Jemaat-jemaat Allah Al Maséhi

 

[052]

 

 

 

 

Pertobatan dan Pembaptisan

(Edisi 2.0 19940903-19980505))

 

Tulisan ini menguraikan doktrin-doktrin mengenai ketakdiran  dan panggilan Tuhan.  Pertobatan dan pengubahan telah dilihat sebagai prasyarat kepada pembaptisan serta menurutinya didalam kehidupan seorang Kristian.

 

 

 

Christian Churches of God

 

PO Box 369, WODEN ACT 2606, AUSTRALIA

E-mail: secretary@ccg.org

 

(Hakcipta ã 1994, 1998  Wade Cox)

(Tr. 2003)

 

Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan.  Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan.  Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.

 

Karya ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org
dan http://www.ccg.org

 

Pertobatan dan Pembaptisan [052]

 


Doktrin-doktrin mengenai Ketakdiran

Perihal memasuki Kerajaan Allah adalah satu kurnia kemurahan. Tidak ada orang yang datang kepada Tuhan dengan pengertiannya sendiri.  Ini bukan satu proses intelektual.  Sekiranya demikian, maka akademik akan lebih dahulu memasuki Kerajaan Allah.  Yakni, merupakan perkara yang tidak boleh dijelaskan dengan perkataan mereka.

 

Semua orang berdosa.  Umat manusia adalah tanpa Roh Kudus.  Oleh kerana itu, fikiran manusia berselisih dengan Tuhan.  Sebagai contoh, Alkitab mengatakan bahawa Keinginan badaniah adalah perseteruan terhadap Allah (Roma 8:7).  Ini telah diterjemahkan sebagai fikiran yang mengikut daging adalah seteru Allah. Sebabnya ialah sifat Allah yang disalurkan melalui Roh Kudus.  Tanpa Roh Kudus, anda akan berselisih dengan hukum kerana anda tidak mempunyai sifat Allah.  Sifat ini berasal dari Allah sebagai satu dasar kebaikan.  Allah adalah kebenaran, dan hanya kebenaran yang boleh membebaskan anda (Yer 8:32).  Yakni, kebenaran itu adalah satu konsep yang mengalir dari Roh untuk menguduskan umat pilihan (Yoh 17:17-19).  Justru itu, anda tidak akan mendapat bahagian Kerajaan itu tanpa dianugerahkan dengan Roh Kudus.  Roh tersebut terasing dari dosa.  Oleh kerana itu, Allah perlu membuat keputusan untuk mendedahkan umat pilihan kepada Roh, memastikan mereka tidak akan gagal. Dia melakukan sedemikian dengan sifat keilahianNya yang maha tahu. Kita dipanggil ke tempat perhentianNya, bermula dengan Kristus (1Pet 1:20), dan  tertulis di dalam  Kitab Kehidupan sejak dunia dijadikan (Wah 17:8).  PekerjaanNya telah selesai sejak dunia dijadikan (Ibr 4:3). Umat pilihan adalah hasil pekerjaan Allah.

 

Tuhan Allah didalam Kristus, yakni Roh Kudus, membuka fikiran semua umat pilihan bermula dengan rasul-rasul, supaya mereka mengeri kitab suci (Luk 24:45).  Dengan sebab inilah Kristus berbicara dalam perumpamaan; supaya mereka yang tidak dipilih tidak akan mengerti.  Justru itu, mereka akan selamat (Mat 13:10-17) sebelum mereka boleh menghadapi pengadilan.  Allah adalah maha pengasih dan tidak mahu seorang pun akan binasa (2Pet 3:9).  Oleh itu, dengan keilahianNya yang maha tahu, setiap umat dipanggil sesuai dengan rencanaNya.  Bagi orang yang dipilihnya dari semula, Dia juga akan menentukan dari semula untuk menjadi serupa dengan gambaran anakNya, supaya Ia, menjadi yang sulung diantara banyak saudara.  Dan mereka yang ditentukanNya dari semula, mereka juga akan dipanggilNya;  Dan mereka yang dipanggilNya, mereka juga dibenarkanNya; dan mereka yang dibenarkanNya, mereka juga dimuliakanNya.  Oleh itu, apakah yang akan kita katakan mengenai semua ini?  Jika Allah di pihak kita, siapakah yang akan melawan kita? (Roma 8:28-31).

 

Pertobatan dan Pengubahan

Untuk manusia terus hidup, atau memperolehi hidup kekal, Tuhan membutuhkan kita bertobat.  Jikalau kita tidak bertobat, kita akan binasa (Luk 13:3-5).  Kristus diutus untuk memanggil semua umat manusia bertobat (Luk 11:32).  Kristus memulakan penginjilanNya selepas penangkapan Yohanes Pembaptis (Mat 4:12).  Penangkapan Yohanes berlaku beberapa ketika selepas perayaan Paskah 28 CE (Yoh 3:22-24; 4:12) iaitu perayaan Paskah selepas memulakan penginjilan Yohanes dalam pemerintahan Toberius yang ke-limabelas tahun (Luk 3:1).  Sejak waktu itulah Yesus memberitakan dengan berkata Bertobatlah, sebab Kerajaan Sorga sudah dekat (Mat 4:17).  Kristus mengutus murid-muridNya untuk memberitakan injil pertobatan, memberi mereka kuasa atas setan atau roh-roh jahat (Mrk 6:7,12; Luk 10:1,17-20).

 

Dua perkara penting dalam pertobatan.  Pertama ialah pengetahuan tentang dosa yakni semua orang telah berbuat dosa (Roma 3:23).  Kedua ialah berupaya untuk datang kepada Tuhan, melalui perkataanNya.  Justru itu, anda harus diberi keupayaan untuk memahami sifat dosa serta kandungan misteri-misteri Allah. Umat pilihan telah diberi kuasa keatas setan hanya untuk memberi demontrasi bahawa nama-nama mereka tertulis di Sorga dan juga untuk mengawal dugaan serta keadaan sekeliling mereka didalam peperangan rohani yang mereka hadapi.  Justru itu, mereka merasa lebih kuat dari kuasa-kuasa jahat.

 

Pertobatan diajar sebagai pendahuluan kepada kekelutan akibat dosa (atau kejahilan; Kisah 8:22) supaya Allah memberikan waktu kelegaan, supaya Dia akan mengutus Kristus yang dari mula diuntukkan bagimu (Kisah 3:19-20).

 

Justru itu, Kritus tidak akan dihantar kepada anda selagi kita tidak bertobat.  Ini adalah proses yang berterusan.  Kristus akan dihantar secara individu dan juga secara menyeluruh bagi semua.  Orang-orang yang percaya dengan oknum tiga dalam satu (Trinitarian) merasa sukar untuk memahami proses ini disebabkan oleh fahaman salah terhadap Ketuhanan.

 

Zaman kebodohan, seperti yang disebut, Allah tidak memandang kembali tetapi selepas Kristus, Dia memberitakan kepada umat manusia untuk bertobat, menetapkan satu masa pengadilan untuk mereka (Kisah 17:30). Justru itu, pertobatan telah sampai kepada orang-orang yang tidak mengenal Allah (Lihat Kisah 15:3).

 

Kepekaan terhadap dosa dan keadaan orang berdosa yang tidak berharga adalah factor utama pertobatan.  Maka itu, pembenaran dalam diri sendiri adalah dosa yang paling hina kerana mereka ini tidak dapat melihat kekurangan diri sendiri. Ini merupakan penipuan diri sendiri.

 

Allah menghapuskan pelanggaran anda sejauh timur dari barat (Maz 103:12). Perhatikan makna petikan di dalam Maz 103:6-14.

Maz 103:6-14 TUHAN menjalankan keadilan dan hukum bagi segala orang yang diperas. 7 Ia telah memperkenalkan jalan-jalanNya kepada Musa, perbuatan-perbuatanNya kepada orang Israel. 8 TUHAN adalah penyayang dan pengasih, panjang sabar dan berlimpah kasih setia. 9 Tidak selalu Ia menurut, dan tidak untuk selama-lamanya Ia mendendam. 10 Tidak dilakukanNya kepada kita setimpal dengan dosa kita, dan tidak dibalasNya kepada kita setimpal dengan kesalahan kita, 11 tetapi setinggi langit di atas bumi, demikian besarnya kasih setiaNya atas orang-orang yang takut akan Dia; 12 sejauh timur dari barat, demikian dijauhkanNya daripada kita pelanggaran kita. 13 Seperti bapa sayang kepada anak-anaknya, demikian TUHAN sayang kepada orang-orang yang takut akan Dia. 14 Sebab Dia sendiri tahu apa kita buat, Dia ingat, bahawa kita ini debu.

 

Dari pertobatan dan berpaling kepada Tuhan, orang berdosa yang telah bertobat itu harus melakukan pekerjaan-pekerjaan yang sesuai dengan pertobatan itu. (Kis 26:20). Kita mesti mengubah tingkahlaku. Dosa bukan sesuatu kebetulan; ia terhasil dari pemikiran. Fikiran merupakan satu set rakaman jangka panjang yang menghasilkan tindakbalas  kimia-fizikal di dalam otak. Itu lah sebabnya manusia menghadapi kesukaran untuk melawan dosa.  Mereka harus mengubah proses pemikiran.  Inilah dasar isi petikan: Serahkan segala pekerjaan mu kepada Tuhan dan Dia akan memperkembangkan pemikiran mu. Ini telah diterangkan dalam Alkitab seperti: serahkan perbuatanmu kepada Tuhan, maka terlaksanalah segala rencanamu (Ams 16:3; lihat juga 2 Kor 10:5).

 

Alkitab KJV mungkin mengandungi makna yang lebih luas mengenai tindakan otak. Ia merupakan proses yang berlanjutan. Sebahagian struktur sosial telah hilang terlalu jauh sehingga ia tidak mampu menangani masalah. Allah memusnahkan kota Sodom kerana mereka tidak dapat dipulihkan walaupun diperuntukkan tempoh masa dan operasi perencanaan serta kemampuan mereka untuk bertobat. Dalam perkataan lain, mentaliti mereka hilang terlalu jauh untuk memberi reaksi kepada segala pesanan yang diberikan kepada mereka. Justru, pada zaman akhir ini manusia tidak membenarkan Allah mengadakan  pemulihan  ke atas semua bangsa, walaupun saksi nubuatan serta kitab injil jelas di hadapan mereka. Inilah sebabnya mengapa Sodom akan menghujat orang-orang kita (Mat 11:23-24; Mrk 6:11; Lk 10:12) – kerana kita memiliki perkataan Kristus dan mereka tidak.

 

Oleh itu panggilan Allah menurut rentetan peristiwa-peristiwa ketakdiran adalah tahap pertama atau fasa kepada proses untuk memasuki Kerajaan Allah.  Allah mengetahui penghujungnya dari permulaan.  Dia tidak akan mentakdirkan orang-orang yang akan gagal.  Justru itu, ramai yang dipanggil namun sedikit yang dipilih (Mat 22:14).

 

Allah secara sengaja tidak membawa orang-orang kepada pengadilan sehingga mereka mampu untuk menghadapi proses ini.  Maka itu, orang yang dipanggil tetapi tidak dipilih akan berbalik kepada  kebangkitan kedua.  Semua mereka ini, sebagai contoh, mereka yang telah dibaptiskan di dalam Gereja pada masa sekarang dan menyeleweng kepada kepercayaan Triniti (Trinitarianism) akan mengalami kebangkitan kedua.  Mereka tidak akan dibawah kepada pengadilan.  Allah tidak akan menyatakan diriNya kepada mereka.  Syarat untuk mengalami kebangkitan pertama, yakni memperolehi kehidupan kekal, ialah dengan mengenali Satu-satunya Allah yang Benar dan anakNya Yesus Kristus (Yoh 17:3).  Yohanes 17:3 melibatkan perihal kebangkitan dan kepada semua orang.  Tidak ada yang memuja kepada tuhan yang palsu, demikian juga mereka yang mengaku dirinya Kristian seperti yang dilakukan oleh Trinitarian, sebagai contoh, atau tuhan-tuhan palsu yang lain, akan mewarisi kehidupan kekal walaupun mengalami kebangkitan kedua.  Mereka akan di didik diatas kesalahan mereka oleh umat pilihan, yang menjadi guru-guru mereka sebagai Roh.  Sekiranya mereka tidak bertobat didalam kebangkitan kedua, mereka akan mati dan dibakar di Gehenna.  Mereka akan menghadapi pilihan keatas seratus tahun (Yeh 65:20).  Mereka akan bertobat atau binasa! Ini melibatkan setiap dosa didalam kategori hukum taurat Allah.  Hukum yang pertama dan terutama – Kasihilah Tuhan Allahmu dengan segenap hatimu, dan dengan segenap jiwamu dan dengan segenap akal fikiranmu (Mat 22:37; Mrk 12:28; Luk 20:27-40, lihat juga Ul 6:5) – merangkul empat hukum pertama dalam hukum sepuluh.  Hukum yang kedua utama – Kasihilah sesamamu manusia seperti kamu mengasihi diri kamu sendiri (Mat 22:39; lihat juga Im 19:18) – merangkul enam hukum yang terakhir dalam hukum sepuluh.  Pada kedua hukum inilah tergantung seluruh hukum taurat dan kitab para nabi (Mat 22:40). Justru itu, hukum sepuluh tidak terpisah; ia adalah pengembangan dari kedua-duanya dan merupakan inti hukum seperti yang diberikan oleh Mesiah kepada Musa melalui Roh Kudus.  Pertobatan adalah proses untuk kembali kepada Allah didalam ketetapanNya (Mal 3:6-12). (terkandung dalam tulisan mengenai rentetan Hukum,   Hukum Tuhan [L1].

 

Proses untuk datang kembali kepada Allah, terjadi sebagai sebahagian daripada tindakan untuk mengenali atau akan mengenali Allah (Yer 17:3; 10:37-38).  Untuk Kristus memulakan proses ini, Kristus menyatakan Bapa kepada individu  setelah Bapa mengaruniahkan kepada mereka (Yoh 6:44,57,65).  Justru itu, panggilan itu terjadi sejak permulaan dunia dan ia adalah sistematis.  Ia adalah yang pertama dari tiga fasa, fasa yang kedua adalah pembaptisan dan yang ketiga ialah pertobatan yang berterusan.

 

Pembaptisan

Segala kuasa telah diberikan kepada Kristus setelah Dia dibangkitkan (Mat 28:18).  Dia telah perintahkan supaya murid-muridNya pergi dan menjadikan semua bangsa menjadi muridNya, membaptiskan mereka dalam nama Bapa, Anak dan Roh Kudus (Mat 28:19). Mengajar mereka melakukan segala sesuatu yang telah diperintahkan oleh Kristus. Justru, Dia akan menyertai mereka sentiasa sehingga kepada akhir zaman (Mat 28:20).

 

Pertobatan harus disusuli dengan pembaptisan untuk menerima karunia Roh Kudus (Kisah 2:38).  Anda tidak akan menerima karunia Roh Kudus kecuali anda  bertobat dan dibaptiskan, yakni lahir kembali. Anda tidak akan dapat memasuki Kerajaan Allah kecuali anda dilahirkan sekali lagi (Yoh 3:3,5).  Pertobatan adalah syarat kepada pembaptisan dan penerimaan Roh Kudus. Justru itu, Pembaptisan bayi logis dihindari kerana ianya bertentangan dengan ajaran Alkitab.  Pembaptisan adalah yang pertama dari hanya dua sakramen dalam Gereja.  Yang kedua ialah Perjamuan Malam (lihat tulisan Sakramen-sakramen Jemaat [150].

 

Prasyarat pertobatan telah ditekankan oleh misi Yohanes Pembaptis, dimana dia seorang pelopor kepada pembaptisan Roh Kudus didalam Kristus (Mrk 1:4,8).  Yohanes menyatakan bahawa Kristus akan membaptis dengan Roh Kudus dan dengan api, ditujukan kepada mereka yang tidak bertobat (digambarkan sebagai jerami) (Luk 3:16-17)

 

Roh Kudus dianugerahkan mengikut petunjuk Allah.  Atas permintaan, yang diibaratkan dengan meletakkan tangan, Roh Suci memasuki seseorang individu. Roh Suci tidak dianugerahkan oleh orang yang meletakkan tangan ke atas individu tersebut. Melainkan orang itu hanya sebagai perwakilan Gereja yang memohon agar Roh Suci memenuhi permintaan Gereja serta individu lalu menyerap ke dalam diri penerima untuk apa jua aktiviti yang terlibat. Itulah sebabnya kondisi pegawai Gereja tidak kena mengena dengan keabsahan proses ini. Kristus berkata, sesungguhnya apa yang kamu ikat di dunia ini akan terikat di Sorga (Mat 18:18-20)

 

Matius 18:18-20 Aku berkata kepadamu: sesungguhnya apa yang kamu ikat di dunia ini akan terikat di Sorga dan apa yang kamu lepaskan di dunia ini akan terlepas di Sorga.  19Dan lagi Aku berkata kepadamu: jika dua orang daripadamu di dunia ini sepakat meminta apapun juga, permintaan mereka itu akan dikabulkan oleh BapaKu di Sorga.   20 Sebab dimana dua atau tiga orang berkumpul dalam namaKu, di situ Aku ada di tengah-tengah mereka.

 

Justru itu, penganugerahan Roh dalam setiap aspek pekerjaan adalah oleh Allah dan bukannya dianugerahkan oleh manusia. Roh Kudus bekerja sebelum pembaptisan di dalam setiap individu. Roh tersebut menyerahkan umat pilihan kepada Allah melalui Kristus (Ibr 7:25). Buah Roh yang pertama diberi kepada individu ketika pembaptisan, dari Roma 8:23, yang jelas mengatakan bahawa pengangkatan sebagai anak (adoption) tidak akan terjadi sehinggalah pembebasan diri. Justru, kita lahir kembali tetapi tetap bertumbuh di dalam Roh setiap hari di dalam Yesus Kristus sehingga kita datang kedalam kemuliaan Allah (lihat tulisan Roh Pengangkatan [034] dan Lahir Kembali [172]).

 

Penganugerahan Roh Kudus sewaktu pembaptisan merupakan mata air keselamatan yang dijanjikan oleh Allah melalui nabi-nabiNya (Yes 12:3). Mata air Roh Suci ini adalah janji Allah kepada Yakub yang tertulis di dalam Yesaya 44:3. Tuhan Allah adalah sumber air hidup (Yer 2:13; 17:13; lihat juga Zak 14:8)

 

Ini adalah sungai air kehidupan (Wah 22:1). Kristus, berkata mengenai Roh (Yoh 7:39), mengatakan dari Dia air hidup mengalir (Yoh 4:10-14, 7:38, lihat Yes 21:3; 55:1; Yeh 47:1). Israel dibersihkan dengan air secara rohani, dari Yeh 36:25, yang merupakan air hidup ataupun Roh Suci. Umat pilihan mengambil air hidup ini dengan percuma (Wah 22:17).

 

Pertobatan yang Berterusan

Pertobatan adalah proses yang berterusan.  Pertobatan seharusnya bertambah dalam dari masa ke semasa selepas pembaptisan.  jemaat Efesus telah dipanggil untuk bertobat dan mengingati betapa dalamnya ia telah jatuh, dan melakukan lagi apa yang semula ia telah lakukan (Wah 2:5).  Demikian juga jemaat di Pergamus dipanggil untuk bertobat (Wah 2:16); dan juga jemaat Tiatira (Wah 2:21-22) dimana orang-orang yang ingkar telah dilemparkan ke atas ranjang  orang sakit beserta dengan nabiah-nabiah palsu.  Jemaat di Sardis juga dipanggil untuk bertobat, atau Kristus akan datang kepada mereka seperti pencuri pada waktu malam dan mereka tidak mengetahui pada waktu bilakah Dia akan datang (Wah 3:3).  Barangsiapa yang dikasihi Kristus, akan ditegur dan dihajar olehNya.  Dia menghendaki supaya mereka (bagi orang-orang Laodikia), menjadi tekun dan bertobat (Wah 3:19).  Justru itu, pertobatan adalah untuk setiap jemaat-jemaat Allah, yakni menjadi tanggungjawab semua (Yak 5:19-20).

 

Justru itu, pertobatan adalah prasyarat kepada Kerajaan Allah. Sekiranya bukan untuk umat pilihan yang menjadi bait Allah (Im 26:12; 1Kor 3:16-17; 6:19; 2Kor 6:16; Ef 2:19-22) dan menjadi sebahagian dari proses dimana Allah mempersingkatkan waktu dunia, maka tidak ada yang selamat dari segala yang hidup (Mat 24:22).  Mungkin Allah telah membenarkan semua manusia keturunan Adam binasa seperti Dia  mahukan Nephilim dimusnahkan.

 

Allah berhubungan dengan dengan umat manusia melalui Yesus Kristus dan umat pilihan dimana telah tertulis dalam Buku Kehidupan sebelum pondasi dunia.   Umat  pilihan  ditakdirkan untuk dipanggil.  Mereka dipanggil untuk bertobat.  Pertobatan adalah syarat untuk menerima Roh Kudus, dimana hanya boleh diibaratkan oleh pembaptisan.  Pertobatan harus berterusan dari dari saat pembaptisan supaya anda boleh bertumbuh didalam Roh sehingga anda memperolehi kesempurnaan dan mengalami adopsi, yang merupakan penebusan diri.

 

Sesiapa yang tertidur harus dibangkitkan didalam daging supaya mereka diwujudkan seperti Kristus, sebagai satu berkas persembahan.  Mesiah adalah yang pertama dari buah pertama.  Dia menjadi anak Allah, berkuasa sejak kebangkitanNya dari orang mati (Roma 1:4).  Kita  juga merupakan buah pertama: diberi Roh semasa Pentakosta dan ditebus pada waktu kedatanganNya.  Rentetan Hari Suci menggambarkan aspek-aspek panggilan kita serta perdamaian dengan Allah Bapa melalui Yesus Kristus.


 

q