Jemaat-jemaat Allah Al Masehi

[059]

 

 

 

 

FAQ Pelajaran Alkitab Umum

(Edisi 1.1 20000730-20011208)

 

Soalan-soalan Lazim tentang hal-hal berkaitan Alkitab disenaraikan di sini.

 

 

 

Christian Churches of God

 

PO Box 369, WODEN ACT 2606, AUSTRALIA

E-mail: secretary@ccg.org

 

(Hakcipta © 2000, 2001 Wade Cox)

(Tr. 2005)

 

Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan.  Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan.  Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.

 

Karya ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org


 

FAQ Pelajaran Alkitab Umum

 


 


Kandungan

 

Alkitab…Adakah Alkitab benar-Alkitab sebagai dokumen-Diilhami Alkitab-Kunci kepada makna-makna simbolik-Alkitab Gutenberg-Alkitab NET-Alkitab-alkitab Pelajaran-Douay Rheims-Pemalsuan-Sola Scriptura-Apakah Kitab Suci-Firman-firman Tuhan-Susunan atau membaca Alkitab-Ditambah-Membaharui akal fikiran-Septuagint/Kurios-Historiografi Israel-Bumi 6,000 tahun-Tahun-tahun diukur-Pengurus wang terbaik-Kod tersembunyi-Warna

 

Takdir…Kenikmatan-kenikmatan dunia-Masa depan manusia-Rencana Tuhan-Penderitaan-Siapa dipertanggungjawabkan-Bernasib baik/buruk

 

Simbolisme Nombor…72 persembahan korban-Bagaimana bilangan nombor mengurang-Dimensi ke 4-Rujukan-rujukan kepada 300

 

Masyarakat…Marijuana-Marijuana dan Alkitab-Homoseksualiti-Pengklonan-Vegetarianisme-Sihir air-Dinosaur-Anting-anting-Pembakaran mayat-Nyawa suci-Gagal melihat yang nyata-Pegawai polis-Ibubapa tidak mentaati hukum Tuhan-Pelancapan-Seni mempertahankan diri-Tusukan badan-Horoskop-Pemindahan organ tubuh-Sebatan-Pengampunan-Pengangkatan anak-Kesetiaan kepada bendera-Bohong yang bermaksud baik-Alkohol-Merokok-Loteri-Mengucap sumpah-Sodomi-Perubatan alternatif-Tidak taat kepada ibubapa-Orang tidak percaya-Pemanasan global-Api pada hari Sabat-Nama suami-Membantu golongan yang memerlukan-Pemindahan darah-Penurutan

 

Tradisi-tradisi Pagan…Krismas pagan-Kelahiran Kristus-Dewa Attis-Xmas-Merah & hijau-Mistletoe-Bapa Krismas-Bintang Betlehem-Salib simbol pagan-Sejarah salib-Hari Ibu/Bapa

 

Sejarah…Perang salib-Kaum Bapa Pilgrim-Penganiayaan Kristian-John Bunyan-Gembala Hermas

 

Jemaat…Rencana Tuhan-Gandum/lalang-Pastor/pendeta/reverend-Kanak-kanak dikuduskan-Panggilan Kristian-Agama betul-Persembahan-persembahan mingguan-Kenapa agama-Baptisan dengan selaman-Penyembuhan-Eusebius-Jemaat mana-Umat Kitab-Rahsia-rahsia Tuhan

 

Doa & Puasa…Berdoa kepada siapa-Memukul dada-Berdoa dalam gereja-Doa-doa orang bukan Kristian-Penutupan kepala-3 kali sehari-Jubah berkabung dan abu-Memberi makan kepada orang lapar pada hari-hari puasa

 

Roh…Roh Kudus & roh iblis bersama-sama-Apa terjadi kepada orang sebegitu-Bolehkah roh mati

 

Kalendar…Perhatikan kedua-dua kalendar-Garisan tarikh-Hari atau jam

 

Doktrin Palsu…Kebangkitan ketiga-Tempat selamat

 

Bangsa-bangsa…Edom-Laluan suku-suku yang hilang-Tuhan pemilih kaum-Sikhem-Tempoh masa 430 tahun-Masa depan Kekristianan-Zaman bangsa asing-Perjanjian-perjanjian

 

 

************************************

 

FAQ Umum

 

Alkitab

 

Adakah Alkitab benar?

 

J: Seluruh Reformasi Protestan diperjuangkan atas dasar “Sola Scriptura.” Alkitab dianggap sebagai Firman Tuhan dan Hukum Sepuluh dianggap sebagai mengikat oleh semua pengakuan.

 

Apocrypha telah ditolak sebagai bukan ilham ilahi kerana ia berkonflik dengan Kitab Suci yang diilhami dan pandangan Jerome diterima yang, secara keseluruhannya, selaras dengan sidang Yahudi Jamnia pada abad kedua dalam mengutuk Apocrypha. Apocrypha bermakna “tersembunyi” dan inilah keadaannya. Kanun Perjanjian Lama telah ditutup dengan kematian Ezra pada 323-1 BCE (SM) dan Apocrypha telah digunakan sebagai teks namun tidak dianggap sebagai diilhami. Hippo dan Carthage telah mempertimbangkan persoalan kanun.

 

Sidang Trent, dalam cubaan untuk melawan balik Reformasi, telah membuat kesilapan besar dengan mengisytiharkan Apocrypha sebagai kanun, kononnya mengikut Augustine. Oleh itu, apabila kamu katakan Alkitab adalah benar, seseorang harus bertanya Alkitab manakah yang benar? Lihat karya Alkitab (No. 164).

 

Malang sekali, mengisytiharkan Alkitab adalah benar tidak bermakna bahawa orang yang berbuat demikian melakukan apa yang dikatakannya. Di Eropah abad ini sewaktu kejadian Holocaust terdapat segolongan orang di khemah-khemah tahanan dengan tanda segitiga ungu terbalik. Ini adalah untuk “Bibelforschers” atau “Penyelidik Alkitab.” Ianya tujuan Holocaust untuk menjadikan Eropah sebuah negara Kristian Lutheran/Roman Katolik, yang bebas dari orang Yahudi dan Kristian yang memelihara Sabat dan menurut Alkitab.

 

Orang Lutheran nampaknya telah mengambil alih khemah tahanan pertama dekat Hamburg dari SA pada akhir tahun 1932. Ini adalah satu tradisi lama. Selepas Reformasi, pihak Lutheran telah mengambil alih dari orang Roman Katolik di Transylvania. Rabbi Kohn mencatatkan dalam karyanya Para Pemelihara Sabat di Transylvania (CCG Publishing 1998) bahawa umat Kristian Sabbatarian di Transylvania telah dianiaya dengan kejam kerana memelihara Hukum Tuhan. Orang-orang Kristian jujur ini telah memenggal kaum perempuan di jalan kerana mereka ditemui mempunyai lemak angsa dan bukan lemak babi dalam dapur mereka.

 

Sejuta orang Armenia telah dibawa keluar dan ditembak antara 1919 dan Holocaust kerana mereka memelihara Alkitab sebagai kebenaran. Antara satu dan dua juta orang pemelihara Sabat, yang berlindung di kalangan orang Bektashi di Turki, hilang begitu saja selepas 1927 bersama dengan mungkin seramai lima juta orang Bektashi.

 

Perhatikan sejarah umat Tuhan yang menurut Alkitab dalam karya Peranan Hukum Keempat di dalam Jemaat-jemaat Tuhan Pemelihara Sabat dalam Sejarah (No. 170). Jadi seseorang boleh berkata, “Ya, Alkitab adalah benar (tidak termasuk karya-karya Apocrypha).” Bagaimanapun terdapat beberapa terjemahan dan selitan yang curang yang menjadikan sesetengahnya tidak benar (contohnya 1 Yohanes 5:7 KJV dan 1 Timotius 3:16 dalam KJV, Ulangan 32:8 dalam MT, dan dengan itu semua Alkitab yang menyusulinya, dan seterusnya).

 

Apa kamu fikir tentang asal-usul Alkitab sebagai sebuah dokumen? Khususnya, saya ingin tahu apa fikiran kamu tentang kemungkinan Alkitab sebagai tafsiran berbeza bagi tulisan-tulisan lebih tua dari Mesir purba, kush dan axum? Seperti puisi purba dari dinding kubur Antef dalam Mesir purba yang begitu menyerupai satu bahagian dari Korintus.

 

J: Alkitab merujuk kepada dokumen-dokumen serta amalan-amalan sezaman sepanjang masa, sepanjang sejarah kompilasinya. Perjanjian Lama telahpun dikenakan pemeriksaan yang sangat teliti demi membuktikan ia adalah salah.

 

Benda-benda seperti, contohnya, catatan pada kematian Musa oleh jurutulis-jurutulis dianggap sebagai menunjukkan hakikat bahawa Musa tidak mungkin telah mempunyai kisah kematiannya sendiri, maka ia adalah penghasilan terkemudian. Pernyataan semula hukum dalam Ulangan dianggap sebagai hasil dari tiga dokumen dalam Pentateuch iaitu dokumen P, J, dan Q.

 

Penggunaan-penggunaan berlainan nama-nama bagi Tuhan serta orang-orang yang bertindak bagi pihakNya diambil sebagai bukti jenis-jenis ibadah berlainan di Kanaan, dan sebaliknya bukan bukti kejahilan teologikal yang teruk sekali pada para sarjana sendiri, iaitu keadaan sebenarnya. Hakikat bahawa Daniel ada dalam bahasa Ibrani dan Kasdim (Aramaik) diambil sebagai bukti bagi penulisan terkemudian, bukan sebagai bukti bagi struktur teologikal pekhabaran tersebut, yang memberinya keaslian dan kuasa yang lebih. Seorang pemalsu tidak mungkin akan merosakkan hasil karyanya dengan menambah bahasa Aramaik kepada teks Ibrani yang dipalsukannya pada tarikh lebih lewat.

 

Rujukan-rujukan kepada LXX dalam Perjanjian Baru menunjukkan penggunaan dan kebiasaan dengannya. Susunan kata dalam Yudas menunjukkan kebiasaan dengan Henokh, namun tidak menunjukkan tiadanya inspirasi. Perubahan-perubahan bahasa Ibrani Perjanjian Lama oleh golongan Sopherim tidak menandakan ianya kompilasi lewat, tetapi sebaliknya dengan DSS dan LXX, kita tahu bahawa mereka telah mengubah teks-teks tersebut, dan seorang ahli teologi tulen akan memahami kenapa.

 

Masalah dengan kronologi biasanya terbit dari kejahilan penuh dan paradigma-paradigma para sarjana itu sendiri. Sebagai contoh, kronologi Mesir adalah berdasar pada Manetho. Pangkat-pangkat PhD telah diperolehi berdasarkan struktur itu. Maka, Alkitab lebih senang didiskreditkan daripada membiarkan sesetengah sarjana meletakkannya dalam rangka masa yang betul. I. Velikovsky telah mendapat padahnya kerana mencabar struktur tersebut.

 

Turutan Kasdim juga serupa. Orang Het telah dianggap tidak pernah wujud, kerana selama berabad-abad mereka hanya muncul dalam Alkitab. Kini, mereka telah menemui kota-kota mereka. Dalam jangkamasa pendek mereka akan mengaitkan mereka sebagai bangsa Celtic dalam perikatan Israel. Sehingga kini idea ini telah dilawan kerana sistem Eropah telah bersusah payah menyembunyikan asal-usul sebenar bangsa-bangsa kerana mereka ingin membina sebuah model evolusi untuk menjauhkan diri dari hukum-hukum Alkitab

 

Sejarah orang Anglo Saxon telah sengaja diselubungi dalam misteri, sehinggalah zaman Julius Caesar, kerana Gereja Katolik tidak mahu orang British mengetahui asal-usul sebenar mereka. Lihat karya Perang Unitarian/Trinitarian (No. 268) untuk sebahagian dari sejarah bangsa-bangsa Eropah.

 

Rancangan terbaru adalah untuk mentarikhkan Alkitab selepas 600 SM, dan kemudian mendakwa ia datang dari teks-teks India (Vedas dan Upanishad), iaitu keadaan terbalik dari pencerobohan-pencerobohan Aryan terhadap India pada 1000 SM. Mereka berharap dengan itu untuk menubuhkan model Teologi Proses sebagai Agama Dunia Baru. Ini telah dikembangkan dari agama Buddha dan Shintoisme dari Sekolah Kyoto oleh Harteshorne dan Whitehead. Skala masa serta keaslian Alkitab diperiksa dalam karya Alkitab (No. 164).

 

Saya telah memerhatikan bahawa ramai pakar nampaknya berpandangan bahawa Alkitab tidak diilhami. Adakah kamu percaya bahawa Alkitab adalah firman Tuhan yang diilhami? Jika ya adakah kita secara logiknya didorong olehnya?

 

J: Jika Kitab Suci dinafaskan Tuhan maka Dia telah memberikan perintah-perintah untuk kita ikuti. Bagaimanapun, kita setuju bahawa ia diilhami dan tidak mungkin salah. Dari satu segi kami setuju dengan kedua-dua ini namun tidak menyamakan “diilhami” dengan “diperintahkan”.

 

Alkitab telah “diperintahkan” dalam ertikata bahawa Tuhan mengeluarkan Hukum-hukumNya melalui hambaNya para nabi. Surat-surat pula hanya sekadar tulisan-tulisan para pemimpin dan guru Jemaat mula-mula yang Jemaat kami telah menganggap sebagai Kitab Suci yang diilhami. Tuhan mengeluarkan HukumNya melalui hambaNya para nabi. Dengan cara ini seluruh struktur hukum taurat dan para nabi bergantung pada Dua Perintah Besar. Lihat karya-karya siri hukum dari Hukum Tuhan (No. L1).

 

Adakah kamu mempunyai “kunci” yang memperincikan makna-makna simbolik kata-kata yang digunakan dalam nubuatan Alkitab?

 

J: Terdapat satu siri kunci untuk memahami nubuatan. Jangkamasa-jangkamasa dijelaskan dalam karya Tanda Yunus dan Sejarah Pembangunan Semula Bait Suci (No. 13). Kamu juga perlu mengetahui siapakah beberapa dari Suku-suku itu, serta identiti Israel moden. Lihat karya Perang Unitarian/Trinitarian (No. 268).

 

Penggunaan istilah, contohnya, “pohon-pohon” mempunyai makna (lihat karya Kejatuhan Mesir Nubuatan Tentang Lengan-lengan Patah Firaun (No. 36)) sama seperti konsep-konsep “perempuan” untuk jemaat-jemaat, kota-kota kerajaan serta zaman-zaman. Makna-maknanya adalah rumit dan timbul dalam penerangan-penerangan teks-teks tersebut. Lihat karya-karya ini dan mereka akan menjelaskan banyak dari simbol-simbol itu. Kota Tuhan (No. 180) akan menunjukkan kamu apakah simbolisme muktamad Alkitab.

 

Apakah tarikh pencetakan Alkitab Gutenberg? Apakah tarikh pencetakan Alkitab Geneva dan siapakah yang mencetaknya?

 

J: Untuk kemudahan semua pembaca, tarikh-tarikh Alkitab Inggeris yang lebih terkenal adalah: Wycliffe (Alkitab Lollard) (sekitar 1380); Tyndale (1525); Coverdale (1535); Matthews (1537); Cromwell atau Alkitab Agung edisi 1 (1539) edisi ke 2 atau Alkitab Cranmers; Alkitab Geneva (1557-1560); Alkitab Biskop (1568); Vulgate diterjemah sebagai Perjanjian Baru Reims (1582); Alkitab Douay (1609-10). Alkitab 42 baris Gutenberg telah siap pada 1453-1455. Taip baris-tigapuluh-enam nampaknya telah siap seawal dekad ke 4 abad tersebut.

 

Saya ingin menilai Alkitab NET yang baru untuk ketepatannya kepada majoriti teks-teks purba. Apakah contoh ayat-ayat Perjanjian Lama & Perjanjian Baru yang boleh dijadikan kriteria yang baik untuk digunakan sebagai perbandingan dengan ayat-ayat NKJV? Kerana saya bukan sarjana bahasa, saya memerlukan kamu menunjukkan nuansa-nuansa signifikan untuk diperhatikan dalam kedua-duanya. Saya tahu bahawa kedua-duanya telah ditafsirkan & diterjemahkan oleh orang Trinitarian. Saya juga inginkan pendapat kamu tentang NET dan NKJV.

 

J: Ianya sangat baik untuk menilai teks-teks. NKJV membetulkan satu masalah dengan Perjanjian Baru dalam satu teks dengan mengubah teks asalnya dalam terjemahan Perjanjian Lama mereka. Oleh itu mereka mempunyai semua masalah-masalah KJV, dan lebih banyak lagi yang dibuat mereka sendiri. Lihat teks-teks dalam Ulangan 32:8. Jika ia tidak berbunyi “anak-anak Tuhan”, maka ia salah.

 

Yehezkiel 28 adalah ujian yang baik. Perhatikan Alkitab Interlinear dan teliti teks Perjanjian Lama dengan melihat juga pada Strong’s: Yohanes 1:18, 1 Timotius 3:16; 6:16; Filipi 2:5-9; 1 Yohanes 5:20; 1 Yohanes 5:7. Sebagai contoh, karya Arche Penciptaan Tuhan Sebagai Alfa dan Omega (No. 229) adalah permulaan yang baik untuk Wahyu 1 dan lain-lain.

 

Mana satukah Alkitab belajar yang baik? Begitu banyak yang memberi penerangan tentang bahagian dan istilah yang benar-benar jelas, kemudian mengabaikan sepenuhnya bahagian dan ungkapan yang susah difahami. Siapa pula yang memerlukan bantuan tidak berguna begitu? Sebagai contohnya saya telah dapati Alkitab Belajar NIV dari Zondervan yang diedit oleh K. Bakker, tidak membantu sama sekali melainkan untuk membangkitkan kemarahan.

 

J: Kami faham apa yang kamu maksudkan. NIV sendiri juga mengecewakan. Ianya sebuah karya apologi Trinitarian dan mengabaikan atau memadamkan banyak teks-teks penting. Penjelasan-penjelasannya lazim kepada apa yang jelas dan mengabaikan apa yang lebih sukar. Bagaimanapun, sesetengah dari nota kakinya bernilai dan mungkin cukup berguna.

 

KJV terbaik yang boleh kamu gunakan adalah Companion Bible oleh Bullinger. Nota-notanya sangat baik melainkan di mana mereka menerangkan Ketuhanan atau Kronologi. Dia salah dalam kedua-dua ini. Kemudiannya, sesudah karya Alkitab ini diterbitkan, dia memahami kesilapannya apabila diyakinkan oleh A. E. Knock. Bagaimanapun, dia sudah terlalu tua dan menyerahkannya kepada Knoch untuk memperbaikinya, yang dilakukannya dalam Perjanjian Baru Concordant Literal. Jadi, teks ini juga penting.

 

Apendiks-apendiksnya adalah bernilai melainkan, sekali lagi, untuk kronologinya dan penerangan-penerangannya yang berdasarkan itu. Alkitab Marshall’s Greek English Interlinear adalah baik dan versi RSV adalah yang terbaik. Sayang sekali, mereka kini cuba menerbitkannya dengan NIV dan bukan RSV.

 

Alkitab Green’s Interlinear adalah Interlinear yang baik dengan penomboran Strong’s dan boleh digunakan untuk Perjanjian Lama. Perjanjian Baru adalah berdasar pada Receptus dan kerana itu kamu akan memerlukan Alkitab Marshall’s juga. Nota-nota Bullinger menangani masalah-masalah dalam Receptus dalam nota-nota kakinya kepada Perjanjian Baru dalam Companion Bible. Sebuah komentar Yahudi Perjanjian Lama yang sangat baik adalah Soncino. Ia berdasarkan Teks Masoretic dan tidak mempunyai interlinear (terjemahan antara baris) tetapi sebaliknya mempunyai terjemahan bahasa Inggeris yang baik. Ia mempunyai nota-nota rabbinikal yang banyak, yang akan menjadikan kamu lebih marah lagi berbanding dengan NIV kerana kejahilan beberapa rabbi yang disengajakan serta kegagalan rabbi-rabbi lain untuk bertindak menurut kebenaran mesianik yang jelas. Dalam kebanyakan bidang utama terdapat karya-karya yang ditulis dengan mengambil kira teks-teks itu. Kami berharap akan dapat menghasilkan sebuah teks baik yang boleh digunakan pada Projek Alkitab Antarabangsa melalui CCG Publishing, di masa depan.

 

Terdapat juga sebuah Konkordans kepada Buku-buku Apocrypha/Deuterocanonical oleh Collins, yang juga akan membantu kamu dengan perujukan mereka. Alkitab New Oxford Annotated RSV juga adalah teks yang baik dengan nota-nota yang tidak begitu banyak tetapi relevan.

 

Adakah kamu menganggap Alkitab Douay Rheims sebagai tambahan bernilai kepada alat-alat bantuan pembelajaran Alkitab? Terdapat kitab-kitab tambahan yang dimasukkan yang tidak terdapat dalam Alkitab lain jadi saya tertanya-tanya bilakah dan kenapakah semua itu ditambah? Adakah mereka asli atau hanya tambahan masuk?

 

J: Kitab-kitab tambahan ini adalah karya-karya yang membentuk Apocrypha. Himpunan karya ini telah diisytiharkan sebagai tulisan rasmi (kanun) oleh Sidang Trent. Kesemua karya ini telah dihasilkan selepas penutupan Kanun (Dalil Agama), dan selepas kematian Ezra pada 323 SM. Mereka semuanya mengandungi masalah-masalah serius dengan teks Perjanjian Lama.

 

Sebagai contoh 1 Esdras bertentangan sepenuhnya dengan Buku Ezra. Esdras mengisahkan pembinaan Bait Suci pada zaman Darius Hystaspes, yang mustahil dari segi sejarah dan alkitabiah. Mereka penting kepada Roman Katolikisme kerana berbagai sebab-sebab bukan alkitabiah dan pagan. Doktrin purgatori adalah bergantung pada Apocrypha. Maka, ia perlu dimasukkan.

 

Karya-karya bersejarah golongan Macabbee juga adalah bukan kanun, namun adalah menarik untuk dikaji. Yehuda telah sentiasa menolak mereka sebagai bukan kanun. Begitu juga dengan Jemaat kemudiannya. Lihat karya-karya Alkitab (No. 164); Tanda Yunus dan Sejarah Pembangunan Semula Bait Suci (No. 13); Distribusi Umum Jemaat Pemelihara Sabat (No. 122) serta Peranan Hukum Keempat di dalam Jemaat-jemaat Tuhan Pemelihara Sabat dalam Sejarah (No. 170).

 

Komentar Heydock (edisi 1851) mempunyai rujukan penting, yang menunjukkan perbalahan masalah dalam penggunaan artikel definit hanya kepada Allah Maha Esa dan tidak pernah kepada Kristus, dalam aplikasi “theos” kepada Perjanjian Baru dengan kesilapannya di sini. Teks ini diperolehi dari Vulgate dan disalahpakai kepada Kristus dalam teks ini.

 

Kamu pernah menyebut bahawa terdapat beberapa pemalsuan dan terjemahan salah dalam Alkitab-alkitab tertentu. Bolehkah kamu senaraikan semua ini untuk rujukan kami dan apakah terjemahan yang betul? Saya tidak pasti berapa banyak yang kamu katakan; jika terdapat banyak, bagaimana kalau mulakan dengan 10 yang paling penting dalam pendapat kamu?

 

J: Memang terdapat banyak perubahan dan terjemahan salah. Untung sekali, kita tahu tentang mereka. KJV terbaik untuk diambil adalah Alkitab Companion. Bullinger membuat nota-nota tentang teks-teks purba dan apa yang diabaikan dari mereka dalam nota-nota kepada setiap ayat.

 

Juga, dalam apendiks-apendiks terdapat satu senarai 134 perubahan oleh kumpulan Sopherim dari “Yahovah” kepada “Adonai” (Apendiks 32). Apendiks mempunyai teks-teks perubahan kepada “Elohim”, dan cetakan dalam KJV menggambarkan perubahan-perubahan kepada elohim. Alkitab AV menuliskan teks-teks dalam 2 Samuel 5:19-25 dan 6:9-17 sebagai “Tuhan” (Lord). Di mana AV dan Versi-versi Semakan masih mempunyai “Tuhan” (God) dalam teks-teks dalam 1 Tawarikah dan Mazmur, ia muncul begitu dalam Alkitab Companion namun dengan tanda cetak.

 

Perjanjian Baru Concordant Literal adalah penting, dan juga Marshall’s Greek English Interlinear. Alkitab Interlinear Green juga berguna untuk Perjanjian Lama. Perjanjian Baru adalah berdasarkan Receptus, yang mempunyai masalah-masalah serius. Perubahan, atau pemalsuan dan terjemahan salah, yang paling penting dalam KJV adalah teks 1 Yohanes 5:7 yang dipalsukan yang membuat rujukan Trinitarian dan yang tidak terdapat dalam sebarang manuskrip purba.

 

1 Timotius 3:16 dalam KJV adalah berdasar pada teks yang dipalsukan dalam Codex A yang ditemui dalam muzium British. Ia mempunyai Uncial O yang diubah dengan penambahan satu bar lantas menjadikannya “theta” dan seorang jurutulis lain telah menambah “sygma,” lantas menjadikan huruf-huruf “theta sygma,” dan ini diterjemahkan sebagai perkataan “theos” dan dengan itu diterjemahkan sebagai “Tuhan” (God) dan bukannya “dia yang.” Malah pemalsuan-pemalsuan ini dibuat dalam dua jenis ink yang berlainan.

 

Filipi 2:6 dalam KJV telah dikeruhkan dan adalah lebih jelas dalam RSV. Yohanes 1:1 adalah penulisan Trinitarian. Yohanes 1:18 menggantikan “monogenes theos” dengan “Monogenes Uios” dalam Receptus dan dengan itu dalam KJV. Kebanyakan umat Trinitarian meneruskan terjemahan salah tersebut. (rujuk Marshall’s Interlinear).

 

Efesus 3:9 menambahkan kata-kata “oleh Yesus Kristus” kepada hujung teks itu, “Dalam Allah, yang menciptakan segala sesuatu.” KJV memasukkan “alfa omega” pada Wahyu 1:8, yang diabaikan dalam teks-teks purba. Proses ini serta teks-teks tersebut diperiksa dalam karya Arche Penciptaan Tuhan Sebagai Alfa dan Omega (No. 229).

 

Ulangan 32:8 telah diubah dalam teks Masoretic dari “anak-anak (malaikat) Tuhan” kepada “anak-anak Israel.” Ia dibetulkan dalam RSV dan beberapa yang lain berdasarkan LXX dan penemuan-penemuan teks-teks purba DSS. Kejadian 23:6 mempunyai “raja elohim” dalam bahasa Ibrani dan ini diterjemahkan sebagai “raja agung.”

 

Alkitab Companion juga mempunyai perubahan-perubahan Sopherim kepada “Elohim” dalam Apendiks 33, di mana terdapat 18 semuanya. Lima belas butir perkara luar biasa Sopherim dicatatkan dalam Apendiks 31 Alkitab Companion.

 

Codex (Naskhah) Bait yang dibawa ke Rom oleh Titus, dan diserahkan kepada Masyarakat Yahudi oleh Maharaja Severin sekitar 220 TM, mempunyai tiga puluh dua bahagian yang berbeza dari teks-teks lain. Senarai-senarai ini dipelihara dan Alkitab Companion menyenaraikan mereka dalam Apendiks 34 dan juga membuat nota dalam ruang tepi ayat-ayat itu. Nota-nota Alkitab Companion sangat diperlukan dalam sebarang pengajian sebenar KJV. Alkitab Annotated Oxford RSV juga penting.

 

Apakah istilah Sola Scriptura? Di manakah istilah ini dalam Alkitab?

 

J: Istilah “Sola Scriptura” bermakna “hanya dengan Alkitab.” Ia menolak hak sebarang tradisi, sama ada Jemaat atau Judaisme, untuk melayakkan Alkitab atau mengubah maksud jelas kata-katanya.

 

Teks Alkitab yang mengukuhkan pandangan ini adalah Yesaya 8:20 yang menyatakan bahawa jika mereka tidak berbicara sesuai dengan Hukum dan kesaksian itu maka tiada terang (fajar) di dalam mereka. Satu lagi teks yang menangani konsep ini mengatakan bahawa Alkitab harus tidak diterjemah secara peribadi. Kristus mengutuk orang Farisi kerana menjadikan firman Tuhan tidak berkesan melalui tradisi-tradisi mereka. Seluruh Hukum Taurat dan Kitab Para Nabi membentuk Dua Perintah Besar. Tiada satupun tradisi yang dimasukkan dalam mereka. Wahyu menutup kisah Perjanjian Baru. Sistem yang dikutuk oleh Alkitab ingin mengubah waktu dan Hukum. Maka, Alkitab satu-satunya adalah firman Tuhan dan melaluinya setiap orang harus hidup: setiap perkataannya. Hujah tentang karangan serta struktur Alkitab diperiksa dalam karya Alkitab (No. 164).

 

Apakah “Kitab Suci” sebenarnya? Saya rasa ia adalah cara untuk Tuhan menyatakan diriNya, namun adakah apa-apa benda lain yang boleh kamu beritahu saya?

 

J: Ya, Kitab Suci adalah diilhami. Secara literalnya ini bermakna dinafaskan Tuhan. Dapat disimpulkan bahawa jika Tuhan wujud dan dia telah mencipta kita, maka Dia mempunyai kewajipan moral, jika Dia ingin mengadili kita dari segi kelakuan, untuk memberikan kita satu set peraturan sebagai panduan hidup.

 

Dia memang telah melakukan ini dan Dia berbicara kepada kita melalui hamba-hambaNya para nabi, yang diilhami oleh Roh Kudus untuk berbicara kepada dunia. Pada mulanya Dia melakukan ini melalui anak Adam, dan kemudian melalui Nuh, dan kemudiannya melalui anak-anak Abraham, Ishak, dan Yakub hingga bangsa Israel.

 

Ketika Kristus dan para Rasul mengajar, Kitab Suci adalah Perjanjian Lama. Perjanjian Baru adalah rekod ajaran-ajaran Kristus, dalam apa yang dipanggil sebagai injil, yang bermakna “khabar baik.” Buku Kisah adalah sejarah definitif Jemaat mula-mula dan pendekatannya kepada Kitab Suci. Semua surat lain adalah sama ada tafsiran-tafsiran Perjanjian Lama dalam keadaan masalah-masalah yang dialami dalam Jemaat yang diberikan Tuhan kepada orang di bawah pengaruh Roh Kudus, atau Wahyu langsung Tuhan kepada Yesus Kristus sebagai contohnya apa yang disebutkan kepada Yohanes sebagai nubuatan. Cara Alkitab direncanakan dan disusun dijelaskan dalam karya Alkitab (No. 164).

 

Apakah “firman Tuhan?” (oracles of God)

 

J: Kitab Suci, dan khususnya Hukum taurat, adalah firman Tuhan. Firman ini telah diberikan kepada  umat Tuhan melalui para nabi dan para nabi ini adalah dari Israel (rujuk Firman Tuhan (No. 184)). Pengakhiran firman Tuhan dalam fasa pertama terjadi dengan nabi-nabi, Ezra dan Nehemia. Perjanjian Lama telah ditamatkan dengan orang-orang ini. Tuhan telah berdiam diri dari fasa akhir pernyataan Perjanjian Lama ini sehingga Dia berbicara melalui roh-roh pelayanannya kepada Zakharia, iaitu bapa kepada Yohanes Pembaptis (Lukas 1:5-30).

 

Tempat Maha Kudus juga disebutkan sebagai firman (khususnya dari 1 Raja-raja 6:16, 19, 20). Ini mungkin timbul, seperti yang kita lihat, dari hakikat bahawa Hukum Taurat telah disimpan di situ dan Tuhan menyatakan diriNya melalui nubuatan di situ. Ianya sebuah kiub berukuran dua puluh hasta (rujuk 1 Raja-raja 6:20). Ini dipanggil “naos” dalam Perjanjian Baru, yang merujuk khususnya kepada Jemaat, dan ia adalah naos itu (rujuk Tabut Perjanjian (No. 196)).

 

1Korintus 3:17 Jika ada orang yang membinasakan bait Allah, maka Allah akan membinasakan dia. Sebab bait Allah adalah kudus dan bait Allah itu ialah kamu.

 

Maka Jemaat adalah “naos” atau “Tempat Maha Kudus” dan dengan itu, adalah firman Tuhan. Maka firman Tuhan menjadi Jemaat pada Pentakosta 30 TM. Dengan itu kita lihat apa yang dimaksudkan Paulus apabila dia merujuk kepada firman Tuhan dalam konteks yang lebih luas dan tepat.

 

Saya ingin mula membaca Alkitab dari hujung ke hujung. Adakah sebarang susunan khas atau apa-apa yang membantu dalam memahami teks ini?

 

J: Membaca Alkitab dari hujung ke hujung boleh dilakukan dalam setahun jika dua atau tiga bab dibaca sehari. Masalah dalam memahami Alkitab, adalah bahawa ia ditulis agar ia hanya dapat difahami harus ini harus itu, mesti begini mesti begitu, tambah ini tambah itu. Kristus berbicara dalam bentuk perumpamaan agar orang ramai TIDAK memahaminya sebelum waktunya tiba untuk difahami.

 

Proses ini adalah penting dalam memahami struktur serta tujuan Alkitab. Untuk itu, terdapat Program Belajar Alkitab yang dirumuskan agar semua orang dapat belajar mengikut topik. Lihat Program Belajar Alkitab (No. B1). Memahami struktur rencana Tuhan dibantu oleh karya: Jadual Waktu Rumusan Segala Zaman (No. 272). Memerhatikan struktur Alkitab juga membantu: Alkitab (No. 164). Peranan Kristus dalam kompilasi Alkitab juga dapat dilihat dalam karya-karya: Peranan Mesias (No. 226); dan Pra-Kewujudan Yesus Kristus (No. 243).

 

Bolehkah berikan saya beberapa ayat Alkitab untuk dipelajari dan dibaca berhubung “membaharui fikiran saya?”

 

J: Jika kamu pergi kepada laman web pada www.ccg.org kamu akan temui satu bahagian dengan sebilangan bintik kunci di bahagian tepi halaman kedua CCG. Di situ terdapat satu pautan (link) kepada karya-karya Pelajaran Kunci dan juga Program Belajar Alkitab (No. B1). Jika kamu perhatikan turutan-turutan dalam karya itu kamu akan lihat kira-kira 300 karya disenaraikan dalam banyak kategori. Karya-karya seperti Pertaubatan dan Pembaptisan (No. 52) serta siri tentang Sifat Tuhan akan memberitahu kamu tentang “siapa” dalam soal Tuhan dan kebaktian.

 

Karya-karya seperti Peranan Mesias (No. 226) akan memberitahu kamu apa peranan yang dimainkan Kristus dalam proses ini. Karya-karya seperti Kalendar Tuhan (No. 156) dan berbagai karya Hari Kudus, serta penjelasan-penjelasan tentang mereka, akan memberitahu kamu tentang “bagaimana” dalam soal kebaktian. Terdapat juga karya-karya berkenaan rencana keselamatan dan Jangka Waktu Rumusan Segala Zaman (No. 272) untuk menunjukkan kamu turutan peristiwa nubuatan. Terdapat cukup bahan Kitab Suci dan sejarah di situ untuk mengisi masa seorang pelajar sejati selama bertahun-tahun dalam penyelidikan sejati. Kemudian, apabila kamu semakin tua, kamu akan suka melakukannya semula kerana kamu akan mendekatinya dari perspektif yang lebih dalam. Bagi umat Tuhan, pembelajaran tidak pernah berakhir.

 

Setahu saya, Yahovah adalah perkataan yang diterjemahkan sebagai Tuhan dan TUHAN dalam ayat yang sama. Jika ini adalah betul, kamu fikir kenapakah mereka tidak terus konsisten? Ini hanya menjadikannya lebih mengelirukan. Bolehkah kamu jelaskan apakah Septuagint dan apakah Kurios?

 

J: Banyak terjemahan Alkitab, malah kebanyakannya, adalah dari sudut pandangan Trinitarian. Ada yang menyembunyikan penggunaan “Yahovah.” Dari Sopherim, ahli-ahli Taurat Yahudi telah mengubah perkataan “Yahovah” 134 kali dalam teks Masoretic kepada “Adonai.” Septuagint adalah Alkitab yang diterjemahkan ke dalam bahasa Yunani (Greek) dari bahasa Ibrani di bawah kerabat Ptolemy di Mesir. Pemendekan katanya adalah LXX untuk tujuh puluh, untuk tujuh puluh jurutulis yang dikatakan telah menterjemahkannya. Ia lazimnya dipetik dalam Perjanjian Baru dan mungkin sekali adalah teks Alkitab yang paling biasa mereka gunakan. “Kurios” adalah perkataan Yunani untuk “Tuhan” yang digunakan dalam Perjanjian Baru dan dalam LXX.

 

Saya adalah seorang pelajar Alkitab yang serius yang memerlukan seberapa banyak sumber yang mungkin tentang topik Historiografi Israel Purba, dan Historiografi Perjanjian Lama. Kalau kamu mempunyai sebarang cadangan saya sangat berminat untuk mengetahuinya. Saya lebih suka pemikiran aliran umum.

 

J: Bila kamu sebutkan aliran umum, harus diperhatikan bahawa Alkitab telah dibongkar sebagai sumber berwibawa oleh sistem aliran umum. Kamu akan menemui sejarah Kanun serta kompilasinya pada laman web dalam Alkitab (No. 164). Juga terdapat beberapa komen dalam karya Kristus dan Quran (No. 163). Kamu juga akan menemui beberapa komen berhubung waktu penutupan kanun dalam karya-karya Pembacaan Hukum Dengan Ezra Dan Nehemia (No. 250); dan Tanda Yunus dan Sejarah Pembangunan Semula Bait Suci (No. 13). Karya Westcott History of the Canon adalah karya yang baik jika kamu boleh dapatkan senaskhah.

 

Saya teringat membaca bahawa seorang individu tertentu telah dikreditkan kerana menyatakan bahawa, berdasarkan umur dan tarikh yang dicatatkan dalam Alkitab, bumi hanya mungkin berumur 6,000 tahun. Tahukah kamu siapa individu tersebut dan tolong sebutkan sebuah rujukan untuk saya?

 

J: Ianya diandaikan bahawa kamu maksudkan kronologi yang dihasilkan oleh Ketua Biskop James Ussher untuk teks Authorised. Kronologi ini sebenarnya adalah dari 6004 SM. Ianya boleh ditemui dalam versi Authorised tahun 1701. Dalam edisi-edisi kemudian banyak dari nota-nota dan rujukan-rujukannya telah diabaikan. Jadi, jika inginkan kronologi dan senarai lengkapnya, dapatkan versi itu dari perpustakaan terdekat yang mempunyainya.

 

Bagaimanakah tahun diukur dalam Alkitab, iaitu bagaimanakah mereka menentukan umur seseorang?

 

J: Alkitab memulakan tahun dari bulan Abib, iaitu Bulan Baru yang paling dekat dengan ekuinoks. Konjunksi membentuk asas penetapan untuk orang Ibrani. Jari Ashirat, atau bulan sabit, merupakan asasnya bagi orang Babilon dan Mesir. Terdapat bulan interkalari sebanyak tujuh kali dalam tiap sembilan belas tahun. Tahun diukur dari 1 Abib, atau 1 Nisan seperti mana ia dipanggil dari bulan Nisanu Babilon. Lihat karya Kalendar Tuhan (No. 156); dan juga Bulan dan Tahun Baru (No. 213). Orang Farisi telah memperkenalkan bermacam jenis tahun baru yang lain selepas kejatuhan Bait, seperti yang kita tahu dari Mishnah namun ianya bukan begitu dalam zaman Bait Suci. Tahun Baru mereka dari abad ke 3 adalah Rosh Hashanah dalam Tishri, atau bulan ketujuh, yang dipinjam mereka dari orang Babilon selepas penyebaran mereka.

 

Orang Ibrani tidak merayakan hari lahir kerana ia merupakan sebuah kultus orang Babilon, golongan pemerhati bintang dan kultus-kultus matahari. Anak-anak Ayub telah dibunuh kerana hakikat itu. Astrologi dan carta-carta tarikh juga dilarang. Lihat karya Hari-hari Lahir (No. 287). Tarikh kelahiran Kristus sengaja disembunyikan kerana fakta itu.

 

Adar II, iaitu bulan interkalari, hanya dianggap sebagai “WeAdar” atau “Dan Adar,” dan semua tarikh dalam bulan ini hanya dianggap sebagai Adar untuk tujuan-tujuan perdagangan. Riba adalah dilarang dan semua hutang harus diampuni pada tahun ketujuh atau tahun Sabat kitar Sabatikal. Kamu akan dapati kebanyakan persoalan terjawab dalam karya-karya pada web yang membincangkan isu-isu kalendar.

 

Siapakah dalam Alkitab yang terkenal kerana menguruskan wang/sumber mereka dengan bijak?

 

J: Terdapat contoh-contoh dalam Perjanjian Lama dan Baru. Ayub adalah pengurus yang betul. Yusuf adalah yang terbaik dengan wang orang lain sebagai seorang pengurus. Yakub telah menguruskan tanah-tanah milik bapa mertuanya dan mengumpulkan kekayaan untuk dirinya sendiri juga. Daniel juga adalah seorang lagi teladan kebijaksanaan. Mordekhai adalah seorang lagi contoh pengurus yang bijak.

 

Contoh Perjanjian Baru adalah pengurus yang bijak dalam hal-hal dunia ini. Bagaimanapun, dia bukannya contoh untuk diikuti. Salomo merupakan lambang Kebijaksanaan dan pengurusan sumber-sumber Kerajaan, namun dia juga jatuh ke dalam keberhalaan. Bapanya Daud juga bijak dari segi itu.

 

Saya ingin tahu jika adanya kebenaran dalam dakwaan yang dibuat oleh mereka yang menganjurkan bahawa Alkitab mempunyai kod tersembunyi?

 

J: Alkitab telah ditetapkan oleh ramai orang dalam turutan-turutan kod tertentu. Alkitab juga digunakan sebagai alat ramalan dengan menggunakan berbagai turutan. Begitu juga Moby Dick dapat digunakan seperti ini dan ini telahpun digunakan seperti yang kita lihat di bawah.

 

Komen-komen adalah seperti berikut:

 

“Digambarkan secara kasar, kedua-dua perkataan dalam satu pasangan ditemui dengan mencari di mana tiap satunya muncul pada turutan huruf sama jarak minimum masing-masing (ELS). Secara teori, turutan-turutan minimum ini mungkin adalah sebarang bilangan huruf (walaupun tidak lebih dari sekitar 78,000 dibahagi dengan kurang satu dari bilangan huruf dalam perkataan itu); secara praktik, turutan-turutan ini agak pendek berbanding panjang Kejadian sepenuhnya. Namun seperti yang akan kita lihat, ELS sebenar tidak mempengaruhi hasil-hasilnya.

 

http://www.meru.org/Codes/lettresp.html

 

http://www.meru.org/Codes/review.html

 

“Dalam sebuah temuramah terbaru, David Kazhdan, profesor dan pengerusi matematik di Harvard, memberi amaran kepada orang-orang yang terlalu cepat meragui kod-kod Torah (Taurat), ‘Fenomenanya adalah benar. Kesimpulan apa yang kamu dapati dari ini adalah bergantung pada individu.’ Sebagai tambahan, kelompok-kelompok perkataan, seperti yang disebutkan dalam buku-buku Witztum dan Drosnin dan apa yang dikenali sebagai kod-kod mesianik, adalah sebuah fenomena tidak terkawal dan kelompok-kelompok serupa akan ditemui dalam sebarang teks dengan panjang yang serupa. Semua dakwaan kemungkinan-kemungkinan luar biasa untuk kelompok-kelompok sedemikian adalah palsu, kerana mereka dikira bertentangan dengan peraturan piawai kebarangkalian dan statistik.

 

http://math.caltech.edu/code/petition.html

 

“Antara para penandatangan di bawah adalah beberapa orang yang percaya bahawa Taurat telah ditulis ilahi. Kami tidak mendapati sebarang konflik antara kepercayaan itu dan pendapat yang telah kami nyatakan di atas.”

 

Perhatikan juga laman web ini:

 

http://www.bible-prophecy.com/codes.htm

 

Ini adalah kod-kod penyangkalan yang lebih baik:

 

http://cs.anu.edu.au/~bdm/dilugim/torah.html

 

Ini menunjukkan ELS meramalkan pembunuhan dalam Moby Dick. Bahasa Inggeris dengan huruf vokal kurang berkemampuan melakukan ini berbanding huruf konsonan bahasa Ibrani.

 

http://cs.anu.edu.au/~bdm/dilugim/moby.html

 

 

Kami fikir bahawa kebanyakan hal Kod Alkitab ini mempunyai kesan mengganggu kemampuan orang untuk hidup dengan iman, dan mungkin ini adalah tujuannya. Ia menggalakkan pencarian untuk mendapatkan ramalan yang akan menguntungkan individu dan ini tidak sihat. Harus diperhatikan bahawa Moby Dick juga mempunyai ELS yang sama ini dalam bahasa Inggeris.

 

Menetapkan dasar statistik saintifik untuk membuktikan bagaimana Alkitab ditulis adalah sah. Kajian Theomatic Perjanjian Baru adalah yang paling baik yang pernah dipelajari oleh pegawai-pegawai Jemaat, dan Washburn kini sedang mengerjakan Perjanjian Lama.

 

Adakah rujukan-rujukan alkitabiah kepada warna-warna biru dan oren (jingga tua)? Kumpulan wanita saya dari jemaat kami akan mengadakan majlis teh pelangi.

 

J: Ya, terdapat banyak rujukan kepada warna biru, khususnya dalam teks-teks berkenaan Bait Tuhan dari Keluaran 25:4 hingga Keluaran 39:31. Terdapat rujukan-rujukan dalam Bilangan 4:6-12; 15:38; 2 Tawarikh 2:7, 14; 3:14; Ester 1:6, 6; 8:15; Yeremia 10:9; Yehezkiel 23:6; 27:7, 24.

 

Warna-warna lain yang dikaitkan dengan Tuhan dan Bait Tuhan adalah merah tua, ungu dan emas. Terdapat buah delima dalam Bait namun nampaknya ia berwarna biru dan ungu. Warna merah tua digunakan untuk hujung gamis baju efod dan di antaranya berselang-seli giring-giring (loceng kecil) emas (rujuk Keluaran 28:33; 39:24); ataupun mereka mempunyai warna semulajadi bahan-bahan itu sendiri.

 

Konsep Pelangi adalah konsep “New Age.” Warna oren tidak muncul dalam sistem Bait. Ianya dikelaskan oleh orang Yunani dan Rom sebagai warna buatan yang memerlukan persediaan. Terdapat bermacam-macam jenis pigmen yang diketahui oleh orang dahulukala. Terdapat berbagai warna kuning tua dan resin dan sulfat yang didapati dari tempat-tempat yang jauh.

 

Kumpulan-kumpulan warna adalah dalam kategori warna merah (yang termasuk cinnabar dan merah tua, dan minium sebagai oksida merah timah di kalangan orang Rom dan Yunani), kuning, hijau, biru, indigo, kobalt, ungu, coklat, hitam dan putih. Kumpulan dan pigmen ini boleh ditemui dalam Kamus Smith’s Dictionary of Greek and Roman Antiquities, 1848, halaman 320-322 khasnya halaman 321). Warna paling biasa dalam Israel adalah biru. Orang Rom menyingkirkannya dan menggunakan hitam. Reben biru pada bahagian penjuru pakaian digunakan sebagai peringatan Hukum Tuhan. Lihat karya Reben Biru (No. 273).

 

Takdir

Saya percaya bahawa kita patut menolong sesiapa yang memerlukan bantuan. Kita semua telah dicipta oleh Tuhan yang sama. Saya sedar bahawa Tuhan tidak mahu kita jatuh cinta dengan dunia. Bagaimanapun, apakah yang sebenarnya dimaksudkanNya sebagai “dunia”? Adakah ia kenikmatan dari dunia? Juga, jika kita benar-benar ingin menggunakan masa kita mengasihi Tuhan dan mempelajari Alkitab dan mengamalkan ajaran-ajaran Tuhan, tidakkah kita perlu meninggalkan sekolah kerana ia tidak membantu kita apabila kita meninggal dan pergi ke syurga? Kenapa pula kita harus membuang masa kita untuk belajar sesuatu dalam dunia ini dan menetapkan matlamat?

 

J: Salomo mengatakan ini adalah kewajipan setiap orang: “Berpegang pada perintah-perintah Tuhan” (Pengkhotbah 12:13). Orang-orang kudus adalah mereka yang memelihara Perintah-perintah Tuhan serta kesaksian atau iman Yesus Kristus (Wahyu 12:17; 14:12). Dalam dua abad pertama, jika sesiapa mengatakan mereka adalah umat Kristian dan bahawa apabila mereka meninggal mereka akan pergi ke syurga, kamu tahu melalui pernyataan ini bahawa mereka bukan Kristian. Mereka adalah penipu-penipu Gnostik dalam jemaat (rujuk  Justin Martyr Second Apology, LXXX; karya-karya Jiwa (No. 92); dan Kebangkitan Orang Mati (No. 143).

 

Sekarang, jika kamu bertanya pada orang mereka akan memberitahu kamu, seperti yang kamu tulis di sini, mereka akan pergi ke syurga. Mereka sama sekali tidak memahami Rencana Tuhan dan Alkitab tidak pernah diterangkan kepada mereka dengan betul. Untuk memahami apa yang Tuhan lakukan sekarang ini, kamu boleh membaca Jadual Waktu Rumusan Segala Zaman (No. 272). Lihat juga teks Pernyataan Kepercayaan Iman Kristian (A1). Teks tersebut akan memberikan kamu ajaran serta kepercayaan asal Iman Kristian seperti yang diajar oleh Mesias dan para Rasul.

 

Apabila kamu memahami Rencana Tuhan, kamu akan faham apa yang dimaksudkan oleh pertanyaan kamu dan kenapa Alkitab ditulis dalam bentuk perumpamaan. Ianya dilakukan agar orang tidak akan faham dan bertaubat dan diselamatkan sebelum waktu mereka.

 

Apakah harapan untuk masa depan manusia selaras dengan firman Tuhan? Tolong berikan ayat-ayat Alkitab.

 

J: Telah dituliskan dalam Hukum kita, “Aku telah berfirman: Kamu adalah allah” dan “Kitab Suci tidak boleh dibatalkan” (Yohanes 10:34-35). Kita akan menjadi elohim seperti Malaikat Yahovah yang menjadi kepala kita (Zakharia 12:8). Kita adalah “naos” atau “Tempat Maha Kudus” Bait Tuhan (1 Korintus 3:17) melalui Roh Kudus.

 

Takdir kita adalah untuk menjadi Kota Tuhan dan Tuhan akan menjadi semua di dalam semua (Efesus 4:6). Lihat karya Kota Tuhan (No. 180). Tuhan tidak menghendaki sesiapapun binasa. Oleh itu Dia telah membentuk sebuah sistem yang akan membolehkan keselamatan semua. Turutan-turutan kompleks Kitab Suci berkenaan proses-proses ini adalah di dalam karya-karya Jadual Waktu Rumusan Segala Zaman (No. 272); Pra-Kewujudan Yesus Kristus (No. 243); Jiwa (No. 92) dan Kebangkitan Orang Mati (No. 143). Inilah hidup yang kekal itu, yaitu bahwa mereka mengenal Engkau, satu-satunya Allah yang benar, dan mengenal Yesus Kristus yang telah Engkau utus. (Yohanes 17:3)

 

Saya tahu Tuhan adalah maha mengetahui, jadi adakah nasib kita sudah ditetapkan apabila kita lahir dari segi bagaimana kita hidup, orang yang kita temui, penyakit yang kita dapati saya tahu gen kita menentukan sebahagian besar dari kesihatan kita. Bagaimana kalau kita tidak berpeluang menemukan kebenaran, adakah itu rencanaNya untuk kita? Satu lagi soalan saya adalah jika ibubapa dibaptiskan adakah itu melindungi anak-anak kerana mereka tidak boleh dibaptiskan?

 

J: Tidak, nasib kita tidak “ditetapkan.” Kita semua mempunyai kebebasan kehendak dan pilihan. Tuhan belum lagi berurusan dengan dunia ini. Ia berada di bawah tuhan dunia ini dan pemerintahan ini akan berakhir tidak lama lagi. Pada masa ini Dia hanya memilih dan melatih satu kader guru-guru yang akan mengambil alih kewajipan-kewajipan para Iblis apabila pemerintahan mereka berakhir. Orang-orang ini akan menjadi makhluk-makhluk roh dan memerintah dunia selama 1000 tahun Milenium. Pada akhir sistem Milenium itu Iblis akan dilepaskan semula dan dunia akan memberontak sekali lagi.

 

Kebangkitan Kedua Orang Mati akan terjadi pada masa itu dan semua orang di atas planet ini akan hidup lagi selama 100 tahun. Ini adalah Penghakiman agung untuk pembetulan. Setiap orang yang pernah hidup akan diberikan peluang untuk keselamatan dalam bentuk dan ajaran yang lebih tulen. Pada hujung 100 tahun itu mereka yang tidak bertaubat dan berubah akan dibiarkan untuk mati dan tubuh-tubuh mereka akan dibakar. Mereka akan hilang sama sekali dari ingatan bani syurgawi melainkan sebagai peringatan kepada ciptaan fizikal. Mereka yang bertaubat akan diubah dalam Roh Kudus dan kemudian bertukar menjadi makhluk-makhluk roh dan mengikut serta para guru dan hakim Kebangkitan Pertama. Kemudiannya Kota Tuhan akan turun ke dunia dan Tuhan akan menjadi semua di dalam semua. Lihat karya-karya Jiwa (No. 92); Kebangkitan Orang Mati (No. 143); Jadual Waktu Rumusan Segala Zaman (No. 272); dan Kota Tuhan (No. 180).

 

Bolehkah kamu berikan saya satu rujukan Alkitab untuk menunjukkan bahawa Tuhan mempunyai sebab-sebab bagi penderitaan kita?

 

J: Ini adalah pertanyaan yang sukar. Masalah kewujudan kejahatan dan penderitaan di kalangan orang tidak bersalah lazim ditimbulkan sebagai satu masalah berhubung kewujudan Tuhan. Kalaulah Dia seorang Tuhan yang baik, kenapakah Dia mengizinkan begitu banyak penderitaan? Jawapannya terletak dalam keputusan dan pilihan kita. Kita dicipta dengan pilihan bebas. Bani Syurgawi yang ditempatkan untuk menjaga kita juga mempunyai pilihan bebas. Di bawah Iblis para malaikat memberontak. Adam dan Hawa berdosa. Maka begitulah, mereka melaksanakan hak-hak kehendak atau pilihan bebas mereka yang diberikan Tuhan.

 

Sejak waktu itu planet ini telah mengikut jalannya sendiri, didorong oleh Iblis dan bani derhaka. Sementara kita menghampiri masa akhir pemerintahan tuhan dunia ini (2 Korintus 4:4) dan kedatangan semula Mesias, keadaan akan menjadi lebih buruk dan akan terus menjadi buruk kerana mereka tidak menurut jalan-jalan Tuhan.

 

Tuhan akan mengutus Mesias kembali untuk mendirikan sistem pemerintahannya dari Yerusalem. Pemerintahan ini akan berlanjutan selama seribu tahun (rujuk Wahyu 20:1-15). Bumi akan disembuhkan dan bangsa-bangsa akan disembuhkan dan kita akan mengikut Hukum-hukum Tuhan. Sehingga waktu itu, keadaan akan terus suram. Lihat karya-karya: Pernyataan Kepercayaan Iman Kristian (No. A1); Tujuan Penciptaan dan Pengorbanan Kristus (No. 160); Sangkakala-sangkakala (No. 136); Tujuh Meterai (No. 140); Tujuh Sangkakala (No. 141); Kerajaan Tuhan (No. 174); Milenium dan Keghaiban (No. 95); Jiwa (No. 92); Kebangkitan Orang Mati (No. 143); dan Jangka Waktu Rumusan Segala Zaman (No. 272).

 

Dalam semua ini kamu akan lihat Kitab Suci dianalisa, dan mereka akan menunjukkan kepada kamu Rencana Tuhan dan bagaimana segala sesuatu akan diperbetulkan.

 

Saya mengenali ramai orang yang telah sampai ke hujung keupayaan mereka, sama ada ianya kerana najis dadah, hutang atau lain-lain tekanan, yang datang kepada Kristus, atau diselamatkan, atau mengatakan Yesus sedang bekerja dalam diri mereka, dan yang telah mengubah hidup mereka. Soalan saya adalah berapa pentingkah kepercayaan-kepercayaan sesuatu agama jika ia membantu orang itu? Bagaimana kalau mereka fikir mereka telah menemui kebenaran itu dan itu sajalah yang mereka tahu. Adakah Tuhan akan mempertanggungjawabkan mereka? Bagaimana kamu tahu, kerana semua orang cuba meyakinkan kamu mereka benar?

 

J: Ianya satu dasar sebarang kepercayaan dalam Tuhan, bahawa Tuhan mempunyai tanggungjawab untuk menyampaikan kehendakNya kepada manusia melalui hamba-hambaNya. Alkitab adalah teras yang diterima Judaisme dan Kekristianan dan juga dalam Quran, kalaupun ia tidak diikuti oleh mereka yang mengaku Islam. Quran adalah komentar Alkitab.

 

Alkitab adalah jelas bahawa kewajipan manusia adalah untuk menurut perintah-perintah Tuhan. Orang-orang kudus, iaitu benih perempuan iaitu jemaat dan Israel rohani, adalah mereka yang memelihara Perintah-perintah Tuhan dan Kesaksian atau Iman Yesus Kristus (Wahyu 12:17; 14:12).

 

Sesiapapun boleh pergi kepada apa saja jenis proses psikologikal untuk bantuan dalam menghadapi masalah-masalah peribadi mereka. Itu bukanlah apa dikatakan sebagai iman. Tuhan sedang memilih satu siri orang-orang dari dunia ini untuk menjalankan fasa seterusnya atau sistem Milenium apabila Kristus mengambil alih dari Iblis. Dia melakukan ini melalui satu proses kemahatahuan dan rahmat. Umat telahpun ditakdirkan sebelumnya untuk dipanggil, dipilih, kemudian dipanggil, kemudian dibenarkan, dan dengan itu dimuliakan (Roma 8:29-30).

 

Tuhan tidak menguruskan semua orang sekarang ini. Pilihannya mudah. Jika seseorang telah ditakdirkan, mereka akan dipanggil bila waktunya tiba dan dilatih di bawah Roh Kudus untuk melakukan tugas yang diperlukan dari mereka sewaktu sistem Milenium itu dan dalam Penghakiman Kebangkitan Kedua.

 

Jika seseorang itu bukan sebahagian dari proses itu, maka mereka tidak akan faham. Jika mereka sebahagian darinya, maka Roh Kudus akan membuka akal fikiran mereka dan mereka akan memahaminya. Itulah sebabnya kenapa Alkitab ditulis dalam bentuk perumpamaan. Ianya begitu supaya orang tidak akan faham dan berubah untuk diselamatkan sebelum tiba waktu mereka.

 

Hukum taurat akan dijalankan menurut hukum-hukum Tuhan selama 1000 tahun di bawah satu iman sejati. Kalau kamu ingin menjadi sebahagian dari sistem Tuhan untuk proses itu dan Tuhan mempunyai pengetahuan tentang panggilan kamu, kamu akan mengerjakan iman mengikut iman yang mula-mula disampaikan kepada orang-orang kudus.

 

Ia tidak pernah berubah dalam 2000 tahun. Bagaimanapun, sangat sedikit orang yang menemui jalan sempit dan pintu yang sesak itu.

 

Saya pernah mendengar bahawa Tuhan berbicara kepada kita dalam hati kita namun apakah maknanya? Kadangkala terdapat persoalan yang tidak saya tahu jawapannya, jadi saya membuka Alkitab secara rambang dan kalau saya temui perkataan ‘ya’ maka itulah jawapannya dan begitu juga jika saya temui ‘tidak’. Saya sangat takutkan benda-benda bernasib baik/buruk. Adakah Alkitab bercakap tentang bernasib baik/buruk?

 

J: Tuhan maha mengetahui. Ini bermakna Dia memiliki pengetahuan sempurna tentang semua hal benar. Dia mentahbiskan urusan sesetengah kita. Dia mengenali Yeremia sebelum dia dijadikan dalam perut dan Tuhan telah mentahbiskan pekerjaannya. Ini tidak bermakna bahawa Tuhan menentukan apa yang terjadi kepada kita, atau bahawa Dia campur tangan dalam sesetengah perkara. Tuhan hanya berurusan dengan sedikit orang pada waktu ini. Buat masa ini tuhan dunia ini adalah Iblis dan dia berkuasa untuk sedikit masa lagi.

 

Amalan yang kamu katakan di sini disebut “bibliomancy” dan ia adalah proses ramalan dengan pembacaan Alkitab, namun ia masih tetap peramalan. Ia mendedahkan kamu kepada pengaruh-pengaruh Iblis dan iblis setan seperti mana dengan apa-apa peramalan. Tuhan mengatakan jangan melakukannya. Arahannya adalah untuk berjalan dengan iman. Jangan terlalu khuatir tentang apa yang kamu lakukan atau apa yang kamu makan atau pakai. Tuhan mengetahui apa yang kamu perlu dan Dia akan menyediakan itu, asalkan kamu menyerahkan jalan-jalanmu kepada Dia. Peliharalah Perintah-perintah Tuhan dan Iman atau Kesaksian Yesus Kristus, kerana itulah kewajipan manusia. Nasib merupakan konsep Mesir, yang dikaitkan dengan makhluk intrinsik individu. Ia seperti sebahagian dari jiwa dan tiada bahagian dalam Kekristianan. Cuba sandarkan segala kekhuatiranmu pada Tuhan dan taati Hukum-hukumNya. Makan dan minum kamu akan terpelihara.

 

Simbolisme Nombor

Saya telah membaca karya Simbolisme Nombor (No. 7) dan ingin meminta kamu jelaskan bagaimana kamu mendapat 71 persembahan pertama yang bersama-sama dengan Unjukan Berkas berjumlah 72.

 

J: Tahun nubuatan mempunyai dua belas bulan dengan tiga puluh hari. Dari sini boleh didapati 52 Sabat dalam tahun solar. Bulan-bulan Baru ada dua belas semuanya dan ini menjadikannya 64. Terdapat tujuh hari raya iaitu Paskah/UB, Pentakosta, Sangkakala-sangkakala yang mempunyai korban berganda dua untuk Sangkakala-sangkakala dan Bulan Baru; Pendamaian, dan Pondok Daun/Hari Besar Terakhir. Ini menjadikannya 71 campur Persembahan Unjukan Berkas, yang dicatatkan dalam Imamat 23 sebagai salah satu dari hari raya wajib. Maka kita dapat 72.

 

Saya telah membaca Simbolisme Nombor (No. 7). Konsep-konsepnya sukar untuk saya fahami dan saya inginkan bantuanmu dengan salah satu istilahnya. Pada nombor empat belas dan juga pada nombor lima belas, saya tidak faham apa maknanya “mengurang kepada lima” atau “mengurang kepada enam.” Bagaimanakah bilangan-bilangan ini dikurangkan?

 

J: Sistem geometri dan numerologi mengurangkan nombor-nombor dengan menambah jumlah-jumlah mereka untuk mengurangkan mereka kepada sistem prima 1 hingga sepuluh. Contohnya 14 adalah 4+1 = 5 dan seterusnya.

 

Dengan merujuk kepada karya Simbolisme Nombor (No. 7) apabila kamu menggambarkan: “Tiga menandakan kesempurnaan dalam ertikata tiga garis kepada satu angka” – adakah kamu menggambarkan panjang, tinggi, dan lebar? Mungkinkah adanya dimensi ke 4 yang tidak kita sedari pada masa ini?

 

J: Ya, itulah erti garis angka tersebut yang membentuk dimensi ketiga. Dimensi keempat adalah dimensi rohani, yang diberikan kepada kita pada pembaptisan.

 

Karya tentang Simbolisme Nombor (No. 7) adalah sangat baik. Saya hanya tertanya-tanya kenapa 300 tidak dimasukkan ke dalam karya itu. Nampaknya terdapat banyak rujukan kepada 300 dalam kitab suci. Apakah signifikansnya?

 

J: Mungkin ia patut ada di situ. Signifikans tiga ratus dibincangkan dalam karya Bala Tentera Gideon dan Zaman Akhir (No. 22). Tiga ratus mewakili tiga kompeni yang tiap satunya seramai seratus orang yang akan Tuhan bangkitkan dalam Roh Kudus untuk mengalahkan bala tentera sistem Baal pada zaman akhir. Dengan itu, ini mempunyai signifikans untuk struktur Jemaat juga di bawah Mesias.

 

Masyarakat

Saya telah melihat artikel-artikel tentang Marijuana (ganja), dan bagaimana minyak, dan bunganya, digunakan untuk pengurapan dan kemenyan (pedupaan). Saya tahu kita tidak mungkin menghisap asap pedupaan, tetapi apakah peranan, jika ada, bagi Marijuana hari ini? Bukankah ia boleh dimakan? Juga, bolehkah kamu bincangkan tentang Ubat-ubatan, dan jelaskan nilai ubat dadah yang baik dan tidak baik?

 

J: Ini adalah isu yang sangat kompleks. Marijuana nampaknya mempunyai kesan-kesan jangka panjang yang serius pada susunan kromosom manusia dan boleh menyebabkan kecacatan lahir dalam anak-anak. Ini adalah isu perubatan yang kompleks. Ia tidak dapat dibincangkan sepenuhnya di sini.

 

Tumbuh-tumbuhan yang kita ada semuanya mempunyai kegunaan. Hem (pokok ganja) iaitu nama lain bagi tumbuhan itu boleh dijadikan tali dan kertas dan lain-lain hasil yang baik. Ia boleh dijadikan tikar dan permaidani dan jika ditanam dengan betul dapat menyelesaikan banyak dari kekurangan bekalan kertas dunia.

 

Ia seperti semua benda. Setiap bahan kimia mempunyai tujuan dan boleh digunakan untuk benda baik dan tidak baik. Petrol memberi kuasa kepada kereta namun ia juga boleh dihidu seperti gam dan ini sedang merosakkan otak ramai orang muda di Australia. Kokain membantu mengurangkan rasa sakit namun apabila kamu menghisapnya melalui penyedut straw ia menjadikan hidung kamu wisel yang mahal.

 

Peraturan asas dengan semua ubat-ubatan adalah ambil hanya apa yang kamu perlu untuk masalah kamu. Taati jadualnya dan jangan ambil lebih. Selalu tanya orang yang membuat preskripsi ubat untuk kamu tentang apa yang akan kamu capai dan apa kesan sampingan yang ada. Jangan ambil ubat dari orang yang tidak berkelayakan.

 

Benda-benda sederhana adalah perlu untuk kesihatan kita. Hospital SDA baru-baru ini menjalankan ujian atas pastor-pastor mereka di AU dan mendapati bahawa 77% dari mereka sangat kekurangan zat kerana amalan vegetarianisme mereka. Tuhan memberikan kita diet untuk sebab tertentu. Bahan-bahan kimia kadangkala membantu kita melepasi masalah namun secara dasarnya jika kita makan dengan betul kita akan memelihara sistem tubuh kita dengan baik.

 

Juga seperti yang Paulus katakan, ambil sedikit anggur (wain) demi kebaikan perut kita. Lobi Pertarakan dan pertimbangan mereka yang pelik dan bukan alkitabiah bertanggungjawab atas hakikat bahawa rakyat AS mempunyai kadar serangan jantung 2.5 kali lebih tinggi dari orang Perancis yang memakan jumlah lemak yang sama. Orang Perancis meminum wain merah dan ini mengekalkan kadar serangan jantung mereka yang rendah.

 

Juga bahan-bahan kimia dalam alam sekitar dikawalatur dari segi aksesnya kepada manusia oleh hukum-hukum pemakanan. Pelihara hukum-hukum pemakanan dan kamu akan membataskan kadar-kadar penyakit dan keracunan merkuri dan lain-lain logam berat yang lain. Lihat karya-karya: Hukum-hukum Pemakanan (No. 15); Keseimbangan (No. 209); Vegetarianisme dan Alkitab (No. 183); Wain di dalam Alkitab (No. 188).

 

Kamu telah membuat pernyataan bahawa “Marijuana mempunyai kesan jangka panjang yang serius pada susunan kromosom manusia dan boleh menyebabkan kecacatan dari lahir dalam anak-anak.” Bolehkah kamu sokong pernyataan kamu ini dengan bukti nyata? Saya rasa kamu mungkin boleh menyentuh tentang golongan Rostafarian di Jamaica dan sekitar situ dan bagaimana mereka menggunakan Marijuana? Tidak pernahkah kamu mendengar perdebatan tentang Marijuana dalam Alkitab? Bukankah ia ada di situ dengan terjemahan salah calamus atau lain-lain nama pelik seperti itu?

 

J: Calamus yang kamu maksudkan itu mempunyai berbagai jenis di mana tiada satupun adalah Marijuana. Perkataannya adalah dari SHD 7070 quaneh, Ibrani kawneh dan Yunani kalamos. Ia berasaskan istilah untuk sejenis buluh (mensiang) iaitu benda tegak lurus.

 

Dalam Keluaran 30:23 ia merujuk kepada Calamus Tebu Harum (qeneh bosem) (Yunani kalamos euodes). Ianya qeneh hattob dalam Yeremia 6:20 atau “Tebu Manis.” (Yunani thymiama) (Yesaya 43:24; Kinnamomon dan juga “rempah harum” (Yeremia 6:20). Lihat juga Kidung Agung 4:14 di mana ia disebutkan dengan kayu manis.

 

Terdapat perbezaan antara tebu manis Yesaya (mungkin tebu: Saccharum officinarum (Latin)) dan bahan-bahan harum dalam bahagian lain, yang dianggap merujuk kepada daun/rumput halia andropogon aromaticus Roxb, yang tumbuh di India utara dan sangat harum.

 

Tentangan terhadap Marijuana dalam banyak negara berpunca dari pendapat perubatan terkini tentang kesan-kesan genetiknya. Kami tidak sedia untuk menilai kesan-kesannya. Yang pastinya ia tidak disebutkan dalam teks-teks Alkitab sebagai Calamus dari apa yang kami tahu. Kami akan melakukan lebih banyak penyelidikan dan apabila kami dapat kami akan mengeluarkan sebuah karya mengenai kesan-kesan perubatannya. Oleh kerana tiada seorangpun orang kami yang menghisap sebarang jenis dadah, ia boleh dikatakan tidak relevan kepada kami.

 

Saya tidak faham kenapa Yesus tidak bercakap menentang homoseksualiti dalam salah sebuah injil. Ayat-ayat kitab manakah yang berguna dalam memahami kenapa Tuhan tidak membenarkan kelakuan homoseksual, khususnya dari Perjanjian Baru?

 

J: Kristus tidak perlu bercakap membantah homoseksualiti kerana ia jelas dikutuk oleh hukum Tuhan. Seluruh Alkitab mengutuk homoseksualiti seperti mana ia mengutuk apa saja bentuk perbuatan zina. Tiada seorangpun penzina, sama ada heteroseksual, homoseksual atau lesbian akan mewarisi kerajaan Tuhan. Juga tidak orang-orang penakut, orang-orang yang tidak percaya, orang-orang keji, orang-orang pembunuh, orang-orang sundal, tukang-tukang sihir, penyembah-penyembah berhala (Wahyu 21:8) atau apa saja yang mencemari Bait Tuhan.

 

Terdapat banyak ayat Kitab Suci yang menyebutkan larangan-larangan ini. Orang banci (bersifat keperempuanan) juga dilarang bersama dengan orang Pemburit dan pencabul dan penzina (1 Korintus 6:9; rujuk Roma Bab 1; Wahyu 21:8, 27). Lihat karya Hukum dan Perintah Tuhan Ketujuh (No. 260).

 

Terdapat beberapa artikel mengejutkan dalam berita baru-baru ini berkenaan kemampuan sekarang ini untuk mengklon binatang dan saya rasa ianya juga mungkin untuk mengklon orang. Setahu saya, klon adalah salinan kepada yang asal dan tidak akan melalui seluruh proses pertumbuhan dan pembelajaran selama bertahun-tahun. Kamu rasa adakah orang-orang yang diklon boleh dianggap anak-anak Tuhan?

 

J: Tuhan telah menyangkal kebangkitan kepada Refaim atau Nefilim. Soal membuat klon ini adalah masalah yang sangat serius. Klon membesar dari DNA seseorang individu tetapi mendapat umur yang sama seperti orang itu apabila ia diambil.

 

Maka, DNA untuk klon harus diambil pada umur terawal dari orang yang sama. Perpanjangan hayat mungkin adalah hasilnya namun pengalaman ini menimbulkan masalah-masalah etika yang serius yang terlalu rumit untuk dibincangkan di sini. Sebagai contoh, orang asal mempunyai nephesh fizikal.

 

Adakah Tuhan menghormati penciptaan nephesh yang baru atau nephesh klon yang banyak? Dengan kata lain, berapa banyakkah klon-klon ini ada dalam kebangkitan? Adakah mereka semua mempunyai peluang kalau mereka mempunyai pengalaman hidup? Soal yang lebih serius lagi melibatkan perniagaan barang-barang ganti.

 

Adakah penciptaan suatu zigot untuk dijadikan barang ganti, perbuatan membunuh? Manusia dikelirukan di Babel khasnya agar mereka tidak sampai ke tahap elohim terlalu awal. Ini adalah sebahagian dari proses yang telah dihentikan Tuhan. Pemendekan tempoh Iblis juga ada kaitannya dengan keselamatan umat pilihan serta perlindungan planet ini. Ia juga akan dimusnahkan seluruhnya. Kristus datang agar masih ada orang hidup yang akan terselamat.

 

Komen saya merujuk kepada vegetarianisme. Saya melihat dalam berita tentang Kerajaan AS yang membentuk semula piramid makanan. Mereka menyokong bahawa memakan daging dua atau tiga kali seminggu adalah bermanfaat untuk kita. Kemudian seterusnya terlihat sekumpulan vegetarian yang membantah dan menginginkan kerajaan memberi sokongan penuh kepada cara pemakanan itu. Mereka mengatakan bahawa ianya sihat untuk dunia mengikut peraturan-peraturan makanan mereka. Inikah caranya Iblis menyampaikan pandangan-pandangannya?

 

J: Vegetarianisme tidak menyihatkan. Ianya tuduhan langsung terhadap Hukum Tuhan serta struktur yang diberikan Tuhan kepada Israel. Ianya sebahagian dari hujah-hujah Antinomian orang Gnostik dan tiada kaitannya dengan Kekristianan. Paulus mengatakan ia adalah doktrin iblis setan. Ia merupakan ciri utama agama Hindu.

 

Hospital Seventh Day Adventist di Sydney, Australia baru-baru ini melakukan tinjauan pastor-pastor Adventist dan 77% daripada mereka mempunyai kekurangan zat yang serius sebagai akibat vegetarianisme. Ia merupakan punca kekurangan zat saraf yang utama dan bentuk ekstrimnya menyebabkan masalah-masalah kesihatan yang serius dalam anak-anak muda. Golongan vegetarian memerlukan suplemen makanan utama yang tidak diperlukan dalam diet daging yang biasa. Kita akan  mengalami masalah berterusan dan yang semakin meningkat dengan mereka serta lobi-lobi pembebasan binatang sepanjang dekad-dekad yang akan datang.

 

Kalau kamu ingin melihat masalah-masalah yang disebabkan vegetarianisme, pergilah ke India dan saksikan sebuah sistem vegetarian berjangka panjang. Lihat karya-karya: Keseimbangan (No. 209); Vegetarianisme dan Alkitab (No. 183); Doktrin Para Iblis Pada Zaman Akhir (No. 48); Wain dalam Alkitab (No. 188).

 

Saya telah melihat “sihir air” bekerja. Ini adalah di mana kamu memegang kedua-dua hujung ranting bercabang (atau 2 wayar yang dibengkokkan) dan berjalan dengan ranting itu sejajar dengan tanah. Apabila kamu sampai di atas sumber air, ranting itu akan tertarik ke bawah. Atau wayar-wayar itu bersilang. Adakah ini melibatkan iblis? Atau adakah ia daya-daya semulajadi? Ada orang yang dapat melakukannya, ada yang tidak. Adakah ia susunan kimia dalam orang yang berlainan atau daya-daya magnet?

 

J: Di AS istilah itu digunakan. Di Komanwel British ia digelar peramalan air. Proses ini dilaksanakan oleh sesetengah orang sebagai ekspresi biasa medan-medan tenaga. Sesetengah badan agama tidak membenarkannya kerana menganggapnya ilmu sihir namun saya tidak pernah melihat sebarang takwil Alkitab tentang larangan ini.

 

Insidens menggerudi lubang galian dengannya dan tanpanya nampaknya berdasar pada proses intuisi. Nampaknya tiada pengesahan saintifik untuk proses ini yang boleh diukur atau didefinisikan.

 

Apakah maklumat yang boleh saya berikan kepada seseorang yang mempunyai persoalan dan keraguan dalam Kekristianan kerana dinosaur tidak disebutkan dalam Alkitab?

 

J: Ia hanya menjadi masalah kepada mereka yang membataskan penciptaan kepada tempoh 6000 tahun anak-anak Adam. Aspek ini telah diperiksa dalam karya Nefilim (No. 154). Terdapat banyak lagi karya pada laman web kami yang mungkin dapat membantu kamu.

 

Patutkah lelaki atau perempuan memakai anting-anting?

 

J: Anting-anting dilarang kepada Israel. Bukaan-bukaan tubuh dilindungi dari kemasukan roh-roh jahat dengan menggunakan cincin dan alat-alat lain. Alat-alat ini, lazimnya cincin, melindungi si pemakai dari kemasukan benda-benda itu. Anak Lembu Emas dibuat dari emas yang diambil dari anting-anting umat itu. Itulah sebabnya kenapa Harun menggunakan perkataan plural dalam ucapannya apabila dia berkata, “inilah tuhan-tuhan…” dan seterusnya. Teks dalam Nehemia merupakan pembetulan jurutulis kepada apa yang dianggap sebagai kesilapan tatabahasa. Lihat karya Anak Lembu Emas (No. 222).

 

Israel tidak memakai anting-anting. Barang-barang yang disebutkan dalam KJV sebenarnya adalah batu permata di dahi. Isu ini diterangkan dalam karya Asal-usul Pemakaian Anting-anting dan Barangan Perhiasan Pada Zaman Dahulukala (No. 197).

 

Apakah pendapatmu tentang pembakaran mayat? Adakah ia betul atau salah mengikut Alkitab? Ia jauh lebih murah sekarang ini daripada dikuburkan.

 

J: Apakah yang dikatakan Tuhan, melalui Kristus, akan terjadi kepada orang yang tidak bertaubat pada akhir Kebangkitan Kedua? Mereka akan diserahkan kepada api Gehenna? Gehenna adalah lubang sampah di luar Yerusalem. Jadi, jika ianya cukup baik untuk Kristus membakar mayat orang-orang jahat, maka ia sepatutnya bukan dosa.

 

Kebangkitan orang mati adalah bergantung pada kuasa dan kekuatan Tuhan. Jika badan kamu tidak boleh dibakar untuk kamu mencapai Kebangkitan Pertama, maka orang-orang yang mati syahid akan bermasalah besar. Kerana cara bagaimana mereka menghapuskan mereka dalam Pasitan-pasitan dan sebelumnya adalah dengan membakar mereka. Juga, terdapat ramai orang yang telah mati dalam api sepanjang zaman.

 

Terdapat ramai orang di dasar lautan, dan lautan akan melepaskan mereka juga. Beberapa yang sedang mereput dalam perut ikan yu dan buaya adalah satu contoh lagi. Tuhan tidak dibataskan oleh hakikat kematian kita untuk kebangkitan. Kebanyakan kepercayaan tahyul ini datang dari sistem-sistem Gnostik yang bercakap tentang syurga dan neraka. Lihat karya Jiwa (No. 92) dan Kebangkitan Orang Mati (No. 143). Kebanyakan orang diawetkan pada abad-abad awal dari amalan orang Mesir dan dari situlah pendapat ini datang. Jemaat awal menganggap sesiapa yang bercakap tentang pergi ke syurga sebagai Kristian palsu atau pseudo-Kristian.

 

Kenapakah umat Kristian dan Muslim percaya kehidupan adalah suci?

 

J: Mereka percaya kehidupan adalah suci kerana ia dicipta oleh Allah yang Maha Esa, sebagai sebahagian dari penciptaannya. Kedua-dua mereka percaya bahawa Syaitan (atau Iblis) serta iblis setan telah menderhaka kerana penciptaan manusia dan, kerana sebab itu, telah dibuang ke bumi dan diberikan tanggungjawab dalam ciptaan itu.

 

Kedua-dua Alkitab dan Quran menyatakan bahawa kehidupan dan penciptaan yang baru berasal dari kematian Bintang Fajar Al Tarikh atau Mesias. Lihat karya-karya: Kristus Di Dalam Quran (No. 163); Doktrin Dosa Asal Bahagian 1 Taman Eden (No. 246); Doktrin Dosa Asal Bahagian 2 Generasi-generasi Adam (No. 248); Hukum dan Perintah Tuhan Kelima (No. 259); dan Hukum Tuhan (No. L1).

 

Saya berminat dalam menemui contoh-contoh keadaan di mana seorang individu (atau sebuah masyarakat secara keseluruhannya) tidak menyedari apa yang mungkin sangat jelas bagi orang lain. Khasnya, saya memikirkan cerita tentang orang Polynesia yang (kononnya) tidak dapat melihat kapal Kapten Cook – walaupun kapal itu berlabuh di dalam teluk mereka sendiri, betul-betul di depan mata mereka – kononnya kerana kapal itu adalah “objek luar biasa” yang begitu mengejutkan. Atau cerita tentang kapal-kapal Pizaro dan orang Maya (yang juga tidak dapat melihat kapal walaupun ia berada betul-betul di hadapan mereka). Adakah cerita-cerita ini kenyataan? Adakah cerita-cerita ini disokong oleh literatur dalam antropologi psikologi/budaya? Saya lebih suka mengelak dari mitos-mitos budaya yang terkenal, dan menumpu kepada apa yang telah dibuktikan secara saintifik.

 

J: Kegagalan untuk melihat apa yang nyata, serta persepsi benda-benda yang tidak nyata, nampaknya timbul sepanjang sejarah. Kita dapat menjelaskan sesetengah peristiwa dari mitos-mitos yang mengelilingi mereka. Ada yang tidak senang kita jelaskan. Kegagalan untuk melihat kapal-kapal itu mungkin benar, dan ia mungkin mempunyai signfikans kebudayaan. Saya ingin mengambil satu contoh di Selat Torres, untuk cuba menjelaskan suatu persepsi orang Polynesia.

 

Di Selat Torres, kapal-kapal barat dipanggil “Lamar Nar” yang bermakna “kapal roh.” Nama ini sendirinya datang dari bahasa-bahasa berupa bahasa India yang berdasarkan Sanskrit. Ia digunakan begitu kerana warna kulit orang-orang barat itu menunjukkan bahawa mereka adalah roh-roh penduduk pulau yang telah mati. Penduduk pulau Selat Torres, yang semuanya adalah pemburu kepala sehingga abad kesembilan belas, biasanya membunuh mereka kerana kepercayaan ini. Penduduk pulau yang mengenalpasti individu-individu sebagai saudara-saudara yang sudah mati menyelamatkan beberapa orang, dan mereka terus hidup kerana pengenalan tersebut dan pengangkatan.

 

Reaksi kepada mereka jatuh dalam kategori penafian benda yang menakutkan. Saya tahu kenyataannya bahawa sesetengah perempuan, sebagai contohnya, sama sekali tidak melihat benda-benda yang terlalu menakutkan untuk mereka. Mereka berhenti melihat begitu saja. Ini juga berlaku dengan lelaki, namun umumnya dengan sarung kaki dan baju kemeja dan kertas. Orang Polynesia mungkin sekadar tidak ingin mempercayai kengerian kapal roh lengkap dalam pelabuhan mereka, sama seperti kita akan menahan dari melihat roh hantu. Ini membawa kita kepada kategori melihat visi berikutnya.

 

Fatima adalah contoh klasik di mana sekumpulan orang terbawa-bawa oleh histeria dengan laluan masa. Pada mulanya, tiada seorangpun yang melihat apa-apa kecuali seorang perempuan. Kemudian mereka melihat, tetapi tidak mendengar. Sesudah suatu tempoh, beratus-ratus orang mula melihat matahari bergerak dan datang hampir. Khayalan besar-besaran adalah perkara biasa dan ada yang berlaku sekarang ini. Melihat matahari menyebabkan kebakaran serta kecacatan mata. Juga, mungkin kita terlalu sedia untuk menyangkal benda-benda ghaib.

 

Dalam masyarakat-masyarakat Aborigin Australia, kaum lelaki Bain akan mengadakan pertunjukan-pertunjukan di tepi danau tentang pertempuran antara naga atau ular, dan orang ramai akan menonton mereka. Kini, kebolehan ini nampaknya telah hilang. Kemampuan orang untuk merasakan peristiwa-peristiwa itu adalah perkara yang telah berkurang. Berapa banyak daripadanya adalah cadangan dan hipnosis diri, kita hanya boleh andaikan. Juga, ramai orang yang tidak dapat melihat dengan baik pada zaman sebelum adanya kaca mata. Aspek ini dibincangkan dalam karya Mistisisme Bab 1 pada b7_1.html

 

Adakah sebarang alasan alkitabiah yang menentang menjadi pegawai polis?

 

J:  Polis adalah satu rekaan British zaman masakini oleh Sir Robert Peel, dan dengan itu dipanggil “Bobbies” atau “Peelers.” Paulus mengatakan untuk menurut mereka yang berkuasa atas kamu dan juga agar penguasa tidak memegang kuasa dengan sia-sia.

 

Seluruh isu pelaksanaan Hukum serta pelaksanaan hukuman mati di bawah Hukum dibincangkan dalam karya-karya dalam Hukum Tuhan (No. L1). Ianya dicadangkan agar kamu membaca karya-karya berkenaan Hukum dan Perintah Tuhan Keenam (No. 259) dan juga Hukum dan Perintah Tuhan Kesembilan (No. 262).

 

Secara ringkasnya, jawapannya adalah “Tidak.” Kamu boleh menjadi pegawai polis, hanya, seperti Kristus katakan, berpuas hati dengan gaji kamu. Penjadualan kewajipan akan bercanggah dengan kewajipan hari Sabat kamu dan itu adalah masalah untuk kamu rundingkan.

 

Jika ibubapa seseorang tidak taat kepada Alkitab, berapa lamakah, jika adapun, sepatutnya orang itu menurut mereka sedangkan perintah-perintah mereka bertentang langsung dengan Hukum Tuhan? Sebagai seorang dewasa adakah saya mempunyai tanggungjawab untuk menunjukkan kepada mereka kesilapan jalan mereka? Patutkah saya mengganggu perayaan pagan mereka dengan menunjukkan kesilapan-kesilapan berkaitan? Di manakah garis sempadan harus ditetapkan antara perintah Kelima dan apa yang Yesus katakan dalam Matius 10:34-40?

 

J: Ya, seperti yang dikatakan Kristus, musuh seseorang lazimnya adalah dari keluarganya sendiri. Seorang anak tidak wajib mengikut ibubapanya menentang Hukum Tuhan. Apabila seorang anak cukup dewasa untuk menyedari kenyataan tersebut, mereka mungkin akan menyatakannya. Seorang anak dianggap cukup umur mengikut berbagai undang-undang dalam berbagai negara. Alkitab mengatakan kamu cukup umur pada umur dua puluh tahun. Jika ibubapa kamu melanggar Hukum Tuhan, kamu wajib menunjukkan perkara tersebut kepada mereka. Jika mereka teruskan, maka itu adalah hal mereka. Jika mereka berkeras untuk memaksanya pada kamu, kamu tidak wajib menerimanya.

 

Kamu harus bersedia untuk memberi jawapan bagi harapan yang ada di dalam dirimu. Mereka juga harus didedahkan kepada perbuatan-perbuatan mereka yang tidak berunsurkan alkitab. Para ibubapa masih tetap ibubapa walaupun mereka berdosa. Keluarga tetap keluarga walaupun mereka dalam perselisihan faham. Cuba berikan dan ceritakan kebenaran dan kepercayaan-kepercayaan kamu. Selalulah bersopan dan lembut dalam jawapanmu. Kata-kata yang lembut akan menjauhkan kemarahan.

 

Adakah ia betul atau salah untuk seorang Kristian melancap (onani)? Padahal, kita adalah manusia, dan saya percaya semua anak belasan tahun melalui “kehampaan seksual” yang sama.

 

J:  Tiada perintah Alkitab yang membantah pelancapan. Mungkin boleh ditafsirkan bahawa ia diliputi di bawah tajuk pendera diri sendiri yang disebutkan dalam Perjanjian Baru, namun itu sekadar andaian.

 

Ianya fungsi normal jenis makhluk primate. Kera dalam sangkar melancap dan begitu juga manusia. Pendirian Alkitab yang dikaitkan kepada Onan, adalah percubaan untuk menyembunyikan satu dosa Jemaat, yang tersamar dalam definisi mereka tentang dosa.

 

Dosa Onan bukanlah pelancapan. Onan telah dibunuh kerana gagal melaksanakan hukum Lewi dan memberi Tamar seorang anak, hingga memaksanya ke dalam perbuatan sumbang dengan bapa tirinya, Yehuda. Penumpahan benihnya atas tanah merupakan pelanggaran langsung suatu hukum Tuhan dan ia tiada kaitan dengan pelancapan.

 

Sebab kenapa pelancapan dipanggil Onanisme oleh gereja-gereja adalah kerana mereka menggalakkan orang meninggalkan tanah milik mereka kepada gereja dan ini dilarang secara langsung oleh Hukum Tuhan. Sebab kenapa Onan dibunuh dibincangkan dalam karya Dosa Onan (No. 162). Pelancapan hanya mungkin menjadi dosa bila berkait langsung dengan hukum Tuhan dan apa yang bermain dalam fikiran kamu.

 

Patut ditambah bahawa ia tidak menyumbang kepada pertumbuhan rohani seseorang, namun Alkitab senyap tentang subjek itu. Satu atau dua ayat Alkitab telah diputarbelitkan agar boleh ditafsirkan sebagai meliputi aspek ini, yang mana ia sangat diragui.

 

Adakah salah untuk mengamalkan seni mempertahankan diri sebagai sejenis pertahanan diri, memandangkan ia mengaitkan “chi” atau tenaga hidup?

 

J: Terdapat dua aspek kepada seni mempertahankan diri. Tinju dan semua aspek pertahanan diri dengan tangan atau kaki dimasukkan dalam kategori ini.

 

Persoalan pertama adalah berkaitan akal fikiran pengikut dan sistem dalam mana dia belajar. Tujuan belajar untuk mempertahankan diri sendiri adalah aspek pertama peperangan. Kamu menyebut tentang “chi” dan diandaikan kamu merujuk kepada jenis-jenis seni dalam struktur orang China.

 

Bentuk-bentuk seni Shaolin adalah satu sistem keagamaan, yang jelas dilarang kepada orang Kristian. Peringkat-peringkat Tae Kwando adalah bersifat teori pada tahap-tahap lebih tinggi di atas peringkat tali pinggang hitam permulaan. Tujuan latihan permulaan adalah untuk membentuk “fikiran seperti air di bulan.” Ini adalah keadaan fikiran dan ketenangan untuk reaksi. Karate atau “tangan kosong” telah dikembangkan di Okinawa sebagai satu bentuk pertahanan diri untuk melawan penceroboh-penceroboh Jepun apabila penduduk Okinawa dilarang membawa senjata.

 

Dalam sistem ini, tangan adalah senjata utama. Ia telah banyak berkembang dalam kealirannya sejak zaman Mas Oyama, yang jelas didorong oleh Taekwondo, “cara menumbuk dan menendang.” Tinju adalah bentuk barat, yang dikembangkan di bawah bentuk set peraturan oleh Marquis Queensberry untuk membuat tontonan yang lebih beradab dari perkelahian jalanan London.

 

Maka, terdapat bentuk-bentuk yang tidak bersifat animist secara langsung namun kebanyakannya melibatkan “Chi,” atau “Shinto,” atau aspek-aspek renungan animisme. Jika seseorang bebas dari ini, dan ia seharusnya begitu, persoalan falsafahnya boleh diringkaskan kepada kenapakah seseorang melakukannya? Tentera AS kini pergi ke China untuk mempelajari sistem-sistem China. Mereka mempunyai sistem-sistem itu di bawah kumpulan Boxers sewaktu pemberontakan Boxer dan kita tidak menghiraukannya pada waktu itu. Jadi, kenapakah ia penting sekarang ini? Jawapannya terletak pada kelemahan moral masyarakat Barat, bukannya pada pemikiran sombong di Timur. Pertahanan diri adalah hal Tuhan dan manusia. Ada yang bergantung, atau terpaksa bergantung, sepenuhnya pada Tuhan. Ini juga lazimnya kerana Dia telah memelihara kebebasan bangsa-bangsa kita.

 

Sebagai jawapan kepada pertanyaan, adakah kamu akan berlawan untuk melindungi anak kamu dari seorang penceroboh dalam rumah yang cuba membunuh mereka? Jawapannya tanpa ragu-ragu lagi adalah, “Ya,” dari kebanyakan orang. Tuhan dan hukumnya menuntut agar orang dibawa kepada pengadilan dan menerima hukuman untuk jenayah mereka. Untuk melakukan itu, seseorang harus menjadi pembalas darah. Seseorang harus mendakwa untuk dibicarakan dan untuk menahan mereka.

 

Dalam dunia yang tidak sempurna ini kita menghadapi pilihan dan kewajipan untuk melindungi keluarga-keluarga kita serta umat kita di bawah Hukum-hukum Tuhan. Sementara kita berada di bawah perlindunganNya, kita tidak selalunya perlu melibatkan diri, sama seperti Israel dilindungi dari perang dalam Keluaran, dan Tuhan berjalan di hadapan mereka dan berperang untuk mereka.

 

Jadi, jawapannya tidaklah mudah. Ianya berkaitan iman dan tanggungjawab, dan kasih akan manusia. Ianya sukar untuk mengasihi sesama sendiri ketika kamu berada dalam pusingan akhir satu perlawanan, apabila kamu berdua berusaha untuk menghapuskan lawan kamu dengan secekap yang mungkin. Juga adanya pepatah Alkitab: “Sesiapa yang hidup dengan pedang akan mati dengan pedang.”

 

Tubuh seseorang cenderung