Jemaat-jemaat Allah Al Masehi

[045E]

 

 

 

 

Keturunan Ham: Bahagian V

Kanaan

(Edisi 1.5 20070920-20071008)

 

Kanaan merupakan satu watak sejarah yang paling penting sekali dan menonjol dengan jelas dalam Alkitab. Mengerti siapa keturunannya adalah penting untuk memahami bangsa-bangsa moden dan pembentangan nubuatan Alkitab.

 

 

 

Christian Churches of God

 

PO Box 369, WODEN ACT 2606, AUSTRALIA

E-mail: secretary@ccg.org

 

(Hakcipta © 2007 Wade Cox dan ors.)

(tr. 2010)

 

Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan.  Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan.  Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.

 

Karya ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org


 

Keturunan Ham: Bahagian V Kanaan

 


Pengenalan

 

Kanaan dicatatkan sebagai anak keempat Ham dalam senarai bangsa-bangsa dalam Kejadian 10 dan 1 Tawarikh 1. Nama Kanaan atau Kena’an bererti tanah rendah (SHD 3667; juga SGD 5477).

 

Kejadian 10:6 Keturunan Ham ialah Kush, Misraim, Put dan Kanaan. (RSV)

 

Kanaan juga merupakan leluhur sebilangan suku-suku terkemuka, kebanyakannya cukup terkenal dalam sejarah alkitabiah dan sekular, termasuk orang Fenisia, yang asalnya turun daripada anaknya Sidon, dan Hittite (Het) Selatan daripada seorang lagi anak, Het.

 

Orang Fenisia akhirnya menjadi sekutu perdagangan terkenal Tarsis serta Sidon dan Tirus, dan semuanya membantu Israel dalam usaha perdagangannya di bawah Daud dan Salomo. Persekutuan ini akhirnya menjadi tamadun Punic dari Carthage dan termasuk orang Edom.

 

Kerajaan Hittite merupakan satu kesatuan besar orang, yang termasuk keturunan Gomer di tempat yang kini ialah Turki, berpusat di Troy dan ke Timur dan Utara. Malahan bani Kush dari Etiopia mengambil bahagian dalam perang Troy yang berakhir pada 1054 BCE, sebagai sekutu orang Hittite (lihat Keturunan Ham: Bahagian II Kush (No. 45B).

 

Setiap anak lelaki Kanaan dan keturunan mereka akan dibincangkan kemudian dalam naskah ini.

 

Orang Kanaan

 

Josephus ahli sejarah Yahudi menulis yang berikut mengenai Kanaan dan anak-anaknya:

 

Kanaan, anak keempat Ham, mendiami negeri yang kini dipanggil Yudea, dan menamakannya daripada namanya sendiri Kanaan. Anak-anak mereka [berempat] ialah: Sabas, yang menemui orang Sabea; Evilas, yang menemui orang Evilea, yang dipanggil Getuli; Sabathes menemui orang Sabathen, mereka kini dipanggil orang Astaboran oleh orang Yunani; Sabactas menempatkan orang Sabacten; dan Ragmus pula orang Ragmean; dan dia mempunyai dua anak lelaki, yang salah seorangnya, Judadas, menempatkan orang Judadean, sebuah negara orang Etiopia barat, dan meninggalkan mereka namanya; seperti dilakukan Sabas kepada orang Sabea: namun Nimrod, anak Chus, tinggal dan bermaharajalela di Babel, seperti yang kami sudah katakan.

 

Anak-anak Kanaan ialah: Sidonius, yang juga mendirikan kota yang sama namanya; ini dipanggil Sidon oleh orang Yunani; Amathus menetapi di Amathine, yang sekarangpun dipanggil Amathe oleh penduduknya, walaupun orang Makedonia menamakannya Epiphania, daripada salah satu keturunannya: Arudeus memiliki pulau Aradus: Arucas memiliki Arce, yang terletak di Libanus. Tetapi bagi tujuh yang lain, [Eueus,] Chetteus, Jebuseus, Amorreus, Gergesus, Eudeus, Sineus, Samareus, kita tiada apa-apa dalam kitab-kitab suci melainkan nama mereka, sebab orang Ibrani menjatuhkan kota-kota mereka; dan bencana mereka menimpa sesudah itu. (Antiq. Jews, I, vi, 2)

 

Josephus tidak memberikan keluasan penuh kawasan itu, sebab mereka mendiami tempat yang kemudiannya dikenali sebagai Palestin dan kawasan sekitarnya termasuk apa yang bakal menjadi Yudea dan Galilea dan Libanon dan sampai ke dalam Syria. Orang Filistin di Gaza bukan keturunan Kanaan, bagaimanapun. Mereka keturunan Misraim yang merupakan elemen besar E3b. Orang Libanon sekarang di Tirus adalah K2, yang bukan keturunan Kanaan. Ini ialah keturunan Javan (Yawan) dari Kepulauan Mediterranean termasuk Malta.

 

International Standard Bible Encyclopaedia (ISBE) memberikan gambaran menyeluruh tentang Kanaan dan orang Kanaan. Sebahagian artikel relevannya berbunyi:

 

Dalam Bilangan 13:29 orang Kanaan digambarkan sebagai menetap “di tepi laut, dan sepanjang tebing Yordan,” iaitu di tanah rendah Palestin. Nama itu dibataskan kepada negeri di Barat Yordan (Bilangan 33:51; Yosua 22:9), dan khususnya dipakaikan kepada Fenisia (Yesaya 23:11) ...

 

Sebab orang Fenisia terkenal sebagai pedagang, andaian telah dibuat bahawa nama “orang Kanaan” ialah sinonim “pedagang” dalam petikan-petikan tertentu Perjanjian Lama. Pengejaran perdagangan, bagaimanapun, hanya khas bagi kota-kota tepi laut Fenisia, bukan kota-kota Kanaan yang ditakluk oleh orang Israel. Dalam Yesaya 23:11 kita patut menterjemahnya “Kanaan” (seperti Septuagint) dan bukan “kota saudagar/pedagang” (Versi King James); dalam Hosea 12:7 (8), “Sama seperti Kanaan” (Septuagint), dan bukan “Dia seorang saudagar” (Versi King James); dalam Zefanya 1:11, “orang Kanaan” (Septuagint), dan bukan “kaum pedagang” (Versi King James); sebaliknya, “orang Kanaan” nampaknya telah mendapat erti “pedagang,” sebagaimana “Kasdim” disama erti dengan “ahli nujum bintang,” ...

 

Catatan ISBE menyatakan seterusnya bahawa, ketika Zaman Gangsa/Perunggu, “nama Amori telah diberikan kepadanya, sebab ini nama populasi Semitik Kanaan yang diketahui orang Babel”, sebab Kanaan telah menjadi sebahagian daripada kerajaan Babel untuk suatu waktu. Selain itu, “koloni-koloni “orang Amori” terbabit dalam perdagangan ditempatkan dalam kota-kota negeri Babel”. Artikel ini meneruskan:

 

Sesudah kejatuhan Dinasti Ur, negeri Babel sendiri telah ditakluk oleh orang Amori yang menemui dinasti yang dianggotai Khammurabi, Amrafel dari Kej. 14:1, .... Dalam satu inskripsi yang ditemui dekat Diarbekir satu-satunya gelaran yang diberi kepada Khammu-rabi ialah “raja negeri orang Amori.” Bahasa Babel kini menjadi bahasa rasmi, kesusasteraan dan perdagangan Kanaan, dan sekolah-sekolah diasaskan di situ dalam mana skrip/tulisan kuneiform diajar. Budaya orang Kanaan menjadi budaya orang Babel sepenuhnya; malahan teologi dan dewa-dewanya diperolehi dari negeri Babel. ...

 

Para dewa dan dewi negeri Babel berpindah ke Kanaan; tempat-tempat mendapat nama mereka dari Nebo atau Nin-ip; Hadad menjadi Amurru “dewa Amori”; Ishtar berubah menjadi Asytoret, dan Asirtu, perempuan serupa Asir, dewa bangsa Asyur, menjadi Asyera, sementara tempat perlindungannya, yang di Asyur merupakan kuil, dikenal pasti di Kanaan dengan objek pujaan lama dalam bentuk batu atau batang kayu yang tegak lurus. Namun korban manusia, dan lebih khusus lagi korban anak sulung, yang mana kita temui sedikit kesan di negeri Babel, terus diamalkan dengan kekerapan yang tidak berkurang sehingga, seperti yang kita pelajari daripada kerja-kerja penggalian, penaklukan Israel menyebabkan penindasannya.

 

Di bawah tajuk ‘Penaklukan Mesir’, ISBE menyatakan bahawa: “Firaun-firaun Dinasti ke XVIII menghalau Hyksos dan menakluk Palestin dan Syria. Selama kira-kira 200 tahun Kanaan merupakan wilayah Mesir”. Selain itu, di bawah ‘Perdagangan’, catatannya berbunyi:

 

Kedudukan Kanaan menjadikannya tempat pertemuan jalan-jalan perdagangan dunia purba. Armada kapal kota-kota Fenisia dirayakan dalam Surat-surat Tell el-Amarna, dan kemungkinannya mereka sudahpun sibuk dalam perdagangan kain ungu. Kota-kota pedalaman Kanaan bergantung bukan saja pada pertanian tetapi juga pada perdagangan pengangkutan: kafilah-kafilah serta “pengembara dagang” (damgari) datang kepada mereka dari Kapadokia, Babel dan Mesir.

 

Perunggu, perak, timah, dan barangan bercat dibawa dari Asia Minor, bersama-sama dengan kuda; nafta dieksport ke negeri Babel sebagai ganti barang sulaman; tembaga datang dari Siprus, bejana-bejana diukir rumit daripada logam bernilai dari Kreta dan jagung/gandum dari Mesir. Amber Baltik telah ditemui di Lakhis, di mana relau/tungku perapian dengan terak besi, ditemui dalam kota Amori ketiga, menunjukkan bahawa besi asli diusahakan sebelum zaman penaklukan Israel. Pembuatan kaca dijejaki ke zaman sama. (ISBE)

 

Di bawah tajuk “Kanaan, Bahasa”, Ensiklopedia McClintock and Strong (MSE) menyatakan bahawa:

(/u^n~K= tp^c=‎, bahasa Kanaan), muncul Yesaya 19:18, yang mana ini nyata sekali menandakan bahasa yang dibicarakan oleh orang Yahudi yang tinggal di Palestin. Bahawa bahasa yang dibicarakan oleh orang Kanaan banyak menyerupai bahasa Ibrani kelihatan, 1. Daripada fakta bahawa nama-nama patut bagi orang dan tempat Kanaan ialah nama Ibrani, dan boleh dijelaskan secara etimologi daripada bahasa Ibrani dengan senang sama seperti nama patut Ibrani sendiri (justeru kita ada Abimelekh, Kiryat-Sefer, dsb.); 2. Rapat seperti hubungan orang Ibrani dengan orang Kanaan, dan tiada petunjuk yang mereka memerlukan penterjemah untuk mengantara antara mereka, dan ini menjadikannya mungkin bahawa bahasa mereka masing-masing begitu menyerupai sesama sendiri hingga sama pada pokoknya; 3. Sisa bahasa Fenisia, yang nyata sekali bahasa Kanaan, mempunyai analogi terdekat kepada bahasa Ibrani, dan baik sekali dijelaskan daripadanya, dan membuktikan keduanya bahasa sama pada pokoknya (Bochart, Georgr. Sacr. 2, kol. 699 sq., ed. 1682).

 

MSE selanjutnya menunjukkan (di bawah tajuk, “ORANG KANAAN”) bahasa-bahasa itu sama daripada fakta bahawa Abram dan Yakub, sekejap selepas kemasukan mereka ke negeri itu, nampaknya mampu berbicara dengan mereka, dan juga bahawa nama-nama orang dan tempat Kanaan yang kita ada boleh diterjemahkan ke dalam Ibrani. Seperti Melkisedek, Hamor, Sikhem, Sisera, Efrata, dan juga sebilangan besar nama-nama tempat. (Lihat juga rujukan semua ini kepada Gesenius, Hebr. Spr., ms 223-225.)

 

Anak-anak Kanaan

 

Sebelas anak Kanaan atau suku-suku yang mereka temukan disenaraikan dalam 1 Tawarikh 1:13-16. Setiap satunya akan dibincangkan mengikut urutan.

 

1 Tawarikh 1:13-16 Kanaan memperanakkan Sidon, anak sulungnya dan Het, 14 serta orang Yebusi, orang Amori, orang Girgasi, 15 orang Hewi, orang Arki, orang Sini, 16 orang Arwadi, orang Semari dan orang Hamati. (RSV)

 

Kitab Jasher yang tidak disahkan, bab 10, memberi perincian tambahan tentang keturunan Kanaan.

 

24 keturunan Kanaan juga mendirikan kota-kota bagi mereka, dan mereka memanggil kota-kota mereka menurut nama mereka, sebelas kota dan kota lain yang tidak terbilang. 25 Empat orang daripada keluarga Han pergi ke tanah dataran; ini ialah nama-nama keempat-empat orang itu, Sodom, Gomora, Adma dan Zeboim. 26 Mereka mendirikan bagi mereka empat kota di dataran itu, dan mereka memanggil kota-kota mereka menurut nama-nama mereka sendiri. 27 Mereka dan keturunan mereka dan segala milik mereka mendiami kota-kota itu, dan mereka berhasil dan bertambah ramai dan hidup damai. 28 Seir bin Hur, bin Hewi, bin Kanaan, pergi dan menemukan lembah berhadapan Gunung Paran, dan dia mendirikan sebuah kota di situ, dan dia serta tujuh anaknya dengan keluarganya tinggal di situ, dan dia memanggil kota yang didirikannya Seir, sempena namanya; itulah tanah Seir sampai hari ini.

 

Sidon

Nama anak sulung Kanaan, Sidon atau Zidon (SHD 6721, tsiydon), bermakna memburu, dari akar kata tsud, memburu. Orang Akad memanggil warga kota ini Sidunu, dan tablet-tablet Tell el-Amarna daripada Mesir memanggil mereka sebagai Sa’idunu. Josephus menggunakan nama Sidonius untuk kedua-dua patriak itu dan kota yang ditemuinya (AJ, I, vi, 2). Hari ini kota ini ialah kota ketiga terbesar di Libanon/Lubnan dan terletak di tepi pantai Mediterranean kira-kira 25 batu di utara Tirus.

 

Sidon disebut beberapa kali dalam Perjanjian Baru. Kristus menubuatkan bahawa pada Zaman Akhir, Yerusalem akan lebih menderita daripada kota Sidon ketika kemusnahan kota itu (Mat. 11:21-22). Dalam Lukas 4:26, kita lihat Kristus mengunjung seorang perempuan Sidon di kota Sarfat.

 

Het

Het dikatakan bapa orang Hittite (Het) yang terkenal. Bagaimanapun, terdapat beberapa masalah dengan pemberian nama ini kepada Kerajaan Hittite. Para penulis alkitabiah cenderung memberi nama Het kepada setiap bangsa yang mencakupi Kerajaan Hittite purba, yang menduduki hampir seluruh Anatolia tengah dan mengandungi orang Asyur purba dari sekurang-kurangnya 2000 BCE. Orang Hittite asal berbicara bahasa bukan Indo-Eropah yang dipanggil Hattic atau proto-Hittite (Interpreter’s Dictionary of the Bible, art. ‘Hittites’, Vol. 2, ms 612).

 

Bahasa ini kita ketahui hanya daripada nama-nama peribadi dan geografi yang terserak dalam teks-teks Asyur Purba dari Kapadokia (sekitar 2000 BCE) dan daripada sebilangan kecil inskripsi beberapa abad kemudian. Orang Indo-Eropah menyerang kawasan ini dan meluaskan kerajaan Hittite menjadi kerajaan besar yang meliputi kawasan-kawasan luas Anatolia dan Syria. Ekspedisi terjauh mereka ke selatan ditandakan dengan penaklukan Babel oleh Raja Hittite, Mursilis, sekitar 1600 BCE. Kita mengetahui tentang mereka daripada peristiwa ini dan semua yang disebutkan dalam Perjanjian Lama sekitar 1200 BCE atau lebih awal.

 

Kerajaan Hittite dipecahkan oleh serangan-serangan Persekutuan Aegean dan Mediterranean purba yang mencapai puncaknya setelah perjuangan lebih 200 tahun, dengan perang yang diperangi oleh apa yang kita fahami sebagai orang Yunani, seperti diberitahu oleh Homer dalam karya Iliad. Ini adalah terhadap pusat kerajaan Wilusia di Troy dan kota itu jatuh pada 1054 selepas perang sepuluh tahun. Bagaimanapun, perpecahan orang Hittite telah disumbangkan oleh orang Thracia (keturunan atau bani Tiras) yang mana saudara rapatnya, orang Frigia, telah memainkan peranan penting. Kerajaan Hittite Utara ini dan orang Thracia akan dibincangkan dalam naskah-naskah mengenai Keturunan Yafet, dalam mana kisah ini sepatutnya berada.

 

Sesudah kejatuhan ini, suatu keadaan kegelapan menimpa Anatolia. Seluruh kawasan itu terbahagi kepada kerajaan dan pemerintahan kecil dengan pusat-pusat utamanya di Kayseri, Tyana, dan Malatya di Anatolia, dan Karkemis, Aleppo dan Hamat di Syria Utara. Negeri-negeri ini ditakluki dan diserap ke dalam Kerajaan Syria yang sedang meluas, yang sehingga waktu itu telah dibataskan di Barat oleh orang Hittite (lihat Interp. Dict., ibid.). Kejatuhan Karkemis pada 717 BCE kepada raja Asyur, Sargon II, menyaksikan berakhirnya negeri-negeri Hittite bebas yang kecil itu. Atas sebab inilah Bani Het di kawasan petempatan Kanaan dikenali sebagai sumber Kerajaan Hittite, namun ini sungguh tidak betul. Bani Het hanyalah cabang paling selatan orang Hatti dan Kalti yang membentuk kerajaan yang kita kenali sebagai orang Hittite. Cabang Utara, dipanggil Keltoi oleh orang Yunani (lihat karya Homer Iliad) ialah leluhur kepada apa yang kita kenali sebagai orang Celt Gomer Eropah. Orang Magog, walaupun berada di timur mereka, juga merupakan sekutu dan dipanggil orang Scythia (Skit), dan juga dikenali sebagai orang Celt; namun bahasa mereka bukan bentuk yang sama.

 

Karkemis juga kemudiannya menyaksikan perpindahan kuasa kepada orang Babel pada 605 BCE bila Nebukadnezar dari Babel menaiki takhta.

 

Het mempunyai nama yang bererti kengerian (SHD 2845, cheth), mungkin daripada sifat amat suka berperangnya (dan sukunya). Dalam LXX mereka dikenali sebagai Chettaioi. Het merupakan anak kedua Kanaan. Seperti orang Filistin, terdapat banyak rujukan kepada keturunannya dalam kedua-dua Alkitab dan sumber sekular. Mereka dikenali sebagai Chatti bagi orang Asyur dan Kheta atau Cheta’las bagi orang Mesir. Demikianlah nama Hatti sebagai orang Hittite Selatan.

 

Seperti yang dinyatakan, cabang barat Persekutuan Hittite ini ialah kerajaan Wilusia yang ibu kotanya di Troy. Troy kemudiannya menjadi pusat konflik dua tamadun sepanjang 200 tahun. Troy dibantu oleh Hittite Utara dan cabang-cabang Hatti serta sekutu mereka sejauh ke selatan sampai Etiopia. Mereka bukan dan tidak pernah terbatas kepada bani Het.

 

Dalam artikelnyat mengenai orang Hittite, ISBE mempunyai yang berikut:

 

“Bani Het” dilihat 12 kali dan orang Hittite (Het) 48 kali dalam Perjanjian Lama. Dalam 21 kasus nama ini muncul dalam penghitungan bangsa-bangsa, di Syria dan Kanaan, yang dikatakan (Kej. 10:6 dst) sama dengan penduduk awal Kasdim dan Babel.

 

Sejak sekurang-kurangnya 2000 BC populasi [Hittite utara?] ini diketahui, daripada rekod-rekod penting, sebahagian Semitik dan sebahagian lagi Mongolik; dan kaum campuran sama ini digambarkan oleh rekod-rekod Hittite yang baru saja ditemui di Kapadokia dan Pontus. Justeru itu, walaupun orang Kanaan (“penduduk tanah rendah”), orang Amori (mungkin “penduduk tanah tinggi”), orang Hewi (“orang suku”) dan orang Feris (“orang pedusunan”) mempunyai gelaran-gelaran Semitik, orang Het/Hittite, orang Yebusi dan Girgasi nampaknya mempunyai nama-nama bukan Sem[itik]. ...

 

Pada waktu kemudiannya “tanah orang Hittite” (Yos 1:4; Yud 1:26) berada di Syria dan dekat sungai Efrat ...; walaupun Uria (2Sa 11) tinggal di Yerusalem, dan Ahimelekh (1Sa 26:6) mengikuti Daud. Pada zaman Salomo (1Raj 10:29), “semua raja orang Het” disebut dengan “raja-raja Syria/Aram,” dan masih berkuasa satu abad kemudian (2Raj 7:6). Salomo sendiri berkahwin isteri-isteri orang Het (1Raj 11:1), dan beberapa orang Het nampaknya masih ada yang tinggal di Selatan (2Taw 8:7), malahan dalam zamannya, jika bukan selepas penawanan itu (Ezr 9:1; Neh 9:8).

 

Susulan serangan-serangan Mesir hingga sampai Karkemis di sungai Efrat ketika Dinasti ke XVIII (Thebes), orang Hittite, walaupun masih berkuasa secara relatifnya, menjadi jajahan kepada orang Mesir. Tutmoses IV, datuk/kakek kepada Firaun Akhenaton, menulis tentang kempen perangnya terhadap Tanah Kheta.

 

Selama beberapa abad berikutnya, orang Mesir dan Hittite sering muncul berperang antara satu sama lain. Ketika Dinasti XIX, bagaimanapun, Rameses II dan raja Hittite, Chattusil, membuat satu perjanjian (dipahat pada tablet perak yang masih ada), dalam mana, “dua “raja agung” diperlakukan bersama sebagai orang setara, dan membentuk satu persekutuan pertahanan dan serangan, dengan klausa-klausa penyerahan tahanan yang memperlihatkan tamadun maju zaman itu”, seperti mana catatan ISBE nyatakan.

 

Kelihatannya orang Hittite Utara termasuk mereka yang digambarkan sebagai orang Mongoloid. Tanah Khatti, dipanggil Khus, merupakan kediaman orang Kush Utara yang asal. Mereka menjadi leluhur orang Mongol seperti yang kita lihat daripada Haplogroup C YDNA yang hadir di Afrika Barat Laut dan dalam orang Mongol. Mereka bergerak ke timur laut keluar daripada Anatolia ke dalam Asia secara tepatnya. Artikel ISBE memberi perincian lanjut tentang aspek ini, termasuk pertalian Mongol kepada bahasa Hittite.

 

Persoalan bangsa dan bahasa pada awal waktu, sebelum keturunan-keturunan awal itu bercampur atau rosak, tidak boleh dipisahkan, dan kita mempunyai bukti berlimpahan tentang jenis kaum dan pakaian yang menyifatkan orang Hittite. Mendiang Dr. Birch dari Muzium British menunjuk kepada sifat khas Mongol bagi jenis Hittite, dan pandangannya amat diterima umum. Pada 1888 Dr. Sayce (The Hittites, 15, 101) memanggil mereka “Mongoloid,” dan mengatakan, “Mereka nyatanya mempunyai, menurut ahli-ahli kraniologi, sifat-sifat khas bangsa Mongoloid.” Ini juga merupakan pendapat Sir W. Flower.

 

Hakikatnya ialah orang Hittite merupakan satu campuran bangsa Yafet dan Ham dan bahasa-bahasa mereka sangat banyak, seperti yang kita lihat daripada kisah Kejatuhan Troy dalam Iliad. Kita telah temui sisa jenazah Mongoloid dengan Melanesoid dan Eskimoid di China dalam gua Chekoutien dalam kumpulan famili yang sama. Mereka tersebar luas di Asia (lihat naskah Keturunan Ham: Bahagian II Kush (No. 45B)). Kita kini tahu bahawa orang Mongol ialah Hg C atau Kush Utara dan orang China berada dalam Hg O utama daripada leluhur yang berbeza sama sekali (lihat Asal Genetik Bangsa-bangsa (No. 265) dan Penciptaan: Daripada Teologi Antropomorfik kepada Antropologi Teomorfik (B5)).

 

Kita sekarang tahu bahawa cabang utara orang Kush ini telah masuk ke dalam Asia. Daripada YDNA leluhur mereka yang sama pada M168 dan P9 mereka berpecah kepada kumpulan-kumpulan Ham C, D, dan E, dengan F menjadi kumpulan leluhur asal untuk semua keturunan Semit dan Yafet. Bani Kanaan nampaknya semuanya telah berkembang daripada Haplogroup E, seperti mana bani Misraim atau Mesir.

 

Di bawah tajuk “Agama’, catatan ISBE sekali lagi bercakap (mungkin) tentang Hittite Utara.

 

Orang Hittite seperti tetangga mereka memuja banyak dewa. Selain Set (atau Sutekh), “pemerintah agung langit,” dan Ishtar (Asytoret), kita juga dapati disebutkan (dalam perjanjian Chattusil) para dewa dan dewi “bukit dan sungai tanah Chatti,” “laut besar, angin dan awan.” ... Mereka juga percaya dalam iblis setan, seperti orang Akad dan orang lain. ... Justeru simbolisme agama itu, seperti nama-nama para ilah, menganjurkan hubungan rapat dengan lambang-lambang dan kepercayaan orang Kassi dan Akad.

 

Seperti yang kita lihat, Hittite Utara kemudiannya dikenali orang Yunani sebagai Keltoi, sama seperti mereka yang dipanggil orang Celt, yang telah bermigrasi ke barat ke dalam Eropah dan Kepulauan British. Dalam bukunya The Hittites, penulis Johannes Lehmann menulis tentang kemungkinan suatu pertalian Jerman dengan orang Hittite.

 

Kita sekarang tahu bahawa orang Hittite ialah Indo-Jerman – atau, dengan menggunakan istilah lebih terkini dan tepat, Indo-Eropah – yang teks kuneiformnya yang diukir dengan susah payah mengandungi kata-kata yang masih diterima umum di kalangan orang Jerman hari ini. ...

 

Bahasa mereka ialah Indo-Eropah, namun orang Celt ialah campuran bani Gomer dan keturunan Magog seperti yang kita tahu sekarang daripada struktur-struktur YDNA kedua-dua kumpulan. Keturunan Magog ialah orang Celt Skit sementara Celt barat di Anatolia merupakan keturunan Rifat, dan orang Anglo-Saxon ialah kombinasi Gomer dan Tiras dan Keturunan Sem. Kita akan kaji semua aspek ini dalam naskah-naskah mengenai Keturunan Yafet. Lehman meneruskan:

 

Dalam Germania-nya, ahli sejarah Rom [Tacitus] menyebut beberapa suku yang muncul antara Rhine dan Weser sewaktu abad-abad sebelum saja era kita. Dipanggil Chatti, mereka merupakan bangsa yang gagah dan suka berperang yang mengatasi tetangga mereka dalam seni berperang (Germania, xxix et seq.). Orang Chatti ini, yang namanya lama kelamaan diubahsuai menjadi Catti dan, lebih terkemudian lagi, Hassi, merupakan nenek moyang orang Hessia Jerman Tengah (Wm. Collins Ltd, London, 1977, diterjemahkan drp bahasa Jerman oleh J.M. Brownjohn, ms 9, 80).

 

YDNA mereka, bagaimanapun, bukan Hamitik tetapi Yafetik dan Semitik iaitu Haplogroup R1b (R1b1c) dan I. Dengan kata lain, mereka sama atau serupa kombinasi YDNA seperti orang Anglo-Saxon dan orang Celt. Mereka ialah Hatti atau Kalti Utara daripada Persekutuan Hittite yang mana keturunan Ham bukan utama.

 

Justeru kita nampak bahawa Het adalah sebahagian daripada satu persekutuan besar. Keluaran dan penjajahan Kanaan oleh Israel dimungkinkan oleh perluasan Hittite Utara (Kalti) ke dalam Babel. Bagaimanapun, perluasan itu menyaksikan konflik terjadi dengan kerajaan lautan Raja-raja Laut Purba dan keasyikan dengan orang Thracia di utara. Penundukan Kanaan dicapai dengan perluasan orang Semit selepas pengusiran Hyksos dari Mesir dan perang Mesir atas Kanaan di bawah Dinasti ke XVIII Ahmosid. Usaha itu melemahkan Gaza dan Kanaan cukup untuk mengizinkan Israel menawannya sedikit demi sedikit sesudah pengembaraan di padang gurun; dan Hittite Utara tidak dapat membantu mereka.

 

Orang Yebusi

Anak Kanaan yang dipanggil Yebus (SHD 2982), bererti tempat pengirikan, ialah leluhur orang Yebusi (2983, yebusiy) yang merupakan penduduk pra-Israel Yerusalem yang kemudiannya diserap oleh orang Israel. Orang ini adalah terutamanya E3b.

 

Catatan ISBE memberikan maklumat berikut:

“Yebus” merupakan nama lama untuk Yerusalem (Yud 19:10,11; 1Taw 4:5 sejajar 2Sam 5:6-9, “yaitu Yerus”; ... Nama asal Yerusalem ialah nama Babel, Uru-Salim, “kota Salim,” dipendekkan kepada Salem dalam Kej 14:18 dan dalam inskripsi-inskripsi raja-raja Mesir Ramses II dan Ramses III. Dalam Surat-surat Tell el-Amarna (1400 BC) Yerusalem masih dikenali sebagai Uru-Salim, dan rajanya mempunyai nama Hittite, membayangkan bahawa kota ini pada waktu itu dimiliki orang Hittite. ...

 

Apabila Yerusalem dirampas oleh Daud, nyawa dan harta milik penduduk Yebus dibebaskan, dan mereka terus menghuni bait-bukit itu, Daud dan para pengikutnya menetap di Kota Daud yang baru di atas Gunung Sion (Yos. 15:8,63; Yud 1:21; 19:11). Sebab Arauna dipanggil “raja” (2Sa 24:23), kita boleh simpulkan bahawa raja terakhir mereka juga dibenarkan hidup. Namanya bukan Sem[it], dan pelbagai ejaannya ... menunjukkan bahawa para penulis Ibrani mempunyai sedikit kesukaran dalam menyebutnya. Orang Yebusi nampaknya akhirnya bercampur dengan populasi Israel.

 

Yehezkiel 16:3 menyatakan bahawa orang Yebusi merupakan bangsa campuran Hittite-Amori. Justeru mereka sebahagian daripada Persekutuan Hittite, namun ketika Daud menakluki Yerusalem pada 1005 BCE Troy telahpun dijatuhkan pada 1054 dan penduduknya telahpun diumumkan untuk Rom dan Britain, dan bani Hector telah pergi ke utara ke tempat yang kini ialah Armenia – walaupun mereka ada kembali ke Troy untuk seketika selepas ini. Sisa orang Hittite terbiar untuk membuat persekutuan dengan orang Israel di bawah Daud dan harganya ialah mereka menerimanya sebagai pemerintah Yerusalem. Uria orang Het/Hittite dijadikan salah seorang daripada tiga puluh Pahlawan Israel dalam persekutuan ini (lihat naskah-naskah Pemerintahan Raja-raja Bahagian II: Daud (No. 282B) dan Pemerintahan Raja-raja Bahagian III: Salomo dan Kunci Daud (No. 282C)).

 

Orang Amori

Salah satu suku paling terkemuka Alkitab, orang Amori sering berkonflik dengan Israel. Perkataan Amorite (‘emoriy, SHD 567) bermakna jurukata (BDB) atau “publisiti, iaitu, kemasyhuran; justeru seorang pendaki gunung” (Strong). Orang Babel mengenali mereka sebagai Amurru.

 

Alkitab memberikan tiga tempat khusus untuk orang Amori.

(1)   Pantai barat Laut Asin (Kej. 14:7), di Hebron (Kej. 14:13), dan Sikhem (Kej. 48:22);

(2)   Di Gilead dan Basan (Ula. 3:10); dan

(3)   Di bawah Hermon (Ula. 3:8; 4:48).

 

Mereka dinamakan dan bukan orang Kanaan sebagai penduduk Palestin yang orang Israel dituntut untuk membasmikan (Kej. 15:16; Ula. 20:17; Hakim 6:10; 1 Sam. 7:14; 1 Raja 21:26; 2 Raja 21:11). Ini meninggalkan keadaan pelik dalam teks-teks mengenai kutuk Kanaan. Keturunannya sepatutnya menjadi hamba abdi kepada Sem dan Yafet, tetapi itu tidak memerlukan pembasmnian; bagaimanapun, cabang ini memangpun perlu dihapuskan.

 

Dalam Bilangan 13:29, kita lihat orang Amori digambarkan sebagai penghuni di pergunungan seperti orang Hittite dan orang Yebusi Yerusalem, sementara orang Amalek Semitik (dipanggil Bedouins oleh ISBE) tinggal di selatan dan orang Kanaan hidup di tepi pantai dan di lembah Yordan.

 

Sihon, “raja orang Amori”, telah menakluki separuh utara Moab (Bil. 21:21-31; Ula. 2:26-35). Semua ini ditangani dalam pendudukan itu.

 

Daripada rekod, kelihatannya terdapat komponen Semit yang kuat bagi orang Amori.

 

Kerajaan Amori dikatakan meliputi sebahagian besar Mesopotamia dan Syria yang seharusnya pada zaman selepas Banjir. Ibu kotanya mungkin di Haran. Beberapa abad kemudian satu dinasti Amori diasaskan di utara negeri Babel dengan ibu kotanya di Babel. Mereka menjejaki keturunan mereka daripada Samu atau Sumu, yang difahami merupakan Sem alkitabiah. Khammu-rabi, (Amrafel Kej. 14:1) datang daripada dinasti ini. ISBE menyatakan bahawa dokumen-dokumen astrologi zaman itu sering merujuk kepada “raja orang Amori”.

 

Orang Amori menetap di Ur dan kota-kota Babel lain untuk penguasaan perdagangan, dan kerajaan Amori terus wujud sampai waktu serangan Palestin oleh Israel. Ini disebutkan dalam rekod Mesir serta dalam kuneiform Surat-surat Tell el-Amarna, dan dalam arkib Hittite yang baru saja ditemui di Boghaz-keui, tempat ibu kota Hittite di Kapadokia.

 

Penaklukan Kanaan oleh Mesir oleh raja-raja Dinasti ke XVIII telah mengakhiri pemerintahan efektif negeri itu oleh raja-raja Amori. Ini membantu orang Israel dalam pendudukan mereka atas Kanaan kerana Keluaran berlaku di bawah dinasti ini (lihat naskah Pemerintahan Raja-raja Bahagian III: Salomo dan Kunci Daud (No. 282C)). Pemerintahan orang Amori, bagaimanapun, masih menjangkau ke timur ke sempadan negeri Babel, dengan batas selatannya lebih kurang pada tempat yang kemudiannya merupakan batas utara Naftali.

 

Dari waktu ini raja-raja Amori memjadi, dalam nama, pengikut Firaun Mesir. Namun dengan kemasukan Israel ke Kanaan kuasa orang Amori dan penguasaan orang Mesir dibataskan dengan signifikan.

 

Seperti yang kita lihat di atas, kerajaan Hittite telah dimusnahkan oleh serangan “orang biadab utara,” orang Frigia, kemungkinannya, orang Thracia dan Yunani, yang mara ke selatan menentang Mesir melalui Palestin, membawa bersama mereka “raja orang Amori”. Semua penyerang ini, bagaimanapun, telah dikalahkan dan hampir-hampir dihapuskan oleh Ramses III daripada Dinasti Mesir ke XX (1200 BC). Raja Amori, ditawan kali ini oleh orang Mesir, difikirkan merupakan pendahulu Sihon dalam Perjanjian Lama, namun begitu, pewaktuan Keluaran dalam Dinasti ke XVIII menjadikan itu bermasalah.

 

Dengan kejatuhan Sihon, kerajaan Amori lenyap. Orang Aram/Syria dari Zoba, dari Hamat dan dari Damsyik menjadi terkemuka. Dengan kebangkitan Asyur, “orang Amori” yang telah meluas sampai perbatasan Babel tidak ditemui dalam kesusasteraan sezaman penduduk Asia barat. Lihat naskah Keturunan Abraham Bahagian IV: Keturunan Ketura (No. 212D).

 

Girgasi

Juga dipanggil Girgashi, suku ini daripada anak Kanaan itu nampaknya mempunyai nama yang bermakna berdiam atas tanah liat (SHD 1622). Mereka terletak di timur Laut Kineret (Galilea) ketika orang Israel mula-mula memasuki Negeri Perjanjian itu. ISBE mempunyai yang berikut:

 

Pinches (The Old Testament in the Light of the Historical Records, 324) tentu mengenal pasti orang Girgasi dengan orang Kirkishati daripada satu tablet Asyur; bagaimanapun, orang Kirkishati ini nampaknya telah hidup di Timur Tigris, dan mungkin, seperti dalam kasus orang Hittite, satu koloni orang Qarqish, dari Asia Minor, diasaskan di Palestin.

 

Nama ini nampaknya terus kekal dalam orang Gadara Matius 8:28.

 

Hewi

Daripada anak Kanaan yang nama Ibraninya Chivviy bermakna orang kampung (SHD 2340); ini ditulis Heuaios dalam LXX. ISBE memberi perincian ringkas tentang orang Hewi.

 

Dalam senarai bangsa-bangsa Kanaan yang diberikan dalam Kej 15:19-21, orang Hewi (Hivites) diabaikan dalam teks Ibrani, walaupun dimasukkan dalam Septuagint ... Kesukaran menjelaskan ini ditambahkan oleh fakta yang ini telah dikelirukan dengan “Hori/Horite” dalam beberapa bahagian teks Ibrani. Dalam Yos. 9:7 Septuagint berbunyi “Horite” seperti juga Codex A dalam Kej 34:2, dan dalam Kej.36:2 satu perbandingan dengan 36:24,25 menunjukkan bahawa “Horite” harus menggantikan “Hivite.” ... Belum ada nama menyerupai Hivite ditemui dalam inskripsi Mesir atau Babel. (ISBE)

 

Interpreter’s Dictionary of the Bible (Vol. 2, ms 615) memberi lebih banyak maklumat. Alkitab nampaknya menyebut mereka tetapi tiada bukti luar alkitabiah yang nyata untuk kewujudan mereka dan kita mungkin andaikan mereka sebenarnya orang Huri.

 

Nama mereka muncul dalam senarai bangsa-bangsa yang diusir oleh orang Israel (Kel. 3:8,17; 13:5; 23:23,28; 33:2; 34:11; Ula. 7:1; 20:17; Yos. 3:10; 9:1; 11:3; 12:8; 24:11; Hakim. 3:5; 1Raja. 9:20; 2Taw. 8:7).

 

Catatan genealogi dalam Kejadian 10:17, yang diulangi dalam 1 Tawarikh 1:15, tidak memberitahu kita apa-apa selain mereka ialah bani Kanaan.

 

Kejadian 34:2 memakaikan istilah itu kepada Hemor, bapa Sikhem. Justeru kota Sikhem ialah kota orang Hewi. Sikhem telah memperkosa Dina, anak perempuan Lea, dan memintanya sebagai isteri. Lalu bani Yakub, di bawah pimpinan Simeon dan Lewi, dengan muslihat telah menyunatkan seluruh kota itu, dan pada hari ketiga mereka datang dan membunuh setiap lelaki dalam kota itu dan membawa kaum perempuan dan anak-anak serta menjadikan mereka hamba dan gundik dalam Israel, dan merampas semua kawanan dan lembu sapi mereka serta semua gandum mereka. Atas sebab itu orang Hewi Sikhem tidak disebut dalam sumber-sumber selepas waktu ini.

 

Penduduk Gibeon di utara Yerusalem dikenal pasti sebagai Hewi dalam Yosua 9:7 dan 11:19. 2 Samuel 24:7 menyatakan bahawa orang Hewi ditemui dalam perjalanan dari Sidon ke Bersyeba. Bagaimanapun, itu bermakna mereka terserak dari utara Kanaan sampai selatan. Mereka mempunyai perkampungan di Gunung Libanon (Hakim 3:3) malah di kaki Gunung Hermon (Yos. 11:3). Dalam pembacaan Septuagint (LXX) bagi satu bahagian Teks Masoretik (MT) yang dirosakkan, penaklukan Israel itu meninggalkan tempat-tempat orang Hewi (Interp. Dict., ibid.) dan orang Amori yang sepi (Yesaya 17:9). LXX menuliskan perkataan Evaioi dan Brenton menulisnya sebagai Evaeans.

 

Apa yang dirujuk di sini mungkinpun bukan orang Hewi, sebab kepentingan yang ditunjukkan daripada bahagian ini tidak disokong oleh teks luar alkitabiah.

 

Masalah timbul daripada fakta bahawa nama-nama Ibrani untuk Hewi/Hivite, Hori/Horite dan Het/Hittite berbeza antara satu sama lain dengan konsonan tengah saja. Justeru kekeliruan terjadi dalam MT sendiri dalam merujuk kepada Zibeon orang Hewi dalam Kejadian 36:2, namun menyenaraikannya sebagai orang Hori pada ayat 20.

 

LXX juga menuliskan Hori untuk Hewi MT dalam Kejadian 34:2 dan Yosua 9:7. Interpreter’s Dictionary menegaskan bahawa istilah pada teks Yesaya 17:9 LXX yang mencerminkan hry Ibrani diubah dalam MT kepada hr.

 

LXX bercakap tentang orang Hittite dalam Yosua 11:3 sedangkan MT bercakap tentang orang Hori.

 

Justeru kemungkinan rujukan yang dikatakan orang Hewi berserta dengan orang Amori itu sebenarnya merujuk kepada orang Hittite, yang dengan mudahnya menjelaskan kemasyhuran itu; dan mungkin juga apa yang kita perhatikan ialah orang Hewi sebagai satu kumpulan Persekutuan Hittite. Nama-nama peribadi Huri diperlihatkan dari Palestin Tengah termasuk Sikhem, Libanon dan pedalaman Syria (lihat Kej. 34:2; Interp. Dict., op. Cit.). Orang Hewi disebutkan dalam senarai-senarai sebelum orang Yebusi yang merupakan cabang Huri yang terkenal. Orang Huri sedikit pertaliannya jika adapun dengan orang Hori Edom. Bagaimanapun, mereka berada dalam Palestin di mana kita temui orang Hewi. Justeru boleh disimpulkan bahawa orang Hewi dan orang Yebusi merupakan sebahagian daripada Persekutuan Hittite bersama-sama dengan Het, dan dikenali sebagai orang Huri (Hurrian) atau Hittite.

 

Orang Arki

Kepala suku orang Arki dikenali sebagai Arki (‘arqiy, SHD 6208) bererti menggerogoti/menggerit. Kampung moden Arqa berhampiran Miniara di daerah Akar utara Libanon kira-kira empat batu daripada pantai. Ini terletak kira-kira sepuluh atau dua belas batu di Timur laut Tripolis, Syria. Orang Arki disebut dalam Kejadian 10:17 dan 1 Tawarikh 1:15 sebagai keturunan Kanaan. Mereka berhubungan dengan orang Fenisia dan membentuk sebahagian daripada keturunan awal. Arka, walaupun kurang penting, disebutkan dalam inskripsi Asyur di bawah nama Irkatah.

[Arka] ditakluk oleh Tiglat-Pileser III pada 738 BC. Sebab tidak berada di tepi laut perdagangannya kecil dan ia mungkin dimiliki Tripoli atau Botrys pada mulanya. Ini tempat lahir Alexander Severus, dan demikianlah nama Romnya, Caesarea Libani. Tempat letaknya ditandakan oleh timbunan tinggi dekat kaki bukit Libanon. (ISBE)

 

Orang Sini

Nama mereka diperolehi daripada Sin, ertinya duri atau tanah liat (siyniy, SHD 5513). ISBE mengatakan: “Identifikasinya tidak pasti. Jerome menyebut sebuah kota yang sudah runtuh, Sin, dekat Arka, di kaki Libanon”.

 

Strabo menyebut sebuah kota dipanggil Sinna di cerun-cerun Libanon. Hieronymus juga berpendapat bahawa civitas Sini mungkin terletak di kaki bukit Libanon dekat Nar el Arqa.

 

Interpreter’s Dictionary mengatakan orang lain telah mengusulkan bahawa orang-orang ini ialah Sianu Fenisia Utara yang disebut dalam inskripsi Asyur, tetapi tiada apa-apa yang boleh dikatakan dengan pasti (Interp. Dict., Vol. 4, ms 379). Ia nampaknya pernah menjadi sebahagian daripada perkampungan orang Kanaan Libanon yang ditundukkan oleh Daud dan dibawa ke dalam Israel Lebih Besar.

 

Orang Arwadi

Mereka keturunan Arwadi (Arvad), anak Kanaan, yang namanya bermakna Aku akan melepaskan diri (SHD 721). Arwadi zaman moden kini dipanggil Pulau Ruad; ini satu-satunya pulau di Syria dan terletak kira-kira 30 batu di utara Tripolis antara Tripolis dan Ladhigiyeh. Orang Arwadi mendiami pulau ini, suatu pulau Fenisia, dengan kebanyakan kota-kota Fenisia di pantai ini membentuk satu persekutuan perdagangan. Ia mempunyai angkatan laut yang sangat kuat, dan kapal-kapalnya disebut dalam tugu-tugu Mesir dan Asyur.

 

Ia nampaknya pernah memiliki tempat serupa di kota-kota Fenisia utara, dari Gunung Cassius sampai batas utara Libanon, seperti Sidon di Selatan, dengan dinasti dan pembuatan tempatannya sendiri. Sesetengah nama raja-rajanya telah ditemui kembali. Penduduknya disebut dalam senarai-senarai awal Kejadian 10:18, dan Yehezkiel 27:8,11 menyatakan para pelaut dan perajuritnya bertugas bagi Tirus.

 

Raja Asyur, Tiglat-Pileser I (sekitar 1020 BCE) menyatakan bahawa dia belayar dalam kapal-kapal Arwadi, yang nampaknya menunjukkan adanya kepentingan perlautannya. Asyur-nazir-pal (sekitar 876) menjadikannya jajahan, tetapi ia memberontak dan 200 orang lelaki Arwadi disenaraikan antara sekutu Ben-hadad dari Damsyik di pertempuran besar Quarqar, bilamana seluruh Syria/Aram nampaknya bersatu melawan Salmaneser II (sekitar 854) (lihat ISBE). Selepas itu ia menjadi jajahan kepada Tiglat-Pileser III dan Sanherib (lihat ibid.).

 

Ada disebutkan dalam satu reskrip dari Rom kira-kira 138 BC, berhubungan dengan kota dan pemerintah lain di Timur, untuk melayan baik orang Yahudi. Ini selepas Rom telah mula campur tangan dalam hal ehwal Yudea dan Syria, dan menunjukkan bahawa Arwadi sangat penting pada waktu itu (lihat 1 Macc 15:16-23). Kota ini tidak disebutkan dalam Perjanjian Baru ... (ISBE)

 

1 Maccabees 15:23 merujuk kepadanya sebagai Arvadus menggunakan bentuk bahasa Rom.

 

Orang Semari

Suku ini dikenali sebagai Zemaraim; nama mereka bererti pakaian bulu domba berganda (SHD 6786). Dalam Septuagint mereka dikenali sebagai Samaraios.

 

Kemunculan nama ini antara orang Arwadi dan Hamati memberikan petunjuk tentang tempatnya. Satu tempat dipanggil Cumur disebut dalam Surat-surat Tell el-Amarna bersama-sama dengan Arwadi. Nama ini mungkin terus kekal dalam nama Sumra, satu kampung di tepi pantai antara Tripolis dan Ruwad, kira-kira 1 ½ batu di Utara Nahr el-Kebir. Kami agak pasti mengenali kampung moden dengan tapak kota yang mana penduduknya dipanggil “orang Semari.” (ISBE)

 

Orang-orang ini hanya disebut dalam Kejadian 10:18 dan 1 Tawarikh 1:16 dan sebagai keturunan Kanaan dan saudara orang Arwadi dan Hamati. Mereka pastinya sebahagian daripada kawasan di bawah penguasaan orang Arwadi dan identiti mereka dari segi sejarah digabungkan dengan mereka.

 

Orang Hamati

Orang Hamati (chamathiy, SHD 2577) ialah keturunan Hamat (2574), ertinya kubu atau benteng. Hama (kubu dalam bahasa Arab), kota Syria kelima terbesar hari ini, terletak di tebing-tebing sungai Orontes di Syria tengah. Ia Nahr el ‘Asi moden, dan berada atas jalan keretapi antara Aleppo dan Damsyik pada 1015 kaki di atas paras laut.

 

Kejadian 10:18 menyebut Hamat antara anak-anak Kanaan, namun pada zaman dahulukala (menduga daripada nama-nama peribadi) kota ini nampaknya kebanyakannya Semitik (lihat ISBE).

 

Ia sebahagian daripada satu kerajaan pada zaman dahulu yang batas selatannya merupakan batas utara Israel (lihat Bil. 34:8; Yos. 13:5; Yehez. 47:13-21). Daud mengadakan hubungan persahabatan dengan Tou, rajanya (2Sam. 8:9-10; 12:26-31), dan Salomo mendirikan kota-kota perbekalan di negeri Hamat (2 Taw. 8:4).

 

Ia telah digali oleh orang Danish hingga dua belas tingkat, dan tingkat H difahami sama waktunya dengan zaman Babel Lama (lihat Interp. Dicti., Vol. 2, ms 516). Tiada penemuan daripada zaman Hyksos. Ia merupakan pusat sebuah kerajaan Amori dalam zaman Amarna. Bagaimanapun, ia ditakluki, berserta dengan satu kawasan besar wilayah Syria, oleh Abdi Ashirta yang cuba mempertahankan hubungan persahabatan antara orang Hittite dan orang Mesir (ibid.).

 

Daripada inskripsinya, Hamat ialah sebuah pusat Hittite. Daud bersekutu dengannya dan demikianlah dia dapat mengatasi Hadadezer dari Zoba, yang bersekutu dengan Damsyik (2Sam. 8:3-12).

 

Yerobeam II menetapkan kembali sempadan Israel pada batas selatan Hamat (2 Raja-raja 14:25 dst.). Ini bermakna dia telah merebut kembali tempat-tempat yang dirampas oleh Damsyik dan Hamat.

 

Zakir merupakan raja kedua-dua Hamat dan L’sh.

 

Salmaneser II mengatakan dia menaklukinya dan ia sekali lagi ditakluki oleh Sargon II. Hamat pada waktu itu mengamalkan kultus jenis Asyur.

 

Dalam zaman Ahab ia disebutkan pada inskripsi kuneiform sebagai mat hamatti. Rajanya Irhuleni menyertai persekutuan orang Hittite dengan Benhadad dari Damsyik dan Ahab dari Israel menentang Salmaneser II. Persekutuan itu dihancurkan oleh pertempuran Qarqar pada 854 BCE, dan Hamat menjadi jajahan kepada Asyur – iaitu bilamana kultus itu mungkin sekali diperkenalkan.

 

Yerobeam II menyerang, memusnahkan sebahagiannya, dan memegangnya sekejap (2 Raja 14:28; Amos 6:2) (lihat ISBE).

 

Pada 720, Sargon “mencabut negeri Hamat dan mencelup kulit Ilubi’idi (atau Jau-bi’idi) rajanya, seperti kain bulu” dan menempatkan negeri itu dengan 4,300 orang Asyur, yang antaranya ialah Deioces orang Media. Beberapa tahun kemudian Sanherib juga mendakwa telah menakluknya (2Raj 18:34; 19:13). Dalam Yes 11:11, ada disebutkan tentang orang Israel dalam tawanan di Hamat, dan orang Hamati adalah antara penduduk baru yang ditempatkan di Samaria (2Raj 17:24) oleh Esarhadon pada 675 BC. (ISBE)

 

Hamat mengekalkan kepentingannya sampai Zaman Hellenistik (Yunani purba), dan di bawah Antiochus IV dinamakan kembali Epiphania. Ketika Perang Maccabea, para panglima centurion Demetrius menempatkan angkatan tentera mereka di situ (1 Macc. 12:24-25).

 

Dalam Zaman Islam Hamat menjadi sebuah pusat Kristian dan mengekalkan perayaan-perayaan Easter yang tentunya telah dipujanya di bawah nama Asyur, Ishtar. Ahli sejarah Arab Dimashqi (diterjemah Mehren, lihat Interp. Dict., ibid.) merekodkan perayaan itu.

 

Kota Hamat-Zoba yang disebut dalam 2 Tawarikh 8:3 yang terletak di selatan Hamat mungkin Zoba (lihat 2 Sam. 8:9; 2 Taw. 8:3-4; lihat uga Yeh. 47:17).

 

Struktur keturunan Kanaan di Hamat moden boleh ditentukan oleh YDNA-nya. Seperti kebanyakan Palestin, ini tentu mempunyai YDNA campuran tetapi mengekalkan sedikit E3b Kanaannya, seperti Yehuda sendiri.

 

Pertaubatan Kanaan

Rujukan kepada orang Kanaan sedikit saja dalam Perjanjian Baru, bagaimanapun, ada satu kejadian signifikan bilamana seorang perempuan Kanaan mendekati Kristus supaya dia menyembuhkan anak perempuannya, seperti kita lihat dalam Matius 15:22dst. Tidak seperti bangsa Kristus sendiri, perempuan ini mengenalinya sebagai ‘anak Daud’ yang dijanjikan. Mesias memujinya atas imannya, khususnya sebagai seorang bukan orang Israel, dan mengabulkan permintaannya.

 

Orang Fenisia

 

Orang Fenisia adalah antara bangsa paling terkenal dan berbakat dalam dunia purba. Merekalah yang telah mencipta bentuk awal abjad, yang masih digunakan dalam banyak negara hari ini.

 

Ensiklopedia McClintock and Strong melaporkan di bawah tajuk, “Phoenicia, History”,

 

Sejarah. – Salah sebuah negara paling berkuasa dan penting zaman dahulukala, Fenisia telah meninggalkan maklumat buruk mengenai sejarahnya. Menurut Josephus, setiap kota dalam Fenisia mempunyai koleksi buku-buku daftar dan dokumen-dokumen awam (disusun Targum sampai Kiryat-Yearim, Hakim 1:11,15). Daripada semua ini, Menander dari Efesus, dan Dias, seorang Fenisia, menghimpun dua sejarah Tirus, yang mana beberapa fragmennya telah selamat (disusun Josephus, Contra Ap. 1:17, 18; Ant. 8:5, 3; 13:1 sq.; 9:14, 2; Theophil. Ad Autol. 3:22; Syncellus, Chron. Ms 182).

 

Teruskan:

Bercakap secara luas, kita boleh mula mentarikhkan sejarah Fenisia dari waktu bilamana Sidon mula-mula memikul pemerintahan, atau kira-kira B.C. 1500. Sampai waktu itu perkembangan sumber dalaman yang amat banyak, dan pemulaan perdagangan sangat besar yang bakal meliputi seluruh dunia yang diketahui setakat itu, terutamanya, mengisi perhatian para penetap mula-mula dan suka kedamaian itu... Wakil simbolik sejarah politik mereka ketika waktu itu ialah El, atau Belitan, pembangun kota-kota, pemerintah manusia tertinggi dan bahagia. Penaklukan Kanaan oleh orang Israel menandakan satu zaman baru, yang mana senarai raja-raja masih wujud pada waktu Yunani kemudian. Sekarang kita mula-mula mendengar tentang koloni-koloni Sidon, sementara pembuatan dan perdagangan negeri itu nampaknya telah mencapai kemasyhuran tinggi di serata negeri-negeri tetangga. Orang Israel mengusir penetap-penetap Sidon dari Lais, dekat sumber Yordan. Beberapa lama kemudian (permulaan abad ke 13), kolonisasi Sidon tersebar lebih jauh ke barat, menemukan kota (pulau) Tirus, dan Citium dan Hippo di pantai Afrika. Kira-kira 1209, bagaimanapun, Sidon dikalahkan oleh raja Askalon, dan Tirus, memangku pengaruh kuasa itu, membentara suatu zaman ketiga, yang ketikanya Fenisia mencapai puncak kebesarannya. Pada waktu ini, terutamanya di bawah pemerintahan cemerlang Hiram, kita juga mendengar tentang persekutuan rapat dengan orang Israel, yang akhirnya membawa kepada banyak kegiatan perdagangan yang sama di laut. Sesudah kematian Hiram, bagaimanapun, perselisihan politik mula meruntuhkan kedamaian dan kuasa tak terbanding negeri itu. Empat anaknya memerintah, dengan sela-sela tertentu, selama waktu-waktu singkat, dan mahkota itu kemudiannya diambil oleh Etbaal, bapa Izebel. Cucunya, Matan, meninggalkan takhta itu kepada dua anaknya, Pygmialion dan Dido (Elissa). Dido, setelah disisihkan daripada kuasa oleh saudaranya ini, meninggalkan negeri itu, bersama-sama dengan beberapa keluarga bangsawan, dan mendirikan Carthage (Kota-Baru), kira-kira B.C. 813. Tentang abad yang menyusuli, tiada lagi yang diketahui selain kiasan sekali-sekala dalam Yoel dan Amos, yang menceritakan tentang perdagangan lanun orang Tirus dan Sidon. Serangan-serangan orang Asyur, Kasdim, Mesir menyusuli secara bergilir-gilir ketika fasa terakhir sejarah Fenisia, bertarikh dari abad ke 8, dan segera menjatuhkan negeri maju itu menjadi tidak penting. Segala perbuatan hebat, seperti pengepungan tiga belas tahun yang dideritai oleh Tirus menentang angkatan yang terlalu besar, tidak dapat menyelamatkan negeri itu yang bakal menemui ajalnya. Armadanya musnah, semua koloninya dirampas daripadanya atau dalam keadaan pemberontakan terbuka, dikoyak-koyakkan oleh golongan-golongan dalaman, Fenisia akhirnya (bersama-sama dengan sisa kerajaan Nebukadnezar) dimasukkan dengan Persia B.C. 538. Sekali lagi, bagaimanapun, geram dengan cukai sangat besar yang dikenakan pada mereka, terutamanya ketika perang Yunani, berserta dengan banyak tindakan menyakitkan hati yang dilakukan oleh wali-wali berturut-turut, orang Fenisia, di bawah pimpinan Sidon, mengikut serta dalam revolusi Mesir menentang Artahsasta Mnlemon dan Ochus, kira-kira pertengahan abad ke 4 B.C., yang berkesudahan amat buruk bagi mereka. Sidon, satu-satunya kota yang tidak mau tunduk serta-merta dengan kedatangan tentera Persia, telah ditakluk, warganya sendiri membakarnya, dan lebih daripada 40,000 orang mati dalam kebakaran itu. Walaupun didirikan dan didiami kembali tidak lama selepas itu, ia tidak pernah lagi mencapai kehebatan dahulukalanya, dan kepimpinan jatuh kepada Tirus, sehingga ia, juga terpaksa tunduk, selepas pengepungan tujuh tahun, kepada Alexander, yang melalui pertempuran di Issus (B.C. 333) telah menjadikan seluruh Fenisia miliknya sebagai sebahagian penting daripada kerajaan Persia yang sangat besar. Di bawah Antiochus yang Agung, semua selain Sidon tunduk kepada pengaruh Seleucid. Pompey, menggabungkan Fenisia dengan Syria (B.C. 65), menjadikannya sebuah wilayah Rom. Ketika perang-perang saudara Rom, bilamana Cassius membahagikan Syria kepada wilayah-wilayah kecil, dan menjual semuanya secara berasingan, Tirus sekali lagi menjadi sebuah kerajaan kecil untuk satu waktu singkat, dengan rajanya sendiri. Cleopatra dalam gilirannya menerima Fenisia sebagai hadiah daripada Antony. Apa saja sisa kemerdekaan yang masih tinggal pada dua kota purba itu dirampas daripada mereka oleh Augustus (20). Tirus, bagaimanapun, mengekalkan kebanyakan kepentingan sebelumnya sebagai pusat perdagangan dan pembuatan melalui pelbagai perubahan sejarah Syria ketika enam abad yang menyusuli, sehingga orang Turki Ottoman menakluki negeri itu, dan pembukaan Dunia Baru, serta adanya jalan baru ke Asia, menghancurkan sisa akhir keagungan primitif salah satu kerajaan kuat dunia purba, dan yang telah menyumbangkan salah satu bahagian terbesar kepada tamadun seluruh manusia.

 

Dalam bukunya Legend: Genesis of Civilisation, David Rohl memberi perincian tentang perolehan nama itu.

 

Walaupun istilah ‘Phoenicia’ (Fenisia) tidak muncul sehinggalah waktu-waktu kemudian, kita ada temui satu sumber Mesir Kerajaan Tengah – ‘Kisah Sinuhe’ – merujuk kepada negeri ‘Fenku’ yang mungkin satu sebutan awal untuk panggilan biasa dalam bahasa Yunani ‘Phoinike’ dari mana kita perolehi Phoenicia... Aku telah memberikan contoh-contoh sebelum ini untuk perubahan daripada ‘p’ kepada ‘f’ (‘ph’), dan yang paling jelas ialah ‘Faiyum’ dalam bahasa Arab untuk nama Mesir purba ‘Pa-Yam’ (‘laut’).

 

Pada zaman dahulu ... seluruh bahagian barat Lautan Hindi dan, khususnya, Teluk Persia dikenali sebagai Laut Teberau/Merah (Laut Erythraea bagi orang Yunani). Perairan ini dinamakan sempena para pelaut yang mula-mula melayarinya – keturunan orang merah dari Tilman/Taman Eden. ...

 

Dalam bahasa mereka sendiri para pedagang-pelaut cekap ini dikenali sebagai Poen atau Pun. Pada jalan masuk ke hujung selatan Laut Teberau mereka mendirikan sebuah pelabuhan yang bakal menjadi pusat perdagangan untuk hasil luar biasa Afrika dan Arab selama berabad-abad kemudian. Orang Mesir berfiraun yang kemudian memanggil tempat ini Poene atau Pun(t) sempena rakyatnya. ...

 

Orang Poen mempunyai sejarah panjang yang menyaksikan mereka menjajahi wilayah pantai Mediterranean timur di mana mereka mendirikan kota-pelabuhan baru, dua antaranya – pulau-pulau Tirus dan Arad – dinamakan sempena pulau-pulau tanah air mereka Tylos (dari Tilmun) dan Arad di Bahrain. Orang Yunani mengenali orang Poen sebagai Phoenike – orang Fenisia zaman dahulu.

 

Beberapa ribu tahun selepas migrasi asal mereka dari Teluk Persia ke Mediterranean melalui Laut Teberau mereka mula menjajahi Mediterranean barat dan melampauinya di sepanjang pinggir pantai Atlantik. Dengan berbuat demikian mereka akhirnya mendapati diri mereka bertentangan dengan kuasa baru wilayah itu – Rom. Demikianlah bermulanya perang-perang ‘Punic” [daripada Pun atau Poen] antara kerajaan Rom dan Carthage (Arrow Books Ltd, London, 1999, ms 300, 450-451).

 

Di bawah subtajuk ‘Flight of the Phoenix’ dalam Legend, Rohl menyatakan selanjutnya:

 

Kunjungilah sekolah Lubnan/Libanon dan duduklah dalam kelas sejarah. Di situ kamu akan mendengar guru menerangkan kepada anak-anak bahawa orang Lubnan moden berketurunan daripada orang Fenisia purba yang, selanjutnya, berasal dari pulau-pulau Teluk Persia. Asal legenda orang Fenisia bukan satu ciptaan masyarakat Kristian Lubnan semata-mata untuk memberi tradisi etnik berasingan daripada tetangga Muslim mereka. Idea bahawa leluhur orang Fenisia berasal dari Bahrain yang jauh sekali untuk mendirikan kota-kota baru Kanaan di pantai Mediterranean Timur memang cukup terkenal kepada para penulis klasik. Justin, Pliny, Ptolemy dan Strabo semuanya menganggap tanah air asal orang Fenisia di Teluk itu sebagai satu fakta sejarah (ibid., ms 248-249).

 

Masalah yang kita ada berhubungan orang Lubnan adalah penanda YDNA yang mereka miliki sekarang ialah K2, yang bukan penanda orang Kanaan tetapi sebaliknya penanda keturunan Yafet Tarsis. Ramai saintis membuat kesimpulan ini namun ini kelihatannya silap. Orang Fenisia bukan semuanya satu bangsa dan mereka menggabungkan kedua-dua pelaut dan kapal Tarsis dan Tirus dan Sidon dan juga orang Edom, seperti yang kita tahu daripada Alkitab (lihat naskah-naskah Pemerintahan Raja-raja Bahagian II: Daud (No. 282B) dan Pemerintahan Raja-raja Bahagian III: Salomo dan Kunci Daud (No. 282C)).

 

Alexander yang Agung membinasakan Tirus sesuai dengan nubuatan, dan pihak lain mendirikannya kembali sesudah penduduknya ditawan dan kotanya dimusnahkan.

 

Kolam-kolam gen Lubnan moden terdiri daripada struktur gabungan, termasuk gerakan-gerakan imigrasi daripada kumpulan Fenisia awal yang lain dari Iberia, dengan orang Yunani, orang Arab, orang Eropah Perang Salib, dan orang Turki Seljuk.

 

Universiti Amerika Beirut melancarkan projek genografi Fenisia untuk memetakan komposisi genetik populasi Lubnan dan juga populasi-populasi Mediterranean yang dikatakan dijajahi “orang Kanaan” purba. Apa yang mereka andaikan ialah, disebabkan kekerapan tinggi gen K2 YDNA ditemui di Semenanjung Iberia serta Malta (sebuah pulau yang dijajahi orang Fenisia), semua ini ialah orang Kanaan, sedangkan tempat-tempat itu merupakan kediaman kapal-kapal asal Tarsis dan dengan itu penduduknya bukan orang Kanaan.

 

Jika gen K2 merupakan gen orang Kanaan maka ini satu-satunya gen keturunan Ham yang melompati jurang Yap dan mencerobohi divisi Haplogroup F – yang kelihatan khususnya satu divisi Sem dan Yafet. Bagaimanapun, penduduk K2 Tirus mungkin juga telah berasal daripada keturunan Yawan yang menduduki pulau-pulau itu dan mendiami kembali Tirus selepas ia dibinasakan. Ini mungkin datang daripada orang Dodanim atau Rodanim, atau mungkin Tarsis.

 

Orang Fenisia merupakan pelaut unggul dunia purba, dan ada dicatatkan bahawa Firaun Necho dari Mesir mengutus salah satu armada mereka untuk mengelilingi Afrika seawal 600 BCE. Sudah disahkan bahawa orang Fenisia kemudiannya menyeberangi Atlantik ke Amerika, berabad-abad sebelum orang Viking atau Columbus. Para pelaut ini pergi dari Tarsis, mereka berketurunan Yafet. Malah mereka nampaknya telah belayar ke Australia, Melanesia dan Asia Tenggara, sebab Hg K dan terbitannya M ada di situ. Malah Aryan RxR1 asas mencakupi 10-15% daripada Aborigine Australia.

 

 

q