Jemaat-jemaat Allah Al Masehi

[103B]

 

 

 

 

Tatacara Bagi Perjamuan Suci

(Edisi 2.0 19960323-19991008-20070919)

 

 

Karya tulis ini menyediakan informasi bagi individu yang tidak dapat hadir bersama dengan kumpulan.

 

 

 

 

Christian Churches of God

 

PO Box 369, WODEN ACT 2606, AUSTRALIA

E-mail: secretary@ccg.org

 

(Hakcipta ã 1996, 1998, 1999, 2007  Wade Cox)

(tr. 2009)

 

 

Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan.  Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan.  Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.

 

Karya ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org

 

Tatacara Bagi Perjamuan Suci

 


Sekiranya kamu layak untuk mengambil Perjamuan Suci, tetapi kamu tidak dapat hadir di tempat yang ditetapkan bersama dengan satu daripada jemaat-jemaat Allah pada masa yang ditentukan, kamu boleh melakukannya sendirian atau bersama dengan kumpulan anggota lain yang layak.

 

Bersedia bagi Perjamuan Suci dengan membeli Matzoth Yahudi atau Matzos di mana-mana kedai barangan atau membakar roti yang tidak beragi bagi diri kamu. Ini dibuat tanpa yis, soda, tepung bakar atau bahan ragi yang lain. Rye-Vita atau biskut tidak beragi yang sama juga boleh digunakan.

 

Beli satu botol wain merah, lebih baik yang berkualiti. Cabernet Sauvignon atau Shiraz adalah yang sesuai. Jangan gunakan wain yang dicampuri dengan anggur dll., seperti sherry (anggur manis).

 

Jus anggur tidak pernah digunakan pada waktu musim Pentakosta oleh orang Yahudi atau Israel, termasuk Kristus, para rasul atau Jemaat dalam Perjanjian Baru. Ajaran mazhab pada kurun yang baru-baru ini adalah satu tentangan kepada kebenaran. Jus anggir tidak boleh disimpan di bawah kondisi ini. Ianya mati, yang mana wain mempunyai kehidupan dan melambangkan darah hidup Yesus Kristus sebagai seorang manusia.

 

Menyediakan Upacara Perjamuan Suci

 

·        Menyediakan bilik khusus untuk upacara ini dengan mengemaskannya dan membersihkannya

 

·        Menyediakan roti dan wain khusus dalam bekas, dibawah kain putih yang bersih. Gunakan gelas kecil untuk satu orang bersama dengan kuantiti kecil dalam setiap gelas.

 

·        Tetapkan bekas yang bersih dan tuala kecil untuk pembasuhan kaki.

 

·        Jalankan upcara selepas hari gelap, tetapi tidak terlalu lewat.

 

Ianya tidak harus dimakan di rumah kamu. Ianya harus diambil di luar rumah kamu, demikian juga dengan petang seterusnya, perayaan Paskah (atau Malam Yang Paling Diamati) yang sejajar dengan Ulangan 16:6-7 (lihat karya tulis Malam Yang Paling Diamati (No. 101). Pada pagi Hari Suci yang pertama, kamu boleh kembali ke rumah kamu. Mereka yang terlalu sakit untuk bergerak boleh tinggal di rumah mereka.

 

Upacara ini dijalankan dengan penuh keamatan. Bagaimana pun, ianya bukan upacara yang melarang bercakap sesama dengan yang lain. Ketua keluarga, atau orang yang ditetapkan bagi perkumpulan yang lebih besar, akan menjalankan upacara ibu. Upacara Perjamuan Suci boleh didapati didalam rakaman pita dan upacara ini telah dicetak (lihat karya tulis Perjamuan Suci (No. 103)). Karya tulis ini harus diikuti ketika menjalankan upacara ini.

 

Ini adalah upacara peringatan Perjamuan Suci Yesus Kristus yang sangat penting sebelum dia dikorbankan sebagai Domba Paskah pada petang yang seterusnya, Malam Yang Paling Diamati, yang merupakan malam kedua dalam musim Paskah (Kel 12:8-11; Ul 16:6-7). Ini adalah perayaan Paskah dalam Keluaran dan malam dimana  Israel telah diselamatkan oleh domba Paskah.

 

Tidak ada roti dan wain yang digunakan pada upacara petang yang pertama atau makanan pada petang yang kedua boleh dibiarkan sehingga pagi Hari Kudus yang pertama. Ianya harus dimusnahkan.

 

Bagaimana untuk meneruskan tanpa karya tulis No. 103B:

 

Sekiranya karya tulis Perjamuan Suci (No. 103) tidak boleh didapati untuk bacaan, ketua upacara harus membaca ayat-ayat Alkitab yang bersesuaian. Orang ini harus membaca Lukas 22:7-8 dan 14-15; kemudian Matius 26:17,26-30; kemudian meneruskan dalam 1 Korintus 11:23-30 dan kemudian dalam Yohanes 13:1-17.

 

Pembasuhan kaki kemudiannya dijalankan sekiranya dua atau lebih orang yang telah dibaptiskan hadir. Sekiranya ramai orang yang hadir, mereka harus dibahagikan menurut jantina dan dipisahkan. Individu-individu tentu sahaja tidak bersangkutan dengan perkara ini. Pada waktu upacara selesai atur semula bilik tersebut.

 

Roti dan wain kemudiannya dibuka dan orang yang memimpin upacara ini akan memberi kesyukuran dan meminta berkat bagi roti sebagai lambang tubuh Yesus Kristus, memecahkannya kepada kepingan-kepingan dan akan didistribusikan kepada mereka yang hadir. Kemudian setiap orang akan memakan roti ini dengan peniuh ketekunan.

 

Orang yang memimpin upacara ini kemudiannya berdoa keatas wain memberi kesyukuran serta meminta berkat keatasnya sebagai lambang darah Yesus Kristus yang telah tercurah bagi pengampunan dosa kita. Wain ini kemudiannya akan diagikan ke dalam gelas-gelas individu-indibidu dan meminumnya sebagai lambang pembaruan kepada penerimaan darah Yesus Kristus bagi pengampunan dosa.

 

Gelas-gelas dan roti yang tidak terpakai kemudiannya akan diletakkan ke atas dulang dan meja dan ditutup semula dengan kain alas putih.

 

Kemudian orang yang memimpin upacara ini harus membaca kuat bahagian ayat dalam Yohanes 13:18 sehingga Yohanes 17:26. Selepas perkataan-perkataan ini diucap oleh Kristus, dia kemudiannya meninggalkan taman dan telah ditangkap serta disalibkan. Orang yang meminpin upacara ini boleh membaca petikan dalam bahagian tersebut sekiranya ia diperlukan. Sekiranya orang yang hadir mencukupi, satu lagu boleh dinyanyikan sekiranya boleh.

 

Perkumpulan ini kemudiannya boleh beredar ke akomodasi sementara mereka.

 

q