Jemaat-jemaat Allah Al Masehi

[053]

 

 

 

Kalendar Ibrani dan Kalendar Islam Didamaikan

(Edisi 2.0 20030526-20060216)

 

Kalendar Islam telah salah fungsinya selama berabad-abad dan hakikatnya terjadi tidak lama selepas kematian nabi itu. Sungguhpun para pentadbir telah cuba berulang-kali untuk memperbaikitnya, golongan ulama, berikutan suatu tafsiran pelik ke atas Surah tersebut oleh Hadis, telah menolak semua usaha untuk pembaharuan atau pemulihannya. Apakah masalahnya dan apakah jawapan sebenarnya? Kenapakah Judaisme dan Islam begitu salah sekali dan begitu berlainan? Jawapannya terletak di dalam pemahaman mengenai pemutarbelitan kalendar Alkitab sebenar oleh kedua-dua agama. Penyelesaiannya mudah sahaja.

 

 

 

Christian Churches of God

 

PO Box 369, WODEN ACT 2606, AUSTRALIA

E-mail: secretary@ccg.org

 

(Hakcipta ã 2003, 2006 Wade Cox)

 

 

Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan.  Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan.  Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.

 

Karya ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org

 

Kalendar Ibrani dan Kalendar Islam Didamaikan [053]

 


Judaism, Islam dan Agama Kristian

Alkitab menetapkan peraturan-peraturan jelas bagi kalendar itu, yang tidak diikuti mana-mana satu daripada agama-agama utama sama ada Judaisme, Kristian, ataupun Islam.

 

Di dalam teks Kalendar Tuhan [156]  ada diterangkan bagaimana kalendar pagan di sebelah timur, yang telah menjadi kalendar sivil, juga berbeza daripada Kalendar Suci itu, yang bermula pada bulan Abib atau musim bunga dan ditentukan oleh ekuinoks. Judaisme mengikut tradisi-tradisi pagan dengan memulakan kalendar itu pada bulan Ketujuh, bertentangan dengan arahan-arahan Tuhan dan yang ganjilnya menyetujui pengaruh-pengaruh pagan asal pada Islam sebelum kalendar Islam terpesong sepenuhnya.

 

Kalendar Islam terpisah daripada sistem suci asal yang telah ditetapkan Tuhan melalui Musa dan sepertimana yang diamalkan di dalam Bait Suci. Pada masa ini, hari-hari serta bulan-bulan suci Islam dan hari-hari suci Alkitab, jatuh pada masa-masa yang berlainan. Lebih-lebih lagi, kalendar Islam pada masa ini terdiri daripada 354 atau 355 hari di mana ia ketinggalan 10 sehingga 12 hari bagi setiap tahun solar. Namun begitu, pada permulaan agama Islam, nabi Muhammad serta pengikut-pengikutnya mempunyai bulan-bulan suci yang sama masanya dengan hari-hari perayaan Alkitab, mengikut kalendar Alkitab yang asal.

 

Pada halaman 83, buku "Studies on the Jewish Background of the New Testament” - M. De Jonge, J. Van Goudoever, dinyatakan:

 

“Titik permulaan bagi perbandingan di antara Kalendar Islam dan Yahudi (Kristian) adalah hari puasa tidak wajib Ashura, hari kesepuluh Muharram, iaitu suatu pelanjutan Islam bagi Hari Pendamaian. (Sumber: Shorter Encyclopaedia of Islam, s.v. Ashura). Jika Muharram setara dengan Tishri, maka bulan Ramadhan boleh dipadankan dengan bulan Yahudi Sivan, iaitu bulan bagi Perayaan Minggu-minggu milik Yahudi. Tradisi Islam mendasarkan bahawa pada malam-malam Ramadhan, iaitu apa yang dipanggil lailat al-kadr, Muhammad telah menerima wahyu Quran ….terdapat persamaan yang nyata di antara keadaan-keadaan di mana Musa menerima Taurat/Torah dan di mana Muhammad menerima Quran (Rujukan di dalam nota sampingan - G. Widengren, The  Ascension of the Apostle and the Heavenly Book, King and Saviour III", Uppsala Univ.)

 

Di dalam Kalendar Islam, Muharram merupakan bulan pertama dan begitu juga dengan Tishri yang merupakan bulan pertama kalendar politik di dalam Judaisme kuno. Tahun Baru sebagai Rosh Hashanah memasuki Judaisme pada Abad Ketiga Era Masakini. Dengan itu, pengaruh para aristokrat Yahudi di Timur Tengah yang berkuatkuasa ke atas orang-orang Arab sebelum ketibaan Islam, serta pengaruh-pengaruh pagan dan mistik ke atas kedua-duanya, menyebabkan tahun baru politikal pada bulan ketujuh itu menjadi pengaruh ke atas kedua-dua bangsa. Muharram merupakan bulan Suci di dalam Islam hanya kerana ianya bulan suci di dalam Alkitab dan merupakan bulan ketujuh bagi Tahun Suci serta bagi Kalendar Tuhan. Secara literalnya, ia bermaksud bulan Rumah Tuhan – Harram. Kerana itu, Islam sejajar dengan Alkitab, tetapi telah dikorupsikan oleh amalan Yahudi, yang menggunakan kalendar politik itu. Kalendar Yahudi setibanya zaman Islam sekitar tahun 632 TM telahpun terpesong daripada sistem Alkitab dan mengikuti sistem palsu yang diperkenalkan daripada Babilon di bawah pimpinan Rabbi Hillel II pada tahun 358 TM. Maka kalendar ini, yang bermula pada bulan Tishri, juga mempunyai asal-usulnya di dalam Babilon kuno dan sistem pagan.

 

Ashura telah ditetapkan di dalam Islam kerana orang-orang Yahudi di Median memelihara Hari Pendamaian (iaitu hari kesepuluh Tishri). Jadi, hari kesepuluh Muharram jelas sekali sejajar dengan hari kesepuluh Tishri atau Bulan Ketujuh. Kalendar-kalendar Hijri dan Yahudi pada awal zaman Islam digariskan di bawah:

 

 

Kalendar Yahudi

Jatuh pada

Bulan Islam

Tishri      

 Sept/Okt 

  Muharram

(Permulaan tahun baru sivil Yahudi) 

Heshvan 

Okt/Nov

Al Safar

Chislev             

Nov/Dis

Rabi'ul Awwal

Tevet             

Dis/Jan

Rabi'u-Thani

Shevat 

Jan/Feb 

Jamadi'ul Awwal

Adar 

Feb/Mac

Jamadi'u-Thani 

Nisan/A'bib

Mac/Apr

Rajab

(Permulaan tahun suci/keagamaan Yahudi)

Zif/I'yar

 Apr/Mei

Sha'ban

Sivan           

Mei/Jun

Ramadhan

Tammuz

Jun/Jul

Shawwal

Av/Ab

Jul/Ogos 

Dhul-Qadah

Elul                  

Ogos/Sep

Dhul-Hijjah

 

 

Muharram (Rumah Sembahyang) adalah Bulan Suci yang diselaraskan sama dengan Tishri di mana kita dapati Hari Sangkakala-sangkakala, Hari Pendamaian (Yom Kippur), Perayaan Pondok Daun dan Hari Besar Terakhir.

 

Rajab adalah satu lagi Bulan Suci yang disamakan dengan Nisan di mana kita dapati Perayaan-perayaan Paskah (Pesach), dan Roti Tidak Beragi (Hag-ha Ma’Atzos).

 

Ramadhan disamakan dengan Iyar dan Sivan ketika hampir seluruh Taurat dan Quran diberikan sebagai Kitab-kitab Suci. Umat-umat Muslim berpuasa dan menjalankan ibadah sewaktu tempoh ini dan orang-orang Yahudi mempunyai perkiraan masa Omer sehingga Shavvot (Pentakosta), yang telah mereka korupsikan kepada satu tarikh tetap iaitu Sivan 6. Jemaat-jemaat Allah yang sejati memelihara tempoh-tempoh ini dan Pentakosta pada hari yang betul menurut sistem Bait, iaitu hari pertama minggu yang kini dipanggil sebagai hari Minggu.

 

Perhitungan tahun Yahudi dirumitkan oleh empat set peraturan-peraturan, yang menentukan penundaan-penundaan. Peraturan-peraturan ini diterangkan di dalam karya Kalendar dan Bulan: Penangguhan atau Perayaan? [195]. Sistem penundaan ini telah diperkenalkan lama selepas zaman bait suci dan peraturan-peraturan itu tiada kaitannya dengan Kalendar Bait dahulu itu.

 

Cara untuk mengira bulan interkalari ke 13, yang terjadi tujuh kali bagi setiap sembilan belas tahun, agak mudah. Ia telah digunakan tanpa sebarang kerumitan selama beribu-ribu tahun, namun atas sebab-sebab tertentu orang-orang Arab telah mengabaikannya mungkin kerana kepalsuan ataupun kejahilan. Mungkin mereka ingin menjauhi sistem Hillel yang menjadi formal, yang diketahui mereka adalah suatu sistem terkemudian dan palsu.

 

Mungkin hal ini mengelirukan bagi orang-orang Arab yang nampaknya telah mengabaikan bulan interkalari tersebut beberapa tahun selepas penubuhan Islam. Dalam proses ini dua kalendar telah menjadi tidak sejajar.

 

Bulan-bulan seperti Rabi-awal (musim bunga pertama) dan Rabi-thani (musim bunga kedua) menandakan musim definit – “musim bunga”, yang merujuk kepada musim pertumbuhan tanaman bijirin di Timur Tengah (dalam Chislev dan Tevet sebagai “Musim Bunga Pertama dan Kedua), dan bukannya Musim Bunga sebenar yang jatuh pada bulan Rajab di dalam Islam, dan pada bulan Abib atau Musim Bunga iaitu bulan pertama Alkitab serta musim Tuaian Jelai di dalam Israel. Bulan-bulan ini tidak boleh berkitar dalam perjalanan masa tahun demi tahun, lantas ketinggalan sebanyak kira-kira 10 hari setiap tahun. Namun Islam telah membenarkan bulan-bulan ini berpindah-pindah di dalam tahun, berkitar tak tentu arah untuk bertahun-tahun lamanya sehinggalah mereka sejajar semula dan ini hanya terjadi sekali setiap 33 tahun.

 

Dengan itu kita melihat daripada maklumat serta jadual-jadual di atas bahawa keturunan Israel dan Ishmael telah memelihara pada mulanya pada awal zaman Islam, hari-hari suci pada hari yang sama atau serupa. Juga, seperti yang ditunjukkan di dalam artikel-artikel Jemaat-jemaat Allah Al Masehi, Nabi Muhammad serta Khalifah-khalifah yang pertama telah memelihara Sabat itu.

 

Dengan itu, Islam dan Jemaat-jemaat Allah memelihara Kalendar sebenar sebagai suatu pegangan kepercayaan. Kepalsuan-kepalsuan telah memasuki Jemaat melalui paganisme dan Kemistikan Yahudi, lantas memaksa bulan bermula pada masa [bulan] Sabit dan bukannya pada masa Konjunksi/Gabungan, iaitu bagaimana ianya dikira sewaktu zaman Alkitab. Justeru itu, Judaisme dan Islam telah terpesong daripada iman itu, dan menyembah berhala-berhala pagan melalui sistem-sistem ibadah dan kemistikan.

 

Namun begitu, laman-laman web Islam lazimnya merujuk kepada Quran pada Bab 9 – yang menyebut pasal dua belas (12) bulan sahaja. Ini sebenarnya suatu rujukan kepada dan penyangkalan terhadap sistem Penundaan yang diperkenalkan kepada Judaisme di bawah Hillel II pada tahun 358 TM. Ini merupakan percubaan pertama untuk membuatkan kalendar itu kelihatan berbeza daripada Kalendar Ibrani. Sememangnya, dengan pemberian Surah inilah maka Hadis memulakan pengasingan Kalendar Islam daripada Kalendar Sebenar Tuhan seperti yang diamalkan oleh orang-orang Ibrani, Jemaat, dan Islam awal di bawah bimbingan Nabi.

 

Hakikatnya, Ensiklopedia Agama dan Etika (ERE), (Hastings ed), Vol. 3, Artikel Kalendar (Muslim) mukasurat 126, mengatakan bahawa Kalendar itu tidak ditetapkan sehinggalah tahun 10 Hijra (AH) ketika Nabi telah membuat penziarahan terakhirnya ke Mekah (hijjat al wada 631 TM). Khutbah (hutba) yang diberikannya, yang intinya terkandung di dalam Surah di bawah, menentukan dua belas bulan kepada tahun. Aspek ini kemudiannya telah ditafsirkan sebagai bermakna bahawa tidak ada interkalasi, yang sama sekali tidak masuk akal. Ianya tidak pernah begitu sejak Nuh, Abraham, Musa dan para Nabi. Kenapa pula nabi mahu mengiktiraf kalendar seperti ini dan kemudiannya menamakan dua bulan sebagai “Musim Bunga Pertama” dan “Musim Bunga Kedua” jika maksudnya adalah supaya kalendar itu berkitar tak tentu arah sehingga menjadikan pembezaan seperti ini sesuatu yang mustahil? Dia bukannya seorang yang bodoh dan dia bukannya berbicara menentang suatu kalendar yang telah wujud sejak beribu tahun dan yang diikutinya sendiri. Namun Islam moden dan Hadis semacam menjadikannya seperti seorang yang bodoh dan mereka sendiri merujuk kepada bulan-bulan yang jatuh pada musim salji, musim luruh dan musim panas sebagai bulan-bulan musim bunga seolah-olah istilah tersebut tidak bermakna.

 

Orang-orang Yahudi sendiri merujuk kepada bulan interkalari dengan nama bulan kedua belas dan ianya bulan kedua belas yang kedua iaitu “We Adar” atau “And Adar”. Pengaturan Kalendar ini telah dilaksanakan selama beribu tahun oleh Islam sejati, yang asalnya daripada para Bapa/Patriak dan merupakan perjanjian yang dibuat mereka dengan Tuhan.

 

Tarikh sebenar penetapan kalendar palsu ini adalah pada kemudiannya selepas kematian nabi itu.

 

Terjemahan berlainan bagi Surah at-Taubah 9:36 dan 37, yang khususnya mengisahkan manipulasi Kalendar Sebenar itu oleh sistem Yahudi melalui penundaan/pengunduran menurut kata-kata Surah itu sendiri, diberikan di bawah:

 

at-Taubah 9:36] Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah pada hari Dia menciptakan langit dan bumi. Empat bulan daripadanya dihormati. Itu ialah agama yang betul lurus. Janganlah kamu berbuat salah di dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar laranganNya). Dan perangilah kaum penyembah berhala seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya. Dan ketahuilah sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang bertakwa.

[at-Taubah 9.37] Sesungguhnya perbuatan mengundurkan (kehormatan itu dari satu bulan ke satu bulan yang lain) adalah menambah kekufuran yang menjadikan orang-orang kafir itu tersesat kerananya. Mereka menghalalkannya pada satu tahun dan mengharamkannya pada tahun yang lain, supaya mereka

dapat menyesuaikan bilangan (bulan-bulan yang empat) yang telah diharamkan Allah (berperang di dalamnya); dengan itu mereka menghalalkan apa yang telah diharamkan oleh Allah. Perbuatan buruk mereka itu dihias dan dijadikan indah (oleh Syaitan) untuk dipandang baik oleh mereka. Dan (ingatlah) Allah tidak memberi hidayat petunjuk kepada orang-orang yang kafir.

 

[at-Taubah 9:36] Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah agama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar laranganNya) dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya dan ketahuilah sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang bertakwa.

[at-Taubah 9.37] Sesungguhnya perbuatan mengundurkan (kehormatan itu dari satu bulan ke satu bulan yang lain) adalah menambah kekufuran yang menjadikan orang-orang kafir itu tersesat kerananya. Mereka menghalalkannya pada satu tahun dan mengharamkannya pada tahun yang lain, supaya mereka dapat menyesuaikan bilangan (bulan-bulan yang empat) yang telah diharamkan Allah (berperang di dalamnya); dengan itu mereka menghalalkan apa yang telah diharamkan oleh Allah. Perbuatan buruk mereka itu dihias dan dijadikan indah (oleh Syaitan) untuk dipandang baik oleh mereka. Dan (ingatlah) Allah tidak memberi hidayat petunjuk kepada orang-orang yang kafir.

 

Penundaan/penangguhan itulah yang diserang di sini, bukannya betapa perlunya untuk menentukan bulan interkalari tahun. Di dalam hal inilah Islam telah salah dan para iblis telah dapat mencemari kepercayaan Islam dengan bidaah mereka. Sehinggakan para ilmiawan ERE sekalipun telah salahfaham sepenuhnya maksud tujuan Surah tersebut, sungguhpun dengan cara penyampaiannya sebegitu, mungkin kerana mereka sendiri tidak memahami pengenalan penundaan-penundaan itu kepada Judaisme selepas zaman Bait serta kalendarnya yang dibawakan propaganda rabbinikal. Empat bulan yang suci, dimana tidak boleh berlaku peperangan telah dicemari sejak lama dahulu sebelum Islam oleh kaum kafir Arab, dari bulan-bulan suci dalam taurat dan ini telah diteliti dibawah.

 

Melenyapkan Nasi

Seperti penjelasan di atas, bulan Muharram bersamaan dengan Bulan Tujuh tahun alkitabiah. Dalam sistem Semitik purba, bulan Tahun Baru didasarkan pada perayaan-perayaan Tahun Baru. Bulan Tishri diterima oleh orang Yahudi korup di Timur Tengah di bawah pengaruh Babilon pada abad ketiga CE sebagai Tahun Baru bermula dari Rosh Hashanah. Perayaan ini bertepatan dengan Hari Sangkakala-sangkakala pada haribulan Pertama Bulan Tujuh tetapi adalah perayaan berlainan. Interkalasi sistem Kasdim semitik juga mengakibatkan pengisytiharan bulan interkalari ketiga belas oleh Raja atau Nasi. Justeru bulan itu dipanggil Nasi, yang juga adalah istilah Ibrani yang bererti “raja” dan dalam Ibrani moden bermakna “sesiapa kepala negara yang dipilih”. Orang Arab, seperti Judaisme rabbinikal kemudian, memulakan tahun mereka pada musim luruh/gugur dan sentiasa merayakan perayaan musim bunga dan musim luruh  (Encyclopedia of Religion and Ethics, (ERE) Vol. 3 mukasurat 126, Karangan Kalendar (Muslim)). Bulan terakhir dalam tahun adalah waktu naik haji (Dhul-l-hijja).

 

Di Israel, Nasi mengisytiharkan bulan interkalari dan bulan ini sentiasa dinyatakan sebagai Adar II atau WeAdar dan tidak mempunyai nama khusus. Bulan ini sentiasa berada pada ekuinoks musim bunga dan keinginan mungkin timbul untuk menyatakan bahawa orang Arab membuat interkalasi pada ekuinoks musim bunga yang sama dan justeru itu, bulan pertama adalah bulan Nasi bukan bulan interkalari terakhir, dan bulan kedua adalah Muharram. Namun, itu tidak betul. Bulan Rajab telah sentiasa menjadi bulan korban Paskah dan bersamaan dengan Pesach dan mendahului Islam di kalangan orang Arab (ERE, ibid).

 

Semua wilayah Rom di Timur Tengah mematuhi kalendar Babel/Babilon yang bermula dalam Tahun Baru sivil, yang bertepatan dengan bulan alkitabiah Ketujuh. Sistem ini sudah meluas di seluruh Timur Tengah. Amalan ini diterima oleh orang Yahudi pada abad ketiga kerana sistem itu telah dikorupkan oleh kaum-kaum kafir di sekitar mereka. Perayaan ini dipanggil Rosh Hashanah yang disesuaikan oleh Judaisme.

 

Interkalasi diteruskan oleh orang Arab beberapa lama sebelum Islam, dan merupakan tanggungjawab suku Fuqaim dari Qinana (atau Kinana) (ERE ibid. mukasurat 127). Menurut laporan mereka mengumumkan bulan mana yang diinterkalasi dan kerana itu sedikit perbedaan mungkin telah dimasukkan ke dalam perhitungan mereka. Waktu perkenalan interkalasi di kalangan orang Arab menyusul dari perkenalan sistem penangguhan orang Yahudi. Mungkin sewaktu Bait Suci masih ada, dan kalendar masih betul, mereka semua mematuhi sistem itu. Namun, sejak tahun 358 CE mereka mendapati diri mereka berselisih dengan Judaisme dan terpaksa memperkenalkan interkalasi mereka sendiri, kerana tahun-tahun yang perlu diinterkalasi berbeza kebanyakan masanya.

 

Amalan mengumumkan bulan ketiga belas sebagai Nasi telah dihapuskan dalam Islam kononnya oleh Khalifah Omar, khalifah kedua. Dia dikatakan menghapuskan interkalasi sepenuhnya, justeru melenyapkan hubungan antara tahun dan musim yang dinyatakan oleh nama-nama bulan. Tindakan ini berpunca dari salah tanggap deklarasi di dalam Qur’an pada Surah IX:36 dan selanjutnya. Surah itu dikatakan ditulis pada tahun 631 CE berdasarkan tradisi perhijrahan terakhir nabi Arab itu ke Mekah. Namun, teks dan tindakan-tindakan ini yang dipertalikan kepada Omar telah dibuat kemudian.

 

Nampaknya tidak diragukan lagi bahawa nabi Arab tersebut pernah memelihara Perayaan-perayaan Alkitab tetapi tidak mengikut sistem penangguhan Yahudi. Teks Sunni melaporkan dia menemui orang Yahudi berpuasa pada tanggal 10 Muharram, iaitu Yom Kippur. Dia kononnya mengambil amalan itu dari mereka, tetapi itu tidak betul (lihat Sahih Bukhari Vol. 3, Bk. 31, No. 222 Mishkatul- Masabih, Delhi ed. 1307 A.H. mukasurat 172). Hadis (al Sahih Al Bukhari) mencatatkan nabi menyuruh mengadakan puasa pada tanggal 10 Muharram, yang diumumkannya sebagai Ashura. Ini dituliskan seolah-olah amalan itu diambilnya kemudian, tetapi daripada teks Qur’an ini tidak mungkin betul. Nampaknya dia bertemu orang-orang yang tidak berpuasa dan menyuruh mereka untuk berpuasa, dan mereka yang berpuasa untuk terus berpuasa.

 

Dia tidak mematuhi penangguhan-penangguhan tersebut dan dicatatkan sebagai melintasi orang Yahudi yang berpuasa pada 10 Muharram, tetapi dia tidak berpuasa. Satu-satunya penjelasan adalah dia memelihara kalendar yang berlainan, tetapi berkaitan. Dia sebenarnya sudah berpuasa pada hari sebelum mereka, dalam tahun itu.

 

Dia juga tidak memelihara kalendar Islam terkini seperti yang diandaikan oleh Hadis. Jika itu yang dilakukannya maka dia tidak mungkin tiba pada tanggal 10 Muharram, kerana dalam tahun 622 CE pada waktu dia datang, kalendar Islam moden meletakkan 10 Tishri pada 10 Rabi-al-awal (lihat ibid.). Oleh itu mustahil untuknya memelihara kalendar itu. Dia sedang menggunakan kalendar lunar-solar sembilan belas tahun yang mengikut konjunksi, dan seperti yang kita tahu dari atas kalendar ini bebas dari penangguhan-penangguhan Judaisme.

 

K. Vollers menganggap bahawa perayaan pada bulan terakhir Arab, yang dipanggil Eid-ul-Adha, mempunyai signifikans solar (matahari) yang asal-usulnya pagan (ERE op. cit.). Bagaimanapun, mungkin juga ini sisa dari penghapusan interkalasi dan dikorbankan dengan memindahnya ke Bulan Dua belas, bukan Muharram Tahun Baru sivil. Ini merupakan Hari Pendamaian dan urutan ke Perayaan Pondok Daun yang jelas dari peranan yang dimainkan Shaitan di dalamnya. Pada mulanya Shaitan bererti “kepanasan Sur” (dari Shyt). Vollers menganggap ini adalah pagan pada mulanya tetapi dalam Islam kemudiannya dikaitkan dengan Iblis (ERE ibid). Hakikatnya adalah bahawa dalam Judaisme, dan dalam Jemaat, Hari Pendamaian (Yom Kippur) telah sentiasa dipertalikan dengan penyisihan Iblis dan orang Yahudi membuang kambing Azazel ke dalam padang gurun. Jemaat pada waktu itu memelihara semua perayaan tetapi tidak membuat korban selain untuk menyediakan daging untuk perayaan-perayaan itu. Tradisi melempar batu pada Iblis yang diamalkan pada Eid-ul-Adha merupakan satu ciptaan Judaisme yang memasuki pembuangan kambing Azazel ke padang gurun itu. Pada asalnya kambing ini tidak dilemparkan batu, tetapi dalam Judaisme kemudian telah mula dilempar batu dan amalan simbolik ini telah dibawa masuk ke dalam Islam yang sudah korup. Ramai orang meninggal dalam histeria yang berlaku di perayaan ini hampir setiap tahun di Mekah.

 

Perayaan ini bermula dari haribulan sepuluh bulan itu sehingga permulaan haribulan lima belas. Waktu itu mengingatkan tempoh dari Hari Pendamaian hingga Pondok Daun dan inilah yang sepatutnya ditaati dalam Islam, bukannya sisa suatu perayaan yang salah letak ini yang menyindir perintah Alkitab.

 

Islam meneruskan urutan hari dalam minggu yang diperolehi dari asal-usul Kristian alkitabiahnya. Jumaat adalah perkumpulan jemaat dan Sabtu adalah Sabat (sebagai Sabt). Tidak diragukan bahawa orang Arab sebelum Islam memelihara minggu kalendar Ibrani, dan dari asal-usul Judeo-Kristian ini mereka mentaati perayaan-perayaan tersebut. Nabi mempunyai dasar luas sokongan ramai untuk membina sistem agama ini dan sistem itu sudah tersedia apabila misi itu dimulakan.

 

Kutukan Qur’an merujuk kepada penerapan salah kepada penangguhan-penangguhan dan bulan Nasi di dalam musim gugur, atau musim lain, dan bukannya sistem Alkitab yang bermula pada Abib atau Nisan sebagai Bulan Pertama. Mereka yang mengikutinya menyalah tafsir ajaran-ajaran tersebut, (mungkin dengan sengaja) dan buruk akibatnya. Sesudah Khulafa’ arrasyidin (Khalifah rashidin), orang Arab telah menambahkan kegagalan demi kegagalan untuk memperkenalkan semula adat dan tradisi mereka.

 

Sejarah Kalendar Hijri (Islam)

Nabi tidak membuat apa-apa perubahan pada kalendar itu dan telah mengikuti Kalendar Alkitab yang digunakan pada masa itu. Ianya juga digunakan oleh orang-orang Yahudi yang telah mengubah cara-cara perkiraannya dengan mempergunakan cadangan-cadangan para Rabbi Babilon pada tahun 344 TM. Namun begitu, Jemaat di sebelah Timur, menggunakan konjunksi-konjunksi tersebut dan mengikut kalendar Luni/solar sepertimana yang telah mereka lakukan selama berabad-abad. Keluarga nabi menggunakan kalendar ini memandangkan mereka adalah umat-umat Kristian pemelihara Sabat.

 

Kalendar Islam, yang berdasarkan sepenuhnya pada kitar-kitar lunar, dikatakan mula-mula diperkenalkan pada tahun 638 TM oleh teman rapat Nabi dan juga Khalifah kedua, `Umar ibn Al-Khattab (586-644 TM). Dia berbuat begitu dalam percubaannya untuk menjelaskan pelbagai sistem penentuan tarikh, yang kadangkala bercanggah, yang digunakan pada zamannya. Konfliknya terjadi di antara orang-orang Yahudi dengan umat-umat Kristian. `Umar mungkin ingin memutuskan sebarang ikatan dengan Judaisme dan sebagai akibatnya telah menyebabkan suatu kehuru-haraan. `Umar (Omar) berbincang dengan para penasihatnya mengenai tarikh permulaan kronologi Muslim yang baru itu. Akhirnya dipersetujui bahawa titik rujukan yang paling sesuai utnuk Kalendar Islam itu adalah Hijra (Hijrah, Hegira). Tarikh permulaan sebenar bagi Kalendar “Epoch” itu telah dipilih (berdasarkan tahun-tahun lunar sahaja yang dikira ke belakang), sebagai hari pertama bulan pertama “hari pertama Muharram” tahun Hijra. Kalendar Islam (Hijri) – dengan tarikh-tarikh yang jatuh dalam lingkungan Era Muslim itu – biasanya dipendekkan AH di dalam bahasa-bahasa negara Barat daripada perkataan Latin Anno Hejirae “Pada tahun Hijra.” 1 Muharram tahun 1 AH bersamaan dengan hari Jumaat 16 Julai, tahun 622 TM di dalam Kalendar Julian. Ini sebenarnya adalah Hari Suci (Perayaan) Sangkakala-sangkakala daripada teks Alkitab, iaitu hari Pertama bulan ketujuh, namun Rosh Hashanah, yang seakan-akan Pagan dan kemudiannya menjadi milik Yahudi, telah menjadi Tahun Baru, yang jelas mempengaruhi Islam pada peringkat awal ini.

 

Hijra/Hijrah, iaitu perjalanan Nabi “Muhammad” dari Mekah (Makkah) ke Medinah (Madinah) pada September 622 TM, merupakan peristiwa sejarah terpenting bagi Islam awal. Ianya membawa kepada pengasasan negeri-kota Muslim yang pertama, suatu titik perubahan di dalam sejarah Islam dan dunia.

 

Ianya ditegaskan bahawa, bagi umat-umat Muslim, kalendar Hijri itu bukan saja suatu sistem sentimental bagi menetapkan masa dan menentukan tarikh peristiwa-peristiwa keagamaan yang penting, contohnya Siyaam (puasa) dan Hajj (menunaikan haji ke Mekah). Ianya mempunyai kepentingan agama dan sejarah yang lebih dalam lagi.

 

Muhammad Ilyes [Ilyes84] memetik Nadvi yang menuliskan:

 

“Ia (ketibaan abad ke 15) sememangnya suatu waktu yang unik untuk merenungkan bahawa Era Islam tidak bermula dengan kemenangan-kemenangan peperangan-peperangan Islam, juga tidak dengan kelahiran mahupun kematian nabi (PBUH), dan bukannya dengan Wahyu itu sendiri. Ia bermula dengan Hijra, atau pengorbanan demi perjuangan Kebenaran dan bagi pengekalan Wahyu itu. Ianya pemilihan yang diilhamkan ilahi. Tuhan mahu mengajar manusia bahawa pertentangan antara Kebenaran dan Kejahatan itu sentiasa kekal. Tahun Islam itu mengingatkan umat Muslim setiap tahun bukannya kepada kegemilangan dan kemuliaan Islam tetapi kepada pengorbanannya dan menyediakan mereka untuk berbuat serupa.”

 

Dari segi sejarah, Ilyes memetik Samiullah yang menulis:

 

“Semua peristiwa-peristiwa di dalam sejarah Islam, khususnya yang terjadi sewaktu hayat Nabi Suci dan kemudiannya, disebutkan di dalam era kalendar Hijra. Namun perkiraan-perkiraan kita di dalam kalendar Gregorian menjauhkan kita daripada peristiwa-peristiwa dan kejadian-kejadian tersebut, yang sarat dengan ajaran-ajaran yang menegur serta arahan-arahan yang membimbing.

….Dan kajian kronologi ini hanya mungkin dengan menggunakan kalendar Hijri untuk menunjukkan tahun serta bulan lunar sesuai dengan tradisi-tradisi yang kita hargai.”

 

Tahun Islam (Hijri) terdiri daripada dua belas bulan (lunar sepenuhnya). Mereka adalah: (1) Muharram; (2) Safar; (3) Raby` al-awal; (4) Raby` al-Than; (5) Jumaada al-awal; (6) Jumaada al-Thaany; (7) Rajab; (8) Sha`baan; (9) Ramadhaan; (10) Shawwal; (11) Thw al-Qi`dah; dan (12) Thw al-Hijjah.

 

Dengan itu, Kalendar Islam terkemudian itu adalah bertentangan dengan kehendak Tuhan seperti yang dinyatakan di dalam Hukum. Ia meniru amalan Yahudi dan pagan di dalam memulakan tahun pada Bulan Ketujuh, dan sungguhpun dengan adanya perintah-perintah Quran, membuatkan kalendar itu tidak tentu dan membiarkannya berubah-ubah di dalam tahun selama 33 tahun, bertentangan Hukum-hukum Tuhan.

 

Tarikh-tarikh paling penting di dalam tahun Islam (Hijri) adalah: 1 Muharram (tahun baru Islam); 27 Rajab (Isra & Miraj); 1 Ramadhan (hari pertama puasa); 17 Ramadhan (Nuzul Al-Qur'an); 10 hari terakhir Ramadhan termasuk Laylatu al-Qadar; 1 Shawwal (`iyd (atau Eid) al-fitr); 8-10 Thw al-Hijjah (Ibadah Haji ke Mekah); dan 10 Thw al-Hijjah (`iyd al-'adhhaa').

 

Ianya disalahanggap suatu perintah ilahi untuk menggunakan kalendar (Hijra) dengan 12 bulan lunar (sepenuhnya) tanpa interkalasi [Ilyes84]. Ianya berdasarkan salahfaham teks-teks daripada ayat-ayat Quran berikut (Terjemahan A. Yusuf Ali):

 

Mereka bertanya kepadamu tentang bulan sabit (Bulan Baru). Katakanlah: "Ia adalah tanda-tanda waktu yang tetap bagi (hal-hal) manusia dan (bagi ibadah) haji. (2:189)

 

Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi Allah ialah dua belas bulan (dalam setahun), yang telah ditetapkanNya semasa Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah agama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar laranganNya) dan perangilah kaum kafir musyrik. (9:36)

 

Sesungguhnya perbuatan menukarkan (kehormatan itu dari satu bulan ke satu bulan yang lain) adalah menambah kekufuran yang menjadikan orang-orang kafir itu tersesat kerananya. Mereka menghalalkannya pada satu tahun dan mengharamkannya pada tahun yang lain, supaya mereka dapat menyesuaikan bilangan (bulan-bulan yang empat) yang telah diharamkan Allah; dengan itu mereka menghalalkan apa yang telah diharamkan oleh Allah. Perbuatan buruk mereka itu dipandang baik oleh mereka. Tetapi (ingatlah) Allah tidak memberi hidayat petunjuk kepada orang-orang yang kafir. (9:37)

 

 

Seperti yang telah kita lihat, kalendar Islam Hadis adalah lunar sepenuhnya, bertentangan dengan (kalendar) solar ataupun luni-solar, tahun Muslim (Hijri) adalah lebih pendek daripada tahun Gregorian sebanyak 11 hari, dan bulan-bulan di dalam tahun Islam (Hijri) tiada kaitannya dengan musim-musim, yang pada asasnya ditentukan oleh kitar suria/solar. Ini bermakna bahawa perayaan-perayaan Muslim yang penting, yang selalunya jatuh pada bulan Hijri yang sama, mungkin berlaku pada musim-musim berlainan. Sebagai contohnya, Hajj dan Ramadhan mungkin terjadi pada musim panas ataupun musim salji. Hanya sekali dalam 33 tahun barulah bulan-bulan lunar itu membuat kitaran penuh dan jatuh pada musim yang sama.

 

Untuk tujuan-tujuan keagamaan di dalam Islam moden, permulaan sesuatu bulan Hijri tidak ditandakan permulaan bulan yang baru, tetapi dengan penglihatan secara fizikal (iaitu dengan mata kasar) bulan sabit pada tempat tertentu. Dari segi pandangan Fiqhi, seseorang mungkin memulakan puasanya pada bulan Ramadhan, sebagai contohnya, berdasarkan pada penglihatan “tempatan” ((ikhtilaf al matale') atau berdasarkan pada penglihatan di mana saja di dalam Dunia Muslim ((ittehad al matale'). Walaupun berbeza, kedua-dua posisi ini adalah posisi Fiqhi yang sah.

 

Dalam astronomi, beberapa data adalah tetap dan pasti (contohnya waktu apa yang dikatakan sebagai KELAHIRAN bulan yang baru). Namun begitu, menentukan KENAMPAKAN bulan sabit itu tidak tetap ataupun pasti; sebaliknya ia bergantung pada beberapa faktor, yang kebanyakannya adalah faktor optikal. Ini menjadikannya sukar untuk menghasilkan (lebih awal) kalendar-kalendar Islam yang boleh dipercayai (dalam ertikata ia konsisten dengan kenampakan bulan sabit sebenar).

 

Usaha-usaha untuk mendapatkan suatu kriteria astronomikal untuk meramalkan waktu penglihatan pertama bulan telah dilakukan sejak era Babilon, dengan pembaikan serta usaha signifikan yang dilakukan kemudiannya oleh para saintis Muslim dan yang lainnya. Usaha-usaha ini telah menghasilkan sebilangan kriteria untuk meramalkan penglihatan pertama yang mungkin bagi bulan sabit. Namun, masih ada lagi ketidakpastian di dalam semua kriteria yang dihasilkan selama ini. Lebih-lebih lagi, hanya sedikit saja usaha yang diperuntukkan untuk menentukan penglihatan bulan sabit secara global (bertentangan dengan secara tempatan). Sehingga ini terjadi, tiada satupun perisian kalendar Hijri yang boleh dipercayai 100%, dan penglihatan bulan sabit secara fizikal masih lagi diperlukan, khususnya bagi menetapkan tarikh-tarikh yang penting, seperti permulaan Ramadhan dan kedua `iyds itu.

 

Dengan itu, perbezaan-perbezaan sedikit di dalam kalendar-kalendar Islam yang dicetak, sedunia, dapat diterangkan daripada dua faktor utama: (1) tiadanya satu kriteria global untuk penglihatan pertama; dan (2) penggunaan kriteria penglihatan (atau cara perkiraan) yang berlainan. Keadaan-keadaan cuaca dan perbezaan-perbezaan di dalam kedudukan si pemerhati juga menerangkan kenapa kadangkalanya terdapat perbezaan-perbezaan di dalam pemeliharaan tarikh-tarikh Islam sedunia.

 

Para pembaca yang berminat mendapatkan maklumat lanjut boleh melihat buku Mohammad Ilyas’ A Modern Guide to Astronomical Calculations of Islamic Calendar, Times & Qibla, Berita Publishing, 1984, (ISBN: 967-969-009-1). Buku ini mengandungi perbincangan menyeluruh mengenai sistem kalendar Islam serta perkembangan-perkembangan sejarah dan saintifik yang berkaitan. Ia juga memberikan suatu cadangan yang menarik untuk satu Kalendar Islam universal yang berdasarkan pada suatu kriteria penglihatan global serta konsep Hari Lunar (atau Garisan Penentu Tarikh Lunar Antarabangsa).

 

Tetapi adakah ini apa yang diperintahkan Tuhan dan adakah Dia pencetus kekeliruan? Tidak sama sekali!

 

Kalendar tersebut telah diramalkan dengan tepat bertahun-tahun lebih awal, selama beribu tahun, sehinggalah bulan sabit itu diperkenalkan daripada Paganisme dan system orang-orang Babilon.

 

Tuhan memerintah agar bulan Abib atau musim bunga dijadikan permulaan bulan-bulan kepada kita. Ini bukan bulan Musim Bunga Pertama di dalam Islam. Ini merupakan bulan Rajab. Ianya telah sentiasa dikira dengan konjunksi dan bukannya dengan bulan sabit pada zaman Bait Suci sejak Musa dan Harun sehinggalah Kristus dan Jemaat. Islam wajib mengikut teladan mereka dan tidak boleh menggunakan bulan sabit itu dan terkutuk kerana berbuat demikian sebab bulan sabit itu adalah lambang dewi Ashirat, Asytoret atau Ishtar. Satu prinsip yang tidak boleh diubah adalah bahawa Musim Bunga Pertama harus selalu jatuh pada bulan musim bunga sebab musim ini berhubungan dengan penanaman bijirin. Bulan Abib atau Musim Semi sebaliknya adalah bulan pertama penuaian Musim Gandum dan ianya ditentukan oleh ekuinoks dan sentiasa demikian sejak dari dulu lagi. Ianya menentukan semua bulan-bulan yang lain dalan rentetannya. Islam telah mempermain-mainkan Kalendar Tuhan dengan menyalahgunakan kata-kata nubuatan itu serta membuatkan kalendar itu tidak sejajar dengan musim-musim dan perayaan-perayaan yang disebutkan Alkitab. Dengan itu, rencana keselamatan itu disamarkan bagi orang-orang Arab, yang mendakwa mengikut Tuhan dan iman Islam seperti yang telah diwahyukan kepada Abraham, Musa, Harun, para Nabi, Kristus dan Jemaat, yang merupakan Muhammed sebenar yang dimaksudkan teks-teks itu.

 

Adalah salah untuk percaya bahawa Satu Muharram pada tahun 622 TM adalah pada bulan Julai. Kerana Nabi Muhammed telah memerhati orang-orang Yahudi merayakan Yom Kippur di Medina, iaitu hari puasa bagi umat Yahudi pada hari kesepuluh Muharram. Hari ini sentiasa jatuh sekitar bulan September-Oktober. Jadi pada hari Ashura tersebut dia menyuruh umat-umat Muslim untuk berpuasa dan menyakiti diri mereika. Ia telah menjadi suatu ketetapan selamanya di dalam Islam berdasarkan pada teks Alkitab itu. Ianya bukan puasa yang tidak diwajibkan seperti yang didakwa para imam Muslim hari ini dan merupakan satu-satunya puasa yang mandatori sepenuhnya di dalam tahun. Satu lagi puasa yang penting adalah 7 Abib (lihat karya Pengudusan Orang-orang yang Berdosa Tidak Sengaja dan Tidak Sedar [291]). Puasa-puasa Ramadhan lebih rendah tarafnya daripada puasa-puasa ini yang membawa kepada persediaan untuk Pentakosta, Perayaan Minggu-minggu.

 

Penetapan Ramadhan

Permulaan Bulan baru bagi Bulan Kedua disamakan dengan kalendar Alkitab adalah bulan Iyar di dalam Kalendar Yahudi. Bulan ini memulakan bulan puasa. Ramadhan adalah nama yang diberikan kepada Bulan Ketiga namun elemen utama berpuasa dan dedikasi sebenarnya tidak dimulakan pada bulan ini tetapi sebaliknya ianya disempurnakan pada bulan ini. Iyar sebenarnya membentuk sebahagian besar daripada bulan puasa sebenar dengan perkiraan Omer serta persediaan bagi Hukum dan Kesaksian, yang dikeluarkan pada masa Pentakosta iaitu Musim Menuai Gandum. Penuaian ini dimeteraikan pada Pentakosta di dalam Bulan Ketiga yang merupakan penghujung tempoh Ramadhan pada Eid el Fitr atau Perayaan Minggu-minggu, dan daripada mana Ramadhan mendapat namanya. Bulan Ketiga atau bulan Ramadhan menandakan penghujung puasa dari Bulan Baru itu dan permulaan bulan yang kemuncaknya adalah Pentakosta. Itu adalah Ramadhan yang sebenarnya, suatu hakikat yang tidak disedari seluruh dunia. Ini adalah juga sebahagian daripada masa apabila perkiraan Omer itu berterusan daripada tempoh persembahan Unjukan Berkas (Omer) sehingga Pentakosta apabila Roh Kudus diperbaharui. Pada waktu inilah Quran (Surah 2:185) dan Torah/Taurat dinyatakan dan kerana itu masa ini dilihat sebagai salah satu daripada tempoh penting di dalam kalendar Tuhan. 7 hingga 10 hari terakhir, khususnya malam-malamnya di dalam Islam, adalah sangat penting dan dinamakan Lailatul Qaider. Kemungkinan sekali sewaktu itulah, yang dilihat sebagai 10 hari terakhir seperti yang dinyatakan di dalam Kisah 1, bahawa murid-murid itu telah tinggal di Yerusalem di mana mereka menghabiskan masa mereka berdoa dan bermohon sebelum mereka menerima Roh Kudus itu pada hari Pentakosta di dalam Kisah 2.

 

Puasa yang membawa kepada Ramadhan meliputi tempoh bulan Ibrani “Iyar” (terang) dan tempoh kepada Perayaan Minggu-minggu atau Pentakosta. Ramadhan biasanya tamat sebelum Pentakosta bermula pada hari Sabat. Eid El Fitr berlangsung sejajar dengan Perayaan Pentakosta. Umat-umat Yahudi telah menetapkan ini pada 6 Sivan sebagai hasil pertimbangan-pertimbangan yang dibuat mereka selepas zaman penyelerakan itu. Jadi mungkin timbulnya keinginan untuk menganggap minggu sebelum 6 Sivan sebagai Eid El Fitr. Sebenarnya, Pentakosta jatuh pada hari Minggu pada bahagian awal pertengahan Sivan. Ia merupakan tempoh bagi perayaan minggu-minggu yang bermula dari Bulan Baru Sivan, yang juga merupakan suatu perayaan dengan sendirinya. Ia memulakan kemeriahan yang membawa kepada Perayaan Pentakosta, iaitu pada Hari Pertama Minggu atau “hari Minggu” selepas Sabat. Sabat ini adalah hari keempat puluh sembilan dan Sabat sempurna ketujuh yang dikira daripada persembahan Unjukan Berkas pada Hari Pertama minggu pada pertengahan Perayaan Roti Tidak Beragi. Pentakosta adalah hari Kelima puluh dari hari Minggu Unjukan Berkas itu.

 

Puasa yang membawa kepada pemberian Kesaksian itu pada bulan Ramadhan mewakili puasa Musa selama empat puluh hari dan juga puasa Mesias selama empat puluh hari di dalam penghakiman Iblis.

 

Hakikatnya adalah bahawa Musa telah naik ke atas Gunung itu selama empat puluh hari lagi selepas penderhakaan itu, untuk mendapatkan satu lagi set Hukum itu, namun seluruh tempoh itu terikat secara rohani di dalam perkiraan Omer ke arah Pentakosta.

 

Lima puluh hari pengiraan Omer itu sehingga Pentakosta menandakan Kemerdekaan Jubli serta penerimaan Roh Kudus itu pada Pentakosta. Memberi Zakat kepada mereka yang miskin juga menandakan perkara yang sama. Ini adalah apa yang dikatakan “Muhammad” mengenai hal ini:

 

“Wahai Umat! Barangsiapa yang menyediakan makanan untuk seorang yang percaya, pada waktu berbuka puasa, beroleh ganjaran kerana telah melepaskan seorang yang diperhambakan.”

 

Sewaktu empat puluh hari Omer itu, setelah persembahannya sebagai Unjukan Berkas dan penerimaannya oleh Tuhan, Yesus Kristus yang telah bangkit telah muncul 10 kali kepada murid-muridnya lalu mengubah iman mereka. Tempoh 40 hari ini melambangkan perubahan atau transformasi. Musa dan Yesus telah berpuasa selama 40 hari dan malam. Seorang ibu yang baru melahirkan seorang anak lelaki dikatakan sebagai kotor sehinggalah tempoh 40 hari pentahirannya tamat. Mariam (Maryam), ibu Yesus, juga memelihara tempoh 40 hari ini. Lihat karya Pentahiran dan Penyunatan [251].

 

Di sini adalah suatu petikan mengenai pemeliharaan Ramadhan dan maksud rohaninya, yang jelas diketahui di dalam Islam.

 

Untuk menggambarkan kebaikan-kebaikan objektif dan subjektif bulan Ramadhan, yang menyokong pangkatnya yang lebih tinggi daripada bulan-bulan yang lain, ianya lebih sesuai untuk merujuk kepada firman Allah Mahatinggi, dan Nabi TerakhirNya.

 

Quran mengatakan:

Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa,

 

(yaitu) dalam beberapa hari yang tertentu. Maka barang siapa di antara kamu ada yang sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), maka (wajiblah baginya berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. Dan wajib bagi orang-orang yang berat menjalankannya (jika mereka tidak berpuasa) membayar fidyah, (yaitu): memberi makan seorang miskin. Barang siapa yang dengan kerelaan hati mengerjakan kebaikan, maka itulah yang lebih baik baginya. Dan berpuasa lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.

 

(Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al Qur'an sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang hak dan yang batil). Karena itu, barang siapa di antara kamu hadir (di negeri tempat tinggalnya) di bulan itu, maka hendaklah ia berpuasa pada bulan itu, dan barang siapa sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), maka (wajiblah baginya berpuasa), sebanyak hari yang ditinggalkannya itu, pada hari-hari yang lain. Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu. Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur.

(AL BAQARAH: 183 – 185).

 

Dihalalkan bagi kamu pada malam hari bulan Puasa bercampur dengan istri-istri kamu; mereka itu adalah pakaian bagimu, dan kamu pun adalah pakaian bagi mereka. Allah mengetahui bahwasanya kamu tidak dapat menahan nafsumu, karena itu Allah mengampuni kamu dan memberi maaf kepadamu. Maka sekarang campurilah mereka dan carilah apa yang telah ditetapkan Allah untukmu, dan makan minumlah hingga terang bagimu benang putih dari benang hitam, yaitu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sampai (datang) malam, (tetapi) janganlah kamu campuri mereka itu, sedang kamu beri`tikaf dalam mesjid. Itulah larangan Allah, maka janganlah kamu mendekatinya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepada manusia, supaya mereka bertakwa.

(AL BAQARAH:187)

 

…dan orang-orang lelaki yang berpuasa serta orang-orang perempuan yang berpuasa…Allah telah menyediakan bagi mereka semuanya keampunan dan pahala yang besar.

(AL AH’ZAAB:35)

 

Hadis sendiri berpendapat,

 

Quran yang Suci telah diwahyukan kepada Nabi (SA) pada bulan Ramaz’aan (Ramadhan). Berpuasa sepanjang bulan ini telah dijadikan wajib.

Berpuasa adalah satu daripada peraturan “Waajib” (wajib) yang ditetapkan Islam.

Shayk Suddooq (RA) memetik Imam Ali bin Moosa Ar Riza (AS) bahawa dia telah menerima daripada leluhur-leluhur Kudusnya, berdasarkan perintah kuasa Imam Ali ibna Abi Taalib (AS), teks ucapan Nabi Suci yang digunakan menjelang ketibaan bulan Ramaz’an yang dirahmati:

 

Nabi Suci (SA) berkata:

“Wahai lelaki dan perempuan! Sudah dekat bulan rahmat itu, yang berlimpahan dengan kebaikan-kebaikan, berbelas kasihan, sedia untuk meninggalkan dosa-dosamu yang ketinggalan dan berserulah pada Allah untuk mendapatkan pengampunanNya. Hari-harinya, malam dan jamnya, menurut pandangan Allah, adalah lebih baik, lebih terpilih dan penting daripada hari-hari, malam dan jam bulan-bulan yang lain. Ia melampaui bulan-bulan lain di dalam kebaikan-kebaikan dan pahalanya”.

Dalam bulan ini kamu adalah para tetamu Allah, menikmati kebaikanNya, engkau adalah di antara yang disayangiNya, nafasmu adalah “pujian kepada Allah”, tidurmu adalah penyembahanNya, doa-doamu mendapat persetujuanNya, seruan-seruanmu dibenarkan. Jadi, dengan ikhlas, bebas daripada fikiran dan tindakan jahat dan berdosa, dengan hati nurani yang suci, berdoa dan mintalah agar Dia mengaruniakan semangat dan keyakinan untuk memelihara puasa dan mengaji Quran yang Suci dan dua’as sepanjang bulan ini. Sesiapa yang tidak menerima belas kasihan dan pengampunan pada bulan ini sungguh tidak bernasib baik, kerana terkutuk kepada kedukacitaan dan serba kekurangan selamanya.

Kehausan dan kelaparan yang kamu lalui, rasai dan alami, di sini dan sekarang ini, mengingatkan kamu tentang keperitan dan kesukaran daripada kemarau serta kebuluran yang akan datang nanti pada Hari Pengadilan.

Berikanlah sedekah kepada yang miskin dan hidup melarat.

Hormatilah ibubapamu dan orang-orang tuamu.

Berbuatlah baik dan sayangilah anak-anakmu serta mereka yang lebih muda daripadamu.

Jagalah ahli kerabatmu.

Jauhilah daripada memperkatakan hal-hal yang tidak patut dibisikkan.

Tutuplah matamu daripada melihat apa yang tidak sopan.

Jangan mendengar hal-hal fitnah.

Biarlah kamu berbelas kasihan, lemah-lembut dan baik hati terhadap anak-anak yatim piatu agar selepas kamu pergi, anak-anakmu, jika perlu, akan menerima layanan yang sama daripada orang lain.

Bertaubatlah ke arah Allah dan dekatilah Dia.

Selepas setiap doa, ucapkan dua’s untuk memohon belas kasihan serta pengampunanNya kerana masa yang paling sesuai untuk memenuhi keinginan-keinginanmu adalah apabila kamu telah berdoa salat/solat, yang Mahatinggi memberi jawapan kepada hamba-hambaNya yang memanggilNya pada waktu-waktu ini.

Wahai Semua! Dalam kebenaran dan hakikat, tubuh serta jiwamu dibelenggu, buatlah perjanjian untuk membebaskannya dengan meminta pengampunan Allah. Belakangmu dibebani dosa-dosa yang sukar ditanggungi, sujudlah kamu menyembah Allah, demi meringankan bebanmu, kerana Tuhan Segala Dunia telahpun berjanji, dalam Nama Kekuatan dan KemuliaanNya, untuk tidak menghukum mereka yang berdoa dan sujud pada bulan ini, nyalaan-nyalaan api itu tidak akan menakutkan mereka.

Wahai Umat! Barangsiapa yang menyediakan makanan untuk seorang yang percaya, pada waktu berbuka puasa, beroleh ganjaran kerana telah melepaskan seorang yang diperhambakan.

Wahai Umat! Pada bulan ini, sesiapa yang menjadikan akhlaknya lebih baik akan dapat melintasi “Jambatan Siraat” dengan senang, di mana orang lainnya, pada setiap langkah akan tersandung dan jatuh; barangsiapa yang memberikan rehat dan kelepasan kepada para pekerjanya akan menerima kemurahan yang sama pada Hari Pengadilan; barangsiapa yang menjaga serta memberi perhatian kepada anak-anak yatim dan kerabatnya akan dilayani dengan belas kasihan pada Hari Penghakiman; barangsiapa yang berdoa salat yang tidak diwajibkan akan mendapat pengecualian daripada Api neraka, dan mendoakan salat-salat yang wajib pada waktunya menggandakan yang baik dengan banyak sekali; barangsiapa mengaji walaupun satu ayat Quran yang Suci, mendapat pahala pengajian penuh seluruh Kitab tersebut pada bulan-bulan lain.

Wahai Umat! Pada bulan ini, tanpa diragukan lagi, pintu-pintu kebahagiaan serta kegembiraan kekal terbuka luas, begitulah perintah Allah agar tidak sekali-kali menutupnya di hadapan kita; dan perangkap-perangkap sumpah kekal itu terbuka, jadi buatlah rayuan kepada Allah untuk melenyapkannya daripada jalanmu untuk selamanya; para iblis diikat dengan rantai-rantai belenggu, jadi berdoalah kepada Allah agar tidak melepaskan mereka kerana telah menyesatkan kamu.

Bulan Rama’zan sangat disenangi Allah. Ianya bulan termulia daripada semua bulan lain, suci, murah hati dan berbelas kasihan. Jangan mensia-siakan malam-malamnya dalam tidur, dan hari siangnya dalam melupakan atau kelalaian mengabaikan Allah.

 

Kalendar Sebenar dipelihara menurut Hukum-hukum Tuhan dan apabila Kalendar Islam dipulihkan, urutan itu menjadi jelas dan tujuannya juga menjadi jelas. Tempoh pengiraan Omer itu adalah waktu berdoa serta persediaan bagi penerimaan Roh Kudus pada masa Pentakosta, iaitu Perayaan Minggu-minggu atau Eid el Fitr. Sistem perayaan ini bermula dengan [Hari] Bulan Baru bagi Bulan Ketiga, Sivan, iaitu suatu hari perayaan bagi Tuhan. Bulan-bulan ini bermula dengan konjunksi tersebut dan bukannya dengan bulan sabit yang diperhatikan.

 

Nama Ramadhan itu sendiri menggambarkan kepanasan dan merujuk kepada ketibaan bulan-bulan musim panas dengan Pentakosta pada bulan Sivan.

 

Pada tahun 30 TM, Kristus telah dibangkitkan pada akhir hari Sabat dan telah naik ke syurga pada jam 9 pagi pada hari Minggu sebagai persembahan Unjukan Berkas pada waktu upacara Bait Suci bagi Pengunjukan Berkas, yang merupakan hasil sulung tuaian-tuaian Israel.

 

Kenaikan ini yang terjadi pada hari Minggu memulakan pengiraan masa Omer kepada Pentakosta. Tempoh masa ini adalah untuk lima puluh hari yang berakhir pada hari Minggu dalam bulan Sivan atau Bulan Ketiga. Dia dianggarkan, daripada catatan-catatan mengenainya di dalam Injil-injil serta Kisah Para Rasul, telah menghabiskan empat puluh hari sesudah kepulangannya daripada takhta Tuhan dan Kasih Karunia setelah penerimaannya sebagai korban kita. Empat puluh hari ini telah digunakannya untuk menyediakan Jemaat, yang dikepalainya, untuk menerima Roh Kudus itu pada waktu Pentakosta. Empat puluh hari itu bermula dari malam kepulangannya pada penghujung hari pertama minggu tersebut. Pada tahun 30 TM itu, ianya jatuh pada 18 Abib. Terdapat 11 hari lagi di dalam bulan Abib dan dua puluh sembilan di dalam Iyar. Ini adalah empat puluh hari itu. Dengan itu, kenaikannya berlangsung pada permulaan Bulan Baru bagi Bulan Ketiga, iaitu Sivan di Yehuda atau Ramadhan di Ishmael. Oleh itu permulaan Bulan Baru bagi Bulan Ketiga itu menandakan kenaikan terakhir Yesus Kristus. Tempoh in meninggalkan Para Rasul untuk berdoa dan berpuasa bagi tempoh tersebut sewaktu Bulan Ketiga bagi menerima Roh Kudus pada Pentakosta sembilan hari kemudiannya pada hari Minggu.

 

Tempoh ini merupakan dasar perayaan Jemaat dan membentuk, pada akhirnya, perayaan bagi pemberian Hukum itu pada Pentakosta. Puasa Musa itu adalah selama empat puluh hari dan empat puluh malam. Namun begitu, penghujung tempoh pertama kewajipan-kewajipannya adalah sewaktu perhitungan Omer dan dia tidak berada di atas gunung itu untuk tempoh sehingga Bulan Baru Sivan pada bulan Ketiga. Tamatnya tempoh ini bagi kewajipan-kewajipannya, yang ditunaikan dengan puasa bercampur, adalah dengan kepulangan Musa bersama-sama dengan tablet-tablet batu Tuhan. Jangka masa pertamanya selama empat puluh hari itu bermula dengan Bulan Baru Iyar atau Zif atau Sha’aban, iaitu Bulan Kedua dan berterusan sehingga hari Pentakosta. Ini merupakan dasar puasa Ramadhan di dalam Islam. Puasa ini mendapat namanya daripada puasa Musa serta peniruan tingkahlaku Kristus sebelum kenaikannya. Ini bukanlah puasa sepenuhnya di dalam Islam kerana makan minum dilakukan setiap petang sesudah gelap dan sebelum subuh. Jemaat Tuhan mempunyai anggota yang berpuasa penuh hari dan malam selama tempoh ini dan yang tidak berpuasa langsung pada hari-hari lain. Kedua-dua amalan ini adalah, dan sememangnya telah sentiasa, diterima. Puasa yang separuh tidak diterima dalam dua puasa yang wajib dalam Hari Pendamaian atau 7 Abib. Pendamaian telah dinyatakan bahawa ianya membutuhkan puasa selama dua puluh empat jam dari matahari terbenam ke matahari terbenam (Im 16:29; 23:32)

 

Tempoh doa dan dedikasi ini adalah selama perhitungan Omer dari perayaan Roti Tidak Beragi. Ianya dibilang dari Unjukan Berkas tetapi tidak dimulakan sehinggalah tempoh selepas 21 Abib atau Nisan di Yehuda atau Rajab di Ishmael. Musa memulakan perkiraan Omer dari Roti Tidak Beragi dalam Abib namun empat puluh hari itu harus tamat pada Pentakosta dengan hukum itu, dan kerana itu harus dihitung dari Bulan Baru Iyar, iaitu hari pertama Bulan Kedua. Dia tidak berada di atas Gunung Tuhan. Dia perlu memimpin Israel serta kumpulan orang bercampur itu, yang diperluaskan di bawah Kristus untuk meliputi umat pilihan dari bangsa-bangsa lain, keluar dari Mesir dan melalui padang gurun ke Gunung Tuhan serta Hukum Taurat itu. Pada hari terakhir, bangsa ini hanya perlu berjalan sedikit sahaja untuk sampai ke tempat Hukum itu pada 1 Sivan kerana sudahpun berada pada kaki gunung itu. Di dalam langkah-langkah ke Pentakosta (lihat Pentakosta di Sinai [115], Pasukan Hadapan bangsa ini pastinya sudah lama sampai di Sinai sebelum Pasukan Belakang, dan Pasukan Utama sekalipun, tentu telah meninggalkan tapak  perkhemahan sebelumnya. Musa pastinya telahpun berada di Sinai sementara kumpulan-kumpulan itu sedang berjalan dan tentunya sudah lama berpuasa, mungkin sekali sejak penyeberangan Laut Merah lagi untuk mencukupi tempoh tersebut. Kekeliruannya terletak di dalam bilangan kenaikan gunung yang dilakukannya dan bila terjadinya empat puluh hari itu. Dia telah menaiki gunung untuk tempoh empat puluh hari itu pada penghujung Sivan atau Ramadhan. Penentuan waktunya mungkin dari hari ke 20 Sivan dengan tujuh hari api dan asap selepas kumpulan tua-tua itu makan bersama elohim iaitu Yahovah yang berbicara bagi pihak Yahovah Semesta Alam. Hukum itu diberikan pada hari Pentakosta namun tablet-tablet atau loh-loh batu itu tidak diterima untuk pertama kalinya sehinggalah Bulan Baru Ab ketika ia dipecahkan sewaktu kepulangan Musa. Bulan Tammuz dinamakan sempena penyembahan dewa Tammuz atau Dumuzi pada bulan apabila mereka jatuh ke dalam ibadah palsu dan membuat patung Anak Lembu itu. Musa telah naik sekali lagi untuk satu tempoh lain untuk menerima set kedua tablet-tablet batu itu. Peristiwa-peristiwa ini diterangkan di dalam karya Pendakian-pendakian Musa [070].

 

Seluruh peristiwa ini adalah untuk mengajar kita mengenai korban serta dedikasi yang diperlukan untuk mencapai Kerajaan Tuhan. Tempoh Perkiraan Omer itu telah dipelihara di Israel. Yesus Kristus dan Jemaat juga telah memelihara tempoh ini. Kristus telah memberikan hidupnya sendiri agar kita beroleh kehidupan kekal di dalam Tuhan. Jemaat telah bersedia dan menerima Roh Kudus itu pada Pentakosta.

 

Sudah menjadi satu hakikat bahawa kita tidak mampu pada hari dan zaman ini di dalam keadaan fizikal dan rohani kita yang lemah untuk berpuasa selama empat puluh hari dan empat puluh malam tanpa makan atau minum. Begitu juga dengan kebanyakan orang pada zaman Kristus dan selanjutnya. Itulah sebabnya kenapa sewaktu puasa-puasa pengiraan Omer, tiada yang pernah berpuasa untuk seluruh tempoh tersebut. Ianya bergantung pada dedikasi rohani masing-masing untuk berpuasa seberapa lama dan seberapa kali mereka mampu. Amalan ini juga berkembang di dalam Yehuda dan Ishmael iaitu berpuasa pada waktu siang dan makan minum pada waktu malam. Ini merupakan dasar kepada komen berpuasa semula dua kali seminggu yang disebut dalam injil (Luk 18:12). Amalan ini telah berkembang pesat di dalam Jemaat. Pengiraan Omer Pentakosta serta puasa Musa, telah dipalsukan oleh golongan Pagan, lantas menjadi puasa-puasa Lent (Lenten). Puasa-puasa ini, yang diadakan sebulan lebih awal, yang mana puasa separuh yang seringkali dilakukan, ditujukan kepada tuhan-tuhan lain dan berkemuncak pada perayaan pagan Easter (lihat Asal-Usul Krismas dan Easter [235]).

 

Orang ramai akan memilih hari-hari bila mana mereka berpuasa dan bersedia untuk Pentakosta, yang merupakan penuaian Jemaat. Amalan ini telah tersebar kepada Ishmael dan Jemaat di Arabia. Dengan itu, orang-orang boleh, dan memangpun telah memilih bahagian mana daripada tempoh lebih empat puluh hari itu yang digunakan untuk berpuasa atau beribadah. Quran mengatakan bahawa jika ada bahagian daripada puasa yang telah ditentukan ini yang tidak dilakukan maka ia haruslah ditunaikan kemudiannya.

 

Ingatlah bahawa tempoh Perayaan ini berakhir selepas perkiraan Omer dan kerana itu tiada puasa yang dijalankan semasa Roti Tidak Beragi sehinggalah 22 Abib (atau 21 Rajab di dalam Ishmael) ataupun sewaktu Pentakosta, yang merupakan Perayaan Minggu-minggu dan tidak pernah dijadikan puasa menurut Hukum Tuhan (melainkan untuk ragi di dalam roti). Pandangan umumnya adalah untuk mengikut teladan Musa dan bermula daripada Bulan Baru Iyar dan berakhir pada Pentakosta, yang merupakan Perayaan Minggu-minggu di Israel, atau Eid el Fitr di Ishmael. Puasa-puasa Tujuh Sabat di dalam Perkiraan Omer itu sudah lama wujud sebelum Hejira (Hijra) tahun 622 TM. Hejira merupakan perjalanan kumpulan nabi dari Mekah ke Medina.

 

Ketika keimanan itu diserang para Trinitarian serta orang-orang Yahudi di Arabia, nabi yang dipanggil “Muhammad” telah dibangkitkan di Arabia daripada Jemaat-jemaat Unitarian di sana untuk menangani doktrin-doktrin palsu yang mengancam Ketunggalan Tuhan serta amalan-amalan palsu yang diperkenalkan para Trinitarian berkenaan pembaptisan anak baru lahir. Dia mengeluarkan penerangan berdoktrin Alkitab serta memberikan kepimpinan kepada suku-suku kaum gurun pasir. Penekanan ke atas bulan berpuasa merujuk kepada proses perkiraan Omer itu. Ramadhan tidak memulakan ibadat itu; ia menamatkan proses tersebut pada Pentakosta dengan Eid el Fitr.

 

Pemahaman ini telah hilang di dalam Islam bersama-sama dengan Kalendar itu. Pemahaman sebenar keimanan ini di dalam Islam adalah tersembunyi seperti batu-batu permata di dalam lombong dan haruslah dicari dengan penuh cermat (kaji seluruh karya ini).

 

Sehinggakan nama-namanya juga mempunyai maksud-maksudnya, yang telahpun hilang. Sebagai contohnya, Muhammad bukanlah nama nabi itu. Nama individu di sebalik tokoh nabi Islam ini mungkin kelihatan seperti Ahmed tetapi juga adalah satu masalah dan dengan maksudnya sebagai “Pembela” ataupun “Maha Terpuji”, mungkin merujuk kepada Roh Kudus yang dikhabarkan Yesus. Muhammed/Muhammad merujuk kepada Jemaat dan para pemimpinnya sebagai “yang diilhami” atau “Muhammed”. Nama tersebut serta Jemaat dan tempatnya di dalam Islam diterangkan di dalam pengenalan kepada karya Komentar Mengenai Quran.

 

Kalendar itu terikat kepada iman itu sehinggalah tahun 638 TM di bawah Khalifah Omar. Para imam sama seperti mereka yang mengikut saja tanpa memahami. Mereka memutuskan (dengan bantuan Syaitan atau Iblis) bahawa rujukan kepada 12 bulan itu bermaksud bahawa interkalasi bulan kedua belas yang kedua bagi “We Adar” atau “dan Adar” itu harus diabaikan. Istilah penundaan/pengunduran itu, dehiyyot, tidak difahami. Dengan itu, kalendar Islam terpisah daripada Alkitab serta Rencana Tuhan bermula dari tahun 638 dan seterusnya. Hadis mendakwa ianya terjadi seawal itu tetapi ini haruslah diuji dengan betul. Apa yang pasti adalah bahawa kalendar itu telah terpisah daripada Alkitab serta sistem Penuaian seperti yang ternyata di dalam rencana Tuhan sehinggakan sejak itu Islam tidak pernah lagi dapat memelihara sebarang perayaan dengan betul, dan apa yang dipelihara sudah tercemar.

 

Empat Bulan Suci Iman itu, iaitu Abib, Iyar dan Sivan sebagai tiga bulan pertama dan Tishri sebagai Bulan Ketujuh menurut Alkitab, dinyatakan semula di dalam Quran tetapi nama-nama mereka tidak diberikan jadi Hadis telah juga merosakkan pertalian tersebut. Hadis telah melakukan kepada Islam seperti apa yang telah dilakukan Talmud kepada Judaisme. Empat Bulan Suci di dalam Islam adalah Rajab, Sha’ban, Ramadhan, dan Muharram. Ianya adalah berasal dari empat bulan yang sama sepertimana yang ditemui di dalam Judaisme serta di dalam Alkitab dan Israel Purba. Bulan-bulan suci ini kemudiannya terikat kepada perang kaum-kaum Arab dan oleh kerana itu memindahkan bulan itu kepada bulan yang dianggap lebih sesuai untuk mempertahankan dari perang dan ini berlaku lama dahulu sebelum kelahiran nabi itu, apatah lahi kemunculan Quran. Bulan-bulan panas adalah sangat panas untuk operasi dan justru menghubungkan kepada empat bulan, untuk menggantikan kalendar yang benar. Pemotongan kepada kalendar Islam dari Alkitab dan melihatnya berputar dengan liarnya melalui musim-musim yang dibuat walaupun dengan perubahan yang tidak berkaitan dan melihatnya kehilangan maksud-maksudnya  sama ada kepada orang yang percaya kepada Alkitab atau Keimanan kepada bulan-bulan yang benar atau kepada orang-orang kafir Arab, yang telah menghasut perubahan ini dari bulan-bulan tersebut untuk tujuan ketenteraan.

 

Puasa kedua Musa, iaitu empat puluh hari setelah dia kembali sewaktu Pentakosta, diadakan dari Sivan pada Pentakosta sehinggalah Bulan Keempat tahun tersebut. Berdasarkan jangkawaktu tahun di mana Kristus dikorbankan, sebagai contohnya, penghujung empat puluh hari di atas gunung itu serta pemberian tablet-tablet hukum tentunya telah jatuh pada penghujung Bulan Keempat yang digelar dengan nama dewa Tammuz atau Dumuzi dalam istilah Kasdim.

 

Penjangkaan masa bagi pendakian-pendakian Musa itu adalah penting bagi melihat bagaimana Tuhan campur tangan di dalam hal-ehwal Israel. Pada hari Kelima belas Bulan Kedua, iaitu pada Paskah kedua, sekali lagi Tuhan telah campur tangan. Bani Israel telah meninggalkan Elim dan telah memasuki gurun belantara Sin, yang terletak di antara Elim dan Sinai pada hari Kelima belas Bulan Kedua. Pada hari ini, seluruh jemaat Israel telah bersungut terhadap Musa dan Harun (Keluaran 16:1-3). Akibatnya, Tuhan telah memberikan mereka manna sebagai makanan dan manna tersebut telah ada selama empat puluh tahun sejak dari itu. Pada sebelah petangnya Tuhan telah menghantar burung puyuh yang begitu banyak kepada mereka sehinggakan ramai yang mati kerana kerakusan mereka. Pada pagi esoknya pada hari keenam belas mereka mula memakan manna itu dan mempunyai roti untuk dimakan dan mereka mengenal bahawa Tuhan mereka Yahovah, Dialah Allah (Keluaran 16:13-16).

 

Hari ke 22 Bulan Kedua, yang digelar Zif atau Iyar, pada tahun Keluaran tersebut, merupakan suatu Sabat dan pada hari ke 21 bulan Paskah Kedua, terdapat dua kali ganda lebih banyak Manna yang dikumpulkan agar Sabat dapat dipelihara suci dan Manna tersebut tidak menjadi buruk. Burung puyuh telah jatuh pada petang selepas Sabat dan Manna telah bermula pada Pagi Hari Minggu. Dengan itu, Paskah Kedua itu juga merupakan suatu masa persediaan dan pengasingan kepada Tuhan.

 

Dari titik ini pada hari Pertama minggu, iaitu hari ke 23 Bulan Kedua, mereka bergerak ke Rafidim dan mereka telah mengalami ketiadaan air dan sekali lagi mereka bersungut kepada Musa. Musa diberitahu untuk berdiri di hadapan Gunung Batu di Horeb dan mereka diberi minum dengan air daripada Batu tersebut. Mereka semua memakan makanan rohani dan meminum daripada Batu itu iaitu Kristus.

 

Di Rafidim, dari hari ke 23 sesudah mereka diberikan air, mereka diserang oleh Amalek. Setelah pertempuran yang hebat, mereka telah menang dan Musa mendirikan mezbah Yahovah-Nissi, kerana Yahovah telah bersumpah bahawa perang antara Dia dan Amalek akan berterusan selama turun-temurun (Keluaran 17:15-16).

 

Di Horeb di hadapan Gunung Tuhan, Pengadilan ditubuhkan di dalam Israel dan para penatua diasingkan dari penempatan di Gunung Batu Horeb untuk menjadi hakim-hakim di dalam Israel. Yitro, seorang imam Midian dan bapa mertua Musa, telah membuat persembahan korban bagi mereka dan memilih mereka untuk memakan roti bersama Musa di hadapan Tuhan (Keluaran 18:11-12).

 

Pada minggu terakhir Bulan Kedua, pemimpin-pemimpin sepuluh orang, lima puluh orang, seratus orang, dan seribu orang bagi bangsa itu telah dipilih dan kepimpinan di dalam Israel telah ditetapkan. Musa mengadili hal-hal yang terlalu sukar untuk mereka semua. Dan Yitro pun pulang ke Midian (Keluaran 18:24-27).

 

Kemudian pada Bulan Ketiga pada hari yang sama mereka meninggalkan Mesir, mereka tiba di padang gurun Sinai (Keluaran 19:1-2). Mereka telah meninggalkan Rafidim dan telahpun memasuki gurun Sinai. Mereka membuat perkhemahan mereka di padang gurun itu. Di situ, Israel memasang khemah mereka di hadapan Gunung Tuhan. Selama ini mereka dibawa keluar dari Mesir dan selama lima puluh hari mereka dibawa dari Rameses ke Gunung Tuhan untuk menerima Hukum Taurat itu.

 

Musa telah menyediakan dirinya selama tempoh perhitungan Omer ini. Manna telah diberikan sewaktu tempoh ini mengikut sukatan satu Omer (segomer) seorang untuk setiap hari. Ini merupakan sukatan makanan Surgawi yang diberikan kepada Israel sebagai persediaan bagi pendudukan Tanah Perjanjian itu.

 

Pada tahun Keluaran itu, hari Pentakosta telah jatuh pada hari Minggu 6 Sivan. Tempoh di antara 1 dan 6 Sivan telah digunakan untuk menyediakan Israel untuk menerima Hukum Taurat Tuhan. Musa telah menaiki Gunung Tuhan sebanyak enam kali.

 

Pendakian dan penurunan tersebut adalah daripada Kitab Keluaran:

 

Kenaikan

Bilangan

Penurunan

19:3-6

19:8-13

19:20-24

24:9-32:14

32:31-33

34:4-28

Pertama

Kedua

Ketiga

Keempat

Kelima

Keenam

19:7-8

19:14-19

19:25

32:15-30

32:34-34:3

34:29-35

 

Dua set dengan tiga pendakian masing-masing ditandakan oleh dua peristiwa besar itu, iaitu Pemberian Hukum serta Pendirian Khemah Suci. Bullinger mempunyai catatan-catatan mengenai aspek-aspek ini yang disenaraikan di dalam catatan-catatannya kepada Keluaran 19:3 (Companion Bible). Siri urutan Pemberian Hukum itu serta pendirian Khemah Suci adalah untuk mengisytiharkan pemberian Roh Kudus melalui aktiviti-aktiviti Kristus serta bangunan terakhir Bait Suci Tuhan dari Pentakosta tahun 30 TM, yang mana kita adalah Baitnya.

 

Di dalam siri urutan ini Tuhan telah mengasingkan Israel sebagai harta yang dikhususkan buat dirinya sendiri. Ini merupakan maksud di sebalik ungkapan harta kesayanganKu sendiri yang digunakan di dalam teks di dalam Keluaran 19:5. Bangsa Israel menjadi bangsa pertama yang dibawa masuk ke dalam Rencana Keselamatan. Akhir sekali, seluruh dunia akan diberikan keselamatan seperti yang diramalkan nubuatan-nubuatan dan sejak Pentakosta tahun 30 TM perkara ini telah berlaku secara progresif.

 

Selama tempoh enam hari pertama Bulan Ketiga, Musa menghabiskan masanya menaiki dan menuruni Gunung itu sebanyak tiga kali. Kenaikan Keempat dan Keenam ditandakan oleh pemberian set-set Pertama, dan Kedua, tablet-tablet Hukum Taurat. Musa menghabiskan masa empat puluh hari dan malam untuk berpuasa di atas Gunung Tuhan tetapi bukannya sebelum pemberian set pertama tablet-tablet tersebut dan Musa tidak berada di atas gunung itu khususnya untuk bulan Ketiga yang digelar Sivan atau Ramadan. Lebih-lebih lagi, Bulan Ketiga belum habis lagi ketika Hukum itu diberikan. Tambahan pula, set Kedua Hukum itu tidak diberikan pada Bulan Sivan atau Ramadan. Dengan itu, penghujung Bulan Ketiga tidak menandakan apa-apa kecualilah ketibaan Bulan Baru bagi Bulan Keempat.

 

Kenaikan Keempat melihatkan pemilihan para penatua Israel di hadapan Tuhan. Hukum itu dari segi strukturnya telahpun diberikan sebelumnya namun set Tablet-tablet itu belum lagi dibuat. Musa naik bersama para tua-tua Israel dan elohim tersebut iaitu Malaikat Hadirat Tuhan telah muncul kepada para tua-tua dan Musa. Musa ada bersama para penatua ini dan kemudiannya meninggalkan mereka di bawah jagaan Harun dan Hur, dan Musa serta Yosua telah pergi ke gunung itu. Selama enam hari awan itu meliputi Gunung Tuhan dan kemudiannya Tuhan memanggil Musa dari dalam awan itu. Musa maju ke hadapan dan berada di atas gunung itu selama empat puluh hari dan empat puluh malam. Jadi kita boleh simpulkan bahawa tempoh empat puluh enam hari itu berlangsung lama selepas Pentakosta. Bullinger menentukan tarikh enam hari serta hari ketujuh itu sebagai hari ke 20 hingga ke 25 dan hari ke 26 Sivan yang merupakan Sabat Keempat Sivan (rujuk nota kepada Keluaran 24:16-18). Dengan itu empat puluh hari di atas Gunung itu telah bermula pada penghujung Sivan dan bukannya pada permulaannya. Yang pastinya, ia tidak mungkin lebih awal daripada hari ke 13 Bulan Ketiga itu. Empat puluh hari itu tamat, dalam kes hari kedua puluh Sivan, pada Bulan Baru bulan kelima Ab sesudah Bulan Keempat, yang dinamakan sempena dewa Tammuz yang dikaitkan dengan penyembahan berhala Israel.

 

Dengan itu, ujian ke atas Israel berterusan selepas pernyataan pertama Hukum Taurat itu, sementara Musa masih menunggu untuk menerima tablet-tablet Batu itu serta kemampuan untuk mendirikan Khemah Suci. Dia telah memecahkan set pertama tablet itu sewaktu penurunannya selepas Pentakosta, mungkin sekali pada permulaan Bulan Baru Ab. Maka begitulah, kita terus diuji. Musa naik semula dan menerima satu lagi set tablet dan satu lagi set arahan-arahan. Setiap kali, Israel diuji dari segi penungguan dan penurutan. Begitu jugalah kita diuji sebagai Jemaat Tuhan.

 

Semua ini berlaku untuk dijadikan teladan untuk kita. Khemah Suci itu telah dibangunkan sebagai contoh bagi apa yang ada di syurga dan yang akan datang kepada kita dan yang akan kita sertai sebagai Kota Tuhan.

 

Dengan itu, seseorang itu tidak boleh memulakan ataupun mengakhiri satu atau sebarang puasa-puasa itu pada bulan Ramadhan. Ia dinamakan sempena penamatan puasa-puasa itu pada Pentakosta dan pemberian wahyu-wahyu Tuhan kepada umat-umat pilihan pada Pentakosta atau Perayaan Minggu-minggu.

 

Minggu

Tamadun Islam awal di bawah orang-orang Arab telah meniru minggu daripada orang-orang Yahudi serta umat-umat Kristian (ERE ibid, halaman 127). Selain nama-nama purba bagi hari-hari untuk minggu, mereka umumnya menggunakan sebutan-sebutan yang juga digunakan di dalam Jemaat Kristian (ibid). Hari-hari dikira dari senja ke senja iaitu waktunya apabila warna tidak lagi dapat dibezakan pada benang. Ini tidak pernah berubah sejak dahulukala dan menyetujui sistem-sistem Ibrani kuno.

 

Nama-nama minggu datang daripada amalan-amalan Yahudi serta Kristian Awal seperti al Jumaah, yang bermaksud perkumpulan atau perjumpaan untuk ibadat, dan hari seterusnya atau hari Ketujuh minggu dinamakan sebagai as-Sabt, hari Sabat, iaitu hari bilamana ibadah diperintahkan oleh Tuhan melalui para Nabi dan bilamana “Muhammad” sendiri melakukan doa sembahyang berganda di masjid dan berhenti berdagang.

 

Mencadangkan bahawa Ishmael mempunyai kalendar yang berlainan daripada Israel dan kemudiannya Yehuda serta Kristian awal, adalah sesuatu yang karut. Minggu terikat kepada Sabat dan harus tetap begitu dan sememangnya telah kekal begitu, dan telah diperintahkan oleh nabi itu untuk dipelihara (lihat karya Sabat Di Dalam Qur'an [274]).

 

Tujuan bagi Bulan-bulan

Tahun sivil bermula di dalam sistem itu dengan bulan Muharram, atau bulan suci atau menuai bagi orang-orang Ibrani serta suku Semite yang lain.

 

Empat bulan kudus itu dilarang daripada diganggui peperangan yang saling membinasa. Ianya jelas daripada struktur dan etimologinya, bahawa rakyat Mekah secara khususnya dan orang-orang Arab secara umumnya memiliki tahun luni-solar yang sempurna strukturnya. ERE mengatakan “suatu tahun solar” tetapi itu tidak betul (ibid, mukasurat 126).

 

Secara etimologi, nama-nama bulan-bulan itu menunjukkan musim-musim yang khusus (ERE ibid). Dua bulan Jumada itu adalah bulan-bulan musim salji sebenar dari Bulan Baru pada Disember/Januari hingga Bulan Baru bagi Februari/Mac. Kedua bulan Rabi tersebut menandakan “masa memakan rumput” setelah hujan-hujan musim luruh apabila tumbuh-tumbuhan makanan binatang ternakan muncul. Tempoh ini adalah dari penghujung bulan Oktober sehingga lewat bulan Disember. Enam bulan itu lazimnya dirujukkan sebagai tiga tempoh dua bulan.

 

Bulan Safar (sekitar Oktober) merupakan bulan perubahan daripada kemuncak musim panas kepada musim luruh.

 

Bulan sebelumnya adalah Muharram, iaitu Bulan Suci bagi perayaan-perayaan musim memetik anggur serta Puasa Pendamaian daripada zaman pra-Hadis.

 

Ia tidak disebut sebagai Muharram-Safar tetapi sebaliknya sebagai “dua Safar” (ERE ibid). Bulan Rajab telah wujud sebelum Islam dan terus kekal sebagai bulan suci di dalam Islam berhadis. Ianya dinamakan sempena musim bunga dan anak sulung dan dikaitkan betul dengan Pesach atau Paskah (rujuk ERE ibid).

 

Rajab dan Sha’ban juga dikenalpasti dan dipanggil ar Rajabani.

 

Dua bulan terakhir bagi tahun sivil dan tahun Muslim Dhu-l-qu’da dan Dhu-l-hijja menandakan masa untuk berehat serta ibadat haji. Dalam kata lain, bulan terakhir bagi tahun sivil adalah Bulan Keenam Tahun Suci Alkitab, apabila penziarahan ke Yerusalem dibuat sempena Hari Sangkakala-sangkakala pada Bulan Baru Muharram. Perayaan korban-korban Islam yang terikat kepada bulan terakhir tahun, diperolehi daripada upacara-upacara Pagan yang telah menceroboh masuk ke dalam sistem Hadis yang kemudian. Kemudiannya ia telah dikaitkan dengan Syaitan atau Iblis, tetapi asalnya shaitan/syaitan bermaksud kepanasan matahari (ERE, ibid).

 

Nama-nama bulan sendiri menunjukkan secara etimologi bahawa kalendar itu asalnya ditetapkan menurut musim-musim dan perayaan-perayaan Alkitab. Quran mengisytiharkannya tetapi walaupun dengan adanya fakta-fakta yang diketahui ini, para Imam telah memesongkan sistem ibadah itu.

 

Orang-orang Arab telah mengikut sistem asalnya sehingga zaman nabi itu dan hanyalah pada zaman Hadis kemudiannya barulah ia dihapuskan. Pada zaman-zaman pra-Hadis, interkalasi dilakukan oleh Fuqaim yang merupakan salah suatu puak Kinana (ERE ibid. mukasurat 127). Mereka mempunyai tanggungjawab terhadap kalendar itu di dalam [bangsa] Ishmael sepertimana suku Lewi dan Isakhar di dalam Israel.

 

Setelah Hadis merosakkan Kalendar Islam dengan tafsirannya bagi Surah itu, para pemimpin mula memperkenalkan hari-hari interkalari di dalam tahun-tahun kitar tersebut untuk memperbetulkan kesilapan yang timbul, tetapi tiada gunanya. Caranya adalah, di dalam kitar 30 tahun itu, tahun-tahun ke 2, 5, 7, 10, 13, 16, (15) 18, 21, 24, 26, dan 29 ditambahkan satu hari pada bulan terakhirnya (ERE ibid). Ianya suatu usaha yang sia-sia untuk mengaturkan kalendar itu agar ia memenuhi keperluan-keperluan umat dan musim-musim, dan pada masa yang sama sejajar dengan tafisran Hadis yang tidak masuk akal itu. Dalam konteks ini, pembaharuan-pembaharuan telah dibuat oleh pemimpin-pemimpin seperti Fatimid Al Haziz. Pembaharuan-pembaharuannya bertahan dari tahun Hijra 366 (AH) hingga tahun 501. Pemerintahan Khalifah Abbasid di bawah at Ta’i’ (AH 363-381) telah membuat pembaharuan-pembaharuan yang kekal di bawah pemerintahan Seljuk (hingga tahun 471) dan Khan-khan Mongol Il. Kalendar Persia yang Lama telah diperbaharui, namun kalendar itu begitu sukar digunakan sehingga pihak-pihak berkuasa, sampai kepada hari ini, menggunakan kalendar-kalendar solar barat serta kalendar Gregorian, dan menggunakan kalendar Hadis itu untuk tujuan-tujuan keagamaan sahaja (ERE ibid).

 

Dengan itu, para imam ini dengan kesilapan mereka, telah membuatkan Allah Sebenar yang Tunggal kelihatan seperti pencipta kekeliruan, dan menghujat kekuasaan serta sistemNya.

 

Hallala, ahalla, (bahasa Ibrani Hillel) yang secara literalnya bermaksud memuji (Tuhan), diterbitkan daripada dan diterangkan dengan hilal yang bermakna bulan baru. Kerana dengan Bulan Baru, bulan-bulan serta urutan-urutan masa ditetapkan bagi memuji Allah Sebenar yang Tunggal, Eloah, “Lah” atau Kuasa.

 

Hanya dengan memulihkan Kalendar Sebenar itu barulah Islam dapat menyingkirkan daripadanya guru-guru palsu dan kembali kepada Iman sebenar serta ibadah Allah Sebenar yang Tunggal.