Jemaat-jemaat Allah Al Masehi
[026]
Satu Takhta Dua Yang Menuntut [026]
(Edisi 1.0 19890125-20010303)
Formasi sistem Eropah terkini mempunyai beberapa nubuatan Jemaat purba mengenainya. Binatang akan mempunyai beberapa hasil pelik untuk ramai orang sepanjang tiga dekad seterusnya. Salah satunya adalah berkaitan monarki United Kingdom dan negara-negara lain Eropah.
E-mail: secretary@ccg.org
(Hakcipta © 2001 Wade Cox)
(Tr. 2005)
Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan. Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan. Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.
Karya ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org
Satu Takhta Dua Yang Menuntut
Banyak yang telah ditulis tentang kedatangan Negara-negara Bersatu Eropah (United States of Europe) serta cantuman negara-negara yang terlibat. Di bawah permukaan integrasi kedua-dua politik dan ekonomi, terdapat banyak pihak yang bekerja keras untuk mencapai satu penyatuan sistem itu, bukan saja dari segi politik, tetapi juga dari segi agama, mengikut keturunan sejarah.
Eropah melihat kemunculan ini sebagai penggenapan satu takdir yang telah lama ditetapkan, kebangkitan semula keagungan Eropah, tetapi bukan Eropah yang terbahagi. Visi Eropah ini adalah Eropah yang meluas dari Atlantik ke Rusia (dan untuk sesetengah orang, hingga ke kawasan Urals). Eropah yang bersatu ini dilihat sebagai berkumpul secara asasnya di sekitar ‘Eropah Tengah’.
Penyatuan ini telah dilihat dari segi sejarah sebagai penyatuan keagamaan Jemaat Katolik dan sebagai pemulihan struktur monarki, sekeliling seorang ‘Maharaja Agung’ atau Monark (Raja) Agung yang akan memerintah Eropah, sebagai pedang sivil yang melengkapi Pedang Kepaderian Rom.
Ramai yang telah memandang kepada keturunan Hapsburgs sebagai pewaris-pewaris takhta Eropah ini dan sememangnya mereka adalah penuntut-penuntut takhta sebegitu yang sah. Kerabat Hapsburgs telah bekerja ke arah Eropah bersatu dan mungkin selamat untuk mengatakan bahawa mereka melihat diri mereka sebagai waris-waris dan pengganti-pengganti semulajadi kepada takhta dalam penggenapan nubuatan-nubuatan purba.
Bagaimanapun, bukan mereka saja yang menuntut takhta tersebut dan terdapat satu kerabat lagi yang sama-sama menggenapi nubuatan-nubuatan itu, (atau lebih lagi) dan kerana pragmatisme politik, mungkin mengatasi kerabat Hapsburgs dalam tuntutan-tuntutan mereka kepada takhta Eropah.
Personaliti yang boleh menuntut penghormatan ini adalah Charles, Putera Wales; Duke Cornwall dari Kerabat Windsor. Kerabat Windsor sebenarnya adalah rekaan Diraja yang direka untuk menghindari sentimen anti-Jerman. Leluhur Charles iaitu George V telah mengambil nama Windsor sebagai nama Inggeris yang baik, yang timbul dari penemuan bahawa Edward III telah memanggil dirinya Edward dari Windsor (Robert Lacey, Majesty halaman 124, BCA, London 1977).
Dari George 1 hingga William IV, Raja-raja England jelas merupakan anggota-anggota Kerabat Hanover. Apabila Victoria, anak saudara perempuan William IV menaiki takhta dan mengahwini Putera Albert, hal penamaan yang betul menjadi lebih rumit. Putera Albert mempunyai dua nama, nama keluarganya, Wettin dan nama Kerabatnya Saxe-Coburg-Gotha, kedua-duanya disifatkan sebagai Jerman, dan keturunan Victoria dan Albert memakai nama-namanya.
Dengan itu, George V adalah dari Kerabat Hanover dan Saxe-Coburg-Gotha. Dia kemudiannya berkahwin dengan Mary, Puteri Kerabat Teck dan dia bersaudara dengan bangsawan Jerman teratas. Istananya dipenuhi saudara-saudara dari Jerman dan Denmark yang telah menjadi warganegara, dengan nama-nama seperti Gleichen, Schleswig-Holstein dan Battenburg.
Operasi penyamaran besar ini yang berterusan sebelum 1939, menyaksikan Saxe-Coburg-Gotha menjadi Kerabat Windsor. Kerabat Battenberg menjadi Mountbatten, Teck menjadi Cambridge dan Count Gleichen atas sebab tertentu hanya menjadi Lord Gleichen dan seperti yang dikatakan Lacey, ‘Kerabat Schleswig-Holstein menyelesaikan masalah ini dengan kematian anggota kerabat.’ (ibid.). Mereka adalah puteri-puteri tua yang kemudiannya dikenali sebagai Helena Victoria dan Mary Louise tidak berkerabat, sehingga mereka meninggal.
Lacey mengatakan bahawa: Kaiser, untuk sekali saja, memberi kata-kata terakhir. Apabila dia mendengar perubahan-perubahan ini oleh saudara-saudaranya, dia mengatakan bahawa dia tidak sabar menunggu persembahan seterusnya Isteri-isteri Riang kerabat Saxe-Coburg-Gotha. (ibid).
Lord Louis Mountbatten merupakan anak Louis Battenburg yang lahir di Jerman, cucu kepada Ratu Victoria, yang menjadi Lord Pertama Angkatan Laut apabila Perang Dunia Pertama meletus. Walaupun Louis Battenburg telah memenangi pangkatnya berdasarkan merit, setelah empat puluh enam tahun perkhidmatannya dengan Angkatan Laut Diraja, dia terpaksa meletakkan jawatan tiga bulan selepas permusuhan bermula dengan Jerman pada 1914, disebabkan tentangan keras umum atas asal-usul Jermannya. Keluarga Diraja menderita serangan-serangan yang lebih teruk lagi. Lord Louis Mountbatten seperti George VI adalah salah seorang dari cicit Ratu Victoria. Bapa saudaranya adalah Czar Nicholas II (Dia pura-pura dipanggil Dickie sebagai satu pembezaan dari Nicky, (Pakcik Nicky) kerana Nicholas adalah nama akhirnya).
Elizabeth II, anak perempuan George VI secara sahnya adalah Duchess Saxe-Coburg-Gotha, di samping sebagai waris kepada keturunan raja-raja Inggeris. Charles mewarisi bukan saja keturunan-keturunan serta tuntutan-tuntutan ini, tetapi dari bapanya dia mewarisi lain-lain keturunan secara tidak langsung dan malah berketurunan lebih bangsawan lagi.
Putera Phillip dari Greece secara teknikalnya tidak berketurunan Greek (Yunani), dia berasal dari Kerabat Diraja Denmark iaitu Schleswig-Holstein-Sonderburg-Glucksburg. Keluarga ini telah berkuasa melalui lapan belas raja Denmark dan telah membekalkan seorang raja kepada Norway, empat kepada Sweden, enam kepada Greece, tujuh czar kepada Rusia dan pada waktu yang sama menyediakan pasangan-pasangan Ratu untuk raja-raja Britain, Jerman dan Rumania.
Saudara Putera Phillip adalah Ratu Alexandria dari Yugoslavia. Keturunannya yang panjang dan mengagumkan, menyimpang untuk memasukkan watak-watak legenda seperti Henry Percy (atau Henry Hotspur), Earl bagi Northumberland dan boleh dikesan jejaknya hingga Charlemagne.
Keturunan Diraja Inggeris menuntut, dari Edward III, minat dalam daerah-daerah Perancis dengan kemangkatan Charles IV pada 1328, tetapi disebabkan keadaan sekitar, telah kehilangan inisiatif kepada Phillip dari Valois yang dimahkotakan sebagai Phillip VI. Pada 1337 Phillip mengisytiharkan Gascony sebagai rampasan dan pada Oktober tahun itu Edward secara rasminya menuntut Mahkota Perancis dan menyusun lambang tersebut dengan lambangnya, lantas memulakan perang 100 tahun. Oleh kerana Perancis adalah kerajaan yang lebih tua, lambang Lily (bunga teratai atau bakung) yang dikenali sebagai Perancis Purba (France Ancient) telah disusun sebagai bahagian pertama dan keempat; dan lambang Leopard (harimau bintang) dari England sebagai bahagian kedua dan ketiga (lihat Rajah 1). Jata (Lambang) di Perancis telah diubah dari Perancis Purba kepada tiga Fleur de Lys, yang dikenali sebagai Perancis Moden sama ada oleh Charles V pada 1376 atau selewat 1394. Apabila Henry IV menaiki takhta England pada 1399 barulah Jata Diraja diubah untuk menyesuaikannya. Meterai pertamanya hanyalah meterai pendahulunya, namun Meterai Besar kedua telah masuk pada kira-kira 1406, dan menunjukkan Perancis Moden dan Sukuan England. (Rodney Dennys, Heraldry and the Heralds, halaman 100, Cope, London, 1982).
Tuntutan-tuntutan kepada Perancis datang melalui Edward III yang ibunya adalah Isabella, anak perempuan Phillip V (1285-314) dan saudara kepada Raja Louis X (1314-16), Phillip V (1316-22) dan Charles IV (1322-28).
Edward telah mengahwini Philippa dari Hainault, anak perempuan William dari Hainault dan Jeanne, anak perempuan Charles dari Valois dan cucu Phillip III dari Perancis, dan memberikan tuntutan lanjut kepada lambang Lily Perancis.
Simbol yang sangat purba ini adalah dari zaman yang lebih awal, sebelum zaman kesatriaan, dan ditemui di Mesir Purba, di mana ia merupakan simbol Kehidupan dan Kebangkitan. Ia telah digunakan oleh Maharaja-maharaja Byzantium dan oleh orang Rom dan dengan itu ke dalam Eropah, di mana Raja-raja Carolingian menggunakannya sebagai motif hiasan pada cokmar (tongkat kuasa) dan syiling. Ia kemudiannya dikaitkan dengan raja-raja Perancis yang penting dan muncul pada Meterai-meterai Besar Henry I (1031-60) dan Louis VII, dan ianya muncul, sebagai Jata Raja Perancis pada Meterai Besar Louis VIII pada 1223. Sebelum 1300 ia dikenali sebagai ‘Fleur de Glaieul,’ kerana bunga teratai putih atau lis dianggap sebagai bunga istimewa Perawan Maria. Mereka menjadi sinonim dari legenda awal zaman pertengahan, yang mengatakan bahawa Raja Clovis telah diberikan [bunga] Fleur de Lys pada pembaptisannya oleh seorang malaikat yang telah diutus kepadanya dari Tuhan. (ibid., halaman 98). (Meterai dan simbol ini berlainan dari Oriflamme Perancis, sepanduk merah yang juga mempamerkan lambang suci ini). Pertempuran Agincourt yang diperangi pada 25 Oktober 1415, merupakan waktu terakhir Oriflamme dipamerkan dalam perang. Dengan itu bunga Teratai adalah lambang suci Empayar Rom dan Rom Suci, dan terutamanya menonjol dalam nubuatan mengenai Monark (Raja) Agung Terakhir.
Dengan mengutip bersama legenda-legenda nubuatan Katolik ini yang tersebar dari sebelum 236 AD3 (TM), kita dapat membuat satu gambaran tentang siapakah yang sejarah cadangkan dijangkakan. (Satu ringkasan nubuatan-nubuatan ini ditemui dalam Prophecy For Today, chapter 5, p.31, Fresno 1956. Hippolytus (meninggal 235) menulis ‘Monark Perancis Agung yang akan menundukkan seluruh Timur akan tiba sekitar zaman akhir dunia’.
Catelados dari Tarentino (sekitar 500) menjangkakan dia berada dalam perkhidmatan sehingga dia berumur empat puluh tahun dan menjadi Raja Kerabat Lily. Dia akan menakluki England dan lain-lain empayar pulau. Dia akan menduduki Greece dan dijadikan raja di situ. Dia akan menundukkan Clochis, Cyprus, orang-orang Turki dan kaum biadap, menundukkan dan memaksa semua orang menyembah ‘Yang Disalibkan’. Dia akan kemudiannya menetapkan mahkotanya di Yerusalem.
Banyak perkara yang dituntut untuk putera (raja) ini, dan pastinya sesetengahnya adalah salahfaham tentang keadaan sekitaran dunia ini seperti mana ia hari ini dan ada yang hanya merupakan tekaan sembarangan.
Tidak diragui bahawa Monark Agung ini dijangka akan membantu Paus, dalam penaklukan seluruh dunia dari satu pengkalan Eropah. Putera ini akan memainkan berperanan penting dalam menyembuhkan perpecahan Jemaat Katolik. Pada masa ini terdapat tiga cabang Jemaat Katolik, Jemaat Roman, Jemaat Anglican dan mazhab-mazhab Ortodoks dari pihak Katolik Athanasian (Athanasia).
Para penulis telah memasukkan Caesar dari Arles (469-543), dan Rabanus Maurus yang Dirahmati (meninggal 856) dipetik sebagai ‘Doktor-doktor utama kami bersetuju dalam mengumumkan kepada kami bahawa menjelang akhir zaman salah seorang keturunan Raja-raja Perancis akan memerintah seluruh Empayar Rom; dan dia akan menjadi Monark Perancis yang paling agung dan yang terakhir dari kaumnya’. Doktor-doktor terkenal ini memahami bahawa dia juga menetapkan mahkota dan cokmarnya di Yerusalem apabila ini akan menandakan berakhirnya Empayar-empayar Rom dan Kristian.
Ini diulangi oleh Rahib Adso (meninggal 992), yang menyatakan bahawa ‘Ini adalah kesudahan dan penyempurnaan Empayar Rom dan tidak lama kemudian Antikristus akan tiba’.
Tawarikh Magdeburg (abad ke 12?) dipetik ‘Dari keturunan Maharaja Charles yang Agung dan Raja Perancis akan bangkit sebagai Maharaja seorang yang bernama Charles yang akan memerintah di Eropah, melalui siapa kedudukan Jemaat yang telah runtuh akan diperbaiki dan keagungan purba Empayar akan sekali lagi dipulihkan.’
Aystinger – warga Jerman (juga dalam abad ke 12) menempatkan putera ini pada zaman akhir, yang berasal dari Maharaja Charles. Dia akan mendapat semula tanah perjanjian, iaitu tanah perjanjian Yerusalem, dan memulihkan jemaat sebagai Maharaja Eropah.
Ketua Rahib ‘Merlin’ Joachim (meninggal 1202) mencirikan pemulihan kuasa dan kedudukan jemaat kepada Paus zaman akhir, yang akan mendapat semula Yerusalem dan menyatukan semula kuasa-kuasa duniawi yang terbuang serta jemaat Timur dan Barat. Paus ini dijangkakan akan disembah oleh raja-raja tertinggi dan menghancurkan perpecahan agama dan bidaah. (Dalam kata lain, memperkenalkan semula Pasitan, yang kini adalah Jemaat Suci bagi Doktrin Iman).
Paus ini dijangka akan meletakkan keturunan Raja Repin ini pada sebuah takhta sementara yang menjadi kosong (atau tersedia). Bagaimanapun penulis ini jelas merujuk kepada aktiviti-aktiviti pada permulaan abad ini dari anekdot ‘Angelic Pastors’ yang dirujukkan oleh Malachi dalam tulisan-tulisannya pada abad ke 12.
Menurut Werdin d’Otrante (abad ke 13), Monark Agung dan Paus Agung akan mendahului Antikristus.
Semua negara akan terlibat dalam peperangan selama empat tahun dan sebahagian besar dari dunia akan dimusnahkan. Semua mazhab akan lenyap (dan ini pastinya dibantu oleh Jabatan Suci). Penulis ini menulis bahawa sistem Eropah berada di bawah Paus dan pemimpin sivil pergi ke seberang laut untuk memerangi Antikristus (yang dimenangi mereka). (Ini ditentukan tarikhnya dengan menindihkan perayaan-perayaan pada 2038 yang nampaknya bercanggah dengan nubuatan alkitabiah dan terlalu lewat).
Tema ini dikembangkan melalui penulis-penulis seperti Brother John dari Cleft Rock (1340); dan Catherine dari Racconigi (1547). Telesphorus dari Cozensa (meninggal 1588) tidak memahami penyatuan Eropah yang akhir dan pastinya adalah salah.
Hozhauser (meninggal 1658) memberi gambaran yang sangat berkesan tentang pemulihan jemaat dan Negeri yang seolah-olah ajaib ini, setelah apa yang dilihat sebagai kematian Jemaat Katolik dan monarki-monarki dihapuskan dan pemerintah-pemerintahnya dibunuh.
Raja ini adalah Katolik, seorang keturunan Louis IX (1214-1270) (namun) adalah seorang keturunan kerabat Jerman Diraja yang purba, lahir dalam buangan (iaitu, tidak lahir di Jerman). Dia menjadi pemerintah tertinggi dalam hal-hal duniawi. Paus akan menjadi pemerintah tertinggi dalam hal-hal rohani pada masa yang sama. Penganiayaan akan berhenti dan keadilan akan wujud (untuk Jemaat Katolik). Agama seolah-olah ditindas, namun melalui perubahan-perubahan kerajaan-kerajaan secara keseluruhannya, ia akan dijadikan lebih teguh.
Dia akan mencabut doktrin-doktrin palsu dan memusnahkan pemerintahan Muslim. Monark agung ini akan mempunyai bantuan luar biasa dan tidak tertakhluk. Masa dibahagikan kepada zaman-zaman dengan zaman Kelima bermula dari Charles V, sehingga pemerintahan Monark Agung dan zaman Keenam dari pemerintahan Monark Agung hingga Antikristus. (Watak yang digelar mereka Antikristus ini adalah kuasa Pemelihara Sabat ikonoklastik yang mengajar bertentangan dengan Jemaat Rom dan dengan itu dalam pandangan mereka adalah Antikristus). Malah dia akan melakukan segala yang Kristus katakan akan dibuatnya. Gelaran Antikristus nampaknya berkaitan dengan dua watak yang diperlihatkan dalam nubuatan alkitab; Antikristus Dan (Nabi Dan-Efraim pada Yeremia 4:15 rujuk karya Amaran Zaman Akhir (No. 44) dan pemerintah dunia yang sebenar atau Mesias). Rudolf Gekner (meninggal 1675) menyatakan bahawa watak yang dijangkakan ini adalah seorang putera (raja) besar Utara. Father Larinsky (meninggal 1708) mengenalpasti peristiwa-peristiwa ini selepas pembahagian Jerman.
Fr. Laurence Ricci SJ (meninggal 1775) menetapkan masa ini ‘Selepas pemerintahan Napoleon dan selepas perang, kelaparan dan wabak penyakit,’ di mana ‘seorang duke yang berani akan bangkit dari Kerabat Jerman purba yang telah dihina oleh Monark Perancis.’ Dia akan memulihkan harta milik jemaat, Protestantisme akan lenyap dan Empayar Turki (atau Muslim) akan berakhir.
Josepha von Bourg (meninggal 1807) mengatakan Tuhan akan memilih seorang keturunan Constantine, Pepin dan St Louis yang telah dicuba oleh satu tempoh kekecewaan yang lama untuk datang dari buangan untuk memerintah seluruh Eropah, dsb.
Abbe Souffranid (meninggal 1828) mencirikan perbuatan-perbuatan ajaib dan penghasilan yang berlimpahan. Antara laungan segalanya hancur dan segalanya selamat, terdapat hampir tiada jarak antara. Pemulihan ajaib ini telahpun berlaku di Eropah dan terbanyak lagi yang akan datang.
Brother Louis Rocco (meninggal 1840) menyatakan bahawa Monark Agung ini adalah BUKAN Jerman.
Magdalene Parzat Yang Mulia (meninggal 1850) menggunakan metafora untuk menggambarkan kebangkitan Maharaja dan Paus ini yang akan memerintah dunia, (Ia akan menghidangkan leher lembu jantan), Republik Perancis (dan republik-republik bersifat revolusi yang berasal dari mereka?) dan memulihkan monarki.
Menurut Rev. Theophilus Reisenger, OM cap (meninggal 1940) Monark Agung sepatutnya ditakdirkan adalah Archduke Franz Ferdinand. Dia mendakwa bahawa pemerintahan Antikristus telah ditangguhkan dan dengan itu begitu juga dengan Monark Agung. Jelas sekali tradisi ini telah dipegang di Eropah selama kira-kira 1750 tahun, atau sepanjang kewujudan Jemaat Athanasia atau Katolik.
Tema menyeluruhnya adalah satu pemulihan besar Monarki dan Jemaat di seluruh Eropah yang bersatu, di bawah sebuah Jemaat Katolik dan seorang Paus. Ini akan diiringi oleh penindasan umum orang bukan Katolik. Penyatuan jemaat-jemaat adalah tema yang berulang.
Kerabat Hapsburg-Lorraine atau Hapsburg, secara tradisinya telah dipandang sebagai pemimpin-pemimpin yang ‘dipanggil dalam Empayar Eropah terakhir ini. Walaupun begitu, ianya tidak pasti sama ada mereka saja yang menjadi pesaing di sini.
Seperti yang telah ditunjukkan, Putera Wales terkini memenuhi semua kriteria. Orang Saxon dan Goth berada di luar sistem Jerman sebagai sebahagian dari Scandinavia, sehinggalah orang Goth berpindah ke Eropah sebagai orang Ostrogoth dan Visigoth, dengan sisanya di Gothe atau Gotha. Orang Saxon tidak pernah menjadi sebahagian dari rakyat Jerman, sehinggalah Charlemagne mengalahkan mereka dan memasukkan mereka ke dalam Persekutuan Jerman, sebagai sebahagian darii Empayar Rom Suci pada 771-2 dan menakluki saudara mereka, orang Lombard pada 773-4. Makat terdapatnya sedikit keraguan tentang klasifikasi Jerman terhadap orang Saxon Schleswig-Holstein. Bagaimanapun, dunia mengkelaskan orang-orang ini sebagai Jerman dan Kerabat Hanover serta Saxe-Coburg-Gotha layak dari segi nubuatan-nubuatan tersebut. Yang pastinya Kerabat-kerabat Diraja Jerman dan England mempunyai hubungan dan tiada persoalan tentang pertalian Perancis kepada takhta Inggeris, dan mungkin lebih lagi daripada apa yang ada dengan Perancis dan Austro-Hungary.
Dari penyatuan England dan Scotland pada 1707, waris membawa, sebagai waris kepada mahkota-mahkota bersatu itu, dari saat kelahirannya, gelaran-gelaran: Duke Rothesay, Earl Carrick, Baron Renfrew dan Seneschal atau Steward Scotland, yang dibawa oleh waris-waris Scotland sejak 1396.
Gelaran Putera Wales telah dicipta melalui Piagam Diraja pada 24 Mac 1305 dan menggantikan gelaran Anglo-Saxon purba iaitu Atheling. Putera Wales sejak zaman purba juga membawa gelaran kedua iaitu Duke Normandy dari penggabungan Normandy dan sebagai pangkat ketiga dari piagam 18 Mei 1332 waris membawa gelaran Earl Chester. Duke Cornwal adalah yang kedua dari segi pangkat tetapi adalah ketiga tertua dari Piagam 17 Mac 1336, dan pertama kali gelaran Duke dicipta di England, yang diperolehi dari gelaran Rom purba iaitu Dux (dari Duco). Terdapat 12 Duces yang menguasai Empayar Barat orang Rom.
Daerah (Duchy) Cornwall, yang diberikan kepada Putera Wales, merupakan pemulihan moden pertama bagi gelaran Rom purba Duke Perang, yang telah merosot dari segi pangkat dan penggunaannya. (Alan dari Britane yang dianggap sebagai Wilayah Duke warisan yang paling tua, lebih lazim dipanggil Comes daripada Dux, dan begitu juga dengan pengganti-penggantinya sehinggalah Phillip Raja Perancis pada 1277 telah menganugerahkan gelaran Duke pada keluarga itu).
Charles, sebagai waris juga kepada Kerajaan Bersatu Britain dan Ireland mempunyai hak-hak sah kepada kawasan-kawasan besar Empayar Rom Purba dan Rom Suci.
Dari segi politik, gerakan ini mempunyai implikasi-implikasi yang mencemaskan. Mahkota sebagai kepala Jemaat England, harus dimenangi untuk menyatukan pihak-pihak Anglican Katolik dan Roman Katolik, dan penyatuan sebegitu akan perlu berlaku untuk membolehkan asimilasi Ortodoks. Ianya lebih mudah untuk masyarakat Eropah menerima seorang Monark yang mempunyai hak-hak pada takhta-takhta kebanyakan negara seperti Greece dan bersaudara rapat dengan yang lain di seluruh Eropah.
Jika Elizabeth II turun takhta, seperti yang pernah didesak daripadanya, maka terdapat tanda-tanda bahawa Charles akan lebih bersimpati kepada matlamat Katolik, seperti yang ditunjukkan oleh lawatannya ke Rom. Pengisytiharan dirinya kemudian sebagai Pembela Iman secara umum membawakan maksud bercampur. Hanya Ratu saja yang telah menghentikan perayaan Mass(Misa)nya dengan Paus.
Kalau dia dilantik sementara Elizabeth masih lagi Ratu, maka dia akan lebih tinggi lagi dan berada dalam kedudukan tidak menyenangkan. Gerakan ini mempunyai akibat politik yang besar. Jika Britain menarik diri, apakah kedudukan undang-undang kedua-duanya jika Pemimpinnya, ataupun Putera Wales, adalah Maharaja Eropah?
Secara teknikalnya, Empayar British setia kepada Takhta Eropah dan ini akan memaksa Empayar mengisytiharkan diri mereka sebagai Republik
Negara-negara seperti Australia kemudiannya akan melanggar secara teknikal syarat-syarat kesetiaan, seperti yang dituntut oleh keturunan yang lebih purba lagi yang dimiliki Raja dalam memegang Takhta Daud. Oleh kerana perlembagaan Australia adalah satu alat Parlimen British, maka kemerdekaannya mungkin dicabar. Wilayah-wilayah seperti Kanada akan berada dalam kedudukan yang lebih tidak menyenangkan lagi. Kanada secara teknikalnya akan menjadi satu Wilayah Eropah dan deklarasinya sebagai Republik akan dianggap sebagai pemberontakan. Pada waktu itu A.S. akan dikelilingi oleh negara-negara Katolik.
Pastinya, seorang Monark British di atas takhta Eropah, menjadikan kesahihan penarikan diri British disyaki. Ini bukanlah kali pertama sistem Eropah bermain dengan idea ini. Hitler cuba mendapatkan Edward II dalam jagaan Eropah dan kalaulah dia berjaya melalui Wallis Simpson, maka kesungguhan dan semangat juang rakyat British pastinya telah rosak teruk.
Bagaimanapun, tujuan-tujuan ramai orang Eropah (dan Prieure de Sion) adalah berusaha ke arah Negara-negara Bersatu Eropah, di bawah kerabat Hapsburg dan apa yang dikenali sebagai Keturunan raja-raja Merovingian, dengan satu pusat Roman Katolik.
Sementara orang-orang ini mengingini seorang Hapsburg di atas takhta itu, keadaan sekitar dan penyatuan politik mungkin sekali akan menggalakkan harapan seorang lagi yang menuntut takhta Eropah itu, di bawah bimbingan rapi Parlimen Eropah.
Kita menjangka untuk melihat lebih banyak tekanan pada Ratu untuk turun takhta selang masa berlalu, dengan kemungkinan penyatuan jemaat-jemaat yang berterusan di balik tabir.
Untuk Charles ini, Eropah mungkin sekali ‘bernilai satu Mass (Misa).’ Charles Phillip Arthur George tepat dinamakan untuk tugas ini. Raja-raja atau kepala-kepala Cornwall dan Wales membawa gelaran Dragon (Naga) dan simbol bentaranya adalah naga merah. Dia membawa bunga teratai (lily) sebagai Phillip, satu nama yang terkemuka dari Keturunan Perancis. Dia akan menggenapi legenda zaman Arthur tentang raja masa depan yang menjadi bukan saja Pendragon (atau Raja Tertinggi) Britain, tetapi juga Eropah di bawah sistem Rom yang dibangunkan semula dan menggabungkan Rom Barat dan Timur, sebagai George dari kaum Hellene yang terakhir.
Penubuhan semula kerajaan akhir orang Franc ini sebagai Empayar Rom Suci tidak berpadanan dengan takdir Israel.
Ini adalah peristiwa yang disebutkan oleh nabi Yehezkiel pada bab 21:26-27 berhubung penghentian monarki Israel, setelah ia diterbalikkan (puing) tiga kali. Kerana selepas penyingkiran ke Pulau-pulau oleh Yeremia dan penterbalikannya sekali lagi di situ dari Ireland kepada Scotland dan Scotland kepada England, di situ ia tidak akan wujud lagi, sehingga Mesias datang.
beginilah firman Tuhan ALLAH: Jauhkanlah serbanmu dan buangkanlah mahkotamu! Tiada yang tetap seperti keadaannya sekarang. Yang rendah harus ditinggikan, yang tinggi harus direndahkan. Puing, puing, puing akan Kujadikan dia! Inipun tidak akan tetap. Sampai ia datang yang berhak atasnya, dan kepadanya akan Kuberikan itu."
Kesudahan terakhir monarki Israel ini dijangkakan berlaku sama waktunya dengan penawanan orang berbahasa Inggeris. England (dan Kanada) akan berada di bawah sistem Eropah Katolik. Ironinya, Dux Brittanicum yang baru akan memperhambakan orang Angle, Saxon, Jute dan Dane.
Akan berlaku keluaran besar-besaran orang yang tidak menerima Katolikisme dari negeri-negeri ini. Australia/New Zealand akan dibanjiri pendatang-pendatang Inggeris ini. Seruan ‘pergilah daripadanya hai umatku’ mempunyai makna yang baru. Orang Eropah dan para pendatang, akan dijangka cuba meletakkan Australia di bawah Kuasa Binatang Eropah. Ini dengan sendirinya tidak akan dapat diterima oleh ‘Raja-raja Matahari Terbit’ atau ‘Raja-raja Timur’ pada Wahyu 16:12.
Nampaknya Australia akan diserang dan didorong kepada pertaubatan dengan kain kabung dan abu, namun negeri-negeri ini memainkan peranan penting dalam turutan akhir zaman.
Ramalan Sybilline kedua sedar akan hal ini apabila ia ditulis (mungkin sebelum 150 CE (TM)). Selepas gambaran bencana-bencana luar biasa pada zaman akhir, nabi palsu atau pemimpin agama yang asalnya adalah dari iblis akan melakukan keajaiban-keajaiban, yang akan mengelirukan kebanyakan orang; malah mengelirukan umat pilihan yang, bersama dengan orang Ibrani, akan dirompak. Ia mengatakan:
Satu kemurkaan yang dahsyat akan datang kepada mereka apabila satu umat sepuluh suku datang dari timur untuk mencari umat, yang dibinasakan tunas Asyur dari saudara mereka orang Ibrani. Bangsa-bangsa akan binasa sesudah hal-hal ini.
Dari Yehezkiel bab 29-32 pendudukan terakhir Mesir oleh Raja-raja Utara akan berlaku tidak lama lagi, selepas suatu konflik Islam Eropah.
Ketika Ramalan-ramalan Sybilline ditulis, tiada negeri-negeri Israel di sebelah timur negeri yang kini kita panggil Israel. Satu-satunya umat sepuluh suku atau Israel di timur Yudea adalah Australia dan New Zealand. Sesungguhnya tiada lagi negara yang sedikitpun boleh dianggap menggenapi nubuatan ini. Kemungkinannya wujud bahawa A.S. mungkin membantu melalu Australia. Nubuatan ini diperolehi dari nubuatan-nubuatan alkitabiah yang meliputi kedatangan Mesias. Ini berpadanan dengan satu lagi nubuatan mengenai aktiviti-aktiviti Tuhan pada zaman akhir, di mana pekerjaan Tuhan akan dinyalakan di selatan. Ini dibincangkan dalam karya Api Dari Langit (No. 28).
Nabi Yeremia menyebut amaran pendekatan itu pada bab 4:15, di mana suara tersebut, yang mengabarkan malapetaka dari pergunungan Efraim, dan mengingatkan bangsa-bangsa bahawa dia sedang datang, juga dikaitkan dengan suku Dan.
Ini berpadanan dengan nubuatan-nubuatan Katolik, yang menyebut tentang seorang antikristus suku Dan, yang cuba memperkenalkan semula Hukum Taurat Musa yang datang dari sebuah negeri di sebelah timur di antara dua laut.
Sesungguhnya ini adalah benar seperti yang diramalkan nabi Yesaya pada bab 46:11, di mana dalam memberitahu dari yang mula hal yang kemudian, Yang Kekal memanggil ‘burung buas dari timur, dan orang yang melaksanakan putusan-Ku dari negeri yang jauh’.
Harus diperhatikan bahawa helang (rajawali) adalah simbol Dan dan ‘negeri yang jauh’ adalah satu kiasasn untuk Australia, yang digunakan sejak pendudukannya. Ia mungkin juga menandakan Raja-raja Timur dalam nubuatan kemudiannya.
Ini adalah sejurus sebelum Mesias kerana dari ayat 13 kita diberitahu ‘Keselamatan yang dari pada-Ku tidak jauh lagi, sebab Aku telah mendekatkannya dan kelepasan yang Kuberikan tidak bertangguh lagi; Aku akan memberikan kelepasan di Sion dan keagungan-Ku kepada Israel.’
Ianya mungkin bahawa nabi Dan-Efraim adalah satu suara atau kumpulan, yang mendahului dua saksi Wahyu 11. Sewaktu perang-perang zaman akhir, yang tidak lama akan berlaku, isu-isu ekonomi dan strategi akan dipertimbangkan bersama dengan hal-hal agama. Negara besar Eropah yang baru akan menjadi kuasa sivil dan kepaderian yang dikuatkuasakan, dan saiz negara-negara serta perlaksanaan perang akan menipu ramai orang. Pertempuran terakhir untuk bumi ini secara asasnya adalah berciri rohani dan akan diperjuangkan bukan dengan keperkasaan, ‘dan bukan dengan kekuatan, melainkan dengan roh-Ku, firman TUHAN semesta alam.’ Pertempuran dengan Islam yang menjelang tiba ini, adalah ‘perang raja-raja utara dan selatan’ terakhir yang diramalkan oleh Tuhan melalui nabi Daniel.
Tujuan karya ini adalah untuk memeriksa nubuatan-nubuatan bukan alkitabiah. Ianya juga direka untuk menunjukkan bahawa terdapat satu siri kemungkinan dalam divisi dan permusuhan masa depan. Tindakan-tindakan masa depan ini mungkin direka untuk merayu atau mengelirukan umat berbahasa Inggeris serta menghancurkan kuasa Komanwel, yang bersama dengan Amerika Syarikat, sehingga hari ini, telah membolehkan dunia mengekalkan satu kebebasan yang tidak akan dicapainya di bawah Eropah bersatu. Identiti umat berbahasa Inggeris ini adalah alat penting dalam memahami Alkitab serta aktiviti-aktiviti yang melibatkan mereka dalam zaman akhir.

Rajah
(kiri) sukuan Perancis Purba dan England dan (kanan) sukuan Perancis Moden dan England.
|
|