Jemaat-jemaat Allah Al Masehi

[106b]

 

 

 

 

Persembahan Unjukan Berkas [106b]

(Edisi 4.0 19950416-20000423-20080105-20100619)

 

Signifikans Persembahan Unjukan Berkas dalam konteks kedatangan Mesias serta kepulangannya pada hari Minggu selepas kebangkitan pada petang sebelumnya dijelaskan. Turutan persembahan korban serta konsep hasil-hasil sulung diterangkan. Maksud korban-korban Perjanjian Lama yang menunjukkan apa yang dicapai Kristus melalui kenaikannya dan kepulangannya pada petang itu dijelaskan.

 

 

 

Christian Churches of God

 

PO Box 369, WODEN ACT 2606, AUSTRALIA

E-mail: secretary@ccg.org

 

(Hakcipta ã 1995, 1996, 1997, 1999, 2000, 2008, 2010 Wade Cox)

(Tr. 2004, ed. 2010)

 

Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan.  Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan.  Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.

 

Karya ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org


 

Persembahan Unjukan Berkas [106b]



Persembahan Unjukan Berkas perlu dipelihara demi memahami implikasi-implikasi penuh pengorbanan Kristus, serta kuasa yang diserahkan kepadanya dari segi kebangkitannya dari mati. Persembahan Unjukan Berkas ini adalah satu kewajipan kuno Israel yang terkandung dalam Kitab Torah (Taurat). Ketetapan ini ditemui dalam Imamat 23:9-14 dan juga dalam Keluaran 29:24-25 serta lain-lain teks. Ia kurang difahami para sarjana dan diabaikan ramai orang (contohnya, ia tidak wujud sebagai satu kategori di dalam indeks Schurer dalam karya The History of the Jewish People in the Age of Jesus Christ). Ini sering dianggap sebagai “ditiadakan,” sebagai sebahagian daripada aspek-aspek pemberian korban hukum. Jadi kenapa ini harus dituruti sekarang? Ini hari yang memulakan perhitungan ke arah Pentakosta. Walaupun kita tidak mengunjukkan Berkas gandum secara jasmaniah, kita merayakan penerimaan Kristus di hadapan Takhta Tuhan. Begitu juga kita tidak lagi mengorbankan binatang-binatang di Bait tetapi kita merayakan hari-hari sebenarnya bilamana semua itu dibuat. Hari-hari itu sendiri menggambarkan aspek-aspek Rencana Tuhan yang dipenuhi dalam Kristus dan umat pilihan. Unjukan Berkas sedemikian juga mewakili sebahagian daripada Rencana itu dan sebahagian daripada Kisah itu.

 

Ia merupakan ketetapan mandatori yang dikaitkan dengan perayaan Paskah dan mengawal penetapan waktu untuk Pentakosta serta pemakanan tuaian-tuaian baru (Imamat 23:9-14). Untuk meletakkannya dalam perspektif modennya, kita harus melihat pada signifikans pewaktuan kematian Kristus.

 

Tanda Yunus harus digenapi dalam semua fasa-fasanya. Satu-satunya tanda yang diberikan kepada pelayanan Kristus adalah tanda Yunus. Kristus mengatakan bahawa fungsi tiga hari dan tiga malam di dalam perut ikan paus atau ikan besar Yunus itu adalah sama seperti pelayanannya, dan dia akan berada tiga hari dan tiga malam di dalam perut bumi (seperti ikan besar itu). Itulah satu-satunya tanda yang diberikan kepada pelayanannya. Tanda Yunus ini lebih dari sekadar tiga hari dan tiga malam di dalam perut ikan itu. Tanda Yunus berkaitan dengan pelayanan kepada Niniwe, yang mana adanya tiga hari yang meliputi sehari perjalanan memasuki Niniwe dan dua hari berkhotbah kepada Niniwe, dan 40 hari untuk pertaubatan. Niniwe telah bertaubat. Yehuda diberikan kira-kira tiga tahun bersama Yohanes Pembaptis dan Mesias, dan kemudiannya 40 tahun untuk bertaubat. Niniwe bertaubat namun Yehuda tidak.

 

Seluruh Bait Suci dan segala yang berkaitan dengannya telah dibawa pergi. Pelayanan Yesus Kristus harus berlaku dalam waktu dan turutan-turutan seperti mana sebenarnya terjadi. Ini berikutan daripada permulaan pelayanan Yohanes Pembaptis, dalam tahun kelima belas Tiberius, yang nampaknya bermula dari Oktober 27 SM. Tahun itu bermula dari kalendar sivil dalam bulan Oktober di sebelah timur (lihat komentar dalam karya Penentuan Masa Penyaliban dan Kebangkitan (No. 159)). Itu adalah masa paling awal yang boleh diberikan bagi Yohanes Pembaptis memulakan pelayanannya (lihat karya Pembacaan Hukum Dengan Ezra dan Nehemia (No. 250)). Dia mula membaptis di Israel, memanggil bangsa itu kepada pertaubatan. Dengan perhitungan daripada kitab-kitab Injil,  Kristus dibaptiskan pada satu waktu tertentu antara permulaan Oktober 27 CE dan sebelum Februari tahun 28 CE, kira-kira 50 hari sebelum Paskah. Sesudah Paskah 28 CE, Yohanes menunjukkan bahawa Kristus dan murid-muridnya sedang membaptis di luar Yerusalem, dan Yohanes serta murid-muridnya juga membaptis di Ainon dekat Salim (Yohanes 3:23). Kita tahu bahawa Kristus tidak memulakan pelayanannya sehinggalah Yohanes Pembaptis dipenjarakan (Matius 4:17). Oleh itu, Kristus memulakan pelayanannya, seawal-awalnya, selepas Paskah 28 CE.

 

Injil-injil Synoptic tidak jelas tentang tempoh pelayanan Kristus, namun Yohanes lebih jelas lagi dan menyebut tiga Paskah. Untuk penyaliban tahun 31 CE, kita tahu semestinya terdapat empat Paskah, iaitu pada tahun 28, 29, 30 dan 31 CE. Sebutan tentang Sabat berganda dalam Lukas 6:1 diambil kira sebagai satu lagi Paskah, yang nampaknya bukan begitu (lihat karya Penentuan Masa Penyaliban dan Kebangkitan (No. 159)). Mengikut Yohanes, yang hanya menyebut tiga Paskah, penyaliban itu berlaku pada tahun 30 CE dengan mengambil kira bilangan Paskah-paskah serta tempoh pelayanannya. Pelayanannya tidak mungkin telah bermula lebih awal dari Paskah 28 CE, dengan mengambil kira jangka waktu pelayanan Yohanes Pembaptis, yang bermula dalam tahun kelima belas Tiberius. Ia tidak mungkin lebih awal dari Oktober 27 CE. Signifikans permulaan pelayanan Yohanes Pembaptis pada Oktober tahun 27 CE pada tahun kelima belas Tiberius adalah bahawa ia adalah tahun Yobel, dan peniupan Yobel berlaku pada Oktober 27 CE. Yobel itu adalah untuk meniupkan penebusan Israel melalui Mesias.

 

Mesias, seperti contoh Perjanjian Lama iaitu pemulihan Yosia, mula berkhutbah bagi pemulihan Israel berikutan peniupan Yobel itu. Reformasi Yosia berlaku pada tahun pertama, iaitu tahun pengembalian, setelah Yobel itu.

 

Andaian bahawa Kristus telah dibaptiskan sekitar Februari, bersandar pada pembentukan semula tempoh kira-kira 50 hari dari Paskah, berdasarkan teks-teks. Kristus mungkin telah dibaptiskan awal sedikit lebih dekat atau sebelum Pendamaian, dan mungkin jika perhitungan itu adalah mengikut Mishnah (iaitu melalui perhitungan Yahudi awal sebelum adanya Misnah pada zaman Kristus) maka tahun Raja-raja itu pastinya dihitung dari 1 Nisan. Jadi tahun kelima belas Tiberius, menurut orang Yahudi, akan bermula dari 1 Nisan. Ini membenarkan keadaan di mana Yohanes Pembaptis memulakan pelayanannya lebih awal dari itu dan mungkin bagi Kristus mengisytiharkan yobel pada bulan Oktober, pada peniupan Pendamaian.

 

Turutan yang sama berlaku dengan Kristus, dan berikutannya dalam Yobel kedua siri terakhir. Pelayanan Kristus adalah kurang dari tiga tahun, dan berakhir pada Paskah 30 CE (31 CE menurut beberapa perkiraan salah), yang bermula pada hari Rabu. Paskah alkitabiah 14 Nisan jatuh pada hari Rabu dalam tahun 30 CE, agar tiga hari dan tiga malam itu dapat dipelihara sepenuhnya, dan Kristus akan berada selama tiga hari dan tiga malam di dalam perut kubur itu. Dia telah bangkit dari kubur pada petang hari Sabtu pada waktu matahari terbenam, dan dia telah menghabiskan sepanjang malam di dalam atau berhampiran kubur itu untuk menunggu peristiwa seterusnya yang paling signifikan sekali.

 

Persembahan Unjukan Berkas nampaknya telah diunjukkan pada jam 9 pagi pada pagi hari Minggu dalam tempoh perayaan Paskah. Unjukan berkas umum dibawa oleh si penyembah dan dibuat bersama-sama dengan imam (Keluaran 29:24-25). Kita tahu bahawa orang Samaria dan kumpulan Saduki memelihara Unjukan Berkas hari Minggu dan Pentakosta hari Minggu. Ini adalah faktor penting dalam sejarah. Orang Yahudi tidak memelihara Unjukan Berkas kerana mereka memelihara Pentakosta Sivan 6, yang berasal dari tradisi-tradisi orang Farisi dalam Judaisme rabbinikal, sesudah Bait Suci itu dimusnahkan. Kita tahu bahawa orang Samaria memelihara hari ke 14 dan 15 serta konsep Unjukan Berkas, dan menghitung omer dari hari Minggu dalam tempoh perayaan itu. Maka struktur zaman Bait Suci dan semuanya, termasuk orang Samaria, telah sentiasa memelihara Pentakosta pada hari Minggu. Jemaat mula-mula telah memelihara Pentakosta pada hari Minggu. Hanya orang Yahudi saja yang memelihara Sivan 6 dan itupun hanya selepas Bait Suci itu dimusnahkan.

 

Judaisme moden tidak melakukan ini sekarang. Pentakosta kemudiannya dihitung dari hari ini. Pandangan ini (pandangan Saduki) telah dipegang sehinggalah kemusnahan Bait Suci itu pada tahun 70 CE (lihat karya F F Bruce, art. Calendar, The Illustrated Bible Dictionary, ed. by J D Douglas and N Hillyer, IVP, 1980, Vol. 1, halaman 225). Setelah penyelerakan tersebut, pandangan Farisi telah menjadi amalan diterima dan konflik itu dicatatkan dalam Mishnah (Hag. 2:4). Unjukan Berkas selepas penyelerakan itu difahami sebagai diunjukkan pada Hari Suci pertama Roti Tidak Beragi, dan Pentakosta kemudiannya ditentukan untuk jatuh pada satu tarikh tetap, iaitu, Sivan 6. Amalan ini tidak diamalkan ketika zaman keimamatan Bait Suci dan hinggalah tahun 70 CE dan, dengan itu juga, pada zaman Kristus.

 

Ianya mungkin penting untuk kita perhatikan bahawa kata Shibboleth (syibolet) dalam Ibrani bermakna sungai mengalir (rujuk Yesaya 27:12; Mazmur 69:2,15) dan juga bulir gandum (Kejadian 41:5-7,22-24,26 dan seterusnya.; Rut 2:2; Ayub 24:24; Yesaya 17:5) atau dahan pohon (Zakharia 4:12). Orang Gilead mungkin menyebutnya Thibboleth (atau mungkin dengan bunyi sh yang kasar) (lihat ISBE, art. Shibboleth, Vol. 4, halaman 478). Kristus adalah kedua-dua sungai yang mengalir dan hasil sulung dari tuaian gandum. Namun begitu, istilah dalam Imamat 23 itu adalah berdasarkan omer yang bermakna longgokan kecil (gandum yang telah dipotong).

 

Kita akan mendapat pewaktuan Persembahan Unjukan Berkas dari Imamat 23.

 

Imamat 23:9-14 TUHAN berfirman kepada Musa: 10 "Berbicaralah kepada orang Israel dan katakan kepada mereka: Apabila kamu sampai ke negeri yang akan Kuberikan kepadamu, dan kamu menuai hasilnya, maka kamu harus membawa seberkas hasil pertama dari penuaianmu kepada imam, 11 dan imam itu haruslah mengunjukkan berkas itu di hadapan TUHAN, supaya TUHAN berkenan akan kamu. Imam harus mengunjukkannya pada hari sesudah sabat itu. 12 Pada hari kamu mengunjukkan berkas itu kamu harus mempersembahkan seekor domba berumur setahun yang tidak bercela, sebagai korban bakaran bagi TUHAN, 13 serta dengan korban sajiannya dari dua persepuluh efa tepung yang terbaik, diolah dengan minyak, sebagai korban api-apian bagi TUHAN yakni bau yang menyenangkan, serta dengan korban curahannya dari seperempat hin anggur. 14 Sampai pada hari itu juga janganlah kamu makan roti, atau bertih gandum atau gandum baru, sampai kamu telah membawa persembahan Allahmu; itulah suatu ketetapan untuk selama-lamanya bagi kamu turun-temurun di segala tempat kediamanmu.

 

Itu adalah satu poin signifikan. Bermula dari persembahan inilah seterusnya tuaian baru itu dimakan dalam roti dan sebagai gandum dalam Perayaan Tidak Beragi. Bermula dari persembahan waktu pagi (difikirkan pada jam 9 pagi) pada hari Minggu Persembahan Unjukan Berkas, roti boleh dimakan, ataupun bertih gandum atau gandum baru boleh dibuat dari tuaian baru itu. Dalam kata lain, dari Paskah roti tidak beragi dimakan bersama dengan Paskah. Mungkin diandaikan bahawa tiada roti, meskipun roti tidak beragi, yang dimana sama sekali dari 15 Nisan seterusnya menurut teks ini. Pemahaman rabbinikal adalah bahawa ia adalah roti dari hasil tuaian baru (Abraham ibn Ezra Soncino). Penjelasan ini memuaskan kerana manna telah berhenti selepas Paskah di Kanaan apabila hasil tanah yang baru itu dimakan (Yosua 5:12). Ianya jelas bahawa gandum lama dimakan pada hari selepas Paskah di tanah baru Kanaan itu (Yosua 5:11). Oleh itu pembezaan antara gandum baru dan lama yang dibuat oleh ibn Ezra adalah yang betul. Gandum dan hasil baru tidak boleh dimakan sehinggalah sesudah Persembahan Unjukan Berkas itu dibuat selepas hari Sabat. Persembahan Unjukan Berkas itu dibuat sesudah Sabat mingguan (atau Shabbat) dan bukannya Shabbatown iaitu Hari Suci. Cara perhitungan minggu dengan tujuh Sabat mingguan yang jelas membuatkannya mustahil untuk persembahan ini, dan dengan itu Perayaan Pentakosta, jatuh pada mana-mana hari lain selain hari pertama minggu, atau hari Minggu, dalam Paskah mahupun pada Pentakosta.

 

Persembahan Unjukan Berkas ini adalah yang pertama dari hasil-hasil sulung, disertai oleh persembahan korban, yakni korban sajian roti dan wain. Dan sememangnya, anak domba jantan itu adalah Kristus.

 

Korban anak domba jantan itu serta unjukan hasil sulung melambangkan Kristus sebagai hasil sulung terbaik yang naik ke dalam syurga kepada Bapanya. Banding petikan tentang Maria Magdalena. Dalam Yohanes 20:1,14-18, kita temui bahawa Kristus telah menunggu malam itu. Dia telah dibangkitkan dan dia menunggu untuk naik kepada Bapanya, dan ini terjadi pada pagi hari Minggu. Kebangkitan itu tidak berlakupun pada pagi hari Minggu. Ia terjadi pada petang hari Sabtu, dan Kristus telah menunggu sehingga hari Minggu pagi dalam keadaan sedia untuk naik ke syurga.

 

Yohanes 20:1 Pada hari pertama minggu itu, pagi-pagi benar ketika hari masih gelap, pergilah Maria Magdalena ke kubur itu dan ia melihat bahwa batu telah diambil dari kubur.

 

Jadi awal pagi lagi, ketika masih gelap, iaitu sebelum fajar kelihatan pada pagi hari Minggu, Maria Magdalena telah pergi ke kubur dan mendapati Kristus telahpun dibangkitkan. Konsep yang sama ditemui di dalam Lukas.

 

Lukas 24:1  tetapi pagi-pagi benar pada hari pertama minggu itu mereka pergi ke kubur membawa rempah-rempah yang telah disediakan mereka.

Istilah di sini adalah subuh terdalam (orthros bathus). Kata untuk hari pertama adalah hari dalam minggu iaitu dari senja (waktu matahari terbenam) hari Sabtu hingga senja hari Minggu. Markus 16:2 menunjukkan ianya pada waktu matahari terbit. Yesus sudahpun bangkit. Maka, kebangkitannya berlaku pada petang hari Sabtu, dengan mengambil kira jangka waktu serta batas-batas sekitar tarikh-tarikh Paskah dalam tahun 30 CE.

 

Yohanes 20:15-17 Kata Yesus kepadanya: "Ibu, mengapa engkau menangis? Siapakah yang engkau cari?" Maria menyangka orang itu adalah penunggu taman, lalu berkata kepada-Nya: "Tuan, jikalau tuan yang mengambil Dia, katakanlah kepadaku, di mana tuan meletakkan Dia, supaya aku dapat mengambil-Nya." 16 Kata Yesus kepadanya: "Maria!" Maria berpaling dan berkata kepada-Nya dalam bahasa Ibrani: "Rabuni!", artinya Guru. 17 Kata Yesus kepadanya: "Janganlah engkau memegang Aku, sebab Aku belum pergi kepada Bapa, tetapi pergilah kepada saudara-saudara-Ku dan katakanlah kepada mereka, bahwa sekarang Aku akan pergi kepada Bapa-Ku dan Bapamu, kepada Allah-Ku dan Allahmu."

 

Konsepnya di sini adalah bahawa dia sedang menunggu kenaikannya. Dia tidak mahu dicemari sesiapapun yang ingin memegangnya. Dia sedang menunggu demi menunaikan korban ini. Dia akan diunjukkan selaku hasil sulung, agar kemudiannya dia dapat mengambil tempatnya dalam syurga sebagai imam besarnya. Untuk melakukan itu, seperti yang kita tahu dari Ibrani, dia harus membuat korban darah untuk memasuki Tempat Maha Kudus. Korban darah itu adalah dirinya sendiri, dan dia telah diutus ke sini untuk tujuan itu.

 

Simbolismenya adalah bahawa Tuhan mengkehendaki seorang pemimpin umatNya yang rela mengorbankan dirinya untuk kebaikan umatnya sendiri. Iblis tidak rela melakukan itu. Iblis mempunyai pendekatan berbeza dan mentaliti berbeza, yang bukan cara Tuhan. Pendekatan Iblis, secara ringkasnya, adalah aku adalah pertama; semua yang lain adalah yang kedua. Tuhan ingin menunjukkan kepada kita melalui teladan bahawa pengorbanan diri, iaitu menyerahkan dirimu demi nyawa saudaramu, adalah teladan kepada kita semua. Yang sulung dari antara kita, pemimpin kita, harus menunjukkan kepada kita apa yang diperlukan. Ianya bukan satu kebetulan bahawa setiap satu murid-murid itu kecuali Yohanes telah mati syahid. Ia bukan satu kebetulan. Mereka menunjukkan, dengan cara yang sama seperti yang ditunjukkan Tuan mereka, kasih mereka untuk semua saudara dalam usaha untuk mengatasi musuh itu serta kuasa-kuasa dunia ini, dan menunjukkan kita semua apakah teladan yang harus kita tunjukkan kepada dunia. Itu merupakan teladan yang kuat. Kekuatan sebenarnya adalah mengetahui bahawa Tuhan mempunyai satu rencana yang memuatkan seluruh ciptaan fizikal. Bukan saja alam rohani yang dibereskan. Ianya alam fizikal, dan alam rohani yang telah menderhaka terhadap rencana penciptaan itu dan membuat kesilapan-kesilapan serta masalah-masalah di dalam penciptaan, yang menuntut pengorbanan Kristus serta satu perang. Seluruh konsep Persembahan-persembahan Unjukan terkandung dalam korban-korban itu. Kristus menunaikan dalam korbannya ini, beberapa korban-korban lain juga, yang semuanya terikat dengan Persembahan-persembahan Unjukan (lihat karya Aku Dahaga (No. 102)).

 

Kita akan melihat pada beberapa korban-korban ini dan memerhatikan beberapa simbolismenya. Ianya terlalu rumit untuk membincangkan seluruh konsep persembahan-persembahan korban di dalam karya ini. Siri Pembacaan Hukum memberikan penjelasan korban-korban itu dan bagaimana mereka telah digantikan. Penerangan pendek beberapa korban-korban itu akan dilihat di sini.

 

Seperti yang telah kita lihat, Kristus perlu dibangkitkan sebelum pagi hari pertama minggu yang menyusuri Sabat mingguan kerana dia adalah Persembahan Unjukan atau Berkas yang merupakan hasil sulung semua tuaian dari Keluaran 29:24-27.

 

Keluaran 29:24-27  Haruslah kautaruh seluruhnya ke atas telapak tangan Harun dan ke atas telapak tangan anak-anaknya dan haruslah kaupersembahkan semuanya sebagai persembahan unjukan di hadapan TUHAN. 25 Kemudian haruslah kauambil semuanya dari tangan mereka dan kaubakar di atas mezbah, yaitu di atas korban bakaran, sebagai persembahan yang harum di hadapan TUHAN; itulah suatu korban api-apian bagi TUHAN. 26 Selanjutnya haruslah kauambil dada dari domba jantan yang adalah bagi pentahbisan Harun dan kaupersembahkan sebagai persembahan unjukan di hadapan TUHAN, dan itulah bagian untukmu. 27 Demikianlah harus kaukuduskan dada persembahan unjukan dan paha persembahan khusus yang dipersembahkan dari domba jantan yang adalah bagi pentahbisan Harun dan anak-anaknya.

 

Persembahan di sini adalah untuk pentahbisan keimamatan Harun. Kristus mentahbiskan suatu keimamatan yang baru: iaitu mazhab Melkisedek. Keluaran 29:29-30 menunjukkan bahawa Korban Khusus yang mula-mula adalah untuk mentahbiskan keimamatan itu dalam Bangsa Israel dari Korban-korban Keselamatan mereka. Pentahbisan itu melibatkan pakaian-pakaian keimamatan dari Keluaran 29:29-30 agar mereka dapat melayani di dalam Tempat Kudus itu. Maka Kristus menguduskan pakaian umat pilihan melalui Persembahan Unjukan itu agar mereka dapat ditahbiskan sebagai imam-imam dan berpakaian untuk memasuki tempat suci. Pakaian keimamatan akhir serta umat pilihan disebutkan dalam Yehezkiel 44:17 dan seterusnya; Zakharia 3:5; Matius 22:11-12; Wahyu 3:4,18: 6:11; 7:9,13; 16:15.

 

Imamat 7 bermula dari ayat 1 mengisahkan persembahan Korban Penebus Salah. Korban ini adalah suatu korban untuk keimamatan.

 

Imamat 7:5-7 Haruslah imam membakar semuanya itu di atas mezbah sebagai korban api-apian bagi TUHAN; itulah korban penebus salah. 6 Setiap laki-laki di antara para imam haruslah memakannya; haruslah itu dimakan di suatu tempat yang kudus; itulah bagian maha kudus. 7 Seperti halnya dengan korban penghapus dosa, demikian juga halnya dengan korban penebus salah; satu hukum berlaku atas keduanya: imam yang mengadakan pendamaian dengan korban itu, bagi dialah korban itu.

 

Korban Penebus Salah ini juga telah ditunaikan di dalam Kristus, untuk setiap lelaki, setiap orang dalam keimamatan itu, seluruh suku Lewi, setiap imam, ditahbiskan kepada Tuhan. Kristus telah mentahbiskan setiap satu dari umat pilihan; setiap orang yang telah dipilih dan dibawa ke dalam keimanan ini, sebagai seorang imam. Kaum lelaki Israel semuanya ditahbiskan sebagai para imam untuk korban Paskah umum itu. Hanya seekor anak domba Paskah sahaja yang dipersembahkan di hadapan imam besar di Yerusalem. Pengudusan kumpulan bangsa itu secara umumnya sebagai para imam membayangi pelanjutan keimamatan itu kepada umat pilihan di dalam Jemaat daripada korban Paskah dan pengasasan Jemaat pada Pentakosta yang ditentukan dari Unjukan Berkas. Maka semua korban dan persembahan itu adalah taipologi (berciri pembayang).

 

Korban harian itu bukanlah satu korban keimamatan secara keseluruhannya. Divisi-divisi di dalam keimamatan juga adalah divisi-divisi di dalam suku, agar bangsa itu dibagi-bagikan dan mengutus wakil-wakilnya ke Yerusalem untuk korban itu. Ketika divisinya bertugas, doa dan persembahan dibuat di dalam divisi-divisi serta kawasan-kawasan itu, agar seluruh sistem pengorbanan pada satu bahagian Israel, terus bertanggungjawab dan teratur untuk doa dan korban. Setiap orang dalam Israel bertanggungjawab bagi operasi divisi-divisi keimamatan itu. Ini mencerminkan tanggungjawab-tanggungjawab semua suku itu, dan di kemudian harinya, tanggungjawab-tanggungjawab semua jemaat. Jadi keimamatan itu tidak beroperasi sebagai entiti berasingan kepada bangsa itu. Itulah sebabnya kenapa Jemaat Tuhan tidak boleh dipisahkan dari bangsa.

 

Kita ditahbiskan oleh Kristus sebagai Korban Penebus Salah oleh kematiannya. Konsep-konsep ini juga kemudiannya berlanjutan kepada Korban-korban Keselamatan dari ayat 11, meliputi bab ini hingga ayat 20, 25, melalui Korban Dada dan Khusus. Korban-korban ini, Korban Keselamatan, juga ditunaikan Kristus agar kita damai selamat dan dia akan mencapai nubuatan-nubuatan dalam Yesaya, selaku Raja Damai. Dia menjadi Korban Keselamatan itu. Dia telah menyerahkan dirinya untuk keselamatan, dan meniadakan persembahan Korban Keselamatan itu. Apabila dikatakan bahawa Kristus telah menggenapi semua korban-korban itu, dia bukan saja menunaikan mereka melalui kewujudannya. Pengorbanannya telah menggenapi satu aspek korban-korban itu, yang dibayangi di dalam kehidupannya.

 

Korban-korban itu sendirinya adalah subjek menyeluruh tersendiri yang diliputi di dalam siri Hukum (rujuk karya-karya Hukum Tuhan (L1) dan (No. 252-263)). Bagi menunjukkan apa yang sebenarnya digenapi Kristus melalui kematiannya, kita perlu mengkaji setiap bahagian perundangan itu. Memahami korban-korban ini ertinya memahami apakah aspek sifat Kristus yang menunaikan setiap elemen-elemen itu dan mendamaikan kita kepada Tuhan. Di dalam, dan melalui korban-korban itu kita didamaikan kepada Tuhan.

 

Imamat 7:29-31 "Katakanlah kepada orang Israel: Orang yang mempersembahkan korban keselamatannya kepada TUHAN, haruslah membawa kepada TUHAN sebagian dari korban keselamatannya itu sebagai persembahannya. 30 Dengan tangannya sendirilah harus ia membawa segala korban api-apian TUHAN; adapun lemaknya, haruslah dibawanya beserta dadanya, supaya dadanya itu diunjukkan sebagai persembahan unjukan di hadapan TUHAN. 31 Lalu haruslah imam membakar lemaknya di atas mezbah, tetapi dadanya itu adalah bagian Harun dan anak-anaknya.

 

Konsep pentahbisan keimamatan dari korban-korban Bangsa Israel itu seperti yang mula-mula diperhatikan dari Keluaran 29, diteruskan. Pentahbisan serta peruntukan makan kepada keimamatan dikembangkan dari korban-korban yang dipersembahkan sebagai Korban-korban Keselamatan dan dengan itu melambangkan Mesias.

 

Imamat 7:32-34 Paha kanannya harus kamu serahkan kepada imam sebagai persembahan khusus dari segala korban keselamatanmu. 33 Siapa dari antara anak-anak Harun yang mempersembahkan darah dan lemak korban keselamatan, maka dialah yang harus mendapat paha kanan itu sebagai bagiannya. 34 Karena dada persembahan unjukan dan paha persembahan khusus telah Kuambil dari orang Israel dari segala korban keselamatan mereka dan telah Kuberikan kepada imam Harun, dan kepada anak-anaknya; itulah suatu ketetapan yang berlaku bagi orang Israel untuk selamanya."

 

Mesias difahami sebagai Mesias Harun ketika dia mula-mula datang. Dia adalah Mesias imam. Skrol-skrol Laut Mati mengesahkan bahawa Mesias dipandang sebagai mempunyai dua kedatangan (lihat G Vermes Dead Sea Scrolls in English, re Damascus Rule VII serta serpihan dari Gua IV). Mesias mendamaikan kesemua korban-korban ini dan mendamaikan kita sebagai satu keimamatan. Dia telah mentahbiskan kita sebagai satu keimamatan melalui korban-korban ini. Teks ini mengesahkan teks Keluaran 29.

 

Imamat 8:27-29 dan ditaruhnya seluruhnya di telapak tangan Harun dan di telapak tangan anak-anaknya, dan dipersembahkannya semuanya sebagai persembahan unjukan di hadapan TUHAN. 28 Kemudian Musa mengambil semuanya dari telapak tangan mereka, lalu dibakarnya di atas mezbah, yaitu di atas korban bakaran. Itulah persembahan pentahbisan untuk menjadi bau yang menyenangkan; itulah suatu korban api-apian bagi TUHAN. 29 Musa mengambil dada domba itu, dan mempersembahkannya sebagai persembahan unjukan di hadapan TUHAN. Itulah yang didapat Musa sebagai bagiannya dari domba jantan persembahan pentahbisan itu, seperti yang diperintahkan TUHAN kepada Musa.

 

Kita membicarakan turutan korban-korban itu. Ini adalah satu lagi aspek Persembahan Unjukan, yang mentahbiskan keimamatan serta para nabi.

 

Imamat 9:21 Dada dan paha kanan itu dipersembahkan Harun sebagai persembahan unjukan di hadapan TUHAN, seperti yang diperintahkan Musa.

 

Ini menunjukkan penerusan konsep pendamaian keimamatan ini.

 

Imamat 10:14-15  Dada persembahan unjukan dan paha persembahan khusus itu haruslah kamu makan di suatu tempat yang tahir, engkau ini serta anak-anakmu laki-laki dan perempuan, karena semuanya diberikan sebagai ketetapan bagimu dan anak-anakmu dari segala korban keselamatan orang Israel. 15 Paha persembahan khusus dan dada persembahan unjukan itu haruslah dibawa mereka ke tempat segala korban api-apian yang dari lemak itu, supaya dipersembahkan sebagai persembahan unjukan di hadapan TUHAN. Itulah suatu ketetapan untuk selamanya bagimu serta bagi anak-anakmu seperti yang diperintahkan TUHAN."

 

Dari konsep Persembahan Unjukan ini, keimamatan diberikan bahagian mereka, iaitu sebahagian dalam Persembahan Unjukan itu. Bahagian itu kini melanjut ke dalam umat pilihan, dan ia menunjukkan pendamaian kita dengan Kristus, sebagai sebahagian Persembahan Unjukan itu.

 

Imamat 14:12-20 Dan ia harus mengambil domba jantan yang seekor dan mempersembahkannya sebagai tebusan salah bersama-sama dengan minyak yang satu log itu, dan ia harus mempersembahkannya sebagai persembahan unjukan di hadapan TUHAN. 13 Domba jantan itu harus disembelihnya di tempat orang menyembelih korban penghapus dosa dan korban bakaran, di tempat kudus, karena korban penebus salah, begitu juga korban penghapus dosa, adalah bagian imam; itulah bagian maha kudus. 14 Imam harus mengambil sedikit dari darah tebusan salah itu dan harus membubuhnya pada cuping telinga kanan dari orang yang akan ditahirkan dan pada ibu jari tangan kanan dan pada ibu jari kaki kanannya. 15 Imam harus mengambil sedikit dari minyak yang satu log itu dan menuangnya ke telapak tangan kiri imam sendiri; 16 ia harus mencelupkan jari kanannya ke dalam minyak yang di telapak tangan kirinya itu dan sedikit dari minyak itu haruslah dipercikkannya dengan jarinya tujuh kali di hadapan TUHAN. 17 Dari minyak selebihnya imam harus membubuh sedikit pada cuping telinga kanan orang itu, pada ibu jari tangan kanannya dan pada ibu jari kaki kanannya, di tempat mana darah tebusan salah dibubuhkan. 18 Dan apa yang tinggal dari minyak itu haruslah dibubuhnya pada kepala orang yang akan ditahirkan. Dengan demikian imam mengadakan pendamaian bagi orang itu di hadapan TUHAN. 19 Imam harus mempersembahkan korban penghapus dosa dan dengan demikian mengadakan pendamaian bagi orang yang akan ditahirkan dari kenajisannya, dan sesudah itu ia harus menyembelih korban bakaran. 20 Kemudian imam harus mempersembahkan korban bakaran dan korban sajian di atas mezbah. Dengan demikian imam mengadakan pendamaian bagi orang itu, maka ia menjadi tahir.

 

Teks ini mengatakan secara ringkasnya apakah ertinya pengorbanan Yesus Kristus itu. Korban ini dilakukan demi mentahirkan, melalui darah, individu-individu di dalam Israel dan ia adalah peranan keimamatan melalui korban itu untuk mentahirkan setiap individu. Kristus telah menunaikan korban ini dengan darahnya sendiri (dan darah adalah kehidupan) dan mentahirkan kita sekali untuk semuanya. Darah Kristus secara simboliknya berada pada telinganya dari mahkota duri itu dan pada ibu jari tangannya dan kakinya dari paku-paku salib itu. Dari sini, umat pilihan diberikan kuasa sebagai para imam untuk mengantara bagi Israel. Apabila kita mengatakan bahawa Kristus telah menebus bagi kita, inilah bentuk dan penggenapan korban itu serta sistem dalam mana dia mendamaikan.

 

Imamat 14:21-24 Tetapi jikalau orang itu miskin dan tidak mampu, ia harus mengambil domba jantan seekor saja sebagai tebusan salah untuk persembahan unjukan, supaya diadakan pendamaian bagi orang itu, juga sepersepuluh efa tepung yang terbaik diolah dengan minyak untuk korban sajian, dan satu log minyak. 22 Dan lagi dua ekor burung tekukur atau dua ekor burung merpati sekadar kemampuannya, yang seekor harus menjadi korban penghapus dosa dan yang seekor lagi menjadi korban bakaran. 23 Pada hari yang kedelapan ia harus membawa semuanya untuk pentahirannya kepada imam, ke depan pintu Kemah Pertemuan di hadapan TUHAN. 24 Kemudian imam harus mengambil domba tebusan salah dan minyak yang satu log itu, lalu imam harus mempersembahkan semuanya sebagai persembahan unjukan di hadapan TUHAN.

 

Kita semua tidak mampu membayar harga itu. Di sini adanya peruntukan untuk golongan miskin yang tidak mampu korban-korban itu. Tiada satupun kita yang mampu membayar korban itu, jadi Kristuslah yang membayar. Kristus kemudiannya meletakkan dirinya sebagai korban yang diperlukan di sini dalam Imamat 14:21 dan seterusnya. Dia menjadi Anak Domba itu dan mentahirkan kita sama ada kita kaya atau miskin, kerana tiada seorangpun yang mampu membayar korban yang mendamaikan itu. Itulah sebabnya kenapa kutipan pendamaian bukan satu persembahan. Ia adalah cukai. Ianya satu kesalahan untuk memberikan persembahan (korban) pada Hari Pendamaian. Tiada seorangpun yang boleh masuk Bait Suci Tuhan atau Khemah Pertemuan, dan memberi lebih atau kurang dari orang lain pada Hari Pendamaian. Ianya satu penghinaan terhadap Tuhan, dan ia khususnya melanggar hukum Torah (Taurat). Ini dilarang. Kristus telahpun membayar cukai itu bagi kita dan Kristus sebagai Mesias akan menubuhkan semula sistem tersebut. Kita sendiri tidak dapat membayar cukai pendamaian itu. Kristus telah membayarnya bagi kita, dan dia telah menunaikan cukai itu di dalam kita.

 

Imamat 23:11-14 dan imam itu haruslah mengunjukkan berkas itu di hadapan TUHAN, supaya TUHAN berkenan akan kamu. Imam harus mengunjukkannya pada hari sesudah sabat itu. 12 Pada hari kamu mengunjukkan berkas itu kamu harus mempersembahkan seekor domba berumur setahun yang tidak bercela, sebagai korban bakaran bagi TUHAN, 13 serta dengan korban sajiannya dari dua persepuluh efa tepung yang terbaik, diolah dengan minyak, sebagai korban api-apian bagi TUHAN yakni bau yang menyenangkan, serta dengan korban curahannya dari seperempat hin anggur. 14 Sampai pada hari itu juga janganlah kamu makan roti, atau bertih gandum atau gandum baru, sampai kamu telah membawa persembahan Allahmu; itulah suatu ketetapan untuk selama-lamanya bagi kamu turun-temurun di segala tempat kediamanmu.

 

Persembahan Unjukan

 

Unjukan Berkas adalah dengan bulir-bulir baru jelai yang dipersembahkan bagi Israel. Bulan Abib maknanya bulir-bulir baru. Ia dipersembahkan di Yerusalem, namun tidak semestinya dikumpulkan dari Yerusalem. Tuaian jelai tiba kira-kira tiga minggu lebih awal di selatan, di dataran pinggiran pantai dan di dataran Trans-Yordan. Tuaian umum juga putih pada waktu tuaian dan cukup masak. Ini berbeza dari Unjukan Berkas. Lebih-lebih lagi, Unjukan Berkas juga dipersembahkan dengan korban-korban berkenaan di tempat lain. Paskah telah dipelihara di Mesir ketika zaman Bait Suci di Elephantine dari zaman Bait Suci mula-mula sehingga kemusnahannya sekitar tahun 410 SM oleh Vidaranag orang Mesir dari kubu Knub. Bait Suci ini meneruskan korban itu sepanjang tempoh itu setelah Bait Suci Yerusalem dimusnahkan dan telah runtuh. Bait itu dibina semula di Mesir oleh Imam Besar Onias IV dari jemputan Ptolemy Philometor dari kira-kira 160 SM dan berterusan sehingga penutupannya oleh perintah Vespasian dalam tahun 71 CE. Bait ini berada di Leontopolis dalam nome Heliopolis atau City of the Sun (Kota Matahari) seperti mana yang dinubuatkan Tuhan melalui nabi Yesaya (Yesaya 19:19, lihat khususnya RSV). Di sinilah terang itu berada di Gosyen ketika Keluaran asal itu dan ke tempat inilah Yusuf membawa Mesias ketika dia masih anak agar nubuatan-nubuatan Yesaya dan Hosea dapat digenapi. Lima kota yang disebutkan dalam Yesaya 19:18 mungkin adalah Leontopolis dan Heliopolis (dengan menganggap keduanya kota berlainan), Daphne, Migdol dan Memphis (rujuk Companion Bible, nota kepada ayat 18). Yesaya 19:18 mengatakan bahawa salah satu dari kota-kota ini akan dipanggil kota kebenaran atau ha-zedek yang ditransliterasi dalam LXX. Ini adalah kerana Yesus pergi ke situ dan dari situ dipanggil ke Israel. Untuk tidak mengelirukannya dengan Yerusalem yang juga mempunyai gelaran ini (Yesaya 1:26), ia ditukar kepada cheres yang bermakna matahari dalam bahasa Kasdim dan dalam bahasa Yunani adalah Heliopolis. KJV menulisnya sebagai Kota Kebinasaan, dan ini adalah tidak betul (Kota Kebinasaan dalam KJV dituliskan sebagai Kota Matahari dalam RSV). Sistem korban di Mesir ini adalah bersifat pembayang atau parabolik. Kota itu adalah kebenaran kerana ia akan menempatkan Mesias. Korban Mesias dilanjutkan kepada orang Mesir dan, dengan itu, keselamatan menjadi milik bangsa lain. Aspek Unjukan Berkas ini tidak difahami. Unjukan Berkas adalah yang pertama dari tuaian seluruh Israel malah di antara bangsa lain. Oleh itu, secara logiknya ia tidak terbatas kepada Yerusalem. Keinginan untuk menghadkan korban itu kepada Yerusalem timbul dari satu pemutarbelitan hukum-hukum dan sistem persepuluhan yang ditemui lewat dalam zaman Bait kedua, yang telah cuba memusatkan persepuluhan kepada Yerusalem.

 

Amalan menyimpang ini juga ditemui lewat dalam abad kedua puluh di kalangan Jemaat-jemaat Tuhan di Amerika. Tiada sokongan alkitab untuk dakwaan itu (lihat karya Pemberian Persepuluhan (No. 161)).

 

Persembahan Unjukan ini memulakan kiraan masa kepada Pentakosta. Dari hari inilah kamu mulakan kiraan masa itu.

 

Imamat 23:15-17 Kemudian kamu harus menghitung, mulai dari hari sesudah sabat itu, yaitu waktu kamu membawa berkas persembahan unjukan, harus ada genap tujuh minggu; 16 sampai pada hari sesudah sabat yang ketujuh kamu harus hitung lima puluh hari; lalu kamu harus mempersembahkan korban sajian yang baru kepada TUHAN. 17 Dari tempat kediamanmu kamu harus membawa dua buah roti unjukan yang harus dibuat dari dua persepuluh efa tepung yang terbaik dan yang dibakar sesudah dicampur dengan ragi sebagai hulu hasil bagi TUHAN.

 

Kedua-dua roti ini diragikan. Ragi lazimnya disalah anggap sebagai dosa. Lima puluh hari ini pada hari Minggu ini berikutan Sabat mingguan, yang mencakupi Perayaan Pentakosta, mempamerkan sistem Yobel dalam manusia. Lima puluh hari ini mewakili lima puluh tahun perkembangan Roh Kudus dalam manusia. Persembahan ini juga menunjukkan penurunan Roh Kudus pada umat pilihan. Kita kemudiannya menerima Roh Kudus itu sebagai umat yang memiliki kuasa pada Pentakosta pertama. Ragi itu adalah Roh Kudus. Ini menunaikan simbolisme korban-korban beragi itu.

 

Imamat 23:18 Beserta roti itu kamu harus mempersembahkan tujuh ekor domba berumur setahun yang tidak bercela dan seekor lembu jantan muda dan dua ekor domba jantan; semuanya itu haruslah menjadi korban bakaran bagi TUHAN, serta dengan korban sajiannya dan korban-korban curahannya, suatu korban api-apian yang baunya menyenangkan bagi TUHAN.

 

Simbolisme tujuh anak domba itu adalah sebagai tujuh Jemaat-jemaat Tuhan. Simbolisme lembu jantan adalah lembu jantan yang dikorbankan selaku pemimpin utama umat kita, dan dua domba jantan melambangkan dua saksi itu. Ini juga dilambangkan oleh kaki-kaki dian dalam Bait Suci, yang merujuk kepada kedatangan Mesias. Terdapat sepuluh di dalam turutan itu.

 

Imamat 23:19-20 Kemudian kamu harus mempersembahkan seekor kambing jantan sebagai korban penghapus dosa, dan dua ekor domba yang berumur setahun sebagai korban keselamatan. 20 Imam harus mengunjukkan semuanya beserta roti hulu hasil itu sebagai persembahan unjukan di hadapan TUHAN, beserta kedua ekor domba itu. Semuanya itu haruslah menjadi persembahan kudus bagi TUHAN dan adalah bagian imam.

 

Turutan Persembahan Unjukan ini, yang melanjut ke dalam Pentakosta, mempunyai satu konsep berterusan. Turutan persembahan ini ditetapkan untuk melambangkan apa yang akan terjadi kepada kita. Semua bilangan dalam korban-korban mempunyai signifikansnya. Semua yang ada dalam korban-korban itu membayangi apa yang Tuhan akan lakukan dengan kita. Itulah sebabnya kenapa terdapat tujuh anak domba, yang melambangkan tujuh Jemaat itu, yang akan menyusuri lembu jantan itu, dan sebagai tambahan kepada dua domba jantan. Semua ini melambangkan aktiviti-aktiviti dari Pentakosta hingga kedatangan Mesias, serta tugas yang kita perlu lakukan dalam mendamaikan planet ini kepada Tuhan. Kita ada tugas untuk dilakukan untuk membawa masuk bangsa lain hingga bilangan penuh mereka serta mengajar maksud firman Tuhan – rahsia-rahsia Tuhan. Kita adalah penatalayan rahsia-rahsia Tuhan, dan apa saja yang dilakukan dan diikat mana-mana dua orang dari kita akan terikat juga di syurga.

 

Matius 18:18-20 Aku berkata kepadamu: Sesungguhnya apa yang kamu ikat di dunia ini akan terikat di sorga dan apa yang kamu lepaskan di dunia ini akan terlepas di sorga. 19 Dan lagi Aku berkata kepadamu: Jika dua orang dari padamu di dunia ini sepakat meminta apapun juga, permintaan mereka itu akan dikabulkan oleh Bapa-Ku yang di sorga. 20 Sebab di mana dua atau tiga orang berkumpul dalam Nama-Ku, di situ Aku ada di tengah-tengah mereka."

 

Ianya bukan sekadar fungsi para penatua Jemaat. Orang lazim boleh mempelajari itu dengan sendirinya. Hak kuasa diperturunkan dan pembahagian kuasa ini berlaku dua kali. Ianya bukan hanya ketika Kristus telah mengatakan kepada Petrus dan murid-murid itu Kepadamu akan Kuberikan kunci Kerajaan Sorga. Apa yang kauikat di dunia ini akan terikat di sorga dsb. Ia juga berlaku di lain tempat seperti yang kita lihat dan apa saja yang diikat dua dari kita akan diikat juga di syurga. Maka, dua orang sudah boleh membentuk satu jemaat dan kerana itu kita tidak harus mengabaikan perkumpulan bersama sesama kita. Struktur ini membolehkan kita untuk terus melalui korban-korban ini, melalui peringkat-peringkat simbolik ini sehingga kedatangan Mesias serta hujung zaman ini. Oleh kerana masalah-masalah yang kita hadapi, dan disebabkan penganiayaan-penganiayaan yang kita hadapi, kita harus mampu menyusun semula secara berterusan. Kemudahan ini diberikan kepada kita agar kita dapat menunaikan nubuatan-nubuatan korban-korban ini. Korban-korban ini dengan sendirinya merupakan nubuatan-nubuatan.

 

Bilangan 5:25 adalah satu lagi konsep Persembahan Unjukan berkenaan korban sajian cemburuan.

 

Bilangan 5:25 Maka haruslah imam mengambil korban sajian cemburuan dari tangan perempuan itu lalu mengunjukkannya ke hadapan TUHAN, dan membawanya ke mezbah.

 

Korban sajian cemburuan ini adalah satu Persembahan Unjukan untuk mendamaikan perempuan itu kepada suaminya (Bilangan 5:12-31). Persembahan Unjukan pendamaian korban ini adalah untuk mendamaikan umat pilihan para bangsa kepada suaminya. Perempuan ini telah dituduh berzina (Bilangan 5:21). Begitu juga, Israel telah dikutuk kerana keberhalaan. Mesias telah mendamaikan Israel dan Bani syurgawi kepada Tuhan melalui Persembahan Unjukannya. Simbolismenya adalah pendamaian suatu umat berzina kepada Tuhan yang cemburu.

 

Bilangan 6:13-27 Dan inilah hukum tentang seorang nazir. Apabila waktu kenazirannya genap, ia harus dibawa ke pintu Kemah Pertemuan, 14 dan ia harus mempersembahkan sebagai persembahannya kepada TUHAN seekor domba jantan berumur setahun yang tidak bercela untuk korban bakaran dan seekor domba betina berumur setahun yang tidak bercela untuk korban penghapus dosa dan seekor domba jantan yang tidak bercela untuk korban keselamatan, 15 juga sebakul roti yang tidak beragi, yakni roti bundar dari tepung yang terbaik, yang diolah dengan minyak, dan roti tipis yang tidak beragi diolesi dengan minyak, serta dengan korban sajian dan korban-korban curahannya. 16 Lalu haruslah imam membawa semuanya itu ke hadapan TUHAN dan mengolah korban penghapus dosa dan korban bakarannya; 17 domba jantan itu haruslah diolahnya sebagai korban keselamatan bagi TUHAN, beserta sebakul roti yang tidak beragi itu; juga haruslah imam mengolah korban sajian dan korban curahannya. 18 Maka haruslah orang nazir itu mencukur rambut kenazirannya di depan pintu Kemah Pertemuan, lalu mengambil rambut kenazirannya itu dan melemparkannya ke dalam api yang di bawah korban keselamatan. 19 Imam haruslah mengambil paha depan domba jantan itu, sesudah dimasak, dan satu roti bundar yang tidak beragi dari dalam bakul, dengan satu roti tipis yang tidak beragi, lalu meletakkannya ke atas telapak tangan orang nazir itu, setelah orang ini mencukur rambut kenazirannya; 20 kemudian haruslah imam mengunjukkan semuanya itu ke hadapan TUHAN sebagai persembahan unjukan; semuanya itu menjadi bagian kudus bagi imam, beserta dada persembahan unjukan dan beserta paha persembahan khusus. Sesudah itu barulah boleh orang nazir itu minum anggur." 21 Itulah hukum tentang orang nazir yang menazarkan persembahannya kepada TUHAN berdasarkan kenazirannya, belum dihitung apa yang ia mampu mempersembahkan di samping itu. Sesuai dengan bunyi nazar yang diikrarkannya, demikianlah harus dilakukannya berdasarkan hukum tentang kenazirannya. 22 TUHAN berfirman kepada Musa: 23 "Berbicaralah kepada Harun dan anak-anaknya: Beginilah harus kamu memberkati orang Israel, katakanlah kepada mereka: 24 TUHAN memberkati engkau dan melindungi engkau; 25 TUHAN menyinari engkau dengan wajah-Nya dan memberi engkau kasih karunia; 26 TUHAN menghadapkan wajah-Nya kepadamu dan memberi engkau damai sejahtera. 27 Demikianlah harus mereka meletakkan nama-Ku atas orang Israel, maka Aku akan memberkati mereka."

 

Ianya bukan satu kebetulan bahawa sinaran wajah Tuhan pada umat itu berlaku di sini berikutan sumpah nazir itu serta Persembahan Unjukan untuk pendamaian nazir tersebut. Tujuan sumpah nazir itu adalah untuk mendamaikan dan membawa lebih dekat kepada Tuhan secara rohani, kerana hukum itu dengan sendirinya tidak boleh mendamaikan kamu kepada Tuhan. Di bawah Perjanjian Lama, seseorang boleh paling mendekati Tuhan dalam sumpah nazir ini. Usaha kemudiannya dibuat dengan mencukur rambutnya, tidak meminum anggur, dan dengan menjadikan diri tahir dari segi upacara untuk mendekatkan diri sebanyak boleh dari segi hukum fizikal. Yohanes adalah seorang nazir untuk mempamerkan perpindahan proses ini kepada proses Mesianik. Kristus bukan seorang nazir. Dia menyimpan rambutnya seperti yang dituntut hukum dan dia meminum anggur beragi (lihat karya Wain di dalam Alkitab (No. 188)). Dia dikhususkan oleh Roh Kudus.

 

Seseorang itu harus mengkhususkan dirinya dan prosesnya dan tujuannya adalah untuk mengkhususkan dirimu untuk menjadi dekat kepada Tuhan. Simson telah dikhususkan sebagai seorang nazir sejak lahir agar Roh Kudus dalam turutan-turutannya dapat dipamerkan dalam Simson dalam hayatnya (lihat karya Simson dan Para Hakim (No. 73)). Itu akan memperlihatkan kuasa serta turutan operasi Roh Kudus. Apa yang telah dilakukannya sebagai seorang nazir adalah apa yang kita capai tanpa melalui sumpah nazar seorang nazir. Kita tidak perlu menjadi seorang nazir kerana, dalam Persembahan Unjukan, Kristus telahpun mendamaikan kita sebagai para nazir ke tahap di mana kita boleh memakan dan meminum roti dan wain Yesus Kristus. Sebabnya kenapa seorang nazir menjauhi wain adalah kerana dia tidak memiliki Roh Kudus, dan dia didamaikan sebagai peringkat awal untuk menunjukkan kepada kita bahawa mereka tidak dapat mendamaikan tanpa Kristus dan bahawa Roh Kudus tidak ada di dalam orang nazir sebenarnya. Paling dekat yang boleh dicapai mereka adalah melalui pentahiran ritual ini. Namun mereka masih tidak dapat menampung Roh Kudus itu, meskipun melalui sumpah nazar orang nazir, melainkan Tuhan mengaruniakan beberapa individu, contohnya Simson, keistimewaan itu. Kristus telah mendamaikan kita agar kita boleh menerima Roh Kudus yang dilambangkan oleh wain itu, dan kita dapat menjadi sebahagian dari tubuh Kristus, yang dilambangkan oleh roti itu, tanpa melalui pencukuran kepala, pengkhususan serta penyertaan Persembahan Unjukan ritual. Melalui korban Kristus, dia telah mendamaikan kita sebagai orang-orang nazir kepada Tuhan. Sumpah seorang nazir tidak lagi boleh dipakai bagi kita. Ia tiada makna bagi kita kerana ia hanya akan merendahkan status kita, dan bukan meningkatkannya. Kita adalah orang nazir sekali selamanya kepada Tuhan. Semua itu telah dilaksanakan di dalam Kristus.

 

Oleh itu, terang wajah Tuhan bersinar atas kita, dan nama Tuhan ditempatkan pada kita, sebagai sebahagian Bangsa Israel. Itulah maksud teks dalam Bilangan 6:27. Nama Tuhan ditempatkan pada diri kita – pada dahi kita serta tangan kanan kita.

 

Bilangan 18:8-10 Lagi berfirmanlah TUHAN kepada Harun: "Sesungguhnya Aku ini telah menyerahkan kepadamu pemeliharaan persembahan-persembahan khusus yang kepada-Ku; semua persembahan kudus orang Israel Kuberikan kepadamu dan kepada anak-anakmu sebagai bagianmu; itulah suatu ketetapan untuk selama-lamanya. 9 Inilah bagianmu dari segala persembahan-persembahan yang maha kudus itu, yaitu dari bagian yang tidak harus dibakar: segala persembahan mereka yang berupa korban sajian, korban penghapus dosa dan korban penebus salah, yang dibayar mereka kepada-Ku; itulah bagian maha kudus yang menjadi bagianmu dan bagian anak-anakmu. 10 Sebagai bagian maha kudus haruslah kamu memakannya; semua orang laki-laki boleh memakannya; haruslah itu bagian kudus bagimu.

 

Persembahan-persembahan Khusus, dan semua persembahan kudus Orang Israel ditempatkan di dalam keimamatan. Itu dipindahkan apabila Tempat Maha Kudus diasaskan sebagai batu-batu hidup umat pilihan. Apabila Bait Suci tiada, hak kuasa keimamatan juga ditiadakan, dan mazhab Melkisedek telah menggantikan mazhab Harun. Kesemua benda-benda itu kemudiannya berpindah kepada kita. Kita menjadi imam-imam Tuhan melalui Yesus Kristus. Kita adalah Bait Suci Tuhan sebagai batu-batu hidup.

 

Bilangan 18:11-18 Dan inipun adalah bagianmu: persembahan khusus dari pemberian mereka yang lain, termasuk segala persembahan unjukan orang Israel; semuanya itu Kuberikan kepadamu dan kepada anak-anakmu laki-laki dan perempuan bersama-sama dengan engkau; itulah suatu ketetapan untuk selama-lamanya. Setiap orang yang tahir dari seisi rumahmu boleh memakannya. 12 Segala yang terbaik dari minyak dan segala yang terbaik dari anggur dan dari gandum, yakni yang sebagai hasil pertamanya dipersembahkan mereka kepada TUHAN, Aku berikan kepadamu. 13 Hulu hasil dari segala yang tumbuh di tanahnya yang dipersembahkan mereka kepada TUHAN adalah juga bagianmu; setiap orang yang tahir dari seisi rumahmu boleh memakannya. 14 Semua yang dikhususkan bagi TUHAN di antara orang Israel menjadi bagianmu. 15 Semua yang terdahulu lahir dari kandungan segala yang hidup, yang dipersembahkan mereka kepada TUHAN, baik dari manusia maupun dari binatang, adalah bagianmu; hanya haruslah kamu menebus anak sulung manusia, juga anak sulung binatang yang najis haruslah kamu tebus. 16 Mengenai uang tebusannya, dari sejak berumur satu bulan haruslah kautebus menurut nilainya, yakni lima syikal perak ditimbang menurut syikal kudus; syikal ini dua puluh gera beratnya. 17 Tetapi anak sulung lembu, domba atau kambing janganlah kautebus; semuanya itu kudus; darahnya haruslah kausiramkan pada mezbah dan lemaknya kaubakar sebagai korban api-apian menjadi bau yang menyenangkan bagi TUHAN; 18 tetapi dagingnya adalah bagianmu sama seperti dada persembahan dan paha kanan.

 

Turutan ini menyatakan segala yang tahir dalam Israel, dan anak sulung adalah tahir. Persembahan-persembahan serta korban-korban ini adalah simbolik. Wain serta korban-korban curahan adalah umat pilihan. Hanya mereka yang dibaptiskan ke dalam tubuh Yesus Kristus, adalah tahir dari segi korban-korban dan persembahan-persembahan itu. Apa yang dibayangi semua ini adalah konsep keadaan tahir dalam Israel yang diperkenan Tuhan. Semua persembahan-persembahan ini mengambil konsep diunjukkan di hadapan Tuhan agar mereka datang ke hadapan muka Tuhan dan dibawa ke dalam sistem itu. Kristus telah memulakan turutan unjukan ini, hasil terbaik (hasil sulung) ini pada hari Minggu ini, iaitu satu turutan persembahan, satu demi satu, yang berlanjutan sehinggalah tamat waktu untuk bangsa lain, dan kesemua 144,000 dalam Israel telah ditandakan dan semua umat pilihan telah dibawa keluar dari semua bangsa. Dunia ini tidak boleh dibinasakan sehinggalah orang terakhir kita ditandakan, dibaptiskan, ditebus dan diunjukkan di hadapan Tuhan. Sesudah orang terakhir kita dibawa keluar dari segenap bangsa, maka kiamat akan tiba.

 

Dalam Wahyu, malaikat itu mengatakan Janganlah merusakkan bumi atau laut atau pohon-pohon sebelum kami memeteraikan hamba-hamba Allah kami pada dahi mereka! (Wahyu 7:3). Kristus merupakan hasil sulung tuaian jelai, yang dilambangkan oleh acara ini serta Persembahan Unjukan pada hari Minggu ini. Melalui tindakan itu, dia telah mencetuskan satu rangkaian kejadian yang akan membawa keluar satu kumpulan imam. Ini akan mengasingkan mereka dan mentahbiskan mereka kepada Tuhan. Ini akan menyediakan kita untuk Milenium itu. Itulah signifikans acara ini dan ia memulakan, bukan secara kebetulan saja, kiraan masa ke arah Pentakosta, dan Pentakosta adalah simbolisme keselamatan umat pilihan dalam kebangkitan pertama.