Jemaat-jemaat Allah Al Masehi

[098]

 

 

 

 

Hari Paskah [098]

(Edisi 2.0 19950401-19990130

 

Karya ini membincangkan perihal penentuan waktu dan kepentingan Paskah serta pembezaannya dari pesta Easter yang berciri pagan. Fasa-fasa berlainan perayaan Paskah diperiksa. Semua ini dibahagikan kepada Perjamuan Suci, malam Paskah sebenar, di mana Kristus merupakan anak domba korban, atau Malam Untuk Berjaga-jaga serta Perayaan Roti Tidak Beragi.

 

 

 

 

 

Christian Churches of God

 

PO Box 369, WODEN ACT 2606, AUSTRALIA

E-mail: secretary@ccg.org

 

(Hakcipta ã 1995, 1999 Wade Cox)

(Tr. 2003)

 

Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan.  Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan.  Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.

 

Karya ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org

 


 

Hari Paskah [098]



Penentuan Waktu dan Kepentingan

Paskah merupakan tempoh Hari Suci pertama dalam kalendar suci, iaitu satu kalendar lunar yang terdiri dari dua belas bulan lunar dengan satu bulan ketiga belas sebanyak tujuh kali dalam kitar kalendar itu, yang berulang setiap 19 tahun. Tahun suci bermula pada bulan Nisan, atau Abib, atau sekitar bulan Mac dan berakhir dengan bulan Adar selaku bulan kedua belas, atau Adar II selaku bulan ketiga belas.

 

Paskah didahului oleh tempoh Pengudusan Bait Suci, yang bermula pada hari pertama bulan pertama dan berterusan hingga hari ketujuh bulan pertama, iaitu hari pengudusan mereka yang berdosa dengan tidak sengaja dan dengan tidak sedar (lihat karya Pengudusan Bait Suci Tuhan [241]).

 

Paskah adalah suatu hari raya peringatan yang mewakili suatu siri ciri-ciri di dalam rencana keselamatan. Pemeliharaan Paskah dan Hari-hari Roti Tidak Beragi merupakan satu tanda kepada kita bahawa kita adalah umat Tuhan (Keluaran 13:3-10). Peristiwa Keluaran membentuk dasar perayaan ini, dan sungguhpun cerita itu berdasarkan pada keselamatan fizikal bangsa Israel, simbolisme perayaan ini mewakili keselamatan rohani seluruh planet ini. Planet ini berada di bawah kekuasaan Elohim yang jatuh murtad yang dipimpin oleh kerub yang menutupi/berjaga yang dipanggil Iblis (Syaitan). Ini dibincangkan dalam penjelasan-penjelasan mengenai kosmologi dalam karya-karya Umat Pilihan Sebagai Elohim [001] dan Tuhan Yang Kita Sembah [002]. Mesias digambarkan oleh pengorbanan anak domba Paskah itu serta turutan perayaan ini. Perayaan ini sebenarnya berdasar sekeliling pengunduran ketenteraan besar-besaran dari negeri Mesir yang digunakan untuk menggambarkan penebusan dunia ini dari dosa. Kristus adalah hasil sulung tuaian dunia ini. Itulah sebabnya kenapa tiga musim perayaan itu berdasarkan pada sistem tuaian di hemisfera utara dan khususnya di Yerusalem, yang telah dipilih sebagai pusat struktur pentadbiran kerajaan Tuhan, untuk zaman milenium dan juga zaman selepas milenium.

 

Kristus sebenarnya menurut peraturan-peraturan Paskah sepanjang tempoh di mana disalibkan. Oleh kerana Kekristianan moden hari ini memelihara perayaan Easter orang pagan, ia tidak mempunyai penjelasan bagi perjamuan yang dikenali sebagai Perjamuan Akhir itu, dan juga bagi penetapan masa sebenar untuk permulaan serta pengakhiran perayaan tersebut. Simbolismenya umumnya telah hilang dalam Kekristianan moden.

 

Membezakan Paskah dari Easter Pagan

Peruntukan-peruntukan Alkitab untuk Paskah

Perundangan Paskah ditemui dalam Keluaran 12:3-49; 23:15-18; 34:18; Imamat 23:4-8; Bilangan 9:2-5, 13-14; 28:16-25; Ulangan 16:1-8, 16; Mazmur 81:3, 5; Yehezkiel 45:21 dan selanjutnya.

 

Paskah merupakan satu pengunduran ketenteraan dari sistem Mesir yang direka untuk mencerminkan pengambilan keluar umat dari dosa dunia ini. Bagaimanapun, ianya berguna untuk menyimpan rencana pengunduran itu di dalam fikiran untuk membayangkan apa yang digambarkan dalam simbolisme mula-mula itu.

 

Keluaran pasal 12 bermula dengan menerangkan bahawa bulan Paskah, atau Nisan, adalah pada permulaan bulan-bulan [untuk tahun]. Persediaan seharusnya dibuat pada hari pertama tahun suci dan juga pada hari ketujuh di mana keimamatan melakukan pendamaian untuk dosa yang tidak sengaja (lihat juga Yehezkiel 45:18-20). Korban-korban itu kini digenapi di dalam Kristus, namun pendamaian dan persediaan itu harus terus dilakukan (petikan-petikan dalam Yehezkiel menunjukkan keberterusan ke dalam Milenium). Mereka yang tidak bersedia untuk merayakan Paskah, atau yang sedang dalam perjalanan, harus merayakannya pada bulan kedua (Bilangan 9:6-12; 2 Tawarikh 30:2-4).

 

Orang asing yang tinggal di dalam Israel juga perlu merayakan Paskah itu (Keluaran 12:48, 49; Bilangan 9:14), kerana keselamatan mereka, yakni keselamatan bangsa-bangsa lain, atau seluruh manusia, terletak di dalam jemaat.

 

Perayaan ini harus dirayakan di satu tempat yang ditentukan oleh Tuhan (melalui keimamatan) (Ulangan 16:5-7) dan harus dirayakan dengan roti tidak beragi (Keluaran 12:8, 15-20; 12:3, 6; 23:15; Imamat 23:6; Bilangan 9:11; 28:17; Ulangan 16:3, 4; Markus 14:12; Lukas 22:7; Kisah 12:3; 1 Korintus 5:8). Hukuman bagi yang lalai memelihara perayaan ini adalah dilenyapkan dari bangsa atau jemaat itu (Bilangan 9:13) melainkan ia dalam keadaan najis atau dalam perjalanan seperti dinyatakan di atas. Terdapat satu ketetapan yang sama untuk orang asing dan orang Israel asli (Bilangan 9:14).

 

Jemaat harus membuat persediaan untuk Paskah dengan lebih awal seperti di atas dan harus memilih anak domba Paskah pada hari ke 10 bulan itu dan harus menyimpannya dan menyembelihnya pada hari ke 14 bulan itu (Keluaran 12:3). Simbolisme anak domba ini menunjukkan pengorbanan Mesias pada hari ke 14 bulan Nisan pada waktu petang sekitar jam 3 petang (Yang, dalam tahun penyaliban itu, yakni tahun 30 TM, jatuh pada hari Rabu 5 haribulan April. Ada pihak yang berpendapat ianya 31 TM, yang kini kita ketahui sebagai tidak betul; lihat karya Penentuan Masa Penyaliban dan Kebangkitan [159]). Perayaan ini jatuh pada masa yang berbeza-beza menurut kalendar lunar. Penyaliban itu bukannya pada hari Jumaat dan kebangkitan itu bukannya pada hari Minggu (lihat juga Companion Bible, Apendiks 42). Paskah harus dirayakan oleh keluarga menurut bilangan anggotanya untuk memakan domba itu (Keluaran 12:4).

 

Kepentingan Perjamuan Akhir itu

Kebanyakan komentator Kristian keliru dengan kemaknaan Perjamuan Akhir itu yang diadakan Kristus pada malam sebelum dia disalib. Ini adalah Perjamuan malam hari Selasa 14 Nisan. Ada yang telah menganggap, dari komen-komen Kristus bahawa dia ingin memakan Paskah ini bersama mereka, bahawa orang Yahudi telah silap tarikhnya dan bahawa tarikh yang betul adalah malam sebelumnya. Sememangnya, banyak kumpulan Kristian yang masih memelihara Paskah dan Perjamuan Akhir menganggap bahawa jamuan 14 Nisan itu adalah jamuan Paskah. Ia bukan.

 

Kristus telah memelihara Paskah serta hukum taurat (Matius 26:17-20; Lukas 22:15; Yohanes 2:13, 23; 13:1 dan seterusnya). Dia tidak mengubah satu titik atau satu iota hukum itu (Matius 5:18).

 

Paskah dijalankan sebagai satu pengunduran. Untuk kumpulan seramai kira-kira dua juta orang itu digerakkan dengan jayanya, suatu gerakan ketenteraan yang teliti diperlukan. Bangsa itu telah berkumpul di Rameses sejak hari sebelum malam apabila malaikat maut itu akan melalui bangsa Israel dan memukul orang Mesir. Ini bertujuan menggambarkan pembinasaan dunia ini serta perlindungan yang tersedia untuk umat melalui pengorbanan Anak Domba itu di mana melaluinya semua orang, bangsa Yahudi atau tidak, akan diletakkan ke dalam jemaat Tuhan di bawah kepimpinan satu dunia itu. Untuk memperingati penumpuan kumpulan umat itu serta persediaan untuk korban itu, satu jamuan, yang disebut (lihat Alkitab Companion) chagigah atau chagigoh, diadakan. Chagigoh dalam pemeliharaan Paskah selepas zaman buangan yang difahami oleh Judaisme moden, adalah suatu persembahan korban tambahan. Dua lauknya

 

biasanya terdiri dari sekeping daging yang dipanggang dan telur panggang.

 

(karya Hayyim Schauss The Jewish Festivals History and Observance, Schocken Books, New York, vii, "Pesach = Unusual Observances" halaman 56).

 

Pemahaman Chagigoh sebagaimana yang diberikan dalam Ulangan 16 dan seperti mana yang dipelihara di Yerusalem pada zaman Kristus, sama ada telah hilang atau disalahtafsir oleh Judaisme kemudiannya. Telur tersebut telah diperkenalkan sebagai simbol sistem Babilon selepas zaman buangan. Telur Easter adalah suatu terbitan sistem ini juga yang memang dikenali ramai. Serangan-serangan Judaisme Rabbinikal ke atas Kekristianan serta pengeliruan kesamaan sistem-sistem Judeo-Kristian telah membawa kepada kejahilan dan kemudiannya kepada penganiayaan ngeri orang Yahudi serta Kristian bukan Athanasian yang memelihara hukum taurat itu (lihat juga karya Schauss, ibid., halaman 57 dan seterusnya untuk beberapa tindakan-tindakan tersebut serta fitnah-fitnah jahil Zaman Pertengahan).

 

Kediaman Sementara Diperlukan untuk Paskah

Mereka yang memelihara Paskah diperintahkan untuk memeliharanya di luar tempat kediaman biasa mereka bermula dengan hari persediaan 14 Nisan.

 

Ulangan 16:5-7 5 Engkau tidak boleh mempersembahkan korban Paskah di salah satu tempat yang diberikan kepadamu oleh TUHAN, Allahmu. 6 Tetapi di tempat yang akan dipilih TUHAN, Allahmu, untuk membuat nama-Nya diam di sana, engkau harus mempersembahkan korban Paskah itu pada waktu senja, ketika matahari terbenam, bertepatan dengan saat engkau keluar dari Mesir. 7 Engkau harus memasaknya dan memakannya di tempat yang akan dipilih TUHAN, Allahmu; kemudian paginya engkau harus pulang kembali ke kemahmu.

 

Hukum Ulangan 16 adalah sebab kenapa Kristus telah menghantar murid-muridnya untuk mencari tempat yang digambarkan dalam Matius 26:17-19.

 

Matius 26:17-19 17 Pada hari pertama Roti Tidak Beragi datanglah murid-murid Yesus kepada-Nya dan berkata: "Di mana Engkau kehendaki kami mempersiapkan perjamuan Paskah bagi-Mu?" 18 Jawab Yesus: "Pergilah ke kota kepada si Anu dan katakan kepadanya: Pesan Guru: waktu-Ku hampir tiba; di dalam rumahmulah Aku mau merayakan Paskah bersama-sama dengan murid-murid-Ku." 19 Lalu murid-murid-Nya melakukan seperti yang ditugaskan Yesus kepada mereka dan mempersiapkan Paskah. (RSV)

 

Hari itu bukanlah hari pertama roti tidak beragi seperti mana yang diterjemahkan beberapa orang, tetapi sebaliknya ia harus membaca sebelum roti tidak beragi (dari perkataan prõte yang juga digunakan pada Yohanes 1:15, 30 yang bermakna dia wujud sebelum aku). KJV mengekalkan sedikit sebanyak ertikata ini dengan merujuk kepada hari itu sebagai hari pertama dari Hari Raya Roti Tidak Beragi. Kita tahu bahawa ini adalah mustahil melainkan istilah itu adalah istilah umum.

 

Matius 26:17-19 17 Pada hari pertama dari hari raya Roti Tidak Beragi datanglah murid-murid Yesus kepada-Nya dan berkata: "Di mana Engkau kehendaki kami mempersiapkan perjamuan Paskah bagi-Mu?" 18 Jawab Yesus: "Pergilah ke kota kepada si Anu dan katakan kepadanya: Pesan Guru: waktu-Ku hampir tiba; di dalam rumahmulah Aku mau merayakan Paskah bersama-sama dengan murid-murid-Ku." 19 Lalu murid-murid-Nya melakukan seperti yang ditugaskan Yesus kepada mereka dan mempersiapkan Paskah. (KJV)

 

Istilah-istilah Paskah dan Roti Tidak Beragi digunakan kedua-duanya secara khusus dan secara umum. Paskah boleh meliputi semua peringkat dari jamuan sebelum Paskah dan Paskah hingga Roti Tidak Beragi. Begitu juga Roti Tidak Beragi boleh merujuk kepada semua aktiviti-aktiviti tersebut. Malahan, hari itu bukanlah hari sebelum Roti Tidak Beragi, tetapi dua hari sebelumnya. Hukum tersebut memerlukan semua orang meninggalkan rumah-rumah mereka dan tinggal dalam kediaman sementara untuk 14 Nisan yang, seperti hari-hari yang lain, bermula dari waktu senja 13 Nisan. Ini dilakukan agar seluruh hari persediaan itu diadakan di dalam tempat itu, untuk bersedia bagi malam Paskah sebenar, yang jatuh pada malam 15 Nisan atau malam Hari Suci pertama dan yang disebutkan sebagai malam untuk berjaga-jaga (Keluaran 12:42). Anak domba itu disembelih pada hari persediaan 14 Nisan sewaktu matahari sedang turun, bermula dari kira-kira jam 3 petang, bagi menggambarkan Mesias (Ulangan 16:6). Kristus sememangnya telah dibunuh pada waktu ini dan mati pada waktu yang ditetapkan untuk permulaan korban-korban Paskah petang itu. Kalaulah dia tidak mati tepat pada waktu untuk penyembelihan anak domba korban yang pertama seperti mana yang ditetapkan di dalam hukum itu maka dia tidak menggenapi hukum itu, dan dengan itu tidak mungkin adalah Mesias.

Cara Persediaan Jamuan Paskah

Ketetapan asal yang ditemui pada Keluaran 12:9 memerlukan anak domba itu dipanggang dan dimakan bersama sayur pahit. Ketetapan dalam Ulangan bagi pemeliharaan hari raya dalam kediaman sementara nampaknya bertujuan untuk membolehkan anak domba itu direbus oleh kerana ia diterjemahkan sebagai direbus di dalam beberapa Alkitab namun perkataan itu sebenarnya adalah masak iaitu suatu istilah umum yang meliputi memanggang dan merebus. Memandangkan hukum Keluaran 12, ianya tidak mungkin bahawa istilah umum itu membenarkan perubahan kepada syarat-syarat Keluaran 12. Terjemahan salah merebus digunakan untuk membenarkan jenis jamuan yang dijamu oleh Kristus pada malam Perjamuan Akhir itu. Jamuan itu dimakan dengan roti oleh Kristus (Yohanes 13:26). Mungkin juga dnegan roti tidak beragi (agar digunakan sebagai roti psõmion).

 

Jamuan ini bukannya pada Hari Suci pertama bilamana Paskah itu dimakan seperti ditetapkan dalam Keluaran 12, tetapi sebaliknya pada malam sebelumnya. Jamuan tersebut mungkin sebarang daging daging basah. Bagaimanapun, hukum mensyaratkan agar jamuan Paskah itu dipanggang dan dimakan bersama sayur pahit. Oleh itu, perjamuan yang dikenali sebagai Perjamuan Akhir itu memang dapat dijelaskan dalam batas pengertian hukum dan tidak ada konflik atau pengurangan pada ketetapan-ketetapan asalnya oleh Kristus.

 

Tujuh hari Roti Tidak Beragi itu bermula pada malam berikutnya pada Hari Suci pertama hari raya tersebut, iaitu 15 Nisan yang pada tahun 30 TM jatuh pada malam Rabu atau hari Khamis.

 

Keluaran 12:15 15 Kamu makanlah roti yang tidak beragi tujuh hari lamanya; pada hari pertamapun kamu buanglah segala ragi dari rumahmu, sebab setiap orang yang makan sesuatu yang beragi, dari hari pertama sampai hari ketujuh, orang itu harus dilenyapkan dari antara Israel.

 

Keluaran 13:6-7 6 Makanlah roti yang tidak beragi tujuh hari lamanya dan pada hari yang ketujuh akan diadakan hari raya bagi TUHAN. 7 Roti yang tidak beragi haruslah dimakan selama tujuh hari itu; sesuatupun yang beragi tidak boleh dilihat padamu, bahkan ragi tidak boleh dilihat padamu di seluruh daerahmu.

 

Keluaran 23:15 15 Hari raya Roti Tidak Beragi haruslah kaupelihara; tujuh hari lamanya engkau harus makan roti yang tidak beragi, seperti yang telah Kuperintahkan kepadamu, pada waktu yang ditetapkan dalam bulan Abib, sebab dalam bulan itulah engkau keluar dari Mesir, tetapi janganlah orang menghadap ke hadirat-Ku dengan tangan hampa.

 

Oleh itu dapat diperhatikan bahawa ianya dalam, atau sewaktu, Hari Raya Roti Tidak Beragi apabila Israel keluar dari Mesir.

 

Bahagian serta Penentuan Masa Roti Tidak Beragi

Yehuda secara tradisionalnya memakan Roti Tidak Beragi selama lapan hari. Hari kelapan lazimnya mengikuti hari raya tersebut dan bukannya mendahuluinya. Roti Tidak Beragi bermula pada malam Keluaran itu yang disebutkan sebagai malam Paskah dan berjalan tempohnya dari Hari Suci itu hingga hari ketujuh yang merupakan satu Hari Suci. Oleh itu, tujuh hari tersebut tidak boleh bermula pada 14 Nisan sebalik hari ke 15, kerana ya, maka hari terakhirnya tidak akan jatuh pada Hari Suci Roti Tidak Beragi yang terakhir. Dengan itu, Perjamuan Suci merupakan jamuan yang berlainan dari jamuan Paskah sebenar, yang digelar malam berjaga-jaga (Keluaran 12:42; 13:3).

 

Keluaran 12:42-43 42 Malam itulah malam berjaga-jaga bagi TUHAN, untuk membawa mereka keluar dari tanah Mesir. Dan itulah juga malam berjaga-jaga bagi semua orang Israel, turun-temurun, untuk kemuliaan TUHAN. 43 Berfirmanlah TUHAN kepada Musa dan Harun: "Inilah ketetapan mengenai Paskah: Tidak seorangpun dari bangsa asing boleh memakannya.

 

Malam berjaga-jaga ini merupakan waktu berjaga bagi Malaikat Maut dan kemudiannya telah dipelihara oleh seluruh Israel sebagai suatu peringatan. Ini adalah Perjamuan Paskah yang melambangkan perlindungan selamat jemaat bangsa Kudus itu dari Malaikat Maut. Darah korban tersebut disapukan pada tiang-tiang pintu untuk melambangkan pengorbanan penebusan Mesias. Maka ianya tidak masuk akal untuk mencadangkan bahawa Paskah boleh dimakan di luar, contohnya di restoran, kerana tiada maknanya untuk mengadakan jamuan di luar di dalam Mesir, dan simbolisme itu akan hilang. Waktu Perjamuan Suci serta Paskah, atau Malam Berjaga-jaga, haruslah dipelihara di luar tempat kediaman biasa seseorang itu.

 

Umat itu kembali semula ke rumah mereka masing-masing pada Hari Suci pertama pada hari ke 15, pada waktu pagi (Ulangan 16:7). Umat menghabiskan masa hari itu di Bait Suci, sesuai dengan Imamat 23.

 

Terdapat perkumpulan-perkumpulan Suci pada 15 Nisan dan sekali lagi pada hari terakhir atau ketujuh Roti Tidak Beragi, iaitu hari ke 21 bulan itu.

 

Paulus menerangkan bahawa hari raya itu harus dipelihara dengan roti tidak beragi untuk melambangkan roti tidak beragi keikhlasan dan kebenaran. Ragi lama adalah keburukan dan kejahatan (1Korintus 5:8). Ragi lama ini adalah penggambar (taip) dosa dan, kerana itu, ia harus disingkirkan dari semua rumah (malah dalam seluruh daerahmu Ulangan 16:4) sepanjang tempoh tujuh hari perayaan itu. Orang Yahudi mempunyai satu penanda khusus pada hari persediaan itu untuk pembakaran roti serta adunan tepung (sourdough) yang dipanggil chomets. Schauss merujuk kepada amalan ini pada halaman 52 karyanya (op. cit.). Amalan ini yang dipelihara di Yerusalem pada hari persediaan merupakan petunjuk yang cukup pasti bahawa bangsa ini telah berhenti menurut hukum itu seperti yang ditemui dalam Ulangan 16 dan tidak memasuki kediaman-kediaman sementara untuk hari raya tersebut. Oleh itu Kristus sedang memelihara suatu aspek hukum itu yang telah diabaikan, iaitu cara pemeliharaan yang betul bagi chagigoh itu.

 

Oleh itu, hari raya ini terbahagi kepada dua bahagian. Bahagian persediaan pertama melibatkan dua elemen persediaan:

 

tempoh pertama meliputi hari-hari sebelum tempoh itu, termasuklah hari tahun baru 1 Nisan (atau 1 Abib) dan hari-hari ketujuh dan kesepuluh Nisan. Maka amalan Yahudi memelihara tahun baru dalam Tishri adalah suatu adat pagan yang tidak dibenarkan yang terbit dari sistem Babilon itu. Rabbi Kohn dalam karya Para Pemelihara Sabat di Transylvania menyatakan dengan jelas bahawa Rosh Hashanah, atau bulan baru Tishri, merupakan suatu tradisi selepas zaman Bait Suci, yang tidak memasuki Judaisme sehinggalah abad ketiga TM dan tidak pernah dipelihara sewaktu zaman Bait Suci atau jemaat Kristian mula-mula;

 

tempoh persediaan kedua adalah tempoh tiga puluh enam jam yang melibatkan perpindahan dari rumah sendiri ke tempat kediaman sementara dengan cara yang sama seperti yang terbabit di dalam Perayaan Pondok Daun (lihat bahagian Pondok Daun). Inilah apa yang dilakukan oleh Kristus untuk Perjamuan Akhir itu.

 

Fasa ketiga adalah tempoh tujuh hari roti tidak beragi itu sendiri dengan Hari-hari Kudus pada 15 dan 21 Nisan. Di dalam fasa ketiga ini adalah persembahan yang dipanggil persembahan unjukan berkas yang melambangkan penerimaan Kristus sebagai hasil sulung terbaik serta korban yang diperkenan Tuhan. Tanpa upacara ini, kita tidak mungkin telah didamaikan kepada Tuhan. Ia wajib dipelihara (lihat karya Persembahan Unjukan Berkas [106b]).

 

Jamuan untuk malam Paskah ini jelas sekali adalah jamuan daging anak domba serta sayur pahit itu yang dibayangi di dalam jamuan Meja Seder tradisi orang Yahudi (bagaimanapun, telur itu adalah suatu gambaran tempoh tawanan Babilon dan kerana itu adalah terbitan sekunder).

 

Keluaran dari Mesir itu juga merupakan satu prototaip kepada satu Keluaran kemudiannya yang akan diadakan pada kedatangan Mesias, apabila dia menghantar mereka yang terselamat ke seluruh bangsa untuk mengenalpasti serta mengembalikan umat sisa kumpulan jemaat Israel. Mereka akan kembali di atas kuda dan dalam kereta dan usungan dan atas bagal (Yesaya 66:20). Maka hari raya itu juga memberi satu lagi simbolisme.

 

Kesilapan di dalam Memahami Paskah

Terdapat sebilangan tafsiran-tafsiran yang tidak betul berkenaan Paskah, yang akan diperiksa kemudiannya. Perbincangan tentang Paskah berpusat sekitar idea-idea berikut:

 

            tarikh serta penentuan masa penyembelihan anak domba Paskah itu;

 

            tarikh serta penentuan masa bagi memakan anak domba Paskah itu;

 

tarikh serta penentuan masa bagi Keluaran; dan ciri asal Perjamuan Akhir yang dijamu Yesus bersama murid-muridnya.

 

Dasar perbincangan ini timbul dari apa yang kelihatan seperti satu konflik antara kisah-kisah Perjamuan Akhir Yesus seperti yang diceritakan dalam Injil-injil Synoptic, Matius, Markus, dan Lukas, dengan kisah Perjamuan Akhir yang diberikan oleh Yohanes.

 

Matius, Markus, dan Lukas masing-masing merekodkan yang berikut:

 

Matius 26:18-19 18 Jawab Yesus: "Pergilah ke kota kepada si Anu dan katakan kepadanya: Pesan Guru: waktu-Ku hampir tiba; di dalam rumahmulah Aku mau merayakan Paskah bersama-sama dengan murid-murid-Ku." 19 Lalu murid-murid-Nya melakukan seperti yang ditugaskan Yesus kepada mereka dan mempersiapkan Paskah.

 

Markus 14:12 12 Pada hari pertama dari hari raya Roti Tidak Beragi, pada waktu orang menyembelih domba Paskah, murid-murid Yesus berkata kepada-Nya: "Ke tempat mana Engkau kehendaki kami pergi untuk mempersiapkan perjamuan Paskah bagi-Mu?"

 

Markus 14:16 16 Maka berangkatlah kedua murid itu dan setibanya di kota, didapati mereka semua seperti yang dikatakan Yesus kepada mereka. Lalu mereka mempersiapkan Paskah.

 

Lukas 22:8 8 Lalu Yesus menyuruh Petrus dan Yohanes, kata-Nya: "Pergilah, persiapkanlah perjamuan Paskah bagi kita supaya kita makan."

 

Lukas 22:15 15 Kata-Nya kepada mereka: "Aku sangat rindu makan Paskah ini bersama-sama dengan kamu, sebelum Aku menderita.

 

Kisah-kisah nampaknya menunjukkan Yesus mengharapkan dan kemudiannya memakan jamuan Paskah itu sebelum kematiannya pada salib. Ini juga akan menetapkan simbol-simbol roti dan anggur pada malam jamuan Paskah itu.

 

Yohanes bagaimanapun mencatatkan di dalam Yohanes 13:1.

 

Yohanes 13:1 1 Sementara itu sebelum hari raya Paskah mulai, Yesus telah tahu, bahwa saat-Nya sudah tiba untuk beralih dari dunia ini kepada Bapa. Sama seperti Ia senantiasa mengasihi murid-murid-Nya demikianlah sekarang Ia mengasihi mereka sampai kepada kesudahannya.

 

Yohanes 13:27-29 merekodkan:

 

27 Dan sesudah Yudas menerima roti itu, ia kerasukan Iblis. Maka Yesus berkata kepadanya: "Apa yang hendak kauperbuat, perbuatlah dengan segera." 28 Tetapi tidak ada seorangpun dari antara mereka yang duduk makan itu mengerti, apa maksud Yesus mengatakan itu kepada Yudas. 29 Karena Yudas memegang kas ada yang menyangka, bahwa Yesus menyuruh dia membeli apa-apa yang perlu untuk perayaan itu, atau memberi apa-apa kepada orang miskin.

 

Teks di sini jelas menunjukkan bahawa ini bukanlah malam 15 Nisan. Sebarang belian tidak boleh dibuat pada malam itu. Yohanes 13:1 juga menunjukkan bahawa pencucian kaki dan sebagainya telah berlaku sebelum hari raya Paskah itu dan sewaktu jamuan malam (Yohanes 13:2). Roti itu telah dipecah-pecahkan sewaktu jamuan malam (Matius 26:26) setelah anggur itu dibahagi-bahagikan. Namun anggur itu tidak diberkati dan diminum sehinggalah selepas jamuan malam (Lukas 22:20). Yudas belum lagi pergi untuk mengkhianatinya ketika roti dan anggur itu sedang dimakan (Lukas 22:21).

 

Juga Yohanes 18:28 menunjukkan bahawa ianya sebelum Paskah.

 

Yohanes 18:28 28 Maka mereka membawa Yesus dari Kayafas ke gedung pengadilan. Ketika itu hari masih pagi. Mereka sendiri tidak masuk ke gedung pengadilan itu, supaya jangan menajiskan diri, sebab mereka hendak makan Paskah.

 

Ini membuktikan bahawa ianya sebelum Paskah pada hari persediaan kerana kenajisan pada waktu itu akan menghalang mereka dari menjamu Paskah tersebut. Ini disahkan oleh Yohanes 19:14.

 

Yohanes 19:14 14 Hari itu ialah hari persiapan Paskah, kira-kira jam dua belas. Kata Pilatus kepada orang-orang Yahudi itu: "Inilah rajamu!"

 

Juga Yohanes 19:31 mengesahkan poin ini.

 

Yohanes 19:31 31 Karena hari itu hari persiapan dan supaya pada hari Sabat mayat-mayat itu tidak tinggal tergantung pada kayu salib--sebab Sabat itu adalah hari yang besar--maka datanglah orang-orang Yahudi kepada Pilatus dan meminta kepadanya supaya kaki orang-orang itu dipatahkan dan mayat-mayatnya diturunkan.

 

Yohanes jelas meletakkan waktu Perjamuan Akhir Kristus itu pada malam sebelum jamuan Paskah. Kristus telah mati pada salib pada waktu petang sejurus sebelum jamuan Paskah pada hari persediaan 14 Nisan itu sebelum Hari Suci Pertama Roti Tidak Beragi iaitu Sabat yang disebutkan di sini dan bukannya Sabat mingguan. Ketidaksejajaran antara Yohanes dan Injil-injil Synoptic hanya kelihatan begitu. Mereka juga mengesahkan bahawa Yesus telah mati pada hari persediaan Paskah.

 

Matius 27:62 62 Keesokan harinya, yaitu sesudah hari persiapan, datanglah imam-imam kepala dan orang-orang Farisi bersama-sama menghadap Pilatus,

 

Markus 15:42 42 Sementara itu hari mulai malam, dan hari itu adalah hari persiapan, yaitu hari menjelang Sabat.

 

Lukas 23:54 54 Hari itu adalah hari persiapan dan sabat hampir mulai.

 

Kenapakah Kristus menyebut jamuan tersebut sebagai Paskah? Ia sama ada suatu rujukan secara umum kepada Paskah sebagai satu hari raya, seperti yang lazim di kalangan semua mereka yang memelihara perayaan tersebut, kedua orang Yahudi dan Kristian, ataupun ia satu pernyataan kerinduannya yang tidak dapat ditunaikan. Rujukan secara umum ini dijelaskan di dalam Lukas 22:1: Hari raya Roti Tidak Beragi, yang disebut Paskah, sudah dekat. Pada Lukas 22:7 kita lihat bahawa istilah tersebut meliputi hari persediaan.

 

Lukas 22:7 7 Maka tibalah hari raya Roti Tidak Beragi, yaitu hari di mana orang harus menyembelih domba Paskah.

 

Suatu penyelewengan fundamentalisme Amerika pada abad ini, yang berpunca dari komen-komen ini berkenaan Injil-injil Synoptic, adalah dakwaan bahawa Kristus sememangnya telah memakan jamuan Paskah itu sewaktu malam 14 Nisan. Kononnya, dia menurut arahan-arahan Keluaran 12 yang, kononnya didakwa, mengajar bahawa anak domba Paskah itu seharusnya dikorbankan pada permulaan 14 Nisan, dan bahawa tidak ada kesahihan di dalam jamuan Paskah 15 Nisan. Paskah 15 Nisan ini adalah, kononnya, hanya satu tradisi orang Yahudi. Posisi ini nampaknya berpunca dari komen Kristus yang diambil berkenaan Paskah dalam keadaan terpencil dan mengaplikasikannya hanya kepada malam 14 Nisan dan bukannya tempoh perbicaraan serta penyaliban serta kebangkitan Kristus. Dakwaan-dakwaan luarbiasa dengan tujuan membenarkan ini nampaknya berpunca dari usaha untuk mempertahankan posisi yang salah itu, bila diimbas kembali.

 

Dakwaan ini sememangnya tidak disokong oleh sebarang rujukan yang telah kita petik di atas. Malah, tidak syak lagi bahawa Kristus telah mati sebelum Paskah menurut rujukan-rujukan Perjanjian Lama dan Baru. Malah, dia sepatutnya telahpun mati demi menggenapi nubuatan. Seekor anak domba Paskah yang disembelih lewat sehari bukanlah anak domba Paskah. Paskah pada bulan kedua adalah satu hal yang berlainan. Lebih-lebih lagi, tiada sebarang petunjuk di dalam mana-mana tulisan kerasulan bahawa terdapatnya sebarang pertikaian ke atas tarikh-tarikh itu ataupun ketepatan penentuan-penentuan masa Paskah atau sebarang Hari Suci yang lain yang dipelihara oleh orang Yahudi dan orang Kristian bersama pada abad pertama dan abad seterusnya. Pertikaian untuk Paskah berkenaan Perjamuan Suci itu, iaitu malam 14 Nisan, adalah berdasarkan pada suatu siri premis. Premis-premis ini diperiksa di Tambahan A dan akan didapati palsu.

 

Apa yang biasanya dimaksudkan oleh mereka yang mengatakan mereka percaya pada Paskah hari ke 14 adalah yang berikut:

 

·        Bahawa mereka percaya yang anak domba Paskah yang asal dalam Keluaran 12 telah disembelih oleh umat Israel pada permulaan 14 Nisan dan dimakan sewaktu malam ke 14.

 

·        Bahawa umat Yahudi pada zaman Kristus berbuat silap bilamana mereka menyembelih anak domba Paskah itu pada petang 14 Nisan, dan memakannya pada malam hari ke 15.

 

·        Bahawa jamuan yang dimakan Yesus sebelum dia mati adalah satu jamuan Paskah, yang tepat dipelihara pada permulaan dan sewaktu malam 14 Nisan, dan semasa jamuan ini Yesus telah menukarkan simbol-simbol baru iaitu roti dan anggur untuk anak domba dan sayur pahit itu.

 

·        Bahawa apa yang disebutkan kontroversi berkenaan 14 Nisan adalah sama ada atau tidak umat Kristian patut memakan roti dan anggur itu pada malam 14 Nisan ataupun pada malam 15 Nisan.

 

Hakikat sebenarnya adalah bahawa, tidak pernah ada sebarang perdebatan penting mengenai malam manakah orang Yahudi memakan jamuan Paskah itu. Kekristianan telah sentiasa faham tentang tarikh-tarikh yang dipersoalkan. Ianya telah sentiasa difahami bahawa anak-anak domba itu disembelih menjelang hujung hari ke 14 dan dimakan sewaktu malam ke 15. Perdebatan bagi umat Kristian berpusat sekitar sama ada atau tidak Perjamuan Suci itu yang meliputi pencucian kaki, roti dan anggur, patut dipelihara pada malam 14 Nisan (sehari sebelum jamuan Paskah kebiasaannya) atau sebagai suatu tradisi Jumaat Baik-Ahad Easter (Good Friday-Easter Sunday). Kontroversi ini telah meletus pada abad kedua. Watak-watak utamanya adalah Biskop-biskop Rom serta Polycarp dan penggantinya Polycrates.

 

Sungguhpun pemeliharaan Easter menjadi amalan jemaat Kristian sejak awal-awal lagi, tidak lama kemudian satu pertikaian hebat berhubung hari pemeliharaannya telah timbul di antara golongan Kristian keturunan Yahudi dengan keturunan bukan Yahudi, yang telah membawa kepada kontroversi yang panjang dan penuh kepahitan. Isu yang dipertikaikan adalah bilakah puasa Paskah itu dikira sebagai berakhir. Bagi umat Kristian Yahudi, yang mana tumpuan mereka adalah kematian Kristus sebagai Anak Domba Paskah, puasa itu berakhir pada masa yang sama seperti mana dengan orang Yahudi, iaitu pada hari keempat belas bulan itu pada waktu petang, dan perayaan Easter mengikutinya serta-merta, tanpa mengira harinya dalam minggu. Umat Kristian bukan Yahudi pula, yang tidak dikongkong tradisi-tradisi Yahudi, mengenalpasti hari pertama minggu dengan Kebangkitan, dan memelihara hari Jumaat sebelumnya sebagai peringatan penyaliban itu, tanpa mengira harinya.”

 

(Encyclopedia Britannica, edisi ke 11, artikel Easter).

 

Ini kemudiannya telah dikenali sebagai Kontroversi Quartodeciman dan, dari segi sejarah, merupakan satu-satunya kontroversi utama berkenaan waktu bilamana Perjamuan Suci itu patut dibuat (rujuk Asal-usul Krismas dan Easter [235] dan Pertikaian-pertikaian Quartodeciman [277]).

 

Di dalam beberapa Jemaat-jemaat Tuhan abad ini, terdapatnya satu hujah, yang berpunca dari kejahilan akademik, mengenai sama ada atau tidak Yesus telah memakan jamuan Paskah itu, dan bukannya sebarang jamuan waktu Paskah. Dari pandangan ini, perdebatan timbul berkenaan penentuan masa bagi pengorbanan anak domba Paskah dalam Keluaran serta bagi pemakanan jamuan Paskah itu dan, dari situ, malam manakah Perjamuan Suci itu patut dipelihara. Bagaimanapun, ini adalah isu yang berlainan dari Kontroversi Quartodeciman itu dan kedua isu ini harus tidak dikelirukan.

 

Kekeliruan ini adalah berdasarkan pendekatan terlalu ringkas yang diambil terhadap teks-teks dalam Injil-injil Synoptic (atas) contohnya Markus 14:12-26. Pertanyaan murid-murid itu adalah bahawa mereka ingin mengetahui di manakah Kristus ingin menjamu Paskah. Mereka tidak tahu bahawa dia akan mati selaku Anak Domba Paskah itu.

 

Pada hari pertama dari hari raya Roti Tidak Beragi, pada waktu orang menyembelih domba Paskah, murid-murid Yesus berkata kepada-Nya: "Ke tempat mana Engkau kehendaki kami pergi untuk mempersiapkan perjamuan Paskah bagi-Mu?"

 

Ia sepatutnya jelas bagi sesiapa pelajar Alkitab bahawa apa yang diperkatakan adalah secara umum. Pertama sekali, hari pertama Roti Tidak Beragi bukanlah Paskah menurut Keluaran 12:3-10. Anak domba Paskah itu dikhususkan pada 10 Nisan dan disembelih pada 14 Nisan pada waktu petang. Paskah kemudiannya dijamu pada malam itu yang merupakan permulaan 15 Nisan serta perayaan Roti Tidak Beragi. Hakikat bahawa istilah petang 14 Nisan adalah bermaksud penghujung hari, adalah jelas dari terminologi bagi perhitungan hari raya Roti Tidak Beragi pada Keluaran 12:18-20.

 

18 Dalam bulan pertama, pada hari yang keempat belas bulan itu pada waktu petang, kamu makanlah roti yang tidak beragi, sampai kepada hari yang kedua puluh satu bulan itu, pada waktu petang. 19 Tujuh hari lamanya tidak boleh ada ragi dalam rumahmu, sebab setiap orang yang makan sesuatu yang beragi, orang itu harus dilenyapkan dari antara jemaah Israel, baik ia orang asing, baik ia orang asli. 20 Sesuatu apapun yang beragi tidak boleh kamu makan; kamu makanlah roti yang tidak beragi di segala tempat kediamanmu."

 

Perhitungan tujuh hari itu bermula dari waktu petang 14 Nisan. Petang 14 Nisan ini adalah penghujung 14 Nisan dan bukannya permulaannya, kerana Imamat 23:5 mengatakan bahawa 14 Nisan adalah Paskah Tuhan dan Imamat 23:6 mengatakan bahawa hari raya Roti Tidak Beragi bermula pada hari ke 15 bulan Nisan. Tempoh tujuh hari itu berterusan dari hari ke 15 hingga waktu petang 21 Nisan. 21 Nisan adalah Hari Suci Roti Tidak Beragi yang terakhir. Maka Hari Suci terakhir adalah hari ke 7 yang berakhir pada waktu petang. Waktu petang 14 Nisan yang disebutkan di dalam Keluaran 12 adalah penghujung hari ke 14 dan yang memulakan 15 Nisan; jika tidak, akan timbul pertentangan antara dua teks itu.

 

Hujah-hujah bahawa Kristus telah disalibkan pada hari yang salah oleh kerana orang Yahudi salah menghitungnya, adalah palsu atas dua sebab. Pertama, pengorbanan Mesias itu merupakan penggenapan Kitab Suci yang tidak boleh dibatalkan (Yohanes 10:35). Kedua, penyempurnaan serta penggenapan hukum itu adalah matlamat Mesias. Dialah yang telah menetapkan hukum-hukum dalam Perjanjian Lama apabila dia memberikannya kepada Musa selaku Malaikat Perjanjian.

 

Persembahan Unjukan Berkas

Tanda Yunus perlu disempurnakan dengan tepat di dalam semua fasa-fasanya. Fasa pertamanya adalah bahawa Kristus berada di dalam kubur selama tiga hari dan tiga malam, tidak lebih, tidak kurang. Kristus juga harus dibangkitkan sebelum waktu pagi hari pertama minggu berikutan Sabat mingguan kerana dia adalah persembahan unjukan atau berkas yang merupakan hasil sulung semua tuaian (Keluaran 29:24-27; lihat juga Imamat 7:30, 34; 8:27, 29; 9:21; 10:14, 15; 14:12, 24; 23:11-20; Bilangan 5:25; 6:20; 18:11, 18).

 

… Haruslah kautaruh seluruhnya ke atas telapak tangan Harun dan ke atas telapak tangan anak-anaknya dan haruslah kaupersembahkan semuanya sebagai persembahan unjukan di hadapan TUHAN. Kemudian haruslah kauambil semuanya dari tangan mereka dan kaubakar di atas mezbah, yaitu di atas korban bakaran, sebagai persembahan yang harum di hadapan TUHAN; itulah suatu korban api-apian bagi TUHAN. Selanjutnya haruslah kauambil dada dari domba jantan yang adalah bagi pentahbisan Harun dan kaupersembahkan sebagai persembahan unjukan di hadapan TUHAN, dan itulah bagian untukmu. Demikianlah harus kaukuduskan dada persembahan unjukan dan paha persembahan khusus yang dipersembahkan dari domba jantan yang adalah bagi pentahbisan Harun dan anak-anaknya.

 

Ini secara tradisinya dipersembahkan pada jam 9 pagi. Inilah sebabnya kenapa Kristus berkata kepada Maria ketika dia datang untuk melihatnya:

 

Yohanes 20:1, 15-17 1 Pada hari pertama minggu itu, pagi-pagi benar ketika hari masih gelap, pergilah Maria Magdalena ke kubur itu dan ia melihat bahwa batu telah diambil dari kubur. 15 Kata Yesus kepadanya: "Ibu, mengapa engkau menangis? Siapakah yang engkau cari?" Maria menyangka orang itu adalah penunggu taman, lalu berkata kepada-Nya: "Tuan, jikalau tuan yang mengambil Dia, katakanlah kepadaku, di mana tuan meletakkan Dia, supaya aku dapat mengambil-Nya." 16 Kata Yesus kepadanya: "Maria!" Maria berpaling dan berkata kepada-Nya dalam bahasa Ibrani: "Rabuni!", artinya Guru. 17 Kata Yesus kepadanya: "Janganlah engkau memegang Aku, sebab Aku belum pergi kepada Bapa, tetapi pergilah kepada saudara-saudara-Ku dan katakanlah kepada mereka, bahwa sekarang Aku akan pergi kepada Bapa-Ku dan Bapamu, kepada Allah-Ku dan Allahmu."

 

Maka penyaliban itu sepatutnya telah terjadi ketika 14 Nisan jatuh pada hari Rabu. Penyaliban hari Jumaat tidak dapat menggenapi nubuatan-nubuatan berhubung Mesias. Kristus sedang menyempurnakan setiap perincian hukum serta nubuatan-nubuatan itu. Oleh itu, hukum itu harus difahami dalam turutannya serta perinciannya untuk memahami apa yang sedang berlaku di dalam Paskah tahun 30 TM ini.

 

Jamuan Paskah

Paskah haruslah disediakan secara khusus menurut Keluaran 12:8-12.

 

8 Dagingnya harus dimakan mereka pada malam itu juga; yang dipanggang mereka harus makan dengan roti yang tidak beragi beserta sayur pahit. 9 Janganlah kamu memakannya mentah atau direbus dalam air; hanya dipanggang di api, lengkap dengan kepalanya dan betisnya dan isi perutnya. 10 Janganlah kamu tinggalkan apa-apa dari daging itu sampai pagi; apa yang tinggal sampai pagi kamu bakarlah habis dengan api. 11 Dan beginilah kamu memakannya: pinggangmu berikat, kasut pada kakimu dan tongkat di tanganmu; buru-burulah kamu memakannya; itulah Paskah bagi TUHAN. 12 Sebab pada malam ini Aku akan menjalani tanah Mesir, dan semua anak sulung, dari anak manusia sampai anak binatang, akan Kubunuh, dan kepada semua allah di Mesir akan Kujatuhkan hukuman, Akulah, TUHAN.

 

Istilah yang digunakan dalam Ulangan 16:7 yang ditulis sebagai masak di dalam Alkitab Interlinear dan rebus di dalam Annotated RSV adalah satu istilah umum, SHD 1310 bashal, iaitu satu kata akar utama dari usul mendidihkan/merebuskan, dan dengan itu berkaitan memasak; secara kiasan ia bermakna menjadikan masak: oleh itu membakar, merebus, mengeluarkan, sudah masak, panggang, mendidih, memasak (atau dimasak). Maksud penggunaannya harus diambil mengikut konteks, dan di sini maksud khususnya adalah memanggang. Tiada alasan apa sekalipun untuk menegaskan dari penggunaan perkataan ini, bahawa peristiwa dalam Ulangan 16 itu adalah suatu peristiwa yang berlainan dari apa yang diperintahkan oleh Keluaran 12. Dalam Keluaran 12:14, Kristus menetapkan hari ini sebagai peringatan selamanya untuk Israel, yang dari segi definisinya meliputi umat pilihan.

 

14 Hari ini akan menjadi hari peringatan bagimu. Kamu harus merayakannya sebagai hari raya bagi TUHAN turun-temurun. Kamu harus merayakannya sebagai ketetapan untuk selamanya.

 

Waktu dan Tempat bagi Paskah

Satu kebenaran yang harus difahami adalah bahawa Kristus tidak dapat menghadiri Paskahnya sendiri. Dia adalah Anak Domba Paskah dan kerana itu seharusnya mati pada masa itu. Namun dia telah menetapkan satu turutan acara yang khusus bagi peristiwa ini ketika dia adalah Malaikat Yahovah. Dia telah memberikan kepada Musa perintah-perintah untuk mengadakan aktiviti ini yang diarahkannya murid-muridnya untuk lakukan di dalam Markus 14:12-26. Perintah ini telah ditetapkan dalam Ulangan 16:2,5,6.

 

"Ingatlah akan bulan Abib dan rayakanlah Paskah bagi TUHAN, Allahmu, sebab dalam bulan Abib itulah TUHAN, Allahmu, membawa engkau keluar dari Mesir pada waktu malam. Maka engkau harus menyembelih kambing domba dan lembu sapi sebagai korban Paskah bagi TUHAN, Allahmu, di tempat yang akan dipilih TUHAN untuk membuat nama-Nya diam di sana. (Alkitab Interlinear meneruskan teks ini sebagai) Engkau tidak boleh mempersembahkan korban Paskah di salah satu tempat yang diberikan kepadamu oleh TUHAN, Allahmu. Tetapi di tempat yang akan dipilih TUHAN, Allahmu, untuk membuat nama-Nya diam di sana, engkau harus mempersembahkan korban Paskah itu pada waktu senja, ketika matahari terbenam, bertepatan dengan saat engkau keluar dari Mesir. Engkau harus memasaknya dan memakannya di tempat yang akan dipilih TUHAN, Allahmu; kemudian paginya engkau harus pulang kembali ke kemahmu. Enam hari lamanya engkau harus makan roti yang tidak beragi dan pada hari yang ketujuh harus ada perkumpulan raya bagi TUHAN, Allahmu; maka janganlah engkau melakukan pekerjaan.

 

Masa yang dicatatkan di sini melayakkan teks dalam Keluaran itu. Terbukti di sini bahawa tujuh hari itu termasuk Hari Suci terakhir 21 Nisan. Oleh itu waktu senja atau petang 14 Nisan yang disebutkan di atas seharusnya adalah penghujung hari itu iaitu pada permulaan 15 Nisan, yang disokong oleh teks dalam Imamat. Maka ketiga-tiga teks ini menerangkan serta menyokong sesama sendiri dan melenyapkan sebarang kemungkinan bahawa malam yang sebelumnya, iaitu malam 14 Nisan, terlibat sama. Istilah umum, pada waktu senja bertepatan dengan saat engkau keluar dari Mesir, tidak boleh diambil sebagai menunjukkan bahawa hari berikutnya telah digantikan bagi Paskah sebenar. Konsep yang terbabit adalah bahawa, melalui korban Paskah itu, Malaikat Maut telah melepasi Israel. Mengikut definisi Alkitab, Malaikat Maut ini sepatutnya adalah Kristus kerana kuasa Pengadilan diberikan kepadanya oleh Tuhan. Melalui pengorbanan Kristus, Israel telah diselamatkan dan mula dibawa keluar dari Mesir. Maka, Paskah berlaku di luar kawasan kota dan sebelum 15 Nisan. Idea ini dapat difahami dari segi perspektifnya dengan mengkaji Keluaran di bawah Musa serta Paskah asal.

 

Keluaran sebagai satu Pengunduran Ketenteraan

Bergerak pergi

Keluaran dari Mesir itu merupakan satu pengunduran ketenteraan. Israel ada di seluruh tanah Gosyen. Mereka telah bersedia untuk meninggalkan kediaman-kediaman mereka atas perintah Musa. Tuhan mengatakan bahawa pada hari ini, iaitu 15 Nisan (Keluaran 12:17), Hari Suci pertama Roti Tidak Beragi, dia membawa angkatan Israel keluar dari negeri Mesir. Maka Tuhan telah menebus Israel pada waktu malam pada 15 Nisan dan memulakan perjalanan mereka mengikut arahan Musa  pada waktu siang hari seterusnya.

 

 Untuk mendapatkan satu konsep suatu pengunduran, beberapa angka terbabit harus dihargai. Israel mempunyai bilangan sekitar 600,000 lelaki yang berjalan kaki di samping kaum perempuan dan anak-anak. Suatu kumpulan campuran telah pergi bersama mereka, dan banyak ternakan kambing domba dan lembu sapi (Keluaran 12:37-39). Bilangannya sekurang-kurangnya 1,000,000 dan lebih mungkin lagi telah melebihi 1,500,000 dan menghampiri 2,000,000. Perbarisan biasa bagi perbarisan ketenteraan adalah tiga sebaris. Satu barisan 100 orang pada selang satu meter dengan ruang antara kumpulan sebanyak 10 meter akan mengambil kira-kira 50 meter. Jarak antara kumpulan adalah perlu bagi pergerakan yang licin dan untuk mengurangkan kelewatan dan habuk. Adanya jarak 50 meter antara kumpulan-kumpulan 100 orang. Maka kumpulan ini kira-kira 1,000 km panjangnya. Dengan mengandaikan bahawa kumpulan ini berjalan 10 sebaris, panjang ini dikurangkan kepada kira-kira 600 km. Oleh kerana seseorang itu akan berjalan selaju tiga batu sejam atau empat dan setengah kilometer sejam, katakanlah 5 kilometer sejam, barisan ini akan mengambil masa, dengan mengandaikan bahawa Rameses adalah titik kawalan bagi keberangkatan itu dan yang nampaknya begitu berdasarkan Keluaran 12:37, lebih 100 jam untuk keluar dari Rameses.

 

Betapa besarnya perbarisan ini dapat digambarkan jika seorang bayangkan bahawa barisan ini dapat berdiri dengan satu hujung di Rameses dan satu hujung lagi di Sukot dan berdiri berpegangan tangan, dan masih lagi sedalam 50 orang dalam perbarisannya. Mereka dapat berjalan dengan susunan 50 orang sebaris dan masih lagi sedang meninggalkan Rameses setelah sampai ke Sukot. Oleh kerana ternakan hanya mampu bergerak kurang dari 30 km sehari, ianya mustahil untuk barisan ini menghabiskan perjalanannya dalam masa tiga hari, tanpa mengira masa yang dihabiskan di kawasan perkumpulan.

 

Oleh kerana barisan ini perlu dikumpulkan dari seluruh Gosyen, peringkat-peringkat pengunduran ketenteraan yang lazim sepatutnya telah digunakan. Baris hadapannya pasti telah meninggalkan Rameses sebaik saja Musa kembali dengan arahannya untuk bergerak. Musa telah dipanggil menghadap Firaun pada malam 15 Nisan sesudah anak sulung dibunuh (Keluaran 12:31).

 

Maka Musa pastinya telah mengeluarkan perintah kepada baris hadapan untuk berangkat pada malam itu. Menjelang pagi, bahagian hadapan barisan ini telahpun meninggalkan Rameses. Bagaimanapun, seluruh bangsa itu pastinya masih lagi sedang bergerak ke dalam kawasan-kawasan perkumpulan serta tempat-tempat kawalan di seluruh Gosyen. Musa telah dilatih dalam hal-hal ini. Dia pasti telah mengutus pelari-pelari ke seluruh Gosyen dan memulakan pergerakan tersebut. Ketepatan masa dan kawalan adalah yang utama. Orang-orang serta ternakan harus diatur dan ternakan harus dikawal dan diberi minum. Jika tidak, akibatnya adalah kacau-bilau.

 

Umat itu pastinya dalam perjalanan keluar dari Rameses ke arah Sukot selama kira-kiran empat hari. Kumpulan-kumpulan hadapan sepatutnya sampai ke Sukot, yang hanya 65 km jauhnya, sebelum kumpulan-kumpulan terakhir meninggalkan Rameses. Sungguhpun mereka berjalan 100 orang sebaris, barisan ini masih lagi akan melebihi 150 km panjangnya dan mungkin 300 km panjang.

 

Jarak normal bagi suatu perarakan adalah kira-kira 20 batu atau 30 km sehari. Jadi ia telah mengambil sekurang-kurangnya satu hari perarakan penuh untuk sampai ke situ. Dengan adanya barangan, golongan tua, yang sakit, dan yang tempang, perjalanan ke Sukot itu sepatutnya diadakan secara berkumpulan. Sistem yang sama juga semestinya telah digunakan untuk perjalanan mereka seterusnya dari situ.

 

Keluaran merupakan satu pengunduran ketenteraan yang dirancang yang besar dan hebat sekali. Membuat dakwaan-dakwaan mengenai bagaimana masa perjalanan dari Rameses itu mempengaruhi tarikh Paskah, adalah suatu andaian yang dibuat oleh seseorang yang betul-betul tidak tahu tentang betapa besarnya tugas itu. Malam berjaga-jaga kepada Tuhan adalah 15 Nisan, ketika semuanya bermula, dan malam berjaga-jaga ini dipelihara kepada Tuhan oleh semua umat Israel dalam semua keturunan mereka (Keluaran 12:42).

 

 

Hari Suci Terakhir Roti Tidak Beragi

Nampaknya besar kemungkinan dari apa yang diketahui tentang pergerakan perbarisan-perbarisan bahawa Hari Suci terakhir Roti Tidak Beragi berlangsung ketika perbarisan ini berada di Sukot dan mereka diberi rehat. Kumpulan pendahulu perbarisan ini memang boleh bergerak dengan berjalan pantas selama enam hari, jarak sebanyak kira-kira 200+ kilometer. Dengan itu mereka tentunya dapat sampai ke Laut Merah dengan berjalan terus (iaitu 170 km). Bagaimanapun, ianya mustahil untuk badan utama perbarisan ini untuk berjalan sejauh itu tanpa berpecah-pecah, dalam tempoh itu. Maka, Sukot mungkin tempat perhentian pertama mereka seperti mana ia kenampakan.

 

Nubuatan dalam Paskah

Paskah telah ditetapkan sebagai satu ritual khusus untuk menunjukkan bagaimana caranya Kristus akan datang dan menjadi korban dan dengan itu juga cara bagaimana dunia ini dimerdekakan dari dosa dan penawanan. Maka dia menawan penawanan (Wahyu 13:10).

 

Turutan ritual ini telah direka untuk digenapi oleh Mesias secara sistematik dan cermat. Maka dia telah memasuki Betania (Yohanes 12:1) enam hari sebelum Paskah, agar dia dapat dijadikan khusus pada hari kesepuluh. Pada tahun itu, 30 TM, hari kesepuluh adalah Sabat. Kristus sampai pada hari kesembilan dan menjamu perjamuan Sabat di mana Marta melayani (Yohanes 12:2). Pada hari esoknya (Yohanes 12:12) dia memasuki Yerusalem agar dia dapat dikorbankan selaras dengan Keluaran 12. Orang ramai telah meletakkan daun-daun palma (palem) di tempat laluannya dan dia menunggang seekor anak keldai untuk menggenapi nubuatan itu yang disebut sebahagiannya di dalam Yohanes 12:15:

 

"Jangan takut, hai puteri Sion, lihatlah, Rajamu datang, duduk di atas seekor anak keledai."

 

Petikannya dari Zakharia 9:9 adalah:

 

Bersorak-soraklah dengan nyaring, hai puteri Sion, bersorak-sorailah, hai puteri Yerusalem! Lihat, rajamu datang kepadamu; ia adil dan jaya. Ia lemah lembut dan mengendarai seekor keledai, seekor keledai beban yang muda.

 

Kristus perlu menggenapi satu siri urutan nubuatan yang menyeluruh, dan Kitab Suci tidak boleh dibatalkan. Maka Kristus harus mati pada waktu yang betul untuk Paskah, kerana jika tidak, Alkitab pastinya dibatalkan.

 

Beberapa nubuatan-nubuatan berkenaan Mesias adalah seperti berikut:

 

Tubuh Kristus harus dirosakkan dalam pemukulannya itu dari Yesaya 53:5:

 

Tetapi dia tertikam oleh karena pemberontakan kita, dia diremukkan oleh karena kejahatan kita; ganjaran yang mendatangkan keselamatan bagi kita ditimpakan kepadanya, dan oleh bilur-bilurnya kita menjadi sembuh.

 

Dia dianiaya, tetapi dia membiarkan diri ditindas dan tidak membuka mulutnya seperti anak domba yang dibawa ke pembantaian; seperti induk domba yang kelu di depan orang-orang yang menggunting bulunya, ia tidak membuka mulutnya.

 

Itulah sebabnya kenapa Kristus berdiam diri di hadapan para penuduhnya (Markus 14:60-61), agar dia dapat menggenapi nubuatan ini. Dia telah diejek dalam Markus 14:16-20, lantas menggenapi Mazmur 22:7.

 

Semua yang melihat aku mengolok-olok aku, mereka mencibirkan bibirnya, menggelengkan kepalanya:

 

Dalam Lukas 23:35 Kristus telah diejek pada palang salib itu.

 

"Orang lain Ia selamatkan, biarlah sekarang Ia menyelamatkan diri-Nya sendiri, jika Ia adalah Mesias, orang yang dipilih Allah."

 

Ini juga menggenapi Mazmur 22:17.

 

Segala tulangku dapat kuhitung; mereka menonton, mereka memandangi aku.

 

Kristus telah ditikam dan bukannya dipatahkan tulang kakinya pada salib untuk menggenapi nubuatan (Yohanes 19:36)

 

Sebab hal itu terjadi, supaya genaplah yang tertulis dalam Kitab Suci: "Tidak ada tulang-Nya yang akan dipatahkan."

 

Mula-mula dari perintahnya dalam Keluaran 12:46:

 

satu tulangpun tidak boleh kamu patahkan.

 

Dan Bilangan 9:12:

 

Janganlah mereka meninggalkan sebagian dari padanya sampai pagi, dan satu tulangpun tidak boleh dipatahkan mereka.

 

Dan selaras dengan catatan Alkitab dalam Mazmur 34:20 berkenaan orang yang benar:

 

Ia melindungi segala tulangnya, tidak satupun yang patah.

 

Penyaliban tersebut merupakan korban Paskah yang disebutkan dalam Keluaran 12 dan Bilangan 9, yang seharusnya dirayakan pada 14 Nisan pada waktu malam. Itulah masanya apabila Kristus dibunuh. Ketepatan masa kematian Kristus dengan sendirinya adalah satu nubuatan berhubung Mesias. Kristus ditikam untuk menggenapi Zakharia 12:10-13.

 

10 "Aku akan mencurahkan roh pengasihan dan roh permohonan atas keluarga Daud dan atas penduduk Yerusalem, dan mereka akan memandang kepada dia yang telah mereka tikam, dan akan meratapi dia seperti orang meratapi anak tunggal, dan akan menangisi dia dengan pedih seperti orang menangisi anak sulung. 11 Pada waktu itu ratapan di Yerusalem akan sama besarnya dengan ratapan atas Hadad-Rimon di lembah Megido. 12 Negeri itu akan meratap, setiap kaum keluarga tersendiri; kaum keluarga keturunan Daud tersendiri dan isteri mereka tersendiri; kaum keluarga keturunan Natan tersendiri dan isteri mereka tersendiri; 13 kaum keluarga keturunan Lewi tersendiri dan isteri mereka tersendiri; kaum keluarga Simei tersendiri dan isteri mereka tersendiri;

 

Keluarga Daud, melalui Natan, telah digenapi dalam Lukas 3. Begitu juga, keluarga Maria juga berkaitan dengan Lewi, kerana Elisabet telah mengahwini seorang imam besar Abia.

 

Dari perintah atas para imam berkenaan perkahwinan suku kaum, Elisabet adalah Lewi dan, dengan itu, mungkin Maria juga Lewi sebahagiannya. Maka Mesias dari Harun dan juga dari Israel adalah dari dua keturunan untuk menjadi Mesias dengan dua kedatangan seperti yang kita perhatikan dari DSS.

 

Kristus berbicara secara Mesias dalam Markus 15:34:

 

Allahku, Allahku, mengapa Engkau meninggalkan Aku?

 

dari Mazmur 22:1. Kristus bukannya ditinggalkan tetapi di sini dia berbicara seperti seorang yang hampir mati untuk menggenapi bahagian selanjutnya dalam Mazmur 22:15.

 

kekuatanku kering seperti beling, lidahku melekat pada langit-langit mulutku; dan dalam debu maut Kauletakkan aku.

 

Dari Mazmur 22:24, Tuhan tidak meninggalkannya.

 

Sebab Ia tidak memandang hina ataupun merasa jijik kesengsaraan orang yang tertindas, dan Ia tidak menyembunyikan wajah-Nya kepada orang itu, dan Ia mendengar ketika orang itu berteriak minta tolong kepada-Nya.

 

Pernyataan ini adalah untuk mengarahkan perhatian kepada mazmur mengenai Mesias itu serta penggenapannya, iaitu bagaimana semua keluarga bangsa-bangsa akan menyembah di hadapan Tuhan. Dia berbicara dengan Tuhannya.

 

Menegaskan bahawa Kristus bukan berucap kepada Tuhannya dan sebaliknya ini hanyalah untuk menggenapi satu nubuatan, bermakna mendakwa bahawa Kristus telah mengucapkan ayat Alkitab yang palsu dan menyesatkan pada saat kematiannya dan dengan itu berdosa serta menolak kelayakan dirinya dengan tidak bertaubat, atau menjadikan pengorbanannya sia-sia.

 

Penikaman Kristus juga diperhatikan dari Mazmur 22:16-17.

 

16 Sebab anjing-anjing mengerumuni aku, gerombolan penjahat mengepung aku, mereka menusuk tangan dan kakiku. 17 Segala tulangku dapat kuhitung; mereka menonton, mereka memandangi aku.

Mereka telah mengundi untuk pakaian Kristus dalam Mazmur 22:18.

 

Mereka membagi-bagi pakaianku di antara mereka, dan mereka membuang undi atas jubahku.

 

Pada Yohanes 19:28 dia mengatakan Aku haus, memetik dari Mazmur 69:21.

 

Bahkan, mereka memberi aku makan racun, dan pada waktu aku haus, mereka memberi aku minum anggur asam.

 

Racun untuk meracuninya, iaitu membunuh diri, dan anggur asam untuk menambahkan kehausan itu dan menutupi racun tersebut.

 

Dia mengatakan selepas ucapannya di atas: Sudah selesai (Yohanes 19:30) maknanya nubuatan-nubuatan itu telah digenapi. Dia mengatakan dalam Lukas 23:46

 

Ya Bapa, ke dalam tangan-Mu Kuserahkan nyawa-Ku.

 

yang datangnya dari Mazmur 31:5

 

Ke dalam tangan-Mulah kuserahkan nyawaku; Engkau membebaskan aku, ya TUHAN, Allah yang setia.

 

Maka Kristus mengingini kebebasan oleh Allah yang setia, Tuhannya serta Tuhan kita iaitu Bapa kepada semua.

 

Pada waktu kematiannya, dari Lukas 23:45, wujudnya kegelapan dari jam keenam hingga jam kesembilan, atau dari jam 12 tengahari hingga jam 3 petang. Dia mati

 

…sebab matahari tidak bersinar. Dan tabir Bait Suci terbelah dua.

 

Tabir Bait Suci itu terbelah dua untuk membuka jalan bagi manusia mendapat laluan kepada Tempat Maha Kudus (Ibrani 9:8).

 

Dengan ini Roh Kudus menyatakan, bahwa jalan ke tempat yang kudus itu belum terbuka, selama kemah yang pertama itu masih ada.

 

Yesaya 53:9 juga mencatatkan bahawa

 

Orang menempatkan kuburnya di antara orang-orang fasik, dan dalam matinya ia ada di antara penjahat-penjahat, sekalipun ia tidak berbuat kekerasan dan tipu tidak ada dalam mulutnya.

 

Urutan peristiwa ini telah ditetapkan sejak permulaan dunia. Paskah telah dipelihara pada waktu yang betul dan dia telah menggenapi nubuatan sebagai Anak Domba Paskah. Ketepatan masa serta urutan peristiwanya bukannya satu kebetulan dan juga tidak boleh dilaksanakan pada hari-hari yang salah. Jika Kristus bukan Paskah yang dikorbankan seperti mana yang patut, maka kita tidak mempunyai Mesias. Jika Paskah awal sehari, maka dia tentunya telah dikorbankan sehari lebih awal. Bukannya sebaliknya.

 

Penyelerakan Korban Paskah

Tidak boleh dinafikan dari segi catatan sejarah bahawa Paskah telah dirayakan di luar Israel dan bahawa korban-korban telah dibuat di Bait-bait Suci Yahudi yang lain. Bukti arkeologi terawal datangnya dari Aramaic Letters (Surat-surat Aramaik) yang telah diterjemahkan oleh H.L. Ginsberg (lihat karya J.B. Pritchard The Ancient Near East, Vol. 1, halaman 278 dan seterusnya).

 

Passover Papyrus merupakan suatu dekri kepada pasukan tentera Yahudi bertarikh 419 SM. Ia membenarkan perayaan Roti Tidak Beragi untuk dirayakan. Ia khusus menyatakan bahawa Paskah dirayakan pada 14 Nisan dengan Hari-hari Suci Roti Tidak Beragi pada 15 dan 21 Nisan. Ragi tidak dibenarkan dimakan dari waktu senja 14 Nisan selama tujuh hari hingga 21 Nisan. Maka, waktu matahari terbenam pada 14 Nisan dahulukalanya telah difahami sebagai penghujung hari 14 Nisan. Teks itu berbunyi:

 

[Kepada] saudaraku Yedoniah1 serta teman-teman sekutunya pasukan tentera Yahudi, saudaramu Hananiah2. Kesejahteraan saudara-saudaraku semoga Tuhan [kerjakan setiap waktu]. Pada tahun kelima Raja Darius ini, perintah telah diutus dari raja kepada Arsames3 yang berbunyi “Benarkan satu perayaan roti tidak beragi untuk pasukan tentera Yahudi itu.” Maka hitunglah empat belas hari bulan Nisan dan peliharalah Paskah4 itu, dan dari hari ke 15 hingga hari ke 21 bulan Nisan rayakanlah hari raya roti tidak beragi. Biarlah dirimu tahir secara ritual dan berjagalah. Jangan lakukan sebarang pekerjaan pada hari ke 15 atau hari ke 21, juga jangan meminum bir5, atau memakan apa-apa yang mengandungi ragi di dalamnya dari waktu matahari terbenam pada hari ke 14 hingga hari ke 21 Nisan. Selama tujuh hari, janganlah ia didapati di kalangan kamu. Jangan bawanya masuk ke dalam tempat-tempat kediamanmu tetapi tutuplah ia antara tarikh-tarikh ini. Dengan perintah Raja Darius. Kepada saudaraku Yedoniah serta pasukan tentera Yahudi, saudaramu Hananiah.

 

1 Seorang imam dan ketua masyarakat Yahudi (koloni tentera) Elephantine.

 

2 Nampaknya seorang setiausaha untuk hal-ehwal Yahudi kepada Arsames.

 

3 Penguasa Mesir dari tahun 455/4 SM hingga sekurang-kurangnya 407 SM.

 

4 Kata psh’ dalam dua ostraca dari Elephantine mungkin bermakna “(persembahan) Paskah.”

 

5 Pemulihan ini hanya betul jika tradisi Hananiah, seperti hukum rabbinik, memasukkan di bawah “ragi”, gandum yang difermentasi tetapi bukannya buah yang difermentasi (anggur/wain). Orang-orang Samaria mengambil pandangan yang lebih ketat (Pritchard, halaman 278).

 

Tradisi-tradisi tidak meminum gandum yang difermentasi adalah suatu tradisi rabbinikal. Persoalan minuman keras tidak dilarang dalam perayaan-perayaan itu dari Ulangan 14:26 yang tidak membezakan antara anggur dan minuman yang memabukkan.

 

Satu lagi penekanan yang timbul dari teks-teks ini adalah bahawa nama Tuhan dianggap adalah YAHO yang jelas menunjukkan sebutan serta kewujudan huruf vokal itu, lantas adanya nama-nama Yahovah dan Yahovih.

 

Maka perbalahan-perbalahan itu diselesaikan dari teks ini di mana terdapatnya korban-korban umum untuk Paskah di luar Israel dan Yerusalem dengan kebenaran umum dari keimamatan Yahudi di dalam Israel mahupun di luar dan juga dari raja-raja Persia. Juga nampaknya terdapat sekurang-kurangnya dua Bait Suci sejak zaman-zaman dahulu, sebelum Cambyses (ibid., Advice of the Governors of Judah and Samaria to the Jews at Elephantine (iaitu Bagoas dan Delaiah) halaman 281. Bait Suci itu telah musnah pada tahun keempat belas pemerintahan Darius. Arsames orang Mazdean nampaknya telah menghadkan korban itu di Elephantine, setelah ia dibina semula, kepada pedupaan, korban sajian dan korban minuman. Penajisan api oleh daging patut telah dilarang olehnya (lihat juga Ginsberg, nota 1, halaman 281).

 

Jamuan Essene

Salah satu penemuan moden paling luarbiasa adalah penemuan Skrol-skrol Laut Mati (DSS). Dari DSS kita dapat tentukan bahawa konsep-konsep alkitabiah di sebalik apa yang dilakukan dalam Perjanjian Baru dapat dijelaskan dalam ritual mazhab-mazhab agama Yahudi  abad pertama. Sememangnya apa yang kita dapati dilakukan oleh Kristus serta murid-murid itu dicerminkan oleh Essene. Ini tidak menunjukkan bahawa murid-murid itu adalah dari kumpulan Essene, tetapi sebaliknya bahawa jamuan yang kita kenali sebagai Perjamuan Suci merupakan satu ritual tetap di Yudea. Butir-butirnya boleh didapati dari karya The Temple Scroll (Y. Yadin, Vol. I, halaman 140). Sewaktu jamuan Essene itu, diperkatakan tentang jamuan itu bahawa imam akan mengucap berkat ke atas roti dan anggur itu.

 

Dan akan meletakkan tapak tangannya atas roti. Kemudian orang yang diurapi dari Israel akan menghulurkan tapak tangannya atas roti itu dan seluruh jemaat Yahad akan mengucapkan berkat masing-masing menurut pangkatnya. Inilah peraturan yang harus dilakukan pada setiap majlis di mana sekurang-kurangnya sepuluh orang berkumpul bersama.

 

Yadin mengatakan bahawa:

Kepentingan prinsip gambaran-gambaran ini adalah bahawa mereka menggambarkan kehidupan dan organisasi mazhab itu serta keserupaan mereka dan pengkhianatan mereka terhadap jamuan-jamuan Essene dalam tulisan-tulisan Josephus War 2:130-131, malah, aspek-aspek tertentu ritual-ritual ini mempunyai banyak kesamaannya dengan aspek-aspek Perjamuan Suci dalam upacara-upacara agape Kristian.

 

(lihat karya D. Fluster The Last Supper of the Essenes, Immanuel Spring, 1973, halaman 23)

 

Kumpulan Essene memberkati roti dan kemudiannya anggur. Dari karya The Temple Scroll, kolum 17:6-9, ianya terbukti bahawa Paskah difahami sebagai yang dikorbankan pada hari ke 14 bulan itu pada waktu senja, antara dua malam itu, iaitu, antara waktu terbenamnya matahari dan waktu gelap yang memulakan 15 Nisan (The Temple Scroll, Vol 1, halaman 96, lihat halaman 118 untuk kalendar).

 

Tidak syak lagi bahawa Paskah seperti mana ianya difahami oleh orang Yahudi berlaku pada 15 Nisan. Tidak adanya konflik antara konsep ini dengan apa yang dikatakan Alkitab. Malah terdapatnya persetujuan positif antara yang itu dengan apa yang ditunjukkan oleh penemuan-penemuan arkeologi. Malah, ianya disahkan oleh pemahaman Jemaat-jemaat yang telah memelihara Perjamuan Suci itu sebelum mulanya abad kedua puluh.

 

Bagaimanakah kesilapan tentang pemahaman Paskah ini telah berlaku? Jawapannya adalah bahawa malam 14 Nisan telah dianggap sebagai Perjamuan Suci oleh Jemaat-jemaat Tuhan sehinggalah baru-baru ini apabila ia dipindah semula, berpunca dari salahfaham tentang istilah-istilah umum yang digunakan dalam Perjanjian Baru. Sebenarnya tiada sebabnya untuk menyalahanggap atau menyalahfaham Paskah jika Kitab Suci disalingkaitkan selaku firman Tuhan yang diilhamkan.

 

Apendiks A

 

Dakwaan bahawa telah pernah terjadi perdebatan hebat mengenai penentuan waktu Paskah itu, adalah pernyataan yang salah. Tuntutan untuk Paskah 14 Nisan mendapat sokongan terbesarnya dalam beberapa mazhab Amerika. Hujah ini terbit dari kajian akademik yang serba kekurangan dan dalam beberapa kes dengan adanya ayat-ayat Kitab Suci yang dibuat-buat atau dipulas.  Apa yang difahamkan sebagai Paskah 14 Nisan adalah sangkaan:

 

            Bahawa anak domba Paskah asal di dalam Keluaran 12 telah disembelih oleh umat Israel pada permulaan 14 Nisan dan dimakan pada malam ke 14.

 

            Bahawa orang Yahudi pada zaman Kristus telah silap apabila mereka menyembelih anak domba Paskah itu pada petang 14 Nisan, dan memakannya pada malam ke 15.

 

             Bahawa jamuan yang dimakan Kristus sebelum kematiannya adalah suatu jamuan Paskah, yang betul pemeliharaannya pada permulaan dan sewaktu malam 14 Nisan, dan semasa jamuan ini Yesus telah menggantikan simbol-simbol baru roti dan anggur untuk anak domba dan sayur pahit itu.

           

Bahawa apa yang dipanggil sebagai kontroversi berkenaan 14 Nisan itu adalah sama ada atau tidak umat Kristian patut menjamu roti dan anggur itu pada malam 14 Nisan ataupun pada malam 15 Nisan.

 

Hujah ini bersandar pada premis-premis berikut:

 

  1. Bahawa, dalam sejarah, kononnya telah berlaku perdebatan besar tentang sama ada atau tidak Paskah Perjanjian Baru itu patut dirayakan pada 14 atau 15 Nisan.
  2. Bahawa istilah Ibrani ba ereb bermakna matahari terbenam dan khususnya tempoh singkat (3-4 minit) yang bermula apabila matahari kelihatan mencecah ufuk langit dan berakhir sebaik saja matahari terbenam di bawah ufuk langit.
  3. Bahawa satu hari berakhir dan satu hari lain bermula pada waktu matahari terbenam, atau ba ereb. Sokongan bagi premis ini diambil dari Imamat 23:32 berhubung Hari Pendamaian dan peruntukan burung puyuh selepas Sabat dalam Keluaran 16:6,8,12-13.
  4. Bahawa istilah Ibrani ben ha arbayim atau antara petang-petang adalah tempoh waktu antara matahari terbenam dan waktu gelap.
  5. Dari premis-premis 2, 3, dan 4, oleh kerana satu hari berakhir pada waktu matahari terbenam dan satu hari yang lain bermula pada masa yang sama, maka tempoh masa yang disebutkan sebagai ben ha arbayim itu atau antara petang-petang itu jatuh pada permulaan hari, dan bukannya ada hujung hari.
  6. Bahawa istilah Ibrani boqer bermakna pagi atau waktu fajar ketika adanya cahaya dan tidak boleh merujuk kepada sebarang tempoh masa antara tengah malam dan subuh ketika ianya masih gelap.
  7. Bahawa istilah Ibrani lailah atau malam tidak boleh bertindihan dengan pagi.

 

Premis-premis di atas digambarkan dalam bentuk grafik dalam Rajah 1 di bawah.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


  1. Bahawa anak domba Paskah itu telah disembelih pada ben ha arbayim atau antara petang-petang pada 14 Nisan.
  2. Dari premis-premis 5 dan 8, anak domba Paskah itu disembelih pada permulaan 14 Nisan, dan bukannya hujung hari ke 14.
  3. Bahawa istilah Ibrani ad atau sampai dalam Keluaran 12:6 bermakna anak domba itu disimpan hingga permulaan 14 Nisan, tetapi tidak lebih dari itu.
  4. Bahawa tiada satupun bahagian anak domba Paskah itu dibenarkan tinggal hingga pagi (boqer) dan bahawa umat Israel tidak dibenarkan keluar dari rumah-rumah mereka hingga pagi (boqer).
  5. Bahawa kisah Yesus di mana pagi-pagi benar, waktu hari masih gelap, Ia bangun dalam Markus 1:35 tidak bermakna pada waktu gelap awal pagi tetapi awal-awal lagi ketika masih malam.
  6. Oleh kerana anak domba itu harus dipanggang dan dimakan sewaktu malam selepas ianya disembelih, ini bermakna bahawa Malaikat Maut itu telah melalui Mesir semasa bahagian malam 14 Nisan.
  7. Dari premis-premis 9, 10, 11, 12, dan 13, bahawa bangsa Israel tinggal dalam rumah sepanjang waktu malam 14 Nisan dan tidak keluar sehinggalah waktu siang 14 Nisan.
  8. Dengan itu, dari premis 14, bangsa Israel menghabiskan masa waktu siang hari ke 14 dengan merampas dari orang Mesir dan tidak berangkat keluar dari Mesir sehingga permulaan 15 Nisan, pada waktu malam.
  9. Bahawa kebanyakan perampasan barang dari orang Mesir itu tidak berlaku sehinggalah selepas Malaikat Maut itu telah habis melepasi.
  10. Bahawa Keluaran 12:6-14 merujuk kepada hari ke 14 semuanya sementara Keluaran 12:15-20 merujuk kepada hari ke 15 dan selanjutnya tanpa sebarang pertindihan dengan peristiwa-peristiwa pada ayat-ayat 6-14.
  11. Bahawa bangsa Israel tidak mungkin telah meninggalkan rumah-rumah mereka dalam tempoh beberapa jam selepas laluan Malaikat Maut itu kerana:

 

mereka akan terpaksa berangkat ke Ramese dalam kegelapan malam; dan

tiang api itu tidak muncul sehinggalah selepas mereka meninggalkan Rameses.

 

  1. Bahawa s