Jemaat-jemaat Allah Al Masehi

[087]

 

 

 

 

Mazmur Daripada Ibadat Bait

(Edisi 1.1 20040523-20041122)

 

Sistem Bait Suci menggunakan Mazmur-mazmur khusus dalam acara korban hariannya. Di sini kami kemukakan dan mengkaji Mazmur-mazmur itu.

 

 

 

Christian Churches of God

 

PO Box 369, WODEN ACT 2606, AUSTRALIA

E-mail: secretary@ccg.org

 

(Hakcipta ã 2004 Wade Cox)

(Tr. 2006)

 

Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan.  Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan.  Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.

 

Karya ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org

 

Mazmur Daripada Ibadat Bait [087]



Jemaat beribadat setiap hari melalui doa dan melalui puasa pada hari-hari tertentu. Selaras dengan sistem Bait terdapat acara korban setiap hari. Korban-korban harian terbahagi kepada korban pagi dan korban petang.

 

Jemaat mengikut, dan masih mengikut sistem ibadat Bait dan kalendarnya yang berdasarkan dua belas bulan, dengan interkalasi bulan kedua belasnya yang kedua sebanyak tujuh kali setiap sembilan belas tahun (lihat karya Kalendar Tuhan (No. 156)). Ini beroperasi mengikut konjungsi dan bilangan hari dari konjungsi. Terdapat kira-kira 59 hari setiap dua bulan. Sabat ialah setiap hari ketujuh, iaitu dan sentiasanya, hari yang kini kita panggil Sabtu (Saturday dalam sistem kafir atau pagan Inggeris, dan dinamakan sempena Dewa Saturn).

 

Jemaat juga beribadat pada Bulan Baru dan pada Hari Kudus perayaan-perayaan dan bertemu pada perayaan-perayaan itu, sepanjang tempohnya, tiga kali setahun seperti yang diperintah Tuhan melalui para nabi (lihat juga Tujuh Hari Perayaan-perayaan (No. 49)). Pada tiga waktu perayaan ini seluruh Dua puluh Empat Divisi jabatan imamat bertugas bersama (Schurer, History of the Jewish People in the Age of Jesus Christ, Vol. II, mukasurat 292). Korban Harian diadakan pada waktu pagi dan petang. Divisi-divisi keimamatan bertugas secara giliran setiap minggu dan imam-imamnya bertukar pada hari Sabat. Kumpulan yang tamat giliran mempersembahkan korban pagi dan kumpulan baru mempersembahkan korban petang (Schurer, ibid.).

 

Keimamatan terbahagi kepada Dua puluh Empat Divisi sebagaimana juga suku Lewi, dan umat itu atau Jemaat Israel juga terbahagi kepada Dua puluh empat divisi, “dan setiap satunya harus bertugas secara giliran setiap minggu sebagai wakil bangsa di hadapan Tuhan, tatkala korban harian dipersembahkan” (Schurer, ibid., mukasurat 292-293). Bagaimanapun, tidak seperti para imam dan suku Lewi, jemaat tidak wajib pergi ke Yerusalem untuk minggu itu, tetapi berkumpul dalam rumah ibadat mereka untuk berdoa dan membaca Alkitab, dan mungkin hanya suatu delegasi pergi ke Yerusalem (ibid., ms 293).

 

Waktu korban-korban itu adalah pada 9 AM atau jam Ketiga untuk korban pagi, dan 3 PM atau jam Kesembilan untuk korban petang. Pada waktu korban petang inilah pada jam Kesembilan, atau 3 PM, mereka mula menyembelih anak-anak domba Paskah. Itu sebabnya kenapa setiap tahun pada 14 Abib, bulan Pertama, kita merayakan Kematian Anak Domba pada acara kebaktian itu, selepas memperingati Perjamuan Tuhan malam sebelumnya. Anak-anak domba disembelih dari jam Kesembilan hingga jam Kesebelas iaitu 3 PM hingga 5 PM pada 14 Abib (cit Josephus, Wars of the Jews, VI, IX, 3). Pewaktuan ini sesuai dengan korban harian standard pada korban petang.

 

Dalam kamar depan Bait (bilik timur) terletak tiga perabot suci. Di tengah-tengah terletak mezbah emas pembakaran ukupan/kemenyan, yang juga dipanggil “mezbah dalaman” dan ukupan dipersembahkan di atasnya setiap hari pada waktu pagi dan petang; di selatannya terletak kaki dian emas bercabang tujuh berisi minyak yang terus bernyala (Schurer, ms 296-297; nota kaki 17 ms 297). Di utara mezbah itu adalah meja emas roti sajian, dengan dua belas rotinya yang diganti setiap Sabat.

 

Teks Alkitab memberitahu kita bahawa lampu-lampu Menorah harus dinyalakan pada waktu petang agar ia bernyala pada waktu malam. Amalan dalam Bait adalah mereka menyalakan tiga pada waktu siang dan semua tujuh pada waktu malam (menurut Josephus, (Antiq, III, 8,3), namun menurut Mishnah satu dinyalakan pada siang hari dan semua tujuh pada malam hari (m.Tam. 3:9); 64:1; begitu juga Sifra mengenai Imamat 24:1-4, cf. Schurer, ft. 17 ms 297).

 

Kita tahu bahawa Jemaat telah memelihara pewaktuan korban-korban harian itu dalam ibadat mereka, sebab mereka semua bersama-sama beribadat pada Pentakosta pada jam Ketiga, iaitu 9 AM. Ketika itu Roh Kudus masuk dan diberikan kepada Jemaat. Ini tepat lima puluh hari dari Persembahan Unjukan Berkas, yang diunjukkan pada waktu korban Pagi pada hari Pertama minggu atau hari Minggu, sewaktu perayaan Roti Tidak Beragi (lihat juga Imamat Bab 23). Jemaat memelihara semua hari Sabat, Bulan Baru dan Perayaan serta seluruh sistem perayaan seperti yang kita tahu daripada Kitab-kitab Injil, Kisah dan Surat dan terus berbuat demikian di mana saja ini tidak dihalang oleh penganiayaan. Kita juga tahu Jemaat memelihara Bulan Baru, Perayaan dan Hari-hari Suci mengikut Kalendar Bait, dan bahawa sistem penangguhan (penundaan) belum beroperasi sehingga abad Ketiga CE.

 

Dakwaan dibuat bahawa pada zaman Ahas, korban pagi merupakan korban bakaran dan korban petang biasanya persembahan gandum (2 Raja-raja 15:16) (cit Schurer, ibid., ms 300). Oleh itu, “pada waktu korban petang” bererti hampir malam (1 Raja-raja 18:29-36). Bagaimanapun, kita juga tahu bahawa korban bakaran dibuat pada waktu petang (Ezra 9:4,5; Daniel 9:21). Schurer menyatakan hal ini untuk mendakwa bahawa terdapat perubahan-perubahan kepada korban itu. Yehezkiel menunjukkan bahawa korban bakaran dan persembahan gandum dibuat pada waktu petang (Yehezkiel 46:13-15). Bagaimanapun, Schurer mendakwa ini menandakan korban-korban yang mengalami perubahan (ibid.). Untuk menyokong dakwaan itu dia kemudiannya mendakwa teks-teks itu ialah gabungan, dan apa yang dikenali sebagai “kitab Imam” menetapkan bahawa korban bakaran dan persembahan gandum dibuat pada kedua-dua waktu korban pagi dan petang, dan korban curahan bersama setiap satu (Keluaran 29:38-42; Bilangan 28:3-8). Ketetapan korban bakaran dua kali sehari sudah lama wujud, seperti yang kita tahu daripada Tawarikh (1 Tawarikh 15:40; 2 Tawarikh 8:11, 31:3).

 

Hakikatnya adalah kedua-dua korban harian pada Waktu Pagi dan Petang merupakan sistem-sistem ibadat yang lengkap, dan memerlukan ketelitian, usaha dan perhatian yang betul oleh semua ketiga-tiga kawasan bangsa, dari para Imam dan Lewi hingga Divisi-divisi Nasional dalam kawasan-kawasan kediaman mereka. Korban Pagi menyaksikan semua prosedurnya dilaksanakan dari awal pagi tatkala hari bermula dan para petugas yang mengingininya, bermula dengan membersihkan abu mezbah korban bakaran. Mereka yang ingin melakukan tugas ini telahpun mandi sebelum ketibaan pegawai divisi itu. Mereka membuang undi untuk pelaksanaan tugas itu. Dalam nyala api mezbah lelaki yang terpilih membasuh tangan dan kakinya dalam besen tembaga yang terletak antara Bait dan mezbah. Dia menaiki tangga dan mengambil abu itu dengan kuali perak. Ketika aktiviti ini para imam yang menyediakan persembahan gandum bakar Imam Besar melaksanakan tugas-tugas mereka.

 

Kayu baru kemudian dibawa ke mezbah. Setelah ia dinyalakan para imam membasuh tangan dan kaki mereka dan pergi ke lishkath ha-gazith, iaitu tempat pertemuan Sanhedrin sehingga waktu kemusnahan Bait. Di situ mereka membuat undian lanjut. Pertemuan mereka dalam kisah Perjanjian Baru di dalam rumah Imam Besar dijelaskan oleh ketidaktetapan peristiwa-peristiwa ini pada waktu malam (lihat Schurer, ibid.,ms 224-225).

 

Pegawai membuat undian untuk menentukan: 1: penyembelih, 2: pemercik darah pada mezbah, 3: siapa yang patut membersihkan abu daripada mezbah dalaman, 4: siapa yang patut membersihkan lampu-lampu, dan kemudian untuk memilih siapa yang patut membawa setiap bahagian sembelihan ke tangga mezbah iaitu, 5: kepala dan satu kaki belakang, 6: dua kaki depan, 7: ekor dan kaki belakang yang satu lag, 8: dada dan leher, 9: dua sisi pinggang, 10: isi perut, 11: siapa yang harus membawa tepung halus, 12: persembahan gandum bakar (Imam Besar), 13: anggur (cit Schurer, ibid., ms 304). Korban-korban ini tidak berlaku sebelum fajar. Sementara anak domba dipilih selepas fajar dua imam yang dipilih untuk membersihkan mezbah pembakaran ukupan dan kaki dian pergi ke Bait, si pembersih mezbah dengan baldi emas dan si pembersih kaki dian dengan kendi emas. Mereka membuka pintu gerbang besar Bait dan masuk. Dalam kasus kaki dian emas, jika dua lampu paling timur bernyala lampu-lampu ini tidak disentuh dan hanya lampu-lampu yang lain saja dibersihkan. Jika dua lampu paling timur telah padam, maka lampu-lampu ini dibersihkan dan dinyalakan semula dahulu, sebelum lampu lain dibersihkan dan diisi.

 

Dua imam ini meninggalkan perkakas-perkakas yang telah digunakan mereka di dalam Bait apabila mereka pergi.

 

Ketika mereka sibuk dalam pembersihan itu, imam-imam terpilih yang lain memilih anak domba dan menyembelihnya. Anak domba ini kemudiannya dikupas kulitnya dan dibahagi-bahagikan dan setiap imam terpilih menerima bahagian-bahagian mereka yang sepatutnya. Haiwan ini dibahagikan antara enam imam keseluruhannya. Isi perutnya dicuci di atas meja pualam di kawasan penyembelihan. Seorang imam ketujuh mempunyai korban tepung, seorang yang kelapan mempunyai korban gandum bakar Imam Besar, dan imam kesembilan mempunyai anggur untuk korban curahan. Semua ini kemudiannya diletakkan di bahagian barat tangga ke mezbah. Ia kemudiannya dibekali dengan garam. Para imam kemudiannya berundur ke lishkath ha-gazith di mana mereka membaca Shema. Sesudah ini, mereka sekali lagi membuat undian. Mula-mula, undian dibuat untuk pelaksanaan Persembahan Ukupan antara mereka yang tidak pernah melakukan tugas ini. Undian kemudian dibuat untuk melihat siapa yang akan membawa elemen-elemen individu persembahan korban itu ke mezbah. (Menurut R. Eliezar bin Jacob, imam-imam sama yang bertugas mulanya melakukan tugas ini dan membawa elemen-elemen itu ke tangga mezbah). Mereka yang tidak diundi bebas untuk pergi, dan mereka menanggalkan pakaian suci mereka dan berundur.

 

Imam yang dipilih untuk membawa persembahan ukupan kini mengambil dulang emas berpenutup yang mengandungi dulang lebih kecil berisi ukupan. Seorang imam lagi mengambil batu bara daripada mezbah korban bakaran dalam sendok perak  dan menuangnya ke dalam sendok emas. Kedua-dua imam ini kemudiannya masuk ke dalam Bait. Salah seorang menuangkan batu bara itu ke atas mezbah pembakaran ukupan, sujud menyembah dan kemudian berundur. Imam yang satu lagi membawa keluar dulang kecil berisi ukupan daripada dulang besar, menyerahkan dulang besar itu kepada imam ketiga dan kemudian menuangkan ukupan daripada dulang itu ke atas batu bara supaya asapnya naik. Kemudian dia juga sujud menyembah dan berundur. Dua imam yang sudah melakukan pembersihan mezbah dan kaki dian telahpun masuk semula ke dalam Bait sebelum imam-imam ini untuk mengambil perkakas-perkakas mereka yang disebut di atas. Pembersih kaki dian kemudian membersihkan lampu-lampu yang terletak lebih ke timur yang masih belum dibersihkan. Yang satu dibiarkan bernyala supaya lampu lain boleh dinyalakan daripadanya pada waktu petang. Jika ia sudah padam ia dibersihkan dan dinyalakan semula daripada api di atas mezbah korban bakaran.

 

Lima imam yang telah sibuk di dalam Bait kemudian menaiki tangga di hadapan tempat kudus bersama kelima-lima perkakas emas mereka dan mengucapkan berkat imam (Bilangan 6:22-23) pada bangsa itu. Dalam melakukan ini mereka mengucapkan nama ilahi sebagaimana ia ditulis. Mereka menyebut Yahovah. Mereka tidak menyebut Adonai (cit Schurer, ibid., ms 306). Jadi idea bahawa imam tidak menyebut nama Tuhan adalah palsu semata-mata. Mereka bukan saja mengucapnya, tetapi melakukannya dalam doa umum sebagai sebahagian daripada tindakan Bait di Yerusalem dan tempat lain.

 

Berikutnya pertunjukan korban bakaran berlangsung. Imam-imam terpilih mengambil bahagian-bahagian berasingan haiwan korban yang terletak di tangga mezbah dan membawa bahagian-bahagian ini ke mezbah dan meletakkan (melempar, kata Schurer) semuanya pada mezbah. Tatkala Imam Besar ingin memimpin, dia dikatakan mengatur agar imam-imam menyerahkan bahagian-bahagian itu kepadanya (lihat Ecclus. 1:12) dan dia melemparnya pada mezbah. Akhir sekali, dua persembahan gandum viz, dari umat dan Imam Besar, dipersembahkan bersama dengan korban curahan. Apabila para imam membongkok untuk mencurahkan korban curahan suatu tanda diberikan kepada para Lewi untuk mula bernyanyi. Mereka bernyanyi dan pada setiap selaan nyanyian dua imam meniup sangkakala perak. “Dengan setiap tiupan sangkakala umat sujud menyembah” (Schurer, ibid.). “Ibadat petang sangat menyerupai ibadat pagi. Bagaimanapun, dalam ibadat petang, persembahan ukupan dibuat selepas dan bukan sebelum korban bakaran, dan lampu-lampu kaki dian tidak dibersihkan pada waktu petang tetapi dinyalakan” (lihat juga Schurer, ms 303).

 

Umat telah berkumpul di dalam Bait ketika proses persiapan pagi untuk korban-korban terakhir. Mereka sujud menyembah, dengan peniupan sangkakala-sangkakala, ketika selaan-selaan dalam nyanyian. Mazmur-mazmur berbeza ditetapkan untuk hari-hari dalam minggu. Mazmur-mazmurnya ialah: hari Pertama minggu hari Minggu adalah Mazmur 24; hari Kedua minggu hari Isnin adalah Mazmur 48; hari Selasa adalah Mazmur 82; hari Rabu adalah Mazmur 94; hari Khamis adalah Mazmur 81; hari Jumaat adalah Mazmur 93 dan hari Sabat adalah Mazmur 92.

 

Kemaknaan rohani tindak-tanduk ini adalah menarik. Perhatikan korban Pagi bermula pada waktu fajar dan berlanjutan pada waktu pagi. Umat hadir dan menyertai aktiviti-aktiviti ini yang mencapai kemuncaknya pada kira-kira jam ketiga.

 

Korban-korban ini mewakili pembangunan iman. Paskah merujuk kepada Mesias sebagai anak domba dan hasil sulung Unjukan Berkas. Korban-korban petang merujuk kepada Kumpulan Besar Orang Banyak Jemaat. Hari-hari Sabat, Bulan Baru dan Hari-hari Raya merujuk kepada umat pilihan seramai 144,000. Setiap hari Sabat dan sebagainya mempunyai elemen-elemen Pagi dan Petang, yang merupakan syarat umat pilihan untuk maju dalam Roh Kudus melalui hubungan mereka dengan Tuhan. Seluruh Jemaat Tuhan merupakan elemen petang korban-korban itu dan korban petang tidak disebutkan dalam sistem Bait kemudian.

 

Sepatutnya jelas bagi kita semua bahawa acara-acara kebaktian Jemaat adalah pada 9 AM dan 3 PM pada setiap hari perkumpulan. Jemaat telah berkumpul pada 10 AM dan 2 PM pada sesetengah Hari Raya namun ia sentiasa berkumpul pada 9 AM untuk Unjukan Berkas dan Pentakosta. Ini disebabkan ramai saudara berjalan jauh untuk sampai ke acara-acara ini dan untuk pulang. Di mana Jemaat berkumpul bersama pada suatu perayaan, atau di mana tiada sesiapapun yang perlu berjalan jauh, acara-acara dijangkakan mengikut waktu-waktu biasa korban Pagi dan Petang.

 

Kristus juga memelihara Sabat dengan tekun, dan pada hari-hari ini tiada perdagangan diizinkan sesuai dengan pengertian Amos 8:5. Dalam Matius 14:14-15 kita lihat bahawa orang ramai datang kepada Kristus pada waktu korban Petang, dan ini bukan pada hari Bulan Baru atau hari Sabat. Murid-muridnya memberitahunya apabila Sabat berakhir dan keadaan sudah gelap dan orang ramai masih berkumpul bersama, bahawa mereka patut diizinkan pergi dan membeli makanan.

 

14 Ketika Yesus mendarat, Ia melihat orang banyak yang besar jumlahnya, maka tergeraklah hati-Nya oleh belas kasihan kepada mereka dan Ia menyembuhkan mereka yang sakit. 15 Menjelang malam, murid-murid-Nya datang kepada-Nya dan berkata: "Tempat ini sunyi dan hari sudah mulai malam. Suruhlah orang banyak itu pergi supaya mereka dapat membeli makanan di desa-desa."

 

Jemaat sebagai badan raja-raja dan imam-imam dituntut menunaikan doa setiap hari, pagi dan petang (Keluaran 30:7-8). Persiapan dan doa pagi mendahului pewaktuan persembahan korban Pagi, dan doa petang menyusuli korban Petang. Demikianlah doa kita bertindak sebagai korban ukupan dan cahaya Kaki Dian Emas yang berada di hadapan Tempat Mahakudus, dan mengantara dengan Tuhan untuk dunia. Itulah sebabnya kenapa dua puluh empat tua-tua itu ditugaskan untuk memerhati doa-doa kita dan membantu kita (Wahyu 5:8-10).

 

Terdapat tuntutan ketekunan dalam iman dalam aspek Kalendar. Siapa yang kita sembah bukan hanya ditentukan oleh pengertian kita akan sifat Tuhan. Hakikat bahawa hanya ada Allah Maha Esa yang merupakan Allah dan Bapa kita semua, dan yang mengutus Yesus Kristus, dan yang menjadi dasar ibadat kita, boleh dihancurkan oleh penerapan salah Kalendar dan proses ibadat. Kalau kita memelihara kalendar salah, kita menyembah tuhan untuk siapa ia dibuat. Kalau kita menangguhkan hari-hari ibadat maka kita mendahulukan tuhan lain sebelum Allah Maha Esa. Jangan terpedaya. Peganglah iman yang mula-mula disampaikan kepada orang-orang kudus.

 

Mazmur

Seperti yang sudah kita lihat, sistem Bait menggunakan Mazmur tertentu setiap hari untuk pemimpinan Korban-korban Harian. Bermula dengan hari Pertama minggu yang kita panggil hari Minggu dalam sistem kalendar pagan, kita lihat bahawa Mazmur 24 bermula dengan konsep penciptaan Tuhan. Di dalam Mazmur ini kita perhatikan pertumbuhan seseorang dalam Roh Kudus, dan dia yang berjalan dengan Tuhan di atas gunung Yahovah.

 

Bertentangan dengan mitos popular, nama Tuhan yang ditulis disebutkan secara khusus dalam acara-acara bait, dan nama itu ialah Yahovah (YHVH) dan bukan Adonai. Ia bukan saja diucapkan setiap hari oleh para imam tetapi ia juga dinyanyikan oleh jemaat dan para imam keseluruhannya sebagai badan Israel, dalam Mazmur.

 

Mazmur-mazmur ini dipilih untuk memperkenalkan bangsa sebagai umat pilihan Tuhan. Mazmur-mazmur ini memperkenalkan Israel sebagai umat Tuhan, dan bahawa penyelamatan badan Israel sedang berlangsung, dan akan menghasilkan pendirian akhir ibadat Israel dari gunung Yahovah yang Mahatinggi.

 

Mazmur-mazmur untuk setiap hari menunjukkan perkembangan berterusan ciptaan sepanjang tempoh enam ribu tahun yang diizinkan oleh Tuhan, sampai Sabat Milenium, yang mewakili kekuasaan Keadilan di bawah Mesias dan Angkatan setia.

 

Hari Pertama Minggu (hari Minggu) Mazmur 24 (Raja Kemuliaan) – Mazmur Daud

1 Mazmur Daud. Tuhanlah yang empunya bumi serta segala isinya, dan dunia serta yang diam di dalamnya.

2 Sebab Dialah yang mendasarkannya di atas lautan dan menegakkannya di atas sungai-sungai.

3 "Siapakah yang boleh naik ke atas gunung TUHAN? Siapakah yang boleh berdiri di tempat-Nya yang kudus?"

4 "Orang yang bersih tangannya dan murni hatinya, yang tidak menyerahkan dirinya kepada penipuan, dan yang tidak bersumpah palsu.

5 Dialah yang akan menerima berkat dari TUHAN dan keadilan dari Allah yang menyelamatkan dia.

6 Itulah angkatan orang-orang yang menanyakan Dia, yang mencari wajah-Mu, ya Allah Yakub." Sela

7 Angkatlah kepalamu, hai pintu-pintu gerbang, dan terangkatlah kamu, hai pintu-pintu yang berabad-abad, supaya masuk Raja Kemuliaan!

8 "Siapakah itu Raja Kemuliaan?" "TUHAN, jaya dan perkasa, TUHAN, perkasa dalam peperangan!"

9 Angkatlah kepalamu, hai pintu-pintu gerbang, dan terangkatlah kamu, hai pintu-pintu yang berabad-abad, supaya masuk Raja Kemuliaan!

10 "Siapakah Dia itu Raja Kemuliaan?" "TUHAN semesta alam, Dialah Raja Kemuliaan!"

Sela

 

Di sini kita lihat bahawa elohim keselamatan Israel dan individu ialah Yahovah Semesta Alam, dan Tuhan para Bapa bangsa. Di sini pada permulaan minggu, jemaat Tuhan diberitahu bahawa seluruh ciptaan adalah milik Yahovah. Jemaat diberitahu siapa yang boleh diterima Tuhan dalam proses ibadat dan siapa yang boleh menghampiri Tuhan.

 

Hari Kedua Minggu (Isnin) Mazmur 48 (Sion Dimuliakan) – Mazmur bani Korah

 

Besarlah TUHAN dan sangat terpuji di kota Allah kita! Gunung-Nya yang kudus, yang menjulang permai, adalah kegirangan bagi seluruh bumi; gunung Sion itu, jauh di sebelah utara, kota Raja Besar. Dalam puri-purinya Allah memperkenalkan diri-Nya sebagai benteng.

 

Sebab lihat, raja-raja datang berkumpul, mereka bersama-sama berjalan maju; demi mereka melihatnya, mereka tercengang-cengang, terkejut, lalu lari kebingungan. Kegentaran menimpa mereka di sana; mereka kesakitan seperti perempuan yang hendak melahirkan. Dengan angin timur Engkau memecahkan kapal-kapal Tarsis.

 

Seperti yang telah kita dengar, demikianlah juga kita lihat, di kota TUHAN semesta alam, di kota Allah (Elohim) kita;

 

Allah (Elohim) menegakkannya untuk selama-lamanya. Sela

 

Kami mengingat, ya Allah (Yahovah), kasih setia-Mu di dalam bait-Mu. Seperti nama-Mu, ya Allah (Yahovah), demikianlah kemasyhuran-Mu sampai ke ujung bumi; tangan kanan-Mu penuh dengan keadilan. Biarlah gunung Sion bersukacita; biarlah anak-anak perempuan Yehuda bersorak-sorak oleh karena penghukuman-Mu!

 

Kelilingilah Sion dan edarilah dia, hitunglah menaranya, perhatikanlah temboknya, jalanilah puri-purinya, supaya kamu dapat menceriterakannya kepada angkatan yang kemudian: Sesungguhnya inilah Allah (Yahovah), Allah (Yahovah) kitalah Dia seterusnya dan untuk selamanya! Dialah yang memimpin kita!

 

Pada hari Kedua minggu Kota Sion diperkenalkan sebagai kota Yahovah. Baitnya dikenal pasti berada di situ. Konflik dengan Yahovah yang terus melindungi jemaat merupakan tema mazmur ini. Kapal-kapal Tarsis berpengkalan di Eropah di Iberia Selatan, atau Sepanyol Selatan. Kapal-kapal ini menyokong suatu sistem perdagangan yang kuat di seluruh dunia.

 

Yahovah ialah Yahovah Semesta Alam dan justeru itu Yahovah, Yang Mahatinggi.

 

Hari Ketiga Minggu (Selasa) Mazmur 82 (Permohonan Penghakiman Benar) – mazmur Asaf

 

Allah berdiri dalam sidang ilahi, di antara para allah Ia menghakimi: "Berapa lama lagi kamu menghakimi dengan lalim dan memihak kepada orang fasik? Sela Berilah keadilan kepada orang yang lemah dan kepada anak yatim, belalah hak orang sengsara dan orang yang kekurangan! Luputkanlah orang yang lemah dan yang miskin, lepaskanlah mereka dari tangan orang fasik!"

 

Mereka tidak tahu dan tidak mengerti apa-apa, dalam kegelapan mereka berjalan; goyanglah segala dasar bumi.

 

Aku sendiri telah berfirman: "Kamu adalah allah (elohim), dan anak-anak Yang Mahatinggi kamu sekalian. -- Namun seperti manusia kamu akan mati dan seperti salah seorang pembesar kamu akan tewas."

 

Bangunlah ya Allah (Elohim), hakimilah bumi, sebab Engkaulah yang memiliki segala bangsa.

 

Di sini kita lihat daripada mazmur ini bahawa elohim adalah suatu kejamakan anak-anak Tuhan, dan elohim yang dimaksudkan di sini mengambil tempatnya di kalangan perkumpulan ilahi sidang elohim. Dia mula menghakimi bumi kerana semua bangsa telah diserahkan kepadanya untuk dihakimi.

 

Di sini kita perhatikan status elohim dilanjutkan kepada umat manusia, yang juga merupakan anak-anak Tuhan. Elemen pertama ciptaan ialah angkatan syurgawi yang juga elohim. Umat manusia juga menjadi anak-anak Tuhan sebagai elohim dan di sini pada hari ketiga minggu, kini dipanggil Selasa, mazmur ini dinyanyikan. Inilah hari sebelum hari persiapan 14 Abib pada 30 CE.

 

Oleh itu, ketika Kristus mengucapkan kata-kata ini, Dia tahu, dan semua di situ tahu mazmur ini telah dinyanyikan pada hari itu dan sebelum saja matahari terbenam kira-kira enam jam sebelumnya.

 

Imam besar melihat bahawa pada hari selepas hari mereka menyanyikan mazmur ini, tujuan teks itu dijelaskan, dan Kristus menyatakan takdir keilahian umat pilihan. Dicatatkan bahawa imam besar telah bernubuat sebelum peristiwa itu bahawa seseorang akan mati untuk umat itu.

 

Teks yang menyusuli ungkapan Kristus menunjukkan bahawa elohim yang akan bangkit akan menghakimi bumi, dan elohim itu ialah Mesias.

 

Maka imam besar menganggap Kristus mengumumkan dirinya sebagai Mesias sebagai anak Tuhan. Mazmur hari berikutnya, pada Hari Keempat, atau Rabu, mengesahkan fakta ini dan imam besar mengetahui hal ini seperti mana semua orang.

 

Hari Keempat Minggu (Rabu) Mazmur 94 (Hakim Adil)

Ya Allah pembalas, ya TUHAN, ya Allah pembalas, tampillah! Bangunlah, ya Hakim bumi, balaslah kepada orang-orang congkak apa yang mereka lakukan!

 

Berapa lama lagi orang-orang fasik, ya TUHAN, berapa lama lagi orang-orang fasik beria-ria? Mereka memuntahkan kata-kata yang kurang ajar dan semua orang yang melakukan kejahatan itu menyombong. Umat-Mu, ya TUHAN, mereka remukkan, dan milik-Mu sendiri mereka tindas; janda dan orang asing mereka sembelih, dan anak-anak yatim mereka bunuh; dan mereka berkata: "TUHAN tidak melihatnya, dan Allah Yakub tidak mengindahkannya."

 

Perhatikanlah, hai orang-orang bodoh di antara rakyat! Hai orang-orang bebal, bilakah kamu memakai akal budimu? Dia yang menanamkan telinga, masakan tidak mendengar? Dia yang membentuk mata, masakan tidak memandang?  Dia yang menghajar bangsa-bangsa, masakan tidak akan menghukum? Dia yang mengajarkan pengetahuan kepada manusia? TUHAN mengetahui rancangan-rancangan manusia; sesungguhnya semuanya sia-sia belaka.

 

Berbahagialah orang yang Kauhajar, ya TUHAN, dan yang Kauajari dari Taurat-Mu, untuk menenangkan dia terhadap hari-hari malapetaka, sampai digali lobang untuk orang fasik. Sebab TUHAN tidak akan membuang umat-Nya, dan milik-Nya sendiri tidak akan ditinggalkan-Nya; sebab hukum akan kembali kepada keadilan, dan akan diikuti oleh semua orang yang tulus hati.

 

Siapakah yang bangkit bagiku melawan orang-orang jahat, siapakah yang tampil bagiku melawan orang-orang yang melakukan kejahatan? Jika bukan TUHAN yang menolong aku, nyaris aku diam di tempat sunyi. Ketika aku berpikir: "Kakiku goyang," maka kasih setia-Mu, ya TUHAN, menyokong aku. Apabila bertambah banyak pikiran dalam batinku, penghiburan-Mu menyenangkan jiwaku.

 

Masakan bersekutu dengan Engkau takhta kebusukan, yang merancangkan bencana berdasarkan ketetapan? Mereka bersekongkol melawan jiwa orang benar, dan menyatakan fasik darah orang yang tidak bersalah. Tetapi TUHAN adalah kota bentengku dan Allahku adalah gunung batu perlindunganku. Ia akan membalas kepada mereka perbuatan jahat mereka, dan karena kejahatan mereka Ia akan membinasakan mereka; TUHAN, Allah kita, akan membinasakan mereka.

 

Perhatikan di sini bahawa Elohim Pembalas dan Keadilan ialah Yahovah yang diberikan Israel sebagai pusakanya. Maka konsepnya di sini adalah Yahovah Semesta Alam menyampaikan wibawa kepada Yahovah Israel. Dia ialah Yahovah daripada Ulangan 32:8, salah seorang daripada anak-anak Tuhan. Teks Masoretik (MT) telah diubah selepas peristiwa ini serta kematian Mesias supaya berbunyi: menurut bilangan anak-anak Israel. Jelas sekali ini dilakukan untuk menutup fakta ini. Bagaimanapun, teks ini berkata, menurut bilangan anak-anak Tuhan, seperti yang kita tahu daripada Septuagint (LXX), dan kini Skrol Laut Mati (DSS – Dead Sea Scrolls). RSV menunjukkan teks yang betul.

 

Kecaman orang angkuh dan sombong di sini ditujukan terhadap keimamatan, yang sememangnya menghukum orang tidak bersalah dan di sini membunuh Mesias. Seluruh teks ini ditujukan terhadap ketidakadilan, dan imam-imam besar tahu apa yang mereka lakukan kepada Kristus melalui nubuatan dan kesaksian Kristus sendiri tepat pada waktunya dalam urutan ini. “Aku” dalam teks ini ialah Mesias.

 

Hari Kelima Minggu (Khamis) Mazmur 81 (Panggilan untuk Menurut) – Menurut Gitit Asaf

 

Bersorak-sorailah bagi Allah (Yahovah), kekuatan kita, bersorak-soraklah bagi Allah (Elohim) Yakub. Angkatlah lagu, bunyikanlah rebana, kecapi yang merdu, diiringi gambus. Tiuplah sangkakala pada bulan baru, pada bulan purnama (tidak terkandung dalam teks purba), pada hari raya kita. Sebab hal itu adalah suatu ketetapan bagi Israel, suatu hukum dari Allah (Elohim) Yakub. Sebagai suatu peringatan bagi Yusuf ditetapkan-Nya hal itu, pada waktu Ia maju melawan tanah Mesir.

 

Aku mendengar bahasa yang tidak kukenal: "Aku telah mengangkat beban dari bahunya, tangannya telah bebas dari keranjang pikulan; dalam kesesakan engkau berseru, maka Aku meluputkan engkau; Aku menjawab engkau dalam

 

persembunyian guntur, Aku telah menguji engkau dekat air Meriba. Sela

 

Dengarlah hai umat-Ku, Aku hendak memberi peringatan kepadamu; hai Israel, jika engkau mau mendengarkan Aku! Janganlah ada di antaramu allah (elohim) lain, dan janganlah engkau menyembah kepada allah (elohim) asing. Akulah TUHAN (Yahovah), Allahmu (Elohimmu), yang menuntun engkau keluar dari tanah Mesir: bukalah mulutmu lebar-lebar, maka Aku akan membuatnya penuh.

 

Tetapi umat-Ku tidak mendengarkan suara-Ku, dan Israel tidak suka kepada-Ku. Sebab itu Aku membiarkan dia dalam kedegilan hatinya; biarlah mereka berjalan mengikuti rencananya sendiri! Sekiranya umat-Ku mendengarkan Aku! Sekiranya Israel hidup menurut jalan yang Kutunjukkan! Seketika itu juga musuh mereka Aku tundukkan, dan terhadap para lawan mereka Aku balikkan tangan-Ku.

 

Orang-orang yang membenci TUHAN (Yahovah) akan tunduk menjilat kepada-Nya, dan itulah nasib mereka untuk selama-lamanya. Tetapi umat-Ku akan Kuberi makan gandum yang terbaik dan dengan madu dari gunung batu Aku akan mengenyangkannya."

 

Mazmur ini merupakan suatu teguran kepada Israel selepas mereka menolak Yahovah Keluaran. Malah mereka telah membunuhnya pada hari sebelumnya pada tahun 30 CE itu. Israel dibawa melalui padang gurun dan diuji di air Meriba, dan Elohim yang bersama mereka ialah Kristus. Mereka tidak mahu mendengar dan Yahovah membiarkan mereka mengikut jalan degil mereka sendiri.

 

Mazmur ini menetapkan Bulan Baru Abib sebagai Hari Raya Israel. Ini ialah Tahun Baru yang diperintahkan. Orang Yahudi selepas zaman buangan mengubahnya hingga berbunyi pada Bulan Baru dan pada Bulan Purnama, dan kemudian memakaikannya kepada 1 Tishri sebagai tahun baru korup mereka. Namun teks-teks asal menyatakan pada Bulan Baru dan teks ini jelas mengisahkan Keluaran pada bulan Abib, dan tidak mungkin adalah Tishri.

 

Hari Keenam Minggu (Jumaat) Mazmur 93 (Pemerintahan Kekal Tuhan)

 

TUHAN (Yahovah) adalah Raja, Ia berpakaian kemegahan, TUHAN (Yahovah) berpakaian, berikat pinggang kekuatan. Sungguh, telah tegak dunia, tidak bergoyang; takhta-Mu tegak sejak dahulu kala, dari kekal Engkau ada.

 

Sungai-sungai telah mengangkat, ya TUHAN (Yahovah), sungai-sungai telah mengangkat suaranya, sungai-sungai mengangkat bunyi hempasannya. Dari pada suara air yang besar, dari pada pecahan ombak laut yang hebat, lebih hebat TUHAN (Yahovah) di tempat tinggi.

 

Peraturan-Mu sangat teguh; bait-Mu layak kudus, ya TUHAN (Yahovah), untuk sepanjang masa.

 

Jadi di sini kita perhatikan Yahovah di tempat tinggi dipuji lebih hebat. Pada hari ini dalam urutan Paskah tahun 30 CE, Mesias berada di dalam kubur.

 

Hari Ketujuh Minggu (Sabtu) Mazmur 92 (Kesetiaan dan Kasih Tuhan) – Nyanyian untuk hari Sabat

 

Adalah baik untuk menyanyikan syukur kepada TUHAN (Yahovah) dan untuk menyanyikan mazmur bagi nama-Mu, ya Yang Mahatinggi, untuk memberitakan kasih setia-Mu di waktu pagi dan kesetiaan-Mu di waktu malam, dengan bunyi-bunyian sepuluh tali dan dengan gambus, dengan iringan kecapi.

 

Sebab telah Kaubuat aku bersukacita, ya TUHAN (Yahovah), dengan pekerjaan-Mu, karena perbuatan tangan-Mu aku akan bersorak-sorai. Betapa besarnya pekerjaan-pekerjaan-Mu, ya TUHAN (Yahovah), dan sangat dalamnya rancangan-rancangan-Mu. Orang bodoh tidak akan mengetahui, dan orang bebal tidak akan mengerti hal itu. Apabila orang-orang fasik bertunas seperti tumbuh-tumbuhan, dan orang-orang yang melakukan kejahatan berkembang, ialah supaya mereka dipunahkan untuk selama-lamanya.

 

Tetapi Engkau di tempat yang tinggi untuk selama-lamanya, ya TUHAN (Yahovah)! Sebab, sesungguhnya musuh-Mu, ya TUHAN, sebab, sesungguhnya musuh-Mu akan binasa, semua orang yang melakukan kejahatan akan diceraiberaikan. Tetapi Kautinggikan tandukku seperti tanduk banteng, aku dituangi dengan minyak baru; mataku memandangi seteruku, telingaku mendengar perihal orang-orang jahat yang bangkit melawan aku.

 

Orang benar akan bertunas seperti pohon korma, akan tumbuh subur seperti pohon aras di Libanon; mereka yang ditanam di bait TUHAN (Yahovah) akan bertunas di pelataran Allah kita. Pada masa tua pun mereka masih berbuah, menjadi gemuk dan segar, untuk memberitakan, bahwa TUHAN (Yahovah) itu benar, bahwa Ia gunung batuku dan tidak ada kecurangan pada-Nya.

 

Mazmur ini memuji Yang Mahatinggi sebagai yang setia dalam Kasih dan tujuan pujian pada waktu pagi dan waktu malam.

 

Pada hari Sabat kita melihat keduaan pesan ini. Pada akhir hari inilah Mesias dibangkitkan oleh Tuhan dan disertai oleh elohim. Janji Mazmur 92 ini diluaskan kepada Milenium dan Pemerintahan Mesias. Sabat melambangkan pemerintahan yang akan datang ini selama waktu seribu tahun yang ketujuh dari Adam.

 

Kebangkitan Kristus pada akhir hari Sabat melambangkan Kebangkitan Umum Orang Mati pada akhir sistem Milenium. Selepas urutan itu kita bersedia untuk Keselamatan seluruh manusia dan pindah tangan kepada Tuhan.

 

Pada Pagi hari Minggu pada 9 AM persembahan Unjukan Berkas diunjukkan di hadapan Tuhan. Pada Pagi hari Minggu selepas Kebangkitan malam sebelumnya, Kristus naikke Gunung Tuhan di syurga. Di situ dia diterima sebagai korban yang benar dan korban penghapus dosa dunia. Mazmur juga mencerminkan fakta penerimaan umat benar dalam kitar yang baru. Penerimaan semua manusia yang bertaubat dilambangkan oleh Unjukan Berkas ini bermula dengan Kristus dan diluaskan kepada semua.

 

Oleh itu, urutan minggu Paskah penyaliban telah dilihat selama seribu tahun sebelumnya. Dusta korban hari Jumaat menutup maksud sebenar mazmur-mazmur ibadat Bait dan ertinya untuk manusia.

 

***

(Mazmur-mazmur ini diambil daripada Holman Christian Standard Bible; Holman Bible Publishers; 2003 dengan semua nama ditukar balik kepada penggunaan asalnya dalam Ibrani).

 

“HCSB secara tetap menterjemahkan nama-nama Ibrani untuk Tuhan seperti berikut:

 

HCSB Inggeris

Ibrani Asal

God (Allah)

Elohim

LORD (TUHAN)

YHVH (Yahovah)

Lord (Tuhan)

Adonai

Lord GOD (TUHAN Allah)

Adonai Yahovah

LORD of Hosts (TUHAN Semesta Alam)

Yahovah Sabaoth

God Almighty (Allah Yang Mahakuasa)

El Shaddai

 

 

q