Jemaat-jemaat Allah Al Masehi

[067]

 

 

 

 

Dari Daud dan Pemimpin Buangan Ke Kerabat Windsor

(Edisi 1.1 20040703-20050509)

 

Dalam karya ini kita akan meninjau hal keturunan-keturunan Daud serta kedudukan mereka dalam Kerabat Raja British. Karya ini mengisahkan keturunan dari Zerubabel melalui Kerabat Buangan, hingga ke Kerabat Hanover dan Saxe-Coburg-Gotha, dan dari situ ke Kerabat Windsor dan Raja-raja British dari George III. Kita akan dapati bahawa Seri Baginda Elizabeth II, Ratu England dan Komanwel, ialah keturunan langsung Daud bin Isai, Raja Israel, dalam keturunan raja yang diperakui.

 

 

 

Christian Churches of God

 

PO Box 369, WODEN ACT 2606, AUSTRALIA

E-mail: secretary@ccg.org

 

(Hakcipta ã 2004, 2005 Wade Cox)

(Tr. 2006)

 

Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan.  Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan.  Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.

 

Karya ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org

 

Dari Daud dan Pemimpin Buangan Ke Kerabat Windsor



Pemimpin-pemimpin Buangan berasal daripada Keturunan Raja Yehuda kerabat Daud dan membentuk raja-raja Yehuda dari Zerubabel. Kebanyakan maklumat yang menjadi asas bahan mengenai mereka di sini diperolehi daripada karya penyelidikan David Hughes di: http://www.angelfire.com/ego/et_deo/davidicdynasty.wps.htm

 

Keturunan Daud dalam Kerabat Raja Saxe-Coburg-Gotha dan Windsor

 

Banyak yang dihebohkan tentang keturunan raja dari kerabat Daud melalui keturunan orang Ireland dari Tea atau Tamar Tephi (atau Telphi), anak perempuan Zedekia yang berkahwin dengan seorang putera Ireland, dan penyebaran mereka ke Scotland dan England. Bagaimanapun, selain keturunan-keturunan itu, dan keturunan melalui Odin, terdapat keturunan ketiga yang memasuki kerabat Raja British yang juga boleh dibuktikan sebagai keturunan langsung Daud dan telah masuk ke UK daripada keturunan raja-raja Hanover dengan George III. Ia seperti berikut:

 

George III Raja Britain dan Amerika dsb anak kepada;

Augusta berkahwin dengan Frederick Lewis, Putera Wales, dan anak perempuan kepada;

Frederick II daripada Saxe-Gotha berkahwin dengan Magdalene Augusta daripada Anhalt-Zerbst, anak lelaki kepada;

Frederick I daripada Saxe-Gotha berkahwin dengan Magdalene-Augusta daripada Saxe-Weissenfels, anak lelaki kepada;

Elizabeth-Sophia berkahwin dengan Ernest I daripada Saxe-Gotha dan Altenburg, anak perempuan kepada;

John-Philip berkahwin dengan Elizabeth daripada Brunswick-Wolfenbuttel, anak lelaki kepada;

Anne-Marie berkahwin dengan Frederick-William I daripada Saxe-Altenburg, anak perempuan kepada;

Anne berkahwin dengan Philip-Ludwig dari Neuberg, anak perempuan kepada;

Marie berkahwin dengan William V dari Cleves, Julich dan Berg, anak perempuan kepada;

Ferdinand I HRE berkahwin dengan Anne dari Bohemia, anak lelaki kepada;

Juana [Joan “Yang Gila”] berkahwin dengan Philip “Yang Tampan” dari Austria, anak perempuan kepada;

Fernando II/V dari Aragon berkahwin dengan Ratu Isabella I dari Castile, anak lelaki kepada;

Juana berkahwin dengan Juan II, raja Aragon, anak perempuan kepada;

Fadrique berkahwin dengan Mariana dari Cordova, anak lelaki kepada;

Alfonso berkahwin dengan Juana de Mendoza, anak lelaki kepada;

Paloma berkahwin dengan Fadrique (meninggal 1358) saudara Enrique II dari Castile, anak perempuan kepada;

Gedaliah, yang merupakan anak lelaki kepada dan keturunannya seperti berikut:

Shlomo Ha-Zeken (meninggal 1299)

Yosef (meninggal 1264)

Yahya Ha Nasi atau Don Yahya “El Negro” Raja Aldeia dos Negros, Portugal (meninggal 1222)

Yaish (meninggal 1196)

Hiyya Al Daudi (meninggal 1154)

David

Hizkaya

David

Zakkai

Abraham

Nathan

David (yang ganjilnya seorang rabai)

Hazub (Putera Terakhir Dinasti Daud yang disebut di dalam catatan sejarah Yahudi zaman pertengahan, Seder Olam Zuta)

Pinkhas, Putera (Phinehas atau Pinchus)

Abbai, Putera

Abdimi, Putera

Nehemiah, Putera

Magis, Putera (Magis dikenal pasti dengan Misas)

Haninai, Putera

Shemaiah, Putera

Yakov, Putera

Sutra II, Putera (Mar-Zutra)

Guriya, Putera

Saadia (Sa’adyah) Putera Yehuda

Sutra [I] (Mar-Zutra) “Rav” Putera Yehuda anak Pemimpin Buangan ke 30 iaitu Mar-Zutra II, Sutra I ialah anak isteri kedua bapanya dan mengambil nama bapanya. Dia lahir pada hari pelaksanaan hukum mati bapanya. Dia dibawa ke Palestin. Sebagai orang dewasa dia diterima sebagai Nasi atau Putera/Patriak dan mengasaskan sebuah dinasti baru Nesi’im Palestin sekitar 550 CE, dan dengan itu mengakhiri waktu peralihan pemerintahan berikutan penurunan takhta Gamaliel VI pada 425 CE.

 

Mar-Zutra II, Pemimpin Buangan ke 30, memerintah 512-520 sebagai pengganti Ahija(h) I. Dia mula-mula memerintah di bawah pemangkuan raja Pahida saudara isteri pertamanya, (508-512), yang digulingkan oleh bapanya Haninai, yang kemudiannya bersekutu dengan anaknya dalam pemerintahannya. Hukum mati Mar-Zutra II disusuli dengan kekosongan jawatan Pemimpin Buangan dari 520-550 CE. Anak pertama Mar-Zutra II iaitu Ahunai (Huna Mar II) yang merupakan Pemimpin Buangan dari 550-560 telah dikembalikan selepas masa peralihan itu. Dari keturunannya lahir suatu dinasti baru Pemimpin-pemimpin Buangan melalui Hofnai, Pemimpin Buangan 560-581 yang anak-anaknya Haninai (Pemimpin 581-589) dan Bostani (I) telah mengasaskan dinasti baru itu.

 

Mar-Zutra II ialah anak Hava(h) (meninggal 493) ahli waris perempuan. Saudaranya ialah Hizkiah bapa David, bapa Mar Zutra III (Pemimpin 589), dan hukum matinya diikuti oleh satu lagi masa peralihan Kepimpinan Buangan.

 

Hava(h) berkahwin dengan Haninai, bin Maremar, bin Zutra, bin Kahana, bin Nathan, bin Kahana. Ini merupakan kali kedua suatu gelaran diwariskan melalui seorang perempuan selaras dengan Bilangan 27:8 dan Bilangan 36:8 yang mengaturnya. Dia anak perempuan dan anak tunggal:

 

Huna VI (memerintah 484-508, yang dikembalikan jawatannya selepas suatu masa).

 

Kahana II (memerintah 456-465). Saudara-saudara lelakinya ialah:

Nosson II Pemimpin 470 dihukum mati 470 dan jawatan ini dikosongkan selepas hukuman matinya sehingga 484 apabila anak saudaranya Huna VI memerintah.

 

Huna V Pemimpin 465-470

Semuanya merupakan anak-anak lelaki:

Mar-Zutra I (memerintah 442-456)

Nathan (meninggal 413)

Kahana I (memerintah 400-415). Saudara-saudara lelakinya ialah:

            Safra (meninggal 400) (mungkin datuk/kakek kepada Moses dari Crete seorang penuntut)

 

Nathan II, Pemimpin 370-400 bapa kepada Hachni Pemimpin 400, bapa kepada Kahana, bapa kepada Rechemiah, bapa kepada Nathan, bapa kepada Julian dari Kanaan (seorang penuntut).

 

Abba (memerintah 350-370)

Mar-Ukba III/II memerintah 320-337. Saudara-saudara lelakinya ialah

Isaac yang memerintah 337-8

 

            Huna III (Huna-Mar I) (memerintah 337-350)

 

Nehemiah I Pemimpin 270-313 (diganti oleh Mar-Urba II yang memerintah sehari saja)

 

Dinasti Pemimpin Buangan dari Ahijah pada 135 CE hingga Nehemiah pada 270 CE, yang berterusan darinya hingga 642 CE, adalah seperti berikut, secara terbalik:

 

Nathan I Pemimpin 260-270, saudaranya ialah Nosson I, Pemimpin 270

Huna II Pemimpin 240-259 merupakan anak lelaki Mar Ukba I (Nathan) di bawah:

Pemimpin-pemimpin sementara ialah: Hanan 260

Chiya 259

Mar-Ukba 1 215-240 ialah anak lelaki Nakhum II di bawah:

Pemimpin-pemimpin sementara ialah: Yakob I 210-215, bapa Hama, bapa Joseph, bapa Rava Gaon” (meninggal 352), merupakan anak Huna I ?-210 anak Nakhum II di bawah.

Shaphat

Johanan [II] 170-?

Nakhum [II] 145-170; Dia merupakan saudara kepada Johanan, Pemimpin dan bapa kepada Pemimpin Shaphat, dan anak kepada Pemimpin Ahija(h) 135-145

 

Ini menandakan pembentukan dinasti kedua Pemimpin yang baru sebab tiada leluhur Ahija(h) antara dia dan Pemimpin Akkub pada 220 BCE yang menjadi Pemimpin. Keturunan ini adalah:

 

Yakov (120 CE) anak lelaki kepada

Shlomo (90 CE) anak lelaki kepada

Hunya (60 CE) anak lelaki kepada

Nathan (30 CE) anak lelaki kepada

Shalom anak lelaki kepada

Hizkiah anak lelaki kepada

Shechaniah anak lelaki kepada

David (100 BCE) anak lelaki kepada

Shemaiah anak lelaki kepada

Shlomo anak lelaki kepada

David anak lelaki kepada

Akkub Pemimpin 200 BCE.

 

Dinasti pertama Pemimpin telah terganggu pada 13-9 BCE sehingga kira-kira 30-33 CE, berkebetulan dengan penyaliban Kristus pada 30 CE. Jadi tiada putera saingan daripada keturunan raja Yehuda di atas takhta, sepanjang hayat Kristus. Itu merupakan tindakan Tuhan yang paling penting dan bukti kesahihan Kristus sebagai putera Yehuda dan raja yang sah. Herodes dan keluarganya ialah bangsa Edom dan keturunan Esau.

 

Pemimpin Shecaniah III sekitar 50-80 CE adalah penting. Dia ialah Pemimpin ke 40 pada waktu kebinasaan Bait Kedua pada 70 CE. Barisan utama keturunan Pemimpin Buangan telah pupus sekitar 100 CE dan hak kepada takhta telah terserah kepada barisan kedua Kerabat Raja Daud. Keturunan itu sudah kita senaraikan di atas sehingga George III. Jadi, Keturunan Raja Yehuda di Yehuda dari Para Pemimpin Buangan akhirnya berpindah masuk ke dalam Israel sebenar dalam kerabat Hanover. Ini menandakan penggabungan dan perpindahan ketiga keturunan-keturunan utama dinasti raja melalui setiap pembubaran bangsa dan cabang kerabat raja.

 

Bapa Akkub (Pemimpin ke 25, 200 CE) ialah Elioenai, Pemimpin ke 17. Saudara-saudara lelakinya ialah:

Delaiah

Pelaiah

Eliashib, Pemimpin ke 24 (bapa kepada Pemimpin ke 29)

Hodaviah, Pemimpin ke 23 (bapa kepada Pemimpin ke 28) anak kepada

Johanan (I) Pemimpin ke 22 (bapa kepada Pemimpin ke 27)

Ananai (II) Pemimpin ke 21 sekitar 200 BCE.

 

Elioenai, Pemimpin ke 17 merupakan anak kepada Neariah, Pemimpin ke 15. Saudara-saudara lelakinya ialah:

Hezekieh I Pemimpin ke 18, bapa kepada Na(k)hun, Pemimpin ke 19; dan

Azrikam Pemimpin ke 20.

Neahriah Pemimpin ke 15 merupakan anak lelaki kepada Shemaiah Pemimpin ke 13; lima anak lelaki Shemaiah yang lain ialah:

Hattush Pemimpin ke 14

Shemida Pemimpin ke 16

Igeal

Bariah

Shaphat

Shemaiah Pemimpin ke 13 ialah anak lelaki Shecaniah (I) Pemimpin ke 12. Shemaiah anak lelaki Shecaniah (Semaya bin Sekhanya) telah membantu Nehemia iaitu Bupati (Gabenor) Yehuda membaiki tembok (Nehemia 3:29). Kesulitan-kesulitan kronologi yang didakwa sesetengah sarjana Alkitab diatasi apabila pertarikhan betul pembangunan semula Bait diambil kira. Kronologi dan perinciannya diliputi di dalam karya Tanda Yunus dan Sejarah Pembangunan Semula Bait Suci (No. 13).

 

Shecaniah Pemimpin ke 12 merupakan anak lelaki kepada

Obadiah Pemimpin ke 11 anak lelaki kepada

Arnan anak kepada

Rephaiah Pemimpin ke 10 anak kepada

Yeshaiah Pemimpin ke 8, yang saudara lelakinya ialah Pelatiah (Phaltiel).

 

Hananiah ialah anak lelaki Zerubabel melalui isteri ketiganya. Saudaranya melalui isteri yang sama ialah Meshullam yang bernombor 4 dalam senarai Pemimpin Buangan. Saudara perempuannya daripada ibu yang sama ialah Shelomith, isteri Elnathan, Bupati Yudea 510-490 BCE. Perkahwinan itu menghasilkan satu lagi keturunan kerabat Daud.

 

Zorobabel (Zerubabel) merupakan generasi ke 23 dalam keturunan barisan lelaki dari Raja Daud (No. 1). Dia ialah waris yang diterima. Segala perincian keturunannya dan cara penyelesaian bagi dua bapa yang disenaraikan untuknya iaitu Shealtiel dan Pediah (1 Tawarikh 3:19) dijelaskan menurut hukum Lewi dan penjelasan ini terkandung di dalam karya Genealogi Mesias (No. 119).

 

Zerubabel ialah waris raja Yahudi dan Pemimpin Buangan ke 3 di Babel sekitar 545 BCE. Dia merupakan Bupati ke 8 Yudea sekitar 537-536 BCE. Dia menjadi Putera Yehuda sekitar 515 BCE dan dipanggil balik dan dipenjarakan 513 BCE dan dihukum mati 510 BCE.

 

Dia mengahwini tiga isteri. Isteri pertama ialah Amytis seorang Puteri Babel, yang dipanggil isteri keturunan asing. Dia melahirkan untuknya Shazrezzar, iaitu nama Babel. Dia merupakan leluhur suatu keturunan utama kerabat Daud.

 

Isteri kedua Zerubabel ialah Rhodah seorang puteri Persia yang kemudiannya mengahwini seorang putera Persia dan juga dipanggil isteri keturunan asing. Dia melahirkan untuknya Reza (nama Persia). Dia dikatakan saudara tiri Darius, raja Persia, melalui ibunya. Keturunan inilah yang dirujukkan dalam keturunan Mariam jika kita setuju bahawa keturunan Zerubabel adalah sebenarnya melalui Natan dan anak angkat Jeconiah (Yekhonya), iaitu Shealtiel (Sealtiel) yang sebenarnya anak Neri(ah). Puteri Mahkota Tamar merupakan laluan perubahan dalam keturunan itu. Ini satu lagi kejadian penggunaan seorang Puteri Tamar untuk memindahkan pangkat raja itu. Kita akan mengkaji hal ini dengan lebih lanjut di bawah.

 

Ketiga, Zerubabel mengahwini Esthra, seorang puteri Yahudi dan keturunan kerabat raja masa kini berasal daripadanya.

 

Nubuatan berkenaan dengan takhta dan tempat Zerubabel dalam proses itu dilihat sebagai sebahagian daripada proses janji-janji hak kelahiran zaman akhir.

 

Ingat bahawa bapa Zerubabel ialah Shealtiel/Pediah dan bapa Shealtiel sebenarnya bukan Jeconiah. Dia ialah anak angkat Jeconiah dan merupakan warisnya yang diakui (Matius 1:12). Dia ialah anak lelaki isteri Raja Jehoiakin (Yoyakhin) atau Jeconiah (Yekhonya) oleh bekas suami Puteri Tamar, iaitu Putera Neri(ah). Lihat juga Lukas 3:27. Fakta ini sekali lagi membangkitkan persoalan dari mana sebenarnya asal keturunan Zerubabel itu.

 

Kita perhatikan bahawa keturunan dalam Lukas ialah keturunan Daud melalui Natan, dan keturunan dalam Matius merupakan keturunan Daud melalui Salomo. Kalau penjelasan ini dipertimbangkan, maka keturunan Yekhonya serta kutukan yang dikenakan padanya diatasi oleh hakikat bahawa keturunan melalui Zerubabel adalah melalui Shealtiel. Bagaimanapun, realitinya adalah bahawa bapanya dinyatakan sebagai Pedaiah menurut hukum Lewi, dan anak cucunya masuk ke dalam keturunan bapa. Keturunan itu sebenarnya dalam Natan melalui Neri atau Neriah. Kemungkinan cara inilah yang digunakan untuk mengatasi kutukan yang dikenakan pada keturunan Jeconiah. Shealtiel nampaknya merupakan titik pusat penggabungan keturunan-keturunan itu. Keturunan ini sememangnya duduk di atas takhta Yehuda, walaupun dalam buangan, dan telah begitu selama berabad-abad lamanya, dan baru-baru ini di atas sepuluh suku itu.

 

Fakta utama dalam semua ini adalah kita boleh menjejaki keturunan itu dalam kerabat-kerabat raja Israel ke Jerman Utara dan United Kingdom yang merupakan suku-suku Utara Israel. Martabat raja terletak di dalam Israel hingga hari ini sehingga kedatangan Mesias yang memegang hak itu.

 

q