Jemaat-jemaat Allah Al Masehi

[058]

 

 

 

 

FAQ Pelajaran Alkitab Perjanjian Baru

(Edisi 1.1 20000630-20011206)

 

Soalan-soalan Lazim tentang teks-teks Perjanjian Baru disenaraikan di dalam.

 

 

 

Christian Churches of God

 

PO Box 369, WODEN ACT 2606, AUSTRALIA

E-mail: secretary@ccg.org

 

(Hakcipta ©2000, 2001 Wade Cox)

(tr. 2005)

 

Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan.  Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan.  Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.

 

Karya ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org



KANDUNGAN

 

Mesias…Anak manusia-Anak tunggal-Anak yang diperanakkan-Yesus Tuhan-Nabi-Korban dosa-Iman dalam Kristus-Pembaptisan Kristus-Hanya satu jalan kepada Bapa-Imam-Yosua-Orang lain bernama Yesus-Surat Pilatus-Tahun penyaliban-Stauros-Salib-Kebangkitan-Fizikal atau Rohani-Tubuh Yesus-Israel dikahwinkan kepada Kristus-Korban-Murid-murid subkumpulan-Yesus Juruselamat-Mengajar-Vegetarian-Yesus Firman/Tuhan-Arche-Malaikat Wahyu-Yesus/Alkitab

 

Roh Kudus…oknum Roh Kudus-Tuhan memberikan Roh Kudus-Jiwa/Roh-Kerajaan Tuhan-Air/batu

 

Matius…Matius 2:2;-2:13;-2:17-18;-6:5-15;-12:50;-17:21;-20:13;-28:19

 

MarkMarkus 5:21-43;-7:15;-10:18

 

LukasLukas 12:36;-17:11;-19:12;-23:43

 

YohanesYohanes/Kejadian-Yohanes 5:1-24;-5:18;-7:52;-Bab 10;-12:12-13;-19:31

 

KisahTiada amin-Kisah 1:15;-15:24-29;-15:28:29

 

RomaRoma bab1-Roma 3:20;-10:4;-Bab 14;-16:16

 

1 Korintus1 Korintus 5:5-6;-11:10-15

 

GalatiaGalatia 4:9-11;-4:10

 

EfesusEfesus 3:15

 

Filipi…Filipi 2:10

 

Kolose…2:14;-2:16;-2:18;-4:3

 

2 Tesalonika…2 Tesalonika 2:3-4,6

 

1 Timotius…1 Timotius 4:1-3

 

Ibrani…Ibrani 7:3

 

Yakobus…Asal Yakobus-Yakobus 1:17

 

1 Yohanes…1 Yohanes 5:7

 

Wahyu…St John-Apocalypse-Wahyu 1:4;-5:6;-2:17;-2:20;-2:28;-3:7;-3:12;-4:2-6;-5:12-17;-6:2;-6:4;-6:5;-6:8;-7:14;-8:10;-bab 9;-bab 10;-13:18;-bab 14;-17:5;-20:10;-20:15;-21:18;-21:1;-Kesusahan Yakub-Keadaan bumi-Apa terjadi pada kebangkitan pada mulanya-Anak-anak mengenali ibubapa-Di bawah pemerintahan Yesus-Jamuan perkahwinan-Siapa akan menghadiri-Kota Tuhan

 

Kalendar…Bilakah jam 3-Ekuinoks-Bulan Baru-Konjunksi-Bulan sabit-Kalendar-kalendar palsu-Tahun persepuluhan-Bukti untuk konjunksi-Bulan Baru pada zaman Kristus-Kalendar Karaite-Garisan tarikh-Paskah: Malam berjaga-jaga-Perhitungan omer-Roti & Wain-Pembasuhan kaki-Perjamuan Tuhan

 

Jemaat…Hari Raya Kristian-Kerajaan Tuhan-Kuasa untuk mengubah doktrin-Fasa-fasa menjadi seorang Kristian-Peluang kedua-Umat pilihan-Di mana Tuhan-Sabat atau hari Minggu: Adakah sebarang bukti untuk kebaktian hari Minggu-Adakah sebarang sokongan untuk kes negatif untuk Sabat-Kebanyakan orang beribadah pada hari Minggu-ibadat hari Minggu/syurga-Setiap hari adalah Sabat-Kenapa sekarang hari Minggu-Apa yang dilakukan jemaat asal-Empat Sidang-Bapa-bapa Jemaat-Rencana Tuhan untuk kita-

 

Ibadat Pagan: Easter-Trinitas

 

Antikristus…Antikristus & Hukum Musa-Doktrin-Yesus dituduh sebagai antikristus

 

 

FAQ Pelajaran Alkitab Perjanjian Baru

 

Mesias

Siapakah Anak manusia? Kenapakah dia dipanggil Anak Manusia?

 

J: Terdapat ramai anak-anak Tuhan di mana Kristus adalah salah seorang daripadanya (Ayub 1:6; 2:1; 38:4-7). Hanya seorang saja dari mereka yang dilahirkan sebagai manusia. Ia adalah monogenes theos atau satu-satunya tuhan yang dilahirkan dari Yohanes 1:18 dan Amsal 30:4-5.

 

Ini adalah konsep di sebalik teks Ibrani 1:8-9 yang diambil dari Mazmur 45:6-7. Dalam Ibrani ia meneruskan dengan mengenalpasti bahawa elohim ini bukan lagi sekadar seorang dari bani malaikat yang dipanggil anak-anak Tuhan. Dia adalah imam besar yang baru sebagai anak manusia.

 

Lihat karya-karya Mazmur 8 (No. 14); Pra-Kewujudan Yesus Kristus (No. 243); Bagaimana Tuhan Menjadi Sebuah Keluarga (No. 187); dan Tujuan Penciptaan dan Pengorbanan Kristus (No. 160).

 

Kenapakah Alkitab mengatakan “Karena begitu besar kasih Allah akan dunia ini, sehingga Ia telah mengaruniakan Anak-Nya yang tunggal (monogene)”? Bagaimanakah mungkin Dia yang tunggal sedangkan terdapat ramai anak?

 

J: Terdapat ramai anak-anak Tuhan seperti yang dinyatakan Alkitab. Bagaimanapun, hanya dia seorang saja yang dilahirkan. Yang lain semuanya dijadikan sebagai anak-anak dalam bani Syurgawi. Dia adalah Prototokos Penciptaan Tuhan dan Dia adalah Arche Penciptaan Tuhan. Dia juga adalah Prototokos dari orang mati. Bagaimanapun dia adalah satu-satunya Tuhan yang dilahirkan; monogenes theos dari Yohanes 1:18.

 

Aspek-aspek ini dibincangkan dalam karya Arche Penciptaan Tuhan sebagai Alfa dan Omega (No. 229); dan Pra-Kewujudan Yesus Kristus (No. 243).

 

Dalam Mazmur 2:7, Kisah 13:33, dan Ibrani 1:5 kita membaca “Anak-Ku Engkau! Aku telah memperanakkan Engkau pada hari ini,” dan dalam Yohanes 1:14 “kemuliaan yang diberikan kepada-Nya sebagai Anak Tunggal (satu-satunya yang diperanakkan) Bapa.” Apakah makna “diperanakkan”? Bilakah sebenarnya Kristus diperanakkan dan kenapakah di “SATU-SATUNYA” (TUNGGAL) Anak yang diperanakkan sedangkan malaikat-malaikat juga adalah anak-anak Tuhan? Adakah ini bercakap tentang perubahan dari roh kepada manusia dan kemudian manusia kepada roh?

 

J: Ini telah sengaja disembunyikan oleh kumpulan Trinitarian. Terdapat dua istilah, yang satu adalah “Prototokos” yang bermakna “mula-mula diperanakkan” dan satu lagi adalah “monogenes” yang bererti “satu-satunya yang dilahirkan.” Istilah yang mengaitkan Kristus sebagai yang pertama diperanakkan dan pertama dilahirkan dari mati adalah “Prototokos.”

 

Dia disebutkan sebagai “satu-satunya Tuhan yang diperanakkan” dalam Yohanes 1:18 dari “Monogenes Theos.” Teks ini telah diubah dalam Receptus untuk membaca “satu-satunya anak yang dilahirkan” atau “monogenes uion” dan kemudian diterjemahkan sebagai “anak tunggal.” Ini dilakukan untuk menyembunyikan keistimewaan hakikat bahawa terdapat ramai anak-anak Tuhan dalam bani syurgawi, di mana Kristus adalah “prototokos”, namun hanya seorang saja dari anak-anak itu telah dilahirkan dan dengan itu, dia adalah satu-satunya “tuhan” atau “theos” yang diperanakkan.

 

Istilah-istilah ini telah diperiksa secara terperinci dalam karya-karya Umat Pilihan Sebagai Elohim (No. 1) dan Malaikat YHVH (No. 24); Arche Penciptaan Tuhan Sebagai Alfa dan Omega (No. 229) dan Pra-Kewujudan Yesus Kristus (No. 243).

 

Adakah mana-mana dalam Alkitab di mana Yesus memanggil dirinya Tuhan?

 

J: Dia dipanggil Tuhan dalam beberapa teks Alkitab. Dia tidak menyebut dirinya sebagai Tuhan, namun teks-teks itu berbuat begitu dan merujuk kepadanya sebagai tuhan subordinat. Sebagai contoh, teks dalam Mazmur 45:6-7 jelas dikenalpasti sebagai Kristus diurapi sebagai Tuhan oleh Tuhannya dengan minyak kesukaan melebihi teman-teman sekutunya dari Ibrani 1:8-9. Hubungan Malaikat Agung Perjanjian Baru sebagai seorang elohim adalah bahagian penting Teologi Alkitab.

 

Struktur hubungan ini diliputi dalam karya-karya Umat Pilihan Sebagai Elohim (No. 1); Malaikat YHVH (No. 24); dan Pra-Kewujudan Yesus Kristus (No. 243). Syahadat Ulfilas, biskop orang Goth, yang dibincangkan dalam karya ini juga menerangkan hubungan tersebut. Karya Teologi Awal Tentang Ketuhanan (No. 127) akan menunjukkan kepada kamu apa yang diajar dan difahami oleh Jemaat awal dengan aspek ini.

 

Adakah Yesus seorang nabi?

 

J: Musa mengatakan bahawa dia adalah seorang nabi. Dia mengatakan bahawa Tuhan akan mengangkat seorang nabi sepertinya dan dia harus ditaati. Dia adalah Imam, Raja dan Nabi. Lihatlah Yesus Kristus, Raja, Imam dan Nabi (No. 280). Kata-katanya, seperti yang direkodkan, menunjukkan nubuatan, dan menjadi kenyataan seperti yang dikatakannya. Dia berbicara mengikut Hukum dan Kesaksian (Yesaya 8:20). Itu adalah ujian seorang nabi.

 

Kejadian 4:7 berbunyi: “Apakah mukamu tidak akan berseri, jika engkau berbuat baik? Tetapi jika engkau tidak berbuat baik, dosa sudah mengintip di depan pintu; ia sangat menggoda engkau, tetapi engkau harus berkuasa atasnya.” Alkitab Companion mencatatkan dosa = korban penghapus dosa. Adakah ini rujukan secara tidak langsung kepada Mesias sebagai korban penghapus dosa dari Mazmur 22 dan pintu dari Wahyu 3:20 dan darah pada tiang-tiang dan ambang pintu dari Keluaran 12:7?

 

J: Ya, ini adalah ayat penting. Bahasa Ibraninya menekankan “baik” yang pertama dan “jika” yang kedua. Bullinger menyatakan dalam nota-nota Companion Bible kepada teks tersebut bahawa ia menandakan suatu alternatif penting dan serius. Istilah Ibraninya adalah “chat’a” dan bermakna korban penghapus dosa kerana ia ditambah dalam Keluaran 30:10; Imamat 4:3; 6:25; 8:2; Mazmur 40:6 (banding dengan 2 Korintus 5:21; Efesus 5:2).

 

Perkataan “mengintip” adalah berbentuk maskulin dan korban penghapus dosa adalah berbentuk feminin. Bahasa Ibraninya berbunyi: “pada pintu masuk [seorang lelaki] menunggu, iaitu korban penghapus dosa.” Lihat juga Kejadian 3:16 untuk “berkuasa atasmu.” Mesias, seperti yang kita tahu, adalah korban penghapus dosa. Perhatikan karya-karya: Doktrin Dosa Asal Bahagian 1 Taman Eden (No. 246); dan Doktrin Dosa Asal Bahagian 2 Generasi-generasi Adam (No. 248).

 

Semua Kristian nampaknya mempercayai bahawa mereka perlu mempunyai iman, tetapi iman dalam apa? Apakah maknanya untuk beriman dalam Kristus?

 

J: Iman adalah kepercayaan yakin bahawa Tuhan akan membawakan keselamatan kepada individu, dalam rencana yang Dia telah tentukan, yang bekerja untuk kebaikan semua manusia. Tuhan akan bekerja untuk keselamatan seluruh penciptaanNya agar tiada satupun yang binasa.

 

Iman ini ditunjukkan dalam tindakan-tindakan Jemaat sepanjang sejarah dari Adam hingga ke hari ini. Ibrani bab 11 memberikan kamu satu senarai orang-orang beriman yang penting, dan tentang jangkaan serta tindakan mereka yang tetap. Keselamatan tidak datang melalui iman yang dinyatakan dalam Kristus. Keselamatan, sebagai seorang umat kudus Jemaat, adalah dengan memelihara Perintah-perintah Tuhan serta Kesaksian atau Iman Yesus Kristus (Wahyu 12:17; 14:12). Kristus sendiri beriman dalam Tuhan yang dapat menyelamatkannya.

 

Iman dalam Tuhanlah yang menyelamatkan melalui aktiviti-aktiviti Yesus Kristus yang telah diutusNya (Yohanes 17:3). Ramai yang memanggilnya “Tuhan, Tuhan” dan dia akan berkata,”Pergi kamu dari saya, saya tidak mengenal kamu.” Jika kamu mengasihi Kristus, pelihara perintah-perintah itu.

 

Umat Kristian dibaptiskan dalam nama Bapa, Anak dan Roh Kudus namun pada fikiran kamu apakah kata-kata Yohanes Pembaptis ketika dia membaptis Kristus?

 

J: Pembaptisan Yohanes adalah untuk pertaubatan dosa dan sebagai pengajaran untuk menyediakan jalan Yahovah dan meluruskan jalan-jalannya, dari Yesaya 40:3 dan dipetik dalam Matius 3:3. Pembaptisannya bukanlah kepada keselamatan. Kristus dibaptiskan untuk menerima Roh Kudus, yang diterimanya, sama seperti para nabi dahulukala. Kata-katanya adalah: “Aku membaptis kamu dengan air sebagai tanda pertobatan, tetapi Ia yang datang kemudian dari padaku lebih berkuasa dari padaku dan aku tidak layak melepaskan kasut-Nya.”

 

Komen-komennya kepada Kristus adalah: “Lihatlah Anak domba Allah, yang menghapus dosa dunia” (Yohanes 1:29) dan dia mengatakan Akulah yang perlu dibaptis oleh-Mu, dan Engkau yang datang kepadaku.

 

Kata-kata bahagian pertama adalah kata-kata yang paling mungkin sekali telah diucapkan olehnya. Iaitu: “Aku membaptis kamu dengan air sebagai tanda pertobatan.” Lukas mencatatkan bahawa Kristus juga berdoa di situ (Lukas 3:21). Langit terbuka dan Roh Kudus turun ke atasnya dengan rupa burung merpati, dan Tuhan berkata, “Engkaulah Anak-Ku yang Kukasihi, kepada-Mulah Aku berkenan.” Markus memberikan cerita yang lebih kurang sama seperti Matius. Kita tidak diberikan kata-kata yang tepat.

 

Adakah Kristus satu-satunya jalan kepada Bapa?

 

J: Dalam Yohanes 14:1-6 Kristus berkata bahawa dia adalah satu-satunya jalan kepada Bapa. Terdapat sebilangan bantahan kepada pernyataan ini, namun semuanya adalah berdasar pada teologi palsu dan salah faham teks Alkitab tersebut.

 

Bantahan pertama: Tuhan berbicara kepada Musa dan Kaum Bapa serta para nabi dan dengan itu, mereka tidak memerlukan Kristus. Jawapannya adalah bahawa tiada seorangpun yang pernah melihat Tuhan. Satu-satunya Tuhan yang lahir, yang ada di pangkuan Bapa, telah berbicara (Yohanes 1:18). Jemaat awal mengajar bahawa Kristus adalah Malaikat Perjanjian Lama yang telah menyampaikan Hukum Taurat itu kepada Musa dan yang berbicara kepada para nabi. Justin Martyr cukup jelas tentang hal itu dalam karyanya “First Apology.” Perhatikan juga karya Teologi Awal Tentang Ketuhanan (No. 127).

 

Struktur kebangkitan orang mati memastikan bahawa tiada seorangpun yang dapat mencapati hidup kekal melainkan dengan berdiri di hadapan Kristus dalam penghakiman sebagai makhluk yang telah dibangkitkan. Lihat karya Jiwa (No. 92); dan Kebangkitan Orang Mati (No. 143). Itulah sebabnya kenapa doktrin Jiwa Abadi dan Syurga dan Neraka merupakan doktrin kafir dan menghina Tuhan.

 

Ini adalah ujian sebenar seorang Kristian pada abad-abad pertama dan kedua. Sesiapa yang mengatakan mereka adalah Kristian dan bahawa apabila mereka mati mereka akan pergi ke syurga, tidak harus dipercayai. Mereka bukan Kristian. Melalui kebangkitan fizikal orang mati, setiap lutut akan tunduk kepada Kristus dan tiada seorangpun yang dapat datang kepada Bapa melainkan melalui dia.

 

Selain Yesus Kristus sebagai Mesias atau Juruselamat kita, patutkah kita juga menganggapnya sebagai imam, atau mungkin seorang nabi ataupun seorang raja? Atau adakah dia TUHAN sebenarnya?

 

J: Ya, dia adalah semua itu. Dia adalah imam dan imam besar mengikut mazhab Melkisedek. Dia adalah seorang nabi, seperti yang dikatakan Musa. Dia adalah Raja segala Raja dan Tuhan segala Tuhan (Tuan segala Tuan) secara delegasi dari Bapa.

 

Allah yang Maha Esa juga melantiknya sebagai tuhan dengan minyak kesukaan melebihi teman-teman sekutunya (Mazmur 45:6-7 dan Ibrani 1:8-9). Ini ditunjukkan juga dalam Zakharia 12:8 apabila Malaikat YHVH sebagai kepala kita adalah elohim seperti mana kita juga akan menjadi elohim dan Alkitab tidak boleh dibatalkan (Yohanes 10:34-35). Lihat pada: Umat Pilihan Sebagai Elohim (No. 1); Pra-Kewujudan Yesus Kristus (No. 243); Malaikat YHVH (No. 24).

 

Kenapakah perkataan Yunani untuk Yosua diterjemahkan kepada bahasa Inggeris sebagai Yosua (Joshua) kecuali apabila merujuk kepada Yesus Kristus di mana ia diterjemahkan sebagai Yesus (Jesus)? Tidakkah patut nama yang sama dalam bahasa Yunani diterjemahkan sebagai nama yang sama dalam bahasa Inggeris?

 

J: Ya, ia sepatutnya diterjemah dengan seragam. Perbezaan ini didesak oleh orang Greco-Roman (Yunani-Rom) yang ingin memisahkan Perjanjian Lama dari Perjanjian Baru agar mereka dapat menyingkirkan Hukum Tuhan. Perkara ini telah dibincangkan dengan panjang lebar dalam karya Yosua, Mesias, Anak Tuhan (No. 134) (lihat edisi ke 2). Perubahan-perubahan juga dibuat kepada nama-nama seluruh keluarga Kristus dalam Alkitab. Lihat karya Perawan Mariam dan Keluarga Yesus Kristus (No. 232).

 

Adakah orang lain yang bernama Yesus selain Yesus dari Nazaret?

 

J: Ya, memang ada. Padahal nama Iesous adalah bentuk Yunani bagi Yosua atau Yahoshua. Terdapat berbagai bentuk nama ini. Ia merupakan nama utama di Israel dan dengan itu, Yosua juga adalah nama biasa di Yehuda.

 

Maka dengan itu, Yesus bukanlah nama Kristus. Ini adalah bentuk Inggeris kepada transliterasi Yunani. Josephus, dan kini Schurer, mencatatkan yang lain. Contohnya Yesus bin Damnai; Yesus bin Gamaliel; Yesus bin Phiabi yang dilantik oleh Herodes; Yesus bin Sapphias, archon kepada Tiberias dalam pemberontakan pertama; Yesus bin See, Imam Besar yang dilantik oleh Archelaus; dan Yesus, saingan kepada Josephus (Rujuk The History of the Jewish people in the age of Jesus Christ (Vol. 1. 419, 431, 469, 489, 497; II, 180-181, 229, 232, 234).

 

Nama-nama dalam Kitab-kitab Inggeris adalah terjemahan dari bahasa Yunani, dan lazimnya tiada kesamaanpun dengan Kitab Yunani, apa lagi dengan Kitab Ibrani. Contohnya Yakobus (James) adalah Yakob, Yudas (Jude) adalah Yudah atau Judah, Joses adalah Yosef atau Josef. Lihat karya Perawan Mariam dan Keluarga Yesus Kristus (No. 232) dan Yosua, Mesias, Anak Tuhan (No. 134).

 

Dikatakan bahawa terdapat sepucuk surat dari Pilatus kepada Maharaja Claudius yang membuat rujukan tertentu kepada Yesus. Adakah surat sedemikian wujud? Jika ya, apa katanya tentang Yesus?

 

J: Surat Pilatus kepada Claudius terkandung dalam Injil wahyu Nicodemus (Nikodemus) pada hujung versi pertama. Suatu versi Yunani surat ini terkandung dalam injil-injil wahyu Petrus dan Paulus. Kamu akan melihat versi-versi surat-surat kepada maharaja Augustus, Claudius dan surat kepada Tiberius dalam ANF vol viii, halaman 353, 454, 459 dan seterusnya.

 

Adakah Kristus disalibkan pada tahun penangguhan? Jika tidak bagaimana saya membuktikannnya?

 

J: Tidak, dia tidak disalibkan pada tahun penangguhan dan ianya mudah untuk dibuktikan. Mula-mula sekali, pada 30 CE (TM) hari 14 jatuh pada hari Rabu dan ia akan tetap begitu tidak kira apa sistem yang digunakan. Bagaimanapun, sebab utama adalah bahawa sistem penangguhan (penundaan) belum digunakan pada waktu itu. Penundaan-penundaan ini pada mulanya adalah “ad hoc” (keadaan tertentu saja) yang muncul lama selepas Bait dimusnahkan pada 70 TM. Mishnah yang disusun pada permulaan abad ketiga sekitar 200 lebih TM menunjukkan bahawa penangguhan-penangguhan ini belumpun ada pada waktu itu.

 

Sistem perhitungan yang mengizinkan penundaan-penundaan ini tidak diperkenalkan sehinggalah ia dibawa masuk oleh dua orang Rabbi Babilon pada tahun 344 dan kemudian dikodkan dan diperkenalkan di bawah Rabbi Hillel II pada tahun 358. Ia tidak sempurna sehinggalah abad kesebelas. Maka, Kristus disalibkan lebih tiga ratus tahun sebelum penundaan-penundaann ini direka.

 

Kalendar Yahudi moden tidak pernah digunakan dalam sistem Bait. Kamu boleh mendapat pengetahuan lebih mendalam dari karya Kalendar Tuhan (No. 156) dan karya Bulan dan Tahun Baru (No. 213) dan juga Kalendar dan Bulan: Penundaan atau Perayaan? (No. 195).

 

Kenapakah dalam teks-teks Perjanjian Baru Yunani asal, perkataan salib (cross) tidak pernah digunakan apabila bercakap tentang benda pada mana Kristus disalibkan? Perkataan Yunani yang digunakan adalah “stauros,” yang tidak bererti salib, tetapi sebaliknya pancang. Adakah dia disalibkan pada salib, atau pancang tunggal?

 

J: Salib tidak pernah digunakan dalam Kekristianan awal. Paling hampir adalah simbol “chi rho.” Ianya difahami bahawa “stauros” adalah pancang. Perhiasan salib datang kemudiannya, dan salib dengan patung Yesus (crucifix) selepas itu. Tiada satupun benda ini yang diletakkan atas sebarang mezbah Kristian Barat sehingga milenium ini. Perkembangan perhiasan salib diliputi dalam karya Salib: Asal-usul dan Maksudnya (No. 39). Banyak Jemaat-jemaat Allah, sehingga hari ini, masih menolak untuk menerima sebarang simbol salib dalam kebaktian dan kepercayaan mereka.

 

Bolehkan kamu gambarkan bagaimana rupanya salib itu dan bagaimana Yesus dipakukan kepadanya?

 

J: Perkataan yang digunakan adalah “stauros” iaitu perkataan Yunani yang bererti “tongkat” dan terutamanya “pancang tegak” (rujuk Thayers New Greek English Lexicon halaman 586) dan pada asalnya ia hanyalah sebuah pancang atau tiang tegak yang ringkas, khususnya yang tajam. Ini adalah penggunaannya dalam literatur Yunani.

 

Orang Yunani dann Rom meminjam mati dengan penyaliban atas pancang dari orang Phoenicia (ibid). Perkataan “cross” (salib) diperolehi dari perkataan Latin “crux.” Perkembangan simbolisme salib dijelaskan dalam karya Salib: Asal-usul dan Maksudnya (No. 39).

 

Kristus telah dipakukan kepada “stauros” ini melalui tapak tangan dan kakinya. Tujuannya adalah supaya tubuh roboh dengan beratnya sendiri, kerana tidak dapat menyokongnya. Palang salib merupakan penambahan kemudian yang melambatkan kematian. Kepantasan kematian Kristus dan pewaktuannya menandakan “stauros” tersebut adalah pancang tradisional Phoenicia dan Yunani, dan bukannya salib kemudian yang dimajukan itu. Sejarah, penggunaan pra-Kristian, serta mitos-mitosnya diperiksa dalam karya No. 39.

 

Alkitab NKJV saya menyatakan: “Setelah Yesus bangkit pagi-pagi pada hari pertama minggu itu, Ia mula-mula menampakkan diri-Nya kepada Maria…” (Markus 16:9). “Setelah hari Sabat lewat, menjelang menyingsingnya fajar pada hari pertama minggu itu, pergilah Maria…” (Matius 28:1). Adakah Yesus bangkit pada awal pagi Sabtu atau pagi hari Minggu? Oleh kerana hari Tuhan bermula pada matahari terbenam, jika dia bangkit bila-bila selepas matahari terbenam pada hari Sabtu maka itu akan dianggap hari pertama minggu, bukankah?

 

J: Dia berada tiga hari dan tiga malam dalam kubur. Dia masuk pada waktu yang kita panggil petang Rabu pada matahari terbenam dan dibangkitkan pada petang Sabtu pada matahari terbenam.

 

Dia perlu memenuhi tiga peristiwa pada Paskah ini. Dia perlu dikorbankan sebagai Anak Domba tepat pada waktu untuk anak domba dikorbankan. Kerana jika tidak, dia bukanlah anak domba Paskah tetapi hanya seorang lagi orang mati. Dia perlu memenuhi Tanda Yunus, kerana itu satu-satunya tanda yang diberikan kepada pelayanannya. Itu adalah perlu bagi penghakiman Yehuda empat puluh tahun kemudiannya pada 70 TM.

 

Perkara berikutnya yang perlu dilakukannya adalah memenuhi Persembahan Unjukan Berkas. Dia adalah yang sulung dari orang mati dan Dia adalah yang pertama dan dengan itu Dia perlu diterima oleh Tuhan sebagai telah melaksanakan fungsi-fungsinya dalam hal ini. Oleh itu Dia harus naik kepada Tuhan pada Pagi hari Minggu pada 9 a.m. untuk memulakan Perhitungan Omer ke Pentakosta agar tuaian kita dapat bermula. Dia adalah Tuaian Jelai dan Unjukan Berkas dan Dia perlu diterima untuk membolehkan Roh Kudus diberikan pada kepulangannya.

 

Doktrin tuhan-tuhan palsu Easter telah didirikan dengan tujuan hanya untuk menutup keajaiban ini serta kuasa Tuhan. Tuhan Triune juga telah direka untuk tujuan yang sama. Itulah sebabnya kenapa struktur Trinitarian tidak memelihara Unjukan Berkas dan menafikan kenaikan hari Minggu tersebut, dan menempatkannya empat puluh hari kemudian dalam salah faham tentang kenaikan akhir. Itulah sebabnya kenapa Iblis juga mendirikan begitu ramai Kristus tiruan – untuk menghilangkan kepercayaan dalam penggenapan Hukum Tuhan sistem-sistem perayaan sebenar.

 

Itulah juga sebabnya kenapa sistem Baal-Easter berusaha begitu keras untuk menghapuskan iman sebenar dan kalendar Tuhan menurut Perintah-perintah  Tuhan. Itulah juga sebabnya kenapa ia begitu penting.

 

Dengan tubuh apakah Yesus datang (rohani atau fizikal) pada kebangkitannya?

 

J: Catatan Perjanjian Baru (rujuk khususnya Yohanes 20) menunjukkan Kristus dibangkitkan secara fizikal pada petang sebelumnya dan naik kepada Bapa pada Unjukan Berkas, iaitu pagi hari Minggu. Dia kembali pada hari yang sama dan mengizinkan Tomas menyentuhnya. Dia nampaknya mampu bertukar dari fizikal kepada rohani. Lihat karya-karya Persembahan Unjukan Berkas (No. 106b) dan Penentuan Waktu Penyaliban dan Kebangkitan (No. 159). Kedudukannya dalam Quran juga diterangkan dalam karya Kristus Di Dalam Quran (No. 163) pada www.ccg.org dan www.logon.org di mana ia juga boleh didapati dalam bahasa Arab, Rusia dan lain-lain bahasa.

 

Memandangkan tubuh Yesus tidak pernah ditemui, adakah tubuh fizikalnya naik ke syurga beserta jiwanya? Setahu saya hanya jiwa saja yang dibangkitkan, dan tubuh hanyalah rangka luar fizikal yang ditinggalkan. Jika ya, adakah kemungkinan bahawa tulang rangka Yesus masih ada di sesuatu tempat, mungkin disembunyikan oleh salah seorang muridnya? Saya tahu dia telah dilihat beberapa hari kemudian, namun bukankah itu satu bayangan, atau adakah dia bertubuh fizikal juga pada masa itu?

 

J: Yesus telah bangkit dari mati dan tubuh fizikalnya telah bangkit dan diubah sebagai persembahan Unjukan Berkas pada pagi Hari Pertama minggu pada jam tiga, iaitu 9 a.m., dan merupakan waktu ia dibuat selalunya.

 

Perubahan tubuh dipercayai berlaku susulan kebangkitan dari mati. Yehezkiel menunjukkan ia adalah fizikal. Doktrin jiwa adalah doktrin yang tidak berunsurkan Alkitab. Ujian bagi seorang Kristian palsu pada abad ke 2 adalah bahawa, jika mereka mengatakan bahawa apabila mereka mati mereka akan pergi ke syurga, maka mereka bukan Kristian. Orang Gnostik telah memasukkan doktrin syurga dan neraka ke dalam Kekristianan sejak dari masa itu.

 

Hal ini diliputi dalam karya-karya Jiwa (No. 92) dan Kebangkitan Orang Mati (No. 143). Kebanyakan orang hari ini yang mendakwa diri mereka Kristian dan menyokong syurga dan neraka tidak tahu apa yang mereka perkatakan. Banyak daripadanya adalah histeria karismatik, adat-adat pagan, serta tradisi.

 

Sebuah organisasi yang pernah saya anggotai mengajar bahawa Israel purba dikahwinkan kepada Kristus. Adakah sebarang sokongan Alkitab untuk ini?

 

J: Sang Mahatinggi telah memberikan Israel kepada Yahovah sebagai pusakanya (Ulangan 32:8) apabila dia membahagikan bangsa-bangsa menurut anak-anak Tuhan. Aspek Perjanjian Lama ini telah diubah, sesudah kejatuhan Bait oleh golongan Sopherim, hingga berbunyi “menurut bilangan anak-anak Israel.” Oleh itu Yahovah Semesta Alam Yang Mahatinggi telah memberikan Israel kepada Yahovah sebagai milik pusakanya. Kita boleh mengenal Yahovah yang terbabit, kerana dia adalah Yahovah subordinat yang dijadikan elohim Israel.

 

Mazmur 45:6-7 mengatakan: “Sebab itu Allah, Allahmu, telah mengurapi engkau dengan minyak sebagai tanda kesukaan, melebihi teman-teman sekutumu.” Jadi Yahovah atau elohim Israel mempunyai seorang Allah. Kita tahu bahawa elohim Israel ini adalah Kristus dari Ibrani 1:8-9. Kita juga tahu, dari teks dalam Ibrani, bahawa malaikat-malaikat lain adalah teman-teman sekutu Kristus. Mereka juga adalah elohim dari penulisannya dalam Mazmur 8, yang, dalam bahasa Inggeris, juga ditulis sebagai “Angels” (Malaikat) mengikuti Septuagint. Dalam Ibrani, ia juga adalah “aggelos” dalam bahasa Yunani dan diikuti dalam bahasa Inggeris sebagai “malaikat” dan bukannya “tuhan-tuhan.” (rujuk karya Mazmur 8 (No. 14)).

 

Makhluk dalam Perjanjian Lama yang menyampaikan Taurat kepada Musa, dan muncul dalam semak duri, dan yang bergumul dengan patriak (bapa) itu, adalah Kristus sebagai elohim Israel. Allah yang Maha Esa, Eloah telah memberikan Israel kepadanya sebagai tunangnya dan seluruh bangsa itu ditakdirkan menjadi raja dan imam Tuhan melalui Jemaat. Sepanjang Perjanjian Lama hubungannya dengan Yahovah adalah umpama suami dan isteri. Penyembahan berhala adalah zina. Itulah sebabnya kenapa Israel dibuang ke dalam tawanan sebagai penceraian, dan apabila dia kembali dari keberhalaan dia dipulihkan. Bangsa Israel meneruskan dan menjadi tawanan. Yehuda diasingkan dan juga melakukan zina dengan tuhan-tuhan palsu (Yeremia 3:8-18).

 

Dalam teks ini dalam Yeremia Tuhan mengatakan Dia berkahwin dengan Israel dan Dia mengatakan bahawa Dia akan mengambil kita, seorang dari setiap kota dan dua orang dari setiap keluarga, dan membawa kita ke Sion. Dia akan memerintah dari Yerusalem dan Tabut Perjanjian tidak akan dibicarakan lagi. Pada masa itu, kaum Yehuda akan datang bersama-sama dengan kaum Israel dari negeri Utara ke negeri yang diberikan kepada nenek moyang kita sebagai pusaka. Dalam Yeremia 3:14 Tuhan mengatakan dia melakukan ini kerana dia telah menjadi tuan kita (berkahwin dengan kita).

 

Teks ini sebenarnya mengatakan: “Kembalilah hai anak-anak yang murtad, demikianlah firman Yahovah, kerana Aku adalah Tuan atas kamu…”. Ini adalah Yahovah, kepada siapa Israel diberikan sebagai pusakanya, dan yang kita kenali sebagai Malaikat Besar Perjanjian Lama yang menyampaikan Taurat kepada Musa, dan batu rohani dalam padang gurun dari mana Israel memakan dan meminum makanan rohani (rujuk 1 Korintus 10:4). Kita mengenali makhluk ini dari Perjanjian Baru sebagai Yesus Kristus. Ini merupakan pandangan seluruh Jemaat Kristian, termasuk jemaat di Rom, selama dua abad pertama (rujuk karya Justin Martyr First Apology LXIII). Lihat karya-karya: Teologi Awal Tentang Ketuhanan (No. 127); Pra-Kewujudan Yesus Kristus (No. 243); Umat Pilihan Sebagai Elohim (No. 1); Mazmur 8 (No. 14)dan Hukum dan Perintah Tuhan Kelima (No. 258).

 

Kenapakah akan ada korban dalam Milenium jika kematian Kristus memenuhi korban dan mengakhiri korban pada masa ini? (Zakharia 14:16-19; Yehezkiel 46:3).

 

J: Penumpahan darah adalah terkawal. Pendirian sistem penyembelihan pada perayaan-perayaan di Yerusalem tidak diragui lagi. Sebab-sebab untuk ini adalah kawalan kemudahan-kemudahan tempat penyembelihan serta kekudusan proses tersebut dalam rencana Tuhan. Vegetarianisme adalah doktrin iblis setan dan itulah sebabnya kenapa kumpulan-kumpulan vegetarian cuba mewujudkan milenium syurgawi seperti yang mereka lakukan dengan jemaat Seventh Day Adventist (Advent Hari Ketujuh) di bawah nabi palsu Ellen G White. Lihat karya Milenium dan Keghaiban (No. 95). Kristus adalah korban terakhir namun perundangan untuk pengawalan perayaan-perayaan serta pemakanan daging bertindihan sedikit sebanyak dalam sistem milenium fizikal.

 

Kenapakah pada masa-masa tertentu Kristus “mengecilkan kumpulan” murid-murid kepada tiga orang? Saya tahu ada waktunya murid-murid dihantar keluar secara berpasangan dan sebagainya, namun 3 orang ini nampaknya dikumpul bersama pada waktu-waktu signifikan.

 

J: Struktur di bawah sistem raja adalah raja, tiga orang, dan tiga puluh orang. Tiga orang kuat ini di bawah Daud berada di bawah Abisai, saudara Yoab dan anak Zeruya (2 Samuel 23:13, 18). Struktur ini juga dilihat dalam 2 Tawarikh 27:1. Bani Israel dibahagikan kepada 12 divisi 24,000 orang. Mereka diperintah oleh dua belas dari tiga puluh orang itu. Tiga puluh orang ini adalah sidang dalaman kumpulan tujuh puluh orang.

 

Mereka mewakili sidang Elohim dalam khemah-khemah syurgawi. Maka, tiga orang itu adalah yang kuat dari dua belas orang dan mereka adalah panglima-panglima bani Israel. Petrus, Yohanes, dan Yakobus mewakili ketiga-tiga itu dalam Bani Israel di bawah Mesias. 600 orang Daud (1 Samuel 23:13) dibahagikan kepada tiga kumpulan 200 orang dengan sepuluh subdivisi dua puluh orang. Tiap satunya diketuai oleh salah seorang dari tiga puluh itu. Tiga orang mengetuai tiga puluh. Panglima tiga puluh orang itu bukan salah seorang dari tiga orang ini. Bullinger mempunyai catatan tentang ini pada nota kepada 27:1 dan dalam bab 11 dan juga dalam 2 Samuel 23.

 

Kristus mempunyai tiga dan dua belas orang namun, dalam keadaan ini, tiga adalah sebahagian dari dua belas kerana tiga dalam sistem milenium yang diwakili oleh rasul-rasul ini adalah dari zaman yang lain. Namun begitu, kedudukan mereka difahamkan sebagai perlu dalam aktiviti-aktiviti pelayanan Kristus sebagai raja Israel. Tiga orang sebenar adalah Abraham, Musa dan Elia. Mereka semua tidak ada pada masa ini.

 

Terdapat banyak teks dalam Alkitab yang menyatakan bahawa Yesus Kristus adalah Juruselamat kita. Juga terdapat banyak teks yang menyatakan Tuhan adalah Juruselamat kita. Bolehkah kita simpulkan dari ini bahawa Tuhan dan Kristus adalah makhluk yang sama? Atau adakah Tuhan mempunyai dua atau tiga bahagian seperti mana yang cuba diyakinkan kepada kita oleh orang Trinitarian atau Binitarian? Bagaimanapun, bantu saya selesaikan misteri ini – SIAPAKAH juruselamat kita?

 

J: Persoalan ini adalah sumber kebingungan kepada ramai orang. Ya, Alkitab memang mengatakan Kristus adalah Juruselamat kita, dan ia memang berkata Tuhan adalah Juruselamat kita, dan ia juga memberikan teks di mana ia menyebut kedua-dua makhluk mengikut konteks. Dari banyak teks dalam Alkitab di mana istilah-istilah ini digunakan barulah kita memahami aplikasi serta penggunaan istilah-istilah ini.

 

Persoalan ini diperiksa dalam karya bertajuk Tuhan Juruselamat Kita (No. 198). Sama seperti semua gelaran-gelaran Kristus, ianya gelaran yang dianugerahkan kepadanya sebagai gelaran yang diperturunkan oleh Tuhan. Dalam memeriksa peranan Mesias, jika kita mengingati peraturan ini kita dapat melihat semua yang kelihatan seperti konflik dalam perspektif sebenarnya. Karya-karya yang membantu dari segi ini adalah Peranan Mesias (No. 226) dan Arche Penciptaan Tuhan sebagai Alfa dan Omega (No. 229).

 

Apakah cara pengajaran yang digunakan Yesus untuk menggenapi nubuatan Mazmur? Ada yang mengatakan Perumpamaan. Saya berfikir dia menggenapi nubuatan itu dengan cara dia menjalani hidupnya dan mati pada salib dan telah dibangkitkan. Adakah saya salah?

 

J: Kamu boleh mengajar melalui teladan di samping melalui pengajaran. Alkitab mengatakan dia mengajar dalam perumpamaan, dan telahpun dinubuatkan bahawa dia akan mengajar dengan perumpamaan. Anggapan bahawa dia mengajar melalui teladan juga adalah betul. Dari satu segi, dia melakukan kedua-duanya, namun jawapan mudah dan jelas adalah bahawa dia mengajar dengan perumpamaan, dan itulah apa yang dilakukannya. Tidak diragui bahawa teladan hidupnya, kematian serta kebangkitannya adalah demonstrasi yang sangat kuat tentang Rencana Tuhan, iaitu sebabnya Dia di sini untuk mengajar.

 

Kristus berbicara dalam perumpamaan agar orang tidak akan memahaminya sebelum waktu mereka dan berubah dan terselamat: Mazmur 49:4; 78:2; Yehezkiel 17:2; 20:49; 24:3; Matius 13:3-35; 21:45; 22:1 dan seterusnya. Itulah sebabnya kenapa sedikit saja yang memahami Alkitab hari ini – kerana mereka adalah bani derhaka.

 

Saya telah mencari jawapan untuk ini di dalam Alkitab dan tidak menemuinya. Penyelidikan saya nampaknya menunjukkan bahawa manusia mampu menjadi vegetarian jika mereka mahu. Baru-baru ini saya terdengar bahawa Yesus adalah seorang vegetarian. Benarkah ini?

 

J: Yesus Kristus pasti sekali bukan seorang vegetarian. Dia dan rasul-rasul memakan jamuan Paskah dan memelihara hukum-hukum pemakanan serta hari-hari raya seperti yang dituntut oleh Tuhan. Doktrin Vegetarianisme adalah doktrin palsu, yang telah memasuki Kekristianan dari Gnostikisme pada abad-abad awal dan telah mencemari Kekristianan sejak itu.

 

Seluruh sejarah doktrin ini terkandung dalam karya Vegetarianisme dan Alkitab (No. 183). Sebagai suatu bidaah, ia biasanya diiringi satu lagi doktrin pertapa berhubung pertarakan dan meminum jus anggur dan bukan wain. Ini juga telah diperiksa dalam karya Wain Di Dalam Alkitab (No. 188). Doktrin Vegetarianisme merupakan penyalahan langsung terhadap sifat Tuhan.

 

Pada zahirnya saya percaya bahawa Tuhan, Yesus, dan Roh Kudus adalah terpisah. Ketika Yesus berada pada pancang itu dan berkata “Bapa, ampunilah mereka kerana mereka tidak mengetahui apa yang mereka lakukan,” bukankah dia berbicara dengan Tuhan? Jika kamu memberitahu hal ini kepada orang, mereka mengatakan ini adalah apa yang dipercayai kultus-kultus. Mereka percaya Tuhan adalah firman pada mulanya dan dia adalah Yesus dan dia (Tuhan) turun ke bumi. Adakah karya dan ayat kitab untuk menafikan ini?

 

J: Pada dua abad pertama Jemaat, sesiapa yang mengatakan Kristus adalah setara dan sama abadi dengan Tuhan yang merupakan Bapa, akan ditandakan sebagai pembidaah dan dibuang keluar dari Jemaat. Lihat karya Teologi Awal Tentang Ketuhanan (No. 127). Trinitas (Tritunggal) tidak dirumuskan sehingga tahun 381 TM di Constantinople.

 

Struktur Binitarian telah dirumuskan di Nicaea pada 325. Modalisme diperkenalkan kepada Jemaat pada abad ketiga. Pada abad kedua, semua orang bahkan orang Montanist, mempercayai bahawa Kristus adalah Anak Tuhan dan bukannya Allah yang Maha Esa, dan bahawa Roh Kudus adalah kuasa Tuhan. Jemaat di Rom menulis kepada maharaja di Rom sekitar 150-154 mengatakan bahawa Kristus adalah Malaikat Perjanjian Lama yang telah menyampaikan Taurat kepada Musa (rujuk Justin Martyr: First Apology). Justin bagi pihak Jemaat di Rom memberitahu maharaja bahawa, jika mereka terserempak dengan orang yang mengatakan mereka adalah Kristian dan bahawa apabila mereka mati mereka akan pergi ke syurga, untuk tidak mempercayai mereka kerana mereka bukan Kristian (Second Apology).

 

Mereka sebenarnya adalah penyamar-penyamar Gnostik yang telah memasuki Jemaat dengan doktrin palsu mereka. Hari ini, jika kamu bercakap dengan seorang anggota Baptist Selatan, dia akan memberitahu kamu: “Tentunya dia akan pergi ke syurga dan orang-orang lain itu akan terbakar dalam neraka.” Jemaat-jemaat Kristus akan memberikan kamu khotbah-khotbah terperinci tentang bagaimana kamu “dibakar.” Kemudiannya semua mereka, termasuk Jemaat Roman Katolik, akan memberitahu kamu betapa bidaahnya untuk tidak percaya dalam Trinitas, Doktrin Jiwa, serta kewujudan syurga dan neraka, dan mereka juga akan menyelitkan idea bahawa Maria berada di syurga. Jika mereka telah berkata begitu kepada biskop Rom pada hujung abad pertama, kepala mereka tentu telah terpusing dengan kepantasan mereka dibuang keluar.

 

Kekristianan aliran umum hari ini adalah jenaka Gnostik/Pagan yang tiada kaitan langsung dengan Kekristianan asal dan Iman yang mula-mula disampaikan kepada orang-orang kudus. Itulah sebabnya kenapa Kristus bertanya soalan: “Apabila saya datang adakah saya akan mendapati iman di bumi?” Ratap dan kertap gigi adalah dari orang-orang yang hidup hari ini yang memikirkan mereka patut ada di situ bersama Kristus, namun dengan begitu saja telah mengabaikan penatua-penatua serta nabi-nabinya. Mereka sendiri tidak memelihara Perintah-perintah Tuhan dan membunuh atau menganiaya mereka yang berbuat demikian, bila saja mereka dapat. Guru-guru palsu, yang telah mati, akan terus begitu sehingga Kebangkitan Kedua. Ramai yang tidak akan terkejut dengan kebangkitan mana mereka temui diri mereka. Yang lain pula akan berasa terkejut. Jika kamu memahami hal ini, maka ianya mungkin bahawa Tuhan sedang berurusan dengan kamu. Roh Kudus akan memimpin kamu ke dalam segala kebenaran. Serahkan jalan-jalanmu kepada Tuhan dan dia akan menetapkan akal fikiranmu. Ianya bukan sebaliknya. Kamu harus bertindak mengikut apa yang telah diberikan kepadamu untuk difahami, dan kemudian kamu akan diberikan lebih banyak pemahaman. Kamu harus mencari salah seorang dari penatua Tuhan dan memintanya menumpangkan tangannya pada kamu untuk menerima Roh Kudus, jika kamu telah dibaptiskan sebagai seorang dewasa dan bukan ke dalam sebarang mazhab atau denominasi. Kemudian kamu harus taat kepada hukum-hukum Tuhan. Jangan biarkan pemimpin-pemimpin buta ini merampas peluang kamu untuk memasuki kerajaan Tuhan. Lihat juga karya-karya: Pertaubatan dan Pembaptisan (No. 52); Salib: Asal-usul dan Maksudnya (No.39); Hukum Tuhan (No. L1); Pra-Kewujudan Yesus Kristus (No. 243).

 

Apakah makna perkataan “arche?”

 

J: “Arche” (SHD 746) bererti permulaan. Dalam ertikata ini, ia juga bererti “pertama” dan kadangkala digunakan dengan pengertian “ketua/kepala” sebagai yang pertama dalam kedudukan susunan. Maka ia digunakan dalam ertikata “penguasaan” seperti dalam Yohanes 20:20 (17:2) di mana ia diterjemahkan sebagai “kuasa.” Ini lebih jarang lagi kerana ia biasanya digunakan sebagai “permulaan,” dan ini adalah pengertian sebenarnya. Penggunaan sebagai “kepala” atau “penguasa” selalunya bermakna sebagai salah satu daripada set dalam mana ia berlaku. Maka, ianya kuasa atau kepala hanya kerana ia adalah orang pertama dalam set tersebut.

 

Ia digunakan kira-kira 43 kali dalam Perjanjian Baru di mana ia diterjemahkan sebagai “permulaan.” Penggunaan “Arche” berkaitan dengan Kristus mempunyai maksud teologi khusus, yang ditentang oleh kumpulan Trinitarian dan telah mengakibatkan penambahan kepada KJV dalam Wahyu 1, iaitu Alfa dan Omega. Aspek ini diliputi dalam karya Arche Penciptaan Tuhan Sebagai Alfa dan Omega (No. 229).

 

NIV menuliskan “arche” dalam Wahyu 3:14 sebagai “penguasa ciptaan Tuhan” untuk mengelak dari implikasi jelas penggunaan perkataan ini dalam teks tersebut. Bagaimanapun, Kamus Thayers Greek English Lexicon juga memberikan komentar tentang aspek ini dan ianya selalu dalam pengertian ini sebagai orang atau benda pertama dalam satu siri (halaman 76-77).

 

Siapakah malaikat dalam Wahyu “Beritahu malaikat jemaat Laodikia bahawa aku adalah arche ciptaan Tuhan”?

 

J: Arche Ciptaan Tuhan adalah Yesus Kristus. Keadaan ini diterangkan dalam karya-karya Arche Penciptaan Tuhan Sebagai Alfa dan Omega (No. 229) dan Pra-Kewujudan Yesus Kristus (No. 243).

 

Kenapakah Yesus tidak menulis sebuah buku Alkitab sendiri? Rasanya buku itu pasti menjadi buku terbaik dalam Alkitab.

 

J: Kristus berbicara kepada para nabi dan mereka mencatatkan apa yang dikatakanNya. Dialah yang telah berbicara kepada Musa dan menyampaikan Taurat kepadanya. Dia berbicara kepada para nabi Perjanjian Lama, dan dia berbicara kepada para rasul jemaat Perjanjian Baru, dan dia telah memberikan mereka pengajaran dan perumpamaan, yang disalin mereka. Oleh sebab itu, kita sememangnya memiliki Alkitab sebagai karya yang diilhami Tuhan yang diberikan kepada Yesus Kristus yang menyampaikannya kepada para nabi. Lihat karya-karya Pra-Kewujudan Yesus Kristus (No. 243); dan Alkitab (No. 164).

 

Roh Kudus

 

Adakah Roh Kudus itu seseorang, atau adakah ia satu kuasa Tuhan, atau benda lain?

 

J: Roh Kudus adalah Kuasa Tuhan, yang membolehkan Kristus dan semua bani Syurgawi menjadi anak-anak Tuhan. Isu personaliti Roh Kudus telah ditetapkan pada Sidang Constantinople padaa 381, yang menjadikannya oknum ketiga Ketuhanan. Masalahnya dalam bahasa Inggeris dalam memahami bahawa ia bukanlah suatu oknum, diburukkan lagi oleh neksus seks jantina dalam bahasa Inggeris, yang tidak sama dalam bahasa Yunani dan banyak bahasa lain. Lihat karya-karya Roh Kudus (No. 117); Satu Bersama Dengan Bapa (No. 81); Jantina Roh Kudus (No. 155); dan Perkembangan Model Neo-Platonis (No. 17).

 

Adakah kamu percaya bahawa jika kamu meminta Roh Kudus, Tuhan akan memberikannya begitu saja kepada kamu?

 

J: Ya, Dia akan membahagikannya kepada kamu untuk memimpin kamu kepada pembaptisan. Masalahnya adalah kamu harus taat untuk terus menyimpannya. Ia bekerja dengan kamu sehingga pembaptisan dan kemudian berada di dalam kamu dari pembaptisan, namun jika kamu tidak taat maka kamu tidak akan terus menyimpannya. Sebaik saja kamu sampai ke tahap pemahaman kamu akan dapat menemui salah seorang dari para penatua Jemaat dan dibaptiskan ke dalam tubuh Kristus (bukan ke dalam mazhab atau denominasi).

 

Jika kamu tidak mahu bertindak atasnya, jangan bertanya, kerana ia tidak akan kekal dengan kamu. Lihat karya-karya Roh Kudus (No. 117) dan Satu Bersama Dengan Bapa (No. 81).

 

Adakah sebarang perbezaan dari segi alkitabiah antara jiwa dan roh? Adakah kedua-duanya benda yang sama? Ke manakah tiap satunya pergi sesudah kematian? Adakah kedua-duanya pergi ke syurga?

 

J: Alkitab bercakap tentang nephesh (Ibrani) dan pneuma (Yunani). Semua binatang mempunyai nephesh. Nephesh manusia dikatakan kembali kepada Tuhan yang memberikannya dan struktur tersebut menunggu Kebangkitan Orang Mati. Dalam abad-abad awal jika sesiapa mengatakan mereka adalah Kristian dan mengatakan bahawa apabila mereka mati mereka akan pergi ke syurga, kamu tahu dari situ bahawa mereka bukanlah Kristian tetapi penyamar-penyamar Gnostik.

 

Justin Martyr mengatakan begini kepada Maharaja bagi pihak Jemaat di Rom pada 150-4 TM. Perhatikan karya-karya Jiwa (No. 92) dan Kebangkitan Orang Mati (No. 143).

 

Apakah sebenarnya Kerajaan Tuhan? Bagaimanakah ia berada di dalam kita seperti Yesus katakan?

 

J: Kerajaan Tuhan ada di dalam kita seperti biji sesawi. Ia adalah Roh Kudus yang diberikan kepada kita, dan yang bertumbuh agar Tuhan menjadi semua dalam semua. Kita semua akan menjadi elohim seperti Malaikat Yahovah yang menjadi kepala kita.

 

Struktur ini diterangkan dalam karya-karya seperti Visi Kerajaan Tuhan (No. 215); dan karya-karya Roh Kudus (No. 117); Satu Bersama Dengan Bapa (No. 81); dan Umat Pilihan Sebagai Elohim (No. 1).

 

Terdapat banya rujukan kepada air dan batu, dan air keluar dari batu, dalam Alkitab. Apakah simbolismenya?

 

J: Batu dan air merupakan simbol-simbol Roh Kudus, yang datang dari batu iaitu Kristus, iaitu batu yang tidak terbentuk oleh tangan manusia dari Gunung Batu itu iaitu Tuhan dan atas mana Kristus akan membangunkan jemaatnya.

 

Kristus adalah batu yang bersama dengan Israel di padang gurun dan dari mana Israel meminum air rohani. Peranan Kristus terkandung dalam karya-karya Peranan Mesias (No. 226); Pra-Kewujudan Yesus Kristus (No. 243); Malaikat YHVH (No. 24); dan Tujuan Penciptaan dan Pengorbanan Kristus (No. 160).

 

Matius

 

Nampaknya ramai orang yang percaya terdapat sebuah bintang yang bersinar di timur ketika Kristus dilahirkan. Adakah ini kenyataannya? Apakah makna rujukan kepada bintang dalam Matius 2 dan lain-lain catatan kelahiran Mesias?

 

J: Ayat dalam Matius 2:2 mengatakan: kerana kami telah melihat bintangnya di “anatole” dan ini adalah “timur,” namun ia juga nama yang diberikan kepada Anatolia atau Asia Minor. Ia mungkin telah bermakna ‘kami telah melihat bintangnya dari….’, iaitu ketika mereka berada di timur atau Anatolia. Malah, mereka mungkin berada di sebelah timur laut Yudea. Bilangan 24:15-19 merujuk kepada “Bintang” yang akan “terbit dari Yakub,” iaitu Mesias.

 

Kecenderungan untuk mengaitkan ini sebagai bintang pagi Venus, yang merupakan simbol pemerintah planet selaku pembawa terang. Iblis memegang pangkat ini dan ia akan berpindah kepada Kristus pada kedatangannya semula. Seperti yang dikatakan Bullinger, segala persoalan diselesaikan jika ia dianggap sebagai ajaib.

 

Ianya kelihatan aneh bagi saya bahawa seorang Raja Herodes cuba membunuh Mesias sebagai seorang bayi (Matius 2:13), dan seorang lagi Raja Herodes membunuh Yakobus, saudara Yohanes (Kisah 12:1). Adakah sesuatu yang simbolik dalam nama Herodes dari segi kenapa mereka menentang Mesias serta para pengikutnya?

 

J: Kebencian ini sudah lama wujud. Herodes adalah orang Idumea. Dalam kata lain, dia adalah orang Edom. Seluruh dinasti mereka di Yehuda berasal dari pemualafan paksa di bawah Hyrcanus dan kumpulan Maccabee. Mereka tersebar di seluruh Midian, namun memasuki Yehuda selatan sesudah pemualafan mereka dan mendirikan kawasan Hebron. Dengan itu, kawasan selatan Yudea merupakan campuran orang Edom dan Yehuda sementara kawasan utara Galilea adalah campuran orang Yehuda, Lewi dan Samaria.

 

Itulah sebabnya kenapa Kristus dituduh sebagai orang Samaria oleh orang Farisi – bukan kerana itu bangsanya, tetapi sebaliknya mereka sedar tentang warisan bukan Israel di bawah dinasti Hasmonea sejak Hyrcanus. Dendam ini boleh dijejaki hingga Esau dan Yakub. Hak lahir (kesulungan) datang melalui Yusuf namun tongkatnya datang melalui Yehuda, dan orang Hasmonea jelas menyedari bahawa mereka bukan dari keturunan diraja Yehuda. Keluarga Kristus juga adalah sebahagian dari keturunan diraja seperti yang kita perhatikan dalam teks-teks Perjanjian Baru dan mereka memang hidup dan sejahtera sebagai Desposyni yang memerintah jemaat. Oleh itu kerabat Herodes, dan prelate (pendeta tinggi) Rom kemudiannya, semuanya cuba menghapuskan mereka kerana sebab-sebab yang sama. Dari tahun 318, biskop Rom cuba menghapuskan mereka selama lebih dua abad, dan lebih kurang berjaya dalam hal itu.

 

Dalam Matius 2:17-18, Yeremia 31:15-20 disalahpetik sebagai nubuatan yang digenapi. Apa yang terjadi dengan Herodes tidakpun hampir kepada apa yang digambarkan dalam Yeremia. Adakah Matius seorang nabi palsu?

 

J: Tidak, anak-anak Rahel memegang janji hak lahir. Dalam ertikata ini, ia meliputi semua suku termasuk Yehuda. Pembunuhan Herodes tidak sama sepert Holocaust, namun semuanya adalah janji yang sama. Telah dituliskan: “Manasye akan memakan dari Efraim dan Efraim akan memakan dari Manasye dan kedua-duanya akan memakan dari Yehuda.” Yehuda adalah anak Lea, bukan Rahel.

 

Kamu berkomen bahawa pertaubatan sebenar datang dari doa dan berpuasa; saya sedar bahawa Tuhan tidak mengingini doa sia-sia dan berulang. Bolehkah kamu jelaskan poin-poin utama kepada doa-doa berkesan? (Matius 6:5-15)

 

J: Tuhan telah menetapkan satu sistem doa dalam Alkitab. Kristus telah memberikan garis panduan turutan doa dalam Matius 6. Jangan berdoa dalam khalayak ramai, tetapi masuk ke dalam bilik kamu dan berdoa secara rahsia dan Bapa kamu yang mendengar secara diam-diam akan memberi kamu ganjaran secara terbuka. Jangan gunakan ulangan sia-sia seperti orang kafir kerana mereka berfikir mereka akan didengari dengan ulangan kata-kata mereka. Jangan seperti mereka kerana Bapa kamu mengetahui apa yang kamu lakukan sebelum kamu meminta. Roh Kudus memberi rupa kepada ucapan dan rintihan kamu.

 

Turutan doa adalah:

1)      Kepada Tuhan, sebagai Bapa kita, yang ada di syurga. Pujilah Dia dan ucapkan syukur dalam segala sesuatu.

2)      Kerajaanmu datanglah, kehendakNya jadilah di dunia sama seperti di syurga. Berdoalah untuk kedatangan Mesias dan penubuhan sistem milenium itu serta kerajaan Tuhan di dunia.

3)      Berikan kami hari ini makanan harian kami. Berdoalah untuk keperluan-keperluan harian kamu dan ucapkan syukur untuknya.

4)      Ampunilah kesalahan kami sementara kami mengampuni mereka yang bersalah kepada kami. Ini melibatkan struktur hukum serta pengampunan dosa dan kesalahan di bawah struktur Alkitab.

5)      Janganlah bawa kami kepada percubaan tetapi lepaskan kami dari kejahatan. Kamu akan dicuba namun tiada pencubaan di mana jalan keluarnya tidak diberikan. Perwatakan kita hanya dapat dikuatkan dalam pencubaan-pencubaan hidup kita.

 

Jika kamu mengampuni kesalahan-kesalahan orang lain, Bapa syurgawi kamu akan mengampuni kesalahan-kesalahan kamu. Maka, Doa Tuhan boleh dilihat sebagai satu struktur atau pendorong bagi doa-doa orang kudus. Ia bukanlah pengulangan sia-sia. Lihat karya Ajarlah Kami Berdoa (No. 111).

 

Matius 12:50. “Sebab siapapun yang melakukan kehendak Bapa-Ku di sorga, dialah saudara-Ku laki-laki, dialah saudara-Ku perempuan, dialah ibu-Ku.” Saya tertanya-tanya apakah pendapat kamu tentang ini?

 

J: Berdasarkan teks ini, kita membawa kewajipan-kewajipan kita untuk sesama sendiri sebagai anggota-anggota tubuh Kristus ke tahap tertinggi seterusnya. Sebagai contoh, di mana kita mempunyai kewajipan untuk memastikan bahawa golongan miskin boleh datang ke perayaan, ini bererti bahawa mereka harus merayakan perayaan-perayaan itu dengan kamu untuk membantu mereka.

 

Kita perlu membuat pilihan-pilihan ini setiap hari. Sebagai contoh, kami menerima permintaan bantuan dari sebilangan Jemaat-jemaat di India, Afrika, dan tempat lain. Ada yang datang dari kumpulan Pentakostal dan ada dari anggota kami sendiri. Jelasnya, mereka yang dari jemaat-jemaat kami mendapat bantuan lebih atau didahulukan. Walaupun kami tidak ingin menyakiti orang-orang ini, kami mungkin tidak mampu membantu mereka dengan sumber-sumber yang kami ada.

 

 

Akal waras menyatakan bahawa mereka yang melakukan kehendak Bapa kamu di syurga lebih didahulukan. Ini adalah ujian yang agak mudah. Jika mereka tidak berbicara sesuai dengan hukum taurat  dan kesaksian, maka tiada terang di dalam mereka (Yesaya 8:20). Jika kamu melihat sesuatu kes yang memerlukan bantuan serta-merta, berikanlah bantuan sebagai Orang Samaria Yang Baik itu. Di mana ianya keadaan bantuan menurut keperluan, maka keluarga didahulukan. Keluarga tersebut adalah Jemaat. Lihat karya Hukum dan Perintah Tuhan Kelima (No. 258) dan siri Hukum secara umumnya termasuk Perintah Besar Kedua (No. 257).

 

Saya telah menemui beberapa rujukan kepada berpuasa dalam Alkitab, namun saya tidak pasti apakah makna semuanya. Bolehkah kamu huraikan tentangnya? Matius 17:21.

 

J: Teks ini menggambarkan terdapatnya iblis setan yang berlainan jenis dan jenis ini memerlukan doa dan puasa umat pilihan. Oleh sebab itu, struktur kebaktian harus dilibatkan kerana ia bukan sekadar persoalan penurutan seorang iblis biasa.

 

Teks ini datang dari teks Syriac dan teks-teks lain mengabaikannya. Bullinger mempunyai catatan tentang itu dan menyenaraikan teks-teks yang mengabaikannya dalam notanya kepada ayat 21 dalam Companion Bible. Lihat juga karya Pendamaian (No. 138).

 

Dalam perumpamaan dalam Matius 20:13 kita membaca tentang seorang yang dipanggil Saudara yang tidak berasa senang kerana orang lain mendapat ganjaran yang sama sepertinya walaupun dia sudah lebih lama berada di situ. Kemudian dalam Matius 22 kita membaca tentang ‘seorang’ yang hadir untuk perkahwinan tanpa memakai pakaian pesta. Dalam ayat 12 dia juga dipanggil ‘Saudara’ dan kemudian dalam ayat 13 dia diikat dan dicampakkan ke kegelapan yang paling gelap. Kemudian dalam Matius 26 kita membaca tentang Kristus yang memanggil Yudas ‘Teman (Saudara)’. Soalan saya, adakah semua ayat ini merujuk kepada Iblis?

 

J: Istilahnya dalam Matius adalah “heitaros” atau teman, yang lebih berjauhan dari “philos.” ‘Seseorang’ itu juga dipanggil dari antara satu kumpulan, sama seperti Petrus adalah ‘seseorang’ itu dalam Matius 19:27. Dia tidak memakai pakaian pesta dan berdiam kerana dia tidak dapat menjawab atas pengabaiannya itu. Terdapat satu siri kumpulan di sini. Mereka yang dipanggil tidak datang. Ini mewakili Yehuda. Kita juga boleh merumuskan bahawa ia boleh dianggap meliputi bani syurgawi, dan mereka semua ditolak kemasukan ke dalam sistem milenium.

 

Ratapan dan kertakan gigi bukan dilakukan oleh bani derhaka. Mereka tahu apa yang mereka telah lakukan dan apa yang akan terjadi kepada mereka sekarang. Namun mereka memang mempunyai peluang untuk diselamatkan tetapi sebagai makhluk-makhluk fizikal, dan kemudian sebagai makhluk-makhluk yang baru yang diubahkan dalam kerajaan itu. Mereka juga akan diberikan peluang untuk dilahirkan semula.

 

Kebanyakan kertakan gigi itu akan datang dari mereka yang memanggil diri mereka Kristian namun tidak memelihara perintah-perintah Tuhan dan kesaksian atau iman Yesus Kristus (Wahyu 12:17; 14:12). Mereka memanggilnya “Tuhan, Tuhan” namun tidak melakukan apa-apa yang dilakukanNya atau diperintahkanNya, dan membenarkan keingkaran mereka dengan dusta. Mereka ini ramai dan, malah, kebanyakannya akan terpegun begitu saja kerana kelakuan mereka telah mengecualikan mereka dari kerajaan itu dan mereka tidak berkuasa atasnya. Kamu sama ada diubah dan dihantar ke Yerusalem kepada Kristus, atau kamu tidak, dan tiada lagi perdebatan di situ. Sama ada kamu telah menurut atau tidak.

 

Orang mati tidak mengetahui apa-apa, namun orang hidup akan mengkertak gigi mereka kerana masuk ke dalam kesukaran besar dan tidak dilindungi dari masa pencubaan yang akan datang ke seluruh dunia ini. Dalam contoh ketiga, Yudas mewakili Yehuda yang telah menjual kedudukannya dalam kerajaan. Begitu juga Iblis, dan dengan itu si musuh itu juga diwakili dan dia juga akan terpaksa menghadapi kebangkitan kedua. Karya-karya Kebangkitan Orang Mati (No. 143); Penghakiman Para Iblis (No. 80); Domba dan Anak Yang Hilang (No. 199); dan Jadual Waktu Rumusan Segala Zaman (No. 272) menunjukkan rencananya.

 

Apakah nama Bapa dan Roh Kudus dalam Matius 28:19?

 

J: Soalan yang baik. Alkitab menjawab dirinya. Soalan ini ditanyakan dalam Amsal 30:4: “Siapa namanya dan siapa nama anaknya? Engkau tentu tahu!” Ini dijawab dalam ayat berikutnya: “Semua firman Allah (Eloah) adalah murni.” Nama Allah yang Maha Esa adalah “Eloah.” Itu adalah TauratNya. Imam-imam menyembahNya dan BaitNya. Dia membuatkan namaNya ditempatkan di Yerusalem (rujuk Ezra 4:24-7:26).

 

Eloah adalah singular (tunggal) dan Dia meluaskan diriNya untuk menjadi Elohim. Dia adala “Ha Elohim” atau “Allah.” Ini adalah “Elahh” dalam bahasa Kasdim dan diluaskan sebagai “Elahhin” kepada anak-anak Tuhan. Elahh menjadi “Allah” dalam bahasa Arab. Dia adalah Elyon atau Sang Mahatinggi. Dia adalah Yahovah Semesta Alam yang telah memberikan Israel kepada Yahovah sebagai milik istimewanya (Ulangan 32:8 RSV). Dia adalah Yahovih (SHD 3069) yang merupakan Tuhan kepada Yahovah (SHD 3068).

 

Aspek-aspek ini diterangkan dalam karya-karya Nama-nama Tuhan (No. 116); Malaikat YHVH (No. 24) dan juga Pra-Kewujudan Yesus Kristus (No. 243). Terdapat masalah-masalah yang sangat serius dalam teologi Nama-nama Kudus. Lihat karya Abracadabra: Maksud Nama-nama (No. 240).

 

Markus

 

Bolehkah kamu beritahu saya bagaimana Yohanes Pembaptis boleh memakai pakaian yang diperbuat dari bulu unta jika unta adalah haram dan kita tidak patut menyentuh bangkai binatang haram? Saya andaikan dia memakai seluruh kulitnya, bukan bulu yang dicukur. (Markus 1:6).

 

J:  Jubahnya bukan dari kulit tetapi dari bulu unta yang ditenun. Tiada larangan terhadap itu. Larangan terhadap bangkai haiwan itu biasanya berkaitan benda-benda yang mati dengan sendirinya. Terdapat nota dalam Alkitab Companion kepada Markus 1:6 berhubung bulu unta.

 

Bolehkah kamu tolong jelaskan simbolisme dalam Markus 5:21-43? Apa yang saya dapati adalah seorang perempuan dengan pendarahan selama 12 tahun dengan iman bahawa dengan menyentuh Kristus dia akan disembuhkan. Juga seorang anak perempuan 12 tahun dengan seorang bapa, seorang kepala rumah ibadat, yang mempunyai iman bahawa Kristus dapat menyembuhnya. Walaupun diberitahu anak itu sudah mati Kristus pergi ke bilik anak itu dan menyembuhkan anak perempuan tersebut dan menyuruh agar dia diberi makan. Petikan-petikan yang sangat menarik namun apakah maknanya?

 

J: Struktur teks itu adalah ini:

Markus 5:21-43 21 Sesudah Yesus menyeberang lagi dengan perahu, orang banyak berbondong-bondong datang lalu mengerumuni Dia. Sedang Ia berada di tepi danau, [Yairus datang] 22 datanglah seorang kepala rumah ibadat yang bernama Yairus. Ketika ia melihat Yesus, tersungkurlah ia di depan kaki-Nya [Menunjukkan keyakinan iman] 23 dan memohon dengan sangat kepada-Nya: "Anakku perempuan sedang sakit, hampir mati, datanglah kiranya dan letakkanlah tangan-Mu atasnya, supaya ia selamat dan tetap hidup." [Orang ramai mengikutinya (dipanggil namun tidak dipilih)] 24 Lalu pergilah Yesus dengan orang itu. Orang banyak berbondong-bondong mengikuti Dia dan berdesak-desakan di dekat-Nya. [ayat 25-28: pengakuan iman perempuan] 25 Adalah di situ seorang perempuan yang sudah dua belas tahun lamanya menderita pendarahan. 26 Ia telah berulang-ulang diobati oleh berbagai tabib, sehingga telah dihabiskannya semua yang ada padanya, namun sama sekali tidak ada faedahnya malah sebaliknya keadaannya makin memburuk. 27 Dia sudah mendengar berita-berita tentang Yesus, maka di tengah-tengah orang banyak itu ia mendekati Yesus dari belakang dan menjamah jubah-Nya. 28 Sebab katanya: "Asal kujamah saja jubah-Nya, aku akan sembuh." [Keajaiban pembenaran melalui iman] 29 Seketika itu juga berhentilah pendarahannya dan ia merasa, bahwa badannya sudah sembuh dari penyakitnya. [ayat 30-32: Roh Kudus ditarik melalui Kristus dalam Iman walaupun orang lain yang tidak setulusnya juga menyentuhnya dan kononnya mengikutinya, mereka yang memanggilnya Tuhan Tuhan] 30 Pada ketika itu juga Yesus mengetahui, bahwa ada tenaga yang keluar dari diri-Nya, lalu Ia berpaling di tengah orang banyak dan bertanya: "Siapa yang menjamah jubah-Ku?" 31 Murid-murid-Nya menjawab: "Engkau melihat bagaimana orang-orang ini berdesak-desakan dekat-Mu, dan Engkau bertanya: Siapa yang menjamah Aku?" 32 Lalu Ia memandang sekeliling-Nya untuk melihat siapa yang telah melakukan hal itu. [Pengakuan iman di hadapan Kristus] 33 Perempuan itu, yang menjadi takut dan gemetar ketika mengetahui apa yang telah terjadi atas dirinya, tampil dan tersungkur di depan Yesus dan dengan tulus memberitahukan segala sesuatu kepada-Nya. [Persetujuan dan penerimaan Kristus] 34 Maka kata-Nya kepada perempuan itu: "Hai anak-Ku, imanmu telah menyelamatkan engkau. Pergilah dengan selamat dan sembuhlah dari penyakitmu!" [Berikutnya kita melihat Yairus dan Utusan dari rumah: Ujian Iman] 35 Ketika Yesus masih berbicara datanglah orang dari keluarga kepala rumah ibadat itu dan berkata: "Anakmu sudah mati, apa perlunya lagi engkau menyusah-nyusahkan Guru?" [Kristus menggalakkan Iman] 36 Tetapi Yesus tidak menghiraukan perkataan mereka dan berkata kepada kepala rumah ibadat: "Jangan takut, percaya saja!" [Hanya rasul-rasul pilihan saja dibenarkan mengikutnya ke rumah imam itu] 37 Lalu Yesus tidak memperbolehkan seorangpun ikut serta, kecuali Petrus, Yakobus dan Yohanes, saudara Yakobus. [Dia memasuki rumah: Mengisytiharkan Kebangkitan dan Keselamatan gadis pengantin] 38 Mereka tiba di rumah kepala rumah ibadat, dan di sana dilihat-Nya orang-orang ribut, menangis dan meratap dengan suara nyaring. 39 Sesudah Ia masuk Ia berkata kepada orang-orang itu: "Mengapa kamu ribut dan menangis? Anak ini tidak mati, tetapi tidur!" [Ketiadaan iman dalam Lewi] 40 Tetapi mereka menertawakan Dia. [Penyingkiran Aturan Lama] [Kristus masuk: mengisytiharkan pemilihan Israel sebagai ibu perempuan itu] Maka diusir-Nya semua orang itu, lalu dibawa-Nya ayah dan ibu anak itu dan mereka yang bersama-sama dengan Dia masuk ke kamar anak itu. [Mengambil gadis, iaitu jemaat, sebelum kebangkitan dan belum mencapai umur dan kekuatan perkahwinan] [Keajaiban Panggilan dan pemahaman] 41 Lalu dipegang-Nya tangan anak itu, kata-Nya: "Talita kum," yang berarti: "Hai anak, Aku berkata kepadamu, bangunlah!" 42 Seketika itu juga anak itu bangkit berdiri dan berjalan, sebab umurnya sudah dua belas tahun. [Kehairanan para pemerhati yang mendengar namun tidak mendengar dan melihat namun tidak melihat] Semua orang yang hadir sangat takjub.[Pesanan penyimpanan Rahsia Tuhan kepada Jemaat serta penjagaan jemaat dalam pentadbiran dan pemakanan rohaninya: Gembalakan Domba-dombaKu] 43 Dengan sangat Ia berpesan kepada mereka, supaya jangan seorangpun mengetahui hal itu, lalu Ia menyuruh mereka memberi anak itu makan. (KJV)

 

Dalam Markus 7:15 Yesus mengatakan yang berikut: “Apapun dari luar, yang masuk ke dalam seseorang, tidak dapat menajiskannya, tetapi apa yang keluar dari seseorang, itulah yang menajiskannya.” Sesetengah orang menggunakan ayat ini untuk menunjukkan bahawa tiada makanan yang haram dan bahawa segala sesuatu boleh dimakan. Apa yang sebenarnya dikatakan Yesus di sini?

 

J: Orang Farisi semakin menekankan peraturan dan penyucian yang melebihi dan melampaui Alkitab, dan mereka sedang mengkritik murid-murid itu. Takat sepenuhnya dapat dilihat dalam karya Teks Pekerjaan Hukum – atau MMT (No. 104). Teks yang sudah hilang ini ditemui di antara Skrol-skrol Laut Mati pada abad ini. Paulus juga menulis menentang ini dalam ayat-ayat dalam Galatia dan Kolose. Luther salah faham sepenuhnya terhadap apa yang Paulus katakan kerana sikap anti-Semitisme yang kuat.

 

Kristus di sini mengatakan bahawa orang Farisi sepatutnya lebih mementingkan apa yang mereka katakan, yang merosakkan hukum, daripada risau tentang apa yang memasuki mulut mereka ketika mereka makan. Kristus dan Rasul-rasul memelihara Hukum-hukum Pemakanan dan Jemaat telah memeliharanya selama 2000 tahun. Lihat karya Hukum-hukum Pemakanan (No. 15).

 

Soalan saya adalah mengenai Markus 10:18, yang mengatakan: “Jawab Yesus: "Mengapa kaukatakan Aku baik? Tak seorangpun yang baik selain dari pada Allah saja. Saya ingin tahu, jika Yesus adalah Tuhan, kenapakah dia tidak mahu dipanggil baik, dan siapakah Allah yang satu lagi ini yang dipanggilnya Baik?

 

J: Yohanes 17:3 menjawab ini, seperti juga Yohanes 1:18 dalam Marshall’s Interlinear RSV dan 1Timotius 6:16. Yohanes mengatakan: “Inilah hidup yang kekal itu, yaitu bahwa mereka mengenal Engkau, satu-satunya Allah yang benar, dan mengenal Yesus Kristus yang telah Engkau utus.”

 

Jadi satu-satunya Allah yang benar ini telah mengutus Yesus Kristus. Mengetahui kenyataan ini dan mengenali mereka adalah hidup kekal. Yohanes, bab 1, mengisahkan pengutusan Kristus oleh Allah yang Maha Esa serta tujuanNya. Yohanes 1:18 mengatakan, “Tidak seorangpun yang pernah melihat Allah.” “Anak Tunggal (satu-satunya Tuhan yang lahir),” yang berada di pangkuan Bapa telah menyatakan kata-kata ini. Istilah “monogenes theos” atau “satu-satunya tuhan yang lahir” telah diubah kepada “monogenes uios” atau “satu-satunya anak yang lahir (anak tunggal)” dalam Receptus.

 

Paulus juga menjelaskan bahawa tiada seorangpun yang pernah melihat Tuhan, dan memang tidak dapat melihat Tuhan. Dia bersemayam dalam terang yang tidak terhampir dan Dia satu-satunya yang abadi (1 Timotius 6:16). Lihat karya-karya Mengenai Keabadian (No. 165) dan Pra-Kewujudan Yesus Kristus (No. 243). Kristus juga menerangkan bahawa tiada seorangpun manusia yang pernah melihat Tuhan. Bahawa mereka “tidak pernah mendengar suaraNya, atau melihat rupaNya” (Yohanes 5:37).

 

Siapa dia Kristus, dijelaskan dalam teks pada Mazmur 45:6-7 dan yang dikenalpasti sebagai Kristus dalam Ibrani 1:8-9. Namun tentang Anak dia mengatakan: “Takhtamu kepunyaan Allah; sebab itu Allah, Allahmu, telah mengurapi engkau dengan minyak sebagai tanda kesukaan, melebihi teman-teman sekutumu.” Maka, anak itu adalah seorang elohim. Dia dikenalpasti dalam Zakharia 12:8 sebagai “Malaikat Tuhan” yang menjadi kepala keluarga Daud, yang merupakan umat pilihan dan yang juga akan menjadi elohim. Ianya tertulis: “Aku telah berfirman: Kamu adalah allah,” anak-anak Yang Mahatinggi kamu sekalian, “Kitab Suci tidak boleh dibatalkan” (rujuk Yohanes 10:34-35).

 

Lukas

 

Siapakah orang-orang yang disebutkan dalam Alkitab sebagai saudara? Adakah ia hanya mereka yang memiliki iman sebenar dan memelihara perintah-perintah Tuhan, atau adakah mereka semua yang telah dibaptiskan dalam nama Yesus namun berbakti mengikut adat manusia dan bukan Tuhan? Bagaimanakah kita patut melayan orang lain yang tidak memanggil diri mereka saudara, tetapi adalah dari dunia ini? (Lukas 10:25-37)

 

J: Soalan yang diajukan kepada Kristus oleh ahli taurat itu adalah, “Siapakah sesamaku manusia” iaitu, “Siapakah saudaraku?” Kristus kemudian memberikan perumpamaan Orang Samaria yang Baik untuk menunjukkan bahawa konsep itu diluaskan kepada semua orang. Hukum-hukum Tuhan terkandung dalam hati kita dan dengan itu memandang muka (sikap pilih kasih) adalah tidak mungkin. Lihat karya Memandang Muka (No. 221) dan Kasih dan Struktur Hukum (No. 200). Kita diutus keluar seperti domba di kalangan serigala. Kasihilah semua orang. Bagaimanapun, kadangkala ianya lebih baik untuk mengasihi sesetengah orang dari jauh.

 

Ramai orang di dunia mempercayai kejadian keghaiban (rapture). Saya tidak menentangnya, kerana saya agak menyukai idea ini, namun saya tidak dapat menemuinya dalam Alkitab. Jika saya betul-betul mencuba, dalam Lukas 12:36 saya dapat melihat sesuatu yang mungkin berkaitan. “Dan hendaklah kamu sama seperti orang-orang yang menanti-nantikan tuannya yang pulang dari perkawinan, supaya jika ia datang dan mengetok pintu, segera dibuka pintu baginya.” Ini kelihatan seperti dia berada di perkahwinan itu, kemudian pulang untuk “mengetuk” kepada mereka yang tidak dapat pergi ke perkahwinan itu, seperti dalam contoh 10 perawan. Bilakah pewaktuan bagi perkahwinan itu serta jamuan kahwin?

 

J: Ya, Lukas 12:36 adalah teks yang sangat menarik. 1 Tesalonika 4:17 adalah teks yang diperhatikan untuk keghaiban. Bagaimanapun teks tersebut membawa umat pilihan ke angkasa untuk bertemu Tuhan dalam perjalanan turunnya dan mereka berhimpun dengannya di Yerusalem seperti yang kita lihat dari banyak ayat lain berkenaan peristiwa ini. Ini diliputi dalam karya Sangkakala-sangkakala (No. 136). Seluruh konsep keghaiban telah diperiksa dalam karya Milenium dan Keghaiban (No. 95). Istilah di sini dalam teks Lukas 12:36 adalah “pulang.”

 

 

Perkataan yang digunakan adalah “analuo.” Ia hanya timbul di sini dan dalam Filipi 1:23 dalam Perjanjian Baru. Ia digunakan dalam Septuagint (LXX) hanya dalam buku-buku Apocrypha, dan selalunya dalam ertikata “kembali.” Bullinger mengatakan ianya dengan pengertian “ana-kampti” (Ibrani 11:15). Rujukan-rujukan adalah  Tobit 2:9; Judith 13:1; 1 Esdras 3:3; Wisdom 2:1; 5:12; 16:14; Ecclesiasticus 3:15; 2Maccabees 8:25; 9:1; 12:7; 15:28. Kata nama “analusis” sebagai “pengembalian tubuh kepada tanah”, seperti dalam Kejadian 3:19, hanya terjadi sekali saja dalam 2Timotius 4:6.

 

Struktur jamuan perkahwinan itu nampaknya berdasar pada elemen pertama iaitu di mana mereka yang mati dalam Kristus adalah yang pertama dalam struktur tersebut, dan kemudian mereka yang hidup dicari untuk fasa kedua untuk diangkat di angkasa untuk bersama dengan Tuhan selamanya. Alkitab mengatakan bahawa mereka yang masih hidup tidak akan mendahului (menghalang) mereka telah tidur. Mereka akan dibangkitkan kepada jamuan perkahwinan itu dahulu. Ini adalah pengertiannya di sini di mana Mesias pulang kepada mereka yang menunggu dia. Kemudiannya kita akan memulihkan planet ini dan mengurusnya mengikut Hukum-hukum Tuhan untuk seribu tahun Milenium. Lihat karya Jangka Waktu Rumusan Segala Zaman (No. 272).

 

Bolehkah kamu terangkan signifikans perumpamaan 10 orang kusta yang ditahirkan dan kenapa hanya orang Samaria itu saja yang memberi kemuliaan kepada Tuhan? Ceritanya dalam Lukas 17:11.

 

J: Teks itu mengatakan bahawa Kristus sedang melintasi sempadan Samaria dan Galilea dan sepuluh orang kusta mendekatinya dan berdiri jauh. Ini adalah mengikut hukum dalam Imamat 13:45-46. Talmud kemudiannya menyarankan jaraknya pada 100 langkah.

 

Sepuluh suku pada asalnya bertempat di Samaria. Orang Samaria adalah orang Kuta dan Media yang telah berkahwin campur dengan sisa kecil sepuluh suku yang telah kekal di Israel selepas deportasi di bawah Salmaneser pada 722 SM.

 

Orang Yahudi membenci mereka dan mereka telah bertentangan dengan mereka selama berabad lamanya dan menolak dari menerima tradisi-tradisi mereka. Kawasan Utara Galilea secara berkesannya adalah negeri yang berasingan dari Yudea. Ia juga terdiri dari orang Yahudi, Samaria, dan lain-lain. Orang Yudea adalah Yehuda dan Lewi, dan juga Idumea atau Edom yang dimualafkan kepada Yehuda di bawah orang Maccabee dan Raja Herodes adalah seorang daripadanya.

 

Seorang dari mereka yang ditahirkan, seorang Samaria, kembali untuk memberi kemuliaan kepada Tuhan kerana pentahirannya. Kristus bertanya, “Bukankah ada sepuluh orang tadi yang ditahirkan? Di manakah yang sembilan itu?” Ini merujuk kepada hakikat bahawa kebanyakan dari suku-suku itu tidak kembali kepadanya.

 

Perumpamaan ini juga merujuk kembali kepada 2 Raja-raja 17:29-35 dan penyingkiran orang Israel serta penempatan orang Kuta dan orang Awa dan Hamat. Bagaimana Tuhan telah melepaskan singa-singa untuk membunuh mereka sehingga mereka meminta agar seorang imam Israel diutus kepada mereka untuk menunjukkan kepada mereka bagaimana untuk menyembah Tuhan. Walau bagaimana sekalipun, mereka masih membuat tuhan-tuhan mereka sendiri. Orang Babilon membuat Sukot-Benot, orang Kuta membuat Nergal, orang Hamat membuat Asima, orang Awa membuat Nibhas, dan Tartak dan orang Sefarwaim membakar anak-anak mereka sebagai korban kepada Adramelekh dan Anamelekh iaitu tuhan-tuhan Sefarwaim.

 

Ini adalah lima suami yang disembah Samaria, dan merupakan tuhan-tuhan lima bangsa yang dibawa ke dalam kerajaan utara setelah penyebaran Israel. Dengan itu mereka menyembah Yahovah dan ilah mereka sendiri. Ini adalah sebabnya kenapa Kristus berkata kepada perempuan di sumur itu, yang telah mempunyai lima suami dan orang dengan siapa dia hidup bersama pada masa itu bukanlah suaminya, “Kamu menyembah apa yang kamu tidak kenal” (Yohanes 4:18, 22).

 

Dia telah digunakan sebagai satu contoh oleh Tuhan bagi zina dan perkahwinan kawasan Utara kepada lima suami, dan mereka tidak mengenali Tuhan serta hidup dalam dosa dalam satu hubungan di Samaria. Perempuan pada sumur ini adalah kiasan yang kuat dan juga suatu pengajaran tentang perkahwinan.

 

Kita juga harus membandingkan teks ini dengan Yesaya 54:5; 23:17; Yeremia 22:20; Hosea 2:10-12. Penggunaan sepuluh orang kusta adalah untuk mengaitkan suku-suku utara dan bangsa lain, dan membawa bangsa-bangsa ke dalam Israel dan mentahirkan mereka. Orang Samaria adalah satu-satunya orang yang kembali untuk mengucapkan syukur lantas menunjukkan nisbah kecil orang-orang yang disembuhkan yang benar-benar bertaubat dan memberi kemuliaan kepada Tuhan. Perkataan yang digunakan di sini adalah “orang asing.”

 

Oleh sebab itu, terdapat juga dua saksi untuk setiap satu dari lima bangsa tersebut yang dibawa ke utara dan berdiri bertentang dengan lima Tuhan yang telah mencemari sistem-sistem ibadah mereka dan yang menjadikan mereka tidak tahir dan berkusta.

 

Seorang sahabat berada dalam kelas Alkitab Perjanjian Baru dan diminta untuk mengenalpasti di mana perumpamaan talenta disampaikan, siapakah pendengarnya dan apakah makna teks itu. Bolehkah kamu kongsikan idea-idea kamu tentang bahagian ini? Apakah idea-idea kamu tentang Lukas 19:12 dan 10 mina itu?

 

J: Perumpamaan-perumpamaan tersebut menyusuli nubuatan bukit Zaitun. Murid-murid telah mengikuti Kristus dari Bait ke Bukit Zaitun dan memintanya secara peribadi untuk memberitahu mereka bilakah semua hal itu akan terjadi. Dia memberikan nubuatan bukit Zaitun dan kemudian terus memberikan perumpamaan-perumpamaan itu. Makna teks itu adalah bahawa setiap satunya diberikan sebahagian kuasa dan pemahaman rohani, dan ada yang lebih dari yang lain. Jemaat dituntut untuk bersatu bersama dan kesemua talenta tersebut, tidak kira betapa besar atau kecil, diperlukan untuk menyokong pekerjaan tersebut agar ia dapat bertumbuh.

 

Mereka yang hanya mempunyai asas Roh tidak dikecualikan dari melakukan pekerjaan itu. Mereka dituntut untuk mengenali tubuh dan menyediakan sumber-sumber mereka untuk kegunaan yang lain. Jika mereka tidak begitu, Kristus akan menolak mereka dari kerajaan. Itulah sebabnya kenapa tidak seorangpun dari kita yang boleh duduk di rumah tanpa melakukan apa-apa. Sepuluh mina dalam Lukas adalah konsep sama yang diambil menurut usaha individu untuk pekerjaan itu. Pelaksanaan kewajipan yang setia diberi ganjaran yang setimpal dengan usaha.

 

Ketika Yesus berada pada salib bersama dengan dua pencuri itu, seorang dari mereka telah menerima Yesus. Yesus menjawab, ‘sesungguhnya hari ini juga engkau akan ada bersama-sama dengan Aku di dalam Firdaus.’ (Lukas 23:43). Adakah Firdaus “tempat simpanan” atau syurga? Saya tidak faham. Dalam Kejadian dia mengatakan dia mencipta “langit (langit-langit) dan bumi” langit plural (majmuk), bumi singular (tunggal). Tolong jelaskan.

 

J: Sewaktu Kristus berada pada salib Dia mengatakan kepada orang itu: “Aku berkata kepadamu hari ini engkau akan ada bersama-sama dengan Aku di dalam Firdaus.” Ia sama seperti, “Aku berkata kepadamu sekarang ini, kamu akan bersama dengan aku,” dan sebagainya. Ia telah disalahtafsirkan oleh orang Gnostik untuk membenarkan doktrin-doktrin mereka. Kristus mati selama tiga hari dan tiga malam jadi, jika dia bermaksud bahawa pencuri itu akan berada di syurga bersamanya pada hari tersebut, maka dia seorang pendusta dan dengan itu bukan Mesias. Kisah penciptaan melibatkan suatu struktur besar bumi serta atmosferanya dan dari suatu permulaan sebelumnya.

 

Yohanes

 

Saya sedang mencari perbandingan antara buku Kejadian dan buku Yohanes. Saya sudahpun membandingkan firman Tuhan dan terang dan saya tiada apa-apa lagi. Bolehkah kamu bantu?

 

J: Ini adalah topik yang menarik. Injil Yohanes telah ditulis selepas tiga injil sinoptik, dan membetulkan kekurangan dalam tiga injil ini dari segi rujukan-rujukan kepada Kristus dalam turutan masa dan tempoh penuh pelayanannya. Yohanes juga berhasrat, seperti yang nampaknya kamu usulkan, mempertunjukkan kedudukan dan pra-kewujudan Kristus berbanding Tuhan. Jemaat Perjanjian Baru telah mengajar selama dua abad bahawa Kristus adalah Malaikat Perjanjian Lama yang telah menyampaikan Taurat kepada Musa. Ini merupakan perkara utama dalam memahami peranan Kristus dan kedudukannya berbanding Tuhan, serta doktrin-doktrin Perjanjian Lama seperti mana ia diterjemahkan dalam Perjanjian Baru. Aspek-aspek ini dijelaskan dalam karya-karya: Pra-Kewujudan Yesus Kristus (No. 243); Malaikat YHVH (No. 24); Arche Penciptaan Tuhan Sebagai Alfa Dan Omega (No. 229); dan Yosua, Mesias, Anak Tuhan (No. 134). Kamu akan menjumpai sejumlah karya-karya pada laman web kami yang akan menjelaskan sifat Tuhan serta kedudukan Kristus. Hubungan Injil Yohanes kepada Pentateuch (lima kitab pertama Alkitab) akan ternyata dari karya-karya itu.

 

Bolehkah kamu jelaskan Yohanes 5:1-24? Adakah Yesus melanggar hari Sabat atau adakah Tuhan memberinya kebenaran?

 

J: Tidak, Yesus tidak melanggar hari Sabat. Orang Farisi mengatakan dia berbuat begitu. Apa yang dilanggarnya adalah tafsiran mereka bagi Yeremia 17:21-22 yang dipaksa. Orang Farisi, dari teks ini, menjadikan pembawaan apa saja dari satu tempat awam ke tempat awam, dan sini ke dalam tempat peribadi atau keluar dari tempat peribadi, haram pada hari Sabat (rujuk Talmud Sabb. 6a).

 

Yeremia bercakap tentang pembawaan barang ke dalam Yerusalem, atau dari rumah, keluar untuk bekerja pada hari Sabat. Membawa pulang tilam tempat tidur bukanlah pelanggaran hari Sabat, namun mereka mahu menjadikannya begitu. Mishnah kemudiannya (sekitar 200) memperincikan apa yang boleh dibawa keluar, dari segi barang-barang untuk tidur, jika sebagai contohnya, Pendamaia