Jemaat-jemaat Allah Al Masehi

[049]

 

 

 

Tujuh Hari Dalam Perayaan

(Edition 2.0 20040327-20040717)

 

 

Memelihara Tujuh Hari dalam Perayaan sering kali tidak difahami dan walaupun ia difahami, ia selalunya tidak diendahkan. Jemaat harus bersedia bagi Perayaan Paskah dan Roti Tidak Beragi dengan tekun kerana ia harus bersedia bagi semua tiga perayaan ini dengan tekun. Setiap individu bertanggung jawab untuk hadir serta membaktikan dirinya bagi Allah.

 

 

 

Christian Churches of God

 

PO Box 369, WODEN ACT 2606, AUSTRALIA

E-mail: secretary@ccg.org

 

(Hakcipta ã 2004 Wade Cox)

(Tr. 2005)

 

Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan.  Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan.  Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.

 

Karya ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org

 

Tujuh Hari dalam Perayaan

 

 


Puasa bagi Kesalahan yang tidak disedari dan disengajakan

Sabat 7 Abib 27/120 adalah suatu upacara yang jarang dilakukan [hanya sekali dalam banyak masa] apabila kita berpuasa dan bukannya menjamu pada hari Sabat. Pada tahun 2004, tahun ketujuh Abib jatuh pada hari Sabat. Seperti yang kita tahu, hari ini diperuntukkan bagi penyucian bagi kesalahan yang tidak disedari dan disengajakan oleh Umat Allah dan masyarakat yang tidak sedar secara keseluruhannya. Penyucian ini juga dilakukan di dalam Milenium seperti yang diberitahu oleh Yehezkiel. Dasar alkitabiah bagi puasa ini dijelaskan dalam karya tulis Penyucian bagi Kesalahan yang tidak disedari dan disengajakan (No. 291). Pada hari ini kita akan pergi di hadapan Allah meminta agar dosa-dosa yang tidak disedari dan disengajakan oleh umat kita dan oleh orang yang berdosa kerana kesalahan, akan diampuni dan bahawa Tuhan akan bercampur tangan untuk membawa mereka kepada pertobatan dan pemahaman.

 

Di dalam negara Israel ini adalah satu ketentuan fizikal dalam prinsip rohani. Sekiranya ia adalah satu proses yang sah sebelum Jemaat dibawah para Nabi dan Hakim, maka ia juga sah pada hari ini. Negara Israel (USA, England, Canada, Afrika Selatan, New Zealand, Australia dan banyak lagi negara Eropah yang dikenal pasti di dalam laman web warisan Abraham di http://www.abrahamslegacy.org/) pada hari ini tidak meyedari bahawa ia sebenarnya satu negara Israel yang tidak menurut. Untuk membetulkannya ke dalam kebenaran, terdapat mereka yang telah dibawah kepada pertobatan. Mereka telah menjadi Israel rohani dan menjadi imam kepada Ha Elohim, Satu Allah yang Benar, Eloah. Kita adalah Jemaat Allah, Jemaat Yehovah semesta alam. Kita telah diberikan kepada Yehovah, (suara) Yesus, Sang Mesiah, satu-satunya Anak dari banyak anak yang telah dilahirkan.

 

Hukuman di bawah era sebelum Jemaat bagi pemberontakan dan ketidakturutan adalah Allah, Ha Elohim, Eloah, akan “melanda” mereka.

 

Untuk terus berada di dalam jemaah Allah sebagai Orang Kudus, terdpat tuntutan yang jharus dikuduskan. Bagi mereka yang dikuduskan atau diasingkan, adalah golongan orang yang kudus. Mereka tidak lebih baik dari orang lain. Mereka tidak lebih benar daripada orang lain, tetapi mereka telah dipilih oleh Ha Elohim bagi tugasan yang khusus.

 

Apakah maksud menguduskan jemaah, atau menguduskan seseorang, atau menguduskan apa sahaja bagi perkara ini?

 

Ia bermaksud: mempersembahkan atau mengakui atau dimuliakan, atau menguduskan; untuk mengasingkan dari perkara yang kotor darn menyerahkan kepada Allah; untuk menyerahkan orang kepada Allah, untuk mrnyucikan, untuk membersihkan (sama ada secara dlaman atau luaran) atau untuk menguduskan dengan cara menghukum. Ia bermaksud untuk bebas dari perasaan bersalah kerana dosa. Ia adalah keprihatinan yang utama di dalam jemaah Allah, dengan menguduskan secara dalaman dengan cara memperbaharui roh. Pengudusan di dalam Jemaat adalah proses untuk menjadi tekun kepada Allah, yang mana merupakan aspek integral untuk menjadi anggota umat Allah, yang merupakan kurnia Allah (1Tes 4:4).

 

Alkitab memberitahu kita untuk menguduskan jemaah dengan puasa (Yoel 1:14; 2:15-16). Pada minggu ini kita berdoa dan belajar untuk menyediakan diri kita bagi Paskah supaya kita dikuduskan demi untuk mengambil perayaan ini. Kristus juga memberitahu kita bahawa kita dikuduskan melalui kebenaran Allah, yakni firmanNya (Yoh 17:17).

 

Justru itu, melalui berdoa dan berpuasa dalam mempelajari firman Allah, kita akan dikuduskan.

 

Keimamatan juga dibutuhkan untuk suci dan menyediakan dirinya untuk perintah Allah,

 

Juga para imam yang datang mendekat kepada TUHAN haruslah menguduskan dirinya, supaya TUHAN jangan melanda mereka." (Kel 19:22)

 

Ianya melalui proses ini, kita boleh mengambil bahagian di dalam Paskah. Walaupun ketua nasional kita dan kebanyakan para imam atau pendeta tidak meburuti Hukum Allah dan tidak mengambil bahagian dalam proses ini, mereka boleh diselamatkan melalui campur tangan kita melalui layanan, doa dan puasa. Apa yang harus kita lakukan demi untuk menyingkirkan kesalahan dan memelihara Paskah dengan betul?

 

Untuk contoh yang pertama, kita harus bersedia untuk mengambil bahagian dalam Paskah dengan tekun. Kita harus melihat kepada Allah dan jemaah umat pilihan dan memelihara perayaan Paskag dan Roti Tidak Beragi dengan tekun. Ini termasuk Perjamuan Suci dan Hari Persediaan pada Abib 14 dan tujuh hari penuh dalam perayaan dari Abib 15 sehinggan Abib 21.

 

Pada dua minggu yang pertama dari Bulan Pertama, dari Tahun Baru pada Abib 1 sepanjang puasa dalam Abib yang ketujuh, sehingga hari Abib yang ketiga belas, kita memulakan proses pengudusan dan bersedia untuk pergi kepada perayaan Paskah. Ini dilambangkan oleh tuntutan fizikal untuk menyingkirkan ragi dari rumah kita. Kita diingatkan untuk menjauhkan diri dari dosa rohani dan “dosa” fizikal dengan cara menyingkirkan ragi dari rumah kita. Kemudian kita pergi ke tempat yang selamat pilihan Allah. Kita akan dibersihkan dan diperbaharui melalui pembasuhan kaki, dan acara wain serta roti tidak beragi pada malam permulaan Abib 14. kita harus ingat isteri Lot dan mengasingkan diri kita dari kuasa dunia. Dengan cara ini, kita akan menyingkirkan ragi kebencian dan kejahatan kita setiap tahun yang mungkin kian bertambah.

 

Lihat kepada fakta dari Tujuh Paskah Besar dalam Alkitab (No. 107).  Dalam setiap perayaan Paskah ini, proses megudusan dan pemeliharaan perayaan bagi tujuh hari penuh adalah kritikal bagi restorasi terhadap jemaah. Dalam satu kes, jemaah tidak bersedia kerana imam tidak layak kerana mereka tidak membersihkan diri mereka, dan wakil golongan Lewi menyelenggarakan di tempat mereka. Dalam satu restorasi, jemah tidak bersedia pada masanya dan oleh itu mereka memelihara perayaan Paskah yang kedua. Iaitu, mereka memelihara Paskah pada bulan kedua seperti yang ditentukan oelh hukum. Sekiranya kita tidak boleh memelihara Paskah yang pertama dengan betul, maka kita akan memelihara Paskah yang kedua dan kita akan bersedia untuk itu.

 

Dalam setiap selangan di dalam sejarah Paskah, kegagalan para imam membawa kepada kegagalan jemaah. Restorasi ini diberi efek oleh beberapa orang yang tetap setia dan menguduskan diri mereka dengan betul.

 

Tidak ada bezanya dengan hari ini. Pendeta selalunya disalahkan bila sahaja ada kesilapan. Kita berpuasa pada 7 Nisan bagi semua umat itu.

 

Dalam proses restorasi, kita memelihara perayaan tujuh hari kerana kerana Allah memberitahu kita melalui hambaNya, yakni para nabi, iaitu apa yang Dia mahu kita lakukan, dan sama ada kita mahu menurut dia atau tidak menjadi satu daripada umat pilihan.

 

Dalam Keluaran 12:14 ia berbunyi:

Hari ini akan menjadi hari peringatan bagimu. Kamu harus MERAYAKAN (chagag SHD 2287) sebagai HARI RAYA (chag SHD 2282) bagi TUHAN (Yehovah SHD 3068) turun-temurun. Kamu harus MERAYAKANNYA (chagag SHD 2287) sebagai ketetapan (SHD 2708) untuk selamanya (SHD 5769).

 

Keluaran 12:15-20 berbunyi:

 

15 Kamu makanlah roti yang tidak beragi tujuh hari lamanya; pada hari pertamapun kamu buanglah segala ragi dari rumahmu, sebab setiap orang yang makan sesuatu yang beragi, dari hari pertama sampai hari ketujuh, orang itu harus dilenyapkan dari antara Israel.  16 Kamu adakanlah pertemuan yang kudus, baik pada hari yang pertama maupun pada hari yang ketujuh; pada hari-hari itu tidak boleh dilakukan pekerjaan apapun; hanya apa yang perlu dimakan setiap orang, itu sajalah yang boleh kamu sediakan.  17 Jadi kamu harus tetap merayakan hari raya makan roti yang tidak beragi, sebab tepat pada hari ini juga Aku membawa pasukan-pasukanmu keluar dari tanah Mesir. Maka haruslah kamu rayakan hari ini turun-temurun; itulah suatu ketetapan untuk selamanya.  18 Dalam bulan pertama, pada hari yang keempat belas bulan itu pada waktu petang, kamu makanlah roti yang tidak beragi, sampai kepada hari yang kedua puluh satu bulan itu, pada waktu petang.  19 Tujuh hari lamanya tidak boleh ada ragi dalam rumahmu, sebab setiap orang yang makan sesuatu yang beragi, orang itu harus dilenyapkan dari antara jemaah Israel, baik ia orang asing, baik ia orang asli.  20 Sesuatu apapun yang beragi tidak boleh kamu makan; kamu makanlah roti yang tidak beragi di segala tempat kediamanmu."

 

Catatan seterusnya adlah penting berkenaan dengan perayaan tujuh-hari Roti Tidak Beragi, atau sesungguhnya Perayaan Pondok Daun juga dalam masanya yang betul. Bagaimana pun, di sini kita menyebut dengan perayaan Paskah dan Roti Tidak Beragi.

 

Brown-Driver-Briggs Hebrew and English Lexicon membuat catatan dibawah (cetakan ke-4 1999, dari Edisi 1906, mukasurat 290).

 

(SHD) 2282 Chag

 

Perayaan – perkumpulan, jamuan peziarah.

Blue Letter Bible

1. Jamuan khususnya diambil oleh para peziarah 2. Satu perayaan korban

kata dasar dari 2287

(ibid) 2287 Chagag

 

Melakukan ziarah, memelihara jamuan peziarah. (membawa diri kearah objek yang terhormat; Melakukan ziarah ke Mekah; Sab. Melakukan ziarah Sab. Denkm. 86 dari 85 Syr. Merayakan jamuan.

 

Blue Letter Bible:

1)      mengadakan jamuan, mengadakan perayaan, melakukan ziarah, memelihara jamuan peziarah, merayakan, menari, terhuyunh-hayang

a) (Qal)

1)      memelihara jamuan-peziarah

2)      untuk menggulung

 

Dalam catatan dari NASV Key Study ia berbunyi:

Kata benda ini datang dari [SHD] 2287. Ia bermaksud perayaan atau jamuan. Idea utamanya adalah perayaan bagi hari perhentian. Kata benda ini disebut sebanyak 61 kami dan selalunya merujuk kepada tiga perayaan orang Israel, yang memerlukan satu penziarahan: Perayaan Paskah dengan jamuan Roti Tidak Beragi; Perayaan Minggu; dan Perayaan Pondok Daun. Ia adalah musim untuk keriangan rohani.

 

Definisi berikut dianggap boleh diterima oleh CCG:

Peziarah: seseorang yang berjalan, khususnya satu perjalanan yang jauh, ke tempat yang kudus untuk tujuan kebaktian; seorang pengembara atau kelana khususnya di negara asing.

 

Penziarahan: satu perjalanan khususnya perjalanan yang jauh yang dilakukan oleh seseorang ke satu tempat kudus untuk tujuan kebaktian; satu perjalanan jauh khususnya satu tempat yang dilawat oleh seseorang bagi tujuan penghormatan (petikan Living Webster Dictionary 1977).

 

Keluaran 23:14-18 berkata:

14 "Tiga kali setahun haruslah engkau mengadakan perayaan bagi-Ku.  15 Hari raya Roti Tidak Beragi haruslah kaupelihara; tujuh hari lamanya engkau harus makan roti yang tidak beragi, seperti yang telah Kuperintahkan kepadamu, pada waktu yang ditetapkan dalam bulan Abib, sebab dalam bulan itulah engkau keluar dari Mesir, tetapi janganlah orang menghadap ke hadirat-Ku dengan tangan hampa.  16 Kaupeliharalah juga hari raya menuai, yakni menuai buah bungaran dari hasil usahamu menabur di ladang; demikian juga hari raya pengumpulan hasil pada akhir tahun, apabila engkau mengumpulkan hasil usahamu dari ladang.  17 Tiga kali setahun semua orangmu yang laki-laki harus menghadap ke hadirat Tuhanmu TUHAN.  18 Janganlah kaupersembahkan darah korban sembelihan yang kepada-Ku beserta sesuatu yang beragi, dan janganlah lemak korban hari raya-Ku bermalam sampai pagi.

 

Kita lihat dari asal ayat ini bahawa kita bertemu dengan Allah melalui ketentuan di dalam perayaan di tempat yang ditentukan dan mengapa (Kel 25:22, 23:14-17; 29:42-46; 34:22-24; 40:34-35). Jemaat Allah menentukan tempat tersebut dan Allah meletakkan tanganNya di sana. Sesiapa yang tidak membawa persembahan tidak akan melihat muka Allah, yakni Sang Mesiah yang merupakan kemuliaan Allah Israel dan Malaikat di Sinai.

 

Kitalah yang menyediakan diri sendiri dan jemaah, dan kemudian Allah bertindak untuk menguduskan tempat pertemuan itu dan keimamatan yang melaksanakan tugas jemaah yang dipilih ini.

 

Keluaran 29:42-46 dari New World Translation (NWT) mempersembahkan ayat ini:

42 suatu korban bakaran yang tetap di antara kamu turun-temurun, di depan pintu Kemah Pertemuan di hadapan Yehovah. Sebab di sana Aku akan bertemu dengan kamu, untuk berfirman kepadamu.  43 Di sanalah Aku akan bertemu dengan orang Israel, dan tempat itu akan dikuduskan oleh kemuliaan-Ku.  44 Aku akan menguduskan Kemah Pertemuan dan mezbah itu, lalu Harun dan anak-anaknya akan Kukuduskan supaya mereka memegang jabatan imam bagi-Ku.  45 Aku akan diam di tengah-tengah orang Israel dan Aku akan menjadi Allah mereka.  46 Maka mereka akan mengetahui, bahwa Akulah, Yehovah, Allah mereka, yang telah membawa mereka keluar dari tanah Mesir, supaya Aku diam di tengah-tengah mereka; Akulah TUHAN, Elohim mereka." (Penekanan ditambahkan)

 

Ia adalah satu perhubungan yang bersyarat dan tanpa penurutan serta pengikutsertaan kita, kita tidak boleh memiliki Yehovah, Elohim Bait Suci kita. Kitalah yang bertindak sebagai Bait Suci Allah. Melalui Roh Kudus Allah yang diam di dalam diri kita, dan ini khususnya ditekankan dalam Perayaan dan ketika kita bersama.

 

Justru itu, kita diperlukan untuk memelihara tiga perayaan setiap tahun. Semua kaum lelaki diperlukan oleh hukum untuk hadir. Perayaan Roti Tidak Beragi akan dipelihara bagi jamuan tujuh hari penuh, dan dipelihara sebagai satu perayaan. Tindakan untuk melakukan kerja pada lima hari waktu pertengahan dalam perayaan tidak bererti bahawa kita dibenarkan untuk bercuti pada lima hari ini kecuali ia digunakan sebagai tujuan untuk mengambil bekalan keperluan dalam perayaan ini atau memerlukan keperluan kecemasan. Tetapi pendeta harus tidak sama sekali dalam apa juga keadaan gagal untuk menyediakan instruksi dan upacara semasa sepanjang jangka masa perayaan ini

 

Paskah

Perayaan Paskah adalah perayaan yang paling penting dalam Kalendar. Ia adalah cara untuk memperbaharui diri kita secara roani setiap tahun dan tetap tinggal di dalam Tubuh Kristus. Ia adalah perayaan yang harus kita pelihara dengan betul seperti yang diperintahkan oleh Allah.

 

Perayaan ini adalah satu perintah untuk menyingkirkan seseorang dari dunia dan pergi ke tempat yang ditentukan oleh Allah melalui Jemaat. Tuntutan lama yang memerlukan membunuh domba Paskah mengenal pasti tuntutan bahawa Mesiah harus mati kerana dosa dunia, supaya kita boleh mengambil bahagian dalam janji-janji yang diberikan kepada kita oleh Allah sebagai satu kurnia rahmat. Kerana dombalah yang membolehkan kita dibebaskan dari Mesir. Domba ini adalah cara untuk kita bebas dari dosa , yang kita istilahkan sebagai Sodom dan Mesir. Justru itu, domba ini adalah mekanisma yang membawa kita keluar dari Mesir.

 

Sebelum ini kita berada di Mesir dan kita harus berada di dalam rumah kita sementara darah domba itu melindungi kita dari hukuman dosa, iaitu maut. Kematian anak sulung adalah lambang bagi pengasingan anak sulung kepada Allah. Kita adalah anak sulung dan buah pertama dari orang mati selepas Kristus, ditakdirkan bagi Kebangkitan Pertama dari orang mati.

 

Prosedur ini kemudiannya dibalikkan bagi perayaan Paskah berikutnya. Allah memerintah kita di dalam Ulangan 16:5-8 seperti berikut:

5 Engkau tidak boleh mempersembahkan korban Paskah di salah satu gerbang yang diberikan kepadamu oleh TUHAN, Allahmu.  6 Tetapi di tempat yang akan dipilih TUHAN, Allahmu, untuk membuat nama-Nya diam di sana, engkau harus mempersembahkan korban Paskah itu pada waktu senja, ketika matahari terbenam, bertepatan dengan saat engkau keluar dari Mesir.  7 Engkau harus memasaknya dan memakannya di tempat yang akan dipilih TUHAN, Allahmu; kemudian paginya engkau harus pulang kembali ke kemahmu.  8 Enam hari lamanya engkau harus makan roti yang tidak beragi dan pada hari yang ketujuh harus ada perkumpulan raya bagi TUHAN, Allahmu; maka janganlah engkau melakukan pekerjaan.

 

Terjemahan perkataan “gerbang” dalam Ulangan 16:5 adalah SHD 8179 sha’ar yang bererti pintu gerbang kota. Perkataan lain SHD 6607 pethach, bererti pintu, atau pintu masuk, dan merujuk kepada rumah tangga individu. Sha’ar juga bererti pintu tetapi mempunyai pengertian yang lebih luas sebagai pintu gerbang kota, atau pelabuhan, atau pintu masuk kota. Penggunaan sha’ar menjelaskan bahawa ini memaksudkan penyingkiran dari tempat kediaman normal di kota dan penempatan semula ke tempat terasing yang tidak berpenduduk biasa. Kalau tidak, ianya diperbolehkan untuk menukar rumah-rumah dan mengikuti instruksi sekiranya pekataan pethach digunakan. Bagaimana pun, ini bukanlah berkenaan dengan hal ini dan istilah ini mempunyai implikasi dan maksud  yang lebih serius.

 

Justru itu, perintah ini dengan jelas diberikan kepada kita, sebagai individu dan sebagai satu Jemaat, bahawa kita harus bersedia dan mengenal pasti tempat di mana Tuhan meletakkan tanganNya dan kita, sebagai umat, perlu pergi ke tempat itu dan memelihara perayaan sebagai satu penziarahan.

 

Sekarang, contoh di mana Yerusalem digunakan sebagai satu tempat Paskah memperlihatkan bangsa itu menziarah di sana, dan secara antarabangsa, ada yang datang untuk perayaan Paskah. Kristus dan ibu bapanya menziarah setiap tahun dan tinggal di sana selama tiga hari untuk perayaan ini. Pegangannya ialah bahawa pada malam Paskah, para peziarah berpakaian dan berkasut dan mereka akan makan Paskah dalam keadaan berjaga-jaga sehingga pagi. Justru itu, umat Allah tetap berada di luar khemah mereka sehingga pagi dan pada paginya mereka akan kembali ke khemah mereka. Terjemahan perkataan kehmah adalah SHD 168 ‘ohel yang bererti khemah (satu tempat kediaman yang jelas di lihat dari tempat jauh), rumah, kaabah atau khemah.

 

Konsep di sini juga adalah bahawa kaabah Allah di kalangan kita sementara kita berada di tempat di mana Dia memilih untuk meletakkan namaNya. Kita disingkirkan dari kaabah kita bagi jangka masa ini dan kita tetap menunggu dan mengharapkan kedatanganNya. Ini diadakan dari mulanya untuk menunggu kedatangannya sebelum 30 CE dan mengingati pengorbanan Kristus dari 30 CE dan sekali lagi mengharapkan kedatangannya bagi sistem milenium. Ianya akan dipelihara di dalam Milenium sebagai satu peringatan penebusan dunia.

 

Justru itu, tempat ziarah memerlukan setiap orang dari setiap tempat, termasuk mereka dari kota ziarah itu sendiri, untuk meninggalkan tempat kediaman mereka bagi jangka masa hari persediaan yang ke-14 kerana upacara Perjamuan Suci, pembasuhan kaki, roti dan wain; dan jamuan petang Paskah pada hari ke-15 akan diadakan di luar pintu gerbang dan kota-kota kita. Kita biasanya memakan domba bagi jamuan ini pada Malam Pengamatan tetapi kita tidak akan memberi korban domba kerana aspek ini sudah digenapkan oleh Mesiah. Bagaimana pun, keadaan kita yang berjaga-jaga adalah untuk tujuan ekspetasi terhadap kedatanganNya dan peringatan kita tentang fakta kematianNya pada petang itu.

 

Rentetan sebelum kematian Kristus adalah domba itu akan diasingkan pada hari ke-10 dan bergerak menuju ke tempat perayaan Paskah, sekiranya ia jauh. Semua orang harus ada di sana menjelang hari ke-14 dan jamuan pertama akan diadakan. Sekarang kita faham makanan ini sebagai Perjamuan Suci tetapi ia secara asalnya adalah makanan chagigah yang pertama, yang mana dikenal pasti oleh Bullinger (petikan catatan Companion Bible). Ini bukan korban domba seperti yang kita lihat dari keperibadian Kristus dan murid-murid pada Perjamuan Suci yang terakhir. Pada hari ke-14 persediaan umum akan dilakukan dan domba ini akan dibunuh pada waktu petang 14 Abib. Ia dipanggang pada petang 15 Abib apabila ia dimakan bersama dengan herba pahit. Orang yang mengambil bahagian kemudiannya dibincangkan serta diamati sehingga pagi.

 

Istilah yang digunakan bagi pagi adalah SHD 1242 boger yang bererti fajar sebagai permulaan hari, atau pagi atau hari seterusnya. Ia tidak semestinya pada masa fajar pagi fizikal. Penggunaan istilah boqer memberikan kita masa tambahan. Ia boleh merujuk kepada apa sahaja masa selepas pertengahan malam untuk memulakan hari berikutnya. Tidak seorangpun, kecuali yang sakit dan yang muda dibenarkan untuk tidur sebelum tengah malam pada malam simbolik berjaga-jaga ini, dan orang-orang yang sihat dikehendaki terus berjaga-jaga sehingga masa pagi. Lelaki diperintahkan hadir pada masa itu. Di dalam Jemaat Allah, para wanita yang mampu juga dikehendaki untuk hadir pada ketika mereka tidak menjaga golongan tua, yang lemah dan orang yang muda.

 

Kebenran untuk kembali ke khemah kita atau tempat kediaman pada pagi hari ke-15 merujuk kepada fakta bahawa kita tetap berjaga-jaga ketika Paskah sehingga pagi, yang mana selalunya difahami selepas tengah malam. Justru itu, kita tidak boleh kembali ke tempat kediaman kita sehingga tengah malam pada hari ke-15. Kota Ziarah boleh terus beroperasi dari masa ini dan seterusnya tetapi orang-orang tidak boleh kembali dari tempat ziarah ke tempat kediaman mereka yang biasa sehingga tujuh hari dalam perayaan Roti Tidak Beragi dilengkapkan. Ini adalah halnya dengan Kristus dan ibu bapanya seperti yang kita lihat dari buku Injil. Walaupun Kristus berada di Mesir, mereka terus boleh memelihara perayaan di Mesir di Hieropolis kerana kaabah yang dibina di sana oleh Onias IV ca. 160 BCE menurut perintah Allah dalam Yesaya 19:9.

 

Fakta bahawa beberapa Jemaat Allah telah menukar upacara serius ini kepada jamuan jangka-pendek dan gagal untuk memelihara perayaan ini dengan betul kerana kebodohan di pihak mereka, dan  tidak ada kelonggaran bagi umat pilihan untuk melanggar hukum dan menganggapnya remeh-temeh, atau gagal untuk memelihara tujuh hari dalam perayaan Roti Tidak Beragi sebagai satu penziarahan. Sebenarnya, beberapa organisasi telah melarang perbincangan Alkitab pada petang yang paling penting ini kerana ketidakupayaan mereka untuk menjelaskan apa petang tersebut dilambangkan kerana mereka tidak mengetahui rentetan Paskah.

 

Kita mempunyai obligasi untuk memelihara perayaan dengan betul dan bagi tujuh hari penuh. Kita tidak dibenarkan untuk kembali kepada aktiviti percutian yang biasa semasa tujuh hari dalam perayaan Roti Tidak Beragi ini. Ia juga tidak boleh kembali ke rumah mereka dan kembali kepada pekerjaan kita dan bertemu pada petang itu. Korban ini dijalankan pada waktu pagi dan petang pada jam yang ketiga dan kesembilan pada hari ini. Tidak ada korban pada waktu malam. Terdapat hanya dua jamuan, pada hari ke-14 dan yang satu lagi pada hari ke-15 Abib. Kita memelihara perayaan tujuh hari dan tidak ada yang datang kepada Tuhan dengan tangan kosong. Kita harus membawa persembahan (Kel 23:15; Ul 16:1-8). Kita telah melihat tuntutan persembahan tersebut dan upacara harian seperti yang dibicarakan oleh nabi Yehezkiel.

 

Ulasan Yehezkiel tentang Perayaan Roti Tidak Beragi

 

21 Pada bulan pertama, pada tanggal empat belas bulan itu haruslah kamu merayakan hari raya Paskah, dan selama tujuh hari kamu harus makan roti yang tidak beragi.  22 Pada hari itu raja harus mengolah lembu jantan sebagai korban penghapus dosa karena dirinya dan karena seluruh penduduk negeri.  23 Selama tujuh hari hari raya itu ia harus mengolah korban bakaran bagi TUHAN: tiap hari tujuh ekor lembu jantan dan tujuh ekor domba jantan yang tidak bercela dan untuk korban penghapus dosa tiap hari seekor kambing jantan.  24 Sebagai korban sajian ia harus mengolah satu efa tepung dengan seekor lembu dan satu efa tepung dengan seekor domba jantan dan minyak satu hin untuk satu efa.

 

Raja bagi jemaag diperlukan untuk memberikan persembahan untuk tujuh hari dan orang yang hadir bagi tujuh hari penuh. Dalam Israel kuno ia adalah monarki yang memerintah. Sekarang ia adalah administrasi, kalau bukan secara nasional, ia adalah secara organisasi.

 

Dalam setiap restorasi, terdapat kuantiti binatang yang besar diberikan bagi korban ini tetapi persembahan mandatori di kaabah telah ditetapkan di sini.

 

Kita lihat dalam Restorasi Hizkiah bahawa kejayaan dalam restorasi umat adalah melalui semangat dan sikap yang memelihara perayaan tujuh hari penuh.

 

Ayat di dalam 2 Tawarikh 30:20-27 menunjukkan bahawa para imam tidak dikuduskan dan dalam restorasi ini, ramai imam yang menguduskan diri mereka sendiri. Orang memelihara perayaan tujuh hari penuh dengan jujur dan kebenaran. Mereka memuji Tuhan setiap hari dalam tujuh hari penuh, memuji Allah dan memberikan persembahan dan pengakuan kepada Tuhan, dan paa imam dan golongan Lewi mengajar tentang pengetahuan Tuhan dalam tujuh hari penuh. Mereka sangat bersemangat dan sangat riang kerana kesan pengetahuan tentang kebenaran dan mereka ingin memelihara perayaan ini tujuh hari lagi dengan pujian kepada Allah dan pembelajaran terhadap firmanNya. 

 

20 TUHAN mendengar Hizkia dan membiarkan bangsa itu selamat.  21 Tujuh hari lamanya orang Israel yang berada di Yerusalem merayakan hari raya Roti Tidak Beragi dengan kesukaan yang besar, sedang orang-orang Lewi dan para imam setiap hari menyanyikan puji-pujian bagi TUHAN dengan sekuat tenaga.  22 Hizkia mengucapkan kata-kata pujian kepada semua orang Lewi yang menunjukkan akal budi yang baik dalam melayani TUHAN. Demikianlah orang memakan makanan perayaan selama tujuh hari, sambil mempersembahkan korban keselamatan dan mengucapkan syukur kepada TUHAN, Allah nenek moyang mereka.  23 Kemudian seluruh jemaah sepakat untuk berhari raya tujuh hari lagi. Lalu mereka berhari raya tujuh hari lagi dengan sukaria.  24 Sebab Hizkia, raja Yehuda, telah menyumbangkan kepada jemaah seribu ekor lembu jantan dan tujuh ribu kambing domba. Juga para pemimpin menyumbangkan kepada jemaah seribu ekor lembu jantan dan sepuluh ribu ekor kambing domba. Dan sebagian besar para imam telah menguduskan diri.  25 Seluruh jemaah Yehuda bersukaria, juga para imam dan orang-orang Lewi, dan seluruh jemaah yang datang dari Israel, serta orang-orang asing, baik yang datang dari tanah Israel, maupun yang tinggal di Yehuda.  26 Maka besarlah kesukaan di Yerusalem, karena sejak Salomo bin Daud, raja Israel, tidak pernah terjadi peristiwa semacam itu di Yerusalem.  27 Sesudah itu para imam Lewi bangun berdiri dan memberkati rakyat. Suara mereka didengar TUHAN dan doa mereka sampai ke tempat kediaman-Nya yang kudus di sorga.

 

Dalam restorasi Hizkiah kita lihat bahawa Tuhan lah yang telah menyembuhkan orang-orang ini, tetapi orang-orang ini harus disucikan dan dikumpulkan di Yerusalem.

 

Dalam Lukas 2:41-52, kita mempunyai catatan tentang Paskah di mana Mesiah telah pergi ke Yerusalem ketika berumur dua belas, di mana dia ditemui di kalangan para penatua di dalam Kaabah yang sedang bertanyakan soalan-soalan pada akhir tiga hari selepas perayaan itu. Ayat di dalam Lukas 2:41 engatakan dengan jelas bahawa ibu bapa Kristus pergi ke Yerusalem setiap tahun untuk perayaan tersebut. Mereka memeliharanya mengikut budaya perayaan itu dan melengkapkan hari-hari dalam perayaan itu (Luk 2:42-43). Iaitu mereka memelihara jumlah hari yang penuh dalam perayaan itu (NASV Study Bible mencatatkan ayat ini). Melalui penurutan Kristus kepada Allah, yang ditanamkan oleh ibu bapanya, dia bertambah dalam hikmat dan bertambah besar. Ini akan melayakkan dia bagi pelayanannya dan menekunkan dia untuk melaksanakan tugasnya. Dalam teks ini kita lihat bahawa dia memulakan amanat Bapanya dalam kuasa dan kekuatan dari Roh Suci, sesudah melengkapkan jangka masa hari yang lengkap dalam perayaan Paskah yang kedua belas untuknya dan memulakan proses remaja yang membawa kepada kedewasaan.

 

40 Anak itu bertambah besar dan menjadi kuat, penuh hikmat, dan kasih karunia Allah ada pada-Nya.  41 Tiap-tiap tahun orang tua Yesus pergi ke Yerusalem pada hari raya Paskah.  42 Ketika Yesus telah berumur dua belas tahun pergilah mereka ke Yerusalem seperti yang lazim pada hari raya itu.  43 Sehabis hari-hari perayaan itu, ketika mereka berjalan pulang, tinggallah Yesus di Yerusalem tanpa diketahui orang tua-Nya.  44 Karena mereka menyangka bahwa Ia ada di antara orang-orang seperjalanan mereka, berjalanlah mereka sehari perjalanan jauhnya, lalu mencari Dia di antara kaum keluarga dan kenalan mereka.  45 Karena mereka tidak menemukan Dia, kembalilah mereka ke Yerusalem sambil terus mencari Dia.  46 Sesudah tiga hari mereka menemukan Dia dalam Bait Allah; Ia sedang duduk di tengah-tengah alim ulama, sambil mendengarkan mereka dan mengajukan pertanyaan-pertanyaan kepada mereka.  47 Dan semua orang yang mendengar Dia sangat heran akan kecerdasan-Nya dan segala jawab yang diberikan-Nya.  48 Dan ketika orang tua-Nya melihat Dia, tercenganglah mereka, lalu kata ibu-Nya kepada-Nya: "Nak, mengapakah Engkau berbuat demikian terhadap kami? Bapa-Mu dan aku dengan cemas mencari Engkau."  49 Jawab-Nya kepada mereka: "Mengapa kamu mencari Aku? Tidakkah kamu tahu, bahwa Aku harus berada di dalam rumah Bapa-Ku?"  50 Tetapi mereka tidak mengerti apa yang dikatakan-Nya kepada mereka.

 

Dari statistik Josephus dalam Wars of the Jews (Perang orang Yahudi), kita tahu bahawa jumlah peziarah di Yerusalem melebihi dua setengah juta orang merayakan Paskah di sana setiap tahun.

 

Tiga perayaan Allah mempunyai tujuh komponen:

 

Perintah Allah sebanyak tiga kali setahun yang menghendaki umat lelakiNya berkumpul di hadapan Dia (petikan Ul 16:16) melibatkan angka tujuh sebagai satu nombor yang sempurna. Terdapat tujuh hari dalam perayaan Roti Tidak Beragi, tujuh Sabat yang sempurna kepada Pentakosta, dan tujuh hari dalam Pondok Daun. Elemen tujuh hari dan bagaimana kita memelihara angka tujuh ini adalah releven dalam proposi setakat mana kita menyediakan diri kita untukmenyingkirkan dosa kita dan mengambil bahagian dalam keperibadian sifat Allah dalam jangka masa itu. Amsal 16:3 menunjukkan bahawa kita menyerahkan perbuatan kita kepada Tuhan, Dia akan membentuk fikiran kita. Hanya melalui penurutan, kita akan diberikan pemahaman yang lebih.

 

Roti Tidak Beragi dan Pondok Daun adalah selama tujuh hari dan Pentakosta terdiri dari tujuh Sabat yang sempurna.

 

Imamat 23:5-14 menunjukkan bahawa kita diperlukan untuk memelihara jangka masa tujuh hari ini dan membuat persembahan kepada Tuhan selama tujuh hari (Im 23:7)

 

Imamat 23:5-22 dan 23:34-44 menunjukkan kepada kita rentetan tujuh kali dalam persediaan dan implimentasi dari tiga jangka masa perayaan.

 

Imamat 23:5-8  Dalam bulan yang pertama, pada tanggal empat belas bulan itu, pada waktu senja, ada Paskah bagi TUHAN.  6 Dan pada hari yang kelima belas bulan itu ada hari raya Roti Tidak Beragi bagi TUHAN; tujuh hari lamanya kamu harus makan roti yang tidak beragi.  7 Pada hari yang pertama kamu harus mengadakan pertemuan kudus, janganlah kamu melakukan sesuatu pekerjaan berat. 8 Kamu harus mempersembahkan korban api-apian kepada TUHAN tujuh hari lamanya; pada hari yang ketujuh haruslah ada pertemuan kudus, janganlah kamu melakukan sesuatu pekerjaan berat."

 

Restorasi Yosia memperlihatkan perayaan-perayaan ini dipelihara selama tujuh hari di dalam roh hukum begitu juga di dalam angka.

 

2Tawarikh 35:1-19  Kemudian Yosia merayakan Paskah bagi TUHAN di Yerusalem. Domba Paskah disembelih pada tanggal empat belas bulan yang pertama.  2 Ia menetapkan tugas para imam, dan mendorong mereka menunaikan tugas jabatannya dalam rumah TUHAN.  3 Berkatalah ia kepada orang-orang Lewi yang adalah pengajar seluruh Israel dan orang-orang kudus TUHAN: "Tempatkanlah tabut kudus itu di dalam rumah yang telah didirikan Salomo bin Daud, raja Israel. Tidak usah lagi kamu mengusungnya. Sekarang layanilah TUHAN, Allahmu, dan Israel, umat-Nya!  4 Bersiaplah menurut puak-puakmu dan menurut rombonganmu sebagaimana yang dituliskan Daud, raja Israel, dan Salomo, anaknya.  5 Berdirilah di halaman tempat kudus menurut golongan puak saudara-saudaramu yang lain, yakni kaum awam, dengan satu rombongan puak orang Lewi untuk tiap golongan saudara-saudaramu itu.  6 Sembelihlah domba Paskah, kuduskanlah dirimu, dan adakanlah persiapan bagi saudara-saudaramu, supaya dilakukan apa yang difirmankan TUHAN dengan perantaraan Musa."  7 Yosia menyumbangkan kepada kaum awam sejumlah tiga puluh ribu ekor kambing domba, yakni domba-domba dan kambing-kambing jantan yang muda, semuanya sebagai korban Paskah bagi semua orang yang hadir. Selain itu disumbangkannya tiga ribu ekor lembu. Semuanya itu dari harta milik raja.  8 Juga para panglimanya memberi sumbangan sukarela kepada rakyat, para imam, dan orang-orang Lewi. Kemudian Hilkia, Zakharia dan Yehiel, para pemuka rumah Allah, memberi kepada para imam dua ribu enam ratus ekor kambing domba sebagai korban Paskah dan selain itu tiga ratus ekor lembu.  9 Lalu Konanya dan kedua saudaranya, Semaya dan Netaneel, serta Hasabya, Yeiel dan Yozabad, para pemimpin orang-orang Lewi, menyumbangkan kepada orang-orang Lewi lima ribu ekor kambing domba sebagai korban Paskah dan selain itu lima ratus ekor lembu.  10 Setelah upacara ibadah disiapkan, berdirilah para imam pada tempatnya dan orang-orang Lewi menurut rombongannya sesuai dengan perintah raja.  11 Maka disembelihlah domba Paskah, dan para imam menyiramkan darah yang mereka terima dari orang-orang Lewi, sedang orang-orang Lewi menguliti domba itu. 12 Tetapi mereka memisahkan korban bakaran untuk diserahkan kepada kaum awam menurut golongan puak mereka, supaya dipersembahkan kepada TUHAN sebagaimana tertulis dalam kitab Musa. Demikian pula dilakukan mereka dengan lembu-lembu.  13 Kemudian mereka memasak domba Paskah di atas api sesuai dengan peraturan, sedang persembahan-persembahan kudus mereka masak dalam kuali, belanga dan pinggan, lalu membawanya cepat-cepat kepada segenap kaum awam.  14 Kemudian mereka menyediakannya bagi dirinya dan bagi para imam, karena para imam, yakni anak-anak Harun, sampai malam hari sibuk mempersembahkan korban bakaran dan segala lemak. Oleh sebab itu orang-orang Lewi menyediakannya bagi dirinya dan bagi para imam, yakni anak-anak Harun.  15 Para penyanyi, yakni bani Asaf, ada pada tempat mereka sesuai dengan perintah Daud, Asaf, Heman dan Yedutun, pelihat raja itu; juga para penunggu pintu gerbang ada pada tiap-tiap pintu gerbang. Mereka tidak usah meninggalkan tugas mereka, karena saudara-saudara mereka, orang-orang Lewi, menyediakannya untuk mereka. 16 Demikianlah seluruh upacara ibadah bagi TUHAN disiapkan pada hari itu untuk merayakan Paskah dan untuk mempersembahkan korban bakaran di atas mezbah TUHAN sesuai dengan perintah raja Yosia.  17 Pada waktu itu orang Israel yang hadir di situ merayakan Paskah dan hari raya Roti Tidak Beragi selama tujuh hari.  18 Paskah semacam itu tidak pernah lagi dirayakan di Israel sejak nabi Samuel. Seorangpun di antara raja-raja orang Israel tidak pernah merayakan Paskah seperti yang dirayakan Yosia dengan para imam dan orang-orang Lewi, dengan seluruh orang Yehuda dan Israel yang dapat hadir, dan dengan penduduk Yerusalem.  19 Paskah itu dirayakan pada tahun kedelapan belas pemerintahan Yosia.

 

Ia jelas bahawa perayaan ini harus dipelihara selama tujuh hari dan ianya harus dipulihkan kepada kemuliaan yang sepenuhnya kerana kelalaian keimamatan dalam mentadbir saudara seiman.

 

Unjukan Berkas memulakan pengiraan kepada perayaan Pentakosta

 

Imamat 23:9-14 TUHAN berfirman kepada Musa:  10 "Berbicaralah kepada orang Israel dan katakan kepada mereka: Apabila kamu sampai ke negeri yang akan Kuberikan kepadamu, dan kamu menuai hasilnya, maka kamu harus membawa seberkas hasil pertama dari penuaianmu kepada imam,  11 dan imam itu haruslah mengunjukkan berkas itu di hadapan TUHAN, supaya TUHAN berkenan akan kamu. Imam harus mengunjukkannya pada hari sesudah sabat itu.  12 Pada hari kamu mengunjukkan berkas itu kamu harus mempersembahkan seekor domba berumur setahun yang tidak bercela, sebagai korban bakaran bagi TUHAN,  13 serta dengan korban sajiannya dari dua persepuluh efa tepung yang terbaik, diolah dengan minyak, sebagai korban api-apian bagi TUHAN yakni bau yang menyenangkan, serta dengan korban curahannya dari seperempat hin anggur.  14 Sampai pada hari itu juga janganlah kamu makan roti, atau bertih gandum atau gandum baru, sampai kamu telah membawa persembahan Allahmu; itulah suatu ketetapan untuk selama-lamanya bagi kamu turun-temurun di segala tempat kediamanmu.

 

Justru itu, dari persediaan Paskah, kita memulakan perjalanan jangka masa Tujuh Sabat yang Sempurna yang merupakan struktur penyelesaian serta kesempurnaan sehingga kita menerima Roh Kudus di dalam kuasa pada waktu Pentakosta. Hanya dengan memelihara persembahan Unjukan Berkas semasa Perayaan Roti Tidak Beragi sahaja kita boleh memulakan perjalanan jangka masa ini dengan setia.

 

Pengiraan Pentakosta:

 

Imamat 23:15-22 Kemudian kamu harus menghitung, mulai dari hari sesudah sabat itu, yaitu waktu kamu membawa berkas persembahan unjukan, harus ada genap tujuh minggu;  16 sampai pada hari sesudah sabat yang ketujuh kamu harus hitung lima puluh hari; lalu kamu harus mempersembahkan korban sajian yang baru kepada TUHAN.  17 Dari tempat kediamanmu kamu harus membawa dua buah roti unjukan yang harus dibuat dari dua persepuluh efa tepung yang terbaik dan yang dibakar sesudah dicampur dengan ragi sebagai hulu hasil bagi TUHAN.  18 Beserta roti itu kamu harus mempersembahkan tujuh ekor domba berumur setahun yang tidak bercela dan seekor lembu jantan muda dan dua ekor domba jantan; semuanya itu haruslah menjadi korban bakaran bagi TUHAN, serta dengan korban sajiannya dan korban-korban curahannya, suatu korban api-apian yang baunya menyenangkan bagi TUHAN.  19 Kemudian kamu harus mempersembahkan seekor kambing jantan sebagai korban penghapus dosa, dan dua ekor domba yang berumur setahun sebagai korban keselamatan.  20 Imam harus mengunjukkan semuanya beserta roti hulu hasil itu sebagai persembahan unjukan di hadapan TUHAN, beserta kedua ekor domba itu. Semuanya itu haruslah menjadi persembahan kudus bagi TUHAN dan adalah bagian imam.  21 Pada hari itu juga kamu harus mengumumkan hari raya dan kamu harus mengadakan pertemuan kudus, janganlah kamu melakukan sesuatu pekerjaan berat; itulah suatu ketetapan untuk selama-lamanya di segala tempat kediamanmu turun-temurun.  22 Pada waktu kamu menuai hasil tanahmu, janganlah kausabit ladangmu habis-habis sampai ke tepinya dan janganlah kaupungut apa yang ketinggalan dari penuaianmu, semuanya itu harus kautinggalkan bagi orang miskin dan bagi orang asing; Akulah TUHAN, Allahmu."

 

Pondok Daun juga mengikuti rentetan tujuh-hari:

 

Imamat 23:34-44  "Katakanlah kepada orang Israel, begini: Pada hari yang kelima belas bulan yang ketujuh itu ada hari raya Pondok Daun bagi TUHAN tujuh hari lamanya.  35 Pada hari yang pertama haruslah ada pertemuan kudus, janganlah kamu melakukan sesuatu pekerjaan berat.  36 Tujuh hari lamanya kamu harus mempersembahkan korban api-apian kepada TUHAN, dan pada hari yang kedelapan kamu harus mengadakan pertemuan kudus dan mempersembahkan korban api-apian kepada TUHAN. Itulah hari raya perkumpulan, janganlah kamu melakukan sesuatu pekerjaan berat.  37 Itulah hari-hari raya yang ditetapkan TUHAN, yang harus kamu maklumkan sebagai hari pertemuan kudus untuk mempersembahkan korban api-apian kepada TUHAN, yaitu korban bakaran dan korban sajian, korban sembelihan dan korban-korban curahan, setiap hari sebanyak yang ditetapkan untuk hari itu,  38 belum termasuk hari-hari Sabat TUHAN dan belum termasuk persembahan-perse atau segala korban nazarmu atau segala korban sukarelamu, yang kamu hendak persembahkan kepada TUHAN.  39 Akan tetapi pada hari yang kelima belas bulan yang ketujuh itu pada waktu mengumpulkan hasil tanahmu, kamu harus mengadakan perayaan bagi TUHAN tujuh hari lamanya; pada hari yang pertama haruslah ada perhentian penuh dan juga pada hari yang kedelapan harus ada perhentian penuh.  40 Pada hari yang pertama kamu harus mengambil buah-buah dari pohon-pohon yang elok, pelepah-pelepah pohon-pohon korma, ranting-ranting dari pohon-pohon yang rimbun dan dari pohon-pohon gandarusa dan kamu harus bersukaria di hadapan TUHAN, Allahmu, tujuh hari lamanya.  41 Kamu harus merayakannya sebagai perayaan bagi TUHAN tujuh hari lamanya dalam setahun; itulah suatu ketetapan untuk selama-lamanya bagimu turun-temurun. Dalam bulan yang ketujuh kamu harus merayakannya.  42 Di dalam pondok-pondok daun kamu harus tinggal tujuh hari lamanya, setiap orang asli di Israel haruslah tinggal di dalam pondok-pondok daun,  43 supaya diketahui oleh keturunanmu, bahwa Aku telah menyuruh orang Israel tinggal di dalam pondok-pondok selama Aku menuntun mereka sesudah keluar dari tanah Mesir, Akulah TUHAN, Allahmu." 44 Demikianlah Musa menyampaikan kepada orang Israel firman tentang hari-hari raya yang ditetapkan TUHAN.

 

Kita boleh melihat rujukan kepada Perayaan Pondok Daun dalam Bilangan 29 dan Yehezkiel 45:25.

 

Tujuh hari dalam perayaan Pondok Daun diikuti serta merta oleh lapan hari yang merupakan hari perayaan dalam erti katanya sendiri, yakni Hari Besar yang Terakhir. Seperti yang kita tahu, hari ini melambangkan Takhta Penghakiman Putih yang Besar pada waktu akhir sistem milenium, dan di tempat di mana penghakiman yang kita kongsikan telah menyempurnakan diri kita dalam proses ini.

 

Justru itu, ianya jelas bahawa kita mempunyai tiga rentetan tujuh hari dan satu proses dalam tujuh minggu kepada Pentakosta. Tujuh hari yang pertama adalah bagi pengudusan terhadap Jemaah Tuhan. Pada penghujungnya kita berpuasa bagi mereka yang gagal untuk mengambil tindakan yang wajar dan menyediakan diri mereka dengan cara yang jahil dan dalam kesilapan. Yang kedua adalah bagi bangsa melalui perayaan Paskah supaya Allah boleh berkhemah dengan kita. Proses tujuh minggu bertujuan supaya kita sebagai umat pilihan boleh menerima Roh Kudus di dalam diri kita sebagai satu Jemaat dan sebagai individu di dalam Jemaat pada waktu Pentakosta. Kemudian kita memulakan perjalanan untuk menjadikan diri kita elohim melalui semua bangsa melalui kurnia rahmat.

 

Lebih penting lagi, perayaan pada bulan Pertama dan Ketujuh didahului oleh dua minggu persediaan yang bermula dengan Bulan Baru yang merupakan permulaan sebagai satu perkumpulan yang suci. Ia bermula pada bulan pertama, bersama dengan Tahun Baru dan permulaan proses pengudusan. Pada bulan Ketujuh, proses ini bermula bersama dengan Hari Sangkakala. Kedua-duanya membawa kepada puasa. Pada bulan Pertama, puasa ini jatuh pada hari yang ketujuh dan pada hari yang kesepuluh, domba diasingkan sebagai kemuncak kepada persediaan awal ini. Tiga hari yang seterusnya digunakan untuk pergerakan serta digunakan untuk persediaan bagi perayaan itu sendiri. Puasa pada bulan yang ketujuh adalah pada hari yang Kesepuluh yang mewakili pendamaian terhadap Allah. Masa-masa yang lain digunakan untuk pergerakan dan persediaan bagi perayaan itu sendiri.

 

Rentetan ini berlangsung dengan cara ini untuk menyediakan diri kita bagi penerimaan Roh Suci, dan kemudian menyempurnakan kita supaya kita boleh mengalami Mesiah dan sistem milenium, yang dilambangkan oleh Perayaan Pondok Daun pada Bulan yang Ketujuh. Dua jangka masa tujuh hari dalam perayaan Paskah dan Pondok Daun bermula dan berakhir bersama dengan hari yang kelapan; yang satu adalah Perjamuan Suci di mana kita memulakan kurnia rahmat dan Hari Besar yang Terakhir di mana kita melengkapkan kurnia rahmat dan membantu perkembangan Roh Suci kepada orang lain dalam penghakiman yang sempurna, yakni pendidikan dan pembetulan terhadap mereka yang silap.

 

Justru itu, rentetan ini digambarkan di dalam urutan pengudusan dari Abib pertama sehingga yang ketujuh, berakhir dalam perkembangan pengudusan kepada mereka yang bersalah dan tersilap. Proses ini dibawah sehingga akhir, yang boleh dilihat di dalam sistem milenium dan Hari Besar yang Terakhir, yang memperlihatkan perkembangan kepada kurnia kehidupan kekal kepada umat manusia melalui usaha Kristus dan Jemaat.

 

Sekiranya tujuh hari penuh dari setiap perayaan adalah hari-hari kudus dan hari bukan bekerja, kita akan mempunyai semua keterhadan Sabat-Sabat bagi tujuh hari penuh dalam perayaan dan ia tidak boleh dilaksanakan dan satu beban. Bagaimana pun, kerana Allah memberikan kita kebebasan ini, tidak bererti kita mengambil kebebasan ini sebagai kesempatan untuk kembali kepada ragi kebencian dan kejahilan lama kita dan terjerat di dalam cangkungan dunia. Allah memberikan kita masa sewaktu perayaan untuk menyelesaikan tugasan yang lain; namun ia adalah masaNya yang Kudus.

 

Pada hari-hari bulan suci dalam perayaan, kita perlu dalam pelayanan, mempelajari Alkitab dan makan bersama dengan saudara seiman kita. Kita harus memfokuskan perkara yang disediakan oleh Allah bagi kita dan tidak berada di dalam masalah lazim di rumah atau pejabat. Kita harus berada dalam penziarahan dan memfokuskan apa ketentuan Allah bagi kita. Kita perlu menyembah Dia dengan betul dan mengasihi saudara seiman kita dengan labih baik lagi, dan kita perlu untuk berkumpul di tempat di mana Allah meletakkan tanganNya untuk menyempurnakannya. Allah dengan jelas menyatakan bahawa ada berkat bagi orang yang setia dan kita semua perlu untuk melaksanakan amanat Bapa.

 

Makan bersama pada waktu Perayaan

Makan bersma digabungkn dengan keriangan dan pujian kepada Yehovah. Kita diperintahkan untuk makan persepuluhan Tuhan pada waktu perayaan yang ditentukan bagi kegunaan kita. Ini adalah persepuluhan yang kedua, kerana yang pertam diberikan kepada keimamatan bagi pekerjaan Allah.

 

Ulangan 12:5 Tetapi tempat yang akan dipilih TUHAN, Allahmu, dari segala sukumu sebagai kediaman-Nya untuk menegakkan nama-Nya di sana, tempat itulah harus kamu cari dan ke sanalah harus kamu pergi.  6 Ke sanalah harus kamu bawa korban bakaran dan korban sembelihanmu, persembahan persepuluhanmu dan persembahan khususmu, korban nazarmu dan korban sukarelamu, anak-anak sulung lembu sapimu dan kambing dombamu.  7 Di sanalah kamu makan di hadapan TUHAN, Allahmu, dan bersukaria, kamu dan seisi rumahmu, karena dalam segala usahamu engkau diberkati oleh TUHAN, Allahmu.

 

Tuntutan ini ditekankan di dalam ayat 18.

 

Ulangan 12:18 Tetapi di hadapan TUHAN, Allahmu, haruslah engkau memakannya, di tempat yang akan dipilih TUHAN, Allahmu, engkau ini, anakmu laki-laki dan anakmu perempuan, hambamu laki-laki dan hambamu perempuan, dan orang Lewi yang di dalam tempatmu, dan haruslah engkau bersukaria di hadapan TUHAN, Allahmu, karena segala usahamu.

 

Ulangan 14:23-29 merangkumi aspek ini juga dan menyediakan sekiranya jalan ini terlalu jauh dari rumah kita, kita boleh menjadikan persepuluhan ini kepada wang dan kemudian membeli apa sahaja yang kita ingini di perayaan ini. Bahagian dari ayat 27 sehingga 29 disediakan bagi kita untuk makan di dalam pintu gerbang kita bagi tahun yang ketiga dan di sana kita juga mungkin menyediakan bagi golongan Lewi dan orang miskin dan orang yang memerlukan untuk tetap tinggal di dalam pintu gerbang kita. Pada tahun-tahun yang lain, kita diperlukan untuk pergi kepada perayaan dan kita diperlukan untuk makan bersama. Orang yang lebih diberkati akan menolong orang yang miskin dan orang yang memerlukan.

 

Yesaya 62:9 memerlukan kita untuk mengumpulkan persepuluhan dan MEMUJI TUHAN bersama-sama di dalam bilik KekudusanNya.

 

Tetapi orang yang menuainya akan memakannya juga dan akan memuji-muji TUHAN, dan orang yang mengumpulkannya akan meminumnya juga di pelataran-pelataran tempat kudus-Ku."

 

Alkitab Companion mencatatkan ayat ini yang merujuk kepada lima buku pertama Alkitab di dalam Ulangan 14:23, 26, 16:11. 14 dan Ulangan 12:12. Terdapat tuntutan untuk mengongsikan perayaan ini sesama sendiri dan makan bersama di dalam tempat ziarah. Pengambilan alkohol dengan jelasnya diperlukan di tempat perayaan ini bagi mereka yang ada di sana untuk mengongsikannya.

 

Tempat makan persepuluhan dan persembahan yang kolektif juga telah difahami sejak dari zaman para hakim.

 

1Samuel 9:13  Apabila kamu masuk ke kota, kamu akan segera menjumpainya, sebelum ia naik ke bukit untuk makan. Sebab orang banyak tidak akan makan, sebelum ia datang; karena dialah yang memberkati korban, kemudian barulah para undangan makan. Pergilah sekarang, sebab kamu akan menjumpainya dengan segera."

 

Mazmur 22:25  Karena Engkau aku memuji-muji dalam jemaah yang besar; nazarku akan kubayar di depan mereka yang takut akan Dia.  26 Orang yang rendah hati akan makan dan kenyang, orang yang mencari TUHAN akan memuji-muji Dia; biarlah hatimu hidup untuk selamanya!  27 Segala ujung bumi akan mengingatnya dan berbalik kepada TUHAN; dan segala kaum dari bangsa-bangsa akan sujud menyembah di hadapan-Nya.  28 Sebab Tuhanlah yang empunya kerajaan, Dialah yang memerintah atas bangsa-bangsa.  29 Ya, kepada-Nya akan sujud menyembah semua orang sombong di bumi, di hadapan-Nya akan berlutut semua orang yang turun ke dalam debu, dan orang yang tidak dapat menyambung hidup.

 

Jemaah umat pilihan di dalam “jemaah Allah yang besar” diperlukan untuk makan dan memuji Allah sebagai penyembahan. Kita tidak dapat memelihara perayaan Allah dari rumah dan menahan diri dari makan bersama dan menuruti instruksi-instruksi ini.

 

Konsep makan bersama pada waktu Sabat dan waktu Perayaan juga berlanjutan pada waktu Bulan Baru.

 

ISamuel 20:5 Lalu kata Daud kepada Yonatan: "Kautahu, besok bulan baru, maka sebenarnya aku harus duduk makan bersama-sama dengan raja. Jika engkau membiarkan aku pergi, maka aku akan bersembunyi di padang sampai lusa petang.

 

24 Sesudah itu bersembunyilah Daud di padang. Ketika bulan baru tiba, duduklah raja pada meja untuk makan.

 

Pernyataan bahawa raja itu duduk untuk makan tidak merujuk kepada makan yang biasa. Dia duduk untuk makan setiap hari. Maksud di sini ialah bahawa Bulan-bulan Baru adalah sama seperti Sabat. Seluruh keluarga diperlukan untuk hadir untuk makan pada hari-hari ini. Daud tahu bahawa dia perlu hadir dan memerlukan satu alasan yang baik untuk tidak berada di sana.

 

Tidak makan bersama selalunya berhubungan dengan keadaan yang tidak bersatu dan disengajakan, kadang-kadang memisahkan kita dari tubuh (Gal 2:11-13, Kisah 11:3), dan memisahkan kita dari mereka juga.

 

1Korintus 5:11 Tetapi yang kutuliskan kepada kamu ialah, supaya kamu jangan bergaul dengan orang, yang sekalipun menyebut dirinya saudara, adalah orang cabul, kikir, penyembah berhala, pemfitnah, pemabuk atau penipu; dengan orang yang demikian janganlah kamu sekali-kali makan bersama-sama.

 

Para murid telah makan bersama (Luk 13:26). Perhatikan bahawa para rasul dan para murid makan bersama dan berkongsi dalam persahabatan makan bersama.

 

Kisah 2:42-47  Mereka bertekun dalam pengajaran rasul-rasul dan dalam persekutuan. Dan mereka selalu berkumpul untuk memecahkan roti dan berdoa.  43 Maka ketakutanlah mereka semua, sedang rasul-rasul itu mengadakan banyak mujizat dan tanda.  44 Dan semua orang yang telah menjadi percaya tetap bersatu, dan segala kepunyaan mereka adalah kepunyaan bersama,  45 dan selalu ada dari mereka yang menjual harta miliknya, lalu membagi-bagikannya kepada semua orang sesuai dengan keperluan masing-masing.  46 Dengan bertekun dan dengan sehati mereka berkumpul tiap-tiap hari dalam Bait Allah. Mereka memecahkan roti di rumah masing-masing secara bergilir dan makan bersama-sama dengan gembira dan dengan tulus hati,  47 sambil memuji Allah. Dan mereka disukai semua orang. Dan tiap-tiap hari Tuhan menambah jumlah mereka dengan orang yang diselamatkan.

 

Sekiranya kita tidak mahu makan bersama dengan saudara seiman, maka sesuatu yang salah dengan diri kita. Dari pengalaman lalu, ianya hanya menunggu masa sebelum pengasingan ini menjadi muktamad. Allah akan menambah jumlah kita sementara kita mengambil bahagian dan menggenapi perintahNya dan hukumNya, makan pada waktu perayaanNya.

 

Yesaya 61:11  Sebab seperti bumi memancarkan tumbuh-tumbuhan, dan seperti kebun menumbuhkan benih yang ditaburkan, demikianlah (SHD 3069 ditukar kepada Adonai oleh Sopherim) Tuhan ALLAH akan MENUMBUHKAN KEBENARAN (SHD 6666) dan PUJI-PUJIAN (SHD 8416) di depan semua bangsa-bangsa.

 

Sementara kita setia dan diberkati, demikian juga Yehovah, Allah yang kekal akan menumbuhkan kebenaran dan pujian kepada yang ditaburkan. Justru itu, apa yang kita lakukan adalah penting kepada panggilan yang berterusan dan keselamatan bumi ini.

 

Ulangan 14:23  Di hadapan TUHAN, Allahmu, di tempat yang akan dipilih-Nya untuk membuat nama-Nya diam di sana, haruslah engkau memakan persembahan persepuluhan dari gandummu, dari anggurmu dan minyakmu, ataupun dari anak-anak sulung lembu sapimu dan kambing dombamu, supaya engkau belajar untuk selalu takut akan TUHAN, Allahmu.

 

Satu daripada cara yang baik untuk MEMUJI TUHAN Allah, Yehovah adalah untuk MEMAKAN DIHADAPANNYA pada hari dan tempat yang DIA pilih. Makan bersama adalah isu yang uatama di dalam kitab dan penyembahan Allah yang betul pada hari perayaanNya.

 

Sebab Jemaat-Jemaat Allah tertakluk kepada banyak kekeliruan dan kesilapan pada kurun yang kedua puluh adalah kerana mereka tidak memelihara Hukum-hukum Allah dan memelihara sistem ini dengan taat dan setia .

 

Jemaat Allah telah memperkenalkan Kalendar Hillel di tengah-tengahnya di bawah Herbert Armstrong dan dia membawanya ke dalam sistem Radio COG/WCG. Walau pun demikian Jemaat Allah memelihara Perayaan Paskah dan Roti Tidak Beragi bagi jangka masa lapan hari penuh dari 14 sehingga 21 Abib. Jemaah bersemangat di dalam apa yang mereka telah faham.

 

Pada 1967 Jemaat ini mula melupakan Perayaan Roti Tidak Beragi dan tidak lagi memelihara tujuh hari dalam perayaan dan mula bekerja pada hari-hari ini. Akibatnya ialah mereka telah diberikan perkhabaran yang rosak secara teologi dan mereka menjadi keliru. Mereka telah mengadaptasikan ketuhana diteis dari dua tuhan yang kekal, dan akhirnya mereka mengadaptasikan tuhan tritunggal, dan menyatakan bahawa Hukum-hukum Allah tidak lagi sah. Beberapa orang kembali kepada pegangan diteis di bawah beberapa cabang tetapi kerana mereka tidak memehami keperibadian sifat Allah, mereka tidak boleh memelihara sistem ini dengan baik sehingga mereka bertobat dalam pemahaman mereka tentang Allah.

 

Ramai daripada jemaat dari latar belakang Sabatarian telah memusnahkan rentetan ini. Beberapa daripadanya adalah Trinitarian; yang lain tidak memelihara hukum Allah, yakni menyatakan bahawa ia tidak lagi sah. Beberapa yang lain menghitung dengan salah dan malah memeliharaempat perayaan Paskah dalam masa setahun, dan membasuh kaki mereka yang masih memakai sarung kaki. Kemusnahan yang pelik ini hanya dihadkan oleh keupayaan warga yang jatuh untuk mempengaruhi manusia biasa yang disingkirkan dari Roh Suci.

 

Sesungguhnya ia telah ditulis oleh Allah melalui para nabi:

Jalan-jalan ke Sion diliputi dukacita, karena pengunjung-pengunjung perayaan tiada; sunyi senyaplah segala pintu gerbangnya, berkeluh kesahlah imam-imamnya; bersedih pedih dara-daranya; dan dia sendiri pilu hatinya. (Rat 1:4)

 

Perayaan ini telah termusnah melalui kehendak terhadap kuasa dan menggunakan kuasa warga yang jatuh untuk menjatuhkan Jemaat. Allah berfirman kepada Israel dan umat pilihan:

“Jangan lagi membawa persembahanmu yang tidak sungguh, sebab baunya adalah kejijikan bagi-Ku. Kalau kamu merayakan bulan baru dan sabat atau mengadakan pertemuan-pertemuan, Aku tidak tahan melihatnya, karena perayaanmu itu penuh kejahatan.  14         Perayaan-perayaan bulan barumu dan pertemuan-pertemuanmu yang tetap, Aku benci melihatnya; semuanya itu menjadi beban bagi-Ku, Aku telah payah menanggungnya. (Yes 1:13, 14).

 

Allah tidak akan bertolak ansur terhadap kemusnahan perayaan-perayaanNya.

 

Aku akan menghentikan segala kegirangannya, hari rayanya, bulan barunya dan hari Sabatnya dan segala perayaannya. (Hos 2:11)

 

Allah juga, melalui hamba-hambaNYa, telah membersihkan jemaahNya banyak kali sebelum ini, dan Dia melakukan sekali lagi kepada Jemaat supaya kita boleh memulihkan doktrin yang betul seperti yang asalnya.

 

Apabila Ahab telah mencemari Israel, Allah memilih orang seperti Yehu dan Yehonadab, anak Rekab, untuk mengasingkan serta mengalahkan hamba-hamba Baal di Israel. Baal adalah tuhan tritunggal dalam sistem Babilon. Fahaman diteis atau dua tuhan adalah aspek tuhan ini. Yehu mula mengalahkan para penyembah yang menyeleweng ini dan kemudian jemaah ini berkumpul bersama-sama dan melalui satu muslihat, Allah mengasingkan jemaah Baal ini dari umatNya dan kemudian memusnahkan mereka dan tidak ada orang yang masih hidup di kalangan mereka. Dalam istilah rohani, tidak ada orang yang menyembah tuhan palsu itu akan mewarisi kehidupan dan Kerajaan Allah.

 

20 Selanjutnya Yehu berkata: "Tentukanlah hari raya perkumpulan kudus bagi Baal!" Lalu mereka memaklumkannya.

 

23 Sesudah itu masuklah Yehu dan Yonadab bin Rekhab ke dalam rumah Baal, lalu berkatalah ia kepada orang-orang penyembah Baal di situ: "Periksalah dan lihatlah, supaya jangan ada di antara kamu di sini seorangpun dari hamba-hamba TUHAN, melainkan hanya orang-orang yang beribadah kepada Baal." (2Raja 10:20, 23)

 

Apabila mereka berkumpul dan penyembah Yehovah yang benar diasingkan, Yehu melantik 80 orang dan memastikan bahawa mereka mengalahkan penyembah palsu tersebut dari jemaah Iarael dengan mengorbankan diri mereka sendiri. Dengan cara ini, Baal telah disingkirkan dari Israel pada masa itu (2 Raja 10:24-26). Pelayanan ini dipertanggung jawabkan oleh tugasan ini di dalam restorasi. Tidak ada penyembah dari sistem tritunggal atau dari penyembah kepada banyak tuhan akan dibenarkan untuk terus kekal di dalam jemaah dan masuk ke dalam Kerajaan Allah.

 

Maka, Allah berkata melalui Nahum bahawa mereka tidak akan memelihara perayaan itu dengan tidak betul, tetapi mereka akan dipulihkan.

 

Lihatlah! Di atas gunung-gunung berjalan orang yang membawa berita, yang mengabarkan berita damai sejahtera. Rayakanlah hari rayamu, hai Yehuda, bayarlah nazarmu! Sebab tidak akan datang lagi orang dursila menyerang engkau; ia telah dilenyapkan sama sekali! (Nah 1:15)

 

Apabila Mesiah datang, mereka akan memelihara semua perayaan ini dan tidak ada orang yang dibenarkan untuk mencemari perayaan atau pemahaman dan pengetahuan Allah ini. Dari sini, kepada seteru dan warga yang jatuh, mereka akan dibatasi dan tidak lagi mengajarkan tentang pemujaan berhala dan pencemaran (Yes 66:18-24;Zak 14:16-21). Orang akan tahu Allah Satu yang Benar dan Yesus Kristus yang Dia telah utus (Yoh 17:3).

 

Kita menurut pada masa ini sebagai Jemaat dan kita setia terhadap iman ini sejurus diserahkan kepada orang kudus. Hanya dengan cara ini pemulihan ini boleh dilengkapi.

 

Langkah yang pertama ialah mengambil bahagian di dalam proses pengudusan dari 1 Abib dan bergerak ke 7 Abib. Jemaah kemudiannya berada di dalam kedudukan yang mana ia boleh bergerak kepada Paskah dan Kristus boleh memperbaharui perhubungannya dengan mereka. Dengan cara ini, kita boleh membantu mereka dengan membolehkan orang yang bersalah dapat diperbaharui. Pemeliharaan perayaan dengan cara yang betul adalah penting bagi perhubungan yang berterusan dengan Allah di dalam Roh suci dan perkembangan di dalam iman.

 

Melalui penurutan, kita membolehkan orang lain memahami dan ditambahkan ke dalam Tubuh Kristus, dan bagi Tubuh itu bertumbuh sebagai Jemaat Allah dan dalam kebenaran dan pendirian yang jujur.

 

q