Jemaat-jemaat Allah Al Masehi

[091]

 

 

 

 

Abraham dan Sodom

(Edisi  2.0 19950212-20000201)

 

Karya ini merangkumi aktiviti-aktiviti yang membawa kepada kemusnahan kota Sodom dan Gomorah. Pergerakan Abraham akan diteliti dengan kritis, begitu juga dengan pemulihan Sodom dan Gomorah. Pelajaran bagi dunia masa sekarang terbukti dari kisah ini. Aktiviti-aktiviti Lot dan keluarganya juga penting.

 

 

 

Christian Churches of God

 

PO Box 369, WODEN ACT 2606, AUSTRALIA

E-mail: secretary@ccg.org

 

(Hakcipta ã 1995, 2000 Wade Cox)

(Tr. 2005)

 

Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan.  Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan.  Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.

 

Karya ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org

 

Abraham dan Sodom [091]


 


Karya ini merangkumi kejadian yang membawa kepada kemusnahan Sodom dan Gomorah. Kisah ini adalah pendahuluan kepada persediaan perayaan Paskah. Zaman air bah yang berlaku dahulu menjadikan dunia ini mempunyai satu bahasa dan dibawah satu keimamatan, berpusat pada Salem di bawah Melkisedek. Identiti Melkisedek telah menjadi satu enigma yang selalu tidak difahami, kerana rentetan serta maksud cerita itu tidak difahami.

 

Kejadian 11:1-32 Adapun seluruh bumi, satu bahasanya dan satu logatnya.  2 Maka berangkatlah mereka ke sebelah timur dan menjumpai tanah datar di tanah Sinear, lalu menetaplah mereka di sana.  3 Mereka berkata seorang kepada yang lain: "Marilah kita membuat batu bata dan membakarnya baik-baik." Lalu bata itulah dipakai mereka sebagai batu dan ter gala-gala sebagai tanah liat.  4 Juga ‘kata mereka: "Marilah kita dirikan bagi kita sebuah kota dengan sebuah menara yang puncaknya sampai ke langit, dan marilah kita cari nama, supaya kita jangan terserak ke seluruh bumi."  5 Lalu turunlah TUHAN untuk melihat kota dan menara yang didirikan oleh anak-anak manusia itu,  6 dan Ia berfirman: "Mereka ini satu bangsa dengan satu bahasa untuk semuanya. Ini barulah permulaan usaha mereka; mulai dari sekarang apapun juga yang mereka rencanakan, tidak ada yang tidak akan dapat terlaksana.  7 Baiklah Kita turun dan mengacaubalaukan di sana bahasa mereka, sehingga mereka tidak mengerti lagi bahasa masing-masing." 8 Demikianlah mereka diserakkan TUHAN dari situ ke seluruh bumi, dan mereka berhenti mendirikan kota itu.  9 Itulah sebabnya sampai sekarang nama kota itu disebut Babel, karena di situlah dikacaubalaukan TUHAN bahasa seluruh bumi dan dari situlah mereka diserakkan TUHAN ke seluruh bumi.

 

Di sini kita lihat penyebaran orang-orang kerana sistem yang berkembang di Babel di bawah sistem yang dikembangkan oleh Nimrod di sana dan di Accad, Erech dan Calneh. Dari sana dia membina Nineveh, Rehoboth dan Calah (Kej 10:10-11). Bagaimana pun, imam Allah adalah Shem anak Nuh. Nuh hidup selama tiga ratus lima puluh tahun selepas air bah (Kej 9:28), dan dia mati pada ketika berumur sembilan ratus lima puluh tahun (Kej 9:29).

 

10 Inilah keturunan Sem. Setelah Sem berumur seratus tahun, ia memperanakkan Arpakhsad, dua tahun setelah air bah itu.  11 Sem masih hidup lima ratus tahun, setelah ia memperanakkan Arpakhsad, dan ia memperanakkan anak-anak lelaki dan perempuan.  12 Setelah Arpakhsad hidup tiga puluh lima tahun, ia memperanakkan Selah.  13 Arpakhsad masih hidup empat ratus tiga tahun, setelah ia memperanakkan Selah, dan ia memperanakkan anak-anak lelaki dan perempuan.  14 Setelah Selah hidup tiga puluh tahun, ia memperanakkan Eber.  15 Selah masih hidup empat ratus tiga tahun, setelah ia memperanakkan Eber, dan ia memperanakkan anak-anak lelaki dan perempuan.  16 Setelah Eber hidup tiga puluh empat tahun, ia memperanakkan Peleg.  17 Eber masih hidup empat ratus tiga puluh tahun, setelah ia memperanakkan Peleg, dan ia memperanakkan anak-anak lelaki dan perempuan.  18 Setelah Peleg hidup tiga puluh tahun, ia memperanakkan Rehu.  19 Peleg masih hidup dua ratus sembilan tahun, setelah ia memperanakkan Rehu, dan ia memperanakkan anak-anak lelaki dan perempuan.  20 Setelah Rehu hidup tiga puluh dua tahun, ia memperanakkan Serug.  21 Rehu masih hidup dua ratus tujuh tahun, setelah ia memperanakkan Serug, dan ia memperanakkan anak-anak lelaki dan perempuan.  22 Setelah Serug hidup tiga puluh tahun, ia memperanakkan Nahor.  23 Serug masih hidup dua ratus tahun, setelah ia memperanakkan Nahor, dan ia memperanakkan anak-anak lelaki dan perempuan.  24 Setelah Nahor hidup dua puluh sembilan tahun, ia memperanakkan Terah.  25 Nahor masih hidup seratus sembilan belas tahun, setelah ia memperanakkan Terah, dan ia memperanakkan anak-anak lelaki dan perempuan.  26 Setelah Terah hidup tujuh puluh tahun, ia memperanakkan Abram, Nahor dan Haran.  27 Inilah keturunan Terah. Terah memperanakkan Abram, Nahor dan Haran, dan Haran memperanakkan Lot.  28 Ketika Terah, ayahnya, masih hidup, matilah Haran di negeri kelahirannya, di Ur-Kasdim.  29 Abram dan Nahor kedua-duanya kawin; nama isteri Abram ialah Sarai, dan nama isteri Nahor ialah Milka, anak Haran ayah Milka dan Yiska.  30 Sarai itu mandul, tidak mempunyai anak.  31 Lalu Terah membawa Abram, anaknya, serta cucunya, Lot, yaitu anak Haran, dan Sarai, menantunya, isteri Abram, anaknya; ia berangkat bersama-sama dengan mereka dari Ur-Kasdim untuk pergi ke tanah Kanaan, lalu sampailah mereka ke Haran, dan menetap di sana.  32 Umur Terah ada dua ratus lima tahun; lalu ia mati di Haran.

 

Terdapat beberapa fakta penting yang timbul dari teks Kejadian 11. yang pertama menghubungkan kepada umur Shem dan yang lain-lain. Dari teks ini, kita boleh kembangkan tarikh kelahiran serta kematian mereka selepas air bah.

 

Shem hidup selepas air bah selama 502 tahun dan kehidupannya mempunyai implikasi bagi pemerintahan bangsa. Kita boleh membina jadual seperti berikut.

 

 

 

Bapa

 

Umur sewaktu anak lelaki lahir

 

 

Lahir

 

Mati

pada tahun selepas air bah

Shem

100

 

Bah+502

Arpachsad

35

B+2

B+440

Shalach

30

B+37

B+470

Eber

34

B+67

B+531

Peleg

30

B+101

B+340

Reu

32

B+131

B+370

Serug

30

B+163

B+393

Nahor

29

B+193

B+341

Terah

70

B+222

B+427

Haran

 

B+?

Sebelum B+422

Nahor

 

B+?

 

Abram

 

B+292

 

 

Penyebaran bangsa-bangsa berlaku apabila Abraham berumur 48 tahun, pada waktu kematian Peleg 340 tahun selepas air bah (Sedar Olam Rabbah, Bab1).

 

Abram (Abraham) meninggalkan Haran selepas kematian Terah pada B+427. Dia berumur tujuh puluh lima tahun (Kej 12:4). Kita pasti bahawa bapa ini hidup pada waktu kematian Terah dan pendudukan Kanaan oleh Abram adalah Shem, Arpachsad, Shalach dan Eber. Shem adalah yang tertua. Dari Kejadian 9:26, Yehovah dinyatakan sebagai Allah Shem dan Japet hidup di dalam khemah. Shem diberkati, walaupun Japet adalah yang lebih tua (Kej 10:22). Oleh itu Shem adalah imam bagi Allah yang Maha Tinggi pada waktu Abraham. Penyebaran yang lain-lain tidak diketahui, tetapi Shem mempunyai Arpachsad dan Elam dan Asshur, yang muncul seperti golongan Asiria. Kerajaan Elam kuno, apabila bergabung dengan yang lain, telah membentuk dasar empayar Babilon (lihat karya tulis Kejatuhan Mesir (No. 36).

 

Pergerakan kaum ini menandakan bahawa penyebaran bangsa-bangsa di kota-kota dan wilayah-wilayah menghadkan kemungkinan keimamatan Allah yang Maha Tingggi di Salem, sama ada Shem atau Arpachsad yang diberikan pendudukan anak-anak lain yang diketahui. Arpachsad mati pada B+440 jadi ianya ada kemungkinan bahawa bapa ini masih hidup dan sudah tua, yang telah dirujuk sebagai Melkisedek atau Rajaku adalah Benar, walaupun Shalach atau Eber masih berkemungkinan (petikan karya tulis Melkisedek (No. 128). Shem dipanggil sebagai Bapa kepada semua anak-anak Eber (Kej 10:21). Justru itu, ianya ada kemungkinan bahawa istilah Ibrani meluas di luar golongan Israel kepada orang-orang yang berkenaan. Ini adalah satu kajian tersendiri dalam perkara ini.

 

Kejadian 12:1-20  Berfirmanlah TUHAN kepada Abram: "Pergilah dari negerimu dan dari sanak saudaramu dan dari rumah bapamu ini ke negeri yang akan Kutunjukkan kepadamu;  2 Aku akan membuat engkau menjadi bangsa yang besar, dan memberkati engkau serta membuat namamu masyhur; dan engkau akan menjadi berkat.  3 Aku akan memberkati orang-orang yang memberkati engkau, dan mengutuk orang-orang yang mengutuk engkau, dan olehmu semua kaum di muka bumi akan mendapat berkat."  4 Lalu pergilah Abram seperti yang difirmankan TUHAN kepadanya, dan Lotpun ikut bersama-sama dengan dia; Abram berumur tujuh puluh lima tahun, ketika ia berangkat dari Haran.  5 Abram membawa Sarai, isterinya, dan Lot, anak saudaranya, dan segala harta benda yang didapat mereka dan orang-orang yang diperoleh mereka di Haran; mereka berangkat ke tanah Kanaan, lalu sampai di situ.  6 Abram berjalan melalui negeri itu sampai ke suatu tempat dekat Sikhem, yakni pohon tarbantin di More. Waktu itu orang Kanaan diam di negeri itu.  7 Ketika itu TUHAN menampakkan diri kepada Abram dan berfirman: "Aku akan memberikan negeri ini kepada keturunanmu." Maka didirikannya di situ mezbah bagi TUHAN yang telah menampakkan diri kepadanya.  8 Kemudian ia pindah dari situ ke pegunungan di sebelah timur Betel. Ia memasang kemahnya dengan Betel di sebelah barat dan Ai di sebelah timur, lalu ia mendirikan di situ mezbah bagi TUHAN dan memanggil nama TUHAN.  9 Sesudah itu Abram berangkat dan makin jauh ia berjalan ke Tanah Negeb.  10 Ketika kelaparan timbul di negeri itu, pergilah Abram ke Mesir untuk tinggal di situ sebagai orang asing, sebab hebat kelaparan di negeri itu.  11 Pada waktu ia akan masuk ke Mesir, berkatalah ia kepada Sarai, isterinya: "Memang aku tahu, bahwa engkau adalah seorang perempuan yang cantik parasnya.  12 Apabila orang Mesir melihat engkau, mereka akan berkata: Itu isterinya. Jadi mereka akan membunuh aku dan membiarkan engkau hidup.  13 Katakanlah, bahwa engkau adikku, supaya aku diperlakukan mereka dengan baik karena engkau, dan aku dibiarkan hidup oleh sebab engkau."  14 Sesudah Abram masuk ke Mesir, orang Mesir itu melihat, bahwa perempuan itu sangat cantik,  15 dan ketika punggawa-punggawa Firaun melihat Sarai, mereka memuji-mujinya di hadapan Firaun, sehingga perempuan itu dibawa ke istananya.  16 Firaun menyambut Abram dengan baik-baik, karena ia mengingini perempuan itu, dan Abram mendapat kambing domba, lembu sapi, keledai jantan, budak laki-laki dan perempuan, keledai betina dan unta.  17 Tetapi TUHAN menimpakan tulah yang hebat kepada Firaun, demikian juga kepada seisi istananya, karena Sarai, isteri Abram itu.  18 Lalu Firaun memanggil Abram serta berkata: "Apakah yang kauperbuat ini terhadap aku? Mengapa tidak kauberitahukan, bahwa ia isterimu?  19 Mengapa engkau katakan: dia adikku, sehingga aku mengambilnya menjadi isteriku? Sekarang, inilah isterimu, ambillah dan pergilah!"  20 Lalu Firaun memerintahkan beberapa orang untuk mengantarkan Abram pergi, bersama-sama dengan isterinya dan segala kepunyaannya.

 

Pergerakan ke Mesir telah dilakukan dengan tergesa-gesa kerana kekurangan iman. Abram tidak mempunyai iman bahawa Allah akan memenuhi janjinya untuk memberikan Abram tanah dan bahawa dia akan memberi dia makan di sana.  Dia juga tidak mempunyai iman yang cukup bahawa Allah akan melindungi dia, jadi dia terpaksa berpaling kepada orang-orang Mesir. Ini menandakan kedudukan kita tanpa iman sebelum kita menerima pengubahan. Abram pergi ke Mesir dan lebih lagi Abram menyangkal isterinya di sana dan membiarkan dia menjadi gundik kepada Firaun dan seluruh rumahnya. Allah menghukum Firaun kerana penipuan ini dan sifat pengecut di pihak Abram. Justru itu, ketidaktahuan terhadap hukum tidak harus diambil sebagai alasan walaupun hukum itu belum lagi diberikan kepada Musa. Kejadian ini berlaku empat ratus tahun sebelum hukum ini diberikan kepada Musa, namun orang ini dihukum kerana melanggar hukum tersebut. Jadi, kedudukan tulisan kitab adalah bahawa kamu tidak mendapat kelonggaran dari hukum ini dan bahawa hukum ini sudah wujud sebelum ia diberikan kepada Musa. Hukum ini diletakkan di atas dua loh batu kerana orang Israel adalah golongan hamba yang dibebaskan dari kejahilan. Orang-orang ini pada waktu di bawah keimamatan besar Shem tidak jahil. Hukum-hukum Allah telah dimulakan dari zaman Nuh dan air bah, dari Babilon kepada Mesir dan Firaun sedar bahawa Shem adalah waris Allah yang sah. Justru itu, perkahwinan dan hukum-hukum Allah telah diketahui dari air bah di kalangan bangsa-bangsa. Oleh itu hukum yang telah diberikan kepada Musa adalah hukum pendalaman kepada hukum yang sudah sedia difahami.

 

Paulus, dalam penulisan buku Perjanjian Baru meterjemahkan dengan seksama, sewaktu menangani orang-orang Kolose dan Galatia tentang rujukan kepada hukum yang ditulis di atas loh batu. Hukum ini ditulis di atas loh batu dan analogi Paulus tidak menyatakan kewujudan keimamatan dan hukum sebelum Musa. Nuh memahami hukum ini dan air bah telah menghukum bangsa ini kerana mereka jahat dan ia telah melesapkan sistem manusia – golongan orang yang tidak mendapat bahagian di dalam kebangkitan. Mereka adalah jahat kerana mereka melanggar hukum. Hukum itu wujud dan hukum ini telah diketahui.

 

Kejadian 13:1-18 Maka pergilah Abram dari Mesir ke Tanah Negeb dengan isterinya dan segala kepunyaannya, dan Lotpun bersama-sama dengan dia.  2 Adapun Abram sangat kaya, banyak ternak, perak dan emasnya.  3 Ia berjalan dari tempat persinggahan ke tempat persinggahan, dari Tanah Negeb sampai dekat Betel, di mana kemahnya mula-mula berdiri, antara Betel dan Ai,  4 ke tempat mezbah yang dibuatnya dahulu di sana; di situlah Abram memanggil nama TUHAN.

 

Jadi Abram telah bertobat. Dia disingkirkan dari Mesir kerana dia menipu kepada Firaun dan dia kembali dengan takut ke tempat di mana telah mendirikan mezbah, di mana Allah telah muncul kepadanya dan dia telah bertobat.

 

5 Juga Lot, yang ikut bersama-sama dengan Abram, mempunyai domba dan lembu dan kemah.  6 Tetapi negeri itu tidak cukup luas bagi mereka untuk diam bersama-sama, sebab harta milik mereka amat banyak, sehingga mereka tidak dapat diam bersama-sama.  7 Karena itu terjadilah perkelahian antara para gembala Abram dan para gembala Lot. Waktu itu orang Kanaan dan orang Feris diam di negeri itu.  8 Maka berkatalah Abram kepada Lot: "Janganlah kiranya ada perkelahian antara aku dan engkau, dan antara para gembalaku dan para gembalamu, sebab kita ini kerabat.  9 Bukankah seluruh negeri ini terbuka untuk engkau? Baiklah pisahkan dirimu dari padaku; jika engkau ke kiri, maka aku ke kanan, jika engkau ke kanan, maka aku ke kiri."  10 Lalu Lot melayangkan pandangnya dan dilihatnyalah, bahwa seluruh Lembah Yordan banyak airnya, seperti taman TUHAN, seperti tanah Mesir, sampai ke Zoar. --Hal itu terjadi sebelum TUHAN memusnahkan Sodom dan Gomora. --  11 Sebab itu Lot memilih baginya seluruh Lembah Yordan itu, lalu ia berangkat ke sebelah timur dan mereka berpisah.  12 Abram menetap di tanah Kanaan, tetapi Lot menetap di kota-kota Lembah Yordan dan berkemah di dekat Sodom.  13 Adapun orang Sodom sangat jahat dan berdosa terhadap TUHAN.  14 Setelah Lot berpisah dari pada Abram, berfirmanlah TUHAN kepada Abram: "Pandanglah sekelilingmu dan lihatlah dari tempat engkau berdiri itu ke timur dan barat, utara dan selatan,  15 sebab seluruh negeri yang kaulihat itu akan Kuberikan kepadamu dan kepada keturunanmu untuk selama-lamanya.  16 Dan Aku akan menjadikan keturunanmu seperti debu tanah banyaknya, sehingga, jika seandainya ada yang dapat menghitung debu tanah, keturunanmupun akan dapat dihitung juga.  17 Bersiaplah, jalanilah negeri itu menurut panjang dan lebarnya, sebab kepadamulah akan Kuberikan negeri itu."  18 Sesudah itu Abram memindahkan kemahnya dan menetap di dekat pohon-pohon tarbantin di Mamre, dekat Hebron, lalu didirikannyalah mezbah di situ bagi TUHAN.

 

Allah memberkati Abram dan juga Lot sementara dia dengan Abram sebagai anaknya. Pilihan telah diberikan kepada Lot untuk memutuskan tempat mana yang dia mahukan. Lot telah memilih tempat yang terbaik walaupun ianya diduduki oleh orang-orang yang jahat.

 

Kejadian 14:1-24 Pada zaman Amrafel, raja Sinear, Ariokh, raja Elasar, Kedorlaomer, raja Elam, dan Tideal, raja Goyim, terjadilah,  2 bahwa raja-raja ini berperang melawan Bera, raja Sodom, Birsya, raja Gomora, Syinab, raja Adma, Syemeber, raja Zeboim dan raja negeri Bela, yakni negeri Zoar.  3 Raja-raja yang disebut terakhir ini semuanya bersekutu dan datang ke lembah Sidim, yakni Laut Asin.  4 Dua belas tahun lamanya mereka takluk kepada Kedorlaomer, tetapi dalam tahun yang ketiga belas mereka memberontak.  5 Dalam tahun yang keempat belas datanglah Kedorlaomer serta raja-raja yang bersama-sama dengan dia, lalu mereka mengalahkan orang Refaim di Asyterot-Karnaim, orang Zuzim di Ham, orang Emim di Syawe-Kiryataim

 

Refaim telah disebut di Yesaya. Ini telah dibincangkan di dalam karya tulis Golongan Nephilim (No. 154) dan Kejatuhan Mesir (No. 36). Sistem Asteroth dan sistem-sistem dari ayat 5 dan 6 juga mengenai dengan sistem keagamaan yang mempunyai hubungan dengan Yeriko (lihat karys tulis Kejatuhan Yeriko (No. 142).

 

6 dan orang Hori di pegunungan mereka yang bernama Seir, sampai ke El-Paran di tepi padang gurun.  7 Sesudah itu baliklah mereka dan sampai ke En-Mispat, yakni Kadesh, dan mengalahkan seluruh daerah orang Amalek, dan juga orang Amori, yang diam di Hazezon-Tamar.  8 Lalu keluarlah raja negeri Sodom, raja negeri Gomora, raja negeri Adma, raja negeri Zeboim dan raja negeri Bela, yakni negeri Zoar, dan mengatur barisan perangnya melawan mereka di lembah Sidim,  9 melawan Kedorlaomer, raja Elam, Tideal, raja Goyim, Amrafel, raja Sinear, dan Ariokh, raja Elasar, empat raja lawan lima.  10 Di lembah Sidim itu di mana-mana ada sumur aspal. Ketika raja Sodom dan raja Gomora melarikan diri, jatuhlah mereka ke dalamnya, dan orang-orang yang masih tinggal hidup melarikan diri ke pegunungan.  11 Segala harta benda Sodom dan Gomora beserta segala bahan makanan dirampas musuh, lalu mereka pergi.  12 Juga Lot, anak saudara Abram, beserta harta bendanya, dibawa musuh, lalu mereka pergi--sebab Lot itu diam di Sodom.

 

Jadi orang-orang ini telah memberontak terhadap kekuasaan dan hukumannya ialah bahawa Lot, yang tinggal bersama dengan mereka telah ditawan bersama dengan mereka. Jadi sekiranya kamu mengabdi di dalam negara yang jahat dan Tuhan membiarkannya untuk ditawan, jangan hairan sekiranya kamu akan ikut serta ditawan bersama dengan orang yang kamu abdi atau yang berhubungan dengan mereka.

 

13 Kemudian datanglah seorang pelarian dan menceritakan hal ini kepada Abram, orang Ibrani itu, yang tinggal dekat pohon-pohon tarbantin kepunyaan Mamre, orang Amori itu, saudara Eskol dan Aner, yakni teman-teman sekutu Abram.  14 Ketika Abram mendengar, bahwa anak saudaranya tertawan, maka dikerahkannyalah orang-orangnya yang terlatih, yakni mereka yang lahir di rumahnya, tiga ratus delapan belas orang banyaknya, lalu mengejar musuh sampai ke Dan.  15 Dan pada waktu malam berbagilah mereka, ia dan hamba-hambanya itu, untuk melawan musuh; mereka mengalahkan dan mengejar musuh sampai ke Hoba di sebelah utara Damsyik.  16 Dibawanyalah kembali segala harta benda itu; juga Lot, anak saudaranya itu, serta harta bendanya dibawanya kembali, demikian juga perempuan-perempuan dan orang-orangnya.

 

Cerita ini mempunyai berjajaran dengan Gideon. Angka-angkanya adalah sama dan rentetannya juga serupa (lihat karya tulis Angkatan Gideon dan Akhir Zaman (No. 22)).

 

17 Setelah Abram kembali dari mengalahkan Kedorlaomer dan para raja yang bersama-sama dengan dia, maka keluarlah raja Sodom menyongsong dia ke lembah Syawe, yakni Lembah Raja.  18 Melkisedek, raja Salem, membawa roti dan anggur; ia seorang imam Allah Yang Mahatinggi.  19 Lalu ia memberkati Abram, katanya: "Diberkatilah kiranya Abram oleh Allah Yang Mahatinggi, Pencipta langit dan bumi,  20 dan terpujilah Allah Yang Mahatinggi, yang telah menyerahkan musuhmu ke tanganmu." Lalu Abram memberikan kepadanya sepersepuluh dari semuanya.  21 Berkatalah raja Sodom itu kepada Abram: "Berikanlah kepadaku orang-orang itu, dan ambillah untukmu harta benda itu."  22 Tetapi kata Abram kepada raja negeri Sodom itu: "Aku bersumpah demi TUHAN, Allah Yang Mahatinggi, Pencipta langit dan bumi:  23 Aku tidak akan mengambil apa-apa dari kepunyaanmu itu, sepotong benang atau tali kasutpun tidak, supaya engkau jangan dapat berkata: Aku telah membuat Abram menjadi kaya.  24 Kalau aku, jangan sekali-kali! Hanya apa yang telah dimakan oleh bujang-bujang ini dan juga bagian orang-orang yang pergi bersama-sama dengan aku, yakni Aner, Eskol dan Mamre, biarlah mereka itu mengambil bagiannya masing-masing."

 

Beberapa konsep yang lain muncul dari sini. Kita mempunyai bentuk Melkisedek yang mana teks ini memberikan dasar fikiran yang besar. Abraham keluar dan perlu untuk dia untuk menyelamatkan orang yang jahil dan raja yang jahil untuk menyelamatkan Lot dan keluarganya. Dan juga Abram memberikan persembahan kepada Melkisedek. Hukum itu belum lagi diberikan. Mala ianya bukan berada di dalam hukum sepuluh di Sinai. Perundangan  tentang persembahan belum  lagi diberikan sebelum empat ratus tahun kemudian, namun Abraham memberi persembahan dengan setia kerana selepas dia kembali dari Mesir, Abraham mengubah dirinya. Dia keluar dari Mesir dahulu, demi untuk mengembangkan sistem melalui Isyak, yang sendirinya akan pergi ke Mesir dan disingkirkan. Abraham akan mewarisi janji-janji. Supaya janji-janji ini boleh diberikan kepadanya dan membentulk silsialh yang boleh menggantikan imam Allah yang Maha Tinggi, dia juga harus mengambil tempat susunan Melkisedek, yang berada di Salem dan terus wujud pada zaman Abraham, kira-kira empat ratus tahun selepas air bah.

 

Jadi terdapat keimamatan yang berterusan yang dimiliki Allah dalam planet ini, termasuk Abraham. Tidak ada jangka masa dunia ini tidak mempunyai perundangan, atau tanpa keimamatan. Dari Adam sehingga Abraham adalah dua ribu tahun yang pertama. Allah tidak meninggalkan umat manusia yang dia telah bentuk di dunia ini sama sekali. Pada waktu kematian Shem, keimamatan ini disalurkan kepada anak-anak Isyak dari Abraham. Tidak ada ruang di antaranya. Terdapat imam Allah yang Maha tinggi tanpa silsilah tidak sama dengan keimamatan Harun, yang harus ditetapkan. Keimamatan ini adalah melalui anak-anak Nuh dan Abraham layak untuk mengambil alih dari keimamatan. Kamu boleh membaca  pergantian ini melalui Abraham dan Melkisedek untuk mendapatkan konsep (lihat juga karya tulis Pemberian Persembahan (No. 161)

 

Justru itu rang-orang Sodom telah dipertingkatkan oleh Abram dan hamba-hambanya kerana Lot sanaknya yang tinggal di kalangan mereka. Terdapat nilai moral dalam cerita ini. Orang-orang Sodom dan Gomorah telah diberikan kelonggaran yang besar dan diberikan berkat kerana orang-orang Abram ada di kalangan mereka.

 

Kejadian 15:1-21 Kemudian datanglah firman TUHAN kepada Abram dalam suatu penglihatan: "Janganlah takut, Abram, Akulah perisaimu; upahmu akan sangat besar."  2 Abram menjawab: "Ya Tuhan ALLAH, apakah yang akan Engkau berikan kepadaku, karena aku akan meninggal dengan tidak mempunyai anak, dan yang akan mewarisi rumahku ialah Eliezer, orang Damsyik itu."  3 Lagi kata Abram: "Engkau tidak memberikan kepadaku keturunan, sehingga seorang hambaku nanti menjadi ahli warisku."  4 Tetapi datanglah firman TUHAN kepadanya, demikian: "Orang ini tidak akan menjadi ahli warismu, melainkan anak kandungmu, dialah yang akan menjadi ahli warismu."  5 Lalu TUHAN membawa Abram ke luar serta berfirman: "Coba lihat ke langit, hitunglah bintang-bintang, jika engkau dapat menghitungnya." Maka firman-Nya kepadanya: "Demikianlah banyaknya nanti keturunanmu."  6 Lalu percayalah Abram kepada TUHAN, maka TUHAN memperhitungkan hal itu kepadanya sebagai kebenaran.  7 Lagi firman TUHAN kepadanya: "Akulah TUHAN, yang membawa engkau keluar dari Ur-Kasdim untuk memberikan negeri ini kepadamu menjadi milikmu."  8 Kata Abram: "Ya Tuhan ALLAH, dari manakah aku tahu, bahwa aku akan memilikinya?"  9 Firman TUHAN kepadanya: "Ambillah bagi-Ku seekor lembu betina berumur tiga tahun, seekor kambing betina berumur tiga tahun, seekor domba jantan berumur tiga tahun, seekor burung tekukur dan seekor anak burung merpati."  10 Diambilnyalah semuanya itu bagi TUHAN, dipotong dua, lalu diletakkannya bagian-bagian itu yang satu di samping yang lain, tetapi burung-burung itu tidak dipotong dua.  11 Ketika burung-burung buas hinggap pada daging binatang-binatang itu, maka Abram mengusirnya.  12 Menjelang matahari terbenam, tertidurlah Abram dengan nyenyak. Lalu turunlah meliputinya gelap gulita yang mengerikan.  13 Firman TUHAN kepada Abram: "Ketahuilah dengan sesungguhnya bahwa keturunanmu akan menjadi orang asing dalam suatu negeri, yang bukan kepunyaan mereka, dan bahwa mereka akan diperbudak dan dianiaya, empat ratus tahun lamanya. 14 Tetapi bangsa yang akan memperbudak mereka, akan Kuhukum, dan sesudah itu mereka akan keluar dengan membawa harta benda yang banyak.  15 Tetapi engkau akan pergi kepada nenek moyangmu dengan sejahtera; engkau akan dikuburkan pada waktu telah putih rambutmu.  16 Tetapi keturunan yang keempat akan kembali ke sini, sebab sebelum itu kedurjanaan orang Amori itu belum genap."  17 Ketika matahari telah terbenam, dan hari menjadi gelap, maka kelihatanlah perapian yang berasap beserta suluh yang berapi lewat di antara potongan-potongan daging itu.  18 Pada hari itulah TUHAN mengadakan perjanjian dengan Abram serta berfirman: "Kepada keturunanmulah Kuberikan negeri ini, mulai dari sungai Mesir sampai ke sungai yang besar itu, sungai Efrat:  19 yakni tanah orang Keni, orang Kenas, orang Kadmon, 20 orang Het, orang Feris, orang Refaim,  21 orang Amori, orang Kanaan, orang Girgasi dan orang Yebus itu."

 

Di sini janji ini diberikan kepada anak-anak Abram dan keturunannya yang ramai. Labih lagi penawanan di Mesir juga telah dinubuatkan. Burung pemangsa telah menyerang korban-korban itu dan cuba untuk membawanya. Serangan terhadap umat Abraham merupakan satu hukuman yang standar terhadap bangsa itu. Ini adalah dasar perumpamaan tentang domba dan kambing di dalam Perjanjian Baru. Ianya selepas penawanan bahawa umat yang dipilih akan keluar dengan keberadaan yang besar.

 

Penawanan itu sendiri adalah simbolik kepada penawanan bangsa-bangsa di bawah Iblis, apabila Mesiah akan membebaskan mereka pada zaman akhir nanti.

 

Orang Amor belum lagi ditiadakan kerana ketidaksusilaan mereka belum lagi mencapai puncaknya. Dalam perkataan lain mereka tidak bertobat tetapi ianya tidak wajar untuk menangani merreka pada masa itu. Justru itu, Israel telah menjadi tawanan di Mesir untuk menguatkan mereka dan kemudian mereka akan mewarisi keberadaan orang Amor. Pada masa yang sama mereka meniadakan golongan Refaim dan keturunan kaum orang raksasa yang lain.

 

Terdapat seluruh rentetan aktiviti-aktiviti di sini. Israel tidak menjadi cukup kuat sekiranya mereka meninggalkan perlengkapan mereka sendiri di Kanaan. Mereka terlalu gemuk dan berkecukupan, jadi mereka harus ditawan. Di sinilah mereka akan bertambah dari segi jumlah.

 

Sepuluh tahun selepas kembali ke Kanaan, Abram telah diberikan Hagar dan dia memperanakkan Ismail (Kej 16:1-7), dan dia melarikan diri kerana Sarai melayan dia dengan kasar.

 

Malaikat Yehovah (Jehovah) yang disebut Allah yang Melihat pergi kepada Hagar dan menyuruh dia kembali kepada Sarai. Dia berjanji bahawa Dia akan menetapkan dia dan Ismail yang telah lahir pada waktu Abram berumur lapan puluh enam tahun (Kej 16:16). Ini adalah 430 tahun selepas air bah. Shem, Arpachsad, Shalach dan Eber masih hidup.

 

Pada waktu Abram berumur sembilan puluh sembilan tahun, dia telah ditukarkan nama kepada Abraham dan Tuhan telah menetapkan perjanjianNya dengan Abraham (Kej 17:1-23). Ini adalah 443 tahun selepas air bah dan Arpachsad sudah mati kira-kira tiga tahun yang lalu.

 

Kejadian 17:1-27 Ketika Abram berumur sembilan puluh sembilan tahun, maka TUHAN menampakkan diri kepada Abram dan berfirman kepadanya: "Akulah Allah Yang Mahakuasa, hiduplah di hadapan-Ku dengan tidak bercela.  2 Aku akan mengadakan perjanjian antara Aku dan engkau, dan Aku akan membuat engkau sangat banyak."  3 Lalu sujudlah Abram, dan Allah berfirman kepadanya:  4 "Dari pihak-Ku, inilah perjanjian-Ku dengan engkau: Engkau akan menjadi bapa sejumlah besar bangsa.  5 Karena itu namamu bukan lagi Abram, melainkan Abraham, karena engkau telah Kutetapkan menjadi bapa sejumlah besar bangsa.  6 Aku akan membuat engkau beranak cucu sangat banyak; engkau akan Kubuat menjadi bangsa-bangsa, dan dari padamu akan berasal raja-raja.  7 Aku akan mengadakan perjanjian antara Aku dan engkau serta keturunanmu turun-temurun menjadi perjanjian yang kekal, supaya Aku menjadi Allahmu dan Allah keturunanmu.  8 Kepadamu dan kepada keturunanmu akan Kuberikan negeri ini yang kaudiami sebagai orang asing, yakni seluruh tanah Kanaan akan Kuberikan menjadi milikmu untuk selama-lamanya; dan Aku akan menjadi Allah mereka."  9 Lagi firman Allah kepada Abraham: "Dari pihakmu, engkau harus memegang perjanjian-Ku, engkau dan keturunanmu turun-temurun.  10 Inilah perjanjian-Ku, yang harus kamu pegang, perjanjian antara Aku dan kamu serta keturunanmu, yaitu setiap laki-laki di antara kamu harus disunat;  11 haruslah dikerat kulit khatanmu dan itulah akan menjadi tanda perjanjian antara Aku dan kamu.  12 Anak yang berumur delapan hari haruslah disunat, yakni setiap laki-laki di antara kamu, turun-temurun: baik yang lahir di rumahmu, maupun yang dibeli dengan uang dari salah seorang asing, tetapi tidak termasuk keturunanmu.  13 Orang yang lahir di rumahmu dan orang yang engkau beli dengan uang harus disunat; maka dalam dagingmulah perjanjian-Ku itu menjadi perjanjian yang kekal.  14 Dan orang yang tidak disunat, yakni laki-laki yang tidak dikerat kulit khatannya, maka orang itu harus dilenyapkan dari antara orang-orang sebangsanya: ia telah mengingkari perjanjian-Ku."  15 Selanjutnya Allah berfirman kepada Abraham: "Tentang isterimu Sarai, janganlah engkau menyebut dia lagi Sarai, tetapi Sara, itulah namanya.  16 Aku akan memberkatinya, dan dari padanya juga Aku akan memberikan kepadamu seorang anak laki-laki, bahkan Aku akan memberkatinya, sehingga ia menjadi ibu bangsa-bangsa; raja-raja bangsa-bangsa akan lahir dari padanya."  17 Lalu tertunduklah Abraham dan tertawa serta berkata dalam hatinya: "Mungkinkah bagi seorang yang berumur seratus tahun dilahirkan seorang anak dan mungkinkah Sara, yang telah berumur sembilan puluh tahun itu melahirkan seorang anak?"  18 Dan Abraham berkata kepada Allah: "Ah, sekiranya Ismael diperkenankan hidup di hadapan-Mu!"  19 Tetapi Allah berfirman: "Tidak, melainkan isterimu Saralah yang akan melahirkan anak laki-laki bagimu, dan engkau akan menamai dia Ishak, dan Aku akan mengadakan perjanjian-Ku dengan dia menjadi perjanjian yang kekal untuk keturunannya.  20 Tentang Ismael, Aku telah mendengarkan permintaanmu; ia akan Kuberkati, Kubuat beranak cucu dan sangat banyak; ia akan memperanakkan dua belas raja, dan Aku akan membuatnya menjadi bangsa yang besar.  21 Tetapi perjanjian-Ku akan Kuadakan dengan Ishak, yang akan dilahirkan Sara bagimu tahun yang akan datang pada waktu seperti ini juga."  22 Setelah selesai berfirman kepada Abraham, naiklah Allah meninggalkan Abraham.  23 Setelah itu Abraham memanggil Ismael, anaknya, dan semua orang yang lahir di rumahnya, juga semua orang yang dibelinya dengan uang, yakni setiap laki-laki dari isi rumahnya, lalu ia mengerat kulit khatan mereka pada hari itu juga, seperti yang telah difirmankan Allah kepadanya.  24 Abraham berumur sembilan puluh sembilan tahun ketika dikerat kulit khatannya.  25 Dan Ismael, anaknya, berumur tiga belas tahun ketika dikerat kulit khatannya.  26 Pada hari itu juga Abraham dan Ismael, anaknya, disunat.  27 Dan semua orang dari isi rumah Abraham, baik yang lahir di rumahnya, maupun yang dibeli dengan uang dari orang asing, disunat bersama-sama dengan dia.

 

Sekarang kita mamahami apa yang ia maksudkan. Ia adalah pendahuluan kepada pembersihan hati dengan Roh Kudus. Ia sendiri merupakan satu perlambangan, satu perjanjian yang semata-mata ditujukan kepada perjanjian yang baru yakni Yesus Kristus. Ini tidak difahami dahulu dan sekarang. Ia adalah perlambangan fizikal bersama dengan satu imbangan rohani.

 

Di sini perjanjian ini telah ditetapkan melalui Sarah juga. Oleh itu martabat diraja bukan sahaja dari Abraham tetapi juga dari Sarah. Di sini anak ini dinamakan oleh Allah sebagai Isyak dn dua belas suku kaum telah dilihat sebagai entiti yang memerintah. Pemerintahan bersama ini berleluas kepada golongan fasik melalui suku kaum ini. Para raja dalam dua belas rumah telah berleluas dari para hakim atau dua belas rasul sebagai persidangan seramai dua puluh empat tetapi juga golongan fasik mengambil bahagian di dalam suku-suku kaum ini melalui Perjanjian yang Baru. Penyunatan ini adalah dari dalam hati dan upacara penyunatan ditujukan kepada perjanjian yang lebih sempurna.

 

Tiga perwakilan Allah muncul kepada Abraham dan memberkati dia sebelum menangani Sodom dan Gomorah. Mereka dipanggil Yehovah bukan Adonai (lihat Companion Bible catatan kepada ayat 2-3, dan apendeks 32: penggantian Adonai bagi Yehovah adalah dalam Kej 18:3, 27, 30, 32; 19:18; 20:4 dari Massorah ss 107-15 (Edisi Ginsberg)).

 

Mereka telah menukar Yehovah kepada Adonai kerana mereka tidak suka kepada konsep ada malaikat yang dirujuk sebagai Yehovah. Terdapat tiga Elohim dan tidak ada orang yang pernah melihat Allah, jadi terdapat tiga lagi Yehovah selain Allah Bapa. Itulah sebabnya mengapa mereka menukar teks Ibrani ini. Bible Companion menangani hal ini dengan terperinci. 134 pengubahan bagi Yehovah kepada Adonai telah tersenarai di dalam Apendeks 32. Ia juga mempunyai rujukan di mana Elohim telah diperlakukan sama seperti Yehovah.

 

Kejadian 18:1-21 Kemudian TUHAN menampakkan diri kepada Abraham dekat pohon tarbantin di Mamre, sedang ia duduk di pintu kemahnya waktu hari panas terik.  2 Ketika ia mengangkat mukanya, ia melihat tiga orang berdiri di depannya. Sesudah dilihatnya mereka, ia berlari dari pintu kemahnya menyongsong mereka, lalu sujudlah ia sampai ke tanah,  3 serta berkata: "Tuanku, jika aku telah mendapat kasih tuanku, janganlah kiranya lampaui hambamu ini.  4 Biarlah diambil air sedikit, basuhlah kakimu dan duduklah beristirahat di bawah pohon ini;  5 biarlah kuambil sepotong roti, supaya tuan-tuan segar kembali; kemudian bolehlah tuan-tuan meneruskan perjalanannya; sebab tuan-tuan telah datang ke tempat hambamu ini." Jawab mereka: "Perbuatlah seperti yang kaukatakan itu."  6 Lalu Abraham segera pergi ke kemah mendapatkan Sara serta berkata: "Segeralah! Ambil tiga sukat tepung yang terbaik! Remaslah itu dan buatlah roti bundar!"  7 Lalu berlarilah Abraham kepada lembu sapinya, ia mengambil seekor anak lembu yang empuk dan baik dagingnya dan memberikannya kepada seorang bujangnya, lalu orang ini segera mengolahnya.  8 Kemudian diambilnya dadih dan susu serta anak lembu yang telah diolah itu, lalu dihidangkannya di depan orang-orang itu; dan ia berdiri di dekat mereka di bawah pohon itu, sedang mereka makan.  9 Lalu kata mereka kepadanya: "Di manakah Sara, isterimu?" Jawabnya: "Di sana, di dalam kemah."  10 Dan firman-Nya: "Sesungguhnya Aku akan kembali tahun depan mendapatkan engkau, pada waktu itulah Sara, isterimu, akan mempunyai seorang anak laki-laki." Dan Sara mendengarkan pada pintu kemah yang di belakang-Nya.  11 Adapun Abraham dan Sara telah tua dan lanjut umurnya dan Sara telah mati haid.  12 Jadi tertawalah Sara dalam hatinya, katanya: "Akan berahikah aku, setelah aku sudah layu, sedangkan tuanku sudah tua?"  13 Lalu berfirmanlah TUHAN kepada Abraham: "Mengapakah Sara tertawa dan berkata: Sungguhkah aku akan melahirkan anak, sedangkan aku telah tua?  14 Adakah sesuatu apapun yang mustahil untuk TUHAN? Pada waktu yang telah ditetapkan itu, tahun depan, Aku akan kembali mendapatkan engkau, pada waktu itulah Sara mempunyai seorang anak laki-laki."  15 Lalu Sara menyangkal, katanya: "Aku tidak tertawa," sebab ia takut; tetapi TUHAN berfirman: "Tidak, memang engkau tertawa!"  16 Lalu berangkatlah orang-orang itu dari situ dan memandang ke arah Sodom; dan Abraham berjalan bersama-sama dengan mereka untuk mengantarkan mereka.  17 Berpikirlah TUHAN: "Apakah Aku akan menyembunyikan kepada Abraham apa yang hendak Kulakukan ini?  18 Bukankah sesungguhnya Abraham akan menjadi bangsa yang besar serta berkuasa, dan oleh dia segala bangsa di atas bumi akan mendapat berkat?  19 Sebab Aku telah memilih dia, supaya diperintahkannya kepada anak-anaknya dan kepada keturunannya supaya tetap hidup menurut jalan yang ditunjukkan TUHAN, dengan melakukan kebenaran dan keadilan, dan supaya TUHAN memenuhi kepada Abraham apa yang dijanjikan-Nya kepadanya."  20 Sesudah itu berfirmanlah TUHAN: "Sesungguhnya banyak keluh kesah orang tentang Sodom dan Gomora dan sesungguhnya sangat berat dosanya.  21 Baiklah Aku turun untuk melihat, apakah benar-benar mereka telah berkelakuan seperti keluh kesah orang yang telah sampai kepada-Ku atau tidak; Aku hendak mengetahuinya."

 

Janji ini belum lagi diberikan kepada Abraham tetapi dari sinilah Allah telah memutuskan untuk menangani bangsa Kanaan yang semuanya jahat.

 

Abraham pada tahap ini menjadi orang tengah bagi orang yang baik dalam bangsa-bangsa tersebut dan juga bagi sanak saudaranya. Ini adalah tanda bagi sikap umat pilihan. Kita harus berdoa bagi semua orang di dalam negara yang kita duduki. Mungkin Abram sedang memikirkan bahawa Lot dan keluarganya berada di sana, jadi dia prihatin tentang apa yang akan berlaku kepada umatnya sendiri di sana.

 

Kejadian 18:22-33  Lalu berpalinglah orang-orang itu dari situ dan berjalan ke Sodom, tetapi Abraham masih tetap berdiri di hadapan TUHAN.  23 Abraham datang mendekat dan berkata: "Apakah Engkau akan melenyapkan orang benar bersama-sama dengan orang fasik?  24 Bagaimana sekiranya ada lima puluh orang benar dalam kota itu? Apakah Engkau akan melenyapkan tempat itu dan tidakkah Engkau mengampuninya karena kelima puluh orang benar yang ada di dalamnya itu?  25 Jauhlah kiranya dari pada-Mu untuk berbuat demikian, membunuh orang benar bersama-sama dengan orang fasik, sehingga orang benar itu seolah-olah sama dengan orang fasik! Jauhlah kiranya yang demikian dari pada-Mu! Masakan Hakim segenap bumi tidak menghukum dengan adil?"  26 TUHAN berfirman: "Jika Kudapati lima puluh orang benar dalam kota Sodom, Aku akan mengampuni seluruh tempat itu karena mereka."  27 Abraham menyahut: "Sesungguhnya aku telah memberanikan diri berkata kepada Tuhan, walaupun aku debu dan abu.  28 Sekiranya kurang lima orang dari kelima puluh orang benar itu, apakah Engkau akan memusnahkan seluruh kota itu karena yang lima itu?" Firman-Nya: "Aku tidak memusnahkannya, jika Kudapati empat puluh lima di sana."  29 Lagi Abraham melanjutkan perkataannya kepada-Nya: "Sekiranya empat puluh didapati di sana?" Firman-Nya: "Aku tidak akan berbuat demikian karena yang empat puluh itu."  30 Katanya: "Janganlah kiranya Tuhan murka, kalau aku berkata sekali lagi. Sekiranya tiga puluh didapati di sana?" Firman-Nya: "Aku tidak akan berbuat demikian, jika Kudapati tiga puluh di sana."  31 Katanya: "Sesungguhnya aku telah memberanikan diri berkata kepada Tuhan. Sekiranya dua puluh didapati di sana?" Firman-Nya: "Aku tidak akan memusnahkannya karena yang dua puluh itu."  32 Katanya: "Janganlah kiranya Tuhan murka, kalau aku berkata lagi sekali ini saja. Sekiranya sepuluh didapati di sana?" Firman-Nya: "Aku tidak akan memusnahkannya karena yang sepuluh itu."  33 Lalu pergilah TUHAN, setelah Ia selesai berfirman kepada Abraham; dan kembalilah Abraham ke tempat tinggalnya.

 

Yehovah di sini adalah Malaikat Yehovah, Elohim Israel yang kita fahami sebagai pra-inkarnasi Kristus. Allah (yang Maha Tinggi dan juga Elohim yang lebih rendah) merasa benci untuk memusnahkan orang-orang ini dan tidak akan melakukannya sekiranya ada terdapat sepuluh orang yang benar. Justru itu, tanggung jawab umat pilihan bagi keselamatan bangsa adalah berat.

 

Kejadian 19:1-14 Kedua malaikat itu tiba di Sodom pada waktu petang. Lot sedang duduk di pintu gerbang Sodom dan ketika melihat mereka, bangunlah ia menyongsong mereka, lalu sujud dengan mukanya sampai ke tanah,  2 serta berkata: "Tuan-tuan, silakanlah singgah ke rumah hambamu ini, bermalamlah di sini dan basuhlah kakimu, maka besok pagi tuan-tuan boleh melanjutkan perjalanannya." Jawab mereka: "Tidak, kami akan bermalam di tanah lapang."  3 Tetapi karena ia sangat mendesak mereka, singgahlah mereka dan masuk ke dalam rumahnya, kemudian ia menyediakan hidangan bagi mereka, ia membakar roti yang tidak beragi, lalu mereka makan.  4 Tetapi sebelum mereka tidur, orang-orang lelaki dari kota Sodom itu, dari yang muda sampai yang tua, bahkan seluruh kota, tidak ada yang terkecuali, datang mengepung rumah itu.  5 Mereka berseru kepada Lot: "Di manakah orang-orang yang datang kepadamu malam ini? Bawalah mereka keluar kepada kami, supaya kami pakai mereka."  6 Lalu keluarlah Lot menemui mereka, ke depan pintu, tetapi pintu ditutupnya di belakangnya,  7 dan ia berkata: "Saudara-saudaraku, janganlah kiranya berbuat jahat.  8 Kamu tahu, aku mempunyai dua orang anak perempuan yang belum pernah dijamah laki-laki, baiklah mereka kubawa ke luar kepadamu; perbuatlah kepada mereka seperti yang kamu pandang baik; hanya jangan kamu apa-apakan orang-orang ini, sebab mereka memang datang untuk berlindung di dalam rumahku."  9 Tetapi mereka berkata: "Enyahlah!" Lagi kata mereka: "Orang ini datang ke sini sebagai orang asing dan dia mau menjadi hakim atas kita! Sekarang kami akan menganiaya engkau lebih dari pada kedua orang itu!" Lalu mereka mendesak orang itu, yaitu Lot, dengan keras, dan mereka mendekat untuk mendobrak pintu.  10 Tetapi kedua orang itu mengulurkan tangannya, menarik Lot masuk ke dalam rumah, lalu menutup pintu.  11 Dan mereka membutakan mata orang-orang yang di depan pintu rumah itu, dari yang kecil sampai yang besar, sehingga percumalah orang-orang itu mencari-cari pintu.  12 Lalu kedua orang itu berkata kepada Lot: "Siapakah kaummu yang ada di sini lagi? Menantu atau anakmu laki-laki, anakmu perempuan, atau siapa saja kaummu di kota ini, bawalah mereka keluar dari tempat ini,  13 sebab kami akan memusnahkan tempat ini, karena banyak keluh kesah orang tentang kota ini di hadapan TUHAN; sebab itulah TUHAN mengutus kami untuk memusnahkannya."  14 Keluarlah Lot, lalu berbicara dengan kedua bakal menantunya, yang akan kawin dengan kedua anaknya perempuan, katanya: "Bangunlah, keluarlah dari tempat ini, sebab TUHAN akan memusnahkan kota ini." Tetapi ia dipandang oleh kedua bakal menantunya itu sebagai orang yang berolok-olok saja.

 

Perlambangan Lot memberikan anak perempuannya  kepada lelaki itu adalah bahawa mereka telah bertunang kepada dua orang lelaki ini yang disebut sebagai menantu lelaki kerana  bertunang adalah perhubungan sebelum perkahwinan. Penghakiman ini terletak di pihak mereka bagi sikap bangsa itu kerana  perempuan-perempuan di tempat itu memberi kesan kepada umat mereka sendiri melalui pertunangan. Mereka mengetahui ini dan menjadi marah dengan Lot kerana dia sedang menghakimi mereka dengan tindakan ini. Maksud rohani mungkin juga menghubungkan kepada Jemaat di mana bangsa telah dihakimi oleh sikapnya sendiri dalam perhubungan dengan umat pilihan. Dua Jemaat pada zaman akhir akan musnah oleh kebinasaan pada zaman akhir. Jemaat sardis adalah mati dan Laodikia akan dimuntahkan. Kedua-dua Jemaat ini akan disingkirkan dari rahmat. Hanya umat sisa dari Jemaat ini yang akan selamat. Di sini kedua-kedua Jemaat ini akan selamat melalui anak-anak lelakinya (Moab dan Ammon) oleh bapa alamiah mereka. Dan juga terdapat satu lagi kebarangkalian dengan dua perempuan ini. Mereka mungkin berhubungan dengan konsep perjanjian dan bagaimana bangsa ini menanganinya. Merela secara literal tidak boleh memasuki pintu keselamatan kerana mereka dihadkan dengan kebutaan kerana mereka tidak bertobat. Maksud orang-orang di Sodom yang dihadkan adalah bahawa mereka sama sekali tidak bertobat, oleh itu mereka tidak boleh memasuki ke dalam penghakiman. Mereka tidak boleh diselamatkan. Mungkin mereka melakukan sebarang kemusnahan dengan masuk ke dalam, jadi mereka dibutakan dan pintu itu telah ditutup. Mereka ditawarkan keselamatan tetapi tidak dapat mengambil bahagian kerana mereka tidak bertobat. Keselaamatan bagi bangsa ini telah ditawarkan kepada dua anak lelaki ini.

 

Dan juga di sini menantu-menantu Lot berfikir bahawa dia bercakap dengan tidak menentu apabila tempat itu telah dikutuk untuk kemusnahan. Begitu juga keadaannya pada zaman akhit nanti.

 

Kejadian 19:15-22 Ketika fajar telah menyingsing, kedua malaikat itu mendesak Lot, supaya bersegera, katanya: "Bangunlah, bawalah isterimu dan kedua anakmu yang ada di sini, supaya engkau jangan mati lenyap karena kedurjanaan kota ini."  16 Ketika ia berlambat-lambat, maka tangannya, tangan isteri dan tangan kedua anaknya dipegang oleh kedua orang itu, sebab TUHAN hendak mengasihani dia; lalu kedua orang itu menuntunnya ke luar kota dan melepaskannya di sana.  17 Sesudah kedua orang itu menuntun mereka sampai ke luar, berkatalah seorang: "Larilah, selamatkanlah nyawamu; janganlah menoleh ke belakang, dan janganlah berhenti di manapun juga di Lembah Yordan, larilah ke pegunungan, supaya engkau jangan mati lenyap."  18 Kata Lot kepada mereka: "Janganlah kiranya demikian, tuanku.  19 Sungguhlah hambamu ini telah dikaruniai belas kasihan di hadapanmu, dan tuanku telah berbuat kemurahan besar kepadaku dengan memelihara hidupku, tetapi jika aku harus lari ke pegunungan, pastilah aku akan tersusul oleh bencana itu, sehingga matilah aku.  20 Sungguhlah kota yang di sana itu cukup dekat kiranya untuk lari ke sana; kota itu kecil; izinkanlah kiranya aku lari ke sana. Bukankah kota itu kecil? Jika demikian, nyawaku akan terpelihara."  21 Sahut malaikat itu kepadanya: "Baiklah, dalam hal inipun permintaanmu akan kuterima dengan baik; yakni kota yang telah kau sebut itu tidak akan kutunggangbalikkan.  22 Cepatlah, larilah ke sana, sebab aku tidak dapat berbuat apa-apa, sebelum engkau sampai ke sana." Itulah sebabnya nama kota itu disebut Zoar.

 

Tsoar (SHD 6820) berert menjadi kecil. Ia berasal dari SHD 6819 Tsa’ar yang bererti menjadi kecil atau secara perlambangan ia tercela atau direndahkan. Kota itu sendiri tidak mempunyai kepentingan dan telah direndahkan. Jadi ianya diselamatkan kerana bertujuan untuk menyelamatkan Lot yang menawarkan perlindungan sementara kota-kota utama telah dimusnahkan. Inilah konsep tempat selamat di mana kamu akan melarikan diri dari satu tempat ke satu tempat dan diberikan kelonggaran, sementara kemusnahan berlaku di sekeliling kita. Terdapat konsep di mana Allah akan meletakkan tangannya ke atas kamu dan menyediakan keperluan kamu, supaya sekiranya ia terlalu jauh untuk kamu pergi, kamu akan diberikan perlindungan (petikan karya tulis Tempat yang Selamat (No. 194).

 

Kejadian 19:23-38 Matahari telah terbit menyinari bumi, ketika Lot tiba di Zoar.  24 Kemudian TUHAN menurunkan hujan belerang dan api atas Sodom dan Gomora, berasal dari TUHAN, dari langit;  25 dan ditunggangbalikkan-Nyalah kota-kota itu dan Lembah Yordan dan semua penduduk kota-kota serta tumbuh-tumbuhan di tanah.  26 Tetapi isteri Lot, yang berjalan mengikutnya, menoleh ke belakang, lalu menjadi tiang garam.  27 Ketika Abraham pagi-pagi pergi ke tempat ia berdiri di hadapan TUHAN itu,  28 dan memandang ke arah Sodom dan Gomora serta ke seluruh tanah Lembah Yordan, maka dilihatnyalah asap dari bumi membubung ke atas sebagai asap dari dapur peleburan.

 

Masalah isteri Lot adalah bahawa dia tidak benar-benar bertobat dari dosa dunia. Dia telah dimusnahkan kerana sikapnya. Pemusnahan ke atas Sodom dan Gomorah adalah pendahuluan atau visi kepada apa yang akan berlaku kepada bumi ini pada zaman akhir.

 

Kita telah melihat bagaimana bangsa ini telah dimusnahkan oleh tindakan mereka sendiri pada zaman akhir nanti. Pencemaran terbukti di mana-mana seperti yang kita lihat. Ianya bukan hanya Rusia yang menimbulkan masalah ini. Amerika adalah negara pencemaran alam sekeliling yang utama begitu juga dengan negara-negara perindustrian yang lain. Di Rusia kita telah bercakap dengan kemusnahan tentang nuklear kapal selam yang tenggelam. Tasik yang tercemar membawa 400 juta liter air yang mengandungi radioaktif dari pengeluaran nuklear boleh dilihat di dalam sistem pengairan sungai di Rusia. Rusia menjual senjata nuklear. Irag mendapat semula kira-kira 85% dari jumlah sebelumnya. Kemusnahan tidak lama lagi akan berlaku dan ianya tidak boleh dibendung lagi. Empat malaikat sedang menetapkan kemusnahan ini dengan kecepatan yang luar biasa. (lihat karya tulis Pemanasan Global dan Nubuatan Alkitab (No. 218)).

 

29 Demikianlah pada waktu Allah memusnahkan kota-kota di Lembah Yordan dan menunggangbalikkan kota-kota kediaman Lot, maka Allah ingat kepada Abraham, lalu dikeluarkan-Nyalah Lot dari tengah-tengah tempat yang ditunggangbalikkan itu.  30 Pergilah Lot dari Zoar dan ia menetap bersama-sama dengan kedua anaknya perempuan di pegunungan, sebab ia tidak berani tinggal di Zoar, maka diamlah ia dalam suatu gua beserta kedua anaknya.  31 Kata kakaknya kepada adiknya: "Ayah kita telah tua, dan tidak ada laki-laki di negeri ini yang dapat menghampiri kita, seperti kebiasaan seluruh bumi.  32 Marilah kita beri ayah kita minum anggur, lalu kita tidur dengan dia, supaya kita menyambung keturunan dari ayah kita."  33 Pada malam itu mereka memberi ayah mereka minum anggur, lalu masuklah yang lebih tua untuk tidur dengan ayahnya; dan ayahnya itu tidak mengetahui ketika anaknya itu tidur dan ketika ia bangun.  34 Keesokan harinya berkatalah kakaknya kepada adiknya: "Tadi malam aku telah tidur dengan ayah; baiklah malam ini juga kita beri dia minum anggur; masuklah engkau untuk tidur dengan dia, supaya kita menyambung keturunan dari ayah kita."  35 Demikianlah juga pada malam itu mereka memberi ayah mereka minum anggur, lalu bangunlah yang lebih muda untuk tidur dengan ayahnya; dan ayahnya itu tidak mengetahui ketika anaknya itu tidur dan ketika ia bangun.  36 Lalu mengandunglah kedua anak Lot itu dari ayah mereka.  37 Yang lebih tua melahirkan seorang anak laki-laki, dan menamainya Moab; dialah bapa orang Moab yang sekarang.  38 Yang lebih mudapun melahirkan seorang anak laki-laki, dan menamainya Ben-Ami; dialah bapa bani Amon yang sekarang.

 

Anak-anak perempuan Lot memahami bahawa bumi ini akan binasa sekali lagi oleh api pada zaman akhir nanti.mereka tahu tentang air bah kerana Shem masih hidup pada zaman mereka. Abraham mati 519 tahun selepas air bah berlaku pada usia satu ratus tujuh puluh lima lebih lama dari Shem dengan beza hanya tujuh belas tahun sahaja. Eber masih hidup dan dia hidup lebih lama daripada Abraham dengan beza empat belas tahun. Anak-anak lelaki Eber sangat ramai dan mereka layak disebut bangsa.

 

Gologan Amon dan Moab menjadi bangsa bersama dengan Israel dan kemudiannya musuh kepada Israel. Mereka mempunyai ketakdiran seperti yang kita akan lihat kemudian. Orang-orang ini melakukan perkara yang mereka telah lakukan kerana mereka memahami bahawa  nubuatan ini akan ditangani pada zaman akhir nanti dan mereka fikir mereka sudah berada di zaman akhir.

 

q