Jemaat-jemaat Allah Al Maséhi
[081]
Satu Bersama
dengan Bapa [081]
(Edisi 2.0 19941210-19990523)
Karya ini mengkaji pemahaman teologikal moden berkenaan Trinitas serta ciri Unitarian pada Teisme rasional dan alkitab. Matlamat-matlamat di sebalik doktrin trinitarian Kesatuan Bersama diperiksa. Tindakan kudrat ilahi dikaji dan interaksi Tuhan dengan bani syurgawi serta manusia ditunjukkan sebagai bergantung pada kewujudan bersama. Penciptaan Roh Kudus itu dibincangkan berserta konflik-konflik falsafah yang timbul dari doktrin-doktrin trinitarian. Shema di dalam Ulangan 6:4 dibincangkan dan juga cara bagaimana Allah adalah satu.
Christian Churches of God
PO Box 369, WODEN
ACT 2606, AUSTRALIA
E-mail: secretary@ccg.org
(Hakcipta ć
1994, 1999 Wade Cox)
(Tr. 2003)
Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan. Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan. Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.
Karya ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org
Satu Bersama dengan Bapa [081]
Satu Bersama (consubstantial) bererti satu
bahan (intisari) dengan Bapa melalui siapa segala sesuatu diciptakan. Umat
pilihan satu bahan dengan Tuhan sama seperti Kristus satu bahan dengan Tuhan.
Doktrin Kesatuan Bersama Yesus Kristus dipegang
salah oleh para Trinitarian sehingga dengan efektifnya menolak penyertaan umat
pilihan di dalam kudrat ilahi itu sebagai waris-waris bersama dengan Kristus.
Ia merupakan kesilapan asas aliran umum Kekristianan. Untuk memahami isu ini
dengan lebih jelas, petikan berikutnya diambil dari draf karya God Revealed Book 2. Ini membawa
teks-teks yang digunakan di dalam karya Binitarianisme
dan Trinitarianisme [076] ke tahap seterusnya di dalam kes terhadap
Trinitarianisme.
Pemahaman Teologikal Moden
Mengenai Trinitas
Teisme Rasional dan Alkitab adalah Unitarian
The New Catholic Encyclopedia, art. Trinity, Holy, Vol. 14, halaman 295 mengatakan:
Adanya kesedaran pada pihak ahli-ahli takwil dan teologi Alkitab, termasuklah sebilangan anggota Roman Katolik yang kian bertambah, bahawa seseorang tidak patut mengatakan tentang Trinitarianisme di dalam Perjanjian Baru tanpa kelayakan yang sesuai.
Ahli-ahli teologi sudah lama mengetahui bahawa Trinitas tidak berasaskan Alkitab. Ianya diperkenalkan dari suatu sudut pandangan yang telah kehilangan pemahaman tentang ketuhanan Kristus serta hubungannya kepada Allah. Brunner berpendapat bahawa Calvin di dalam Institutio I, 13,4, memikirkan doktrin Trinitas itu dari sudut pandangan bahawa:
Melalui konsep-konsepnya, yang berbeza dari yang ada di dalam Alkitab, lawan kepada ketuhanan Kristus – iaitu musuh kepada Iman Kristian – dipaksa membuang samarannya dan berlawan secara terbuka, dan bukannya menyembunyikan permusuhannya di sebalik jubah Kekristianan (dipetik dari karya Emil Brunner The Christian Doctrine of God Dogmatics, Vol. 1 tr. Olive Wyon, The Westminster Press, 1949, Cambridge, Ch. 16 The Triune God, halaman 205-206).
Brunner mengatakan tentang doktrin Trinitas bahawa ia adalah:
suatu keadaan yang khususnya berkontradiksi (halaman 205)
Memang sekali ini dilihat begitu. Bangkangan-bangkangan utamanya terkandung di dalam syarat-syarat untuk Teisme rasional dan alkitab serta Islam menjadi Unitarian. Brunner mengatakan:
Judaisme, Islam dan Teisme rasional adalah Unitarian. Sebaliknya, kita harus jujur mengakui bahawa doktrin Trinitas bukanlah sebahagian dari pekhabaran Kristian awal – Perjanjian Baru, juga tidak pernah menjadi artikel iman yang penting di dalam hidup keagamaan Jemaat Kristian secara keseluruhannya, pada mana-mana zaman di dalam sejarahnya. Oleh itu kita dipaksa bertanya: Adakah kebenaran ini pusat teologi Kristian, tetapi bukan pusat Iman Kristian? Adakah mungkin wujudnya ketidaksamaan antara iman dan teologi? Atau, adakah ini akibat dari perkembangan salah di dalam pembentukan doktrin Jemaat secara keseluruhannya? Memang sekali, tidak dapat disangkal bahawa bukan saja kata “Trinitas”, tetapi seluruh idea Trinitas itu tidak hadir di dalam kesaksian iman para rasul; ianya juga sama pasti dan tidak dapat dipertikaikan bahawa tradisi teologikal terbaik, bersama-sama, jelas menunjuk kepada Trinitas sebagai pusatnya (ibid., halaman 206)
Brunner mendapat posisi teologikalnya dari badan dogma yang telah menyatakan dirinya, mula-mula sekali pada Sidang Nicęa pada tahun 325 TM dan hampir berterusan dari sidang Constantinople pada tahun 381 TM. Brunner menegaskan dalam penjelasannya tentang posisi luar biasa Calvin di atas bahawa:
Doktrin kepaderian Trinitas, yang telah ditetapkan oleh dogma Jemaat kuno, bukanlah suatu kerygma Alkitab, jadi ia bukanlah kerygma Jemaat, namun ia suatu doktrin teologi yang mempertahankan keimanan utama Alkitab dan Jemaat. Oleh itu ia tidak terkandung di dalam lingkungan pekhabaran Jemaat, tetapi terkandung di dalam lingkungan teologi; di dalam lingkungan ini ia adalah tugas Jemaat untuk menguji serta memeriksa pekhabarannya, berdasarkan terang Firman Tuhan yang telah diberikan kepada Jemaat. Pastinya di dalam proses pemikiran teologikal ini, doktrin Trinitas itu adalah utama (op. cit., halaman 206).
Kesimpulan ini perlu kerana doktrin Trinitas itu harus disebutkan oleh golongan Athanasia untuk mengalahkan posisi Arian tentang penciptaan Kristus berdasarkan pada berbagai teks-teks bukti seperti Ibrani 3:2, Amsal 8:22, Yohanes 16:28; 20:17, Efesus 4:4-6 dan Wahyu 3:14, 4:11. Begitu juga Karl Barth berpendapat bahawa:
Alkitab ketiadaan deklarasi jelas bahawa Bapa, Anak dan Roh Kudus adalah intisari yang sama dan oleh itu dari segi kesamaan adalah Allah sendiri. Dan satu lagi deklarasi yang tiada adalah bahawa Tuhan adalah sememangnya Tuhan sebegitu dan hanya begitu, iaitu sebagai Bapa, Anak dan Roh Kudus. Dua deklarasi jelas ini yang melampaui kesaksian Alkitab adalah kandungan berdua doktrin Trinitas Jemaat (Doctrine of the Word of God, halaman 437. Juga dipetik oleh George L. Johnson di dalam Is God a Trinity?, WCG, USA, 1973, halaman 32).
Matlamat Trinitarianisme dan Kesatuan Bersama
Calvin mengatakan bahawa, untuk mengheret Arius “keluar dari tempat-tempat persembunyiannya”
Jemaat kuno telah mengambil langkah seterusnya, dan mengisytiharkan bahawa Kristus adalah Anak abadi Bapa, dan satu bersama dengan Bapa. Keingkaran itu terlihat sepenuhnya apabila golongan Arian mula mengisytiharkan kebencian serta kejijikan mereka terhadap istilah Ņ:@@LF\ŲH (homoousius) itu. Kalaulah pengakuan pertama mereka – iaitu bahawa Kristus adalah Tuhan - adalah ikhlas dan datang dari hati, mereka sudah tentu tidak menolak bahawa dia adalah satu bersama Bapa
Calvin berpendapat bahawa:
perkataan yang kecil itu membezakan antara umat Kristian yang sejati imannya dan golongan Arian yang menghujat.
Posisi ini memperlihatkan cara pemikiran berputar-belit yang paling menjijikkan sekali bukan saja oleh Calvin tetapi oleh kumpulan Athanasia. Pihak Athanasia tidak dapat menyangkal, dari Alkitab, pandangan Arius serta biskop-biskop timur bahawa Kristus telah diciptakan. Golongan tersebut bukanlah Arian tetapi digelar begitu demi memberi tanggapan bahawa pemahaman falsafah Ketuhanan yang disokong mereka itu adalah sesuatu yang baru atau muncul dengan Arius, yang sebenarnya tidak. Arius telah dilatih oleh Lucian dari Antiokhia, sarjana Kristian yang paling terkenal pada abad keempat dan orang mati syahid terakhir di bawah penganiayaan Diocletian. Sekolahnya juga memasukkan Eusebius dari Nicomedia, Menpophantus dari Efesus, Theognis dari Nicęa, Maris dari Chalcedon, Leontius dari Antiokhia, Athanasius dari Anarzabus dan Asterius orang Sophist, selain dari Arius sendiri (Harnack Hist. of Dogma, Vol iv, halaman 3, terjemahan Inggeris).
Sarjana-sarjana timur ini telah dilatih di dalam tradisi Jemaat yang diteruskan yang nampaknya berdasar secara sistematik pada Alkitab. Ini menolak mereka ke dalam konflik dengan sinkretisma yang sedang berkembang di barat. Apabila berhadapan dengan posisi alkitab bahawa Kristus adalah seorang Tuhan bawahan dan dicipta Allah Bapa sebagai asalan pertamanya, golongan Athanasia telah membuat suatu doktrin yang tidak mempunyai asas alkitab, demi menuduh lawan-lawan mereka sebagai orang bidaah. Apabila orang-orang ini enggan menerima posisi bukan alkitab itu, mereka kemudiannya difitnah.
Calvin mengakui bahawa langkah itu adalah di luar batas alkitab dan adalah perlu bagi “mendedahkan golongan Arian” ini (Institutes of The Christian Religion, Bk. I, 13,4, tr. Beveridge, James Clark & Co., London, 1953). Bentuk Kekristianan yang diberi label salah Arianisme dan semi-Arianisme sempena seorang ahli teologi sekolahnya dan yang dilihat sebagai contoh yang ekstrim, mempunyai jangkauan antarabangsa.
Telah bertahun-tahun lamanya, garis pemisah di antara orang Roma dan penakluk teutonik wilayahnya adalah agama dan bukannya kaum. Malang sekali untuk kita kerana kita tiada atau hanya mempunyai sedikit maklumat mengenai usaha rasul-rasul Arian yang tidak dikenali di kalangan orang-orang Goth, Vandal, Lombard, dan Burgundy. Hakikatnya bahawa Cyrila, iaitu biskop Vandal atau paus Carthage, mempunyai pengetahuan bahasa latin yang sangat cetek (Victor Vitensis, lib. ii) serta kemunculan versi Gothic terkenal bagi Alkitab (sekitar tahun 351), nampaknya menunjukkan bahawa kaum biadap telah diajar doktrin-doktrin Kekristianan di dalam bahasa mereka sendiri, dalam mana Arianisme mereka sudah tentu berbeza daripada kehalusan keagamaan yang mencirikan sekolah-sekolah empayar itu, dan mungkin terungkap di dalam keengganan keras Gundobald Burgundy untuk menyembah tiga Tuhan (Avitus, Ep, xli). Namun jelas sekali bahawa kesan-kesan pengubahan Kekristianan yang diterima kaum biadap itu adalah tulen. Kedua-dua Salvian dan Orosius memuji nilai-nilai para penakluk Arian yang telah menguasai wilayah Roma, dan Augustine (de Civitate Dei, i) menceritakan betapa sederhananya layanan orang-orang Arian Visigoth yang telah menawan Rom di bawah Alaric terhadap para penduduk kota itu, dan betapa hormatnya mereka terhadap kesucian gereja-gereja Kristian. Lebih-lebih lagi, tempoh pemerintahan panjang Theodoric, seorang Arian, di Italy, serta kerajaannya yang adil, mempelawa, seperti yang disebutkan Milman, 'pujian dari pengikut Katolik yang paling taat sekali' (Latin Christianity, bk. iii, Ch. iii) (ERE, art. Arianism, halaman 782).
Pada abad kelima dan sebahagian dari abad keenam, di dalam wilayah-wilayah Barat Empayar itu, Arianisme merupakan agama kaum penakluk itu, manakala Kekristianan Athanasia adalah agama bangsa yang ditakluki itu. Begitulah keadaannya sehinggalah Clovis dan kaum Salien Frank memeluk Kekristianan Roma atau Athanasia. Dengan itu, perpecahan tersebut menjadi lebih kepada politik daripada teologi. Jemaat-jemaat Arian merupakan jemaat-jemaat nasional yang tidak berasas politik.
Kekuatan organisasi Gereja Empayar yang telah jatuh itu jelas kelihatan berbanding kelemahan Jemaat-jemaat nasional penakluk-penakluk Ariannya yang kurang berdisiplin (ERE, ibid., halaman 783).
Apa yang kita lihat di sini adalah penyelesaian pertikaian teologi dengan menggunakan kuasa-kuasa dunia. Pandangan alkitab sebenar tidak pernah diketengahkan sebagai suatu isu yang penting oleh ahli-ahli teologi Athanasia. Kedudukan serta kuasa Gereja yang berkembang pesat telahpun, pada masa perdebatan itu, menjadi begitu sinkretis dan terpisah dari skema alkitab asal sehinggakan sesiapa saja yang hanya merujuk kepada Alkitab sebagai panduan, terasing dari kepaderian umum. Kekalahan pihak Unitarian (kini dipanggil Arian) serta penubuhan Empayar Roma Suci pada tahun 590 TM di bawah Gregory I telah menghentikan perbahasan ke atas hal itu. Kekristianan telah terperangkap di dalam salahfaham yang pelik sejak masa itu.
Sejarah sebenar Unitarianisme serta perdebatan-perdebatan Arianisme telah ditulis oleh golongan Athanasia dan dari gaya penulisannya, kelihatan mencurigakan (rujuk karya Peperangan Unitarian/Trinitarian [268]). Sama ada pemelukan agama oleh orang-orang Goth itu adalah hasil daripada pembuangan Arius ke Illyricum, adalah bermasalah. Sebagai contoh, Biskop Goth iaitu Theophilus telah hadir di Nicęa (ERE, halaman 782). Oleh itu, tidak mungkin bahawa Arius, yang menjadi orang buangan, telah menginsafkan suatu bangsa yang telahpun mempunyai wakil Biskop di Nicęa sebelum buangannya. Jenis logik yang bermasalah ini berleluasa sepanjang perdebatan-perdebatan teologi mengenai hal itu. Kita sedang memerhatikan sejenis propaganda yang telah menguasai bidang terpenting di dalam falsafah Kristian, iaitu bagaimana Allah adalah Satu, dan menguncikannya di dalam dogma teologikal yang tidak masuk akal secara falsafah. Propaganda di sekeliling Arianisme nampaknya bertujuan untuk mendapatkan kesahihan bagi golongan Athanasia sambil menyangkal kesahihan mereka yang lebih patut digelar literalist atau Unitarian. Asal-usul purba pandangan yang disokong oleh Arius itu telah disamarkan oleh kecenderungan untuk mencapkan sebarang Jemaat yang berselisih atas dasar Alkitab dengan struktur Athanasia, dengan nama jurucakap atau daerah mereka pada masa itu – lantas adanya gelaran seperti Arianisme, Eusebianisme atau Albigensianisme atau Waldensianisme. Bagaimanapun, jika catatan-catatan mengenai pandangan Arius itu benar-benar betul, dia telah membuat beberapa kesilapan berat di dalam ideanya tentang kedudukan Kristus. Kumpulan-kumpulan ini nampaknya adalah sebahagian dari sejarah panjang Kekristianan berasas Alkitab yang berterusan.
Penghapusan Arianisme sebagai satu sistem saingan merupakan salah satu dari faktor terpenting di dalam pembangunan tamadun Eropah moden; kerana jika kaum biadap penakluk itu percaya di dalam satu bentuk Kekristianan sementara kaum yang lebih lemah percaya pada bentuk lain, pastinya tidak ada kemajuan yang berlaku (ERE, p. 783).
Berdasarkan petikan-petikan di atas mengenai tingkahlaku mereka yang kononnya kaum biadap itu, mungkin kita tertanya sama ada kita masih lagi menjadi mangsa kepada propaganda yang sama. Sebagai contoh, istilah Vandal telah disamakan ertinya dengan pemusnahan sembarangan, sedangkan kaum Vandal dari mana istilah ini datang merupakan umat-umat Kristian yang kononnya telah diinsafkan oleh maharaja Arian iaitu Valens (364-378) (Cath. Encyc., art. Vandals, Vol. XV, halaman 268).
Kaum Vandal telah memusnahkan patung-patung di Rom, disebabkan tanggapan mereka terhadap tuntutan-tuntutan perintah kedua itu berkenaan penyembahan patung-patung berhala. Pandangan mereka, seperti semua puak-puak utara, adalah serupa dengan pandangan timur yang disarankan oleh Arius, namun ia tidaklah sama. Adalah penting untuk membina semula pandangan Arius itu. Harnack (Hist. of Dogma, Vol. iv, halaman 15) telah menyenaraikan lapan ciri pandangan yang diajukan oleh Arius:
(1)Ciri Allah yang Maha Esa adalah kesendirian dan keabadian. Dia tidak dapat mengeluarkan apa-apa dari intisariNya sendiri. Dia bukan selalunya Bapa, tetapi hanya setelah Dia memperanakkan (iaitu mencipta) Anak.
(2)Kebijaksanaan dan Firman (8@(@H [logos]) hadir di dalam Tuhan ini, namun mereka adalah kuasa-kuasa dan bukannya perwatakan.
(3)Untuk mencipta alam semesta ini, Tuhan telah mewujudkan suatu makhluk/bahan yang bebas (@ŪF4" [ousia] or ßB`FJ"F4H [hupostasis]) sebagai peralatan dengan mana segala sesuatu diciptakan.
(4)Perihal bahanNya, Anak ini adalah seorang makhluk berasingan dari Bapa, berbeza daripadaNya di dalam bahan dan sifatnya. Seperti semua makhluk-makhluk yang dapat berfikir, Anak itu dianugerahkan dengan kehendak bebas, dan dengan itu mampu berubah.
(5)Anak ini bukan sebenarnya Tuhan, tetapi adalah yang digelar sebagai Firman dan Kebijaksanaan. Dia tidak memiliki pengetahuan mutlak tetapi cuma pengetahuan relatif tentang Bapa itu.
(6)Bagaimanapun, Anak ini tidak seperti makhluk-makhluk yang lain. Dia adalah makhluk sempurna (6J\F:" JX8,4@< [ktisma teleion]) dan telahpun menjadi Tuhan, hingga kita boleh memanggilnya 'Tuhan tunggal yang diperanakkan' dan sebagainya.
(7)Kristus telah mengambil bentuk tubuh sebenar, namun ia adalah Fä:" ˛RLP@<, [soma apsuchone], iaitu Logos mengambil tempat jiwanya. Dari catatan injil kita ketahui bahawa Logos ini bukanlah suatu makhluk yang benar-benar sempurna, namun mampu mengalami penderitaan.
(8)Di kalangan makhluk-makhluk ciptaan, Roh [Kudus] ditempatkan di sisi Anak itu sebagai suatu intisari kedua dan bebas. Menurut Arius, nampaknya Roh itu adalah hasil ciptaan Anak.
Foakes-Jackson meneruskan huraian Harnack:
Maka begitulah Arianisme – suatu teori tentang hubungan-hubungan sesama Watak-watak Trinitas itu berdasarkan secara nominal pada kata-kata alkitab, namun sebenarnya didapati melalui cara-cara ahli falsafah kafir. Ia membawa kepada sama ada politeisme dengan membenarkan kewujudan Logos itu sebagai seorang Tuhan kedua, ataupun kepada Unitarianisme Yahudi dengan menyangkal Ketuhanan sejatiNya (ERE, art. Arianism, halaman 777).
Pertimbangan ini memperlihatkan masalah-masalah yang telah kami gariskan di dalam karya ini. Dari atas, kini kita dapat melihat bahawa tanggapan bahawa Arianisme percaya bahawa Kristus telah mencipta Roh Kudus itu, telah diajukan oleh Harnack, yang dipetik dari komen Athanasia awal. Ia nampaknya didasarkan pada posisi alkitab bahawa Kristus telah mencipta segala sesuatu di langit dan di bumi (Efesus 3:9; Kolose 1:16). Pandangan ini dikatakan dipunyai oleh Arius, oleh pihak Athanasia. Sukar dipercayai yang dia sanggup memegang pandangan sedemikian yang begitu tidak masuk akal sekali secara falsafah hinggakan ia bertentangan dengan arah tujuan umum pandangannya. Ianya lebih mungkin bahawa Harnack telah membawa masuk, sebagai seorang ahli teologi, propaganda yang sudah pasti ditentang oleh seorang ahli falsafah. Lebih penting lagi. Arius mendasarkan hujah-hujahnya pada Kitab Suci dan Alkitab menunjukkan bahawa Roh Kudus ditempatkan oleh Tuhan bersama dengan Anak dan Roh itu terbit dari Bapa melalui Anak. Maka Roh itu berasal dari Bapa melalui Anak dan bukannya dari kedua-duanya. Rumusan pandangan yang dikaitkan kepada Arius di dalam lapan perkara seperti di atas membolehkan suatu analisa yang mudah. Kesilapan-kesilapan dapat dikenalpasti di dalam pandangan tersebut dengan membandingkannya dengan pandangan Alkitab. Pandangan ini dirumuskan menurut poin-poinnya:
(1)Ini adalah betul kecualilah di mana komen bahawa Tuhan tidak dapat mengeluarkan apa-apa dari intisariNya sendiri kurang jelas dan maksudnya tersembunyi. Hakikat bahawa Tuhan mencipta segala sesuatu (alam semesta J" BV<J" [ta panta]) dari kehendakNya (Wahyu 4:11) menunjukkan bahawa Dia menjadikan diriNya Bapa dari keabadianNya yang kekal dan dengan itu, dalam konteks inilah Dia bersendirian. Kristus dan Elohim wujud selamanya dalam waktu kerana waktu tercipta dari penghasilan kumpulan Elohim itu. Kesemua entiti ini memiliki kudrat ilahi melalui Roh Kudus seperti mana juga umat pilihan mengambil bahagian di dalam kudrat Ilahi itu (2Petrus 1:4).
(2)Kebijaksanaan dan Firman itu tinggal di dalam Tuhan sebagai kuasa-kuasa dan bukannya watak-watak, terbentuk dari konsep-konsep di mana intisari Ilahi itu menjanakan aktiviti tersebut dan dengan itu Logos menjadi suatu manifestasi ciri Tuhan ini.
(3)Penciptaan alam semesta oleh seorang makhluk bebas terbit dari posisi alkitab di atas. Ramai anak-anak telah dijadikan (rujuk Ayub 1:6; 2:8-47).
(4)Pemisahan Bapa dari Anak sebagai Makhluk-makhluk berasingan adalah betul menurut Alkitab, di mana suatu Makhluk adalah sesuatu yang wujud dan mereka berdua wujud sebagai identiti mereka sendiri, jadi, mereka adalah Makhluk-makhluk berasingan. Menegaskan bahawa mereka bukan Makhluk adalah menyerupai Gnosticisme Basilidea atau agama Buddha. Pernyataan bahawa mereka mempunyai intisari bahan serta sifat berbeza adalah suatu pernyataan yang terlalu ringkas yang menyalahfaham posisi Alkitab. Bani syurgawi berkongsi di dalam intisari bahan serta sifat Tuhan. Namun begitu, setiap satunya memiliki pemahaman menurut pernyataan diri Bapa yang diberikanNya dengan rela, iaitu posisi Alkitab. Seluruh kitab yang disebutkan sebagai Apocalypse atau Revelation (Wahyu) adalah suatu Wahyu dari Allah kepada Yesus Kristus. Ia disalahnama betul-betul kerana tanggapan ini (lihat karya Binitarianisme dan Trinitarianisme [076]).
(5)Pengenalan relatif yang dimiliki Anak tentang Bapa diketahui dari Alkitab dan tidak boleh disangkal.
(6)Persoalan tentang Kristus menjadi Tuhan timbul dari binaan semula Thalia milik Arius. Penegasan bahawa Kristus telah menjadi Tuhan dari kebangkitannya adalah tidak betul dari segi pandangan Alkitab. Dia adalah Tuhan dari penciptaannya (Mazmur 45:6-7); (rujuk Kolose 1:15 serta karya Malaikat YHVH [024]).
(7)Logos mengambil alih tempat jiwa adalah suatu binaan doktrin jiwa oleh pihak Athanasia. Logos menjadi manusia menurut gambar Tuhan. Umat pilihan dengan mengambil bahagian di dalam kudrat ilahi juga menjadi sama dengan gambar Tuhan oleh mengambil gambar Kristus (Roma 8:29), yang merupakan gambar Allah yang tidak kelihatan, selaku prõtotokos penciptaan Tuhan (Kolose 1:15). Oleh itu, makhluk-makhluk ciptaan memiliki kehendak bebas namun satu bersama Bapa melalui kudrat ilahi itu.
(8)Penciptaan Roh Kudus hanya mungkin sebagai manifestasi suatu ciri Allah.
Menyalahanggap Roh Kudus itu sebagai seseorang mengakibatkan timbulnya penegasan-penegasan mengenai Arianisme. Posisi Unitarian lebih mudah diterangkan dari apa yang dikaitkan kepada Arius itu di Nicaea. Roh Kudus dihasilkan oleh Tuhan untuk memberi kemampuan kepada penciptaan untuk menjadi satu dengan Dia (lihat bawah). Oleh itu, teologi itu gagal untuk memahami isu tersebut. Arianisme, apabila diperiksa semula berbanding ajaran sebenar Alkitab, dengan anggapan ia telah direkod dengan betul tetapi mungkin tidak, adalah silap. Namun seperti yang telah dinyatakan sebelumnya, kesilapannya tidaklah sebegitu ketara seperti posisi teologi Nicęa yang ingin menindasnya. Unitarianisme tidak mempunyai masalah sebegitu. Masalah logik Nicęa seterusnya timbul dari sini.
Menewaskan Sabellianisme dengan Andaian-andaian Palsu
Premis bahawa Kristus adalah sama abadi dan sama setara dengan Allah Bapa disalahanggap sebagai pernyataan syarat-syarat kesatuan bersama. Doktrin ini kemudiannya digunakan untuk mengalahkan golongan Sabellian yang percaya bahawa:
nama-nama Bapa, Anak dan Roh Kudus, sebagai hampir bukan-entiti; menegaskan bahawa nama-nama ini bukannya digunakan untuk menandakan makhluk berlainan, tetapi merupakan sifat-sifat Allah yang berlainan, seperti juga ramai yang lain yang seumpamanya.
Dalam kata lain, Bapa adalah Anak dan Anak adalah Bapa tanpa sebarang susunan ataupun pembezaan (ibid.). Andaian bahawa kesatuan bersama memerlukan sifat-sifat Allah ada di dalam Kristus, iaitu keabadian bersama dan kesetaraan bersama, berserta ciri-ciri kemahakuasaan dan kemahapengetahuan, merupakan kesilapan asas Nicęa/Constantinople dan Trinitarianisme.
Kesatuan Bersama menurut
Alkitab
Roh Kudus adalah kuasa Tuhan yang digunakan untuk menyalurkan keselamatan kepada umat pilihan. Ianya suatu bahan dan oleh itu, umat pilihan adalah mereka yang:
· telah ditakdirkan dari mula dan dipanggil bertaubat (Roma 8:29);
· dibaptiskan dengan diselamkan ke dalam air sebagai seorang dewasa yang bertaubat (Matius 28:19 et. al.);
· dianugerahkan Roh Kudus dengan meletakkan tangan padanya oleh pelayanan Yesus Kristus seperti yang difahami dari Pentakosta; dan
· tidak berbuat dosa, iaitu pelanggaran hukum (1Yohanes 3:4,9);
· dan oleh itu mempunyai meterai Allah, ditandakan oleh pemeliharaan hari Sabat serta Paskah (Keluaran 12:14; 13:9; 20:8 dan seterusnya).
Mereka lahir dari Allah dan kerana itu adalah satu dengan Bapa melalui operasi Roh Kudus. Andaian bahawa operasi penyatuan bersama oleh Roh Kudus terbatas kepada Kristus yang terbit daripada Bapa berpunca dari salahfaham terhadap teks pada 1Korintus 6:3:
Tidak tahukah kamu, bahwa kita akan menghakimi malaikat-malaikat?
Ayat tersebut merujuk kepada bani malaikat yang telah jatuh namun ia telah dianggap bahawa tugas penghakiman umat malaikat akan diserahkan kepada umat pilihan juga. Posisi ini tidak memahami Masalah Kejahatan sebagai beroperasi di luar kehendak Tuhan dan bahawa posisi tersebut adalah relatif kepada suatu hubungan ketaatan dengan Tuhan.
Posisi perpaduan monoteis dalam kehendak, dengan Bapa dan oleh itu penyatuan bersama, dikongsi oleh semua Umat Syurgawi sehinggalah mereka menderhaka. Oleh itu, Lucifer atau Iblis adalah satu bersama dengan Bapa sama seperti Kristus adalah satu bersama; tercipta oleh pengeluaran Roh itu sama seperti angkatan Elohim yang lain. Jika mereka tidak tercipta dari roh di dalam sifat dan bentuk asas mereka maka bani syurgawi itu secara logiknya bersifat politeis dan strukturnya terbahagi. Monoteisme secara logiknya menuntut pelanjutan kesatuan bani syurgawi itu untuk meliputi semua makhluk di dalamnya agar Tuhan berada semua di dalam semua. Manusia diberikan Roh Kudus itu agar mereka menjadi sama seperti para malaikat. Ini adalah maksud di sebalik Lukas 20:36. Ia berbunyi:
ĘFV((,8@4 (VD
,ĘF4<
(isaggeloi gar eisin)
mereka sama seperti
malaikat-malaikat.
Istilah ini membawa bersamanya konsep sama seperti suatu aturan dan ini secara logiknya perlu bagi Monoteisme agar divisi politeis itu tidak diperkenalkan.
Malaikat-malaikat sebagai
Anak-anak Tuhan
Konsep bahawa para malaikat tidak termasuk di dalam istilah theoi atau tuhan-tuhan hanya boleh dirujukkan dari komen-komen Irenaeus:
Tiada lagi yang dipanggil Tuhan oleh kitab suci melainkan Bapa segalanya dan Anak, serta mereka yang memiliki pengangkatan sebagai anak.
Penggunaan istilah pengangkatan itu ditujukan khususnya kepada umat pilihan namun istilahnya yang lebih tepat adalah dilahirkan. Setiap umat pilihan adalah anak Tuhan yang lahir dari roh pada pembaptisan.
Bani Syurgawi memangpun adalah anak-anak Tuhan yang diperanakkan. Kristus adalah satu-satunya Anak Tuhan yang dilahirkan. Monogenes theos (dari Yohanes 1:18, yang sepatutnya berbunyi Tuhan tunggal yang dilahirkan, dan bukannya anak tunggal) adalah Tuhan yang berbicara; Ho Legon bagi orang-orang Yunani.
Mazmur 82:6 Aku sendiri telah berfirman: "Kamu adalah allah [elohim], dan anak-anak Yang Mahatinggi kamu sekalian. --
Kristus, Manusia, Bani Syurgawi dan Kudrat Ilahi
Komen pada 2Petrus 1:4 mengenai bagaimana manusia mengambil bahagian di dalam kudrat ilahi itu, tidak difahami oleh Athanasius di dalam maksud asalnya. Maka kudrat atau sifat ilahi itu adalah relatif dan bergantung pada ketaatan dan mengakui penambahan serta pengurangan. Yohanes 1:12 menyatakan:
Tetapi semua orang yang menerima-Nya diberi-Nya kuasa supaya menjadi anak-anak Allah, yaitu mereka yang percaya dalam nama-Nya
Oleh itu golongan Arian/Eusebian dan sebagainya, memahami bahawa manusia melalui kesempurnaan dan pengambilan bahagian di dalam kudrat ilahi itu akan menjadi Tuhan dan dari kata-kata Tuhan sendiri: “Aku telah memperanakkan dan mengangkat anak-anak”, bahawa terdapat ramai anak. Penekanan pihak Athanasia ke atas penderhakaan anak-anak itu tidak memperkecilkan hakikat tentang kewujudan mereka di syurga dan juga di bumi. Petikan pada Yohanes 17:11 supaya mereka menjadi satu sama seperti Kita bermakna bahawa kesatuan yang dikongsi Kristus dengan Tuhan merupakan kesatuan yang dikongsikan umat pilihan dengan Tuhan. Golongan Athanasia menganggap hal ini sebagai sesuatu yang keji kerana mereka tidak memahami konsep Anak-anak Tuhan. Demi menghadkan perluasan Roh itu, idea yang tidak masuk akal secara falsafah mengenai kudrat ilahi, yang menolak sebarang penambahan dan pengurangannya, telah diajukan. Ketuhanan asas juruselamat dipercayai memastikan pengetahuannya serta pengertiannya.
Tiada apa-apa dari sifat Logos atau Sophia yang ilahi itu boleh hilang di dalam proses penjelmaan Anak itu sebagai manusia, kerana kudrat ilahi menurut definisinya menolak sebarang penambahan atau pengurangannya (Gregg dan Groh, halaman 13).
Pendirian ini kini mengikat pihak Athanasia sepenuhnya kepada bidang dakwaan-dakwaan bukan alkitab tentang kemahakuasaan dan kemahapengetahuan penuh Kristus padahal hakikatnya dia jelas mengatakan bahawa terdapat hal-hal yang tidak diketahuinya (contohnya waktu kedatangannya). Dia juga mengatakan bahawa dia menurut perintah Bapa sekalipun dan khususnya di dalam pemilihan umat pilihan. Akan ditunjukkan kemudiannya bahawa ianya betul-betul disebabkan kemahakuasaan Allah Bapa maka semua ini terjadi begini.
Pengetahuan yang ada pada tangan golongan terpelajar Athanasia bukan saja dari Alkitab tetapi dari Irenęus di mana: Kebergantungan pada kehendak Tuhan bererti memiliki pengetahuan seimbang mengenaiNya, sesuai dengan apa yang dikehendakiNya. Posisi seimbang serta pergantungannya ini dinyatakan oleh Kristus. Kristus tidak dapat memberikan kedudukan sebelah kanan atau kirinya, ini disediakan oleh Bapa (Matius 20:23). Kristus tunduk secara langsung kepada kehendak Bapa dari Yohanes 4:34 dan 6:38:
“Makanan-Ku ialah melakukan kehendak Dia yang mengutus Aku”, dan
“Sebab Aku telah turun dari sorga bukan untuk melakukan kehendak-Ku, tetapi untuk melakukan kehendak Dia yang telah mengutus Aku”.
Kristus menundukkan kehendaknya dari Lukas 22:42 dan kerana itu dapat disimpulkan bahawa dengan menundukkan kehendaknya dengan rela dia mengerjakan kemampuannya membuat pilihan moral. Memetik dari karya Cox Penciptaan: Daripada Teologi Antropomorfik kepada Antropologi Teomorfik (B5), halaman 76:
Roh yang satu dan sama mengerjakan semua hal-hal ini, membahagikan kepada setiap individu menurut kehendaknya (1 Korintus 12:11). Gregg dan Groh mengatakan tentang konsep ini (pada halaman 11):
Apa yang nampaknya difikirkan Arius bergerak sejajar dengan suatu skema antropologikal Kristian lama mengenai makhluk di bawah pimpinan Roh Kudus (iaitu seseorang yang mengambil bahagian di dalam roh) yang tidak diberikan pengetahuan tentang Tuhan sebagaimana yang dia ada tentang dirinya (Irenęus mengatakan 'kebesarannya' dan 'kemuliaannya yang tidak terperi') dan yang mana kebolehannya untuk mengerti bergantung pada pernyataan rela Bapa tentang diriNya sendiri (Arius: 'dengan kuasa dengan mana Tuhan melihat;' Irenęus: 'Tuhan sekalipun memberikan ini kepada mereka yang mengasihiNya, iaitu, kemampuan melihat Tuhan')
Bahawa Anak mempunyai pengalaman terhad atau seimbang mengenai Bapa nampaknya menunjukkan kepada Arius bahawa Kristus, sama seperti makhluk-makhluk lain, telah ditentukan peranannya sebagai seorang pelayan setia yang hidup melalui iman di dalam Bapanya.
Seperti yang ditunjukkan di situ, teori-teori Platonik mengenai gabungan dengan Yang Satu bertentangan kepada pernyataan Teofanik yang bersyaratkan penurutan. Atas sebab inilah maka skema Kristian awal itu telah ditinggalkan, bukan kerana sebarang perintah dari penceritaan alkitab mahupun logik. Kisah Alkitab menekankan pekerjaan setia keimanan Anak itu di dalam Bapa yang merupakan suatu contoh penggenapan sempurna hukum itu. Ini dilakukan agar umat pilihan mempunyai satu teladan sempurna untuk diikuti.
Pihak Athanasia cuba untuk menghubungkan Bapa dan Anak bersama-sama dengan satu Roh yang tidak relatif di dalam aplikasinya, lantas mengecualikan kumpulan malaikat dan menghadkan potensi umat pilihan. Ianya dilakukan bertentangan kepada perintah-perintah Alkitab dan melawan bukti jelas Jemaat awal, nampaknya untuk bertolak ansur dengan pengaruh pagan serta neo-Platonik dan terutamanya kesan-kesan kultus-kultus misteri. Perintah-perintah lain serta yang tidak disebutkan telah berdasarkan pada kumpulan-kumpulan penguasa bangsa-bangsa yang telah memeluk iman Kristian awal yang kini dilabelkan sebagai Arian seperti kaum Vandal dan kaum Goth. Oleh itu, perdebatan yang paling menyemarakkan perasaan serta melibatkan peperangan di dalam sejarah telah dimulakan, yang berdasar pada premis-premis luar alkitab, khususnya dengan tujuan memaksa orang-orang yang tidak mahu menerima saranan-saranan yang tidak dapat dibuktikan melalui alkitab untuk menonjolkan diri mereka. Namun, pihak Athanasia telah terdedah kepada hujah-hujah tentangan dari golongan Sabellian, kerana penyangkalan mereka terhadap pendirian Alkitab. Doktrin Trinitas kemudiannya dibentuk sepenuhnya seperti yang dinyatakan oleh Calvin.
Para doktor berkelayakan yang memikirkan demi kepentingan kesalehan diri, kemudiannya, demi mengalahkan ketidakikhlasan [Sabellius], mengisytiharkan bahawa tiga intisari harus diakui sepenuhnya wujud di dalam Tuhan yang satu. Agar mereka dapat menghindari kelicikan berputarbelit dengan kebenaran terbuka yang mudah, mereka menegaskan bahawa suatu Trinitas Oknum hidup di dalam Allah yang satu, atau (yakni perkara yang sama) di dalam kesatuan Tuhan. (Calvin, op. Cit., halaman 112)
Pendirian di atas salah pelanjutannya, satu Trinitas Oknum yang hidup di dalam satu Tuhan di mana ianya terbatas kepada tiga watak itu sahaja bukanlah perkara yang sama dengan Kesatuan Tuhan yang meliputi ketiga-tiga entiti tersebut. Pertimbangan yang digunakan di dalam pertikaian-pertikaian itu adalah tidak munasabah dan tidak layak bagi seorang umat Kristian pada sebarang tahap pemahaman. Gereja kemudiannya menggunakan pendirian yang diperbuat ini untuk mendirikan rencana penghapusan yang paling kejam dan dengan kesan yang paling meluas yang pernah terlihat di dalam sejarah manusia.
Ujian Asas bagi Trinitarianisme
Brunner dan sememangnya Calvin tidak memahami masalah persoalan asal-usul Ketuhanan itu. Semua umat Trinitarian menganggap bahawa posisi ketuhanan Kristus adalah posisi keabadian dan kesetaraan bersama. Keabadian dan kesetaraan bersama ini merupakan ujian asas bagi mengenalpasti posisi trinitarian utama. Penafsiran mekanisme Roh Kudus hanyalah satu isu kecil antara Trinitarianisme asal dan Trinitarianisme yang diubahsuai. Pencalonan Roh Kudus sebagai satu kuasa dan bukannya satu oknum tidak menyingkirkan nama Trinitarian. Definisi Calvin bagi suatu oknum berhubung Ketuhanan itu mendedahkan pertimbangan palsu di dalam cuba membezakan antara mengatakan bahawa Roh Kudus adalah satu kuasa sebalik mengatakan ianya suatu oknum. Ataupun untuk hal ini mengatakan bahawa entiti-entiti lain itu adalah atau bukan oknum. Calvin mendefinisikan istilah-istilah yang digunakan oleh ahli-ahli teologi trinitarian untuk menerangkan logik pendirian mereka seperti berikut:
Dengan oknum, saya maksudkan suatu hidupan yang, sementara berkait kepada yang dua lagi, adalah berbeza dari mereka dari segi sifat-sifat yang tidak boleh dikongsikan. Dengan hidupan kita inginkan sesuatu maksud lain dari intisari. Kerana jika Firman itu sekadar Tuhan sahaja, dan tidak mempunyai apa-apa sifat yang mencirikan dirinya sendiri, maka ucapan Yohanes pasti tidak tepat bahawa dia telah sentiasa ada bersama dengan Allah. Apabila dia menambah serta-merta kemudiannya bahawa Firman itu adalah Tuhan, dia menumpukan perhatian kita kembali kepada intisari yang satu itu. Namun oleh kerana dia tidak mungkin bersama dengan Tuhan tanpa tinggal di dalam Bapa, maka wujudlah hidupan tersebut, yang, walaupun terikat kepada intisari itu oleh suatu hubungan yang tidak boleh diputuskan, dan tidak mampu terpisah, mempunyai tanda khusus dengan mana ia dibezakan daripadanya. Kini saya mengatakan bahawa setiap satu dari tiga hidupan itu, walaupun terikat kepada yang lain, adalah dibezakan oleh sifat-sifatnya sendiri. Di sini, ikatan tersebut khususnya ditekankan, kerana, apabila Tuhan disebutkan begitu saja dan tidak pasti, maka nama tersebut sama-sama dimiliki Anak dan Roh selain dari Bapa. Bagaimanapun bilamana Bapa dibandingkan dengan Anak, sifat khusus masing-masing membezakan antara mereka. Sekali lagi dinyatakan, apa sekalipun yang dimiliki setiap satu tidak boleh dikongsikan, kerana tiada apapun yang boleh dipakai bagi atau dipindahkan kepada Anak dari apa yang mencirikan Bapa selaku tanda kelainan. Saya tiada bantahan terhadap penggunaan definisi Tertullian, asalkan betul-betul difahami 'bahawa terdapat di dalam Tuhan suatu susunan atau ekonomi tertentu, yang tidak mengubah kesatuan intisari itu' – Terull. Lib. Contra Praxeam. (Calvin, op. cit., halaman 114-115)
Daripada definisi istilah-istilah trinitarian itu, ianya tidak masuk akal untuk mengatakan bahawa Roh Kudus bukan suatu oknum tetapi sebaliknya satu kuasa yang terbit dari Tuhan (melainkan kuasa itu diperluaskan). Sama ada ini dari Allah Bapa seperti dalam posisi trinitarian awal ataupun dari kedua-dua Bapa dan Anak, iaitu klausa Filioque sebagaimana ianya dikenali.
Hubungan Filioque Roh Kudus
kepada Allah dan kepada Kristus dalam Trinitarian Barat
Asas Dakwaan tersebut
Galatia 4:6 mengatakan bahawa:
Allah telah menyuruh Roh Anak-Nya ke dalam hati kita, yang berseru: “ya Abba, ya Bapa!”
Roma 8:9 merujuk kepada Roh Kristus. Filipi 1:19 merujuk kepada Roh Yesus Kristus, Matius 10:20 mengatakan:
Karena bukan kamu yang berkata-kata, melainkan Roh Bapamu; Dia yang akan berkata-kata di dalam kamu.
Oleh kerana 1Korintus merujuk kepada Roh Allah yang mengenali segala hal-hal Allah, dan dari atas, dipercayai bahawa Kristus adalah sama-sama Allah dan bahawa Roh Kudus itu mempunyai hubungan sama terhadap Anak seperti mana terhadap Bapa (Maas CE, op. cit.). Perarakan Roh tersebut adalah Filioque atau dan dari Anak. Maas menegaskan bahawa Anak mengutus Roh itu, dari Lukas 24:49. Bagaimanapun, perhatikan bahawa ayat itu menyatakan ianya adalah janji Bapa, maka penghantaran tersebut hanya mungkin berbentuk subordinat. Tanpa mengira bantahannya yang jelas, dari ini dapat disimpulkan bahawa Roh Kudus datang dari Anak dan ini telah menjadi satu isu di dalam Jemaat Athanasia dari Toledo setelah penukaran kaum Goth dari Arianisme pada tahun 586. Perarakan berdua ini pada mulanya telah dibentangkan oleh Petavius (Lib. VII, cc. iii sqq.). Ini berlaku di dalam apa yang disebut sebagai Pernyataan Iman (Creed) Athanasian yang bermula lama sesudah Constantinople (sekitar 381).
Di dalam pertikaian-pertikaian Sepanyol, ia telah dibentangkan oleh Leo I kepada Turribus, iaitu Biskop dari Astorga (Ep. XV) sekitar tahun 447; sebelum tibanya pelbagai Sidang Majlis Toledo pada sekitar tahun 447, 589 (III) (selepas zaman Arian atau Unitarian), 675 (XI), 693 (XVI). Klausa Filioque ini adalah selepas zaman Arian di Sepanyol. Ianya menjadi perlu untuk terus mempertahankan posisi tersebut di dalam tulisan-tulisan seperti surat Paus Hormisdas kepada Maharaja Justinus (Ep. LXXIX) 521. Dithelite Martin I (649-655) menggunakan ekspresi tersebut di dalam tulisan-tulisannya menentang kumpulan Monothelites di Constantinople. Kontroversi Barat pertama berhubung perarakan berdua itu didakwa oleh Maas telah diadakan dengan utusan-utusan Constantine Capronymus (741-775), (yang kononnya seorang anggota Paulicia; ERE art. Paulicians, Vol. 9, halaman 697) di dalam Synod (Persidangan Besar) Gentilly, berhampiran Paris pada zaman Pepin (767) (Maas CE art. Filioque, Vol. VI, halaman 73). Maka ianya diandaikan bahawa kumpulan Paulicia tidak menerima perarakan berdua itu. Bagaimanapun, bukan saja kumpulan Paulicia dan pihak Timur yang tidak menerima klausa Filioque itu tetapi juga kumpulan Unitarian, yang digelar Arian, dan Sepanyol dikatakan adalah Arian sehinggalah tahun 586. Klausa Filioque itu telah hanya diluluskan di situ setelah pertukaran kepercayaan oleh kaum Visi-Goth. Lain-lain tulisan tentang Filioque ini adalah jawapan Paus Adrian I kepada Caroline Books, 772-795; Synod-synod Merida (666), Braga (675), dan Hatfield (680); tulisan-tulisan Paus Leo III (bertarikh tahun 816) kepada rahib-rahib Yerusalem; surat Paus Stephen V (bertarikh tahun 891) kepada Raja Moravia, Suentopolcus (Suatopluk), Ep. XII; simbol Paus Leo IX (bertarikh tahun 1054). Klausa ini juga ditangani oleh Sidang-sidang yang disebutkan di bawah.
Jemaat Timur menafikan perarakan berdua itu. Pada permulaan abad kesembilan, John dari Biara Sabas telah menuduh rahib-rahib Gunung Olivet melakukan bidaah kerana mereka telah memasukkan Filioque tersebut ke dalam pernyataan iman mereka. Lewat abad itu, Photius, iaitu Patriak Constantinople telah menafikan perarakan Roh Kudus dari Anak dan menentang pemasukan Filioque ke dalam Constantinopolitan Creed (Maas, op. cit.). Inilah nama dengan mana Pernyataan Iman Nicene dikenali pada asalnya di Sidang Chalcedon. Klausa itu tidak terkandung di dalam pegangan iman pada abad keempat. Di luar dari Gereja Katolik:
keraguan ke atas Perarakan berdua Roh Kudus ini telah berubah kepada penafian terbuka, di dalam Jemaat itu doktrin Filioque telah diisytiharkan sebagai dogma keimanan di dalam Sidang Lateran Keempat (1215), Sidang Lyon Kedua (1274), dan Sidang Florence (1438-1445) (Maas, op. cit.)
Maas berpendapat bahawa, oleh kerana Jemaat-jemaat Yunani dan Roma merupakan satu Jemaat sehinggalah abad kesembilan (Maas, op. cit., halaman 74):
ianya tidak mungkin pada awalnya bahawa Para Bapa sebelah Timur telah menafikan suatu dogma yang tekun dipelihara oleh sebelah Barat. Malahan, terdapat pertimbangan-pertimbangan tertentu yang membentuk bukti langsung bagi kepercayaan para Bapa Yunani di dalam Perarakan berdua Roh Kudus itu.
Maas mempercayai bahawa para Bapa Yunani membilang Oknum-oknum Ilahi itu dalam susunan sama seperti para Bapa Latin, (walaupun ini jelas sekali terbentuk dari rujukan di dalam Matius 28) dan mereka mengaku bahawa Anak dan Roh Kudus terikat secara logik dan secara ontologi sama seperti Anak dan Bapa ((Basil Ep. cxxv; Ep. xxxviii (alias xliii) dan Gregor. fratrem; Adv. Eunom. I, xx, III, sub init.). Komen jelasnya adalah bahawa Roh Kudus merupakan penghubung dan penasihat, oleh itu keduanya tidak memahami dengan betul posisi itu. Kedua; Maas berpendapat bahawa para Bapa Yunani menetapkan hubungan yang sama di antara Anak dan Roh Kudus seperti mana antara Bapa dan Anak; seperti mana Bapa adalah mata air bagi Anak, begitu jugalah Anak adalah mata air Roh Kudus (Athan., Ep. ad. Serap., I, xix, sqq.; De Incarn., ix; Orat. iii, adv. Arian., 24; Basil, Adv. Eunom., v, in P.G., XXIX, 731; rujuk Greg. Naz., Orat. Xliii, 9). Ketiga, Maas menegaskan bahawa petikan-petikan wujud di mana para Bapa Yunani menegaskan adanya perarakan itu daripada Anak: Greg. Thaumat., Expos. fidei sec., vers sęc. IV, in Rufinus, Hist. Eccl., VII, xxv; Epiphan., Hęr., c. lxii,4; Greg. Nyss., Hom. iii in orat. domin. (rujuk Mai, Bibl. nova Patrum, IV, 40 sqq.). Cyril dari Alexandria, Thes. ass. xxxiv; kanun kedua dari suatu synod empat puluh biskop yang diadakan pada tahun410 di Seleucia di Mesopotamia (rujuk Lamy, Concilium Seleucię et Ctesiphonte habitum a. 410, Louvain, 1869; Hefele, Conciliengeshichte, II, 102 sqq.; versi-versi Arab bagi Kanun-kanun Hyppolitus (Haneberg Canones Sti. Hyppoliti, Münster, 1870, 40, 76); penerangan Nestorian tentang Simbol itu (rujuk Badger, The Nestorians London, 1852, II, 79; Cureton Ancient Syriac Documents Relative to the Earliest establishment of Christianity in Edessa, London, 1864, 43; The Doctrine of Addai, the Apostle, ed. Phillips, London, 1876.
Maas menangani Yohanes 15:26 dengan cara yang paling tidak memuaskan sekali dan langsung menyatakan bahawa perarakan Roh Kudus dari Anak tidak disebutkan di dalam Pernyataan Iman Constantinople:
kerana Pernyataan Iman ini ditujukan terhadap kepalsuan Macedonia itu, di mana ianya mencukupi untuk mengisytiharkan perarakan Roh Kudus dari Bapa.
Maas mengaku bahawa Filioque tersebut tidak ada di dalam Pernyataan Iman Constantinople (yang disalahpanggil sebagai Pernyataan Iman Nicene; kanun-kanun relevan sidang tersebut telah dibentuk semula dari Constantinople (CE, artikel-artikel mengenai Sidang tersebut, serta isu-isu relevan)). Maas mengaku bahawa klausa itu mula-mula sekali telah ditambah kepada upacara di Sepanyol setelah pemelukan agama oleh kaum Goth dan Toledo. Hakikatnya adalah bahawa Jemaat Barat tidak pernah memegang posisi Filioque itu secara seragam sehingga abad keenam dan sememangnya tidak pernahpun menjadi Trinitarian seragam. Orang-orang Yunani betul di dalam menolak doktrin tersebut sebagai tidak berasaskan alkitab. Selanjutnya, para Bapa Ante-Nicene (sebelum Nicene) yang dirujuk sebagai sokongan adalah semuanya bersifat subordinationis. Pernyataan Iman Nicene itu merupakan suatu pengakuan yang dibina semula, tidak betul secara logik dan tidak berdasarkan alkitab. Penjelasan mengenai Roh Kudus itu tidak masuk akal melainkan Roh dikenalpasti hanya sebagai intisari Tuhan yang keluar kepada Anak dan dari Anak kepada umat pilihan yang kemudiannya menjadi Anak-anak Tuhan, sama seperti Kristus adalah seorang Anak Tuhan dan dengan itu semuanya adalah theoi atau elohim.
Perarakan Roh Kudus
Yohanes 15:26 memegang kunci muktamad kepada masalah ini; dengan menyatakan:
Jikalau Penghibur (parakletos) yang akan Kuutus dari Bapa datang, yaitu Roh Kebenaran yang keluar dari Bapa, Ia akan bersaksi tentang Aku.
Maka Roh Kudus terbit dari Bapa namun di bawah arahan Anak sebagai suatu alat kawalan yang mengikat seluruh bani syurgawi bersama di dalam suatu hubungan subordinat kepada theos atau elohim mereka. Mereka bersama-sama, iaitu theos dan bani itu adalah subordinat kepada Bapa, (bentuk akusatif ton Theon atau Eloah). Yohanes 16:7 memberikan konsep yang sama dan menghubungkan itu kepada keperluan untuk kembali kepada Bapa sebelum pengutusan Roh Kudus itu dan pada masa yang sama menghubungkan proses tersebut kepada penghakiman Iblis. Melalui tindak-tanduknya, Anak telah menghakimi Iblis dan mendamaikan umat manusia kepada Tuhan. Roh Kudus kemudiannya dapat diutus oleh Kristus tetapi hanya menurut arahan Allah Bapa kepada umat pilihan yang telah dikenalpasti Allah Bapa. Inilah apa yang berlaku di dalam Yohanes 20:22 (lihat juga karya Malaikat YHVH [024]).
Oleh itu, kawalan Kristus terhadap Roh adalah bersyarat dan bersifat subordinat. Bapa mengutus Anak (Roma 8:3) dan Bapa mengutus Roh Kudus (Yohanes 14:26). Oleh itu boleh dikatakan bahawa Roh keluar dari Bapa melalui Anak. Setelah dia menerima Roh itu dari Bapa, seperti yang telah dijanjikan, dia mencurahkannya kepada umat pilihan (Kisah 2:33) dan dengan berlimpahan, di mana umat pilihan dibenarkan melalui kasih karunia Mesias (Titus 3:6-7). Roh itu tidak diberikan secara terbatas (Yohanes 3:34). KJV cuba menghadkan karunia Roh ini kepada Kristus namun ianya tidak disokong teks-teks lain. NIV menyatakan bahawa Tuhan memberikan Roh tanpa batasan. Manisfestasi Roh itu diberikan demi kebaikan umum. 1Korintus 12:4-11 menunjukkan sembilan aspek kepada karunia Roh berlipat tujuh iaitu hikmat/pengetahuan, iman, penyembuhan, kuasa atau mukjizat, nubuatan, pembezaan bermacam-macam roh serta berkata-kata dan menafsirkan bahasa roh. Karunia-karunia Roh ini menunjukkan seperti yang diperhatikan di tempat lain bahawa Roh diberikan tanpa batasan menurut keperluan. Premis-premis Trinitarian bahawa kudrat ilahi tidak mengalami penambahan atau pengurangan, ditiadakan oleh aspek ini.
Pada Yohanes 16:13-15, Kristus mengatakan
bahawa Roh itu akan memimpin umat pilihan kepada segala kebenaran, dengan tidak
berbicara menurut kata-katanya sendiri. Maka Roh adalah bersifat subordinat.
Roh bertujuan menyatakan hal-hal yang akan datang. Maka keterusan mata Tuhan
diberikan melalui Roh itu, namun ini tidak menjadikan Roh itu sendiri mempunyai
kemahapengetahuan seperti yang didakwa orang-orang tertentu. Ini adalah seperti
mengurniakan modem dengan kebolehan suatu komputer. Kristus mengatakan bahawa “segala yang dimiliki Bapa adalah milik aku” dan
pengetahuan inilah yang diberikan, iaitu apa yang telahpun diperuntukkan kepada
Kristus. Pernyataan segala yang dimiliki
Bapa adalah milik aku akan
mengakibatkan orang-orang tertentu menegaskan bahawa Kristus memiliki segala
yang dimiliki Bapa, jadi dia adalah maha mengetahui. Ini tidak sejajar. Kristus
bergantung pada kemahapengetahuan Bapa untuk perpindahan segala yang dia ada
dan kerana itu tidak memiliki sifat-sifat tersebut tetapi menerimanya melalui
bimbingan menurut pernyataan diri oleh Bapa. Dari posisi ini, Kristus tidak
mungkin setara bersama atau abadi bersama dalam batas istilah-istilah yang
digunakan Jemaat awal dan yang dinyatakan semula oleh Calvin. Sememangnya,
dakwaan bahawa kedudukan satu bersama itu bermaksud setara bersama dan abadi
bersama, menyingkirkan Kristus secara ontologi dari hubungan Bapa/Anak itu dan
tiada yang dapat didasarkan pada dakwaan sebegitu. Ianya tidak munasabah untuk
mencadangkan bahawa makhluk-makhluk sebegitu adalah setara bersama dan abadi
bersama namun masih bermakna dari segi penggunaan gelaran-gelaran Bapa dan Anak.
Pembelaan Trinitarian Terhadap Dilema Logikal Subordinationisme dan Sabellianisme
Pihak Trinitarian membela posisi mereka melawan kedua-dua subordinationisme Unitarian (yang disalahpanggil sebagai Arianisme) dan Sabellianisme logikal.
'Misi' atau 'pengutusan' seorang Oknum Ilahi oleh oknum yang lain tidak hanya bererti bahawa Oknum yang diutus itu mengambil watak tertentu, mengikut cadangan Dia yang Mengutus, seperti yang ditegaskan pihak Sabellian; ia juga tidak menggambarkan sebarang kerendahan darjat di dalam Oknum yang diutus itu, seperti yang diajar kumpulan Arian; tetapi ia menandakan menurut apa yang diajar oleh ahli-ahli teologi yang lebih bertauliah serta para Bapa, iaitu Perarakan Oknum yang diutus dari Oknum yang mengutus. Kitab Suci tidak pernah menyatakan bahawa Bapa diutus oleh Anak, ataupun Anak diutus oleh Roh Kudus. Idea sebenar istilah 'misi' menggambarkan bahawa oknum yang diutus, keluar untuk suatu tujuan tertentu melalui kuasaa pengutus itu, suatu kuasa yang digunakan ke atas oknum yang diutus itu melalui impuls fizikal, atau perintah, atau doa, atau terakhir sekali melalui pengeluaran; Perarakan, iaitu analogi pengeluaran, adalah satu-satunya cara yang dibolehkan bagi Tuhan (Maas, loc. cit., halaman 73)
Pernyataan mengenai para Bapa di atas hanya mungkin merujuk kepada para bapa selepas Nicene, kerana jemaat awal hampir keseluruhannya bersifat subordinationis atau seperti mana yang digunakan pihak Trinitarian, adalah kumpulan Arian. Sememangnya logik di atas adalah berciri creationist (penciptaan) di mana entiti-entiti berarak keluar dari kehendak Bapa atau secara ringkasnya; dikeluarkan oleh Bapa. Sama ada ianya dihasilkan atau dikeluarkan, kesannya tetap sama.
Dari suatu bacaan perihal Augustine, didapati bahawa dari abad keempat, di dalam Trinitas, kualiti dan intisari dipercayai adalah sama (City of God Bk. XI, Ch. 10): oleh itu kesatuan bersama bermakna bahawa Kristus memiliki kualiti-kualiti yang sama seperti Bapa. Augustine berpendirian bahawa Roh Kudus dipanggil di dalam Alkitab sebagai 'Roh Kudus' Bapa dan Anak dan bahawa Roh itu sama-sama tidak pernah berubah, dan abadi bersama (ibid.).
Sebab utama masalah teologi dan falsafah ini merupakan kegagalan ahli-ahli teologi abad keempat untuk memahami konsep asal suatu ketuhanan yang diperluaskan untuk meliputi makhluk-makhluk bani syurgawi hingga membolehkan kewujudan pelbagai theoi atau elohim di dalam suatu struktur kewujudan yang bersifat monoteis. Struktur tersebut telah diberi label salah Henoteisme.
Brunner mengatakan tentang doktrin Arian bahawa:
Logos telah pra-wujud, ini benar, namun ia tidaklah abadi. Maka Logos – bukannya Manusia-Tuhan dalam sejarah – tetapi Anak Abadi Tuhan yang belum lagi menjelma menjadi Manusia, adalah ilahi, yang pada masa yang sama adalah suatu makhluk. Idea Logos sebegini oleh Arianisme telah membawa doktrin Kristian ke dalam bidang mitologi politeis [penekanan ditambah]...Justeru itu, kesilapan doktrin ini harus ditolak dengan lebih keras lagi dari yang lain, dan dikecualikan dari doktrin Gereja sebagai “bidaah utama” (op. cit., halaman 222).
Brunner berbuat silap di dalam tidak memahami fungsi roh itu di dalam Monoteisme.
Brunner tidak memahami bahawa secara falsafah, dengan menyangkal proses perluasan Roh yang membolehkan kewujudan pelbagai theoi (1 Korintus 8:5) maka doktrin Trinitas telah menyangkal Monoteisme dan menjadi bergantung pada doktrin jiwa sama seperti kultus-kultus Mithras serta sistem-sistem animist sebelum mereka. Dengan memeluk doktrin jiwa itu serta menyangkal konsep Ketuhanan yang diperluaskan, Trinitarianisme secara logiknya menjadi politeis. Jadi tuduhan politeisme yang dilemparkan Brunner kepada pihak Arian betul-betul telah menjadi tempat jatuhnya golongan Athanasia sendiri. Sungguh menakjubkan sekali bahawa ahli-ahli teologi berfalsafah yang sehebat Brunner dan Calvin telah tertipu oleh gaya pertimbangan berbelit-belit di dalam perdebatan itu. Lebih menakjubkan lagi adalah hakikat bahawa, sungguhpun adanya hujah mengenai kesatuan bersama yang diajukan oleh Calvin, para pengikutnya telah ditahan dari berkumpulan dengan menyatukan bersama Jemaat dan Paderi (Dryden rujuk The Universal Oxford Dictionary, art. Consubstantiate, halaman 378). Kesatuan bersama ini atau di mana Anak menjadi satu bahan/intisari dengan Bapa telah digandingkan dengan keabadian bersama denganNya oleh J.H. Newman (ibid., Consubstantiality).
Konsep-konsep kesetaraan bersama mengikuti kemudiannya dari penghuraian-penghuraian trinitarian selanjutnya, yang juga tidak berasaskan Alkitab. Kumpulan Arian adalah silap di Nicęa tetapi bukan kerana alasan yang dinyatakan oleh Brunner. Sebaliknya kumpulan Athanasia telah melakukan kesilapan asas yang lebih besar lagi secara falsafah berbanding kumpulan Arian. Kesilapan-kesilapan tersebut dibincangkan di dalam karya Penciptaan: Daripada Teologi Antropomorfik kepada Antropologi Teomorfik pada bab-bab 3 dan 4. Apa yang menonjol di dalam perdebatan ini adalah bahawa kedua-dua pihak tidakpun membincangkan kebenaran teks kesaksian pada Ibrani 3:2 di mana Kristus jelas dinyatakan sebagai:
yang setia kepada Dia yang telah menjadikan-Nya, sebagaimana Musapun setia dalam segenap rumah-Nya.
Perkataan menjadikan itu telah diterjemahkan sebagai menetapkan di dalam teks-teks bahasa Inggeris untuk mengelak dari konsep diciptakan yang secara logiknya mustahil dielakkan. Namun pe