Jemaat-jemaat Allah Al Maséhi

[101]

 

 

 

 

Malam Untuk Berjaga-jaga [101]

(Edisi 1.0 19990306-19990306)

 

Sudah tertulis: Hari ini akan menjadi hari peringatan bagimu. Kamu harus merayakannya sebagai hari raya bagi TUHAN turun-temurun. Kamu harus merayakannya sebagai ketetapan untuk selamanya.

 

 

Christian Churches of God

 

PO Box 369, WODEN ACT 2606, AUSTRALIA

E-mail: secretary@ccg.org

 

(Hakcipta ã 1999 Wade Cox)

(Tr. 2003)

 

Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan.  Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan.  Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.

 

Karya ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org

 

Malam Untuk Berjaga-jaga [101]

 


Malam Untuk Berjaga-jaga merupakan suatu peristiwa yang sangat penting di dalam kalendar Alkitab.

 

Ianya telah dilupai sepenuhnya di dalam Kekristianan aliran umum dan diperkecilkan di dalam Jemaat-jemaat Tuhan pada abad kedua puluh. Judaisme juga telah memperkenalkan kesalahan serta suatu sistem kalendar palsu bagi menghapuskan maksud serta hakikatnya dipelihara mengikut Hukum Tuhan pada hari yang betul. Hanya sisa-sisa orang Samaria dan sekumpulan kecil jemaat Tuhan yang memeliharanya menurut kalendar Zaman Bait Suci Kedua serta seperti mana ia dipelihara pada zaman Kristus dan jemaat awal.

 

Ianya juga dipanggil sebagai Malam Penjagaan dan nama ini mempunyai tujuannya yang tertentu.

 

Seluruh siri urutan Paskah itu dibincangkan di dalam karya Paskah [098]. Tempoh tradisional yang dikenali sebagai Paskah pada Jemaat Kristian awal adalah tempoh yang bermula daripada malam Perjamuan Suci ketika Kristus ditangkap selepas perjamuannya dengan murid-murid itu pada malam hari persediaan sebelum dia ditangkap dan diadili di hadapan kumpulan Sanhedrin Yahudi serta di hadapan Pilatus, dan kemudiannya disalibkan. Dia disalibkan dan mati pada petang hari Keempat belas Nisan bersesuaian dengan pengorbanan Paskah. Dia meninggal pada jam 3 petang iaitu pada waktu ketika domba-domba disembelih bagi perjamuan Paskah pada malam itu yang memulakan Malam Yang Penting Diingati pada Hari Kelima belas bulan Pertama. Josephus mencatatkan bahawa terdapat beribu-ribu domba yang disembelih petang hari Keempat belas bermula pada jam 3 petang dan seterusnya. Paskah di dalam jemaat awal merupakan suatu istilah umum yang meliputi tempoh daripada 14 Nisan hingga hari Minggu Unjukan Berkas, tidak kira berapa bilangan harinya. Hari-hari yang tinggal itu dikelaskan sebagai Roti Tidak Beragi.

Caranya hari Paskah dirayakan pada zaman Bait Suci direkodkan oleh Josephus. Domba-domba Paskah disembelih bermula dari jam kesembilan sehingga jam kesebelas (Josephus, Wars of the Jews, Bk. VI, Ch. IX, Whiston, Kregel, 1981, muka 588). Pada zaman Cretius, Josephus merekodkan penyembelihan dua ratus lima puluh enam ribu dan lima ratus domba di Yerusalem sewaktu satu Paskah dengan tidak kurang daripada sepuluh orang nisbahnya kepada satu domba (ibid.).

 

Kita tahu dengan pasti bahawa orang-orang Samaria serta golongan Saduki menyangkal sebarang tradisi lisan dan kedua-duanya hanya memelihara hukum bertulis. Josephus memberitahu kita bahawa John Hyrcanus telah menghapuskan dekri-dekri kumpulan Farisi serta menetapkan golongan Saduki sebagai pihak berkuasa dan sungguhpun terbatas pada golongan aristokrat umumnya, dekri-dekri mereka telah ditetapkan. Golongan Farisi disenangi orang ramai kerana mereka lebih sederhana di dalam penghukuman-penghukuman mereka. (rujuk Antiquities of the Jews, Bk. XIII, Ch. X (Whiston, ibid., mukasurat 281)). Josephus sendiri adalah seorang Farisi dan mungkin lebih memihak pada mereka di dalam penulisannya, namun dia masih ada mencatatkan tradisi-tradisi yang kita bacakan di dalam Kitab Perjanjian Baru. Penundaan-penundaan itu belum lagi ada pada masa ini seperti yang kita dapati daripada Mishnah. Tradisi-tradisi tersebut, yang diperkenalkan secara berperingkat oleh golongan Farisi sejak daripada penawanan Babilon itu, telah ditolak oleh kesemua mazhab yang lain. Penindasan terhadap golongan Farisi diteruskan di bawah pimpinan anak kepada John Hyrcanus iaitu Alexander Jannaeus, namun setelah kematiannya, isterinya Alexandra telah menyokong kumpulan Farisi selama sembilan tahun. Mereka berjaya mengawalnya dengan baik dan sekali lagi cuba untuk memperkenalkan tradisi-tradisi mereka. Setelah kematiannya, Aristobulus dan abangnya Hyrcanus, yang telah dijadikan Alexandra sebagai imam besar, telah berperang untuk merebut kedudukan tersebut. Hyrcanus telah digulingkan dan bersamanya lenyaplah kuasa orang-orang Farisi (ibid. muka 289). Hyrcanus telah disokong oleh Antipater, orang Idumea, dan akhirnya Pompey terpaksa campur tangan di dalam perlingkahan itu. Tersinggung kerana keangkuhannya, Pompey telah menyerang Aristobulus dan memasuki Yerusalem dan Bait Suci itu sekalipun ke dalam Tempat Maha Kudus. Pada masa itu ia juga digunakan untuk menyimpan harta dan dibiarkan tanpa dikacau. Dia telah memulihkan kuasa Hyrcanus serta pihaknya yang telah mengambil bahagian serta membunuh sebilangan besar daripada keimamatan masa itu.

 

Kumpulan Farisi dalam cara ini telah mendapat kuasa semula tetapi adalah sombong dan penuh daya tipu. Mereka terlibat di dalam komplot curang dan nubuatan palsu di bawah pimpinan Herod. Dia telah menghukum bunuh ahli-ahli utamanya termasuk sida Bagoas, Carus orang Sodom, catamite-nya serta ahli-ahli utama keluarga Herod sendiri yang telah mempersetujui nubuatan palsu berkenaan penghentian pemerintahannya. Mereka yang telah dibunuh termasuklah sekurang-kurangnya isteri Pheroras, ibu serta saudara perempuannya, dan Doris iaitu ibu kepada Antipater (A of J, ibid., mukasurat 358). Dengan itu, di bawah pimpinan kerabat Herod, orang-orang Farisi memiliki kuasa terbatas sungguhpun mereka seramai lebih kurang enam ribu orang di dalam mazhab tersebut.

 

Bait Suci diuruskan menurut kalendar purba yang telah dipelihara golongan Saduki dan sama seperti yang dipelihara oleh orang-orang Samaria. Setelah zaman penyelerakan, mazhab-mazhab rabbinikal telah mengambil alih daripada golongan Farisi itu cuba untuk memperkenalkan penundaan-penundaan tersebut dan dengan itulah kemudiannya orang-orang Samaria dituduh mempunyai cahaya-cahaya berlainan bagi lampu isyarat untuk bulan-bulan baru. Sewaktu zaman Bait, api-api isyarat ini telah dinyalakan bagi menandakan bulan-bulan baru yang sentiasanya ditentukan melalui konjunksi iaitu suatu sistem yang bukan berasaskan pemerhatian/observasi. Tiada bukti bahawa orang-orang Samaria pernah mengubah cara perkiraan mereka mengenai Bulan Baru di dalam sejarah sama ada sewaktu atau selepas zaman Bait Suci Kedua. Mereka masih lagi memelihara sistem yang sama hari ini. (rujuk karya Kalendar Tuhan [156] (edisi ke 2)).

 

Perundangan

Perundangan relevan bagi Paskah terdapat di dalam Keluaran 12.

 

Keluaran 12:1-51 Berfirmanlah TUHAN kepada Musa dan Harun di tanah Mesir: 2 "Bulan inilah akan menjadi permulaan segala bulan bagimu; itu akan menjadi bulan pertama bagimu tiap-tiap tahun. 3 Katakanlah kepada segenap jemaah Israel: Pada tanggal sepuluh bulan ini diambillah oleh masing-masing seekor anak domba, menurut kaum keluarga, seekor anak domba untuk tiap-tiap rumah tangga. 4 Tetapi jika rumah tangga itu terlalu kecil jumlahnya untuk mengambil seekor anak domba, maka ia bersama-sama dengan tetangganya yang terdekat ke rumahnya haruslah mengambil seekor, menurut jumlah jiwa; tentang anak domba itu, kamu buatlah perkiraan menurut keperluan tiap-tiap orang. 5 Anak dombamu itu harus jantan, tidak bercela, berumur setahun; kamu boleh ambil domba atau kambing. 6 Kamu harus mengurungnya sampai hari yang keempat belas bulan ini; lalu seluruh jemaah Israel yang berkumpul, harus menyembelihnya pada waktu senja. 7 Kemudian dari darahnya haruslah diambil sedikit dan dibubuhkan pada kedua tiang pintu dan pada ambang atas, pada rumah-rumah di mana orang memakannya. 8 Dagingnya harus dimakan mereka pada malam itu juga; yang dipanggang mereka harus makan dengan roti yang tidak beragi beserta sayur pahit. 9 Janganlah kamu memakannya mentah atau direbus dalam air; hanya dipanggang di api, lengkap dengan kepalanya dan betisnya dan isi perutnya. 10 Janganlah kamu tinggalkan apa-apa dari daging itu sampai pagi; apa yang tinggal sampai pagi kamu bakarlah habis dengan api. 11 Dan beginilah kamu memakannya: pinggangmu berikat, kasut pada kakimu dan tongkat di tanganmu; buru-burulah kamu memakannya; itulah Paskah bagi TUHAN. 12 Sebab pada malam ini Aku akan menjalani tanah Mesir, dan semua anak sulung, dari anak manusia sampai anak binatang, akan Kubunuh, dan kepada semua allah di Mesir akan Kujatuhkan hukuman, Akulah, TUHAN. 13 Dan darah itu menjadi tanda bagimu pada rumah-rumah di mana kamu tinggal: Apabila Aku melihat darah itu, maka Aku akan lewat dari pada kamu. Jadi tidak akan ada tulah kemusnahan di tengah-tengah kamu, apabila Aku menghukum tanah Mesir. 14 Hari ini akan menjadi hari peringatan bagimu. Kamu harus merayakannya sebagai hari raya bagi TUHAN turun-temurun. Kamu harus merayakannya sebagai ketetapan untuk selamanya. 15 Kamu makanlah roti yang tidak beragi tujuh hari lamanya; pada hari pertamapun kamu buanglah segala ragi dari rumahmu, sebab setiap orang yang makan sesuatu yang beragi, dari hari pertama sampai hari ketujuh, orang itu harus dilenyapkan dari antara Israel. 16 Kamu adakanlah pertemuan yang kudus, baik pada hari yang pertama maupun pada hari yang ketujuh; pada hari-hari itu tidak boleh dilakukan pekerjaan apapun; hanya apa yang perlu dimakan setiap orang, itu sajalah yang boleh kamu sediakan. 17 Jadi kamu harus tetap merayakan hari raya makan roti yang tidak beragi, sebab tepat pada hari ini juga Aku membawa pasukan-pasukanmu keluar dari tanah Mesir. Maka haruslah kamu rayakan hari ini turun-temurun; itulah suatu ketetapan untuk selamanya. 18 Dalam bulan pertama, pada hari yang keempat belas bulan itu pada waktu petang, kamu makanlah roti yang tidak beragi, sampai kepada hari yang kedua puluh satu bulan itu, pada waktu petang. 19 Tujuh hari lamanya tidak boleh ada ragi dalam rumahmu, sebab setiap orang yang makan sesuatu yang beragi, orang itu harus dilenyapkan dari antara jemaah Israel, baik ia orang asing, baik ia orang asli. 20 Sesuatu apapun yang beragi tidak boleh kamu makan; kamu makanlah roti yang tidak beragi di segala tempat kediamanmu." 21 Lalu Musa memanggil semua tua-tua Israel serta berkata kepada mereka: "Pergilah, ambillah kambing domba untuk kaummu dan sembelihlah anak domba Paskah. 22 Kemudian kamu harus mengambil seikat hisop dan mencelupkannya dalam darah yang ada dalam sebuah pasu, dan darah itu kamu harus sapukan pada ambang atas dan pada kedua tiang pintu; seorangpun dari kamu tidak boleh keluar pintu rumahnya sampai pagi. 23 Dan TUHAN akan menjalani Mesir untuk menulahinya; apabila Ia melihat darah pada ambang atas dan pada kedua tiang pintu itu, maka TUHAN akan melewati pintu itu dan tidak membiarkan pemusnah masuk ke dalam rumahmu untuk menulahi. 24 Kamu harus memegang ini sebagai ketetapan sampai selama-lamanya bagimu dan bagi anak-anakmu. 25 Dan apabila kamu tiba di negeri yang akan diberikan TUHAN kepadamu, seperti yang difirmankan-Nya, maka kamu harus pelihara ibadah ini. 26 Dan apabila anak-anakmu berkata kepadamu: Apakah artinya ibadahmu ini? 27 maka haruslah kamu berkata: Itulah korban Paskah bagi TUHAN yang melewati rumah-rumah orang Israel di Mesir, ketika Ia menulahi orang Mesir, tetapi menyelamatkan rumah-rumah kita." Lalu berlututlah bangsa itu dan sujud menyembah. 28 Pergilah orang Israel, lalu berbuat demikian; seperti yang diperintahkan TUHAN kepada Musa dan Harun, demikianlah diperbuat mereka. 29 Maka pada tengah malam TUHAN membunuh tiap-tiap anak sulung di tanah Mesir, dari anak sulung Firaun yang duduk di takhtanya sampai kepada anak sulung orang tawanan, yang ada dalam liang tutupan, beserta segala anak sulung hewan. 30 Lalu bangunlah Firaun pada malam itu, bersama semua pegawainya dan semua orang Mesir; dan kedengaranlah seruan yang hebat di Mesir, sebab tidak ada rumah yang tidak kematian. 31 Lalu pada malam itu dipanggilnyalah Musa dan Harun, katanya: "Bangunlah, keluarlah dari tengah-tengah bangsaku, baik kamu maupun orang Israel; pergilah, beribadahlah kepada TUHAN, seperti katamu itu. 32 Bawalah juga kambing dombamu dan lembu sapimu, seperti katamu itu, tetapi pergilah! Dan pohonkanlah juga berkat bagiku." 33 Orang Mesir juga mendesak dengan keras kepada bangsa itu, menyuruh bangsa itu pergi dengan segera dari negeri itu, sebab kata mereka: "Nanti kami mati semuanya." 34 Lalu bangsa itu mengangkat adonannya, sebelum diragi, dengan tempat adonan mereka terbungkus dalam kainnya di atas bahunya. 35 Orang Israel melakukan juga seperti kata Musa; mereka meminta dari orang Mesir barang-barang emas dan perak serta kain-kain. 36 Dan TUHAN membuat orang Mesir bermurah hati terhadap bangsa itu, sehingga memenuhi permintaan mereka. Demikianlah mereka merampasi orang Mesir itu. 37 Kemudian berangkatlah orang Israel dari Raamses ke Sukot, kira-kira enam ratus ribu orang laki-laki berjalan kaki, tidak termasuk anak-anak. 38 Juga banyak orang dari berbagai-bagai bangsa turut dengan mereka; lagi sangat banyak ternak kambing domba dan lembu sapi. 39 Adonan yang dibawa mereka dari Mesir dibakarlah menjadi roti bundar yang tidak beragi, sebab adonan itu tidak diragi, karena mereka diusir dari Mesir dan tidak dapat berlambat-lambat, dan mereka tidak pula menyediakan bekal baginya. 40 Lamanya orang Israel diam di Mesir adalah empat ratus tiga puluh tahun. 41 Sesudah lewat empat ratus tiga puluh tahun, tepat pada hari itu juga, keluarlah segala pasukan TUHAN dari tanah Mesir. 42 Malam itulah malam berjaga-jaga bagi TUHAN, untuk membawa mereka keluar dari tanah Mesir. Dan itulah juga malam berjaga-jaga bagi semua orang Israel, turun-temurun, untuk kemuliaan TUHAN. 43 Berfirmanlah TUHAN kepada Musa dan Harun: "Inilah ketetapan mengenai Paskah: Tidak seorangpun dari bangsa asing boleh memakannya. 44 Seorang budak belian barulah boleh memakannya, setelah engkau menyunat dia. 45 Orang pendatang dan orang upahan tidak boleh memakannya. 46 Paskah itu harus dimakan dalam satu rumah juga; tidak boleh kaubawa sedikitpun dari daging itu keluar rumah; satu tulangpun tidak boleh kamu patahkan. 47 Segenap jemaah Israel haruslah merayakannya. 48 Tetapi apabila seorang asing telah menetap padamu dan mau merayakan Paskah bagi TUHAN, maka setiap laki-laki yang bersama-sama dengan dia, wajiblah disunat; barulah ia boleh mendekat untuk merayakannya; ia akan dianggap sebagai orang asli. Tetapi tidak seorangpun yang tidak bersunat boleh memakannya. 49 Satu hukum saja akan berlaku untuk orang asli dan untuk orang asing yang menetap di tengah-tengah kamu." 50 Seluruh orang Israel berbuat demikian; seperti yang diperintahkan TUHAN kepada Musa dan Harun, demikianlah diperbuat mereka. 51 Dan tepat pada hari itu juga TUHAN membawa orang Israel keluar dari tanah Mesir, menurut pasukan mereka.

 

Teks ini juga menetapkan siri urutan masa yang tepat. Dari ayat 18 kita lihat bahawa tujuh hari Roti Tidak Beragi itu dihitung daripada hari Keempat belas bulan Pertama, tujuh hari sehinggalah hari Kedua puluh satu bulan itu. Hari ketujuh perayaan ini, iaitu hari Kedua puluh satu bulan Pertama, adalah sendirinya suatu Hari Suci. Oleh itu malam hari Keempat belas memulakan Hari Suci Pertama Roti Tidak Beragi yang kita tahu adalah hari Kelima belas bulan Pertama. Oleh itu apa yang kita maksudkan di sini adalah penghujung hari Keempat belas bulan Pertama iaitu Abib atau Nisan. Ayat 16 menunjukkan bahawa terdapat suatu Perkumpulan kudus pada Hari Pertama Roti Tidak Beragi yang kita dapati daripada Imamat 23:6 merupakan hari Kelima belas bulan Pertama. Sepatutnya tidak ada kekeliruan berkenaan permulaan Perayaan Roti Tidak Beragi atau masa untuk penyembelihan Paskah daripada teks-teks ini.

 

Kita melihat satu lagi aspek hari tersebut daripada Kisah 27.

 

Kisah 27:27-36  Malam yang keempat belas sudah tiba dan kami masih tetap terombang-ambing di laut Adria. Tetapi kira-kira tengah malam anak-anak kapal merasa, bahwa mereka telah dekat daratan. 28 Lalu mereka mengulurkan batu duga, dan ternyata air di situ dua puluh depa dalamnya. Setelah maju sedikit mereka menduga lagi dan ternyata lima belas depa. 29 Dan karena takut, bahwa kami akan terkandas di salah satu batu karang, mereka membuang empat sauh di buritan, dan kami sangat berharap mudah-mudahan hari lekas siang. 30 Akan tetapi anak-anak kapal berusaha untuk melarikan diri dari kapal. Mereka menurunkan sekoci, dan berbuat seolah-olah mereka hendak melabuhkan beberapa sauh di haluan. 31 Karena itu Paulus berkata kepada perwira dan prajurit-prajuritnya: "Jika mereka tidak tinggal di kapal, kamu tidak mungkin selamat." 32 Lalu prajurit-prajurit itu memotong tali sekoci dan membiarkannya hanyut. 33 Ketika hari menjelang siang, Paulus mengajak semua orang untuk makan, katanya: "Sudah empat belas hari lamanya kamu menanti-nanti saja, menahan lapar dan tidak makan apa-apa. 34 Karena itu aku menasihati kamu, supaya kamu makan dahulu. Hal itu perlu untuk keselamatanmu. Tidak seorangpun di antara kamu akan kehilangan sehelaipun dari rambut kepalanya." 35 Sesudah berkata demikian, ia mengambil roti, mengucap syukur kepada Allah di hadapan semua mereka, memecah-mecahkannya, lalu mulai makan. 36 Maka kuatlah hati semua orang itu, dan merekapun makan juga.

 

Aktiviti ini tidak berlaku pada bulan Pertama tetapi selepas puasa bulan Ketujuh pada hari Pendamaian. Namun begitu, kita dapat simpulkan di sini bahawa hari yang disebutkan sebagai Keempat belas itu jelas sekali ditetapkan dari petang ke petang. Malam keempat belas mendahului hari siang keempat belas. Ini mengesahkan idea bahawa hari dilihat sebagai berjalan dari petang ke petang dan bukannya dari pagi ke pagi, atau tengah malam ke tengah malam, atau sebarang sistem lain. Lebih-lebih lagi, konsep keselamatan Malaikat Tuhan, pada siapa Paulus dimiliki dan melayani, juga dilihat daripada teks Kisah 27:23.

 

Konsep Tahun Baru di dalam Tishri sebagai Rosh Hashanah merupakan suatu amalan pagan selepas zaman Bait yang telah memasuki Judaisme pada abad ketiga era masakini. Rabbi Kohn, Ketua Rabbi di Budapest, yang menulis pada tahun 1894, menyebut tentang fakta penting ini di dalam karyanya Para Pemelihara Sabat di Transylvania dengan menyatakan bahawa ia telah masuk sewaktu suatu tempoh pada abad ketiga dan selepas zaman alkitab (merujuk kepada Talmud, Rosh haShanah 8a pada nota 18 kepada bab 7) (Ed. W. Cox, tr. T. McElwain and B. Rook, CCG Publishing, USA, 1998, halaman v, 58, 106 ff, et. seq. and nn.). Dalam Alkitab, Tahun Baru adalah pada bulan Abib iaitu bulan Pertama.

 

Mishnah (sekitar tahun 200 TM) menyatakan bahawa terdapat empat tahun yang baru dan bahawa hari Pertama Nisan adalah tahun baru bagi raja-raja serta perayaan-perayaan. Dengan itu kita lihat bahawa penentuan tarikh berkenaan Ezra dan Nehemia adalah menurut 1 Nisan dan bukannya 1 Tishri (rujuk Pembacaan Hukum Dengan Ezra dan Nehemia [250]). Tishri digunakan pada masa itu bagi penentuan tahun-tahun, bagi tahun-tahun Sabat dan bagi Jubli-jubli (Rosh Hashanah 1.1 E (3)). Kita lihat bahawa idea berkenaan Tishri ini, yang berasal dari Babilon, mula-mula sekali direkodkan di dalam Mishnah sebagai yang diajukan oleh R. Eliazar dan R. Simeon (ibid. 1.1 D). Ia tidak dirayakan sebagai Tahun Baru sewaktu zaman Bait. Mishnah juga cuba untuk mengasingkan permulaan persepuluhan lembu kepada 1 Elul (ibid. 1.1 C). Kerabat Shammai percaya bahawa tahun baru bagi pokok-pokok adalah 1 Shebat sementara Kerabat Hillel berpendapat bahawa ianya jatuh pada hari Kelima belas bulan itu. Tahun Baru pada Bulan Baru adalah suatu amalan pagan langsung yang juga diperkenalkan daripada Babilon, jelas sekali berkait dengan penanaman-penanaman berdasarkan carta-carta bulan. Kesemua penentuan ini merupakan Judaisme rabbinikal selepas Zaman Bait. Hanya di sini pada abad Ketiga kita melihat Tishri diajukan oleh para rabbi. Ia, serta sistem penundaan itu, kini menguasai Judaisme bertentangan kepada firman Tuhan.

 

Malam Penjagaan

Istilah Malam Penjagaan datang daripada teks Keluaran 12:42.

 

Keluaran 12:42 Malam itulah malam berjaga-jaga bagi TUHAN, untuk membawa mereka keluar dari tanah Mesir. Dan itulah juga malam berjaga-jaga bagi semua orang Israel, turun-temurun, untuk kemuliaan TUHAN.

 

Perkataan yang diterjemahkan sebagai berjaga-jaga adalah Shimmurim lantas maknanya malam berjaga-jaga dan perkataan ini hanya timbul di situ. Konsep berjaga-jaga datangnya daripada peristiwa Malaikat maut yang telah melepasi itu serta tindakan berjaga-jaga bagi pelepasan umat kita. Perkataan SHD 8107 shimmur yang bererti pemeliharaan diterbitkan daripada kata asas 8104 shamar yang bermakna memagarkan dengan tumbuhan (seperti dengan pokok duri) jadinya, menjaga, melindungi, memelihara.

 

Ia melanjut kepada konsep-konsep memberi perhatian terhadap diri serta berwaspada.

 

Konsepnya bukan sekadar prihatin dan menjaga tetapi sebenarnya berjaga-jaga seperti dipagari dengan pokok duri. Ia juga bermakna berjaga menunggu ketibaan peristiwa yang dimaksudkan.

 

Itu adalah konsep Paskah di mana kita dilindungi melalui darah domba itu daripada kemurkaan Tuhan yang dilambangkan di dalam konsep ini. Jadi pemerhatian kita ada di dalam pemeliharaan serta penerangan simbolisme teks tersebut. Tidak perlu untuk kita berjaga sepanjang malam kerana kita dilindungi daripada malaikat maut pada Paskah. Kedua-dua Perjamuan Suci hari Keempat belas serta perjamuan hari Kelima belas bulan Pertama (Abib atau Nisan) bersama-sama melindungi kita. Namun begitu tujuannya adalah supaya malam ini digunakan untuk belajar dan berjaga. Sebagai contohnya, tidak sesuai untuk masuk tidur awal pada malam ini.

 

Teks di dalam SHD 8107 mengasingkan malam ini sebagai suatu pemerhatian istimewa daripada terbitan 8104. Semangat berjaga sepanjang malam adalah terpuji tetapi ia tidaklah benar-benar perlu. Semestinya, Israel perlu berjaga-jaga sambil menunggu perintah untuk bergerak. Pastinya ada yang cuba tidur sebanyak yang boleh.

 

Kata shimmur diterbitkan daripada konsep di dalam 8104 dan bermaksud pemerhatian dan sebaliknya bukan konsep berdiri berjaga seperti yang mungkin kita ertikan daripada kata 8104 shamar.

 

Variannya pada 8107 shomer (rujuk SHD 7763) juga membawakan satu maksud lain daripada perkataan shabar di dalam 7763 yang membawa erti memeriksa dengan teliti iaitu bermaksud berjaga dengan penuh pengharapan.

 

Kalaulah Yehuda berwaspada dan memerhati ketibaan Mesias, mereka tentu tidak akan ditawan. Jadi malam ini mempunyai maksudnya sebagai malam pemerhatian terhadap kedatangannya dan menunjuk kepada Penyaliban serta pengurungan itu dan memulakan tempoh itu sehingga kepada persembahan Unjukan Berkas.

 

Sebalik tidak tidur untuk berjaga, yang sememangnya dibenarkan, ianya lebih baik untuk menghabiskan masa malam ini dengan menerangkan maksud pemerhatian dan pemeliharaan ini yang membabitkan kedatangan Mesias kepada anak-anak. Itu adalah maksud sebenar penjagaan yang harus kita lakukan.

 

Cara bagaimana perjamuan itu dimakan bertujuan untuk mengukuhkan pelepasan kita yang hampir tiba daripada sistem-sistem dunia.

 

Keluaran 12:11 Dan beginilah kamu memakannya: pinggangmu berikat, kasut pada kakimu dan tongkat di tanganmu; buru-burulah kamu memakannya; itulah Paskah bagi TUHAN.

 

Bandingkan cara memakan ini dengan cara memakan Kristus dan Murid-muridnya pada perjamuan malam persediaan atau Chagigah itu.

 

Yohanes 13:25 25 Murid yang duduk dekat Yesus itu berpaling dan berkata kepada-Nya: "Tuhan, siapakah itu?"

 

Markus 14:50-52 Lalu semua murid itu meninggalkan Dia dan melarikan diri. 51 Ada seorang muda, yang pada waktu itu hanya memakai sehelai kain lenan untuk menutup badannya, mengikuti Dia. Mereka hendak menangkapnya, 52 tetapi ia melepaskan kainnya dan lari dengan telanjang.

Jelas sekali daripada kedua-dua petikan ini bahawa aktiviti-aktiviti Perjamuan Suci serta penangkapannya bukanlah pada malam Paskah. Teks-teks itu menunjukkan bahawa ianya terjadi pada malam persediaan hari Keempat belas bulan Pertama bagi persediaan untuk Paskah yang akan disembelihkan pada petang hari esoknya dari jam kesembilan hingga jam kesebelas atau dari pukul 3 petang hingga jam 5 petang. Dia dimasukkan ke dalam kubur pada malam permulaan hari Kelima belas bulan itu dan juga hari Pertama Roti Tidak Beragi apabila domba Paskah disediakan untuk dipanggang dan dimakan pada malam itu.

 

Ulangan 16:2 membenarkan makanan Paskah ini daripada kambing domba ataupun lembu sapi, dan dengan itu membenarkan daging halal lain selain daripada domba. Ianya dipanggang dan dimakan pada tempat yang dipilih untuk tujuan itu.

 

Ulangan 16:5-7 memerintah kita untuk memakan perjamuan Paskah itu di luar kediaman kita. Kita dilarang memakan Paskah di dalam pintu gerbang kita sendiri. Kita kemudiannya harus kembali ke khemah kita pada sebelah paginya. Ini adalah pada hari Kelima belas bulan Pertama, iaitu Hari Suci Pertama Roti Tidak Beragi. Dengan itulah kita kembali kepada khemah-khemah kita sendiri atau tempat kediaman kita yang biasa. Teks ini tidak semestinya bermaksud di luar sebarang tempat kediaman sama sekali. Sebagai contohnya, tinggal di luar sepanjang malam untuk seseorang yang berumur lapan puluh tahun adalah merbahaya. Ia bermaksud bahawa Paskah haruslah dipelihara di luar pintu gerbang kita, di dalam tempat tinggal sementara seperti yang kita lihat daripada teks-teks lain.

 

Orang-orang Samaria telah menjaga dan masih memelihara Paskah Tuhan pada hari Keempat belas bulan Pertama (dipanggil Nisan) yang ditentukan daripada konjunksi tersebut, dan menyembelih domba itu pada sebelah petang sekitar jam 3 petang.

 

Kemudian mereka menyediakannya dan memakannya pada hari Kelima belas bulan Pertama (Nisan atau Abib) selepas matahari terbenam. Persediaan serta pemakanan ini dilakukan dengan berpakaian jubah-jubah mereka dan tongkat-tongkat mereka di dalam tangan mereka.

 

Mereka melakukannya di luar pintu-pintu gerbang dan di atas Gunung Gerizim. Ianya suatu perayaan jemaah dan mereka perlu keluar daripada Nablus untuk pergi ke gunung itu.

 

Mereka melakukannya di atas Gunung Gerizim kerana Ulangan 27:4-7 di dalam versi mereka bagi teks Ibrani tersebut. Ayat 4 teks Masoretic menyatakan Gunung Ebal (bermaksud timbunan-timbunan) sebagai gunung untuk menegakkan hukum itu. Ini juga adalah Gunung Kutukan. Gunung Gerizim adalah Gunung Rahmat dan gunung beribadah bagi orang-orang Samaria dan dengan itu ia terus memiliki kepentingan keagamaannya dari segi aspek tersebut. Perbalahannya adalah bahawa MT telah diubah daripada Gerizim kepada Ebal.

 

Umumnya dikatakan bahawa Ebal merupakan pemalsuan di dalam Teks Masoretic (MT) dan sepatutnya adalah Gerizim. Ayat-ayat di dalam Ulangan 27:11-26 menunjukkan bahawa Gerizim adalah untuk memberkati sementara Ebal adalah untuk mengutuki. Perdebatannya adalah bahawa persembahan-persembahan korban keselamatan tidak dilakukan di atas gunung untuk mengutuki, dan mezbah tersebut sepatutnya didirikan di atas gunung ini.

 

Orang-orang Samaria memelihara Sabat-sabat serta perayaan-perayaan bersesuaian dengan Pentateuch dan Decalogue, sementara Judaisme mengikut 613 mitzvoth. Mereka yang dipanggil umat Kristian aliran umum mengikut sistem Easter pagan dengan variasi-variasi kecil kemudiannya di dalam perhitungan-perhitungan kalendarnya.

 

Kebanyakan cendekiawan juga setuju bahawa amalan-amalan agama orang-orang Samaria adalah serupa dengan orang-orang Yahudi pada Zaman Bait Kedua.

 

Orang-orang Samaria masih lagi mengikut amalan-amalan Zaman Bait Kedua di tempat suci mereka.

 

Mereka mempunyai suatu Tempat Ibadah di situ. Ia telah dimusnahkan oleh John Hyrcanus I dari golongan Maccabee. Dia telah menundukkan orang-orang Idumea semasa ekspedisi yang sama dan memaksa mereka memeluk Judaisme. Dia tidak perlu menangani orang-orang Samaria selain memusnahkan Tempat Ibadah mereka kerana sistem kalendar mereka adalah sama seperti sistem Saduki dengan mana Bait itu diuruskan. Orang-orang Farisi belum lagi memasukkan tradisi-tradisi mereka sejauh penundaan-penundaan itu, dan Sabat mengikuti Sabat adalah suatu kebiasaan sepanjang seluruh zaman Bait itu seperti yang ditunjukkan oleh Mishnah (rujuk karya Kalendar Tuhan [156]).

 

Orang Samaria juga menolak daripada mengikuti perayaan-perayaan Hanukkah dan Purim.

 

Mereka menghitung Bulan-bulan Baru lapan bulan sebelumnya, menurut konjunksi tersebut. Selepas pembinasaan Bait Kedua itu, orang-orang Yahudi seolah-olah mengabaikan atau “kehilangan” kebolehan mereka untuk menghitung Bulan-bulan Baru itu agar penundaan-penundaan itu dapat dibawa masuk. Para Rabbi enggan menerima perkiraan orang-orang Samaria dan mencipta perkiraan mereka sendiri dengan penundaan-penundaan itu serta pemerhatian bulan sabit.

 

Kristus dituduh sebagai seorang Samaria khususnya kerana dia tidak menerima tradisi-tradisi Farisi (Yohanes 8:48).

 

Malam Untuk Berjaga-jaga adalah malam untuk mengajar anak-anak tentang tujuan malam tersebut dan apa yang harus mereka lakukan pada malam ini.

 

Keluaran 12:25-38 Dan apabila kamu tiba di negeri yang akan diberikan TUHAN kepadamu, seperti yang difirmankan-Nya, maka kamu harus pelihara ibadah ini. 26 Dan apabila anak-anakmu berkata kepadamu: Apakah artinya ibadahmu ini? 27 maka haruslah kamu berkata: Itulah korban Paskah bagi TUHAN yang melewati rumah-rumah orang Israel di Mesir, ketika Ia menulahi orang Mesir, tetapi menyelamatkan rumah-rumah kita." Lalu berlututlah bangsa itu dan sujud menyembah. 28 Pergilah orang Israel, lalu berbuat demikian; seperti yang diperintahkan TUHAN kepada Musa dan Harun, demikianlah diperbuat mereka.

 

Tindakan berjaga-jaga untuk pelepasan pada malam Paskah itu dipelihara sebagai suatu peringatan untuk selamanya (Keluaran 12:14). Pada malam ini kita haruslah berjaga-jaga bagi keselamatan kita. Pada malam ini Kristus telah dikebumikan dan tinggal di dalam bumi selama tiga hari dan tiga malam dari malam hari Rabu sehingga malam hari Sabtu apabila dia dibangkitkan oleh Allah Sebenar yang Tunggal dan pada pagi hari Minggu dia telah naik ke Syurga sebagai persembahan Unjukan Berkas pada jam 9 pagi lantas memulakan perkiraan kepada Pentakosta dan penuaian kita bagi Jemaat di dalam Roh Kudus.

 

Dengan tindakan ini, Tuhan telah mengambil yang sulung daripada dunia ini dan Keselamatan dilanjutkan kepada orang-orang bukan Yahudi.

 

29 Maka pada tengah malam TUHAN membunuh tiap-tiap anak sulung di tanah Mesir, dari anak sulung Firaun yang duduk di takhtanya sampai kepada anak sulung orang tawanan, yang ada dalam liang tutupan, beserta segala anak sulung hewan. 30 Lalu bangunlah Firaun pada malam itu, bersama semua pegawainya dan semua orang Mesir; dan kedengaranlah seruan yang hebat di Mesir, sebab tidak ada rumah yang tidak kematian. 31 Lalu pada malam itu dipanggilnyalah Musa dan Harun, katanya: "Bangunlah, keluarlah dari tengah-tengah bangsaku, baik kamu maupun orang Israel; pergilah, beribadahlah kepada TUHAN, seperti katamu itu. 32 Bawalah juga kambing dombamu dan lembu sapimu, seperti katamu itu, tetapi pergilah! Dan pohonkanlah juga berkat bagiku." 33 Orang Mesir juga mendesak dengan keras kepada bangsa itu, menyuruh bangsa itu pergi dengan segera dari negeri itu, sebab kata mereka: "Nanti kami mati semuanya." 34 Lalu bangsa itu mengangkat adonannya, sebelum diragi, dengan tempat adonan mereka terbungkus dalam kainnya di atas bahunya. 35 Orang Israel melakukan juga seperti kata Musa; mereka meminta dari orang Mesir barang-barang emas dan perak serta kain-kain. 36 Dan TUHAN membuat orang Mesir bermurah hati terhadap bangsa itu, sehingga memenuhi permintaan mereka. Demikianlah mereka merampasi orang Mesir itu. 37 Kemudian berangkatlah orang Israel dari Raamses ke Sukot, kira-kira enam ratus ribu orang laki-laki berjalan kaki, tidak termasuk anak-anak. 38 Juga banyak orang dari berbagai-bagai bangsa turut dengan mereka; lagi sangat banyak ternak kambing domba dan lembu sapi.

 

Kumpulan berbagai bangsa ini menjadi sebahagian daripada Israel.

 

Maka, Keselamatan dilanjutkan di dalam Mesias kepada bangsa-bangsa lain juga. Perjamuan Suci itu adalah sebahagian daripada prosedur perayaan ini. Perjamuan Suci adalah malam pertama hari Keempat belas bulan Pertama dan kemudiannya malam kedua hari Kelima belas adalah perjamuan Paskah yang melambangkan penyatuan dunia di bawah Mesias di dalam Israel.

 

Ia akan diingati kesemua umat kita untuk selamanya:

 

Keluaran 13:14-16 Dan apabila anakmu akan bertanya kepadamu di kemudian hari: Apakah artinya itu? maka haruslah engkau berkata kepadanya: Dengan kekuatan tangan-Nya TUHAN telah membawa kita keluar dari Mesir, dari rumah perbudakan. 15 Sebab ketika Firaun dengan tegar menolak untuk membiarkan kita pergi, maka TUHAN membunuh semua anak sulung di tanah Mesir, dari anak sulung manusia sampai anak sulung hewan. Itulah sebabnya maka aku biasa mempersembahkan kepada TUHAN segala binatang jantan yang lahir terdahulu dari kandungan, sedang semua anak sulung di antara anak-anakku lelaki kutebus. 16 Hal itu harus menjadi tanda pada tanganmu dan menjadi lambang di dahimu, sebab dengan kekuatan tangan-Nya TUHAN membawa kita keluar dari Mesir."

 

Ia juga memandang kepada Keluaran seterusnya yang akan terjadi dengan kekuatan tangan Tuhan.

Yesaya 66:18-24 Aku mengenal segala perbuatan dan rancangan mereka, dan Aku datang untuk mengumpulkan segala bangsa dari semua bahasa, dan mereka itu akan datang dan melihat kemuliaan-Ku. 19 Aku akan menaruh tanda di tengah-tengah mereka dan akan mengutus dari antara mereka orang-orang yang terluput kepada bangsa-bangsa, yakni Tarsis, Pul dan Lud, ke Mesekh dan Rosh, ke Tubal dan Yawan, ke pulau-pulau yang jauh yang belum pernah mendengar kabar tentang Aku dan yang belum pernah melihat kemuliaan-Ku, supaya mereka memberitakan kemuliaan-Ku di antara bangsa-bangsa. 20 Mereka itu akan membawa semua saudaramu dari antara segala bangsa sebagai korban untuk TUHAN di atas kuda dan kereta dan di atas usungan, di atas bagal dan unta betina yang cepat, ke atas gunung-Ku yang kudus, ke Yerusalem, firman TUHAN, sama seperti orang Israel membawa korban dalam wadah yang tahir ke dalam rumah TUHAN. 21 Juga dari antara mereka akan Kuambil imam-imam dan orang-orang Lewi, firman TUHAN. 22 Sebab sama seperti langit yang baru dan bumi yang baru yang akan Kujadikan itu, tinggal tetap di hadapan-Ku, demikianlah firman TUHAN, demikianlah keturunanmu dan namamu akan tinggal tetap. 23 Bulan berganti bulan, dan Sabat berganti Sabat, maka seluruh umat manusia akan datang untuk sujud menyembah di hadapan-Ku, firman TUHAN. 24 Mereka akan keluar dan akan memandangi bangkai orang-orang yang telah memberontak kepada-Ku. Di situ ulat-ulatnya tidak akan mati, dan apinya tidak akan padam, maka semuanya akan menjadi kengerian bagi segala yang hidup.

 

Jadi malam ini bukan saja untuk masa lalu. Ia adalah untuk masa hadapan dan Alkitab tidak boleh dibatalkan.

 

Yeremia 6:16-19 Beginilah firman TUHAN: "Ambillah tempatmu di jalan-jalan dan lihatlah, tanyakanlah jalan-jalan yang dahulu kala, di manakah jalan yang baik, tempuhlah itu, dengan demikian jiwamu mendapat ketenangan. Tetapi mereka berkata: Kami tidak mau menempuhnya! 17 Juga aku mengangkat atas mereka penjaga-penjaga, firman-Ku: Perhatikanlah bunyi sangkakala! Tetapi mereka berkata: Kami tidak mau memperhatikannya! 18 Sebab itu dengarlah, hai bangsa-bangsa, dan ketahuilah, hai jemaat, apa yang akan terjadi atas mereka! 19 Dengarlah, hai bumi! Sungguh, ke atas bangsa ini Aku akan mendatangkan malapetaka, akibat dari rancangan-rancangan mereka, sebab mereka tidak memperhatikan perkataan-perkataan-Ku dan menolak pengajaran-Ku.

 

Kita dikehendaki mendirikan semula jalan-jalan lama dan kembali kepada hukum itu serta menghapuskan kalendar-kalendar pagan dan misteri-misteri Babilon yang ditubuhkan di bawah tradisi-tradisi para rabbi di bawah pimpinan Hillel II pada tahun 358 TM.

 

Pengkhotbah 3:15 Yang sekarang ada dulu sudah ada, dan yang akan ada sudah lama ada; dan Allah mencari yang sudah lalu.

 

Kita dikehendaki memulihkan kebenaran yang diberikan dahulunya.

 

Roma 15:4 Sebab segala sesuatu yang ditulis dahulu, telah ditulis untuk menjadi pelajaran bagi kita, supaya kita teguh berpegang pada pengharapan oleh ketekunan dan penghiburan dari Kitab Suci.

 

Sesiapa yang cuba merosakkan Kitab Suci dengan mengubah hukum serta mengubah masa dan waktu bukanlah daripada kerajaan Tuhan. Seperti Sabat yang kekal teguh, begitu juga dengan Bulan-bulan Baru dan Perayaan-perayaan Tuhan. Hari Pendamaian tidak boleh ditunda seperti juga hari Sabat atau Bulan-bulan Baru atau Paskah. Ia harus dimakan dalam satu rumah (Keluaran 12:46).

 

Keluaran 12:42 42 Malam itulah malam berjaga-jaga bagi TUHAN, untuk membawa mereka keluar dari tanah Mesir. Dan itulah juga malam berjaga-jaga bagi semua orang Israel, turun-temurun, untuk kemuliaan TUHAN.

 

Jadi berjagalah kerana kamu tidak tahu bila jamnya pengantin lelaki itu akan datang (Matius 25:13).

 

Markus 13:30-37 Aku berkata kepadamu: Sesungguhnya angkatan ini tidak akan berlalu, sebelum semuanya itu terjadi. 31 Langit dan bumi akan berlalu, tetapi perkataan-Ku tidak akan berlalu. 32 Tetapi tentang hari atau saat itu tidak seorangpun yang tahu, malaikat-malaikat di sorga tidak, dan Anakpun tidak, hanya Bapa saja." 33 "Hati-hatilah dan berjaga-jagalah! Sebab kamu tidak tahu bilamanakah waktunya tiba. 34 Dan halnya sama seperti seorang yang bepergian, yang meninggalkan rumahnya dan menyerahkan tanggung jawab kepada hamba-hambanya, masing-masing dengan tugasnya, dan memerintahkan penunggu pintu supaya berjaga-jaga. 35 Karena itu berjaga-jagalah, sebab kamu tidak tahu bilamanakah tuan rumah itu pulang, menjelang malam, atau tengah malam, atau larut malam, atau pagi-pagi buta, 36 supaya kalau ia tiba-tiba datang jangan kamu didapatinya sedang tidur. 37 Apa yang Kukatakan kepada kamu, Kukatakan kepada semua orang: berjaga-jagalah!"

 

Angkatan ini yang dimaksudkan Kristus di dalam Markus 13:30 adalah angkatan atau generasi terakhir. Dalam satu generasi saja, atau tempoh empat puluh tahun, kesemua peperangan zaman akhir akan terjadi. Sewaktu empat puluh tahun itu, Pengukuran Bait Suci serta segala pekerjaan zaman akhir akan digenapi (rujuk karya Mengukur Bait Suci [137]). Mesias akan datang kembali dan Hukum itu akan dipulihkan. Kerana itu berjagalah kerana kamu tidak tahu bilakah tuan itu akan datang.

 

Kidung Agung 5:2

Aku tidur, tetapi hatiku bangun.

Dengarlah, kekasihku mengetuk.

"Bukalah pintu, dinda, manisku,

merpatiku, idam-idamanku,

karena kepalaku penuh embun,

dan rambutku penuh tetesan embun malam!"

(rujuk karya Kidung Agung [145]).

 

Pada tahun 2027/28 kita akan lihat jubli itu serta pemulihan itu.

 

Dengan itu, kita juga mempunyai tanggungjawab terhadap Allah yang hidup.

 

Kisah 20:28-35 Karena itu jagalah dirimu dan jagalah seluruh kawanan, karena kamulah yang ditetapkan Roh Kudus menjadi penilik untuk menggembalakan jemaat Allah yang diperoleh-Nya dengan darah Anak-Nya sendiri. 29 Aku tahu, bahwa sesudah aku pergi, serigala-serigala yang ganas akan masuk ke tengah-tengah kamu dan tidak akan menyayangkan kawanan itu. 30 Bahkan dari antara kamu sendiri akan muncul beberapa orang, yang dengan ajaran palsu mereka berusaha menarik murid-murid dari jalan yang benar dan supaya mengikut mereka. 31 Sebab itu berjaga-jagalah dan ingatlah, bahwa aku tiga tahun lamanya, siang malam, dengan tiada berhenti-hentinya menasihati kamu masing-masing dengan mencucurkan air mata. 32 Dan sekarang aku menyerahkan kamu kepada Tuhan dan kepada firman kasih karunia-Nya, yang berkuasa membangun kamu dan menganugerahkan kepada kamu bagian yang ditentukan bagi semua orang yang telah dikuduskan-Nya. 33 Perak atau emas atau pakaian tidak pernah aku ingini dari siapapun juga. 34 Kamu sendiri tahu, bahwa dengan tanganku sendiri aku telah bekerja untuk memenuhi keperluanku dan keperluan kawan-kawan seperjalananku. 35 Dalam segala sesuatu telah kuberikan contoh kepada kamu, bahwa dengan bekerja demikian kita harus membantu orang-orang yang lemah dan harus mengingat perkataan Tuhan Yesus, sebab Ia sendiri telah mengatakan: Adalah lebih berbahagia memberi dari pada menerima."

 

Jadi biarlah ini menjadi pesanan untuk semua.

q