Jemaat-jemaat Allah Al Masehi
No. 66
Organisasi Perayaan
(Edisi 1.0 20040306-20040306)
Karya tulis ini dibentuk untuk membantu Penyalaras Perayaan dalam perancangan mereka bagi upacara Perayaan. Ianya dijangkakan bahawa banyak tugasan yang akan diberikan kepada orang lain. Ia juga dijangkakan bahawa ramai orang yang datang ke upacara perayaan untuk pertama kalinya tidak mengetahui apa yang diharapkan dari mereka atau apa yang terlibat dalam perancangan dan melaksanakan upacara Perayaan ini. Beberapa bentuk kesesuaian mungkin diperlukan berkenaan dengan keperluan dari kumpulan yang berlainan dan negara yang berlainan sewaktu menyalaraskan tempat Perayaan ini.
E-mail: secretary@ccg.org
(Hakcipta ã 2004 Wade Cox)
(Tr. 2008)
Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan. Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan. Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.
Karya
ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org
Organisasi
Perayaan
Pengenalan
Kejayaan dari mana-mana tempat upacara Perayaan bergantung kepada kerja pasukan penyelaras, pembicara, para pembantu, dan semua kakitangan yang diperlukan, atau yang telah bekerja dengan sukarela, untuk mengambil tanggung jawab dalam apa juga bahagian dalam penyelarasan Perayaan, bagaimana besar atau kecil tugasan yang mereka lakukan. Kita disana untuk melayan dan untuk dilayani dalam kasih dan kebaktian.
Tiga kaoli dalam setahun umat Allah diperintah untuk meninggalkan tempat tinggal mereka dan pergi ke tempat dimana Allah meletakkan namanya (Kel 23:14-17; Im 23:1-44; Ul 16:1-16). Kita pergi ke Perayaan untuk belajar bagaimana untuk menyembah dan takut kepada Allah (ul 4:10; 10:12,13; 14:23; 17:19; 31:12). Kita datang dengan pembantu lelaki dan pembantu perempuan kita semua orang akan belajar untuk menuruti Allah dengan lebih betul lagi (Ul 12:7,12; 14:29; 16:11-14).
Siapakah pembantu lelaki dan perempuan kita pada masa sekarang? Ramai orang sekarang tidak mempunyai pembantu rumah, jadi siapakah yang kita maksudkan disini? Secara dasarnya, ianya sesiapa sahaja yang membantu kita. Ini adalah satu daripada sebab mengapa kita tidak pergi ke restoran pada hari Sabat, kerana semasa mereka melayani mereka, mereka dengan efektifnya menjadi pembantu kita. Mereka yang bekerja dengan kita, sekiranya mereka mempunyai iman yang sama, boleh datang bersama dengan kita ke upacara Perayaan ini. Bagaimana pun, kita tidak sepatutnya meminta orang untuk melayani kita semasa Allah mahukan mereka menyembah Dia. Kelalaian atau ketidaksetiaan mereka bukan sebab untuk kita untuk menggunakan mereka bagi kesenangan kita.
Dalam Jemaat-jemaat Allah, kita memelihara kalendar Allah seperti yang dilakukan sejak berzaman. Bagi maklumat lanjut lihat kepada karya tulis Kalendar Allah (No. 156) dan karya-karya yang bertalian.
Sebelum setiap Perayaan kaum lelaki boleh mengambil masa berjam untuk menyediakan khotbah dan pelajaran pendek mereka (1 Kor 14:34,35; 1 Tim 2:8-15). Kaum perempuan mempunyai pelbagai tugasan dan peranan, seperti mengasuh anak-anak dan memberi instruksi, melayani orang yang sakit dan yang lemah, serta mengambil bahagian dalam pembelajaran Alkitab dan perbincangan. Bagi maklumat lanjut tentang peranan dan tugasan perempuan, lihat kepada karya tulis Peranan Wanita Kristian (No. 62). Ianya adalah berkenaan dengan peranan kaum perempuan sewaktu upacara perayaan untuk memastikan bahawa anggota-anggota mempunyai Perayaan yang menyenangkan.
Organisasi Tempat Perayaan
Penyelaras tempat Perayaan harus mengatur lokasi ini sebelum upacara terlebih dahulu, memastikan ianya sesuai, selesa, menjadi kediaman yang bersih, mengambil perhatian kepada sumber kewangan orang yang hadir. Dewan pertemuan dan kawasan dapur harus mempunai saiz yang sesuai dan mempunyai kemudahan untuk menampung jumlah yang dijangkakan. Catatan tentang lokasi dan ongkosnya harus diberikan kepada orang yang hadir secepat mungkin dan sebelum upacara Perayaan ini dilakukan. Sekiranya boleh, penyalaras dan delegasinya harus membiasakan diri mereka dengan kawasan setempat. Ini termasuklah lokasi hospital, dan perkhidmatan-perkhidmatan yang diperlukan serta perkara-perkara menarik untuk aktiviti dan dll.
Penyalaras Perayaan harus juga memastikan bahawa pembicara itu bersedia dan perkara yang dibincangkan mempunyai keseimbangan pembelajaran yang baik.
Para hadirin harus mengesahkan kehadiran mereka lebih awal lagi, dan akan memberitahu penyalaras Perayaan sekiranya ada perancangan yang akan diubah. Sekiranya ada orang yang perlu diambil dari lapangan terbang dll., mereka harus meminta banduan seawal mungkin supaya pengambilan di lapangan terbang berjalan dengan baik. Sewaktu membuat penempahan ia memerlukan penungguan untuk diambil, kerana ianya perlu untuk menunggu untuk penerbangan yang seterusnya bagi hadirin yang lain. Masa yang cukup harus diambil untuk memastikan semua orang berada di tempat lokasi pada masa yang tepat untuk bersedia untuk upacara yang pertama. Kita harus sedar bahawa sekiranya kita mula dengan lewat, maka kita juga membuat seseorang itu datang dengan lambat juga. Ianya adalah tanggung jawab individu untuk memastikan masa yang cukup diperlukan bagi perjalanan.
Sesiapa yang memerlukan banduan kewangan harus berbincang dengan penyalaras mereka sendiri.
Orang yang mempunyai diet khas atau keperluan khas harus memberitahu penyalaras Perayaan supaya dia boleh memastikan mereka yang ditugaskan untuk tugasan yang tertentu boleh diberitahu.
Dewan Pertemuan
Objek kafir atau berhala harus disingkirkan dari dewan pertemuan (dan akomodasi peribadi).
Sistem bunyi harus diatur dan diuji, tidak juga melupakan bilik bagi ibu-ibu.
Lantai harus disapu dan kerusi dan meja harus diatur dengan baik.
Pengumuman harus dibuat secara harian untuk memastikan setiap orang mengetahui program untuk hari itu dan menangani perkara-perkara yang timbul.
Pintu keluar kecemasan, menangani kebakaran dan kit pertolongan cemas harus dijelaskan dan, sekirnaya diperlukan, pelan tempat itu harus dilekatkan di papan notis.
Jadual haris dilekatkan di papan notis yang mana salinannya juga diberikan kepada setiap individu. Ini termasuklah hari dan masa bagi setiap upacara dan/atau pembelajaran Alkitab, aktiviti-aktivit kumpulan dan lokasi-lokasi bagi tempat makan dan masa untuk makan.
Bilik Ibu
Sekiranya boleh, satu bilik disediakan bagi ibu-ibu yang perlu menyusukan anak dan menjaga anak-anak. Ianya juga digunakan untuk kelas Alkitab kana-kanak dan tempat mengawal kana-kanak yang mungkin berbuat bising. Satu sistem pembesar suara disediakan sekiranya perlu untuk memastikan ibu-ibu tidak akan ketinggalan mendengar mesej yang disampaikan.
Upacara
Penyalaras kependetaan secara umumnya bertanggung jawan untuk memastikan dewan ini ditetapkan dan semua perkara yang berkaitan dengan upacara ini disediakan dengan betul.
Dewan ini harus disediakan terlebih dahulu dan dijaga kebersihannya. Karya-karya tulis harus didistribusikan sebelum permulaan upacara.
Sistem suara harus diuji dan ianya perlu berfungsi dengan baik.
Lagu-lagu serta muzik-muzik yang sesuai harus dirancang dan disediakan.
Apa sahaja pengumuman harus diserahkan kepada pemimpin nyanyian atau orang yang berkenaan dan kemudian diletakkan di papan notis bagi mereka yang mungkin belum mengetahuinya.
Muzik istimewa mungkin boleh dirncang dan dijadualkan mengikut kesesuaian.
Upacara harus bermula pada masa yang ditetapkan dengan semua persediaan yang disiapkan.
Penyalaras penyediaan makanan harus memastikan bahawa air boleh didapati untuk pembicara dan bahawa air juga boleh didapati di belakang dewan pertemuan untuk mereka yang memerlukannya.
Penyediaan makanan dalam Perayaan
Mengapa kita makan bersama.
Jemaat-jemaat Allah percaya bahawa kita harus makan bersama. Ramai umat Jemaat Allah berharap akan makan bersama pada Malam Menjaga. Dalam Ulangan 16:17 kita diberitahu untuk memasak dan memakan di tempat yang diperintahkan oleh Allah. Pada Malam Menjaga seorang budak kecil bertanya, “Apakah maksud semuanya ini?” Namun banyak orang lain yang tidak keluar dari rumah mereka, dan membantu memasak mekanan di tempat yang Allah telah tetapkan. Bagi keterangan lanjut tentang bagaimana memelihara Malam Menjaga dengan betul, lihat karya tulis Persediaan bagi Makan Paskah pada Malam Menjaga (No. 93). Teks yang seterusnya dalam Ulangan, kita akan mendapati perintah Allah kepada kita di setiap Perayaan ini.
Ulangan 14:23,26 23 Di hadapan TUHAN, Allahmu, di tempat yang akan dipilih-Nya untuk membuat nama-Nya diam di sana, haruslah engkau memakan persembahan persepuluhan dari gandummu, dari anggurmu dan minyakmu, ataupun dari anak-anak sulung lembu sapimu dan kambing dombamu, supaya engkau belajar untuk selalu takut akan TUHAN, Allahmu. 26 dan haruslah engkau membelanjakan uang itu untuk segala yang disukai hatimu, untuk lembu sapi atau kambing domba, untuk anggur atau minuman yang memabukkan, atau apapun yang diingini hatimu, dan haruslah engkau makan di sana di hadapan TUHAN, Allahmu dan bersukaria, engkau dan seisi rumahmu.
Ulangan 16:11, 14 11 Haruslah engkau bersukaria di hadapan TUHAN, Allahmu, engkau ini dan anakmu laki-laki serta anakmu perempuan, hambamu laki-laki dan hambamu perempuan, dan orang Lewi yang di dalam tempatmu, dan orang asing, anak yatim dan janda, yang di tengah-tengahmu, di tempat yang akan dipilih TUHAN, Allahmu, untuk membuat nama-Nya diam di sana. 14 Haruslah engkau bersukaria pada hari rayamu itu, engkau ini dan anakmu laki-laki serta anakmu perempuan, hambamu laki-laki dan hambamu perempuan, dan orang Lewi, orang asing, anak yatim dan janda yang di dalam tempatmu.
Lihat juga Ulangan 12:6-8 dan 17-18.
Ulangan 12:6-8 Ke sanalah harus kamu bawa korban bakaran dan korban sembelihanmu, persembahan persepuluhanmu dan persembahan khususmu, korban nazarmu dan korban sukarelamu, anak-anak sulung lembu sapimu dan kambing dombamu. 7 Di sanalah kamu makan di hadapan TUHAN, Allahmu, dan bersukaria, kamu dan seisi rumahmu, karena dalam segala usahamu engkau diberkati oleh TUHAN, Allahmu. 8 Jangan kamu melakukan apapun yang kita lakukan di sini sekarang, yakni masing-masing berbuat segala sesuatu yang dipandangnya benar.
Ulangan 12:17-18 Di dalam tempatmu tidak boleh kaumakan persembahan persepuluhan dari gandummu, dari anggurmu dan minyakmu, ataupun dari anak-anak sulung lembu sapimu dan kambing dombamu, ataupun sesuatu dari korban yang akan kaunazarkan, ataupun dari korban sukarelamu, ataupun persembahan khususmu. 18 Tetapi di hadapan TUHAN, Allahmu, haruslah engkau memakannya, di tempat yang akan dipilih TUHAN, Allahmu, engkau ini, anakmu laki-laki dan anakmu perempuan, hambamu laki-laki dan hambamu perempuan, dan orang Lewi yang di dalam tempatmu, dan haruslah engkau bersukaria di hadapan TUHAN, Allahmu, karena segala usahamu.
Kita disediakan dengan makanan spiritual disepanjang Perayaan ini. Bagi kebanyakn kita, ianya mengambil berbulan untuk memahami apa sebenarnya yang dipersembahkan. Makanan fizikal juga perlu mempunyai standar yang tinggi. Makanan fizikal perlu istimewa, memuaskan seimbang dan menyihatkan. Banyak kajian yang menarik terjadi di antara para umat semasa perbualan semasa makan. Kita perlu membuat pengalaman makan bersama ini sebagai satu pengalaman yang istimewa dan boleh diingati sama seperi makanan spiritual.
Kita tidak dibenarkan untuk makan di tempat kediaman kita (Kel 23:17; Ul 16:16) kecuali pada tahun yang ketiga (Ul 26:12), apabila perpuluhan kedua kita diberikan pada tahun ketiga dari kitaran tujuh-tahun kedalam kutipan perpuluhan bagi kaum janda dan yatim piatu (Ul 14:18-19, 26:12,13). Tulisan kitab menandakan kita boleh makan di tempat kediaman kita pada tahun yang ketiga, tetapi ia bukan satu perintah. Sekiranya ada umat di kawsan kita, ianya boleh memelihara Perayaan ini di tempat kediaman mereka pada tahun yang ke-3. umat yang berselerak boleh merasa ini boleh menjimatkan sejumlah perpuluhan mereka yang ke-2 dari tahun-tahun yang lain, supaya mereka mempunyai kutipan yang cukup untuk perjalanan untuk memelihara Perayaan ini bersama dengan yang lain pada tahun yang ketiga.
Allah meletakkan kepentingan ini untuk kita datang ke Perayaan ini dan merayakan lemat dan meminum madu (Neh 8:10), supaya Dia menyediakan satu sistem yang memastikan semua orang disediakan bagi Perayaan ini sekiranya kita menuruti Dia.
Organisasi dalam Makanan Perayaan
Allah adalah Allah hukum dan aturan. Dia melakukan perkara dengan sempurna dan dalam aturan (1 Kor 14:40). Dia adalah pencipta kepada kedamaian (1 Kor 14:33). Kita akan menjadi seperti Dia (1 Yoh 3:2). Oleh kerana itu, kita juga harus melakukan perkara dengan baik dan dalam aturan dan mempunyai damai dalam diri kita. Penyediaan makanan memerlukan satu organisasi yang baik untuk membuat perayaan ini menggembirakan bagi semua pihak. Selalunya Jemaat akan melantik individu untuk menyalaraskan makanan di setiap tempat Perayaan. Sama seperti perkara-perkara dalam kehidupan kita, ia melibatkan perancangan, organisasi, dan doa adalah konsep yang paling penting. Sekarang kita akan meninjau apa tanggung jawab asas yang diperlukan dalam menyediakan makanan perayaan ini.
Secara Individu atau tanggung jawab yang dikongsikan
Bagaimana lokasi perayaan ini diselenggarakan adalah bergantung kepada jumah kehadiran, sumber yang boleh didapati, dan matlamat lokasi secara individu. Sebagai contoh, sekirannya ramai orang yang akan datang dari pelbagai tempat, ianya senang bagi seseorang untuk merancang seluruh menu makanan dan melakukan pembelian. Kemudian yang lain boleh membantu dengan penyediaan makanan sejurus mereka tiba di lokasi ini dan di sepanjang perayaan ini. Satu lagi pilihan ialah untuk meminta beberapa wanita untuk merancang dan menyelaras makanan bagi satu atau dua hari pada waktu Perayaan. Ini membolehkan bagi kita yang tidak pernah memasak untuk jumlah orang yang ramai, mengembangkan kemahiran memasak. Ini juga membantu dalam mengembangkan dan melatih penyelaras makanan pada masa hadapan. Ia juga menggalakkan semua orang mengambil tugasan dan bekerja sebagai satu unit yang berfungsi sekiranya ada orang yang perlu menangani keadaan kecemasan. Satu orang masih boleh berfungsi sebagai penyelaras untuk memastikan pelbagai menu harian boleh dilakukan, diatur dan diseimbangkan. Dia juga boleh membantu dalam hal proporsi saiz, senarai makanan yang dibeli, dan sebagai orang rujukan jika diperlukan.
Pegawai Jemaat akan melantik penyelaras makanan bagi setiap lokasi Perayaan. Mereka yang terlibat perlu mengambil sijil pengendalian makanan.
Makanan yang berkhasiat dan seimbang dalam memelihara
Hukuma Makanan
Anggota Jemaat-jemaat Allah percaya dalam memelihara hukum makanan yang terdapat dalam Imamat 11 dan Ulangan 14. Untuk keterangan lanjut berkenaan dengan makanan halal, lihat Hukum Makanan (No. 15). Ini sememangnya memastikan hukum makanan ini menuruti perayaan ini. Penjagaan yang lebih perlu diambil apabila membuat pembelian barang-barang. Hari ini tanda-tanda makanan boleh mengelirukan dan seseorangb harus memeriksa ramuan dalam kotak makanan berkenaan, memeriksa makanan biskut, roti, dan kekacang dalam tin. Kadang-kadang terjadi seperti daging turki yang dibuat di Amerika yang mana dibuat dari daging turki tetapi diletakkan dalam tin daging babi, dan ini menyebabkan ia tidak hahal. Seseorang itu boleh jadi tidak begitu berhati-hati apabila ia dibantu oleh orang lain dalam pembelian dan kadang-kadang mereka tidak memeriksa penanda makanan. Oleh itu, ianya perlu diperiksa semula apabila bahan-bahan itu dibawa ke dapur sekiranya ia belum diperiksa dengan teliti sewaktu di kedai.
Kita memelihara Roti yang Tidak Beragi (Kel 12:8, 15, 19; 34:18: Ul 16:1-8). Semasa Roti Tidak Beragi, ianya tanggung jawab penyelaras makanan untuk memastikan bahawa roti yang tidak beragi disediakan setiap hari sewaktu perayaan. Kita diperintah untuk memakan roti yang tidak beragi selama tujuh hari (Kel 12:15; 13:3; 34:18; Ul 16:3,8). Bagi idea resepi khusus lihat karya tulis Resepi bagi Hari Roti Tidak Beragi (No. R2). Ianya juga tanggung jawab penyelaras makanan untuk memastikan semua keluaran beragi dikeluarkan dari dapur sebelum malam pada permulaan bulan lunar pertama yang ke-15 (Kel 12:15, 19, Ul 16:4). Dia juga memastikan tidak ada bahan beragi dihodangkan kepada umat Allah semawa PErayaan Roti Tidak Beragi.
Makanan ini harus diseimbangkan dengan daging halal, sayur-sayuran, buah-buahan, biji-bijian dan keluaran tenusu.
Jus buahan harus boleh didapati sepanjang masa untuk semua orang, terlebih lagi kepada kanak-kanak.
Alkohol dibenarkan dan ianya adalah tanggung jawab individu, dan mereka yang mampu membantu untuk menyediakan kepada orang yang tidak mampu. Ini adalah hal peribadi setiap individu.
Penyelaras makanan harus juga memastikan semua orang diberi makan pada waktu perayaan. Kadang-kadang ini melibatkan memberikan makanan orang yang berada di biliknya sekiranya orang tertentu sakit. Penyalaras makanan harus juga boleh menjawan persoalan yang berkenaan dengan apa yang disediakan sekiranya ini berkenaan dengan alergi dll. Orang yang hadir diminta untuk memberitahu penyalaras bagi penyediaan makanan sekiranya ada keperluan khusus terlebih dahulu sebelum Perayaan ini.
Penyediaan dan koordinasi
Kita percaya dengan menuruti Allah dan hukum-hukumNya; dengan ini kita tidak bekerja atau membeli atau menjual pada hari Sabat (Bil 13:32-36; Neh 10:28-31, 13:15-21; Yer 17:21-22). Ini juga dituruti sewaktu kita berkumpuyl sewaktu Perayaan. Oleh kerana itu, penjagaan dan konsiderasi perlu diberikan kepada Sabat dan Sabat-sabat yang lain. Ini tidak pernah menjadi masalah dalam sejarah, ia hanya melibatkan perancangan menu dan pembelian. Di Perayaan ini, kita akan menyediakan makanan yang lebih daripada yang kita lakukan dalam keluarga kita, tetapi kita mempunyai ramai pembantu menyediakan makanan ini.
Dalam Apendiks terdapat contoh senarai penyertaan sukarelawan. Menu tentatif dan senarai penyertaan boleh diletakkan di meja informasi. Ianya juga baik untuk menyimpan satu salinannya di dapur. Ianya baik untuk merujuk kepada menu sebagai tentatif. Kadang-kadang, seseorang itu tidak mampu untuk mengambil daging yang tersenarai di menu makanan dalam jumlah yang diperlukan dll. Seseorang itu perlu fleksibel dan membuat penyesuaian yang perlu. Sekiranya penyelaras makanan itu perlu untuk pergi pada hari tertentu, mereka harus meminta seseorang untuk menggantikannya dan memenuhi keperluan mereka untuk memastikan umat Allah mendapat makanan diperlukan pada masa yang tepat.
Kerja-kerja boleh didapati bagi mereka yang ingin membantu. Penyelaras harian harus biasa dengan menu makanan tersebut pada hari tertentu dan membahagikan tugasan itu. Sebagai contoh, sekiranya wanita yang lebih tua suka untuk membantu, suruhlah dia memotong daun selada atau apa-apa sahaja yang dia boleh lakukan dengan keadaan duduk yang mana tidak memerlukan tenaga fizikal yang kuat. Atau sekiranya ada orang yang duduk di kerusi roda tetapi ingin membantu, bawalah bahan-bahan yang dikerjakan kepada dia dan periksa keadaannya setiap masa sekiranya dia memerlukan sesuatu. Kita adalah satu keluarga besar dan menjadi sebahagian dariapda tubuh Kristus. Kita perlu mengasihi dan prihatin kepada saudara seiman dan cuba untuk membantu setakat yang mampu dalam penyediaan dan kebersihan. Kaum remaja dan muda-mudi berguna untuk membawa bahan-bahan dapur. Seseorang itu boleh membantu kanak-kanak dengan membakar roti yang boleh diambil sewaktu makan tengahari dan petang hari Sabat. Untuk menambah beberapa kepelbagaian, kaum lelaki boleh diminta untuk membakar daging. Tinggal bersama dengan satu dengan yang lain selama 8 hari adalah satu berkat besar dan merupakan satu upah sekiranya semua boleh mengambil bahagian untuk menjayakan Perayaan ini.
Sekiranya menggunakan dapur komersial, ianya diperlukan supaya semua orang yang mengatur makanan mempunyai latihan dan diakui dengan kebolehan penyelenggaraan kebersihan makanan, oleh kerana itu, ianya baik bagi sesiapa sahaja yang suka membantu di bahagian dapur untuk menghadiri kursus tertentu dari tempat negara mereka sendiri. Walaupun tanpa syarat ini yang memerlukan penggunaan fasilitas dapur di nagara yang berkenaan, ia adalah satu layanan keapda saudara seiman keseluruhannya untuk menghadiri kursus ini, kerana ini boleh menghadkan masalah yang mungkin terjadi.
Kod-kod Makanan Nasional, Kuarantin, Kebersihan
Setiap negara perlu mengikuti peraturan-peraturan makanan dalam negara atau wilayah dimana Perayaan itu diadakan.
Kita memelihara peraturan-peraturan kuarantin dari Imamat 13:45-46 dan Bilangan 5:1-4. Walaupun seorang itu perlu menyelaras atau membantu dalam menyediakan makanan, sekirnaya dia atau anaknya menjadi sakit, dia tidak harus membantu dalam menyediakan makanan.
Ini djuga diaplikasikan kepada para hadirin di upacara ini. Kerana ada kebarangkalian untuk menjangkiti orang lain, kita harus menyingkirkan diri kita sendiri sehingga kita sembuh.
Peruntukan Belanja
Kita menyembah Allah dengan hadir di tempat yang Dia perintahkan (Kel 23:14, 34:22-24; Ul 16:16). Rencana Allaj menyediakan satu sumber penghasilan bagi setiap individu untuk datang ke Perayaan. Setiap individu perlu untuk menyimpan perpuluhannya yang kedua sepanjang kitaran 7-tahun (Ul 14:22-23). Dengan melakukan ini, kita akan bersedia untuk menghadiri Perayaan Allah pada tahun yang ketiga dan tahun yang ketujuh ketika kita tidak mengadapan “perpuluhan kedua tahunan”. Pada tahun yang ketiga perpuluhan kedua kita akan dipindahkan ke Perpuluhan Tahun Ketiga bagi kaum janda dan orang yatim. (Ul 14:28-29; 26:12-13). Lihat Kalendar Jemaat-jemaat Allah bagi carta perpuluhan. Oleh kerana itu, kita harus merancang dan mengatur akaun perpuluhan kedua kita untuk memastikan kita boleh menghadiri Perayaan dengan menjadi pelayan yang tekun. Ianya baik untuk menyimpan perpuluhan kedua kita dalam akaun yang berasingan (Kel 22:25; Im 25:36; Ul 23:29,20). Terumah dari 2%, yang diperintahkan untuk disimpan, boleh ditambahkan kepada perpuluhan kedua kita (Yeh 45:14-17). Bagi keterangan lanjut tentang Terumah lihat mesej Sabat Bahagian B, bertarikh 12/5/120 oleh James Dailley http://www.ccg.org/_domain/ccg/Sabbath/2003/S_08_09_03b.htm dan karya tulis Persepuluhan (No. 161) dan The Juma’ah: Bersedia untuk Sabat (No. 285). Bagi keterangan lanjut tentang perpuluhan di Nehemiah 10:38, lihat Konstitusi (No. A2) dan Persepuluhan (No. 161).
Walaupun orang mempunyai perpuluhan kedua dan Temurah untuk menghadiri Perayaan, ini adalah wang yang diasingkan oleh Allah bagi kegunaan indivisu di Perayaan. Ianya peranan penyelaras makanan untuk memastikan makanan pada hari Sabat adalah mengikut kualiti makanan untuk Sabat dan makanan sewaktu hari-hari lain dalam Perayaan juga mencukupi. Tetapi terdapat aspek keseimbangan yang tertentu dalam semua perkara ini. Beberapa daripada makanan ini perlu sedikit mahal kepada keseimbangan daripada harga makanan waktu Sabat atau makanan mahal yang lainnya.
Bagi beberpa umat Allah, perpuluhan kedua mereka mungkin tidak merangkumi ongkos serta akomodasi mereka, jadi terdapat sedikit sekiranya ada lebihan untuk peruntukan bagi makanan. Secara dasarnya makanan sewaktu Perayaan di Amerika Syarikat rata-ratanya US$7.00-$10.00 bagi orang dewasa. Kita akan merangkumi ongkos ini bagi mereka yang dibawah umur dua puluh tahun dalam tanggungan orang dewasa. Di pertangahan Perayaan ini satu pengumuman akan dibuat berkenaan dengan ongkos makanan. Ingat, kita harus memberi mengikut kemampuan kita, untuk merangkumi ongkos peruntukan makanan tersebut. Akan selalu ada orang yang miskin di antara kita (Mat 26:11; Mark 14:7; Yoh 12:8). Oleh kerana itu, sekiranya ada orang mempunya lebihan dan mahu membantu untuk merangkumi ongkos mereka yang tidak mempunyai wang, ini adalah berkat yang besar. Orang yang kaya harus bersikap dermawan kepada orang yang miskin (Ul 15:7-11). Jemaat akan merangkumi ongkos makanan sekiranya wang terkumpul kita tidak mencukupi, tetapi lebih baik kita merangkumi ongkos kita sendiri daripada mengambil wang yang diberi untuk mengajarkan Injil untuk membayar ongkos makanan kita.
Penutup
Ianya satu berkat untuk pergi ke tempat dimana Alah meletakkan namaNya untuk belajar untuk menyembah dan takut kepada Dia. Marilah kita semua cuba untuk memelihara Perayaan in dengan sikap yang betul, selalu menjadi hamba kepada satu dengan yang lain untuk membantu ketika dalam Perayaan dengan cara yang riang dan bermanfaat. Marilah kita semua menganggap ianya satu berkat untuk berada di antara umat Allah dan memelihara serta melaksanakan Hukum Eloah (Ezra 7:14).
Apendiks 1
Senarai
Tempat Perayaan
Kakitangan
Mempunyai senarai terkini para hadirin. Penyelaras harus tahu siapa yang harus diberitahu sekiranya ada kejadian kecemasan. Mungkin menggunakan kad-kad kecemasan?
Jumlah orang dewasa:
Jumlah kanak-kanak:
Akomodasi ditetapkan:[Penyelaras harus tahu siapa yang tinggal di setiap bilik dll. Sekiranya ada kecemasan. Kebakaran dll.]
Kad kredit, buku cek, cek perjalanan, tabung kecemasan
Peta kawasan
Kawasan menarik
Nombor Perkhidmatan pengangkutan ulang-alik sekiranya diperlukan
Kontrak bagi perumahan dan dewan. Mungkin 2 orang perlu salinannya sekiranya satu orang tidak dapat.
Nombor telefon tangan kecemasan dengan nombor-nombor lokasi bagi semua penyelaras dan diakon-diakon yang ada.
Aduan akomodasi: terus kepada Penyelaras sekiranya tidak boleh diselesaikan dengan pemilik tempat.
Pada penghujung Perayaan, tinjau semula tempat perayaan bagi tujuan Perayaan yang akan datang.
Perkhidmatan
Lapangan Terbang/ Stesen Bas:
Jaduan perjalanan
Siapa:
Bila:
Dimana:
Oleh Siapa:
Keperluan khusus: informasi sensitif seperti ini hanya harus disediakan kepada individu yang memerlukan asasnua. Penyelaras mungkin perlu tahu sekiranya seseorang itu memerlukan banduan kewangan untuk menghadiri Perayaan ini supaya dia memastikan keperluan oranh ini dipenuhi.
Menyerahkan tugasan kepada anggota yang berkenaan sebelum Perayaan demi untuk memastikan mereka bersedia dengan baik, cthnya., membawa bahan-bahan yang diperlukan, menyediakan khotbah, menyediakan menu, keprihatinan kanak-kanak – khusus bagi Perjamuan Suci.
Meletakkan senarai sukarelawan di papan kemuniti supaya orang boleh meletakkan nama mereka bagi tugasan yang dikehendaki, cth., banduan dapur, penyediaan & kumpulan kebersihan; penyelaras aktiviti.
Dewan pertemuan
Sistem
bunyi
Sekiranya boleh dapatkan 2 mikrofon bagi kegunaan pembelajaran Alkitab suapaya mereka yang susah untuk mendengar boleh mengambil bahagian dan memahami. Ia juga boleh dirakam dalam tap sekiranta diperlukan.
Bateri sekiranya diperlukan bagi sistem bunyi tambahan.
Lain-lain
Papan tanda
Letakkan pelan keluar untuk kecemasan, prosedur kecemasan kebakaran dan lokasi kotak kecemasan.
Meletakkan Sepuluh Hukum
Meletakkan jadua bersama dengan salinan kepada orang-orang bagi upacara, pembelajaran Alkitab, aktiviti-aktiviti dan lokasi-lokasi tempat makan dan masa-masa makan.
Bilik
ibu-ibu
Sistem bunyi
Gulungan tuala dan tisu
Makanan ringan bagi kanak-kanak sekiranya pembelajaran berlaku di bilik yang sama
Air dan jus bagi kanak-kanak (gelas minum)
Bekalan:
Tap kosong untuk merekod
Kod sambungan bekalan kuasa
Lampu meja sekiranya lampu tidak mencukupi dalam bilik tertentu
Kain alas meja sekiranya pembicara menghendakinya (membawa pin untuk alas meja ini sekiranya perlu)
Papan putih, pen-pen penulis dan pemadam
Menggelapkan bilik sekiranya melakukan AV atau sekiranya diperlukan pada Perjamuan Suci bagi pembasuhan kaki
Papan pengumuman
Peta kawasan Perayaan termasuk hosital terdekat, arah laluan dan telefon. Kawasan polis, telefon dan arah laluan. Lokasi tempat perayaan, termasuk alamat dan telefon.
Kotak tempat bahan-bahan beraneka: tap, gunting, pengepit kertas, dan pelekat
Sofar dan/atau Sangkakala perak
Salinan Pernyataan Pengangan Kepercayaan; kalendar tahun itu, Konstitusi; (teks lain cth., Sabatarian di Transylvania); senarai karya pembelajaran yang ada, tap pemain bunyi dll.
Lain-lain
Jadual waktu pembicara
Jadua waktu aktiviti sekiranya ada
Senarai orang yang menyertai untuk membantu di dapur atau dewan
Senarai kontak sekiranya terjadi kecemasan sewaktu Perayaan. Mungkin menyenaraikan seseorang bagi setiap hari sewaktu Perayaan sekirana seseorang memerlukan sesuatu seperti mengurapi dll.
Bagi
Upacara
Menyediakan bekas air dan gelas bagi meja pembicara
Mempunyai makanan ringan sekiranya upacara berjalan dengan lama atau seseorang perlu mekan untuk mengekalkan tahap gula dalam darahnya dll.
Letakkan air dan gelas di belakang dewan bagi mereka yang memerlukannya.
Menyediakan tuala dan tisu sekiranya ada hal kecemasan.
Buku nyanyian & muzik sama ada dalam tap, CD, atau muzik langsung sekiranya ada pemain piano.
Aturkan muzik istimewa sekiranya boleh.
Siapa yang akan meniup sangkakala/Sofar.
Siapa yang menyampaikan doa pembuka/penutup.
Siapa pemimpin nyanyian dan penyelaras pengumuman.
Aturkan seseorang untuk mengagihkan karya tulis.
Melantik penjaga masa sekiranya pembicara memerlukannya.
Sumber
Pembelajaran Alkitab:
Alkitab Companion
Interlinears
Lexicon
Strong’s Concordance
Kamus
Mempunyau pelbagai terjemahan Alkitab (secara umumnya orang mempunyai pelbagai versi).
Menyediakan rujukan lainnya seperti yang diminta oleh Penyelaras Perayaan.
Peralatan
atau seumber elektronik:
Mesin perakam sekiranya diperlukan oleh Penyelaras Perayaan
Bahan pembersih mesin sekiranya ia digunakan dengan kerap
Laptop dan pemcetak sekiranya diperlukan
Program Alkitab sekiranya kerja-kerja rujukan diperlukan
Karya-karya dalam CD sekiranya komputer boleh didapati
Piano atau keyboard sekiranya diperlukan
Pemain TV/VCR/DVD sekiranya diperlukan
Pembuat salinan harus ada di kawasan setempat sekiranya ini diperlukan, tetapi karya tulisa sewaktu Perayaan harus dirancang dan disediakan terlebih dahulu dan salinan yang cukup akan dibawa ke tempat Perayaan oleh Penyelaras Perayaan dan/atau orang yang ditentukan untuk melakukan kerja ini.
Penyelenggara sistem bunyi harus ada di kawasan setempat bersama dengan alat-alat yang digunakan. Pembicara harus berhubung rapat dengan orang yang bertanggung jawab untuk merakam dan/atau membuat penggambaran, terlebih lagi sekiranga papan putih atau alat-alat lain digunakan oleh pembicara, cth., persembahan Powerpoint atau penayangan gambar.
Keperluan Tambahan bagi Perayaan khusus
Perkumpulan:
Sangkakala Perak dan/atau tanduk domba jantan
Sampul perpuluhan yang dilabelkan
Bakul untuk mengutip sampul
Paskah/Perjamuan
Suci
Besin / tuala – tanggung jawab individu
Menjaga anak-anak – diatur terlebih dahulu
Wain dan pembuka penyumbat botol
Gelas-gelas wain dan dulang
Roti yang tidak beragi (gandum, minyak, garam) dan dulang
Alas meja dan kain kesat tangan
Melantik siapa yang meletakkan serta membersihkan dulang roti dan wain dan membuang lebih wain dn roti yang tidak digunakan
Malam
Menjaga:
Daging panggang (tidak ada tulang) akan dimasak di tempat perayaan.
Herma pahit dan horseradish
Persoalan-persoalan yang ditanya oleh kanak-kanak (Kel 12:26); membiarkan kanak-kanak untuk bertanya soalan mereka sendiri.
Wain (sari epal atau jus bagi kanak-kanak dan mereka yang mahukannya)
Pisau tajam
Roti tidak beragi
Unjukan Berkas: Bermula upacara pada 9 AM
Makanan ringan selepas upacara 9.00 AM dan satu jam lagi untuk belajar adalah baiik.
Pentakosta: Bermula pada 9 AM (perhatikan Peruntukan Masa Siang).
Rujuk kepada senarai kumpulan
Makanan ringan selepas upacara pertama dan kemudian melakukan pembelajaran dan makan tengahari.
Bait
Suci:
Rujuk kepada senarai kumpulan
Senarai
dapur
Meletakkan menu
Meletakkan senarai penyertaan sukarelawan
Menyimpan senarai belian di dapur. Sekiranya seseorang melihat bahan tertentu berkurangan, ia boleh ditambah didalam senarai tersebut.
Apabila
menyediakan makanan:
Selalu membersihkan tangan dengan teliti dengan sabun dan air.
Memakai sarunga tangan getah dan tukar sarung tangan untuks etiap kerja.
Ikat rambut yang panjang di belakang; gunakan jala rambut sekiranya perlu.
Penyediaan
daging dan menjamuan:
Gunakan alat pengalas potong pakai-buang untuk memotong daging. Sekiranya alat pakai-buang tidak boleh didapati, dapatkan alas pemotong yang berlainan bagi daging dan sayuran dan buah-buahan. Termometer daging juga berguna apabila waktu memasak.
Makanan yang panas harus dipelihara supaya panas di pinggan panas, meja stim atau periuk tembikar kalau perlu.
Makanan sejuk harus disimpan dalam peti ais atau di bahagian pembeku sekiranya perlu.
Sejukkan bahan-bahan dengan sertam merta.
Penyimpanan
makanan:
Makanan harus diberi label dengan jelas dan diberi tarikh.
Bahan-bahan yang sudah 3 hari lamanya harus dibuang.
Bahan-bahan boleh dibeku untuk mempertahankan kesegarannya.
Membersihkan piring:
Membersih dengan cara 3 sinki selalu digunakan: sinki pertama adalam air sabun yang panas, kedua bersih untuk pembilas, sinki ketiga mengandungi bahan penahan infeksi. Penahan infeksi adalah 1 sudu besar peluntur dengan 2 galon air.
Meja tempat bekerja dan meja makan harus dibersihkan sebelum dan selepas digunakan.
Sampah harus dibuang setiap kali tong sampah itu penuh dan pada setiap penghujung hari. Ianyan baik meletakkan plastik sambah tambahan di bawah tong sampah supaya sampah ini boleh diambil dengan mudah.
Alat-alat: Pastikan semua alat-alat seperti alat memasak (stove), cawan kopi dll., diletakkan dengan cara terbalik khususnya pada penghujung hari. Sekiranya menggunakan cawan tembikar dll., dengan periksa untuk memastikan alat….dipasang. Kadang-kadang orang cuba membantu untuk mematikan oven dan alat-alat lain walaupun ia sepatutnya dipasang.
Catatan: seperti yang dicatat sebelumnya orang yang menangani makanan dalam Perayaan harus mempunyai sijik penyelenggaraan makanan atau pentauliahan dari negara mereka. Orang yang tidak mempunyai sijil ini hanya boleh membantu dalam kerja-kerja dapur dibawah penyelenggaraan dan arahan orang yang bersijil.
q