Jemaat Jemaat Allah Al Maséhi

 

[054]

 

 

 

Nama Tuhan di dalam Islam

 

 (Edition 1.0 20020126-20020126)

Sejak peristiwa 11 September 2001, terdapat banyak sekali pemberian maklumat yang salah dan pengumpatan keanak-anakan yang telah berlaku sebagai hasil daripada pendekatan terhadap sejarah dan perbahasan di dalam Amerika Syarikat khasnya di kalangan sistem-sistem keagamaannya. Asal-usul nama Tuhan adalah salah satu daripadanya.

 

 

 

 

Christian Churches of God

PO Box 369,  WODEN  ACT 2606,  AUSTRALIA

E-mail: secretary@ccg.org

 

 

(Hakcipta 2002 Wade Cox)

(tr. 2002)

 

 

Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan.  Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan.  Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.

 

Karya ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org and http://www.ccg.org

 


Nama Tuhan di dalam Islam [054]

 


Kejahilan: Permulaan bagi kebencian

Lazimnya seseorang itu akan berasa takjub melihatkan betapa teruknya kejahilan sistem-sistem keagamaan dunia ini. Dalam perbincangan seharian terbaru terdapat banyak sekali cercaan yang dilemparkan kepada sistem Islam berdasarkan, atau sebagai hasil daripada, serangan pengganas yang datang daripada sistem-sistem Afghan di bawah pimpinan Taliban dan jaringan Bin Laden serta reaksi-reaksi serang-balas Kumpulan Bersekutu. Banyak penulisan yang sedang disebarkan yang jelas sekali palsu, namun dipersembahkan dengan begitu bersungguh-sungguh, sehinggakan seseorang pelajar Perbandingan Agama (kajian Agama Komparatif) akan mengetawakan dakwaan-dakwaannya. Namun begitu, sejumlah besar orang, yang kurang dimaklumkan, sedang dipengaruhi oleh orang-orang ini yang berfikiran sempit dalam agama.

 

Salah satu dongeng orang-orang taksub ini adalah berkenaan nama Tuhan atau Allah di dalam Islam.

 

Kita akan lihat sekarang kepada beberapa dakwaan berkenaan hal ini. Mungkin kita akan dapat menyelitkan sedikit sebanyak, maksud dan kebenaran berdasarkan fakta ke dalam perbahasan ini.

 

Asal-usul bagi nama Allah

Satu dakwaan tentang nama Allah ini yang kini sedang disebarkan berbunyi seperti berikut:

 

“Jika ini adalah sejarah yang sebenarnya, buku teks akan menerangkan bahawa tuhan bagi Muhammad adalah ciptaan manusia. Negara-negara Arab merupakan bangsa pagan yang menyembah lebih daripada 300 tuhan. Salah satu daripadanya adalah dewa bulan yang dipanggil al-ilah. Kononnya dewa bulan ini telah bersetubuh dengan dewa matahari dan telah melahirkan dua anak perempuan, di mana kedua-duanya disembah sebagai dewi-dewi. Setelah Muhammad mendakwa telah mendapat ‘penglihatannya’ dan ‘wahyu daripada Jibril’, dia memilih al-ilah sebagai tuhan yang mana akan dia tumpukan pembinaan tenteranya. Muhammad telah memendekkan nama al-ilah kepada Allah, dan mengisytiharkan bahawa hanya dia saja yang layak disembah. Dia melarang penyembahan anak-anak perempuan tersebut. Hingga pada hari ini, lambang bulan sabit masih lagi boleh didapati di hadapan setiap masjid, menyatakan bahawa Allah telah, dan masih adalah dewa bulan. Kesemua ini tidak terdapat di dalam pernyataan-pernyataan Houghton-Mifflin.”

 

Pada segi luarannya, hujah ini nampaknya munasabah bagi mereka yang kurang pengetahuan dan sememangnya ia disebarkan oleh sebilangan orang sebagai suatu pandangan yang benar.

 

Perhatikan bahawa penulisnya menentang pernyataan-pernyataan Houghton-Mifflin itu kerana ia tidak mengandungi apa yang kononnya sesuatu kebenaran yang terbukti. Dia mahu menunjuk kepada kegagalan pengumpul-pengumpul maklumat untuk mengenalpastikan maklumat yang penting ini. Memang tidak menghairankan bahawa pernyataan-pernyataan ini tidak mengandungi rujukan-rujukan sedemikian, kerana semua dakwaan itu adalah palsu, sepertimana akan kita lihat nanti.

 

Nama-nama Dewa Bulan dan Pasangannya Matahari

Nama Dewa Bulan pada masa dahulukala adalah Sin, di kalangan orang Israel. Orang Arab telah memberikan dewa lelaki ini nama Qamar dan pasangannya dinamakan Shams. Butir-butirnya boleh didapati di dalam karya Anak Lembu Emas [222].

 

Dewa matahari merupakan pasangan perempuan. Nama-nama yang kita jumpa di kalangan orang-orang Celt diterbitkan daripada nama-nama ini. Sebagai contoh nama James merupakan terbitan daripada jenis Shamus dan datang daripada sistem ini. Begitu juga dengan Milcom dan Chemosh iaitu dewa-dewa keturunan Lot yang bersifat pagan. Dewa Milcom dihubung-kaitkan di dalam nama Malcolm.

 

Nama Al-ilat sepertimana yang kita lihat tersebar di atas, merupakan pengubahsuaian pada salah satu daripada tiga dewi. Nama Al ilat adalah bentuk lama bagi Dewi matahari yang dimaksudkan di dalam Herodotus i. 131; iii 8. Ini menjadi Al lat atau Allat dan dengan ringkasnya bermakna dewi itu. Dia disembah di kalangan orang-orang Arab yang menetap di semenanjung Sinai dan khasnya orang-orang Nabatea dan Palmyra. Herodotus menyatakan di dalam petikan kedua bahawa ‘alilat dan ‘orotalt adalah dewa-dewa tunggal bagi negara-negara Arab. Nöldeke (ERE 1. p 661) menarik perhatian kita kepada nama tersebut sebagai bentuk lama bagi Allat dan membandingkannya dengan nama Al’ilãh, iaitu bentuk lama bagi perkataan Allãh. Di dalam kedua-dua petikan Herodotus menyamakannya dengan Ούρανίη, iaitu suatu dewi besar angkasa raya.

 

Bukti muktamad bahawa al ilat sebagai dewi itu, tidak berhubung-kait dengan Allah adalah pernyataan oleh Muhammad sendiri di dalam Qur’an pada Surah 53:19 (dan seterusnya), di mana dia mengenalpasti al ilat sebagai salah satu daripada tiga dewa-dewa langit iaitu Al Lat, Al Uzza dan Manat. Dia menyangkal penyembahan terhadap mereka dan menempatkan Allah sebagai Allah Sebenar yang tunggal. Di dalam Surah ini selanjutnya dia telah menyangkal penyembahan bintang Sirius (Syikra) juga di dalam konteks yang sama apabila dia menyatakan Allah sebagai Tuhan bintang Syikra (Surah 53:49) di dalam kutukannya terhadap kepercayaan bahawa bintang tersebut mempunyai kuasa kedewaan.

 

Al Lat juga dirujukkan di dalam inskripsi di Safã sebagai ‘LT dan mungkin HLT. Dia difahamkan adalah Ibu kepada Para Dewa. Nama ini nampaknya disebut sebagai Hallat. Dia dihormati di kalangan orang-orang Arab yang kemudiannya.

 

Dewa matahari yang dianugerahkan kehormatan istimewa oleh para Nabatea dan dikenalpasti oleh Strabo (784), juga difahamkan adalah Al Lat (ERE ibid).

Kultusnya berada di Ta’if pada sebelah timur Mekah (Mecca) dan suku kaum Thaqif menyatakannya sebagai tuhan (tuan) mereka.

 

Kultus terpenting pada zaman-zaman terkemudiannya adalah kultus Al Uzza, yang merupakan penyembahan planet Zuhrah (Venus). Nama ini dengan ringkasnya bermaksud “yang Kuat”.

 

Manat mungkin sekali berhubung-kait dengan dewa Meni (Yesaya 65:11). Manat merupakan pujaan suku kaum Hudhail yang berdekatan dengan Mekah dan khasnya di kalangan penduduk Yathrib (Medina). Hadirnya namanya itu membuktikan bahawa kultus ini boleh dijumpai di sebahagian besar negara Arab.

 

Untuk sebab inilah Muhammad harus menentang penyembahan dewa-dewa ini. Di dalam penerangannya tentang masalah tersebut dia telah mengkaji penyembahan dewa-dewa ini hingga ke zaman Nuh dan dengan itu menghubungkannya dengan sistem di (menara) Babel sepertimana terlihat di dalam Kejadian. Dewa-dewa yang dikenalpasti adalah:

 

Yaghuth (penolong) (Surah 71:23)

(Robertson Smith menyamakan dewa ini dengan Ye’ ush iaitu moyang orang-orang Edom yang disebutkan di dalam Kejadian 36 dan lain-lain ayat di dalam Perjanjian Lama). Hanya kemudiannya barulah kita mendengar pasal perebutan patung dewa ini di kalangan suku-suku kaum Yemen.

Ya’ uuq dan

Suwaa’ (mungkin pemelihara) kultusnya terhad pada Yemen (Surah 71:20).

 

Hubal dan Dhu Shara

Terdapat dua dewa yang juga berpatutan bagi perbahasan ini: Hubal dan Dhu Shara.

 

Dhu Shara atau lebih tepat lagi Dhu ‘sh-Shara yang bererti “berkenaan ash-Shara” mempunyai pertalian jelas dengan istilah Asherah di dalam Alkitab. Ia merupakan suatu dewa yang disembah oleh orang-orang Nabatea di ibu negeri mereka Petra. Dia digambarkan sebagai suatu blok empat penjuru yang terbentuk daripada batu hitam tanpa dipotong yang berukuran empat kaki tinggi dan dua kaki lebar. Darah mangsa-mangsa korban dicurahkan ke atasnya dan di hadapannya. Di bawahnya adalah suatu alas emas dan setiap pelusuk tempat keramat itu ternyala dengan persembahan-persembahan emas dan nazar (ERE vol. 1 mukasurat 663). Rekod-rekod Yunani menuliskan dewa ini sebagai Dusares. Epiphaneus mengatakan bahawa pesta Dusares dirayakan di Petra pada 25 Disember iaitu solstis musim sejuk. ERE mengakuinya sebagai suatu hubung-kait dengan penyembahan matahari (ibid) (rujuk karya Asal-Usul Krismas dan Easter [235]).

 

Di tengah-tengah kediaman kultus As sherah (dengan itu, Rimba-rimba (The Groves)) ia dikenalpasti sebagai Dionysus. Pertalian kultus ini dengan pertumbuhan yang rimbun adalah juga berasaskan penyembahan matahari pada kitaran-kitaran. Dewa ini diwakilkan sebagai suatu patung berhala di kalangan suku kaum Daus yang tidak jauh dari Mekah.

 

Batu hitam Dusares atau Dionysus iaitu dewa bagi orang-orang Nabatea di Petra telah dibawa ke Kaabah dan menjadi tumpuan kultus di sana, yang Muhammad sendiripun telah gagal untuk menghentikannya. Seterusnya ia diambil masuk oleh Islam berasaskan Hadis dan akhirnya penyembahan suatu dewa pagan telah mengambil tempat sebagai tumpuan jemaah haji ke Mekah.

 

Dewa kedua yang telah datang dari Utara adalah Hubal. ‘Amr b. Luhai difahamkan adalah orang yang telah membawa patung ini ke Mekah dari Moab (Ma’ab) dan meletakkannya di dalam Kaabah. Asalnya ia mempunyai bentuk seperti manusia. Terdapat padanya panah-panah peramal bagi tujuan peramalan.

 

Suku kaum Kalb dari Gurun Syria (Aram) menggunakan nama Hubal bagi seseorang atau sesuatu puak keluarga dan mereka juga menggunakan nama Isaf dan Na’ila, iaitu dua lagi dewa yang khusus ada di Mekah.

‘Amr b. Luhai dipercayai adalah wakil Huza’a iaitu suku kaum yang telah menguasai Mekah sebelum golongan Quraish (ERE ibid mukasurat 664).

 

Dengan itu kita boleh simpulkan bahawa golongan Huza’a inilah yang telah membawa masuk kultus-kultus pagan ke Mekah, walaupun Nöldeke berpendapat bahawa ‘Amr B. Luhai seharusnya bukanlah orang yang patut dianggap sebagai pembawa perubahan ini, namun tidak memberikan alasannya, dan kita hanya boleh menganggap bahawa dia bermaksud untuk katakan yang perubahan tersebut telah berlaku sebelumnya.

 

Perkataan El telah digunakan oleh orang-orang Arab awal sebagai suatu nama tunggal bagi ketuhanan dan membawa maksud ringkas Tuhan, sama seperti ianya digunakan di dalam Alkitab. Perkataan ini menjadi iyal sebagai bentuk plural (banyak) bagi kebesaran (majesty).

 

Dengan cara yang sama perkataan bagi tuhan, Baal, untuk memberi maksud Tuhan, telah menjadi nama bagi ketuhanan dan timbul lazimnya di dalam sistem Semitik. Kata kerja ba ’ila (menjadi keliru) secara langsung bermaksud “mencekau/mencapai bagi Tuhan Ba’ al” (mungkin juga “jaminan kami”).

 

Di dalam inskripsi-inskripsi Saifa, perkataan Hallah yang bermaksud Tuhan (itu) memasuki pembentukan pelbagai nama peribadi orang-orang Nabatea dan berbagai golongan Arab Utara pada zaman yang sangat awal. Bentuk-bentuk seperti Zaid Allahi atau pertambahan dari Tuhan, dan sebagainya, didapati daripada masa yang awal dan perkataan ini ada juga digunakan di kalangan orang-orang Arab Kafir dan pra-Islam. Perkataan Allah lazim digunakan di dalam pelbagai frasa-frasa idiomatik yang biasa digunakan di kalangan orang-orang Arab kafir. Qur’an sendiri adalah bukti kepada pandangan bahawa orang-orang Arab pra-Islam dan kafir menganggapkan Allah sebagai Makhluk Terutama. Mereka berpaling kepada Allah apabila dalam kesusahan (Surah-surah 10:23; 29:65; 31:32). Sumpah-sumpah berhemat diucapkan di dalam namanya (Surah 6:109; 16:40; 35:40). Dia diakui oleh manusia sebagai Pencipta, dan Pemberi hujan (Surah 31:61 dan seterusnya). Kesalahan mereka adalah mereka menyembah tuhan lain selain daripada Dia; khususnya tiga dewi itu iaitu Al Lat, Al Uzza dan Manat yang dipercayai adalah anak-anak perempuannya (Surah 16:59 dan seterusnya).

 

Wellhausan merujuk kepada banyak petikan di dalam mana orang-orang Arab pra-Islam menyebut tentang Allah sebagai tuhan yang besar. Begitu banyak sekali sehingga sungguhpun kita membuang beberapa daripadanya yang mungkin disangsikan, ada banyak lagi yang akan tinggal, dan ini menyokong sepenuhnya bahawa istilah Allah telah wujud sebelum Muhammad.

 

Istilah ini adalah nama lazim bagi Tuhan di kalangan semua Arab, sama ada kafir atau sebaliknya. Namun walaupun dengan bukti tersebut, Wellhausen kemudiannya cuba untuk membentuk suatu hubungan yang menyatakan bahawa nama Allah ini diterbitkan daripada penyembahan dewa Hubal bagi Moab ini. Ini nampaknya merupakan suatu bias keagamaan yang tiada dasarnya pada fakta sejarah yang kita sedia nampak dengan jelas. Pada hakikatnya, bukti yang ada menunjukkan sebaliknya. Daripada Wellhausen-lah hujah yang palsu tersebut telah diterbitkan (ERE ibid).

 

Kekeliruan yang berlaku pada nama-nama tersebut datang daripada bahaya sedikit pengetahuan segelintir orang yang berdasarkan pada kesilapan Wellhausen.

 

Oleh kerana kita sering mendapati nama sesuatu tuhan/dewa itu diikuti dengan gelaran Alaha, atau tuhan itu, Wellhausen berpendapat bahawa orang-orang Arab yang pada zaman kemudiannya mungkin telah mengaplikasikan gelaran Allah sebagai Tuhan itu sebilangan tuhan/dewa yang berlainan dan bahawa, dengan cara ini, daripada hanya suatu penyambungan kata kepada nama sesuatu dewa/tuhan, ia telah lama-kelamaan menjadi nama bagi Allah Tertinggi.

 

Pendapat ini adalah suatu buah fikiran yang begitu bodoh kerana tidak mengambil kira pernyataan teks Alkitab serta bentuk-bentuk linguistik kuno berkenaan nama-nama Tuhan di dalam bahasa-bahasa Ibrani, Kasdim, Aramaik  (Aram) dan Arab.

 

Asal-usul nama Allah

Sewaktu Kaabah dibersihkan di Mekah terdapat sebanyak 167 patung berhala di dalamnya. Kumpulan dewa-dewi pagan di kalangan orang-orang Arab begitu meluas sekali, walaupun tertumpu khasnya kepada tiga dewa, dan bintang Sirius/Syikra. Banyak daripada ciri-ciri penyembahan pagan ini telah memasuki Islam seperti yang akan kita lihat tetapi ia tidak melibatkan Nama Tuhan. Muhammad berasal daripada suatu keluarga yang sebahagian besarnya bersifat Kristian Unitarian dan dalam keadaan inilah dia telah didedahkan kepada struktur Alkitab.

 

Dia telah memulakan usahanya untuk menghapuskan tiga aspek yang bertentangan dengan penyembahan Allah Sebenar yang tunggal. Pertama sekali dia mula membanteras penyembahan pagan daripada suku-suku kaum Arab. Dia kemudiannya berhadapan dengan usaha untuk mendedahkan dan menghapuskan sistem Trinitarian, yang telah bertapak di sebelah Timur dari Constantinople sebagai alat sistem Roma. Dia juga berhadapan dengan usaha untuk membebaskan orang-orang Arab daripada golongan bangsawan dan raja-raja Yahudi yang mengawal Timur Tengah pada masa itu. Banyak daripada pengaruh ini telah sampai masuk ke dalam Khazaria dan membuahkan pemelukan agama Judaisme oleh Khazar Ashkenazi pada abad seterusnya pada 740 TM.

 

Muhammad mula mengajar pada 610 TM dan menjelang 632 Islam telah didirikan selepas Hijrah atau pemberangkatan dari Mekah ke Medina (Madinah).

 

Memang benar bahawa masjid-masjid Islam mempunyai lambang-lambang bulan sabit yang berkaitan tetapi begitu juga dengan banyak Gereja-gereja Trinitarian agama Kristian. Namun begitu, nama-namanya tiada kaitan langsung dengan nama Allah. Sebahagian besar daripada struktur masjid juga dikaitkan dengan buah dada dewi itu di dalam rupabentuk atapnya dan secara langsung adalah bersifat pagan, tapi ini tiada kaitannya dengan nabi itu dan Islam sebenar.

 

Seperti yang kita tahu Al’ilãh merupakan bentuk lama perkataan Allãh. Ini tiada hubungan langsung dengan Dewa Bulan dan bukan juga dengan dewi angkasa raya Al ilat atau Al Lat dalam apa sekali carapun.

 

Bahasa-bahasa Ibrani dan Arab berhubung-kait dalam cara ini. Bahasa Ibrani merupakan pengasas bagi bentuk bahasa Aramaik barat, yang dijadikan bahasa pengantaraan selepas penawanan di Babilon sebagai ganti kepada bahasa Ibrani. Bahasa Semitik Kasdim telah menjadi bahasa Aramaik timur dan inilah asalnya bahasa Arab moden.

 

Nama-nama bagi Tuhan di bahasa Ibrani adalah:

Eloah (bentuk singular); dan

            Elohim (bentuk plural/banyak).

 

El- adalah bentuk singkat dan mungkin bermaksud “sangat besar/berkuasa” apabila diaplikasikan kepada seseorang.

 

Nama-nama bagi Tuhan di dalam bahasa Kasdim (Chaldean) adalah:

Elahh (bentuk singular) (= bahasa Ibrani, Eloah); dan

Elahhin (bentuk plural) (= bahasa Ibrani, Elohim).

 

El- mempunyai makna yang sama. Kedua-dua bahasa Ibrani dan Kasdim dilihat di dalam teks-teks Alkitab menggunakan bentuk-bentuk ini. Buku Ezra menunjukkan bahawa Eloah adalah gelaran bagi Tuhan Bait Suci di Yerusalem. Nama ini berbentuk singular dan tidak bersifat banyak/majmuk. Ia merujuk kepada satu-satunya Allah Sebenar yang tunggal.

 

Di dalam bahasa Aramaik timur, bentuk singular Elahh telah menjadi Allah’ di dalam bahasa Arab mengikut cara ini. Elahh dinyatakan sebagai Al Elahh atau Tuhan dengan bentuk singular sama seperti yang di dalam teks Alkitab dan bahasa Kasdim itu. Ia kemudiannya menjadi Al’ilãh di dalam bahasa Arab daripada Aramaik timur itu. Bunyi dua hh itu diekspresikan sebagai lanjutan kepada huruf akhir h bagi perkataan Allah. Oleh itu bentuk kuno bahasa Arab adalah Al’ilãh dengan perubahan pada bunyi h berdua itu. Islam di bawah pimpinan Muhammad melanjutkan penggunaan nama Allah kerana ia bersifat singular dan menidakkan maksud banyak.

 

Tiada syak lagi bahawa nama Eloah di dalam Alkitab dan Allah di dalam bahasa Arab datang kepada kita daripada bahasa Semitik melalui bahasa Ibrani Kuno dan Kasdim Kuno masing-masing dan mempunyai maksud yang sama.

 

Nama Yahovah adalah gelaran yang diaplikasikan kepada Eloah sebagai bentuk pihak ketiga bagi kata kerja yang bermaksud Dia Menjadikannya (He Causes to Be). Pendapat ini disahkan oleh nota kaki kepada teks di dalam Keluaran 3:14 dalam versi Alkitab Annotated Oxford RSV. Nama yang diekspresikan di dalam teks Keluaran 3:14 bermaksud Aku adalah apa yang Aku akan jadi (‘eyeh ‘asher ‘eyeh cf Bullinger, juga terdapat pada nota kaki Companion Bible). Ia menggambarkan suatu tindakan penciptaan di dalam perkembangan diriNya oleh Allah Sebenar yang Satu mengikut kehendakNya dan rencanaNya. Dalam ertikata ini, kesemua orang akan menjadi anak-anak Tuhan.

 

Dengan itu ia adalah nama yang diaplikasikan kepada wakil Allah Sebenar yang Tunggal yang dirujukkan sebagai Yahovih (SHD 3069) atau Yahovah Angkatan Syurga. Yahovah (SHD 3068) digunakan untuk merujuk kepada ketuhanan yang lebih rendah dan kadangkala pelbagai ketuhanan pada masa yang sama. Dalam kata lain mereka semuanya bertindak untuk Allah Sebenar Eloah sebagai elohim. Oleh itu semua orang akan menjadi tuhan-tuhan rohani atau elohim sebagai anak-anak Tuhan (lihat pada karya Umat-umat Pilihan sebagai Elohim [001]).

 

Nama Yahovah diaplikasikan kepada sekurang-kurangnya empat makhluk, di mana tiga daripadanya adalah malaikat atau utusan bagi Allah di Syurga pada masa yang sama sepertimana yang kita lihat dengan Abraham dan Lot, serta kemusnahan di Sodom dan Gomorrah. Aspek-aspek ini telah dibincangkan di dalam karya-karya: Malaikat YHVH [024]; Nama-Nama Allah [116]; Pra-Kewujudan Yesus Kristus [243]; dan Abraham dan Sodom [091].

 

Daripada kejahilan tentang asal-usul nama-nama di dalam bahasa inilah dan keinginan untuk memfitnah dan memburukkan nama di kalangan orang-orang  Kristian taksub yang megah dengan diri sendiri mereka-lah, datangnya kepalsuan dan umpatan. Kejahilan Islam sendiri yang berdasarkan tradisi-tradisi manusia telah memburukkan lagi perbalahan ini.

 

Kenapa pula manusia mahu menentang nama Allah? Apakah kepentingannya istilah ini?

 

Masalah sebenarnya berpunca daripada teologi palsu yang telah menyerap masuk ke dalam agama Kristian dan diekspresikan hari ini di dalam gereja-gereja Tuhan.

 

Sistem Trinitarian terbit daripada struktur Binitarian yang diserap masuk di Nicaea pada 325 TM. Fahaman Trinitas telah dibentuk oleh golongan Cappadocia, Gregory dari Nyssa, Gregory dari Nazianzus dan Basil. Teologi ini telah diserap masuk pada 381 TM dan telah mencacatkan agama Kristian secara teologi.  Augustine dari Hippo kemudiannya telah menetapkan teologi salah ini dalam tulisan-tulisannya.

 

Bagi Gereja-gereja Tuhan, lagi kurang alasannya dalam membenarkan kepalsuan ini berleluasa. Mereka telah membentuk, di bawah Herbert Armstrong pada abad ke 20, suatu fahaman diteisme yang memulakan suatu teologi palsu yang tertumpu di sekitar dua Tuhan yang sama-sama abadi. Guru-guru palsu ini dihadapkan dengan terminologi Eloah di dalam Alkitab yang merupakan nama Tuhan dalam bentuk singular, dan yang hanya digunakan bagi Allah Sebenar yang Tunggal yang telah mengutus Yesus Kristus (Yohanes 17:3). Mereka kemudiannya harus berhadapan dengan penggunaan Eloah sebagai bermaksud Allah Sebenar yang Satu. Mereka berbuat demikian dengan memasangkan istilah-istilah Eloah dengan Allah, suatu hubungan yang betul, tetapi mengemukakan bahawa ianya berhubung-kait dengan penyembuhan dewa bulan di dalam Islam disebabkan pencerobohan pagan ke dalam agama itu di bawah suatu sistem mistik. Memang benar bahawa Islam, seperti juga agama Kristian sebelumnya, telah dimasuki sifat pagan tetapi ini tiada kaitannya dengan penggunaan nama Allah di dalam Qur’an.

 

Beberapa gereja sebagai contohnya Gereja Tuhan (Hari Ketujuh) apabila ditembusi oleh golongan Trinitarian di USA, telah memilih Binitarianisme sebagai jalan mudah dan sudah pasti ianya akan berakhir di dalam Trinitarianisme.  Gereja Baptist Hari Ketujuh bersifat Unitarian, seperti asalnya juga, di dalam Konferens Antarabangsanya tetapi telah menjadi Trinitarian di dalam Konferens USA sejak pertengahan tahun 70an. Secara teologi, mereka sangat lemah. Gereja-gereja Tuhan dan Baptist Hari Ketujuh pada asalnya bersifat Unitarian di setiap denominasi termasuklah Advent Hari Ketujuh. Armstrong ditauliahkan sebagai seorang pendeta Gereja Tuhan (Hari Ketujuh) sewaktu ia masih Unitarian. Gereja Advent Hari Ketujuh telah menjadi Trinitarian pada penghujung tahun 70an.

 

Orang-orang sama ini kini berhadapan dengan hakikat bahawa mereka telah mencipta doktrin palsu dan telah memasukkan kepalsuan ke dalam Gereja-gereja Tuhan.

 

Atas alasan inilah, pada abad-abad awal berikutan pengenalan teologi palsu Trinitarian ke dalam agama Kristian, Islam telah bertegas untuk merujuk kepada Tuhan Sebenar yang Satu sebagai Allah’, dan bukannya bentuk plurah ellahhin, kerana Allah’ tidak membawa sebarang maksud plural langsung.

 

Sebalik mengakui bahawa mereka telah silap, guru-guru Binitarian, Diteis dan Trinitarian dari pelbagai gereja Tuhan telah mencipta hujah-hujah yang berasaskan kepalsuan dan mencerca mereka yang tidak bersetuju. Amalan ini bertentangan dengan Alkitab dan kini kepada Undang-undang Amerika Syarikat serta negara-negara yang lain.

 

Pelbagai kepalsuan teologi ini akan diperiksa di dalam karya FAQs on Islam [055].

 

Idea bahawa Allah bukanlah Tuhan yang disebutkan Alkitab, yang mana nama sebenarnya adalah Yahweh, adalah suatu idea yang telah timbul daripada teologi Nama-nama Kudus di USA dan merupakan suatu kepalsuan. Ia gagal untuk memahami nama-nama Tuhan di dalam Alkitab dan kepentingan pembezaan Eloah-Elohim di dalamnya.

 

Di dalam satu teguran kita telah dapati komen-komen berikut:

 

Kepada “umat-umat Kitab Suci” atau “buku”, orang-orang Muslim diperintahkan untuk berkata, “Kami beriman kepada (Al-Quran) yang diturunkan kepada kami dan kepada (Taurat dan Injil) yang diturunkan kepada kamu dan Tuhan kami, juga Tuhan kamu, adalah Satu dan kepadaNyalah, kami patuh dengan berserah diri,” Qur’an Surah 29:46

Adakah orang-orang Muslim mempercayai kedua-dua Qur’an dan Alkitab? Kita akan lihat.

 

Hujah ini merupakan cara pendekatan yang betul. Ia menunjukkan keperluannya untuk memeriksa Qur’an dan melihat apa dia perbezaan antara kedua-dua agama ini.

 

Qur’an sememangnya mengemukakan keperluannya bagi seseorang Muslim sejati untuk menurut kedua-dua Qur’an dan Alkitab. Idea ini mempunyai kuasa besar dan boleh menjadi titik pertemuan bagi pendamaian agama-agama ini. Suatu contoh dongeng yang menyebar di dalam gereja-gereja Tuhan masakini adalah seperti berikut:

 

Apakah asal-usul tuhan – Allah – orang-orang Muslim? Adakah dia sama dengan Yahweh di dalam Alkitab? Seperti yang dilaporkan di dalam isu Januari/Februari 2000 bagi Battle Cry, suatu perbandingan antara Allah dan Yahweh, berdasarkan gambaran mereka masing-masing di dalam Qur’an dan Alkitab, memperlihatkan perbezaan yang ketara.

 

Tidak boleh diketahui: Allah begitu melampaui segalanya, begitu mulia, sehinggakan tiada seorangpun yang dapat mengenali Allah secara peribadi. Yahweh pula sebaliknya, telah mengutuskan anakNya Yesus Kristus ke dalam dunia ini supaya kita boleh mengenali Tuhan secara peribadi, Yohanes 17:3 (R. Nickels, Islam and You, Study No. 185).

 

Alkitab jelas menyatakan bahawa tiada seorangpun yang pernah melihat Tuhan sama sekali. Dia memilih untuk memperlihatkan diriNya melalui hamba-hambaNya para nabi dan Dia telah mengutus Yesus Kristus. Penulis itu seolah-olah tidak sedar langsung tentang istilah Eloah dari segi penggunaannya di dalam Alkitab. Juga dia nampaknya tidak sedar bahawa istilah Yahovah atau Yahweh seperti yang disebutkannya, digunakan bagi Malaikat-malaikat di dalam Perjanjian Lama, yang mana salah satu daripadanya merupakan Batu Karang rohani yang telah bersama-sama dengan bangsa Israel semasa di Padang Gurun (1 Korintus 10:4) iaitu Yesus Kristus.

 

Ezra menunjukkan, di dalam pemulihan besar, bahawa Rumah Tuhan di Yerusalem merupakan Rumah Eloah (Ezra 4:24) dan bukannya Rumah “Yahweh.” Ezra mengenalpasti Eloah sebagai Eloah bagi Israel (Ezra 5:1). Nabi-nabi adalah nabi-nabi Eloah (Ezra 5:2). Dia merupakan Eloah bagi orang-orang Yahudi (Ezra 5:5). Dialah Eloah besar untuk siapa Rumah itu dibina (Ezra 5:8). Dia adalah Eloah Langit dan Bumi (Ezra 5:11). Eloah yang inilah yang para bapa telah bangkitkan kemarahanNya dan Dia telah menghantar mereka pergi sebagai tawanan (Ezra 5:12). Raja Koresy (Cyrus) telah mendekrikan supaya rumah Eloah dibina, dan bahawa perlengkapan emas dan perak itu adalah perlengkapan Eloah, yang dihantar pergi untuk diletakkan di dalam rumah itu (Ezra 5:13-17; 6:5).

 

Rumah Eloah dilindungi serta diperintahkan untuk membangunkannya oleh pemimpin-pemimpin empayar tersebut kerana Eloah telah memilih Koresy untuk memulakan proses ini. Darius II menyempurnakannya dan Artahsasta II telah memerintahkan pembaikannya. Ezra dan Nehemia telah memulihkan sistem Bait Suci dan Ezra telah meninggal dunia pada 321 SM. Tiada syak lagi dalam fikiran semua orang bahawa ia adalah Bait Sudi Eloah selaku Tuhan Langit dan Bumi. Tidak pernah sekalipun nama Yahweh disebutkan dengan cara ini. Walau bagaimanapun, nama Yahweh tetap suatu sebutan salah bagi nama itu.

 

Daripada semua di atas kita telah lihat bahawa nama-nama Eloah dan Allah’ telah diterbitkan daripada dua varian struktur bahasa yang sama. Eloah dan Elahh adalah tuhan yang sama yang mana datangnya nama Allah’. Dengan adanya kebenaran utama ini, kita boleh sama-sama mencapai suatu tahap persetujuan dan membina persefahaman bersama.

 

Allah’ adalah bentuk Arab bagi Eloah selaku Tuhan Sebenar yang Satu yang memperluaskan diriNya untuk menjadi elohim melalui orang-orang yang telah dipanggilnya ke dalam sistemNya.

 

Qur’an menyatakan bahawa orang-orang Kristian-lah yang paling menyerupai orang-orang ini. Mereka tidak pernah dan tidak akan menerima tradisi-tradisi yang mendirikan struktur-struktur Trinitarian dan Binitarian. Mereka sudah sememangnya tidak percaya pada suatu Tuhan yang berubah-ubah dan dialog sebegitu hanya akan mendorong ketaksuban dan menggalakkan permusuhan.