan kita semua satu perasaan matlamat bersama dan pemahaman kehendak Tuhan.

 

Satu pengertian terakhir ungkapan ini adalah bahawa rumah boleh difahami sebagai kehadiran. Iaitu, kita akan tinggal dalam kehadiran Tuhan, selamanya. Ini membawa kita kepada permulaan Mazmur sekali lagi dan satu tema yang berlaku berulang kali. Bukan saja gembala sentiasa hadir, tetapi juga domba sentiasa ingin dapat dilihat pemilik mereka. Di Timur Tengah, para gembala memanggil domba mereka dengan nama [contohnya dalam The Song of Our Syrian Guest, halaman 48-49]. Begitu jugalah dengan Kristus Gembala Baik kita:

 

Yohanes 10:3 Untuk dia penjaga membuka pintu dan domba-domba mendengarkan suaranya dan ia memanggil domba-dombanya masing-masing menurut namanya dan menuntunnya ke luar.

 

Yohanes 10:14 Akulah gembala yang baik dan Aku mengenal domba-domba-Ku dan domba-domba-Ku mengenal Aku,

 

Jadi ia patutnya begitu juga dengan kita. Kita seharusnya bukan saja bergembira bahawa Kristus sentiasa hadir bersama kita, tetapi juga kita harus ingin sentiasa dapat dilihat olehnya dan berada dekat kepadanya. Kita perlu terus meminta Tuhan untuk menjadikan kita semakin sedar akan kehadiranNya dalam hidup kita dan belajar untuk mendengar suara Kristus dalam perbuatan kita, pemikiran kita serta sikap kita. Apabila kita berbuat ini, maka kita akan mendapat kedamaian dan kepuasan yang hanya Tuhan dan Kristus yang menjadi Gembala BaikNya dapat berikan.

 

q