`Jemaat-jemaat Allah Al Masehi

[057]

 

 

 

 

FAQ Belajar Alkitab Perjanjian Lama [057]

(Edisi 1.1 20000630-20011124)

 

Soalan-soalan yang Kerap Ditanya (FAQ) mengenai teks-teks Perjanjian Lama disenaraikan di dalam sini. Semua jawapannya bersandar pada premis bahawa Tuhan wujud dan bahawa Alkitab adalah firman Tuhan yang diilhami seperti yang dinyatakan kepada hamba-hambaNya para Nabi.

 

 

 

Christian Churches of God

 

PO Box 369, WODEN ACT 2606, AUSTRALIA

E-mail: secretary@ccg.org

 

(Hakcipta ã 2000, 2001 Wade Cox)

(Tr. 2004)

 

Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan.  Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan.  Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.

 

Karya ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org


Kandungan

 

Allah Maha Esa…Tuhan wujud – Kenapa Tuhan abadi – Banyak nama untuk Tuhan – Mana satu nama, mana satu entiti – Elohim/Eloah – Elohim plural – Berapa ramai elohim – Yehovah/Yehovah Semesta Alam – SHD 3068/3069 – Dua makhluk berlainan – Pandangan Tuhan atas dosa – Tuhan dan HukumNya

 

Ciptaan Rohani…Malaikat YHVH: Adakah Kristus YHVH – Menyembah anak – Malaikat Agung Perjanjian Lama – Siapa berbicara kepada Abraham – Siapa yang dilihat Musa – Siapa yang berbicara kepada Musa dan Harun

 

Anak-anak Tuhan: Berapa ramai anak-anak Tuhan – Perbezaan dalam makhluk-makhluk syurgawi – 24 Takhta/Tua-tua – 4 makhluk hidup – 4 sungai/4 Kerubim – sistem-sistem berkepala Singa – Siapa angkatan syurgawi – Sebab derhaka – Kerub derhaka – Pemberontakan – Bani syurgawi jatuh bertaubat – Malaikat lelaki atau perempuan Lucifer: Makna Lucifer – Iblis masih dibenarkan pergi kepada Tuhan – Iblis bukannya sentiasa jahat – Abaddon/Apollyon Para malaikat: Tugas para malaikat – Bolehkah kita mengenalpasti malaikat-malaikat – Berdoa kepada malaikat-malaikat

 

Ciptaan Fizikal…Nefilim: Manusia sebelum Adam – DNA pra/post Adam – Nefilim tidak dibangkitkan Adam & Hawa: Kenapa mencipta manusia – takdir umat manusia – Adam memarahi Hawa – Kehidupan sebelum Adam – Cerita anak-anak – Epal buah dilarang – Kaum-kaum berlainan – Sayur atau daging dahulu – Keadaan fizikal orang mula-mula Nuh: Asal atau muka-muka dari Nuh – Banjir seluruh dunia – iman Nuh Abraham: Berkat-berkat untuk Hagar/Ismael

 

Hukum…Dua papan batu – 6 dan 4 atau 5 dan 5 – Perintah pertama – Sabat – Bacaan hukum – Masyarakat: Haram hingga terbenam matahari – Tidak menghampiri isteri-isteri – Kelahiran anak – Pakaian dan sebagainya – Menyumpah- Keganasan terhadap yang tidak bersalah – Penalti maut – Tatu – Jangan berhutang pada sesiapa – Perjudian Peraturan-peraturan Makanan: Cendawan – Makanan tambahan – Babi dan ikan – Memakan daging – Makanan & Hukum bersepuluh Persepuluhan & Persembahan: 3 atau 7 persembahan – cukai Pendamaian – Mencuri dari Tuhan

 

Israel…12 Hakim – Raja-raja – Penghitungan suku – Aturan suku – Musa: Tablet-tablet pecah – Bala tentera Firaun – Laut merah – Perjalanan tujuh hari – Kejatuhan Yerikho – Tali merah – Darah pada tiang pintu – Patung & Imej berhala: Patung emas – Kenapa anak lembu – Menyembah patung berhala – Anak lembu/salib emas – Divisi-divisi Israel

 

Yosua…Kehidupan Yosua – 12 batu/12 rasul – 2 pengintip

 

Hakim-hakim…Hakim-hakim 9:7-21 – Hakim-hakim 19 – 70 anak lelaki Gideon – Rambut Simson – Teka-teki kepada 30

 

Rut…saudara Rut

 

1 Samuel…1 Samuel 1:6 – 1 Samuel 17:40 – Daud

 

1 Raja-raja…1 Raja-raja bab 6

 

2 Raja-raja…2 Raja-raja bab 2

 

Ester…Ester 9:13 Percubaan-percubaan Nuremburg

 

Ayub…7 anak lelaki 3 anak perempuan – Ayub dalam Kejadian 46:13

 

Mazmur…Mazmur 82 – Mazmur 187

 

Amsal…Amsal 8 & 9 – Amsal 31

 

Pengkhotbah…Pengkhotbah 7:1 – Hari kelahiran

 

Nabi-nabi

 

Yesaya…Yesaya 19:23 – Yesaya 65:1-6 – Yesaya 1:29

 

Yeremia…Yeremia 4:15 dan seterusnya

 

Yehezkiel…Yehezkiel 46:20;-26:21;- Bait Suci Yehezkiel – Yehezkiel 20:37-38

 

Daniel…Daniel 12:1-2;-2:43;-7:9-10;- Daniel dan 3 dalam api  - Gua singa

 

Hosea…Hosea 2:15

 

Yoel…Yoel 2:23

 

Mikha…Mikha 6:4;- 5:5

 

Zakharia…Zakharia 14:16-19

 

Kalendar Tuhan…Bulan penuh – Waktu hilang – Angka 7 – Jubli-jubli: Apakah Jubli – Bagaimana untuk menghitung – Ditiup pada Pendamaian – 5 bulan dalam tahun ke 50 atau pertama – Penghujung Jubli Perayaan-perayaan: Di manakah dia meletakkan namanya – Perkumpulan-perkumpulan Tuhan – Lemat perayaan – Pentakosta: Shavuot – Sangkakala-sangkakala: Sangkakala ditiup – Perayaan Shofar – Tahun Baru – Pendamaian: Maksud – Cukai pendamaian – Setengah syikal

 

FAQ Perjanjian Lama [057]


 

Allah Maha Esa

 

Mengapa kamu percaya bahawa Tuhan wujud?

 

A: Telah tertulis bahawa hanya seorang bodoh sahaja yang mengatakan dalam hatinya bahawa tidak ada Tuhan. Seluruh struktur penciptaan menuntut bahawa Tuhan wujud: Dari Hukum-hukum Termodinamik hingga kepada fasa pemilihan ruang angkasa alam

 

semesta dan teori Mekanikal Kuantum. Asas falsafah Sebab-Akibat adalah singularis dan bukannya gangguan. Mengapakah kamu berfikir bahawa tidak ada Tuhan?

 

Kenapakah kamu fikir Tuhan adalah abadi? Hakikat bahawa Tuhan telah mencipta kita sepatutnya tidak bermakna bahawa Tuhan tidak akan mati. Mungkin Tuhan kamu hanya memiliki kuasa istimewa untuk mencipta seluruh dunia dan mungkin hayatNya hanyalah sangat panjang, bertahun-tahun lamanya.

 

A: Tuhan berada di luar waktu dan ruang. Alkitab sangat jelas bahawa hanya ada seorang Allah yang Maha Esa, yang tidak pernah dilihat atau boleh dilihat sesiapapun (Yohanes 1:18), dan yang diam di dalam terang yang tidak dapat didekati dan yang satu-satunya adalah abadi (1 Timotius 6:16).

 

Kita tahu ini adalah benar kerana fasa “pemilihan ruang angkasa alam semesta” ditentukan sebagai satu faktor sepuluh hingga kesepuluh, hingga kuasa ke 123. Ia tidak ditulis dalam catatan persepuluhan biasa, walaupun seluruh substruktur bahan dalam alam semesta digunakan. Dalam kata lain, terdapat satu titik asal, dan hanya satu sahaja untuk seluruh alam semesta.

 

Kini kita tahu dari teori umum relativiti dan teori mekanikal kuantum yang mengikutinya serta adaptasi-adaptasinya bahawa suatu substruktur, yang kita panggil “quarks”, membentuk asas bahan/jirim.

 

Kita tahu dari pereputan “K Mesons” bahawa terdapat haluan arah bagi waktu. Kita tahu bahawa struktur jirim dalam alam semesta adalah suatu struktur berarah dalam mana Ruang, Waktu, Jisim, Tenaga dan Graviti adalah ekspresi-ekspresi setara bagi satu intisari asas yang tunggal, dan intisari ini kita panggil roh. Alkitab difahamkan mengajar kita bahawa Tuhan menciptanya “ex nihilo” atau “dari kekosongan”. Ini juga adalah doktrin Gembala Hermas, tulisan terawal antara tulisan-tulisan yang tidak dimasukkan kini di dalam Perjanjian Baru.

 

Tuhan telah mencipta seluruh alam rohani, dan selepas itu mencipta alam fizikal. Ini dibincangkan di dalam karya-karya Bagaimana Tuhan Menjadi Suatu Keluarga (No. 187) dan Tujuan Penciptaan dan Pengorbanan Kristus (No. 160). Struktur penciptaan serta perlunya secara logik akan Sebab-Akibat Singularis serta ketidakmungkinan Penciptaan Mutlak dalam pekerjaan ini ditunjukkan dalam Penciptaan: Daripada Teologi Antropomorfik kepada Antropologi Teomorfik (B5).

 

Saya melihat di dalam konkordans saya bahawa terdapat banyak istilah dalam bahasa Ibrani yang diterjemahkan sebagai “Tuhan.” Adakah mereka bermaksud benda yang sama? Kenapakah orang Ibrani mempunyai begitu banyak perkataan bagi Tuhan?

 

A: Tidak, mereka tidak bermakna benda yang sama. Pelbagai nama untuk Tuhan adalah satu fungsi aktivitiNya di dalam penciptaan. Juga, makhluk-makhluk lain membawakan nama “Tuhan” serta “Yahovah” ketika mereka bertindak bagi pihak Allah yang maha esa. Nama Tuhan dalam bentuk singular adalah “Eloah.” “Elohim” adalah nama plural, yang boleh digunakan bagi makhluk-makhluk singular.

 

Dengan cara yang sama, “Yahovah” digunakan bagi pelbagai makhluk bani syurgawi termasuk Kristus, namun “Yahovih” tidak digunakan begitu. “Yahovih” adalah “Yahovah Semesta Alam” yang merupakan “Maha Tinggi” atau “Elyon”. Istilah “Aku adalah aku” adalah suatu korupsi idea ini. Teks tersebut adalah “‘eyeh ‘asher ‘eyeh” atau “Aku akan jadi apa yang aku akan jadi.” Istilah “Yahovah” adalah “Dia menjadikan” dalam ertikata pihak ketiga (lihat nota samping kepada Keluaran 3:14 dalam Alkitab Oxford Annotated RSV). Nama-nama Tuhan dalam pelbagai bentuknya dibincangkan dalam teks-teks Nama-nama Tuhan (No. 116) dan Pra-Kewujudan Yesus Kristus (No. 243).

 

Saya keliru dengan nama-nama berlainan yang diberikan dalam Alkitab untuk Tuhan. Saya telah membaca karya-karyamu dan semuanya masuk akal, namun ia tidak memberitahu saya nama mana untuk entiti apa. Sebagai contoh, bagaimanakah kamu tahu dalam Kejadian 1:1 bahawa Elohim ini adalah Allah Maha Esa dalam Roh? Dalam ayat 26 ia menyatakan, “Baiklah Kita menjadikan manusia menurut gambar dan rupa Kita…" Itu bunyinya seperti Elohim plural dan bukannya Allah yang Maha Esa. Dan saya melihat 2:4 dan selanjutnya dan ia menyatakan, “YHVH Elohim.” Siapakah Elohim dalam 1:1 dan siapakah YHVH Elohim dalam 2:4 dan bagaimana kamu tahu bagaimana untuk membezakan antara mereka? Ia memang mengatakan dalam 2:4 bahawa YHVH Elohim telah mencipta Langit dan Bumi. Adakah semua ini dicipta oleh YHVH Elohim melalui Elohim(-elohim)Nya?

 

A: Ya, ini adalah persoalan yang sangat penting. Kita mempunyai peraturan asas ini. Tiada seorangpun yang pernah melihat Tuhan, mendengar suaraNya, mahupun melihat rupaNya (Yohanes 1:18). Kita mendapat ini dari mulut Kristus dan diperkuatkan oleh Yohanes dan Paulus. Oleh itu, makhluk-makhluk yang disebutkan dalam Alkitab sebagai Elohim yang dilihat atau disentuh, adalah anak-anak Tuhan dan bukannya Allah yang Maha Esa. Allah Maha Esa ini tinggal dalam terang yang tidak dapat didekati dan tiada seorangpun yang pernah melihatNya atau dapat melihatNya. Semua yang dialami manusia telah disampaikan oleh Malaikat Besar Perjanjian Lama, yang telah memberikan Hukum Taurat itu kepada Musa dan telah menjadi Yesus Kristus, atau anak-anak Tuhan lain yang bekerja dengannya dan yang juga memakaikan nama Tuhan. Perhatikan karya-karya Nama-nama Tuhan (No. 116) dan Pra-Kewujudan Yesus Kristus (No. 243). Allah yang Maha Esa, Eloah telah mencipta segala sesuatu melalui kehendakNya dan segala makhluk bertindak di bawah kemahuanNya.

 

Haruskah saya simpulkan bahawa kita tidak tahu elohim manakah yang dimaksudkan dalam Kejadian 1:1 dan sememangnya ini tidak kisah kerana semua Elohim bertindak menurut arahan Eloah? Adakah kamu fikirkan bahawa Anak-anak Eloah yang dimaksudkan di sini oleh kerana kata plural yang digunakan dalam ayat 26? Jadi segalanya telah dicipta melalui Elohim untuk Eloah?

 

A: Kata Tuhan dalam Kejadian 1:1 merujuk kepada Eloah serta tindakan pertama penciptaan yang telahpun sempurna, yang merupakan perlanjutan diriNya sebagai Elohim. Oleh itu, makhluk lanjutan itu adalah Elohim dan Dia mencipta sebagai Elohim kerana ia melibatkan pelbagai makhluk-makhluk.

 

Ayub 38:4-7 menunjukkan konsepnya. Dia mencipta dan anak-anak Tuhan berkumpul bersama dan Bintang-bintang Fajar menyanyikan kesukacitaan atas penciptaan bumi. Maka, semuanya adalah elohim di bawah Allah yang Maha Esa (rujuk Yohanes 17:3). Ianya tidak penting siapa yang diberikan tugas-tugas dari penciptaan pertama itu, iaitu generasi elohim dari Eloah. Perhatikan karya-karya Bagaimana Tuhan Menjadi Suatu Keluarga (No. 187) dan Kerajaan Tuhan (No. 174).

 

Bolehkah kamu jelaskan dan ertikan istilah Ibrani untuk Tuhan, “Elohim”? Bukankah ia perkataan plural? Adakah kita mengertikannya sebagai meliputi Bapa, Anak dan Roh Kudus?

 

A: Istilah Ibrani “Elohim” adalah perkataan plural yang bermakna “Tuhan” dan “Tuhan-tuhan” plural, bergantung pada penggunaannya. Istilah singular untuk Tuhan adalah “Eloah.” Ini adalah “Elahh” dalam bahasa Kasdim. Perkataan plural bagi Tuhan dalam bahasa Kasdim adalah “Elahhin’” yang bermakna sama dengan Elohim. “Tuhan itu” disebutkan sebagai “Ha Elohim.” Bahasa Arab berasal dari bahasa Aramaik atau Kasdim timur, dan itulah sebabnya kenapa istilah Arab bagi Tuhan dalam bentuk singular adalah “Allah’”. Elohim meliputi semua anak-anak Tuhan selaku satu sidang elohim dan satu tubuh makhluk-makhluk roh. Alkitab merujuk kepada elohim sebagai satu pluraliti (kemajmukan) dan elohim dituliskan sebagai “aggelos” dalam bahasa Yunani dan “angels (malaikat)” dalam bahasa Inggeris. Sebagai contoh, Mazmur 8:5 mengatakan tentang Mesias bahawa “Namun Engkau telah membuatnya hampir sama seperti Allah (“rendah sedikit dari malaikat”), dan telah memahkotainya dengan kemuliaan dan hormat.” Ini diterjemahkan dalam bahasa Inggeris KJV sebagai “malaikat-malaikat” dari penulisannya dalam Septuagint (LXX) sebagai “aggelos”. Begitu juga dengan Vulgate, dan Syriac. Oleh itu, secara umumnya difahami dalam masa tiga ratus tahun sebelum dan selepas Kristus bahawa “elohim” adalah “anak-anak Tuhan” yang dipanggil “utusan-utusan” atau “malaikat-malaikat.” Teks ini juga dituliskan sebagai “malaikat-malaikat” dalam Ibrani 2:7. Malaikat Perjanjian Lama juga adalah seorang elohim. Mazmur 97:7 juga merujuk kepada elohim sebagai satu sidang elohim yang lebih luas. Ini adalah hal yang sangat penting dan menarik, yang telah diselindungi sistem Trinitarian (lihat karya Mazmur 8 (No. 14). Trinitas adalah sistem pagan Tuhan Triune/Bertiga, yang telah diperkenalkan dari Rom dalam Abad Keempat. Lihat juga karya-karya Umat-umat Pilihan Sebagai Elohim (No. 1); Malaikat YHVH (No. 24); Pra-Kewujudan Yesus Kristus (No. 243); Penciptaan: Daripada Teologi Antropomorfik kepada Antropologi Teomorfik (B5); Doktrin Jiwa Socratic (No. B6).

 

Dalam Kejadian 1:26 ia mengatakan bahawa manusia dicipta menurut gambar Elohim. Dalam 2:7 ia mengatakan bahawa YHVH Elohim membentuk manusia dari debu tanah. Dalam Wahyu 21:17 ia merujuk kepada ukuran manusia, yang juga ukuran malaikat. Bagi saya ia kelihatan memperkatakan tentang dua orang berlainan dan mungkin dua Tuhan berbeza. Adakah istilah-istilah dalam teks purba untuk manusia pada semua tempat yang saya rujukkan perkataan yang sama? Adakah yang dimaksudkan itu adalah makhluk-makhluk yang sama?

 

A: Alkitab memang berbicara mengenai pelbagai elohim. Elohim adalah satu sidang, seperti mana yang kita tahu dari Mazmur dan bahagian lain. Teks dalam Wahyu memperkatakan tentang ukuran manusia sebagai ukuran malaikat, dan itu memberitahu kita bahawa kita semua adalah saudara dan dibentuk mengikut gambar Tuhan. Aspek ini mempunyai kesan-kesannya terhadap angkatan malaikat. Kita semua akan menjadi saudara-saudara dan sebahagian dari Kota Tuhan di mana Allah adalah semua dalam semua. Perhatikan karya Kota Tuhan (No. 180).

 

Adakah Jehovah dan Jehovah Semesta Alam peribadi yang sama, atau adakah mereka makhluk-makhluk berlainan?

 

A: Mereka adalah makhluk-makhluk berlainan. Yahovah atau Jehovah dalam bahasa Inggeris (Tiada huruf J dalam bahasa Ibrani) telah diberikan Israel sebagai pusakanya oleh Yang Maha Tinggi (Ulangan 32:8 khususnya RSV). Sang Maha Tinggi atau “Elyon” adalah Yahovah Semesta Alam. Semua makhluk yang bertindak bagi pihak Yahovah Semesta Alam mempunyai gelaran, “Yahovah.” Kristus merupakan watak utama dalam Perjanjian Lama sebagai Malaikat Besar Yahovah yang memiliki gelaran ini, namun terdapat yang lainnya. Dalam Kejadian, bab 18 dan 19, kita perhatikan tiga Yahovah yang datang menemui Abraham. Yang senior (paling tua) terus bersama Abraham sementara yang dua lagi telah pergi kepada Lot di Sodom.

 

Mereka telah memusnahkan Sodom dengan memanggil hujan api dari Yahovah di Syurga. Maka, terdapat empat di situ dan Dia di Syurga yang menjatuhkan api ke atas Sodom. Dia ini adalah Yahovah Semesta Alam. Dia telah mengutus Mesias ke dunia ini sebagai pemberi Hukum dan sebagai pelindung Israel. Lihat juga karya-karya Nama-nama Tuhan (No. 116); Pra-Kewujudan Yesus Kristus (No. 243); Malaikat YHVH (No. 24); Teologi Awal Tentang Ketuhanan (No. 127). Penciptaan ada matlamatnya dan Kristus mempunyai peranan dalam penciptaan yang diberikan kepadanya oleh “Yahovah Semesta Alam” iaitu “Yahovih” (rujuk karya Tujuan Penciptaan dan Pengorbanan Kristus (No. 160).

 

Dalam tulisan-tulisanmu, kamu membezakan antara Yahovah (SHD 3068) dan Yahovih (SHD 3069). Kamu nyatakan bahawa Yahovih (SHD 3069) adalah lebih tinggi dari Yahovah (SHD 3068). Mengikut pemahaman saya, skrip asalnya hanyalah Tetragrammaton yang diterjemahkan sebagai YHVH tanpa sebarang huruf vokal. Kalau saya betul, bagaimanakah para penterjemah mendapatkan dua versi berlainan perkataan ini dan menjadikan satu lebih tinggi daripada yang satu lagi sedangkan kedua-duanya adalah YHVH?

 

A: Teks Ibrani telah mengekalkan perbezaan-perbezaan ini. Perubahan oleh Sopherim, dari “Yahovah” kepada “Adonai,” adalah satu asas hujah hal huruf vokal dari Adonai. Perhatikan komen-komen dalam Kamus Ibrani Strong’s (SHD) bagi 3068 dan 3069. Kamu akan melihat di sana kelainan-kelainannya. 3068 dibaca sebagai “Adonai” dan 3069 sebagai “elohim”.

 

Saya sedang membaca karya Hukum dan Perintah Tuhan Kedua (No. 254) dan dalam Ulangan 11:17 ‘Tuhan’ dirujukkan dengan dua cara berbeza dalam ayat yang sama. Adakah ini satu salah cetak atau adakah ia maksudkan 2 makhluk berlainan? Jika ya, tolong jelaskan perbezaannya. Juga, terangkan Korintus 6:17-18.

 

A: Istilah yang diterjemahkan sebagai “Tuhan” dalam teks itu adalah “Yahovah” (SHD 3068) (rujuk Greens Interlinear Bible). Septuagint tidak membuat sebarang perbezaan dalam penggunaan “Kurios,” dan ia juga diterjemahkan dengan cara yang sama.

 

Dalam 2 Korintus 17-18, ia sedang mengisahkan “Yang Maha Kuasa” dan tiada sebarang pembezaan. Terdapat perbezaan antara entiti-entitinya, seperti mana dalam Zakharia 2:8-11. “Yahovah” yang telah diutus untuk menyelamatkan Israel dan Yerusalem, telah diutus oleh “Yahovah Semesta Alam.” Inilah kelainannya yang disebutkan dalam Mazmur 45:6-7 dan dilihat dalam Ibrani 1:8-9 sebagai “Mesias.”

 

Bolehkan Allah memandang pada dosa? Saya pernah mendengar khutbah di mana pendetanya mengatakan “Allah tidak boleh memandang dosa, itulah sebabnya Kristus mengucapkan ‘Allah-Ku, Allah-Ku, mengapa Engkau meninggalkan Aku?’ sebab dia mengangkat dosa-dosa dunia.” Adakah ini benar?

 

A: Ya, Tuhan boleh memandang dosa namun kita memintaNya tidak berbuat begitu (Mazmur 51:9 dan seterusnya; Yesaya 59:2).

 

Pernyataan tersebut adalah satu dongeng yang disebarkan orang-orang yang tidak pernah membaca Mazmur betul-betul. Teks yang disebutkan Kristus itu adalah bentuk Aramaik bahasa Ibrani dalam Mazmur 22:1. Dalam Mazmur 22:24 kita bacakan bahawa Tuhan tidak menyembunyikan wajahNya daripada dia.

 

Peristiwa-peristiwa dalam Mazmur 22 semuanya merujuk kepada Kristus dan penyalibannya. Ayat 24 mengatakan:

 

“Sebab Ia tidak memandang hina ataupun merasa jijik kesengsaraan orang yang tertindas, dan Ia tidak menyembunyikan wajah-Nya kepada orang itu, dan Ia mendengar ketika orang itu berteriak minta tolong kepada-Nya.”

 

Fiksyen ini bertujuan menangani konsep penebusan dosa tanpa pemahaman sebenar ataupun memperakui persembahan Unjukan Berkas serta konsep-konsep benar Paskah. Oleh sebab mereka tidak menurut perintah-perintah Tuhan dan memelihara sistem-sistem pagan, mereka tidak memahami Kitab Suci serta Hukum-hukum Tuhan. Hal penyaliban itu serta aspek-aspek Mazmur 22 dikaji dalam karya-karya web pada http://www.ccg.org dan http://www.logon.org

 

Ezra 9:15 merujuk kepada Tuhan sebagai maha benar, dan Mazmur 119:172 merujuk kepada Hukum Tuhan sebagai benar. Adakah hubungan antara Tuhan dan HukumNya?

 

A: Allah adalah suci (Mazmur 145:17), sempurna (Matius 5:48), adil (Mazmur 145:17), baik (Mazmur 25:8) dan benar (Ulangan 32:4) dan HukumNya adalah suci (Roma 7:12), sempurna (Mazmur 19:7), adil (Mazmur 119:172), baik (Roma 7:12), dan benar (Mazmur 119:142). Ini adalah kerana Hukum itu terbit dari kudrat Allah dan bukannya dari tingkahNya. Ini diteliti dalam karya-karya Perbezaan di dalam Hukum (No. 96) dan Kasih dan Struktur Hukum (No. 200).

 

Ciptaan Rohani

 

Malaikat YHVH

 

Mengikut pemahaman saya, “YHVH Semesta Alam” adalah Bapa dan Raja adalah Kristus (Zakharia 9:9), namun dalam Zakharia 14:16 kita diberitahu bahawa “Maka semua … akan datang tahun demi tahun untuk sujud menyembah kepada Raja, TUHAN semesta alam...” Adakah Kristus juga memiliki gelaran “YHVH Semesta Alam” ini atau adakah ini mengenai “menyembah” kedua-dua Raja dan YHVH Semesta Alam?

 

A: Kristus telah diberikan nama-nama yang dia ada oleh Bapa dan bertindak bagi pihak Bapa mengikut perwakilanNya. Allah adalah Raja segala Raja dan Tuan segala Tuan, namun kita lihat Kristus datang sebagai Raja segala Raja dan Tuan segala Tuan diikatkan, sebagai satu gelaran, pada pahanya (Wahyu 19:15-16). Hanya Yahovah Semesta Alam saja yang disembah dan kerana itu Dia adalah Raja. Gelaran tersebut diberikan kepada Kristus sama seperti ia juga diberikan kepada umat pilihan.

 

Kristus juga diberikan satu nama yang baru dalam proses ini, yang juga akan dituliskan pada umat pilihan (Wahyu 3:12). Kita semua telah ditebuskan untuk menjadi satu bangsa raja-raja dan imam-imam (rujuk Wahyu bab 4 dan 5 untuk sidang serta pernyataan-pernyataan mereka mengenai orang-orang kudus dan Mesias).

Oleh kerana beberapa dari gelaran yang diberikan kepada Kristus ini saling bertindihan dengan gelaran-gelaran yang dikhususkan kepada Allah yang Maha Kuasa, ramai yang telah salahfaham tentang maksudnya dan percaya bahawa Kristus macam manapun adalah Tuhan seperti mana Allah adalah Tuhan, sebagai sebahagian dari satu Ketuhanan Trinitarian, Binitarian atau Diteistik.

 

Ini bukanlah hakikatnya. Gelaran-gelaran yang diberikan kepada Kristus semuanya menyampaikan konsep kewibawaan (kekuasaan) yang diwakilkan, sama seperti Mal’ak YHVH digelar YHVH, dan Elohim kerana dia mewakili YHVH Semesta Alam dan Eloah. Lihat karya-karya Yesaya 9:6 (No. 224) dan Nama-nama Tuhan (No. 116).

 

Dalam Daniel 2:45 kita membaca tentang Batu yang terungkit lepas dari Gunung dan kemudiannya dalam Daniel 7:13-14 kita membaca tentang pertabalan Anak di hadapan Yang Lanjut Usia. Nampaknya Anak datang dari Bapa berbeza dari  semua ciptaan lain. Ia hampir seperti sejenis pengklonan yang dilakukan Bapa pada diriNya sendiri. Bolehkah kamu memberi komen tentang ini? Jika ini berlainan dari penciptaan para malaikat dan penciptaan fizikal, maka pastinya agak sesuai untuk “menyembah” Anak selain daripada Bapa. Dia akan benar-benar berada di dalam Bapa dan Bapa di dalam Dia.

 

A: Kristus telah dicipta oleh Tuhan sama seperti semua anak-anak Tuhan diciptaNya. Kristus diutus ke dunia dengan cara berlainan dan merupakan “satu-satunya tuhan yang dilahirkan,” iaitu “monogenes Theos” dalam Yohanes 1:18. Penglihatan Daniel 2 dibincangkan dalam siri karya-karya berkenaan sifat (kudrat) Tuhan, Program Pembelajaran Alkitab (No. B1). Perhatikan khususnya karya Bagaimana Tuhan Menjadi Suatu Keluarga (No. 187).

 

Tidak, menyembah Anak seperti Bapa tidak boleh diterima. Alkitab jelas bahawa dia yang menguduskan dan mereka yang dikuduskan mempunyai asal yang sama (Ibrani 2:11). Doktrin yang mengatakan bahawa Bapa dan Anak adalah Tuhan yang satu, dan anak disembah dan datang untuk dikorbankan, adalah doktrin Attis, dan telah memasuki Kekristianan dalam Sidang abad keempat. “Bukankah kita sekalian mempunyai satu bapa? Bukankah satu Allah menciptakan kita?” (Maleakhi 2:10)

 

Siapakah Malaikat besar yang telah bersama dengan Israel dalam Perjanjian Lama?

 

A: Kepercayaan Jemaat pada abad pertama dan kedua adalah bahawa ini adalah Kristus. Dia telah memberikan Hukum Tuhan kepada Musa. Justin Martyr, dalam penulisannya kepada Maharaja Rom (sekitar tahun 150) dalam “First Apology”-nya, menyatakan secara kategorikal bahawa Jemaat Kristian mempercayai bahawa Malaikat Besar Perjanjian Lama yang telah memberikan Hukum itu kepada Musa adalah Kristus. Itu adalah ajaran Jemaat Katolik Asal. Lihat juga www.originalcatholicchurch.org. Perhatikan karya-karya Malaikat YHVH (No. 24); Teologi Awal Tentang Ketuhanan (No. 127); serta Pra-Kewujudan Yesus Kristus (No. 243).

 

Siapakah yang telah berbicara kepada Abraham? Adakah itu Yesus? Siapakah yang telah memusnahkan kota-kota itu?

 

A: Ia adalah malaikat Yahovah yang telah menjadi Yesus Kristus. Dia digelar Yahovah, seperti mana dua malaikat lain yang datang bersamanya untuk berjumpa Abraham, dan kemudian dua Yahovah lain itu telah pergi kepada Lot di Sodom dan Gomora. Mereka (Yahovah) kemudiannya memanggil api turun ke atas kota-kota tersebut dari Yahovah di Syurga (Kejadian 19:24). Yahovah di Syurga ini adalah Yahovah Semesta Alam atau Yahovih. Hal-hal ini diterangkan dalam karya-karya Umat-umat Pilihan Sebagai Elohim (No. 1); Malaikat YHVH (No. 24); Nama-nama Tuhan (No. 116); dan Pra-Kewujudan Yesus Kristus (No. 243).

 

Jika tiada seorangpun yang pernah melihat Tuhan seperti yang dikatakan Yohanes, maka siapakah itu yang dilihat Musa? Bukankah dia melihat Tuhan?

 

A: Tidak. Musa tidak melihat Allah yang Maha Esa. Kristus mengatakan bahawa tiada seorangpun yang pernah melihat rupanya atau mendengar suaranya pada bila-bila waktupun, dan ini juga diulangi oleh Yohanes dan Paulus (Yohanes 1:18; 1 Yohanes 5:20; 1 Timotius 6:16). Kepercayaan Jemaat mula-mula adalah bahawa Malaikat Perjanjian Lama yang telah memberikan Hukum itu kepada Musa adalah Kristus. Lihat karya-karya Malaikat YHVH (No. 24); Pra-Kewujudan Yesus Kristus (No. 243); dan Teologi Awal Tentang Ketuhanan (No. 127).

 

Dalam Keluaran (merujuk kepada 10 tulah), siapakah yang memberikan Harun dan Musa arahan-arahan untuk firaun?

 

A: Makhluk yang berada bersama Israel dalam padang gurun adalah batu yang merupakan Kristus. Dia adalah Malaikat Perjanjian Lama yang telah memberikan Hukum itu kepada Musa di Sinai. Ini adalah ajaran Jemaat asal dan ia adalah ajaran Jemaat hari ini (rujuk Justin Martyr, First Apology). Lihat karya-karya Malaikat YHVH (No. 24); Teologi Awal Tentang Ketuhanan (No. 127); dan Pra-Kewujudan Yesus Kristus (No. 243).

 

Anak-anak Tuhan

 

Berapa ramaikah Anak-anak Tuhan menurut Alkitab?

 

A: Anak-anak Tuhan disebutkan dalam teks-teks Perjanjian Lama, namun sebarang bilangan tidak diberikan. Ulangan 32:8 menyatakan bahawa bangsa-bangsa dibahagikan kepada anak-anak Tuhan menurut bilangan mereka (Ini diubah kemudiannya dalam Teks Masoretik namun RSV menulisnya betul). Maka kita ada bilangan 70 untuk ini mengikut tradisi, namun kita tahu bahawa ia lebih banyak lagi dari itu dari penglihatan Elia. Ayub 1:6; 2:1; dan 38:4-7 sekadar menyebut tentang anak-anak Tuhan serta Bintang-bintang Fajar.

 

Ayub 33:23 menggambarkan terdapatnya seribu dalam struktur tersebut yang mampu menebus manusia. Kita mendapati penggunaan istilah “tidak terkira banyaknya” bagi mereka dan istilah “tentera-tentera” juga diaplikasikan kepada mereka (Wahyu 19:14). Kitab Wahyu memberikan bilangan 200 juta penunggang kuda yang diketuai empat malaikat yang ditahan di Efrat untuk waktu yang ditetapkan untuk membunuh sepertiga manusia (Wahyu 9:16). Ini mungkin sekali adalah bilangan manusia dan bukannya bilangan angkatan syurgawi.

 

Kita tiada cara untuk mengetahui sama ada rujukan ini adalah bilangan menyeluruh atau tidak. Oleh itu, bilangan Anak-anak Tuhan, yang kadangkala disebut Utusan-utusan, dalam teks-teks ini mungkin 200 juta, namun pastinya dihitung sebagai tentera-tentera. Mungkin mereka seramai bilangan orang yang pernah wujud sejak Adam. Kita akan tahu apabila kita sampai kepada Kota Tuhan (No. 180) dan digabungkan bersama mereka sebagai Bait Suci yang hidup dan tempat tinggal bagi Allah dan Anak Domba itu.

 

Bolehkah kamu terangkan perbezaan-perbezaan antara semua makhluk syurgawi? Anak-anak Tuhan, Malaikat-malaikat, Kerubim, Nefilim? Adakah semua Anak-anak Tuhan itu Malaikat, dan semua Malaikat itu adalah Anak-anak Tuhan?

 

A: Semua umat syurgawi adalah anak-anak Tuhan. Mereka yang diutus kepada manusia adalah utusan-utusan, yang digelar malaikat. Mereka mempunyai pangkat dan kedudukan: Kerubim, Serafim dan Bintang-bintang Fajar. Semuanya adalah anak-anak Tuhan. Kristus adalah salah seorang mereka.

 

Nefilim merupakan hasil angkatan malaikat yang telah jatuh. Lihat karya Nefilim (No. 154). Mereka tiada kebangkitan. Iblis setan adalah anak-anak Tuhan yang telah jatuh dari kemuliaan. Kita semua akan menjadi Anak-anak Tuhan. Lihat karya-karya Bagaimana Tuhan Menjadi Suatu Keluarga (No. 187) dan Kerajaan Tuhan (No. 174) serta Umat-umat Pilihan sebagai Elohim (No. 1).

 

Bolehkah kamu terangkan secara ringkas tentang 24 takhta-takhta serta 24 tua-tua?

 

A: Sidang dalaman elohim mempunyai tiga puluh makhluk. Tiga puluh ini terdiri dari dua puluh empat tua-tua di bawah Imam Besar, iaitu Mesias. Empat Makhluk Hidup adalah kerubim di sekeliling takhta Tuhan. Mereka mempunyai tua-tua yang diperuntukkan kepada mereka mengikut aturan dua untuk satu sistem, dengan tiga sistem dan menjadikannya enam untuk satu divisi/divisyen. Allah berada di tengah pada takhta. Ini menjadikannya tiga puluh.

 

Terdapat mereka yang lain yang selanjutnya membentuk sidang tujuh puluh. Struktur ini digambarkan dalam sistem di dalam Israel, dan di Khemah Suci dan Bait Suci. Dua puluh empat divisi imam-imam besar serta Imam Besar membayangi sidang tua-tua itu. Tujuh puluh tambah dua pula membayangi sidang luaran. Israel terbahagi kepada empat divisyen dua belas suku, tiga suku untuk setiap divisyen, dan dengan keimamatan Lewi di khemah suci atau takhta (Lihat Bilangan 10). Divisi-divisi keimamatan diperuntukkan kepada divisi suku-suku itu. Struktur ini juga dibincangkan dalam karya Kerajaan Tuhan (No. 174). Perhatikan juga Bagaimana Tuhan Menjadi Satu Keluarga (No. 187).

 

Apakah 4 makhluk hidup itu dan apakah kepentingan mereka?

 

A: Empat Makhluk Hidup itu adalah Kerub-kerub penjaga yang diurapi yang berdiri di hadapan takhta Tuhan. Tabut [perjanjian] mempunyai dua pada Lapporah atau tutupnya dan dua lagi yang berjaga atas mereka. Lihatlah karya-karya Tabut Perjanjian (No. 196) dan juga Maksud Penglihatan Yehezkiel (No. 108). Karya Kerajaan Tuhan (No. 174) menjelaskan fungsi mereka.

 

Empat makhluk hidup dan Sidang itu melaksanakan tugas di dalam Angkatan Syurgawi berkaitan pentadbiran dan pengadilan. Secara efeknya, mereka adalah komander-komander kuadran alam semesta dan menutupi takhta Tuhan.

 

Makhluk-makhluk hidup ini mewakili empat peringkat sejarah keimamatan dan Israel. Peringkat pertama adalah khemah suci padang gurun dan para Hakim. Peringkat kedua atau kerub adalah sebagai Bait Suci pertama dari Salomo hingga penawanan tersebut. Peringkat ketiga adalah dari pendirian semula setelah kepulangan hingga pemusnahannya pada tahun 70 TM dan peringkat keempat adalah sebagai era tujuh jemaat hingga kedatangan semula Mesias.

 

Setiap peringkat adalah bagaikan kerub yang menutupi yang melindungi takhta Tuhan dan melalui tangan manusia (di bawah sayap-sayap itu) menunaikan tujuanNya di bumi. Makhluk-makhluk hidup ini telah digambarkan di bahagian lain Alkitab namun simbolisme bentuknya mempunyai maksud yang lebih mendalam lagi daripada benda ganjil rekaan dengan empat rupa berlainan itu. Dalam Wahyu 4:6-8, kita melihat rupa-rupa yang sama namun berasingan selaku empat makhluk hidup yang mana setiap satunya mempunyai salah satu rupa tersebut tetapi dengan enam sayap.

 

Adakah empat sungai yang mengalir dari Eden mempunyai apa-apa perkaitan simbolik dengan empat Kerubim di sekeliling takhta Tuhan?

 

A: Ya, secara simboliknya sungai-sungai itu mewakili empat divisi penciptaan. Penciptaan serta peranan kerubim telah dibincangkan dalam beberapa karya. Ini adalah Kerajaan Tuhan (No. 174); Tujuan Penciptaan dan Pengorbanan Kristus (No. 160); Doktrin Dosa Asal Bahagian 1 Taman Eden (246); Bagaimana Tuhan Menjadi Suatu Keluarga (No. 187).

 

Kamu telah merujuk kepada sistem-sistem berkepala manusia dan singa; apakah peranan-peranan atau tugas-tugas posisi-posisi ini?

 

A: Mereka adalah komander-komander (ketua panglima) kuadran sistem Tuhan. Mereka adalah kerub-kerub penjaga yang diurapi, dan mereka juga muncul seperti itu dalam Bait Suci dalam Yehezkiel. Wahyu menunjukkan bahawa mereka ada pada takhta Tuhan. Mereka menduduki posisi yang lebih tinggi dari 24 tua-tua itu, dan mereka diperhatikan di dalam Yehezkiel bab 1 dan selanjutn di mana mereka dikenalpasti sebagai Kerubim. Mereka mempunyai bidang-bidang tanggungjawab yang tetap seperti yang dapat kita lihat dari hakikat bahawa mereka tidak mengubah arah haluan mereka tidak kira di mana takhta itu menghala. Perhatikan karya-karya: Maksud Penglihatan Yehezkiel (No. 108); Bagaimana Tuhan Menjadi Suatu Keluarga (No. 187); Kerajaan Tuhan (No. 174) dan Kota Tuhan (No. 180).

 

Bolehkah kamu berikan saya seberapa banyak maklumat tentang Angkatan Syurgawi yang kamu dapat. Siapa sebenarnya mereka, berapa ramai, fungsi serta peranan mereka? Adakah Yesus sebahagian dari Bani Syurgawi?

 

A: Bani Syurgawi adalah anak-anak Tuhan. Mereka dipanggil utusan hanya kerana fakta misi mereka kepada manusia. Malaikat (Angel) adalah satu terbitan istilah Yunani bagi utusan. “Malak” dalam bahasa Ibrani telah menjadi “Malaikat” dalam bahasa Arab, dan seterusnya ke dalam bahasa Indonesia dan selanjutnya.

 

Bani Syurgawi tertumpu pada takhta Tuhan dan melayani Dia. Kristus adalah salah seorang dari anak-anak Tuhan itu pada mulanya. Proses ini diterangkan dalam karya-karya Bagaimana Tuhan Menjadi Suatu Keluarga (No. 187); Kerajaan Tuhan (No. 174) dan juga Pra-Kewujudan Yesus Kristus (No. 243).

 

Kita akan menjadi anak-anak Tuhan dan elohim dan ini diliputi dalam karya Umat-umat Pilihan sebagai Elohim (No. 1). Maksud Penglihatan Yehezkiel (No. 108) juga mempunyai maklumat berkaitan mengenai Kerubim. Bagaimana kita semua berpadan bersama diliputi dalam karya Kota Tuhan (No. 180).

 

Apakah sebabnya pendurhakaan angkatan syurgawi itu?

 

A: Ia telah sentiasa difahamkan bahawa sebabnya adalah bantahan mereka terhadap penciptaan kita. Quran memberikan ini sebagai sebab khususnya. Itulah sebabnya kenapa Iblis adalah penuduh saudara-saudara. Mereka menuduh malam dan siang kepada Tuhan. Lihat karya-karya Bagaimana Tuhan Menjadi Satu Keluarga (No. 187) dan Kerajaan Tuhan (No. 174). Domba dan Anak yang Hilang (No. 199) juga mempunyai perkaitan dalam hal ini seperti juga Penghakiman Terhadap Para Iblis (No. 80).

 

Bolehkah seorang kerub durhaka dan kehilangan kedudukannya? Jika ya, apakah nasibnya untuk masa depan?

 

A: Ya seorang, Iblis, dan mungkin dua telah durhaka. Mereka boleh bertaubat seperti juga semua anak-anak Tuhan. Lihat karya Penghakiman Terhadap Para Iblis (No. 80) dan juga Domba dan Anak yang Hilang (No. 199). Belas kasihan Tuhan kekal selamanya.

 

Jika satu pertiga dari angkatan syurgawi durhaka dan terdapat 30 dalam sidang dalaman maka boleh diandaikan bahawa 10 dari mereka telah durhaka. Adakah itu sebabnya terdapat 10 komponen; 7 era jemaat, 2 saksi, dan Mesias yang diperlukan untuk memperbaiki masalah/kerosakan yang terhasil oleh pendurhakaan bani syurgawi itu?

 

A: Mungkin seseorang boleh mengandaikan begitu dan ia kelihatan logikal, namun angka-angka yang digunakan sel-sel Satanist (pemuja Iblis) adalah mengikut aturan dua belas/dua belas. Ia kelihatan seperti mereka telah mendapat lebih ramai dari sepertiga sidang dalaman. Bagaimanapun, secara keseluruhannya mereka mendapat sepertiga seperti yang dinyatakan. Mungkin ianya dua kerub dan sepuluh itu. Kita akan tahu apabila kita sampai ke Yerusalem dan Kristus memberi kita maklumat yang baru.

 

Sepuluh komponen Bait Suci tidak berkait kepada individu-individu, melainkan dalam Mesias dan dua saksi-saksi itu. Yang tujuh adalah jemaat-jemaat kecuali kalau kita mengenalpasti tujuh malaikat kepada tujuh jemaat itu sebagai bakal-bakal pengganti dalam angkatan syurgawi, dan elemen-elemen manusia sebagai bahagian baru.

 

Jika angkatan malaikat yang durhaka (atau iblis setan) boleh bertaubat dan masih dapat menjadi anak-anak Tuhan, maka kamu mungkin percaya bahawa iblis setan yang tidak bertaubat akan dibunuh untuk selamanya? Jadi apakah bezanya antara kita dan mereka? Adakah manusia hanya satu lagi cara lebih kreatif untuk melakukan hal yang sama seperti yang dilakukan dengan para malaikat?

 

A: Ya, itulah jawapannya. Penciptaan manusia dengan sistem keluarga adalah satu lagi cara untuk memberikan para malaikat tanggungjawab-tanggungjawab serupa ke atas keluarga manusia, namun dengan batas penyeliaan lebih besar. Apabila Iblis membantah penciptaan kita dan sepertiga bani syurgawi membantah dan mendurhaka bersamanya, mereka kemudiannya diberikan tanggungjawab untuk kita. Mereka telah menjadi penuduh kita dan bukannya ibubapa rohani kita. Mereka telah menjadi penghalang kepada rencana itu serta keselamatan kita. Setelah pemberontakan terakhir pada penghujung milenium, para iblis akan dijadikan kepada bentuk fizikal dan mati. Inilah ertinya dibawah turun ke dalam Lubang dan mati seperti manusia, seperti yang kita lihat dalam Yehezkiel 28 dan juga dalam ertikata yang sama dalam Yesaya 14. Aspek ini dikaji dalam karya Kejatuhan Mesir: Nubuatan tentang Lengan-lengan Patah Firaun (No. 36); dan Lucifer: Pembawa Terang dan Bintang Fajar (No. 223). Mereka akan kemudiannya diletakkan di dalam kebangkitan fizikal pada Kebangkitan Orang Mati Kedua atau Umum. Kita hanya boleh bayangkan kesukaran-kesukaran yang mereka alami apabila ditangani, dalam memeriksa peranan-peranan mereka selama 6000 tahun terakhir serta kebinasaan yang diakibatkan mereka walaupun hanya gagal menghalang tindakan sesat, apalagi dengan mencetuskannya secara langsung dalam umat manusia.

Mungkin untuk melepaskan diri mereka dari penghitungan inilah sebabnya kenapa mereka membentuk teori serta doktrin itu di antara kultus-kultus misteri, khususnya kultus Orphic, iaitu iblis di kalangan manusia, seorang theos atau tuhan yang telah jatuh, dan yang perlu disucikan untuk kembali ke syurga. Dorongan terhadap kaum manusia dalam usaha ini mungkin satu reaksi dan satu keinginan untuk dikembalikan kepada keadaan asal mereka tanpa melalui proses kebangkitan kedua dan fizikal di bawah umat pilihan manusia dari Kebangkitan Pertama.

 

Doktrin jiwa adalah satu rekaan Socrates mengenai “psuche” sebagai reaksi kepada doktrin-doktrin Orphic itu, dan dari mana kita dapati jiwa abadi dan yang kemudiannya melanjut kepada syurga kumpulan Gnostik. Jiwa abadi ini adalah satu lagi dusta, sama seperti dusta bahawa para iblis tidak boleh mati dan tidak boleh bertaubat. Kristus telah diturunkan dari seorang elohim kepada rupa manusia dan dia mati di salib, telah dibangkitkan dan naik ke syurga. Jika dia boleh berbuat demikian, maka begitu juga dengan mana-mana iblis. Tuhan tidak mempunyai batas dalam penciptaan. Lihat karya-karya Pra-Kewujudan Yesus Kristus (No. 243); Penghakiman Terhadap Para Iblis (No. 80); Kebangkitan Orang Mati (No. 143); Jiwa (No. 92); Domba dan Anak yang Hilang (No. 199); Doktrin Jiwa Socratic (No. B6).

 

Saya telah membaca karya bertajuk Nefilim (No. 154). Malaikat-malaikat yang terlibat dalam dosa ini untuk mencipta Nefilim, jelas adalah lelaki. Oleh itu, adakah ini bermakna bahawa segala ciptaan rohani lebih menyerupaii jenis lelaki seperti mana kita fahami lelaki dan perempuan, atau adakah terdapat juga makhluk-makhluk roh yang menyerupai spesis perempuan?

 

A: Anak-anak Tuhan mempunyai kebolehan untuk menjelma kepada apa saja. Jika mereka dapat muncul sebagai lelaki, mereka juga dapat muncul sebagai perempuan dan sememangnya lazim muncul sebagai perempuan, seperti mana peristiwa Fatima dan sebagainya. Mereka muncul sebagai Keldai Bileam pada satu ketika. Iblis digelar ular dan kemungkinan besar telah betul-betul muncul kepadanya dalam bentuk itu. Kita sering membuat kesilapan memikirkan bahawa alam Roh adalah sekadar satu salinan alam kita ini. Kita melihat dengan samar-samar.

 

Alam Roh mempunyai kebolehan untuk bergerak melalui ruang dan waktu tanpa batas-batas yang kita ketahui atau dalam mana kita berfikir. Jisim, ruang, waktu, graviti dan tenaga adalah ekspresi-ekspresi setara bagi intisari fundamental tunggal itu yang kita kenali sebagai roh. Ada antara para saintis kita yang membuat kesilapan mengandaikan kewujudan Tuhan dari dasar ini.

 

Anak-anak Tuhan semuanya berkumpul di sini ketika dunia ini dicipta. Para pemimpin mereka, iaitu Bintang-bintang Fajar, bersorak-sorak gembira. Iblis ada di kalangan mereka sebagai seorang Bintang Fajar dan Kerub Berjaga yang telah diurapi. Fungsi perempuan adalah kebolehan dengan mana Tuhan akan menghasilkan lebih ramai anak-anak Tuhan.

 

Para iblis setan muncul sebagai lelaki untuk mengacau penciptaan itu. Memang mereka dapat menjadi perempuan namun jika begitu mereka akan terikat kepada ciptaan itu serta pengasuhan anak-anak yang mereka lahirkan. Mereka mungkin tidak matang dari segi emosi untuk tanggungjawab itu tanpa Roh Kudus Tuhan. Juga, perempuanlah yang telah mereka pengaruhi. Mereka kehilangan Roh Kudus itu apabila mereka akhirnya memberontak dan dibuang keluar dari syurga. Mereka kemudiannya terpaksa menghasilkan logon palsu. Oleh itu, mereka bukan lagi satu bersama. Perhatikan karya Satu Bersama dengan Bapa (No. 81).

 

Kita semua akan tidak berjantina dalam kebangkitan itu. Kebangkitan fizikal kedua juga nampaknya menuntut keadaan serupa. Lihat karya Kebangkitan Orang Mati (No. 143) dan Jadual Waktu Ringkasan Segala Zaman (No. 272).

 

Tahukah kamu tentang sebarang ayat kitab selain Mazmur 8:5 yang menyebut makhluk-makhluk roh (selain dari Bapa dan Seorang yang menjadi Kristus) sebagai elohim?

 

A: Ya, terdapat beberapa teks. Musa disebutkan sebagai seorang elohim dalam Keluaran 7:1. Abraham disebutkan sebagai elohim dalam teks Ibrani asal dalam Kejadian 23:6, yang dituliskan sebagai Raja Agung dalam bahasa Inggeris (dan Indonesia).

 

Iblis disebutkan sebagai elohim atau theoi dalam pelbagai teks. Paulus mengatakan terdapat banyak theoi (theoi polloi) atau elohim dalam Perjanjian Baru. Zakharia 12:8 menyebut bahawa keluarga Daud akan menjadi elohim dengan Malaikat Yahovah (Jehovah) sebagai kepalanya. Telah dituliskan: “Aku telah berfirman: Kamu adalah allah? …sedang Kitab Suci tidak dapat dibatalkan,” (Yohanes 10:34-35). Lihat karya Umat-umat Pilihan Sebagai Elohim (No. 1).

 

Mazmur 45:6-7 mengatakan bahawa Kristus, elohim kita, telah diurapi dengan minyak kesukaan melebihi teman-teman sekutunya. Maka, terdapatnya satu sidang. Mazmur 82 menyatakan aspek ini. Rujukan-rujukan lain diliputi dalam karya itu. Juga lihat karya Malaikat YHVH (No. 24).

 

Adakah 1000 korban yang dipersembahkan Salomo dalam Bait Suci merujuk kepada sidang 1000 Anak-anak Tuhan? Sama seperti Ayub 33:23-24 memperkatakan tentang seorang dari seribu dan penebusan melalui Mesias; atau Kejadian 20:16 menyebut 1000 keping perak kepada Abraham bagi pengesahan Sara namun seluruh sidang itu memerlukan pendamaian tersebut bagi kesalahan itu; atau Kidung Agung dengan 1000 perisai (Efesus 6:16 perisai iman untuk memadamkan panah-panah api musuh). Ringkasnya, adakah semua ayat-ayat ini berkaitan dengan sidang pentadbiran Tuhan seramai 1000 itu?

 

A: Ya, rujukan dalam Kejadian 20:16 itu sememangnya satu pendamaian seperti apa yang kita lihat dalam Ayub, di mana penebusan adalah dari seorang dari 1000 itu. Dan ironi Abimelekh, dalam menggunakan gelaran saudara, adalah kerana dosa dan kerosakan yang dideritainya.

 

Idea sebagai dilindungi oleh bani syurgawi juga jelas ternyata, sebagaimana ditebus oleh seorang dari 1000 itu. Hal ini kini agak esoterik. Tiada yang berkait dengannya, selain pandangan bahawa dosa adalah satu kesalahan terhadap Tuhan. Itulah sebabnya kenapa tiga puluh keping perak telah dibayar untuk Kristus. Kerana ia dianggap satu kesalahan terhadap sidang dan ia juga dianggap harga seorang hamba.

 

Lucifer

 

Apakah maksudnya nama Lucifer?

 

A: Lucifer maknanya pembawa Terang. Nama ini datangnya dari tugasnya sebagai Bintang Fajar planet ini. Ianya peranan yang membabitkan pengajaran serta pengawalan yang diambil alih oleh Kristus serta umat pilihan pada hujung zaman, yang akan datang tidak lama lagi, untuk pemerintahan Milenium itu. Istilah-istilah berkenaan diliputi dalam karya Lucifer: Pembawa Terang dan Bintang Fajar (No. 223).

 

Dalam mengimbas kembali bahawa Iblis telah datang ke hadapan Tuhan bersama para malaikat seperti yang dinyatakan dalam Ayub, saya tertanya-tanya sama ada dia masih mempunyai hak laluan ini kepada Tuhan dan adakah dia masih mempunyai pengaruh atas para malaikat?

A: Ya, dia adalah penuduh saudara kita dan dia masih mempunyai sepertiga syurga di bawah kuasanya. Ada yang dipercayai telah bertaubat dari aktiviti-aktiviti Jemaat mula-mula. Dia telah dibuang dan tahu bahawa waktunya singkat saja. Kristus mengatakan Dia melihat Iblis jatuh seperti kilat dari langit. Maka, dia seharusnya telah dilempar ke bawah. Wahyu mengatakan tentang waktunya yang singkat itu serta kemarahannya terhadap Jemaat oleh kerana masa yang pendek itu. Kita berada di dalam waktu itu. Malah, kita telahpun melampaui tempoh 1260 tahun perempuan itu dalam padang gurun. Meterai Kelima masih berterusan dan perempuan yang menunggang binatang itu, yang mabuk dengan darah orang-orang kudus, hampir tiba masanya dibinasakan. Lihat karya Jadual Waktu Ringkasan Segala Zaman (No. 272) dan juga Peranan Hukum Keempat di dalam Jemaat-jemaat Tuhan Pemelihara Sabat dalam Sejarah (No. 170).

 

Saya percaya bahawa Lucifer and Iblis adalah makhluk yang sama. Namun ini memberi sedikit masalah kerana ini bermakna bahawa Iblis bukan sentiasanya jahat, bukan? Nampaknya ini memang benar sekali kerana Yehezkiel 28:15 menunjukkan bahawa dia sempurna sejak hari dia diciptakan. Jadi adakah yang lebih baik dari menjadi sempurna?

 

A: Lucifer merupakan Kerub penjaga Takhta Tuhan yang telah diurapi, dan dia sempurna di kalangan anak-anak Tuhan. Lucifer bermakna “pembawa terang” dan oleh itu dia adalah pendidik bani syurgawi serta Bintang Fajar planet ini. Lihat karya Lucifer: Pembawa Terang dan Bintang Fajar (No. 223).

 

Dia dan bani syurgawi durhaka menjadi pelanggar. Mereka berdosa dan cuba mencapai kesetaraan dengan Tuhan. Mereka gagal di dalam ujian iman itu. Mereka telah menjadi penuduh saudara pada penciptaan Adam. Kristus bukan, dan tidak ingin mencapai kesetaraan dengan Tuhan dan tidak cuba mendapatkan apa yang bukan milikNya. Dia lebih suka dikaruniakan dan mendapat karunia kuasa melalui penurutan, dan kerana itu Dia menjadi seorang manusia dan telah merendahkan dirinya hingga mat, malah mati di palang salib itu (Filipi 2:5-7). Lihat karya Tujuan Penciptaan dan Pengorbanan Kristus (No. 160).

 

Dia telah menjadi anak Tuhan yang berkuasa melalui kebangkitanNya dari mati (Roma 1:4). Lihat karya Pra-Kewujudan Yesus Kristus (No. 243). Semua ciptaan Tuhan adalah sempurna, namun kita boleh memilih untuk merosakkannya, dan kita memang telah melakukan begitu. Rencana itu sempurna dan termasuk satu jaring keselamatan, jadi kita semua akan mencapai kesempurnaan dalam batas waktu Tuhan. Lihat karya Jadual Waktu Ringkasan Segala Zaman (No. 272).

 

Beberapa teman saya percaya bahawa bumi adalah tempat tahanan malaikat-malaikat yang telah berdosa. Dalam Lukas 8:31 saya membaca bagaimana iblis setan merayu untuk tidak dibuang ke dalam jurang maut. Juga Wahyu 9:11, 11:7, 17:8; 1 Petrus 3:19, 2 Petrus 2:4 dan Yudas 6 memberi gambaran seolah-olah hal ini lebih dari bumi secara umumnya. Adakah Abadon/Apolion seorang raja yang juga ditahan untuk dilepaskan kemudian hari atau adakah dia sama seperti Iblis? Di manakah mungkinnya tempat ini? Mungkinkah lautan?

 

A: Istilah Perjanjian Baru itu juga adalah “Tartaros,” yang dikhususkan bagi bani syurgawi durhaka. Abadon atau Apolion adalah pemusnah dan, kerana itu, adalah satu lagi gelaran untuk Iblis dan sistem diperintahnya. Bani durhaka atau bani iblis telah berkuasa ke atas bumi serta umat manusia selama 6000 tahun. Pada kedatangan semula Mesias, Iblis dan iblis setan akan ditahan selama tempoh seribu tahun milenium itu.

 

Juran maut itu adalah kematian, dan teks-teks menunjukkan bahawa para iblis akan mati seperti manusia. Mereka kemudiannya dibereskan di dalam kebangkitan kedua itu seperti semua yang lain. Hal ini telah dibincangkan dalam karya-karya Penghakiman Terhadap Para Iblis (No. 80) dan juga dalam Domba dan Anak yang Hilang (No. 199). Bila waktunya aktiviti-aktiviti ini dilihat dari karya Jadual Waktu Ringkasan Segala Zaman (No. 272).

 

Bani Malaikat

 

Ketika disoal apakah fungsi para malaikat atau apakah mereka, jawapan paling biasa didengar adalah bahawa mereka hanyalah utusan-utusan, lantas menunjukkan bahawa mereka secara asasnya adalah orang suruhan. Ini semacam tidak berpadanan. Contohnya, bab 38 Ayub adalah satu penjelasan kepada Ayub tentang bagaimana segala sesuatu telah dicipta. Pada ayat 7, ia mengatakan bahawa anak-anak Tuhan bersorak-sorai kerana penciptaan itu. Saya percaya anak-anak Tuhan di sini merujuk kepada para malaikat, jadi jika mereka telahpun wujud sewaktu penciptaan dunia, dan sebelum penciptaan manusia, apakah yang mereka lakukan sebelum itu?

 

A: Ya, itulah maksudnya. Istilah malaikat berasal dari kata Yunani “aggellos” yang bermakna “utusan” yang dipakaikan kepada makhluk-makhluk syurgawi. Dalam karya Septuagint, “aggellos” digunakan untuk menterjemahkan berbagai konsep. Ianya digunakan untuk menterjemahkan “anak-anak Tuhan” dalam Ulangan 32:8. Sewaktu zaman selepas Bait Suci, ahli-ahli taurat Yahudi mengubahnya hingga berbunyi “anak-anak Israel” untuk menjauhi dari konsep bahawa terdapatnya anak-anak Tuhan yang menjaga Israel, kerana Kristus dikaitkan dengan Malaikat Yahovah sebagai seorang anak Tuhan.

 

Dalam LXX, Yesaya 9:6 menyebut “Malaikat Penasihat Ajaib” untuk Mesias yang merupakan seorang anak Tuhan. Ayub 1:6 dan 2:1 menggunakan istilah “Aggeloi”, “Malaikat-malaikat Tuhan” untuk “anak-anak Tuhan.” Begitu juga dalam Ayub 38:4-7 di mana “malaikat-malaikat” digunakan bagi “anak-anak Tuhan.” Pemahaman maksud teks-teks Ibrani itu telahpun mula hilang pada waktu itu. Dan konsep Bintang-bintang Fajar Ibrani tidak begitu difahami oleh para penterjemah dalam terjemahan LXX itu. Nehemia mengatakan mereka terpaksa menjelaskan maksud bahasa Ibraninya kepada rakyat sewaktu zamannya kerana mereka tidak lagi memahaminya, dan hanya berbahasa Aramaik.

 

Ringkasnya, seorang Malaikat adalah seorang utusan. Sebelum penciptaan, tiada sesiapapun yang perlu dibawakan utusan, dan kerana itu mereka semua hanyalah anak-anak Tuhan. Apabila manusia dicipta, mereka diutus kepada manusia selaku utusan-utusan, dan kerana itu semua mereka yang terlibat dalam hal ini adalah malaikat. Perhatikan karya-karya Malaikat YHVH (No. 24); Pra-Kewujudan Yesus Kristus (No. 243) dan Bagaimana Tuhan Menjadi Suatu Keluarga (No. 187). Untuk rencana jangkamasa panjangnya, lihat karya Kota Tuhan (No. 180).

 

Adakah orang yang dapat mengenali malaikat sebaik saja melihat mereka, sementara orang lain tidak? Jika mereka muncul sebagai manusia, adakah kita patut tahu bahawa mereka adalah malaikat?

 

A: Para Bapa (Patriak) mengenali mereka, dari apa yang kita perhati mereka lakukan dan katakan di dalam Alkitab. Ia adalah “ujian itik.” Jika ia berjalan seperti itik dan berbunyi seperti itik, maka ia adalah itik. Kadangkala mereka ada bersama kita dan kita tidak diberitahu. Kita melayani para malaikat tanpa menyedarinya (Ibrani 13:2). Tuhan menyatakan kehendak-kehendakNya melalui hamba-hambaNya para nabi (Amos 3:7).

 

Orang-orang ini berbicara bagi Tuhan. Begitu juga, anak-anak Tuhan dalam bani syurgawi berbicara bagi pihak Tuhan, dan diutus kepada manusia sebagai “malaikat” atau utusan. Lihatlah karya-karya yang ada menyentuh hal Anak-anak Tuhan contohnya Malaikat YHVH (No. 24) dan juga Bagaimana Tuhan Menjadi Suatu Keluarga (No. 187).

 

Saya telah dikemukakan dengan Kejadian 48:16 sebagai ayat sokongan untuk berdoa kepada malaikat. Apakah pengertian sebenar teks ini?

 

A: Teks ini, serta komen oleh Stefanus, adalah satu-satunya teks dalam Alkitab di mana Kristus dialamatkan dalam doa. Musa berbicara kepadanya muka dengan muka, dan berdiri di antara dia dan Israel, seperti juga Daud. Daud mengalamatnya dalam Mazmur 45:6-7 apabila dia mengatakan: “..sebab itu Allah, Allahmu, telah mengurapi engkau dengan minyak sebagai tanda kesukaan, melebihi teman-teman sekutumu.” Dalam setiap kes terbabit, ianya satu permintaan terus kepada Kristus dalam peranannya sebagai pelindung Israel. Lihat karya Pra-Kewujudan Yesus Kristus (No. 243).

 

Dalam setiap kes, mereka digunakan sebagai komen-komen mengajar. Bagaimanakah kita akan tahu bahawa Malaikat Penebusan itu adalah elohim Israel (Zakharia 12:8; Ibrani 1:8-9), dilantik oleh Tuhannya, kecualilah kita mempunyai kesaksian langsung Kaum Bapa dalam Kitab Suci untuk menunjukkan hakikat ini. Mereka menggambarkan hubungan langsung para nabi dengan Kristus. Kita hanya berdoa kepada dan menyembah Allah yang Maha Esa.

 

Ciptaan Fizikal

Nefilim

Adakah insan manusia yang hidup di atas planet ini sebelum Adam, dan bilakah Adam dicipta?

 

A: Menurut kronologi Biskop Ussher, Adam telah dicipta pada tahun 4004 SM. Kita tahu dari arkeologi bahawa terdapat makhluk-makhluk yang dicipta di atas planet ini sebelum Homo Sapiens wujud.

 

Oleh itu, terdapat satu ciptaan lain sebelum Adam. Perbincangan mengenai apa yang dikatakan Alkitab berkenaan hal ini ditulis dalam karya Nefilim (No. 154) serta Doktrin Dosa Asal Bahagian 2 Generasi-generasi Adam (No. 248).

 

Penterjemahan kitab Kejadian untuk membataskan penciptaan kepada hanya anak-anak Set serta anak-anak Kain adalah satu rekaan Augustine dari Hippo pada awal abad kelima. Ia menyangkal pengertian orang-orang purba dan membuatkan Kekristianan langsung tidak bersedia untuk menangani penemuan-penemuan saintifik moden dalam tempoh dua ratus tahun terakhir. Doktrin palsu tunggal milik Augustine ini telah memungkinkan penghancuran teori Penciptaan bersama dengan doktrin palsu evolusi.

 

Adakah kamu tahu tentang sebarang maklumat dalam perbandingan DNA humanoid pra-Adam dengan DNA post-Adam? Adakah kamu dapati sebarang konflik dengan catatan Alkitab dan penemuan-penemuan arkeologi?

 

A: Ya, ujian-ujian terbaru yang dibuat ke atas Neanderthal telah mengasingkan struktur DNA mereka dan ianya suatu sistem 27 helai manakala bagi manusia ianya 8 helai. Kita sedang cuba mengasingkan struktur Cro-Magnon untuk melihat di mana penyimpangan sebenar antaranya dengan manusia moden. Nampaknya terdapat keengganan untuk membincangkan isu pelepasan sebarang hasilnya, kalaupun betul ada ujian yang telah dilakukan. Apa yang kita ada setakat ini menunjukkan bahawa primat-primat moden tiada kaitan langsung dari segi penciptaan dengan golongan Neanderthal itu. Contoh-contoh humanoid yang kita ada setakat ini dari Australia, seperti orang Arunka dan Paya Kowe (Kowe Swamp), mempunyai perbezaan-perbezaan jelas dengan manusia moden. DNA mitokondria mereka berbeza dari manusia moden. Lelaki Tasik Nitchie adalah seorang gergasi. Aspek-aspek ini telah diliputi di dalam karya Nefilim (No. 154).

 

Saya faham bahawa ciptaan pra-Adam itu adalah lebih biasa dan seperti yang dinyatakan dalam Yesaya tidak mengalami kebangkitan. Nefilim tidak akan dibangkitkan kerana mereka bukan bekas-bekas isian fizikal yang sesuai dipenuhi dan diusahakan Roh Kudus. Adakah ini betul? Setelah 6000 tahun pemerintahan salah planet ini, terdapat berbagai vektor-vektor seperti virus, transposon, dan sebagainya yang mampu memasukkan bahan genetik asing ke dalam DNA kita untuk menjadikan manusia hampir korup seperti Nefilim. Jika bani syurgawi durhaka itu telah diberikan tempoh yang lebih panjang dari 6000 tahun,  mereka mesti dapat mencapai apa yang cuba dicapai mereka dengan Nefilim. Adakah kamu setuju dengan ini?

 

A: Penyelesaiannya adalah bahawa Ciptaan itu telah dibuat menurut gambar Tuhan agar Roh Kudus dapat ditanam atau ditindihkan atasnya. Kemerosotan spesis ini memang sedang berlaku. Mungkin sekali pembatasan penciptaan kepada 6000 tahun bertujuan untuk menghadkan degradasi spesis melalui pengasingan genetiknya serta masalah-masalah lain. Pengurangan jangkamasa hayat menunjukkan adanya masalah. Juga, nampaknya telah ada percubaan sengaja untuk mengacau susunan DNA umat manusia oleh bani syurgawi melalui struktur pra-banjir Nefilim itu.

 

Tidak syak lagi bahawa kumpulan Neanderthal adalah dari satu sistem yang betul-betul berlainan namun struktur kemudian itu bukan. Orang Neanderthal dinyatakan mempunyai sistem 27 jalur/helai, sementara primat-primat terkini mempunyai sistem 8 helai. Kita mempunyai lebih banyak persamaan dengan DNA chimpanzee daripada Neanderthal. Kemampuan kita untuk terus hidup mungkin sekali terbatas jika tempohnya melebihi 6000 tahun tanpa terkawal.

 

Saya telah membaca beberapa respon tentang kebangkitan dan kamu nyatakan bahawa Nefilim tidak memiliki kebangkitan, namun Iblis dan iblis setannya akan mempunyai peluang untuk bertaubat. Boleh kamu jelaskan kenapa?

 

A: Bani durhaka adalah sebahagian dari Ciptaan Tuhan dan telah dijadikan menurut gambarNya dan melalui kehendakNya. Mereka boleh bertaubat dan boleh digunakan. Nefilim bukan sebahagian dari Ciptaan Tuhan. Mereka telah dicipta oleh bani durhaka itu khususnya untuk menghalang Rencana Tuhan, dan mereka tidak dibuat menurut gambar Tuhan. Oleh itu, mereka tidak mampu berfungsi dengan Roh Kudus seperti mana yang mampu dilakukan para iblis.

 

Tuhan wajib, dari segi logik dan moral, melanjutkan pertaubatan kepada CiptaanNya, tetapi tidak kepada benda-benda yang dicipta para iblis yang bertentangan dengan KehendakNya. Oleh itu, Dia akan melanjutkan kemampuan tersebut kepada para iblis dan mereka akan dihakimi kita mengikut Kitab Suci (1 Korintus 6:3). Begitu juga, Dia telah mengatakan bahawa kemampuan itu tidak akan diberikan kepada Nefilim. Mereka tidak memiliki kebangkitan (Yesaya 26:14). Perhatikan karya-karya Penghakiman Terhadap Para Iblis (No. 80); Kebangkitan Orang Mati (No. 143) serta Domba dan Anak yang Hilang (No. 199).

 

Nuh telah dipilih untuk diselamatkan dalam Bahtera itu kerana keturunannya adalah sempurna. Saya fahami hal ini sebagai bermakna bahawa keturunannya tidak dikorupsikan oleh Nefilim. Semua manusia yang telah dikorupsikan oleh Nefilim dan mati dalam banjir itu akan dibangkitkan, bukan begitu? Jika semua Nefilim tidak mati dalam banjir itu, adakah keturunan mereka akan mendapat kebangkitan atau tidak?

 

A: Tidak, Nefilim/Refaim tidak memiliki kebangkitan seperti yang kita tahu dari Yesaya 26:13. Segala hal berkenaan siapa diri mereka dan apa yang terjadi sebelum dan selepas banjir itu diliputi dalam karya Nefilim (No. 154).

 

Adam dan Hawa

 

Kenapakah Tuhan menginginkan suatu penciptaan manusia fizikal sedangkan Dia sudahpun mencipta makhluk-makhluk malaikat roh untuk menjadi Anak-anak Tuhan? Kenapa tidak hanya mencipta lebih ramai malaikat? Apakah perbezaan di dalam peranan-peranan memasuki keluargaNya?

 

A: Persoalan ini mungkin persoalan paling asas sekali bagi rencana keselamatan. Tuhan tentunya telah dapat mencipta seberapa banyak anak-anak rohani yang diperlukan atau dikehendakiNya. Jadi kenapa pula dia mencipta suatu ciptaan fizikal yang lebih lemah yang kemudiannya ditempatkan di bawah ciptaan rohani?

 

Soalan yang sama kemudiannya diaplikasikan kepada ciptaan fizikal. Kenapakah Tuhan mencipta manusia mengikut urutan binatang-binatang membiak yang akan menderita dan mungkin mati dalam proses itu? Kenapakah mereka akhirnya mati juga? Mengapakah Dia tidak mencipta mereka semua pada masa yang sama dan sekadar mendidik mereka?

 

Jawapannya mudah dan juga rumit. Dengan cara ini Dia akan perlu ditaati dan seluruh penciptaan akan perlu berjalan dengan iman. Bani malaikat akan melihat ciptaan fizikal itu ditakdirkan bagi peristiwa tertentu sebagai anak-anak Tuhan dan akan perlu berjalan dengan iman serta mengasuh mereka sebagai roh-roh melayani, seperti mana ibubapa mengasuh anak-anak. Ciptaan manusia dapat melihat jauh lebih sedikit dan itulah sebabnya iman yang dipamerkan di dalam mereka adalah lebih besar.

 

Iblis mempergunakan penciptaan ini untuk memimpin sepertiga bani syurgawi untuk mendurhaka. Anak-anak durhaka ini kemudiannya ditempatkan sebagai penjaga ciptaan tersebut untuk menguji keduanya serta mengadili keduanya.

 

Jemaat adalah satu kumpulan yang dipanggil keluar untuk menguji serta mengadili para iblis kerana mereka diukur menurut standard yang kita tetapkan. Dalam milenium kita akan melakukan tugas yang telah ditentukan untuk mereka lakukan sekarang ini di bawah hukum-hukum Tuhan. Para iblis telah memutuskan untuk membuat satu sistem lain dengan satu struktur ibadah lain yang tidak berhasil. Jadi kita lihat bahawa struktur itu telah dibuat untuk memastikan bahawa umat pilihan berjalan dengan iman dan hanya mereka yang mengerjakan iman dan penurutan saja yang dijadikan anak-anak Tuhan yang berkuasa dari kebangkitan dari mati.

 

Anak-anak Tuhan perlu diuji melalui iman dan tugas-tugas mereka. Oleh itu, ciptaan rohani diuji melalui ciptaan fizikal dan keduanya datang kepada keselamatan bersama-sama. Lihat karya-karya Bagaimana Tuhan Menjadi Suatu Keluarga (No. 187); Penghakiman Terhadap Para Iblis (No. 80); Tujuan Penciptaan dan Pengorbanan Kristus (No. 160); dan Kota Tuhan (No. 180).

 

Apakah nasib muktamad umat manusia?

 

A: Matlamat penciptaan manusia adalah untuk memerintah sebagai Tuhan (Zakharia 12:8). Nama Israel secara literalnya bermakna “dia akan memerintah sebagai Tuhan.” Kita telah dicipta untuk meninggikan kita, dan anak-anak Tuhan dari angkatan malaikat dalam ertikata interaksi bersama dan tanggungjawab yang dikongsikan. Kita seharusnya membawa diri kita, serta bani syurgawi, melalui Kebangkitan-kebangkitan itu ke Kota Tuhan. Perhatikan karya-karya Tujuan Penciptaan dan Pengorbanan Kristus (No. 160) dan Kota Tuhan (No. 180). Kita akan memerintah segenap langit dan setakat ini, kita hanya mampu meneka apa yang dirancangkan Tuhan untuk kita serta bani syurgawi lainnya (1 Korintus 2:9; Ulangan 4:19).

 

Dalam taman Eden, kenapakah Adam tidak menegur Hawa kerana memakan buah dari pohon pengetahuan baik dan jahat, dan sebaliknya ikut bersamanya?

 

A: Ianya tanggungjawabnya untuk menegurnya. Dia tidak melakukannya dan cara bagaimana kita diuruskan telah diubah. Bagaimanapun, Tuhan memang tahu bahawa dia akan melakukannya dan juga bahawa akan perlu untuk mengutus Kristus untuk menjadi kepala selaku anak domba yang disembelih. Kita ditulis dalam Buku Anak Domba itu, Buku Kehidupan serta Buku Kebangkitan sejak dari permulaan dunia ini.

 

Oleh itu, Tuhan jelas memahami peristiwa-peristiwa itu dan telah bersedia untuk semua itu di dalam sistem Keselamatan. Lihat karya-karya Doktrin Dosa Asal Bahagian 1 Taman Eden (246); dan Doktrin Dosa Asal Bahagian 2 Generasi-generasi Adam (No. 248).

 

Perjanjian Lama mengatakan bahawa Adam telah dicipta kira-kira 5000 tahun sebelum Yesus Kristus, namun sebenarnya telah ada beberapa tamadun seperti golongan Firaun pada tahun 4200 SM serta bangsa Cina sebelum itu. Dari segi sains, mereka telah menemui tulang-tulang manusia yang berusia berjuta-juta tahun. Bagaimanakah kita dapat mewajarkan kontradiksi ini?

 

A: Menurut kronologi Ussher, yang berpandukan Alkitab, Adam telah dicipta pada tahun 4005/4 SM. Penjelasan tentang ciptaan pra-Adam itu terkandung di dalam karya Nefilim (No. 154). Perhatikan juga karya-karya Doktrin Dosa Asal Bahagian 1 Taman Eden (246) dan Doktrin Dosa Asal Bahagian 2 Generasi-generasi Adam (No. 248).

 

Tahukah kamu mengapa begitu banyak cerita kanak-kanak hanya menggambarkan Adam dan Hawa berdosa dan membuat untuk diri mereka kain cawat dari daun-daun pohon ara (Kejadian 3:7)? Kebanyakan ceritanya berhenti di situ saja dan tidak menerangkan jangka waktu, bagaimana Adam dan Hawa telah diajar Tuhan, atau bagaimana sekalipun selepas dosa mereka Tuhan telah membuat pakaian kulit untuk mereka dan memakaikan Adam dan isterinya (Kejadian 3:21).

 

A: Penghentian teks itu di sini adalah berdasarkan pada beberapa premis palsu. Pertama, usaha mereka adalah usaha manusia dan berbeza dengan usaha Tuhan dalam pemakaian mereka dengan kulit binatang. Oleh itu penekanannya adalah pada usaha manusia dan bukannya usaha Tuhan (rujuk Roma 8:3).

 

Gambaran-gambaran popular sebegini adalah untuk beberapa sebab. Kumpulan Gnostik dan doktrin-doktrin mereka adalah vegetarian pertapa, dan mereka ingin menyembunyikan hakikat pembunuhan binatang-binatang itu serta pemakanan daging. Lihat karya Vegetarianisme dan Alkitab (No. 183).

 

Daun-daun itu ada simbolisme-nya di kalangan kultus-kultus rahsia. Dengan itu, mereka dipamerkan dengan lebih menonjol lagi. Daun-daun oak jelas dikutuk dalam Alkitab. Para imam Attis di Rom juga membuat tatu pada diri mereka dengan daun-daun ivy, yang keramat bagi tuhan mereka. Oleh itu, daun lazim digunakan dalam simbol-simbol mereka, sama seperti simbol zakar atau Asherah, dan anak kambing.

 

Apakah buah larangan itu sebenarnya buah epal? Saya tidak mendapatinya begitu dalam Alkitab saya, bolehkah kamu beritahu saya di manakah ia katakan bahawa Hawa telah memakan sebuah epal?

 

A: Anggapan bahawa Hawa telah memberikan buah epal kepada Adam adalah tidak biblikal. Ia berasal dari mitos-mitos dan misteri-misteri, dan ia dikaitkan dengan buah emas perselisihan. Cerita penuhnya terkandung di dalam karya Doktrin Dosa Asal Bahagian 1 Taman Eden (246).

 

Saya percaya pada Tuhan namun satu benda yang sukar saya fahami adalah jika “Adam dan Hawa” benar-benar manusia pertama atas bumi, maka dari manakah datangnya semua bangsa-bangsa manusia yang jelas berbeza antara satu sama lain?

 

A: Hanya ada satu bangsa, iaitu bangsa manusia. Kita semua adalah saudara. Bahasa-bahasa telah dikelirukan di Babel. Ianya sedikit-sedikit seperti pembiakan binatang. Orang berkulit hitam secara asasnya bertumbuh, dari segi pigmentasi kulit, selama banyak tahun. Mereka yang berkulit cerah terdapat di negeri-negeri di mana mereka memakai lebih banyak pakaian. Namun begitu, mereka masih lagi manusia yang sama dengan struktur asas yang sama. Jenis-jenis atau kategori darah berbeza dari timur ke barat, namun masih lagi mempunyai jenis-jenis asas yang sama.

 

Dari segi ertikata binatang, kita boleh katakan bahawa anjing German Shepherd dan Sheepdog berdua berasal dari serigala, dan tidak lama dahulu. Sungguhpun keduanya kelihatan berbeza namun mereka tetap anjing. Hal penciptaan telah dibincangkan dalam Doktrin Dosa Asal Bahagian 1 Taman Eden (246) dan