Jemaat-jemaat
Allah Al Maséhi
[073]
Simson dan Para Hakim [073]
(Edisi 2 19941022-20031011)
Aktiviti serta kejahatan Israel dibawah Hakim-Hakim menyebabkan kemunculan Simson, Hakim orang Israel dari suku kaum Dan. Cerita ini diteliti dari fakta pandangan spiritual yang menunjukkan urutan-urutannya, sementara mereka mengerahkan perkembangan Roh Suci di dalam individu dibawah pimpinan Yesus Kristus, dan juga di dalam Gereja sebagai satu golongan. Cerita ini mengandungi beberapa pelajaran yang menarik dan mengejutkan pada hari ini di dalam pemahaman kita mengenai aktiviti Mesiah dan juga Gereja.
E-mail: secretary@ccg.org
(Hakcipta
ã 1994, 1998, 1999,
2003 Wade Cox)
(Tr.
2003)
Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan. Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan. Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.
Karya ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org
Simson dan para Hakim [073]
Tuhan membentuk Israel dibawah Yoshua (keselamatan) anak lelaki Num (ketahanan). Israel melayani Allah sepanjang zaman Yoshua dan zaman para penatua-penatua Israel (sisa dari Tujuh Puluh) yang hidup lebih lama dari Yoshua, yang mana mati pada umur seratus sepuluh tahun (Hakim 2:7-8). Semua generasi ini dikumpulkan kepada nenek moyang mereka, yakni sewaktu mereka mati (Hakim 2:10). Orang-orang Israel mula melakukan kejahatan selepas ini dan mula melayani Baal atau tuhan-tuhan yang lain (Hakim 2:11). Inilah yang telah terjadi dengan sifat Israel dibawah pemerintahannya sendiri. Ada enam kejahatan yang dicatat di dalam hakim 3:7,12; 4:1; 6:1; 10:6; 13:1. Pelayanan kepada tuhan-tuhan lain, termasuk Baal dan Asyera ini telah menghasut Tuhan sehingga Dia murka dan Dia menyerahkan mereka ke dalam tangan perampok dan menjual mereka kepada musuh-musush mereka supaya mereka tidak sanggup lagi menghadapi musuh (Hakim 2:12-14). Setiap kali mereka pergi berperang, tangan Tuhan menentang mereka (Hakim 2:15). Mereka diserahkan untuk menjadi tawanan dan Tuhan membangkitkan hakim-hakim untuk menyelamatkan mereka (Hakim 2:16)
Hakim-Hakim 2:17-23 17 Tetapi juga para hakim itu tidak mereka hiraukan, karena mereka berzinah dengan mengikuti allah lain dan sujud menyembah kepadanya. Mereka segera menyimpang dari jalan yang ditempuh oleh nenek moyangnya yang mendengarkan perintah TUHAN; mereka melakukan yang tidak patut. 18 Setiap kali apabila TUHAN membangkitkan seorang hakim bagi mereka, maka TUHAN menyertai hakim itu dan menyelamatkan mereka dari tangan musuh mereka selama hakim itu hidup; sebab TUHAN berbelas kasihan mendengar rintihan mereka karena orang-orang yang mendesak dan menindas mereka. 19 Tetapi apabila hakim itu mati, kembalilah mereka berlaku jahat, lebih jahat dari nenek moyang mereka, dengan mengikuti allah lain, beribadah kepadanya dan sujud menyembah kepadanya; dalam hal apapun mereka tidak berhenti dengan perbuatan dan kelakuan mereka yang tegar itu. 20 Apabila murka TUHAN bangkit terhadap orang Israel, berfirmanlah Ia: "Karena bangsa ini melanggar perjanjian yang telah Kuperintahkan kepada nenek moyang mereka, dan tidak mendengarkan firman-Ku, 21 maka Akupun tidak mau menghalau lagi dari depan mereka satupun dari bangsa-bangsa yang ditinggalkan Yosua pada waktu matinya, 22 supaya dengan perantaraan bangsa-bangsa itu Aku mencobai orang Israel, apakah mereka tetap hidup menurut jalan yang ditunjukkan TUHAN, seperti yang dilakukan oleh nenek moyang mereka, atau tidak." 23 Demikianlah TUHAN membiarkan bangsa-bangsa itu tinggal dengan tidak segera menghalau mereka; mereka tidak diserahkan-Nya ke dalam tangan Yosua.
Israel telah dibiarkan diantara bangsa-bangsa yang tinggal selepas pendudukan, supaya Israel boleh diuji dengan perantaraan bangsa-bangsa itu (Hakim 3:1-4).
Hakim-Hakim 3:1-11 1 Inilah bangsa-bangsa yang dibiarkan TUHAN tinggal untuk mencobai orang Israel itu dengan perantaraan mereka, yakni semua orang Israel yang tidak mengenal perang Kanaan. 2--Maksudnya hanyalah, supaya keturunan-keturunan orang Israel yang tidak mengenal perang yang sudah-sudah, dilatih berperang oleh TUHAN. 3 Yang tinggal ialah kelima raja kota orang Filistin dan semua orang Kanaan, orang Sidon dan orang Hewi, yang mendiami pegunungan Libanon, dari gunung Baal-Hermon sampai ke jalan yang menuju ke Hamat. 4 Mereka itu ada di sana, supaya Ia mencobai orang Israel dengan perantaraan mereka untuk mengetahui, apakah mereka mendengarkan perintah yang diberikan TUHAN kepada nenek moyang mereka dengan perantaraan Musa. 5 Demikianlah orang Israel itu diam di tengah-tengah orang Kanaan, orang Het, orang Amori, orang Feris, orang Hewi dan orang Yebus. 6 Mereka mengambil anak-anak perempuan, orang-orang itu menjadi isteri mereka dan memberikan anak-anak perempuan mereka kepada anak-anak lelaki orang-orang itu, serta beribadah kepada allah orang-orang itu. 7 Orang Israel melakukan apa yang jahat di mata TUHAN, mereka melupakan TUHAN, Allah mereka, dan beribadah kepada para Baal dan para Asyera. 8 Lalu bangkitlah murka TUHAN terhadap orang Israel, sehingga Ia menjual mereka kepada Kusyan-Risyataim, raja Aram-Mesopotamia dan orang Israel menjadi takluk kepada Kusyan-Risyataim delapan tahun lamanya. 9 Lalu berserulah orang Israel kepada TUHAN, maka TUHAN membangkitkan seorang penyelamat bagi orang Israel, yakni Otniel, anak Kenas adik Kaleb. 10 Roh TUHAN menghinggapi dia dan ia menghakimi orang Israel. Ia maju berperang, lalu TUHAN menyerahkan Kusyan-Risyataim, raja Aram, ke dalam tangannya, sehingga ia mengalahkan Kusyan-Risyataim. 11 Lalu amanlah negeri itu empat puluh tahun lamanya. Kemudian matilah Otniel anak Kenas.
Setiap kali seorang hakim ditetapkan oleh
Tuhan, hakim itu akan mati dan orang-orang akan berbalik kepada kejahatan dan
pemujaan berhala. Hakim-hakim ini memiliki Roh Suci, yang diucap sebagai Roh Tuhan. Demonstrasi dari cerita Simson adalah contoh
bagaimana ini dilakukan. Ini akan diteliti seperti dibawah.
Selepas Otniel,
(bererti kekuatan Tuhan) anak lelaki
Kenas, adik Kaleb mati, mereka sekali lagi melakukan dosa.
Hakim-Hakim 3:12-15 12
Tetapi orang Israel melakukan pula apa yang jahat di mata TUHAN; lalu Eglon,
raja Moab, diberi TUHAN kuasa atas orang Israel, oleh sebab mereka telah
melakukan apa yang jahat di mata TUHAN. 13 Raja ini mengajak bani
Amon dan bani Amalek menjadi sekutunya. Lalu majulah ia dan memukul orang
Israel kalah. Kota pohon korma diduduki mereka.
14 Delapan belas tahun lamanya orang Israel menjadi takluk
kepada Eglon, raja Moab. 15 Lalu orang Israel berseru kepada TUHAN,
maka TUHAN membangkitkan bagi mereka seorang penyelamat yakni Ehud, anak Gera,
orang Benyamin, seorang yang kidal. Dengan
perantaraannya orang Israel biasa mengirimkan upeti kepada Eglon, raja Moab.
Hadiah yang diberikan
kepada Eglon, raja Moab, adalah dalam bentuk pedang bermata dua disandang oleh
Ehud, anak Gera, di sebelah peha kanan orang Benjamin itu (Hakim 3:16).
Orang Benjamin itu
adalah seorang yang kidal, yang mana ini menunjukkan tangan yang paling lemah.
Ini adalah symbol bahawa Tuhan akan mempengaruhi pelepasan melalui
perkara-perkara yang lemah. Melalui kelemahan Dia menghasilkan kekuatan. Ini telah mempengaruhi sebanyak tujuh kali di
dalam Hakim-Hakim, yang memberi ilustrasi kepada 1Korintus 1:27; 2 Korintus
12:9. Ianya ialah:
Tangan kirinya
(Hakim-Hakim 3:21);
Tongkat penghalau
lembu (Hakim-Hakim 3:31);
Seorang wanita
(Hakim-Hakim 4:4);
Patok kemah
(Hakim-Hakim 4:21)
Sebuah batu kilangan
(Hakim-Hakim 9:53);
Obor dan sangkakala
(Hakim-Hakim 7:20); dan
Rahang keledai
(Hakim-Hakim 15:16).
Bullinger (lihat
Companion Bible, n. Hakim-Hakim 3:21) percaya bahawa urutan ini akan diteruskan
pada masa akan datang bersama dengan aktiviti Luther (anak pelombong), Calvin
(anak pembuat tong), Zwingle (anak gembala), Melancthon (anak pembuat baju
waja) dan John Knox (anak tukang beger). Justru itu, kelima-lima orang ini dilihat melengkapi angka tujuh.
Kesimpulannya disini ialah mungkin ada banyak lagi yang diluar jangkauan
daripada yang dilihat oleh Bullinger.
Ehud melepaskan diri
selepas membunuh Eglon dan mengumpulkan orang-orang Israel dari gunung Efraim.
Hakim-Hakim 3:27-30 27 Setelah ia sampai ke sana, ditiupnyalah
sangkakala di pegunungan Efraim, lalu turunlah orang Israel bersama-sama dengan
dia dari pegunungan itu, dan ia sendiri di depan. 28 Berkatalah ia
kepada mereka: "Ikutlah aku, sebab TUHAN telah menyerahkan musuhmu,
orang-orang Moab itu, ke dalam tanganmu." Maka turunlah mereka mengikuti
dia, lalu mereka merebut tempat penyeberangan sungai Yordan ke Moab dan tidak
seorangpun dibiarkan mereka menyeberang. 29 Pada waktu itu mereka
menewaskan kira-kira sepuluh ribu orang dari Moab, semuanya orang yang tegap
dan tangkas, seorangpun tidak ada yang lolos. 30 Demikianlah pada
hari itu Moab ditundukkan oleh Israel, maka amanlah tanah itu, delapan puluh
tahun lamanya.
Justru, dua
generasi sudah berlalu. Selepas
Ehud, muncul Samgar, anak lelaki Anat, yang menewaskan enam orang filistin
dengan menggunakan tongkat penghalau lembu (Hakim 3:31). Apabila Ehud mati,
selepas Samgar, orang-orang Israel sekali lagi mula melakukan kejahatan di mata
Tuhan dan Dia menyerahkan mereka ke dalam tangan Yabin, raja Kanaan, yang
memerintah di Hazor. Panglima tenteranya ialah Sisera dan mereka menindas
orang-orang Israel selama dua puluh tahun (Hakim 4:1-3).
Deborah seorang nabiah
di Efraim yang tinggal diantara Rama dan Betel menjadi hakim orang Israel
ketika itu. Dibawah pimpinan Tuhan, dia menyuruh memanggil Barak dan
memerintahkannya supaya mambawa sepuluh ribu orang bani Naftali dan bani
Zebulon untuk membebaskan Israel.
Orang-orang Israel
pada mulanya telah dikhianati di dalam kegiatan Heber (bererti masyarakat atau komuniti dan juga sihir atau
pesona), dari suku Keni, dari anak-anak Hobab, ipar Musa. Dia telah
memisahkan dirinya dari suku Keni dan telah berpindah-pindah memasang kemahnya
sampai di Zaanaim (bererti penghapusan)
yang dekat dengan Kedesh (Naftali) (Hakim 4:11-12). Ada perdamaian diantara
orang-orang Heber, suku Keni, dan Yabin, raja di Hazor (Hakim 4:17). Sisera
berjalan menuju ke kemah Heber. Isteri
Heber, Yael keluar dan bertemu dengan Sisera dan, selepas memberikan dia
makanan, Yael membunuh Sisera dengan melantakkan patok kemah masuk ke dalam
pelipisnya sampai tembus ke tanah (Hakim 4:21-22)
Jadi, Tuhan
menundukkan orang-orang Kanaan, dan Israel menjadi berpenghasilan. Kidung yang
dinyanyikan oleh Deborah menyatakan bahawa Alam semesta terlibat dalam
peperangan (Hakim 5:20). Peperangan yang kita hadapi dalam urutan ini bukan
semata-mata peperanagan badani. Ianya
melibatkan kuasa semesta alam.
Negeri Israel menjadi
aman selama empat puluh tahun (atau melewati satu lagi generasi) dan mereka
mula melakukan penyembahan berhala dan Tuhan menyerahkan mereka ke dalam tangan
orang Midian selama tujuh tahun. Orang-orang Israel tinggal di tempat-tempat
batu perlindungan di pergunungan dan di dalam gua-gua. Orang-orang Midian dan
orang-orang Amalek dan orang-orang dari sebelah timur datang menuju ke tempat
orang-orang Israel dan memusnahkan hasil tanah dan tidak meninggalkan bahan
makanan mahupun binatang peliharaan untuk mereka (Hakim 6:1-5). Israel berseru
kepada Tuhan dan diserahkan kepada mereka Gideon orang Manasye. Cerita mengenai
Gideon (bererti menebang kayu atau memotong dan juga penebang atau pahlawan)
atau Yerubaal (bererti Baal yang menentang) (Hakim 6:1 to 8:28) ini dibicarakan
di dalam tulisan Kekuatan Gideon dan
Zaman Akhir [022] Intisari cerita ini merujuk kepada zaman akhir dan cerita
mengenai penghapusan kepada penyembahan berhala dan peperangan yang akan
terjadi berikutnya. Fakta kenyataan ialah, Baal akan menentang pada zaman akhir
nanti. Kepentingan bagi umat pilihan dan kemurdatan pada waktu kesudahan harus
dipelajari.
Gideon mempunyai tujuh
puluh orang anak, yang melambangkan kaunsil para penatua. Selepas sahaja Gideon
mati, orang-orang Israel sekali lagi berbalik kepada penyembahan tuhan-tuhan
yang lain. Perkara ini akan berlaku setiap kali hakim mati. Orang-orang Israel
meninggalkan pesanan Tuhan dan melakukan pemujaan berhala, sehingga mereka akan
berseru kepada Tuhan dan Dia sekali lagi memberikan seorang lagi hakim. Setiap
kali, hakim itu dari suku kaum yang berlainan dan dari kekuasaan yang berlainan
dari hakim yang sebelumnya. Tidak pernah terjadi dimana anak kepada hakim itu
menggantikan tempat bapanya dengan tujuan yang baik, atau dengan kekuasaan
Tuhan.
Abimelekh, anak lelaki
Yerubaal atau Gideon, dari hambanya perempuan (Hakim 9:18) telah menjadi raja
atas segala warga kota Sikhem, yakni saudara-saudara ibunya. Abimelekh
memerintah Israel selam tiga tahun (Hakim 9:22). Pemerintahan Abimelekh
menggambarkan percubaan yang pertama untuk merampas kuasa Sanhedrin kepada
pemerintahan diraja. Abimelekh membunuh
saudara-saudaranya sendiri yang berjumlah tujuh puluh demi untuk meraih
pemerintahan. Abimelekh dibunuh oleh seorang perempuan dengan melempari
Abimelekh dengan batu kilangan dari menara Tebes. Batu itu memecahkan kepalanya
dan dia merayu kepada pembawa senjatanya supaya membunuhnya agar tiada orang
yang mengatakan bahawa dia telah dibunuh oleh seorang perempuan (Hakim
9:53-54). Dalam pada ini, ianya adalah simbol bagi warga semesta alam dimana
Setan yang pergi memerangi tujuh puluh daripada warga sorga, telah dikalahkan
oleh seorang perempuan, iaitu Gereja.
Selepas Abimelekh,
muncul seorang penyelamat Israel iaitu Tola, anak lelaki Pua bin Dodo, seorang
Isakhar. Dia tinggal di pergunungan Efraim dan dia memerintah sebagai hakim di
Israel selama dua puluh tiga tahun (Hakim 10:1-2). Selepas Tola, bangkit pula
Yair seorang Gilead, yang memerintah sebagai hakim di Israel selama dua puluh
dua tahun (Hakim 10:3). Dia mempunyai tiga puluh anak lelaki yang mengenderai
tiga puluh ekor keledai jantan.
Urutan yang kita lihat
disini ialah, bahawa Keselematan melalui
Ketahanan akan digantikan oleh penghakiman terhadap warga semesta alam. Ada
seramai duabelas hakim di Israel selepas Yoshua sehingga membentukan raja. Yoshua adalah seorang ketua
perang di Israel dibawah Musa. Dia memimpin Israel menuju ke Filistin dan
menawannya. Selepas dia, hakim-hakim di Israel boleh dilihat sebagai memulakan
pemerintahan.
Mereka adalah:
Otniel, anak lelaki
Kenas, adik Kaleb;
Ehud, orang Benjamin;
Samgar, anak lelaki
Anat;
[Selepas Ehud mati,
orang-orang Israel telah diserahkan ke dalam tangan Yabin, raja Kanaan. Dengan
ini, Samgar bukan hakim secara langsung seperti yang kita lihat dalam
Hakim-Hakim 3:31; 4:4].
Debora, seorang
nabiah, isteri kepada Lapidot orang Efraim (menggunakan Barak, seorang Naftali
sebagai ketua perang) (Hakim 4:4-7);
Gideon orang Manasye;
[Abimelekh, seorang
perampas, anak lelaki Gideon yang dilahirkan dari perempuan Sikhem, menjadikan
dirinya sebagai raja palsu. Inilah erti
perampas. Dia tidak termasuk dalam keduabelas hakim tetapi dia menjadi raja
palsu.]
Tola, anak lelaki
Puah, orang Isakhar, dua puluh tiga tahun (Hakim 10:1-2);
Yair orang Gilead (Gad
dan Manasye), dua puluh dua tahun (Hakim 10:3-5);
Yefta orang Gilead,
anak Perempuan sundal (Hakim 11:1), enam tahun (Hakim 12:7)
Yefta telah ditikam
oleh anak-anak Gilead, yakni saudara-saudaranya dari isteri Gilead. Makhir,
adalah anak sulung Manasye, bapa kepada Gilead (Yos 17:1). Justru, pembebas
bagi orang-orang Israel adalah anak haram dari perempuan sundal bersama dengan
Gilead. Apabila bani Gilead menghadapi masalah, para penatua akan datang kepadanya
dan meminta pertolongan darinya dan menjadikan dia ketua bagi mereka (Hakim
11:9-11). Yefta telah menundukkan bani Amon. Pada ketika inilah Yefta telah
bernazar untuk menjadikan anak perempuannya sebagai korban kepada Tuhan.
Alkitab Companion menganggap bahawa, sementara pengorbanan itu tidak menurut
hukum, ayat-ayatnya merujuk bahawa dia dikekalkan sebagai perawan. Ayat-ayat
dari Hakim-Hakim 11:34-40 tidak menyatakan demikian dan Soncino menganggap
pengorbanan itu sebagai keadaan yang tidak membawah apa-apa makna yang
tertentu. Menurut Talmud (Taan. 4a) dan
sumber-sumber rabbinic yang lain, termasuk Targum, mengatakan bahawa
anak perempuan itu sesungguhnya dikorbankan. Kimchi memberi ulasan mengenai
perkataan tidak dapat aku mundur, bahawa menurut hukum, nazar itu tidak sah dan
mungkin telah dibatalkan. Menurut
Soncino:
Midrash Rabbah (akhir
Imamat) menceritakan bahawa dia seharusnya telah pergi kepada Phinehas atau
Imam Besar seharusnya pergi kepada dia dan membatalkan nazar itu. Kedua-duanya
berdiri diatas maruah masing-masing dan menunggu yang lain untuk mengambil
tindakan, dan diantara kedegilan kedua-duanya, gadis perawan itu menderita.
Kedua-duanya akan dihukum: Kehadiran ilahi akan meninggalkan Phinehas dan
penyakit kusta akan menyerang Yefta.
Pelajaran disini
ialah, tidak ada orang yang dibatasi di dalam Israel oleh nazar yang melanggar
hukum Tuhan. Kegagalan imam untuk bertindak dan kegagalan individu untuk
menarik balik, adalah kepeninggalan Roh Suci dari individu yang terlibat.
Shekinah akan menempatkan mereka yang menunjukkan buah daripadanya. Perdebatan
yang mengatakan bahawa seseorang yang dibatasi didalam organisasi atau
golongan, yang mana melanggar Alkitab, pada dasarnya bahawa mereka pernah
memiliki kekuasaan Tuhan melalui Roh Suci, adalah salah. Dan yang lebih penting
lagi, orang yang gagal untuk bertindak akan mati. Penyakit kusta adalah
penyakit pembuangan, yang mana melambangkan kemusnahan pada tubuh spiritual.
Perdebatan baru yang berhubungan dengan kesetiaan kepada gereja-gereja yang
ingkar, atau struktur korporat, adalah justru salah dan membahayakan, oleh
kerana kedua-duanya iaitu, imam yang secara sedar mengucapkan penyataan yang
salah itu, dan orang yang memperdayakan diri sendiri dengan menuruti nasihat
seperti ini. Kedua-duanya, yakni
imam-imam dan ketua-ketua akan mati.
Yefta juga mengalami
peperangan dalaman yang disebabkan oleh kesalahannya. Seluruh bani Efraim
berkumpul bersama menentang dia dan 42,000 orang Efraim telah terbunuh sewaktu
cuba menyeberangi sungai Yordan, kerana mereka tidak boleh menyebut Syibolet
dengan betul. Mereka menyebutnya Sibolet (Hakim 12:1-6). Syibolet bermaksud air
yang mengalir, yakni saluran dan juga dahan atau kuping jagung.
Kepentingan makna dari
kesalahan-kesalahan itu tidak dibicarakan, mungkin menunjukkan bahawa simbol
pengenalan bagi umat-umat pilihan berada didalam persoalan dan kerana itu,
berlaku kehilangan besar yang berlaku di Efraim kerana kegagalan mereka untuk
bertindak. Tuhan bertindak untuk mereka dan mempunyai keagungan keatas mereka.
Orang-orang Gilead menjadi pelarian diantara bani Efraim dan diantara bani
Manaye (Hakim 12:4-5) namun mereka akan diberi kuasa sebagai satu kekuatan di
dalam Israel. Kita tahu bahawa Manasye, Rubin dan Gad menerima warisan mereka
di luar Yordan, dan Manasye telah diberikan warisan tambahan di dalam Israel.
Simbolnya ialah, Manasye, Rubin dan Gad menerima warisan di luar Israel. Kedua-duanya, yakni Gad dan Manasye menduduki
tanah yang disebut Gilead, yang berada di bahagian timur Yordan.
Hakim-hakim yang
seterusnya ialah:
Ebzan dari Betlehem,
memerintah selama tujuh tahun. Dia mempunyai tiga puluh anak lelaki dan tiga
puluh anak perempuan dan dia mengambil tiga puluh perempuan dari luar kaumnya
untuk anak-anak lelakinya (Hakim 12:8-10). Ini mewakili kaunsil bahagian dalam.
Elon orang Zebulon,
memerintah selama sepuluh tahun (Hakim 12:11).
Abdon, anak lelaki
Hilel orang Piraton dalam bani Efraim, memerintah selama lapan tahun. Dia mempunyai empat puluh anak lelaki dan
tiga puluh cucu lelaki, yang mengenderai tujuh puluh ekor keledai jantan (Hakim
12:13-14). Ini mewakili jumlah kesemua tujuh puluh kaunsil yang telah
dipulihkan.
Selepas ini,
orang-orang Israel terus berdosa dan Tuhan telah menyerahkan mereka ke dalam
tangan orang-orang Filistin selama empat puluh tahun, seperti yang Dia lakukan
sebelum ini dibawah orang-orang Moab (Hakim 13:1). Pada ketika ini, Simson
memerintah sebagai hakim. Dua hakim yang terakhir mengambil tempat di dalam 1
Samuel, dimana Elia dan Samuel merupakan hakim yang terakhir di Israel. Samuel
adalah nabi dan juga hakim di Israel. Dia telah mengurapi Saul dan melayani di
bawah dia. Dia sebenarnya tidak termasuk dalam keduabelas hakim secara
teknikal. Apabila Elia mati, pemerintahan beraja telah dimulakan.
Hakim-Hakim 13:1-25 1
Orang Israel melakukan pula apa yang jahat di mata TUHAN; sebab itu TUHAN
menyerahkan mereka ke dalam tangan orang Filistin empat puluh tahun lamanya. 2
Pada waktu itu ada seorang dari Zora, dari keturunan orang Dan, namanya Manoah;
isterinya mandul, tidak beranak. 3 Dan Malaikat TUHAN menampakkan
diri kepada perempuan itu dan berfirman kepadanya, demikian: "Memang
engkau mandul, tidak beranak, tetapi engkau akan mengandung dan melahirkan
seorang anak laki-laki. 4 Oleh sebab itu, peliharalah dirimu, jangan
minum anggur atau minuman yang memabukkan dan jangan makan sesuatu yang haram. 5
Sebab engkau akan mengandung dan melahirkan seorang anak laki-laki; kepalanya
takkan kena pisau cukur, sebab sejak dari kandungan ibunya anak itu akan
menjadi seorang nazir Allah dan dengan dia akan mulai penyelamatan orang Israel
dari tangan orang Filistin." 6 Kemudian perempuan itu datang
kepada suaminya dan berkata: "Telah datang kepadaku seorang abdi Allah,
yang rupanya sebagai rupa malaikat Allah, amat menakutkan. Tidak kutanyakan
dari mana datangnya, dan tidak juga diberitahukannya namanya kepadaku. 7
Tetapi ia berkata kepadaku: Engkau akan mengandung dan melahirkan seorang anak
laki-laki; oleh sebab itu janganlah minum anggur atau minuman yang memabukkan
dan janganlah makan sesuatu yang haram, sebab sejak dari kandungan ibunya
sampai pada hari matinya, anak itu akan menjadi seorang nazir Allah."
Pembebasan orang-orang
Israel telah diurapi oleh Malaikat Yahova. Malaikat itu dikenalpasti sebagai
Kristus (lihat tulisan Umat pilihan dan
Eloim [001] dan Malaikat Yahova [024]). Sejak kelahirannya, Simson telah
diperuntukkan menjadi suci di hadapan Tuhan.
Inilah ketakdiran bagi umat-umat pilihan sejak dunia dijadikan. Waris
Dan akan mengadili bangsanya sebagai salah satu suku kaum Israel (Kej 49:16)
dan Simson merupakan contoh yang pertama dan utama dalam aspek ini.
Bagaimanapun, nubuatan ini tidak digenapi ketika Simson. Ada juga kota yang
disebut kota Dan yang berada di sebelah utara Filistin sewaktu zaman Abraham
(Kej 14:14), yang mana berlainan dengan daerah Lais yang telah ditukar nama
sebagai Dan oleh orang-orang Dan. Daearah lama ini berada di sebelah utara
Gilead. Hakim-Hakim 18:30 merujuk kepada penyembahan berhala di Dan.
Keterlibatan Dan bersama Efraim di dalam Wahyu 7:4 sebagai suku Yusuf,
kadang-kadang dilihat sebagai hukuman untuk suku pertama diatas penyembahan
berhala (lihat Ula 29:18-21; Im 24:10-16; 1Raja 12:30; 2 Raja 10:29). Ianya
satu penyatuan suku bersama Efraim pada waktu zaman akhir untuk membolehkan
Lewi tergolong ke dalam jumlah 144,000 sebagai keimamatan.
Penetapan seorang
hakim sebagai nazir sejak dilahirkan, adalah juga merupakan tanda pada umat
pilihan. Nazar seorang nazir, dari segi efeknya, tidak lagi diperlukan daripada
Mesiah, yang mana dia sendiri bukan seorang Nazir. Daripada catatan Alkitab,
Kristus tidak pernah melafazkan nazar seorang nazir didalam penginjilannya.
Pendidikan Simson juga dibawah bimbingan.
Hakim-Hakim 13:8-18 8
Lalu Manoah memohon kepada TUHAN, katanya: "Ya Tuhan, berilah kiranya abdi
Allah, yang Kauutus itu, datang pula kepada kami dan mengajar kami, apa yang
harus kami perbuat kepada anak yang akan lahir itu." 9 Maka Allah mendengarkan
permohonan Manoah, sehingga Malaikat Allah datang pula kepada perempuan itu,
ketika ia duduk di padang dan ketika Manoah, suaminya itu, tidak ada
bersama-sama dengan dia. 10 Kemudian perempuan itu segera berlari
memberitahukan kepada suaminya, katanya kepadanya: "Orang yang datang
kepadaku baru-baru ini menampakkan diri pula kepadaku." 11 Lalu
bangunlah Manoah dan mengikuti isterinya. Setelah sampai kepada orang itu,
berkatalah ia kepadanya: "Engkaukah orang yang telah berbicara kepada
perempuan ini?" Jawabnya: "Benar!" 12 Lalu kata
Manoah: "Dan apabila terjadi yang Kaukatakan itu, bagaimanakah nanti cara
hidup anak itu dan tingkah lakunya?" 13 Jawab Malaikat TUHAN itu kepada Manoah:
"Perempuan itu harus memelihara diri terhadap semua yang Kukatakan
kepadanya. 14 Janganlah ia makan sesuatu yang berasal dari pohon
anggur; anggur atau minuman yang memabukkan tidak boleh diminumnya dan sesuatu
yang haram tidak boleh dimakannya. Ia harus berpegang pada segala yang
Kuperintahkan kepadanya." 15 Kata Manoah kepada Malaikat TUHAN
itu: "Perkenankanlah kami menahan Engkau di sini, supaya kami mengolah
anak kambing bagi-Mu." 16 Tetapi jawab Malaikat TUHAN itu
kepada Manoah: "Sekalipun engkau menahan Aku di sini, hidanganmu itu tidak
akan Kumakan. Tetapi jika engkau hendak mengolahnya menjadi korban bakaran,
persembahkanlah itu kepada TUHAN." Sebab Manoah tidak mengetahui, bahwa
Dia itu Malaikat TUHAN. 17 Kemudian berkatalah Manoah kepada
Malaikat TUHAN itu: "Siapakah nama-Mu, sebab apabila terjadi yang
Kaukatakan itu, maka kami hendak memuliakan Engkau." 18 Tetapi
jawab malaikat TUHAN itu kepadanya: "Mengapa engkau juga menanyakan
nama-Ku? Bukankah nama itu ajaib?"
Istilah ajaib (diterjemahkan sebagai rahsia didalam KJV, seperti membuat
penyamaran kepada perhubungan ini) adalah nama bagi Mesiah dari Yesaya 9:
Hakim-hakim 13:19-25 19
Sesudah itu Manoah mengambil seekor anak kambing dan korban sajian, lalu
mempersembahkannya kepada TUHAN di atas batu. Lalu diperbuat-Nya keajaiban,
sementara Manoah dan isterinya memandanginya.
20 Sedang nyala api itu naik ke langit dari mezbah, maka
naiklah Malaikat TUHAN dalam nyala api mezbah itu. Ketika Manoah dan isterinya
melihat hal ini, sujudlah mereka dengan mukanya sampai ke tanah. 21 Sejak itu Malaikat TUHAN tidak
lagi menampakkan diri kepada Manoah dan isterinya. Maka tahulah Manoah, bahwa
Dia itu Malaikat TUHAN. 22
Berkatalah Manoah kepada isterinya: "Kita pasti mati, sebab kita telah
melihat Allah." 23
Tetapi jawab isterinya kepadanya: "Seandainya TUHAN hendak membunuh kita,
maka tidaklah Ia menerima korban bakaran dan korban sajian dari tangan kita dan
tidaklah Ia memperlihatkan semuanya itu kepada kita dan tidaklah Ia
memperdengarkan hal-hal yang demikian kepada kita pada waktu sekarang
ini." 24 Lalu perempuan itu melahirkan seorang anak laki-laki
dan memberi nama Simson kepadanya. Anak itu menjadi besar dan TUHAN memberkati
dia. 25 Mulailah hatinya digerakkan oleh Roh TUHAN di Mahane-Dan
yang terletak di antara Zora dan Esytaol.
Simson bermaksud terang dan, melalui terang dunia,
keadilan diberikan kepada Israel. Roh Tuhan adalah perantaraan dimana Simson
diberikan kuasa. Rambut Simson hanyalah tanda fizikal luaran sahaja, diberi
sebagai penyataan kepada kehadiran Roh Suci.
Orang-orang Dan telah
berkemah di Mahane-Dan atau perkemahan Dan yang terletak di Kiryat-Yearim di
Yahuda. Dari sana mereka menuju ke
Efraim dan mengambil terafim serta patung-patung pahatan dari rumah Mikha dan
membentuk daerah Lais serta menempatkan patung-patung yang dibuat oleh Mikha
itu di rumah Allah, selama ianya ada di Silo.Yonatan bin Gersom, anak Manasye
orang Lewi serta anak-anak lelakinya menjadi imam disana (Hakim 18:12-13,
30-31).
Contoh pertama yang
boleh kita dapat dari Simson ialah, sewakti dia meminta seorang isteri dari
orang Filistin dan meminta supaya ibu-bapanya melamar perempuan itu baginya.
Perkahwinan diatur oleh ibu-bapa terlebih lagi bapa (Kej 21:21; 24:4; 34:8 Kel
21:9; lihat Soncino Daath Mikra). Perkahwinan yang diatur oleh bapa mewakili
penyerahan umat-umat pilihan kepada perkahwinan dengan Kristus. Menurut
Soncino, rabbis berpegang bahawa sebelum perkahwinan, perempuan itu harus
menjadi pemeluk agama, sebab memang sukar difikirkan seorang nazir hidup
bersama dengan orang kafir (Kimchi on 12:4, Metsudath David). Realitinya ialah
semua umat pilihan adalah jahil yang telah dipanggil dari sistem kekafiran dan
bersedia untuk perkahwinan melalui Roh Suci dengan Mesiah, hakim yang
dilambangkan disini sebagai hakim di Dan, yang merupakan hakim di Israel
sebagai satu suku, oleh itu secara fizikal adalah hakim diatas segala
hakim-hakim.
Hakim-Hakim 14:1-4 1
Simson pergi ke Timna dan di situ ia melihat seorang gadis Filistin. 2
Ia pulang dan memberitahukan kepada ayahnya dan ibunya: "Di Timna aku
melihat seorang gadis Filistin. Tolong, ambillah dia menjadi
isteriku." 3 Tetapi
ayahnya dan ibunya berkata kepadanya: "Tidak adakah di antara anak-anak
perempuan sanak saudaramu atau di antara seluruh bangsa kita seorang perempuan,
sehingga engkau pergi mengambil isteri dari orang Filistin, orang-orang yang
tidak bersunat itu?" Tetapi jawab Simson kepada ayahnya: "Ambillah
dia bagiku, sebab dia kusukai." 4
Tetapi ayahnya dan ibunya tidak tahu bahwa hal itu dari pada TUHAN asalnya:
sebab memang Simson harus mencari gara-gara terhadap orang Filistin. Karena
pada masa itu orang Filistin menguasai orang Israel.
Disini, kita mendapat
penyataan yang lebih khusus bahawa Malaikat Yahova lah (disebut Yahwe atau
Yahova) yang menggunakan Simson untuk berhubungan dengan orang-orang Filistin.
Orang-orang ini mewakili orang-orang jahil yang mana diberi kuasa keatas Israel
dari penawanan Babilon, sehingga masa kesudahan bagi orang-orang jahil. Seperti
malaikat Tuhan membebaskan Israel dari tangan Filistin melalui Simson, demikian
juga dia kan membebaskan Israel pada zaman akhir nanti melalui urutan
penghakiman Dan-Efraim (Yer 4:15) dan saksi-saksinya (Wah 11:1-2), yang mana
mendahului kedatangannya sebabgi raja Mesiah (dipetik dari tulisan Amaran pada Zaman Akhir [044] dan Saksi-Saksi [135]).
Hakim-Hakim 14:5-11 5
Lalu pergilah Simson beserta ayahnya dan ibunya ke Timna. Ketika mereka sampai
ke kebun-kebun anggur di Timna, maka seekor singa muda mendatangi Simson dengan
mengaum. 6 Pada waktu itu
berkuasalah Roh TUHAN atas dia, sehingga singa itu dicabiknya seperti orang
mencabik anak kambing--tanpa apa-apa di tangannya. Tetapi tidak diceriterakannya
kepada ayahnya atau ibunya apa yang dilakukannya itu. 7 Maka
pergilah ia ke sana, lalu bercakap-cakap dengan perempuan itu, sebab Simson
suka kepadanya. 8 Setelah
beberapa waktu kembalilah ia ke sana untuk kawin dengan perempuan itu; dan ketika
ia menyimpang dari jalan untuk melihat bangkai singa itu, tampaklah ada kawanan
lebah pada kerangka singa itu dan juga madu.
9 Dikeruknya madu itu ke dalam tangannya dan sambil
memakannya ia berjalan terus, kemudian pergilah ia kepada ayahnya dan ibunya,
dan memberikannya juga kepada mereka, lalu mereka memakannya. Tetapi tidak
diceriterakannya kepada mereka, bahwa madu itu dikeruknya dari kerangka singa. 10 Setelah ayahnya pergi kepada perempuan itu,
Simson mengadakan perjamuan di sana, sebab demikianlah biasanya dilakukan
orang-orang muda. 11 Ketika mereka melihat dia, dipilihlah tiga
puluh orang kawan untuk menemani dia.
Tiga puluh orang kawan
ini, sekali lagi mengibaratkan bahagian
dalam kaunsil warga alam semesta. Pengambilan madu dari kerangka singa,
mewakili menjadikan ia halal dan boleh dimakan, walaupun ianya sendiri adalah
haram. Teka-teki telah dikemukakan sepanjang masa tujuh hari pesta jamuan itu
dilangsungkan. Kephir atau singah yang
dewasa (dari gur, kepada kephir, kepada aryeh kepada labi dan
kemudiannya laish) menjadi lebih
ganas sementara dia semakin tua. Adat untuk mengadakan perayaan kahwin selama
tujuh hari ini disebut di dalam Kejadian 29:27, yang dipraktikkan pada masa
Para Bapa dan di Mesopotamia. Orang-orang Yahudi masih mempratikkannya sehingga
hari ini, kerana penetapan rabbinical (lihat Soncino, ms. 271). Pesta jamuan
ini mewakili perkahwinan anak domba semasa bulan yang ketujuh, yang dipanggil
Tishri.
Hakim-Hakim 14:12-14 12
Kata Simson kepada mereka: "Aku mau mengatakan suatu teka-teki kepada
kamu. Jika kamu dapat memberi jawabnya yang tepat kepadaku dalam tujuh hari
selama perjamuan ini berlangsung dan menebaknya, maka aku akan memberikan
kepadamu tiga puluh pakaian lenan dan tiga puluh pakaian kebesaran. 13 Tetapi jika kamu tidak dapat memberi jawabnya
kepadaku, maka kamulah yang harus memberikan tiga puluh pakaian dalam dan tiga
puluh pakaian kebesaran kepadaku." Kata mereka kepadanya: "Katakanlah
teka-tekimu itu, supaya kami dengar." 14 Lalu katanya kepada
mereka: "Dari yang makan keluar makanan, dari yang kuat keluar
manisan." Ada tiga hari lamanya mereka tidak dapat memberi jawab teka-teki
itu.
Ada beberapa siri
kemungkinan dalam ayat-ayat ini. Pakaian kebesaran pada pusat kaunsil telah
disediakan untuk menggantikan elohim. Singa yang mati itu adalah konsep bagi
kemunculan baru yang bersedia berperang untuk memberontak terhadap warga alam
semesta. Kemusnahannya akan berkesudahan dengan pakaian baru dan penghapusan
kepada kepahitan dalam pemberontakan. Hakim adalah pelayan bagi rahsia-rahsia
Tuhan. Umat-umat pilihan akan diberikan rahsia-rahsia, sebab mereka telah siap
sedia dan ianya perlu untuk menyingkap rencana keselamatan. Orang-orang jahil
ingin memahami rahsi-rahsia ini dan terpaksa melakukan keganasan apabila mereka
gagal untuk memahami atau mengendalikan proses ini. Itulah sebabnya mereka cuba
memusnahkan pengantin apabila mereka dihalangi.
Hakim-Hakim 14:15-20 15
Pada hari ketujuh berkatalah mereka kepada isteri Simson: "Bujuklah
suamimu, supaya diberitahukannya kepada kami jawab teka-teki itu; kalau tidak,
kami akan membakar engkau beserta seisi rumah ayahmu. Apakah engkau mengundang
kami untuk membuat kami menjadi miskin? Tidak, bukan?" 16 Lalu menangislah isteri Simson itu sambil
memeluk Simson, katanya: "Engkau benci saja kepadaku, dan tidak cinta
kepadaku; suatu teka-teki kaukatakan kepada orang-orang sebangsaku, tetapi
jawabnya tidak kauberitahukan kepadaku." Sahutnya kepadanya:
"Sedangkan kepada ayahku dan ibuku tidak kuberitahukan, masakan kepada
engkau akan kuberitahukan?" 17 Tetapi isterinya itu menangis di
sampingnya selama ketujuh hari mereka mengadakan perjamuan itu. Pada hari yang
ketujuh diberitahukannyala kepadanya, karena ia merengek-rengek kepadanya,
kemudian perempuan itu memberitahukan jawab teka-teki itu kepada orang-orang
sebangsanya. 18 Lalu pada hari yang ketujuh itu, sebelum matahari
terbenam, berkatalah orang-orang kota itu kepadanya: "Apakah yang lebih
manis dari pada madu? Apakah yang lebih kuat dari pada singa?" Sahutnya
kepada mereka: "Kalau kamu tidak membajak dengan lembu betinaku, pasti
kamu tidak menebak teka-tekiku." 19 Maka berkuasalah Roh TUHAN
atas dia, lalu pergilah ia ke Askelon dan dibunuhnya tiga puluh orang di sana,
diambilnya pakaian mereka dan diberikannya pakaian-pakaian kebesaran itu kepada
orang-orang yang dapat memberi jawab teka-teki itu. Tetapi amarahnya masih juga
bernyala-nyala, lalu pulanglah ia ke rumah ayahnya. 20 Maka
diberikanlah isteri Simson itu kepada kawannya, bekas pengiringnya.
Lembu betina itu
adalah bangsa Israel, ianya juga diwakili oleh sapi jantan dari Efraim. Lembu
betina merah mentahbiskan keimamatan (lihat tulisan Mesiah dan Lembu Betina Merah [216]). Anak lembu yang terlatih
dalam Hosea 10:11 juga disamakan dengan Mesir dalam Yeremia 46:20. Efraim dan
Yahuda akan dikenakan kuk menurut ayat dalam Hosea 10:11. Israel membuat
perjanjian dengan Tuhan ketika di padang belantara, tetapi berpaling kepada
pemujaan tuhan baal di Kanaan. Itulah sebabnya mengapa ayat ini merujuk kepada
membajak dengan lembu betina hakim.
Untuk tujuan ini, Israel telah dijadikan tandus dari Hosea 9:11 dan
ayat-ayat seterusnya.
Memperolehkan
rahsia-rahsia ini dengan cara menipu, tidak boleh dihindari, bahawa ia
melibatkan pemusnahan terhadap bangsanya sendiri. Pakaian kebesaran yang
berjumlah tiga puluh itu menghubungkan kepada anugerah Tuhan, yang mana tidak
boleh diperolehi melalui paksaan.
Isteri yang tidak
setia akan ditentukan menurut undang-undang, itu sudah dimulakan di bawah warga
yang jatuh, di dalam penggantian Hukum-hukum Allah. Kod Undang-undang yang
menaunginya ialah Kod Hammurabi,
seksyen 159, 163, 164. Pembuangan terhadap perempuan ini akan dilakukan menurut
kod ini. Perempuan yang tidak setia akan ditentukan menurut undang-undang, ini
telah digunakan untuk menggantikan hukum Allah, dan yang mana ia sendiri telah
menumbangkan orang-orang pada mulanya. Justeru itu, tradisi orang-orang jahil
mengganggu kepada panggilan umat-umat pilihan. Ini mengakibatkan kedudukan isteri pertama Simson hilang,
seperti yang kita lihat dalam ayat-ayat yang seterusnya.
Hakim-Hakim 15:1-2 1 Beberapa waktu kemudian, dalam musim menuai
gandum, pergilah Simson mengunjungi isterinya, dengan membawa seekor anak
kambing, serta berkata: "Aku mau ke kamar mendapatkan isteriku."
Tetapi ayah perempuan itu tidak membiarkan dia masuk. 2 Kata ayah perempuan itu:
"Aku telah menyangka, bahwa engkau benci sama sekali kepadanya, sebab itu
aku memberikannya kepada kawanmu. Bukankah adiknya lebih cantik dari padanya?
Baiklah kauambil itu bagimu sebagai gantinya."
Ini telah
membentangkan adegan pada fasa yang seterusnya dalam aktiviti penghakiman.
Perkahwinan orang-orang jahil menjadi terus-menerus. Disini, kita mendapat
contoh yang pertama bagi kegunaan Roh Suci.
Inilah cinta pertama pada urutannya. Ini adalah tahun dan kitaran di
Efesus – menjadi tahun yang pertama daripada masa tujuh tahun dan merupakan
kitaran yang pertama daripada tujuh kitaran dalam tahun Yobel. Tahap pada
perwujudan Roh Suci didalam diri Simson, telah mengikuti tahap pada perumpamaan
tentang pohon ara di dalam Lukas 13:8.
Lukas 13:6-9 6
Lalu Yesus mengatakan perumpamaan ini: "Seorang mempunyai pohon ara yang
tumbuh di kebun anggurnya, dan ia datang untuk mencari buah pada pohon itu,
tetapi ia tidak menemukannya. 7 Lalu ia berkata kepada pengurus
kebun anggur itu: Sudah tiga tahun aku datang mencari buah pada pohon ara ini
dan aku tidak menemukannya. Tebanglah pohon ini! Untuk apa ia hidup di tanah
ini dengan percuma! 8 Jawab
orang itu: Tuan, biarkanlah dia tumbuh tahun ini lagi, aku akan mencangkul
tanah sekelilingnya dan memberi pupuk kepadanya, 9 mungkin tahun
depan ia berbuah; jika tidak, tebanglah dia!"
Rentetan ini
berlaku selama tiga tahun. Kemudian yang keempat adalah pemupukan dan tumbuh
dengan paksaan. Yang kelima adalah rahmat dan yang keenam adalah
pengadilan. Yang ketujuh adalah
perhentian Sabat. Hukum itu kemudiannya akan diperkuatkan dan rentetan ini akan
bermula kembali pada tahap yang lebih tinggi. Rentetan tujuh tahun ini, memperlihatkan
penghapusan terhadap calon, yang mana telah dipanggil tetapi tidak dipilih.
Kehilangan cinta pertama juga merupakan bahaya yang jelas dalam proses awal
ini. Rentetan ini juga boleh dilihat sebagai tujuh peringkat Jemaat, melalui
tujuh Jemaat Allah dalam Wahyu 2 dan 3.
Hakim-Hakim 15 :3-8
3 Lalu kata Simson kepadanya: "Sekali ini aku tidak bersalah
terhadap orang Filistin, apabila aku mendatangkan celaka kepada
mereka." 4 Maka pergilah
Simson, ditangkapnya tiga ratus anjing hutan, diambilnya obor, diikatnya ekor
dengan ekor dan ditaruhnya sebuah obor di antara tiap-tiap dua ekor. 5 Kemudian dinyalakannyalah obor
itu dan dilepaskannya anjing-anjing hutan itu ke gandum yang belum dituai
kepunyaan orang Filistin, sehingga terbakarlah tumpukan-tumpukan gandum dan
gandum yang belum dituai dan kebun-kebun pohon zaitun. 6 Berkatalah
orang Filistin: "Siapakah yang melakukan ini?" Orang menjawab:
"Simson, menantu orang Timna itu, sebab orang itu telah mengambil isteri
Simson dan memberikannya kepada kawannya." Kemudian pergilah orang
Filistin ke sana dan membakar perempuan itu beserta ayahnya. 7 Lalu berkatalah Simson kepada
mereka: "Jika kamu berbuat demikian, sesungguhnya aku takkan berhenti
sebelum aku membalaskannya kepada kamu."
8 Dan dengan pukulan yang hebat ia meremukkan
tulang-tulang mereka. Lalu
pergilah ia dan tinggal dalam gua di bukit batu Etam.
Disini, kita
mempunyai cerita yang sama seperti Gideon, yang mana menggunakan obor untuk
membinasakan orang-orang jahil. Tiga
ratus anjing hutan adalah sama dengan tiga ratus orang yang membawa buyung
dalam cerita Gideon. Disini, Roh Suci di dalam tangan Kristuslah yang
menggunakan hakim di Dan untuk mempersiapkan mereka. Rujukan kepada kebun buah
zaitun, adalah bersangkutan dengan penggunaan istilah tersebut untuk
keimamatan. Sistem orang-orang jahil yang salah telah dihapuskan oleh perkataan
Tuhan, didalam tangan umat-umat pilihan. Itulah sebabnya mengapa isteri seorang
imam telah dianiaya dan dibakar pada kayusula, demikian juga mereka yang berada
dalam silsilahnya, kerana suku-suku kaum yang tersembunyi, yang mana dari
jumlah 144,000.
Untuk tujuan ini, maka
orang-orang jahil kemudiannya menyerang Yahuda.
Hakim-Hakim 15:9-13 9 Lalu majulah orang Filistin dan berkemah di daerah Yehuda serta memencar ke Lehi. 10 Berkatalah orang-orang Yehuda: "Mengapa kamu maju menyerang kami?" Lalu jawab mereka: "Kami maju untuk mengikat Simson dan memperlakukan dia seperti dia memperlakukan kami." 11 Kemudian turunlah tiga ribu orang dari suku Yehuda ke gua di gunung batu Etam dan berkata kepada Simson: "Tidakkah kauketahui, bahwa orang Filistin berkuasa atas kita? Apakah juga yang telah kauperbuat terhadap kami?" Tetapi jawabnya kepada mereka: "Seperti mereka memperlakukan aku, demikianlah aku memperlakukan mereka." 12 Kata mereka kepadanya: "Kami datang ke sini untuk mengikat dan menyerahkan engkau ke dalam tangan orang Filistin." Tetapi jawab Simson kepada mereka: "Bersumpahlah kepadaku, bahwa kamu sendiri tidak akan menyerang aku." 13 Lalu kata mereka kepadanya: "Tidak, kami hanya mau mengikat engkau dan menyerahkan engkau ke dalam tangan mereka, tetapi membunuh engkau kami tidak mau." Maka mereka mengikat dia dengan dua tali baru dan membawa dia dari bukit batu itu.
Dalam contoh ini, hakim Israel telah menyerahkan Yahuda, oleh kerana mereka telah diserang oleh orang-orang jahil, demi untuk menghapuskan suku itu dari tempat ia muncul. Mesiah membenarkan mereka untuk mengikat dan menyerahkan dirinya untuk dibunuh. Bagaimanapun, dia telah dipulihkan dan kembali berkuasa melalui Roh Suci, seperti yang akan dia lakukan sewaktu zaman akhir nanti sebagai raja.
Hakim-Hakim 15:14-17 14 Setelah ia sampai ke Lehi dan orang-orang Filistin mendatangi dia dengan bersorak-sorak, maka berkuasalah Roh TUHAN atas dia dan tali-tali pada tangannya menjadi seperti batang rami yang telah habis dimakan api dan segala pengikatnya hancur tanggal dari tangannya. 15 Kemudian ia menemui sebuah tulang rahang keledai yang masih baru, diulurkannya tangannya, dipungutnya dan dipukulnya mati seribu orang dengan tulang itu. 16 Berkatalah Simson: "Dengan rahang keledai bangsa keledai itu kuhajar, dengan rahang keledai seribu orang kupukul." 17 Setelah berkata demikian, dilemparnya tulang rahang itu dari tangannya. Kemudian dinamailah tempat itu Ramat Lehi.
Justru, melalui matlamat ini, pembebasan telah dilakukan. Pembebasan itu telah diikuti dengan perlindungan bagi umat pilihan.
Hakim-Hakim 15:18-20 18 Ketika ia
sangat haus, berserulah ia kepada TUHAN: "Oleh tangan hamba-Mu ini telah
Kauberikan kemenangan yang besar itu, masakan sekarang aku akan mati kehausan
dan jatuh ke dalam tangan orang-orang yang tidak bersunat itu!" 19 Kemudian Allah membelah liang batu yang di Lehi
itu, dan keluarlah air dari situ. Ia minum, lalu menjadi kuat dan segar
kembali. Sebab itu dinamailah mata air itu Mata Air Penyeru, yang sampai
sekarang masih ada di Lehi. 20 Ia memerintah sebagai hakim atas orang Israel dalam zaman orang
Filistin, dua puluh tahun lamanya.
Disini, kita boleh melihat proses penghakiman dibentuk. Rentetan ini akan diikuti oleh penghakiman selama dua puluh tahun. Namun ianya juga menyebabkan kejatuhan orang-orang jahil, melalui tiga ratus seperti yang kita lihat dari cerita Gideon. Proses ini boleh meramalkan kemungkinan keadaan pada zaman akhir. Justru, proses ini akan berterusan dari analogi yang diulang-ulang. Kiasan bagi membelah liang batu di Lehi juga merupakan tiruan bagi pekerjaan Musa. Justru, kita sebenarnya sedang melihat kepada pekerjaan Mesiah yang sedang menyediakan pancuran air hidup dari batu, iaitu Tuhan.
Cerita Simson dan Delila sudah dikenali namun ianya kurang difahami. Kejatuhan Simson berlaku sewaktu diakhir tempohnya sebagai hakim Israel, walaupun secara teorinya, dia sepatutnya bertambah lebih kuat melalui pertumbuhan di dalam Roh Suci. Tahunnya yang kedua puluh sebenarnya adalah tahun ketiga pengadilan dibawah sistem Yobel. Proses itu bermula dari tahun yang kesembilanbelas. Bagaimanapun, cerita ini mengambil satu kitaran penuh untuk berkembang. Dalam tahap pertama, dia telah terjerumus ke dalam hubungan pemujaan berhala dengan orang-orang kafir. Perhubungan ini telah dimulakan dibawah pimpinan Roh Suci seperti pada mulanya. Tujuannya ialah untuk menumbangkan seluruh gedung serta rumah orang-orang kafir. Proses ini adalah benar-benar sama dengan pengalaman yang akan dialami sewaktu tempoh akhir dua puluh Yobel dalam Milenium, apabila setan sekali lagi dilepaskan dan bangsa-bangsa akan ditumbangkan oleh warga pemberontak, yang mana sekali lagi cuba membentuk sistem yang salah. Gambaran ini juga berhubungan dengan Jemaat pada zaman akhir, yang mana ianya telah ditumbangkan oleh perempuan sundal.
Hakim-Hakim 16:1-3 1 Pada suatu kali, ketika Simson pergi ke Gaza, dilihatnya di sana seorang perempuan sundal, lalu menghampiri dia. 2 Ketika diberitahukan kepada orang-orang Gaza: "Simson telah datang ke sini," maka mereka mengepung tempat itu dan siap menghadang dia semalam-malaman itu di pintu gerbang kota, tetapi semalam-malaman itu mereka tidak berbuat apa-apa, karena pikirnya: "Nanti pada waktu fajar kita akan membunuh dia." 3 Tetapi Simson tidur di situ sampai tengah malam. Pada waktu tengah malam bangunlah ia, dipegangnya kedua daun pintu gerbang kota itu dan kedua tiang pintu, dicabutnyalah semuanya beserta palangnya, diletakkannya di atas kedua bahunya, lalu semuanya itu diangkatnya ke puncak gunung yang berhadapan dengan Hebron.
Disini, Roh Suci ada bersama dengan dia. Simson menjadi lebih yakin dengan kuasa yang telah diberikan kepadanya. Orang-orang jahil merasa iri hati dengan kuasa yang menyertai mereka yang dipenuhi Roh Suci. Persediaan Simson dari kelahirannya, adalah simbolik bahawa Kristus boleh bekerja dengan lebih baik lagi didalam individu yang tidak kotor atau suci.
Hakim-Hakim 16:4-12 4 Sesudah itu Simson jatuh cinta kepada seorang perempuan dari lembah Sorek yang namanya Delila. 5 Lalu datanglah raja-raja kota orang Filistin kepada perempuan itu sambil berkata: "Cobalah bujuk dia untuk mengetahui karena apakah kekuatannya demikian besar, dan dengan apakah kami dapat mengalahkan dia dan mengikat dia untuk menundukkannya. Maka kami masing-masing akan memberikan seribu seratus uang perak kepadamu." 6 Lalu berkatalah Delila kepada Simson: "Ceritakanlah kiranya kepadaku, karena apakah kekuatanmu demikian besar, dan dengan apakah engkau harus diikat untuk ditundukkan?" 7 Jawab Simson kepadanya: "Jika aku diikat dengan tujuh tali busur yang baru, yang belum kering, maka aku akan menjadi lemah dan menjadi seperti orang lain manapun juga." 8 Lalu raja-raja kota orang Filistin membawa tujuh tali busur yang baru yang belum kering kepada perempuan itu dan ia mengikat Simson dengan tali-tali itu, 9 sedang di kamarnya ada orang bersiap-siap. Kemudian berserulah perempuan itu kepadanya: "Orang-orang Filistin menyergap engkau, Simson!" Tetapi ia memutuskan tali-tali busur itu seperti tali rami yang terbakar putus, apabila kena api. Dan tidaklah ketahuan di mana duduk kekuatannya itu. 10 Kemudian berkatalah Delila kepada Simson: "Sesungguhnya engkau telah mempermain-mainkan dan membohongi aku. Sekarang ceritakanlah kiranya kepadaku dengan apa engkau dapat diikat." 11 Jawabnya kepadanya: "Jika aku diikat erat-erat dengan tali baru, yang belum terpakai untuk pekerjaan apapun, maka aku akan menjadi lemah dan menjadi seperti orang lain manapun juga." 12 Kemudian Delila mengambil tali baru, diikatnyalah dia dengan tali-tali itu dan berseru kepadanya: "Orang-orang Filistin menyergap engkau, Simson!" --di kamar ada orang bersiap-siap--tetapi tali-tali itu diputuskannya tanggal dari tangannya seperti benang saja.
Proses ini berkembang daripada benang pemanah kepada tali-talian. Pengadilan menjadi bertambah sukar sementara ia berlangsung. Tujuh adalah angka nombor yang lengkap. Ada tujuh kitaran didalam tahun Yobel, yang mana proses ini akan berulang-ulang.
Hakim-Hakim 16:13-14 13 Berkatalah Delila kepada Simson: "Sampai sekarang engkau telah mempermain-mainkan dan membohongi aku. Ceritakanlah kepadaku dengan apakah engkau dapat diikat." Jawabnya kepadanya: "Kalau engkau menenun ketujuh rambut jalinku bersama-sama dengan lungsin lalu mengokohkannya dengan patok, maka aku akan menjadi lemah dan menjadi seperti orang lain manapun juga." 14 Kemudian perempuan itu mengokohkan lagi tenunan itu dengan patok, lalu berserulah ia kepadanya: "Orang-orang Filistin menyergap engkau, Simson." Tetapi ketika ia terjaga dari tidurnya, disentaknya lepas patok tenunan dan lungsin itu.
Disini, prosesnya semakin dekat dengan kebenaran. Tiga pencubaan yang dia telah lakukan adalah dibawah perlindungan ilahi. Simson mula menjadi yakin, bahawa kuasa yang dia miliki adalah daripada dirinya sendiri dan bukannya daripada malaikat, yakni Mesiah yang mengendalikan Roh Suci didalam dirinya. Proses ini mengambil tempat empat tahun dalam pertumbuhan dan pupuk. Tahun pertama perkahwinan dibawah undang-undang, mencegah seseorang dari pergi berperang.
Tahun kelima didalam rahmat menyediakan
seseorang itu untuk tahun yang keenam untuk pengadilan. Bagaimanapun, proses pengadilan akan bermula dalam tahun Rahmat dan
berakhir dengan penuaian berganda dua dalam tahun keenam perayaan. Dalam tahun
Rahmat dosa-dosa dari kebodohan kita akan disebut dan Allah akan memulakan
pengadilan dan merupakan pembetulan atau pembenaran seseorang individu. Setiap
tahun proses ini akan dimulakan dan membawa kepada musim Paskah, dan Perjamuan
Malam Tuhan, Pencucian kaki, Sakramen Paskah dalam mana dosa kita akan
diampunkan untuk tahun yang lain. Bagaimanapun, tahun yang kelima dalam kitaran
adalah dikhususkan sebagai tahun yang serius dan ramai orang yang akan diuji
dalam proses ini. Dosa-dosa yang dilupakan akan dibawa ke hadapan dan dalam
banyak keadaan, ramai individu yang disingkirkan sepenuhnya dari Jemaat Allah
kerana dosa-dosa yang serius dan tidak ditobatkan.
Allah juga akan menangani orang-orang di dalam aspek yang kritikal dalam kitaran Sabat dan yang mana Dia tidak mahu meninggalkannya tanpa diperbetulkan untuk kitaran yang seterusnya. Ketujuh rambut jalinku melambangkan urutan bagi tujuh kitaran dan malaikat-malaikat pada tujuh Jemaat diatas kepala, iaitu Kristus.
Hakim-Hakim 16:15-20 15 Berkatalah perempuan itu kepadanya: "Bagaimana mungkin engkau berkata: Aku cinta kepadamu, padahal hatimu tidak tertuju kepadaku? Sekarang telah tiga kali engkau mempermain-mainkan aku dan tidak mau menceritakan kepadaku, karena apakah kekuatanmu demikian besar." 16 Lalu setelah perempuan itu berhari-hari merengek-rengek kepadanya dan terus mendesak-desak dia, ia tidak dapat lagi menahan hati, sehingga ia mau mati rasanya. 17 Maka diceritakannyalah kepadanya segala isi hatinya, katanya: "Kepalaku tidak pernah kena pisau cukur, sebab sejak dari kandungan ibuku aku ini seorang nazir Allah. Jika kepalaku dicukur, maka kekuatanku akan lenyap dari padaku, dan aku menjadi lemah dan sama seperti orang-orang lain." 18 Ketika dilihat Delila, bahwa segala isi hatinya telah diceritakannya kepadanya, disuruhnyalah memanggil raja-raja kota orang Filistin, katanya: "Sekali ini lagi datanglah ke mari, sebab ia telah menceritakan segala isi hatinya kepadaku." Lalu datanglah raja-raja kota orang Filistin itu kepadanya sambil membawa uang itu. 19 Sesudah itu dibujuknya Simson tidur di pangkuannya, lalu dipanggilnya seorang dan disuruhnya mencukur ketujuh rambut jalinnya, sehingga mulailah Simson ditundukkan oleh perempuan itu, sebab kekuatannya telah lenyap dari padanya. 20 Lalu berserulah perempuan itu: "Orang Filistin menyergap engkau, Simson!" Maka terjagalah ia dari tidurnya serta katanya: "Seperti yang sudah-sudah, aku akan bebas dan akan meronta lepas." Tetapi tidaklah diketahuinya, bahwa TUHAN telah meninggalkan dia.
Ungkapan yang terakhir adalah kuncinya: Tetapi tidaklah diketahuinya, bahawa Tuhan telah meninggalkan dia menyatakan bahawa kepekaan pada keadaan spiritual kita sendiri berkurangan di dalam umat-umat pilihan. Tuhan meninggalkan Simson untuk menetapkan didalam fikiran Simson adalah sangat kukuh, bahawa hanya melalui kuasa Tuhan didalam Roh Suci yang membolehkan Simson terus bertahan melawan orang-orang jahil. Rahsia kuasa itu tetap disimpan didalam misteri sehingga zaman akhir. Ianya akan diungkap untuk menguji umat-umat pilihan dan untuk menghakimi orang-orang jahil serta memusnahkan sistem mereka. Orang-orang jahil akan berkuasa keatas hakim Israel dan kerana itu, terjadi perwujudan Roh Suci. Mereka mencungkil matanya supaya dia tidak dapat melihat, sama seperti yang dilakukan terhadap Yahuda dan kebanyakan daripada bangsa-bangsa, sehingga jumlah 144,000 ditetapkan dan jumlah besar itu akan diuji di dalam kesengseraan besar. Kuasa binatang adalah lanjutan kepada proses ini.
Hakim-Hakim 16:21-31 21 Orang Filistin
itu menangkap dia, mencungkil kedua matanya dan membawanya ke Gaza. Di situ ia
dibelenggu dengan dua rantai tembaga dan pekerjaannya di penjara ialah
menggiling. 22 Tetapi rambutnya mulai tumbuh pula sesudah dicukur. 23
Sesudah itu berkumpullah raja-raja kota orang Filistin untuk mengadakan
perayaan korban sembelihan yang besar kepada Dagon, allah mereka, dan untuk
bersukaria; kata mereka: "Telah diserahkan oleh allah kita ke dalam tangan
kita Simson, musuh kita." 24 Dan ketika orang banyak melihat
Simson, mereka memuji allah mereka, sambil berseru: "Telah diserahkan oleh
allah kita ke dalam tangan kita musuh kita, perusak tanah kita, dan yang
membunuh banyak teman kita." 25 Ketika hati mereka riang
gembira, berkatalah mereka: "Panggillah Simson untuk melawak bagi
kita." Simson dipanggil dari penjara, lalu ia melawak di depan mereka,
kemudian mereka menyuruh dia berdiri di antara tiang-tiang. 26
Berkatalah Simson kepada anak yang menuntun dia: "Lepaskan aku dan
biarkanlah aku meraba-raba tiang-tiang penyangga rumah ini, supaya aku dapat
bersandar padanya." 27 Adapun gedung itu penuh dengan laki-laki
dan perempuan; segala raja kota orang Filistin ada di sana, dan di atas sotoh
ada kira-kira tiga ribu orang laki-laki dan perempuan, yang menonton lawak
Simson itu. 28 Berserulah
Simson kepada TUHAN, katanya: "Ya Tuhan ALLAH, ingatlah kiranya kepadaku
dan buatlah aku kuat, sekali ini saja, ya Allah, supaya dengan satu pembalasan
juga kubalaskan kedua mataku itu kepada orang Filistin." 29
Kemudian Simson merangkul kedua tiang yang paling tengah, penyangga rumah itu,
lalu bertopang kepada tiang yang satu dengan tangan kanannya dan kepada tiang
yang lain dengan tangan kirinya. 30 Berkatalah Simson: "Biarlah
kiranya aku mati bersama-sama orang Filistin ini." Lalu membungkuklah ia
sekuat-kuatnya, maka rubuhlah rumah itu menimpa raja-raja kota itu dan seluruh
orang banyak yang ada di dalamnya. Yang mati dibunuhnya pada waktu matinya itu
lebih banyak dari pada yang dibunuhnya pada waktu hidupnya. 31
Sesudah itu datanglah ke sana saudara-saudaranya dan seluruh keluarganya,
mereka mengangkat dia dan membawanya dari sana, lalu menguburkannya di antara
Zora dan Esytaol di dalam kubur Manoah, ayahnya. Dia memerintah sebagai hakim atas orang Israel dua puluh tahun lamanya.
Kuasa Tuhan yang mahakusa dibuktikan didalam proses pembaharuan Roh Suci, yang telah dilambangkan dengan rambut. Justru itu, melalui seorang yang buta, yang mana sebelumnya boleh melihat, empayar dunia akan ditumbangkan. Itulah sebabnya mengapa masa akhir bagi Jemaat, yakni Laodikia, adalah melarat, menyedihkan dan telanjang. Ia diolok-olok oleh orang-orang jahil kerana ianya ditawan oleh nafsu dan ketamakannya sendiri. Namun diantara sistem orang-orang ingkar yang lemah ini, ada beberapa orang yang dipilih, yang akan menumbangkan TUHAN bagi orang-orang Filistin dan mematahkan kuasa mereka, supaya pemerintahan beraja akan dibentuk Pemujaan berhala dirumah Tuhan di Silo, dibawah keimamatan yang ingkar, akan digantikan oleh kaabah Mesiah yang baru di Yerusalem.
Tahun Yobel dan kitaran tujuh tahun sewaktu kesudahan akhir
Kita boleh melihat perhubungan pada kitaran tujuh tahun di dalam Simson, seperti yang dikerahkan kepada individu dibawah Yesus Kristus dan seperti Jemaat dibawah Kristus dan Roh Suci. Individu itu akan melalui kitaran perkembangan selama lima puluh tahun didalam hidupnya, yang mana disebut sebagai tahun Yobel. Justru, individu dewasa yang berumur dua puluh tahun akan melangka keumur tujuh puluh tahun atau satu tahun Yobel yang penuh.
Jemaat disesuaikan sebagai tubuh dibawah Yesus Kristus. Tubuh akan disesuaikan mengikut urutan empat puluh tahun Yobel di padang belantara. Kita mengetahui waktu sistem tahun Yobel ini dari ayat-ayat Alkitab (lihat tulisan Maksud Penglihatan Yehezkiel [108]; Membaca Hukum Taurat bersama Ezra dan Nehemiah [250]). Tahun ketujuh kitaran itu ialah pada 1998, 2005, 2012, 2019, 2026 dengan tahun Yobel pada 2027/28 dan tahun pertama bagi kitaran yang seterusnya merupakan tahun suci 2028/29.
Oleh itu, ianya menyusul, bahawa tahun-tahun pengadilan untuk Jemaat akan berlaku dari dan termasuk tahun yang kelima sehingga keenam dalam kitaran dan hari-hari Sabat akan membentuk perhentian Sabat dan pembacaan hukum Taurat. Justru, setiap Jemaat akan diuji serta dipangkas dan setiap bangsa akan diuji mengikut dasar kitaran Sabat. Jadi Tahun 1996/97/98, 2003/04/05, 2010/11/12 dan 2017/18/19 dan 2024/25/26 adalah tahun-tahun pengadilan serta pemangkasan bagi Jemaat dan bangsa-bangsa. Dengan pembacaan hukum Taurat berikutnya selama tiga puluh tahun, setiap kitaran baru akan merasai pengetatan penghakiman dan konsekwensinya terhadap Gereja dan bangsa, bersama dengan kesengsaraan yang semakin bertambah sehingga dunia ini remuk sepenuhnya pada tahun 2025. Ketika tahun ini, semua bangsa akan diletakkan dibawah pengadilan Mesiah dan akan ditawan sepenuhnya oleh Mesiah. Tahun pertama bagi tahun Yobel yang baru ialah 2028/29. Mesiah akan memerintah didalam susunan dunia baru dari Yerusalem, dibawah hukum-hukum Allah sejak dari masa pemulihannya.
Naga akan jatuh dan Sinagog Setan akan menjadi lemah didalam ibadah dihadapan umat-umat pilihan. Umat-umat pilihan adalah tiang pada kaabah Tuhan mereka dan mereka tidak akan keluar lagi darinya. Mereka akan mempertahankan nama Tuhan dan nama Kota Allah dan nama baru bagi Kristus. Peganglah apa yang engkau miliki supaya tidak ada seorang pun boleh mencuri mahkotamu (dipetik dari Wahyu 3:8-13).
Kisah Simson di dalam kuil Dagon adalah fasa terakhir dalam cerita Simson, dimana dia disingkirkan oleh kesombongannya sendiri, telah mengatasi dan ditundukkan didalam Kaabah. Cerita ini sebenarnya adalah cerita jemaat Laodikia pada zaman akhir. Ianya memberi reflek kepada penyembuhan orang yang berada dalam barisannya, yang membuat pembaharuan didalam Roh Suci untuk menumbangkan sistem Binatang. Pemulihan ini akan berlaku pada zaman akhir, sewaktu jemaat ditundukkan dan para umat pilihan (seperti yang dinyatakan oleh Daniel)) akan ditundukkan oleh sistem Binatang. Bagaimanapun, jemaat akan diperbaharui dan daripada luar struktur itu, maka Kristus keluar untuk menyelamatkan orang yang benar-benar menanti kedatangannya. Kuil Dagon ini merupakan sistem dunia yang salah, dan keseluruhan sistem ini akan ditumbangkan serta dimusnahkan
Tujuh rambut jalin Simson yakni tujuh roh Tuhan dan tujuh masa didalam Jemaat, dalam urutan perkembangan hidupnya, dia telah mengalami keadaan dimana dia melarat, menyedihkan, buta dan telanjang, ditawan oleh orang-orang Filistin (Tuhan bagi dunia ini), menanggulanginya serta dibawa keluar untuk memberi lawak kepada Kuil Dagon. Inilah pengakhirannya, yakni fasa yang terendah sekali yang berlaku pada Jemaat, namun Jemaat ini dengan kekuatan Roh Suci akan menumbangkan serta memusnahkan Tuhan dunia ini dan seluruh sistem keagamaan yang membentuk atau yang cuba untuk memusnahkannya.
q