Jemaat-jemaat Allah Al Masehi
[068]
Penubuhan Jemaat-jemaat Allah Al Masehi [068]
(Edisi 2.0 19960308-20060630)
Disebabkan minat yang kian meningkat dalam jemaat, hal bagaimana dan kenapa tentang penubuhan CCG (Jemaat-jemaat Allah Al Masehi) dijelaskan agar pendekatan yang lebih termaklum boleh digunakan oleh mereka yang meneliti kita.
E-mail: secretary@ccg.org
(Hakcipta ã 1996, 2004, 2006 Wade Cox)
Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan. Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan. Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.
Karya ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org
Penubuhan Jemaat-jemaat Allah Al Masehi [068]
Jemaat-jemaat Allah Al Masehi (Christian Churches of God) telah ditubuhkan pada tahun 1994 dan memulakan acara-acara kebaktian pada 1 Nisan 1994. Soalan lazim ditanyakan tentang sebab-sebab kami melakukan penubuhan ini. Usaha dibuat untuk meremeh-temehkan isu-isu tersebut kepada hal personaliti atau, dengan cara tertentu, menghindari isu-isu dan sebab-sebab sebenar untuk penubuhan kami. Kami wujud kerana kami tidak boleh, di hadapan Tuhan, menyertai alternatif-alternatif yang ada sekarang ini.
Jemaat ini telah ditubuhkan oleh sebilangan anggota-anggota terbaptis dari Jemaat Tuhan, di mana ramai antara mereka yang mempunyai kaitan dengan Jemaat Allah Sedunia (Worldwide Church of God). Selang tahun demi tahun ramai anggota juga datang dari banyak jemaat lain. Sebilangan besar anggota dalam berbagai negara tidak pernah mempunyai pertalian dengan ataupun pengetahuan tentang WCG, sungguhpun masih ramai yang menyertai CCG dari cabang-cabangnya.
Seperti yang kebanyakan orang ketahui, Jemaat Allah Sedunia (asalnya dipanggil Jemaat Allah Radio (Radio Church of God)) telah ditubuhkan dari Jemaat Allah (Hari Ketujuh) setelah perpecahan pada tahun 1940. Kedua-dua jemaat itu adalah Unitarian di dalam penubuhan mereka serta doktrin-doktrin awal mereka. Jemaat sudah menjadi Unitarian selama kira-kira sembilan belas ratus tahun. Jemaat telah dianiaya kerana doktrin ini hingga terhapus di banyak tempat. Jemaat telah sentiasa mengajar bahawa hanya ada seorang Allah yang Maha Esa dan bahawa Yesus Kristus adalah anakNya (Yohanes 17:3; 1 Yohanes 5:20). Kristus bukanlah Allah yang Maha Esa dan Kristus mendapat hidup kekal dari Allah yang Maha Esa, iaitu Bapa (Yohanes 5:26). Allah yang Maha Esa seorang saja yang abadi (1 Timotius 6:16) dan yang tidak pernah dilihat oleh sesiapapun (Yohanes 1:18; 1 Timotius 6:16) (lihat karya Teologi Awal Tentang Ketuhanan (No. 127)).
Seawal tahun 1955, telah wujud gerakan-gerakan di dalam WCG yang mempersoalkan dasar kedoktrinan Unitarian kepada jemaat, dan yang cuba untuk membawa jemaat ke arah haluan Trinitarian. Ini nampaknya disertai sokongan langsung Herbert Armstrong, mungkin untuk sebab-sebab tarikan lebih luas. Selepas 1955 beberapa karya, contohnya Adakah Yesus Tuhan? (Is Jesus God?), mula mengemukakan kedudukan-kedudukan teologikal bagi pihak dan dalam nama Jemaat Allah Sedunia, yang bertentangan dengan dasar teologikal Unitarian Jemaat Allah Radio. Artikel-artikel sebegitu mengemukakan kedudukan-kedudukan teologikal bagi pihak Radio dan kemudiannya Jemaat Allah Sedunia yang tidak dapat dipadankan dengan dasar Unitarian jemaat, dan yang nampaknya mengabaikan sejarah doktrin-doktrin teologikal Unitarian yang menopang jemaat ketika ia ditubuhkan pada mulanya. Anggota-anggota Jemaat Allah Sedunia yang tetap setia kepada struktur kepercayaan Unitariannya tidak senang dengan haluan teologikal yang baru ini yang mula diambil oleh Jemaat Allah Sedunia. Bagaimanapun, perubahan teologikal yang menjauhi kepercayaan dasar Unitarian ini tetap berterusan, dan pada tahun 1994, Jemaat Allah Sedunia telah menjadi Trinitarian dengan pengumuman rasmi.
Orang-orang yang membentuk badan Jemaat-jemaat Allah Al Masehi di konferens pembukaannya telah terus tinggal di dalam badan Jemaat Allah Sedunia walaupun adanya deklarasi-deklarasi bidaah oleh beberapa dari kependetaan Binitarian/Diteis yang telah mempengaruhi Herbert Armstrong. Sementara jemaat beroperasi, doa tidak pernah dilayangkan kepada sesiapapun melainkan kepada Bapa dalam nama Kristus, iaitu cara yang betul, dan kerana itu tiada konflik kepercayaan yang muncul. Ianya juga jelas bahawa ramai anggota Jemaat itu hanyalah penyembah-penyembah manusia. Dua jemaat telah ditubuhkan dari Jemaat Allah Sedunia disebabkan perubahan-perubahan yang berlaku dari tahun 1987-1991. Umat kita tidak boleh menyertai jemaat-jemaat itu kerana mereka dianggap sangat menyimpang. Lebih-lebih lagi, mereka ditubuhkan sebagai syarikat-syarikat di bawah hak milik dan kawalan beberapa individu.
Herbert Armstrong pada mulanya telah menubuhkan sebuah persatuan jemaat dengan tujuan baik dan kemudian mengubahnya kepada syarikat swasta yang dimiliki dia seorang melalui referendum yang tidak dibuktikan. Organisasi-organisasi yang dibentuk dari WCG juga dimiliki secara perseorangan dan menyimpang. Bantahan utama adalah semua itu adalah Binitarian atau Diteis. Keadaan-keadaan yang menyimpang ini adalah sama buruknya dengan Trinitarianisme.
Anggota-anggota yang telah menubuhkan Jemaat-jemaat Allah Al Masehi menghadapi beberapa pilihan. Ianya jelas bahawa mereka tidak boleh menyertai jemaat-jemaat yang ada itu kerana semua sebab-sebab yang telah menghancurkan Jemaat Allah Sedunia dan oleh kerana penyimpangan mereka.
Jemaat tidak mempunyai pilihan lain selain membentuk semula sebagai Jemaat-jemaat Allah Al Masehi dan meneruskan piagam yang telah diberikan kepada Jemaat oleh Yesus Kristus pada tahun 30 TM.
Proses pembentukan dan penentuan
Anggota-anggota CCG sejak mulanya ingin membentuk satu organisasi yang dimiliki oleh para anggota, di mana setiap satu berhak mengundi dalam penentuan hal-ehwal jemaat.
Mereka bersumpah tidak lagi akan membiarkan kependetaan merampas Jemaat mereka daripada mereka melalui penipuan dan doktrin palsu. Sesuai dengan itu, ianya diputuskan untuk mendirikan Jemaat ini dengan Pernyataan Kepercayaan yang jelas dan Perlembagaan yang digariskan dengan jelas sekali.
Ianya ditetapkan bahawa setiap orang yang memasuki Jemaat akan diwajibkan berpegang pada kedua-dua dokumen pengawalan Jemaat ini. Kaedah-kaedah untuk mengubah dokumen-dokumen itu dengan pindaan ada disediakan dalam Perlembagaan namun monoteisme Tuhan yang mutlak seperti yang diajar oleh Jemaat abad pertama dan bersejarah dikukuhkan dua kali ganda dalam Perlembagaan agar tiada orang lagi yang dapat memperkenalkan Binitarianisme, Diteisme atau Trinitarianisme kepada Jemaat Tuhan, sekurang-kurangnya di dalam CCG.
Sebilangan referenda telah dilakukan oleh Jemaat sepanjang beberapa tahun pertama untuk mengetatkan Perlembagaan (A2) dan membuat beberapa penyesuaian kecil kepada Pernyataan Kepercayaan-kepercayaan Iman Kristian (A1).
Jelas kemudiannya bahawa harus ada tempoh percubaan sebelum sesiapapun boleh dimasukkan ke dalam keanggotaan yang berhak mengundi, dan pindaan ini telah diluluskan dalam penubuhan Konferens Sedunia pada tahun 1998. Pada tahun 1996 dan 1997, penubuhan jemaat-jemaat di AS dan Kanada, serta lain-lain di Eropah, menyaksikan kumpulan-kumpulan itu menghadiri Pembacaan Hukum pada Tahun Sabat 1998. Pembacaan Hukum ini adalah diwajibkan pada Tahun Ketujuh (Ulangan 31:10-13). Para pegawai Jemaat dilantik melalui undian, jika bilangan melebihi jawatan, secara nasional dan di konferens antarabangsa pada waktu Perayaan Pondok Daun. Konferens-konferens Nasional (Negara) semuanya melantik dan mentauliahkan pegawai-pegawai mereka pada waktu Paskah dan Roti Tidak Beragi. Wakil-wakil ini kemudiannya pergi ke Konferens Sedunia pada waktu Pondok Daun.
Koordinator Umum Jemaat masakini (Wade Cox), warga Australia dan ahli falsafah terlatih dalam bidang Agama dan Etika, dan dalam Undang-undang Awam, telah dijadikan ketua editor CCG dan secara berkesannya sebagai ahli teologi senior dari tahun 1994. Dia mengekalkan peranan ini di bawah Konferens Sedunia. Kuasa editorial terletak pada Konferens Sedunia melalui Koordinator Umum dan Koordinator Umum memiliki kuasa veto.
Pegawai-pegawai dilantik melalui undian mengikut Perlembagaan. Semua pegawai dikuasai oleh Perlembagaan dan Pernyataan Kepercayaan dan dikehendaki menuntut penurutannya. Koordinator Umum, dibantu oleh Timbalan Koordinator Umum, mempunyai kuasa untuk menetapkan dan membentuk jemaat-jemaat dalam tempoh tiga tahun itu dan mentauliahkan kependetaan baru kepada Jemaat. Tiga Setiausaha Umum adalah dilantik oleh Koordinator-koordinator Umum. Mereka lazimnya dilantik dari kalangan setiausaha atau pegawai nasional. Mereka dilantik berdasarkan merit-merit mereka, dan wanita, selain lelaki, boleh melayani dalam peranan-peranan itu. Mereka bersara pada umur 70 tahun mengikut perlembagaan.
Lembaga Penatua di Konferens Sedunia terdiri daripada pengerusi-pengerusi nasional yang dilantik serta wakil-wakil wilayah yang dilantik oleh Konferens Sedunia. Pegawai-pegawai inilah yang menjaga doktrin di bawah kepengerusian Koordinator-koordinator Umum.
Ahli-ahli lembaga nasional serta Konferens Sedunia tidak boleh menjadi orang gaji Jemaat. Mereka berhak menerima elaun sama seperti bayaran pengurus, dan bekerja dalam sebarang industri. Dengan itu, konflik kepentingan dikurangkan.
Jemaat-jemaat telah ditubuhkan dan sebilangan signifikan telah diperbadankan dalam banyak negara, di benua Amerika, Eropah, Afrika, dan Asia di samping Australasia di mana CCG mula-mula ditubuhkan.
Malang sekali ada orang, dan kadangkala seluruh jemaat, yang terpaksa disingkirkan kerana gagal untuk mematuhi doktrin-doktrin serta Perlembagaan Jemaat atau arahan-arahan Jemaat yang mengikut peraturan. Jemaat tidak akan mengkompromikan kepercayaan-kepercayaannya demi bilangan anggota.
Setiap orang diwajibkan melengkapkan usaha untuk mematuhi Pernyataan Kepercayaan serta Perlembagaan. Jika mereka tidak lagi sehaluan, mereka bersetuju untuk pergi dengan damai. Dengan cara ini, Jemaat terdiri daripada orang-orang yang setuju dengan doktrin-doktrin itu dan berbakti bersama dengan aman.
Anggota tidak boleh dibuang keanggotaan melainkan di bawah keadaan-keadaan tertentu, dan boleh memilih untuk didengarkan di hadapan satu sidang Jemaat.
Terdapat kaedah-kaedah untuk menguruskan pandangan-pandangan kedoktrinan yang baru, dan yang boleh dikemukakan oleh sesiapa di dalam jemaat. Karya-karya berkenaan dihantar kepada setiausaha-setiausaha nasional dan diberikan kepada badan-badan nasional untuk tinjauan.
Jika didapati bermerit, karya-karya itu dihantar kepada Konferens Sedunia untuk pertimbangan oleh Jawatankuasa Eksekutif, dan kemudian Lembaga Penatua. Jika ditolak, hal ini masih perlu dihadapkan kepada Konferens Sedunia yang mungkin membantah lembaga nasional itu, mencadangkan pindaan-pindaan, atau membuat undian berkenaannya. Jika didapati betul dan cadangan-cadangan tersebut memerlukan penerimaan oleh Jemaat untuk mengubah dokumen-dokumen dasar, satu referendum ahli-ahli yang boleh mengundi akan dibuat. Jika ia mendapat undian majoriti yang diperlukan di bawah Perlembagaan, maka dokumen-dokumen asas Jemaat dipindakan.
Kuasa veto meliputi subjek monoteisme Tuhan, yang dikukuhkan dua kali ganda dalam Perlembagaan. Ibadah Allah Maha Esa tidak boleh dikompromikan di dalam CCG.
Persatuan dan Tubuh Kristus
Terdapat sebilangan jemaat-jemaat yang ditubuhkan sejak tahun 1994, namun setiap satunya mempunyai masalah-masalah pentadbiran dan kedoktrinan yang sama seperti apa yang menyebabkan perpecahan dalam WCG pada asalnya.
Jemaat-jemaat Allah yang lain telah diruntuhkan dan sedang melakukan perkara-perkara yang sama yang menyebabkan keruntuhan WCG. Orang-orang dari organisasi-organisasi ini sedang menyertai kita dengan tetap.
Ada antara umat dari sistem-sistem Eropah, yang merupakan sebahagian dari Jemaat-jemaat Allah pada zaman Reformasi di Eropah, juga menyertai kita kerana kita memegang doktrin-doktrin asal Jemaat, dan tidak mengubah kepercayaan-kepercayaan Unitarian sejati yang dimiliki Jemaat-jemaat Allah dalam sejarah.
q