Jemaat-jemaat Allah Al Masehi

[071]

 

 

 

 

Malaikat Dan Korban Abraham

(Edition 2.0 19941008-19991213)

Pengorbanan Ishak oleh Abraham akan diteliti dari sudut pandangan yang cuba untuk menjelaskan peranan malaikat YHVH (Yahovah) dalam aktiviti ini dan menjelaskan bagaimana aktiviti ini tidak berkompromi dengan sifat maha tahu Allah. Peranan malaikat dalam perlindungan Abraham juga di lihat dalam pendirian Ishak.

 

 

Christian Churches of God

 

PO Box 369, WODEN ACT 2606, AUSTRALIA

E-mail: secretary@ccg.org

 

(Hakcipta ă 1994, 1999 Wade Cox)

(Tr. 2003)

 

Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan.  Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan.  Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.

 

Karya ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org

 

Malaikat dan Korban Abraham

 


Abraham dan Malaikat

Alkitab menjelaskan perwujudan Allah melalui Malaikat atau utusan atas dasar yang progresif dan sistematik. Kejadian 16:7 dirujuk sebagai perwujudan Malaikat ini.

 

Kisah ini berkisar mengenai pelarian Hagar dari Sarai (Kej 16:7-13). Malaikat telah berjanji bahawa dia akan memberkati serta melipat gandakan keturunannya, iaitu Ismail dan pada masa ini bangsa Arab. Justru, berkat bagi orang-orang Arab berasal dari janji Malaikat itu kepada Hagar. Pada ayat 13 Hagar merujuk kepada entiti, yang disebut disini dalam ayat sebagai YHVH; sebagai You-Are-The-God-Who-Sees (Kamulah Allah yang melihat) menggunakan singkatan bagi Allah, iaitu, El.

 

Green (The Interlinear Bible) mengemukakan ayat tersebut:

 

Dan Malaikat Yahovah menjumpainya dekat suatu mata air di padang gurun, yakni dekat mata air di jalan ke Syur.  Katanya: "Hagar, hamba Sarai, dari manakah datangmu dan ke manakah pergimu?" Jawabnya: "Aku lari meninggalkan Sarai, nyonyaku." Lalu kata Malaikat Yahovah itu kepadanya: "Kembalilah kepada nyonyamu, biarkanlah engkau ditindas di bawah kekuasaannya."  Lagi kata Malaikat Yahovah itu kepadanya: "Aku akan membuat sangat banyak keturunanmu, sehingga tidak dapat dihitung karena banyaknya."  Selanjutnya kata Malaikat Yahovah itu kepadanya: "Engkau mengandung dan akan melahirkan seorang anak laki-laki dan akan menamainya Ismael, sebab Yahovah telah mendengar tentang penindasan atasmu itu. Seorang laki-laki yang lakunya seperti keledai liar, demikianlah nanti anak itu; tangannya akan melawan tiap-tiap orang dan tangan tiap-tiap orang akan melawan dia, dan di tempat kediamannya ia akan menentang semua saudaranya."  Kemudian Hagar menamakan Yahovah yang telah berfirman kepadanya itu dengan sebutan: "Engkaulah, Allah yang melihat! Sebab katanya: "Bukankah di sini kulihat Dia yang telah melihat aku?"

 

Entiti ini yang boleh bertukar ganti dirujuk sebagai Malaikat Yahovah (YHVH) dan juga sebagai Yahovah yang berbicara dengan dia justru melibatkan pergandaan. Janji terhadap Ismail juga membawa maksud yang penting. Konsep Ismail hidup sebelum semua saudara-saudaranya mengandungi maksud yang berganda yang mana mengunjur sehingga ke zaman akhir.

 

Entiti tersebut yakni Yahovah sekali lagi muncul kepada Abraham (Bab 17) beberapa tahun kemudian. Abraham berbicara muka dengan muka dengannya. Dari Yohanes 1:18 entiti ini, oleh kerana itu, tidak mungkin Allah Bapa ( yang mana Allah dirujuk di dalam akusatif sabagai ton Theon dalam bahasa Greek) atau Eloah. Dia berbicara sebagai Elohim Shadday (SHD 7706) atau Allah Maha Besar (Yang Berkuasa). Entiti ini adalah Elohim namun dari pemahaman dalam ayat ini dia bukanlah Eloah atau Allah Bapa. (Eloah adalah kata tunggal bagi Allah). Tempat-tempat ini entiti yang dirujuk dalam Mazmur 45:7. Elohim bagi Israel yang telah diurapi sebagai Elohim oleh Elohimnya (Eloheik) yakni Eloah. Entiti membentuk perjanjiannya dengan Abraham memberkati benihnya, kedua-dua Ismail dan Ishak. Dia membentuk perjanjian dengan benih Ishal secara terus-menerus. Elohim ini bertindak sebagai pengutus atau Malaikat untuk Yahovah yang Maha Tinggi dan dia sendiri dirujuk sebagai Yahovah dan juga Malaikat Yahovah. Dalam Kejadian 18 Yahovah sekali lagi muncul kepada Abraham – kali ini di dalam satu kumpulan tiga orang. Dalam Kejadian 18:3 dia dirujuk sebagai Yahovah. Ini adalah perubahan yang pertama dari 134 perubahan dari Yahovah kepada Adonai oleh Sopherim (para guru taurat). (Senarai resmi dari 134 terdapat di dalam Massorah (ms. 107-115, edisi Ginsburg) dan telah diulang di dalam Alkitab Companion, Apendiks 32. Senarai ini penting. Penggantian yang kita prihatin dengan Penteteuch ialah di dalam Kejadian 18:3,27,30,32; 19:18; 20:4; Keluaran 4:10,13; 5:22, 15:17; 34:9; Bilangan14:7. Elohim diperlakukan dengan cara yang sama dan justru senarai ini memerlukan penambahan.

 

Ketiga-tiga entiti disini dirujuk sebagai Yahovah dengan tidak ada perbezaan. Justru, utusan yang berganda atau malaikat-malaukat (Malak) yang mana gelaran bagi raja Israel diambil, menggunakan nama ini.

 

Abraham memohon kepada Yahovah untuk menyelamatkan Sodom berlandaskan kebaikan kota itu. Dua makhluk dalam Kejadian 19 yang datang ke Sodom (yang memberi pernyataan kepada Abraham) adalah dikenalpasti sebagai Malaikat. Dua entiti ini digelar sebagai Yahovah, kedua-dua mereka dan ini tanpa perbezaan, yang mungkin menyebabkan Sopherim menukar gelaran ini pada ayat 18. pemusnahan Sodom dilakukan oleh Elohim (Kej 19:29). Justru, kita boleh mendemonstrasikan bahawa gelaran Yahovah atau YHVH diaplikasikan di dalam urutan hiaraki: dari Yahovah Alam Semesta, Allah Yang Maha Tinggi, atau Eloah, kepada Elohim orang Israel yang mana lebih rendah dari Allah, kepada dua malaikat yang telah menjadi pengganti kepada Elohim tersebut. Justru, istilah ini dari satu kuasa yang diserahkan dari Eloah. Kesimpulan seterusnya ialah kita mempunyai empat makhluk yang khusus, yang mana dirujuk sebagai Allah di dalam gaya penyampaian Alkitab. Siapa kah mereka? Apakah yang mereka lakukan dan apakah implikasi di dalam erti istilah ini? jawapannya ialah Kristus muncul kepada Israel dan membentuk sistemnya melalui para bapa penatua. Tindakan ini dalam hubungan dengan Abraham, Ishak dan Yakub adalah sangat penting.

 

Dalam Kejadian 20:4, makhluk ini dirujuk sebagai Elohim oleh Abimelek, raja dari Gerar, yang datang kepada dia dalam mimpi memberi arahan supaya mengembalikan Sarah, yang merupakan isteri Abraham yang mana waktu itu difikirnya saudara perempuan Abraham. Elohim ini secara lojik adalah yang telah membentuk perjanjian dengan Abraham serta benihnya. Justru, apabila Hagar melarikan diri, entiti ini menjaga dia kerana janji-janji terhadap Ismail. Dalam Kejadian 21:17-20 kita mempunyai perasaan ingin tahu bahawa Elohim mendengar suara Ismail tetapi ianya adalah Malaikat Allah (Elohim) yang berbicara kepada Hagar. Tetapi lebih ingin tahu lagi, entiti ini, yang mana merupakan Malaikat Elohim, di mana dia sendiri dirujuk sebagai Elohim apabila dia membuka mata Hagar. Justru, Elohim yang menyebut berulang-ulang janji-janji itu kepada Hagar bahawa dia telah maklumkan kepada Abraham mengenai Ismail adalah makhluk yang lebih rendah sebagai Malaikat Elohim tetapi juga dirujuk sebagai Elohim dalam haknya sendiri.

 

Malaikat dan Pengorbanan Ishak

Malaikat YHVH adalah entiti yang menjaga dan berurusan dengan Abraham. Malaikat ini menguji Abraham dengan meminta pengorbanan Ishak. Sifat maha tahu Allah berada di sini tanpa dipersoalkan lagi kerana bukannya Eloah yang terlibat dalam hal ini secara langsung.

 

Kejadian 22:11-12 Tetapi berserulah Malaikat TUHAN dari langit kepadanya: "Abraham, Abraham." Sahutnya: "Ya, Tuhan."  12 Lalu Ia berfirman: "Jangan bunuh anak itu dan jangan kauapa-apakan dia, sebab telah Kuketahui sekarang, bahwa engkau takut akan Allah, dan engkau tidak segan-segan untuk menyerahkan anakmu yang tunggal kepada-Ku."

 

Entiti disini yang menguji Abraham dirujuk secara pelbagai sebagai Yahovah, Elohim dan Malaikat Yahovah. Malaikat yang jelas makhluk yang lebih rendah tidak bersifat maha tahu. Mungkin dia telah menguji Abraham untuk tujuan demonstrasi kepada Abraham dan Ishak, dengan mengetahui hasilnya. Bukti di dalam Alkitab ialah bahawa entiti ini diberikan sifat maha tahu keatas bumi. Allah adalah maha tahu dan,

 

Ayub 24:1 "Mengapa Yang Mahakuasa tidak mencadangkan masa penghukuman dan mereka yang mengenal Dia tidak melihat hari pengadilan-Nya?

 

Justru,  Allah melihat masa atau mencadangkan penghakiman. Konsep ini sudah pasti dari yang maha tahu. Alkitab Interlinear menjelaskan lagi subjek ini dengan terjemahan yang lebih literal.

 

Mengapa Yang Maha Kuasa tidak mencadangkan penghukuman, walaupun mereka yang mengenal Dia tidak tahu akan hari pengadilaNya?

 

Ayat ini berasal dari literal Mengapa Yang Maha Kuasa tidak menetapkan masa, Dan yang tidak mengenal Dia boleh melihat hariNya. Bahagian akhir pepatah ini berbentuk soalan yang ditegaskan, dalam efeknya, itu adalah perlu untuk mengenal Allah, melihat hariNya.

 

Bahagian permulaan pepatah ini membawa dalil bahawa masa bukanlah garis ukuran dalil bagi Allah bahawa mereka tidak dipelihara dan Dia sudah bersedia untuk menerajui masa hadapan. Ayub 28:10,24 mendemonstrasikan sifat maha tahu Allah yang sementara.

 

Ayub 28:10 di dalam gunung batu ia menggali terowongan, dan matanya melihat segala sesuatu yang berharga;

 

Ayub 28:24 Karena Ia memandang sampai ke ujung-ujung bumi, dan melihat segala sesuatu yang ada di kolong langit.

 

Allah mengendalikan sepenuhnya semua aktiviti dalam semesta alam. Dia mempunyai pemahaman yang mutlak terhadap aktiviti umat manusia.

 

Ayub 31:4 Bukankah Allah yang mengamat-amati jalanku dan menghitung segala langkahku?

 

Ayub 34:21-25 Karena mata-Nya mengawasi jalan manusia, dan Ia melihat segala langkahnya;  22 tidak ada kegelapan ataupun kelam kabut, di mana orang-orang yang melakukan kejahatan dapat bersembunyi.  23 Karena bagi manusia Ia tidak menentukan waktu untuk datang menghadap Allah supaya diadili,  24 orang-orang yang perkasa diremukkan-Nya dengan tidak diperiksa, dan orang-orang lain diangkat-Nya ganti mereka.  25 Jadi, Ia mengetahui perbuatan mereka, dan menggulingkan mereka di waktu malam, sehingga mereka hancur lebur.

 

Ayub 36:4-5 karena sungguh-sungguh, bukan dusta perkataanku, seorang yang sempurna pengetahuannya menghadapi engkau. 5 Ketahuilah, Allah itu perkasa, namun tidak memandang hina apapun, Ia perkasa dalam kekuatan akal budi.

 

Ayub 37:16 Tahukah engkau tentang melayangnya awan-awan, tentang keajaiban-keajaiban dari Yang Mahatahu,

 

Ayub 42:2 "Aku tahu, bahwa Engkau sanggup melakukan segala sesuatu, dan tidak ada rencana-Mu yang gagal.

 

Mazmur1:6  sebab TUHAN mengenal jalan orang benar, tetapi jalan orang fasik menuju kebinasaan.

 

Mazmur 7:9 Biarlah berakhir kejahatan orang fasik, tetapi teguhkanlah orang yang benar, Engkau, yang menguji hati dan batin orang, ya Allah yang adil.

 

Mazmur 11:4 TUHAN ada di dalam bait-Nya yang kudus; TUHAN, takhta-Nya di sorga; mata-Nya mengamat-amati, sorot mata-Nya menguji anak-anak manusia.

 

Mazmur 33:13-15 TUHAN memandang dari sorga, Ia melihat semua anak manusia;  14 dari tempat kediaman-Nya Ia menilik semua penduduk bumi. 15 Dia yang membentuk hati mereka sekalian, yang memperhatikan segala pekerjaan mereka.

 

Mazmur  37:18 TUHAN mengetahui hari-hari orang yang saleh, dan milik pusaka mereka akan tetap selama-lamanya;

 

Mazmur 38:9 Tuhan, Engkau mengetahui segala keinginanku, dan keluhkupun tidak tersembunyi bagi-Mu;

 

Mazmur  44:21 masakan Allah tidak akan menyelidikinya? Karena Ia mengetahui rahasia hati!

 

Mazmur 66:7 yang memerintah dengan perkasa untuk selama-lamanya, yang mata-Nya mengawasi bangsa-bangsa. Pemberontak-pemberontak tidak dapat meninggikan diri. Sela

 

Mazmur  73:11 Dan mereka berkata: "Bagaimana Allah tahu hal itu, adakah pengetahuan pada Yang Mahatinggi?"

 

1Korintus 3:20 Dan di tempat lain: "Tuhan mengetahui rancangan-rancangan orang berhikmat; sesungguhnya semuanya sia-sia belaka."

 

Justru, Allah menguji hati dan pimpinan atau kerelaan manusia takluk kepadaNya. Efeknya ialah, membentuk di dalam fikiran mereka suatu tahap komitmen yang akan diperkembangkan di dalam diri mereka.

 

Mazmur 94:9-11 Dia yang menanamkan telinga, masakan tidak mendengar? Dia yang membentuk mata, masakan tidak memandang?  10 Dia yang menghajar bangsa-bangsa, masakan tidak akan menghukum? Dia yang mengajarkan pengetahuan kepada manusia? 11 TUHAN mengetahui rancangan-rancangan manusia; sesungguhnya semuanya sia-sia belaka.

 

Mazmur 119:168 Aku berpegang pada titah-titah-Mu dan peringatan-peringatan-Mu, sebab seluruh hidupku terbuka di hadapan-Mu.

 

Umat-umat pilihan berada di dalam tanganNya.

 

Mazmur 121:3-4 Ia takkan membiarkan kakimu goyah, Penjagamu tidak akan terlelap. 4 Sesungguhnya tidak terlelap dan tidak tertidur Penjaga Israel.

 

Mazmur 139:1-24 Untuk pemimpin biduan. Mazmur Daud. TUHAN, Engkau menyelidiki dan mengenal aku;  2 Engkau mengetahui, kalau aku duduk atau berdiri, Engkau mengerti pikiranku dari jauh.  3 Engkau memeriksa aku, kalau aku berjalan dan berbaring, segala jalanku Kaumaklumi. 4 Sebab sebelum lidahku mengeluarkan perkataan, sesungguhnya, semuanya telah Kauketahui, ya TUHAN. 5 Dari belakang dan dari depan Engkau mengurung aku, dan Engkau menaruh tangan-Mu ke atasku. 6 Terlalu ajaib bagiku pengetahuan itu, terlalu tinggi, tidak sanggup aku mencapainya. 7 Ke mana aku dapat pergi menjauhi roh-Mu, ke mana aku dapat lari dari hadapan-Mu? 8 Jika aku mendaki ke langit, Engkau di sana; jika aku menaruh tempat tidurku di dunia orang mati, di situpun Engkau. 9 Jika aku terbang dengan sayap fajar, dan membuat kediaman di ujung laut, 10 juga di sana tangan-Mu akan menuntun aku, dan tangan kanan-Mu memegang aku. 11 Jika aku berkata: "Biarlah kegelapan saja melingkupi aku, dan terang sekelilingku menjadi malam," 12 maka kegelapanpun tidak menggelapkan bagi-Mu, dan malam menjadi terang seperti siang; kegelapan sama seperti terang. 13 Sebab Engkaulah yang membentuk buah pinggangku, menenun aku dalam kandungan ibuku. 14 Aku bersyukur kepada-Mu oleh karena kejadianku dahsyat dan ajaib; ajaib apa yang Kaubuat, dan jiwaku benar-benar menyadarinya. 15 Tulang-tulangku tidak terlindung bagi-Mu, ketika aku dijadikan di tempat yang tersembunyi, dan aku direkam di bagian-bagian bumi yang paling bawah;  16  mata-Mu melihat selagi aku bakal anak, dan dalam kitab-Mu semuanya tertulis hari-hari yang akan dibentuk, sebelum ada satupun dari padanya.  17 Dan bagiku, betapa sulitnya pikiran-Mu, ya Allah! Betapa besar jumlahnya!  18 Jika aku mau menghitungnya, itu lebih banyak dari pada pasir. Apabila aku berhenti, masih saja aku bersama-sama Engkau.  19 Sekiranya Engkau mematikan orang fasik, ya Allah, sehingga menjauh dari padaku penumpah-penumpah darah,  20 yang berkata-kata dusta terhadap Engkau, dan melawan Engkau dengan sia-sia.  21 Masakan aku tidak membenci orang-orang yang membenci Engkau, ya TUHAN, dan tidak merasa jemu kepada orang-orang yang bangkit melawan Engkau?  22 Aku sama sekali membenci mereka, mereka menjadi musuhku.  23 Selidikilah aku, ya Allah, dan kenallah hatiku, ujilah aku dan kenallah pikiran-pikiranku;  24 lihatlah, apakah jalanku serong, dan tuntunlah aku di jalan yang kekal!

 

Mazmur 142:3 Ketika semangatku lemah lesu di dalam diriku, Engkaulah yang mengetahui jalanku. Di jalan yang harus kutempuh, dengan sembunyi mereka memasang jerat terhadap aku.

 

Tuhan memegang teguh umat-umatNya. PengertianNya tidak terbatas.

 

Mazmur 147:4-5 Ia menentukan jumlah bintang-bintang dan menyebut nama-nama semuanya.  5 Besarlah Tuhan kita dan berlimpah kekuatan, kebijaksanaan-Nya tak terhingga.

 

Yesaya 40:26 Arahkanlah matamu ke langit dan lihatlah: siapa yang menciptakan semua bintang itu dan menyuruh segenap tentara mereka keluar, sambil memanggil nama mereka sekaliannya? Satupun tiada yang tak hadir, oleh sebab Ia maha kuasa dan maha kuat.

 

Amsal 15:3 Mata TUHAN ada di segala tempat, mengawasi orang jahat dan orang baik.

 

Amsal !5:11 Dunia orang mati dan kebinasaan terbuka di hadapan TUHAN, lebih-lebih hati anak manusia!

 

Amsal 16:2 Segala jalan orang adalah bersih menurut pandangannya sendiri, tetapi Tuhanlah yang menguji hati.

 

Justru, Allah mengetahui isi hati tetapi Dia mengujinya. Ini adalah untuk membentuk pemahaman di dalam hati setiap individu supaya mereka memasuki pangadilan yang benar.

 

Amsal 17:3 Kui adalah untuk melebur perak dan perapian untuk melebur emas, tetapi Tuhanlah yang menguji hati.

 

Amsal 24:12 Kalau engkau berkata: "Sungguh, kami tidak tahu hal itu!" Apakah Dia yang menguji hati tidak tahu yang sebenarnya? Apakah Dia yang menjaga jiwamu tidak mengetahuinya, dan membalas manusia menurut perbuatannya?

 

Yesaya 28:29 Dan inipun datangnya dari TUHAN semesta alam; Ia ajaib dalam keputusan dan agung dalam kebijaksanaan.

 

Yesaya 29:15-16 Celakalah orang yang menyembunyikan dalam-dalam rancangannya terhadap TUHAN, yang pekerjaan-pekerjaannya terjadi dalam gelap sambil berkata: "Siapakah yang melihat kita dan siapakah yang mengenal kita?"  16 Betapa kamu memutarbalikkan segala sesuatu! Apakah tanah liat dapat dianggap sama seperti tukang periuk, sehingga apa yang dibuat dapat berkata tentang yang membuatnya: "Bukan dia yang membuat aku"; dan apa yang dibentuk berkata tentang yang membentuknya: "Ia tidak tahu apa-apa"?

 

Yesaya 40:13-28 Siapa yang dapat mengatur Roh TUHAN atau memberi petunjuk kepada-Nya sebagai penasihat? 14 Kepada siapa TUHAN meminta nasihat untuk mendapat pengertian, dan siapa yang mengajar TUHAN untuk menjalankan keadilan, atau siapa mengajar Dia pengetahuan dan memberi Dia petunjuk supaya Ia bertindak dengan pengertian? 15 Sesungguhnya, bangsa-bangsa adalah seperti setitik air dalam timba dan dianggap seperti sebutir debu pada neraca. Sesungguhnya, pulau-pulau tidak lebih dari abu halus beratnya. 16 Libanon tidak mencukupi bagi kayu api dan margasatwanya tidak mencukupi bagi korban bakaran. 17 Segala bangsa seperti tidak ada di hadapan-Nya mereka dianggap-Nya hampa dan sia-sia saja. 18 Jadi dengan siapa hendak kamu samakan Allah, dan apa yang dapat kamu anggap serupa dengan Dia? 19 Patungkah? Tukang besi menuangnya, dan pandai emas melapisinya dengan emas, membuat rantai-rantai perak untuknya. 20 Orang yang mendirikan arca, memilih kayu yang tidak lekas busuk, mencari tukang yang ahli untuk menegakkan patung yang tidak lekas goyang.  21 Tidakkah kamu tahu? Tidakkah kamu dengar? Tidakkah diberitahukan kepadamu dari mulanya? Tidakkah kamu mengerti dari sejak dasar bumi diletakkan?  22 Dia yang bertakhta di atas bulatan bumi yang penduduknya seperti belalang; Dia yang membentangkan langit seperti kain dan memasangnya seperti kemah kediaman!  23 Dia yang membuat pembesar-pembesar menjadi tidak ada dan yang menjadikan hakim-hakim dunia sia-sia saja!  24 Baru saja mereka ditanam, baru saja mereka ditaburkan, baru saja cangkok mereka berakar di dalam tanah, sudah juga Ia meniup kepada mereka, sehingga mereka kering dan diterbangkan oleh badai seperti jerami. 25 Dengan siapa hendak kamu samakan Aku, seakan-akan Aku seperti dia? firman Yang Mahakudus. 26 Arahkanlah matamu ke langit dan lihatlah: siapa yang menciptakan semua bintang itu dan menyuruh segenap tentara mereka keluar, sambil memanggil nama mereka sekaliannya? Satupun tiada yang tak hadir, oleh sebab Ia maha kuasa dan maha kuat.  27 Mengapakah engkau berkata demikian, hai Yakub, dan berkata begini, hai Israel: "Hidupku tersembunyi dari TUHAN, dan hakku tidak diperhatikan Allahku?"  28 Tidakkah kautahu, dan tidakkah kaudengar? TUHAN ialah Allah kekal yang menciptakan bumi dari ujung ke ujung; Ia tidak menjadi lelah dan tidak menjadi lesu, tidak terduga pengertian-Nya.

 

Allah tidak bekerja dalam masa shif lapan jam. Segala perkara yang dilakukan oleh semua bangsa akan dikira. Mereka ini akan memasuki pengadilan yang benar di dalam kebangkitan kedua. Umat-umat pilihan sedang diadili pada masa sekarang. Tetapi hanya umat pilihan yang diadili pada masa sekarang. Umat pilihan ini dibentuk di dalam dua kelompok. Kelompok yang pertama ialah 144, 000 suku kaum. Ini adalah pusat pentadbiran Kerajaan Allah. Kelompok yang satu lagi adalah kelompok yang ramai yang layak kerana penurutan dan iman bagi struktur pentadbiran di bahagian luar. Semua mereka akan menjadi raja dan pemerintah dalam darjat yang berkenaan. 144,000 dipilih berdasarkan tujuh puluh dua setahun dari jangka masa 120 tahun Yobel. Dalam perkataan lain, 3,600 akan dipilih dalam satu tahun Yobel. Pengaturan dasar bagi struktur ini dijelaskan dalam tulisan Penuaian Allah, Korban Bulan Baru, dan 144,000 [120]. Pengertian ini dibicarakan secara bertahap-tahap sebagai rahsia.

 

1Korintus 2:7 Tetapi yang kami beritakan ialah hikmat Allah yang tersembunyi dan rahasia, yang sebelum dunia dijadikan, telah disediakan Allah bagi kemuliaan kita.

 

Ini dilakukan sebagai mistri untuk melindungi umat pilihan.  Sesudah jumlah penuh 144,000 dicapai, maka mistri ini akan dibentangkan. Kemudia semua manusia akan diuji. Umat-umat pilihan dikenali menurut sifat maha tahu Allah. Umat-umat pilihan ini sebenarnya dipanggil sejak dari mula.

 

1Petrus 1:2 yaitu orang-orang yang dipilih, sesuai dengan rencana Allah, Bapa kita, dan yang dikuduskan oleh Roh, supaya taat kepada Yesus Kristus dan menerima percikan darah-Nya. Kiranya kasih karunia dan damai sejahtera makin melimpah atas kamu.

 

Ishak adalah satu daripada umat pilihan. Allah tahu bahawa dia tidak akan dibunuh.

 

Yesaya  41:4  4Siapakah yang melakukan dan mengerjakan semuanya itu? Dia yang dari dahulu memanggil bangkit keturunan-keturunan, Aku, TUHAN, yang terdahulu, dan bagi mereka yang terkemudian Aku tetap Dia juga.

 

Pengertian Allah yang mutlak membolehkan roh nubuatan. Ianya sudah dibentangkan sejak dari mula.

 

Yesaya 42:9 Nubuat-nubuat yang dahulu sekarang sudah menjadi kenyataan, hal-hal yang baru hendak Kuberitahukan. Sebelum hal-hal itu muncul, Aku mengabarkannya kepadamu."

 

Yesaya 44:7 Siapakah seperti Aku? Biarlah ia menyerukannya, biarlah ia memberitahukannya dan membentangkannya kepada-Ku! Siapakah yang mengabarkan dari dahulu kala hal-hal yang akan datang? Apa yang akan tiba, biarlah mereka memberitahukannya kepada kami!

 

Segala perkara sudah ditetapkan oleh Allah, supaya masa untuk rencana keselamatan tidak dipintas oleh warga yang jatuh. Itulah sebabnya mengapa menara babil telah dimusnahkan. Tamadun manusia akan bertambah-tambah dalam perkembangannya, dan maka kesudahan akhirnya ialah pemusnahan kepada seluruh sistem solar dan malahan mungkin kepada galaksi. Inilah masa untuk mengikat seteru pada jangka masa tertentu untuk membolehkan pengambilan umat manusia dibawah keadaan yang paling baik.

 

Kadang-kadang Allah membentuk bangsa untuk perlindungan umat pilihan dan untuk perlanjutan rencanaNya.

 

Yesaya 45:4 Oleh karena hamba-Ku Yakub dan Israel, pilihan-Ku, maka Aku memanggil engkau dengan namamu, menggelari engkau, sekalipun engkau tidak mengenal Aku.

 

Allah telah menyatakan kesudahannya sejak dari permulaan. Oleh kerana itu, aktiviti seseorang individu itu harus dikenali sebagai satu siri usul saran di dalam bentuk yang mungkin seperti matriks empat dimensi.

 

Yesaya 46:10 yang memberitahukan dari mulanya hal yang kemudian dan dari zaman purbakala apa yang belum terlaksana, yang berkata: Keputusan-Ku akan sampai, dan segala kehendak-Ku akan Kulaksanakan,

 

Yesaya 48:3-6 firman TUHAN: "Hal-hal yang terjadi di masa yang lampau telah Kuberitahukan dari sejak dahulu, Aku telah mengucapkannya dan telah mengabarkannya. Kemudian dengan sekonyong-konyong Aku melaksanakannya juga dan semuanya itu sudah menjadi kenyataan.  4 Oleh karena Aku tahu, bahwa engkau tegar tengkuk, keras kepala dan berkepala batu, 5 maka Aku memberitahukannya kepadamu dari sejak dahulu; sebelum hal itu menjadi kenyataan, Aku mengabarkannya kepadamu, supaya jangan engkau berkata: Berhalaku yang melakukannya, patung pahatanku dan patung tuanganku yang memerintahkannya. 6 Engkau telah mendengar semuanya itu dan sekarang engkau harus melihatnya; tidakkah kamu sendiri mau mengakuinya? Aku mengabarkan kepadamu hal-hal yang baru dari sejak sekarang, dan hal-hal yang tersimpan yang belum kauketahui.

 

Proses Maha Tahu atau pengetahuna Ilahi ini akan berterusan sehingga akhir.

 

Yesaya 66:18 Aku mengenal segala perbuatan dan rancangan mereka, dan Aku datang untuk mengumpulkan segala bangsa dari semua bahasa, dan mereka itu akan datang dan melihat kemuliaan-Ku.

 

Justru, proses ini akan berterusan melalui kebangkitan dan penghakiman. Allah akan menguji hati manusia melalui utusanNya dibawah Yesus Kristus.

 

Yeremia 11:20 Tetapi, TUHAN semesta alam, yang menghakimi dengan adil, yang menguji batin dan hati, biarlah aku melihat pembalasan-Mu terhadap mereka, sebab kepada-Mulah kuserahkan perkaraku.

 

Yeremia 17:10 Aku, TUHAN, yang menyelidiki hati, yang menguji batin, untuk memberi balasan kepada setiap orang setimpal dengan tingkah langkahnya, setimpal dengan hasil perbuatannya."

 

Yeremia 23:24 Sekiranya ada seseorang menyembunyikan diri dalam tempat persembunyian, masakan Aku tidak melihat dia? demikianlah firman TUHAN. Tidakkah Aku memenuhi langit dan bumi? demikianlah firman TUHAN.

 

Yeremia 32:19 besar dalam rancangan-Mu dan agung dalam perbuatan-Mu; mata-Mu terbuka terhadap segala tingkah langkah anak-anak manusia dengan mengganjar setiap orang sesuai dengan tingkah langkahnya dan sesuai dengan buah perbuatannya;

 

Kebangkitan yang kedua ditentukan untuk menangani individu menurut bagaimana mereka hidup dan bekerja semasa kehidupan yang pertama. Proses-proses ini melibatkan dasar sifat dan sifat-sifat ini tidal boleh disembunyikan dari Allah. Roh Suci akan mencari sifat ini dalam individu walaupun individu tersebut tidak diberikan Roh itu melalui baptisan. Justru, Roh itu bertindak menurut kemahakuasaan Allah mengesahkan sifatNya yang Maha Tahu.

 

Yehezkiel 11:5  Maka Roh TUHAN meliputi aku dan TUHAN berfirman kepadaku: "Katakanlah: Beginilah firman TUHAN: Kamu berkata-kata begini, hai kaum Israel, dan Aku tahu apa yang timbul dalam hatimu.

 

Yeremia 51:15 Tuhanlah yang menjadikan bumi dengan kekuatan-Nya, yang menegakkan dunia dengan kebijaksanaan-Nya, dan yang membentangkan langit dengan akal budi-Nya.

 

Tuhan tidak pernah mengabaikan planet ini. Dia juga tidak lupa dengan kegelisaan kejahatan yang disebabkan oleh umat manusia. Dia bertindak lemah lembut, di dalam sifat belas kasihan.

 

Yehezkiel 9:9 Jawab-Nya kepadaku: "Kesalahan kaum Israel dan Yehuda sangat banyak, sehingga tanah ini penuh hutang darah dan kota ini penuh ketidakadilan; sebab mereka berkata: TUHAN sudah meninggalkan tanah ini dan TUHAN tidak melihatnya.

 

Perwujudan Allah di dalam pengorbanan yang melibatkan Ishak adalah tidak bersesuaian dengan sifat Allah Bapa atau Eloah, tetapi ianya lebih sesuai untuk makhluk yang lebih rendah dari Allah, yakni Elohim Israel. Satu-satunya penjelasan yang lain ialah bahawa Allah hanya menguji Abraham melalui malaikat dengan mengetahui kesudahannya dan bahawa ujian itu adalah untuk mendemonstrasikan kedua-dua bagi Kristus dan Abraham bahawa panggilan dan sifat Maha Tahu Allah adalah sempurna. Ujian bagi Abraham bukanlah dengan menyuruhnya untuk mengorbankan anaknya dan yang mana janji itu disalurkan, tetapi membentuk tuntutan iman di dalam fikiran manusia dan untuk mendemonstrasikan kepada Ishak dan selanjutnya kepada Israel bahawa penurutan terhadap Allah mencakup segalanya. Penyangkalan kedua dalam pengorbanan manusia harus dibentuk secara teguh di dalam fikiran Abraham.

 

Aktiviti Allah adalah mencakup segalanya seperti yang ditunjukkan oleh Amos.

 

Amos 9:2-4 Sekalipun mereka menembus sampai ke dunia orang mati, tangan-Ku akan mengambil mereka dari sana; sekalipun mereka naik ke langit, Aku akan menurunkan mereka dari sana.  3 Sekalipun mereka bersembunyi di puncak gunung Karmel, Aku akan mengusut dan mengambil mereka dari sana; sekalipun mereka menyembunyikan diri terhadap mata-Ku di dasar laut, Aku akan memerintahkan ular untuk memagut mereka di sana.  4 Sekalipun mereka berjalan di depan musuhnya sebagai orang tawanan, Aku akan memerintahkan pedang untuk membunuh mereka di sana. Aku akan mengarahkan mata-Ku kepada mereka untuk kecelakaan dan bukan untuk keberuntungan mereka."

 

Daniel menunjukkan bahawa sifat Maha Tahu tidak relatif kepada kedudukan atau yang berhmapiran. Pengertian mengenai zaman akhir dikenali sejak dari mula dan dinyatakan oleh Allah.

 

Daniel 2:20-28 Berkatalah Daniel: "Terpujilah nama Allah dari selama-lamanya sampai selama-lamanya, sebab dari pada Dialah hikmat dan kekuatan!  21 Dia mengubah saat dan waktu, Dia memecat raja dan mengangkat raja, Dia memberi hikmat kepada orang bijaksana dan pengetahuan kepada orang yang berpengertian;  22 Dialah yang menyingkapkan hal-hal yang tidak terduga dan yang tersembunyi, Dia tahu apa yang ada di dalam gelap, dan terang ada pada-Nya.  23 Ya Allah nenek moyangku, kupuji dan kumuliakan Engkau, sebab Engkau mengaruniakan kepadaku hikmat dan kekuatan, dan telah memberitahukan kepadaku sekarang apa yang kami mohon kepada-Mu: Engkau telah memberitahukan kepada kami hal yang dipersoalkan raja." 24 Sebab itu pergilah Daniel kepada Ariokh yang telah ditugaskan raja untuk melenyapkan orang-orang bijaksana di Babel; maka pergilah ia serta berkata kepadanya, demikian: "Orang-orang bijaksana di Babel itu jangan kaulenyapkan! Bawalah aku menghadap raja, maka aku akan memberitahukan kepada raja makna itu!" 25 Ariokh segera membawa Daniel menghadap raja serta berkata kepada raja demikian: "Aku telah mendapat seorang dari antara orang-orang buangan dari Yehuda, yang dapat memberitahukan makna itu kepada raja." 26 Bertanyalah raja kepada Daniel yang namanya Beltsazar: "Sanggupkah engkau memberitahukan kepadaku mimpi yang telah kulihat itu dengan maknanya juga?" 27 Daniel menjawab, katanya kepada raja: "Rahasia, yang ditanyakan tuanku raja, tidaklah dapat diberitahukan kepada raja oleh orang bijaksana, ahli jampi, orang berilmu atau ahli nujum. 28 Tetapi di sorga ada Allah yang menyingkapkan rahasia-rahasia; Ia telah memberitahukan kepada tuanku raja Nebukadnezar apa yang akan terjadi pada hari-hari yang akan datang. Mimpi dan penglihatan-penglihatan yang tuanku lihat di tempat tidur ialah ini:

 

Allah membentangkannya secra berperingkat-peringakt melalui para nabi dan umat pilihan yang telah dipanggil menurut ketakdiran dan RahmatNya.

 

Roma 8:27-30 Dan Allah yang menyelidiki hati nurani, mengetahui maksud Roh itu, yaitu bahwa Ia, sesuai dengan kehendak Allah, berdoa untuk orang-orang kudus.  28 Kita tahu sekarang, bahwa Allah turut bekerja dalam segala sesuatu untuk mendatangkan kebaikan bagi mereka yang mengasihi Dia, yaitu bagi mereka yang terpanggil sesuai dengan rencana Allah. 29 Sebab semua orang yang dipilih-Nya dari semula, mereka juga ditentukan-Nya dari semula untuk menjadi serupa dengan gambaran Anak-Nya, supaya Ia, Anak-Nya itu, menjadi yang sulung di antara banyak saudara.  30  Dan mereka yang ditentukan-Nya dari semula, mereka itu juga dipanggil-Nya. Dan mereka yang dipanggil-Nya, mereka itu juga dibenarkan-Nya. Dan mereka yang dibenarkan-Nya, mereka itu juga dimuliakan-Nya.

Kamu tidak akan gagals sekiranya ketakdiran kamu dari Allah. Dia mengetahui tindakan kamu melalui sifat Maha TahuNya. Kamu akan diuji untuk menguatkan kamu dan untuk membawa kamu kepada penghakiman. Melalui proses ini, kamu akan menjadi teladan kepada dunia, bukan sahaja kepada umat pilihan yang sedang bertekun. Mereka yang gagagl adalah mereka yang dipanggil tetapi tidak dipilih.

 

Persediaan umat-umat pilihan akan berlaku dibawah Malaikat YHVH, yakni Kristus.

 

Malaikat dan Isteri Ishak

Makhluk lebih rendah dari Allah ini, yang di istilahkan Malaikat YHVH, yang melindungi Abraham, telah dipersandarkan dalam pengutusan hamba Abraham untuk mencari istri bagi Ishak Abraham merujuk makhluk itu sebagai,

 

Kejadian 24:7 TUHAN, Allah yang empunya langit, yang telah memanggil aku dari rumah ayahku serta dari negeri sanak saudaraku, dan yang telah berfirman kepadaku, serta yang bersumpah kepadaku, demikian: kepada keturunanmulah akan Kuberikan negeri ini--Dialah juga akan mengutus malaikat-Nya berjalan di depanmu, sehingga engkau dapat mengambil seorang isteri dari sana untuk anakku.

 

Entiti di sini adalah Yahovah atau YHVH, Elohim langit dari SHD 8064, Shâmeh, langit atau yang berada di atas merujuk kepada lengkungan yang kelihatan yang mana awan bergerak demikian juga dengan langit yang lebih tinggi. Entiti yang muncul kepada Abraham adalah Elohim Israel dan bukannya Eloah.

 

Pemilihan Abraham sememangnya diputuskan atas arahan Eloah, yang melaksanakan sifat Maha Tahunya. Malaikat yang dirujuk disini adalah makhluk yang lebih rendah. Bagaimanapun, malaikat ini di lihat membawa dan melaksanakan kuasa dan wibawa Allah.

 

Hamba Abraham ditemani oleh Malaikat tersebut:

 

Kejadian 24:39-40 Jawabku kepada tuanku itu: Mungkin perempuan itu tidak mau mengikut aku.  40 Tetapi katanya kepadaku: TUHAN, yang di hadapan-Nya aku hidup, akan mengutus malaikat-Nya menyertai engkau, dan akan membuat perjalananmu berhasil, sehingga engkau akan mengambil bagi anakku seorang isteri dari kaumku dan dari rumah ayahku.

 

Hamba itu merujuk Malaikat itu sebagai Allah tuannya.

 

Kejadian 24:42-44 Dan hari ini aku sampai ke mata air tadi, lalu kataku: TUHAN, Allah tuanku Abraham, sudilah kiranya Engkau membuat berhasil perjalanan yang kutempuh ini.  43 Di sini aku berdiri di dekat mata air ini; kiranya terjadi begini: Apabila seorang gadis datang ke luar untuk menimba air dan aku berkata kepadanya: Tolong berikan aku minum air sedikit dari buyungmu itu,  44 dan ia menjawab: Minumlah, dan untuk unta-untamu juga akan kutimba air, --dialah kiranya isteri, yang telah TUHAN tentukan bagi anak tuanku itu.

 

Rujukan ini menunjukkan bahawa sementara ianya Malaikat YHVH yang ada bersama dengannya, Malaikat itu dirujuk sebagai YHVH (atau Yahovah). Gelaran ini membawa maksud kekuasaan dan penggunaannya disini menggambarkan konsep Ibrani yang mendakwa ianya entiti yang lebih rendah yang mengambil gelaran secara delegasi. Justru, konsep tindakan oleh timbalan, adalah sama seperti tindakan Allah. Konsep ini didemonstrasikan dengan lebih dalam lagi oleh komentar hamba tersebut.

 

Kejadian 24:48 Kemudian berlututlah aku dan sujud menyembah TUHAN, serta memuji TUHAN, Allah tuanku Abraham, yang telah menuntun aku di jalan yang benar untuk mengambil anak perempuan saudara tuanku ini bagi anaknya.

 

Kesimpulan Utama

Kesimpulan yang tidak dapat disangkal ialah Elohim Abraham dan oleh itu, Israel adalah Malaikat, yakni utusan sebagai makhluk yang lebih rendah dari Allah yang mana melaksanakan kehendak Allah, Eloah.

 

Bagaimanapun, menjadikan lebih rendah ini tidak mengurangi kekuasaan itu. Kehadiran Malaikat itu atau utusan adalah bersamaan dengan kehadiran Allah dan Malaikat itu sendiri adalah perwujudan teopanik seperti yang kita lihat di dalam pelbagai tulisan-tulisan. Melihat Malaikat itu sama dengan melihat Allah dan, sesungguhnya, kawasan di mana lawatan itu terjadi adalah suci sama seperti di gunung Sinai dengan Musa. Konsep Elohim yang lebih rendah disokong oleh ayat ini

 

Kesimpulan Kedua

Elohim ini terlibat di dalam pembentukan silsilah dan pemilihan umat pilihan atas dasar yang berterusan. Dasar genealogi dilakukan untuk membentuk jumlah 144,000 dari suku kaum, menurut kewarisan mereka. Kristus menyakinkan bahawa setiap akan dilindungi dimana ianya perlu untuk menyempurnakan rencana seperti yang dikehendaki oleh Allah. Janganlah gagal di dalam ujian kamu. Perkahwinan kamu adalah dengan anak Domba Allah.

 

q